eko pbs

21
Abstrak Tajuk untuk kajian ini ialah tentang tenaga buruh dan pengangguran di Malaysia dari tahun 2000 hingga tahun 2012. Dalam kajian ini, terdapat dua objektif kajian iaitu mengenal pasti arah aliran kadar pengangguran di Malaysia dari tahun 2000 hingga tahun 2012 dan mengenal pasti peratus perubahan tenaga buruh di Malaysia dari tahun 2000 hingga tahun 2012. Untuk kaedah kajian, pengkaji telah menggunakan data sekunder sebagai rujukan untuk mendapat maklumat. Maklumat yang diperoleh daripada laman web seperti Laporan Unit Perancangan Ekonomi dan Jabatan Perangkaan Malaysia. Pengkaji akan menganalisis semua data ini dan mempersembahkan dalam bentuk carta atau jadual bagi memudahkan pembaca memahami maklumat yang disampaikan. Melalui cara ini, kedua-dua objektif kajian telah dikenal pasti. Berdasarkan maklumat yang telah dianalisiskan, arah aliran kadar pengangguran di Malaysia dari tahun 2000 hingga tahun 2012 telah meningkat dan menurun dengan kadar yang tidak konsisten terutamanya pada tahun 2000 dan tahun 2001 telah menunjukkan kadar perubahan yang paling besar. Selain itu, objektif yang kedua iaitu peratus perubahan tenaga buruh di Malaysia dari tahun 2000 hingga tahun 2012 juga telah dikenal pasti. Melalui maklumat yang telah dikumpulkan, ia menunjukkan bahawa jumlah tenaga buruh di Malaysia semakin bertambah dari semasa ke semasa. Hal ini telah menunjukkan ekonomi di Malaysia semakin baik.

Upload: kreatif-tuisyen

Post on 01-Dec-2015

4.056 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Ekonomi

TRANSCRIPT

Page 1: eko pbs

Abstrak

Tajuk untuk kajian ini ialah tentang tenaga buruh dan pengangguran di Malaysia dari tahun

2000 hingga tahun 2012. Dalam kajian ini, terdapat dua objektif kajian iaitu mengenal pasti arah

aliran kadar pengangguran di Malaysia dari tahun 2000 hingga tahun 2012 dan mengenal pasti

peratus perubahan tenaga buruh di Malaysia dari tahun 2000 hingga tahun 2012. Untuk kaedah

kajian, pengkaji telah menggunakan data sekunder sebagai rujukan untuk mendapat maklumat.

Maklumat yang diperoleh daripada laman web seperti Laporan Unit Perancangan Ekonomi dan

Jabatan Perangkaan Malaysia. Pengkaji akan menganalisis semua data ini dan

mempersembahkan dalam bentuk carta atau jadual bagi memudahkan pembaca memahami

maklumat yang disampaikan. Melalui cara ini, kedua-dua objektif kajian telah dikenal pasti.

Berdasarkan maklumat yang telah dianalisiskan, arah aliran kadar pengangguran di Malaysia dari

tahun 2000 hingga tahun 2012 telah meningkat dan menurun dengan kadar yang tidak konsisten

terutamanya pada tahun 2000 dan tahun 2001 telah menunjukkan kadar perubahan yang paling

besar. Selain itu, objektif yang kedua iaitu peratus perubahan tenaga buruh di Malaysia dari

tahun 2000 hingga tahun 2012 juga telah dikenal pasti. Melalui maklumat yang telah

dikumpulkan, ia menunjukkan bahawa jumlah tenaga buruh di Malaysia semakin bertambah dari

semasa ke semasa. Hal ini telah menunjukkan ekonomi di Malaysia semakin baik.

Page 2: eko pbs

Latar belakang

Menurut buku teks ekonomi yang diterbitkan oleh ilmu bakti (penggal 3) dan penulis buku

ini ialah Theng Kock Leing. Pengangguran bermaksud tenaga buruh yang sanggup atau ingin

bekerja pada tingkat upah tertentu tetapi masih tidak mendapat sebarang pekerjaan manakala

tenaga buruh merujuk kepada penduduk berumur dalam lingkungan 15 hingga 64 tahun yang

sedang bekerja dan sedang aktif mencari pekerjaan tetapi tidak termasuk pelajar dan suri rumah.

