ekspresi kreativiti kanak

Upload: cynthia-ting

Post on 02-Jun-2018

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/11/2019 Ekspresi Kreativiti Kanak

    1/9

    Ekspresi Kreativiti Kanak-kanak Unit 1-6 (Modul UPSI-PJJ)

    Unit 1 : Teori Kreativiti dan Pemikiran Kreatif

    1. Kreativiti dan pemikiran kreatif kanak-kanak adalah dalam aktiviti seni visual dan seni

    persembahan yang dikenalpasti melalui sikap, motivasi, kemampuan dan kemahiran.

    2. Kreativiti kanak-kanak bermula dengan berimaginasi, mengeluarkan idea, menerokai dan

    membuat keputusan.

    3. Menurut Kamus Dewan (2010)kreativiti sebagai kemampuan (kebolehan) mencipta, daya

    kreatif

    dan kekreatifan. Manakala kreatif pula bermaksud mempunyai kebolehan mencipta,

    menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli.

    4.May (1975): kreativiti sebagai proses membawa sesuatu yang baru ke dalamnya.

    5. Torrance (1970): Kreativiti sebagai sesuatu yang mempunyai keunikan.

    6. Schirmacher (1998): Perkembangan kreativiti kanak-kanak terbahagi kepada dua iaitu ;

    a) menerusi aktiviti seni

    b) aktiviti harian mengikut umur.

    7. Aktiviti seni dan aktiviti harian yang kreatif kanak-kanak.

    2-3 tahun : menconteng, melukis, menyanyi dan bermain.

    4-5 tahun : melukis, mewarna, menyanyi, menari dan permainan kata-kata.6-7 tahun : drama, memasak dan aktiviti lain yang berinteraksi

    8-9 tahun : bercerita, permainan dan pakaian beragam.

    10-11 tahun : visualisasi, numerasi dan literasi

    12-13 tahun : mendapat informasi, mengenali mesin dan penulisan kreatif

    8. Kemahiran berfikir secara kreatif adalah kebolehan kanak-kanak untuk mencerna,

    berimaginasi, menghasilkan idea dan mempelbagaikan idea.

    9. Pemikiran kreatif dapat merangsang kanak-kanak untuk menghasilkan idea baru dalam

    aktiviti

    seni. Membantu kanak-kanak berfikir, menghasilkan karya seni yang unik danmencungkil bakat.

    10. Empat ciri pemikiran kreatif :

    a) imaginatif

    b) keberanian

    c) perkembangan idea

    d) merekacipta

  • 8/11/2019 Ekspresi Kreativiti Kanak

    2/9

    11. Teori-teori berkaitan kreativiti :

    a) Teori dua belahan otak- Hemisfera otak mempengaruhi cara berfikir. Otak

    kanan merupakan

    bahagian otak yang melihat sesuatu secara menyeluruh. Otak kanan lebih fokus

    kepadaimaginasi dan kreativiti seseorang kanak-kanak.Otak kiri fokus pada urutan, kemahiran

    analisis dan pemikiran logik untuk aktiviti membuat eksperimen dan numerasi.

    b) Teori Six Thinking Hats (Edward de Bono) - Emosi sangat penting dalam proses

    berfikir.

    Seseorang yang kreatif perlu pandai mengurus emosi. Enam warna menjadi pemikiran

    untuk

    memakai topi ketika berdepan dengan situasi tertentu. Topi putih -mendapat informasi

    yang

    meliputi fakta, figura dan maklumat. Topi merah - menghadapi situasi perasaan yang

    meliputi

    luahan mood dan emosi. Topi hitam - semasa membuat penilaian negatif pada

    kesalahan dan

    halangan. Topi kuning - semasa membuat penilaian positif. Topi hijau - semasa situasi

    yang

    berkaitan dengan kreativiti. Topi biru -semasa situasi metakognitif yang berkaitan

    aspek

    seseorang yang berfikir.

    c) Teori Kreativiti Paul Torrence - 7 perkara dalam proses mencungkilkreativiti iaitu :

    i) Penyoalan : Stimulasi minda kanak-kanak.

    ii) Penemuan : Galakan dan rangsangan kepada kanak-kanak.

    iii) Pemerhatian : Menggunakan pancaindera.iv) Percubaan : Eksperimen dan usaha untuk terbaik.

    v) Penerokaan : Galakan untuk eksplorasi pelbagai bahan di sekeliling.

    vi) Memanipulasi : Menggunakan bahan atau situasi di sekeliling.

