eed handbook final 1 - ukm.my handbook.pdf · 1.0 pengenalan ... aspek praktikal yang diperlukan...

41
1 2014/ 2015 PROGRAM PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN Buku panduan

Upload: hadiep

Post on 23-Jun-2018

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: EED HANDBOOK FINAL 1 - ukm.my HANDBOOK.pdf · 1.0 PENGENALAN ... aspek praktikal yang diperlukan untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. 2. Membina kebolehan mengenalpasti peluang-peluang

1

2014/ 2015

PROGRAM PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN

Buku panduan

Page 2: EED HANDBOOK FINAL 1 - ukm.my HANDBOOK.pdf · 1.0 PENGENALAN ... aspek praktikal yang diperlukan untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. 2. Membina kebolehan mengenalpasti peluang-peluang

2

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN ................................................................................................................... 3

2.0 PROGRAM PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN .............................. 4

3.0 PROFIL INSTRUKTOR & MENTOR PROGRAM ................................................................... 21

4.0 STAF SOKONGAN ............................................................................................................ 31

5.0 PERATURAN DAN PROSEDUR ........................................................................................... 32

LAMPIRAN

Buku panduan ini dan kandungannya tertakluk kepada perubahan pada bila-bila masa.

Page 3: EED HANDBOOK FINAL 1 - ukm.my HANDBOOK.pdf · 1.0 PENGENALAN ... aspek praktikal yang diperlukan untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. 2. Membina kebolehan mengenalpasti peluang-peluang

3

1.0 PENGENALAN

Selamat datang ke Program Pendidikan dan Pembangunan Keusahawanan secara kursus pendek. Kami sangat berbangga untuk bekerjasama dengan saudara/saudari yang merupakan kumpulan pelajar pertama dari Indonesia yang akan mengikuti kursus ini selama enam bulan. Kami sangat berharap saudara/saudari akan mendapat manafaat dan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan kearah peningkatan pengetahuan dan kemahiran keusahawanan. Buku panduan ini mengandungi informasi penting mengenai tatacara pelaksanaan program ini dan sumber-sumber yang berkaitan. Saudara/saudari dinasihatkan membaca buku panduan ini dengan terperinci untuk memahami dengan jelas semua peraturan dan prosedur yang perlu dipatuhi semasa menjalani program ini.

Page 4: EED HANDBOOK FINAL 1 - ukm.my HANDBOOK.pdf · 1.0 PENGENALAN ... aspek praktikal yang diperlukan untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. 2. Membina kebolehan mengenalpasti peluang-peluang

4

2.0 PROGRAM PENDIDIKAN & PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN

2.1 MATLAMAT PROGRAM

Secara keseluruhan, program ini bertujuan membangunkan peserta dengan pengetahuan, kemahiran dan keyakinan untuk menjadi tenaga pengajar keusahawanan yang berketerapilan disamping mempunyai kebolehan membangunkan perniagaan sendiri. Secara terperinci, program ini akan membolehkan peserta:

1. Membina kefahaman yang mantap tentang konsep, teori dan aspek praktikal yang diperlukan untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya.

2. Membina kebolehan mengenalpasti peluang-peluang keusahawanan, menilai ide-ide dan mengaplikasikan pengetahuan keusahawanan untuk menentukan ide keusahawanan yang terbaik.

3. Merancang struktur pelan dan pendekatan kes perniagaan yang berpotensi dan kreatif dengan menggunakan kemahiran penyelidikan untuk memastikan bakal usahaniaga akan berjaya.

4. Menggunakan pelbagai alatan (tools) dalam proses analitikal dan penilaian peluang perniagaan baru untuk membuat keputusan, memilih strategi terbaik dan teknik tertentu yang berpotensi akan berjaya.

Page 5: EED HANDBOOK FINAL 1 - ukm.my HANDBOOK.pdf · 1.0 PENGENALAN ... aspek praktikal yang diperlukan untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. 2. Membina kebolehan mengenalpasti peluang-peluang

5

5. Membentuk bakat keusahawanan dan kemahiran personal untuk memimpin dan menerajui sesuatu projek keusahawanan yang berimpak tinggi dan bertaraf global.

6. Melengkapkan para peserta yang merupakan tenaga akademik dengan pedagogi pendidikan keusahawanan yang berkesan kepada pelajar-pelajar universiti.

2.2 STRUKTUR PROGRAM

Program Pendidikan dan Pembangunan Keusahawanan Secara Kursus Pendek ini dilaksanakan selama 6 bulan menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran dengan pendekatan Blended learning. Dalam program ini, terdapat 3 sesi residensi yang setiap satunya dijalankan selama 3 hari. Sesi ini akan dijalankan di kedua-dua buah negara iaitu di Malaysia dan di Indonesia. Seterusnya, pengajaran dan pembelajaran secara interaktif akan berjalan di atas talian (online) dalam persekitaran maya dengan instruktor-instruktor dari pelbagai kepakaran keusahawanan dari beberapa buah universiti di Malaysia. Peserta-peserta akan dinilai melalui pelbagai pendekatan seperti kehadiran residensi, interaksi intelektual atas talian, tugasan mingguan, refleksi mingguan, peperiksaan dalam kelas dan projek keusahawanan. Kurikulum program ini terdiri daripada 4 modul utama yang diikuti dengan topik-topik kecil. Bahan-bahan akan dimuat naik ke dalam web dari masa ke semasa oleh instruktor-instruktor berkenaan.

Page 6: EED HANDBOOK FINAL 1 - ukm.my HANDBOOK.pdf · 1.0 PENGENALAN ... aspek praktikal yang diperlukan untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. 2. Membina kebolehan mengenalpasti peluang-peluang

6

MODUL 1: KESEDARAN DAN KEMAHIRAN PERSONA L

KEUSAHAWANAN (ENTREPRENEURIA L AWARENESS

AND SKILLS)

Objektif Topik Kesedaran dan Kemahiran Personal Keusahawanan ini membolehkan peserta membina kefahaman yang kritikal tentang ilmu keusahawanan dan prinsip-prinsip yang mendasarinya. Dengan kesedaran yang mantap ini peserta akan mampu menjadikannya sebagai asas semangat yang kuat untuk meneruskan perjuangan membangunkan kemahiran personal sehingga boleh menjayakan sesuatu ide keusahawanan yang berpotensi dalam program ini.

Hasil Pembelajaran Pada akhir kursus ini pelajar-pelajar akan dapat:

1. Menghasilkan satu visi yang jelas tentang projek keusahawanan yang ingin dibangunkan berdasarkan sintesis ide sendiri, motivasi dan aspirasi keusahawanan.

