msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

181
KREATIVITI DAN EKSPRESI SENI MSL 3123 UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 2014

Upload: che-aishah

Post on 23-Jul-2015

1.019 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

KREATIVITI DAN EKSPRESI SENI MSL 3123

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

2014

Page 2: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

KREATIVITI DAN EKSPRESI SENI MSL 3123

JAMILAH BINTI OMAR MOHD. SAYUTI DERAMAN

AZLIN IRYANI MOHD. NOOR MARYAM SYAFIQHA MOHD SAYUTI

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

2014

Page 3: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)
Page 4: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I | 1

UNIT 1

SENI DAN KREATIVITI

“Imagination is everything. It is the preview of life's coming attractions.”

― Albert Einstein

1.0 PENGENALAN

Seni dan kreativiti adalah dua perkara yang saling berkaitan. Menjelaskan menge nai seni yang di dalamnya terkandung pelbagai bentuk hasil seperti seni visual, seni muzik, seni rupa, seni tari dan pecahan lain pasti melibatkan kreativiti. Torrence menjelaskan kreativiti adalah keupayaan manusia

untuk bertindak secara lebih luar biasa daripada manusia lain, memberi makna baru kepada kehidupan. Beliau menjelaskan ciri-ciri kreatif itu dapat dilihat menerusi keaslian, kelenturan, penghuraian dan kelancaran.

Di akhir unit, pelajar dapat menjelaskan :

1. Menjelaskan makna dan definisi seni serta hubungan seni dan kanak-kanak 2. Menjelaskan maksud kreativiti, proses kreatif dan hubungannya dengan kanak-

kanak

3. Menjelaskan strategi-strategi merangsang nilai-nilai kreatif dalam diri kanak-kanak 4. Mengenal pasti kepentingan seni dalam memperkembang kreativiti dan estetika

kanak-kanak

5. Menganalisis perkembangan kreativiti kanak-kanak menerusi aktiviti seni

HASIL PEMBELAJARAN

Page 5: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

2 | K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I

PENGENALAN

Pendidikan seni pula bermaksud idea-idea yang dicetuskan melalui lukisan, ukiran dan pelbagai

kemahiran tangan yang merupakan adunan pengalaman pelajar dari apa yang pernah dipelajari.

Pendidikan seni lebih menitik beratkan pemikiran, perbuatan dan penilaian yang original. Menurut

Iberahim Hassan (2000) dalam buku Kumpulan Esei Pilihan Pendidikan Seni dan Muzik (UPSI)

menjelaskan pendidikan seni adalah suatu bidang ilmu yang boleh memberi pendidikan. Selain itu,

pendidikan seni juga mencabar keupayaan individu untuk membuat pemerhatian, pengamatan,

penaakulan, pemilihan, mentafsir dan menterjemah idea kepada bahan atau media.

1.2 Definisi seni, pendidikan seni dan kreativiti

Menurut Kamus Dewan edisi Ketiga (1997) : Seni membawa maksud halus iaitu kecil, elok, tipis dan

halus, enak di dengar iaitu mengenal suara, comel bentuk badan. Selain itu, seni juga membawa maksud

karya-karya sastera termasuklah sajak, lukisan dan lain-lain lagi yang dicipta dengan bakat atau

kecekapan, hasil daripada sesuatu ciptaan. Ensiklopedia Malaysia (1996 : 453) pula mentakrifkan seni

ialah satu istilah yang digunakan bagi sesuatu yang indah pada pandangan pancaindera manusia sama

ada melalui penglihatan atau pendengaran. Herbert Read dalam bukunya “The Meaning Of Art” (1959)

menjelaskan bahawa kesenian adalah usaha penciptaan bentuk-bentuk yang menyenangkan.

Kesenangan yang dimaksudkan adalah kesenangan estetik iaitu manusia dengan bentuk -bentuk yang

mudah.

Manakala kreativiti pula ialah satu potensi dan potensi ini wujud dalam diri setiap individu. Mereka yang

kreatif adalah mereka yang menggunakan potensi yang ada dalam diri masing -masing. Kajian Fryer

(1989) telah mendapat respon tentang maksud kreativiti. Kreativiti adalah sesuatu yang asli, satu proses

separa sedar dan sesiapa sahaja boleh menjadi kreatif. Kreativiti melibatkan pemikiran dan khayalan

serta kebolehan untuk melihat sesuatu dalam cara yang berbeza, mencari kepuasan dalam membuat

atau menghasilkan sesuatu dan memerlukan ketekunan sehingga terhasilnya suatu produk.

Pelajar : Cikgu, mengapa saya mesti aktiviti kolaj ini?

Page 6: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I | 3

Guru

: Supaya kamu boleh mendapat kesan dan makna baru terhadap imej tampak yang telah sedia ada melalui

aktiviti mengolah dan menyusun dengan pelbagai gubahan yang baru terhadapnya.

Pelajar : Tapi cikgu, mengapa pula saya mesti merujuk kepada kolaj contoh yang cikgu beri, pada hal saya hendak menghasilkan kolaj saya sendiri.

Guru : Memang betul, tetapi kolaj kamu akan menjadi lebih sempurna, jika kamu merujuk kepada contoh-contoh kolaj yang terbaik dari seniman-seniman yang terkemuka dan belajar dari pengalaman mereka serta dari teori dan sejarah berkaitan dengan kolaj.

Pelajar : Cikgu, kalau saya merujuk kepada karya para seniman, mengapa cikgu tegaskan tentang keaslian idea rekaan kolaj saya?

Guru : Benar, kamu mesti menghasilkan karya yang mempunyai ciri-ciri pemikiran, persepsi dan keaslian kamu sendiri.

Tetapi, kamu perlu membuat rujukan untuk mendapatkan kejelasan konsep dan idea mengenai kolaj dari aspek teori, sejarah dan contoh-contoh kolaj.

Berdasarkan dialog di atas, bincangkan apakah situasi yang sedang

berlangsung. Hasilkan perbincangan anda dalam bentuk peta minda.

1.3 Kepentingan Seni dan Kreativiti

1.3.1 Seni sebagai alat komunikasi

Komunikasi adalah suatu proses penyampaian atau pesanan dari satu pihak kepada pihak lain agar

terjadi saling mempengaruhi diantara keduanya. Pada umumnya, komunikasi dilakukan dengan

menggunakan kata-kata ataupun visual yang dapat difahami oleh kedua belah pihak. Apabila tidak

ada bahasa verbal yang dapat difahami oleh kedua-duanya, komunikasi masih dapat dilakukan

dengan menggunakan gerak-gerik badan, menunjukkan sikap tertentu, misalnya tersenyum,

menggelengkan kepala, mengangkat bahu. Cara seperti ini disebut komunikasi dengan bahasa non-

verbal atau bahasa isyarat. Manusia berkomunikasi untuk memberi pengetahuan dan pengalaman.

Bentuk umum komunikasi manusia termasuk bahasa simbol, kata-kata, tulisan, gesture, dan

broadcasting. Komunikasi dapat berupa interaktif, transaktif, bertujuan, atau tak bertujuan. Melalui

komunikasi, sikap dan perasaan seseorang atau sekelompok orang dapat difahami oleh pihak lain.

Tetapi, komunikasi hanya akan berkesan apabila pesanan yang disampaikan dapat ditafsirkan oleh

penerima pesan tersebut.

Komponen komunikasi adalah yang harus ada supaya komunikasi dapat berlangsung dengan baik.

Komponen-komponen tersebut antara lain sebagai berikut:

Page 7: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

4 | K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I

Pengirim (sender) adalah pihak yang mengirimkan pesanan kepada pihak lain.

Penerima (receiver) adalah pihak yang menerima pesan dari pihak lain

Pesan (message) adalah isi atau maksud yang akan disampaikan oleh satu pihak kepada

pihak yang lain.

Tindak balas (feedback) adalah tanggapan dari penerimaan pesan atas isi pesan yang

disampaikannya.

Arts helps one to grasp unique information that cannot be transmitted through other modes of

communication (Lansing 1971)

Membaca, menulis dan mengira adalah simbol-simbol yang dibentuk sebagai bahan untuk manusia

berkomunikasi. Komunikasi manusia adalah hasil kefahaman terhadap simbol-simbol yang tersendiri.

Kita mengetahui keadaan masyarakat menerusi lukisan seperti piramid di Mesir, Gua Altamira di

Sepanyol, Gua Niah di Malaysia. Sehingga kini lukisan dan simbol masih menjadi salah satu bentuk

komunikasi yang memenuhi kehidupan manusia. Penggunaan warna, bentuk, rupa dan imej tampak

menjadikan seni sebahagian daripada kehidupan seharian manusia. Pengamatan dan pentafsiran

imej-imej tampak dengan menggunakan bahasa tampak lahir dari kecerdasan visual -estetik-kreatif.

Manusia menganggap komunikasi adalah berbentuk verbal (pertuturan) namun secara tidak disedari

komunikasi lahir dari kecerdasan verbal-linear-analitik yang memerlukan manusia menguasai

pemikiran menerusi imej-imej. Sebelum menggunakan huruf, lukisan adalah merupakan alat utama

untuk berkomunikasi. Sebagai contoh: pengekalan fakta keagungan tamadun dan kerajaan silam

dibuat dalam bentuk lukisan.

Gambar 1 menunjukkan perlunya gambaran visual untuk memberikankan jalan cerita yang terjadi pada

zaman keagungan Mesir. Setiap gambaran visual yang dihasilkan mempunyai jalan ceritanya yang

tersendiri. Seni visual merupakan rekod pencapaian manusia, kerana ia merupakan manifestasi nilai

Gambar 1: Lukisan Tamadun Mesir

Page 8: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I | 5

dan kepercayaan manusia yang diilham dan dijelmakan melalui karya seni ataupun bentuk-bentuk seni.

Jika diteliti, karya di atas telah menceritakan kisah-kisah silam, kebudayaan dan cara kehidupan

masyarakat pada zaman itu.

1.3.2 Komunikasi menerusi grafik

Gambar 2: Bahasa Grafik

Gambar 2 pula menunjukkan gambaran visual pada hari ini. Gambaran visual pada hari ini telah banyak

membantu kita dalam menjalani kehidupan seharian. Antaranya ialah papan tanda-papan tanda yang

terdapat di sepanjang jalan ataupun di kompleks membeli belah. Visual pada hari ini telah banyak

mengalami proses symbolize untuk memudahkan kita memahami dan mengetahui apakah fungsi

disebalik visual itu. Contohnya, visual lelaki dan perempuan, ianya digunakan untuk mewakili tandas

lelaki dan perempuan. Grafik, yang berasal dari bahasa Inggeris graphic, adalah ekspresi visual pada

sebuah permukaan seperti dinding, kanvas, layar komputer, kertas, atau batu bertujuan untuk memberi

tanda, informasi, ilustrasi, atau untuk hiburan. Contohnya adalah: foto, gambar/drawing, Line Art, grafik,

diagram, tipografi, angka, simbol, desain geometri, peta, gambar teknik, dan lain-lain. Seringkali dalam

bentuk kombinasi teks, ilustrasi, dan warna.

Seni grafik adalah suatu bentuk komunikasi visual yang menggunakan teks dan/atau gambar untuk

menyampaikan informasi atau pesan. Seni komunikasi grafik merangkumi kemampuan kognitif dan

keterampilan termasuk tipografi, pengolahan gambar, dan page layout. Pereka grafik menghasilkan

rekabentuk huruf dan ruang komposisi untuk menciptakan sebuah rancangan yang efektif. Pereka grafik

meliputi segala bidang yang menterjemahkan bahasa verbal menjadi perancangan secara visual

terhadap teks dan gambar pada berbagai media yang ingin menyampaikan pesanan kepada pengguna

seefektif mungkin.

Page 9: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

6 | K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I

Gambar 3: Poster sebagai alat menyampaikan maklumat secara visual

1.3.3 Seni Menajamkan Kepekaan Pengamatan

Seni menajamkan kepekaan pengamatan kita mengenai dunia melalui semua pancaindera iaitu:

Bincangkan apakah akan terjadi sekiranya peta tidak dicipta? Hasilkan

dalam peta minda akibat-akibat daripadanya.

Page 10: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I | 7

a. Penglihatan:

Kepekaan pengamatan terhadap penglihatan ini hasil daripada lukisan dan pemandangan ianya

menampakan bentuk dan populasinya. Selain itu kedudukan objek juga mempengaruhi situasi ini. Skala

dan kadar banding turut menjadi aspek penting selain daripada pencahayaan struktur dalam sesebuah

pandangan mata.

b. Pendengaran:

Kepekaan terhadap muzik yang wujud pada lagu dan irama yang didengarinya ianya dapat didengar

dengan baik melalui pancaindera pendengaran yang sempurna dan penerimaan terhadap sesuatu bunyi

itu.

c. Sentuhan:

Kepekaan terhadap hasil seni yang berbentuk 3D ini memerlukan deria sentuhan yang bagi melihat unsur

dan prinsip yang wujud sebagai contoh dalam menghasilkan arca.

d. Rasa:

Kepekaan terhadap deria rasa ini melibatkan lidah ianya lebih kepada dalam menikmati sesuatu yang

berbentuk seperti makanan yang dapat ditentukan rasanya seperti manis, masam, kelat dan sebagainya.

Pengalaman mengenai seni memerlukan nilai-nilai kepekaan dan kesedaran khususnya ketika

menghasilkan atau menghayati sesuatu karya seni. Pengalaman mengenai seni memerlukan nilai-nilai

kepekaan dan kesedaran khususnya ketika menghasilkan atau menghayati sesuatu karya seni.

Pemerhatian secara teliti di samping memberi tumpuan kepada unsur-unsur formalistik perlu diambil kira.

Kepekaan wujud sekiranya pemerhatian dan pengamatan dilakukan dalam setiap tindakan manusia.

Penelitian unsur-unsur yang terdapat di kawasan itu untuk tujuan pemerhatian. Pengalaman pengamatan

memberi bukan sahaja penilaian terhadap estetika malah ia melatih kognitif, psikomotor dan emosi

seseorang dalam melakukan tindakan. Pengamatan yang sempurna menjadikan seseorang mempunyai

daya kesedaran terhadap persekitaran alam secara lebih baik. Kepekaan pengamatan mempunyai

perkaitan dengan peranan seni sebagai alat pernyataan, kesedaran estetik serta seni sebagai alat

kefahaman dan perkembangan ilmu pengetahuan.

Page 11: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

8 | K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I

Pengamatan yang sempurna menjadikan seseorang mempunyai daya kesedaran terhadap persekitaran

alam yang baik. Selain itu seseorang itu akan menjadi peka terhadap apa yang berlaku disekitarnya.

Kepekaan pengamatan mempunyai perkaitan dengan peranan seni sebagai alat pernyataan ini kerana

setiap manusia mempunyai perasaan dan perasaan yang wujud kesan daripada interaksi manusia

dengan alam sekitar. Perasaan yang wujud itu akan diluahkan dengan pelbagai cara dengan adanya

kegiatan seni boleh digunakan untuk mengawal perasaan dan dapat meluahkan secara terkawal. Ianya

bagi meluahkan pelbagai perasaan yang wujud, Simbol-simbol tampak boleh digunakan untuk melahirkan

perasaan. Setiap manusia mempunyai cara yang berbeza dalam meluahkan perasaan sama ada kanak -

kanak, remaja, orang dewasa dan seniman. seni juga mampu berfungsi sebagai alat terapi untuk

memulihkan perasaan dan menstabilkan pemikiran individu.

Seni sebagai kesedaran estetik merupakan asas dalam membuat sesuatu pemilihan di dalam kehidupan

individu. Kemahiran dalam membuat pilihan menerusi seni menimbulkan kesedaran estetik malahan

proses mengolah, mencari idea, berbicara tentang idea, latihan, mampu untuk membantu seseorang

membuat pilihan estetik. Pemilihan dalam kehidupan kita seperti pakaian, hiasan rumah, barang

keperluan, jam tangan, catan, lukisan dan lain-lain melatih manusia membuat pilihan dan mereka yang

boleh memilih dengan baik membuktikan kesedaran estetik yang baik wujud dalam diri. Ketinggian nilai

estetik akan mewujudkan beberapa golongan seperti artist, arkitek, pereka dalaman dan lain-lain. Seni

sebagai alat kefahaman dan perkembangan ilmu pengetahuan. Sesuatu karya seni itu boleh dijadikan

keilmuan. Sama ada seseorang itu pemerhati atau seniman, apabila berhadapan dengan sesuatu karya

seni akan membentuk satu konsep emosi. Banyak maklumat yang dapat disampaikan melalui karya. Seni

juga dikaitkan sebagai perakam sejarah yang berlaku.

1.3.4 Seni Sebagai Displin Ilmu

Ilmu itu saling berhubungan di antaranya. Kesepaduan ilmu sains, sosiologi psikologi dan antropologi

perlu dilihat sebagai kesatuan ilmu. Jika suatu masa dahulu seniman merupakan golongan ahli falsafah,

pemikir, saintis, sejarawan membuktikan suatu masa dahulu seni dan kesenian berperanan bagi

mengembangkan kefahaman dan pengetahuan seseorang. Suatu karya seni boleh dijadikan alat

keilmuan. Sama ada seseorang itu pemerhati atau seniman, apabila berhadapan dengan sesuatu karya

seni akan membentuk suatu konsep dan emosi. Banyak maklumat yang dapat disampaikan menerusi

Page 12: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I | 9

suatu karya. Karya-karya agung sezaman seperti pucuk rebung boleh dikaitkan dengan seni dan

perakam sejarah.

Jean Jacques Rousseau, salah seorang pendidik Eropah menyatakan bahawa pendidikan merupakan

proses yang berterusan dan bermula dari kanak-kanak. Rentetan daripada itu, Falsafah Pendidikan

Kebangsaan menekankan bahawa pendidikan merupakan satu proses bagi seseorang individu

memperolehi ilmu dan menggunakan ilmu pengetahuan, nilai- nilai murni dan kemahiran yang ada.

Proses ini berlaku secara berterusan semenjak dari zaman kanak-kanak sehinggalah kita kembali

mengadap Tuhan Rabbul Jalil.

Laporan Jawatankuasa Pendidikan Kedua (1991-2000) pula ada menyatakan bahawa :

“Selain aspek kemahiran dan peningkatan pengalaman diri, pembangunan manusia juga

adalah salah satu usaha untuk menghasilkan rakyat yang bermoral, mempunyai nilai -nilai positif, semangat kekitaan yang tinggi, kesetiaan dan cinta kepada negara. Inilah hasrat murni yang ingin dicapai dalam pembangunan manusia dalam konteks negara Malaysia”

Di Malaysia, misi utama pendidikan jelas bertujuan seperti berikut:

Mewujudkan sistem pendidikan yang terbaik untuk menghasilkan insan yang mempunyai daya ketahanan yang tinggi bagi memenuhi aspirasi dan kehendak individu, masyarakat dan negara. -Wan Mohd Zahid (1993)

Di sini jelas bahawa, pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh bagi melahirkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek. Winkel (1991) pula menambah potensi insan ini sebagai berikut:

Dapat melakukan pemikiran ke hadapan “futuristik” Dapat mamahami fenomena alam.

Sememangnya, inilah yang ditekankan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Untuk itu, proses pendidikan seharusnya bermula sedari awal lagi. Pendidikan berlaku lebih agak serius apabila kanak-kanak dilahirkan hingga mereka berumur 4 atau 5 tahun. Jika pendidikan di tahap ini tidak betul, maka

pincanglah proses pendidikan yang seterusnya.

Bincangkan apakah kesan jika konsep pembelajaran kanak-kanak menggunakan pendekatan seni.

Pernahkah anda mendapat apa-apa maklumat mengenai pendekatans eni dalam pendidikan?

Page 13: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

10 | K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I

1.3.5 Seni Untuk Kesedaran Estetik

Kesedaran estetik merupakan faktor asas membuat sesuatu pilihan dalam kehidupan seseorang individu.

Eisner dalam tulisannya menyatakan persoalan mengapa pelajar harus mempelajari pendidikan seni

iaitu:

Tamadun : Belajar mengenai tamadun dan sejarah menerusi pemikiran visual mereka.

Membuat pilihan atau pertimbangan : Membantu mereka dalam membuat pilihan dan

pertimbangan dalam kehidupan.

Kreativti Memperkembangkan potensi kreativiti , pemikiran visual dan membuat keputusan dengan

tepat kanak-kanak.

Komunikasi: Memahami dan menghargai nilai estetik dalam kehidupan

Kemahiran membuat pilihan menerusi seni menimbulkan kesedaran estetik. Proses mengolah, mencari

idea, berbicara tentang idea, latihan mampu untuk membantu seseorang membuat pilihan estetik.

Pemilihan dalam kehidupan kita seperti pakaian, hiasan rumah, kereta, jam tangan melatih manusia

untuk membuat pilihan dan mereka boleh memilih dengan baik. Hal ini membuktikan kesedaran estetik

wujud dalam diri.

Estetika menurut Othman Yatim 1989, merujuk kepada kecantikan, baik susunannya dan

keberkesanannya. Ia melibatkan psikologi manusia yang berkaitan dengan perasaan. Dari sudut psikologi

keindahan itu dilihat sebagai sesuatu yang sangat sesuai kepada pancaindera atau deria rasa. Akal

bukan sahaja memiliki deria fikir dan kemahuan (nafsu), tetapi juga indera rasa. Keindahan ini bersifat

ideal dan fakta. Sesuatu karya atau bahan yang dikatakan indah, keindahan itu tidak terletak pada kary a

itu sendiri tetapi ia adalah suatu perasaan yang dihayati oleh manusia ketika meneliti karya. Sifat-sifat

keindahan yang lahir dapat menimbulkan rasa kesenangan atau kepuasan dalam diri yang disebut

estetika. Dalam menghayati estetika kita seolah-olah ditarik ked ala objek keindahan yang menyebabkan

timbul rasa bersatu dengan karya.

Page 14: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I | 11

1.4 Kepentingan Kreativiti

Kreativiti adalah tunjang kepada ketamadunan daripada konsep pembuatan roda hingga kepada

pembungkusan nasi lemak, telefon, kapal terbang dan apa sahaja yang manusia dapat fikirkan.

Pemikiran kreatif turut dihasilkan oleh penulis novel, pemuisi, pemuzik, d rama, teater, pelukis dan

pengarca.

Kedua-dua penciptaan berfungsi kepada dua aspek kehidupan manusia yang berbeza. Yang pertama

untuk digunakan atau menjadikan manusia moden manakala yang kedua menjadikan manusia hidup

lantas dapat menjadi moden.

Setiap manusia memerlukan kedua-dua bentuk kreativiti……. Kanak-kanak sebagai agen masa hadapan perlu dilibatkan kepada aktiviti kreatif kerana ‘nature’ kanak -

kanak yang gemar mengeksplorasi (membuat pernyataan diri) secara terbuka. Mereka boleh menjelajah

dunia kreativiti dengan bantuan orang dewasa.

Kanak-kanak berasa seronok jika dapat :

Memahami diri mereka secara mendalam / teliti

Mencari jawapan kepada masalah

Berfikir sesuatu yang lain

Dipuji (rasa individualiti)

Dapat memperkembang idea baru

Berasa lain daripada yang lain.

Page 15: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

12 | K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I

Rajah 1 : Proses pemikiran visual menerusi pembelajaran seni

Berdasarkan aktiviti di dalam pengajaran dan pembelajaran anda, bincangkan apakah kenyataan Eisner ini benar atau tidak? Beri alasan anda bagi jawapan yang diberi.

Aktiviti Kenyataan Eisner Alasan

Page 16: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I | 13

RUMUSAN Dalam unit ini pelajar didedahkan kepada konsep umum seni dan kepentingan seni dalam konteks

pembangunan kognitif, psikomotor dan afektif kanak-kanak. Konsep berfikir, kepentingan seni dan

kreativiti kepada kanak-kanak turut melibatkan aktiviti seni yang akan dijelaskan dengan lebih lanjut

dalam unit-unit berikutnya. Seni adalah satu disiplin ilmu (dalam konteks pendidikan) yang dapat

membangun kreativiti kanak-kanak .Kreativiti bukanlan satu entiti tetap, ia boleh dikembangkan dan

dijana seaktif mungkin terutamanya bagi kanak-kanak. Kepentingan kreativiti dalam kerja-kerja seni

dibuktikan dengan ciri-ciri kreatif yang dinyatakan oleh tokoh-tokoh kreativiti

Letakkan 2 orang kanak-kanak pada sebuah meja dengan beberapa kelengkapan seperti boneka, kertas warna. Lihat apa yang berlaku.

Ajukan persoalan-persoalan mengenai kelengkapan tersebut dan akhir sekali minta mereka

gunakan/bermain dengan kelengkapan-kelengkapan tersebut. Tuliskan hasil pemerhatian anda mengikut perkembangan kognitif, psikomotor dan afektif kanak -

kanak..

Pemerhatian

Kognitif Psikomotor Afektif

RUJUKAN

Mary Maskey (2002). Creative Activities for Young Children 7th ed.. New York, Delmar Thomson

Learning. Mohd. Azhar Abdul Hamid, (2004). Kreativiti: Konsep & Teori Praktis. Johor: Universiti Teknologi

Malaysia.

Page 17: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

14 | K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I

Di akhir unit ini, anda seharusnya dapat:

1. Mengetahui bidang-bidang dalam kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR;

2. Menjelaskan bidang-bidang yang terdapat dalam Pendidikan Seni Visual sekolah

rendah;

3. Menyatakan asas seni reka dalam konteks berkarya yang berjaya; dan

4. Menyatakan aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan pengajaran dan pembelajaran

Pendidikan Seni Visual di sekolah.

UNIT 2

PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL

A people without the knowledge of their past history, origin and culture is like a tree without roots. Marcus Garvey

2.0 Pengenalan

Seni visual di sekolah rendah menjurus kepada seni tampak dan tidak kepada seni muzik, seni teater,

seni sastera, seni mempertahan diri dan seni fotografi. Subjek ini lebih menegaskan kegiatan dalam

proses penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini

menyentuh perasaan estetik dan daya kreativiti individu melalui penajaman daya intuisi, persepsi,

imaginasi dan konsepsi murid.

HASIL PEMBELAJARAN

Page 18: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I | 15

Murid diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, meningkatkan lagi kepekaan, menjadi

pengkarya yang rasional dan mampu mengendalikan kehidupan dengan membawa bersama nilai yang

disebutkan.

Kurikulum Pendidikan Seni sekolah rendah merangkumi empat bidang iaitu menggambar, membuat

rekaan dan mencorak, membentuk dan membuat binaan dan kraf tradisional. Murid dilatih untuk melihat

subjek ini pada perspektif yang lebih luas sama ada dari aspek estetik mahupun gunaan. Melalui

kefahaman aspek di atas, pelajar akan dapat membuat pemahaman mengenai pelbagai khazanah dalam

konteks seni warisan bangsa.

2.1 Bidang-Bidang Dalam Seni Visual

Empat bidang dalam Pendidikan Seni Visual sekolah rendah terdiri daripada:

Melukis dan membuat gambar

Membuat rekaan corak

Membentuk dan membuat binaan

Kraf tradisional

Sebagai guru yang merancang aktiviti pembelajaran, beri pendapat anda jika penggabungan bidang dilakukan di dalam aktiviti pembelajaran kanak -kanak. Adakah ianya dapat

mempertingkat kreativiti kanak-kanak?

2.1.1 Melukis dan Membuat Gambar

Bidang ini menegaskan perkembangan persepsi terhadap aspek melukis serta kegiatan

menggunakan pelbagai media dan teknik dengan menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan

komposisi.

Penguasaan gambar akan menjadi lebih baik dan menarik sekiranya ada kepelbagaian bahan dan

teknik yang diaplikasikan.

Page 19: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

16 | K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I

Di dalam bidang pengajaran dan pembelajaran sekolah rendah, kandungan subjek atau hal benda

disesuaikan dengan pengalaman sedia ada pelajar untuk merangsang dan meningkatkan

pembelajaran.

Dalam aktiviti menggambar, kanak-kanak dapat menggunakan berbagai alat dan bahan untuk

menghasilkan gambar mengikut cara ekspresinya yang tersendiri. Ini membantu perkembangan

pelajar dari aspek psikomotor dan emosi dan penting dari segi keperluan fisiolog i dan psikologi murid

2.1.2 Membuat Rekaan dan Corak

Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk

menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Corak dan rekaan

tersebut boleh juga dipadankan kepada mana-mana hasil daripada kegiatan lain seperti binaan,

kraf dan sebagainya. Corak terjadi daripada pelbagai teknik dan cara.

Corak ialah struktur susunan ulangan berdasarkan motif dibuat secara terkawal atau

bebas. Seringkali corak boleh didapati daripada:

(i) Alam semulajadi seperti bunga, siput, kayu, serangga dan haiwan

(ii) Bahan buatan manusia seperti kerusi, meja, rumah dan gunting

(iii) Geometri seperti bulat, segi tiga dan segi empat

(iv) Rupa barangan kraf tradisional seperti wau, gasing dan keris.

Jenis Susunan Corak Terdiri Daripada:

Penuh Turun satu suku Turun tiga suku Turun separa Sisik ikan Selang seli

Tampak dam dan tampak catur Siku keluang Pucuk rebung Orgee Batu bata Tunggal

Berpusat Sendeng Jidar Pucuk rebung Berjalur Cerminan

Page 20: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I | 17

Teknik Corak

Dibuat secara terancang dan tidak terancang. Ia bergantung kepada kesesuaian motif dan tujuan corak

ini dihasilkan.

2.1.3 Membentuk dan Membuat Binaan

Bidang ini menegaskan perkembangan persepsi pelajar terhadap aspek seni dari segi bentuk,

ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek tersebut pelajar dapat memahami

dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan membuat binaan sesuatu model.

Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga mendedahkan pelajar dengan

penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada pelajar

berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan semasa menjalankan proses penghasilan seni.

Arca boleh dikategorikan kepada dua iaitu arca estetik (untuk tujuan keindahan dan memberi nilai

puas kepada orang yang melihat). Arca fungsional juga merupakan arca yang mempunyai nilai

estetik tetapi dalam masa yang sama mempunyai kegunaan seperti lampu, alat permainan

kanak-kanak di taman permainan.

Bidang kegiatan membentuk dan mermbuat binaan di sekolah rendah merangkumi - Arca timbul - Arca assemblaj

- Arca mobail - Arca stabail - Model - Diorama - Boneka - Topeng

- Origami

Merujuk kepada arca yang anda faham, berikan contoh arca dalam kehidupan seharian mengikut kategori.

Kategori Contoh 1 Contoh 2 Contoh 3 Contoh 4

Arca Estetik

Arca Fungsional

Page 21: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

18 | K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I

Tema dan Subjek (i) Alam semulajadi (ii) Perasaan dalaman, khayalan dan imaginasi si pelukis

(iii) Aliran dan tema sejagat (iv) Keperluan dan pengalaman harian (v) Pengalaman

(vi) Kajian terhadap masyakakat (vii) Budaya dan persekitaran

2.1.4 Mengenal Kraf Tradisional

Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan atau kerja-kerja berunsurkan seni yang

melibatkan kemahiran kerja tangan serta memerlukan daya cipta dan kreatif masyarakat yang

diwarisi turun temurun mengikut kaum masing-masing.

Jenis-jenis Kraf

- Alat domestik - Alat permainan

- Ukiran - Batik

- Seni tekat - Tembikar

- Anyaman - Kelarai

2.2 Asas Seni Reka

Asas seni reka boleh dibahagi kepada:

Unsur Seni Prinsip rekaan Struktur rekaan

2.2.1 Unsur Seni Unsur seni terdiri garisan, warna, jalinan, rupa, bentuk dan ruang.

1. Garisan

Garisan merupakan cantuman satu siri titik

Garisan boleh jadi dalam bentuk tebal, tipis, berbulu, putus-putus, bergerigi, beralun, zig-zag

dan lain-lain lagi.

Gambar 1: Cantuman garisan hasil daripada kreativiti manusia akan menghasilkan bentuk

Page 22: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I | 19

Merupakan unsur yang terpenting dalam kerja melukis dan menggambar

Melalu garisan kita boleh menulis, melakar, membuat jalinan gambar, membuat rupa dan membentuk.

Garisan boleh dihasilkan melalui pelbagai teknik seperti; Teknik koyakan Teknik tampalan

Teknik kolaj Teknik gosokan

Teknik cetakan Teknik capan

Gambar 2-8: Pelbagai aplikasi jenis garisan dalam menghasilkan karya

2. Warna Warna terdiri daripada; Warna asas

Warna sekunder Warna tertier

Warna asas terdiri daripada biru, merah dan kuning. Warna ini tidak boleh dihasilkan melalui

campuran warna lain tetapi boleh menghasilkan warna sekunder apabila ia dicampurkan antara satu

sama lain.

Apabila warna kuning dicampur biru, ia membentuk warna sekunder hijau. Merah dicampur dengan

biru membentuk warna sekunder ungu dan apabila kuning dicampur dengan warna merah ia

membentuk sekunder oren atau jingga.

Page 23: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

20 | K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I

Warna asas dan warna sekunder apabila dicampurkan akan membentuk warna tertier. Secara

mudahnya warna asas adalah ibu segala warna. Kefahaman mengenai warna ini memudahkan

pelajar untuk kerja-kerja mewarna kepada subjek yang dihasilkan.

Berdasarkan roda warna yang diberi, bincangkan bersama-sama murid-murid anda. Bincangkan pelbagai aspek warna seperti ton warna, kroma warna, nilai warna, warna

penggenap, warna kontra, warna harmoni, warna sejuk dan warna panas.

Bincangkan bagaimana warna mempengaruhi perasaan mereka. Apakah warna kegemaran mereka dan mengapa?

Roda Warna Warna Asas Warna Sekunder Warna Tertier

Bincangkan mengenai 6 topi berfikir Edward de Bono dan kaitannya dengan warna.

Topi merah :

Topi putih :

Topi kuning :

Topi hitam :

Topi hijau :

Topi biru :

Page 24: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I | 21

3. Jalinan Jalinan ialah kesan yang terdapat pada sesuatu permukaan objek sama ada kasar, halus,

kesat dan sebagainya. Jalinan wujud secara semulajadi atau dari buatan manusia. Jalinan

yang wujud secara semulajadi mempunyai fungsi yang tersendiri dari ciptaan Yang Maha

Kuasa.

Jalinan terbahagi dua jenis:

(i) Jalinan tampak

(ii) Jalinan sentuh

Gambar 9 : Karya mozek menunjukkan elemen jalinan sentuh

Gambar 10: Karya kolaj menunjukkan elemen jalinan sentuh

Jalinan tampak hanya dapat dilihat pada satah gambar yang bersifat dua dimensi. Ia terdiri

daripada gambar, slaid, billboard, paparan jalan, simbol dan logo. Oleh sebab ia wujud dalam

bentuk gambar, kita tidak dapat merasa jalianan secara sentuhan.

Page 25: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

22 | K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I

Gambar 11: Hasil fotografi menunjukkan jalinan tampak

Manakala jalinan sentuh dapat dirasa kerana ia bersifat maujud. Sifatnya tiga dimensi. Ia

terdiri daripada kulit kayu, cermin, kulit kerang, simen, buah durian dan lain-lain lagi.

Jalinan boleh dihasilkan melalui:

Teknik cetakan

Teknik pualaman

Teknik kolaj

Teknik binaan

Teknik ikat celup

Gambar 12-14: Teknik pualaman, ikat celup dan renjisan menghasilkan jalinan

Page 26: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I | 23

4. Rupa

Rupa adalah cantuman antara dua hujung garisan iaitu permulaan garisan dan penghujung

garisan. Ia hanya sekadar garis luar sesuatu objek dan sifat leper atau mendatar.

Rupa terbahagi kepada dua: rupa organik dan rupa geometri. Rupa organik mempunyai

garisan luaran yang berbagai, tidak menentu dan bersifat dominan. Sebahagian besar objek

di dunia ini mempunyai rupa jenis ini.

Berbeza dengan rupa geometri yang terikat dengan bentuk yang khusus sepeti bulat, empat segi,

kun, kubus, seilinder, empat segi bujur, piramid dan beberapa contoh yang lain. Secara

lumrahnya, rupa geometri dihasilkan berbantukan alat geometri.

Rupa sesuatu bentuk amat berguna dalam proses menghasilkan motif mencorak

Gambar 15 : Perbezaan di antara bentuk dan rupa organik

Gambar 16:

Kombinasi rupa geometrik menghasilkan reka

Page 27: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

24 | K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I

5. Bentuk Bentuk secara mudahnya mempunyai isipadu. Ia lebih lengkap jika dibandingkan dengan

rupa. Rupa lebih terperinci sifatnya jika dilukis atau digambarkan kerana ton, jalinan ruang

diaplikasi sekali gus.

Bentuk ilusi wujud dalam bentuk gambar, catan, cetakan, foto, illustrasi, lukisan dan

gurisan. Bentuk ilusi hanya dapat dilihat di satah gambar dan apabila disentuh ia hanya

permukaan datar kerana dalam bentuk dua dimensi.

Gambar 17: Gabungan rupa geometrik, garisan dan warna menghasilkan karya 2 dimensi yang unik

Gambar 18: Bentuk asas dalam menghasilkan arca

Gambar 19: Karya Mc Asher menggabungkan unsur geometrik dan organik dalam susunan komposisi yang

sangat kreatif

Page 28: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I | 25

Bentuk konkrit bersifat tiga dimensi, maujud, berisipadu atau berjisim dan mempunyai ton, warna, jalinan

dan ruang. Contoh: Bakul, bola, durian, bangunan, manusia dan lain-lain lagi.

6. Ruang Ruang merupakan kawasan di antara atau kawasan di sekeliling objek. Ia menggambarkan

aspek kekosongan antara objek atau garisan.

Ruang berada di luar, di tepi di atas atau sebagainya. Dalam kerja menggambar, ruang

boleh dihasilkan dengan menggunakan garisan, jalinan dan warna.

Pada kebiasaannya, ruang dikaitkan kepada garisan, perspektif, warna dan bentuk.

Gambar 22: Pembahagian ruang dalam karya lanskap

Ruang hadapan dengan rumah sebagai objek atau

subjek

Ruang tengah dengan pokok sebagai objek

Ruang belakang dengan bangunan dan latar sebagai

objek atau subjek

Gambar 20 : Garisan perspektif, ruang ilusi dan jisim bentuk menimbulkan bentuk 3 dimensi dalam karya seni

Gambar 21 : Gabungan rupa organik menimbulkan bentuk mengikut aliran Kubisme

Page 29: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

26 | K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I

2.2.2 Prinsip-prinsip Rekaan

Prinsip rekaan terdiri daripada yang berikut:

1. Harmoni

Harmoni menggambarkan situasi yang selesa, teraputik, nyaman, aman dan tenang. Situasi ini berkaitan

dengan konsep keseragaman, kesamaan, imbangan dan penyerapan. Konsep ini menimbal balas

kepada garisan, bentuk, rupa, jalinan, ruang dan warna yang saling lengkap melengkapi dan tiada unsur

percanggahan di dalamnya.

Gambar 24: Harmoni wujud dalam warna dan garisan

Gambar 25: Harmoni dalam bentuk

Gambar 23: Kreativiti artis menimbulkan bentuk dari rupa dan disusun dalam ruang

menghasilkan karya 3D yang unik

Page 30: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I | 27

Jelaskan bagaimana perasaan dan emosi individu terhadap kesemua unsur

seni dan prinsip rekaan ini jika setiap manusia membuat pemerhatian yang teliti terhadap alamnya. Apakah bumi akan menjadi lebih indah dan bersih? Bincangkan dengan anak murid anda.

2. Penegasan Penegasan dalam konteks Pendidikan Seni Visual bermaksud kemampuan sesuatu unsur untuk menarik

perhatian si pemerhati. Cara ini boleh dilakukan dengan mewujudkan kelainan atau keganjilan dalam hal

subjek yang diutarakan. Unsur-unsur seni seperti garisan, ruang, bentuk, jalinan, rupa dan warna

merupakan unsur biasa yang boleh dikaitkan dengan penegasan.

Gambar 26: Penegasan dalam warna

3. Imbangan

Imbangan menunjukkan agihan ruang dari segi kedudukannya. Jika ruangan kiri dan kanannya

seimbang, ia bermaksud kedudukan objek berada keadaan yang s tabil, sama berat dan sifatnya

harmoni. Imbangan seringkali dikaitkan dengan saiz, jarak, bentuk, jalinan, rupa dan warna. Imbangan

boleh jadi dalam bentuk simetri atau bukan simetri. Imbangan simetri bermaksud pembahagian ruang

yang seimbang kiri dan atau atas bawah. Jika sebaliknya, ia membentuk imbangan tidak simetri.

Page 31: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

28 | K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I

4. Kontra Kontra menunjukkan percanggahan atau perlawanan dengan ciri-ciri yang ingin diutarakan dalam hal

subjek karya. Ciri-ciri yang berlawanan ini disengajakan untuk mendapatkan reaksi sipermerhati. Kontra

boleh berlaku pada rupa, bentuk, garisan, warna dan corak.

5. Pergerakan Selain memberi perhatian kepada objek yang dikontrakan, pergerakan sesuatu objek dalam gambar juga

boleh menjadikan sebagai kekuatan imej gambar itu. Pergerakan sesuatu kenderaan bermotor misalnya,

nampak lebih hebat dan menarik apabila ada unsur pergerakan tambahan yang menjadikan ia kelihatan

seperti bergerak. Pergerakan boleh dihasilkan melalui rupa, jalinan, ruang dan warna.

Gambar 29: Garisan mewujudkan pergerakan

Gambar 27: Banyak objek mempunyai keseimbangan simetri. Bentuk yang simetri banyak digunakan dalam membuat corak.

Gambar 28: Kontra dalam saiz figura dalam karya

Page 32: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I | 29

6. Kesatuan Kesatuan dalam Pendidikan Seni Visual bermaksud gabungan rupa, corak, bentuk, warna dan jalinan

yang boleh menimbulkan suatu tema atau keseragaman pendapat. Kesatuan boleh dihasilkan melalui

kesatuan bentuk, rupa, corak dan warna. Apabila penyerapan unsur-unsur seni ini berlaku dengan

seimbang, harmoni dan saksama ia akan menwujudkan kesatuan.

Gambar 30: Kesatuan dalam bentuk pada arca

7. Kepelbagaian Kepelbagaian bererti kombinasi dari pelbagai gagasan, nilai dan pesembahan yang membentuk satu

gubahan. Kombinasai unsur-unsur seperti jalinan, rupa, bentuk, warna, ruang dan sebagainya akan

membentuk kesatuan dalam kepelbagaian. Perkara penting yang perlu diambil kira untuk mewujudkan

kepelbagaian yang harmoni ialah dengan menyusun atur secara seimbang dan bersesuaian.

