pelancongan eko (3)

29
PEMBANGUNAN PERUSAHAAN MADU DAN LEBAH KELULUT SEBAGAI TARIKAN EKOPELANCONGAN (ECOTOURISM) Oleh: Siti Hashidah binti Mohd Nasir (PP6513) Fakulti Pendidikan, UKM Abstrak Perusahaan madu dan lebah kelulut merupakan salah satu aktiviti yang boleh dikembangkan untuk menjadi salah satu unsur tarikan pelancongan berasaskan ekologi, pertanian dan juga pendidikan. Ekopelancongan merupakan satu produk pelancongan yang semakin berkembang di Malaysia. Konsep ekopelancongan yang mengutamakan elemen ekologi, pendidikan dan pertanian sangat sesuai untuk diterapkan bersama dengan aktiviti perusahaan lebah kelulut. Perkembangan aktiviti ekopelancongan dalam perusahaan lebah kelulut adalah pilihan pembangunan yang paling sesuai untuk mencapai pembangunan mapan sebagai melestarikan kesejahteraan persekitaran alam semulalajadi yang terdapat di Malaysia. Hal ini kerana, keunikan kaedah penternakan lebah kelulut dan penghasilan madu kelulut yang mempunyai interaksi yang sangat rapat dengan alam semulajadi dapat dijadikan tarikan kepada pelancong untuk mengunjungi Malaysia seterusnya menyumbang kepada peningkatan ekonomi. Dengan menggunakan kaedah kajian perpustakaan melalui analisis dokumen, suatu kajian yang berkaitan dengan pembangunan perusahaan lebah dan madu kelulut sebagai satu tarikan ekopelancongan dijalankan. Pengumpulan data berkaitan 1

Upload: s-hashidah-mn

Post on 28-Nov-2015

353 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

nice

TRANSCRIPT

Page 1: Pelancongan Eko (3)

PEMBANGUNAN PERUSAHAAN MADU DAN LEBAH KELULUT SEBAGAI

TARIKAN EKOPELANCONGAN (ECOTOURISM)

Oleh:

Siti Hashidah binti Mohd Nasir (PP6513)

Fakulti Pendidikan, UKM

Abstrak

Perusahaan madu dan lebah kelulut merupakan salah satu aktiviti yang boleh dikembangkan

untuk menjadi salah satu unsur tarikan pelancongan berasaskan ekologi, pertanian dan juga

pendidikan. Ekopelancongan merupakan satu produk pelancongan yang semakin berkembang

di Malaysia. Konsep ekopelancongan yang mengutamakan elemen ekologi, pendidikan dan

pertanian sangat sesuai untuk diterapkan bersama dengan aktiviti perusahaan lebah kelulut.

Perkembangan aktiviti ekopelancongan dalam perusahaan lebah kelulut adalah pilihan

pembangunan yang paling sesuai untuk mencapai pembangunan mapan sebagai melestarikan

kesejahteraan persekitaran alam semulalajadi yang terdapat di Malaysia. Hal ini kerana,

keunikan kaedah penternakan lebah kelulut dan penghasilan madu kelulut yang mempunyai

interaksi yang sangat rapat dengan alam semulajadi dapat dijadikan tarikan kepada pelancong

untuk mengunjungi Malaysia seterusnya menyumbang kepada peningkatan ekonomi.

Dengan menggunakan kaedah kajian perpustakaan melalui analisis dokumen, suatu kajian

yang berkaitan dengan pembangunan perusahaan lebah dan madu kelulut sebagai satu tarikan

ekopelancongan dijalankan. Pengumpulan data berkaitan dengan buku-buku rujukan, jurnal,

suratkhabar, risalah dan kajian lepas telah digunakan dalam mendapatkan maklumat yang

diperlukan. Kajian ini melihat perkembangan ekopelancongan dan perusahaan madu kelulut

di Malaysia, potensi dan kepentingan serta cadangan untuk memajukan pembangunan

ekopelancongan dalam perusahaan madu kelulut.

1

Page 2: Pelancongan Eko (3)

PENGENALAN

Pelancongan yang berasaskan kepada alam semulajadi merupakan sektor yang berpotensi

besar untuk diceburi. Hal ini kerana, pelancongan merupakan salah satu daripada industri

terbesar dan pesat berkembang di dunia, menyumbang 10.3% kepada Keluaran Dalam

Negeri Kasar (KDNK) dunia dan menyediakan 234 juta pekerjaan atau 8.2% daripada jumlah

keseluruhan guna tenaga pada tahun 2006. United Nations World Tourism Organisation

(UNWTO) mengunjurkan jumlah ketibaan pelancong antarabangsa di seluruh dunia

mencapai 1.1 bilion orang menjelang 2010. Trend sebelum ini menunjukkan 80.0% daripada

perjalanan pelancong antarabangsa di seluruh dunia adalah antara wilayah serantau, namun

kebelakangan ini perjalanan jarak jauh telah meningkat. Perubahan ini merupakan satu

perkembangan yang boleh dimanfaatkan oleh Malaysia untuk meningkatkan jumlah ketibaan

pelancong dan pendapatan daripada sektor pelancongan.

Ekopelancongan adalah sub dalam industri pelancongan yang merupakan usaha untuk

mencapai satu keseimbangan antara eksploitasi ekonomi terhadap sumber alam dan warisan

budaya komuniti peribumi tanpa menyebabkan sebarang kerosakan atau ancaman

kewujudannya. Ekopelancongan melibatkan pemeliharaan terhadap alam sekitar dan sosio-

budaya yang wujud di kawasan ekopelancongan (Goeldner et al., 2000). Sumbangan industri

ekopelancongan tidak hanya terhad terhadap ekonomi dan persekitaran fizikal malah

ekopelancongan berupaya mewujudkan perubahan budaya dan sosial tempatan termasuk

sistem nilai, cara hidup tradisional, hubungan kekeluargaan, perlakuan individu atau struktur

komuniti.

