fitrah kejadian manusia.pdf

49
Tajuk1: Fitrah Kejadian Manusia Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

Upload: mushroom511

Post on 03-Jan-2016

110 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

....

TRANSCRIPT

Page 1: Fitrah Kejadian Manusia.pdf

Tajuk1: Fitrah Kejadian Manusia

Nordin Tahir

IPG Kampus Ipoh

Page 2: Fitrah Kejadian Manusia.pdf

Konsep Fitrah Manusia

• Menurut Kamus Dewan edisi ketiga:

Sifat semulajadi, bakat atau pembawaan seseorang.

• Berasal dari perkataan Bahasa Arab yang bererti sifat, asal kejadian, kesucian dan bakat.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 2

Page 3: Fitrah Kejadian Manusia.pdf

• Kamus Dewan : sifat semula jadi, bakat, pembawaan atau perasaan.

• Kamus Dewan (1970) : tabiat semulajadi atau bakat manusia bermakna setiap ind yg lahir telah ditentukan sifat s.jd atau bakat oleh Tuhan

• Hassan Langgulung : fitrah boleh dipandang dr dua sudut iaitu :

• Sifat s.jd manusia @ sifat Tuhan yg menjdkan potensi manusia sejak lahir

• Wahyu Tuhan yg diturunkan kpd nabi-nabiNya (Analogi : sekeping syiling mempunyai dua muka sifat s.jd manusia dan wahyu)

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 3

Page 4: Fitrah Kejadian Manusia.pdf

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

• Freud : Fitrah manusia mempunyai unsur naluri yg primitif termasuk unsur seks dan kerangsangan.

• Tokoh Islam : Fitrah manusia ketetapan dan pemberian Tuhan sejak lahir berlandaskan aspek bakat, mental, emosi, fizikal. Keseimbangan BMEF akan menentukan pencapaian fitrah manusia.

• Sifat semulajadi (BMEF) yang baik spt kain putih dan setiap manusia mempunyai keistimewaan, kebebasan, mempunyai kehendak, mengembangkan potensi, mengawal diri dan berkualiti bagi membezakan dgn binatang.

Page 5: Fitrah Kejadian Manusia.pdf

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

• Sifat insan yang mempunyai bakat, potensi semula jadi (keupayaan / kebolehan semula jadi yang terdapat dlm diri insan dan terkandung dlm JERI) perasaan keagamaan

• Satu ketetapan / pemberian Tuhan secara semula jadi utk menuju ke arah kebaikan. Unsur luaran mempengaruhi dan mengubah sifat semula jadi ini.

• Sifat semula jadi ini ditentukan tahap kebolehannya dan mendatangkan kebaikan jika diberi bimbingan dan sebaliknya.

• Ibu bapa, guru, masyarakat berperanan penting menentukan pencapaian dan perkembangan potensi semula jadi agar ia memberi manfaat kpd insan dan masyarakat (sbg ahli masyarakat).

Page 6: Fitrah Kejadian Manusia.pdf

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

• Fitrah manusia terbahagi kpd 2 iaitu :

• Kejasmanian, Kebendaan dan Keduniaan : keperluan asas (makanan, pakaian, tempat tinggal), naluri primitif (seks, rangsangan), naluri semula jadi (suka kpd perhiasan, ingin tahu, berkelamin)

• Kerohanian, Ketuhanan dan Keakhiratan : hal-hal kebenaran, ketuhanan dan keakhiratan. Javo F. Bayron : Agama merupakan fitrah semula jadi manusia yang terdapat dalam sepanjang sejarah manusia, naluri ini menyebabkan manusia menyebarkan agama. Naluri beragama wujud dlm setiap insan.

Page 7: Fitrah Kejadian Manusia.pdf

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

• Antara sifat semula jadi manusia :

• Ingin Tahu : mendorong Kanak-kanak meneroka. Cth: tidak sabar membuka bungkusan utk mengetahui isi kandungan.