Gambar 31: Kepelbagaian dalam karya seni

2.2.3 Struktur Rekaan

Sebelum berkarya, pertimbangan awal yang menjadi perhatian ialah bagaimana penstrukturan hal

benda dilakukan. Ia dilakukan untuk mendapatkan suatu hasilan yang baik dan memenuhi

spesifikasi karya yang terancang. Untuk mendapatkan struktur yang baik, lakaran asas yang

Page 33: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

30 | K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I

mungkin rupa geometri atau rupa organik di gunakan. Struktur asas yang digunakan boleh

dibahagikan kepada dua iaitu garisan grid dan garisan struktur.

Garisan grid adalah garisan-garisan silang di atas kertas petak-petak terbentuk dan motif corak

dilukis pada setiap petak tadi.

Gambar 32-35: Grid dalam membuat corak

Garisan struktur pula ialah garisan yang terbentuk mengikur sifat objek yang dilukis. Contohnya,

bagi sebuah payung, garisan strukturnya terbentuk sebagai garisan berpancar daripada tengah

payung itu. Bagi ubat nyamuk pula, garisan berpusar menjadi struktur garisannya dan

berpandukan garisan-garisan struktur inilah kerja-kerja menggambar diteruskan.

Gambar 36:

Grid menjadi panduan untuk membuat lukisan perspektif

Page 34: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I | 31

2.3 Rumusan

Pengetahuan asas seni visual membantu guru melaksana dan mengenal seni visual s ebagai alat yang

sangat penting untuk mengembangkan keupayaan, kecerdasan intelektual, kemahiran dan nilai dalam diri

kanak-kanak. Elemen dan prinsp seni sangat penting dalam melaksana kesemua aktiviti dalam bidang

mengikut kurikulum KSSR. Sama ada kanak-kanak berbakat atau bermasalah pembelajaran kedua-

duanya memerlukan kepakaran dan kreativti guru dalam memilih, melaksana dan menjalankan aktiviti

pembelajaran seni.

Rujukan

Hurwitz, a. & et. al (2001). Children and their art, Harcourt College Publishers, U.S.A.

Kathleen Chee. (1999). Pendidikan seni, Bangi: Penerbitan Pelangi,

Edwards, B. (1986), Drawing on the artist within, Simon & Schuster, Inc., USA.

Rahmat Salihon (2003) Pendidikan seni visual tingkatan 1, Fajar Bakti, Selangor darul Ehsan

Raja Baharudin (1999), Kursus amali pendidikan seni PMR, Selangor Darul Ehsan: Pan Asia Publications, Bhd.

Gardner. H., (1989). Toward more effective arts education, Arts, Mind and Education, USA: University of Illinois Press.

Lark - Harovitz, Lewis H. P., & Luca. M., (1967). Understanding children’s art for better teaching, USA : Columbus.

Page 35: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

32 | K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I

UNIT 3

SKEMATA TAMPAK KANAK-KANAK

Art is not what you see, it is what you make others see

Edgar Degas

3.0 Pengenalan

Seni menekankan pembentukan jiwa kanak-kanak ke arah aktif dan kreatif, agar kanak-kanak tersebut

suka membuat sesuatu dan suka mencipta sesuatu yang baru. Kanak-kanak diberikan kebebasan dalam

memperkembang fantasinya atau menyatakan isi hatinya menurut pe rsepsinya sendiri . Seni perlu dapat

membantu kanak-kanak memperkembang peribadi secara menyeluruh berasaskan kemampuan

menggunakan otot-otot tangan dengan sempurna, berlaku usaha untuk mengkoordinasi setiap gerak geri

secara serentak dengan menggunakan alat-alat dan bahan-bahan. Ini terbukti kerana menurut Cizek,

seni memberi kanak-kanak membesar, berkembang dan matang. Kanak-kanak semakin aktif/lebih aktif

dan gerakerja kumpulan memberi peluang untuk bekerjasama, tolong menolong, dan berkongsi secara

tidak langsung berlaku pembelajaran nilai sosial.

Di akhir unit ini, anda seharusnya dapat:

a. Menjelaskan makna kanak-kaanak secara menyeluruh

b. Memahami aras-aras perkembangan skemata tampak kanak-kanak c. Mengaitkan perlembangan skemata tampak kanak-kanak dengan

perkembangan kognitif mereka

HASIL PEMBELAJARAN

Page 36: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I | 33

3.1 Pendapat Tokoh mengenai Kanak-kanak

Al Ghazali menekankan bahawa kanak-kanak perlu:

Dididik sejak lahir dan diajar mengenal huruf, menulis dan membaca.

Diberi pendidikan agama untuk membentuk peribadi mulia.

Diberi latihan jasmani untuk membina kekuatan tubuh badan, kecerdasan minda dan mengelakk an

kemalasan dan kelesuan badan.

Dilatih mengamalkan budi pekerti yang mulia dan tabiat-tabiat yang baik.

Dilatih untuk mempunyai sifat berani, merendah diri, sabar dan menghormati orang tua dan

mentaati kedua ibu bapa dan guru.

Diberi nasihat atas kesalahan yang dilakukan dan dimarahi sekali sekala supaya mereka lebih

menghormati orang tua.

Seterusnya Ibnu Khaldun menegaskan kanak-kanak perlu digalakkan untuk:

Menggunakan panca indera dan diberi contoh-contoh yang mudah dan konkrit dalam

pembelajaran.

Menggunakan jadual belajar yang disusun dengan baik.

Tidak memahami dua perkara dalam masa yang sama kerana ini akan mengelirukan mereka.

Didedahkan kepada contoh teladan yang baik.

Diajar membaca Al-Quran.

Memberi bimbingan dengan lemah lembut dan bertimbang rasa bukannya melalui kekasaran.

Ahli falsafah bangsa China iaitu Confusious pula menegaskan bahawa empat pelajaran yang perlu diajar

kepada kanak-kanak iaitu:

Tulisan khazanah dari zaman berzaman.

Kenyataan kehidupan masyarakat.

Ketaatan kepada orang tua.

Kepercayaan terhadap perhubungan manusia.

Belajar tanpa berfikir adalah sia-sia, sebaliknya berfikir tanpa belajar adalah berbahaya.

Page 37: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

34 | K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I

Ahli-ahli teori Barat seperti Skinner yang mengasaskan teori Rangsangan-Gerakbalas di mana seseorang

kanak-kanak akan bergerak balas terhadap sesuatu rangsangan berdasarkan pengalaman yang lepas.

Membuat pengukuhan positif dengan ganjaran jika kanak-kanak itu ingin mengulang semula rangsangan.

Kanak-kanak boleh dihukum atau diberhentikan ganjarannya jika masih melakukan tingkah laku negatif.

Froebel menyatakan bahawa kanak-kanak:

Merupakan individu sosial dan aktiviti yang dijalankan merupakan asas untuk bersosial .

Perlu bermain untuk memupuk konsep kendiri yang positif dengan bimbingan guru.

Perlu bermain kerana permainan merupakan aktiviti spiritual yang menawarkan kebebasan,

kepuasan dan keamanan.

Mempelajari sesuatu yang boleh dipelajarinya.

Menggabungkan pendidikan, pengalaman, pemikiran dan tindakan sebagai persediaan hidup di

masa akan datang.

Memperoleh pengetahuan dan kemahiran melalui pengalaman sebenar.

Membentuk sikap positif, berakhlak serta tingkah laku melalui aktiviti kumpulan, aktiviti spontan

dan disiplin yang sederhana.

Roussoeu pula menegaskan perkembangan kanak-kanak berlaku secara semula jadi mengikut kadar

kematangan yang berbeza

Perkembangan semulajadi kanak-kanak dalam pembelajaran menyebabkan mereka tidak boleh

dipaksa belklajar selagi mereka belum bersedia. Guru mesti membimbing dan menilai perkembangan kanak-kanak untuk menentukan tahap

kesediaan kanak-kanak tersebut. Merancang pengalaman pembelajaran yang bersesuaian mengikut kesediaan dan kesesuaian

masa.

Piaget menyatakan bahawa kanak-kanak melalui empat peringkat perkembangan intelek mengikut umur dan pertumbuhan mereka

Peringkat Deria motor (0-2 tahun) Peringkat Pra-Operasi (2-7 tahun)

Peringkat Operasi Konkrit (7-12 tahun) Peringkat Operasi Formal (11 ke atas)

Dewey menekankan bahawa kanak-kanak mmemerlukan pendidikan yang disepadukan dengan

kehidupan terutama minat mereka. Penglibatan aktif dalam aktiviti fizikal, penggunaan bahan dan

interaksi sosial di pusat pembelajaran dan seterusnya pengukuhan dalam bentuk pengiktirafan,

penerimaan, serta rasa hormat dan dihormati sangat penting di dalam membangun keseluruhan diri

Page 38: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I | 35

kanak-kanak. Perlaksanaan pembelajaran melalui aktiviti arahan kendiri, pengalaman bermakna, dan

eksperimen akan membantu pembentukan konsep melalui pengalaman sebenar dengan persekitaran.

Golemann tokoh yang menulis mengenai kecerdasan emosi menyatakan bahawa kanak-kanak perlu

didedahkan tentang:

Kesedaran dan pengurusan kendiri Pencapaian emosi yang positif Kesedaran tentang keperluan, perasaan dan pandangan orang lain

Pembinaan kemahiran sosial Pembinaan keyakinan menghadapi cabaran kehidupan harian

3.2 Konsep pembelajaran dan perkembangan diri kanak-kanak

Perkembangan domain kognitif, afektif dan psikomotor saling berkaitan dan mempengaruhi satu sama

lain kanak-kanak berkembang dalam domain fizikal, sosial, emosi dan kognitif yang saling berkaitan

antara satu sama lain. Perkembangan salah satu domain akan mempengaruhi perkembangan domain

yang lain. Kanak-kanak berkembang secara fizikal sejak lahir sehingga akhir remaja iaitu di usia 19

tahun. Sepanjang usia tersebut perkembangan berlaku secara berurutan. Perkembangan kanak-kanak

berlaku mengikut urutan dengan diikuti oleh kemahiran, pengetahuan dan kebolehan yang dipupuk

kemudiannya. Kefahaman mengenai perkembangan kanak-kanak sangat penting memandangkan kadar

perkembangan kanak-kanak berbeza. Kanak-kanak adalah unik dan berbeza antara satu sama lain dari

segi minat, keperluan, kekuatan, personaliti, emosi, gaya pembelajaran, kekuatan, pengalaman dan la tar

belakang keluarga. Keadaan ini harus disesuaikan dengan aktiviti yang disediakan. Ini seiring dengan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menegaskan konsep pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha

yang berterusan dan pendidik perlu percaya bahawa setiap murid adalah individu yang berpotensi.

Perkembangan kanak-kanak adalah berterusan dan gangguan emosi, fizikal dan intelektual boleh

menganggu perkembangan yang dilalui. Pengalaman di peringkat awal kanak-kanak akan memberi

kesan kepada perkembangan dan pengalaman pembelajaran mereka. Selain itu perkembangan kanak-

kanak berlaku dalam konteks sosio-budaya mengikut arah yang lebih kompleks. Kanak-kanak membesar

mengikut sistem sosial yang dilingkungi oleh masyarakat dan komunitinya. Perkembangan turut

Bincangkan persamaan dan perbezaan pandangan tokoh mengenai ‘siapa kanak-kanak’. Hasilkan satu rumusan anda sendiri tentang

definisi kanak-kanak dalam konteks anda.

Page 39: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

36 | K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I

dipengaruhi oleh faktor baka. Perkembangan dipengaruhi oleh faktor baka dan persekitaran kanak -kanak

iaitu berlaku dalam konteks sosio-budaya keluarga yang berbeza, komuniti dan masyarakat setempat

yang saling berkaitan antara satu sama lain.

Kanak-kanak adalah pelajar yang AKTIF dan mereka cepat memahami persekitaran dunia mereka

daripada pengalaman di rumah, tadika dan dalam komuniti. Adalah salah jika guru menganggap murid

yang aktif mempunyai masalah pembelajaran. Dengan kecanggihan dunia dan teknologi yang meledak,

kanak-kanak didedahkan kepada banyak sumber maklumat sebelum memasuki sekolah dan seterusnya

proses perkembangan mereka di usia akhir kanak-kanak akan mendorong mereka menjadi lebih berani,

mahukan sesuatu yang berbeza dan pada usia ini guru perlu membantu kanak-kanak mencari identiti diri

mereka.

Dalam pembelajaran seni visual kanak-kanak akan meninggalkan kesan emosi, ekspresi dan kognitif di

dalam karya sebagai bukti perubahan diri mereka. Konsep belajar dan cara bagaimana pembelajaran

diserap sangat penting sebagai alat untuk meningkatkan perkembangan sosial, emosi, rohani dan kognitif

seseorang kanak-kanak.

Proses perkembangan kanak-kanak akan menjadi lebih cepat apabila mereka diberi peluang untuk

melatih kemahiran-kemahiran yang baru atau menjalankan aktiviti yang lebih mencabar dan juga jika

diberi peluang untuk mengurus. Proses ini akan membentuk kemahiran komunikasi yang baik di kalangan

murid-murid.

Murid boleh menunjukkan pelbagai cara yang diketahui dan dari pengalaman pembelajaran mereka.

Mereka menunjukkan pelbagai gaya pembelajaran seperti visual, auditori dan tektil sebagai penglibatan

mereka dan menerusi gaya pembelajaran yang pelbagai, kesemua kecerdasan murid akan dapat

dirangsang dan seterusnya berkembang.

Perkembangan dan pengalaman pembelajaran murid berlaku dengan baik dalam konteks komuniti di

mana mereka berasa selamat, dihargai, keperluan dipenuhi dan rasa selamat. Ini sangat relevan dengan

apa yang diutarakan oleh Maslow dalam Hirarki Keperluan Individu seperti dalam Rajah 1.

Page 40: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I | 37

Rajah 1: Keperluan Perkembangan Kanak-kanak Sumber Learning Fundamental (2000). Colin Rose and Gorden Dryden. Greenwich Ed.

Gambar 1: Kanak-kanak merakam perasaan, emosi, intelektual dan fizikal

di dalam penghasilan sebuah karya

Kasih sayang dan

penghargaan penghargaan keseronokan

boleh berfikir memahami diri dan kecerdasan keyakinan diri rasa sihat

keupayaan deria diri

Keupayaan berucap, menulis, membaca dan

mengira dengan baik

Kreatif dan peka, logik dalam berfikir,

kekuatan memori dan fokus

Kekuatan diri, boleh bekerjasama dan

penuh kasih sayang, tekal dan positif

Bertanggungjawab, boleh mengawal diri dan

menghargai diri dan orang lain serta sentiasa

bersemangat dan jujur

Kepuasan kendiri dan rasa SAYA

Berdasarkan karya dalam Gambar 1, pada pendapat anda pakah

ciri-ciri kreatif yang ada pada kanak-kanak brusia 5 tahun ini?

Page 41: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

38 | K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I

3.3 Kanak-kanak dan Bakat Seni

Manusia mempunyai pandangan dan pendapat yang berbeza mengenai keindahan atau estetik .

Seringkali dinyatakan bahawa keindahan itu subjektif bergantung kepada pandangan seseorang.

Manusia menilai makna seni dari pelbagai cara. Namun satu matlamat iaitu es tetik adalah falsafah atau

kajian mengenai nilai dan sifat seni kerja seni. Apabila kita bercakap atau menulis kita berkomunikasi.

Kita berkongsi idea dan perasaan. Kita menggunakan perkataan-samada dalam bentuk percakapan atau

bertulis-untuk menyampaikan mesej. Karya seni juga merupakan alat berkomunikasi. Kanak-kanak di

awal usia lagi menggunakan contengan sebagai satu komunikasi. Mereka menggunakan imej visual -

perkara yang dapat kita lihat-adakala boleh disentuh-dirasa-untuk berkomunikasi-untuk menyampaikan

mesej. Seiring dengan perkembangan kgnitif, keupayaan fizikal kanak-kanak juga berkembang. Gardner

menyatakan setiap manusia mempunyai kesemua 8 kecerdasan, rangsangan memainkan peranan untuk

perkembangan kecerdasan manusia. Guru boleh mengenal pasti ciri-ciri kecerdasan dan bakat kanak-

kanak menerusi seni visual dan ciri-ciri ini boleh dikembangkan melalui rangsangan membentuk trait

tingkah laku dan penekanan dalam ciri-ciri kerja seni mereka. Tidak semua kanak-kanak akan

mempunyai semua ciri-ciri yang disenaraikan di bawah, tetapi kanak-kanak yang mempunyai mempunyai

bakat istimewa dan dipupuk menerusi seni boleh mempamerkan banyak atau sebahagian besar daripada

ciri-ciri berikut:

Sebagai orang dewasa, kita perlu faham bahawa kanak-kanak melihat dari perspektif yang berbeza

berbanding orang dewasa. Apa yang orang dewasa faham adalah sesuatu yang abstrak bagi kanak-

kanak. Kanak-kanak memerlukan bahan rangsangan dan gaya pembealajaran yang menarik,

merangsang kreativiti dan pemikiran kritis mereka.

Gambar 2: kanak-kanak adalah golongan yang sangat istimewa

Page 42: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I | 39

Bakat kanak-kanak dalam seni biasanya boleh dimulakan sejak kecil lagi. Proses melahirkan bakat ini

bermula dengan kemunculan idea melalui lukisan: mahir dalam melukis kerana beberapa sebab:

akses dan rangsangan media,

ia boleh menyampaikan maklumat terperinci tentang subjek, dan

kerana lukisan lebih mudah daripada catan.

Kepantasan pembangunan bakat kanak-kanak sering melintasi peringkat pembangunan visual dengan

kadar yang lebih pantas. Ibu bapa atau guru perlu peka untuk mengesan fenomena ini. Ada kanak -kanak

yang akan menghasilkan satu karya imaginasi yang baik, namun ada kanak-kanak lain akan

menghasilkan rekaan corak yang baik. Ini bergantung kepada posisi pengalaman visual -estetik yang

dialami oleh kanak-kanak. Bakat kanak-kanak juga boleh dibentuk dengan memberi lebih penumpuan

bagi proses [pengwujudan dan pengolahan idea kerana kanak-kanak yang berupaya melalui masa

lebih lama untuk menghasilkan projek seni berbanding dengan kanak-kanak lain akan melihat lebih

banyak pilihan dalam tugas yang dipilih atau ditugaskan. Lebih banyak penumpuan dan pengalaman

akan memberi lebih banyak ruang untuk kanak-kanak merangsang bakat mereka. Kanak-kanak juga

kemungkinan melalui proses ketidakselarasan dengan kelakuan kreatif: mengambil risiko adalah

ciri-ciri yang biasanya dikaitkan dengan orang-orang kreatif, kurangnya rangsangan dan peluang sering

membawa kepada situasi teragak-agak untuk mencuba yang baru jika mereka telah mencapai tahap

penguasaan dalam sesuatu idiom. Kelancaran idea dan ekspresi banyak pada pertengahan usia kanak-

kanak, kefasihan visual dan konsep adalah satu sifat yang penting kerana ia paling rapat dengan tingkah

laku seniman yang terlatih. Peluang memberi pendapat, menyatakan sesuatu dari perspektif mereka

sering dilihat pada usia 4 hingga 7 tahun, namun halangan kreativiti yang melingkungi perkembangan diri

mereka membawa kepada kelupusan idea dan ekspresi.

Kapasiti pengauditan (calculating capacity): istilah ini dicipta oleh Howard Gardner, kebolehan yang

lebih tinggi menggunakan maklumat lama (pengetahuan sedia ada) dalam konteks baru. Sebagai contoh,

kanak-kanak berbakat visual yang telah mencapai tahap penguasaan dalam lukisan figura boleh

menggunakan keupayaan untuk menghasilkan figura dalam situasi lain. bakat dibuktikan pada usia yang

muda, biasanya melalui lukisan. kanak-kanak berumur lima tahun boleh menggunakan media campuran

adalah luar biasa berbanding umurnya yang begitu muda.

Page 43: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

40 | K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I

3.3.1 Ciri-Ciri Kerja Seni Kanak-Kanak yang menunjukkan bakat secara Visual

a. Kesahihan

Kanak-kanak yang berbakat dalam seni mempunyai keinginan dan kemampuan untuk membuat gambar

orang dan subjek lain daripada persekitaran mereka pada usia yang lebih awal berbanding dengan

kanak-kanak lain

b. Kawalan komposisi

Elemen-elemen komposisi, warna, ruang, dan pergerakan dikendalikan dengan teliti oleh pelajar-pelajar

berbakat visual.

c. Kerumitan dan penghuraian

Menggunakan kebijaksanaan untuk mengaitkan maklumat dan penelitian tentang sesuatu objek.

Kesedaran untuk menghasilkan sesuetu secara terperinci dan menggunakan memori secara langsung

hingga berupaya menghasilkan sesuatu yang rumit dan penuh dengan huraian.

d. Memori dan Detail

Kanak-kanak berbakat lebih suka menghasilkan sesuatu dengan terperinci dan lebih berdaya cipta dalam

menghasilkan lukisan dan ciptaannya daripada kanak-kanak lain.

- Diskriminasi Persepsi Kebolehan untuk melihat dan membezakan melalui pancaindera dengan

penuh kesedaran. Diskriminasi Persepsi Artistik terbentuk bermula dengan menejamkan

kesedaran deria halus. Kanak-kanak yang dirangsang akan menunjukkan keupayaan melihat

dunia dengan ketajaman minda, sedar akan dimensi ruang, warna dan jalinan sedangkan orang

lain hanya melihat sahaja.

Gambar 3: Kanak-kanak berumur 5 tahun boleh menggunakan

media campuran

Page 44: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I | 41

- Metapersepsi: Proses dalaman persepsi/kognitif memanipulasi tanggapan dengan ekspresi.

Metapersepsi seni adalah selari dengan metakognisi, iaitu satu istilah yang digunakan untuk

menggambarkan pemantauan mental dalam pemikiran kognitif. Pengetahuan seni atau

kecerdasan seni, merujuk kepada berfikir dengan rasa estetik, responsif kualitatif atau kecerdasan

kualitatif. Kanak-kanak akan bertindak balas terhadap pengalaman yang dialaminya melalui setiap

deria mereka.

Gambar 4 dan 5 menunjukkan hasil karya 3D. Cuba anda lakukan aktiviti sebegini kepada anak murid

anda untuk member pengalaman 3D

Gambar 4 dan 5: Hasil karya kanak-kanak menerusi proses visual-estetik-kreatif

Page 45: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

42 | K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I

3.4 Skemata tampak Kanak-kanak

Skema atau schemata adalah perkembangan kemahiran dalam kerja-kerja seni seperti lukisan, catan,

membuat arca yang dihasilkan oleh kanak-kanak hingga awal remaja. Di dalam pembelajaran Seni

Visual, aspek ini boleh digunakan sebagai satu garis diognastik dalam mengukur tahap pencapaian

kemahiran kanak-kanak. Berdasarkan tulisan John Ruskin dalam bukunya bertajuk The Eelements of

Drawing pada tahun 1857, dan beberapa siri tulisan Ev=benzer Cook dalam Jurnal of Education sekitara

tahun 1885-1886 dan diteruskan oleh Laura Chapman dalam tahun 1978 dan Herbert Read 1958

(petikan Laura Chapman 1978) telah mengkategorikan peringkat-peringkat perkembangan kanak-kanak.

Hlega Eng pula pada tahun 1930-an telah membuat kajian analisis terhadap mod-mod pernyataan (Mods

of Expression) yang terdapat pada ukisan kanak-kanak. Gaitskell, 1982 dalam beberapa kajian yang

telah dijalankan, ahli-ahli psikologi bersependapat bahawa peringkat perkembangan kanak-kanak

sekurang-kurangnya boleh dibahagi kepada tiga peringkat sebelum memasuki alam remaja. Viktor

Lowenfeld telah mengkelaskan peringkat pengutaraan tampak di kalangan kanak-kanak hingga remaja,

peringkat-peringkat tersebut adalah:

a. Contengan – usia 2 hingga 4 tahun

Boleh dibahagi kepada 3 peringkat iaitu

Contengan tanpa kawalan atau contengan tidak menentu

Contengan Terkawal atau Contengan Kawalan garisan

Contengan bermakna

Di peringkat usia 2 tahun kanak-kanak belum menyedari tentang penggunaan alat tau bahan dan

kesannya. Pergerakan motor kasar masih di peringkat awal dan tidak terkawal. Segala kesan dan tanda

yang dihasilkan kebanyakannya adalah secara tidak sengaja. Kanak-kanak boleh mencontong secar

abebas dan gembira dengan menghasilkan pelbagai kesan garisan rupa yang akan cuba diberi makna

secara spontan. Kanak-kanak akan mula menggunakan akal apabila memasuki usia 3 tahun, apabila

mereka mula menyedari bahawa mereka berupaya untuk memanipulasi objek tiga dimensi. Di peringkat

ini perkembangan motor halus mereka mula diaktifkan. Koordinasi di antara deria mata, motor halus dan

anggota tangan sudah mampu untuk melakukan aktiviti yang lebih rumit. Secara beransur-ansur kesan

contongan aan berubah menjadi bentuk-bentuk asas yang cuba dicantumkan kepada bentuk mandala

(bulat), secara tidak sengaja. Kanak-kanak menunjukkan minta pada bahan yang menimbulkan kesan

visual. Di akhir usia 3 hingga 4 tahun simbol-simbol mandala digunakan untuk menunjukkan visual pokok,

Page 46: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I | 43

bunga, orang, haiwan dan objek dipersekitaran. Hasil lukisan manusia akan berbentuk kepala yang besar

dengan anggota lain lebih kecil dan tidak difokus. Elemen lain di persekitaran semakin diambil kira.

b. Pra Skematik- usia 4 – 7 tahun

Skema bermaksud suatu konsep. Ianya diulang-ulang. Simbol-simbol merupakan konsep yang dibuat

oleh kanak-kanak tetapi sifatnya tidak tekal. Ia akan berubah mengikut tahap perkembangan kanak-

kanak. Simbol-simbol merupakan perlambangan tentang apa yang mereka lihat dan apa yang mereka

rasai (emosi) serta keupayaan kinestetik mereka. Kanak-kanak diperingkat ini tertarik melukis gambar

manusia dan objek-objek yang menarik perhatian mereka. Kanak-kanak akan memulakan suatu bentuk

penyesuaian diri dengan suasana baru.

Contengan kanak-kanak di peringkat ini semakin meyakinkan. Ia sudah boleh melahirkan rupa bentuk

tertentu. Pengamatannya juga semakin berkembang. Kanak-kanak mualai dapat mengenali bentuk-

bentuk beerbeza dengan Keadaan ini sangat penting di dalam proses pembelajaran umpamanya ketika

belajar membaca, menulis dan berfikir secara abstrak. Bermulanya bentuk konkrit yang mana kanak-

kanak di peringkat ini melukis bentuk-bentuk yang terdapat di persekitaran mereka. Gambar yang dilukis

telah mula dikenali imejnya Imej digambarkan berasaskan apa yang mereka tahu bukan merupakan

representasi tampak. Misalnya mereka suka melukis muka orang. Kanak-kanak yang berusia 5 tahun

mula memasuki alam persekolahan. Di dalam peringkat ini kekeliruan jelas ditunjukkan melalui lukisan

mereka. Penggunaan ruang kurang diberi perhatian. Mereka tahu setiap muka ada mata, hidung, telinga

dan mulut. Keupayaan melihat sesuatu adalah memerlukan tindakan mental. Kanak -kanak boleh member

makna kepada apa yang dilihat apabila ia telah cukup mendapat pengalaman tentang persekitarannya.

Memasuki alam persekolahan kanak-kanak mula mendapat pendedahan dan pengalaman menerusi

persekitaran dan secara beransur-ansur ia menyedari bahawa terdapat beberapa benda tersusun di

persekitaran.

Page 47: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

44 | K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I

Judith Burton (1980), menjelaskan terdapat tiga jenis pembelajaran konsep yang perlu dilalui olehkanak-

kanak secara maksimum di peringkat ini iaitu:

1. Konsep Tampak (visual)

Iaitu kanak-kanak akan mengalami dan mempelajari ada benda yang boleh disusun dengan

berbagai-bagai cara dan apabila kanak-kanak mampu melahirkan sifat-sifat garisan, rupa bentuk

dan jalinan dalam contengannya.

2. Konsep Perhubungan

Iaitu apabila kanak-kanak boleh membina atau menyusun dan boleh membuat perbandingan di

antara susunannya. Pengetahuan ini digunakan pula pada ketika lainnya.

3. Konsep Pernyataan (Ekspresif)

Ianya lahir apabila kanak-kanak menyedari akan adanya perkaitan di antara aksinya atau

tindakannya dengan bahan-bahan yang digunakan sehingga boleh melahirkan kesan tampak.

Kanak-kanak di peringkat ini boleh melahirkan kesan tampak menerusi apa yang mereka rasakan

perlu.

Lukisan mereka banyak menggunakan bentuk geometrik seperti bulat(mandala), e mpat segi, tiga segi,

bujur dan kaku. Objek yang menjadi tumpuan mereka seperti muka manusia akan digambarkan secara

berlebih-lebih (exegeration). Kefahaman mereka tentang ruang digambarkan melalui satu garisan dasar

satah, yang mana semua objek dilukis di atas atau dalam lingkungan garis tersebut. Lukisan mereka

banyak kelihatan bersifat hiasan (dekoratif). Lukisan di peringkat ini menjadi penting kepada mereka

sebagai media melahirkan emosi, perasaan, respon terhadap sesuatu dan pernyataan fikirannya. Mula

mengembangkan minat dan kemahuan untuk mendapatkan kemahiran seni dan minat kepada bidang

tertentu yang disukainya seperti batik, catan dan sebagainya. Peringkat ini memulakan era memahami

kehidupan sosial dan konsep seni yang berfungsi.

c. Skematik – Usia 6 hingga 9 tahun

Peringkat ini merupakan peringkat Kematangan aras 1 di mana kemahiran kanak-kanak semakin

berkembang dengan lukisan berbentuk grafik semakin jelas. Simbol-simbol manusia dilukis dengan

anggota yang terpisah, berkepala, badan, tangan dan kaki. Lukisan menunjukkan ketelitian setiap

Page 48: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I | 45

bahagian termasuk mulut, jari, mata dan bulu mata. Pengamatan juga semakin tajam kerana kesedaran

logik kanak-kanak mulai kukuh. Dalam aspek penggunaan ruang, kanak-kanak menggunakan pinggir

dasar gambar sebagai garis tapak untuk sesuatu objek.

Pada peringkat ini mereka mula menyedari tentang dirinya sebagai seorang ahli rakan sebaya dan

masyarakat. Kumpulan rakan sebaya lebih menarik perhatian bagi mereka berbanding kumpulan lain.

Pada masa ini mereka mula memikirkan seseorang sebagai idola. Perbezaan jantina mula dirasakan dan

ini menyebabkan mereka mula bergerak mengikut rakan sebaya atau jantina. Lukisan mereka juga

menampakkan ciri-ciri perbezaan jantina melalui ciri-ciri rambut dan pakaian. Cara melebih-lebihkan

mulai dikurangkan dan adakala langsung tidak diaplikasi. Membuat cubaan untuk menampakkan ciri-ciri

dewasa di dalam karya yang dihasilkan dan juga menerusi penampilan diri mereka. Objek atau gambar

yang dilukis berdasarkan kepada kesedaran tampak sahaja bukan melalui pengamatan. Kefahaman

ruang digambarkan melalui kesan tindih-tindih objek. Objek tidak lagi diletakkan di atas garis dasar

satah, tetapi memahami garisan horizontal di mana objek banyak bertumpu di bahagian bawah (tanah).

Kadar banding (propotion) pada lukisan orang dilakukan secara naturalistik. Koordinasi mata-motor-

tangan semakin matang. Lukisan dilukis mengiku kesesesuaian kedudukan sesuatu objek, mata dan

teliga mulai selaras dengan tempatnya. Simbol seperti pintu, tingkap diletakkan secara simetrikal. Rupa

bentuk semakin jelas dilukis dengan lebih yakin berbanding dengan peringkat awal. Kebolehan melukis

semakin meningkat dengan gubahan objek, unsur irama semakin jelas kelihatan. Perincian turut diambil

kira. Unsur penceritaan juga semakin jelas dan mereka cuba memperlihatkan ilusi dalaman dengan gaya

X-ray, garisan dasar yang berlapis, atau dengan secara lipatan dan sebagainya.

Peringkat Kematangan Aras 2 adalah hasil analisis kajian yang dibuat ke atas kanak-kanak yang telah

mampu menggubah banyak objek di dalam unit-unit yang berhubungan. Umpamanya bahagian bahu

sudah kelihatan pada figura manusia. Bahan tajuk atau subjek sudah jelas, namun masih kelihatan rata,

tetapi kesedaran terhadap perhubungan saiz telah kelihatan. Langit masih di bahagian atas gambar,

tetapi garis dasar mulai diganti dengan garisan horizon atau kaki langit yang membentuk ruang atas

(cetek) dan ruang bawah (dalam).

Dalam aktiviti lukisan, kanak-kanak mulai mampu memperlihatkan subjek langit diletakkan di bahagian

ruang gambar. Kualiti ilusi jalinan tampak seperti rumput, pancaran matahari mulai kelihatan. Seterusnya

di peringkat ini bahagian-bahagian gambar sudah berhubung kait dengan cara tindinan dan perulangan.

Page 49: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

46 | K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I

Manakala lukisan figura pula sudah mampu menampakkan bahagian pinggang, bentuk kaki dihubung

dengan pinggang, pergerakan semakin jelas dilukis pada manusia dan haiwan. Tema lukisan banyak

berkisar pada pengalaman, mereka suka melukis apa yang mereka ingat sahaja, bukan apa yang mereka

lihat.

Peringkat Kematangan Aras 3 pula menunjukkan melukis figura yang semakin matang. Mereka sudah

boleh melukis bahagian jari dengan jelas, terperinci dan agak tepat. Kadar banding bahagian badan juga

dilukis dengan baik. Pokok semakin realistik, sementara penggunaan warna, kanak -kanak di peringkat

ini menggunakan warna kontras secara maksimum. Perkembangan seterusnya adalah kesedaran

meletakkan baying-bayang. Manakala bentuk rambut dan pakaian juga lebih berbagai-bagai dan

terperinci. Mereka sudah mulai menguasai kaedah untuk memperlihatkan kesan ilusi dalaman dengan

baik. Kemahiran motor halus beransur-ansur matang dan mereka menunjukkan kesungguhan untuk

menggunakan segala bentuk asas untuk melahirkan rupa bentuk dan simbol dalam lukisan. Kesedaran

mengenai hubungan saiz di antara suatu objek atau sebahagian dari keseluruhan juga semak in jelas.

Kanak-kanak menggunakan simbol-simbol grafik yang semakin sofistikated. Menurut kajian yang

dilakukan oleh Brent dan Marjorie Wilson (1979), kanak-kanak boleh melukis lebih dari 20 buah tema

yang berbeza dalam lukisan bersiri.

Peringkat Awal Realisme (Awal Remaja)

Kanak-kanak berusia 10 hingga 13 tahun Kanak-kanak menunjukkan kemampuan melukis objek-objek yang kelihatan jauh dan dekat dengan

komposisi gubahan yang semakin jelas. Di peringkat ini merek amampu menggunakan baying -bayang

sesuai dengan waktu dan boleh melukis bayang-bayang bagi sesuatu objek yang berhampiran sesuai

dengan kadar saiz objek yang dilukis. Pengamatan mereka juga semakin terperinci dan merekodkan hasil

pengamatan di dalam lukisan. Mereka berupaya melukis sesuatu gambar d ari sudut yang tidak diduga.

Mereka juga menyedari akan unsur-unsur abstrak yang terdapat di dalam alam sekitar. Pembahagian

ruang juga sudah kurang simetrikal dan ada kepelbagaian. Kanak-kanak sedar wujudnya ‘distortion’ pada

alam dan boleh melahirkan bentuk-bentuk mudah untuk tujuan ‘style’ atau untuk ‘mod distorted’. Mereka

juga faham peranan unsur seni dan prinsip rekaan. Di peringkat ini pemilihan tema adalah berdasarkan

kegemaran mengikutrakan sebaya dan jantina, tetapi guru boleh memilih tema univers al yang boleh

diterima oleh semua. Mereka gemar membuat pengamatan dan meniru sebuah karya yang baik, hasil

Page 50: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I | 47

seseorang tokoh umpamanya. Kegagalan mendapat pengiktirafan melalui lukisan boleh membunuh minat

dan bakat mereka terhadap seni visual.

Peringkat. Awal Remaja(Crisis Age) Pakar menyatakan pada usia 14 hingga 18 tahun kanak-kanak berada di dalam usia krisis. Mereka

mencari identity dan idola yang boleh membawa mereka memahami siapa diri mereka. John A. Micheal

menyatakan pada tahap ini guru Seni boleh mengenal pasti 4 orientasi murid iaitu

i. Orientasi Intuitif

ii. Orientasi Mekanikal

iii. Orientasi Emotional

iv. Orientasi Intelektual

3.5 Penilaian Lukisan/Karya Visual Kanak-Kanak

Subject matter- mengemukakan subjek mengikut kehendak tugasan dan dapat menjelaskan subjek dengan olahan dalam lukisan

Variasi objek dan representasi objek - Terdapat pelbagai objek di atas kertas atau kerap mengulang-ulang objek yang sama dan setelah beberapa kali melukis tetap melukis objek yang sama

dengan kadar saiz yang agak sama dan setara.

Kelancaran garisan - apakah tersekat-sekat, lancar, tersekat-sekat menunjukkan rasa takut, teragak-

agak, terlalu bergantung kepada orang di sebelahnya.

Penguasaan ruang - kanak-kanak terhadap apa yang hendak dilukis, apakah lancar pemikirannya, tahu apa yang hendak dilukis dan dapat menghubungkan pemikiran dengan hasil di atas kertas .

Pengolahan keseluruhan kertas - di atas kertas atau hanya tertumpu kepada sebahagian ruang sahaja.

Ekspresi- Apakah kanak-kanak mengungkap mengenai dirinya, fantasinya, pengalamannya terhadap sesuatu yang dilukis. Ekspresi ini dapat menggambarkan kecerdasan emosi kanak-kanak tersebut

Kreatif dan menunjukkan proses kreatif – Bagaimana kanak-kanak melahirkan idea, mengolah dan seterusnya mengadaptasi ke dalam media akan memperlihatakan kreativiti mereka.

3.5.1 Memahami Proses Tafsiran Kreatif dan Skemata Tampak Kanak-kanak

Proses membuat kajian semula dan menghalusi segala keputusan metaperspektif yang boleh menghasilkan satu keputusan yang unik, dan peribadi.

Page 51: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

48 | K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I

Sebagai seorang kanak-kanak berbakat mereka mudah membuat tafsiran seni menggunakan

pemikiran artistk (metapersepsi seni) melalui medium. Lebih banyak mereka mengkaji dan

menghalusi dalam kerja-kerja seninya, maka tafsiran seninya akan lebih artistik.

Sebagai seorang guru pendidikan seni visual yang hendak mengajar kanak-kanak yang berbakat

perlulah memiliki semangat dan ketekunan yang tinggi. Nilai itu penting apabila bekerja dengan

pelajar yang berbakat. Pelajaran yang disediakan untuk mereka mesti berada di tahap yang boleh

memenuhi keghairahan mereka.

Van Gogh pernah menulis, "... kita tidak harus membiarkan api keluar dalam jiwa seseorang, tetapi ia perlu

digunakan untuk membakar."

Mereka memerlukan aktiviti seni yang boleh menggalakkan inquari mereka, yang boleh merangsang

keghairahan mereka untuk berkreatif melalui aktiviti seni visual. Mereka juga perlu kepada aktiviti yang

boleh mencabar dan membangunkan kemahiran memerhati, membuat penyelidikan, menggunakan

ungkapan, dan berkomunikasi.

3.6 Pemikiran Visual untuk memproses maklumat bagi menyelesaikan masalah.

Proses mencari maklumat dan menyelesaikan masalah ini berkaitan dengan kebolehan yang ada

pada kanak-kanak berbakat. Mereka memiliki kebolehan memberi tumpuan, perhatian yang

Gambar 6: Vincent

Van Giogh

Page 52: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I | 49

berterusan, penyelesaian masalah yang kreatif, dan kemahiran penaakulan yang tinggi.

Kebanyakan orang berfikiran hebat dianggap sebagai intelek, atau "pintar". Tetapi kehebatan

kanak-kanak berbakat tidak berhenti di situ.

Emosi individu berbakat juga sengit. Kehebatan emosi merujuk kepada keghairahan mereka yang

berbakat merasakan sesuatu sentuhan perasaan dalam setiap waktu kehidupannya. Ia juga

merujuk kepada tinggi dan rendah pengalaman yang dilalui oleh mereka yang berbakat ini di

sepanjang kehidupannya, mereka boleh mempersoalkan kestabilan mental mereka sendiri dari

semasa ke semasa.

Kehebatan jenis ini dianggap sebagai bakat semula jadi. Walau bagaimanapun, ia juga salah satu

sifat-sifat yang sering disalah fahamkan dan ia adalah merupakan salah satu sebab anak-anak

berbakat ini kadang-kadang menghadapi masalah.

Biasanya, kesan ledakan emosi akibat daripada pelbagai ledakan dalaman mempengaruhi

tingkah laku termasuk kemurungan, kebimbangan dan kerisauan atau dari ledakan luaran seperti

menjerit atau menangis, menggunakan ungkapan-ungkapan untuk menunjukkan marah atau

kecewa. Tidak kira sejauh mana seorang kanak-kanak berbakat itu menunjukkan perangai atau

tingkah laku mereka, terdapat banyak cara dan strategi yang boleh digunakan oleh ibu bapa dan

pendidik untuk membantu mengawal sifat-sifat negatif itu.

Menurut laporan terkini dari Jabatan Pendidikan Amerika Syarikat, Kecemerlangan: Dalam Kes

untuk Membangunkan Bakat Amerika (1993), takrif berikut diguna pakai. "Kanak-kanak dan remaja

dengan bakat istimewa menunjukkan potensi untuk melaksanakan sesuatu pada tahap yang amat

tinggi pencapaiannya berbanding dengan orang lain yang sama umur, pengalaman atau

persekitaran.

Kanak-kanak dan remaja mempamerkan prestasi keupayaan yang tinggi dalam bidang-bidang

intelek, kreatif, dan/atau seni, mempunyai suatu keupayaan kepimpinan yang luar biasa, atau

cemerlang dalam bidang akademik tertentu. Mereka memerlukan perkhidmatan atau aktiviti-aktiviti

yang lazimnya tidak disediakan oleh sekolah-sekolah.