Ekopelancongan berasal dari perkataan bahasa Inggeris, ecotourism, umumnya

berkisar kepada pengembaraan alam sekitar yang bertujuan menikmati dan menghayati

pengalaman alam semula jadi dan kebudayaan (Weaver, 2001). Ia seharusnya mempunyai

impak yang rendah terhadap alam sekitar dan harus menyumbang kepada kesejahteraan

penduduk tempatan. Secara perinciannya ekopelancongan boleh diringkaskan kepada aktiviti-

aktiviti yang membawa pelancong lebih dekat kepada alam semulajadi; mereka boleh

mengambil bahagian, berhibur dan merasa keseronokan mempelajari, melawat dan menemui

sesuatu yang baru yang berasaskan alam semulajadi; kebiasaannya ia menyelitkan bersama

program-program aktiviti gaya kehidupan masyarakat luar bandar, seni, budaya dan warisan

masyarakat setempat; ia menyediakan peluang kepada pelancong untuk merasakan sendiri

aktiviti pertanian secara langsung; pelancong boleh mengambil bahagian yang rutin

dilakukan oleh penduduk tempatan dan mereka boleh mengharungi lautan bersama-sama

dengan nelayan.

2

Page 3: Pelancongan Eko (3)

Perusahaan madu kelulut merupakan salah satu aktiviti yang boleh dikembangkan

untuk memajukan industri pelancongan negara menerusi konsep ekopelancongan yang

berasaskan ekologi, pendidikan dan pertanian. Aktiviti perusahaan penternakan lebah kelulut

yang tidak menggugat habitat asal lebah kelulut sangat sinonim dengan konsep yang

diterapkan dalam ekopelancongan. Keistimewaan penternakan lebah kelulut yang

menggunakan kaedah sarang yang mesra alam dan ‘mesra lebah kelulut’ dapat menjamin

ketulenan habitat lebah kelulut dan seterusnya dapat menghasilkan madu kelulut 100% asli

dan penuh berkhasiat. Memajukan aktiviti perusahaan madu kelulut adalah penting kerana

keunikan kaedah penternakan dan penghasilan madu kelulut dapat dijadikan tarikan kepada

pelancong untuk mengunjungi Malaysia seterusnya menyumbang kepada peningkatan

ekonomi.

Penternakan komersial lebah kelulut secara besar-besaran merupakan aktiviti utama

yang unik dan menarik perhatian kepada setiap pengunjung yang datang untuk bercuti dan

menghabiskan masa lapang. Di samping itu, aktiviti ini juga dapat memberikan pendedahan

kepada para pelancong tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan ekologi alam

semulajdi dalam apa jua bentuk promosi pelancongan yang ingin dijalankan. Secara

kesimpulan, perkembangan aktiviti ekopelancongan dalam perusahaan madu kelulut adalah

pilihan pembangunan yang paling sesuai untuk mencapai pembangunan mapan untuk

melestarikan kesejahteraan persekitaran alam semulalajadi yang terdapat di Malaysia.

PERUSAHAAN MADU DAN LEBAH KELULUT DI MALAYSIA

Mungkin masih tidak ramai yang pernah mendengar tentang perusahaan madu kelulut apa

lagi melihat penternakan lebah kelulut mahupun merasai madunya. Biasanya, bila disebut

tentang madu, ia amat sinonim sekali dengan dengan madu lebah berbanding kelulut.

Kebanyakan kajian juga hanya tertumpu kepada lebah madu dalam Genus Apis seperti Apis

Melifera dan Apis Dorsata yang menyengat. Manakala lebah tidak menyengat atau lebih

dikenali sebagai kelulut dalam Genus Trigona juga memainkan peranan penting bagi proses

pendebungaan selain menghasilkan madu. Madu kelulut mempunyai antioksidan yang lebih

tinggi berbanding madu lebah manakala propolisnya pula dikatakan mempunyai antibiotik

semulajadi. Rasanya pula lebih masam berbanding madu lebah, serta mendapat permintaan

yang tinggi dari farmasi.

Aktiviti perusahaan lebah kelulut merupakan satu dimensi dalam industri madu di

Malaysia. Penternakan lebah kelulut misalnya, menjadi alternatif baru terhadap lebah madu

kerana penghasilan madu daripada kelulut yang dikatakan lebih berkhasiat. Walaupun kelulut

3

Page 4: Pelancongan Eko (3)

sejenis serangga kecil dan mengeluarkan produk dalam kuantiti sedikit tetapi bila dipelihara

dalam kuantiti besar pengeluaran madu kelulut boleh ditingkatkan. Lebah kelulut atau nama

saintiknya Trigona Spp mempunyai lebih 150 spesies di serata dunia malah Malaysia sendiri

mempunyai 29 spesies lebah itu dengan habitat kegemarannya hutan hujan tropika. Spesies

yang digalakkan dipelihara di Malaysia ialah Trigona Itama dan Trigona Thoracica. Lebah

kelulut merupakan antara 33 jenis spesis lebah trigona yang tidak mempunyai sengat dan

madu dikatakan mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan dan dapat memulihkan pelbagai

jenis penyakit kronik.

Pelbagai pihak telah meneroka perusahaan penternakan lebah kelulut dan juga

penghasilan madu kelulut kerana menyedari potensi projek ini dalam menjana pendapatan

dan ekonomi. Perusahaan lebah kelulut secara komersial telah menjadi projek ekonomi

baharu yang mempunyai potensi tinggi untuk meningkatkan pendapatan penduduk khususnya

di luar bandar. Projek berkenaan diyakini mampu memberi pulangan lumayan kerana boleh

dilaksanakan dengan cepat, kos yang rendah serta pulangan pendapatan cepat. Menyedari

perkembangan ini, banyak pihak yang bertanggungjawab telah memainkan peranan untuk

memajukan projek perusahaan lebah kelulut. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan

Wilayah (KKLW) misalnya, telah melaksanakan projek perusahaan madu lebah kelulut di 18

buah kampung di seluruh negara melalui Program Desa Lestari bertujuan untuk menjana

ekonomi sampingan kepada penduduk berpendapatan rendah dan sederhana di kawasan luar

bandar seperti peneroka. Berdasarkan kepada permintaan madu yang tinggi sama ada di

pasaran tempatan dan luar negara, kementerian yakin ia merupakan peluang yang amat baik

kepada penduduk luar bandar untuk mempelopori industri ini. Projek ini diharapkan dapat

menjana ekonomi yang tinggi serta memberi tambahan pendapatan serta pekerjaan kepada

penduduk di kampung-kampung.