• Daya Cipta : mendorong KKmelahirkan kreativiti. Cth : menconteng buku, kertas, dinding bila dapat pensil.

• Keterbukaan : mudah menerima idea / cadangan org dewasa / belajar bercakap, mempelajari perbendaharaan kata.

• Ingin Mencapai Sesuatu : mempelajari cara memegang benda / berusaha mencapai akademik yg baik / memperbaiki diri sendiri (akademik / kekayaan).

Page 8: Fitrah Kejadian Manusia.pdf

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

• Pandangan masyarakat terhadap fitrah manusia: • Membezakan manusia iaitu insan yang mendapat

fitrah dianggap lebih istimewa. • Anugerah iaitu mempunyai kelebihan dlm bidang

tertentu tetapi kurang dlm bidang yg lain.

• Kelebihan fitrah manusia dan sifat semulajadinya ialah boleh dibimbing / dilatih.

• Pendapat 1 Jika kelebihan fitrah manusia digunakan sebaik

mungkin maka manusia akan kekal aman, damai, bahagia, sejahtera, status manusia sebagai makluk yang sempurna akan kekal selagi mengikut fitrahnya, jika manusia tidak lagi mengikut fitrahnya maka martabatnya lebih rendah dari binatang.

Page 9: Fitrah Kejadian Manusia.pdf

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

• Kekuatan utama fitrah manusia ialah : • Berupaya maju : utamakan akal fikiran bukan hawa

nafsu maka manusia membentuk kesejahteraan / kedamaian

• Bersikap terbuka : sifat kesejagatan dpt membentuk kehidupan yg sempurna. Pemikiran yg rasional mampu membentuk personaliti yg baik.

• Boleh diasuh / dididik : pendidikan boleh disalurkan kpd fitrah manusia utk membentuk keseragaman dan membentuk satu bangsa dan akan mengwujudkan keharmonian.

• Bebas dlm bertindak dan berfikir : pengalaman drp perubahan alam, pengalaman memudahkan manusia bertindak memenuhi erti kehidupan. Tanpa kebebasan berfikir manusia akan memberontak dan tertekan. .

Page 10: Fitrah Kejadian Manusia.pdf

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

• Kelemahan fitrah manusia ialah : • Manusia perlu diasuh dan didedah : Mendapat

pengalaman melalui pendedahan / mempelajari sesuatu utk maju.

• Manusia sentiasa terdedah kpd pengaruh dan dipengaruhi : Pengaruh dlm membuat tindakan / keputusan dan sering timbul pertelingkahan.

• Manusia dikuasai oleh emosi dan hawa nafsu : Kemahuan tidak terbatas menyebabkan pertelingkahan terjadi. Pendidikan kerohanian / keagamaan boleh digunakan utk hindar situasi ini.

Page 11: Fitrah Kejadian Manusia.pdf

• Setiap manusia yang dilahirkan mempunyai keunikan tersendiri.

• Keunikan manusia meliputi seluruh bidang kehidupan- daripada aspek ekonomi, sosial, pendidikan, agama, budaya dan sbgnya.

• Setiap individu mempunyai bakat atau sifat semulajadi yang dianggap sebagai anugerah.

• Manusia berkemampuan untuk mengembangkan potensi yang ada dalam diri mereka ke tahap yang maksima.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 11

Page 12: Fitrah Kejadian Manusia.pdf

• Menurut Dr.Rogers (1951), manusia berkeupayaan untuk menjadi positif dan baik.

• Manusia sentiasa berusaha ke arah penyempurnaan diri.

• Menurut Dr. Montessori, semua manusia ada kecenderungan.

• Semua manusia mengikut hukum yang sama bagi menggerakkan mereka untuk menunjukkan tingkah laku yang sama.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 12

Page 13: Fitrah Kejadian Manusia.pdf

• Semua manusia terdorong untuk berkomunikasi, bersosialisasi, meneroka, berdikari, bekerja, memberi perhatian, mengawal diri, mengekalkan keamanan dan mencapai kesempurnaan.