Page 53: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

50 | K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I

Dalam usaha untuk menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan "berprestasi tinggi" di kalangan

kanak-kanak berbakat istimewa dalam seni visual, dari hasil penyelidikan terhadap ciri-ciri tingkah

laku dan ciri-ciri karya seni mereka, dan pada proses persepsi artistik/kognitif seni pelajar-pelajar

yang berbakat dalam seni.

Satu kajian yang dijalankan oleh Marion Porath, yang mempersoalkan sama ada artis muda

berbakat itu sama atau berbeza dengan rakan-rakan sebayanya dengan cara mengkaji kebolehan

artistik mereka dari perspektif perkembangan mereka di mana artis-artis muda berbakat sama

atau berbeza daripada rakan-rakan sebaya purata mereka dengan menyiasat kebolehan artistik

dari perspektif perkembangan.

Kanak-kanak dalam kajian itu menghasilkan lukisan yang telah diadili oleh tiga artis yang juga

merupakan pendidik seni. Hakim-hakim membuat penilaian berasaskan penentuan mereka

terhadap hasil seni dengan ciri-ciri berikut:

• reka bentuk dan komposisi;

• teknik, termasuk perkembangan ton,

• representasi pergerakan dan penghuraian bentuk;

• skema lanjutan kepada figura manusia,

• rasa keperibadian yang kukuh dan berdaya cipta

Mereka yang berbakat artistik ini memiliki ciri-ciri kualitatif yang berbeza dari kebiasaan, seperti:

kebolehan mereka menggunakan ekspresif garisan dan bentuk, keaslian dalam komposisi, dan kepekaan

kepada garisan dan warna.

Artis-artis muda yang berbakat boleh menguasai kemahiran perspektif dengan cepat. Mereka boleh

menggunakan kemahiran perspektif untuk menggambar dengan cekap sekali.

Sesetengah kanak-kanak yang berbakat dalam seni visual menunjukkan perkembangan yang cepat.

Tetapi ada juga antara mereka yang mencapai mencapai tahap kemajuan hampir sama seperti kanak-

kanak biasa tetapi mereka menggunakan keupayaan baru dengan lebih fleksibel, meluas dan

mendalam.

Page 54: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I | 51

3.7 Pengutaraan bakat dan potensi kanak-kanak

Bagi memastikan kanak-kanak mendapat ruang dan peluang yang maksimum dalam pengkaryaan seni

visual, guru perlu:

1. Merancang objektif rancangan pelajaran:

Penentuan objektif pembelajaran atau hasil pembelajaran untuk pelajar-pelajar yang luar biasa ini

adalah bagi mencabar mereka untuk terus belajar, bukan setakat untuk menghasilkan suatu karya

seni tertentu sahaja, malah mereka perlu mengkaji tentang sejarah dan tokoh seni, prosedur dan

teknik dan ciri-ciri lain berkaitan dengan seni. Untuk mengelakkan kelas di kalangan pelajar yang

berbakat ini membosankan, seseorang guru perlu mengetahui tahap pengetahuan sedia ada mereka.

2. Penyediaan maklumat dan penerokaan maklumat di kalangan kanak-kanak:

Kanak-kanak yang berbakat seni perlukan maklumat dalam pengetahuan seni, lebih-lebih lagi jika

aktiviti atau tajuk pelajaran itu sesuatu yang diminatinya. Aktiviti yang boleh mencabar kebolehan

mereka perlu dirancang dengan rapi, jangan disediakan secara tidak terancang. Umpamanya,

mulakan dengan membuat peta minda bagi sesuatu masalah. Katakan masalah itu yang berkaitan

dengan seni dan budaya Melayu. Letakkan perkataan atau kata-kata bagi unit tersebut di tengah-

tengah. Kanak-kanak bergilir-gilir menambah apa yang mereka tahu pada peta minda tersebut sama

ada dalam bentuk tulisan atau lakaran visual. Biarkan mereka melakukan percambahan idea itu,

dengan ini membolehkan mereka menjadi peserta yang aktif.

3. Membuat Penilaian dan Pengujian Pengetahuan sedia ada:

Semasa membuat penilaian, guru perlu mengambil kira pengetahuan sedia ada pelajar yang

berbakat ini, agar lebih mudah untuk menyediakan pelajaran bagi mengisi jurang kefahaman mereka,

sehingga mereka mencapai tahap kefahaman yang teguh serta mendalam di dalam subjek yang

berkaitan.

Apabila menyediakan tugasan, tugasan itu mestilah menggalakkan pelajar itu berfikir di luar kotak.

Biarkan pelajar menggunakan pelbagai kemungkinan untuk menyelesaikan tugasannya. Galakkan

mereka untuk menggunakan kreativiti mereka, dan bukannya meniru kerja seniman yang lain. Sebagai

contoh;

Minta pelajar menyatakan apakah peranan seni dalam kehidupanya.

Page 55: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

52 | K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I

Lakukan soal jawab dengan mereka tentang peranan seni dalam kehidupannya, umpamanya

warna apa yang mereka gemari?

Mengapa mereka gemar warna tersebut?

Apakah pengaruh warna-warna dalam kehidupan mereka?

Apakah kesan warna panas dan warna sejuk dalam sebuah ruang?

Dan persoalan-persoalan lain yang mencabar minda mereka.

Guru juga boleh berbincang dengan kanak-kanak pintar ini tentang tokoh. Umpamanya:

Tanya kepada mereka apa yang mereka tahu tentang Syed Ahmad Jamal, Latiff Mohidin,

Ibrahim Hussain yang kesemuanya mempengaruhi perkembangan seni lukis Malaysia.

Paparkan contoh-contoh karya mereka.

Pelajar harus diberi tahu bahawa seniman itu memiliki gaya tersendiri dalam menghasilkan

karya mereka sehingga mereka menjadikan seniman yang terkenal.

4. Aktiviti yang mencabar: Seorang guru yang mengajar kanak-kanak berbakat perlu cukup

maklumat untuk menawarkan pengalaman menerusi aktiviti pendidikan seni yang melangkaui

kurikulum biasa. Kanak-kanak berbakat ini biasanya cepat belajar, guru-guru mesti menyediakan

suatu reka bentuk pengajaran yang boleh memenuhi keperluan kanak-kanak luar biasa dan

berbakat ini.

Selari dengan perkembangan teknologi guru boleh menggunakan Media ICT untuk pelajaran pendidikan

seni visual. Gunakan laman-laman web yang banyak terdapat di internet, selain daripada menggunakan

media-media yang biasa diguna.

Penilaian muridan seni ini untuk golongan murid berbakat ini perlu diukur setakat manakah keupayaan murid berpegang kepada

sesuatu konsep. Hasilkan satu esei yang membincangkan Sejauh mana murid dapat berkongsi apa yang mereka belajar dengan

orang lain dan sejauh mana kreativiti mereka dalam membuat sesuatu tafsiran ketika menghasilkan suatu bentuk seni.

Page 56: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I | 53

RUMUSAN Perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak merupakan satu proses yang kompleks serta

mengandungi perubahan secara kualitatif dan kuantitatif dari segi perseptual, intelektual, bahasa, emosi,

sosial dan moral dan fizikal seseorang individu (Berk, 2000).

Perubahan kualitatif adalah satu proses perubahan yang lebih abstrak dari satu tahap ke tahap yang lain,

seperti perubahan kemahiran berfikir atau bersosial. Perubahan kuantitatif adalah perubahan fizikal yang

boleh diukur secara konkrit seperti ketinggian atau berat, sama ada meningkat atau menurun. Manakala

Perubahan ini merupakan satu proses yang berlaku secara beransur-ansur, hasil daripada tindakan yang

saling berkait antara kematangan dengan pembelajaran. Melalui aktiviti seni visual yang dijalankan di

bilik darjah murid-murid bermasalah pembelajaran boleh menonjolkan pelbagai aspek perkembangan

mereka semasa aktiviti seni itu dilakukan. Antara aspek perkembangan yang telah dikaji ke atas murid -

murid bermasalah pembelajaran ini adalah perkembangan kognitif, perkembangan emosi, perkembangan

tingkah laku dan perkembangan sosial

RUJUKAN

Haroutounian, Joanne (1995) Talent Identification and Development in the Arts: An Artistic/Educational Dialogue. Roeper Review, Dec95, Vol. 18, Issue 2

Hurwitz, Al (1983) The Gifted and Talented in Art: A Guide to Program Planning. Davis Publications,

Worcestor, MA

Porath, Marion (1993) Gifted Young Artists: Developmental and Individual Differences, Roeper Review, Sep93, Vol. 16, Issue 1

Renzulli, Joseph S. (1998) The Three-Ring Conception of Giftedness available online: http://www.gifted.uconn.edu/sem/semart13.htm

Page 57: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

54 | K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I

UNIT 4

PERKEMBANGAN ARTISTIK KANAK-KANAK

“Curiosity about life in all of its aspects, I think, is still the secret of great creative people” – Leo Burnett

4.0 Pengenalan Artistik adalah suatu aktiviti seni yang menunjukkan makna dan nilai-nilai indah di dalamnya. Justeru itu,

aktiviti ianya perlu dijelaskan atau dilihat dalam kontek perlakuan atau tingkah laku. Jikalau seni dilihat

sebagai tingkah laku yang berseni, persoalannya adalah bagaimana kita boleh menanam tingkah laku

artistik ini di kalangan murid-murid kita?

Di kalangan masyarakat tradisional, tingkah laku artistik ini sering diamalkan ketika mereka menghasilkan

sesuatu karya atau bentuk seni untuk sesuatu tujuan seperti untuk sesuatu perayaan, mengukir peralatan

kegunaan harian seperti senduk, hulu keris dan sebagainya. Mereka juga sering melibatkan nilai-nilai

yang dikongsi bersama antara anggota masyarakat. Tingkah laku artistik ini pada peringkat asalnya

diamalkan untuk tujuan memenuhi keperluan individu di masa lapang seterusnya berjaya membina

Di akhir unit ini diharapkan anda dapat:

1. Memahami makna artistik dalam seni visual

2. Mengaitkan artsitik dengan aktiviti pembelajaran dan standard kandungan

kurikulum Dunia Seni Visual

3. Menjelaskan perkaitan aspek tumpuan dalam kurikulum Dunia Seni Visual

dengan proses artistik

HASIL PEMBELAJARAN

Page 58: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I | 55

identiti individu tersebut yang terhasil menerusi keunikan kerja tangannya. Proses tingkah laku ini terus

berkembang yang kemudiannya memiliki unsur catatan, mempunyai unsur-unsur tindak balas kepada

sesuatu rangsangan, memiliki bentuk, ada personalize atau berupa kritikan terhadap dunia

persekitarannya. Apabila proses berfikir yang bijak ini terus berkembang dan proses membentuk imejan

diaplikasi dalam kehidupan seharian, maka kehidupan itu akan semakin dirasakan kepuasannya dan

dipenuhi serta lebih bermakna.

4.1 Tingkah laku Artistik Membantu Dalam Penciptaan Makna

Tabii minda dan cara-cara berkerja secara bijak yang diamal oleh seseorang seniman itu adalah

sebahagian daripada proses mencipta makna yang terhasil daripada ’mod’ dan pemikiran visual

’ekspresinya’. Akar umbi tingkah laku artistik jelas kelihatan di kalangan masyarakat tradisional. Nilai ini

sudah kelihatan sejak manusia di peringkat bayi dan di awal kanak-kanak lagi. (Simpson 1998). Cara

terbinanya tingkah laku artistik di kalangan mereka jelas kelihatan menerusi tingkah laku kanak-kanak

atau pemuda di dalam masyarakat tradisional di mana secara semula jadinya belajar menerusi visual

(visual learners). Cara inilah mereka terdidik. Seharusnya kurikulum pendidikan seni visual dapat

menyediakan suatu program yang boleh membina tingkah laku artistik ini secara berkesan kerana semua

tingkah laku dalam kurikulum yang diamalkan adalah bersandarkan pada deria penglihatan di samping

kepekaan deria-deria lain. Sekiranya berlaku, maka aktiviti seni seharusnya boleh memberi makna

kepada keseluruhan proses pendidikan khususnya, dan juga kepada kehidupan pelajar kita secara

individu amnya.

Fikirkan hasil seni penuh dengan bahasa visual, yang terkandung di dalamnya bentuk -bentuk dan bahan

yang signifikan, yang merupakan sebagai suatu pemikiran dan perasaan yang dilahirkan oleh seniman.

Terdapat tiga tahap konseptual yang signifikan boleh terhasil melalui pendekatan terbuka yang memberi

peluang dalam ruang yang luas untuk membuat pemilihan terhadap sesuatu kemungkinan.

Konsep ini sangat berguna ketika berkarya atau ketika mengajar mata pelajaran seni kerana proses yang

berlaku, menggalakkan kesepaduan antara pemikiran, perasaan dan idea yang menggunakan simbol

bahasa visual untuk mencipta sesuatu makna pada sesuatu bentuk, menerusi bahan dan teknik. Setiap

bahagian konsepsi ini bermula dengan sifat khusus yang boleh berkembang kepada yang menyeluruh.

Ianya mempunyai kaitan dengan perkembangan kanak-kanak.

Page 59: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

56 | K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I

4.2 Fasa-Fasa Dalam Perkembangan Inspirasi Artistik

Laura Chapman menjelaskan dalam menghasilkan karya perlu disertaikan dengan suatu proses yang

menggarapkan peluang untuk menghasilkan, melihat, bertindak balas, menghargai, dan menghayati.

Untuk tujuan tersebut, kanak-kanak harus belajar secara berperingkat iaitu fasa menjana idea yang dapat

membantu kanak-kanak merangsang bukan sahaja daya imaginasi malahan kognitif mereka terhadap

alam dan juga persekitaran.

Kanak-kanak dalam dunia hari ini boleh mencapai maklumat bukan sahaja menerusi buku dan alam

malahan teknologi memberi ruang untuk meneroka tanpa sempadan. Di dalam fasa ini kanak -kanak perlu

diberi garis panduan kerja agar tidak terkeluar dari aktiviti pembelajaran. Banyak kerja-kerja mengumpul

maklumat dengan bimbingan guru.

FASA PENDEKATAN

FASA PENJANAAN IDEA Alam semula jadi dan persekitaran yang kondusif

Perasaan dalaman, imaginasi Tema sejagat, permintaan Pengalaman

FASA MENGOLAH DAN PEMURNIAN IDEA

Pemerhatian, kajian visual Penukaran cara bekerja

Meneroka idea-idea, makna simbol Jelas tentang sebab dan makna

PERLAKSANAAN KE ATAS

MEDIA

Kawalan

Adaptasi Pemilihan Eksperimen

Rajah 1: Fasa Proses Artistik Laura Chapman

Bagi memupuk dan memperkembangkan kesedaran artistik kanak-kanak, mereka perlu belajar secara

berfasa iaitu:

Fasa 1: Mencari Makna melalui Bentuk dan Bahan.

Fasa II: Mencari makna melalui bahasa simbolik visual.

Fasa III: Mencari makna melalui mod-mod artistik, pemikiran dan perasaan.

Fasa IV: Mencari makna melalui simbol daripada pemikiran yang berbagai mod dan ekspresi.

Page 60: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I | 57

Fasa I: Mencari Makna melalui Bentuk dan Bahan

Pengertian seni adalah bentuk yang signifikan (Langer, 1953b) merujuk kepada cara berfikir, perasaan

dan idea yang terangkum dalam bahan yang indah dipandang (sensuous materials) dan yang telah

diberi bentuk dan rupa khusus, yang dihasilkan melalui proses transformasi bentuk dan bahan sehingga

mampu memberi makna tersendiri. Makna itu dapat dilihat dan diungkap melalui bahasa visual. Bentuk

visual itu begitu berkuasa menarik perhatian dan boleh berkomunikasi, atau menyatakan keseluruhan

perasaan dan idea secara non-verbal.

Cuba bandingkan antara kedua-dua karya alam benda ini di bawah ini (Gambar 1 dan Gambar 2) objek

yang dilukis dengan kapur (Gambar 2) adalah disapu secara lembut; sementara alam benda yang dilukis

dengan pen (Gambar 1) menggunakan garisan berbagai kualiti untuk menghuraikan bentuk dan bahan

yang kering, malah rapuh sifatnya.

Lukisan menggunakan media kapur itu kelihatan begitu lembut dan bentuknya padat, sementara lukisan

menggunakan pen itu pula kelihatan bertenaga, memiliki jalinan yang berbagai bahan yang natural.

Minta murid anda menulis perbezaan dia natar kedua-dua lukian tersebut.

Gambar 1 Gambar 2

Menggunakan Bahan Pen Menggunakan Bahan Kapur

Page 61: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

58 | K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I

Kanak-kanak mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi terhadap sesuatu bahan, mereka suka bermain

dengan bahan tersebut untuk mendapat tahu apakah kesannya. Dalam banyak cara selalunya seniman

menyembunyikan kualiti ini, mereka terus membuat kajian demi kajian sehingga secara tidak sengaja

mereka menjumpai sesuatu yang menarik secara spontan atau sebaliknya. Proses kajian (meneroka

kesan penggunaan alat dan bahan) ini sangat penting dan amat berguna dalam proses menghasilkan

sebuah karya seni.

Perkembangan dan kefahaman terhadap sesuatu bentuk visual, kombinasi dengan bahan-bahan untuk

mencipta sesuatu makna adalah sesuatu yang penting dalam proses menghasilkan sebuah karya seni.

Perasaan seronok juga dapat dilahirkan apabila seseorang berinteraksi dengan bahan-bahan seni,

melalui proses seni, dan ketika menghasilkan suatu bentuk seni. Ianya juga merupakan suatu kuasa

memotivasi kepada seniman dan juga pelajar.

Fasa II: Mencari makna melalui bahasa simbolik visual

Pengertian seni sebagai bahasa simbolik (Goodman, 1968; Gombrich, 1969; Gardner, 1980;

Golomb,1992) mencadangkan seni adalah seperti bahasa-bahasa lain dan terlibat dengan

perbendaharaan kata yang misteri, ada tata bahasanya dan ada bentuknya. Dalam seni visual, belajar

melukis secara realistiknya boleh dikatakan sebagai contoh pembelajaran tentang simbol-simbol bahasa

seni. Bahasa lukisan barat umpamanya, melibatkan teknik-teknik tertentu, seperti berbagai bentuk bahan

tajuk, bentuk-bentuk rendering, ada perspektif, dan berkaitan pula dengan permasalahan representasi

yang berbagai jenisnya sebagai contoh: apa yang dikenali sebagai foreshortening. Kebiasaan dalam seni

lukis barat mereka menghasilkan kesan-kesan ilusi dalaman dan bentuk, atau dipanggil sebagai d imensi

ketiga, yang dihasilkan di atas permukaan dua dimensi, atau permukaan rata.

Banyak lagi sistem simbol yang lain dalam menghasilkan suatu karya seni selain dari sistem barat. Kita

boleh lihat seperti yang digunakan oleh orang-orang India, orang Cina atau orang asli yang diamalkan

sejak turun temurun. Mereka yang menghasilkan bentuk-bentuk seni ini belajar dari budaya dan amalan

hidup mesyarakat mereka, melalui pemerhatian dan peniruan. Mereka memiliki keparcayaan tersendiri

dan kepercayaan itu digambarkan melalui simbol-simbol visual mereka, seperti yang dapat kita lihat

menerusi kerja-kerja kraf seperti ukiran Melayu tradisional.

Page 62: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I | 59

Sementara itu di zaman moden ini seniman berupaya mencipta simbol-simbol visual mereka sendiri

seperti Picasso dan Syed Ahmad Jamal, dengan karya catan mereka, dan Hijas Kasturi melalui

bangunan ciptaannya. Perbendaharaan kata visual yang digunakan itu memaparkan idea-idea dan juga

pandangan mereka terhadap dunia secara visual.

Perkembangan bahasa simbolik visual itu adalah merupakan tugasan utama dalam penciptaan seni. Ia

melibatkan satu proses pembelajaran bagi memahami suatu tatacara dalam sesuatu sistem bahasa

visual. Kepada seniman, ianya juga sebagai satu cara untuk perkembangan dan identiti dirinya untuk

menghasilkan sesuatu bentuk simbol yang boleh membawa suatu makna baru. Hal yang sama juga

berlaku kepada seorang pelajar. Cuma mereka perlukan bimbingan guru seni secara lebih sistematik dan

perkembangannya berlaku secara berurutan, dari satu tahap ke satu tahap yang lebih mencabar

pemikiran dan kreativiti pelajarnya.

Berdasarkan kepada karya-karya di bawah, senaraikan bagaimana alam sekeliling dan juga budaya hidup memberi nilai estetik, kreativiti dan ekspresi

artistik kepada pelukis?

Gambar 3 : Syed Ahmad Jamal, Kg Sungai Cincin Gambar 4 : Yeoh Jin Leng, Sawah Padi

Page 63: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

60 | K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I

Fasa III: Mencari makna melalui mod-mod artistik, pemikiran dan perasaan.

Seni adalah satu proses untuk penzahiran pengetahuan, pemikiran, dan perasaan yang berfokus pada

melahirkan sesuatu bentuk seni agar dapat dilihat dan dinikmati. Nilai-nilai seni adalah khusus untuk

suatu pemilihan dan lahir melalui pemikiran artistik, yang berbeza dengan cara berfikir biasa. Ini adalah

kerana cara berfikir artistik menggabungkan antara nilai-nilai spontan (intuitive) dan rasional dengan unit-

unit emosi melalui pemikiran yang mendalam. Kesannya, ia menjadi suatu proses yang bertenaga untuk

seseorang itu menyatakan sesuatu hal tentang apa yang difikirkannya (Arnheim, 1962) dan akan apa

yang dirasanya (London,1989).

Proses menghasilkan seni boleh berlaku melalui berbagai cara berfikir (Dorn, 1994). Contohnya,

kegiatan melukis atau membuat lakaran adalah suatu proses membuat kajian bagi mendapat ilmu dan

pengetahuan atau maklumat. Proses itu juga memerlukan seseorang itu berfikir tentang sesuatu struktur,

bentuk, dan sesuatu yang lebih halus yang terdapat pada sesuatu objek yang diteliti atau yang dilukis itu.

Dengan cara lain, kajian secara sepontan dengan bahasa simbol, bentuk, dan bahan boleh mendorong

kepada penerokaan dan dapatan baru (London, 1994). Ketika menghasilkan sesebuah karya seni

seseorang itu perlu berfikir secara visual atau spatial (ruang). Pelukis itu perlu memiliki ilmu untuk

menyelesaikan masalah visual, menyelsaikan masalah secara visual, membuat masalah secara visual,

dan juga boleh menjana masalah visual. Ini adalah merupakan berbagai veriasi pemikiran kreatif (

Eisner, 1972; Gablik, 1991) yang perlu dimiliki oleh seseorang pelajar melalui pelajaran pendidikan seni

visual .

Gambar 5 : Zulkifli Yusoff, Dialog 2 Don’t Play During Maghrib,1966

Mixed Media 221cm x 1120cm

Page 64: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I | 61

Sementara itu proses membuat keputusan dalam menghasilkan sesuatu makna melalui proses

penciptaan sesuatu bentuk, ketika menghasilkan sesuatu produk seni bo lah dianggap sebagai proses

menzahirkan fikiran dan perasaan. Dengan keupayaan membuat gubahan daripada unsur-unsur seni

dengan berteraskan prinsip-prinsip rekaan dan pemilihan simbol yang berkesan, nilai seni ini dapat

dikesan melalui proses komunikasi antara pemerhati yang berilmu dengan karya seni yang dihasilkan itu.

Fasa IV: Mencari makna melalui simbol daripada pemikiran yang berbagai mod dan ekspresi

Sesungguhnya aktiviti seni adalah proses menyemai mod-mod pemikiran dan ekspresi. Melalui bentuk

verbal dan penulisan sesuatu perasaan itu boleh dilahirkan, umpamanya melalui sajak, puisi atau

persembahan drama yang dibina menerusi beberapa unsur bahasa seperti perkataan, bunyi, warna,

cahaya, suara, bentuk dan aksi. Untuk mengembangkan kemahairan menulis, pelajar digalakkan

memperkayakan perbendaharaan katanya dan diaplikasi serta dilatih melalui penciptaan puisi, drama,

atau bentuk-bentuk penulisan yang lain. Pemikiran dan perasaan itu akhirnya dapat dizahirkan menerusi

bentuk dan rupa yang direka seperti cerpen, drama dan sebagainya.

Matematik dan Sains juga merupakan mod-mod pemikiran dan ekspresi, masing-masing dengan simbol

dan bentuk bahasanya yang tersendiri, yang memberi kesan yang tersendiri terhadap pengalaman yang

terbentuk melalui proses pemikiran kerana mod-mod pemikiran dan eksprasinya memiliki nilai-nilai

tersendiri mengikut disiplin yang khusus, yang memberi kesan kepada kefahaman dan c elik akal yang

berbeza, dan bentuk yang dizahirkan juga berbeza.

Kepekaan dan kesedaran artistik yang tinggi mampu menjadikan individu seperti M.C.Escher. Beliau

melihat seni dari perspektif matematik dengan pengetahuan mengenai sudut, ketepatan, asas geometri

menggunakan media kayu dengan teknik woodcut, tekstil dan juga lakaran dalam karya-karya yang

sungguh kreatif. Beliau seorang seniman yang melihat seni dari perspektif penciptaan ilusi berdasarkan

ilmu matematik dengan konsep tessilation dan fractal.

A tessellation is created when a shape is repeated over and over again covering a plane without any gaps or overlaps.

"Fractals are endlessly repeating patterns that vary according to a set formula, a mixture of art and geometry. Fractals are any pattern that reveals greater complexity as it is enlarged."

Page 65: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

62 | K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I

Escher sebagai seorang ahli matematik dan semua karya beliau penuh dengan perhitungan matematik.

Cuba perhatikan, setiap ruangan dalam gambar dikira dan dihitung dengan

penuh spesifik.

Gambar 6: Sky and Water Gambar 7: Butterfly

.

Sebuah peta, memberi kesan informasi visual yang berbeza berbanding dengan satu set informasi

verbal dalam memberi keterangan tentang sesuatu arah. Arahan melalui peta visual lebih berkesan

kerana ia menyediakan situasi penjelasan yang merangsang deria ruang dan hubungan antara unsur-

unsur dan simbol yang ditunjukkan mudah difahami. (Lihat figura 3).

Sajak dideklamasikan berserta imejan adalah dua kali lebih jelas berbanding dengan sebuah tulisan sajak

itu sahaja. Ini adalah kerana melalui suara, aksi dan perasaan boleh menonjolkan lagi idea yang hendak

disampaikan.

Guru-guru perlu faham bahawa mod-mod pemikiran dan ekspresi bukan saja berbeza-beza antara satu

dengan lain malah ianya saling membantu. Latihan untuk menggabungkan imej dan teks (Olson, 1992),

mengguna strategi visual untuk sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran akan dapat memperkaya

kaedah pengajaran dan pembelajaran murid yang berbeza-beza gaya pembelajarannya. Guru perlu

Gambar 8: Metamorphosis T ie

Gambar 9: Kepentingan sistem

grafik membuktikan bagaimana perkembangan artistik membentuk individu genius yang dapat

menghasilkan peta, grafik yang dapat menterjemah sesuatu yang

abstrak

Page 66: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I | 63

menyedari akan perbezaan gaya pembelajaran dan kepelbagaian kecerdasan (Gurdner 1983) adalah

selari dengan pandangan terhadap mengaplikasi perbezaan mod-mod pemikiran dan ekspresi dalam diri

pelajar. Hal ini kita dasarkan pada nilai-nilai diri mereka secara individu atau hubungan nilai yang

pelbagai di antara sesama mereka. Menyedari bahawa emosi dan mental berkerja sama dalam

membantu otak dalam proses belajar, mengingat, mengorganisasi, dan mendapat pengalaman, jelaslah

bahawa mod-mod pemikiran artistik dan ekspresi, dan tingkah laku artistik seharusnya mendapat tempat

yang utama dalam kurikulum.

Dalam karya ini, kanak-kanak tersebut menggarap bukan sahaja hasil pengalaman mereka bahkan turut

memasukkan aspek-aspek kreativiti dan artistik secara langsung. Penggunaan warna-warna yang

harmoni menunjukkan kepekaan pemerhatian kanak-kanak tersebut kepada konsep ruang dalam

berkarya.

Bincangkan bagaimana perasaan kanak-kanak yang melukis gambar di atas

semasa proses melukis dan mewarna. Jika anda menjadi kanak-kanak tersebut apakah warna yang

digunakan memberi makna kepada emosi anda. Jelaskan mengapa anda memilih warna tersebut.

Gambar 10: Karya kanak-kanak Tahap 1 Melawat Kebun Jagung yang mengungkap pengertian ekspresi artistik kanak-kanak

Page 67: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

64 | K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I

Minta murid-murid anda pula membuat pemerhatian terhadap gambar di atas. Catatkan setiap jawapan yang diberi dan rumuskan apakah ekspresi merek aterhadap karya. Apakah perkataan yang paling

banyak diungkapkan.

Karolynne Gee, (2000) dalam bukunya Visual Arts as a Way of Knowing menjelaskan 3 fasa dalam perkembangan artistik

FASA-FASA PERKEMBANGAN ARTISTIK DALAM PEMBELAJARAN SENI VISUAL

Fasa

artistik

Kriteria Contoh lukisan

Ekspresi Biasa

kefahaman mudah dan ringkas mengenai subjek

murid-murid hanya mengadaptasi hasil pengalaman dan pengetahuan asas tanpa menghayati dan membuat pemerhatian

secara khusus

Page 68: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I | 65

Ekspresi Kreatif

cuba mengaplikasi konsep yang dipelajari mengenai unsur dan prinsip

murid-murid mempertingkat dan mengaplikasi kemahiran seni dan teknik dalam karya dan menunjukkan ciri-ciri asli

murid-murid mula membuat refleksi terhadap kualiti ekspresi dalam hasil karya mereka dan juga kerja rakan lain

Ekspresi Artistik

Murid-murid mulai peka kepada konteks sejarah, dan budaya serta mulai belajar

membuat pertimbangan artistik Murid-murid mulai fokus kepada

membentuk dan mengembangkan kemahiran seni mereka secara individu dan mengambil ritikan orang lain untuk

menambah baik hasil karya mereka Murid-murid berusaha untuk mendapatkan

hasil kompetensi artistis yang terbaik

Mulai mencuba dan mengembangkan konsep dan aplikasi unsur dan prinsip dalam karya

Membuat rujukan terhadap artis Mencuba pelbagai media, bahan dan alatan

Mulai memahami dan menguasai kepentingan ekspresi artistik

Cuba anda ambil beberapa keping gambar (foto) haiwan atau bunga sebagai

subjek. Minta murid-murid anda ceritakan mengenai subjek tersebut

Bincangkan mengenai sifat semula jadi subjek dan hubungannya dengan alam, persekitaran, manusia dan sebagainya

Minta mereka lukis. Tuliskan refleksi anda berdasarkan kepada fasa perkembangan artistik yang disediakan.

Page 69: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

66 | K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I

Gambar

Sifat semula jadi

Refleksi

Page 70: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I | 67

RUMUSAN

Dalam unit ini anda memahami bagaimana proses artistik menjadi sebahagian standard dalam

pembelajaran seni visual. Kefahaman guru mengenai proses artistik membantu murid-murid

mengembangkan kemahiran psikomotor, ekspresi, emosi, intelektual mereka berlandaskan kepada

matlamat dan objektif mata pelajaran seni visual.

RUJUKAN

Chapman, L (1978). Approaches to Art in Education. Harcourt Brace Jovanovich, Inc USA.

Eisner, Elliot W., and David W. Ecker (1966) Readings in art education, Waltham, Mass.,: Blaisdell Pub.

Co.

Eisner, Elliot W. (1988) The role of Discipline-Based Art Education in American Schools, Los Angeles: Paul Getty Tr

Page 71: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

68 | K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I

UNIT 5

ESTETIKA DAN KANAK-KANAK DALAM SENI VISUAL

“Art is the imposing of a pattern on experience, and our aesthetic enjoyment is recognition of the pattern ”

Alfred North Whitehead

5.0 Pengenalan

Pada pertengahan kurun ke-18, ahli-ahli falsafah mula membuat pencarian tentang makna dan konsep

kecantikan dalam seni. Tetapi makna keindahan itu sebenarnya sukar untuk dihuraikan kerana sifatnya

yang abstrak, subjektif dan orientasi mengenai kecantikan iitu berbeza mengikut budaya. Sebagai contoh,

di zaman Greek purba, tujuan utama seni adalah memaparkan idea dan konsep kesempurnaan dari segi

keindahan fizikal. Justeru itu, tidak hairanlah banyak arca patung ang dibina sebagai manifestasi makna

keindahan.

Di akhir unit ini diharapkan anda dapat: 1. Memahami makna estetika dan nilai estetika 2. Mengaitkan bidang estetika dalam perspektif Barat, Timur, Islam dan

Nusantara 3. Mengenalpasti perbezaan nilai-nilai estetika dalam dunia seni visual

4. Menghubung kaitkan estetika dengan Pembelajaran Seni Kanak-Kanak

HASIL PEMBELAJARAN

Page 72: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I | 69

Pada zaman Byzatine pula, konsep keindahan diterjemahkan dengan kepercayaan kuat terhadap

pegangan agama lalu dipamerkan melalui imejan berunsurkan keagamaan. Di barat pula, walaupun artis

bergantung kepada konsep keindahan sebagai luahan ekspesi, ianya hanyalah sebagai salah satu

pendekatan sahaja. Terhadap ramai artis lain yang menggunakan konsep yang bertentangan dengan

keindahan dalam penghasilan karya. Sebagai contoh, terdapat artis yang mendapat ilham dan idea

daripada kesan kekejaman peperangan, kemiskinan dan pembunuhan sebagai tema utama karya dan isu

keindahan dalam karya ini tidak lagi berkisar kepada keadaan yang mempesonakan.

Walaupun begitu, isu keindahan masih lagi menjadi titik perbincangan mengenai estetik sehingga ke hari

ini oleh ahli falsafah. Secara ringkasnya, terdapat dua cara konvensional untuk melihat sifat keindahan

iaitu satu konsep relativist dan konsep objectivist.

5.1 Konsep Relativist

Konsep ini percaya bahawa terdapat banyak faktor yang mempengaruhi perbezaan pendapat mengenai

keindahan. Faktor utama adalah persekitaran individu, nilai, budaya serta cara hidup seseorang individu

pada satu masa. Ini dapat menjelaskan mengapa pengkritik seni, walaupun berpengetahuan tinggi,

masiih lagi gagal menghargai bentuk seni kerana dibelenggu oleh faktor sezaman pada ketika itu.

Pandangan golongan relativist atau individu terhadap keindahan adalah subjektif dan abstrak. Golongan

ini mempercayai bahawa keperlbagaian kebudayaan dan perubahan cita rasa mempengaruhi persepsi

seseorang terhadap keindahan. Dalam erti kata lain, penghuraian dan makna keindahan tidak terletak

pada objek tetapi pada persepsi seseorang.

Fikirkan bersama-sama dengan murid-murid anda apakah anusia mempunyai rasa keindahan yang sama. Apakahs etiap individu akan menyekuai benda atau objek yang sama, jika ini terjadi

apakah bentuk objek tersebut?

Page 73: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

70 | K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I

5.2 Konsep Objektivist

Konsep ini pula bertentangan dengan konsep relativist. Konsep ini mempercayai bahawa keindahan

sememang telah sedia ada bersama karya seni dan bukan terletak pada persepsi seseorang. Teori ini

telah lama iaitu sejak zaman Greek klasik lagi. Pada ketika itu, orang yang berada di zaman Greek

menjelaskan keindahan dapat dibahagikan kepada kiteria tertentu seperti yang terdapat di dalam elemen

dan prinsip-prinsip dalam seni seperti harmoni, rentak, warna, keseimbangan dan sebagainya.

Pengamatan kanak-kanak terhadap seni adalah berbeza terutama mereka yang sekitar umur 2 hingga 4

tahun kerana mereka masih belum mendapatkan pendidikan secara formal. Apabila kanak-kanak

memasuki alam persekolahan mereka mula mempunyai perspektif yang berbeza mengenai kehidupan.

Kebiasaanya ciri hasil seni kanak-kanak ini lebih bersifat subjektif iaitu mereka akan melukis apa sahaja

yang mereka tahu dan bukannya apa yang mereka perhatikan, malah warna yang mereka gunakan

biasanya tidak bersifat realistik malah dari segi penyususan adalah secara rawak dan lebih berbentuk

cara melukis tersendiri dan tidak dengan cara orang lain.

Kanak-kanak ini masih belum mempunyai kepekaan terhadap persekitaran. Kanak-kanak yang masih

tidak bersekolah ini biasanya menghasilkan sesuatu yang lebih berbentuk contengan yang berubah

mengikut peringkat umur mereka dari 15 bulan ke 2 tahun, 2 tahun setengah ke 3 tahun dan 3 tahun ke 4

tahun. Ianya merupakan salah satu refleksi perkembangan pertumbuhan kanak -kanak tersebut dari segi

emosi, interlektual, fizikal, persepsi, estetika dan kreatif kanak-kanak termasuklah keyakinan diri mereka.

Senaraikan apa yang anda faham mengenai konsep estetika. Buat satu senarai semak kepada hasil bacaan anda dari tajuk-tajuk di bawah.

Page 74: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I | 71

5.3 Estetika

Estetik adalah konsep menghargai keindahan dan merasai rasa indah itu hingga ke dalam diri seseorang.

Ia berkait dengan imaginasi dan penggunaan kesemua deria manusia. Seperti mendengar deruan air

terjun, ombak yang kuat memukul pantai, membuat pemerhatan terhadap mimik muka seseorang yang

semuanya boleh menimbulkan rasa indah dan menghargai keindahan tersebut sehingga boleh di

adaptasi ke dalam bentuk lain. Bentuk-bentuk lain dalam konteks kursus ini termasuklah menerusi

lukisan, kraf mudah, catan, menghasilkan boneka dan pergerakan kreatif. Persekitaran merupakan agen

yang dapat meningkatkan kesedaran estetik kepada kanak-kanak.

Perkataan estetik berasal dari perkataan Yunani iaitu ‘aisthesis’ yang membawa makna kepekaan. Istilah

ini memberi tumpuan hanya kepada hal-hal yang bersangkutan dengan ungkapan indah dan keindahan.

Teori estetik menumpukan kepada hal-hal berkenaan rasa keindahan dalam sesebuah hasil seni ciptaan

manusia seperti sesebuah hasil karya; tidak kira apa sahaja bentuk seni, samada seni rupa terutama seni

halus dan reka bentuk iaitu lukisan, arca, grafik, fesyen, catan, hiasan dalaman, lanskap, senibina dan

lain-lain, seni muzik, seni sastera dan sebagainya. Estetik ialah kajian tentang keindahan (science of

beauty) iaitu penghujahan tentang persepsi atau pengamatan tentang bidang seni. Istilah estetik mula

diperkenalkan oleh Alexander Baumgarten (1714-1762), seorang ahli falsafah Jerman. Namun begitu

Baumgarten tidak banyak menyumbangkan pendapatnya tentang estetik.

Pada awalnya dan sehingga kini pengkajian estetik sebenarnya tertumpu dalam bidang seni halus dan

sastera. Namun bidang kesenian lain tetap akan diperkatakan dalam bidang estetik. Ahli falsafah yang

banyak membentuk dan memperkemas pengertian estetik ialah George Wilhelm Friedrich Hegel (1770-

1831). Hegel, ahli falsafah Jerman sering menggunakan istilah estetik semasa beliau merujuk kepada

hasil tulisan-tulisannya tentang seni. Estetik adalah sebahagian dari bidang ilmu falsafah yang luas.

Konsep estetik ialah konsep yang agak lewat sedikit kelahirannya dalam falsafah. Konsep ini wujud

sebagai akibat daripada rancaknya perbincangan tentang teori keindahan dan teori seni yang merupakan

tajuk kembar dalam sejarah pemikiran manusia.

Plato memperkatakan kedua-dua teori keindahan atau teori seni melalui karya-karya dialognya seperti

Ion, Symposium, Republic, Sophist, Laws dan Phaedrus . Sehingga kurun ke-18, ahli-ahli falsafah

memusatkan perbincangan kepada ciri-ciri semulajadi keindahan. Akan tetapi setelah kurun ke-18, ruang

lingkup intipati keindahan mula diperluaskan oleh ahli-ahli falsafah dengan memperbincangkan konsep-

Page 75: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

72 | K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I

konsep baru. Pada waktu yang sama, beberapa orang ahli falsafah seperti Shaftsbury, Burke dan Kant

muncul mengembangkan teori cita rasa yang membantu mereka menganalisis pengalaman seseorang

sewaktu mengalami rasa keindahan, ketakjuban dan fenomena-fenomena lain yang berhubungkait

dengan alam semulajadi dan seni. Lantas teori keindahan diketepikan dan tempatnya digantikan dengan

estetik.

Pada permulaan zaman bila bidang falsafah rancak dibincangkan, teori estetik ini lebih menumpukan

kepada bidang seni halus namun kini ia tersebar sedikit sebanyak ke bidang seni lain walaupun tidak

secara terperinci dan mendalam. Seterusnya teori estetik dan teori seni menjadi dua fokus utama bagi

ahli-ahli estetik. Teori estetik menjadi penting bagi ahli-ahli seni atau karyawan dalam memahami

kehendak, keperluan dan citarasa manusia. Ia juga menjadikan sesebuah hasil atau karya seni menjadi

lebih bermakna dan tahan diuji zaman. Di antara ahli falsafah moden yang menyumbangkan pendapat

dalam bidang ini ialah Thomas Aquinas, Shaftesbury, Immanuel Kant, Hegel, Croce, Leo Tolstoy, Clive

Bell, Freud dan Roger Fry. Pendapat ahli-ahli falsafah ini penting untuk kita memahami perkembangan

dan evolusi estetik dalam sejarah pemikiran manusia khususnya dalam bidang kesenian.

Panofsky menjelaskan dalam konsep memahami keindahan manusia perlu memahami simbol atau ikon.

Justeru aktiviti memahami nilai estetika melibatkan 3 tahap:

a. Peringkat pertama: pengamatan terhadap kualiti bahan, warna. Ia adalah merupakan

tahap yang paling asas kefahaman, lapisan ini terdiri persepsi tulen bentuk karya

seni. Mengambil, contoh, karya The Last Supper. Jika kita berhenti di lapisan pertama ini,

seperti gambar hanya boleh dianggap sebagai lukisan daripada 13 orang lelaki yang duduk

di meja. Ianya tidak memasukkan apa-apa unsur tambahan seperti budaya atau persepsi dalaman

orang yang melihat. Tahap pertama adalah kefahaman yang paling asas tanpa menggunakan

banyak pengetahuan.

