modul pismp (pqe 3102)

Post on 30-Oct-2015

3.629 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Bahan bacaan untuk subjek PQE 3102

TRANSCRIPT

  • (PQE 3102 ULUM AL-QURAN DAN ULUM AL-HADITH)

    Tajuk 1 ULUM AL QURAN DAN ULUM AL-HADITH

    1. Pengenalan Konsep Ulum Al-Quran dan Ulum Al-Hadith

    1.1 Sinopsis

    Pengajian yang berkaitan dengan Ulum al-Quran merupakan salah satu bidang yang

    penting untuk membolehkan seseorang itu memahami dan menghuraikan atau

    mentafsirkan apa yang terdapat dalam al-Quran itu sendiri dengan baik dan lebih

    sempurna. Pengertian Ulum al-Quran dapat diberikan dengan dua keadaan iaitu

    pengertian dari aspek bahasa dan istilah. Ulum al-Quran menurut bahasa ialah segala

    ilmu yang berkaitan dengan al-Quran. Ulum al-Quran dari aspek istilah bermaksud ilmu

    yang membahaskan tentang al-Quran, sama ada dari aspek penurunannya, bacaannya,

    sejarah pengumpulannya, penyusunannnya, penulisan dan pentafsiran, ijaz, nasikh

    mansukh, muhkam dan mutasyabihat dan lain-lain. Memahami al-Quran adalah perkara

    yang perlu bagi umat Islam, kerana al-Quran merupakan sumber hukum pertama dalam

    perundangan dan neraca keadilan. Pendidikan melalui al-Quran merupakan teras

    penting untuk menanamkan keyakinan manusia terhadap keEsaan Allah S.W.T. untuk

    mengabdikan diri dan mendekatkan diri kepadaNya. Tujuannya ialah supaya manusia

    menjadi insan yang soleh yang boleh merealisasikan segala tujuan hidup di dunia dan

    akhirat.

    1.2 Hasil Pembelajaran

    1. Menanamkan kepercayaan yang kukuh terhadap keesaan Allah dalam diri

    pelajar terhadap al-Quran.

    2. Menanamkan keyakinan yang tinggi terhadap al-Quran dan Hadith.

    3. Memahami mengenai nasikh dan mansukh.

    4. Menjelaskan soal muhkam dan mutasyabih.

  • (PQE 3102 ULUM AL-QURAN DAN ULUM AL-HADITH)

    1.3 Kerangka Konsep Tajuk

    1.4 Konsep dan Definisi Ulum Al-Quran

    Al-Quran ialah kalamullah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW dalam

    bahasa Arab dan sebagai mukjizat yang dinukilkan secara mutawatir yang ditulis dalam

    mashaf yang bermula dengan surah al-Fatihah ini diakhiri dengan surah an-Naas dan

    bacaannya adalah ibadat.

    Dalam pengertian ini, berbezalah al-Quran dengan Hadith atau as-Sunnah, kerana

    bukanlah Kalamullah. Berbezalah dengan kitab-kitab suci yang lain kerana Kalamullah

    yang diturunkan kepada Nabi Musa (Taurat) yang berbahasa Siriani, berbezalah dengan

    Kalamullah yang diturunkan kepada Nabi Daud (Zabur) yang berbahasa Qibti dan

    berbezalah ia dengan Kalamullah yang diturunkan kepada Nabi isa (Injil) yang

    berbahasa Ibrani.

    Al-Quran adalah mukjizat yang membuktikan kerasulan Nabi Muhammad SAW dan

    kewujudan SWT dengan segala sifat-sifat kesempurnaannya. Membaca al-Quran

    adalah ibadat. Ini berlainan dengan membaca Hadith atau lainnya. Ia dinukilkan kepada

    kita secara mutawatir, secara pasti dan qati. Maka oleh kerana itu, barangsiapa yang

    mengingkari, mempersenda-sendakannya atau meraguinya, murtadlah ia. Kalamullah

    Pengenalan Konsep Ulum Al-Quran & Al-Hadith

    Definisi danDalil

    Faedah mempelajariUlum al-Quran

    Penyusunan Ayatdan Surah

    Nasikh danMansukh

  • (PQE 3102 ULUM AL-QURAN DAN ULUM AL-HADITH)

    itu ditulis dan didewankan serta dirakamkan dalam mushaf yang dimulakan dengan

    surah al-Fatihah dan diakhiri dengan surah an-Naas.

    Definisi Ulum al-Quran:

    Bahasa: Ilmu-ilmu tentang al-Quran.

    Istilah: ilmu-ilmu yang membincangkan aspek-aspek yang terkandung dalam al-Quran. Aspek-aspek yang dimaksudkan ialah penurunan al-Quran, bacaan,pengumpulan, penyusunan, penulisan, pentafsiran, ijaz al-Quran, al-nasakh wa

    al-mansukh, asbab al-nuzul, irab dan gharib al-Quran.

    .

    Faedah mempelajari ulum al-Quran

    1.Mengetahui perkembangan ulum al-Quran sejak ia diturunkan.

    2.Menguasai bidang ilmu yang terkandung dalam al-Quran.

    3.Mempertahankan keaslian al-Quran dan memeliharanya daripada

    penyelewangan.

    Sejarah ulum al-Quran di zaman Rasulullah s.a.w

    Rasul Allah memahami dan menghafaz wahyu yang diterima baginda.

    Rasul Allah menerangkan pengertian serta rahsia wahyu tersebut kepada

    Sahabat.

  • (PQE 3102 ULUM AL-QURAN DAN ULUM AL-HADITH)

    Sahabat menghafaz atau mencatatnya.

    Sejarah ulum al-Quran di zaman al-Khulafa al-Rasyidin

    Abu Bakar mengumpulkan al-Quran atas cadangan Umar bin al-Khattab kerana

    ramai huffaz syahid dalam peperangan al-Riddat di al-Yamamah

    Di zaman Utsman, pelbagai bangsa yang menganut Islam membaca al-Quranmengikut lahjat mereka sendiri

    Utsman menyusun semula al-Quran Abu Bakar dalam satu tulisan dan lahjat

    dalam satu mushaf.

    Perkembangan ulum al-Quran

    Bermula pada awal abad ke-10H dengan penyusunan buku yang berjudul al-

    Burhan fi Ulum al-Quran oleh Ali bin Ibrahim al-Khufi.

    Diikuti oleh al-Jawzi (m. 598H) yang menyusun Funun al-Afnan fi Ulum al-Quran

    Ilm al-Din al-Sakhawi (m. 641H) yang menyusun Jimal al-Quran.

    Abu Syamat (m. 665H) yang menyusun al-Mursyid al-Wajiz fi ma yataaluq bi al-

    Quran al-Aziz.