    vii) Aktiviti : Mencungkil aktiviti

    (4PMA)

    d) Teori Multiple Creative Talent (Calvin W Taylor) - Bukan semua individu mempunyai

    bakat

    yang sama. Pengembangan bakat kanak-kanak berkait rapat dengan cara guru

    merangsang

    pemikiran mereka. Taylor mengkategorikan kreativiti kepada lima sifat iaitu :i) Kreativiti bersifat ekspresif (Bebas. Bimbingan untuk meluahkan idea mengikut

    kemampuan kanak-kanak dalam menghasilkan karya.)

    ii) Kreativiti bersifat penghasilan (Kecekapan. Bimbingan untuk penambahbaikan karya)

    iii) Kreativiti bersifat inovatif .(Modifikasi. Bimbingan kepada idea baru yang lebih

    bermakna)

    iv) Kreativiti bersifat inventif. ( Keupayaan mencipta melalui proses penerokaan. Guru

    beri

  • 8/11/2019 Ekspresi Kreativiti Kanak

    3/9

    pujian dan galakan).

    v) Kreativiti bersifat emergen (Bentuk kreativiti yang tinggi. Prinsip formal diterjemah

    dalam bentuk abstrak. Cth. lukisan tanpa menitikberatkan bentuk asalnya)

    e) Teori Lowenfeld Stages of Arististics Development (Lowenfeld) -Aktiviti seni yang

    dilaksanakan secara berterusan memberi peluang kepada kanak-kanak untukmenggunakan

    deria pencaindera secara menyeluruhsebagai proses pengamatan dan merekod. 8

    kategori

    kreatif Lowenfeld iaitu :

    i) Cabaran - Menerima cabaran masalah dan dapat sesuaikan dengan situasi

    ii) Kelancaran - Berimaginasi dan berfikiran terbuka untuk mengaitkan idea dengan

    hasil

    kerja kreatif.

    iii) Kelenturan - Sanggup menerima perubahan.

    iv) Keaslian - Idea asli tanpa meniru sesiapa

    v) Pemikiran bercapah - Mengembangkan idea

    vi) Keinginan - Perasaan ingin tahu dan berupaya membuat analisis.

    vii) Kompleks - Membuat sintesis

    viii) Makna baru - Menghasil sesuatu produk atau idea yang kreatif dan inovatif.

    * 4 komponen kreativiti Lowenfeld boleh diukur ialah ;

    i) kelancaran - menterjemah idea secara spontan dan pantas.

    ii) flesibel - mampu menyesuaikan diri dengan situasi yang berbeza.

    iii) keaslian - Idea yang baru dan asli

    iv) kepekaan - Daya kepekaan yang tinggi terhadap sesuatu keperluan.

    f) Teori Perkembangan Kreativiti Fisher (Fisher 1943) - Terdapat lima tahap pemikiran

    kreatif

    iaitu :i) Peringkat rangsangan - Guru mengemukakan soalan untuk merangsang pemikiran

    kreatif

    kanak-kanak. Interaksi secara aktif kerana ingin tahu.

    ii) Peringkat penerokaan - Guru membimbing mencari jawapan dan penyelesaian.

    Berupaya mencari dan pemikiran ke hadapan.

    iii) Peringkat perancangan - Proses perbincangan, pemerhatian, interaksi sebelum

    aktiviti

    sebenar.

    iv) Peringkat aktiviti - Pemikiran kreatif melalui tindakan setelah merancang. Guru

    membimbing semasa kanak-kanak melaksanakan aktiviti.

    v) Kajian semula - Menilai keberkesanan aktiviti/tindakan. Membimbing untukpenambahbaikan dan memberi pendapat.

    (RPPAK)

    Unit 2 : Pendekatan dan Teori Seni

    1. Seni bermaksud sesuatu yang halus. Terbahagi kepada dua iaitu seni visual dan seni

    persembahan.

  • 8/11/2019 Ekspresi Kreativiti Kanak

    4/9

    2.Teori Seni Klasik (Plato, Aristotle dan Socrates) :

    i) Menekankan kesejagatan(nilai rentas budaya tanpa mengira ras, ruang dan waktu serta

    nilai

    dalam masyarakat), keabadian(konsep kehidupan dari segi fizikal, nilai, sikap dan

    kerohanian) dan kebenaran ( kemanusiaan dan kerohanian yang berkaitan dengankeadilan,

    tatasusila dan kebijaksanaan)

    ii) Plato : Teori peniruan. Seni berasaskan idea yang berciri idealistik/ menekankan isi.