Page 76: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I | 73

Gambar 1: The Last Supper, Leonardo da Vinci (1496-1498)

b. Peringkat kedua: adalah penyusunan dan pengorganisasian hasil pengamatan, merupakan

konfigurasi dari struktur bentuk-bentuk dan pertimbangan harmoni, prinsip dan unsure seni yang

dikaitkan menjadi satu kesatuan yang utuh. Ia membawa pemerhati meningkat selangkah ke

hadapan dan membawa kepada pengetahuan dan mengambil kira persamaan budaya dan

grafikikon simbol-simbol yang menjadi unsur tersirat di dalam karya). Sebagai

contoh, penonton Barat akan memahami bahawa lukisan 13 orang di sekeliling

meja adalah mewakili majlis jamuan.

Begitu juga, perwakilan seorang lelaki yang diletakkan di tengah-tengah dan disertakan dengan

‘helo’ dengan nyata boleh ditafsirkan sebagai gambaran St. Mark.

c. Peringkat ketiga: adalah susunan hasil persepsi (pengamatan). Pengamatan juga dihubungkan

dengan perasaan atau emosi, yang merupakan hasil interaksi antara persepsi memori dan

persepsi visual. Peringkat ini bergantung kepada kepekaan penghayat. Penghayat akan

bertanyakan soalan-soalan yang lebih mendalam dengan mengaitkan emosi setiap figura,

perlakuan figura dan juga reaksi figura kepada subjek utama.

Setiap manusia mempunyai tingkat pemahaman yang berbeza bergantung kepada tingkat pemahaman

(latar pengetahuan penghayat). Tingkat ketajaman dan latar budaya serta tingkat keterlibatan juga

mempengaruhi proses pemahaman dalam mengungkap makna keindahan bagi sesebuah hasil karya.

Page 77: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

74 | K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I

Hegel, ahli falsafah berbangsa German (1770-1831) membahagikan keindahan itu kepada dua tahap:-

1. Keindahan seni yang bertahap tinggi.

2. Keindahan semulajadi yang bertahap rendah.

Keindahan semulajadi ialah seperti warna yang cantik, langit yang cantik, sungai yang cantik, bunga-

bunga yang cantik, manusia yang cantik. Keindahan yang seni itu berada di tahap yang tinggi kerana ia

kepunyaan pemikiran yang boleh menampung kebenaran. Sesuatu karya seni yang indah itu mestilah

dihasilkan oleh pemikiran. Dan di dalamnya terkandung unsur pemikiran yang menggalakkan pemerhati

berfikir, melakukan renungan, berikhtiar dan merancang. Keindahan yang semulajadi adalah pembalikan

kepada keindahan berfikir. Indah itu ialah berfikir dan berfikir itu ialah indah. Keindahan yang seni

bersifat sensuous, atau nikmat.

De Witt H. Parker (1946:17) dalam buku The Principle of Aesthetic menjelaskan bahawa karya seni

adalah saranan kehidupan estetik, maka dengan karya seni kemampuan dan pengalaman estetik

menjadi bertambah kental dan menjadi milik bersama sebahagian daripada nafas dan jiwa masyarakat.

Setiap karya seni (dalam konteks yang luas meliputi semua objek) menjadi asas eksperimen baru yang

menyebabkan ungkapan seni dari kehidupan meningkat ke tahap yang lebih tinggi. Permaknaan seni

akan menjadi jelas sekiranya kita mampu mengungkap nilai seni tersebut dengan pengetahuan estetika

yang tinggi. Susunan karya seni sebenarnya lebih kompleks dari setiap kesan yang ditangkap oleh

penghayat dari aspek deskriptif, kerana kesatuan dalam karya seni itu melibatkan secara keseluruhan

bentuk dan isi. Kesatuan di antara medium, pemikiran dan perasaan yang menjadi pokok semua ungkap

estetika penghayat.

Page 78: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I | 75

(Ocvirk, et.al) (2012) menyatakan kestuan karya seni dapat dilihat dalam rajah di bawah:

Rajah 1: Kesatuan dalam karya seni

Rajah 1 menjelaskan 3 bahagian utama dalam memahami dan juga perbicaraan sesebuah karya seni

i. Subjek atau hal benda:

- hal yang berkaitan dengan apa yang hendak dihasilkan oleh artis, media, bahan, alat dan

juga teknik bagi menjelaskan permasalahan/perbahasan mengenai tajuk. Apa yang artis

cuba nyatakan dengan memilih tajuk tersebut dan signifikan tajuk dengan artis

ii. Komposisi gubahan:

- adalah cara tajuk dan yang selebihnya hendak disusun dalam suatu ruang yang telah dikenal pasti

oleh artis. Artis perlu menguasai segala ilmu mengenai gubahan, prosedur dan juga elemen dan

prinsip(asas bahasa visual)

iii. Kandungan atau mesej:

- terjemahan kepada karya yang mengungkap persoalan estetika, makna, kreativiti, dan juga

ekspresi di sebalik penghasilan karya tersebut. Untuk memahami karya secara jelas, artis dan audien

yang melihat perlu memahami aspek-aspek estetika, kreativiti dan juga kritikan karya untuk memberi

makna kepada karya dan membuat penilaian terhadap karya.

Secara tersurat dan tersirat kesatuan merupakan prinsip dasar dan cerminan kepada bentuk estetik,

terutama yang terkandung dalam karya seni. Parker seterusnya membahagikan bentuk estetik kepada

enam yang asas:

1. The Principle of Organic Unity (Asas kesatuan)

Komposisi gubahan

'the how ’

Subjek ‘the w hat’

konten

‘the w hy '

Page 79: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

76 | K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I

Asas ini bererti bahawa setiap unsur dalam sesuatu karya seni adalah perlu bagi nilai karya

tersebut. Nilai ini berpaksi kepada timbale balik kesemua unsur-unsurnya.

2. The Principle of Theme (Asas Tema)

Dalam setiap karya seni terdapat satu (atau beberapa) idea induk atau fokus yang unggul berupa apa sahaja termasuk bentuk, warna, pola, irama, tokoh, atau makna yang menjadi titik permulaan pemusatan dari nilai keseluruhan karya tersebut. Idea inilah yang menjadi kunci kepada

penghargaan dan pemahaman penghayat kepada karya seni tersebut.

3. The Principle of Thematic Variation (Asas Variasi mengikut Tema) Tema dari karya seni harus disempurnakan dan diperelok secara berperingkat. Ia bagi mengelakkan timbul kebosanan pengungkapan tema yang sama maka harus dilakukan dengan

pelbagai variasi.

4. The Principle of Balance (Asas Keseimbangan)

Keseimbangan adalah kesamaan dari unsur-unsur yang berlawanan atau bertentangan. Dalam sesuatu karya seni walaupun unsur-unsur tampaknya bertentangan tetapi secara keseluruhan ia saling memerlukan kerana kesemuanya mencipta suatu kesepakatan.

5. The Principle of Evolution (Asas Perkembangan)

Ia adalah konsep perkembangan dari awal yang menentukan bahagian-bahagian seterusnya dan

bersama-sama membentuk makna keseluruhan.

6. The Principle of Hierarchy (Asas Hiraki/Susunan) Gabungan kesemua asas yang dijelaskan sebelumnya mendukung suatu kesatuan dalam memberi makna kepada karya, maka asas hieraki adalah susunan keutamaan setiap asas

sehingga memegang dengan lengkap setiap aspek yang bersangkutan dan mempunyai kepentingan kepada karya seni tersebut.

Berdasarkan karya di bawah ulas dan kritik menggunakan The Principle of

Aesthetic yang dijelaskan oleh Parker.

Page 80: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I | 77

5.4 Estetika Dari Perspektif Timur

Estetika Timur sedikit berbeza dari estetika yang digaris oleh Barat. Jika Barat melihat estetika itu

sesuatu yang mendokong keindahan dan makna, estetika Timur melingkungi makna dan juga fungsi.

Sebuah karya seni bertindak mendokong makna indah dan di dalam masa yang sama mendokong

kefungsiannya. Timur menggarap keagamaan dan amalan dalam kehidupan dalam menghurai

kewujudan dan perkembangan seni mereka.

5.5 Estetika Dari Perspektif Islam

Sejarah memperlihatkan kelainan dalam perbincangan kesenian Islam. Islam mempunyai prinsip bahawa

konsep seni Islam adalah berlandaskan ketauhidan (kepercayaan kepada Pencipta) dan pengabadian diri

kepada Pencipta. Al Faruqi menjelaskan bahawa setiap motif arabesque dengan apa sahaja medium

adalah penegasan kebenaran estetika yang Tiada Tuhan melainkan Allah. Dia adalah Pencipta yang Esa

dan Mutlak”. Karya-karya Islam memerlukan penghayat memahami intipati agama Islam sendiri. Karya-

karya seni yang dihasilkan adalah bersifat peniruan atau imitasi kepada sesuatu ciptaan Tuhan tetapi

dengan tujuan untuk mempelajari, memahami dan merendahkan diri kepada kebesaran Allah.

Kesenian Islam sinonim dengan pemujaradan atau proses pengayaan subjek. Artis Islam berusaha untuk

mengubah seboleh mungkin sehingga isu-isu “nyawa” dalam objek dapat dilupuskan. Ia merupakan

pengucapan artis dalam bentuk kod-kod yang tersembunyi dan hanya dapat difahami oleh penghayat jika

Gambar 2: Chuah Then Teng Petani Batik Painting

Page 81: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

78 | K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I

difahami konteksnya. Al Ghazali mengetengahkan bahawa keindahan oleh dinilai secara ekstrinsik dan

intrinsik. Keindahan ekstrinsik adalah bersifat dalaman yang mendekatkan jiwa dan kalbu penghayat seni

kepada Allah swt. Manakala keindahan intrinsik adalah yang bersifat luaran yang mampu dilihat oleh

mata kasar sahaja.

Al-Farabi menjelaskan bahawa seni sebagai ciptaan yang berbentuk keindahan. Al-Ghazali pula

menjelaskan seni dengan maksud kerja yang berkaitan dengan rasa jiwa manusia yang sesuai dengan

fitrahnya. Menurut perspektif Islam, daya kreatif seni adalah dorongan atau desakan yang diberikan oleh

Allah yang perlu digunakan sebagai bantuan untuk ‘memeriahkan’ kebesaran Allah. Berseni haruslah

bermatlamatkan kepada perkara-perkara makruf (kebaikan), halal, dan berakhlak. Jiwa seni mestilah

ditundukkan kepada fitrah asal kejadian manusia kerana kebebasan jiwa dalam membentuk seni adalah

menurut kesucian fitrahnya yang dikurniakan Allah s.w.t. Fungsi seni lebih kurang sama dengan akal

supaya manusia menyedari perkaitan antara alam, ketuhanan dan rohani atau dengan alam fizikal.

Lantas ia menyedari keagungan Tuhan dan keunikan penciptaan-Nya. Konsep kesenian menurut

perspektif Islam ialah membimbing manusia ke arah konsep tauhid dan pengabadian diri kepada Allah

s.w.t. Seni dibentuk untuk melahirkan manusia yang benar-benar baik dan beradab. Motif seni

bermatlamatkan kebaikan dan berakhlak. Selain itu, seni juga seharusnya lahir sebagai satu proses

pendidikan yang bersifat positif dan tidak lari daripada batas-batas syariat.

Prinsip seni Islam itu didokong oleh :

i. Ketauhidan ii. Kepatuhan

iii. Keindahan iv. Kebenaran

Pengayaan subjek yang menjadi motif biasanya akan melalui proses pengulangan ‘repeatition’ dengan

menggunakan konsep gemetrik dalam menghasilkan keindahan dan keunikan hasil seni.

Page 82: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I | 79

Gambar 3: Tughra of Süleyman the Magnificent (1520) Sumber: .wikipedia.org/wiki/File:Tughra_Suleiman.jpg

Gambar 4: Motif yang diolah dari kesatuan Sumber: www:http://islamic-arts.org/

5.6 Estetika Melayu

Estetika Melayu menyentuh alam nusantara meliputi lingkungan Selat Melaka dan Laut China Selatan.

Masyarakat di perairan ini meliputi lingkungan kepulauan Melayu, iaitu kepulauan yang terbesar di dunia(

Britannica, 1982). Proses pengucapan, pengkaryaan dan rekaan masyarakat Nusantara amat sulit,

masyarakat Nusantara berinteraksi dengan dua bentuk alam iaitu alam ghaib dan alam nyata.

Masyarakat melayu lama mempunyai cara melihat, menterjemah dan menilai sesuatu merujuk kepada

fikiran, emosi, rohani dan keilmuan. Antara sumber pengkaryaan mereka dalam mimpi, peng alaman

batin, pengajaran dari orang tua atau pengalaman pancaindera. Cara dan kaedah pengkaryaan

masyarakat Nusantara mempunyai kesinambungan masa dari asimisme hingga ke zaman Islam.

Keadaan ini berlaku kerana sistem dan struktur masyarakat tidak berubah, yang berubah hanya

kepercayaan. Kedatangan Islam, mengurangkan motif-motif berunsur binatang, jembalang, dan berubah

Page 83: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

80 | K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I

kepada konsep ketuhanan. Motif-motif berbentuk bunga, tumbuh-tumbuhan, sarang labah-labah,

geometrik mula mendapat tempat.

Mohd Najib ((2008) menjelaskan pengucapan karya orang Melayu meliputi 4 tahap iaitu:

i. Pemerhatian : mengenal objek dan objek menjadi sumber

ii. Kefahaman : memahami subjek dan perangai dan ragamnya. Input falsafah melalui

tingkah laku subjek

iii. Stalisasi : memindahkan subjek dari bentuk “mental image” kepada visual. Bentuk visual

kemudiannya disesuaikan dengan kegunaan “fungsional”

iv. Pengucapan : konsep dan simbolisme bertepatan dengan objek dibuat. Pemindahan

mengikut kegunaan

Braginsky,(1998) menjelaskan konsep estetik Melayu terdiri dari 3 aspek, pertama aspek ontologi.

Menurut aspek ini keindahan sebagai pembayang kepada kekayaan Tuhan Yang Maha Esa, berkat daya

cipta-Nya keindahan mutlak dari Tuhan (Al-Jamal Maha Elok) dikesankan kepada keindahan dunia gejala

(husn = indah) khususnya dalam karya seni dan sastera.Kedua aspek Iman. Menurut aspek ini yang

indah terungkap dalam kata-kata seperti ajaib, ghaib, keberbagian yang harmonis dan teratur, baik dalam

alam mahupun dalam ciptaan manusia.

Aspek ini antara lain dalam karya sastera wujud dalam evokasi taman yang indah-indah, ratna-mutu-

manikam, perhiasan dan lain-lain di mana justeru keterlibatan segala pancaindera dianggap cirr-ciri khas

keindahan sempurna. Ketiga aspek psikologi atau pragmatik yaitu efektif pada penghayat yang menjadi

heran, berahi, leka, lupa yang kehilangan kepribadiannya kerana mabuk, dimabuk warna,

keanekaragaman dan lain-lain yang terungkap dalam istilah penglipur lara. Berdasarkan hasil kajiannya

ini menurut Braginsky, pandangan estetika Melayu ini dekat kepada teori estetika Arab yang ditentukan

oleh ketergantungan seniman kepada teladan yang agung yaitu semesta sebagai ciptaan Tuhan,

Pencipta yang Maha Esa. Estetika seperti ini tidak jauh berbeza dengan pandangan masyarakat pada

abad pertengahan di Eropah.

Memperjelas estetika Melayu melibatkan pengaruh-pengaruh agama sebelum kedatanganIslam di

dalamnya, seperti dalam motif bentuk bulat, motif ini bertitik tolak dari motif asal bunga teratai. Motif ini

tidak diubah dan diguna pakai sewaktu masyarakat Melayu memeluk Islam Motif ini dalam konteks

Page 84: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I | 81

agama Buddha begitu signifikan dan mempunyai makna tertentu, akan tetapi apabila mereka memeluk

Islam ia berubah konteks dan diberi pengisian makna baru selaras dengan Islam. Menurut Nakula

Ahmad, motif teratai dan jenis teratai putih dikenali sebagai “kumuda” mempunyai makna tertentu iaitu:

Ia dijadikan lambang konsep ketuhanan-kealaman

Ia menjadi lambang geopolitik sebuah kerajaan / Sri Vijaya dari bentuk teratai berkelopak 12

Teratai berkelopak lapan melambangkan kalbt / kalbun(trueself)

Teratai berkelopak 4 lambang kerajaan Sanjaya(abad ke 9 dan ke 10 BC)

Konsep Jamal(indah) dan Jalal(hebat) turut diperlambangkan dari kelopak bunga tersebut.

Dipercayai motif-motif berbentuk bunga seperti bunga pecah empat, lapan dan duabelas adalah

beberapa variasi yang berpunca dari motif bunga teratai tersebut.

Motif pucuk rebung dikaitkan dengan bentuk motif yang sering terdapat pada daun budi (yang berasal

dari pokok bodi yang melindungi Gautama Buddha), terdapat juga pada patung wayang kulit yang

melambangkan alam yang lengkap. Bentuk tiga segi ini juga mempunyai persamaan dengan objek-objek

seperti dalam seni bina rumah Melayu yang banyak menggunakan asas bentuk tiga segi.

Jelas pengutaraan estetika Melayu berkisar dari zaman ke zaman melalui proses pemerhatian dan

penterjemahan masyarakat Melayu dengan alam di sekelilingnya.. Seni tradisi bersifat keutilitian yang

membawa kepada fungsi dan diikuti dengan nilai indah dan tidak melanggar batas agama. Proses

perubahan zaman memberi makna pengaruh mempengaruhi dalam dunia estetika Melayu yang akhirnya

menjurus kepada keislaman.

Gambar 5: Motif pucuk rebung

yang berbentuk segi tiga

Page 85: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

82 | K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I

Nilai estetika yang dihasilkan dalam kraf orang Melayu ini adalah dijelaskan oleh Zakaria Ali dengan

halus, berguna, bersatu, berlawan dan prinsip berlambang supaya penghasilannya dapat memberi

kepuasan kepada pereka dan penghayat kraf atau seni.

Dari segi kehalusan sesuatu seni yang dihasilkan oleh orang Melayu melibatkan cara pembuatan teliti

dan bahan yang sesuai dari segi kegunaan. Kehalusan ini boleh dilihat dan diterjemah oleh pandai ukir

yang bukan sahaja member hasil yang halus malah proses artistik dari mengenal subjek, mengubah dan

membentuk subjek menjadi motif, falsafah Melayu yang sentiasa beradat diterjemah oleh seniman begitu

halus sehingga dapat dijelmakan menerusi adaptasi alam yang sangat teliti.

Penghasilan seni yang berguna pula, melibatkan hasil seni yang memenuhi fungsi yang bukan hanya

indah dipandang, malah selesa dipegang.

Karya atau hasil seni yang dihasilkan juga mestilah bermakna iaitu bukan semata-mata berguna kepada

manusia malah member makna yang tersirat seperti songket, warna kuning hanya dipaki oleh kerabat,

bukan untuk orang biasa maka warna itu member makna kepada pemakai. Begitu juga dengan keris,

setiap lok mempunyai makna yang tersendiri. Bagi kain batik, setiap motif ada hubungan makna dengan

pemakaiannya. Kepala kain, badan kain dan tanah kain membawa makna yang sangat tinggi dalam

pemakian kain batik. Begitu juga dengan ukiran Melayu, tidak diletakkan motif haiwan di d alam rumah,

lebah bergantng diletakkan di cucur anjung rumah dengan makna yang tersirat semoga rezeki yang akan

diperloeh olrh penghuni rumah seperti lebah bergantung. Begitu juga dengan motif itik pulang petang

yang diletakkan di atas jenang pintu dan tingkap menyatakan makna pulangnya penghuni dalam suasana

yang harmoni, mengikut adab dan adat.

Prinsip bersatu pula bermaksud sesuatu hasil seni tidak berakhir dan berhujung (tiada awalan dan

akhiran), iaitu motif yang dihasilkan dikaitkan dengan satu bahag ian dengan bahagian lain yang boleh

mengajak mata menerokai bahagian dalaman.

Berkaitan dengan prinsip bersatu, lingkaran belit ialah perkara yang berkaitan dengan prinsip

menyatukan, manakala prinsip berlawan merujuk kepada adanya pertentangan yang terkawal di antara

dua bahagian.

Page 86: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I | 83

Akhir sekali, prinsip berlambang adalah sesuatu seni yang berkaitan dengan hiasan kerana hiasan

merupakan lambang keindahan dan kecantikan yang mempunyai hubung kait antara isi (makna) dan

bentuk (Zakaria Ali, 1989).

5.7 Estetika Cina

Mencius seorang ahli falsafah China dari Myths and Legends of China, 372 – 289 BCE ( E. T. C. Werner,

1922) Mencius (390? S.M.305? S.M.) ialah ahli falsafah Cina yang ulung. Dia merupakan salah seorang

tokoh yang paling berpengaruh dalam perkembangan falsafah Cina yang dikenal sebagai Konfusianisme.

Mencius terkenal kerana keyakinannya bahawa sifat semula jadi manusia adalah baik. Dia juga percaya

bahawa rakyat sesebuah negara mempunyai alasan apabila menggulingkan atau malahan membunuh

raja yang zalim. Mencius mentakrifkan raja yang zalim sebagai orang yang mengabaikan kebajikan

rakyat dan memerintah mereka dengan tidak bertimbang rasa.

Kebanyakan gagasan Mencius terdapat dalam Mengzi (juga dieja Meng-tzu), buku yang mungkin

merupakan koleksi ajarannya yang mendokong falasafh Confucius mennegaskan bahawa semua benda

di dalam alam ini termasuklah ilmu terbahagi kepada dua iaitu Yin dan Yang.

Estetika Cina dibukukan dalam karya bertajuk “An Essay on Landscape Painting” oleh Kuo Hsi (adakala

dieja Xi Guo, atau Shio Sakanishi) pada tahun 1000 A.D. Buku ini mengadungi tiga bab iaitu:

1. Komen ke atas catan landskap.

2. Makna catan.

3. Peraturan-peraturan mengenai proses mewarna.

Kuo Hsi sebagai seorang ahli falsafah mempunyai rasa cinta kepada alam dan amat mengkagumi

pemandangan atau landskap di luar kota, di desa, gunung, awan, buluh, burung. Hal benda yang

terdapat di dalam alam membangkitkan rasa tenteram kepada jiwa pelukis yang melukis, dan

mententeramkan jiwa pemerhati yang memandang. Oleh itu, pelukis melukis landskapnya dengan penuh

cermat supaya keindahan landskap itu tidak tercemar.

Page 87: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

84 | K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I

Bagi beliau hasil catan mestilah mempunyai jiwa dan makna. Pelukis itu mesti jujur, iklas, lemah lembut,

baik hati kerana dengan sifat-sifat yang mulia ini dia boleh menangkap sifat-sifat dalaman(intrinsic) hal

benda yang dia lukis itu. Pelukis perlu mempunyai hubungan dengan hasil karya yang dihasilkannya.

Pelukis juga dimestikan untuk menulis puisi bagi memberi penjelasan kepada hasil lukisannya itu. Bagi

ahli falsafah China, puisi itu ialah gambar tanpa bentuk; catan pula puisi yang berbentuk. Puisi ditulis

pada bahagian kiri, atau kanan sesebuah lukisan dengan gaya kaligrafi yang penuh keindahan.

Untuk menghasilkan sebuah hasil lukisan, perlu ada peraturan bagi memastikan setiap hasil dapat

diamati dan dihayati oleh semua.

Peraturan melukis tersebut adalah:

Apabila merancang sebuah catan, pelukis mestilah memikirkan perhubungan yang harmonis antara

bumi dan langit.

Apabila melukis gunung, gunakan puncak gunung itu untuk menyusun benda-benda yang lain

seperti perspektif dan kadarbanding yang berada di sekitar gunung itu. Ertinya kemuncak gunung

sebagai garis penentu.

Apabila melukis batu-bata dan pepohan maka pohon pinus mesti diambil kira terdahulu. Pokok

pinus itu dianugerahkan darjat tinggi sebagai “the aged master”. Pinus mesti dilukis di tepi tebing

sungai yang dalam, atau di tepi lereng yang tinggi.

Apabila melukis air, maka air itu mesti kelihatan seolah-olah ia bergerak atau mengalir.

Apabila melukis awan, pasti awan mendung sebelum hujan, atau mendung sebelum salji.

Page 88: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I | 85

Loquats and a Mountain Bird, by an anonymous painter of the Southern Song Dynasty (1127–1279) http://en.wikipedia.org/wiki/Chinese_painting

Gambar 6: Landscape dihasilkan oleh Zhu Da, yang juga dikenali Bada Shanren (1626-1705)

Kampung-kampung mesti dilukis di atas tanah dataran bukan di puncak gunung.

Pelukis mesti menguasai teknik; jangan biarkan teknik menguasai pelukis, melalui latihan yang

bersungguh-sungguh.

Bincangkan perbezaan antara proses pengkaryaan Barat dan

pengkaryaan China

Page 89: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

86 | K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I

Pelukis memilih sebanyak mungkin dakwat: dakwat yang daripada batu, debu, kapur, gelaga,

tumbuh-tumbuhan.

Pelukis melukis air terjun dengan membiarkan kertas atau sutera yang menjadi alas lukisan itu

kosong sehingga timbul warna asli sutera atau kertas tersebut.

Tema catan bersumber dari kandungan puisi, madah-madah falsafah, cerita sejarah, dan cerita-

cerita warisan. Tema musim bunga: gambar hujan di pagi hari. Tema musim panas: gambar

terangkatnya kabus dari banjaran gunung. Tema musim luruh: gambar awan turun di

pergunungan. Tema musim sejuk: gambar salji memutih turun.

5.8 Estetika India

Pemikir India bernama A.K. Coomaraswamy membina teori estetika India berdasaran puisi dan drama

Sankrit purba. Dari kedua-dua bidang seni ini maka dia membuat beberapa rumusan yang berguna

untuk menilai arca, senibina dan catan. Rumusan pertama ialah bahawa dalam puisi mesti ada RASA.

Tiga perkataan lain terbit dari RASA.

(a) Rasavant ialah rasa yang ada di dalam diri permerhati bila dia memandang karya seni.

(b) Rasika, yakni orang yang menikmati rasa itu seperti peminat seni.

(c) Rasavandana, yakni mengalami perasaan. Rasa itu sebagai renungan yang menyedapkan, yang

memuaskan, dan yang meningkatkan darjat.

Coomaraswamy berpendapat bahawa pengalaman estetika itu tiada kena mengena dengan perasaan

sedap atau sakit. Sebaiknya, pengalam estetika itu, atau menikmati RASA itu adalah pengalaman yang

tersendiri, yang bersifat intelektual. Coomaraswamy berpendapat bahawa hanya orang yang tertentu saja

yang layak mengalami RASA atau estetika itu. Hanya orang yang berusaha untuk menghargai keindahan

menggunakan akal atau imaginasinya saja, walaupun objek seni yang dipandangnya itu berkualiti rendah.

Coomaraswamy menyarankan dua cara untuk menghargai seni.

(a) memandang sebuah arca itu secara tidak kritikal sebaliknya secara simpati kepada bakat

seniman yang amat terhad sehingga pengolahannya itu kurang cermat.

(b) memandang arca itu secara kreatif, yakni, pemerhati menambah mana yang kurang, dan

mempercantikkan mana yang hodoh berdasarkan idea pemerhati itu sendiri.

Page 90: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I | 87

Oleh itu, keindahan itu tidak boleh dijadikan bahan untuk diselidiki seperti ilmu-ilmu yang lain. Keindahan

itu hanya dialami secara subjektif, bukan secara hujah-hujahan. Jadi menikmati karya seni yang biasa itu

boleh berubah menjadi pengalaman yang luar biasa. Di dalam minda pemerhati, sesuatu yang kabur atau

kurang baik, boleh menjadi jelas dan amat baik.

5.7 Mengaitkan Estetika Dengan Pembelajaran Seni Kanak-Kanak

5.7.1 Cara-Cara Merangsang Perkembangan Estetika Kanak-Kanak

Pengamatan kanak-kanak terhadap seni adalah berbeza terutama mereka yang sekitar umur 2 hingga

4 tahun kerana mereka masih belum mendapatkan pendidikan secara formal. Kebiasaannya ciri hasil

seni kanak-kanak ini lebih bersifat subjektif iaitu mereka akan melukis apa sahaja yang mereka tahu

dan bukannya apa yang mereka perhatikan, malah warna yang mereka gunakan biasanya tidak

bersifat relistik malah dari segi penyususan adalah secara rawak dan lebih berbentuk cara melukis

tersendiri dan tidak dengan cara orang lain. Kanak-kanak ini masih belum mempunyai kepekaan

terhadap persekitaran. Kanak-kanak yang masih tidak bersekolah ini biasanya menghasilkan sesuatu

yang lebih berbentuk contengan yang berubah mengikut peringkat umur mereka dari 15 bulan ke 2

tahun, 2 tahun setengah ke 3 tahun dan 3 tahun ke 4 tahun. Ianya merupakan salah satu refleksi

perkembangan pertumbuhan kanak-kanak tersebut dari segi emosi , interlektual, fizikal, persepsi,

estetika dan kreatif kanak-kanak termasuklah keyakinan diri mereka. Bagi kanak-kanak sekolah

rendah mereka sering cuba mengaitkan keindahan dengan imaginasi mereka. Proses kreatif di

peringkat imaginasi memainkan peranan yang besar semasa kanak-kanak belajar di sekolah rendah.

Menjelaskan makna indah dan konsep keindahan kepada kanak-kanak bukanlah sesuatu yang

mudah. Apa lagi dalam konteks situasi bilik darjah. Guru perlu mempunyai perancangan yang rapi

dengan menyediakan contoh-contoh karya dan carta yang dapat menjelaskan bagaimana kanak-

kanak boleh diasuh untuk bertindak balas atau respond kepada nilai keindahan, indah dan menikmati

keindahan bukan sahaja kepada karya malahan menghargai artis yang menghasilkan serta

mengaitkan dengan kehidupan mereka.

Page 91: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

88 | K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I

Proses estetik dan daya kreativiti pelajar dapat dibahagikan kepada empat iaitu:

(a) Merupakan proses individu melalui penajaman daya intuisi ,

(b) Persepsi

Persepsi merupakan satu proses kesedaran dan reaksi individu terhadap rangsangan dalam alam

persekitaran. Ia juga merupakan proses menginterpretasi maklumat yang diterima oleh organ-organ

deria manusia. Contohnya apabila anda terhidu minyak wangi otak anda akan membuat persepsi dan

mengaitkannya kepada seorang wanita atau bunga.

Pada peringkat ini, pancaindera manusia (mata, telinga, hidung, lidah dan kulit) akan menerima

maklumat daripada rangsangan-rangsangan dalam persekitaran. Kemudian, semua utusan dan

rangsangan ini dihantar ke otak melalui sistem saraf. Seperti contoh rajah di bawah iaitu apabila

seorang individu mendapat rangsangan dalam bentuk bunyi siren ambulan. Bunyi ini diamati melalui

deria dengar dan dihantar ke otak untuk diproses.

Faktor-faktor yang mempengaruhi persepsi:

(i) Jangkaan

(ii) Hubungan latar depan dan belakang (iii) Penumpuan

(iv) Tempoh masa (v) Tugasan jelas (vi) Pengalaman dan

(vii) Susunan objek

(c) Imaginasi

Merupakan daya khayalan atau kemampuan menggambarkan sesuatu di dalam angan-angan atau

mencipta sesuatu secara khayalan atau bayangan.

Jelaskan perbezaan antara berimaginasi dengan berangan? Beri hujah

kepada jawapan anda

Page 92: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I | 89

(d) Konsepsi pelajar

Proses konsepsi pelajar atau pembentukan konsep adalah untuk menyesuaikan maklumat dalam

rangsangan untuk membina perhubungan yang mempunyai perkaitan dalam bentuk konsep. Konsep

boleh dihuraikan sebagai satu idea yang spesifik tentang peristiwa atau fenomena, sama ada maujud

atau abstrak yang mempunyai ciri-ciri yang khusus. Contohnya konsep reptilia merujuk kepada

sekumpulan haiwan yang mempunyai ciri-ciri berikut;

(i) berkulit keras

(ii) hidup di air atau didarat

(iii) menetas telur

Dengan ini, pelajar diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, meningkatkan lagi

kepekaan, menjadi pengkarya yang rasional dan mampu mengendalikan kehidupan dengan membawa

bersama nilai yang disebutkan. Kurikulum Pendidikan Seni Visual sekolah rendah merangkumi empat

bidang iaitu menggambar, membuat rekaan dan corak, membentuk dan membuat binaan dan kraf

tradisional. Murid dilatih untuk melihat sesuatu dengan perspektif yang lebih luas sama ada daripada

aspek estetik mahupun aspek gunaan. Melalui kefahaman aspek di atas, murid dapat diterapkan dengan

penghayatan warisan seni visual dan mengamalkannya dalam kehidupan, terutama dalam meningkatkan

nilai hidup. Murid akan didedahkan dengan ilmu seni visual yang berkaitan dengan bidang tertentu dan

menerapkan budaya menghargai serta mengaplikasi ilmu yang diperolehi bersama.

5.8 Rumusan

Dalam unit ini anda memahami bagaimana perbezaan makna estetika dalam dunia seni visual. Justeru

dalam membuat penilaian terhadap karya kanak-kanak, pertimbangan estetika adalah sangat minimum

memandangkan nilai keindahan yang hendak diterapkan pada awal usia adalah sangat sedikit. Namun

kefahaman guru mengenai apa itu estetika sangat penting dalam usaha memahami keseluruhan

permaknaan estetika.

Page 93: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

90 | K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I

Jelaskan persamaan dan perbezaan antara estetika Islam dan estetika Melayu? Bincangkan Apakah keunikan dalam konsep komposisi Islam berbanding komposisi dalam catan Barat?

Jelaskan bagaimana artis Islam menjelaskan persoalan subjek dan makna dalam karya mereka Persamaan Perbezaan

Estetika Islam

Estetika Melayu

RUJUKAN

Braginsky, V.I. 1998. Yang Indah Berfaedah dan Kamal Sejarah Sastra Melayu dalam Abad 7-19.

Jakarta: INIS

Eisner, Elliot W., and David W. Ecker (1966) Readings in art education, Waltham, Mass.,: Blaisdell Pub. Co.

Eisner, Elliot W. (1988) The role of Discipline-Based Art Education in American Schools, Los Angeles: Paul Getty Trust.

Zakaria Ali, (1989). Seni dan Seniman. Kumpulan Esei-esei Pilihan. Dewan Bahasa dan Pustaka,Kuala

Lumpur

Page 94: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I | 91

UNIT 6

PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM SENI

"Creativity is think ing up new things. Innovation is doing new things." -

I think creativity is indeed think ing up new concepts/things. Innovation is mak ing this new concept/thing practical in a novel way. Creativity is dreaming up a new invention and innovation is mak ing it real in

ones own unique way. When you bring something new into existence you can say you created it. You cannot say you innovated it. And again when you improve something that already exists you cannot say

you created it but you can say you innovated it.

[Theodore Levitt].

6.0 Pengenalan Selain daripada memahami dan jelas mengenai makna kreatif, proses kreatif dan apakah yang perlu

dilakukan dalam pengajaran dan pembelajaran, guru sering berhenti di tahap ini. Sebagai langkah

selanjutnya guru perlu memahami tahap-tahap perkembangan kreativiti yang dapat digalakkan dalam diri

murid-murid. Melakukan proses kreatif secara berterusan dan juga memahami bagaimana se suatu aktiviti

boleh dijalankan dengan member penekanan kepada proses kreatif di samping terus membangun

perkembangan kognitif, intelektual sosial, emosi dan ekspresi kanak-kanak.

Di akhir unit ini diharapkan anda dapat:

1. Memahami dan manganalisis proses perkembangan kreativiti

2. Menghuraikan perkaitan antara kreativiti dan aktiviti seni visual

3. Menjelaskan langkah-langkah dalam proses kreativiti

4. Membincangkan ciri-ciri individu kreatif dan pembentukan individu kreatif

HASIL PEMBELAJARAN

Page 95: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

92 | K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I

Nyatakan dan bincangkan bagaimana artis melihat alam sebagai sumber ilham semasa menghasilkan karya di bawah.

6.1 Perkembangan Kreativiti – Viktor Lowenfeld

Lowenfeld telah menggariskan beberapa aspek yang menjelaskan sifat-sifat kreatif yang boleh dikenal

pasti dalam seni visual. Beliau mencadangkan guru membuat senarai semak berdasarkan sifat-sifat yang

dinyatakan sebagai garis panduan penilaian kreatif murid -murid.

i. Kepekaan (Sensitivity)

mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap segala aspek dan situasi. Termasuk mengenai

keperluan-keperluan kehidupan manusia, persekitaran dan pancaindera.

Kesedaran terhadap nilai-nilai estetik, keindahan dan keharmonian objek di alam persekitaran.

Mempunyai perasaan sensitif, positif dan harmoni tentang apa yang dilihat dan yang dilakukan.

ii. Keanjalan (Flexibility)

Berkeupayaan menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi dan perubahan

Yakin pada diri sendiri

Menerima dan menghadapi masalah sebagai suatu cabaran dan peluang- bukan suatu halangan.

Bertolak ansur dan berfikiran terbuka.

Gambar 1 : Andy Warhol Media Cetakan “Campbells Soup”

Page 96: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I | 93

iii. Keaslian (Originality)

Berfikir dan bertindak berlainan dari kelaziman dan kebiasaan.

Melihat kepada kemungkinan baru.

Mempunyai daya khayalan (imaginasi).

iv. Keterbukaan, Kebebasan Dan Kelancaran (Fluency)

Berfikir secara terbuka, pantas dan berimaginasi bagi mengaitkan/menghubungkan sesuatu

perkara dengan hal lain yang berkaitan.

Berkeupayaan melahirkan idea dan pendapat tentang perkara yang akan dilakukan. serta dapat

mengaitkan dengan kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku secara bersepadu.

v. Berkeupayaan Menganalisis

Berkeupayaan menganalisa dan mencerakin tentang apa yang dilihat, dirasa, disentuh, dialami

dan dihidu secara terperinci daripada sesuatu bersifat umum.

Tidak menggunakan “Konsep Pandang Pertama” (fast impression) yang bersifat generalisasi

dalam membuat sesuatu keputusan.

vi. Berkeupayaan Membuat Sintesis

Berkeupayaan membawa unsur-unsur era/dimensi baru yang bermakna.

Melihat sesuatu secara global, sebahagian dan secara terperinci serta dapat menggabungkannya

dalam membuat sesuatu kenyataan.

Menggunakan konsep “Memberi Nafas Baru” terhadap sesuatu yang lama.

vii. Memberi Makna Baru (Redefinition)

Berkeupayaan memberi fungsi, makna dan pengertian baru.

Sebagai contoh, catan adalah kanvas dan warna yang mana unsur seni seperti garisan, rupa dan

sebagainya dimanipulasikan di atasnya.

Seseorang yang kreatif berupaya menukar makna dan pengertian unsur seni kepada rupa pokok,

rumah dan sebagainya yang lebih bermakna.

viii. Ketekalan Organisasi (Consistent Organization)

Page 97: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

94 | K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I

Berkeupayaan mengolah, menyusun, menggabung dan mentadbir pelbagai ragam objek dan

aspek dalam satu kesepaduan yang harmoni.

Kajian oleh Dr Mark Batey daripada Psikometrik dari Kumpulan Penyelidikan

Kerja di Sekolah Perniagaan Manchester telah mencadangkan bahawa profil individu yang kreatif dapat

dijelaskan oleh empat ciri-ciri kreativiti utama dengan sudut sempit dalam setiap

(i) "Generasi Idea" (Kelancaran, Ketulenan, Inkubasi dan Illumisasi)

(ii) "Personaliti" (Rasa ingin tahu dan Toleransi untuk Kekaburan)

(iii) "Motivasi" (intrinsik, ekstrinsik dan mengutamakan pencapaian)

(iv) "Keyakinan" (Melahirkan, Berkongsi dan Melaksanakan)

Kesemua fakta ini menunjukkan bahawa untuk menjadi kreatif manusia perlu sentiasa berhubung dengan

alam, persekitaran, manusia lain, dirinya sendiri, budaya dan juga pelbagai aspek yang akan

mempengaruhi perkembangan kognitif, emosi, sosial dan juga intelektual individu tersebut.

6.2 Fasa Perkembangan Kreativiti (Proses Artistik) Laura H. Chapman

Laura Chapman dalam bukunya Approaches to Art in Education menjelaskan dalam merancang dan

melaksana aktiviti seni guru perlu jelas mengenai fasa-fasa dalam proses menghasilkan idea dan

seterusnyan menghasilkan karya. Beliau menggariskan 3 fasa utama dalam melaksana pengajaran dan

pembelajaran seni bagi memupuk dan memperkembangkan kreativiti dan artistik kanak-kanak. (Rujuk

Unit 4 untuk bacaan lebih mendalam)

FASA 1: PENGWUJUDAN IDEA

Pengwujudan Idea

Pernyataan dalam medium

Perkembangan dan penghalusan Idea

Rajah 1

Proses Artistik Seni menurut Laura Chapman

Page 98: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I | 95

Pendekatan atau tema yang perlu diberi perhatian

Alam semulajadi dan Objek di Persekitaran

- Menggunakan alam dan persekitaran sebagai sumber idea/ilham - Mengesan dinamik fom, kualiti organik, keunikan, integrasi alam dan kehidupan, unsur-unsur

seni seperti warna, bentuk dan sebagainya boleh menggerakkan kewujudan idea/ilham. - Mentafsir alam dengan pengamatan yang jujur untuk mencari nilai dan makna. - Perasaan Dalaman, khayalan dan imaginasi.

- Pengalaman hidup memberi banyak kesan dan pengaruh terhadap minda. - Perasaan takut, misteri, sedih, dan sebagainya, adalah sumber penting melahirkan idea/

inspirasi.

- Sigmund Freud dan Jean – Paul Sartre telah menyumbangkan teori mengenai imaginasi artistik yang menyebabkan manusia berupaya mencipta sesuatu melangkaui batas fizikal dan cabaran status quo.