    Badr al-Din al-Zarkasyi (m. 794H) yang menyusun al-Burhan fi Ulum al-Quran

    Jalal al-Din al-Balqini yang menyusun Mawaqi al-Ulum min Mawaqi al-Nujum

    Al-Sayuti yang menyusun al-Tajbir fi Ulum al-Tafsir dan al-Itqan fi Ulum al-Quran.

    Tahir al-Jazari yang menyusun al-Tibyan fi Ulum al-Quran

    Muhammad Ali Salamat yang menyusun Minhaj al-Furqan fi Ulum al-Quran

    Muhammad Mustafa al-Maraghi yang menyusun Masalat Tarjamat al-Quran

    Muhammad Abd Allah yang menyusun al-Naba al-Azim fi al-Quran al-Karim wa

    al-Tariq al-Mitsli fi Dirasatih.

    Abd al-Azim al-Zarqani yang menyusun Sahil al-Irfan fi Ulum al-Quran

    Muhammad Ali al-Sabuni yang menyusun al-Tibyan fi Ulum al-Quran

    Abd al-Ghani Audh al-Rajihi yang menyusun al-Minhaj al-Qawim fi Dirasat Ulum

  • (PQE 3102 ULUM AL-QURAN DAN ULUM AL-HADITH)

    al-Quran.

    Muhammad Ahmad Yusuf al-Qasim dan Mani Abd al-Halim Mahmud yang

    menyusun Ulum al-Quran al-Karim.

    1.5 Penyusunan Ayat dan Surah

    Al-Quran itu mengandungi ayat-ayat dan surah-surah. Manakala ayat-ayat dan surah-

    surah itu pula ada yang panjang dan ada yang pendek. Apa yang dimaksudkan dengan

    penyusunan al-Quran di sini ialah penyusunan mengikut tertib ayat dan surah.

    Pengertian Ayat dan Surah:

    Ayat menurut pergertian bahasa ialah:

    a) Tanda atau alamat.

    b) Bukti atau dalil.

    c) Keterangan.

    d) Mukjizat atau tanda yang menakjubkan

    Ayat menurut pengertian istilah ialah:

    a) Sejumlah kalam Allah yang terdapat di dalam sesebuah surah daripada al-Quran.

    b) Suatu kumpulan ucapan yang mempunyai awal dan akhir yang termasuk di dalam

    suatu surah di dalam al-Quran.

    Kedudukan Ayat dan Penjelasannya

    Kata yah ( ) adalah bentuk tunggal dari kata yt ( ). Menurut pengertian

    etimologi, kata itu dapat diertikan sebagai mujizah ( =),almah ( =

    tanda), atau ibrah ( = pelajaran). Selain itu, yah ( ) dapat diartikan pula

    sebagai al-amrul-ajb ( = sesuatu yang menakjubkan)

  • (PQE 3102 ULUM AL-QURAN DAN ULUM AL-HADITH)

    dan jamah ( = kelompok, masyarakat), al-burhn/ad-dall ( / =

    keterangan/penjelasan). Jika dikaitkan dengan istilah Alquran,yah ( ) bererti

    huruf-huruf hijaiyah atau sekelompok kata yang terdapat di dalam surah Al-

    Quran yang mempunyai awal dan akhir yang ditandai dengan nombor ayat.

    Dalam bentuk tunggal kata yah ( ) di dalam Al-Quran disebut 86 kali, seperti

    dalam surah Al-Baqarah [2]: 106; dalam bentuk mutsann (dua), ayatain ( )

    disebut satu kali, yaitu dalam surah Al-Isra [17]: 12, sedangkan dalam bentuk

    jamak, yt ( ) disebut 290 kali, seperti dalam surah Al-Baqarah [2]: 61 dan

    surah Al-Anm [6]: 4. Dalam bentuk tunggal, kata yah ( ) paling banyak

    disebut dalam surah Al-Baqarah [2], surah Al-Anm [6], dan surah An-Nahl [16]

    masing-masing tujuh kali, sedangkan dalam bentuk jamak kata itu banyak

    disebut: dalam surah Ali Imrn [3] sebanyak 18 kali, surah Al-Anm [6]

    sebanyak 25 kali, dan surah Al-Arf [7] sebanyak 24 kali.

    Semua pengertian yah ( ) yang dikemukakan di atas digunakan oleh Al-Quran.

    Kata itu di dalam al-Quran disebut dalam berbagai konteks pembicaraan.

    Kata yah ( ) yang disebut dalam surah Al-Baqarah [2]: 106 misalnya, terkait

    dengan pembicaraan ayat tentang pengertian ayat-ayat Al-Quran, yang

    berhubungan dengan persoalan nasakh di dalam al-Quran. Di dalam ayat itu

    dinyatakan bahawa suatu ayat yang di-nasakh akan digantikan dengan ayat lain

    yang lebih baik daripada itu, atau yang sama dengan itu. Ayat ini dijadikan dasar

    oleh sebagian ulama untuk menyatakan bahwa di dalam Al-Quran terdapat ayat-

    ayat yang me-nasakh dan ayat-ayat yang di-mansukh.

    Dari penggunaannya di dalam Al-Quran dapat disimpulkan bahwa pengertian

    kata yah ( ) dapat diartikan dengan ayat-ayat yang berkaitan dengan kitab

    suci dan Al-Quran apabila di dalam ayat itu kata tersebut dikaitkan dengan kata-

  • (PQE 3102 ULUM AL-QURAN DAN ULUM AL-HADITH)

    kata nazala ( = turun) dan kata-kata lain yang seasal dengan itu atau adanya

    tantangan yang ditujukan kepada orang-orang untuk membuat sesuatu yang

    sama dengan ayat-ayat Al-Quran. Apabila kata ayat dikaitkan dengan

    kata Allh () dan segala kata ganti yang berkaitan dengan-Nya, maka kata itu

    dapat diartikan dengan dua pengertian, yaitu pertama dengan ayat-ayat Al-

    Quran dan dapat pula dengan sesuatu yang menunjuk kepada kebesaran dan

    kekuasaan Allah. Jika kata yah ( ) yang dihubungkan dengan ungkapan-

    ungkapan li qaumin yatafakkarn ( ), yaqiln ( ),

    yasman ( ), yadzdzakkarn ( ) atau yang semakna dengan itu,

    maka kata itu diartikan sebagai tanda-tanda kebesaran Allah Swt. Ayat dalam

    pengertian ini cukup banyak diungkapkan di dalam Alquran, antara lain dalam

    surah Al-Hijr [15]: 77, surah An-Nahl [16]: 11, dan surah Al-Anbiy [21]: 91.

