edu professionalisme hanif malek.doc

17
Pengenalan. Sekolah sebagai institusi pendidikan, perlu tumbuh dan berkembang dengan terus meningkatkan pengurusan kualiti pada kadar semaksima mungkin kerana sumber manusia merupakan aset utama dalam organisasi. Berhasil atau tidak berhasilnya sebuah institusi banyak bergantung kepada keupayaan sumber manusia memainkan peranan secara lebih efisien (Blanchard & Waghorn, 1997). Untuk institusi sekolah itu dapat bertahan, ia memerlukan pemimpin, pengurus staf dan organisasi yang meletakan kualiti sebagai dasar ke arah perubahan (Garrat, 1990). Guru yang berkualiti terdiri daripada mereka yang memiliki kriteria tertentu seperti keikhlasan, keazaman, kreativiti, dedikasi dan komited terhadap tugas dan tanggungjawab (Kamaruddin, 1989). Sepanjang menjalankan tugas, matlamat guru adalah luhur demi memajukan pelajar, masyarakat dan Negara 2.0. Huraian maksud penghayatan nilai-nilai profesionalisma keguruan, guru dan pembelajaran sepanjang hayat

Upload: hanif-malek

Post on 04-Sep-2015

232 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Pengenalan.

Sekolah sebagai institusi pendidikan, perlu tumbuh dan berkembang dengan terus meningkatkan pengurusan kualiti pada kadar semaksima mungkin kerana sumber manusia merupakan aset utama dalam organisasi. Berhasil atau tidak berhasilnya sebuah institusi banyak bergantung kepada keupayaan sumber manusia memainkan peranan secara lebih efisien (Blanchard & Waghorn, 1997). Untuk institusi sekolah itu dapat bertahan, ia memerlukan pemimpin, pengurus staf dan organisasi yang meletakan kualiti sebagai dasar ke arah perubahan (Garrat, 1990). Guru yang berkualiti terdiri daripada mereka yang memiliki kriteria tertentu seperti keikhlasan, keazaman, kreativiti, dedikasi dan komited terhadap tugas dan tanggungjawab (Kamaruddin, 1989). Sepanjang menjalankan tugas, matlamat guru adalah luhur demi memajukan pelajar, masyarakat dan Negara

2.0. Huraian maksud penghayatan nilai-nilai profesionalisma keguruan, guru dan pembelajaran sepanjang hayat Profesionalisme bermaksud proses pembentukan sikap dan akhlak yang mengandungi ciri-ciri serta unsur-unsur pembinaan etika dan motivasi sebagai pemacu ke arah meningkatkan kerja yang bermutu. Profesionalisme memerlukan kriteria-kriteria seperti berkemampuan dan kemahiran khusus bagi melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, malah sangat cekap memperlihatkan dan mengamalkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan kepakarannya serta menuntut imbuhan yang tinggi( Kamus Dewan, 2004). Menurut Carnall, C.A.(1999). profesionalisme menjelaskan kriteria-kriteria yang dimiliki sesuatu profesion dan individu-individu terlatih di samping menuntut bayaran bagi setiap perkhidmatanyang mereka laksanakan. Oleh itu, setiap individu di dalam organisasi masyarakat dan pentadbiran dapat mengamalkan nilai-nilai profesionalisme ke arah meningkatkan kualiti pengurusan organisasi. Ciri-ciri profesional guru dalam sekolah seperti dipaparkan dibawah ini:-

a. Kebolehan mengadaptasi di luar dengan budaya sendiri.

b. Orientasi analitikal (bersikap terperinci)

c. Kebolehan berfikir lebih jauh daripada orang

d. Kebolehan membina kepercayaan

e. Pertimbangan secara kritis

f. Kebolehan mengasingkan diri secara emosi daripada sikap orang lain.

g. Kebolehan mendidik

h. Memperolehi sifat integriti

i. Berkerja berpasukan

j. Mempunyai integriti intelektual

k. Mempunyai integriti vokasional

l. Menunjukkan kekuatan moral

m. Sentiasa bersikap adil dan saksama

n. Bersikap kesejawatan

o. Mudah mesra, bersikap sabar, menghormatiorang lain

p. Bertanggungjawab dan akauntabiliti.