Kajian yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia

(MARDI) menunjukkan negara mempunyai kepelbagaian kelulut paling banyak berbanding

negara Asia lain. Pelbagai usaha pemuliharaan spesies kelulut di lapangan giat dijalankan

oleh pihak MARDI bagi tujuan penyelidikan dan pendidikan. Beberapa sarang direka di

ladang MARDI di Serdang bertujuan memanipulasi koloni bagi proses pendebungaan

beberapa spesies buah-buahan dengan bunga kecil dan penghasilan madu. Koloni kelulut di

MARDI telah diletakkan di ladang durian, belimbing dan longan sebagai agen pendebungaan

yang berjaya. Penggunaan koloni kelulut sebagai agen pendebungaan telah menunjukkan

peningkatan hasil dan sentiasa menjadikan pokok tanaman sentiasa berbuah tidak mengira

musim. Lebih istimewa lagi, lebah kelulut mudah mendebungakan bunga yang bersaiz lebih

4

Page 5: Pelancongan Eko (3)

kecil yang tidak boleh dilakukan oleh lebah madu. Di MARDI, koloni kelulut telah

diletakkan dalam kotak yang memuatkan 1,000 hingga 2,000 ekor bagi tujuan komersial.

Setakat ini, usaha mengkomersialkan perusahaan lebah dan madu kelulut masih

kurang aktif kerana masih ramai yang tidak mengetahui akan kelebihan kelulut. Sama seperti

lebah madu, kelulut juga menghasilkan madu dan propolis yang kaya dengan khasiat seperti

antioksidan yang tinggi. Madu kelulut lebih mahal dibandingkan dengan madu lebah biasa

kerana kurang di pasaran. Selain itu, koloni lebah kelulut juga menghasilkan propolis yang

boleh berfungsi sebagai antikulat, antifungus, antibakteria, dan antiradang yang biasanya

digunakan sebagai bahan aktif dalam komestik, krim dan tablet. Tambahan lagi, penternakan

lebah kelulut mudah diuruskan kerana tidak seperti lebah madu yang sering hilang, tidak

tinggal di sarang serta mudah diserang penyakit. Menyedari banyak manfaat yang dapat

diperolehi melalui aktiviti penternakan kelulut, maka projek perusahaan ini perlu segera

dimajukan secara komersial.

POTENSI EKOPELANCONGAN DALAM PERUSAHAAN LEBAH MADU KELULUT

Perusahaan madu kelulut merupakan salah satu aktiviti yang boleh dimajukan sepenuhnya

dalam pembangunan ekopelancongan. Habitat koloni lebah kelulut yang kebiasaannya,

samada di hutan mahupun di kampung, akan membuat sarang di dalam batang pokok boleh

dimanfaatkan untuk menjadi satu projek penternakan yang berkonsepkan ekopelancongan.

Usaha ini pastinya mempunyai potensi yang tinggi kerana persekitaran di kawasan luar

bandar dan kampung-kampung di Malaysia kaya dengan kesempurnaan alam semulajadi

yang masih baik terpelihara. Projek ekonomi ini pastinya bukan sahaja dapat meningkatkan

lagi perusahaan ternakan lebah kelulut secara komersial tetapi pada masa yang sama juga

dapat menggalakkan tarikan pelancong terhadap industri ekopelancongan negara. Perusahaan

lebah dan madu kelulut berkonsepkan ekopelancongan pastinya menjadi dimensi baru dalam

usaha meningkatkan pendapatan penduduk khususnya di kawasan luar bandar. Projek

berkenaan diyakini mampu memberi pulangan lumayan kerana boleh dilaksanakan dengan

cepat, kos yang rendah serta pulangan pendapatan cepat. Secara tidak langsung, projek ini

dapat menambah alternatif kawasan ekopelancongan yang sedia ada di Malaysia selain dari

hutan simpan, taman rekreasi, kampung budaya dan lain-lain.

Untuk menghasilkan madu dan propolis lebah kelulut yang bermutu tinggi dan

berkhasiat, perusahaan koloni lebah kelulut perlu dibangunkan di persekitaran habitat dan

eko-sistemnya yang kaya dengan alam semulajadi yang terpelihara. Oleh yang demikian,

lokasi ladang perusahaan ternakan lebah kelulut mestilah terletak bersebelahan hutan dara di

5

Page 6: Pelancongan Eko (3)

pinggir bukit yang diliputi oleh pelbagai jenis tumbuhan liar semulajadi dan tidak terdedah

dengan pencemaran alam. Dengan ini, koloni lebah kelulut dapat berinteraksi dengan benda

hidupan dan bukan hidupan, serta gaya hidupnya dipengaruhi oleh faktor fizikal di

sekelilingnya. Beberapa tumbuhan, haiwan dan serangga yang dijumpai dan menumpang

hidup di persekitarannya adalah seperti semut, anai-anai, labah-labah, cicak dan katak.

Penanaman berbagai jenis tumbuhan pokok buahan, hiasan lanskap dan teduhan di

persekitaran ternakan koloni lebah kelulut dapat menambahkan lagi sumber makanan kepada

lebah kelulut. Koloni kelulut hidup sendiri dengan menghisap semua jenis madu bunga yang

terdapat di kawasan sekitarnya pada setiap waktu tanpa perlu diberi makan secara berjadual

oleh penternak.

Bagi mengekalkan ekosistem habitat semulajadi lebah kelulut, pembangunan aktiviti

penternakan lebah kelulut boleh dilakukan menggunakan kaedah sarang Pemangkasan Atas

(Topping) di mana sebuah kotak khas yang mempunyai tabung-tabung madu diletakkan di

atas keratan batang pokok kayu yang mengandungi sarang asal lebah kelulut. Dengan cara

ini, habitat asal lebah kelulut di dalam batang kayu tersebut tidak diganggu atau diubah suai.