2. Melihat visi projek keusahawanan yang ingin dibangunkan dalam konteks tertentu, cabaran-cabaran yang menanti, kemahiran-kemahiran dan pengetahuan keusahawanan yang diperlukan untuk merealisasikan visi tersebut.

Page 7: EED HANDBOOK FINAL 1 - ukm.my HANDBOOK.pdf · 1.0 PENGENALAN ... aspek praktikal yang diperlukan untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. 2. Membina kebolehan mengenalpasti peluang-peluang

7

3. Mengaplikasikan teori-teori keusahawanan dalam amalan proses keusahawanan untuk mendapatkan pelbagai pandangan pemikiran keusahawanan.

4. Merefleksi pengalaman-pengalaman dan kemahiran-kemahiran kendiri yang boleh dimanafaatkan untuk menjayakan visi keusahawanan personal.

5. Membina jaringan dengan pihak-pihak yang berkepentingan untuk menjayakan visi keusahawanan personal.

6. Mengaplikasi kemahiran pedagogi ilmu keusahawanan dalam pengajaran dan pembelajaran akademik.

Penilaian Penilaian untuk modul Kesedaran dan Kemahiran Personal Keusahawanan adalah:

1. Partisipasi: Kehadiran dalam kelas atas talian (online) melalui partisipasi yang konsisten dan intelektual setiap minggu.

2. Tugasan: Menyiapkan tugasan bertulis (2 helai muka surat) yang perlu dihantar setiap minggu.

3. Refleksi Pembelajaran: Menyiapkan refleksi pembelajaran bertulis (2 helai muka surat) yang perlu dihantar setiap minggu.

4. Projek Keusahawanan: Menyiapkan draf awal proposal projek keusahawanan di akhir pembelajaran Modul 1.

Page 8: EED HANDBOOK FINAL 1 - ukm.my HANDBOOK.pdf · 1.0 PENGENALAN ... aspek praktikal yang diperlukan untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. 2. Membina kebolehan mengenalpasti peluang-peluang

8

MODUL 2: MENGENA LPASTI PELUANG DAN PENILAIAN IDE

PERNIAGAAN (IDENTIFYING OPPORTUNITIES AND

EVA LUATING BUSINESS IDEAS)

Objektif Selepas sesi kursus ini, pelajar-pelajar berupaya menilai persekitaran dalaman dan luaran berdasarkan perlaksanaan penyelidikan pasaran menggunakan teknik-teknik yang wajar untuk mengenalpasti peluang bagi membina projek keusahawanan mereka. Pelajar akan membina kemahiran merancang dan melaksanakan kajian pasaran untuk menilai kebolehlaksanaan ide perniagaan mereka menerusi pengumpulan data pasaran daripada pelbagai sumber. Di dalam kursus ini juga, pelajar akan berupaya mengaplikasi pendekatan teknikal seperti matriks Ansoff, “Buisness Model Canvas” dan rantaian nilai Porter yang boleh diaplikasikan untuk menganalisa peluang yang terbuka untuk membantu pembuatan keputusan kritikal di dalam usahaniaga.

Hasil Pembelajaran Pada akhir kursus ini, pelajar-pelajar akan dapat:

1. Merancang kajian pasaran untuk menilai kebolehlaksanaan ide perniagaan mereka menerusi pengumpulan data pasaran daripada pelbagai sumber.

2. Menganalisa, mengintegrasi dan melaporkan data-data pasaran yang dikumpul secara primer dan sekunder.

Page 9: EED HANDBOOK FINAL 1 - ukm.my HANDBOOK.pdf · 1.0 PENGENALAN ... aspek praktikal yang diperlukan untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. 2. Membina kebolehan mengenalpasti peluang-peluang

9

3. Menilai model perniagaan yang bersesuaian dan mencadangkan pendekatan yang kreatif dan inovatif di dalam melaksanakan perniagaan

4. Menulis laporan kebolehlaksanaan pasaran secara kritikal dengan hujah-hujah yang bernas untuk menyokong penglibatan keusahawanan di dalam satu peluang perniagaan baru.

Penilaian Penilaian Kajian Kebolehlaksanaan Ide Perniagaan mempunyai beberapa bahagian:

1. Partisipasi: Kehadiran dalam kelas atas talian (online) melalui partisipasi yang konsisten dan intelektual setiap minggu.

2. Tugasan: Menyiapkan tugasan bertulis (2 helai muka surat) yang perlu dihantar setiap minggu.

3. Refleksi Pembelajaran: Menyiapkan refleksi pembelajaran bertulis (2 helai muka surat) yang perlu dihantar setiap minggu.

4. Projek Keusahawanan: Menyiapkan kertas projek keusahawanan di akhir pembelajaran Modul 2.

Page 10: EED HANDBOOK FINAL 1 - ukm.my HANDBOOK.pdf · 1.0 PENGENALAN ... aspek praktikal yang diperlukan untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. 2. Membina kebolehan mengenalpasti peluang-peluang

10

MODUL 3: MENYEDIAKAN DAN MELAKSANAKAN KES

PERNIAGAAN (PREPARING AND IMPLEMENTING THE

BUSINESS CASE)

Objektif Selepas sesi kursus ini pelajar-pelajar akan dapat membina dan memahami keperluan untuk mewujudkan projek keusahawanan mereka. Pelajar akan mempunyai keupayaan untuk membina kes perniagaan yang terperinici dan kritikal serta berkebolehan untuk membuat perancangan kewangan berstruktur untuk peluang perniagaan yang telah dikenalpasti di sesi 2. Kursus ini juga akan meningkatkan kemahiran interpersonal seperti kepimpinan keusahawanan, pembinaan pasukan, jualan dan rundingan.

Hasil Pembelajaran Pada akhir kursus ini pelajar-pelajar akan dapat:

1. Menukar ide-ide perniagaan mereka ke produk dan perkhidmatan yang memenuhi keperluan pelanggan

2. Merangka dan menilai pelan strategik untuk meningkatkan usaha perniagaan mereka dan mengenal pasti peluang-peluang perniagaan yang baru

3. Membangunkan model kewangan berstruktur bagi perniagaan baru mereka

Page 11: EED HANDBOOK FINAL 1 - ukm.my HANDBOOK.pdf · 1.0 PENGENALAN ... aspek praktikal yang diperlukan untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. 2. Membina kebolehan mengenalpasti peluang-peluang

11

4. Menilai risiko kewangan dan menilai kemampanan kewangan untuk membuat keputusan perniagaan yang lebih baik dengan menggunakan strategi yang teratur dengan sumber-sumber yang ada

5. Menilai kekuatan dan membangunkan kepimpinan dan pasukan dalam pembangunan perniagaan mereka

6. Menulis satu kes perniagaan yang jelas untuk usaha perniagaan baru mereka

Penilaian Penilaian Menyediakan dan Melaksanakan Kes Perniagaan mempunyai beberapa bahagian:

1. Pembentangan lisan: Membentangkan aspek kewangan projek keusahawanan yang dirancang berasaskan andaian kewangan yang rasional.