Sumber: Outstanding Leaders, Membina Sekolah Cemerlang, Alimuddin bin Haji Mohd. Dom (20063.0. Bagaimana penghayatan nilai-nilai profesionalisme keguruan dalam kalangan guru dapat ditingkatkan melalui pembelajaran sepanjang hayat3.1. Pendekatan Budaya Kerja Islam.

Seorang guru yang mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat dengan menjalankan tugasnya atas dasar ibadah kepada Allah di samping menunaikan ibadah-ibadah khusus yang wajib dilakukan dapat meningkatkan nilai professional di dalam diri mereka. Motivasi bekerja bukan lagi terikat kepada sistem ganjaran dunia tetapi balasan baik dan buruk di akhirat kelak. Ia mempunnyai kod etika yang lebih tinggi, menyeluruh dan tahan uji daripada kod dalam profesionnya. Oleh itu wujudnya sekatan dalam dirinya sendiri untuk mencegahnya dari tindakan-tindakan yang bertentangan dengan undang-undang dan akhlak. Apabila peribadi guru yang bertakwa itu dilengkapi dengan ilmu, latihan dan kemahiran, maka ia dengan mudah akan menjadi cekap kerana kecekapan banyak bergantung kepada kemahiran menyatupadukan dalam dirinya dengan iman, takwa, ilmu dan kemahiran ditingatkan menerusi pembelajaran sepanjang hayat dengan mengamalkan konsep budaya kerja Islam.Seorang guru yang mengamalkan penghayatan nilai-nilai profesionalisme keguruan melalui pembelajaran sepanjang hayat merupakan seseorang itu berkerja kerana menyahut tuntutan agama dan ia berkerja kerana meningkatkan pencapaian tugasnya untuk kepentingan diri dan masyarakatnya. Ia bekerja kerana ditugaskan Tuhan dan menunaikan adalah menunaikan tugas suci itu. Oleh kerana bekerja merupakan tugas yang tidak dapat dielakkan dan merupakan tanggungjawab agama, maka guru ini pula haruslah mematuhi disiplin, nilai dan etika kerja yang tertentu. Guru juga haruslah mempunyai sikap dan penilaian yang positif dalam melaksanakan tugasnya. Guru juga haruslah menentukan objektif kerjanya di antara mencapai hasil kebendaan dalam bentuk rezeki untuk dirinya sendiri dan orang-orang di bawah tanggungannya dan habuan tertentu untuk masyarakatnya. Bekerja adalah menjadi tugas lelaki dan perempuan seperti firman Allah S.W.T.

Sesiapa yang mengerjakan amal soleh, lelaki atau perempuan,

dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan kami berikan

kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan kami

berikan balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik

dari apa yang telah mereka kerjakan.

(Surah al-Nahl, ayat 97)

Jelas di sini bahawa ciri-ciri bekerja dari segi konsep, sistem, nilai, etika dan cara-cara bekerja yang produktif dengan sikap, komitmen dan niat guru itu sendiri sudah sepatutnya dirumus dan dijadikan formula yang konkrit dalam proses pembelajaran sepanjang hayat.

Penghayatan nilai-nilai profesionalisme keguruan dan pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan guru dapat dapat meningkatkan kualiti pengurusan pendidikan di sekolah dengan mengembangkan amalan bekerja dalam Islam memerlukan niat yang baik dan hasil niat yang baik menjadikan seorang itu beramanah, berdisiplin, penuh bertanggungjawab dan akan berusaha meningkatkan prestasi kerjanya menjadi sesempurna mungkin di kalangan ahli organisasi. Niat yang jujur, ikhlas, beriman, berilmu, berdisiplin, berakhlak mulia, bersih, cekap dan amanah menjadikan guru itu bersikap jujur dan tidak berputus asa atau merasa kecewa dengan halangan dan cabaran yang ditemui. Kesannya di kalangan guru tidak mudah berpuas hati dengan pencapaiannya malah akan berusaha mencapai hasil yang lebih baik. Seterusnya mereka akan bertindak sebagai penyumbang kepada pihak lain, bukan hanya penerima bantuan dari orang lain. Menanamkan rasa bersyukur di kalangan guru amat penting untuk meningkatkan perkembangan professional seorang guru dalam pembelajaran sepanjang hayat. Sebagai contoh dengan menunjukkan sikap berterima kasih dan menghargai kejayaan, pencapaian dan anugerah yang diperolehi serta menunjukkan kepuasan terhadap nikmat yang diterima. Para guru yang melaksanakan pembelajaran sepanjang hayat dapat menyebarkan dan menanamkan semangat bersyukur dan kekitaan untuk meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah. dikalangan ahli-ahli seperti dibawah:-