- Perasaan dalaman, khayalan dan imaginasi merupakan motivasi menggerakkan idea/ ilham. - Keperluan dan Pengalaman Hidup Harian - Desakan dan keperluan dalam kehidupan harian, seperti keperluan untuk hidup, keselamatan,

keselesaan dan sebagainya membuka ruang untuk manusia berfikir, mendapat idea dan mencipta sesuatu.

- Masalah adalah peluang yang terbaik untuk manusia berfikir dan bertindak secara lebih kreatif.

- Aliran dan Tema Sejagat

- Pemikiran manusia bersifat unik dan berkeupayaan menjelaskan konsep mengenai sesuatu tema atau agenda kehidupan.

- Sifat keunikan pemikiran manusia menyebabkan berkembangnya idea dalam pelbagai aliran

dan tema. - Akibat daripada pemikiran dan keupayaan untuk menjelaskan konsep dan agenda kehidupan,

menyebabkan manusia sentiasa mempunyai idea/inspirasi.

- Perkembangan aliran seni adalah satu bukti menjelaskan keadaan tersebut. Keinginan untuk menjelaskan konsep dan agenda seni, maka lahirlah idea-idea dan pemikian tentang seni.

- Contohnya:

Non - objective art Minimal art

Teori psikologi Gestalt

Fasa 2 : Perkembangan Dan Penghalusan Idea

Pemerhatian dan Kajian Visual

- Meningkatkan kesedaran terhadap kualiti tampak - Kajian-kajian yang terperinci mengenai alam dan fenomenanya meningkat daya ekspresif. - Frank Barron dan Irvin Child menyatakan bahawa artis mempunyai keupayaan tinggi untuk

melihat, memerhati, mentafsir dan mengurus maklumat visual, berbanding dengan mereka yang bukan artis.

Page 99: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

96 | K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I

- Norman Meier (1930) meyatakan bahawa artis sangat hebat dalam kemahiran tangan, ingatan

tampak, dan keupayaan menyesuaikan diri dengan pelbagai media baru atau lama bagi menyelesaikan masalah tertentu.

- Menurut J.P. Guilford, artis mudah dapat menyelesaikan diri dan menggunakan media biasa

untuk menyelesaikan masalah baru. Iaitu dikatakan sebagai kemahiran “adaptive flexibility”. - Kajian visual akan meningkatkan lagi ciri-ciri tersebut serta membolehkan aktiviti

memperkembangkan dan memperinci serta penghalusan dilakukan dengan lebih kreatif.

Perubahan Cara Kerja :

- Bertumpu:Bercapah:Spontan:Penetapan:*Orientasi Tampak:Orientasi Haptik: (Greek:

Hptikoslable to sp)

- Berlainan artis berlainan gaya atau cara mereka bekerja. Terdapat beberapa jenis kaedah menghasilkan karya. Pengetahuan tantang kaedah-kaedah berkarya, akan dapat membantu usaha memperkembangkan atau menghalusi idea. Kaedah dan ciri-ciri kerja tersebut, ialah:

- Bertumpu dan bercapah - Spontan dan penetapan - Orientasi tampak dan haptik

Melihat dan mengamati cara artis berkarya

- Artis memulakan kerja dari awal idea hingga ke peringkat kemahiran media. Meyedari unsur-unsur yang perlu dianalisa dan diolah untuk mencapai tujuan.

- Artis meneroka dan membuat percubaan pelbagai kaedah dan teknik sebelum membuat keputusan/tujuan.

- Artis meneroka dan mencuba pelbagai teknik sehinggalah ia menemui sesuatu teknik yang

memuaskannya bagi mencapai tujuan asal. - Disebut sebagai pemikiran visual dimana kerja dilakukan bermula dari tahap persepsi. Kualiti

kerja bergantung kepada maklumat dari pengalaman tampaknya, untuk menghasilakn karya.

- Artis bekerja secara bertindak kepada kepuasan, bergantung kepada imaginasi dan gerak isyarat kinestetik secara lebih terbuka.

- Penerokaan Simbol dan Makna

- Artis biasanya suka membuat penerokaan untuk mendapatkan s imbol dan makna yang baru dalam kerja mereka.

- Pemikiran dan persoalan-persoalan tentang fungsi, kesesuaian bahan, impak dan sebagainya

membolehkan artis meneroka pelbagai idea. - Keinginan dan keupayaan untuk menyelesaikan pelbagai persoalan tersebut meme rlukan

tindakan dan pemikiran yang menyebabkan idea semakin berkembang serta dihalusi. - Penerokaan dalam tindakan untuk menyelesaikan dan mendapatkan keputusan, memberikan

banyak penemuan baru dan makna baru yang turut menyumbang kepada perkembangan dan

penghalusan idea.

Fasa 3 :Pernyataan Dalam Medium

- Eksplorasi alat dan bahan - Mengaplikasi idea kepada medium

- Menjelaskan idea secara visual - Menunjukkan ciri-ciri artistik dan kreativiti

Page 100: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I | 97

- Menjelaskan aliran dan tema secara unik

6.3 Teori Kecerdasan Howard Gardner

Rajah 2: Teori Pelbagai Kecerdasan Sumber: sainspokoksenaubk.blogspot.com

Teori pelbagai kecerdasan telah dikemukakan oleh Howard Gardner (1983). Beliau mengemukakan

lapan kecerdasan manusia yang dapat diperkembangkan sepanjang hayat. Menurut Gardner, manusia

mempunyai kesemua lapan kecerdasan. Beliau telah membuat kajian terhadap pelbagai lap isan

masyarakat kanak-kanak biasa dan istimewa, juga kelompok penduduk yang mempunyai kriteria yang

istimewa (special population). Gardner juga mengatakan bahawa kecerdasan bukanlah semata-mata

diwarisi. Jika kedua-dua ibubapa dikategorikan sebagai bodoh mengikut ukuran IQ tidak semestinya

anak-anak mereka juga bodoh, begitulah juga sebaliknya. Kajian terhadap kanak-kanak istimewa

mendapati ada di antara murid-murid yang lemah daya ingatnnya adalah dilahirkan oleh ibubapa yang

kedua-duanya adalah profesional.

Setengah orang mungkin mencapai tahap yang tinggi dalam setengah kecerdasan dan tahap yang

rendah dalam yang lain, manakala ada orang yang mempunyai kecerdasan yang tinggi dalam hampir

kesemua lapan kecerdasan ini. Hampir semua orang boleh diperkembang kan dalam kelapan-lapan

kecerdasan yang disenaraikan ke tahap yang tinggi, jika keadaan-keadaan seperti penggalakan,

pengkayaan dan pengajaran adalah sesuai (Armstrong, 1994).

Kelapan-lapan kecerdasan adalah saling berkait secara kompleks bila seseorang melakukan sesuatu

aktiviti. Tambahan pula, bagi sesuatu kecerdasan itu, seseorang mungkin berbeza dalam tahap

Page 101: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

98 | K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I

pencapaian kebolehannya. Contohnya, dalam kecerdasan linguistik ,seorang murid mungkin tidak pandai

membaca tetapi dia dapat bercerita dengan baik. Kecerdasan-kecerdasan yang dikemukakanoleh

Gardner adalah seperti berikut:

i. Kinestetik

Kebolehan menggunakan sebahagian atau keseluruahan anggota tubuh badan untuk berkomunikasi

dan menyelesaikan masalah. Cekap mengintepretasi pergerakan anggota atau tub ah. Lebih

cenderung melakukan aktivi yang berkaitan dengan pergerakan badan seperti bersukan, manari,

gimmrama dan lain-lain. Seseorang individu juga cekap memanipulasi objek fizikal dan dapat

mengimbangi antara pergerakan fizikal dengan mental.

ii. Interpersonal

Kecerdasan interpersonal membolehkan seseorang memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat

orang lain. Individu ini dapat berinteraksi dengan mudah dan boleh berkerjasama dengan orang lain

secara praktikal untuk menghasilkan sesuatu yang berfaedah. Dapat memberi motivasi kepada orang

lain.

iii. Intrapersonal

Kebolehan untuk refleksi diri dan sedar akan sifat dalaman diri. Individu ini cuba untuk memahami

perasaan dalaman, impian, perhubungan dengan orang lain, kelemahan dan kekuatan yang ada.

Kemahiran yang ada ialah mengenalpasti kelemahan dan kekuatan sendiri, menganalisis diri sendiri

dan menilai secara berfikir.

iv. Logik-Matematik

Kebolehan yang dominan di bahagian kiri otak ini membolehkan seseorang menaakul secara deduktif

dan induktif dan serta berfikiran secara konspetual dan abstrak. Individu yang cenderung dalam

kecerdasan ini boleh menyelesaikan masalah kompleks yang berkaitan dengan matematik dengan

mudah serta boleh membuat perkaitan, manyoal, manganalisis, mensintesis, mangi ra dan

menggunakan komputer dengan cekap.

v. Muzik

Page 102: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I | 99

Kebolehan untuk berfikir dalam bentuk muzikal, mendengar dan mengecam paten, membezakan

antara bunyi dan cipta muzik. Sensitif dengan bunyi di persekitaran. Kemahiran individu ini ialah

menyayi, bersiul, mengubah muzik, meningati melodi, memahami struktur dan rentak muzik.

vi. Verbal-Linguistik

Kebolehan menggunakan bahasa efektif sama ada secara lisan dan menulis. Individu ini mempunyai

kemahiran mendengar dan berfikir dalam bentuk perkataan. Kemahirannya meliputi mendenganra,

bercakap, manulis, bercerita, menerangkan, mengingat meklumat, memahami perkataan.

vii.Visual-Ruang

Kebolehan untuk berfikir secara gambaran, imej, bentuk dan paten (corak). Kebolehan untuk

membentuk model secara visual dan mengaolikasi model itu kepada dunia fizikal. Individu ini gemar

melihat peta, carta, gambar, video dan filem. Kebolehan individu ini termasuk membaca, menulis,

memahami carta dan graf. Melakar, menulis dan menterjemah imej secara visual.

viii. Naturalis

Seseorang pencinta alam yang dapat mengenali dan mengklasifikasikan flora, fauna dan galian

dengan mudah. Lebih menghabiskan masa di luar dan gemar mendengar bungi -bungian yang

terdapat di alam sekitar. Individu yang sensitif terhadap alam sekitar dan dapat menghubungkaitkan

antara kehidupan flora dan fauna.

6.4 Ciri-Ciri Individu Kreatif Oleh Torrence

Bagaimana kreativiti boleh berlangsung? Ada pendapat yang menyatakan kreativiti adalah milik

orang seni. Ini adalah kenyataan yang tidak benar sama sekali. Kreativiti tidak berlaku secara tiba-

tiba (accident). Ia merupakan satu proses bertujuan, penyediaan diri yang mencukupi, kerja keras &

disiplin diri yang tinggi (Marzano et al.,1989). Ilham yang dikatakan tiba-tiba diperolehi oleh pelukis

Bincangkan apakah kaitan Teori Pelbagai Kecerdasan

dengan pembelajaran dan pembangunan kreativiti kanak-

kanak khususnya dalam Seni Visual?

Page 103: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

100 | K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I

dan pencipta produk biasanya merupakan langkah terakhir dalam satu proses pemikiran yang

panjang. Pemikiran divergen adalah asas kepada pemikiran kreatif. Dicadangkan oleh Joy Guildford

dalam model ‘Struktur Intelek’ Model Guilford mengandungi 120 jenis kemahiran pemikiran –

bertujuan mencipta satu peta pelbagai pemikiran manusia (divergent production skills). Tetapi hari ini

ia dipanggil kemahiran pemikiran divergen (divergent thinking skills). Pemikiran divergen ialah

pemikiran yang bertujuan menghasilkan bukan jawapan ‘betul’ tetapi pelbagai idea unik, asli atau

idea pelik.

Komponen pemikiran mencapah (divergen) Torrence pada tahun 1974 telah menghasilkan latihan-

latihan untuk menguji, meningkatkan kebolehan fluency, flexibility, originality & elaboration dalam

pemikiran divergen. Latihan-latihan ini boleh berfokus kepada satu atau keempat-empat aspek

kebolehan. Bagi kelancaran beliau mengguna soalan terbuka (open-ended questions). Torrence

pada tahun 1974 telah menghasilkan latihan-latihan untuk menguji, meningkatkan kebolehan

fluency, flexibility, originality & elaboration dalam pemikiran divergen. Latihan-latihan ini boleh

berfokus kepada satu atau keempat-empat aspek kebolehan. Bagi kelancaran beliau mengguna

soalan terbuka (open-ended questions):

Fluency – Kelancaran jumlah idea berlainan yang boleh dihasilkan seseorang (the number of

different ideas one can produce);

Flexibility – Keanjalan pelbagai perbezaan antara idea yang dihasilkan (the variety among the

ideas one produces);

Originality – Keaslian dan keunikan idea yang mampu dihasilkan seseorang (how unusual are the

ideas one produces);

Elaboration – Penghuraian kejelasan kekompleksan/bilangan butiran atau perincian yang

terkandung dalam idea yang dihasilkan (the richness of detail in the ideas one produces)

Berdasarkan soalan-soalan di bawah hasilkan satu

penulisan mengenai aspek-aspek kreativiti Torrence.

Page 104: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I | 101

Minta murid anda memperkembangkan bulatan kosong kepada lukisan berlainan dan memberi tajuk

kepadanya. Bagi menguji aspek kelenturan pula, Torrence telah menghasilkan latihan iyang dapat membantu pelajar melihat sesuatu dari pelbagai perspektif. Contoh:

Bagaimana bilik ini dilihat oleh seorang yang kemas? Seekor tikus yang lapar? Makhluk dari angkasa lepas?

Bagaimana suatu stesen dipandang oleh sebuah keretapi? Penumpang yang lewat sampai & keretapi telah berlepas?

Bagaimana restoran makanan segera (fast food) kelihatan pada seorang budak berumur 9

tahun? Seorang remaja? Seorang pertengahan usia (yang ada banyak duit)? Seorang tua?

Keaslian merangkumi bagaimana seseorang boleh menyatakan pandangan, mengeluarkan idea, menghaslkan produk yang menunjukkan cirri-ciri asli, menarik, jelas daripada pemikirannya sendiri.

Kebanyakan latihan boleh dibahagikan kepada 3 kategori: Menanyakan soalan ‘Apakah akan berlaku sekiranya…?’ Masalah penambahbaikan produk (product improvement problems) /design problems

Penggunaan luar biasa (unusual uses)

Bagi aspek penghuraian, Torrence Latihan ini memerlukan pelajar mengguna suatu idea asas & memperkembangkannya:

Contohnya memperkembangkan sesuatu mesin fotostat kepada perincian-perincian lebih kompleks dari segi pengukuran, bahan, kos, gubahan dalam sesuatu karya, dan lain-lain.

‘Apakah akan berlaku sekiranya…?’ Berasaskan satu lukisan senario, pelajar mencatatkan semua soalan yang boleh difikirkan.

Contoh lain: Apakah akan berlaku sekiranya…?

◦ Kita tidak ada buku?

◦ Setiap orang mempunyai wajar yang sama?

◦ Tidak wujudnya graviti di dalam bilik?

◦ Kita ada satu mata di belakang kepala kita?

6.5 6 Topi Berfikir Edward de Bono Model ini telah diperkenalkan oleh Edward de Bono, seorang pemikir dan penulis terkemuka Barat

Page 105: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

102 | K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I

Rajah 1: Enam Topi Berfikir Edward de Bono

Berfikir secara parelal bermaksud berfikir secara selari, teratur dan sistematik. Contohnya enam idea

yang berlainan diterima dan diletakkan selari antara satu sama lain dan tidak dinilaikan,

dibandingbezakan, dipertikaikan, serta tidak dibuktikan benar atau salah, sebaliknya dicari kelebihan

daripada setiap satunya. Kaedah berfikir secara paralel ini bertujuan untuk meluaskan perspektif, melihat

sesuatu perkara dari pelbagai sudut dan masa yang berlainan, menyelesaikan masalah dan membuat

keputusan yang terbaik.

6.5.1 Bagaimana enam topi berfungsi

Melalui kaedah enam topi berfikir (de Bono, 1991/1985), setiap pemikiran dianologikan kepada topi yang

mempunyai warna-warna tertentu, iaitu putih, merah, hitam, kuning, hijau dan biru.

Topi putih – Melambangkan pemikiran neutral dan objektif yang mementingkan fakta dan perkara

objektif semata-mata

Topi merah – Melambangkan pemikiran emosional dan berlandaskan perasaan dan intuisi.

Topi hitam – Melambangkan pemikiran negatif yang menekankan keburukan, kelemahan dan

kekacacatan.

Topi kuning – Melambangkan pemikiran positif yang menggunakan kebaikan, keistimewaan dan

manfaat.

Topi hijau – Melambangkan pemikiran kreatif dan dengan itu mampu menjana idea-idea baru yang

bernas atau mengembangkan idea yang sedia ada, sama ada secara logic atau sebaliknya.

Topi biru – Melambangkan pemikiran kawalan dan dengan itu mengawal perjalanan sesuatu perkara

termasuk topi-topi lain

Topi merah : intuisi

Topi putih : Informasi

Topi kuning : Manfaat

Topi hitam : Waspada

Topi hijau : Idea Baru

Topi biru : Proses

Page 106: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I | 103

6.5.2 Kebaikan Menggunakan Kaedah Enam Topi Berfikir

Enam topi berfikir akan membantu seseorang untuk :

i. Menjadi lebih focus dan disiplin dalam cara berfikir, justeru menghasilkan idea yang lebih

berstruktur dan sistematik.

ii. Berfikir dengan lebih kritikal.

iii. Memahami keperluan untuk memisahkan proses pemikiran kepada mod-mod yang berbeza dan

belajar untuk berfikir dalam satu mod pada satu masa.

iv. Mempelajari garis panduan (topi putih) yang akan membantu dalam mengenal pasti kelemahan dan risiko (topi hitam) sesuatu idea atau cadangan baru.

v. Memahami peranan emosi dan intuisi dalam pembuatan keputusan. vi. Mempelajari penggunaan maklumat yang ada secara berkesan.

Rajah 3 : Model Proses kreatif Terarah

Page 107: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

104 | K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I

6.6 Proses Kreatif Terarah

Proses Kreatif Terarah diperlukan untuk memberikan gambaran secara keseluruhan tentang proses

kreatif. Melalui model, urutan, perkaitan, corak, aliran dan organisasi dapat ditunjukkan. Model juga amat

penting untuk minda berfungsi kerana membenarkan kita untuk menjangkau keperluan, langkah dan

tindakan akan datang

Model ini sesuai dijadikan model umum proses kreatif untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan

pembelajaran. Model Proses Kreatif Terarah mempunyai ciri yang berikut: Menggabungkan konsep

pelbagai model pemikiran kreatif yang ada sebelum ini, termasuk model penyelesaian masalah kreatif

dan model membuat keputusan kreatif. Terdapat keseimbangan antara imaginasi dan analisis.

Melibatkan pemikiran kritis dan kreatif. Melibatkan kedua-dua proses mental, iaitu kognisi dan

metakognisi. Proses Kreatif Terarah mempunyai empat fasa iaitu:

i. Fasa Persediaan

ii. Fasa Imaginasi

iii. Fasa Perkembangan

iv. Fasa Tindakan.

a. Fasa Persediaan: bermula dengan pemerhatian sehingga proses analisis secara berfikrah

(thoughtful) situasi, objek dan karya, cara sesuatu itu berfungsi atau gagal dan sebagainya.

Maklumat yang diperoleh melalui pemerhatian dan analisis disimpan dan diproses oleh minda.

b. Fasa Imaginasi: idea dijanakan untuk mencari hubung kait dan gabung jalin dengan

menggunakan teknik seperti sumbangsaran. Seterusnya, idea dikutip dan sintesis idea berlaku

untuk memilih atau menghasilkan ciptaan.

c. Fasa Perkembangan: penambahbaikan terhadap hasil idea perlu dijalankan sebelum penilaian

terakhir. Suatu ciptaan asli tidak bermakna dan tidak bernilai jika tidak digunakan atau tidak

dilaksanakan. Semua idea baharu yang dilaksanakan membawa perubahan dalam kehidupan

harian dan menggerakkan individu untuk memulakan semula pemerhatian dan penganalisisan.

d. Fasa Tindakan ini: kreativiti menjadi amalan berterusan. Model Proses Kreatif Terarah sangat

sesuai dalam konteks pengajaran dan pembelajaran kerana model ini selari dengan model

pengajaran dan pembelajaran sedia ada yang memupuk kreativiti dalam kalangan murid.

Page 108: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I | 105

6.6.1 Ciri-Ciri Artis Kreatif Dalam Aktiviti Seni Seorang artis atau tukang dikatakan sebagai insan yang mempunyai daya kreatif, imaginatif dan nilai

estetik yang tinggi. Pendidikan Seni bukan bertujuan untuk melahirkan ramai artis tetapi melatih dan

mendidik pelajar agar dapat membentuk sahsiah yang positif dengan memiliki sifat-sifat kreatif

sepertimana yang terdapat pada diri seseorang artis yang unggul agar setiap dari kehidupan mereka

menghargai dan menghayati bagaimana indahnya dunia, bagaimana pentingnya pokok, bagaimana

perlunya menyayangi haiwan dan kepentingan manusia lain dalam kehidupan mereka dalam bentuk yang

halus, bermakna dan penuh keinsafan.

Seseorang artis yang unggul seharusnya memiliki sifat-sifat berikut:

i. Tumpuan Persepsi Tinggi

Mereka peka, berkeupayaan dan gemar kepada Melihat kekuatan nilai dan makna pada objek dan alam Mendengar “Bunyi Kehidupan” di sekeliling mereka

Sedar tentang apa yang dirasa dan disentuh Peka kepada bau yang dihidu

ii. Keupayaan Membina Idea Sendiri Memberi “Nafas Baru” dan kesinambungan terhadap perkara silam atau isu lama Membina, mencipta dan menghasilkan sesuatu.

Mencuba cara atau teknik baru. Memanipulasi idea dengan pelbagai cara, secara tidak lazim atau berlainan dari kebiasaan

perlakuan. Mencuba dan meneroka pelbagai pendekatan dan bahan. Menyelesaikan masalah dengan cara sendiri.

Berimaginasi tinggi-melangkaui batas pemikiran biasa.

iii. Suka Mencuba, Meneroka Dan Mencari Sesuatu Yang Baru Menggunakan cara-cara baru dan inventif menghubungkan idea dan imej. Mengimpikan dan memikirkan kemungkinan-kemungkinan baru yang berlainan dari

kebiasaan. Berimaginasi dan berdaya mewatakan sesuatu. Berfikiran tulin dan asli (originality)

iv. Suka Mengkaji Dan Menyelidik Dapat memberi makna dan pengertian terhadap sesuatu ciptaan

Menganalisa data maklumat tentang apa yang dialami Bertanya dan mencari penjelasan. Mencari penemuan baru mengenai hubungan antara idea dan bahan.

v. Peka Terhadap Nilai Estetik

Page 109: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

106 | K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I

Tertarik terhadap nilai, kelainan dan keharmonian pada objek, alam dan kehidupan.

Dapat merasakan nilai rentak, irama dan harmoni terhadap apa yang dilihat dan dihasilkan. vi. Keyakinan Diri

Menggunakan pendekatan yang fleksibel mengikut situasi dan keperluan Berdikari Mempunyai kekuatan perasaan dan emosi serta dapat membuat pernyataan diri.

Menggunakan karya diberi, jelaskan apakah ciri-ciri kreatif yang dinyatakan oleh Torrence di dalam karya artis tersebut.

Gambar 2: Yusof Gajah “Fun Series”

6.5 Proses Pembinaan Kesedaran Tampak Dalam Kreativiti Seni Kesedaran (Awareness)

Setiap hari kita melalui lorong yang menghala ke rumah kita. Di bahu lorong tersebut terdapat pohon

kelapa sebagai pohon peneduh atau hiasan. Namun, acap kali kita gagal menyatakan jumlah pepohon

kelapa tersebut, apabila orang lainmengajukan soalan tentang berapa batang pohon yang terdapat di

bahu jalan itu. Kita mungkin terus kebingungan jika pertanyaan yang dikemukakan bersifat lebih terperinci

seperti warna, saiz, jalinan, bentuk dan sebagainya tentang pohon kelapa tersebut.

Gambarannya ialah kita sering memerhati tetapi tidak nampak. Kita alami tetapi tidak dirasai. Dan,

pelbagai lagi keadaan dan peristiwa yang berlaku di persekitaran kita tetapi tidak memberi pengalaman

dan makna kepada kita. Maksudnya, kita kurang mempunyai kesedaran. Deria-deria tidak berfungsi

merakamkan maklumat untuk proses oleh minda.

Page 110: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I | 107

Mengikut Herbert Read kesedaran adalah merujuk kepada tindakan menghalusi daya penggunaan deria

agar ianya menjadi lebih peka terhadap objek, persekitaran, suasana dan sebagainya yang akan menjadi

suatu pengalaman yang sangat berguna dalam kehidupannya. Beliau juga berpendapat bahawa

kesedaran merujuk kepada keupayaan menyedari dan memperolehi pengalaman-pengalaman baru.

Selain daripada itu, Herbert Read juga menyatakan kesdaran adalah penekanan terhadap rasa empati

mengenai sesuatu objek, suasana dan perasaan.

Seseorang yang mempunyai kesedaran akan memperolehi banyak maklumat mentah (raw data) melalui

deria dan pengalaman serta muatan nilai empati.

Kesedaran-kesedaran akan dapat dipertingkatkan melalui disiplin diri dalam keadaa-keadaan tertentu

untuk mengalami pengalaman terperinci yang berlainan daripada amalan-amalan biasa yang dilakukan

oleh kebanyakan orang. Bagi meningkatkan daya kesedaran, seseorang harus mempunyai disiplin diri

dan membiasakan amalan membuat persepsi iaitu melihat, menilai, mentafsir, menaakul dan membuat

pertimbangan estetik terhadap objek-objek di persekiataran.

Bukankah menarik untuk menjadi ibu bapa Picasso seterusnya?

Tiada ukuran mutlak untuk mengukur kebolehan, bakat atau kreativiti kanak di seni visual, namun,

pendidik, artis dan penyelidik percaya terdapat tingkah laku tertentu dan kemahiran kanak menunjukkan

yang menunjukkan bakat istimewa atau kreativiti kanak-kanak. Antara semua keupayaan ada satu sifat

tertentu bahawa kanak-kanak berkongsi: semangat dan kepentingan mereka - sama ada ia adalah tarian,

seni, matematik atau muzik. Semua kanak-kanak boleh mendapat manfaat daripada pendidikan seni

yang komprehensif yang memberi tumpuan kepada kreativiti, serta pendedahan kepada bentuk seni yang

pelbagai aliran seperti naive art, realisme, abstrak mengaplikasi pelbagai gaya, media penghasilan

seperti cata air, poster, akrilik atau warna pastel dan teknik yang pelbagai.Berikut adalah senarai semak

ciri-ciri memupuk kreativiti kanak-kanak untuk dipertimbangkan:

Page 111: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

108 | K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I

■ Kanak-kanak yang berbakat dalam seni biasanya bermula seawal usiamuda sebagai contoh di

Tahap1 sekolah lagi.

■ Lukisan sering menjadi media kreatif kanak-kanak kerana ia boleh diakses dan kanak-kanak dapat

meluahkan butiran atau subjek yang dilukis secara spontan, asli dan mengikut imaginasi mereka

tanpa had.

■ Kanak-kanak atau artis muda kreatif sering bergerak melalui peringkat pembangunan visual pada

kadar yang lebih cepat daripada biasa.

■ Kreativiti kanak-kanak dalam seni sering bersifat self-directed, lebih suka seni untuk bentuk-bentuk

aktiviti masa lapang, menggunakan pemikiran visual mereka secara maksimum.

■ Dari usia pertengahan sekolah rendah kemahiran dan pemikiran visual serta konsep kreatif adalah

ciri penting yang paling rapat dengan tingkah laku seorang kanak-kanak.

■ Keupayaan untuk menggunakan maklumat masa lalu dalam konteks yang baru, seperti

menyesuaikan penguasaan pemikiran visual dalam lukisan dapat memberi kanak-kanak ruang untuk

menjadi lebih kreatif.

Adakah anda tahu? Kanak-kanak yang dapat menjelaskan apakah hobi mereka dan mempunyai jadual

aktiviti yang mereka bangunkan sendiri mempunyai kecenderungan sifat-sifat kreatif dalam diri mereka.

Guru terutamanya yang mendidik di Tahap 1, mempunyai ruang dan masa untuk memupuk kreativiti

kanak-kanak. Anda boleh melihat dan membuat katihan bagi membentuk ciri-ciri berikut dalam karya seni

kanak-kanak:

■ Membangunkan keinginan dan keupayaan untuk menggambarkan orang (figura) - dan subjek lain

daripada persekitaran mereka pada usia yang lebih awal.

■ Menggunakan unsur-unsur komposisi, warna, ruang dan pergerakan yang dikendalikan dengan

sensitiviti yang lebih besar.

■ Kepekaan kepada perincian dan penggunaan memori yang secara langsung berkaitan dengan

kerumitan dan penjelasan.

■ Memfokuskan aktiviti seni kepada ketelitian (lukis sesuatu secara “detail” dan lebih kreatif dalam

lukisan.

■ Kanak-kanak lebih cenderung untuk meneroka dan bereksperimen dengan media dan mencapai

kawalan teknikal, beri mereka ruang untuk melakukan eksperimen.

Page 112: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I | 109

■ Melukis dan imeningkatkan kualiti hasil karya mereka secara berterusan dengan kesan garis, bentuk

dan corak adalah satu aktiviti kegemaran kanak-kanak yang anda ajar.

Kanak-kanak yang kreatif akan menggunakan keupayaan untuk mencipta, menggambarkan dan

menerangkan makna karya yang dihasilkan. Beri kanak-kanak ruang untuk menjelaskan apa yang

mereka hasilkan, apa yang menyebabkan hasilnya menjadi sebegitu dan soalan-soalan yang dapat

memberi fikiran mereka berkembang dengan persoalan-persoalan yang membuat mereka berfikir.

Bagi meningkatkan kesedaran, pelajar-pelajar boleh dilatih dan dibimbing dengan pelbagai cara.

Melalui aktiviti Pendidikan Seni, kesedaran boleh ditingkatkan melalui latihan perse psi estetik, iaitu:

1. Interaksi Estetik (Kajian Visual)

a. Pengalaman Tampak (Deria)

Melalui latihan pengalaman tampak, seseorang akan dilatih menggunakan deria secara

terperinci.

Kesedaran dapat diperkembangkan melalui pengalaman deria yang melakukan aktiviti

penyelidikan, penerokaan, percubaan dan pemerhatian terhadap sesuatu.

Aktiviti-aktiviti tersebut haruslah mengandungi tujuan-tujaun berikut agar aktiviti yang

dijalankan benar-benar berkesan terhadap perkembangan dan peningkatan kesedaran iaitu

meningkatkan:

- Daya melihat dan mengamati.

- Daya mengingati dengan jelas tentang pengalaman tampak yang dilalui dan kesannya

terhadap perasaan, pemikiran dan tanggapan.

Menurut Laird, daya mengingati dan menghubungkan antara pengalaman dengan perasaan,

pemikiran dan tanggapan, boleh dilakukan dengan pelbagai cara, iaitu pelajar perlu:

- Mengambil bahagian aktif melibatkan fizikal, pergerakan tindakan langsung seperti

bergerak ke suatu tempat untuk mendapatkan maklumat. Tindakan fizikal tersebut akan

memperkukuhkan ingatan.

- Mengaitkan pengalaman baru dengan pengalaman sedia ada atau masa lampau.

Galakkan pelajar meneroka, mengkaji dan menemui pelbagai fenomena sebanyak mungkin,

secara sendiri. Guru hanya perlu membantu menentukan struktur dan kandungan

penemuan yang telah diperolehi oleh pelajar.

Page 113: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

110 | K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I

Mendapatkan pengalaman secara langsung dengan menggunakan objek atau fenomena

sebenar. Elakkan menggunakan gambaran atau penjelasan yang abstrak.

Berlatih mengingati perkara-perkara mengenai seseorang atau objek yang ditemui. Adakan

tindakan-tindakan seperti:

- Cari kaedah bagi mengingati nama orang atau objek tersebut. Kaitkan dengan sesuatu yang lain

agar mudah diingati

- Tumpuan kepada ciri spesifik tentang rupa muka orang tersebut seperti mata, gigi, hidung, bulu

kening, jalinan, kulit dan warna kulitnya. (bagi objek, boleh dilihat dari segi warna, bentuk, jalinan

dan sebagainya).

- Lihat dan catatkan ciri-ciri keunikan orang/objek tersebut.

Tumpuan/konsentrasi sangat perlu bagi mendapatkan aras pencapaian kesedaran yang tinggi. Ia

boleh dilakukan dengan latihan-latihan seperti:

- melakukan aktiviti tidak lazim.

Contoh: melihat gambar yang terbalik. Melukis gambar belakang kepada bukan muka

sepertimana kelaziman dilakukan.

Bagi mendapatkan kesedaran dan pengalaman-pengalaman seperti yang dinyatakan, guru boleh

menyediakan boring senarai semak untuk diambil tindakan oleh pelajar selepas mereka

melakukan aktiviti penerokaan, kajian dan pemerhatian.

Galakan pelajar merakamkan setiap pengalaman deria tersebut melalui lakaran, lukisan,

fotografi, himpunan/koleksi buku skrap, dan penulisan.

Berdasarkan salah satu tokoh, hasilkan satu penulisan kritis yang menunjukkan bagaimana kreativiti dapat dikembangkan dengan mengaplikasi mana-mana konsep kreatif yang dinyatakan oleh

tokoh.

Page 114: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I | 111

b. Pengalaman Aktif Secara Langsung

melalui latihan membuat atau menghasilakn sesuatu.

Kesedaran dapat diperkembangkan melalui pneglaman membuat atau menghasilkan sesuatu

sperti membuat catan, cetakan, anyaman, ukiran dan pelbagai aktiviti gerak kerja kreatif.

Pelajar perlu disedarkan dengan pemeringkatan proses dan taknik semasa melakukan kerja

tersebut. Proses dan teknik dapat meningkatkan kesedaran secara langsung.

Kajian-kajian tentang asas seni reka pada alam dan persekitaran untuk digunakan dan

diaplikasikan dalam gerak kerja yang dilakukan.

Galakan pelajar melakukan aktiviti membuat kajian-kajian mengenai tema, artis, melihat cara

artis menghasilakan karya secara tindakan aktif seperti menemubual artis, melihat artis bekerja di

studio dan sebagianya, bagi mendapatkan pengalaman dan meningkatkan kesedaran.

Wujudkan suasana yang lebih mencabar seperti aktiviti perbahasan, diskusi, perbincangan dan

kritikan tentang karya yang dilakukan.

Adakan senarai semak untuk diambil tindakan oleh pelajar bagi mengesan ingatan dan

kesedaran semasa mereka melakukan aktiviti.

c. Pengalaman Empati

Melalui latihan yang banyak menyentuh perasaan, emosi dan tekanan fizikal.

Latihan melalui aktiviti kembara visual ke tempat-tempat tertentu banyak menimbulkan kesan

emosi dan fizikal.

- Sebaik-baik pelajar mengalami sendiri secara langsung mengenai sudah payah kerja sebagai

seorang petani ketika mencuba menggambarkan pemandangan di sawah padi ataunpotret

seorang petani.

- Membuat pengamatan secara dekat dan langsung. Merasakan keterikan panas cahaya matahari

yang membakar kulit kaum petani.

- Merasakan kesukaran atau kelainan antara melakukan aktiviti dalam studio berbanding aktiviti

kembara di luar studio.

- Mengadakan aktiviti pengamatan dan penghasilan waktu malam secara langsung di luar studio.

Menggunakan anggota yang tidak lazim digunakan untuk menghasilkan karya

Latihan-latihan seumpama itu dapat menimbulkan kesan kesedaran, keinsafan, dan pengalaman

yang sangat bermakna kepada seseoarang, dan dapat meningkatkan penghayatan.

Page 115: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

112 | K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I

Sediakan senarai semak yang dapat menyatakan dan mengesan pengalaman pelajar ketika

melakukan aktiviti tersebut.

2. Pengetahuan dan kefahaman yang jelas, komprehensif dan lengkap mengenai Asas Senireka

a. Unsur Seni

b. Prinsip Rekaan

c. Struktur Rekaan

Asas Senireka melalui persepsi dan pertimbangan estetik, boleh membantu pelajar ke arah

kesedaran terhadap fenomena alam dan karya, menjurus ke arah tujuan berikut perlu dilakukan:

Menganalisis wujudnya asas seni reka seperti unsur seni, prinsip rekaan dan struktur rekaan

dalam hasil kerja/karya seni dan di alam.

Mengenalpasti kegunaan asas seni reka

Mengenalpasti media dan proses seni

Mengenalpasti artistik mood

Menggambarkan ragam-ragam estetik

Menganalisis persamaan dan kelainan estetik

Membezakan gayaan artistik

Mengenalpasti ragam artistik

3. Proses Kreativiti/Artistik

Menggunakan kemahiran proses kreativiti

Mengaplikasi unsur seni, prinsip rekaan dan struktur rekaan

Membuat pernyataan dalam pelbagai aktiviti seni, seperti:

- Karya 2 dan 3 dimensi

- Karya kraf

- Karya komunikasi

Mempelbagaikan dan menggunakan karya dalam persekitaran.

Mengenal pasti bidang kerjaya yang mempunyai kaitan dengan seni.

Menghargai dan memahami karya-karya agung.

Page 116: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I | 113

RUMUSAN

Dalam unit ini anda telah merumus bagaimana kreativiti di lihat dari perspektif seni visual. Pengetahuan mengenai kreativiti bukan sahaja boleh dilaksana di dalam pengajaran dan pembelajaran seni visual malah ia boleh diaplikasi dalam semua mata pelajaran seiring dengan keperluan pendidikan masa kini.

RUJUKAN

Eisner, Elliot W., and David W. Ecker (1966) Readings in art education, Waltham, Mass.,: Blaisdell Pub. Co.

Eisner, Elliot W. (1988) The role of Discipline-Based Art Education in American Schools, Los Angeles: Paul Getty Trust.

Gardner, H (1994) Creating Minds. New York: Basic Books

________ (2011 edition). Frames of Mind: The theory of multiple intelligences. New York: Basic Books.

Tenth Anniversary Edition with new introduction, New York: Basic Books.

Wallas, G (1926) The Art of Thought. New York: Harcourt Brace. Gardner, (2012) Usable knowledge of the five minds http://www.uknow.gse. harvard.edu/teaching/TC106-

607.html

Page 117: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

114 | K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I

UNIT 7

EKSPRESI DALAM SENI VISUAL

“The painter has the Universe in his mind and hands.”

― Leonardo da Vinci

7.0 Pengenalan

Kita sering mendengar ucapan bahawa seni itu ekspresi. Ekspresi seolah seiring dengan seni. Tetapi

apakah ekspresi itu? Ekspresi adalah 'sesuatu yang dikeluarkan', seperti cairan gula yang dikeluarkan

manakala tebu diperah. Seperti tindakan mengamuk yang dikeluarkan manusia saat ia ditekan perasaan

marah. Seperti derasnya arus perasaan cinta yang dikeluarkan orang saat ia memeluk dan membelai

seseorang yang dicintainya. Apakah ekspresi seni juga semacam itu?

Di akhir unit ini diharapkan pelajar dapat:

a. Menjelaskan bagaimana perkembangan ekspresi berkait dengan keseluruhan

perkembangan kanak-kanak

b. Menjelaskan bagaimana ekspresi dapat dinyatakan dalam sesuatu karya visual

c. Menghubungkan ekspresi dengan pemikiran visual bagi menghasilkan suatu

karya yang bermakna kepada kanak-kanak

HASIL PEMBELAJARAN

Page 118: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I | 115

Seni memang merupakan ekspresi perasaan dan fikiran. Tetapi, mampukah seseorang yang sedang

marah, sedang mabuk cinta, sedang dihimpit kesedihan, mengekspresikan sesuatu yang disebut seni?

Kemarahan, kesedihan, kegembiraan, dan aneka perasaan lain terjadi secara spontan, simultan,

sehingga si individu larut dalam perasaan tersebut. Ia dikuasai perasaan dan melakukan sesuatu untuk

menyalurkan perasaannya itu dengan memeluk, membanting piring, menangis, melonjak -lonjak. Dalam

situasi perasaan semacam itu, dapatkah orang mengekspresikan perasaannya dalam karya seni? Orang

yang sedang sedih, bahkan dalam ghairah kegembiraan, tak mungkin melahirkan karya seni. Seni baru

lahir setelah perasaan itu menjadi pengalaman.

Dalam seni, perasaan harus dikuasai lebih dahulu, harus dijadikan objek, dan harus diatur, dikelola, dan

diwujudkan atau diekspresikan dalam karya seni. Istilah popularnya 'perasaan harus diendapkan dahulu'.

Perasaan tertentu itu telah bejinak dengan seniman. Dan, dalam kondisi semacam itu, barulah seniman

dapat mengekspresikan perasaannya. Ini kerana, ekspresi perasaan dalam seni hanya dapat terjadi

dalam suasana perasaan 'sekarang' yang santai, bahkan dalam suasana kegembiraan pencipta. Seorang

seniman mencipta karyanya dalam suasana gairah, gembira, senang. Tak mungkin dalam suasana sedih

seorang seniman menciptakan karyanya. Jadi, ekspresi dalam seni adalah mencurahkan perasaan

tertentu dalam suasana perasaan gembira. Perasaan marah atau sedih dalam eksp resi seni juga harus

dilakukan pada waktu senimannya sedang 'tidak marah atau sedih'.

Jelaslah bahwa kualiti perasaan yang diekspresikan dalam karya seni bukan lagi perasaan individual,

melainkan perasaan yang sejagat (universal). Perasaan yang dapat dihayati oleh orang lain, sekalipun

jenis perasaan itu belum pernah dialami oleh orang lain tersebut. Ini dapat terjadi kerana pengalaman

perasaan sang seniman telah dijadikan objek, telah dijauhkan daripada dirinya. Perasaan tersebut telah

menjadi masa lalu.

Lukis 25 bulatan di atas sehelai kertas Minta murid-murid anda lukiskan

ekspresi wajah dan nyatakan apakah ekspresi yang dilukis. Berkan tempoh masa hanya selama 15 minit untuk mereka siapkan. Kira jumlah

murid yang dapat menyiapkan semua 25 ekspresi muka.

