edu fitrah manusia

Upload: sahrul-hafizi

Post on 10-Mar-2016

249 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

EDU FITRAH MANUSIA

TRANSCRIPT

EDU 3102 PSIKOLOGI : PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Tajuk:FITRAH KEJADIAN MANUSIA

EDU 3102PSIKOLOGI :PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

DEFINISI FITRAHFitrah berasal daripada Bahasa Arab yang bererti ;SIFAT SEMULA JADIBAKATKEBOLEHAN,POTENSIPEMBAWAAN atau PERASAAN KEAGAMAAN. -

--Kamus Dewan, 1998

Fitrah manusia digolongkan dalam 2 kategori;Kejasmanian, kebendaan dan keduniaanKerohanian, ketuhanan dan akhirat.

Freud menyatakan fitrah manusia mengandungi unsur naluri yang primitif termasuk unsur seks dan kerangsangan.

Menurut tokoh Islam, fitrah manusia adalah satu ketetapan dan pemberian Tuhan sejak lahir berlandaskan aspek bakat, mental, emosi, dan fizikal.

Ahli-ahli psikologi pendidikan meninjau dan menguji fitrah manusia dari aspek ; potensi keperluan pelajarperbezaan individu

PENGERTIAN POTENSIKeupayaan dan kebolehan semula jadi yang terpendam dalam diri setiap insan.Terkandung dalam beberapa aspek seperti;jasmanimentalkerohanian emosi

POTENSI MANUSIA mengikut ahli-ahli psikologiTEORI KECERDASANPELBAGAI (TKP)Teori Kecerdasan Pelbagai ini berkait rapat = Sistem Pembelajaran BersepaduDefinisi KecerdasanKeupayaan untuk menyelesai masalahMenghasilkan produk yang bernilai dalam lingkungan sesuatu budaya. (Gardner:1991)PeloporHoward Gardner (1943)Pensyarah kecerdasan di Universiti Harvard, Amerika SyarikatPandangan GardnerSetiap individu dikurniakan potensi yang berbeza dalam fitrahnya yang membawa kepada pelbagai fungsiPotensi boleh diukur dengan darjah kecerdasanKECERDASAN PELBAGAITKPIntrapersonalKinestetikNaturalisVisualruangLogikmatematikInterpersonalMuzikVerbalLinguistikAlbert ellis: terapi rasional emotifAhli psikologi behaviorismeManusia dari pandangan islam: Dr. omar Al-SyaibaniTingkah laku manusia menurut al-ghazaliTeori keperluan maslowTEORI KEPERLUAN : AL-GHAZALIFitrah kejadian manusiadari perspektif agama islamAsal kejadian manusia pertama Al-Quran menjelaskan bahawa Adam diciptakan oleh Allah dari tanah yang kering kemudian dibentuk oleh Allah dengan bentuk sebaik-baiknya. Setelah sempurna maka ditiupkan roh kepadanya maka dia menjadi hidup seperti firmanNya:

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat keriong (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. * QS.Al Hijr (15):26 Asal kejadian manusia keduaSegala sesuatu yang diciptakan oleh Allah di dunia ini selalu dalam keadaan berpasang-pasangan. Maka Allah menciptakan kawan hidup (isteri) kepada Adam.

Hai sekalian manusia, bertaqwalahkepada TuhanMu yang telah menciptakan kamu dari seorang diri dan dari padanya Allah menciptakan isterinya, dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan laki-laki dan perempuan yang sangat banyak * QS. An. Nisaa (4):1Kejadian manusia secara biologiDi dalam Al Quran proses kejadian manusia secara biologi dijelaskan secara terperinci melalui firmanNya;