• Menurut Dr. Montessori lagi, semua kecenderungan wujud dalam diri seseorang individu pada semua peringkat hidupnya.

• Kecenderungan ini mengerakkan perkembangan manusia dan mengarahkan kita untuk sama ada mengambil sesuatu tindakan atau tidak.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 13

Page 14: Fitrah Kejadian Manusia.pdf

• Pengalaman terhadap kecenderungan yang wujud dalam diri kanak-kanak akan membantu membina keyakinan diri, keupayaan menumpu perhatian, imej kendiri yang positif, kawalan diri serta keupayaan membuat keputusan dan menyesuaikan diri.

• Halangan kepada kecenderungan akan menyebabkan kanak-kanak menunjukkan sikap marah, kurang kawalan atau perasaan malu yang berlebihan.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 14

Page 15: Fitrah Kejadian Manusia.pdf

Fitrah Kejadian Manusia Mengikut Perspektif Agama

• Islam

• Buddha

• Hindu

• Kristian

Perspektif Agama

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 15

Page 16: Fitrah Kejadian Manusia.pdf

• Agama ialah satu set kepercayaan, nilai dan amalan yang berasaskan pengajaran.

• Agama menyediakan satu model atau “blueprint” untuk diri dan masyarakat dalam pembentukan nilai dan amalan.

• Ia memberi struktur kepada kehidupan manusia dan membantu memenuhi keperluan manusia untuk hidup bersama dan bersosial.

• Agama juga memberi kepuasan emosi kepada penganutnya.

• Ia membantu manusia memahami kejadian di dunia, memberi ketenangan dan harapan dalam kehidupan yang penuh cabaran.

Perspektif Agama

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 16

Page 17: Fitrah Kejadian Manusia.pdf

• Setiap individu akan berusaha untuk memberi makna kepada kehidupannya.

• Usaha ke arah ini bergantung kepada tahap perkembangan individu tersebut, budaya serta kepercayaan keagamaannya.

• Konsep ketuhanan merupakan satu aspek luas namun semua agama menekankan kebaikan dan kebenaran.

• Sekiranya ajaran dan amalan keagamaan dihayati sepenuhnya dalam kehidupan seseorang, ia boleh melahirkan manusia yang sempurna.

Perspektif Agama

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 17

Page 18: Fitrah Kejadian Manusia.pdf

Agama

• satu set kepercayaan, nilai dan amalan yang berasaskan pengajaran.

• satu model untuk diri dan masyarakat dalam pembentukan nilai dan amalan.

• Ia memberi struktur kepada kehidupan manusia dan membantu memenuhi keperluan manusia untuk hidup bersama dan bersosial.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 18

Page 19: Fitrah Kejadian Manusia.pdf

• Memberi kepuasan emosi kepada penganutnya.Ia membantu manusia memahami kejadian di dunia, memberi ketenangan dan harapan dalam kehidupan.

• Aa Gym (2005) mendefinisikan fitrah sebagai tabiat yang suci dan asli yang dibawa manusia sejak lahir dan belum pernah disentuh atau diubah.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 19

Page 20: Fitrah Kejadian Manusia.pdf

• Manusia pertama yang dihidupkan di atas muka bumi ini oleh Allah S.W.T ialah Adam a.s.

• Dalam Islam, manusia dikatakan berasal daripada tanah dan roh di mana unsur jasad dan roh telah disatukan untuk memberi nyawa kepada Adam a.s.

• Zuriat bagi keturunan Adam a.s pula bermula daripada nutfah.

• Nutfah bermaksud percantuman air mani lelaki di dalam rahim wanita. Iaitu percantuman daripada ovum dan sperma di mana dalam berjuta-juta sperma lelaki, sperma yang terkuat sahaja akan dapat memasuki ke dalam ovum wanita.