Hal ini dapat menjamin ketulenan habitat lebah kelulut dikekalkan dan seterusnya dapat

menghasilkan madu kelulut 100% asli dan penuh berkhasiat. Lebah kelulut akan bekerja kuat

seperti biasa dan menghasilkan madu serta menyimpannya di dalam tabung-tabung yang

telah disediakan. Apabila setiap tabung telah dipenuhi dengan madu, lebah kelulut akan

membuat lapisan penutup di atas permukaan tabung tersebut sebagai perlindungan

menggunakan bahan propolis.Kerja-kerja penuaian, penyimpanan, pembungkusan hasil-hasil

pengeluaran madu kelulut perlu dilakukan dengan betul dan bersifat ‘mesra alam’ supaya

habitat semulajadi lebah kelulut tidak terganggu. Madu dan propolis lebah kelulut yang telah

siap dibungkus mungkin boleh dipasarkan dengan cara membeli terus dari ladang bagi

menjamin keaslian madu dan mengekalkan konsep ekopelancongan.

KEPENTINGAN PEMBANGUNAN EKOPELANCONGAN DALAM PERUSAHAAN

MADU KELULUT

Ekopelancongan telah mula mendapat perhatian daripada pelbagai pihak termasuk kerajaan,

swasta dan badan-badan NGO. Ekopelancongan sedang giat diperkenalkan kerana Malaysia

mempunyai keunikan alam semulajadi yang dapat menarik minat pelancong. Menyedari akan

potensi perusahaan lebah kelulut dapat dibangunkan dengan berasaskan alam semulajadi dan

perkembangan pesat dalam aktiviti ekopelancongan rekreasi, usaha untuk memajukan projek

ini perlu dikaji dan dilaksanakan segera. Usaha pembangunan ini pastinya akan dapat

6

Page 7: Pelancongan Eko (3)

membuka fenomena baru di kawasan-kawasan perusahaan lebah kelulut yang kebiasaan

berlokasi di pinggir-pinggir desa dan kawasan hutan yang kaya dengan keindahan alam

semulajadi yang masih terpelihara dengan rapi. Pembangunan projek perusahaan lebah

kelulut berkonsepkan ekopelancongan ini pastinya dapat menarik ramai pelancong sama ada

tempatan dan juga luar negara berkunjung ke sini sekaligus berpotensi menjadi kawasan

ekopelancongan berasaskan ekologi, pendidikan, pertanian dan juga rekreasi yang terkenal di

negara kita. Selain itu, projek ini secara tidak langsung telah membuka peluang pekerjaan

kepada penduduk setempat, menggalakkan penyediaan homestay kepada pelancong dan

pembinaan kemudahan rekreasi lain.

Pembangunan ekopelancongan dalam perusahaan madu kelulut tentunya akan

melibatkan komuniti tempatan dalam proses pengurusan dan perancangan sumber semula jadi

iaitu memelihara dan memulihara sumber alam semula jadi atau biodiversiti. Dengan

penglibatan dalam ekopelancongan, lebih ramai komuniti tempatan akan menerima faedah

dari segi ekonomi dan sosial. Dalam aspek ekonomi, ekopelancongan akan meningkatkan

peluang pekerjaan dan pendapatan masyarakat setempat terutamanya golongan masyarakat

desa yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Selain itu, ekopelancongan juga meningkatkan kemudahan infrastruktur dan

komunikasi setempat yang dibekalkan oleh pihak kerajaan seperti jalan raya, bekalan elektrik

dan air, perkhidmatan telekomunikasi seperti telefon awam, kemudahan pengangkutan awam

dan sebagainya. Hal ini secara tidak langsung telah meningkatkan pembangunan ekonomi

kawasan tersebut terutamanya di kawasan pedalaman. Perusahaan madu dan lebah kelulut

sendiri setakat ini amat mendapat perhatian pihak Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan

Wilayah (KKLW). Kerajaan akan menambah jumlah penyertaan pembangunan kampung

menerusi program Desa Lestari, khususnya melibatkan penternakan lebah kelulut bagi

memenuhi permintaan pasaran madu tempatan dan luar negara. Pihak kementerian telah

memilih industri madu kelulut sebagai produk ikon kepada Desa Lestari berdasarkan kepada

kriteria pelaksanaan Strategi Lautan Biru Kebangsaan iaitu mempunyai kos rendah, impak

tinggi dan pulangan cepat. Sehingga kini, sebanyak 29 kampung di seluruh negara terpilih

bagi mengikuti program Desa Lestari yang merupakan projek perintis kampung abad ke-21

dengan peruntukan sebanyak RM137 juta. Tujuannya adalah untuk menjadikan kawasan luar

bandar maju, menarik dan menguntungkan untuk didiami, dan pada masa yang sama dapat

mengekang penghijrahan penduduk ke bandar.

Dalam aspek sosial, ekopelancongan akan memperbaiki pemahaman dan

penghargaan pelancong terhadap kebudayaan masyarakat setempat. Ekopelancongan

7

Page 8: Pelancongan Eko (3)

menyemai nilai dan perasaan kehormatan diri kepada penduduk kampung pedalaman. Hal ini

dapat menggalakkan dan menguatkan warisan kebudayaan (Cater, 1994 dalam Ross dan

Wall, 1999a:128). Melalui ternakan lebah kelulut, pengusaha-pengusaha kampung dan desa

dapat menunjukkan kreativiti dan inovasi mereka dalam menyediakan habitat koloni lebah

kelulut yang sesuai dengan ekosistem tetapi pada masa yang dapat menuai hasil daripada

madu tanpa mengganggu habitat tersebut. Sebagai contoh adalah membina sarang

Pemangkasan Atas (Topping) yang menggunakan sebuah kotak khas yang mempunyai

tabung-tabung madu diletakkan di atas keratan batang pokok kayu yang mengandungi sarang

asal lebah kelulut. Kaedah ini memastikan habitat asal lebah kelulut di dalam batang kayu

tersebut tidak diganggu atau diubah suai. Selain itu, pelbagai teknik pembinaan hive (sarang

koloni lebah kelulut) yang unik menunjukkan kemahiran yang dimiliki oleh penduduk

kampung yang mengusahkan projek ternakan lebah kelulut ini. Pelbagai bentuk dan teknik

hive dibina bagi memudahkan proses penghasilan dan penuaian madu tetapi pada masa yang

sama tidak menggugat habitat koloni lebah kelulut membuktikan kemahiran dan pemikiran

kreatif dan inovatif yang dimiliki oleh pengusaha lebah kelulut yang kebanyakan terdiri

daripada masyarakat desa.

