pembangunan mampan task 4

8
LMCP 1532 PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN TUGASAN 4 SITI NUR MAHERAN BT ZAINUDDIN A160465 PROF.DATO'IR.DR RIZA ATIQ ABDULLAH BIN O.K.RAHMAT

Upload: maheran96

Post on 05-Apr-2017

155 views

Category:

Education


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBANGUNAN MAMPAN TASK 4

LMCP 1532 PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN TUGASAN 4SITI NUR MAHERAN BT ZAINUDDIN

A160465

PROF.DATO'IR.DR RIZA ATIQ ABDULLAH BIN O.K.RAHMAT

Page 2: PEMBANGUNAN MAMPAN TASK 4

AMALAN TERBAIK DI NEGARA SINGAPURA

• Singapura merupakan sebuah negara bandar pulau di Asia Tenggara. Ia terletak di hujung selatan Semenanjung Malaysia, selatan negeri Johor di Malaysia dan utara kepulauan Riau di Indonesia.

• Didirikan sebagai pelabuhan perdagangan oleh British pada awal abad ke-19, Singapura menjadi pusat pengaruh British di Asia Tenggara. Selepas berpisah dengan Malaysia pada 1965, Singapura maju dari suatu negara dunia ketiga ke dunia pertama di bawah pimpinan bekas Perdana Menteri Lee Kuan Yew. Singapura telah secara kekal ditempatkan sebagai di antara negara yang kurang sekali rasuah di dunia, dan memiliki salah suatu keluaran dalam negara kasar tertinggi per kapita di dunia.

Page 3: PEMBANGUNAN MAMPAN TASK 4

PEMBANGUNAN BANDAR DI SINGAPURA

• Negara kota Singapura memiliki lebih dari 4.300 bangunan tinggi yang selesai dibangun. Kebanyakan di antaranya terletak di Downtown Core.Di kawasan kotanya, terdapat 59 pencakar langit setinggi lebih dari 140 meter.

• Terdapat tiga bangunan pencakar langit yang tertinggi di bina sekitar bandar Singapura antaranya ialah United Overseas Bank Plaza One, Republic Plaza, dan Overseas Union Bank Centre.Ketiga menara yang bergelar bangunan tertinggi ke-106 di dunia ini masing-masing setinggi 280 m

Page 4: PEMBANGUNAN MAMPAN TASK 4

RANGKAIAN LEBUHRAYA SINGAPURA.• Rangkaian Lebuhraya Singapura membolehkan penggunajalan raya

bergerak dengan pantas dari satu-satu kawasan perbandaran di Singapura. Kesemua lebuh raya di Singapura adalah dari jenis jalan raya kembar dengan capaian pengasingan aras melalui persimpangan bertingkat. Setiap lebuh raya di Singapura mempunyai 6 lorong (3 bagi setiap arah perjalanan) tetapi ada juga yang mempunyai 8 lorong untuk menampung kadar aliran trafik yang tinggi.

• Di Singapura, rangkaian lebuh raya dikategorikan kepada dua iaitu lebuh raya ekspres dan lebuh raya separa ekspres. Terdapat 11 lebuh raya ekspres termasuklah Lebuhraya Kallang-Paya Lebar yang separa siap, Lebuhraya Pantai Marina yang bakal dibina pada tahun 2008 serta Lebuhraya Utara-Selatan yang mula diluluskan pembinaannya pada tahun 2008. Lebuh raya ekspres pertama di Singapura ialah Lebuhraya Seluruh Pulau yang dibina pada tahun 1966.

• Lebuh raya separa ekspres pula adalah lebuh raya yang tidak mempunyai had laju yang seragam dan ada bahagian yang masih menggunakan simpang lampu isyarat. Terdapat 3 lebuh raya separa ekspres di Singapura iaitu Lebuhraya Nicoll, Lebuhraya Pantai Barat dan Sistem Jalan Lingkaran Luar Singapura.

Page 5: PEMBANGUNAN MAMPAN TASK 4

AMALAN TERBAIK DI MALAYSIA(BANDAR KOTA BHARU, KELANTAN)SISTEM PENGANGKUTANPENGANGKUTAN DARAT• Pengangkutan melalui bas ekspres yang dikenali sebagai Bas Cepat. Bas Cepat

menghubungkan seluruh jajahan dan bandar-bandar utama yang terdapat di Kelantan. Ia dikendali oleh Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan (SKMK).Pengangkutan dalam bandar dengan menggunakan bas mini. Kenderaan ini juga dikendalikan oleh Syarikat kenderaan Melayu Kelantan (SKMK).

• Pengangkutan melalui rel, dari Wakaf Bharu ke Gua Musang.PENGANGKUTAN UDARA• Lapangan terbang Sultan Ismail Petra yang terletak kira-kira 10 kilometer dari bandar Kota

Bharu merupakan pintu masuk ke Kelantan melalui udara. Lapangan terbang ini telah beberapa kali diperbesarkan dan yang terakhir ialah pada tahun 2005. Lapangan Terbang ini mengendalikan 28 penerbangan sehari iaitu masing-masing 14 penerbangan keluar Kelantan dan 14 penerbangan masuk. 8 penerbangan dikendalikan oleh Sistem Penerbangan Malaysia (MAS), 10 penerbangan oleh Firefly dan 10 lagi oleh Air Asia

Page 6: PEMBANGUNAN MAMPAN TASK 4

AKTIVITI PERNIAGAAN TERTUMPU DI BANDAR KOTA BHARU• Sektor perdagangan merupakan sektor ekonomi yang

penting bagi pusat bandar Kota Bharu.• Bandar Kota Bharu juga menjadi pusat pengumpulan

hasil samada hasil pertanian, perikanan ataupun kraftangan.

• Dengan ini aktiviti perniagaan akan lebih tertumpu di kawasan bandar Kota Bharu kerana segala barangan yang diperlukan untuk dijual oleh pengguna boleh didapati.

Page 7: PEMBANGUNAN MAMPAN TASK 4

AKTIVITI PERNIAGAAN DI PASAR SITI KHADIJAH, KOTA BHARU.

Page 8: PEMBANGUNAN MAMPAN TASK 4

KESIMPULAN

• Kesimpulanya, setiap bandar mempunyai keistimewaan tersendiri dimana bergantung kepada pentadbiran sesebuah bandar tersebut.

• Setiap bandar hendaklah mempunyai amalan yang terbaik bagi memastikan kelastarian sesebuah bandar tersebut dapat dikekalkan.