    Dilihat dari jumlah ayat yang terdapat dalam Al-Quran, para ulama mempunyai

    perbezaan pendapat. Abu Abdurrahman As-Salmi, salah seorang ulama Kufah,

    menyebutkan bahwa ayat-ayat Al-Quran berjumlah 6.236 ayat. Jalaluddin As-

    Suyuti, seorang ulama tafsir dan fiqh, menyebutkan 6.000 ayat. Imam Al-Alusi

    menyebutkan 6.616 ayat. Apakah basmalah dihitung pada masing-masing

    setiap surah atau dihitung satu saja. Apakah setiap tempat berhenti merupakan

    satu ayat atau sebahagian dari ayat. Apakah huruf-huruf hijaiyah pada

    awal surah merupakan ayat yang berdiri sendiri atau digabung dengan ayat

    sesudahnya. Demikian seterusnya, sehingga timbul perbezaan dalam kalangan

    ulama.

    Ayat-ayat Al-Quran yang dimulai dari ayat pertama surat pertama (Surah Al-

    Fatihah) sampai dengan ayat terakhir surat terakhir (Surah An-Nas) disusun

    secara tauqifi, iaitu berdasarkan petunjuk-petunjuk yang diberikan oleh Allah dan

    Rasulullah SAW, tidak berdasarkan ijtihad para sahabat. Pengelompokan Al-

    Quran berdasarkan ayat-ayat mengandungi beberapa hikmah. Di antara hikmah-

  • (PQE 3102 ULUM AL-QURAN DAN ULUM AL-HADITH)

    hikmah itu ialah: (1) untuk memudahkan mengatur hafalan dan mengatur waqaf

    (berhenti) berdasarkan batas-batas ayat; dan (2) untuk memudahkan

    penghitungan jumlah ayat yang dibaca pada saat melakukan shalat atau khutbah.

    Dilihat dari periode turunnya, ayat-ayat Al-Quran oleh para ulama dikelompokkan

    atas ayat-ayat Makkiyyah dan Madaniyyah. Terdapat tiga pendapat para ulama

    dalam memberikan pengertian Makkiyyah dan Madaniyyah. Pendapat pertamamengatakan bahwa yang dimaksud dengan ayat-ayat Makkiyyahadalah ayat-

    ayat yang turun di Mekah dan sekitarnya, walaupun sesudah hijrah,

    dan Madaniyyah ialah ayat-ayat yang turun di Madinah. Pendapat keduamenyatakan bahwa yang dimaksud dengan Makkiyyah ialah ayat-ayat yang

    ditujukan kepada masyarakat Mekah yang antara lain ditandai dengan ungkapan

    y ayyuhan-ns ( ) dan yang Madaniyyah ialah ayat-ayat yang turun

    untuk ditujukan kepada masyarakat Madinah yang sudah beriman, yang antara

    lain ditandai dengan ungkapan y ayyuhal-ladzna man ( ).

    Pendapat ketiga, merupakan pendapat yang populer, menyatakan bahwaayatMakkiyyah ialah ayat-ayat yang turun sebelum Nabi Muhammad

    Saw. berhijrah ke Madinah walaupun turunnya di tempat selain Mekah,

    sedangkan ayat-ayatMadaniyyah ialah ayat-ayat yang turun sesudah hijrah

    walaupun turun di Mekah.

    Dilihat dari segi jumlahnya, ayat-ayat Makkiyyah lebih banyak dibandingkan

    dengan ayat-ayat Madaniyyah. Dari ayat-ayat Alquran yang berjumlah 6.236 itu,

    ayat-ayat Makkiyyah berjumlah 4.726 buah, sedangkan ayat-

    ayat Madaniyyah berjumlah 1.510 buah. Ini berarti bahwa tiga perempat dari

    jumlah ayat-ayat Alquran adalah Makkiyyah.

    Ayat-ayat Al-Quran yang secara lengkap sampai kepada kita saat kini tidak

    diturunkan sekaligus, tetapi diturunkan secara beransur-angsur sesuai dengan

    suasana kaum muslimin pada awal Islam itu. Ini bererti bahwa di antara ayat-

  • (PQE 3102 ULUM AL-QURAN DAN ULUM AL-HADITH)

    ayat itu ada yang turun pertama sekali, ada yang turun terakhir sekali, dan ada

    pula yang turun pada periode-periode di antara keduanya. Di dalam hal ini ada

    empat pendapat para ulama. Pertama, ulama yang mengatakan bahawa ayatyang pertama turun adalah Ayat 15 dari S. Al-Alaq [96] berdasarkan, antara

    lain, hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah Ra. yang

    menceriterakan kejadian yang dialami Nabi ketika menerima wahyu itu. Kedua,ulama yang menyatakan bahwa ayat yang pertama turun adalah Ayat 15 dari S.

    Al-Muddatstsir [74], berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan

    Muslim dari Abi Salmah bin Abdur Rahman bin Auf. Ketiga, ulama yangberpendapat bahwa ayat yang pertama turun adalah QS. Al-Ftihah [1],

    berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Al-Baihaqi dari Abu Maisarah Umar

    bin Syurahbil. Adapun yang keempat, menyatakan ayat yang pertama turun

    ialah bismillhir-rahmnir-rahm, berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Al-

    Wahidi dari Ikrimah dan Al-Hasan.

    Majoriti ulama menyatakan bahwa pendapat yang paling kuat adalah pendapat

    pertama, yakni Ayat 15 dari S. Al-Alaq [96] merupakan wahyu pertama yang

    diterima oleh Nabi Muhammad Saw, dan tidak satu pun wahyu yang turun

    sebelum itu. Tiga pendapat lainnya oleh Az-Zarqani dikompromikan sebagai

    berikut; Ayat 15 dari S. Al-Muddatstsir [74] merupakan ayat-ayat yang turun

    pertama kali setelah beberapa saat lamanya terjadi kekosongan turunnya wahyu

    setelah turunnya Ayat 15 dari S. Al-Alaq [96]. Ayat-ayat dari S. Al-Ftihah [1]

    mungkin dapat dipandang sebagai surah Alquran yang diturunkan pertama kali

    secara lengkap mulai dari ayat pertama sampai dengan ayat terakhir. S. Al-

    Ftihah [1] itu turun beberapa saat lamanya setelah Muhammad diangkat

    sebagai Nabi.