Ekopelancongan menekankan sumbangan aktiviti ekonomi yang dapat digunakan

sebagai pemuliharaan dan pengurusan biodiversiti (Ross dan Wall, 1999a:129). Pelancong

yang melawat ke kawasan semula jadi menyebabkan pemindahan nilai berlaku iaitu mereka

akan mempelajari tentang alam semula jadi, kesedaran terhadap persekitaran, menghargai dan

menghormati alam semula jadi (Norton, 1987 dalam Ross dan Wall, 1999a:129). Pendidikan

persekitaran dapat disebarkan melalui bahan bacaan, peta, pusat maklumat pelancong dan

pemandu pelancong untuk menggalakkan penghargaan kepada alam semula jadi dalam

menyokong perlindungan kepada alam semula jadi. Pelancong yang menikmati alam semula

jadi sanggup membayar, bayaran yang dikutip boleh digunakan dalam memelihara kawasan

perlindungan (Ross dan Wall, 1999a:129).

CADANGAN PEMBANGUNAN EKOPELANCONGAN DALAM PERUSAHAAN

MADU KELULUT

Sememangnya, faktor tarikan semulajadi dan produk sesebuah kawasan pelancongan

merupakan imej dan tarikan kepada destinasi tersebut. Projek perusahaan lebah kelulut yang

berasaskan konsep ekopelancongan pastinya menjadi salah satu tarikan dalam indutri

pelancongan kerana kaedah penternakannya yang sentiasa memanfaatkan sifat-sifat alam

semulajadi yang unik. Di samping itu, pelbagai produk ekopelancongan hasil daripada

8

Page 9: Pelancongan Eko (3)

ternakan lebah kelulut seperti madu, propolis, beebread dan produk-produk hiliran yang lain

tentunya menarik minat pelancong tempatan bahkan juga pelancong antarabangsa untuk

mengunjungi tempat-tempat ternakan seperti ini. Dalam hal ini, pihak kerajaan perlu sentiasa

peka terhadap pembangunan mapan produk ekopelancongan di kawasan perusahaan ternakan

lebah kelulut.

Pembangunan tapak perusahaan lebah kelulut sebagai destinasi ekopelancongan

perlu dilakukan secara mapan dengan perancangan yang rapi dan terkawal agar manfaatnya

bukan hanya akan membawa kepada tarikan pelancong, bahkan akan dapat meningkatkan

tingkat pendapatan negeri dan negara. Focus (1995) & King (1993) telah membuktikan

bahawa terdapat banyak manfaat ekonomi daripada ekopelancongan seperti pembangunan di

kawasan luar bandar dan meningkatkan pendapatan hasil melalui tukaran mata wang.

Malahan ekopelancongan turut menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan

seperti pemandu pelancong, kakitangan perhutanan dan pekerja perkhidmatan dalam sektor

perkhidmatan. Perkhidmatan yang diperolehi daripada ekopelancongan dapat digunakan bagi

tujuan pemeliharaan ekosistem hutan.

Projek perusahaan lebah kelulut berkonsepkan ekopelancongan pastinya akan

menjadi salah satu destinasi ekopelancongan yang baru di Malaysia. Sebagai satu perusahaan

desa yang terletak di kawasan luar bandar atau pedalaman yang mempunyai tarikan alam

semula jadi, tentunya projek ternakan lebah kelulut ini menjadi tumpuan dan berjaya menarik

pelancong dari dalam dan luar negara. Namun begitu, terdapat beberapa aspek yang perlu

diberi perhatian untuk menampung ketibaan pelancong sekaligus dapat memajukan lagi

sektor ekopelancongan di Malaysia. Antara cadangan yang perlu dipertimbangkan ialah

seperti berikut:

(a) Mengadakan perkampungan latihan dan rekreasi

Antara perusahaan berkonsepkan ekopelancongan yang boleh diwujudkan daripada projek

ternakan lebah kelulut ialah perkampungan latihan dan rekreasi. Selaras dengan tema ini yang

memberi tumpuan kepada ekologi, nama-nama chalet dan dewan yang disediakan di pusat

tersebut boleh dinamakan dengan nama-nama spesis kelulut, nama flora dan fauna, dan juga

nama buah-buahan yang terdapat dipersekitaran kampung dan pusat rekreasi. Selain

menyediakan chalet dan dewan, asrama juga boleh dibina bagi menampung peserta latihan

yang hadir dalam jumlah yang ramai. Pengunjung yang datang ke perkampungan latihan dan

rekreasi di kawasan ternakan lebah kelulut dapat mempelajari sedikit sebanyak mengenai

persekitaran habitat lebah kelulut, spesies-spesies kelulut, hasil-hasil tuaian daripada ternakan

9

Page 10: Pelancongan Eko (3)

kelulut dan juga mengenali hidupan hutan lain yang terdapat di sekitar perkampungan

tersebut. Kehijauan dan keindahan alam semulajadi kawasan ternakan lebah kelulut yang

terpisah daripada kesibukan kota dan menawarkan pelbagai kemudahan serta aktiviti menarik

pastinya akan mendorong ramai pengunjung ke tempat ini. Pengalaman berekreasi di tengah-

tengah kehijauan hutan pastinya membawa kenangan yang tidak dilupakan. Ditambah dengan

kemudahan yang lengkap dan selesa serta perkhidmatan yang mesra disediakan pasti akan

memenuhi keperluan dan kehendak semua golongan. Jauh dari keriuhan kota, pengunjung

berpeluang berjalan di dalam hutan sambil menghirup udara segar dan menikmati keindahan

dan suasana penuh kehijauan. Aktiviti kembara malam membolehkan pengunjung merasai

suasana kegelapan di dalam hutan dan cabaran meneroka hutan dalam suasana kehijauan

yang penuh kegelapan di samping mengenali habitat lebah kelulut pada waktu malam. Ruang

dewan yang selesa dan kondusif juga boleh disediakan kepada peserta pelatih yang ingin

menjalani latihan tentang kaedah perusahaan dan penternakan madu kelulut.

Antara program latihan dan ceramah yang boleh diberikan di tapak perusahaan ternakan lebah kelulut.