a. Menghargai setiap nikmat yang diterima

b. Menghargai dan berkongsi kejayaan bersama

c. Menghargai kejayaan orang lain dan memberi pengkiktirafan kepada yang layak

d. Sabar dan tenang menghadapi masalah dan redha menerima ketetapan, kegagalan dan ujian

e. Bersederhana dalam meraikan kejayaan

f. Mengucapkan terima kasih atas bantuan atau sumbangan orang lain

g. Menunjukkan kesyukuran dengan berkhidmat dengan lebih bersungguh-sungguh dan bersedia menabur bakti ke tahap optimum.

Pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan guru dapat meningkatkan kualiti pendidikan, ia haruslah menjadi seorang yang dinamik menyumbang kepada kebajikan dan kerjanya haruslah bersih dan suci dari sebarang unsur-unsur negatif dan haram.

Menurut Carnall (1999), para guru yang mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat dapat meningkatkan kualiti pendidikan. Seorang guru perlulah memahami dengan mendalami setiap fungsi seorang guru dan melihat bagaimana merancang perubahan terhadap rekabentuk, operasi, penggunaan teknologi dan struktur pengurusan organisasi. Oleh yang demikian, para guru amat bergantung kepada sumber manusia di dalam organisasi. Menurut Jaafar (2000) dalam konteks pembelajaran sepanjang hayat, para guru sebagai pengurus perlu menekankan usaha menerapkan daya intelektualan yang tinggi kepada sumber manusia agar mereka mudah menerima perubahan. Hasrat ini boleh dicapai melalui proses pembangunan sumber manusia yang menekankan aspek-aspek latihan, pendidikan dan pengembangan individu. Melalui proses pembelajaran ini, individual akan lebih bersedia menerima perubahan. Contohnya seorang guru yang cemerlang yang mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat perlu tahu fungsi guru pusat sumber, guru perpustakaan, guru komputer, guru mata pelajaran, guru kokurikulum, guru permainan dan sebagainya yang dapat meningkatkan perkembangan professional dalam dirinya. Para guru yang mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat dapat melaksanakan tugas dengan baik dan memberi kerjasama yang tinggi kepada pengurusan untuk meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah. Contohnya para guru dapat memberi tumpuan sepenuhnya semasa pengajaran di dalam kelas dengan menggunakan berbagai alat bantu mengajar, menggunakan kemahiran kawalan kelas, kemahiran memujuk dan kemahiran mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid adalahuntuk ke arah pengajaran berkesan. Secara langsung guru tersebut dapat meningkatkan proses pengajaran bilik darjah yang melibatkan bahan pengajaran dan pembelajaran, penggunaan komputer dalam pengajaran dan kaedah pengajaran berasaskan multimedia terkini. Mereka yang mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat tidak mengamalkan sikap yang buruk dan memberi kesan negatif kepada pelajar seperti mengajar terlalu lambat, tidak membuat persediaan mengajar yang baik, tidak mengikut sukatan pelajaran, tidak memberi kerja rumah kerana malas hendak menanda kerja rumah pelajar, duduk semasa mengajar, membebel dan berborak dengan pelajar dalam waktu mengajar, marah dan memaki hamun pelajar dalam masa mengajar mengajar dan pelbagai lagi perkara yang boleh menjejaskan proses pembelajaran yang berkesan.