    Mengenai ayat yang terakhir turun, juga terdapat perbezaan pendapat para

    ulama. Menurut az-Zarqani, terdapat 10 pendapat ulama, iaitu: (1). Ayat 281 dari

    S. Al-Baqarah [2], berdasarkan hadis riwayat An-Nasai melalui Ikrimah dari Ibnu

    Abbas dan riwayat Ibnu Abi Hatim; (2). Ayat 278 dari S. Al-Baqarah [2],

  • (PQE 3102 ULUM AL-QURAN DAN ULUM AL-HADITH)

    berdasarkan hadis riwayat Bukhari dari Ibnu Abbas dan riwayat Baihaqi dari Ibnu

    Umar; (3). Ayat 282 dari S. Al-Baqarah [2], berdasarkan hadis riwayat Ibnu Jarir

    dari Said bin Al-Musayyib dan riwayat Abu Ubaid dari Ibnu Syihab. (4). Ayat 195

    dari S. li Imrn [3]; (5). Ayat 94 dari S. An-Nis [4]; (6). Ayat 176 dari S. An-

    Nis [4]; (7). Ayat 3 dari S. Al-Midah [5], (8). Ayat 128 dari S. At-Taubah [9]; (9).

    Ayat 110 S. Al-Kahf [18], dan (10). Ayat-ayat S. An-Nashr [110], yang semuanya

    berdasarkan riwayat. Perbedaan pendapat ini timbul karena perbedaan masa

    para sahabat mendengarkan ayat yang disampaikan Nabi. Menurut Az-Zarqani

    dan Subhi As-Salih, ayat-ayat yang terakhir turun adalah Ayat 281 dari S. Al-

    Baqarah [2]. (Ahmad Thib Raya)

    1.6 Surah-surah dalam Al Quran.

    Jumlah surah yang terdapat dalam Al Quran ada 114; nama-namanya dan

    batas-batas tiap-tiap surah, susunan ayat-ayatnya adalah menurut ketentuan

    yang ditetapkan dan diajarkan oleh Rasulullah sendiri (tauqifi).

    Sebahagian dari surah-surah Al Quran mempunyai satu nama dan sebahagian

    yang lain mempunyai lebih dari satu nama, sebagaimana yang akan diterangkan

    dalam muqaddimah tiap-tiap surah.

    Surah-surah yang ada dalam Al Quran ditinjau dari segi panjang dan pendeknya

    terbahagi kepada 4 bahagian, iaitu:

    1. AS-SABUTHTHIWAAL, dimaksudkan, tujuh surah yang panjang Yaitu:Al Baqarah, Ali Imran, An Nisaa, Al Araaf, Al Anaam, Al Maa-idah dan

    Yunus.

    2. Al-MIUUN, dimaksudkan surah-surah yang berisi kira-kira seratus ayatlebih seperti: Hud, Yusuf, Mumin dan sebagainya.

  • (PQE 3102 ULUM AL-QURAN DAN ULUM AL-HADITH)

    3. Al-MATSAANI, dimaksudkan surah-surah yang berisi kurang sedikitdari seratus ayat seperti: Al Anfaal. Al Hijr dan sebagainya.

    4.AL-MUFASHSHAL, dimaksudkan surat-surat pendek. seperti:Adhdhuha, Al Ikhlas, AL Falaq, An Nas. dan sebagainya.

    1.7 Pengertian Nasikh dan Mansukh:

    Terdapat perbezaan pengertian tentang terminologi naskh. Para ulama

    mutaqaddimin (abad I hingga abad III Hijrah) memperluas erti nasakh sehingga

    mencakup: (a) pembatalan hukum yang ditetapkan terdahulu oleh hukum yang

    ditetapkan kemudian; (b) pengecualian hukum yang bersifat umum oleh hukum

    yang bersifat khusus yang datang kemudian; (c) penjelasan yang datang

    kemudian terhadap hukum yang bersifat samar; (d) penetapan syarat terhadap

    hukum terdahulu yang belum bersyarat.

    Bahkan ada di antara mereka yang beranggapan bahawa suatu ketetapan

    hukum yang ditetapkan oleh satu keadaan tertentu telah menjadi mansukh

    apabila ada ketentuan lain yang berbeza akibat adanya suasana lain, seperti

    misalnya perintah untuk bersabar atau menahan diri pada periode Makkah di

    saat kaum Muslim lemah, dianggap telah dinasakh oleh perintah atau izin

    berperang pada periode Madinah, sebagaimana ada yang beranggapan bahawa

    ketetapan hukum Islam yang membatalkan hukum yang berlaku pada masa pra-

    Islam merupakan sebahagian dari pengertian nasakh.

    Pengertian yang demikian luas dipersempit oleh para ulama yang datang

    kemudian (mutaakhirin). Menurut mereka nasakh terbatas pada ketentuan

    hukum yang datang kemudian, guna membatalkan atau mencabut atau

    menyatakan berakhirnya masa pemberlakuan hukum yang terdahulu, sehingga

    ketentuan hukum yang berlaku adalah yang ditetapkan terakhir.

  • (PQE 3102 ULUM AL-QURAN DAN ULUM AL-HADITH)

    Para ulama tidak berselisih pendapat tentang adanya ayat-ayat Al-Quran

    mencakup aspek-aspek b, c, dan d, yang dikemukakan oleh para ulama

    mutaqaddimin tersebut. Namun istilah yang diberikan untuk hal-hal tersebut

    bukannya nasakh tetapi takhshish (pengkhususan).

    Yang kemudian menjadi bahan perselisihan adalah aspek a, dalam erti adakah

    ayat yang dibatalkan hukumnya atau tidak? Para ulama yang menyatakan

    adanya nasakh dalam pengertian tersebut mengemukakan alasan-alasan

    berdasarkan aql dan naql (Al-Quran).

    Ibn Katsir, dalam rangka membuktikan kekeliruan orang-orang Yahudi yang

    mempertahankan ajaran agama mereka dan menolak ajaran Islam dengan dalih

    tidak mungkin Tuhan membatalkan ketetapan-ketetapannya yang termaktub

    dalam Taurat, menyatakan: Tidak ada alasan yang menunjukkan kemustahilan

    adanya nasakh atau pembatalan dalam hukum-hukum Allah, kerana Dia (Tuhan)

    menetapkan hukum sesuai kehendak-Nya dan melakukan apa saja yang

    diinginkanNya.

    Al-Maraghi menjelaskan hikmah adanya nasakh dengan menyatakan bahwa:

    Hukum-hukum tidak diundangkan kecuali untuk kemaslahatan manusia dan hal

    ini berubah atau berbeza akibat perbezaan waktu dan tempat, sehingga apabila

    ada satu hukum yang diundangkan pada suatu waktu kerana adanya perkara

    yang mendesak (ketika itu) kemudian keperluan tersebut berakhir, maka ia

    merupakan suatu tindakan bijaksana apabila ia di-nasakh (dibatalkan) dan

    diganti dengan hukum yang sesuai dengan waktu, sehingga dengan demikian ia

    menjadi lebih baik dari hukum semula atau sama dari segi manfaatnya untuk

    hamba-hamba Allah.

    Ada dua perkara yang harus diberi perhatian dari pernyataan Al-Maraghi di atas.