Dan sesungguhnya kami telah menciptakan manusia itu dari saripati (berasal) dari tanah. Kemudian Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan ia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Sucilah Allah, Pencipta Yang Paling Baik.*QS. Al-Muminuun(23):12-14Fitrah kejadian manusiadari perspektif baratAsal usul manusia menurut teori evolusi dan sanggahannya Pelopor: Charles Robert Darwin (1809-1882). Beliau seorang ahli zoologi.Dalam teorinya beliau menyatakan ;Sesuatu benda (bahan) mengalami perubahan dari yang tidak sempurna menuju kepada kesempurnaan.Menurut beliau, manusia adalah hasil yang paling sempurna dari perkembangan tersebut secara teratur oleh hukum-hukum mekanik seperti tumbuhan dan haiwan.Manusia merupakan hasil evolusi dari kera-kera besar selama bertahun-tahun dan telah mencapai bentuk yang paling sempurna.

Fitrah kejadian manusiadari perspektif biologiembriologi1. PERINGKAT OVUM Bermula dari fertilisasi (pembuahan). Pertemuan sperma bapa dengan sel ibu (ovum) Membentuk zygote setelah fertilisasi berlaku. Zygote membelah menjadi 2, 4, 8, 16 dan seterusnya.Proses Impantasi berlaku. Zygote bergerak menuju ke kantong kehamilan, kemudian melekat dan akhirnya masuk ke dinding rahim.

Beberapa kajian penting mengenai embrio dibuat di zaman itu yang kita ketahui. Ada disebut di dalam Al-Quran, kitab suci orang Islam, bahawa manusia terbentuk hasil dari percantuman antara air benih lelaki dan wanita. Beberapa ayat memperkatakan tentang penciptaan manusia dari setitik air mani, dan ada juga ayat yang menyatakan bahawa makhluk yang terhasil dari percantuman itu akan hidup seperti benih di dalam tubuh wanita enam hari selepas kemudian. (Blastocyst manusia mula hidup selepas 6 hari percantuman antara benih lelaki dan telur wanita. Al-Quran juga menyebut bahawa air mani bertukar menjadi seketul darah beku. (Blastocyst yang hidup atau yang keguguran berbentuk seperti darah beku). Rujuk Gambarajah di bawah.

Telur(Ovum)Zaigot(Hasil percantuman 2 benih )Benih lelaki(Air mani)

Pensenyawaan: Intracytoplasmic Sperm Injection (ICSI)

Persenyawaan berlaku iaitu dimulai dengan pembukaan membran plasma (dinding ovam), satu gelombang pada frekuensi 380 nanometer iaitu menyamai dengan gelombang bahagian thalamus dan warna pink akan terpancar untuk membuka membran plasma yang akan membenarkan sperm menembusinya.

29Dalam surah Al-Mursalaat, juz keduapuluh sembilan, ayat 20 hingga 23 Allah Ta'ala berfirman yang bermaksud; Bukankah kami telah menciptakan kamu dari air (benih) yang sedikit (hina) dipandang orang. Lalu Kami jadikan air (benih) itu pada tempat penetapan yang kukuh (rahim ibu). Serta Kami tentukan keadaanya, maka Kamilah sebaik-baik yang berkuasa menentukan dan melakukan tiap-tiap sesuatu.

Dalam surah Al-Mu'minun,juz kelapan belas ayat 12, 13 & 14, Allah Ta'ala berfirman yang bermaksud;Dan sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dari pati yang berasal dari tanah. (Pati yang berasal dari tanah, ialah pati makanan yang berasal dari tumbuh-tumbuhan dan tanaman yang tumbuh di bumi).Kemudian Kami jadikan pati itu setitis air benih (air mani), pada tempat penetapan yang kukuh. Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging, kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa ketul daging, kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang, kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya (keadaannya yang asal serta ditiupkan roh padanya). Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik baik Pencipta.

2. Peringkat embrioPeringkat pembentukan organ-organ.

Selain dari itu, menurut Al-Quran embrio juga dinyatakan berbentuk seperti lintah. Embrio sememangnya berbentuk seperti seekor lintah. Embrio juga disamakan bentuknya dengan sesuatu yang dimamah- seperti gum atau kayu. (Somites memang nampak seolah-olah sesuatu yang ada kesan gigi akibat dimamah- Tengok gambarajah 4.2).