Page 119: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

116 | K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I

Dari mana unsur perasaan dalam karya seni itu timbul? Perasaan itu merupakan respons individu

terhadap sesuatu di luar dirinya, yakni lingkungan hidupnya. Tetapi, dapat juga perasaan itu, respons

rasa itu, muncul dari gagasan atau idenya sendiri. Kalau pe rasaan itu muncul dari luar dirinya, dari suatu

stimulus, yang terjadi adalah tindakan mengekspresikan perasaan itu (dari stimulus) ke luar dirinya dalam

bentuk benda seni. Ia berjuang dengan medium seni yang dipakainya. Di sini dituntut keterampilan, atau

penguasaan teknis atas mediumnya. Dan, dalam pergulatan ini, seniman meraba-raba melalui

mediumnya untuk menemukan kesesuaian perasaannya dengan wujud yang tengah dicarinya. Perasaan

itu, yang muncul secara tak jelas dari dalam dirinya, karena adanya suatu idea atau mungkin kerana

intuisi, meraba-raba mencari bentuk di luar dirinya. Perasaan itu mencari-cari objek yang dapat

disetubuhinya. Dengan sendirinya tindakan mewujudkan ekspresi dalam seni itu dilakukan dengan

spontan perasaan pula, yakni perasaan 'sekarang' selama proses penciptaan, yang dapat hanya

beberapa minit sampai beberapa tahun. Perasaan objektif seniman lebur dalam kegembiraan ekspresi

keseniannya melalui medium seni. Tetapi, karya seni bukan semata-mata ekspresi perasaan.

Seni juga merupakan ekspresi nilai, baik nilai esensi (makna), nilai kognitif (pengetahuan, pengalaman),

dan nilai kualiti mediumnya. Nilai-nilai itu ada dalam diri seniman sebagai pengalaman nilai masa

lampaunya (sebelum penciptaan). Nilai-nilai inilah yang menentukan isi, makna, substansi dari seni.

Dengan demikian, dalam tindakan ekspresi seni terjadi persekutuan antara tindakan ekspresi 'sekarang'

dan ekspresi 'nilai-nilai masa lampau'. Ekspresi perasaan sekarang ini kadang begitu kuat, sehingga

seniman kadang bekerja di luar kawalan dirinya. Satu-satunya pegangan hanyalah hasil temuan

bentuknya selama ia bergelut dengan mediumnya. Baik perasaan masa lalu mahupun perasaan pada

proses penciptaan dikendalikan oleh nalurinya terhadap bentuk. Bentuk yang merupakan ekspresi inilah

yang menjadi stimulus orang lain untuk dapat merangsang timbulnya perasaan serupa atau hampir

serupa.

Unsur perasaan dalam ekspresi seni dapat ditelusuri dari mana asalnya, ke mana arahnya, dan tentang

apa. Maka, dalam seni dikenal ada objek seni, sikap seniman, dan perasaan seni. Objek seni atau

stimulus dapat saja berupa orang sakit. Sikap seniman terhadap orang sakit mungkin saja sinis kerana

pengalaman nilai seniman menyatakan bahwa hidup manusia itu rapufi, fana. Akibatnya, perasaan yang

muncul adalah humor pahit. Orang sakit dapat mendatangkan perasaan geli akibat takdir manusia yang

rapuh. Bagaimana perasaan itu diwujudkan bergantung pada kecekalan seniman dalam mewujudkannya

melalui mediumnya. Di sini akan terjadi proses pemilihan material dan penajaman atau fokus terhadap

Page 120: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I | 117

perasaan yang ingin diekspresikannya. Di sinilah aspek individual seniman muncul, bagaimana ia

berperasaan terhadap suatu stimulus yang dapat amat berbeza dengan tanggapan individu seniman lain.

Inilah sebabnya objek kematian dapat mendatangkan perasaan berbe za-beza dalam seni. Ada yang

mentertawakan kematian, ada yang menangisi, ada yang ketakutan, ada yang kagum, ada yang

menimbulkan perasaan misteri.

Adanya seleksi dan penajaman perasaan terhadap suatu stimulus akan melahirkan intensiti perasaan

yang diekspresikan. Perasaan tertentu dalam seni dapat begitu tajam dan menggores kerana

senimannya berhasil mengekspresikan pengalaman perasaannya itu dengan pilihan yang tepat dan

sasaran yang tegas. Perasaan humor pahit dalam karya seni dapat muncul begitu mengesankan karena

seniman berupaya mewujudkan pengalaman perasaannya tadi secara efektif dan efisien.

7.1 Ekspresi Seni dan Kanak-kanak

Seni menyediakan matlamat yang menarik dengan memberi peluang kepada murid untuk menemui

potensi ekspresif diri melalui pekataan, bunyi, pergerakan dan visual mereka.

Bahasa-bahasa simbol yang digunakan untuk membuat ekspresi dalam aktiviti-aktiviti seni. Ini akan

membantu para murid untuk merasa, menyentuh, mendengar dan melihat secara langsung dunia

mereka dengan cara tersendiri. Murid akan meluahkan pandangan mereka dengan cara yang seakan-

akan sama dengan apa yang dialami dan difahami oleh orang lain.

Emosi ialah keadaan mental yang menunjukkan reaksi seseorang terhadap sesuatu benda atau

keadaan. Reaksi muncul secara tiba-tiba dan membayangkan perasaan seseorang ketika itu. Benda

atau keadaan yang dihadapi atau yang dialami oleh seseorang itu merupakan rangsangan yang

ditanggap oleh orang yang berkenaan. Hasilnya akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas ini akan

menghasilkan perubahan dalam badan, dan terhasillah pengalaman emosi dan pernyataan emosi

setiap individu.

Pada peringkat kanak-kanak, perkembangan emosi agak cepat dan sekata berbanding dengan

keadaan semasa di peringkat prasekolah. Jika dahulu daya pengawalan emosinya lemah kini

Page 121: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

118 | K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I

emosinya lebih terkawal. Ini adalah disebabkan semakin usia meningkat semakin matang pengawalan

emosinya.

Pada peringkat ini mereka mula belajar mengenai emosi dan perasaan orang lain. Melalui seni juga

dia akan dapat untuk memahami dan meluahkan perasaan. Terutama ketika melukis dalam seni

visual, jika emosinya stabil lukisan yang dihasilkan akan cantik dan kreativitinya akan lebih menyerlah.

Untuk diperingkat ini guru perlu membuat penyesuaian dengan bentuk-bentuk emosi yang diingini

dengan tidak diingini. Kanak-kanak mempunyai tahap ekspresi yang sangat tinggi kerana mereka

masih lagi berada di tahap pra operational dalam perkembangan kognitif.

Media-media ekspresi boleh dilihat dalam bentuk catan, tubuh badan, suara atau bunyi. Apabila ianya

digabungkan secara harmoni, ekspresi ayang terhasil menjadi estetik.

7.2 Perkembangan Kanak-kanak dan Ekspresi

Vasari menegaskan bahawa seni adalah suatu peniruan. Artis meniru daripada alam di sekeliling,

fenomena dan pakar (master). Kanak-kanak banyak berhubung dengan orang-orang yang terdekat

dengan mereka. Pada awal usia perkembangan kognitif, psikomotor dan fizikal membawa kepada

perkembangan diri mereka bagi pembangunan pemikiran intelektual dan pertumbuhan tubuh badan.

Perkembangan sahsiah, emosi, rohani dan sosial merupakan suatu bentuk perkembangan yang sukar

dilihat. Keluarga, masyarakat dan sekolah sangat penting dalam membentuk sosial dan sahsiah

kanak-kanak. Kuat atau lemahnya pengaruh guru, rakan, ibu bapa akan dapat menilai setakat mana

pembinaan sosialisasi kanak-kanak dapat diperkembangkan. Oleh itu peranan guru sangat penting

membantu kanak-kanak untuk menguasai berbagai-bagai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang

difikirkan sesuai untuk menyesuaikan diri dalam perkembangan masyarakat dan kehidupan harian.

Berdasarkan teori pembelajaran sosial oleh Albert Bandura, beliau menegaskan bahawa elemen

sosial akan terbabit kerana pembelajaran akan diperolehi dengan berdasarkan kepada:

(a) melihat

(b) meniru

(c) memerhatikan tingkah laku orang lain.

Page 122: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I | 119

Teori Bandura yang juga dikenali sebagai teori pemerhatian atau teori peniruan. Mengikutnya, aspek

yang penting dalam teorinya ialah pemerhatian gerak balas yang ditonjolkan oleh orang lain. Beliau

juga menegaskan bahawa seseorang individu akan meniru sesuatu tingkah laku jika dia memperolehi

kepuasan dan peneguhan yang tinggi.

Peniruan juga boleh dibahagikan kepada tiga bentuk iaitu:

(a) Meniru Secara Langsung dan Tidak Langsung

(i) Proses membolehkan kanak-kanak memerhatikan tingkah laku model semasa mengajar.

(ii) Proses ini berlaku secara tidak langsung berlaku semasa:

• melihat gambar

• melihat filem

• melihat video

(b) Peniruan Melalui Sekatlakuan dan Ketaksekatlakuan

(i) Peniruan sekatlakuan ini berlaku dalam keadaan yang tertentu, tetapi tidak sesuai dilakukan dalam keadaan atau situasi yang lain.

(ii) Pada masa ini individu akan menyekat tingkah laku yang tidak sesuai ditiru dalam situasi

tertentu.

(iii) Dalam proses taksekat lakuan, seseorang individu akan terus mengamalkan peniruan dalam apa jua situasi.

(c) Peniruan Melalui Elistasi

(i) Akan terus melakukan apa yang dilakukan oleh orang lain jika dia sudah mengetahui cara melakukan tingkah laku tersebut.

(ii) Keinginan untuk meniru akan timbul apabila melihat gerak balas yang dilakukan oleh orang lain.

Bincangkan dengan rakan anda, apakah peniruan wajar atau tidak dilakukan?

Apakah jenis peniruan yang boleh dizinkan kepada murid jika ianya wajar?

Page 123: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

120 | K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I

7.3 Bentuk Ekspresi

Terdapat pelbagai bentuk/cara ekspresi yang boleh dilahirkan oleh manusia untuk meluahkan

perasaannya. Antaranya ialah;

(a) Melihat

Menggunakan deria mata melibatkan pengamatan dan pemerhatian, pentafsiran dan analisis serta

penilaian terhadap objek. Berdasarkan maklumat yang datang melalui deria mata itu seseorang akan

dapat mengalami pelbagai jenis warna, bentuk, ruang dan jalinan. Manakala bagi orang buta ia hanya

melihat dengan melatih otaknya untuk membuat penafsiran dengan berdasarkan kepada pengalaman

seni tampak yang telah dialaminya.

Pemahaman tentang warna membolehkan pelajar mengetahui ciri-cirinya dan seterusnya tahu untuk

mengaplikasikan pengetahuan dalam pendidikan seni visual. Dengan melihat juga pelajar dapat

meningkatkan lagi kecerdasan ruang iaitu melihat dunia ‘visual-spatial’ dengan lebih tepat.

(b) Perasaan

Perasaan yang dlahirkan merupakan hasil luahan daripada hati. Ia merangkumi perasaan sedih, riang,

dukacita dan sebagainya. Perasaan ini berkembang mengikut tahap umur dan pengalaman

seseorang. Untuk itu menjadi tanggungjawab seorang guru agar dapat membantu murid supaya dapat

mengawal perasaan apabila melakukan sesuatu perkara. Untuk itu beberapa latihan dan kemahiran

perlu diadakan untuk mengawal perasaan. Terutama ketika sedang bermain, memang menjadi adat

pertandingan ada yang menang dan ada yang kalah. Yang menang akan berperasaan gembira

manakala yang kalah akan merasa kecewa. Untuk latihan menahan kesabaran dan penerapan nilai -

nilai murni perlu ditekankan dalam sesuatu aktiviti permainan sebelum menjurus ke perlawanan yang

sebenar.

(c) Lisan

Arahan yang dikemukakan secara lisan perlulah difahami dengan sebaik mungkin agar dapat difahami

dengan jelas dan tidak disalah ertikan. Kebanyakan pergaduhan atau perkelahian berlaku keranan

arahan yang diterima secara lisan tidak jelas dan tidak difahami oleh penerima.

Page 124: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I | 121

(d) Reaksi

Apabila melihat sesuatu masalah murid akan dapat membuat tindakan yang tepat akibat daripada

latihan dan pengalaman yang telah diterima. Reaksi murid perlulah didalam tahap sentiasa bersedia

dan segala tindakan yang dibuat hendaklah tepat dan betul.

(e) Emosi

Emosi memainkan peranan penting dalam luahan ekspresi diri murid. Perasaan atau emosi yang

ditonjolkan oleh murid kadangkala dapat diterima dan kaladangkala dicemuh oleh individu-individu

lain. Oleh penting bagi guru untuk menggalakan murid untuk menyertai aktiviti -aktiviti permainan

supaya ia boleh mencetuskan suasana keriangan, bebas daripada tekanan emosi dan membina

kecekalan dlam menghadapi persaingan dan cabaran.

Konsep kendiri yang unggul berkait rapat dengan keupayaan kawalan fizikal dan emosi. Oleh itu

pengalaman-pengalaman jasmani bolehlah dianggap sebagai salah satu cara terbaik yang boleh

dimanafaatkan untuk memantapkan ciri-ciri konsep kendiri yang unggul itu.

(f) Bukan Lisan

Segala arahan-arahan yang bukan lisan dan gambaran-gambaran yang diperolehi akan ditafsirkan

dengan sebaik mungkin agar tidak disalah tafsirkan. Kebiasaannya segala bentuk arahan yang

berbentuk bukan lisan mudah difahami dengan jelas dan sipenerima akan mengikut kehendak arahan

tersebut.

(g) Proses kreatif dalam menterjemah Idea

Semua ide dan kebolehan menjana minda perlulah digunakan di dalam melaksanakan ekspresi murid.

Antara kebolehan yang perlu ditekankan ialah kemahiran berfikir. Untuk meluahkan ide a-idea yang

bernas seseorang murid itu perlulah mengetahui kemahiran berfikir. Ciri -ciri kemahiran berfikir adalah

seperti berikut:

(i) Membanding dan membeza

(ii) Merumus, membuat inferens dan meramal

(iii) Mencetuskan atau menjanakan idea dalam sesi perbincangan

(iv) Menentukan sumber sama ada boleh dipercayai atau tidak

(v) Mengusul dan memeriksa andaian

Page 125: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

122 | K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I

(vi) Menimbang dan membuat keputusan

(vii) Mencipta metafora atau analogi

(viii) Menganalisis dan menilai

(ix) Menyelesaikan masalah.

(h) Imaginasi dalam proses melahirkan Idea

Aktiviti mengambar adalah penting untuk menjadi sebahagian daripada cara untuk mengawal emosi

murid. Dengan mengadakan aktiviti menggambar membolehkan murid itu mengalihkan tumpuannya

kepada kertas atau kanvas yang ada di hadapannya. Semasa aktiviti menggambar segala masalah

yang ada akan dipindahkan dari dalam minda ke atas kertas. Manakala setiap hasilan menggambar

itu boleh didefinisikan sebagai tafsiran terhadap tingkah lakunya.

(i) Produk/ Karya

Setiap apa yang dihasilkan baik berdasarkan aktiviti menggambar. Membuat kraf, membuat corak,

menghasilkan arca, membuat kolaj (mengambil beberapa contoh), memerlukan bukan sahaja

kemahiran berfikir, arahan lisan dan bukan lisan stetapi turut disertai oleh perasaan adalah

merupakan ekspresi diri murid dalam melaksanakan sesuatu perkara.

Bincangkan bentuk-bentuk ekspresi manusia untuk meluahkan perasaan

Page 126: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I | 123

7.4 Unsur Perasaan dalam Ekspresi

Jelaskan perkaitan antara kreativiti dan perasaan. Huraikan apakah perasaan anda semasa melihat

karya ini? Jelaskan bagaimana artis mengungkap makna di dalam karya.

Perkataan perasaan merupakan satu konsep yuang susah hendak dihuraikan tetapi ia hampir s ama dengan pengkajian emosi. Perasaan merupakan sebagai reaksi badan terhadap rangsangan yang ia tidak bersedia menghadapinya atau yang memberikan sumber manfaat dan kerugian yang mungkin

kepada seseorang. Perasaan adalah luahan emosi individu. Contohnya, jika seseorang murid berhadapan dengan sesuatu situasi yang dia tidak dapat bertindak

balas dengan baik maka ini akan menimbulkan suatu gejala emosi atau perasaan yang membawa kepada rasa takut. Aliran ini memberi penanda bahawa perasaan mungkin boleh diklasifikasikan kepada

dua ketegori iaitu perasaan ceria atau perasaan tenat. Misalnya keriangan boleh disifatkan sebagai pengalaman perasaan yang ceria dan menarik; manakala amarah digolongkan sebagai gejala perasaan yang negatif dan tidak menarik.

“Curiosity about life in all of its aspects, I think, is still the secret of great creative people” – Leo Burnett

Gambar 1 : ”The Magic Buffalo” oleh Jainal Amambing http://www.100plus-malaysianillustrators.com/jainal-amambing.html

Page 127: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

124 | K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I

Berdasarkan petikan di atas, jelaskan bagaimana konsep curiosity dapat membawa kepada perkembangan ekspresi dan kreativiti dalam pemikiran visual kanak -kanak?

Emosi dan perasaan kanak-kanak adalah lebih hebat sifatnya berbanding dengan orang dewasa. Jika

seorang dewasa tidak menyedari hakikat tingkah laku kanak-kanak, dia mungkin tidak akan memahami

kenapa seorang kanak-kanak itu bersikap negatif terhadap sesuatu situasi yang dianggap remeh yang

tidak sewajarnya menimbulkan reaksi yang sedemikian.

Perasaan atau reaksi seseorang individu terhadap sesuatu situasi itu tidak sama dengan individu-individu

lain. Tegasnya tidak ada dua individu yang serupa dari segala segi walaupun mereka saudara kembar.

Kematangan dari sudut perasaan merupakan satu nciri penting dalam persekitaran seni dalam

pendidikan. Kematangan perasaan merujuk kepada kebolehan menyelesaikan masalah dan

menyesuaikan diri dengan keadaan yang tidak diduga tanpa membabitkan perasaan yang keterlaluan

atau tekanan jiwa.

Pada umumnya kematangan perasaan dapat dicapai melalui percambahan emosi yang ceria dan sepoi

secara beransur-ansur.

Dengan ini, untuk mendapat satu perasaan yang stabil, sikap dan konsep kendiri yang stabil kanak -kanak

boleh dicorakkan oleh tingkah laku dan perilaku ibu bapa dan guru-guru yang menjadi model,

penguatkuasa dan penilai terhadap pembentukan tingkah laku.

Penyampaian yang ekspresif

Semua bentuk penyampaian sama ada di pihak guru mahu pun oleh sekolah perlulah yang bersifat

berekspresif. Daripada perlakuan dan tingkah laku guru yang dianggap sebagai model, fasilitator dan

pemudahcara murid akan cuba untuk mengikutnya. Secara tidak langsung murid akan dapat dipengaruhi

Page 128: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I | 125

oleh guru berdasarkan konsep kendiri dan sahsiah yang sedia ada. Seorang guru yang memahami emosi

murid-muridnya secar atidak langsung akan memahami keseluruhan ps ikologi kanak-kanak tersebut.

Konsep kendiri bermaksud imej kendiri. Ia merangkumi tentang gambaran rupa, kesihatan, kebolehan

dan kelemahan tingkah laku. Konsep kendiri terbentuk hasil daripada interkasi murid dengan orang lain

dan penyesuaian diri murid dengan alam sekitar. Penyesuaian yang berjaya akan menghasilkan konsep

kendiri positif manakala kegagalan akan membawa konsep kendiri yang negatif. Proses menghasilkan

karya boleh membawa kepada pembangunan konsep kendiri. Guru perlu dapat memilih pendekatan yang

dapat memperkembangan konsep kendiri kanak-kanak.

Pembentukan sahsiah juga boleh menyebabkan murid itu menjadi seorang berekspresif. Untuk

mempengaruhi murid supaya lebih berekspresif pengaruh personaliti terhadap pembelajaran perlu

ditekankan.

Untuk itu, gaya pembelajaran perlulah dirangsangkan pada setiap murid:

1. Rangsangan persekitaran (cahaya, bunyi, suhu, susun atur bilik).

2. Rangsangan emosi (motivasi, keazaman, tanggungjawab, struktur).

3. Rangsangan sosiologi ( diri sendiri, pasangan, rakan sebaya, kelompok).

4. Rangsangan fisiologi (kekuatan persepsi yang merangkumi auditori, visual, kinestetik,

makanan/minuman, waktu belajar, pergerakan).

5. Rangsangan psikologi (analitik atau global, pemproses otak kiri dan kanan, dan impulsif atau

reflektif). Dengan adanya pembentukan sahsiah yang positif dan konsep kendiri yang positif oleh guru diharapkan

dapat membolehkan murid bersifat lebih ekspresif dalam melaksanakan aktiviti seni dalam situasi yang

lebih bermakna dan menyeluruh.

Page 129: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

126 | K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I

7.5 Ekspresi dan Karya Seni: Aplikasi Elemen dan Prinsip Rekaan Dalam Pengkaryaan

Bagi memahami kaitan ekspresi dan karya seni, murid -murid perlu dijelaskan dengan elemen dan prinsip

seni. Ini kerana keseluruhan proses seni melibatkan bagaimana elemen dan prinsip menterjemah apa

yang cuba disampaikan oleh pengkarya dalam komposisi, gubahan dan susunan

Karya di atas mungkin nampak biasa, tetapi jika anda pamerkan kepada kanak -kanak, apa yang mereka

akan lihat pertamanya adalah imej kucing di bahagian kiri. Kemudian barulah pandangan mata mereka

beralih ke kanan. Ekspresi juga berkait dengan pemikiran visual.

\

Sesi kritikan memberi ruang untuk perkembangan ekspresi seni kanak-kanak

Ekspresi juga berkait dengan bagaimana murid dapat menterjemah kreativiti mereka, bercakap dan

menyuarakan isu-isu berkaitan dengan karya mereka.

Dalam aktiviti corak dan rekaan guru boleh mengembangkan ekspresi kanak-kanak dengan memberi

laluan kepada proses kreatif secara sistematik.

Gambar menunjukkan sesi kritikan selepas sesebuah karya dihasilkan. Huraikan kebaikan

dan kelemahan sesi kritikan kepda kanak-kanak.

Page 130: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I | 127

Gambar 4: Sumber alam: rama-rama

Gambar 5: Mengubah bentuk organik kepada separa geometrik dengan

menggunakan bulatan sebagai asas

Gambar 6: Penggunaan garis luar bentuk untuk menghasilkan rupa secara kreatif

Gambar 7 : Kreativiti dan imaginasi memberi keluasan dalam menghasilkan rekaan

corak menerusi aplikasi warna

Page 131: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

128 | K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I

7.6 RUMUSAN

Murid-murid perlu didedahkan kepada penggunaan laras bahasa visual dan sepanjang proses

penghasilan karya mereka perlu gfaham apakah kandungan, komposisi dan juga makna subjek atau

tema yang diolah untuk menghasilkan karya. Seperti juga bidang yang lain, seni visual mempunyai laras

bahasanya sendiri. Bidang sastera ada laras bahasa sendiri seperti monolog, imbas kembali, dan lain-

lain. Seni visual pula mempunyai laras bahasanya sendiri seperti unsur-unsur seni (warna, jalinan dan

lain-lain ), prinsip rekaan (kontra, harmoni, pergerakan dan lain-lain), bahan dan alat (berus, plaster, cat

minyak dan lain-lain), teknik dan gayaan (basah atas basah, realistik dan lain-lain).Tanpa pengetahuan

laras bahasa ini,seni dilihat tanpa makna. Mereka perlu memahami apa yang diertikan sebagai suatu

produk yang mempunyai makna atau isi. Sebelum wujudnya fotografi manusia merakam peristiwa dalam

bentuk visual 2D seperti manuskrip, lukisan dinding, catan dinding dan seumpamanya. Co ntoh dalam

lukisan dinding di piramid Mesir atau catan lanskap oleh Abdullah Arif (Ladang Kelapa). Seni tampak atau

visual juga merakamkan pencapaian manusia dan menggambarkan tentang nilai, kepercayaan dan sikap

sosial. Karya seni merupakan rakaman sejarah dan budaya secara tampak. Biasanya mesej atau maksud

dalam sesuatu karya seni visual itu hanya diketahui secara jelas oleh pihak primer iaitu pengkarya

sendiri. Ia ditafsir secara berlainan oleh pihak kedua (sekunder) atau pengkritik/audiens. Ekspresi sangat

penting dan berperanan dalam perkembangan pemikiran visual dan kreativiti kanak -kanak. Kanak-kanak

menyatakan perasaan dan emosi dengan jeas semasa mereka membuat pemilihan warna sama ada

menjelaskan ekspresi positif atau negatif dalam diri mereka.

RUJUKAN

Isbell, R., & Raines, S. (2002). Creativity and the arts with young children. New York:Thomson Delmar Learning.

Mackey, S. (1993). Emotion and cognition in arts educations in Curriculum Studies pp. 245-256

Mayesky, M. (2001). Creative activities for young children. New York: Thomson Delmar Learning.

Lowefeld, V., & Brittain, W. L. (1986). Creative and mental growth, New York: Macmillan

Penny, S. Ford, R. Price, L., & Young, S. (2002). Teaching arts in the primary schools. United Kingdom: Learning Matters Ltd.

Page 132: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I | 129

UNIT 8

LUKISAN, CATAN DAN KREATIVITI KANAK-KANAK

I prefer drawing to talking. Drawing is faster, and leaves less room for lies.

Le Corbusier

8.0 Pengenalan

Menggambar mempunyai peranan dalam membentuk perkembangan diri kanak-kanak. Pengalaman

dalam lukisan memberi kelebihan kepada kanak-kanak untuk mempelajari bidang lain secara lebih

berkesan. Di dalam aktiviti menggambar iaitu lukisan, catan, kolaj, montaj, cetakan, resis, gosokan,

stensil, percikan, gurisan, capan dan mozek sangat sinonim dengan aktiviti kanak -kanak. Semasa aktiviti

menggambar kanak-kanak dapat mengalami pengalaman langsung dengan objek atau subjek yang

mereka perhati. Ia membantu kanak-kanak memahami alam, persekitaran, budaya dan menghubungkait

semua di sekeliling dengan perkembangan diri mereka. Lukisan merupakan satu perlambangan grafik

Di akhir unit, pelajar seharusnya dapat :

1. Menjelaskan bagaimana proses melukis kanak-kanak berbeza daripada

orang dewasa

2. Mengenal garisan, rupa, bentuk, warna dan ruang yang wujud dalam

lukisan

3. Menjelaskan bagaimana lukisan dapat membentuk kreativiti dan

ekspresi dalam diri kanak-kanak

4. Menyatakan idea dan perasaan dalam proses melukis dan menjelaskan

semula

HASIL PEMBELAJARAN

Page 133: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

130 | K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I

awal kepada kanak-kanak yang memudahkan kefahaman dan pengukuhan sesuatu konsep terutamanya

konsep sains dan matematik.

Howard Gardner (1980) mencadangkan agar orang dewasa menyediakan peluang kepada kanak -kanak

untuk melakukan aktiviti seni tanpa disekat kerana kanak-kanak meluahkan apa yang mereka rasai dan

mempunyai cerita sendiri menerusi calitan-calitan garisan di atas kertas. Perkembangan kanak-kanak

juga dapat dikesan menerusi perkembangan kerja-kerja seni mereka. Pengkaji-pengkaji mendapati

aktiviti melukis banyak memberi pengaruh kepada kanak-kanak. Pengkaji-pengkajian seperti Patricia,

Linda (2000) merumuskan kanak-kanak mendapat pengalaman dan meluahkan perasaan menerusi

media yang pada peringkat awal sangat penting. Menerusi lukisan kanak-kanak menggunakan kesemua

derianya termasuklah fikiran, perasaan, psikomotor dan pengalaman yang diluahkan pada ke rtas.

Pengalaman belajar di prasekolah dengan bentuk pembelajaran yang berkesan, bermakna, dan

menggembirakan dapat membekalkan mereka dengan kemahiran, keyakinan diri dan sikap yang positif

serta akhlak yang baik.

Gambar 1: kanak-kanak melakar portrait diri

secara jujur

Fikirkan apakah setiap kanak-kanak mempunyai ruang

dan peluang yang sama untuk menyatakan diri mereka?

Page 134: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I | 131

Rajah 1: Perkaitan aktiviti menggambar dengan perkembangan kanak-kanak

Rajah 1 menunjukkan perkaitan di antara kerja menggambar dengan perkembangan kanak -kanak, cirri-

ciri ekspresif dalam karya mereka, nilai kreativiti dan estetik serta bagaimana hasil karya k=murid -murid boleh dinilai.

8.1 Memahami Teori Perkembangan Skemata Tampak Kanak-Kanak dan Perkembangan Kognitif

Kanak-kanak

Menurut Iberahim Hassan di dalam buku Kumpulan Esei Pilihan Seni Dan Muzik (2000), menyatakan

skema atau skemata adalah perkembangan kemahiran dalam kerja-kerja seni seperti lukisan, catan,

membentuk atau arca yang dihasilkan olah kanak-kanak. Samada tahap kemahiran itu mencapai tahap

Pengutaraan Subjek dan Variasi Objek

Pengolahan Ruang Ekspresi diri Kelancaran garisan

berapa banyak objek wujud dalam karya kanak-kanak

apakah objek-objek yang diutarakan

berapa keluasan ruang yang digunakan untuk melukis

letakkan objek di dalam ruang

hanya bahagian ruang tertentu dipenuhi

pernyataan diri dalam karya

jelas menunjukkan karya mempunyai kaitan dengan kanak-kanak

garisan tersekat-sekat atau lancar

pelbagai saiz garisan garisan menunjukkan

keberanian pengkarya dalam menyatakan objek

MENGGAMBAR

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK DARI

ASPEK PSIKOMOTOR, KOGNITIF DAN

EMOSI

PENILAIAN HASIL KERJA KANAK-KANAK

TAHAP PERKEMBANGAN

KANAK-KANAK

CIRI-CIRI EKSPRESIF

LUKISAN KANAK-

KANAK

NILAI ESTETIK

DAN KREATIVITI

Page 135: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

132 | K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I

yang menyamai atau hampir sama dengan keadaan objek yang sebenar. Berdasarkan kepada skemata

ini seseorang guru atau ibubapa boleh melihat perkembangan kemahiran dan kebolehan kanak -kanak

dalam perkembangan bahasa tampaknya. Di dalam mata pelajaran pendidikan seni aspek ini boleh

digunakan untuk tujuan diagnostik.

Menurut beliau lagi, berhubung dengan pemeringkatan skemata pengamatan tampak kanak-kanak ini

terdapat beberapa jenis pemeringkatan dilakukan oleh para psikologis barat. Berdasarkan tulisan John

Ruskin di dalam bukunya yang berjudul The Elements Of Drawing (1857), dan beberapa tulisan lain oleh

Ebenzer Cook dalam Jurnal Of Education di antara tahun-tahun 1885 hingga 1886, dan berdasarkan

beberapa artikal James Sully dalam tahun-tahun 1890-an (dalam Chapman 1978), Herbert Read (1958)

telah mengkategorikan peringkat-peringkat perkembangan tampak kanak-kanak. Helga Eng pula pada

1930-an telah membuat kajian analisis terhadap mod-mod pernyataan (moods of expression) yang

terdapat pada lukisan kanak-kanak. Peringkat perkembangan tampak itu telah diubahsuai lagi o leh

beberapa orang pengkaji lukisan kanak-kanak Amerika seperti Rhoda Kellog (1969) yang membuat

kajian terhadap berjuta-juta lukisan kanak-kanak sedangakan Eng dan Piagit hanya mengkaji

berdasarkan kajiannya pada beberapa orang kanak-kanak sahaja. Ahli-ahli psikologi berpendapat

peringkat perkembangan tampak kanak-kanak boleh dibahagikan sekurang-kurangnya kepada tiga

peringkat utama sebelum memasuki peringkat remaja.

Chapman (1978) menyatakan bahawa terdapat peringkat-peringkat skemata kanak-kanak seperti

Peringkat Manipulatif yang meliputi awal kanak-kanak hingga lima tahun, Peringkat Membuat Simbol

yang mewakili kanak-kanak berumur enam tahun hingga sembilan tahun dan seterusnya Peringkat

Praremaja yang meliputi umur sepuluh tahun hingga 13 tahun. Di dalam kajian ini, akan memperlihatkan

kanak-kanak pada Peringkat Membuat Simbol yang mewakili peringkat awal kanak-kanak 5 tahun hingga

7 tahun (umur yang diperhati ialah umur tujuh tahun). Manakala Lowenfled menjelaskan tahap ini adalah

tahap Skematik iaitu antara umur 7 hingga 9 tahun. Menurut Iberahim (2000), skematik adalah

perkembangan kemahiran dalam kerja-kerja seni seperti lukisan, catan, membentuk atau menghasilkan

arca searas dengan kebolehan kanak-kanak. Pada peringkat ini, kanak-kanak sudah mula

mengutamakan dan menggambarkan sifat sesuatu objek dalam bentuk yang lengkap, namun mereka

tidak mampu untuk melengkapkannya dengan tepat. Mereka akan melukis pada yang dilihat secara

langsung segala objek yang terdapat di dalam alam nyata. Antara lukisan yang kebiasaaannya

Page 136: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I | 133

dihasilkan oleh kanak-kanak pada usia ini adalah bentuk-bentuk figura, binatang yang menjadi

kegemaran atau kesayangan mereka, persekitaran dan objek yang mereka gemari.

Victor Lowenfeld pula berpendapat bahawa peringkat ini menjurus kepada pencarian maksud dan

proses-proses pembentukan. Proses ini menghasilkan simbol-simbol yang digunakan oleh kanak-kanak

untuk menggambarkan apa yang diingini untuk dapat mereka miliki. Bentuk simbol ini biasanya ringkas,

contohnya badan manusia akan dilukis bulat, bersambung dengan kepala dan kaki dan tangan. Kanak -

kanak ini juga suka bertanya tentang perkara baru yang dihadapinya. Bentuk dan rupa yang sering

dilihat akan cuba dilukis dalam bentuk ubahsuai berdasarkan pengalaman. Di samping itu mereka juga

memberi tumpuan terhadap penggunaan warna dan ruang. Penggunaan dan pengulangan skema-skema

dilakukan bagi mendapat hasil yang terbaik.

i. Mengenal unsur garisan, ruang, rupa, bentuk, dan warna dalam lukisan kanak -kanak

Setiap artis mempunyai kemahiran. Imaginasi dan kemahuan untuk berkarya. Namun apa yang

penting pengetahuan dan ilmu yang perlu ada untuk menghasilkan karya. Seni mempunyai kamus

ilmunya yang dinamakan Unsur seni ,Prinsip Rekaan, dan Organisasi Rekaan yang mendokong

karya seni secara keseluruhan.

ii. Kanak-kanak Di bawah akta kanak-kanak 2001, “Kanak-Kanak” ertinya seseorang yang berumur di

bawah 18 tahun Walau bagaimanapun umur tanggungjawab jenayah dikekalkan pada umur

sepuluh tahun. Akta ini mengiktiraf bahawa seseorang kanak-kanak bukan sahaja merupakan

bahagian penting dalam masyarakat tetapi juga merupakan kunci kehidupan, pembangunan dan

kemakmuran masyarakat. Mengiktiraf bahawa tiap-tiap kanak-kanak berhak mendapatkan

perlindungan dan bantuan dalam segala hal tanpa mengira perbezaan ras, warna kulit, jantina,

bahasa, agama dan sebagainya.

8.1.1 Peringkat Perkembangan Kognitif Jean Piaget (1869-1980)

Kanak-kanak turut dikaitkan dengan teori Pelbagai Kecerdasan yang dapat membentuk sifat kreatif.

Semua manusia berbeza dan mempunyai cirri-ciri tersendiri, Howard Gardner menyatakan setiap

manusia mempunyai kecerdasan pelbagai dan tujuh kecerdasan telah dikenalpasti: iaitu pintar bahasa

Page 137: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

134 | K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I

,pintar logik angka,pintar ruang,pintar muzikal,pintar kinestetik ,pintar pergaulan,pintar diri,pintar alam, dan

pintar nilai. kecerdasan yang berkaitan dengan seni, kecerdasan ruang, kecerdasan kinestetik walau

bagaimanapun kecerdasan lain turut mempengaruhi setiap manusia. Seni mampu membina kecerdasan

interpersonal dan kecerdasan intrapersonal kanak-kanak.

Through the art and aesthetics, children develop understandings and insight that have far-reaching implications for their overall development

(Eisner,1991,1992a,1992d;Grumet,1988;Smith,1992) 8.1.2 Teori Kognitif Jean Piaget

4 Konsep Utama Teori Kognitif Piaget:

i. Skema (Schema)

ii. Penyerapan (Assimilation)

iii. Pengubahsuaian (Accomodation)

iv. Keseimbangan (Equilibrium)

a. Skema adalah struktur kognitif atau mental yang membolehkan individu mengurus dan

menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran. Skema adalah seperti sebuah kabinet yang

menyimpan banyak fail dan setiap fail mewakili satu skema. Apabila seorang bayi dilahirkan ia

mempunyai skema umum dan semakin bayi itu membesar skema yang diperoleh semakin

meningkat dan skema itu semakin diperhalusi. Skema adalah proses mencipta, memperhalus,

membuat perubahan, menyusun dan mengurus. Apabila seorang bayi dilahirkan, skema sedia

ada pada bayi itu ialah menghisap susu dan menggenggam. Apa sahaja benda yang dimasukkan

ke mulutnya akan dihisapnya. Seperti puting susu atau jari tangan. Bayi berkenaan masih belum

dapat membezakan yang mana satu akan mengeluarkan susu atau sebaliknya, kerana hanya

ada satu sahaja skema iaitu menghisap.

b. Asimilasi merupakan proses kognitif di mana seseorang menyatukan maklumat-maklumat baru

atau pengalaman-pengalaman baru ke dalam skema yang sedia ada, iaitu penyerapan (fitting)

maklumat baru ke dalam struktur sedia ada. Asimilasi berlaku sepanjang masa kerana manusia

sentiasa melalui pelbagai maklumat dan pengalaman. Keadaan ini boleh disamakan dengan

sebuah belon yang semakin membesar apabila ditiupkan angin ke dalamnya. Oleh itu,

perubahan yang berlaku adalah secara kuantitatif atau bukan kualitatif.

Page 138: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I | 135

c. Akomodasi atau penyesuaian diri dan menghasilkan perubahan kualitatif serta perkembangan

skema (development of schema). Jika maklumat yang diterima sesuai dengan skema yang ada,

maka ia akan diserap ke dalam skema, sebaliknya jika maklumat itu tidak sesuai, maka

maklumat itu akan ditolak atau diubah atau diubahsuai. Oleh itu, proses penyesuaian diri berlaku

apabila skema yang sedia ada diubah suai untuk digabungkan dengan maklumat-maklumat atau

pengalaman-pengalaman baru. Peningkatan maklumat dan pengalaman ini meningkatkan tahap

skema sedia ada. Proses ini berlaku secara berterusan sehingga seseorang itu mencapai tahap

pemahaman yang stabil dan mantap bagi satu-satu kemahiran tertentu.

d. Keseimbangan akan tercapai apabila seseorang kanak-kanak menyeimbangkan proses

penyerapan dan pengubahsuaian. Contohnya, apabila seseorang kanak-kanak menerima

maklumat baru, ia akan menyerap maklumat itu ke dalam skemanya. Sekiranya ia berjaya proses

keseimbangan akan tercapai. Sebaliknya, jika ia tidak dapat diserap, maka maklumat itu akan

diubahsuai melalui pengubahsuaian skema atau mencipta skema yang baru. Jikalau maklumat

baru itu dapat disesuaikan, maka tahap keseimbangan akan tercapai. Proses ini berlaku secara

berterusan bermula dari bayi sehingga dewasa.

Gambar 1 hingga 3: Karya di atas menunjukkan bagaimana lukisan boleh memberi ruang kepada kanak-kanak

untuk melahirkan rasa kasih dan sayang kepada ibu dan adik kecilnya.

Page 139: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

136 | K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I

Minta murid-murid anda bawa gambar ibu mereka, pamerkan beberapa contoh hasil lukisan atau catan

yang anda ambil dari laman sesawang. Minta mereka lukis ‘saya dan ibu’ dan ceritakan tentang ibu

mereka. Anda juga boleh meminta mereka menghasilkan sebuah sajak untuk hari ibu. Aktiviti ini sesuai

dihasilkan satu atau dua bulan sebelum hari ibu dan hasil karya kanak-kanak boleh dipamerkan.

Kanak-kanak meluahkan rasa gembira mereka dengan menggunakan warna, objek dan pemerhatian

mereka terhadap alam dengan begitu jujur dan tulus. Dua hasil karya kanak-kanak akan menunjukkan

nilai-nilai ekspresif dan emosi yang berbeza dalam menterjemah kandungan subjek yang mereka

hasilkan.

8.2 Memahami Proses Penghasilan Kanak-Kanak

Bagi kanak-kanak, seni bermakna semua deria mengambil bahagian untuk belajar dan ekspresi.

Mencipta seni meningkatkan sensitiviti kanak-kanak terhadap dunia fizikal dan memperlengkapkan

makna untuk meluahkan kedua emosi dan imaginasi yang dinyatakan dalam minda dan digambarkan

dalam bentuk seni yang unik. Kesan daripada aktiviti seni terhadap konsep diri kanak-kanak keseluruhan

perkembangan personaliti boleh menjadi lebih bermanfaat. Seni boleh memperkembangkan sebuah

makna bagi bagi kanak-kanak untuk membangunkan kebolehan kreativiti semula jadi mereka dan di

dalam proses untuk mencantumkan emosi, sosial dan nilai estetik.

Lukisan merupakan satu perlambangan grafik awal kepada kanak-kanak yang menudahkan kefahaman

dan pengukuhan sesuatu konsep terutamanya konsep asas dalam kehidupan. Howard Gardner (1980)

mencadangkan agar orang dewasa menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk melakukan aktiviti

seni tanpa sekatan kerana kanak-kanak meluahkan apa yang mereka rasai dan mempunyai cerita sendiri

menerusi calitan-calitan garisan di atas kertas. Perkembangan kanak-kanak juga dapat dikesan menerusi

perkembangan kerja-kerja seni mereka.