    Pertama, mempersamakan nabi sebagai doktor dan hukum-hukum sebagai ubat

  • (PQE 3102 ULUM AL-QURAN DAN ULUM AL-HADITH)

    memberikan kesan bahawa nabi dapat mengubah atau mengganti hukum-hukum

    tersebut, sebagaimana doktor mengganti ubat-ubatnya. Kedua,

    mempersamakan hukum yang ditetapkan dengan ubat tentunya tidak

    mengharuskan dibuangnya ubat-ubat tersebut, walaupun telah tidak sesuai

    dengan orang tertentu, kerana mungkin masih ada pihak lain yang dapat

    menyesuaikannya.

    Pada hakikatnya tidak ada perselisihan pendapat dalam kalangan para ulama

    tentang diadakan perubahan-perubahan hukum, antara lain atas dasar

    pertimbangan yang dikemukakan oleh Al-Maraghi di atas. Tetapi yang mereka

    maksudkan dan yang disepakati itu adalah perubahan-perubahan hukum yang

    dihasilkan oleh ijtihad mereka sendiri atau perubahan-perubahan yang dilakukan

    oleh Tuhan bagi mereka yang berpendapat adanya nasakh dalam Al-Quran.

    Pendukung-pendukung nasakh juga mengemukakan ayat Al-Baqarah 106, yang

    terjemahan harfiahnya adalah:

    Kami tidak menasakhkan satu ayat atau Kami menjadikan manusia lupa

    kepadanya kecuali Kami mendatangkan yang lebih baik darinya atau yang

    sebanding. Apakah Kamu tidak mengetahui sesungguhnya Allah berkuasa atas

    segala sesuatu.

    Menurut mereka, ayat yang di nasakh itu adalah ayat Al-Quran yang

    mengandung ketentuan-ketentuan hukum. Penafsiran ini berbeza dengan

    penafsiran mereka yang menolak adanya nasakh dalam pengertian terminologi

    tersebut dengan menyatakan bahwa ayat yang dimaksud adalah mukjizat para

    nabi. Mereka juga mengemukakan ayat 101 Surat Al-Nahl:

    Apabila Kami mengganti satu ayat di tempat ayat yang lain dan Tuhan

    mengetahui apa yang diturunkannya, maka mereka berkata sesungguhnya

    engkau hanyalah pembohong.

  • (PQE 3102 ULUM AL-QURAN DAN ULUM AL-HADITH)

    Disisi lain, mereka yang menolak adanya nasakh dalam Al-Quran, beranggapan

    bahawa pembatalan hukum dari Allah mengakibatkan satu dari dua

    kemustahilan-Nya, iaitu (a) ketidaktahuan, sehingga Dia perlu mengganti atau

    membatalkan satu hukum dengan hukum yang lain; dan (b) sia-sia dan

    permainan belaka.

    Hujjah-hujjah ini jelas tertolak dengan memperhatikan hujjah logik pendukung

    nasakh.

    Alasan lain yang dapat dianggap terkuat adalah firman Allah di dalam surah

    41:42, Tidak datang kepadanya (Al-Quran) kebatilan baik dari depan mahupun

    dari belakangnya.

    Ayat tersebut di atas menurut Abu Muslim Al-Isfahani menegaskan bahwa Al-

    Quran tidak disentuh oleh pembatalan, dan dengan demikian bila nasakh

    diertikan sebagai pembatalan, maka jelas ia tidak terdapat dalam Al-Quran.

    Pendapat Abu Muslim di atas ditangkis oleh para pendukung nasakh dengan

    menyatakan bahwa ayat tersebut tidak berbicara tentang pembatalan tetapi

    kebatilan yang bererti lawan dari kebenaran. Hukum Tuhan yang dibatalkannya

    bukan berarti batil, karena sesuatu yang dibatalkan penggunaannya kerana

    adanya perkembangan dan kemaslahatan pada suatu waktu bukan bererti

    bahawa yang dibatalkan itu ketika berlakunya merupakan sesuatu yang tidak

    benar, dan dengan demikian yang dibatalkan dan membatalkan keduanya

    adalah hak dan benar, bukan batil.

    Agaknya kita dapat berkesimpulan bahawa hujjah yang dikemukakan oleh

    penolak adanya nasakh dalam Al-Quran telah dibuktikan kelemahan-

    kelemahannya oleh para pendukung nasakh. Namun demikian masalah

    kontradiksi belum juga dapat diselesaikan.

  • (PQE 3102 ULUM AL-QURAN DAN ULUM AL-HADITH)

    Para pendukung nasakh mengakui bahawa nasakh baru dilakukan apabila, (a)

    terdapat dua ayat hukum yang saling bertolak belakang dan tidak dapat

    dikompromikan, dan (b) harus diketahui secara meyakinkan perurutan turunnya

    ayat-ayat tersebut, sehingga yang lebih dahulu ditetapkan sebagai mansukh, dan

    yang kemudian sebagai nasikh.

    Di sini para penolak adanya naskh dalam Al-Quran dari saat ke saat

    membuktikan kemampuan mereka mengkompromikan ayat-ayat Al-Quran yang

    tadinya dinilai kontradiktif. Sebahagian dari usaha mereka itu telah diterima

    secara baik oleh para pendukung nasakh sendiri, sehingga jumlah ayat-ayat

    yang masih dinilai kontradiktif oleh para pendukung nasakh dari hari ke hari

    semakin berkurang.

    Dalam hal ini, kedua-dua kelompok ulama tersebut, misalnya dengan jalan

    meninjau kembali pengertian istilah nasakh yang dikemukakan oleh para ulama

    mutaakhir, sebagaimana usaha mereka meninjau istilah yang dikemukakan oleh

    para ulama mutaqaddim.

    Untuk maksud tersebut, kita cenderung menjadikan pemikiran Muhammad

    Abduh dalam penafsirannya tentang ayat-ayat Al-Quran sebagai titik tolak.

    Muhammad Abduhwalaupun tidak mendukung pengertian kata ayat dalam Al-

    Baqarah ayat 106 sebagai ayat-ayat hukum dalam Al-Quran, dengan alasan

    bahawa penutup ayat tersebut menyatakan Sesungguhnya Allah Mahakuasa

    atas segala sesuatu yang menurutnya mengisyaratkan bahwa ayat yang

    dimaksud adalah mukjizat tetap berpendapat bahwa dicantumkannya kata-kata

    Ilmu Tuhan, diturunkan, tuduhan kebohongan, adalah isyarat yang

    menunjukkan bahawa kata ayat dalam surat Al-Nahl ayat 101 adalah ayat-ayat

    hukum dalam Al-Quran.

