edu task 1

7
Sejarah kedatangan orang Sikh bermula pada awal kurun ke 19. Faktor ekonomi adalah penyebab kedatangan imigran Sikh secara beramai- ramai ke negara-negara Asia Tenggara seperti Burma, Indonesia dan Tanah Melayu. Selain itu, faktor masalah kekurangan tanah, pertambahan jumlah penduduk serta bencana alam menyemarakkan lagi semangat mereka untuk berhijrah ke Tanah Melayu yang tersedianya peluang-peluang pekerjaan yang banyak dalam pelbagai bidang serta polisi imigran yang agak liberal pada ketika itu semasa diperintah oleh pihak Inggeris. Pada pertengahan abad ke 19, semakin ramai orang Sikh yang telah berhijrah ke Tanah Melayu. Pihak British telah menggunakan orang-orang Sikh dari India untuk berkhidmat dalam pasukan keselamatan kerana mereka mempunyai susuk badan yang tegap. Pada peringkat awal penghijrahan orang Sikh tertumpu ke negeri Perak. Anutan Sikh menjadi elemen penting untuk menyatupadukan orang Sikh dalam pasukan “Perak Armed Police”(PAP). Ini juga merupakan faktor utama mengapa boleh terjalinnya hubungan yang kukuh di kalangan orang-orang Sikh dalam pasukan keselamatan ini. (Sushila, 1990) Pada kurun ke 20 pula, orang Sikh yang berhijrah ke Malayisa mula berkhidmat di sector-sektor kerajaan mahupun swasta. Mereka telah bekerja sebagai pengawal keselamatan, bekerja di sektor pertanian, menternak lembu, menjadi buruh dan pemimjam wang. Penempatan awal orang Sikh tertumpu di pantai barat iaitu di Pulau Pinang, Perak, Wilayah Persekutuan dan Selangor. Bandar-bandar yang menjadi tumpuan orang Sikh termasuklah Ipoh, Taiping, Kuala Lumpur dan Seremban. Oleh kerana kumpulan mereka kecil jika dibandingkan dengan etnik yang lain, maka mereka didapati berselerak secara luas. Jika terdapat lebih kurang dua puluh keluarga di satu-satu kawasan penempatan, maka penempatan itu dikenali sebagai kampung Benggali.