2. Penyertaan: Menghadiri sesi residensi dan penyertaan aktif dalam perbincangan dan aktiviti projek

3. Partisipasi: Kehadiran dalam kelas atas talian (online) melalui partisipasi yang konsisten dan intelektual setiap minggu.

4. Tugasan: Menyiapkan tugasan bertulis (2 helai muka surat) yang perlu dihantar setiap minggu.

5. Refleksi Pembelajaran: Menyiapkan refleksi pembelajaran bertulis (2 helai muka surat) yang perlu dihantar setiap minggu.

6. Projek Keusahawanan: Menyiapkan kertas projek keusahawanan di akhir pembelajaran Modul 3.

Page 12: EED HANDBOOK FINAL 1 - ukm.my HANDBOOK.pdf · 1.0 PENGENALAN ... aspek praktikal yang diperlukan untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. 2. Membina kebolehan mengenalpasti peluang-peluang

12

MODUL 4: MENGURUS PERNIAGAAN DI PERINGKAT AWA L

(MANAGING THE EARLY STAGE ENTERPRISE)

Objektif Kursus ini membolehkan pelajar memahami secara kritis tentang hubungan antara faktor yang menyumbang kepada kejayaan atau kegagalan seseorang usahawan. Faktor-faktor tersebut adalah seperti kerangka pihak berkuasa, keperluan perundangan, pihak berkepentingan (stakeholder) dan keperluannya, strategi sumber manusia dan membina kerjasama rakan kongsi dalam perniagaan. Di samping itu kursus ini akan meninjau perlaksanaan awal yang membolehkan pelajar untuk mengkaji peluang baru yang boleh diterokai.

Hasil Pembelajaran Setelah tamat mengikuti kursus ini para pelajar berupaya

1. Mengenalpasti dan mengambil tindakan yang sesuai untuk menguruskan keperluan perundangan dan pihak berkuasa dalam usaha menjalankan aktiviti perniagaannya .

2. Menilai secara kritis struktur tadbir urus (governance) perniagaan mereka dan membentuk lembaga pengarah yang sesuai .

3. Memahami bagaimana mengurus hubungan dan harapan pihak berkepentingan (stakeholder) bagi manfaat jangka masa panjang.

Page 13: EED HANDBOOK FINAL 1 - ukm.my HANDBOOK.pdf · 1.0 PENGENALAN ... aspek praktikal yang diperlukan untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. 2. Membina kebolehan mengenalpasti peluang-peluang

13

4. Mengenal pasti, menilai dan berkomunikasi secara berkesan dan merancang secara strategik bagi menjalankan dan memajukan usaha perniagaan.

5. Menilai secara kritikal isu sosial dan persekitaran yang berkaitan dengan usaha perniagaan dan merancang pendekatan yang yang berkesan dalam menghadapi isu tersebut.

Penilaian Penilaian untuk Mengurus Perniagaan di Peringkat Awal terdapat beberapa bahagian:

1. Partisipasi: Kehadiran dalam kelas atas talian (online) melalui partisipasi yang konsisten dan intelektual setiap minggu.

2. Tugasan: Menyiapkan tugasan bertulis (2 helai muka surat) yang perlu dihantar setiap minggu.

3. Refleksi Pembelajaran: Menyiapkan refleksi pembelajaran bertulis (2 helai muka surat) yang perlu dihantar setiap minggu.

4. Projek Keusahawanan: Tugasan bertulis yang mengandungi perancangan yang strategik dan operasi yang lengkap di akhir pembelajaran Modul 4.

Page 14: EED HANDBOOK FINAL 1 - ukm.my HANDBOOK.pdf · 1.0 PENGENALAN ... aspek praktikal yang diperlukan untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. 2. Membina kebolehan mengenalpasti peluang-peluang

14

2.3 PENILAIAN KURSUS DAN PENGENDA LIAN

PROGRAM

Perjalanan dan penilaian kursus dilakukan dalam pelbagai mod pelaksanaan iaitu :

1. Projek Keusahawanan

Pelajar dikehendaki menyiapkan projek keusahawanan di akhir pengajian mereka, dan kriteria yang dinilai adalah meliputi pengetahuan dan kupasan isu, penyelidikan dan susunan perbincangan, analisa dan aplikasi analisa yang digunakan, penilaian dan carta/graf, struktur, format, gaya laporan serta bahasa dan susunan penyampaian.

2. Esei Refleksi

Projek ini memerlukan pelajar untuk menyiapkan esei refleksi dan kriteria yang dinilai adalah meliputi pemahaman kepada sumbangan proses pembelajaran, analisa dan komen kepada pembangunan kemahiran, perspeksi kendiri dan penambahbaikan serta bahasa dan susunan penyampaian.

Page 15: EED HANDBOOK FINAL 1 - ukm.my HANDBOOK.pdf · 1.0 PENGENALAN ... aspek praktikal yang diperlukan untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. 2. Membina kebolehan mengenalpasti peluang-peluang

15

3. Penyertaan, Kedatangan dan Perbincangan Atas Talian

Pelajar juga dinilai berdasarkan kepada kekerapan penyertaan dan penglibatan dan perbincangan atas talian, dan kriteria yang dinilai adalah meliputi kefahaman kepada isu yang dibincangkan, analisa dan contoh yang diberikan, perbincangan dan ide yang kritis, kekerapan penyertaan, kreativiti, kesinambungan, gaya bahasa dan adat serta etika komunikasi.

4. Pembentangan

Terdapat dua pembentangan yang harus dilaksanakan oleh pelajar, dan kriteria yang dinilai adalah meliputi bahasa, gaya penyampaian, impak keusahawanan, slaid (slides) pembentangan, visual dan grafik yang digunakan dan bahan lampiran serta kreativiti.

5. Peperiksaan

Projek ini memerlukan pelajar untuk melepasi dua peperiksaan yang diadakan, dan penilaian akan mengambilkira kriteria seperti pengetahuan, penggabungan dan turutan perbincangan, analisa kritikal dan contoh aplikasi, kupasan, sintesis dan gaya bahasa.