Page 140: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I | 137

Kekerapan kanak-kanak melukis menggambarkan banyaknya idea mereka, pengalaman, hubungan

kanak-kanak dengan persekitaran mereka dan lukisan sebagai bahan non verbal memberi ruang kepada

kanak-kanak untuk menyatakan perasaannnya. Tidak akan ada dua orang kanak-kanak menghasilkan

lukisan yang sama walaupun tajuknya sama. Setiap kanak-kanak akan menghasilkan sesuatu yang

berbeza dari rakan yang lain. Bagi kanak-kanak, seni bermakna semua deria mengambil bahagian untuk

belajar dan ekspresi. Mencipta seni meningkatkan sensitiviti kanak-kanak terhadap dunia fizikal dan

memperlengkapkan makna untuk meluahkan kedua emosi dan imaginasi yang dinyatakan digambarkan

minda dalam bentuk seni yang unik. Kesan daripada aktiviti seni terhadap konsep diri kanak -kanak dan

keseluruhan perkembangan personaliti boleh menjadi lebih bermanfaat. Seni boleh memperkembangkan

sebuah makna bagi kanak-kanak untuk membangunkan kebolehan kretiviti semulajadi mereka dan

didalam proses untuk mencantumkan emosi, sosial, dan nilai estetik diri.

Mengaitkan Kognitif, Psikomotor Dan Emosi Dalam Memahami Lukisan Kanak-Kanak

• Orang biasa sering mengagumi imaginasi kanak-kanak, dan pakar pula mengatakan kanak-kanak

berada pada tahap kreatif yang tertinggi dalam hidup mereka (Davis dan Gardner,1992).

• Apakah yang dikatakan tingkah laku kreatif ? Kanak-kanak dikatakan terlibat dalam ekpresi kreratif

apabila mereka menggunajan bahan (termasuk bahasa) untuk meluahkan idea, imej, perasaan

atau pengalaman (Engle,1989)

Torrance (1970) menjelaskan 4 ciri individu kreatif: i. Keaslian – keupayaan untuk menghasilkan sesuatu yang lain, unik

ii. Kelancaran – keupayaan untuk menghasilkan pelbagai idea, membuat andaian, untuk menyelesaikan sesuatu masalah/situasi/tugasan

iii. Fleksibel – mengadaptasi perubahan, pelbagai pendekatan

iv. Penjelasan(elaboration) – keupayaan untuk membentuk idea yang disertai oleh keterangan

Karya seni yang dihasilkan menerusi cabaran yang meminta kanak-kanak menghasilkan rupa bentuk

manusia yang dapat di gerakkan dan menulis cerita tentang rupabentuk yang dihasilkan Hasil seni kanak-

kanak mempunyai nilai estetik yang tersendiri. Ia mengembirakan apabila dilihat dan ia membangkitkan

tindak balas dari sesiapa yang melihatnya dan membaca perkataan yang digubah untuk mengiringi

ciptaan mereka. Semua hasil kreatif kanak-kanak ini menggunakan bahan seperti benang, kertas dan

lain-lain untuk berhubung dengan idea, imej, pengalaman dan perasaan. Seni menekankan pembentukan

jiwa kanak-kanak ke arah aktif dan kreatif, agar kanak-kanak tersebut suka membuat sesuatu dan suka

Page 141: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

138 | K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I

mencipta sesuatu yang baru. Seni perlu dapat membantu kanak-kanak memperkembang peribadi secara

menyeluruh merangkumi aspek kognitif, afektif, psikomotor dan emosi kanak -kanak. Penjanaan kreativiti

di kalangan kanak-kanak dilakukan menerusi pelbagai kaedah yang menggabungkan melalui

penerokaan, mengaitkan kreativiti dan persekitaran, kreativiti dan motivasi, peranan estetika dan hasil

lukisan kanak-kanak difahami menerusi tahap perkembangan kreativiti kanak-kanak. Seni menekankan

pembentukan jiwa kanak-kanak ke arah aktif dan kreatif, agar kanak-kanak tersebut suka membuat

sesuatu dan suka mencipta sesuatu yang baru. Seni perlu dapat membantu kanak -kanak

memperkembang peribadi secara menyeluruh merangkumi aspek kognitif, afekti f, psikomotor dan emosi

kanak-kanak. Penjanaan kreativiti di kalangan kanak-kanak dilakukan menerusi pelbagai kaedah yang

menggabungkan melalui penerokaan, mengaitkan kreativiti dan persekitaran,kreativiti dan motivasi,

peranan estetika. Kecerdasan Emosi atau Emotional Quotient adalah amat penting. Kita tidak boleh

membenarkan diri terperangkap dengan emosi negatif seperti marah, benci, sedih, takut akan perubatan,

iri hati dan lain-lain.

8.3 Lukisan, Catan dan Kecerdasan Emosi Kanak-kanak

Kecerdasan emosi harus dibentuk semenjak usia kanak-kanak sehingga remaja. Kecerdasan emosi

melibatkan kualiti keupayaan individu untuk mengenal pasti dan memahami emosi sendiri dan orang lain,

menguruskan konflik dan fleksibel dalam interaksi positif dengan persekitaran secara verbal dan non-

verbal. Satu kajian telah dijalankan bagi menyelidiki kecerdasan emosi dan pengaruh faktor demografi ke

atas kecerdasan emosi kanak-kanak bermasalah pembelajaran di sekolah rendah melibatkan empat

konstruk kecerdasan emosi iaitu kawalan diri, motivasi, pengurusan emosi dan kemahiran sosial. Kanak-

kanak inginkan kegembiraan, kebebasan untuk mengeluarkan dan menyatakan perasaan sama ada yang

baik atau yang buruk. Kanak-kanak gemar berfantasi- membentuk imaginasi yang lebih kreatif serta

konstruktif. Menjadikan kanak-kanak menjadi lebih teliti, memahami, menghayati keadaan sekeliling.

Pengalaman melihat, memerhati membawa kanak-kanak berfikir dan mengimiginasi sesuatu melalui

lukisan. Seni menekankan pembentukan jiwa kanak-kanak ke arah aktif dan kreatif, agar kanak-kanak

tersebut suka membuat sesuatu dan dan suka mencipta sesuatu yang baru. Kanak -kanak diberikan

kebebasan dalam memperkembangkan fantasinya atau menyatakan isi hatinya menurut persepsinya

sendiri. Seni perlu dapat membantu kanak-kanak memperkembang peribadi secara menyeluruh. Kanak-

Page 142: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I | 139

kanak inginkan kegembiraan, kebebasan untuk mengeluarkan dan menyatakan perasaan sama ada yang

baik atau yang buruk.

Berdasarkan pernyataan yang diberi, nyatakan contoh-contoh yang sesuai peranan Lukisan dan Catan dalam membentuk kecerdasan Emosi di kalangan kanak -kanak.

• Kanak-kanak gemar berfantasi membentuk imaginasi yang lebih kreatif serta konstruktif. • Membuat kanak-kanak menjadi lebih teliti, memahami, menghayati keadaan sekeliling.

• Pengalaman melihat memerhati membawa kanak-kanak berfikir dan mengimaginasi sesuatu melalui lukisan.

8.4 Lukisan, Catan dan Perkembangan Kognitif kanak-kanak

Gambar 4 hingga 5 : Hasil karya kanak-kanak yang menunjukkan perbezaan dalam mengolah subjek

Berdasarkan gambar di atas, bincangkan mengenai aspek-aspek berikut:

a. Pengwujudan idea kanak-kanak tersebut. b. Perkembangan dan penghalusan idea kanak-kanak. c. Adaptasi ke dalam medium yang digunakan.

d. Bandingkan kreativiti dan ekspresi kedua-dua kanak-kanak tersebut.

Page 143: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

140 | K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I

Lukisan, catan merupakan bidang seni halus yang palin digemari oleh kanak -kanak.

• Meningkatkan daya kecerdasan kanak-kanak pada pemahamannya terhadap nilai-nilai corak,

harmoni dan warna.

• Membuat hubung kait, penggabungan jalinan dan memberi makna baru secara grafik. • Boleh dijadikan alat untuk menguji, menunjukkan kebolehan fikiran/mental terutamanya apabila

komunikasi berbentuk verbal tidak dapat diperolehi atau kanak-kanak tersebut belum pandai

bercakap • Kerja-kerja melukis atau kerja tangan dapat mengukur peringkat-peringkat kematangan kognitif

seseorang. • Pakar-pakar psikologi menggunakan lukisan atau kerja tangan kanak-kanak untuk dikaitkan dengan

masalah yang sedang dihadapi oleh kanak-kanak, dapat ditentukan bagaimana perkembangan

emosi dan intelektual kanak-kanak.

8.5 Lukisan, Catan dan Perkembangan Sosial Kanak-kanak

Gambar 6 : Kanak-kanak berkongsi idea, perasaan dan pengalaman semasa proses menghasilkan karya. Perkara ini tidak berlaku dalam mata pelajaran matematik.

Kegiatan seni dan aktiviti membuat corak, rekaan, membina dan membentuk akan membantu:

• Mengasuh kanak-kanak untuk menyesuaikan diri sebagai ahli dalam kelompok belajar • Belajar berkerjasama • Bertanggungjawab

• Mengasuh ke arah perkembangan diri dengan mengawal diri sendiri atau displin diri ketika menjalankan sesuatu aktiviti

• Berkerjasama dengan rakan

Page 144: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I | 141

8.6 Lukisan, Catan dan kaitan dengan Perkembangan Estetik

Aktiviti lukisan, catan dan laianlaian aktiviti dapat menggerakkan minda, kemahiran dan emosi murid -

murid secara serentak. Keupayaan mereka menterjemah, meaplikasi, mengubah suai serta berimaginasi

di dalam proses berkarya akan membantu mereka:

• Menghargai kebudayaan sendiri juga lain-lain kebudayaan bangsa lain. • Kebudayaan perlu dihayati, dinilai akan keindahan yang terdapat di dalamnya.

• Melatih kanak-kanak menilai dan menghayati keindahan semulajadi, alam ciptaan Tuhan. • Keindahan yang dihayati akan menimbulkan rasa seronok untuk lebih dekat dengan alam. • Memahami kejadian alam.

• Melatih cara untuk membuat pemerhatian dan pemikiran untuk merakam dengan teliti. • Membentuk pengamatan dan cepat mencapai kematangan, dapat menghubungkan antara

benda-benda yang hendak dibuat dengan lebih tepat.

• Dapat menggunakan kekuatan pancaindera untuk cuba menggabung jalin pengalaman dan pengamatan untuk melahirkan idea.

• Menarik perhatian kepada objek yang dilihat di sekelilingnya.

8.7 Lukisan Lukisan secara umum bermaksud seni menggambar benda-benda dengan garis, menggunakan pensel,

kapur, atau dengan lebih mudah media kering. Lukisan juga mempersembahkan imej, objek, lanskap

atau idea menerusi olahan kreatif pengkarya. Ia adalah hasil pemerhatian pengkarya terhadap alam,

objek buatan manusia, imaginasi pengkarya. Lukisan merupakan asas dalam semula penghasilan karya

catan. Lukisan juga wujud dalam dalam bentuk lakaran sesuatu idea.

Penentuan tema dan tajuk sangat penting dalam melalui proses melukis. Penentuan tema dan tajuk akan

membantu pengkarya membuat pemilihan subjek (objek kajian), olahan subjek dan bagaimana subjek

akan dipersembah. Pengkarya mestilah melalui proses pengwujudan yang akan membantu pengkarya

untuk menentukan teknik, alat dan bahan melukis. Pengkarya juga perlu mempunyai kemahiran (boleh

dilatih) dalam mengaplikasi teknik melukis.

Pemahaman mengenai perspektif, struktur grid akan membantu pengkarya memahami asp ek ruang dan

kesan ruang dalam penghasilan karya lukisan. Penentuan cahaya dan ton juga sangat penting dalam

menghasilkan lukisan.

8.7.1 Alat (media) melukis

Page 145: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

142 | K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I

Pensel : Bahan asas yang diperbuat daripada grafit dan tanah liat. Boleh didapati dalam jenis

keras yang ditandai dengan “H” dan lembut “B”. Pensel sangat penting untuk menghasilkan

pelbagai jenis garisan samada halus, tebal, menentukan kualiti garisan dan nilai garisan.

Arang : Arang merupakan media awal penghasilan lukisan. Lukisan gua merupakan hasil

penggunaan arang. Arang memberi kualiti garisan yang menunjukkan nilai ekspresif pengkarya.

Namun penggunaan arang memerlukan ketelitian terhadap aspek kebersihan.

Berus dan dakwat: Merupakan media yang sangat terkenal dalam dunia lukisan Cina.

Oil Pastel: Media berwarna lembut dengan kesan minyak yang minimum. Banyak digunakan

dalam menghasilkan catan.

8.8 Catan Catan adalah aktiviti mewarna dengan dimulakan dengan proses melakar dan melukis. Penghasilan

catan menggunakan media basah. Lukisan dan catan akan memupuk kreativiti kanak-kanak. Guru perlu

jelas apakah bahan, teknik, alat dan bahan (media). Penggunaan pensil, pensil warna, warna poster dan

pastel sangat sesuai untuk memberi pengalaman kepad kanak-kanak meneroka keupayaan dan kreativiti

mereka

8.9 Kolaj

Merupakan teknik dalam seni halus yang mengaplikasi proses menampal, bahan secara kreatif. Bahan

yang digunkan boleh mempunyai pelbagai sifat atau jalinan yang memberi pelbagai kesan kepada

penyampaian hasil karya mereka.

8.10 Cetakan

Proses menghasilkan karya catan dengan menggunakan teknik cetakan. Cetakan mudah atau capan di

sekolah rendah biasanya merupakan cetakan asas dengan menggunakan kentang, bawang, batang

pisang iaitu bahan yang boleh meninggalkan kesan jalinan pada permukaan. Cetakan juga boleh

dihasilkan dengan teknik stensilan, blok kayu dan linoleum.

Page 146: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I | 143

Gambar 7: Hasil cetakan yang menunjukkan kreativiti dan ekspresi kanak-akank melalui penyusunan

subjek dan penggunaan warna

8.11 Resis

Resis adalah proses membuat batik mudah iaitu penggunaan lilin di atas kertas.Teknik ini dapat memberi pengalaman kepada kanak-kanak untuk memahami konsep sains antara lilin, air dan warna

yang tidak bercampur kerana sifat saintifik.

8.11 Mozek Teknik ini mempunyai persamaan dengan kolaj namun ia adalah proses menyusun dan menambah

bahan-bahan secara tersusun, bersebelahan dan tidak bertindih. Sempadan tampalan akan memberi kesan garisan yang unik kepada karya.

Gambar 9: Aplikasi teknik mozek dalam aktiviti

catan

Gambar 8 : Contoh hasil karya catan resis yang bukan sahaja memberi ruang kepada kreativiti malah

ketelitian, kemasan dan kesabaran

Page 147: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

144 | K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I

8.12 Proses Artistik Penghasilan karya kanak-kanak

Penentuan tema atau subjek - Subjek boleh dipilih dari alam semula jadi, objek persekitaran, perasaan dalaman, khayalan,

imaginasi, objek buatan manusia, tema budaya, pengalaman.

- Subjek perlu dianalisis dan difahami oleh murid berdasarkan kajian visual dan kajian perpustakaan

yang dibuat secara berterusan bagi dapat mengumpul maklumat secara pelbagai.

Perkembangan dan penghalusan idea

- Menerusi pemerhatian terperinci mengenai alam dan fenomena. Murid -murid harus dilatih untuk

melihat, memerhati, mentafsir dan mengurus maklumat hasil daripada pemerhatian.

- Penerokaan simbol dan makna

- Penerokaan dilakukan dengan membuat kajian visual menerusi siri-siri lakaran, lukisan, foto yang

disusun, dipilih, dipersoal sehingga mendapat yang terbaik. Proses penghalusan idea akan

memberi kepuasan ekspresi, memupuk kreativiti, disiplin kerja yang sistematik murid .

Proses penambahbaikan dan adaptasi serta kesesuian keseluruhan karya

Peniaian berasaskan proses penghasilan khususnya dalam mengenal pasti subjek yang dipilih,

kreativiti meliputi empat aspek iailtu keaslian, kelancaran, keanjalan dan penghuraian dan

seterusnya lakaran dalam bentuk lukisan atau dalam bentuk penulisan(berasaskan keperluan

pembelajaran)

Penghasilan karya

Proses penentuan dan pemilihan media. Mengenal pasti aspek gubahan iaitu kompisisi ruang bagi

menghasilkan karya. Penguasaan unsur seni dan prinsip rekaan dengan baik melalui hasil gub ahan

Kemahiran mengaplikasi alat, bahan dan teknik

Kumpul beberapa karya menggambar murid-murid anda, analisis bagaimana unsur seni dan prinsip rekaan

diaplikasi dalam karya mereka?

Page 148: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I | 145

8.13 Rumusan

Secara keseluruhannya dalam unit ini pelajar didedahkan kepada peranan dan keperluan seni yang

banyak membantu kepada perkembangan kanak-kanak. Ia membantu perkembangan mental dan fizikal

kanak-kanak. Melalui seni kanak-kanak dapat belajar untuk meluahkan perasaan, memperkembangkan

mental, emosi selaian perkembangan kemahiran sosial seperti komunikasi, bekerja secara kumpulan,

sedia menerima kritikan dan teguran dan juga membina keyakinan diri secara holistik.

Seni memberi sumbangan kepada kehidupan kanak-kanak kerana “membesar dalam cara manusia

mengenali dunia dan diri mereka, setelah semua bahagian dan tujuan perseko lahan dan pendidikan. Jika

anak lulus dalam persekolahan nya adalah dengan belajar bagaimana untuk menyedarkan perasaan

kemanusiaan, kemudian peluang untuk nilai astetik berkembang mesti dilengkapi. Perkembangan nilai

artistik dan astetik mestilah menjadi sebahagian daripada asas pendidikan bagi semua kanak -kanak”

(Reimer & Smith,1992). Teori perkembangan skemata tampak kanak-kanak yang memberi focus kepada

pelajar untuk mengaitkan umur, kebolehan kognitif, psikomotor, dan emosi kanak -kanak. Memahami

bagaimana unsur-unsur seni yang wujud dalam lukisan kanak-kanak, kaitan seni dengan perkembangan

emosi, kognitif, pesepsi dan sosial kanak-kanak dan aspek-aspek penilaian terhadap hasil kerja kanak-

kanak.

RUJUKAN

Eisner, Elliot W., and David W. Ecker (1966) Readings in art education, Waltham, Mass.,: Blaisdell Pub. Co.

Eisner, Elliot W. (1988) The role of Discipline-Based Art Education in American Schools, Los Angeles: Paul Getty Trust.

Gardner, H (1994) Creating Minds. New York: Basic Books

________ (2011 edition). Frames of Mind: The theory of multiple intelligences. New York: Basic Books. Tenth Anniversary Edition with new introduction, New York: Basic Books.

Mary Maskey (2002). Creative activities for Young Children 7th ed.. New York, Delmar Thomson Learning.

Wallas, G (1926) The Art of Thought. New York: Harcourt Brace. (Back) Gardner, (2012) Usable knowledge of the five minds http://www.uknow.gse. harvard.edu/teaching/TC106-607.html

http://www.brainyquote.com/quotes/keywords/drawing.html#fkmfsyVQTcMpItxh.99

Page 149: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

146 | K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I

UNIT 9

PENGARUH BUDAYA DAN PERSEKITARAN

DALAM PEMIKIRAN KREATIF DAN EKSPRESI

"…the ability to find meaning in imagery. It involves a set of skills ranging from simple identification (naming what one sees) to complex interpretation on contextual, metaphoric and philosophical levels.

Many aspects of cognition are called upon, such as personal association, questioning, speculating, analyzing, fact-finding, and categorizing. Objective understanding is the premise of much of this literacy, but subjective and affective aspects of knowing are equally important."

9.0 Pengenalan

Dalam pengertian sehari-hari seringkali kita mendengar orang berbicara tentang kebudayaan, tetapi

sebenarnya yang mereka maksud dengan kebudayaan adalah kesenian.

Di akhir unit ini pelajar harus dapat:

a. Menjelaskan makna kebudayaan dalam konteks seni.

b. Mengenal pasti faktor-faktor budaya yang mempengaruhi aktiviti

seni.

c. Mengaitkan budaya dan persekitaran dengan pemikiran kreatif.

HASIL PEMBELAJARAN

Page 150: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I | 147

Budaya atau kebudayaan (daripada perkataan Sanskrit buddayah, yang merupakan kata jamak bagi

perkataan buddhi, yang bermaksud budi pekerti atau akal) secara amnya membincangkan hal -hal

berkaitan budi dan akal manusia. Di dalam pengertian yang luas pula bermaksud segala sesuatu yang

dibawa atau dikerjakan oleh manusia, berlawanan dengan "perkara semula jadi"' yang bukan

diciptakan atau boleh diubah oleh manusia. Di dalam bahasa Inggeris, kebudayaan disebut

sebagai culture, yang berasal daripada perkataan Latin colore yang bermaksud menanam atau

mengerjakan.

Kebudayaan mempengaruhi nilai-nilai yang dimiliki manusia, bahkan mempengaruhi sikap dan perilaku

manusia. Dengan kata lain, semua manusia merupakan aktor kebudayaan kerana manusia bertindak

dalam lingkup kebudayaan. Kebudayaan terdiri dari pola-pola yang eksplisit maupun implisit dari dan

untuk sebuah perilaku tertentu yang dialihkan melalui simbol-simbol yang merupakan prestasi kelompok

manusia,termasuk peninggalan berbentuk artifak yang merupakan inti atau esensi dari gagasan-gagasan

tradisional, dan dikemas dalam nilai-nilai yang telah mereka terima diwariskan oleh sebuah generasi

kepada generasi lain.

Dengan demikian jelaslah bahwa apa yang dimaksud dengan kebudayaan itu jauh lebih luas dan

kompleks daripada kesenian. Sedangkan kesenian itu sendiri hanyalah merupakan salah s atu unsur

kebudayaan. Unsur-unsur lainnya adalah bahasa, sistem pengetahuan, sistem mata pencarian, sistem

organisasi sosial, sistem peralatan dan teknologi serta sistem relief. Ketujuh-tujuh unsur tersebut

seringkali disebut sebagai isi kebudayaan yakni unsur yang universal kerana hampir semua masyarakat

yang ada di muka bumi ini mempunyai unsur-unsur tersebut; dari masyarakat yang amat sederhana

hingga yang kompleks.

Kebudayaan adalah sistem gagasan, tindakan dan hasil karya manusia, itu merupakan cara p andang

kebudayaan secara lahiriah. Itu adalah wujud kebudayaan.

Kumpulkan beberapa artis yang anda kagumi. Bincangkan dalam suatu penulisan kritis mengenai pranan

persekitaran dan budaya dalam penghasilan karya artis tersebut.

Page 151: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

148 | K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I

Wujud pertama, iaitu sistem idea yang isinya berupa gagasan, nilai-nilai, norma-norma, aturan-aturan,

adat-istiadat, aturan tata-krama, pandangan hidup, kepercayaan-kepercayaan, wawasan dan lain-lain.

Wujud pertama ini bersifat idiil sekaligus ideal, abstrak, tidak dapat diamati, tidak dapat dipegang dan

bersifat kognitif; karena adanya dalam benak kepala manusia.

Sedangkan wujud yang kedua merupakan kompleks perilaku, tindakan atau keseluruhan aktiviti

manusia. Wujud yang ini dapat diamati dan dapat dilihat serta tertangkap oleh pancaindera manusia.

Sementara wujud yang ketiga adalah hasil karya manusia. Ia merupakan semua benda hasil ciptaan

manusia seperti peniti, jarum, radio, jambatan, kereta, rumah, komputer, satelit, lukisan, cenderamata,

patung dan sebagainya.

Kesenian sebagai hasil ekspresi keindahan yang mengandung pesan budaya tersebut terwujud dalam

bermacam-macam bentuk seperti seni tari, seni muzik, seni teater, filem dan seni visual.

9.1 Pengaruh budaya terhadap individu

Budaya memiliki beberapa elemen atau komponen, menurut ahli antropologi Cateora, antara elemen

budaya yang berkait dengan seni visual adalah kebudayaan bersifat benda iaitu yang dapat dilihat.

Kebudayaan material menjadi acuan pada semua ciptaan masyarakat yang nyata, dan konkrit. Termasuk

dalam kebudayaan material ini adalah barang-barang peninggalan yang dihasilkan dari suatu penggalian

arkeologi: mangkuk tanah liat, perhiasan, senjata, dan seterusnya. Kebudayaan material juga mencukupi

barang-barang, seperti television, kapal terbang, stadium, rumah tradisional, pakaian, bangunan

pencakar langit, dan semua bentuk objek yang konkrit hasil daripada usaha masyarakat tersebut. Selain

itu budaya material ini juga boleh dipengaruhi oleh persekitaran. Ia akan mewujudakn budaya popular.

Manusia yang hidup dalam satu system budaya akan sentiasa bersetuju dengan apa yang wujud dalam

masyarakat, manakala aspek yang bertentangan akan ditolak. Seni dan kesenian, muzik, cerita rakyat,

dongeng, hikayat, drama dan seni persembahan yang berlaku dan berkembang dalam masyarakat

mengaitkan mereka dengan nilai budaya dan keindahan yang diterima dan dipersetujui . Seperti kaum

atau suatu sistem masyarakat memiliki nilai estetika sendiri.

Page 152: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I | 149

Nilai estetika ini perlu difahami dan dipersetujui dalam segala peranan, agar hasrat yang akan

disampaikan dapat mencapai tujuan dan efektif. Misalkan di beberapa daerah yang didiami oleh

masyarakat Jawa banyak menggunakan elemen-elemen muzik yang agak berbeza dengan daerah lain.

Begitu juga pembuatan labu berbeza mengikut daerah. Di Sayong ianya dipanggil labu air, di Kelantan

dipanggil mambong manakala bagi masyarakat Sarawak ianya dipanggil tembikar. Begitu jug a dengan

motif hiasan dan corak. Masyarakat Melayu melarang penghasilan seni yang berbentuk figura, haiwan

kerana ia berlandasakan kepada agama yang didokong oleh masyarakat Melayu.

Pengalaman manusia dengan budaya dan persekitaran mereka akan diturunkan dari generasi ke satu

generasi yang lain. Ini akan membentuk pengalaman estetik dan pengalaman artistik di dalam diri

individu selain pengaruhu emosi dan ekspresi yang dapat dilihat dalam proses berkarya.

9.2 Visualisasi dan pemikiran visual

Rajah 1: Proses pemikiran visual

Visualisasi adalah aktiviti mental yang digunakan untuk membangun sebuah gambar dalam fikiran.

Kaedah ini adalah bentuk paling dasar dari komunikasi bawah sed ar dan separa sedar (Sigmund

Freud). Bawah sedar akan berkomunikasi dalam bentuk gambar dan emosi, visualisasi adalah bahasa

yang sempurna untuk melakukan hubungan antara gambar dan visualisasi. Teknik ini adalah komponen

dasar dalam mewujudkan keinginan dalam realiti kehidupan. Penggunaan fikiran secara sedar dan

membayangkan apa yang ingin menjadi kenyataan dalam hidup secara sedar.

Visualisasi adalah cara yang paling efektif dan cepat untuk mewujudkan keinginan. Visualisasi berhubung

secara kuat dengan imaginasi. Imaginasi adalah bayangan secara kreatif manakala visualisasi adalah proses

Page 153: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

150 | K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I

seterusnya yang menggambarkan sesuatu objek sebelum diterjemahkan secara tampak menerusi hasil

karya..

Peta minda adalah salah satu cara untuk berfikir secara visual. Dalam konteks seni visual, karya adalah hasil pemikiran visual pengkarya. Kanak-kanak akan melahirkan imaginasi dan persepsi mereka terhadap sesuatu secara jujur.

John Kennedy, Profesor Psikologi di Universiti Toronto melakukan penyelidikan yang menunjukkan

bahwa orang-orang yang buta sejak lahir, mampu menanggapi hal-hal yang mana mereka dari awal tidak

pernah melihat dalam erti visual. Semua itu membuktikan bahwa ketika kita terhubung kesedaran kolektif

dan imaginasi yang kuat, kita akan memasuki ruang pemikiran yang kuat yang melebihi kemampuan kita.

Alam bawah sedar adalah pintu gerbang kepada kesedaran kolektif. Hasil pemikiran ini akan dibuktikan

dalam bentuk karya.

Gambar 1 : Hasil karya ”Naïve Art” kanak-kanak yang menunjukkan

persepsi mereka terhadap dunia.

Gambar 2 :

Hasil pemikiran visual menerusi imaginasi dan persepsi yang dapat membentuk kreativiti pada hasil karya

Gambar 3 : Hasil imaginasi dan persepsi Van Gogh diluahkan menerusi

aplikasi teknik impasto yang menjadikan beliau artis yang unik

Page 154: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I | 151

Bincangkan dan lukis bersama-sama murid-murid anda dengan menggunakan 5 bentuk bulatan, 5 bentuk

segi empat sama dan 5 bentuk segitiga sama binatang berikut:

i. Gajah

ii. Singa

iii. Monyet

Gambar 4-5: Artis menggunakan buku lakaran untuk membuat rujukan kepada alam. Setiap pengkarya kan merujuk kepada budaya dan persekitaran mereka dalam menghasilkan

karya.http://artofvisualthinking.blogspot.com/

9.3 Hukum Gestalt

Gestalt adalah penemuan berdasarkan kajian oleh beberapa ahli psikologi dan pelukis

di negara German sekitar tahun 1912. Mereka ini mendapati bahawa apabila audien berhadapan dengan

sesuatu karya seni, yang mula akan dirasai adalah Gestalt atau bentuk keseluruhannya. Kemudian

barulah audien akan meneliti elemen-elemen pada karya seni itu yang memberikan bentuk kepadanya,

antara prinsip yang akan diperkatakan di dalam kertas kerja ini ialah kedekatan (proximity), persamaan

(similarity) dan perhubungan di antara subjek dan latar (figure and ground relationships) dalam teori

Apakah yang anda faham mengenai Peta Minda serta keberkesanannya di dalam proses pengajaran dan

pembelajaran?

Page 155: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

152 | K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I

Gestalt, hal yang perlu diperhatikan adalah konsep tentang form, iaitu suatu elemen yang terstruktur dan

tertutup dalam pandangan visual seseorang. Hukum-hukum pada teori Gestalt antara lain:

1. Kedekatan (Proximity) atau kedekatan jarak merupakan kondisi yang paling sederhana dari suatu

organisasi. Menurut teori Gestalt, objek-objek yang memiliki jarak yang lebih dekat cenderung dilihat

lebih berkelompok secara visual.

2. Kesamaan (Similarty), bila elemen-elemen memiliki kesamaan atau kualiti yang sama dalam hal

ukuran, tekstur dan warna, maka elemen-elemen tersebut cenderung akan diamati sebagai suatu

kesatuan.

3. Ketertutupan (Closure), unit visual cenderung membentuk suatu unit yang tertutup. Persepsi

individu sangat tergantung dari fokus pandangannya, sehingga bagian yang terbuka pada suatu

elemen akan otomatis dianggap sebagai suatu yang tertutup.

4. Kesinambungan (Good Continuation), hukum ini menyatakan bahwa seseorang akan

cenderung mengamati suatu elemen yang berkesinambungan sebagai satu kesatuan unit.

5. Bidang dan simetri, hukum ini menyatakan semakin kecil area tertutup dan simetris semakin

cenderung terlihat sebagai suatu unit.

6. Bentuk dan latar (Membership Character), bahwa sebuah objek akan terlihat berbeda ketika

sebuah bentuk memiliki latar yang kontras.

Manusia secara aktif akan membuat struktur dan mengatur perasaan terhadap rangsangan yang ada

pada persekitaran. (Deddy Halim, 2005) “Persepsi adalah sebahagian dari proses yang berkembang,

dalam setiap orang, dari sudut pandangnya masing-masing memahami dunianya bagi mencapai

kepuasan.Persepsi adalah transaksi saling bergantung antara persekitaran dan manusia (Deddy Halim,

2005). Informasi yang diperoleh seseorang dari lingkungan masyarakat dan budayanya memiliki

keutamaam simbol yang memberi makna, Sebagai contoh dalam masyarakat Cina warna merah adalah

sesuatu yang diagungkan bagi upacara perkahwinan, membawa tuah tetapi bagi masyarak at Melayu

merah adalah simbol kemarahan, kegagahan. Ini menunjukkan bagaimana masyarakat telah membuat

persepsi sehingga muncul respon-respon emosional, yang merangsang imaginasi seseorang di dalam

masyarakat. Seseorang juga menempatkan nilai dan keutamaan estetik terhadap hal tersebut. Kesemua

ini disebabkan manusia sentiasa mempunyai persepsi dalam memahami lingkungan budaya sebagai

sebuah pola hubungan yang penuh makna, maka pengalaman masa lalu membentuk dasar-dasar

pemahaman terhadap pemikiran.

Page 156: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I | 153

Andy Warhol menggunakan aspek-aspek budaya yang membentuk persepsi masyarakat terhadap objek.

Beliau membawa budaya popular ke dalam karyanya.

9.4 Isu Yang Menimbulkan Perbezaan Pendapat Berhubung Kreativiti

Secara keseluruhannya, terdapat lima persoalan berhubung kreativiti yang menjadi sumber bagi

perbezaan pendapat dalam kalangan pakar kreativiti (Mayer, 1999). Persoalan pertama ialah adakah

kreativiti merupakan sifat semula jadi kepada personaliti atau individu, produk atau proses?Terdapat

pakar yang berpendapat bahawa kreativiti merupakan ciri semula jadi bag i individu akan lebih

menumpukan kepada perbezaan dalam tahap kreativiti antara individu atau membincangkan secara

mendalam cirri-ciri individu yang kreatif. Contohnya, Gadner(1999) adalah mengambil pendekatan

biografi dan menulis tentang Sigmund Freud, Einstein, Picasso dan lain-lain lagi. Sementara itu, ada

pakar yang berpendapat bahawa kreativiti bergantung kepada penghasilan sesuatu produk (White, 1968).

Bagi mereka, tidak munasabah seseorang individu itu dianggap kreatif sekiranya individu tersebut tid ak

menghasilkan sesuatu produk. Tumpuan utama mereka ialah tahap kajian-kajian kes berhubung

penghasilan produk yang kreatif. Pakar yang cenderung untuk melihat kreativiti sebagai cirri -ciri proses

kognitif pula memberikan tumpuan kepada menganalisis langkah-langkah dalam pemikiran kreatif.

Persoalan kedua pula ialah adakah kreativiti merupakan fenomena peribadi atau sosial? Pandangan

yang menyatakan bahawa kreativiti merupakan fenomena peribadi mendakwa bahawa kreativiti

Gambar 6 :

Siri Campbell Soup oleh Andy Warhol membawa makanan

sebagai satu objek seni

Bincangkan. Sebagai seorang guru apakah kekangan dan

masalah yang anda hadapi untuk menyediakan suatu persekitaran yang kreatif kepada murid-murid anda. Bagaimana model persekitaran yang ideal bagi anda untuk

membangun kreativitikanak-kanak?

Page 157: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

154 | K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I

berhubung kait dengan penghasilan idea atau produk yang dianggap kreatif pada pandangan individu

yang menghasilkan idea atau produk kreatuf tersebut. contohnya, Thurstone (1952) menyatakan bahawa

pengiktirafan daripada masyarakat tidak membawa sebarang perbezaan dalam menentukan sama ada

sesuatu idea itu kreatif atau pun sebaliknya. Pada pandangan beliau sesuatu idea itu adalah kreatif

apabila pemikir atau perekanya kreatif.

Ada juga yang berpendapat bahawa kreativiti adalah fenomena sosial kerana kreativiti mesti didefinisikan

berteraskan budaya di mana idea kreatif itu muncul. Contohnya, Csikszcentmihalyi (1999) menyatakan

kreativiti bermaksud kemampuan untuk menambah sesuatu yang baru ke dalam sesuatu budaya. Ini

disokong oleh Cropley (2001) berpendapat persekitaran ataupun budaya bukannya penerima yang pasif

yang akan menerima apa sahaja yang dihasilkan individu yang kreatif. Pakar-pakar dalam bidang

kreativiti seperti Runco dan Sakamoto (1999), Torrence (1967), Ward, Smith dan Finke (1999) dan

Weisberg (1999) berpendapat bahawa kreativiti merupakan aspek biasa dalam pemikiran harian

manusia.

Semua manusia berkemampuan untuk melahirkan idea yang kreatif jika mereka berusaha bersungguh-

sungguh. Kajian-kajian yang telah dijalan oleh beberapa orang penyelidik (contohnya, Lubart, 1999: Niu

dan Steirnberg , 2002) telah menghasilkan dua perspektif yang berbeza. Perspektif yang pertama

menyatakan terdapat perbezaan antara pandangan masyarakat Barat dan Timur tentang konsep

kreativiti. Contohnya menurut Lubart (1999) berbanding dengan masyarakat Barat, konsep kreativiti

masyarakat Timur kurang berfokus kepada penghasilan produk yang inovatif. Bagi masyarakat Timur,

kreativiti lebih melibatkan satu keadaan kepuasan peribadi yang mempunyai kaitan dengan lingkungan

kehidupan manusia.

Kreativiti lebih berkaitan dengan meditasi (spiritual) kerana ia membantu seseorang itu melihat keadaan

sebenar tentang dirinya, sesuatu objek dan sesuatu peristiwa. Kajian yang dilakukan oleh Rudowicz dan

Hui (1997) telah mendapati ada perbezaan di antara masyarakat Cina dan Barat mengenai kreativiti.

Menurut mereka dalam masyarakat Cina, cirri-ciri kreativiti termasuklah idea-idea inovatif, imaginasi,

kepintaran, kemerdekaan dan tahap tenaga yang tinggi. Menurut Park Hurst (1999) kewujudan pelbagai

definisi kreativiti menyebabkan penyelidik tidak dapat memberikan tindak balas yang konsisten.

Taylor (1973) mencadangkan agar kreativiti difikirkan mengikut tahap atau peringkat tertentu. Beliau telah

mencadangkan lima tahap berikut :

Page 158: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I | 155

1. Aktiviti Pengeluaran seperti yang ditunjukkan oleh kanak-kanak yang melukis ecara spontan dengan kualiti yang tidak dipedulikan.

2. Kreativiti Teknikal atau Produktiviti ditunjukkan dalam produk-produk artistik dan saintifik. 3. Kreativiti Daya Cipta menunjukkan kepintaran menggunakan bahan-bahan dan teknik-teknik

untuk menghasilkan kegunaan baru bagi sesuatu yang telah lama.

4. Kreativiti Inovasi pula kemampuan untuk menembusi pemikiran biasa. 5. Kreativiti Kebangkitan, suatu kualiti yang jarang dapat dicapai kerana ia sememangnya

merupakan idea yang benar-benar asli.

Csikszcentmihalyi (1996) telah membezakan tiga jenis manusia kreatif iaitu:

1. Mereka yang melahirkan idea yang luar biasa

2. Mereka yang menempuh kehidupan di dunia dengan cara yang asli dan baharu 3. Mereka yang tela meninggalkan kesan dan mengubah sesuatu budaya

Amabile (1983) menyatakan bahawa kreativiti merupakan penyatuan antara motivasi instrinsik, ilmu yang

berkaitan dengan domain atau bidang dan kemahiran yang berkaitan dengan kreativiti. Menurut Amabile

(1983) manusia jarang sekali dapat melakukan kerja dengan kreatif melainkan mereka benar-benar

mencintai kerja tersebut dan memberi fokus kepadanya.

Edward DeBono (1968) berpendapat bahawa pengetahuan yang terlalu banyak dalam sesuatu bidang

boleh membataskan kreativiti seseorang sehingga individu tersebut tidak mampu melepaskan diri dari

kerangka pengetahuan yang sedia ada untuk membina idea baru.

9.4.1 Halangan kreativiti

Davis (1992) menyatakan bahawa halangan kreativiti yang paling utama adalah tabiat atau kebiasaan-

kebiasaan kita dalam berfikir dan bertindak balas sejak kita kecil lagi. Peraturan dan tradisi telah dikenal

pasti sebagai halangan kepada pembentukan idea-idea inovasi yang menyebabkan individu takut kepada

penilaian, penjurian dan kritikan. Blog emosi merupakan blog yang paling mencabar untuk kita hadapi

kerana ia melibatkan sikap dan emosi kita sendiri. Blog ini boleh mengurangkan kebebasan kita untuk

menjelajah dan memanipulasi idea dan juga boleh mengganggu kemampuan kita untuk berfikir dengan

Page 159: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

156 | K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I

lancar dan fleksibel. Akibat daripada blog emosi ini individu akan berasa takut untuk mengambil risiko,

tidak selesa dengan kesamaran, suka menilai dan bukannya menjana idea. Blog budaya pula

menghuraikan budaya sesuatu masyarakat boleh menjejaskan pemikiran dan tingkah laku kreatif

berlandaskan aspek budaya.

Budaya dalam mana kita dilahirkan akan membentuk dan mencorakkan kepercayaan nilai dan tingkah

laku. Ng (2001) menyatakan bahawa masyarakat Timur kurang membebaskan dirinya daripada

pemuafakatan, interaksi dengan orang lain dan juga kerap berselindung. Dacey (1998) menyatakan salah

satu daripada ajen budaya yang berperanan penting adalah sekolah. Ramai ahli psikologi berpendapat

bahawa sistem pendidikan telah melumpuhkan kreativiti kanak-kanak.

Pengalaman seni adalah salah satu cara terbaik untuk mengajar, mendidik dan menanam nilai-nilai

perbezaan budaya dan persamaan dengan kanak-kanak. Memberi kanak-kanak pengalaman mengenai

budaya banyak dipengaruhi oleh pemikiran visual. Andy Warhol adalah satu contoh artis yang

menggunakan pemikiran visual untuk menjelaskan mengenai budaya. Adams dalam tahun 1986

menjelaskan faktor-faktor yang menjadi penghalang individu menjadi kreatif. Menurut beliau dalam

kreativiti kebolehan menkonsepsikan sesuatu idea adalah sangat penting.

Terdapat 4 jenis halangan kreativiti (Adams, 1986):

a. Halangan persepsi

Jenis halangan yang menghalang seseorang daripada mempersepsikan samada masalah

/maklumat yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah tersebut – kita buat andaian bahawa kita sudah tahu sesuatu.