Menurut Har Wai Mun (2000), pengangguran telah membawa kebimbangan terhadap kesihatan

rakyat dan persekolahan. Hal ini kerana krisis ekonomi ini akan menurunkan pendapatan isi

rumah benar dan menyebabkan mengurangkan penyertaan anak-anak mereka dari bidang

akademik. Pada masa yang sama, mereka turut mengurangkan penggunaan kemudahan kerajaan

atau swasta dan ini telah menurunkan standard kesihatan rakyat. Dalam kajian ini, objektifnya

adalah mengenal pasti arah aliran kadar pengangguran dan peratus perubahan tenaga buruh di

Malaysia dari tahun 2000 hingga 2012.

Di Malaysia, kadar pengangguran telah menunjukkan perubahan kadar yang tidak

konsisten walaupun telah mencapai guna tenaga penuh iaitu kurang daripada 4% dalam tempoh

masa 12 tahun iaitu dari tahun 2000 hingga tahun 2012. Akan tetapi, pengangguran yang kurang

daripada 4% masih dapat membawa masalah sosial kepada Malaysia. Berdasarkan masalah yang

telah dinyatakan di atas, iaitu kesihatan rakyat dan persekolahan kanak-kanak akan terjejas tidak

mengira sekarang atau masa depan. Hal ini demikian disebabkan kanak-kanak pada hari ini akan

menjadi pemimpin pada masa depan. Oleh itu, jikalau kanak-kanak pada hari ini tidak mendapat

pendidikan yang sempurna maka pada masa depan Malaysia memang mengalami masalah

kekurangan tenaga buruh yang berkualiti dan ini dapat menjejaskan perkembangan ekonomi

Malaysia. Selain itu, kekurangan penggunaan kemudahan kerajaan atau swasta juga akan

menurunkan taraf hidup rakyat secara tidak langsung disebabkan tidak mampu menikmati

kemudahan yang sedia ada.

Masalah pengangguran telah membimbangkan semua pihak terutamanya pihak kerajaan.

Oleh itu, pihak kerajaan telah menggalakkan penduduk tempatan melibatkan diri dalam pelbagai

bidang ekonomi. Contohnya, kerajaan menggalakkan penduduk tempatan terlibat dalam sektor

pertanian dengan cara menyediakan pakej program-program seperti mempertingkatkan

Page 3: eko pbs

pembangunan pusat-pusat pertanian, pembangunan tanah terbiar dan pembangunan industri

hiliran serta pembangunan usahawan. Kerajaan berharap dengan cara ini dapat melahirkan petani

yang berdikari dan mengurangkan jumlah pengangguran. Di samping itu, kerajaan juga telah

menyediakan Pelan Tindakan Pekerjaan Nasional (NAPE) 2008-2010 untuk menangani masalah

pengangguran di negara kita.

Page 4: eko pbs

Penyataan Masalah

Kajian ini menekanan kepada arah aliran kadar pengangguran dan peratus perubahan di

Malaysia dari tahun 2000 hingga tahun 2012. Kajian ini ingin mengkaji pertumbuhan

pengangguran dan tenaga buruh di Malaysia walaupun Malaysia telah mencapai guna tenaga

penuh melalui data yang telah dikumpulkan dalam tempoh 12 tahun. Walaupun telah mencapai

guna tenaga penuh tetapi pihak kerajaan masih membimbangkan cara untuk mengekalkannya.

Oleh itu, kerajaan sentiasa memberi perhatian terhadap pertumbuhan pengangguran dan tenaga

buruh dari semasa ke semasa. Kajian ini agak penting kerana dapat membantu kerajaan

menganalisis kadar pengangguran dan peratus perubahan tenaga buruh dari tahun 2000 hingga

tahun 2012. Melalui kajian ini, jikalau didapati bahawa arah aliran kadar pengangguran semakin

meningkat, maka kerajaan akan mengambil tindakan atau dasar untuk mengatasi krisis ekonomi

ini.