Page 16: EED HANDBOOK FINAL 1 - ukm.my HANDBOOK.pdf · 1.0 PENGENALAN ... aspek praktikal yang diperlukan untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. 2. Membina kebolehan mengenalpasti peluang-peluang

16

Secara keseluruhannya, pembahagian markah adalah seperti di Jadual 1:

Jadual 1 : Pembahagian Markah Total

Komponen Markah Pembahagian Markah (%)

Projek Keusahawanan 50

Penyertaan, Kehadiran dan Perbincangan Atas Talian

15

Esei Refleksi 10

Peperiksaan 15

Pembentangan 10

Pelajar diwajibkan untuk menghantar setiap laporan projek mereka pada akhir modul pengajian. Pensyarah akan memberikan laporan dan komen untuk penambahbaikan dari masa ke semasa. Pelajar digalakkan untuk sentiasa membina komunikasi dengan pensyarah dan mentor mereka untuk menambahbaik laporan projek mereka.

Syarat minimum kedatangan adalah 70% dan markah minimum untuk kelulusan kursus pengajian adalah 50%. Kedatangan mengambilikira kuliah, pembentangan dan penglibatan perbincangan atas talian.

Page 17: EED HANDBOOK FINAL 1 - ukm.my HANDBOOK.pdf · 1.0 PENGENALAN ... aspek praktikal yang diperlukan untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. 2. Membina kebolehan mengenalpasti peluang-peluang

17

Kegagalan untuk turut serta dalam perbincangan atas talian boleh disabitkan dengan kegagalan keseluruhan program. Pelajar diwajibkan menghantar semua laporan dan hasil kerja tepat pada waktunya. Markah akan dipotong sekiranya pelajar lewat untuk menghantar laporan pada masa yang ditetapkan. Markah akan diberikan 0% untuk laporan yang dihantar selepas 5 (lima) hari dari tarikh yang ditetapkan.

Kegagalan pelajar untuk mencapai markah minimum 50% pada mana-mana komponen kursus, boleh ditampung oleh pencapaian pada komponen-komponen kursus yang lain, dengan syarat tiada mana-mana komponen yang mencapai markah di bawah 30%. Pelajar boleh disabitkan dengan kegagalan keseluruhan program pengajian sekiranya terdapat mana-mana komponen di bawah 35%. Berdasarkan kes-kes tertentu dan budi bicara pensyarah, pelajar boleh mengemukakan rayuan untuk memperbaiki mana-mana kompenan di bawah 35% dan rayuan hanya dibenarkan sekali sahaja dan keputusan rayuan adalah muktamad.

Page 18: EED HANDBOOK FINAL 1 - ukm.my HANDBOOK.pdf · 1.0 PENGENALAN ... aspek praktikal yang diperlukan untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. 2. Membina kebolehan mengenalpasti peluang-peluang

18

2.5 SESI RESIDENSI

JADUAL WAKTU SESI RESIDENSI 1

HARI 8-10 AM MINUM PAGI

10.30-12.30 PM MAKAN T/HARI

2.30-5.00 PM

HARI 1

PENDAFTARAN PESERTA

PENERANGAN KURSUS DAN

SESI BERKENALAN

PENDAFTARAN ID EED

(Semua pensyarah)

PENILAIAN KURSUS

PSIKOMETERIK INDEKS

KEUSAHAWANAN NOR AISHAH

(PIKEN)

(PM Dr Mohd Nizam)

DEMONSTRASI PARTISIPASI ATAS

TALIAN DAN KUALITI MAKLUM

BALAS DAN PENULISAN TUGASAN

(Dr Yusniza & Puan Suzana)

HARI 2

PENGENALAN MODUL 1

(Prof Dr Nor Aishah)

PENGENALAN MODUL 2

(PM Dr Norliza)

PENGENALAN MODUL 3

(PM Dr Azlinna)

HARI 3

PENGENALAN MODUL 4

(PM Dr Syed)

BERSAMA MENTOR/ PENUTUP

(Semua pensyarah)

Page 19: EED HANDBOOK FINAL 1 - ukm.my HANDBOOK.pdf · 1.0 PENGENALAN ... aspek praktikal yang diperlukan untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. 2. Membina kebolehan mengenalpasti peluang-peluang

19

JADUAL WAKTU SESI RESIDENSI 2

HARI 8-10 AM MINUM PAGI

10.30-12.30 PM MAKAN T/HARI

2.30-4.30

HARI 1 PENGENALAN KEPADA

KEWANGAN

PENGENALAN KEPADA

KEWANGAN

MAKLUM BALAS KUALITI

PARTISIPASI. PENULISAN

TUGASAN DAN REFLEKSI

HARI 2 EXCEL (MAKMAL

KOMPUTER)

EXCEL (MAKMAL

KOMPUTER)

EXCEL

(MAKMAL KOMPUTER)

HARI 3 PERSEDIAAN PEPERIKSAAN

PERSEDIAAN PEPERIKSAAN

PEPERIKSAAN

HARI 4 PERSEDIAAN PITCHING

PITCHING

(2 KUMPULAN) SESI SELARI

PERBINCANGAN DAN PENUTUP

JADUAL WAKTU SESI RESIDENSI 3

HARI 8-10 AM MINUM PAGI

10.30-12.30 PM MAKAN T/HARI

2.30-4.30

HARI 1 SOSIALISASI DRAF FINAL

DENGAN MENTOR

SOSIALISASI DRAF FINAL

DENGAN MENTOR

SOSIALISASI DRAF FINAL

DENGAN MENTOR

HARI 2 BENGKEL PENYIAPAN DRAF FINAL

BENGKEL PENYIAPAN DRAF FINAL

BENGKEL PENYIAPAN DRAF

FINAL

HARI 3 PITCHING PITCHING RUMUSAN PEMBELAJARAN DAN PENUTUP

Page 20: EED HANDBOOK FINAL 1 - ukm.my HANDBOOK.pdf · 1.0 PENGENALAN ... aspek praktikal yang diperlukan untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. 2. Membina kebolehan mengenalpasti peluang-peluang

20

PELAN PERANCANGAN KESELURUHAN PROGRAM

MINGGU AKTIVITI MODULE

1

SESI RESIDENSI 1/ Kuliah dalam Kelas

• Koordinator program • Semua pensyarah terlibat

Pengenalan Kepada Program, Kursus & Modul

2 2/ Kuliah atas Talian

• Semua pensyarah terlibat Modul 1: Kesedaran dan Kemahiran Personal Keusahawanan (Entrepreneurial Awareness and Skills)

3 3/ Kuliah atas Talian

• Semua pensyarah terlibat

4 4/ Kuliah atas Talian

• Semua pensyarah terlibat

5 5/ Kuliah atas Talian

• Semua pensyarah terlibat 6 REHAT

7 1/ Kuliah dalam kelas

• Kordinator modul sahaja Modul 2: Mengenalpasti Peluang dan Penilaian Ide Perniagaan (Identifying Opportunities and Evaluating Business Ideas)