(b) Membina taman agro (agrofarm) dan resort

Projek ini juga boleh dikembangkan lagi dengan membina taman agro dan resort yang

mengusahakan segala aktiviti ekopelancongan seperti perladangan, penternakan dan agro-

pelancongan. Di ladang dan resort yang di bina ini, pengusaha boleh memperkenalkan salah

satu bidang penternakan komersil yang diceburi iaitu ternakan lebah kelulut yang

menghasilkan produk madu dan propolis lebah kelulut asli yang bermutu tinggi dan amat

berkhasiat dari sudut kesihatan. Dengan mewujudkan tapak perusahaan lebah kelulut yang

berkonsepkan resort, pengusaha dapat menyediakan pakej percutian yang unik di mana

pengunjung dapat menghayati alam semulajadi hutan dara di kawasan pedalaman desa sambil

mengenali habitat lebah kelulut yang pastinya jarang didapati di kawasan bandar.

10

Page 11: Pelancongan Eko (3)

Aktiviti-aktiviti yang boleh dalam taman agro di kawasan perusahaan ternakan madu kelulut.

(c) Mewujudkan dusun buah-buahan dan taman bunga

Koloni lebah kelulut telah diketahui secara umum boleh dimanipulasi bagi tujuan proses

pendebungaan beberapa spesies buah-buahan dengan bunga kecil dan penghasilan madu.

Justeru itu, menjadi satu perancangan yang bijak sekiranya projek ternakan koloni lebah

kelulut ini dapat diusahakan di persekitaran yan terdapat dusun buah-buahan dan taman

bunga. Koloni kelulut boleh mendapat manfaat daripada pokok buah-buahan dan bunga-

bunga yang terdapat di persekitaran habitatnya. Kajian MARDI juga telah membuktikan

koloni kelulut yang diletakkan di ladang durian, belimbing dan longan sebagai agen

pendebungaan yang berjaya. Dalam kalangan haiwan pendebungaan, lebah kelulut adalah

haiwan pendebungaan yang memainkan peranan utama dan sangat efektif kerana aktiviti

kehidupan hariannya berupaya memberi kesan yang ketara kepada kuantiti dan kualiti

penghasilan buah-buahan dan bijian. Spesis lebah dikenali sebagai agen pendebungaan

kepada 70 – 80% tumbuhan berbunga. Hal ini secara tidak langsung menunjukkan

penggunaan koloni kelulut sebagai agen pendebungaan telah menunjukkan peningkatan hasil

dan sentiasa menjadikan pokok tanaman sentiasa berbuah tidak mengira musim. Lebih

istimewa lagi, lebah kelulut mudah mendebungakan bunga yang bersaiz lebih kecil yang

tidak boleh dilakukan oleh lebah madu.

Habitat koloni lebah kelulut sangat sinonim dengan persekitaran alam semulajadi. Hal

ini kerana, sumber pencarian lebah kelulut adalah sangat rapat dengan alam di sekelilingnya.

Setiap masa, koloni lebah kelulut mengumpulkan bahan-bahan yang diperlukan untuk

kehidupan hariannya seperti nektar, polen, air, damar, gam, tanah, pasir, ranting, kulit kayu

dan segala bahan dari tumbuhan dan hidupan yang terdapat di sekitarnya sebagai keperluan

makanan, menghasilkan madu dan membuat sarang. Nektar misalnya, adalah cecair manisan

11

Page 12: Pelancongan Eko (3)

yang dihasilkan dari bunga, daun atau buah-buahan yang diambil oleh haiwan ini sebagai

sumber makanan. Contoh pokok di Malaysia yang sesuai ditanam sebagai koloni dan sumber

pencarian makanan oleh lebah kelulut ialah belimbing, kelapa, durian, laici, rambutan,

nangka, rambai, manggis, gajus, kundang, akasia, berangan, merbau, jering, longan dan

limau. Penternakan lebah kelulut dalam dusun yang dipenuhi dengan buah-buahan pastinya

menjadi projek serampang dua mata yang bakal memberi pulangan berlipat ganda kepada

pengusaha pertanian dan juga ekopelancongan. Sepertimana yang kita semua sedia maklum,

pendebungaan adalah proses eko-sistem yang penting untuk menjamin pengeluaran makanan

dan meningkatkan taraf kehidupan. Pengunjung juga pastinya berasa teruja melihat pokok

buah-buahan seperti cempedak, durian, kelapa dan lain-lain yang berbondong-bondong lebat

buahnya setiap kali di bawa meninjau-ninjau di kawasan dusun buah-buahan. Keseronokan

ini pasti lebih bertambah jika mereka diberi peluang untuk menikmati hasil buah-buahan dari

aktiviti pendebungaan oleh lebah kelulut yang terdapat di dusun tersebut.

Antara tanaman yang boleh diusahakan di dusun dan taman bunga dalam tapak ternakan lebah kelulut.

(d) Menyediakan lebih banyak pakej penginapan

Keunikan perusahaan dan perternakan lebah kelulut secara komersial pastinya akan menarik

jumlah ketibaan pelancong yang semakin meningkat setiap tahun. Oleh itu, pihak pengelola

perlu mengambil inisiatif dalam membina lebih banyak tempat penginapan dengan tidak

mengabaikan kesejahteraan alam semulajadi. Selain itu, homestay juga merupakan inisiatif

yang baik dalam memberi peluang kepada penduduk setempat dalam menjana ekonomi

mereka secara tak langsung. Kewujudan pelancong bermusim ini lebih menyulitkan kerana

permintaan bagi tempat penginapan yang meningkat. Kunci kejayaan sesuatu pusat

pelancongan adalah atas faktor mutu, lokasi, dan persepsi pelancongan terhadap aset

penginapan tersebut. Kekurangan kemudahan penginapan yang baik merupakan salah satu

12

Page 13: Pelancongan Eko (3)

faktor yang menyebabkan sesuatu kawasan pelancongan itu kurang mempunyai daya tarikan.

Oleh itu, bagi pembangunan sesuatu kawasan rekreasi di tempat yang jauh, biasanya

dikaitkan dengan keperluan memperoleh penginapan sementara (Mathieson dan Wall, 1991).

Resort di sekitar tapak perusahaan lebah kelulut perlulah menawarkan pakej menarik untuk

didiami oleh mereka yang ingin mengenali habitat lebah kelulut secara dekat di samping

merasai kesegaran serta keindahan dan cabaran alam semulajadi.