Page 5: eko pbs

Objektif kajian

Dalam memastikan kajian ini berjalan dengan lancar dan sistematik, perhatian haruslah

diberikan sepenuhnya terhadap objektif kajian kerana objektif berfungsi sebagai kerangka

kajian ini.Oleh itu ,pengkaji telah menetapkan beberapa objektif yang ingin dicapai dalam

kajian ini. Objektif kajian adalah seperti yang berikut :

1. Mengenal pasti arah aliran kadar pengangguran di Malaysia dari tahun 2000 hingga 2012.

2. Mengenal pasti peratus perubahan tenaga buruh di Malaysia dari tahun 2000 hingga

2012.

Page 6: eko pbs

Kaedah kajian

Kaedah kajian merujuk kepada suatu pendekatan saintifik yang digunakan untuk mencari

jawapan atau penyelesaian kepada sesuatu masalah yang hendak dikaji. Selain itu, kaedah kajian

juga ialah satu kombinasi beberapa faktor yang perlu ditemui untuk memeroka pelbagai

persepektif masyarakat semula jadi.

Skop

Kajian ini menfokuskan arah aliran kadar pengangguran dan peratus perubahan tenaga

buruh di Malaysia dari tahun 2000 hingga tahun 2012.

Pengumpulan data

Dalam proses pengumpulan data, pengkaji telah menggunakan cara data sekunder untuk

mengumpul data. Bagi pengumpulan data sekunder, pengkaji telah melayari laman web seperti

Laporan Unit Perancangan dan Jabatan Perangkaan Malaysia. Melalui cara ini, pengkaji telah

berjaya mendapat maklumat tentang pengangguran dan tenaga buruh dari tahun 2000 hingga

tahun 2012. Analisis data berdasarkan Laporan Unit Perancangan dan Jabatan Perangkaan

Malaysia.

Analisis data

Kaedah analisis data telah dilakukan melalui program excel. Graf bar dan graf garis telah

digunakan untuk menunjukkan arah aliran kadar pengangguran dan peratus perubahan tenaga

buruh. Formula digunakan untuk mengira kadar pengangguran dan peratus perubahan.

Contoh kira formula:

Kadar pengangguran = Jumlah penganggur X 100

Jumlah tenaga buruh

Page 7: eko pbs

Tahun Tenaga buruh Penganggur Formula Kadar pengangguran

2000 9556.1 286.9 286.9 X 100

9556.1 = 3.00%

3.00%

Jadual 1 menunjukkan cara untuk mengira kadar pengangguran pada tahun 2000

Peratus perubahan tenaga buruh = Jumlah tenaga buruh (t) – Jumlah tenaga buruh (t-1) X 100

Jumlah tenaga buruh (t-1)

Tahun Tenaga buruh Formula Peratus perubahan

Tenaga buruh

2000 9556.1 9699.4 – 9556.1 X 100

9556.1 = 1.50% 1.50% 2001 9699.4

Jadual 2 menunjukkan cara untuk mengira peratus perubahan tenaga buruh pada tahun 2001

Page 8: eko pbs

Hasil dapatan

Analisis tentang arah aliran kadar pengangguran di Malaysia dari tahun 2000 hingga tahun 2012.