8 2/ Kuliah atas Talian

• Semua pensyarah terlibat

9 3/ Kuliah atas Talian

• Semua pensyarah terlibat

10

4/ Kuliah atas Talian • Semua pensyarah terlibat • Mentor

11

5/ Kuliah atas Talian • Semua pensyarah terlibat • Mentor

12

6/ Kuliah atas Talian • Semua pensyarah terlibat • Mentor

13 REHAT

14

SESI RESIDENSI • Peperiksaan Pertengahan

Kursus • Pitching

15

1/ Kuliah dalam kelas • Kordinator modul • Semua pensyarah terlibat • Mentor

Modul 3: Menyediakan dan

16

2/ Kuliah atas Talian • Semua pensyarah terlibat

Page 21: EED HANDBOOK FINAL 1 - ukm.my HANDBOOK.pdf · 1.0 PENGENALAN ... aspek praktikal yang diperlukan untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. 2. Membina kebolehan mengenalpasti peluang-peluang

21

• Mentor Melaksanakan Kes Perniagaan (Preparing and Implementing the Business Case)

17

3/ Kuliah atas Talian • Semua pensyarah terlibat • Mentor

18

4/ Kuliah atas Talian • Semua pensyarah terlibat • Mentor

19

5/ Kuliah atas Talian • Semua pensyarah terlibat • Mentor

20 REHAT

21

1/ Kuliah dalam kelas • Kordinator modul • Semua pensyarah terlibat • Mentor

Modul 4: Mengurus Periagaan di Peringkat Awal (Managing the Early Stage Enterprise)

22 2/ Kuliah atas Talian

• Semua pensyarah terlibat • Mentor

23 3/ Kuliah atas Talian

• Semua pensyarah terlibat • Mentor

24 4/ Kuliah atas Talian

• Semua pensyarah terlibat • Mentor

25 REHAT 26

SESI RESIDENSI

• 6/ Kuliah dalam Kelas Bengkel Bersama Mentor & Pitching

27-30 • Tugasan Akhir Persiapan Akhir Kertas Projek

Perniagaan

Page 22: EED HANDBOOK FINAL 1 - ukm.my HANDBOOK.pdf · 1.0 PENGENALAN ... aspek praktikal yang diperlukan untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. 2. Membina kebolehan mengenalpasti peluang-peluang

22

3.0 PROFIL INSTRUKTOR & MENTOR PROGRAM

PROFESSOR DR NOR AISHAH BUANG

Professor Dr Nor Aishah Buang is Professor in the Faculty of Education at University Kebangsaan Malaysia (UKM). Currently she is the deputy dean of International, Alumni, Industrial and Community Relations at the faculty. She obtained her first degree in Bachelor of Economics from California State University, Fresno, USA; Master in Economics Education from University of Minneota, Duluth, USA, Diploma in Teaching of English form RELC, Singapore; Doctor of Philosophy in Vocational and Technical Education from Indiana University, Bloomington, USA; Post Graduate Diploma in Entrepreneurship from University of Cambridge in UK, and Certified Coach Life Performance from Asia-E University, Malaysia. She has held several key positions in the university such as University Coordinator for Entrepreneurshp Courses, Deputy Dean, Steering Committee for Entrepreneurship

Page 23: EED HANDBOOK FINAL 1 - ukm.my HANDBOOK.pdf · 1.0 PENGENALAN ... aspek praktikal yang diperlukan untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. 2. Membina kebolehan mengenalpasti peluang-peluang

23

Education Program at Ministry of Education, Malaysia and UKM, Consultant of Indonesia’s Higher Education Entrepreneurship Education Development for Asian Development Bank and Research Consultant in Entrepreneurship Education Development for National Entrepreneurship Institute of Malaysia and Ministry of Sports and Youth. She has been involved in many international collaborative projects with the Asia-Europe Life Long Learning Hub Committee since 2006, She has been the panel expert for the Ministry of Education in developing policy for Entrepreneurship Education at Universities, Curriculum for Entrepreneurship Subjects at Malaysian Schools and Trainers for Teachers Teaching Entrepreneurship. She also has published a number of articles in national and international journals. She has also published several books on entrepreneurship education.

Her research interest is mainly in entrepreneurship education for schools and higher learning institutions. She had also developed an atas talian measurement tool measuring individual entrepreneurship index which can be accessed at www.demo.olpei. These tool had been used by several groups in Malaysia and Indonesia.

Page 24: EED HANDBOOK FINAL 1 - ukm.my HANDBOOK.pdf · 1.0 PENGENALAN ... aspek praktikal yang diperlukan untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. 2. Membina kebolehan mengenalpasti peluang-peluang

24

ASSOC PROF DR MOHD NIZAM AB RAHMAN

Dr. Mohd Nizam Ab Rahman received his PhD in manufacturing engineering and management from the University of Nottingham, UK in 2004. He is an Associate Professor at the Department of Mechanical and Materials Engineering, The National University of Malaysia, where he focuses on quality and operations management such as modern quality tools and techniques, lean and supply chain, Six sigma, Production SPC etc. His current research also includes entrepreneurship and innovation as he has graduated from Cambridge University in 2013 for PgDip in Entrepreneurship. He graduated in Industrial Physics in 1996 and obtained an MSc in 1999, both from Universiti Teknologi Malaysia. He had industrial experience of 5 years as an R&D Engineer with an international company in Malaysia, and had worked in Japan for a couple of years. He has also various publications to his name in the fields of TQM, SMEs, lean and SCM.

Page 25: EED HANDBOOK FINAL 1 - ukm.my HANDBOOK.pdf · 1.0 PENGENALAN ... aspek praktikal yang diperlukan untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. 2. Membina kebolehan mengenalpasti peluang-peluang

25

ASSOC PROF DR NOR LIZA ABDULLAH

Dr. Nor Liza has more than 18 years experience in teaching and has been a lecturer in UKM in the Faculty of Economics and Management since 1997. Prior to this, Dr. Nor Liza was a certified trainer in Malaysian Productivity Center and later joined UiTM, Segamat Johor. Dr. Nor Liza obtained her Ph.D from University Malaya in the area of Strategic Management. Besides strategic management, her research interest covers the area of entrepreneurship, knowledge management and organizational learning. She has completed Postgraduate Diploma in Entrepreneurship from the University of Cambridge, United Kingdom under the Ministry of Higher Education of Malaysia in a program to strengthen entrepreneurship education in higher education institutions.

She has achieved several academic excellence awards during her studies, such as Harvard Alumni Gold Medal Award, Perbadanan Nasional Berhad Award and Standard Chartered Award. She has led a number of research projects in the area of knowledge management and strategy and currently the Head of Qualitative Research Unit for School of Management, FEP, UKM. She is also a

Page 26: EED HANDBOOK FINAL 1 - ukm.my HANDBOOK.pdf · 1.0 PENGENALAN ... aspek praktikal yang diperlukan untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. 2. Membina kebolehan mengenalpasti peluang-peluang

26

consultant with UKM Pakarunding Sdn. Bhd., a private arm under UKM offering consultancy services for government and private agencies.