Upload: lau-yong-king

Post on 18-Nov-2015

228 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

ed

TRANSCRIPT

Sejarah kedatangan orang Sikh bermula pada awal kurun ke 19. Faktor ekonomi adalah penyebab kedatangan imigran Sikh secara beramai-ramai ke negara-negara Asia Tenggara seperti Burma, Indonesia dan Tanah Melayu. Selain itu, faktor masalah kekurangan tanah, pertambahan jumlah penduduk serta bencana alam menyemarakkan lagi semangat mereka untuk berhijrah ke Tanah Melayu yang tersedianya peluang-peluang pekerjaan yang banyak dalam pelbagai bidang serta polisi imigran yang agak liberal pada ketika itu semasa diperintah oleh pihak Inggeris. Pada pertengahan abad ke 19, semakin ramai orang Sikh yang telah berhijrah ke Tanah Melayu. Pihak British telah menggunakan orang-orang Sikh dari India untuk berkhidmat dalam pasukan keselamatan kerana mereka mempunyai susuk badan yang tegap. Pada peringkat awal penghijrahan orang Sikh tertumpu ke negeri Perak. Anutan Sikh menjadi elemen penting untuk menyatupadukan orang Sikh dalam pasukan Perak Armed Police(PAP). Ini juga merupakan faktor utama mengapa boleh terjalinnya hubungan yang kukuh di kalangan orang-orang Sikh dalam pasukan keselamatan ini. (Sushila, 1990) Pada kurun ke 20 pula, orang Sikh yang berhijrah ke Malayisa mula berkhidmat di sector-sektor kerajaan mahupun swasta. Mereka telah bekerja sebagai pengawal keselamatan, bekerja di sektor pertanian, menternak lembu, menjadi buruh dan pemimjam wang. Penempatan awal orang Sikh tertumpu di pantai barat iaitu di Pulau Pinang, Perak, Wilayah Persekutuan dan Selangor. Bandar-bandar yang menjadi tumpuan orang Sikh termasuklah Ipoh, Taiping, Kuala Lumpur dan Seremban. Oleh kerana kumpulan mereka kecil jika dibandingkan dengan etnik yang lain, maka mereka didapati berselerak secara luas. Jika terdapat lebih kurang dua puluh keluarga di satu-satu kawasan penempatan, maka penempatan itu dikenali sebagai kampung Benggali. Orang Sikh yang termasuk juga orang Punjabi adalah dirujuk sebagai satu komuniti agama. Mereka membeza-bezakan satu kumpulan dengan satu kumpulan yang lain dengan berdasarkan system kasta dan juga pembahagian kawasan. Bahasa ibunda orang Sikh adalah bahasa Punjabi tetapi terdapat banyak dialek yang digunakan oleh mereka di kawasan- kawasan yang berkaitan. Orang Sikh secara umum dapat dikategorikan sebagai Arora Sikh. Jat Sikh, Mazhbi Sikh , mengikut pengkhususan pekerjaan mereka. Orang Sikh Jat seterusnya dibahagikan kepada 3 kumpulan mengikut pembahagian kawasan di tempat asal nenek moyang mereka di Lembah Kudus. Ketiga-tiga kumpulan ini adalah Jat Maiha, Jat Malwa dan Jat Doabia. Ketiga-tiga ini merujuk kepada sempadan-sempadan atau cawangan Sungai Indus. Adat resam yang paling unik dalam budaya kaum Sikh tentulah pada pakaiannya iaitu serban bagi lelaki dan baju Punjabi bagi wanita. Pemakaian serban juga ada beberapa jenis ikatan dan menggunakan pelbagai warna. Melihat kepada cara mengikat serban, dapat dibayangkan betapa sukarnya untuk mereka yang tidak mahir menggunakannya kerana kain serban itu sebenarnya sangat panjang untuk melingkari keseluruhan kepala. Wanita pula kelihatan ayu dengan selendang di kepala dan baju Punjabi labuh dengan seluar mengikut bentuk kaki. Corak latar yang digunakan pada pakaian mereka juga tidak keterlaluan dengan warna terang menambahkan kecantikan wanita Sikh yang terkenal dengan hidung mancung. Pakaian Punjabi juga digunakan khusus untuk majlis perkahwinan tetapi dengan reka corak lebih menarik iaitu dipenuhi sulaman manik dan benang emas. Itulah antara kemahiran unik orang Punjabi kerana mereka terkenal dalam aktiviti menyulam kain dan sulaman mereka juga berkualiti tinggi.Dalam agama Sikh, perkahwinan atau anand karaj dianggap suci. Penganut Sikh dimestikan berkahwin kerana perkahwinan adalah penyatuan dua roh menjadi satu. Penyatuan ini disamakan dengan penyatuan antara manusia dengan Tuhan, iaitu satu matlamat penting dalam kehidupan setiap penganut Sikh. Sistem perkahwinan orang Sikh adalah bersifat monogami. Perkahwinan dalam masyarakat Sikh penting, malah dimestikan kerana cara hidup berkeluarga atau grihasth asram adalah cara hidup yang paling utama dan semula jadi sifatnya. Perkahwinan antara individu yang mempunyai hubungan kekeluargaan atau endogami dilarang atau tidak digalakkan. Oleh itu, pemilihan menantu biasanya dibuat oleh ibu bapa masing-masing. Dalam proses meminang atau pemilihan jodoh, ia biasanya perempuan yang meminang lelaki.Terdapat pelbagai pantang larang serta kepercayaan yang masih diwarisi oleh kaum Sikh apabila seorang wanita itu mengandung dan selepas kelahiran bayi. Antara kepercayaan yang paling masyur ialah seorang ibu mengandung tidak dibenarkan untuk makan buah yang bekembar kerana dikhuatiri boleh menyebabkan mendapat anak kembar. Bukanlah satu larangan dalam kaum Sikh untuk mendapat anak kembar, tetapi kelahiran anak kembar besar kemungkinan akan mendatangkan beban bagi sesetengah keluarga, terutamanya keluarga yang susah.Selain itu, seorang ibu yang mengandung juga tidak boleh memegang benda tajam seperti pisau atau gunting dan tidak boleh memotong apa-apa ketika gerhana matahari kerana boleh menyebabkan anak yang lahir dalam keadaan calar balar di muka dan tidak cantik. Selain itu, ada juga persamaan adat resam kaum Sikh dengan Melayu iaitu sekiranya isteri mengidam sesuatu, suami perlu cuba untuk dapatkan kerana dikhuatiri, boleh menyebabkan anak yang lahir akan terkena tulah seperti meleleh air liurnya. Selepas kelahiran pula, mengikut kepercayaan kaum Sikh, sekiranya anak itu tidak berhenti menangis, keluarganya perlu ke tempat uri ditanam dan dipukul tanah itu untuk menghentikan tangisan. Apabila meraikan hari lahir pula, tidak boleh diraikan sebelum tarikh lahirnya, mesti disambut selepas atau pada hari lahirnya kerana ia boleh menyebabkan pendek umur.Dari aspek kesenian dan tarian, kaum Sikh mempunyai pelbagai jenis tarian dan permainan muzik selain turut gemar dalam aktiviti permainan tradisional tetapi kebanyakannya dalam bentuk menguji kekuatan. Kebanyakan alat muzik yang digunakan dalam masyarakat Sikh secara asasnya seperti muzik Punjabi. Ia menggunakan banyak alat ketukan iaitu gendang atau rebana yang dikenali sebagai jorri (tabla). Waja (piano kecil) dan tabla adalah dua alat muzik terpenting dalam masyarakat ini. Muzik Punjabi berirama rancak dan sarat dengan emosi. Ia menceritakan pelbagai variasi perasaan seperti kegembiraan, keceriaan, kesakitan dan semangat mendalam. Begitu juga dengan lagunya yang turut mempunyai melodi penuh emosi dan perasaan. Selalunya, apabila kita melihat tarian di filem Hindi, ramai akan mengaitkannya dengan bhangra dan realitinya, itulah Raja Tarian dalam masyarakat Sikh kerana sehingga kini ia antara satu daripada tarian yang masih digunakan secara meluas, malah sudah ada yang memodenkan gaya tarian dan irama lagunya seperti yang digerakkan kumpulan muzik popular kaum Sikh, Goldkartz. Bhangra yang membabitkan ramai penari lelaki dan wanita, kebiasaannya melebihi enam orang, menggunakan pakaian berlainan warna untuk menaikkan seri dalam rentak tarian itu memerlukan tenaga tinggi penarinya kerana pergerakannya sangat pantas dan lincah. Jika orang Melayu terkenal dengan joget lambak ketika majlis perkahwinan, begitu juga konsepnya dalam masyarakat Sikh yang menjadikan bhangra sebagai tarian bebas yang boleh disertai sesiapa saja apatah lagi tarian itu sendiri tidak mengehadkan pergerakan tertentu dan penarinya bebas melakukan aksi mengikut alunan dhol (gendang atau rebana). Berdasarkan semua aspek yang telah diterangkan, kita dapat lihat keunikan dan keistimewaan yang terdapat dalam adat resam kaum Sikh.