Jangkaan perkembangan

Melalui pengamalan nilai-nilai profesionalisme keguruan dalam kalangan guru dapat meningkatan kualiti pendidikan di institusi sekolah, secara langsung melahirkan guru yang peka kepada persekitaran mereka seperti kata pepatah di mana bumi dipijak di situ langit dijujung. Dalam profesion perguruan pula seseorang guru yang memegang amanah untuk menjawat jawatan guru akan terikat dengan etika profesionalisme. Sebagai seorang guru pula, segala etika tatasusila perguruan serta disiplin dan moral bagi seorang guru sudah dihafal dan dilaksanakan dalam kerjaya mereka sebagai guru. Pada masa sama, saya juga perlu memahami bahawa etika profesionalisme itu bukan saja tertakluk kepada perundangan yang tertulis dalam buku tetapi mejangkaui kehendahak dan keperluan semasa dan masyarakat.

Penghayatan nilai-nilai profesionalisme keguruan perlu diamalkan untuk membentuk guru yang bermoral dan berdisiplin yang diterap dengan jelas dan jitu dalam membentuk diri menjadi seorang guru yang berakhlak mulia. Sebagai seorang guru, saya akan menjunjung amanah sebagai pendidik yang perlu bersikap jujur dan ikhlas terhadap pelajarnya, sekolah dan pentadbiran organisasi pendidikan secara keseluruhannya. Guru perlu amanah dalam menjalankan tugasnya. Guru yang mengamalkan penghayatan nilai-nilai perofesionalisme keguruan tidak merunggut, memberontak dalam diam dan secara terang dan mengutuk pihak pentadbiran sekolah berkaitan jika di tugaskan membuat kelas tambahan, kerja lebih masa, melatih pelajar dalam permainan sebelah petang sekolah dan sebagainya.

Seorang guru yang mengamalkan penghayatan nilai-nilai profesionalisme keguruan dapat meningkatan kualiti pendidkan di institusi sekolah dengan mengenalpasti kemahiran, bakat dan kecekapan setiap ahli dalam organisasinya. Oleh yang demikian, saya boleh menggunakan kemahiran, bakat dan kecekapan yang sedia ada dalam setiap ahli kumpulan untuk meningkatkan kualiti pengurusan organisasi. Organisasi memerlukan indivdu yang mempunyai kepakaran di dalam bidangnya pada tahap yang diperlukan. Ini adalah kerana orang yang mempunyai kepakaran atau keputusan dengan lebih mendalam memberi komitmen yang tinggi. Menurut Kaoru Ishikawa (1988) manusia adalah active force di dalam organisasi. Mereka mempunyai semangat dan cara pemikiran sendiri. Potensi manusia harus diserahkan melalui kefahaman terhadap minda separa sedar, semangat, gerak hati dan keikhlasan. Pekerja diajar melihat dalaman mereka dalam journey mereka mencari kesempurnaan. Tanggung jawab pengurus adalah menyediakan material dan kebajikan rohani. Menurut Michael Yeoh (2003) seorang guru yang mengamalkan penghayatan nilai-nilai profesionalisme keguruan dalam kalangan guru dapat meningkatkan kualiti pendidikan di institiusi sekolah dengan mengikut peraturan-peraturan dalam etika peguruan. Sebagai seorang guru yang mengamalkan penghayatan nilai-nilai profesionalisme keguruan, saya tidak boleh membuat perkara-perkara berikut:-

a.Datang lambat ke sekolah dengan pelbagai alasan tidak munasabah.

b.Berpakaian selekeh dan tidak kemas dan tidak menunjukkan contoh sahsiah diri yang baik di mata pelajar.

c.Berkomunikasi dengan bahasa yang buruk dan kasar terutama terhadap pelajar yang boleh menjejaskan perhubungan yang baik antara guru dan pelajar.

d.Berniaga dalam masa kerja dan menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang memberi manfaat kepada diri.