  • (PQE 3102 ULUM AL-QURAN DAN ULUM AL-HADITH)

    1.8 Muhkam dan Mutasyabih

    Allah Taala berfirman,

    Dia-lah yang menurunkan Al-Kitab (Al-Quran) kepada kamu. Di antara (isi) nya

    ada ayat-ayat yang muhkamat. Itulah pokok-pokok isi Al-Quran dan yang lain

    (ayat-ayat) mutasyaabihat (Surah Ali Imran:7).

    Ayat yang muhkamat ialah ayat-ayat yang terang dan tegas maksudnya, dapat

    difahami dengan mudah.

    Termasuk dalam pengertian ayat-ayat mutasyabihaat: ayat-ayat yang

    mengandungi beberapa pengertian dan tidak dapat ditentukan erti mana yang

    dimaksud kecuali sesudah diselidiki secara mendalam atau ayat-ayat yang

    pengertiannya hanya Allah yang mengetahui seperti ayat-ayat yang

    berhubungan dengan yang perkara-perkara ghaib-ghaib misalnya ayat-ayat yang

    mengenai hari kiamat, syurga, neraka dan lain-lain.

    Dilihat dari sisi pandang, muhkam dan mutasyabih, Al-Quran terbagi dalam tiga

    bentuk.

    Pertama : MUHKAM

    Umumnya merupakan ciri Al-Quran secara keseluruhan, sebagaimana firman

    Allah Subhanahu wa Taala:

    .

    Ertinya : Alif Laam Raa, (inilah) suatu kitab yang ayat-ayatnya disusun dengan

    rapi serta dijelaskan secara terperinci, yang diturunkan dari sisi (Allah) yang

    Maha Bijaksana lagi Maha Tahu [Surah Huud : 1]

  • (PQE 3102 ULUM AL-QURAN DAN ULUM AL-HADITH)

    Allah Subhanahu wa Taala berfirman.

    Ertinya : Alif Laam Raa. Inilah ayat-ayat Al-Quran yang mengandung hikmah

    [Surah Yunus : 1]

    Allah Subhanahu wa Taala berfirman.

    Ertinya : Dan sesungguhnya Al-Quran itu dalam induk Al-Kitab (Lauh Mahfuzh)

    di sisi Kami, adalah benar-benar tinggi (nilainya) dan amat banyak mengandung

    hikmah [Surah Az-Zukhruf : 4]

    Artinya adalah indah dalam bentuk dan susunan kata serta maknanya. Al-Quran

    berada di puncak nilai kefasihan dan sastra ; berita-beritanya secara

    keseluruhan adalah benar dan bermanfaat, tidak ada dusta, kontradiksi dan

    main-main yang tidak ada manfaatnya, hukum-hukumnya secara keseluruhan

    adalah adil, tidak ada kedzaliman, kontradiksi atau kesalahan.

    Kedua : MUTASYABIH

    Umumnya juga merupakan ciri Al-Quran secara keseluruhan, sebagaimana

    firman Allah Subhanahu wa Taala.

    Ertinya : Allah telah menurunkan perkataan yang paling baik (iaitu) Al-Qur an

    yang serupa (mutu ayat-ayatnya) lagi berulang-ulang gementar kerananya kulit

    orang-orang yang takut kepada Tuhannya, kemudian menjadi tenang kulit dan

    hati mereka di waktu mengingat Allah. Itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu Dia

    menunjuki siapa yang dikehendakiNya. Dan barangsiapa yang disesatkan Allah,

    maka tidak ada seorangpun pemberi petunjuk baginya [Surah Az-Zumar : 23]

    Ertinya sebahagian isi Al-Quran memiliki keserupaan dengan sebahagian yang

  • (PQE 3102 ULUM AL-QURAN DAN ULUM AL-HADITH)

    lain dalam hal keindahan, kesempurnaan dan tujuan-tujuan yang mulia, Allah

    Subhanahu wa Taala berfirman:

    Ertinya : Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al-Quran ? Kalau kiranya

    Al-Quran itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka mendapat pertentangan yang

    banyak di dalamnya [Surah An-Nisa : 82]

    Ketiga :MUHKAM yang khusus pada sebagian ayat-ayat Al-Quran danMUTASYABIH juga khusus pada sebagian yang lain, sebagaimana firman Allah

    Subhanahu wa Taala.

    Ertinya : Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata : Kami beriman

    kepada ayat-ayat yang mutasyabihat, semuanya itu dari sisi Tuhan kami [Surah

    Ali-Imran : 7]

    Erti muhkam di sini adalah, bahawa makna ayat jelas dan terang ; tidak ada

    kesamaran sama sekali, seperti firman Allah Subhanahu wa Taala

    Ertinya : Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang

    laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan

    bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal [Surah Al-Hujuraat : 13]

    Allah Subhanahu wa Taala berfirman

    Ertinya : Hai manusia, sembahlah Tuhanmu Yang telah menciptakanmu dan

    orang-orang yang sebelummu, agar kamu bertakwa [Surah Al-Baqarah : 21]

    Allah Subhanahu wa Taala berfirman

    .

    Ertinya : Padahal Allah telah menghalalkan jual-beli dan mengharamkan riba

    [Surah Al-Baqarah:: 275]

  • (PQE 3102 ULUM AL-QURAN DAN ULUM AL-HADITH)

    Allah Subhanahu wa Taala berfirman:

    Ertinya : Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging

    hewan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik [Surah Al-

    Maidah : 3]

    Sedangkan erti Mutasyabih di sini adalah makna ayat yang tersamar sehingga

    orang menjadi ragu dalam memahami sesuatu yang tidak sesuai bagi Allah

    Subhanahu wa Taala, KitabNya atau RasulNya, sedangkan orang yang

    mendalam ilmunya tidak demikian.

    Contoh yang berkaitan dengan Dzat Allah Subhanahu wa Taala. Seorang yang

    ragu memahami ayat.

    Ertinya : (Tidak demikian), tetapi kedua-dua tangan Allah terbuka [Surah Al-

    Maidah : 64]

    Bahawasanya Allah Subhanahu wa Taala memiliki dua tangan yang serupa

    dengan kedua tangan makhluk

    Contoh yang berkaitan dengan Kitab Allah Subhanahu wa Taala. Seorang yang

    ragu memahami bahwa Al-Quran bersifat kontradiktif dimana sebahagiannya

    mendustakan sebagian yang lain, Allah Subhanahu wa Taala berfirman:

    Ertinya : Apa saja nimat yang kamu peroleh adalah dari Allah, dan apa saja

    bencana yang menimpamu, maka dari (kesalahan) dirimu sendiri. Kami

    mengutusmu menjadi Rasul kepada segenap manusia. Dan cukuplah Allah

    menjadi saksi [Surah An-Nisa : 79]

  • (PQE 3102 ULUM AL-QURAN DAN ULUM AL-HADITH)

    Pada tempat yang lain Allah Subhanahu wa Taala befirman:

    Ertinya : Dan jika mereka memperoleh kebaikan, mereka mengatakan : Ini

    adalah dari sisi Allah, dan kalau mereka ditimpa sesuatu bencan mereka

    mengatakan : Ini (datangnya) dari sisi kamu (Muhammad). Katakanlah :

    Semuanya (datang) dari sisi Allah [Surah An-Nisaa : 78]

    Contoh yang berkaitan dengan Rasulullah, Seorang yang ragu memahami firman

    Allah Subhanahu wa Taala

    .