Implikasi kepelbagaian sosialbudaya ini dalam kalangan pelajar memang tidak dapat dinafikan telah memberikan impak dalam proses P&P di dalam bilik darjah. Pertama sekali kita tengok dari aspek perbezaan bahasa. Sesetengah murid yang hanya menguasai dialek, bahasa ibunda atau dialek semata-mata berkemungkinan menghadapi masalah pembelajaran seperti kurang faham bahan yang dibaca dan diterangkan oleh guru yang mengajar dengan menggunakan bahasa lain dan ini mengakibatkan mereka ketinggalan dalam pelajaran. Di samping itu, dua atau lebih bahasa dengan kosa kata yang terbatas atau meluas juga salah satu implikasi kepelbagaian sosiobudaya. Pelajar yang menguasai dua atau lebih bahasa. Contohnya bahasa ibunda, bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris akan lebih mudah menguasai pembelajaran memandangkan sinapsis telah terbentuk dalam otaknya. Lantaran itu, pelajar polyglot cepat dan tangkas dalam pemahaman konsep dan menjadi pelajar pintar cerdas jika dididik dan diasuh dengan cara yang betul dan sesuai dengan keupayaanya.Kelas sosialekonomi murid mempunyai 3 jenis iaitu rendah, sederhana dan tinggi. Setiap kelas mempunyai sosialbudayanya yang tersendiri. Pelajar yang datang daripada golongan sosioekonomi sederhana dan tinggi kurang menghadapi masalah kelengkapan dan kemudahan pembelajaran, berpeluang menghadiri kelas bimbingan berbayar, mendapat perhatian dan dorongan yang khusus daripada ibu bapa. Hasilnya, prestasi pelajaran mereka lebih baik kerana mereka sentiasa mendapat dorongan daripada ibu bapa. Sebaliknya, pelajar yang tergolong dalam kelas sosial rendah mungkin menghadapi masalah berkaitan rapat dengan pembiayaan, kemudahan belajar, dan kurang kelengkapan untuk belajar. Pelajar-pelajar ini juga menghadapi masalah kurang mendapat perhatian ibu bapa atas sebab kesibukan mencari rezeki dan ini menyebabkan mereka kurang semangat untuk belajar kerana tiada dorongan dari ibubapa dan akibatnya mereka terciciran dalam pelajaran. Penumpuan antara satu kaum etnik juga mempunyai impaknya terhadap P&P di bilik darjah. Pelajar yang biasanya tinggal dan belajar dalam lingkungan satu etnik sahaja akan sentiasa mempunyai konsep yang cetak terhadap etnik lain kerana kurang pergaulan dan pemahaman.Ini menyebabkan kesedaran mereka terhadap budaya etnik lain hanya dipelajari melalui bacaan buka. Ini berkemungkinan menyebabkan proses penyesuaian diri dengan kaum atau etnik lain akan menjadi sesuatu yang sukar. Pelajar yang belajar di sekolah dan persekitaran yang disertai oleh pelbagai kaum etnik akan terdedah kepada amalan, adat resam, pandangan dan cara fikir kaum etnik yang berbeza sama ada secara sedar ataupun sebaliknya. Pelajar dalam situasi ini akan dapat belajar bahasa etnik lain secara tidak langsung. Perasaan saling menerima dan saling menghormati dapat dipupuk hasil pergaulan yang berterusan pada setiap masa.