Antara contoh-contoh kemudahan penginapan, restoran dan dewan yang boleh disediakan.

(e) Menyediakan dan memajukan sistem pengangkutan dan perhubungan

Pengangkutan merupakan komponen yang penting dalam industri pelancongan.

Pengangkutan merupakan prasyarat dalam melakukan aktiviti pelancongan dan merupakan

kemudahan untuk pelancong bergerak dari tempat mereka (rumah) ke destinasi pelancongan

mereka. Dalam pelancongan, prasarana yang baik harus dipersiapkan seperti mana yang

diperlukan oleh para pelancong. Lapangan terbang, pelabuhan, dan stesen pengangkutan,

jalan raya, dan jambatan yang menuju ke tempat atau daerah pelancongan harus dijaga dan

diperbaiki supaya para pelancong yang akan mengunjungi tempat tersebut dapat sampai ke

tempat yang dituju dengan cepat dan selesa (Yoeti 1988: 173). Selain itu, kekurangan jalan

raya dan perkhidmatan pengangkutan yang sesuai, ditambah lagi dengan masa perjalanan

yang panjang, boleh menyebabkan kurangnya pelancong untuk pergi ke sesuatu destinasi.

Oleh itu, pengangkutan awam seperti bas, teksi dan sebagainya perlulah ditingkatkan bagi

memastikan pelancong lebih selesa dan lebih ramai pelancong bakal mengunjungi destinasi

tersebut. Selain pengangkutan kemudahan perhubungan juga perlu diberi perhatian seperti

adanya zon WiFi, telefon awam dan sebagainya. Selain itu, pihak pengelola perlulah

memastikan keselamatan pelancong semasa berada di kawasan perusahaan lebah kelulut

dengan melakukan rondaan. Hal ini kerana, tapak ternakan lebah kelulut tentunya berada di

13

Page 14: Pelancongan Eko (3)

kawasan hutan pedalaman yang agak jauh dari jalan utama dan keadaan itu mungkin

menyebabkan para pelancong berasa tidak selamat dan kurang selesa.

(f) Promosi

Kewujudan sesebuah kawasan pelancongan bergantung kepada cara mempromosikan

kawasan tersebut. Promosi ialah kegiatan yang lebih mencakup, menyebarluaskan promosi

yang berbentuk kebendaan seperti filem, slaid, pengiklanan, brosur, buku kecil, folder dengan

menggunakan berbagai-bagai saluran seperti televisyen, radio, majalah, panggung wayang,

pengiriman secara terus kepada calon-calon pelancong ataupun pelancong yang sering

melancong dengan tujuan untuk memindahkan penerangan-penerangan dan mempengaruhi

bakal-bakal atau calon-calon pelancong untuk membuat lawatan ke suatu tempat pelancongan

(Yoeti, 1988: 59).

(g) Menyediakan aktiviti yang menarik kepada pengunjung

Pelancong yang mengunjungi tapak ternakan lebah kelulut boleh melakukan pelbagai aktiviti

seperti belajar membina hive atau sarang koloni lebah, menyedut madu yang segar dari

sarang kelulut, berkelah, fotografi, meredah hutan, terapi minda dengan melihat bagaimana

kelulut keluar masuk dari sarangnya, ceramah pendidikan tentang habitat kelulut,

menghasilkan produk-produk hiliran berasaskan madu kelulut, pesta makan buah-buahan

dusun, refleksologi, dan lain-lain.

Contoh pelbagai aktiviti yang boleh dialami oleh pengunjung sepanjang berada di tapak perusahaan ternakan lebah kelulut.

(h) Daya tarikan yang unik

Pemandangan persekitaran di tempat yang dikunjungi adalah salah satu faktor yang menjadi

tarikan kepada pelancong yang datang ke sesebuah kawasan. Pengunjung pastinya amat

teruja dan terpersona dengan keindahan alam semulajadi di kawasan ternakan lebah kelulut

14

Page 15: Pelancongan Eko (3)

yang masih terjaga rapi. Tidak dapat disangkal apabila ternyata landskap kawasan

pelancongan dapat memukau setiap pengunjung yang datang. Seni bina sesebuah pusat

pelancongan merupakan daya tarikan terpenting yang dititikberatkan oleh pelancong. Justeru

itu, pengusaha perlu memastikan persekitaran kawasan ternakan lebah kelulut dibina dengan

senibina yang kreatif dan landskap yang indah supaya menjadi tarikan yang unik kepada

pengunjung. Usaha ini boleh dilakukan dengan menonjolkan seni bina tradisional Melayu

pada binaan chalet, dewan, asrama dan lain-lain yang terdapat di kawasan perusahaan

ternakan lebah kelulut. Seni binaan rumah-rumah kampung juga pastinya mendapat perhatian

para pelancong kerana kebanyakan daripada mereka berkunjung ke tempat pelancongan

seperti ini adalah bertujuan untuk mengenali budaya masyarakat setempat. Pengusaha

ternakan kelulut juga boleh mengambil inisiastif mereka bentuk hive koloni lebah kelulut

dengan kreatif dan inovatif supaya dapat menarik perhatian pelancong. Dengan

meningkatkan kreativiti dalam membina sarang habitat lebah kelulut (hive) yang menarik dan

eksotik pastinya menambahkan lagi elemen keunikan dalam perusahaan ini.

Pelbagai contoh binaan hive kreatif yang telah dihasilkan dan digunakan oleh pengusaha ternakan lebah kelulut serta landskap di tapak ternaka yang cukup menarik.

PENUTUP

Sebagai kesimpulannya, perusahaan ternakan koloni kelulut merupakan satu projek yang

boleh dibangunkan sebagai salah satu tarikan ekopelancongan yang amat berpotensi untuk

dimajukan di Malaysia kerana negara kita mempunyai banyak keindahan alam semulajadi

dan sumber alam yang unik sebagai daya tarikan pelancongan. Dalam hal ini kerajaan

sentiasa positif dalam membantu menggalakkan dan memajukan aktiviti perusahaan ternakan

lebah kelulut melalui pelbagai usaha termasuk skim galakan, insentif, latihan, promosi dan

kemudahan khidmat nasihat kepada pengusaha dan semua agensi yang terlibat dalam industri

15

Page 16: Pelancongan Eko (3)

pertanian, perternakan, pendidikan dan juga pelancongan. Sektor pelancongan secara tidak

langsung telah memberi manfaat kepada peningkatan pendapatan negara sekaligus

menyumbang kepada peningkatan KDNK Malaysia. Bagi penduduk desa dan golongan

peneroka, galakan dan pembangunan dalam perusahaan ternakan lebah kelulut ini pastinya

dapat membantu meningkatkan taraf hidup mereka apabila perkampungan mereka

dibangunkan menjadi sebuah kawasan perusahaan lebah kelulut bertemakan ekopelancongan.