    Kecantikan

    hanya sementara.

    iii) Aristotle :Menolak teori Plato kerana kecantikan ialah sifat fizikal manusia. Menekankan

    bentuk dan waktu.

    iv) Socrates : Penciptaan seni berkonsep keseluruhan dan kesatuan disamping mempunyai

    ciri-ciri

    kesempurnaan dan keseimbangan, kecantikan dan kesempurnaan.

    3. Teori Kosmologi : Berkaitan dengan alam semesta yang melibatkan fenomena dalam ruang

    dan

    masa meliputi alam nyata dan alam tidak nyata serta kedudukan manusia dalam ruang

    tersebut.

    Contohnya : Ukiran patung oleh orang asli kaum Jah Hut melambangkan kepercayaan

    animisme.

    4. Teori Seni Kontemporari (Teori Erwin Panofsky dan Teory Susanne K.

    Langer): Membentuk

    identiti, stail dan teknik tersendiri.

    i) Teori Erwin Panofsky- membincangkan tentang objek dan makna melalui pernyataanikonografi (persoalan tentang objek dan makna). 3 objek makna dalam karya seni :

    Objek yang natural (primari) - meliputi manusia, binatang, tumbuhan dan persekitaran.Makna daripada peristiwa dan ekspresi perasaan.

    Objek yang biasa (sukender) - menggambarkan arca(objek) yang menunjukkanperistiwa dan makna. Contoh gadis pegang buah peach (kejujuran)

    Makna intrinsik (isi) - makna menentukan sikap, pendirian dan falsafah.

    ii) Teori Susanne K. Langer :Menolak teori peniruan Plato. Karya seni merupakan

    perasaan

    pengkarya yang hanya sebagai ilusi. Bentuk menjadi tumpuan utama dalam falsafah seni.

    Terdapat 7 konsep dalam karya seni iaitu bentuk, abstrak, ekspresi, perasaan, lambang,

    ilusi

    dan imej.(BAEPLII)

    5. Pendekatan dan teori pembelajaran dalam pendidikan seni kanak-kanak

    meliputi pendekatan

    konstruktivis, teori sosial-interaksi Piaget dan teori Gestalt yang boleh diaplikasi dalam

    pdp.

  • 8/11/2019 Ekspresi Kreativiti Kanak

    5/9

    6. Pendekatan konstruktivis membimbing kanak-kanak belajar

    berdasarkan pengalaman mereka.

    Bruner telah menggariskan tiga prinsip iaitu :

    i) Pengajaran berdasarkan kesediaan dan pengalaman serta mengikut konteks

    kesanggupan kanak

    -kanak untuk belajar.ii) Mengorganisasi pengajaran mengikut struktur atau urutan dengan mudah.

    iii) Pengajaran perlu melangkau maklumat guru yang dirangka untuk memudah cara

    penghasilan

    ilmu.

    7. Pendekatan konstruktivis boleh diaplikasikan dengan menggunakan empat cara iaitu:

    i) Menekankan kelainan dengan melatih kanak-kanak membezakan maklumat yang

    diterima.

    ii) Menyusun maklumat supaya lebih mudah diterima oleh kanak-kanak.

    iii) Menyampaikan maklumat secara berkesan.

    iv) Memberi pujian ketika berjaya dan galakan ketika gagal kepada kanak-kanak.

    8. Teori Sosial-Interaksi Piaget : Berkaitan dengan perkembangan kognitif kanak-kanak.

    i) Pengetahuan kanak-kanak tidak mencukupi. Justeru, interaksi sosial bersama rakan dan

    guru dapat menambah pengetahuan.

    ii) Dua proses yang digunakan kanak-kanak untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran

    ialah

    proses asimilasi dan proses akomodasi (yang menggalakkan perkembangan kognitif)

    iii) Peringkat kognitif terbahagi kepada empat peringkat iaitu

    a) deria pergerakan (0-2 tahun) : interaksi melalui pancaindera.

    b) praolahan ( 2-6 tahun) : imaginasi untuk meningkatkan daya ciptaan. Mula

    menguasai

    nama untuk setiap objek.c) pengolahan konkrit (7-11 tahun) : kemahiran bahasa dan komunikasi tinggi.

    Memahami

    konsep lain seperti angka, pengklasifikasian serta mampu melihat sesuatu perkara

    daripada

    pelbagai perspektif.

    d) pengolahan formal (12 tahun ke atas) : perkembangan fizikal lebih daripada

    perkembangan

    mental. Mula memahami konsep abstrak dan membentuk identiti diri. Namun

    kekurangan

    pengalaman menghadkan pengetahuan dan kebolehan mereka.