• Proses ini juga juga di kenali sebagai survival of the fittest.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 20

Agama Islam

Page 21: Fitrah Kejadian Manusia.pdf

• Setelah berlakunya proses nutfah, alaqah pula akan terbentuk.

• Alaqah juga dikenali sebagai embrio dalam bahasa sains di mana air mani yang telah masuk ke dalam rahim wanita akan membentuk segumpal darah.

• Seterusnya alaqah akan membentuk pula sepotong daging iaitu mudghah. Dari sepotong daging, akan terbentuk pula tulang-temulang di dalam rahim yang dikenali sebagai idzam.

• Lahman ialah daging-daging yang akan tumbuh menyelaputi tulang-temulang yang terbentuk. Pada ketika ini, sudah terbentuk rupa manusia di dalam rahim wanita.

• Seterusnya tulang-temulang yang diselaputi atau di tumbuhi daging-daging akan membentuk janin iaitu bayi yang berada di dalam kandungan wanita.

• Selepas terbentuknya janin bayi di dalam rahim wanita, roh akan ditiupkan untuk memberi nyawa kepada bayi di dalam kandungan dan seterusnya sehinggalah berlakunya kelahiran.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 21

Agama Islam

Page 22: Fitrah Kejadian Manusia.pdf

Kejadian Manusia Berdasarkan Sumber Al-Quran

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 22

Page 23: Fitrah Kejadian Manusia.pdf

• Dalam surah Az-Zumar ayat 6 Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

“Dia menjadikan kamu dalam rahim ibu kamu. Kejadian demi kejadian dalam tiga kegelapan”.

• Dalam surah Az-Zumar ayat 6 “tiga kegelapan” merujuk kepada: dinding uterus, dinding anterior abdomen, dan dinding amniochorionic.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 23

Page 24: Fitrah Kejadian Manusia.pdf

• Pernyataan dalam surah Al-Mu’minun ayat 13, “Dan kami letakkannya dalam tempat yang kukuh”, titisan atau nutfah yang dimaksudkan sebagai sperma, tetapi tafsiran yang lebih bermakna ialah zigot yang membahagi untuk membentuk blastosis yang menempel pada dinding uterus (tempat rehat).

• Tafsiran ini diperkuatkan lagi oleh ayat dalam Al-Quran “Manusia dicipta daripada titisan yang bercampur.”

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 24

Page 25: Fitrah Kejadian Manusia.pdf

• Pernyataan dalam surah 23;14 “Dan kami jadikan air mani tersebut segumpal darah”.

• Perkataan ‘alaqah’ merujuk kepada pacat.

• Perkataan ini merupakan perkataan yang sesuai untuk menggambarkan bentuk embrio manusia pada hari yang ke 7 hingga ke 24 ketika ia bergantung kepada edometrium uterus.

• Embrio pada hari ke 23 hingga ke 24 menyerupai seekor pacat.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 25

Page 26: Fitrah Kejadian Manusia.pdf

• Kenyataan ini juga terdapat dalam surah 23;14, “Lalu alaqah tersebut kami jadikan mudighah”

• Perkataan arab bagi ‘mudighah’ bermaksud bahan yang dikunyah atau benda yang dikunyah.

• Pada akhir minggu ke 4, embrio manusia kelihatan seakan-akan daging yang of flesh.

• Bentuk seperti kunyahan adalah disebabkan oleh somites yang menyerupai bekas gigitan gigi.

• Somites merupakan permulaan pembentukan tulang belakang.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 26

Page 27: Fitrah Kejadian Manusia.pdf

• “Dan dari mudighah itu kami jadikan tulang. Dan tulang tersebut kami bungkus dengan daging.”

• Surah Al-Mu’minun ayat 14 menunjukkan bahawa daripada benda yang dikunyah tersebut membentuk tulang.