Melihat apa yang diharapkan sahaja – stereotyping

Tidak boleh membezakan masalah Kecenderungan menetapkan batasan kepada sesuatu masalah Tidak dapat melihat masalah dari pelbagai perspektif

Ketepuan minda Kegagalan mengguna kesemua input sensori

Page 160: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I | 157

b. Halangan emosi

Emosi selalu menganggu proses pemikiran seseorang

Perasaan marah, takut, bimbang dan benci boleh membunuh idea-idea kreatif – boleh menganggu pemikir dan juga penerima

Takut membuat kesilapan/ gagal/ ambil risiko

Tidak dapat bertoleransi terhadap ketidakpastian (terlalu pentingkan keselamatan diri) Lebih suka menilai/ menghakim idea daripada menjanakan idea Tidak dapat relaks, ‘mengeram’ & ‘sleep on it’

Kurang cabaran (masalah gagal mengekalkan minat seseorang) lawan terlampau komited pada awalnya (hendak berjaya dengan cepat/ overmotivation to suceed quickly)

Tidak dapat membezakan realiti daripada fantasi. Walaupun imaginasi adalah penting untuk pemikiran kreatif tetapi imaginasi juga perlu dikawal supaya tidak lari daripada realiti.

c. Halangan budaya dan persekitaran

Taboo /kepercayaan karut/ pantang larang Tiada humor dalam penyelesaian masalah (Orang serius tidak membenarkan orang lain

berjenaka semasa menyelesaikan masalah)

◦ “Problem solving is a serious business and humour is out of place” Menaakul lawan intuisi

Pemikiran tangan kiri lawan tangan kanan (pemikiran logikal lebih penting daripada imaginasi) Kreativiti utama lawan kedua (Sains lebih penting daripada seni & sastera) Tradisi & perubahan (mengekalkan tradisi lebih penting daripada merubah)

Persekitaran: Persekitaran tidak menyokong kreativiti Penerimaan kritikan

Sistem autokratik

d. Halangan intelektual dan komunikasi

Kelengkapan intelek/mental kurang menyebabkan pilihan taktik/ strategi mental untuk menyelesaikan masalah tidak mencukupi

Tidak ada fleksibiliti dalam penggunaan strategi

Orang intelektual tidak mudah percaya kepada arahan mudah. Mereka sering mencurigai sesuatu sudah tertinggal sekiranya idea /cadangan penyelesaian itu terlalu mudah.

Kekurangan maklumat betul atau menerima maklumat salah

Kekurangan kebolehan komunikasi Kurang kebolehan menyampaikan idea bukan sahaja kepada yang lain tetapi kepada diri

sendiri juga.

Kemahiran bahasa tidak mencukupi untuk menyata dan merekod idea (secara verbal, visual, muzik dll)

Pemikiran visual adalah efektif untuk penyelesaian masalah berkaitan bentuk, rajah, corak –

berguna bagi membentuk konsep.

Page 161: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

158 | K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I

9.4.2 Langkah-Langkah Meningkatkan Kreativiti

Fogler dan Leblanc (1995) menyatakan bahawa kita mampu meningkat kemampuan kreatif dengan mempelajari sikap, nilai, tabiat dan prinsip yang baru. Antaranya ialah :

1. Sentiasa bersikap terbuka dan menerima idea-idea baru 2. Elakkan daripada menjadi tegar dan membentuk pola-pola tertentu semasa menentukan sesuatu 3. Lihat masalah daripada pelbagai perspektif

4. Selalu memeriksa dan menulis idea-idea kita 5. Tanya soalan-soalan baru kepada diri sendiri setiap hari 6. Sentiasa mengikuti perkembangan semasa

7. Belajar tentang perkara-perkara yang ada di luar bidang kita 8. Menerima sikap mengambil risiko 9. Latih daya imaginasi anda

10. Ceburkan diri dengan hobi-hobi kreatif

Salah satu cara yang baik untuk menggabungkan pembelajaran pelbagai budaya dalam bilik darjah

adalah untuk mengikuti budaya oleh persekitaran. Satu lagi cara untuk membantu membina pandangan

kanak-kanak budaya adalah untuk mengkaji " kitaran hayat " tema melalui budaya yang berbeza.

Bagaimana, sebagai contoh, budaya yang berbeza menyatakan kepe rcayaan mereka dalam penciptaan?

Bagaimana mereka meraikan perkahwinan, kelahiran, atau kedatangan umur? Bagaimana mereka

menghormati mereka yang sudah mati? Dalam sesetangah budaya banyak hari disambut dengan

disambut dengan menghasilkan karya seni, kraf pakaian, dan hiasan buatan tangan. Di Mexico banyak

acara budaya yang dimanfaatkan di dalam pembelajaran seni. Justeru tidak mustahil untuk

memperkenalkan murid-murid kita kepada budaya yang berbeza bagi memberi mereka pengetahuan

secara visual. Satu kajian asas kitaran hayat ritual seluruh pelbagai budaya akan menyediakan kanak-

kanak dengan pengetahuan bahawa sementara kita menyatakan diri kita dan budaya kita dengan cara

yang unik , masyarakat dunia mempunyai banyak persamaan.

Membawa anak-anak melancong dapat memberi mereka banyak pengalaman visual yang akan

membentuk pemikiran visual yang boleh dilihat dalam seni dan kraf tempatan.

Apakah anda bersetuju dengan kesemua halangan yang

dinyatakan. Huraikan sebab dan ulsan bagi jawapan anda.

Page 162: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I | 159

Dalam suasan persekolahan bincangkan halangan-halangan kreativiti yang anda hadapi Berikan contoh-

contoh serta langkah-langkah yang perlu diambil bagi mempertingkatkan kualiti kreativiti.

Halangan Contoh Langkah meningkatkan kreativiti

Page 163: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

160 | K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I

RUMUSAN

Dalam unit ini anda telah didedahkan kepada bagaimana budaya, persekitaran dan pemikiran visual

membentuk kreativiti individu. Kesemua aspek ini mempengaruhi proses kreatif yang berlaku dalam

aktiviti mental manusia dan bagi kanak-kanak aktiviti mental iaitu berfikir secara kreatif dan kritis, mereka

perlu dijana seaktif mungkin bagi memberi pengalaman estetik yang maksimum. Jika kreativiti kanak -

kanak seiring dengan persekitaran dan pembangunan maka kita akan dapat melahirkan generasi yang

terbilang.

RUJUKAN

Eisner, Elliot W., and David W. Ecker (1966) Readings in art education, Waltham, Mass.,: Blaisdell Pub. Co.

Eisner, Elliot W. (1988) The role of Discipline-Based Art Education in American Schools, Los Angeles: Paul Getty Trust.

Gardner, H (1994) Creating Minds. New York: Basic Books

________ (2011 edition). Frames of Mind: The theory of multiple intelligences. New York: Basic Books.

Tenth Anniversary Edition with new introduction, New York: Basic Books.

Wallas, G (1926) The Art of Thought. New York: Harcourt Brace. (Back) Gardner, (2012) Usable knowledge of the five minds. http://www.uknow.gse.

harvard.edu/teaching/TC106-607.html http://www.brainyquote.com/quotes/keywords/culture.html#jS7acVAYiE09mypk.99 http://www.desainstudio.com/ (bacaan mengenai Teori Gestalt)

Page 164: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I | 161

UNIT 10

PORTFOLIO DAN PENILAIAN KREATIVITI DAN EKSPRESI KANAK-KANAK

“Creativity is contagious. Pass it on.” — Albert Einstein

10.0 Pengenalan

"Portfolio" sering digunakan terutama di dalam sekolah peringkat menengah sehingga tingkatan 6 di

dalam kurikulum sekolah. Ada sesetengah guru yang kurang memahami istilah portfolio . Penulisan ini

membahas hakikat penilaian portfolio dan memberikan sebuah model penilaian portfolio dalam bidang

pendidikan seni.

Di akhir unit ini murid-murid dapat:

a. Memahami keseluruhan proses kreatif yang berlangsung sepanjang proses

menghasilkan karya

b. Memahami konsep portfolio mudah dengan menggunakan proses kreatif

sebagai kerangka fikir.

c. Mengetahui elemen-elemen portfolio bagi tujuan penilaian berterusan kanak-

kanak

d. Memahami proses penilaian yang dilakukan bagi menggalakkan kreativiti dan

ekspresi kanak-kanak

HASIL PEMBELAJARAN

Page 165: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

162 | K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I

Di kalangan pelukis, istilah "portfolio" bukanlah perkara yang asing. Seorang pelukis atau pengkarya yang

akan menunjukkan hasil karyanya kepada seorang art director atau klien sentiasa membawa portfolio

yang berisikan koleksi karya terbaiknya (jika tidak dapat menunjukkan karya asal, maka foto/slaid boleh

digunakan). Walaupun pelukis telah menghasilkan karya yang banyak, ia hanya memilih karya-karya

yang terbaik dan sesuai pada portfolio yang dibawanya.

Pertimbangan utama seorang pelukis dalam memilih karya untuk dimasukkan dalam portfolionya

berkaitan erat dengan maksud dan kepada siapa portfolio tersebut akan ditunjukkan. Contohnya seorang

pereka yang akan mendapatkan pekerjaan dalam bidang periklanan akan memilih karya-karyanya yang

menunjukkan kemampuan kreativitinya dalam kaitannya dengan pemecahan masalah komunikasi visual.

Variasi kemampuannya mungkin perlu tercermin pada portfolionya. Dengan menunjukkan berbagai

kemampuannya (misalnya dalam menggunakan berbagai media ekspresi), seseorang pereka akan

memberikan gambaran yang komprehensif kepada art director dari biro periklanan . Meskipun portfolio

biasanya hanya mengandungi karya-karya akhir, ada juga portfolio yang menyertakan lakaran yang

menggambarkan proses kerja suatu karya atau proses perkembangan idea.

Portfolio juga boleh digunakan untuk memperkenalkan hasil karya sekumpulan pelukis pada sebuah

galeri seni Perbezaan antara portfolio yang dibuat untuk keperluan individual dengan kelompok

Kumpulkan bebrapa contoh folio, buat banding beza antara kesemua folio tersebut. Apakah ciri-cirii folio yang baik,

senaraikan.

Page 166: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I | 163

(perusahaan), terletak pada isinya. Portfolio untuk keperluan seorang pelukis menggambarkan karya

terbaik seorang pelukis sementara portfolio untuk keperluan sebuah agensi menunjukkan karya-karya

terbaik, baik karya individual maupun karya kelompok yang dapat ditawarkan oleh perusahaan tersebut.

Untuk meyakinkan seseorang pengarah seni atau klien, portfolio senantiasa dikemas dengan rapi. Hal ini

penting kerana kemasan sebuah portfolio menunjukkan tingkat identity pereka. Pada masa kini , portfolio

juga boleh dihasilkan dalam bentuk CD, atau home-page yang dapat diakses melalui internet.

Pentingnya portfolio bagi pelukis merangsang lahirnya penulisan yang berkaitan dengan masalah

pengembangan portfolio. Ed Marquand misalnya, seorang pereka grafik menulis How to Prepare Your

Portfolio, serta How to Prepare and Present Roughs, Comps, and Mock-ups. Sementara itu, Cynthia

Baron menulis Creating a Digital Portfolio: A Guide to Marketing and Self-Promotion. Mereka

mununjukkan garis panduan bagaimana peranan portfolio sebagai alat untuk menilai prastasi seseorang

dan sebagai bahan bukti untuk sesuatu proses penilaian.

10.1 Portfolio sebagai Bentuk Penilaian Proses dan Hasil Belajar jangka panjang

Tradisi penggunaan portfolio di kalangan seniman kemudian digunakan ke dalam kegiatan pembelajaran

di dalam bilik darjah. Portfolio digunakan sebagai bentuk penilaian dalam proses pembelajaran,

khususnya bagi murid-murid di Tahap 2. Kegiatan penilaian berkisar pada:

i. Proses artistik kepada murid-murid dalam rangka pengembangan idea kreatif;

Penilaian Berasaskan sekolah diaplikasi untuk meningkatkan potensi murid-murid. Apakah portfolio seni menepati

kehendak PBS di sekolah. Jelaskan

Page 167: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

164 | K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I

ii. Penilaian yang bersifat membandingkan kualiti portfolio antara seorang murid -murid dengan murid-

murid lainnya;

iii. Penilaian yang dimaksudkan, untuk menentukan tingkat prestasi murid -murid dengan

membandingkan antara portfolio yang dihasilkannya dengan tujuan pembelajaran yang telah ditetapkan sebelumnya;

iv. Penilaian atas kemajuan murid-murid dengan membandingkan antara keadaan murid-murid pada masa sebelum dan sesudah kegiatan pembelajaran.

10.2 Kelebihan Penggunaan Kaedah Penilaian Portfolio

Kaedah penilaian portfolio di peringkat kolej dan universiti kini diaplikasi di sekolah menengah. Ini kerana

metod portfolio memiliki kelebihan-kelebihan tertentu yang amat diperlukan dalam menilai kemampuan

murid-murid khususnya bagi subjek pendidikan seni.

Dalam konteks pendidikan, portfolio didefinisikan oleh Ford dan Larkin sebagai sampel dari karya-karya

akhir yang dipilih oleh murid-murid bagi keperluan penilaian hasil belajar (Belanof dan Dickson,

1991:155). Manakala Enid Zimmerman (1992:17) mendefinisikan portfolio secara lebih komprehensif dan

terperinci sebagai koleksi tertentu dari karya-karya murid-murid baik dalam bentuk proses penghasilan

ataupun karya akhir, dalam berbagai bidang, di mana murid -murid terlibat dalam melaksanakan penilaian

terhadap dirinya sendiri dalam memilih isi portfolionya dan dalam mengembangkan kriteria untuk menilai

perkembangan dan hasil penbelajarannya. Kumpulan karya murid-murid yang tersusun pada portfolio

biasanya dihasilkan selama waktu satu semester, satu tahun, bahkan tiga tahun. Ada pula portfolio yang

hanya meliputi karya-karya yang diciptakan dalam waktu yang relatif singkat misalnya berkisar 4 hingga 6

minggu. Donna Kay Beattie (1994:14) menyebut portfolio semacam ini sebagai "portfolio -mini."

Dari definisi di atas, dapat dilihat bahawa portfolio memboleh dan memberi peluang kepada guru untuk

mengamati murid-murid dalam berbagai aspek pemecahan masalah artistik. Guru juga berkesempatan

untuk mengamati bagaimana murid-murid menilai dirinya sendiri serta murid-murid lain. Bagi murid-murid,

kaedah penilaian portfolio membuka peluang baginya untuk menilai dan mengkaji prestasi terbaiknya

serta untuk dinilai secara lebih dalam dan komprehensif.

Paulson, Paulson, dan Meyer secara terperinci menunjukkan kelebihan kaedah portfolio sebagai berikut:

i. Mengembangkan refleksi-diri murid-murid

ii. Mendorong murid-murid untuk menilai dirinya sendiri

Page 168: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I | 165

iii. Mengkomunikasikan tujuan, isi, dan penilaian belajar

iv. Memberi peluang melakukan perubahan isi murid -muridan selama kegiatan pembelajaran.

v. Memungkinkan penilaian yang komprehensif terhadap murid-murid (Zimmerman, 1992: 17).

Barnes (1987) telah memberi sumbangan yang berguna yang boleh dijadikan panduan untuk penilaian

pendidikan seni untuk murid-murid sekolah rendah. Beliau mencadangkan lima kategori perlu dinilai.

Setiap kategori itu mempunyai kriterianya:

1. Proses menghasilkan kerja-kerja seni:

Terkandung di dalamnya aspek-aspek penting dalam perkembangan artiastik ketika menghasilkan

kerja-kerja seni, seperti perkembangan idea, menukar-ubah design, menokok-tambah dan membaiki

sesuatu dalam proses penghasilan karya atau produk akhir seni.

2. Penggunaan alat dan bahan:

Adalah mustahak diketahui sama ada murid-murid telah menunjukkan perkembangan dalam

pengurusan kepelabagaian bahan ketika menghasilkan sesuatu produk seni. Kita perlu kemahiran

tahu setakat mana murid-murid berupaya mengurus bahan untuk aktiviti catan umpamanya, atau

bagaimana keupayaan murid-murid menggunakan gunting untuk menggunting sesuatu motif.

Dengan itu guru dapat merapatkan hubungan antara keinginan murid-murid menghasilkan sesuatu

bentuk seni dengan kemahirannya mengguna alat dan bahan. Dengan ini dapat menghilangkan rasa

kecewa atau sukar ketika mereka melalui proses kerja seni tersebut.

3. Penggunaan media

Guru juga perlu mengenalpasti sejauhmanakah murid -muridnya telah memahami dan menguasai

media yang mereka gunakan. Sebagai contoh bolehkan murid -murid membancuh warna untuk

menghasilkan bentuk dan bayang. Bolehkah mereka mengguna tanah liat untuk membuat design

sesuatu model. Bolehkah mereka menggunakan warna untuk menghasilkan corak, jalinan, dan

sebagainya.

Page 169: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

166 | K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I

4. Kemahiran mengkritik

Kategori ini berkaitan dengan kemahiran murid-murid mendiskriminasi apabila berhadapan dan

menganalisis sesuatu bentuk seni. Murid-murid bukan sahaja menghasilkan bentuk seni tetapi

mereka memperkembangkan keupayaan untuk membuat diskriminasi antara satu bentuk dengan satu

bentuk seni yang lain , antara satu warna dengan satu warna yang lain. Melihat persamaan dan

perbezaan di antara unsur-unsur seni dan pengolahannya, serta gaya yang digunakan oleh para

seniman. Murid-murid juga akan memperlihatkan keupayaannya menganalisis persekitaran secara

kritikal. Kemahiran mengkritik secara kritikal ini termasuk juga penilaian-kendiri (self-assessment).

5. Peringkat perkembangan peribadi murid-murid

Guru juga perlu mengambil kira dan mengetahui tahap-tahap perkembangan peribadi murid-muridnya

berdasarkan umur. Eisner (1972) menyatakan tahap-tahap perkembangan ini adalah sebagai

indikator kepada guru supaya apa yang murid-murid lalui itu sesuai dengan alat dan bahan yang

disediakan atau sebaliknya. Indikator itu tidaklah digunakan secara rigid.

Yang diutamakan ialah guru dapat melihat sejauh manakah ciri-ciri perkembangan telah berlaku pada

murid-muridnya melalui aktiviti seni yang disediakan berbanding dengan tahap perkembangan yang

sepatutnya.

1. Sejauh manakah guru dapat mengesan perkembangan murid -murid dari aspek sikap peribadinya

terhadap kerja seninya dan kerja seni rakan-rakan sebayanya?

2. Sejauh manakah murid-murid boleh menerima kritikan atau pandangan rakannya terhadap kerja-kerjanya?

3. Apa yang dinyatakan di atas adalah sebagai asas untuk guru jadikan panduan bagi membuat sesuatu penilaian dalam pendidikan seni khususnya untuk murid sekolah rendah.

Page 170: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I | 167

10.3 Proses Penghasilan Portfolio

Karya / produk

Prototaip / Model/ lakaran

Penilaian

Visualisasi imej dan identiti

Penghayatan persekitaran, nilai dan falsafah

Eksplorasi dan eksperimen

Penciptaan dan pemilihan motif, ikon, subjek

Perkembangan dan pemurnian dan penambah baik idea

Pengumpulan

maklumat, rujukan dan penjanaan idea

Portfolio

Aplikasi Elemen seni dan Prinsip rekaan secara berterusan

TINDAKAN

PERKEMBANGAN

IMAGINASI

PERSEDIAAN

FASA 1 PEMERHATIAN DAN

IMAGINASI

FASA 2 PERKEMBANGAN DAN PENGHALUSAN IDEA FASA 3 PERNYATAAN DALAM

MEDIUM

Rajah 1: Proses kreatif dalam penghasilan portfolio karya

Rajah 1 menunjukkan bagaimana proses kreatif berlangsung dalam pengajaran dan pembelajaran. Fasa-

fasa yang dinyatakan oleh Laura Chapman, turut menyokong implementasi proses kreatif terarah yang

perlu dilaksana di dalam pengajaran dan pembelajaran alaf ke 21. Pembelajaran merupakan satu proses

yang kompleks dan dinamik. Pengajaran dan pembelajaran yang berlaku adalah melibatkan penerokaan,

pemikiran kreatif, pertimbangan nilai, pemilihan, penyelesaian dan membuat keputusan. Sebagaimana

kenyataan Ramsden (1988), jikalau guru-guru tidak mengetahui apa yang diketahui oleh murid-murid,

bagaimana mereka boleh menyusun isi kandungan pembelajaran yang bakal disampaikan?

Jikalau mereka tidak menggunakan maklumat yang sedia ada pada murid-murid itu, bermakna mereka

telah mensia-siakan pengalaman murid-murid dan membuang sumber-sumber atau skema-skema yang

sangat berguna dan sedia ada dalam pemikiran murid-murid. Berdasarkan kepada teori Konstruktivisme

menjelaskan, pendekatan pembelajaran yang konstruktif dan ia menyediakan peluang kepada murid-

Page 171: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

168 | K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I

murid untuk membina kefahaman terhadap perkara yang dimurid-murid dengan mewujudkan jaringan

atau hubungan (dalam pemikiran) antara idea dan fakta yang sedang diajar atau dimurid-murid.

Pengajaran dan pembelajaran yang konstruktif menyeimbangkan peranan guru dan murid-murid untuk

saling berperanan antara satu sama lain. Pembelajaran bermakna (meaningful learning) mencakupi

‘learning by doing’ yang kemudiannya dapat membantu murid-murid berfikir dan membentuk kefahaman

tentang masalah yang cuba dihuraikan (Duffy & Jonassen, 1991; Dick, 1991). Sewajarnya guru-guru

berkeupayaan dalam menentukan dan menggunakan prosedur-prosedur diagnostik untuk memantau

pembelajaran yang berlangsung di kalangan murid-murid.

Konsep kreativiti yang ditafsirkan oleh Menaker (1996) menyatakan tentang kemahuan manusia sebagai

sebab yang mengakibatkan sesuatu tindakan dan penciptaan. Baginya setiap orang adalah berpotensi

untuk menghasilkan sesuatu yang baru, mempunyai kelainan atau berbeza dan sesuatu yang diluar

jangkaan manusia (melalui keupayaan manusia untuk mendapatkan sesuatu di luar persekitarannya) dan

mengambilnya sebagai satu bahagian dari dirinya dengan dua alasan iaitu membezakan individu atau

kehilangan keseluruhan hubungannya dengan persekitarannya.

Abra (1997) melihat kreativiti sebagai salah satu penggantian bagi sesuatu yang kurang di mana individu

masuk dan mula untuk bersaing bukan dengan orang lain tetapi dengan diri sendiri dan dengan standard

tersendiri. Bruner (1996) sebelumnya ada menyatakan, kreativiti adalah satu kelakuan dalam

menghasilkan kejutan yang efektif misalnya produk dicipta oleh individu secara mengejut yang dibuat

dengan hasil yang teliti dengan banyak kombinasi yang didorong oleh keinginan yang kuat untuk

menghasilkan sesuatu.

Kreativiti juga boleh dilihat sebagai proses komunikasi antara pereka, pencipta dan pengguna atau di

antara pencipta dan produk; inovasi dilihat sebagai sesuatu yang diterima oleh pengguna terhad ap

produk yang dihasilkan. Czikszentmihalyi (1998) ada menyatakan kreativiti tidak terletak pada pencipta

atau produk yang kreatif tetapi dalam interaksi antara pencipta dan penerima yang menerima atau

menolak produk tersebut. Szekely (1988) telah menyatakan tentang hubungan antara kreativiti dengan

aspek pengajaran. Ini menjelaskan bahawa terdapatnya pelbagai pandangan dan kajian dalam ruang

lingkup kreativiti (Sternberg, 1988c). Kreativiti yang berlaku itu melibatkan proses kreatif yang didasari

Page 172: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I | 169

oleh pengalaman-pengalaman lampau untuk menjelmakan idea dalam bentuk yang ‘novelty’ (Gardner,

1983; Runco & Albert, 1990; Csikzentmihalyi, 1996).

Setiap individu mempunyai keistimewaan, kebolehan dan kebijaksanaan mereka sendiri, sebagaimana

dinyatakan dalam Teori Kecerdasan Pelbagai yang diutarakan oleh Gardner (1983). Dengan itu,

pendidikan diharapkan dapat mencungkil dan memperkembangkan potensi setiap murid-murid mengikut

keupayaan mereka secara adil.

Selain daripada menerapkan elemen kreativiti, penilaian terhadap penerapan elemen tersebut juga perlu

diberi perhatian. Besemer & Treffinger (1981) dan Treffinger (1987), kriteria yang sesuai untuk menilai

kreatif adalah sukar diperoleh. Sesuatu yang baru adalah perlu tetapi bukanlah dalam satu keadaan

yang mencukupi. Manakala Jackson & Messick (1965) ada menyatakan bahawa kriteria yang perlu diberi

perhatian ialah transformasi dan penyuburan. Kreativiti itu adalah tentang sesuatu adaptasi kepada realiti

(hasil tersebut mestilah bermakna kepada semua).

Bagi Amabile (1983) pula, beliau menyatakan bahawa produk kreatif itu mestilah berguna, betul,

bernilai dan dikenal pasti sebagai penilaian yang subjektif walaupun banyak lagi faktor yang ditambah

seperti yang diutarakan oleh Besemer & O’ Quin (1987) bahawa terdapat tiga faktor yang berlainan

dalam mengkriteriakan kreativiti tetapi ianya saling berkaitan antara satu sama lain iaitu:

i. Inovasi

ii. Resolusi dan

iii. Sintesis serta penghuraian.

Dalam era yang meletakkan teknologi, sains dan kepakaran buatan (artificial intelligent) di hadapan

setiap matlamat pembangunan sesebuah negara bangsa, proses pengadaptasian ilmu bukan lagi

berasaskan satu bentuk pemikiran yang selari, manusia perlu menggerakkan minda mereka secara

bercapah, pengetahuan bukan lagi proses mengingat, memahami, mengaplikasi, mensintesis atau

menilai. Ia perlu melangkaui batas pemikiran yang menjadi asas dalam pembentukan objektif mahupun

matlamat pembelajaran. Gardner http://www.uknow.gse. harvard.edu/teaching/TC106-607.html

menjelaskan useable knowledge (pengetahuan berfungsi) dalam pembentukan bentuk pemikiran baru

menegaskan pemikiran manusia perlu:

Page 173: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

170 | K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I

i. pemikiran kreatif: pemikiran yang menekankan aspek menyelesaikan masalah, mencari makna

baru, mencari pembaharuan

ii. pemikiran berdisiplin: pembangunan pemikiran berdasarkan kaedah ilmu yang dikuasai seseorang

seperti displin sains atau sejarah, menjadikan individu mempunyai rasa hormat kepada budaya,

persekitaran dan kelainan budaya serta cara hidup individu lain.

iii. pemikiran beretika: pembangunan pemikiran yang menekankan pengalaman prinsip dan nilai asas

etika seperti keadilan dan kesaksamaan dalam membuat keputusan. Adalah penting untuk

membentuk generasi yang menghargai perbezaan antara individu.

iv. pemikiran hormat-menghormati :pembangunan berfikir yang menegaskan rasa hormat dan

menghormati atas individu lain dan

v. pemikiran mensintesis: pembangunan pemikiran individu untuk mempunyai keupayaan

mencerakin, menggabungkan, memastikan penyatuan sesuatu sumber kerana pada masa

hadapan kebolehan memimpin sangat penting bagi setiap individu.

Seterusnya, Senge (2000) mencadangkan beberapa strategi yang perlu dilakukan oleh institusi(dalam

konteks kajian ini sekolah) untuk menggalakkan pembelajaran terancang dan mempertingkat

pembelajaran ialah:

i. adaptasi sistem pemikiran, mengintergrasi disiplin-disiplin ilmu ke dalam satu gagasan kerangka

teori dan praktikal

ii. menggalakkan ‘mastery learning’

iii. pembelajaran kendiri

iv. menggunakan model pemikiran yang mencabar dan merangsang pencarian ilmu baru

v. membina rasa ‘shared vision’,dan

vi. merangsang situasi pembelajaran berpasukan.

Berdasarkan kepada keperluan ini, Kementerian Pendidikan Malaysia menegaskan dalam transformasi

pendidikan nasional perlu digarap elemen kreativiti dan inovasi secara menyeluruh dan guru adalah agen

yang paling penting dalam mengimplimentasi elemen kreativiti dan inovasi kepada generasi baru

Malaysia.

Page 174: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I | 171

Dalam dokumen awal penerapan elemen kreativiti yang dirancang oleh Kementerian Pendidikan

Malaysia meletakkan antara peranan guru sebagai

i. agen perancang dan pengurus pengajaran dan pembelajaran,

ii. pembimbing dan fasilitator kepada proses pembelajaran,

iii. pentaksir secara berterusan,

iv. perancang dan pengurus persekitaran pembelajaran dan,

v. pembangun komuniti dan budaya (BPK,2010).

Pembelajaran bermakna (meaningful learning) mencakupi ‘learning by doing’ yang kemudiannya dapat

membantu murid-murid berfikir dan membentuk kefahaman tentang masalah yang cuba dihuraikan (Duffy

& Jonassen, 1991; Dick, 1991). Bincangkan.

10.4 Penilaian

Dalam proses pembelajaran penilaian sesuatu karya boleh dibahagi kepada 3 aspek utama:

a. Proses kreatif yang dilalui oleh murid menerusi portfolio yang dihasilkan

Penghasilan portfolio bukan bermakna kertas yang berhelai-helai banyaknya. Bagi kanak-kanak

portfolio mungkin dalam sekeping kertas A2 tetapi mempunyai pengwujudan idea,

perkembangan idea dan penghasilan idea. Ia boleh dihasilkandalam bentuk peta minda yang

berwarna warni dan difahami dengan baik oleh kanak-kanak. Proses ini akan menjadi

penyumbang idea yang banyak kepada karya yang hendak dihasilkan. Aspek proses mempunyai

peratus penilian yang tinggi iaitu 60% bagi memastikan kanak-kanak yakin bahawa kreativiti tidk

berlaku sekelip mata. Ianya boleh diasah dan dipupuk dari semasa ke semasa.

Page 175: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

172 | K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I

b. Hasil kerja murid

Hasil karya merupakan produk yang terhasil daripada kreativiti dan ia turut mengandungi nilai diri

kanak-kanak atau ekspresi mereka. Kualiti kerja sangat penting untuk diberi perhatian

Ia akan menunjukkan aplikasi kemahiran murid-murid terhadap tugasan. Kualiti kerja murid perlu

sentiasa mendapat penasihatan guru. Menghasilkan karya yang baik bukan sesuatu yang mudah

tetapi juga tidak susah sekiranya guru dapat menetapkan keseluruhan proeses kreatif dengan

lancar. Ruang bekerja juga perlu dibina dengan baik.

c. Proses apresiasi dalam mempertahankan karya mereka

Oleh kerana murid-murid an pendidikan seni ini berbeza daripada mata murid -murid dengan mata

pelajaran sekolah yang lain kerana ianya melibatkan kandungan visual juga kandungan verbal dan hasil

kerja kreatif murid-murid maka terdapat berbagai kaedah dan alat sama ada secara tradisional atau

alternatif boleh digunakan secara komprehensif untuk pengumpulan maklumat penilaian.

Sebahagian daripada alat penilaian yang dicadangkan selain daripada ujian dan peperiksaan adalah:

kaedah pemerhatian

kaedah temuduga

kaedah perbincangan

menggunakan senarai semak (check list)

menggunakan soal selidik (questionnaire)

meminta murid-murid membuat karangan

pengukuran sikap (attitude)

menggunakan portfolio (kaedah ini sering digunakan masih amat berkesan) dan

menggunakan penilaian yang informal seperti menggunakan kaedah anekdot. Kaedah ini juga

dikatakan amat berkesan. Guru mencatatkan hasil pemerhatian terhadap murid-muridnya,

merekodkan kekuatan dan kelemahan serta perlakuan murid-murid secara berkala. Catatan itu

dikumpul dan dijadikan sebagai bahan bukti apabila guru membuat analisa terhadap kemajuan

murid-muridnya.

(Al Hurwitz dan Michael Day,1995)

Page 176: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I | 173

Untuk mengumpul maklumat penilaian terhadap perkembangan murid-murid dalam kerja-kerja studio dan

hasil kerja seni, Michael (1998) mencadangkan lapan objektif yang perlu dinilai apabila membuat

penilaian berasaskan pengalaman studio dan hasil kerja seni murid-murid iaitu meliputi:

komunikasi/ ekspresi,

keyakinan diri/self-esteem,

perkembangan persepsi,

ketekalan organisasi estetika,

pengetahuan seni, kreativiti,

kemahiran, dan

kepuasan / keseronokan.

Bagi mengumpul maklumat terhadap pencapaian dan tingkah laku murid-murid dalam bidang sejarah

seni (kognitif domain) beliau mencadangkan beberapa kriteria berasaskan enam tahap domain kognitif

berasaskan teksonomi Bloom (1956). (Lampiran 2). Manakala untuk mendapatkan maklumat terhadap

sikap murid-murid terhadap apresiasi seni guru boleh menggunakan senarai semak, soal selidik atau

borang pemerhatian. Michael telah mengadaptasi skala sikap yang diperkembangkan oleh Michael

Stuckhardt (1976) dan Stuckhardt dan Jerry Morris (1977,1980) untuk mengenal pasti sikap murid-murid

terhadap pengalaman seni mereka.

10. 5 Apresiasi Seni

Hurwitz dan Day (2001) menyatakan apresiasi bermaksud menghargai dan pemehaman mengenai

konsep penghasilan seni tersebbut. Konsep apresiasi adalah untuk :

Membantu meningkatkan penghasilan karya hasil dari kritikan dan pemahaman orang lain

Di dalam sukatan kurikulum Pendidikan Seni Sekolah dinyatakan apresiasi mudah.Bincangkan apakah maksud mudah yanga nda analisa daripada kandungan aktiviti di

dalam 4 bidang yang dinyatakan.

Page 177: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

174 | K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I

memberi peluang kepada artis untuk menjelaskan kandungan karya mereka

berbincang dan menghuraikan aspek-aspek elemen dan prinsip, subjek atau tema dan mesej,

kontent yang hendak artis sampaikan menerusi karya mereka.

Ia tidak melibatkan aspek betul atau salah ia adalah proses menjelaskan karya secara terbuka

Ia juga adalah proses menghayati karya seni dengan mengaplikasi pengetahuan seni visual

Meningkatkan kreativiti pengkarya

Memberi motivasi dan galakan untuk terus berkarya

Menambah baik karya yang seterusnya untuk mencapai standard yang lebih baik

Proses apresiasi akan menjadikan artis lebih berminat untuk menghasilkan karya, kanak-kanak turut

mempunyai perasaan yang sama jika karya mereka dipuji dan dibincangkan dengan jelas dan baik.

Dalam konteks pendidikan di dalam bilik darjah apresiasi boleh dilakukan untuk :

Melakukan apresiasi akan dapat memberi ruang kepada kanak-kanak berbakat

Memahami dan bertindak terhadap aspek seni yang mereka murid-muridi

Mengetahui pentingnya nilai seni dalam kehidupan mereka

Menghasilkan karya(produk seni) yang boleh mencabar intelektual dan emosi mereka

Memahami seni dan hubungannya; dan

Membuat dan menggunakan pertimbangan estetik dan kualiti karya seni yang mereka

hasilkan, yang dihasilkan oleh rakan dan juga tokoh-tokoh seni

Untuk kanak-kanak bermaslah pembelajaran, apresiasi memberi ruang kepada mereka

Menyatakan emosi mereka melalui hasil karya

Membuktikan keupayaan mereka dalam melakukan kerja menggunakan kemahiran tangan

Tidak akan wujud perbandingan dengan rakan lain kerana hasil seni setiap orang akan

menjadi berbeza-beza

Meluahkan apa yang mereka rasa secara visual

Menjadi pengantara antara mereka dan dunia di sekeliling mereka

Menjadi satu bahasa yang boleh mereka gunakan untuk memperbaiki daya kognitif, sosial

dan artistik

Page 178: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I | 175

Terdapat berbagai cadangan oleh beberapa pakar Seni Visual mengenai proses apresiasi.

Pendekatan Apresiasi yang dikemukakan oleh Feldman (1967) dan Smith (1967) mencadangkan aktiviti-

aktiviti apresiasi seni, berasaskan kepada proses persepsi dan intelektual melalui empat tahap:

(a) Deskripsi (‘description ’)

(b) Menganalisa (‘analysis’)

(c) Tafsiran/Menterjemah (‘interpretation‘)

(d) Penilaian (‘evaluation‘)

(a) Deskripsi

Mengamati hasil seni dan menggmabarkan sifat-sifat tampak seperti warna, garisan, bentuk,

rupa, jalinan dan elemen-elemen gubahan iaitu prinsip dan struktur

Juga menjelaskan siapa yang menghasilkan, media, bahan dan teknik yang diaplikasi

(b) Menganalisa

Menganalisa perhubungan sifat-sifat tampak sepeti unsur-unsur seni, prinsip dan struktur.

Menganalisa kualiti ekspresif mood dan suasana di dalam karya.

Menghuraikan stail sesuatu karya, bagaimana pengkarya mengunakan warna, garisan.

Jalinan ruang, bentuk dan mesej

(c) Tafsiran

Mencari makna-makna yang terdapat pada sifat-sifat tampak seperti subjek, simbol, unsur-unsur seni, prinsip, struktur corak dan bahan.

Mencari metafora-metafora (ibarat/kiasan) dan analogy-analogi (persamaan) untuk menjelaskan makna tersebut.

(d) Penilaian Membuat penilaian berdasarkan kepada criteria yang bersesuaian seperti keaslian, gubahan,

teknik dan fungsi.

Menilai hasil seni berdasarkan kepada pengertiannya Kesesuaian/kepentingan(‘ significance ‘) dari segi individu, sosial, keagamaan dan

kepercayaan, sejarah serta keseniannya.

Menyatakan perasaan mereka terhadap karya dengan cara yang lebih formal

Page 179: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

176 | K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I

Proses apresiasi seni akan lebih mudah dan bermakna sekiranya kita telah dilengkapi dengan

pengetahuan mengenai seni dan persepsi yang tajam. Murid-murid perlu sentiasa bersedia untuk

diajukan soalan-soalan bukan sahaja mengenai karya yang telah siapa tetapi juga proses penghasilan

karya yang berlangsung.

Apakah pengetahuan seni yang diperlukan?

Pengetahuan asas senireka dan prinsip-prinsip seni.

Pengetahuan mengenai jenis seni, teknik, proses, alat dan bahan.

Stail sesuatu zaman, budaya, aliran, kumpulan atau individu.

Maklumat mengenai pelukis dan pandai tukang.

Memahami makna kreativiti dalam menjelaskan karya seperti perkataan keaslian, kelancaran,

keanjalan, bagaimana pengkarya menterjemah subjek, apa yang pengkarya cuba sampaikan.

10.6 Peranan Guru bagi Melaksana Proses Apresiasi

Guru perlu sentiasa melakukan proses apresiasi seperti yang dicadangkan oleh model Discpline Based

Art Education (DBAE). Guru harus memberi ruang untuk murid membuat apresiasi bukan sahaja di akhir

pembelajaran tetapai di sepanjang pembelajaran. Memperkenalkan kepada murid tokoh-tokoh seni visual

dan kraf sangat penting. Murid harus memahami kata dasar untuk proses apresiasi dengan cara guru

boleh menyediakan satu poster perkataan yang perlu mereka gunakan semasa membuat penilaian karya.

Penguasaan laras bahasa visual sangat penting di samping, proses apresiasi akan memberi ruang

kepada murid untuk memperkaya daftar bahasa visual mereka. Guru perlu sediakan beberapa carta

khususnya roda warna, sejarah seni, gambar-gambar yang berkaitan dengan tokoh, aliran dan falasafah.

Masukkan aspek estetika dan artistik di dalam sesi apresiasi. Minta murid bercakap dengan penuh

keyakinan kerana menerusi aktiviti apresiasi murid boleh mengembangkan potensi sosial dan komunikasi

mereka. Jadikan bahasa seni sebagai bahasa kegunaan dalam kelasa seni visual. Pastikan tidak ada

penggunaan perkata salah atau betul.

Bina skop perbincangan yang jelas supaya selepas beberapa seni pembelajaran murid faham apa yang

perlu mereka katakan. Sentiasa beri murid peluang merujuk kepada elemen unsur seni dan prinsip

rekaan dari semasa ke semasa. Jangan hakimi mereka dengan betul atau salah tetapi beri mereka ruang

untuk menjelaskan apa yang mereka fikir secara terbuka. Ianya akan dapat menaman dan memupuk

nilai-nilai murni seperti:

Page 180: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I | 177

Saling faham memahami,

Menghargai hasilan seni, Sayang kepada alam sekeliling, Cinta kepada negara,

Kesungguhan Boleh membuat pertimbangan, Peka pada isu-isu sosial dalam masyarakat,

Bersemangat patriotik, Berusaha dan

Produktif serta berfikiran positif

Menggunakan Pendekatan apresiasi Feldman, bincangakan kekuatan dan kelemahan hasil karya

murid tersebut.

Page 181: Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)

178 | K R E A T I V I T I D A N E K S P R E S I S E N I

RUMUSAN

Dalam unit ini dibincangkan bagaimana penilaian portfolio dan penilaian menerusi aspek apresiasi boleh

dilaksan adalam membentuk kreativiti dan ekspresi kanak-kanak. Penghasilan portfolio di samping hasil

arya dan sesi kritikan member ruang kepada murid memahami keseluruhan sistem membina karya seni

yang hebat. Sebagai guru, kita perlu sentiasa memahami konsep kreativiti dan perkembangan kanak -

kanak bagi memudahkan proses penilaian yang dapat mempertingkat kreativiti kanak-kanak.

RUJUKAN

Brennan. W.K., 1974. Shaping the Education of Slow Learners. London; Routledge & KeganPaul.

Bates, J. K. (2000). Becoming An Art Teacher. Singapore: Thomson Learning. Al Hurwitz dan Day,M. (1995). Children and Their Art (6th edt. ). New York: Harcourt Brace& Co. (ms. 565-600)

Barnes,R. (1987) Teaching Art to Young Children, London: Allen and Unwin. Beattie, D.K. (1997) Assessment In Art Education. Massachusetts:Davis Pub.Inc. Eisner, E.(1985). The Educational Imagination: On the Design and Evaluation of School Programs, 2nd.

Ed. . New York: Macmillan. High. G., 1977. Teaching Slow Learners, London; Temple Smith. Iberahim Hassan, (2004). Penilaian Dalam Pendidikan Seni Visual. dalam Pendidikan Seni Visual dan

Muzik. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kementerian Pendidikan. 1981. Kurikulum Baru Sekolah Rendah. Maklumat. Rationale Bidang Murid-

murid dan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran. PPK. Disember. ______, 1983. Buku Panduan Penilaian Dalam Bilik Darjah untuk KBSR.

______, 1984 Laporan Penilaian Pencapaian KBSR Tahun I, II dan III. ______, 1985. Laporan

Penilaian Pencapaian KBSR Tahun IV.

____________, 1986. Laporan Penilaian Pencapaian KBSR Tahun V.