    Ertinya : Maka jika kamu (Muhammad) berada dalam keragu-raguan tentang

    apa yang Kami turunkan kepadamu, maka tanyakanlah kepada orang-orang

    yang membaca kitab sebelum kamu. Sesungguhnya telah datang kebenaran

    kepadamu dari Tuhanmu, sebab itu janganlah sekali-kali kamu termasuk orang-

    orang yang ragu-ragu [Surah Yunus : 94]

    Bahawa Rasulullah Shallallahu alaihi wa sallam ragu terhadap apa yang

    diturunkan kepada beliau.

    .

    SIKAP ORANG-ORANG YANG DALAM ILMUNYA, DAN SIKAP ORANG-

    ORANG YANG CONDONG KEPADA KESESATAN PADA AYAT-AYAT

    MUTASYABIH

    Sikap orang-orang yang dalam ilmunya dan sikap orang-orang yang condong

    kepada kesesatan pada ayat-ayat Mutasyabih dijelaskan dalam firman Allah

    Subhanahu wa Taala.

    Ertinya : Adapun orang-orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan,

    maka mereka mengikuti sebagian ayat-ayat yang mutasyabihat untuk

    menimbulkan fitnah dan untuk mencari-cari tawilnya, padahal tidak ada yang

    mengetahui tawilnya melainkan Allah. Dan orang-orang yang mendalam ilmunya

  • (PQE 3102 ULUM AL-QURAN DAN ULUM AL-HADITH)

    berkata : Kami beriman kepada ayat-ayat yang mutasyabihat, semuanya itu dari

    sisi Tuhan kami. Dan tidak dapat mengambil pelajaran (daripadanya) melainkan

    orang-orang yang berakal [Surah Ali-Imran : 7]

    Orang-orang yang condong kepada kesesatan menjadikan ayat-ayat mutasyabih

    sebagai saranan untuk menghujat Al-Quran, menebarkan fitnah dalam kalangan

    manusia dan mentakwilkannya dengan yang tidak dikehendaki Allah Subhanahu

    wa Taala, sehingga menjadi sesat dan menyesatkan

    Sedangkan orang-orang yang dalam ilmunya meyakini, bahawa apa saja yang

    terdapat pada Kitab Allah Subhanahu wa Taala adalah benar, tidak ada

    kontradiksi dan perbedaan karena datangnya dari sisi Allah Subhanahu wa

    Taala.

    Ertinya : Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al-Quran ? Kalau kiranya

    Al-Quran itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka mendapat pertentangan yang

    banyak di dalamnya [Surah An-Nisaa : 82]

    Ayat-ayat yang Mutasyabih dikembalikan menjadi Muhkam sehingga

    keseluruhan Al-Quran menjadi Muhkam.

    Pada contoh pertama mereka katakan : Bahawasanya Allah Subhanahu wa

    Taala memiliki dua tangan hakiki yang sesuai dengan kemuliaan dan

    keagunganNya, tidak menyerupai tangan makhluk, sebagaimana Allah

    Subhanahu wa Taala memiliki Dzat yang tidak menyerupai dzat para makhluk,

    kerana Allah Subhanahu wa Taala berfirman.

    Ertinya : Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan Dia, dan Dia-lah Yang

    Maha Mendengar lagi Maha Melihat [Surah Asy-Syuura : 1)

    Pada contoh kedua mereka katakan : Bahawasanya nikmat dan bencana

    semuanya terjadi sesuai dengan ketentuan dan takdir Allah Subhanahu wa

  • (PQE 3102 ULUM AL-QURAN DAN ULUM AL-HADITH)

    Taala, akan tetapi kenikmatan sebabnya adalah karunia Allah Subhanahu wa

    Taala kepada para hambaNya, sedangkan bencana penyebabnya adalah

    perbuatan hamba sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Taala.

    Ertinya : Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan

    oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari

    kesalahan-kesalahanmu) [Surah Asy-Syuura : 30]

    Penyandaran bencana kepada hamba adalah penyandaran sesuatu kepada

    penyebabnya, bukan penyandaran kepada penentunya. Sedangkan

    penyandaran nikmat dan bencana kepada Allah Subhanahu wa Taala adalah

    penyandaran sesuatu kepada penentunya. Dengan demikian hilanglah keraguan

    akan adanya perbezaan antara kedua ayat.

    Pada contoh yang ketiga mereka katakan : Bahawasanya Rasulullah Shallallahu

    alaihi wa sallam tidak pernah ragu terhadap apa yang diturunkan kepada beliau,

    bahkan beliau adalah orang yang paling tahu tentang wahyu dibandingkan

    manusia lainnya dan paling kuat keyakinannya sebagaimana firman Allah

    Subhanahu wa Taala dalam surah yang sama.

    Ertinya : Katakanlah : Hai manusia, jika kamu masih dalam keraguan tentang

    agamaku, maka (ketahuilah) aku tidak menyembah yang kamu sembah selain

    Allah [Surah Yunus : 104]

    Ertinya : Jika kalian merasa ragu terhadap wahyu itu, maka ketahuilah bahwa

    aku sangat yakin, oleh karena itu aku tidak beribadah kepada apa yang kalian

    ibadahi selain Allah Subhanahu wa Taala, bahkan aku kafir kepadanya dan aku

    beribadah hanya kepada Allah Subhanahu wa Taala.

  • (PQE 3102 ULUM AL-QURAN DAN ULUM AL-HADITH)

    Tidak mesti firman Allah Subhanahu wa Taala.

    Ertinya : Maka jika kamu (Muhammad) berada dalam keraguan tentang apa

    yang Kami turunkan kepadamu [Surah Yunus : 94]

    Berarti Rasulullah ragu-ragu atau terjerumus dalam keraguan. Lihat firman Allah

    Subahanahu wa Taala:

    Ertinya : Katakanlah, jika benar Tuhan Yang Maha Pemurah mempunyai anak,

    maka akulah (Muhammad) orang yang mula-mula memuliakan (anak itu) [Surah

    Az-Zukhruf : 81]

    Apakah dengan demikian Allah Subhanahu wa Taala boleh atau sudah punya

    anak ? Sama sekali tidak !, hal ini tidak pernah terjadi dan tidak boleh bagi hak

    Allah Subhanahu wa Taala. Allah Subhanahu wa Taala berfirman.