• Ini sebenarnya selaras dengan perkembangan embriologi.

• Mulanya tulang membentuk tulang rawan (cartilage) dan kemudian otot (daging) terbentuk daripadanya mesoderma somatik.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 27

Page 28: Fitrah Kejadian Manusia.pdf

• “Kemudian kami jadikan makhluk (yang berbentuk) lain”.

• Pernyataan dalam surah Al-Mu’minun ayat 14 mengatakan bahawa tulang dan otot melahirkan makhluk lain.

• Ini merujuk kepada embrio berbentuk manusia yang terbentuk pada minggu ke 8.

• Pada masa itu, ia mempunyai sifat-sifat khusus manusia dan mempunyai semua bakal organ dalaman dan luaran.

• Selepas 8 bulan ianya dinamakan fetus.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 28

Page 29: Fitrah Kejadian Manusia.pdf

• “Dia menjadikan bagimu pendengaran , penglihatan, dan hati”.

• Surah As-Sajadah ayat 9 menunjukkan bahawa organ deria tertentu seperti pendengaran, penglihatan dan perasaan terbentuk.

• Alat pendengaran terbentuk sebelum terbentuknya alat penglihatan dan otak.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 29

Page 30: Fitrah Kejadian Manusia.pdf

• “Kemudian dari mudighah yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna kejadiannya.”

• Surah Al-Hajj ayat 5 menunjukkan bahawa embrio mengandungi tisu yang telah mengalami proses pembezaan dan yang belum berlaku proses pembezaan.

• Umpamanya apabila tulang rawan telah mengalami proses pembezaan, tetapi tisu sambungan embrio yang berada di sekitarnya belum lagi mengalami perbezaan.

• Tisu-tisu ini kemudiannya membeza menjadi otot dan ligamen yang berpaut pada tulang.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 30

Page 31: Fitrah Kejadian Manusia.pdf

• Nabi Adam a.s dipilih oleh Allah S.W.T sebagai khalifah di bumi untuk menjadi pengurus dan pengatur kehidupan manusia di bumi berdasarkan syariat dan peraturan Allah S.W.T bersesuaian dengan matlamat penciptaannya iaitu mengabdikan diri kepada Allah S.W.T.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 31

Adam A.S Manusia Pertama Dan Khalifah Allah S.W.T

Di Atas Muka Bumi

Page 32: Fitrah Kejadian Manusia.pdf

• Nabi Adam a.s dijadikan Allah S.W.T berasaskan perancangan yang sungguh unik, istimewa dan teratur.

• Baginda dibekalkan pelbagai keistimewaan seperti tenaga, perasaan, fikiran, ilmu pengetahuan dan lain-lain lagi untuk melayakkan dirinya sebagai hamba dan khalifahNya di atas muka bumi ini.

• Peranan sebagai hamba dan khlaifah di atas bumi adalah satu tugas yang amat berat dan tidak sanggup dipikul oleh makhluk-makhluk lain tetapi hanya sanggup dipikul oleh manusia sahaja kerana manusia dikurniakan dengan akal fikiran.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 32

Page 33: Fitrah Kejadian Manusia.pdf

Ciri-ciri Keistimewaan Manusia Mengikut Islam

• Manusia mempunyai kesempurnaan kejadian. • Manusia mempunyai unsur jasmani dan rohani. • Manusia mempunyai akal fikiran dan nafsu. • Manusia adalah khalifah Allah S.W.T di bumi. • Manusia menikmati kemudahan alam tabii.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 33

Page 34: Fitrah Kejadian Manusia.pdf

Hindu

• Dalam agama Hindu pada umumnya, konsep yang dipakai adalah monoteisme.

• Konsep tersebut dikenal sebagai filsafat Adwaita Wedanta yang bererti "tak ada duanya".