    9. Teori Gestalt : Tumpuan kepada kognitif untuk mengenal pasti otak individu bertindak pada

    persepsi yang diterima melalui deria penglihatan. Persepsi pengalaman diambil secara

    menyeluruh

    bukannya sebahagian. Enam hukum dalam teori gestalt ialah :

    i) Pragnanz : Apabila individu berhadapan dengan pengalaman baru, persepsi menjadi

    tidak

    teratur.

  • 8/11/2019 Ekspresi Kreativiti Kanak

    6/9

    ii) Persamaan : Mengkategorikan rangsangan yang mempunyai persamaan.

    iii) Keintiman : Rangsangan yang mempunyai hubungkait diletakkan dalam kategori yang

    sama.

    iv) Lengkap : Meletakkan rangsangan yang lengkap dalam kategori yang sama.

    v) Kesinambungan positif : Sifat rangsangan yang kekal dan tidak berubah.

    vi) Ciri-ciri bahagian : Menilai objek secara menyeluruh.(PPKLKC)

    Teori Gestalt adalah rapat dengan pandangan konstruktivis dan diaplikasikan dalam

    kaedah

    penyelesaian masalah dalam pdp. Teori Gestalt bukan melihat produk karya seni tetapi

    menekankan proses penghasilanproduk karya seni.

    Unit 3 : Tokoh-tokoh Seni dan Kreativiti Kanak-kanak

    1. Paul Torrance dikenali sebagai bapa kreativiti. Menggunakan Torrance Test of Creative

    Thinking untuk menguji tahap kreativiti kanak-kanak bagi menggantikan Ujian IQ (Intelligent

    Quotes) yang dikatakan tidak sempurna.

    2. Calvin W. Taylor penerima anugerah American Psycology Association Richardson

    Creativity

    pada tahun 1970. Bakat kanak-kanak tidak sama. Oleh itu, 9 bidang dikenalpasti untuk

    membentuk kanak-kanak yang kreatif dan inovatif iaitu i) pemikiran kreatif dan bernas untuk

    mendapat idea, ii) mengimplementasikan idea, iii) kemahiran merancang, iv) kemahiran

    meramal,

    v) membuat keputusan, vi) kemahiran berkomunikasi, vii) kemahiran sosial viii) peluang yang

    menyerlah, ix) pencapaian akademik yang baik.

    Guru perlu mengesan dengan mencari kaedah alternatif untuk membangunkan kreativitikanak-

    kanak dan memberi impak positif

    3.Victor Lowenfeld berpendapat naluri dan keingingan merupakan faktor utama bagi mereka

    berfikir dan menyelesaikan masalah secara kreatif. Kanak-kanak akan mengalami dan

    menyedari

    masalah, menyampaikan idea dan proses imaginasi dan kreativiti. Pelbagai halangan

    dihadapi iaitu

    psikologi dan persekitaran serta budaya yang memerlukan peranan guru untuk membimbing

    murid

    -murid.

    4. June King McFee berpendapat seni untuk kanak-kanak perlu berbentuk komunikasi. McFee

    menekankan seni seharusnya mengambil kira konteks budayaserta elemen orentasi

    komuniti.

    Perlu ada pengalaman estetika dalam semua objek di persekitaran yang

    dipengaruhi konteks

    budaya untuk berkomunikasi dan menyampaikan mesej kepada masyarakat.

  • 8/11/2019 Ekspresi Kreativiti Kanak

    7/9

    5. Carl Rogers mengatakan kreativiti merupakan satu proses yang wujud apabila seseoran itu

    bertindak ke atas sesuatu. Beliau memperkenal teori terapi iaitu :

    i) keterbukaan kepada pengalaman

    ii) cuba menikmati kehidupan yang dialami

    iii) menghargai diri sendiriiv) mengamalkan kebebasan

    v) menjadi individu yang kreatif , sihat, bebas, bertanggungjawab serta dapat berfungsi

    sepenuhnya dalam kehidupan.

    Tindakan seseorang yang bebas dan bertanggungjawabmencetuskan keunikan dan

    kekuatan

    kepada individu seperti penggunaan bahan seni secara kreatifdan memberi

    sumgangankepada

    masyarakat. Torrance : Torrence Test of Creative Thinking

    Taylor : Kreatif dan Inovatif

    Lowenfeld : Naluri dan keinginan

    McFee : Konteks budaya dan komuniti

    Rogers : Teori Terapi

    Unit 4 :Estetika dan Kanak-kanak

    1. Estetikakanak-kanak melibatkansifat kemanusiaanmelatih kanak-kanak mencintai dan

    menghargai kecantikandi bumi ini.