Embrio manusia mula mempunyai ciri-ciri kemanusiaan pada peringkat ini. (Rujuk gambar rajah di sebelah). Al-Quran juga menyatakan bahawa embrio membesar di dalam tiga keadaan atau dinding yang gelap. Ini mungkin merujuk kepada; (1) dinding perut ibu (2) dinding uterine,

(3) Amniochorionic Membrane (Rujuk Gambar rajah di bawah). Ruangan yang terhad tidak membenarkan perbincangan lanjut mengenai banyak lagi ayat-ayat Al-Quran yang memperkatakan tentang perkembangan bayi di dalam kandungan.

Tiga Daerah GelapSetelah pembuahan, pertumbuhan bayi berlangsung dalam tiga daerah berbeda. Daerah-daerah ini adalah1. Tuba falopii: daerah tempat telur dan sperma bersatu dan tempat indung telur berhubungan dengan rahim.2. Di dalam dinding rahim tempat zigot menempel untuk perkembangan.3. Daerah tempat mulai tumbuhnya embrio di dalam kantung yang penuh berisi cairan khusus.

Sebagaimana dikatakan di dalam Al Quran, "Dia menjadikan kamu dalam perut ibumu kejadian demi kejadian dalam tiga kegelapan. Yang (berbuat) demikian itu adalah Allah, Tuhan kamu, Tuhan Yang mempunyai kerajaan. Tidak ada Tuhan selain Dia; maka bagaimana kamu dapat dipalingkan?" (QS. Az-Zumar: 6).

Embrio berkembang di dalam rahim ibu atau uterus dengan dilindungi oleh tiga lapisan pelindung seperti yang ditunjukkan di dalam gambar rajah di bawah; (A) ialah dinding perut anterior (B) dinding uterine (C) amniochorionic membrane.Perubahan proses yang berterusan menyebabkan pemeringkatan embrio manusia amat kompleks.

3. Peringkat foetusPeringkat perkembangan dan penyempurnan dari organ-organ tadi.

"Hai manusia, apakah yang telah memperdayakan kamu (berbuat durhaka) terhadap Tuhanmu Yang Maha Pemurah, Yang telah menciptakan kamu lalu menyempurnakan kejadianmu dan menjadikan (susunan tubuh)-mu seimbang, dalam bentuk apa saja yang Dia kehendaki, Dia menyusun tubuhmu." (QS. Al Infithar: 6-8)Gambar rajah di bawah menunjukkan janin di hari ke-42.Seminggu kemudian, ketika minggu ke-7, sejurus selepas 42 hari, bentuknya bertukar secara mendadak seperti yang dapat kita lihat (rujuk gambarajah 7.2). Hadis Nabi sallallahualaihiwasallam berbunyi (maksud):Selepas 42 malam daripada (nutfah-air mani), Allah menghantar malaikatnya yang akan membentukkan telinga, mata, kulit, daging, dan tulang. Kemudian malaikat akan bertanya, Ya Allah, adakah ia lelaki atau perempuan? dan Allah akan menentukan jantinanya sebagaimana yang Dia kehendaki (Sahih Muslim- Kitab Al-Qadar).

Perkembangan bentuk muka manusia mengikut hari.

kesimpulanUngkapan ilmiah dari Al-Quran dan Hadith 15 abad silam telah menjadi bahan penelitian bagi para ahli biologi untuk memperdalamkan ilmu tentang fitrah kejadian manusia.

Para ahli Barat menemukan masalah pertumbuhan embrio secara bertahap pada tahun 1940 dan baru dibuktikan pada tahun 1955.

Al-Quran & Hadith yang diturunkan 15 abad lalu telah menyatakan dengan terperinci tentang Fitrah Kajadian Manusia.