• Konsep ketuhanan dalam agama monoteistik lainnya, Adwaita Wedanta menganggap bahawa Tuhan merupakan pusat segala kehidupan di alam semesta, dan dalam agama Hindu, Tuhan dikenal dengan sebutan Brahman.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 34

Page 35: Fitrah Kejadian Manusia.pdf

• Brahman merupakan pencipta sekaligus pelebur alam semesta.

• Brahman berada di mana-mana dan mengisi seluruh alam semesta.

• Brahman merupakan asal mula dari segala sesuatu yang ada di dunia.

• Segala sesuatu yang ada di alam semesta tunduk kepada Brahman tanpa kecuali.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 35

Page 36: Fitrah Kejadian Manusia.pdf

• Konsep tentang kejadian bumi dan manusia menurut Buddha Dhamma agak unik.

• Di alam semesta ini bukan hanya ada bumi ini. Telah banyak bumi yang muncul dan hancur (kiamat).

• Manusia yang muncul pertama kali di bumi kita ini tidak seorang, tetapi banyak, dan mereka muncul bukan kerana kemahuan satu makhluk tertentu.

• Di dalam Agama Sutta, Digha Nikaya, Sutta Pitaka, Tipitaka, dapat dibaca bahawa bumi kita ini semuanya terdiri dari air dan gelap gelita.

.

Buddha

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 36

Page 37: Fitrah Kejadian Manusia.pdf

• Makhluk-makhluk pun tidak dibezakan lelaki atau perempuan. Namun, mereka memiliki tubuh yang bercahaya dan hidup melayang-layang di angkasa.

• Setelah waktu lama sekali, tanah dengan sarinya muncul dari dalam air dan rasanya seperti madu tawon mumi.

• Makhluk-makhluk yang serakah (tamak) mulai mencicipi tanah itu, dan tergiur akan sari tersebut. Makhluk-makhluk yang lain juga mengikuti.

• Akibat kelakuannya itu, maka cahaya tubuh mereka lenyap, dan tampaklah matahari, bulan, bintang.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 37

Page 38: Fitrah Kejadian Manusia.pdf

• Setelah masa yang lama sekali, tubuh mereka memadat dan bentuknya ada yang indah dan ada yang buruk sesuai dengan takaran mereka makan sari tanah. Mereka yang indah memandang rendah kepada orang yang bentuk tubuhnya jelek.

• Lama kelamaan sari tanah pun lenyap dan muncullah tumbuhan dari tanah. Sementara mereka sombong dan bongkak, tumbuhan ini lenyap dan muncul tumbuhan menjalar, dan demikian seterusnya setelah tumbuhan menjalar lenyap, muncullah tanaman padi.

• Setelah waktu yang lama sesuai dengan takaran mereka makan, maka tubuh mereka lebih memadat dan perbezaan bentuknya tampak lebih jelas.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 38

Page 39: Fitrah Kejadian Manusia.pdf

Kejadian manusia (Adam) menurut Pentateuch(Torah)

• Dalam Kitab Genesis, didapati manusia bukan ciptaan Tuhan yang pertama.

• Jika dirujuk teliti di dalam Kitab Genesis, didapati manusia bukan ciptaan Tuhan yang pertama.

• Secara umum, proses kejadian makhluk sebagaimana yang dihuraikan di dalam Kitab Genesis merangkumi enam hari.

• Hari pertama Tuhan mencipta siang dan malam.

• Hari kedua tuhan mencipta air.

• Hari ketiga Tuhan mencipta tumbuhan.

Kristian

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 39

Page 40: Fitrah Kejadian Manusia.pdf

• Hari keempat Tuhan mencipta makhluk-makhluk di daratan dan juga di lautan.

• Hari kelima Tuhan mencipta bintang di angkasa.