Tahun Tenaga buruh (‘000) Kadar pengangguran (%)

2000 9556.1 3.0

2001 9699.4 3.5

2002 9886.2 3.5

2003 10239.6 3.6

2004 10346.2 3.5

2005 10413.4 3.5

2006 10628.9 3.3

2007 10889.5 3.2

2008 11028.1 3.3

2009 11315.3 3.7

2010 12303.9 3.3

2011 12675.8 3.1

2012 12934.3 3.0

Rajah 2.1 menunjukkan arah aliran kadar pengangguran di Malaysia dari tahun 2000 hingga

2012

Page 9: eko pbs

2000

20012002

20032004

20052006

20072008

20092010

20112012

0

0.5

1

1.5

2

2.5

3

3.5

4

kadar pengangguran

kadar pengangguran

Pera

tusa

n

Graf garis 2.1 menunjukkan arah aliran kadar pengangguran di Malaysia dari tahun 2000

hingga 2012

Berdasarkan rajah dan graf garis 2.1 yang diatas, pengkaji telah menganalisis kadar

pengangguran di Malaysia dari tahun 2000 hingga 2012. Pada tahun 2000 hingga 2012, arah

aliran kadar pengangguran di Malaysia telah menunjukkan arah aliran yang tidak konsistent dari

semasa ke semasa. Kadar pengangguran telah meningkat dari 3.0% pada tahun 2000 kepada

3.5% pada tahun 2001. Ia telah meningkat sebanyak 0.5% dalam tempoh masa setahun dan tidak

berubah pada tahun 2002 iaitu 3.5%. Di Malaysia, arah aliran kadar pengangguran telah

meningkat. Pada tahun 2002, kadar pengangguran telah meningkat sebanyak 0.1% dengan kadar

yang agak rendah iaitu dari 3.5% meningkat kepada 3.6% pada tahun 2003. Seterusnya, arah

aliran kadar pengangguran di Malaysia telah menunjukkan kadar pengangguran yang menurun

iaitu menurun sebanyak 0.1%. Ia telah menurun dari 3.6% pada tahun 2003 kepada 3.5% pada

tahun 2004% dan kadarnya masih konsisten (0%) di mana masih 3.5% pada tahun 2005. Pada

tahun 2006, ia menurun lagi sebanyak 0.2% iaitu menjadi 3.3%. Arah aliran kadar

pengangguran pada tahun 2006 telah pun menurun sebanyak 0.1%. Pada tahun 2007, kadar

penganggurannya ialah 3.2% berbanding dengan 3.3% pada tahun 2006. Selepas itu, ia

Page 10: eko pbs

meningkat sehingga 3.3% pada tahun 2008 di mana telah meningkat 0.1%. Pada tahun 2009,

kadar pengangguran telah meningkat kepada 3.7% dari 3.3% pada tahun 2008. Di man telah

menunjukan peningkatan kadar yang paling tinggi dalam tempoh sepanjang 12 tahun iatu 0.4%.

Pada tahun yang seterusnya, kadar pengangguran telah menurun dari 3.7% sehingga pada tahun

2010. Akhir sekali, arah aliran kadar pengangguran di Malaysia menunjukkan kadar perubahan

yang menurun pada tahun 2010 sehingga tahun 2012. Pada tahun 2011, ia telah menurun dari

3.3% (2010) ke 3.1% dan terus menurun lagi sebanyak 0.1% kepada 3.0% .

Analisis tentang peratus perubahan tenaga buruh di Malaysia dari tahun 2000 hingga tahun 2012.

Tahun Tenaga buruh (‘000) Peratus perubahan tenaga buruh (%)

2000 9556.1

2001 9699.4 1.50

2002 9886.2 1.93

2003 10239.6 3.57

2004 10346.2 1.04

2005 10413.4 0.65

2006 10628.9 2.07

2007 10889.5 2.45

2008 11028.1 1.27

2009 11315.3 2.60

2010 12303.9 8.74

2011 12675.8 3.02

2012 12934.3 2.04

Rajah 2.2 menunjukkan peratus perubahan tenaga buruh di Malaysia dari tahun 2000 hingga

2012

Page 11: eko pbs

2000

20012002

20032004

20052006

20072008

20092010

20112012

0

1

2

3

4

5

6

7

8

9

Peratus perubahan tenaga buruh

Peratus perubahan tenaga buruh

Graf bar 2.2 menunjukkan peratus perubahan tenaga buruh di Malaysia dari tahun 2000 hingga