Anak-anak peneroka FELDA khususnya tidak perlu lagi berhijrah keluar ke bandar untuk

mencari pekerjaan, tetapi mereka boleh bekerja di kawasan ini dengan melibatkan diri dalam

sektor pelancongan yang menawarkan pelbagai peluang pekerjaan dan keusahawanan.

16

Page 17: Pelancongan Eko (3)

RUJUKAN

Anne Dollin. 2001. Natural Hive Duplication (or Eduction): An Alternative Method of

Propagating Australian Stingless Bees. Australian Native Bee Research Centre. Capaian

10 November 2013

Bruijn, L.D. 1997. Traits of stingless bees: nests. 5. Pegone.

Ceballos Lascurain H (1988) The future of ecotourism. Mexico Journal pp. 13-14.

Cortopassi-Laurino, M C; Imperatriz-Fonseca, V L; Roubik, D W; Dollin, A; Heard, T;

Aguilar, I; Venturieri, G C; Eardley, C; Nogueira-Neto, P. 2006. "Global

meliponiculture: challenges and opportunities". Apidologie 37: 275–292.

Focus (1995) Fiji: A comparison of two village. Februari, pp. 5-7.

Hall CM, Page SJ (2002) The geography of tourism and recreation: Environment, place and

space (2nd edn). Routledge, London.

Hapizah, A. Khasiat madu lebah kelulut. Utusan Malaysia. 20 Mei 2011. Diambil 10 Januari

2012,

http://testweb.science.uu.nl/sommeijer/promabos.html

International Ecotourism Society (2012) Available from: http://www.ecotourism.org/

Jabatan Penerangan Malaysia (2012) Available from: http://pmr.penerangan.gov.my/.

Jafari J (1977) Editors page. Annals of Tourism Research 5 (Spl), 6-11.

Kerr, W E. 1950. "Genetic determination of castes in the genus Melipona". Genetics 35: 143–

152.

 Khairunnisa, S. Norlezah masuk hutan cari kelulut. Utusan Malaysia. 21 November 2011.

Diambil 10 Januari 2012.

Khairunnisa, S. Potensi madu kelulut. Utusan Malaysia. 30 Mei 2011. Diambil 10 Januari

2012.

 Khasiat madu lebah kelulut, Utusan Online.

King (1993) Ecotourism: A sustainable option. John Willey & Sons, Chichester.

Koch, H. 2010. "Combining morphology and DNA barcoding resolves the taxonomy of

Western MalagasyLiotrigona Moure", 1961. African Invertebrates 51 (2): 413–421.

[1]PDF fulltext

Lee Boon Hiong, Chan Ngai Weng (2005) Pengurusan persekitaran 2005: Ekopelancongan

dan orang asli di Cameron Highland. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Leiper N (1981) Towards a cohesive curriculum in tourism: The case for a distinct discipline.

Annals of Tourism Research 7 (2), 255-258.

17

Page 18: Pelancongan Eko (3)

Mathieson A, Wall G (1982) Tourism: Economic, physical and social impacts.

Michener, C D. The bees of the World. Johns Hopkins University Press, 972pp

Michener, Charles D. (2007) The Bees of the World. USA: The Johns Hopkins University

Press.

Mohamad Zaki Ahmad, Johan Afendi Ibrahim (2006) Pelancongan dan alam sekitar:

Ekopelancongan sebagai alat untuk mencapai pembangunan pelancongan mapan dan

meningkatkan kualiti persekitaran. In: Isu-isu & pengurusan alam sekitar fizikal, pp. 95-

116. Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim.

Mohd Fahimee, J., Hamdan Sipon, Rosliza J. dan Suri R. (2012). Manual Teknologi

Penternakan Lebah Kelulut. Serdang: MARDI.

Mohd Fahimee, Mohd Norowi J., Hamdan H. S. (2011). Penternakan Kelulut (Teknologi

MARDI). Agromedia Bil. 35, m.s 54-57

Oppermann M (1997) Pacific rim tourism: Ecotourism in Thailand. Cab International, United

Kingdom.

Orams MB (1995) Towards a more desirable form of ecotourism. Tourism Management.

R Chadwick (1994) The geography of tourism and recreation: Environment, place and space

(3rd edn). Routledge, London.

 Rasmussen C, Camargo JMF. 2008. A molecular phylogeny and the evolution of nest

architecture and behavior in Trigona s.s. (Hymenoptera: Apidae: Meliponini).

Apidologie 39:102-118.

Sarang lebah kelulut kaya propolis. Mingguan Malaysia, 2008-08-17. Capaian 12 April 2012.

Schwarz H F (1948) Stingless bees (Meliponidae) of the western hemisphere. Bull Am Mus

Nat Hist 90: 1-546.

Souza, R C S; Yuyama, L K O; Aguiar, J P L; Oliveira, F P M. 2004. "Valor nutricional do

mel e pólen de abelhas sem ferrão da região amazônica". Acta Amazonica 34(2): 333–

336.

Stefan, L. Maya Beekeeping Tradition Fades. National Geography. 28 Jun 2008. Diambil 10

Januari 2012.

Velthuis, H. 1997. The biology of stingless bees. Utrecht University, The Netherlands and

University of São Paulo, São Paulo, Brazil. C

Wenseleers, T., F. L. W. Ratnieks, M. de F. Ribeiro, D. de A. Alves & V. Imperatriz-

Fonseca. (2005) "Working-class royalty: bees beat the caste system". Biol. Lett. 1(2):

125–8

Yoeti OA (1988) Pemasaran pelancongan. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

18

Page 19: Pelancongan Eko (3)

Ziffer KA (1989) Ecotourism, the uneasy alliance. Conservation International, Washington

DC.

19