• Pada hari keenam, Tuhan mencipta manusia sebagaimana yang diungkapkan di dalam Genesis (1:26) : “The God said, “ Let Us make humankind in our image, according to our likeness and let them have dominion over the fish of the sea and over the birds of the air and over the cattle and over all the wild animals of the earth and over every creeping things that creeps upon earth”.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 40

Page 41: Fitrah Kejadian Manusia.pdf

Perspektif Fizikal

• Kitab Bible iaitu dalam Genesis telah menerangkan bahawa manusia pertama yang dicipta oleh Tuhan adalah daripada debu tanah. Sebagaimana yang diunggapkan dalam Genesis (2:7) : “ then the Lord God formed man from the dust of the ground…”.

• Dengan jelas fakta kejadian manusia daripada tanah dipegang oleh penganut Kristian.

• Huraian di dalam Creation Revealed karangan Fredk A.Filby, perkataan tanah atau dust adalah dirujuk kepada particles atau butir-butir.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 41

Page 42: Fitrah Kejadian Manusia.pdf

• Selain itu, ia juga merujuk kepada unsur atom.

• Hujah yang dikemukakan dalam buku I believe in the Creator karangan James M. Houstan yang mengatakan bahawa kejadian manusia dari segi fizikal tidak banyak dihuraikan dalam Old Testament mahupun New Testament.

• Oleh itu, beliau membuat kesimpulan bahawa tidak terdapat seorang pun yang menghuraikan dengan kapasiti yang tepat berkenaan asal-usul manusia sepertimana penciptaan Adam.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 42

Page 43: Fitrah Kejadian Manusia.pdf

• Bahagian lain telah menghuraikan dari aspek spiritual.Sebagaimana yang diungkap di dalam Genesis (2:7) : “ …and breathed into his nostril the breath of life; and the man became a living being.”

• Dua komponen utama dalam penyempurnaan penciptaan manusia, iaitu nostril yang mewakili badan atau body dan breath of life mewakili roh atau spirit.

Perspektif Spritual

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 43

Page 44: Fitrah Kejadian Manusia.pdf

Perspektif Biologi

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 44

Page 45: Fitrah Kejadian Manusia.pdf

• Ahli sosio-biologi berpendapat tingkahlaku manusia adalah berasaskan arahan-arahan gen yang telah berkembang dalam diri manusia melalui proses evolusi.

• Menurut teori ini, interaksi yang kompleks antara gen-gen memberi manusia keupayaan dan kecenderungan untuk membentuk perilaku seseorang.

Perspektif Biologi

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 45

Page 46: Fitrah Kejadian Manusia.pdf

• Maka, fitrah manusia daripada perspektif biologi memperlihatkan asas-asas genetik seperti baka dan faktor persekitaran, yang menyumbang kepada pembentukan diri seseorang.

• Kita dapat melihat bahawa sifat-sifat tertentu individu kadang kala spesifik kepada suatu kaum atau masyarakat dan ini dipengaruhi oleh faktor keturunan.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 46

Page 47: Fitrah Kejadian Manusia.pdf

• Fitrah kejadian manusia juga mempengaruhi ketidaksamaan yang dimiliki oleh seseorang.

• Baka mempengaruhi perbezaan individu seperti:

- Kognitif- tahap kecerdasan seseorang

- Fizikal- warna rambut, mata, kulit, tinggi, rendah dan sebagainya.

- Emosi- temperamen atau kesabaran dalam menghadapi cabaran.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 47

Page 48: Fitrah Kejadian Manusia.pdf

• Sifat semula jadi manusia seperti ingin tahu mendorong manusia untuk meneroka persekitarannya dan ini membantu manusia mencapai kemajuan sejajar dengan perubahan yang berlaku persekitaranya.

• Latarbelakang keluarga, pengaruh rakan sebaya, kebudayaan dan kepercayaan masyarakat, sumber teknologi dan guru serta sekolah turut menyumbang kepada perbezaan individu dalam fitrah kejadian manusia.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 48

Page 49: Fitrah Kejadian Manusia.pdf

Implikasi Fitrah Manusia Kepada Guru-guru

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 49