2012

Berdasarkan rajah dan graf bar 2.2 yang diatas, jumlah tenaga buruh di Malaysia telah

menunjukkan peratus perubahan yang meningkat dari tahun 2000 hingga tahun 2012. Jumlah

tenaga buruh telah meningkat dari 9556.1 ribu orang pada tahun 2000 kepada 9699.4 ribu orang

pada tahun 2001. Ia telah meningkat sebanyak 143.3 ribu orang atau 1.50%. Di Malaysia, peratus

perubahan jumlah tenaga buruh telah meningkat. Pada tahun 2002, jumlah tenaga buruh telah

meningkat sebanyak 106.6 ribu orang atau 1.04% iaitu 9886.2 ribu orang meningkat ke 10239.6

ribu orang pada tahun 2003. Seterusnya, jumlah tenaga buruh telah menunjukkan peratus

perubahan yang meningkat dengan kadar yang paling rendah iaitu 0.65%. Ia telah meningkat dari

10346.2 ribu orang pada tahun 2004 hingga 10413.4 ribu orang pada tahun 2005. Pada tahun

2006, ia terus meningkat kepada 10628.9 ribu orang iaitu bertambah sebanyak 215.5 ribu orang.

Peratus perubahan jumlah tenaga buruh di Malaysia pada tahun 2006 telah meningkat. Pada

Page 12: eko pbs

tahun yang seterusnya (2007), ia telah bertambah sebanyak 260.6 ribu orang dan menjadi

10889.5 ribu orang berbanding dengan tahun 2006. Selepas itu, ia juga meningkat sehingga

11028.1 ribu orang pada tahun 2008 di mana telah meningkat sebanyak 1.27% dan masih

meningkat sehingga 11315.3 ribu orang pada tahun 2009. Selain itu, peratus yang telah

meningkat paling tinggi ialah 8.74% pada tahun 2012. Di mana jumlah tenaga buruh emningkat

dari 11315.3 ribu orang (2009) sehingga 12303.9 ribu orang (2010). Ia telah menambah

sebanyak 988.6 ribu orang. Akhir sekali, jumlah tenaga buruh di Malaysia menunjukkan peratus

perubahan yang meningkat pada tahun 2010 hingga tahun 2012. Pada tahun 2011, ia telah

meningkat menjadi 12675.8 ribu orang dan bertambah lagi sebanyak 258.5 ribu orang pada tahun

2012 iaitu 2.04%.

Page 13: eko pbs

Cadangan

Kajian ini adalah mengenal pasti arah aliran kadar pengangguran dan peratus perubahan

tenaga buruh di Malaysia dari tahun 200 hingga 2012. Melalui objektif ini, diddapati bahawa

Malaysia telah mencapai guna tenaga penuh iaitu kadar pengangguran kurang 4% dan tenaga

buruh semakin bertambah dalam tempoh 12 tahun ini. Namun begitu, masih terdapat beberapa

masalah yang perlu dibimbangkan seperti kekekurangan peluang pekerjaan disebabkan lebihan

tenaga buruh dan cara untuk mengekalkan tenaga buruh supaya mencapai gune tenaga penuh.

Oleh itu, terdapat beberepa cadangan yang boleh dilaksanakan.

Cadangan yang pertama ialah mengekalkan tenaga buruh dengan cara menetapkan upah

minimum. Kebanyakan pelajar selepas mendapat ijazah sarjana muda pergi ke luar negara atau

terus bekerja di luar Negara atas sebab upah yang ditawarkan kepada mereka lebih tinggi

berbanding dengan negara sendiridan pakar-pakar dalam bidang tertentu pun sama. Hal ini

memang akan menjejaskan perkembangan ekonomi Malaysia. Oleh itu, kerajaan boleh

mengehadkan upah minimum RM900 kepada pekerja di semenanjung Malaysia disebabakn kos

sara hidup di sana agak tinggi manakala di sabah dan Sarawak boleh menentukan gaji minimum

sebanyak RM800. Dasar ini perlu dilaksanakan oleh semua pihak sama ada pihak kerajaan atau

swasta. Menurut Datuk Dr.S.Subramaniam (2012), dia juga menyokong bahawa gaji minimum

perlu dilaksanakan untuk membantu rakyat yang berpendapatan rendah. Hal ini kerana dia

mendapati bahawa rakyat sekarang mengahadapi kesulitan untuk memenuhi keperluan hidup

mereka terutamanya gaji yang di bawah RM750 sebulan. Oleh itu, dasar gaji minimum boleh

dilakasanakan untuk mengekalkan tenaga buruh di Malaysia supaya tidak perlu mengimport

tenaga buruh dari luar negara.