ASSOC. PROF. DR NOOR AZLINNA AZIZAN

Dr Noor Azlinna is an Associate Professor /Director of Entrepreneurship at Universiti Malaysia Pahang. Previously she was a lecturer at University Sains Malaysia (USM) and University of Malaya (UM). Her specialization is in derivatives market, investment analysis and entrepreneurship. Azlinna obtained her PhD in Finance from University of Liverpool England in 2003 and her thesis title is “Stock Index Futures Efficiency: Comparison Studies between Malaysia, Singapore and London Markets”. She held MSc. in International Banking and Financial Studies from University of Southampton, England and BBA in Finance from Western Michigan University, Kalamazoo, USA and Diploma in Business Studies from Mara Institute of Technology, Malaysia. In 2013, Azlinna managed to earn Postgraduate Diploma in Entrepreneurship from University of Cambridge, England.

Page 27: EED HANDBOOK FINAL 1 - ukm.my HANDBOOK.pdf · 1.0 PENGENALAN ... aspek praktikal yang diperlukan untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. 2. Membina kebolehan mengenalpasti peluang-peluang

27

Her research interest is on investment analysis, derivatives market and currently embarking in Risk Management and Entrepreneurship. In 2005, Azlinna won Best Distinguished Thesis from World Business Institute Melbourne. She has published in international and national journals. She has lead several research grants including Fundamental Research Grants Scheme, Perbadanan National Berhad, MAREF and University Internal Grants.

ASSOC PROF DR SYED JAMA L ABDUL NASIR BIN SYED MOHAMAD

Dr. Syed Jamal Abdul Nasir bin Syed Mohamad is an Associate Professor in the Faculty of Business Management at MARA University of Technology, Malaysia. Currently he is the director of e-Learning Centre, UiTM. He obtained his first degree in Education, Master in Human Resource Development and PhD in Training Management from Universiti Putra Malaysia. He also obtained a Post Graduate Diploma in Entrepreneurship from University of Cambridge, certificate in Qualitative Research from Georgia State University, USA and Certificate in Chinese Language from Beijing Foreign Studies University, Beijing. He has held several

Page 28: EED HANDBOOK FINAL 1 - ukm.my HANDBOOK.pdf · 1.0 PENGENALAN ... aspek praktikal yang diperlukan untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. 2. Membina kebolehan mengenalpasti peluang-peluang

28

key positions in the university such as director of e-learning centre, head of distance education centre.

He is also a member of European Learning Styles Networking (ELSIN), Council of Heads of e –Learning in IPTA (MEIPTA), Malaysian Educational Research Association (MERA), Malaysia Association of Distance Education

He has been involved in an international collaborative project between Commonwealth Educational Media Centre for Asia (CEMCA) New Delhi and Ministry of Higher Education Malaysia to produce a framework of quality multimedia learning materials. He was appointed by MQA as a panel of expert in developing Prior Learning Framework for the Malaysia Ministry of High Education He also has published a number of articles in national and international journals. His research interest is in management, human resource development, adult learning, organizational behaviour and organizational development and entrepreneurship.

Recently, he has successfully conducted two research projects on talent management among selected companies in Malaysia which was funded by FRGS grant and Developing a Fundamental Framework for human resource Development Policy for Logistic in Malaysia.

Page 29: EED HANDBOOK FINAL 1 - ukm.my HANDBOOK.pdf · 1.0 PENGENALAN ... aspek praktikal yang diperlukan untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. 2. Membina kebolehan mengenalpasti peluang-peluang

29

DR. YUSNIZA KAMARULZAMAN

Dr. Yusniza Kamarulzaman is a Senior Lecturer in the Department of Marketing in the Faculty of Business and Accountancy, University of Malaya. She is the former Director of the University Malaya Centre of Innovation and Commercialisation and also a Visiting Scholar at the Western Michigan University, U.S. She received her Ph.D in Marketing in 2006, Postgraduate Diploma in Research Methodology in 2003, both from Cardiff University, United Kingdom followed by Postgraduate Diploma in Entrepreneurship from Cambridge University, UK in 2013. She holds an MBA (Marketing) from UKM and obtained her BBA (Marketing), from UiTM. She held a contract teaching position at Cardiff Business School, UK from 2003 to 2006, whose primary role was tutoring Marketing courses of the MBA program. She started her career as a lecturer in 1996. Dr. Yusniza is currently teaching Marketing Management, Retailing, Global Marketing, e-Marketing and Research Methodology for both Undergraduate and Postgraduate programmes, as well as supervising PhD and Masters students. She has produced three PhD graduates and more than 20 masters She has published numerous articles, books and book chapters,

Page 30: EED HANDBOOK FINAL 1 - ukm.my HANDBOOK.pdf · 1.0 PENGENALAN ... aspek praktikal yang diperlukan untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. 2. Membina kebolehan mengenalpasti peluang-peluang

30

monographs, and course modules in her area of expertise. Her books, Principles of Marketing and Marketing Management published by Oxford-Fajar have been widely adopted by local Polytechniques and other higher learning institutions. Her primary research interests are E-Marketing, Tourism Marketing, Retailing and Entrepreneurship. She regularly serves as a scientific committee of several reputable International Conferences and also a reviewer for a number of international and local textbooks, journals and conference papers. She is a member of Macromarketing Society, American Marketing Association, British Academy of Management and Academy of Marketing.

Page 31: EED HANDBOOK FINAL 1 - ukm.my HANDBOOK.pdf · 1.0 PENGENALAN ... aspek praktikal yang diperlukan untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. 2. Membina kebolehan mengenalpasti peluang-peluang

31

4.0 STAF SOKONGAN

PUAN HAFIZHAH SUZANA HUSSIEN

Administrator EED Online

Email: [email protected]

Tel. no: +60389217129

ENCIK ANDI PUTRA

Pembantu Teknikal

Email: [email protected]

FB : Andi Putra MKom

Tel. no: +60133326533���

Page 32: EED HANDBOOK FINAL 1 - ukm.my HANDBOOK.pdf · 1.0 PENGENALAN ... aspek praktikal yang diperlukan untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. 2. Membina kebolehan mengenalpasti peluang-peluang

32

5.0 Peraturan & Prosedur

5.1 KERAHSIAAN

Sepanjang tempoh program dijalankan pelajar dikehendaki sentiasa berbincang, membentang ide-ide perniagaan mereka dan mendapatkan komen yang membina bagi projek yang diceburi. Aktiviti program ini dibentuk agar pelajar dapat menyuarakan ide dan pendapat secara bebas samada di dalam EED atas talian atau pun di bilik kuliah. Hanya dengan cara ini sahaja pelajar dapat meningkatkan lagi kualiti pembelajaran melalui pengalaman pelajar-pelajar yang lain. Oleh yang demikian semua pelajar dikehendaki menandatangani dokumen kerahsiaan sebelum program ini dimulakan. Dengan cara ini ide kreatif pelajar dan data sulit perniagaan dapat dijamin kerahsiaannya.