Sebagai seorang guru yang mengamalkan penghayatan nilai profesionalisme keguruan saya perlu mempunyai sifat kepimpinan yang penting termasuklah dorongan, keazaman, rangsangan, pembaharuan dan kefleksibelan. Para guru mampu menyahut cabaran masa depan, tidak gentar untuk berubah atau memperkenal perkara baru. Saya yakin saya boleh melepasi batas kecemerlangan dan sentiasa berubah untuk maju sambil menggalakkan pembelajaran berterusan bagi menyerlahkan sifat yang terbaik dalam diri pekerja. Dalam zaman revolusi perkembangan teknologi maklumat saya perlu memajukan diri dengan membuat tugasan dan aktiviti yang relevan untuk mempertingkatan proses pengajaran dan pembelajaran. Saya perlu sentiasa membaca, membuat rujukan dan semakkan terhadap hal semasa dan berbagai aspek ilmuan yang boleh ditunjuk pakai kepada pelajarnya. Dengan ini, saya perlu terus mempertingkatan diri sendiri dengan menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi bagi tujuan membina ilmuan dalam bidang yang menjadi kepakaran mereka. Secara langsung guru yang mengamalkan nilai profesionalisme keguruan dalam kalangan guru dapat meningkatan kualiti pendidikan di institusi sekolah berusaha lebih gigih dari segi keazaman, rangsangan, pembaharuan dan sentiasa menyahut cabaran masa depan.Rujukan.

Abdullah Abdul Rahman: Asiah Ahmad (1990). Perkhidmatan Berkualiti: Satu

pendekatan Menyeluruh. Pengurusan Awam, 2(1), 21-33

Abd Karim Md Nor. 1993. Kearah kecemerlangan : Implikasi dari kajian sekolah

efektif. Jurnal Pengurusan Pendidikan. 3(1): 38-41

Abd Rahim Abdul Rashid. (2005). Profesionalisme Keguruan: Prospek dan Cabaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Alimuddin bin Haji Mohd. Dom (2006). Outstanding Leaders: Membina Sekolah

Cemerlang. Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Blanchard, Kent & Waghorn, Terry (1997). Mission Possible-Beccoming World

Class Organization While Theres Still Time. Wsdhoinhyon. D.C: Mc

Graw Hill

Bumham, J.W. (1997), Managing Qualily in Schools Effective Strategies for

Quality Based School Improvement, London Financial Times Pitman Publishing.

Carnall, C.A.(1999). Managing Change in Organizations Edisi Ke-3. London:

Prentice Hall

Druckers,P. 1969. The Practice of Management. New York: Harper and Row

Jaafar Muhamad. (2000). Penghantar Pengurusan. Cetakan Pertama. Leeds

Publication Kuala Lumpur.

Kamaruddin, 1989, Kepimpinan professional dalam Pendidikan.

Kuala Lumpur.: Teks Publishing Sdn. Bhd.

Kaoru Ishikawa (1988), Kawalan Mutu Menyeluruh Gaya Jepun terjemahan

Rashid Azazd Khan. Kuala Lumpur. Dewan bahasa dan Pustaka.

Kamus Dewan (2004), 3rd Edition, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Halpin, A.W. 1962. Theory and research in education. New York. Macmillan

Hill, N, dan Stone, W.C. 1990. Success through a positive mental attitude

England: Thorsons Publishing Group. (Edisi kedua).

Hussien Mahmood. 1993. Guru permulaan: pengurusan berkesan. Kertas kerja

Seminar Nasional Kedua Pengurusan Pendidikan. Institut Aminuddin

Baki. Kementerian Pendidikan Malaysia: 26-28 November, 1992.

Mc Gregor, dauglas. 1981. The Human Site of Enterprise. New York:

Mc Graw Hill.

Md. Ismail Zamzam. 1989. Hubungan manusia dan kemanusiaan

dalam pengurusan sekolah. Jurnal Guru. Kuala Lumpur. Jawatan kuasa Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan.

Mohd Kamal Hassan 1988, Pendidikan dan Pembangunan ; Suatu Perspektif Bersepadu

Razali Mat Zin. 1996. Kepimpinan Dalam Pengurusan . Kuala Lumpur. Utusan

Publicatin and Distributors Sdn. Bhd.

Slocum. J.W. dan Hellriegel. D. 1995. Management. United State of America:

International Thomson Publishing . (Edisi ketujuh)

Stoner, A.F dan Wankel. C. 1989. Pengurusan. Terjemahan Yaakob Ibrahim

Petaling Jaya: Amiza.