Cadangan yang kedua ialah melaksanakan dasar fiskal kerajaan boleh meningkatkan

perbelanjaan dan mengurangkan cukai. Hal ini bertujuan untuk mewujudkan lebih banyak

peluang pekerjaan. Ini disebabkan kerajaan perlu memastikan peluang pekerjaan yang

ditawarkan sentiasa mencukupi untuk menampung tenaga buruh yang sedia ada. Oleh itu,

kerajaan boleh meningkatkan perbelanjaan melalui membuka industri baharu atau

membangunkan sektor-sektor tertentu. Sebagai contoh, kerajaan menjalankan Rancangan

Malaysia Kesembilan (RMK-9) di mana pertanian menjadi sektor utama yang diberi tumpuan.

Page 14: eko pbs

Sejumlah RM11.4 bilion diperuntukkan bagi meningkatkan sektor pertanian menjadi lebih

moden dan dinamik. Selain itu, kerajaan juga member insentif kepada pengusaha-pengusaha

pertanian supaya mereka mampu meluaskan pernigaan mereka dan menarik usahawan tani.

Menurut Unit Perancang Ekonomi (EPO), kerajaan akan meningkatkan nilai eksport pertanian

kepada RM 72 bilion menjelang 2010. Seterusnya, kerajaan telah mengurangkan cukai etrhadap

pelabur asing. Hal ini memang dapat menarik minat pelabur asing untuk dating ke Malaysia dan

membuat pelaburan. Melalui pelaburan asing, peluang pekerjaan dapat ditambah dengan banyak.

Menurut Steve Forbes (2011), beliau menyatakan terdapat banyak tindakan susulan yang

dilaksanakan oleh Malaysia dari segi memudahkan kedatangan pelabur, termasuk menghapuskan

halangan pelaburan seperti cukai dan birokasi.

Dengan melaksanakan beberapa cadangan ini, sememangnya dapat mewujudkan peluang

pekerjaan yang mencukupi. Hal ini bukan setakat mengurangkan masalah pengangguran dan

juga dapat meningkat ekonomi Malaysia.

Page 15: eko pbs

Rumusan

Melalui kajian ini, maka dapat disimpulkan bahawa Malaysia telah mencapai guna tenaga

penuh iaitu kadar pengangguran kurang daripada 4%. Dari tahun 2000 hingga 2012, Malaysia

telah berjaya mengawal kadar pengangguran kurang daripada 4% hanya pada tahun 2009 kadar

pengangguran telah meningkat hamper lebih daripada 4% iaitu 3.7%. Hal ini berlaku disebabkan

oleh kesan langsung daripada kelembapan aktiviti ekonomi yang menyebabkan permintaan

daripada luar negara terus susut sejak akhir 2008. Untuk mengatasi masalah ini, kerajaan telah

mengambil tindakan seperti member insentif kepada majikan yang mengambil semula pekerja

yang diberhentikan dan mewujudkan peluang latihan bagi rakyat Malaysia yang terjejas akibat

kelembapan ekonomi. Pada tahun yang seterusnya (2010), kadar pengangguran telah jatuh

semula kepada 3.3%. Untuk mengelakkan masalah ini berlaku, kerajaan telah melaksanakan

beberapa langkah atau dasar untuk menanganinya dan berusaha untuk mengekalkan guna tenaga

penuh supaya dapat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang berpendapatan tinggi iaitu

mencapai wawasan 2020.