5.2 PENYERAHAN TUGASAN

Semua tugasan bertulis perlu diserah untuk semakan dan permarkahan melalui (EED http://www.ukm.my/eedonline/). Pelajar juga dikehendaki memuat naik (upload) dokumen sokongan projek, slaid pembentangan dan semua tugasan bertulis untuk tujuan pemarkahan melalui link ini.

Maklumat terperinci mengenai semua tugasan dan kriteria penilaian akan dibincangkan dalam setiap modul. Maklumat asas penyediaan dan penghantaran tugasan bertulis adalah seperti berikut:

Page 33: EED HANDBOOK FINAL 1 - ukm.my HANDBOOK.pdf · 1.0 PENGENALAN ... aspek praktikal yang diperlukan untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. 2. Membina kebolehan mengenalpasti peluang-peluang

33

1. Tugasan bertulis hendaklah ditaip di muka surat bernombor, dua jarak (double-spaced), dengan margin sekurang-kurangnya 2.5 cm.

2. Setiap tugasan bertulis mesti mempunyai muka depan (cover sheet) dengan maklumat berikut dengan jelas:

• No Bilangan Pelajar / Student Number

• Tajuk Tugasan / Title of Assignment

• Nama Modul / Module name

• Tarikh Akhir Penghantaran / Deadline date

• Bilangan Perkataan / Word Count

3. Akuan plagiat (Tugasan ini sebahagian besarnya adalah hasil usaha saya sendiri dan mematuhi garis panduan plagiat Universiti Kebangsaan Malaysia. Semua bahan rujukan telah dinyatakan sumbernya dengan jelas di dalam teks dan bibliografi).

4. Tugasan tidak boleh melebihi had perkataan (tidak termasuk nota kaki dan bibliografi, tetapi termasuk lampiran, jadual dan ilustrasi). Tugasan hendaklah dikemukakan sebagai dokumen MS-Word. Potongan markah akan dibuat untuk tugasan melebihi had perkataan pada kadar 5% sehingga setiap 500 perkataan, kepada maksimum 20%. Tulisan yang jelas dan ringkas adalah digalakkan, tugasan yang kurang perkataan lazimnya tidak meneroka teori, ide-ide dan pemikiran dengan mendalam dan ini menghasilkan markah yang rendah.

5. Petikan (citations) dan rujukan (references) yang betul harus dinyatakan dalam setiap tugasan bertulis.

Page 34: EED HANDBOOK FINAL 1 - ukm.my HANDBOOK.pdf · 1.0 PENGENALAN ... aspek praktikal yang diperlukan untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. 2. Membina kebolehan mengenalpasti peluang-peluang

34

6. Ejaan Bahasa Inggeris / Bahasa Melayu yang betul dan tepat, tatabahasa dan tanda baca mesti digunakan.

5.3 PERATURAN UJIAN

Semasa ujian dijalankan pelajar tidak dibenarkan merujuk buku, nota atau sebarang jenis bahan bacaan. Pelajar tidak dibenarkan membawa kertas, buku, telefon, komputer riba atau lain-lain peranti mudah alih ke dalam dewan peperiksaan. Pelajar akan diminta untuk meninggalkan semua barang-barang mereka di hadapan bilik peperiksaan semasa ujian. Pelajar dikehendaki menulis nombor kod individu yang diberikan, dan bukannya nama-nama mereka, pada buku peperiksaan rasmi. Buku soalan dan jawapan peperiksaan rasmi akan disediakan; buku atau kertas yang lain tidak dibenarkan.

5.4 TARIKH PENYERAHAN TUGASAN DAN

PERLANJUTAN

Tarikh yang telah ditetapkan adalah muktamad. Bagi memastikan tugasan diserah tepat pada waktunya, pelajar dinasihatkan memuat naik ke EED beberapa hari lebih awal daripada tarikh akhir untuk mengelakkan masalah seperti sambungan Internet. Masalah sambungan Internet atau kekurangan akses Internet, bercuti, bertugas diluar daerah bukanlah alasan untuk penyerahan lewat.

Jika tugasan diserahkan selepas tarikh akhir yang ditetapkan, markah untuk kerja-kerja akan dikurangkan seperti berikut: Jika

Page 35: EED HANDBOOK FINAL 1 - ukm.my HANDBOOK.pdf · 1.0 PENGENALAN ... aspek praktikal yang diperlukan untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. 2. Membina kebolehan mengenalpasti peluang-peluang

35

satu hari lewat, permohonan tersebut akan didarab dengan 0.9; jika dua hari lewat sebanyak 0.8; jika tiga hari lewat sebanyak 0.7 dan sebagainya. Jika tugasan yang diserahkan lewat sepuluh hari atau lebih maka tiada markah akan diterima.

Perlanjutan tarikh penyerahan tugasan tidak akan dilayan kecuali bagi kes-kes diluar kawalan seperti kemalangan, kematian dan masalah kesihatan yang kronik. Permintaan lanjutan perlu dibuat kepada Pengurus Program, sekurang-kurangnya seminggu lebih awal daripada tarikh akhir. Permohonan perlanjutan yang diterima selepas tarikh tutup penyerahan boleh menyebabkan markah 0%. Hanya perlanjutan bersama dokumentasi sokongan yang sah sahaja akan dipertimbangkan. Kegagalan untuk mendapatkan kebenaran perlanjutan atau kegagalan untuk menyerahkan tugasan di tarikh yang ditetapkan akan menyebabkan kegagalan kursus.

5.5 PLAGIAT

Universiti Kebangsaan Malaysia mengambil isu plagiat amat serius. Plagiat dinyatakan secara khusus dalam Disiplin Peraturan-Peraturan Universiti sebagai "perbuatan yang tidak adil", dan, di mana jika disyaki, siasatan rasmi akan dijalankan yang akhirnya boleh membawa kepada penggantungan daripada Universiti atau kegagalan Program yang diikuti pelajar. Universiti mentakrifkan plagiat sebagai "menyerahkan kerja-kerja sendiri yang berasal sebahagiannya atau keseluruhannya daripada kerja orang lain tanpa

Page 36: EED HANDBOOK FINAL 1 - ukm.my HANDBOOK.pdf · 1.0 PENGENALAN ... aspek praktikal yang diperlukan untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. 2. Membina kebolehan mengenalpasti peluang-peluang

36

pengiktirafan sewajarnya". Plagiat boleh berlaku di dalam semua jenis sumber dan media. Ia adalah pelanggaran integriti akademik.