    2. Estetika bersifat subjektifyang mempunyai makna yang pelbagai dalam lukisan, kraf

    mudah,

    muzik, pergerakan kreatif, tarian, drama dan lain-lain lagi.

    3. Estetika kanak-kanak meliputi tiga jenis iaitu:

    i) Estetika sikap : spontan, kekaguman, kegembiraan kanak-kanak dan perasaan ingin

    tahu

    dalam jiwa kanak-kanak.

    ii) Estetika pengalaman : penglibatan aktif dalam seni visual dan persembahan memberi

    pengalaman mendengar, eksplorasi visual dan manipulasi bahan kepada kanak-kanak.

    iii) Estetika respon : menyatakan pandangan dan luahan perasaan pada karya seni. Respon

    fisiologimelalui ketawa, takut manakala respon mental melalui keputusan dan

    pandangan.

    4. Estetika adalah cabang ilmu falsafahyang menekankan penggunaan pancainderadalam

    mengapresiasi karya seni seperti melihat, mendengar, sentuhan, merasa dan menghidu.

    5. Tindak balas spontan karya seni yang mempengaruhi tindak balas estetika ialah kualitikarya

    seni

    dan maksud karya seni.

  • 8/11/2019 Ekspresi Kreativiti Kanak

    8/9

    6. Pandangan golongan relativisme menyatakan kecantikan adalah subjektif dan terletak

    pada

    persepsi seseorang untuk menilainya.

    7. Golongan objektivisme berpandangan kecantikan wujud dalam sesuatu karya seni dan

    bukannyaterletak pada persepsi seseorang.

    8. Lima strategi untuk membimbing kanak-kanak mengapresiasi nilai estetikakarya seni

    ialah :

    i) Membuat perancangan

    ii) Menunjukkan contoh hasil seni

    iii) Berwaspada semasa merancang aktiviti seni kreatif

    iv) Membimbing kanak-kanak membuat pemilihan bahan secara kreatif

    v) Idea baru untuk membimbing kanak-kanak menimba pengalaman estetika

    Unit 5 : Imaginasi Kanak-kanak

    1. Imaginasi kanak-kanak merupakan khayalan yang tinggi, sukar diduga dan kadang kala di

    luar

    jangkaan kita.

    2. Imaginasi Kreatif merupakan imaginasi yang hebat yang dapat diketengahkan dan difahami.

    Kita

    perlu berfikiran positif dan membantu kanak-kanak merealisasikan imaginasi mereka.

    3. Pemikiran Simbolik merujuk pada imaginasi kanak-kanak sama ada dilakukan bagi

    menunjukkan dunia sebenaratau dunia khayalan. Kanak-kanak dipupuk untuk

    mempertingkatkan pemikiran imaginatifsupaya dapat menyelesaikanmasalahsecara kreatif

    dan positif. Boleh dirangsang melalui modeling atau peniruan dan amalan pedagogi yang

    sihat

    seperti sosiodrama, nyanyian dan ekspresi seni. Kanak-kanak boleh menokok tambahplot

    cerita

    dunia sebenar dengan dunia khayalan. Walau bagaimanapun tingkahlaku mereka harus

    dipantau.

    4. Lima aspek penting yang terdapat dalam Pemikiran Simbolik iaitu :

    i) Kreativiti

    ii) Kemahiran berfikiriii) Perwakilan realiti

    iv) Penyelesaian masalah

    v) Bermain

    5. Kitaran PBM (Pembelajaran Berasaskan Masalah) -

    i) Pengetahuan Kumpulan

    ii) Mengenal pasti masalah

  • 8/11/2019 Ekspresi Kreativiti Kanak

    9/9

    iii) Menjana Idea

    iv) Menjana isu pembelajaran

    v) Menyediakan pelan tindakan

    vi) Mencari dan mengumpul bahan

    vii) Mensintesis dan mengaplikasi

    viii) Membuat rekfleksi dan membuat maklum balas

    6. Carta FILA (Facts, Ideas, Learning Issues dan Action Plan )

    7. Branford dan Stein (1984)memperkenalkan kaedah penyelesaian masalah kepada 5

    langkah :

    i) mengenal pasti masalah

    ii) mendefinisikan masalah

    iii) mencari jalan penyelesaian

    iv) mengambil tindakan

    v) menilai tindakan