Contoh plagiat termasuk penyalinan (menggunakan bahasa dan / atau ide orang lain seolah-olah ianya adalah milik sendiri) dan bekerjasama dengan orang lain atau pelajar yang lain, selain daripada yang dibenarkan untuk kerja-kerja projek bersama (iaitu di mana kerjasama tersembunyi atau telah dilarang ). Semua pelajar dikehendaki menandatangani perisytiharan mengesahkan bahawa mereka memahami takrifan Universiti berkaitan plagiat dan berjanji menjauhi plagiat.

Universiti boleh menggunakan perisian keaslian semakan (Turnitin) dalam pengesanan plagiat. Di mana plagiat disyaki, sama ada sebagai hasil daripada penggunaan perisian keaslian semakan atau semasa menyemak hasil kerja dikemukakan, Universiti akan menjalankan penyiasatan awal untuk menilai keseriusan kes itu dan sama ada untuk merujuk kepada pihak berkuasa Universiti.

Plagiat dalam apa jua bentuk tidak boleh diterima. Apa-apa kerja di mana plagiat dikesan akan tertakluk kepada penelitian dan pemarkahan yang diselaraskan atas syor Lembaga Pemeriksa. Tindakan disiplin rasmi boleh diambil dalam kes-kes yang serius.

Page 37: EED HANDBOOK FINAL 1 - ukm.my HANDBOOK.pdf · 1.0 PENGENALAN ... aspek praktikal yang diperlukan untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. 2. Membina kebolehan mengenalpasti peluang-peluang

37

5.6 RUJUKAN DAN PETIKAN

Untuk semua tugasan akademik adalah penting bahawa pelajar memperakui sumber-sumber maklumat yang telah digunakan untuk penyelidikan mereka. Ini akan membantu mereka melindungi diri daripada tuduhan plagiat dan juga menunjukkan bahawa mereka menghormati tugas profesional akademik.

Pelajar disarankan menggunakan garispanduan rujukan Harvard (Harvard Style) untuk semua tugasan bertulis yang diberikan. Sila rujuk http://isites.harvard.edu/icb/icb.do?keyword=k70847&tabgroupid=icb.tabgroup112025 bagi garis panduan lengkap rujukan Harvard.

5.7 MENARIK DIRI DAN PENANGGUHAN

Menarik Diri

Menarik diri dari pengajian bermaksud tiada niat untuk menyambung kembali pengajian dan hilang yuran pengajian. Pelajar yang ingin menyambung kembali pengajian perlu memohon semula dan membayar yuran seperti biasa.

Penangguhan

Program ini dijalankan selama 6 bulan. Kesemua kursus dijalankan menurut turutan sehingga tamat. Penangguhan tidak dibenarkan sama sekali melainkan atas alasan dan keadaan yang sangat kritikal seperti sebab kesihatan yang serius dan sebagainya. Kebenaran

Page 38: EED HANDBOOK FINAL 1 - ukm.my HANDBOOK.pdf · 1.0 PENGENALAN ... aspek praktikal yang diperlukan untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. 2. Membina kebolehan mengenalpasti peluang-peluang

38

penagguhan mestilah diperolehi lebih awal daripada Pengarah Program.

5.8 KOD DAN ARAHAN (CODE AND CONDUCT)

Semua pelajar adalah diminta:

1. Membaca dan mematuhi kesemua arahan dan keperluan tentang tingkah laku di UKM termasuk peraturan berkenaan ‘harassment’ penggunaan komputer dan internet, plagiat dan salah laku dalam aktiviti penyelidikan.

2. Menghadiri kesemua program residensi kerana ia sebagai syarat lulus program.

3. Hadir tepat ada waktu bagi sebarang aktiviti pembelajaran.

4. Menghubungi pihak UKM dengan lebih awal sekiranya terdapat sebarang masalah.

5. Menghormati tenaga pengajar, staf dan pelajar di semua platform pembelajaran.

6. Memastikan kesemua peralatan komunikasi dan ICT dipadamkan semasa dalam kelas.

7. Berpakaian secara sopan.

8. Tidak dibenarkan membawa makanan dan minuman dalam bilik kelas.

9. Memberi respon segera terhadap semua permintaan pihak pegurusan Program.

Page 39: EED HANDBOOK FINAL 1 - ukm.my HANDBOOK.pdf · 1.0 PENGENALAN ... aspek praktikal yang diperlukan untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. 2. Membina kebolehan mengenalpasti peluang-peluang

39

10. Membaca secara teliti tentang syarat penggunaan pembelajaran atas talian dan menghormati segala kod dan arahannya.

5.9 PENILAIAN PROGRAM DAN INPUT PELAJAR

Maklumbalas daripada pelajar untuk memperbaiki mutu program ini. Pelajar dapat berbuat demikian dengan mengisi borang maklumbalas secara atas talian dan juga dalam sesi maklumbalas yang diadakan.

5.10 KEHADIRAN DAN KEPERLUAN

Pelajar wajib hadir sekurang-kurangnya 80% daripada kelas yang dijalankan bagi melayakkan memperolehi sijil bagi program ini. Pelajar juga diminta terlibat serta mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti pembelajaran atas talian.

5.11 PENGHANTARAN TUGASAN BERTULIS

Semua tugasan bertulis mestilah dihantar secara atas talian seperti yang dinyatakan kelak. Masa yang digunakan ialah waktu Malaysia. Sebarang kelewatan dalam menghantar tugasan tertakluk kepada penalti pemarkahan.

Page 40: EED HANDBOOK FINAL 1 - ukm.my HANDBOOK.pdf · 1.0 PENGENALAN ... aspek praktikal yang diperlukan untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. 2. Membina kebolehan mengenalpasti peluang-peluang

40

5.12 PERJANJIAN KERAHSIAAN

(NONDISCLOSURE AGREEMENT)

Pelajar tidak dibenarkan mendedahkan sebarang maklumat yang mendapat perlindungan undang-undang kepada mana-mana pihak kecuali dengan kebenaran bertulis. Sebarang maklumat yang diperolehi daripada mana-mana pihak semasa menyiapkan kertas projek hendaklah memperolehi kebenaran secara rasmi.

Lampiran Rubrik

Page 41: EED HANDBOOK FINAL 1 - ukm.my HANDBOOK.pdf · 1.0 PENGENALAN ... aspek praktikal yang diperlukan untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. 2. Membina kebolehan mengenalpasti peluang-peluang

41