    Ertinya : Dan tidak layak bagi Tuhan Yang Maha Pemurah mengambil

    (mempunyai) anak. Tidak ada seorangpun dilangit dan di bumi, kecuali akan

    datang kepada Tuhan Yang Maha Pemurah selaku seorang hamba [Surah

    Maryam : 92]

    Dan tidak mesti difahami dari firman Allah Subhanahu wa Taala.

    Ertinya : Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu

    termasuk orang-orang yang ragu [Surah Al-Baqarah : 147)

    Bahawa keragu-raguan akan kebenaran terjadi pada Rasulullah Shallallahu

  • (PQE 3102 ULUM AL-QURAN DAN ULUM AL-HADITH)

    alaihi wa sallam, kerana larangan dari sesuatu terkadang juga ditujukan kepada

    orang yang belum pernah melakukannya. Lihat firman Allah Subhanahu wa

    Taala.

    Ertinya : Dan janganlah sekali-kali mereka dapat menghalang-halangimu dari

    (menyampaikan) ayat-ayat Allah, sesudah ayat-ayat itu diturunkan kepadamu,

    dan serulah mereka kepada (jalan) Tuhanmu, dan janganlah sekali-kali kamu

    termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan [Surah Al-Qashash : 87]

    Jelas sekali, bahwa mereka tidak akan mungkin menghalangi Rasulullah

    Shallallahu alaihi wa sallam dari ayat-ayat Allah Subhanahu wa Taala dan

    bahwasanya Rasulullah Shallallahu alaihi wa sallam tidak pernah menyekutukan

    Allah Subhanahu wa Taala. Tujuan dari pengarahan larangan kepada orang

    yang tidak melakukannya adalah : Sebagai tandingan bagi orang yang

    melakukannya dan peringatan dari manhaj mereka. Dengan ini hilanglah kesalah

    fahaman dan sangkaan kepada Rasulullah Shallallahu alaihi wa sallam dengan

    yang tidak layak baginya.

    1.8 Kemukjizatan Al-Quran

    RINGKASANMUKJIZAT NABI

    MUHAMMAD SAW

    Berita gembiradalam kitabterdahulu

  • (PQE 3102 ULUM AL-QURAN DAN ULUM AL-HADITH)

    RINGKASAN MUKJIZAT NABI MUHAMMAD SAW

    Antara mukjizat-mukjizatnya :

    1. Berita gembira dalam kitab terdahulu

    Kemunculannya diceritakan sebelum baginda dilahirkan lagi.

    Mencakupi aspek ciri-ciri diri baginda, negeri, kaum dan masa

    kemunculan. (Surah al Aaraf : 157)

    Berita kemunculannya juga disampaikan oleh para pendeta dan

    paderi yahudi dan nasrani (Surah as Syuaaraa : 196-197)

    2. Mukjizat Al Quran Al Karim

  • (PQE 3102 ULUM AL-QURAN DAN ULUM AL-HADITH)

    Sebagai cop ketuhanan yang membenarkan kerasulan Baginda

    SAW

    Antara bentuk mukjizat al Quran :

    i. Kefasihan lafaz, uslub dan susunannya. (al Isra : 88)

    ii. Mengandungi berita tentang alam ghaib yang telah berlaku

    pada masa lampau dan masih diingati oleh manusia pada

    waktu pengutusan Baginda.

    iii. Mengandungi berita tentang perkara ghaib yang akan

    berlaku dan kebanyakannya telah terbukti berlaku dan

    sentiasa berlaku apabila tiba masanya.(Surah Hud : 49)

    iv. Mengesani jiwa manusia. (Surah Az Zumar : 23)

    v. Petunjuk dan hukum-hukum yang terdapat di dalamnya telah

    berjaya menghasilkan umat yang terbaik untuk manusia

    seluruhannya. (Surah ali Imran : 110)

    vi. Mengandungi ilmu dan fakta yang terbukti kebenaran dan

    ketepatan kandungannya. (Surah Fussilat ; 53)

    vii. Kandungannya meliputi pelbagai bidang, sedangkan Nabi

    SAW adalah seorang ummi. (Surah al Ankabut : 48)

    3. Pertolongan Allah terhadap Baginda SAW, antaranya ;

    Menghantar malaikat- untuk menolong dan menenangkan

    Rasulullah saw ketika berdepan dengan tentera kafir.

    Menururnkan rasa mengantuk memberi keamanan dan

    ketenangan kepada tentera muslim dalam perang badar.

    Menghantar ribut mengalahkan tentera kafir dalam perang Ahzab.

    Memancutkan air di celah-celah jari Nabi SAW.

    Memperbanyakkan makanan yang sedikit sehingga mencukupi

    untuk orang ramai.

    Menyembuhkan orang yang didoakan Baginda SAW.

    Menjadikan pokok berkata-kata menjadi saksi kenabian Baginda

    SAW

  • (PQE 3102 ULUM AL-QURAN DAN ULUM AL-HADITH)

    4. Allah memakbulkan doa nabi Muhammad Saw

    Kesemua doa Nabi SAW dimakbulkan Allah.

    Tahniah, kerana anda telah berjaya menamatkan pembelajaranunit ini dengan jayanya!.

    Tajuk 2 ULUM AL-QURAN DAN ULUM AL-HADITH

    2. ULUM AL-HADITH

    2.1 Sinopsis

    Pelajar-pelajar yang dikasihi, topik ini akan membincangkan tajuk Ulum al-

    Hadith. Fokus utama yang menjadi perbincangan kita ialah tentang Tarif dan

    beberapa istilah penting berkaitan hadith, Pembahagian Hadith dan hukum

    beramal dengannya.. Diharapkan para pelajar memberi perhatian dan tumpuan

    1.Bincangkan secara ringkas mukjizat al-Quran?2.Nyatakan perbezaan di antara muhkam dan mutasyabih?

    3.Al-Quran adalah sumber utama perundangan Islam. Jelaskan.

    TUGASAN

  • (PQE 3102 ULUM AL-QURAN DAN ULUM AL-HADITH)

    yang lebih terhadap tajuk ini kerana ia lebih bertumpu kepada pemahaman

    konsep dan penjelasan istilah dalam kaedah Ulum al-Hadith.

    2.2 Hasil Pembelajaran

    1. Menjelaskan tarif dan beberapa istilah penting berkaitan dengannya

    2. Menghuraikan martabat Hadis dan kedudukannya.

    3. Menerangkan hukum beramal dengan setiap jenis hadis.

    2.3 Kerangka Konsep Tajuk

    ULUM AL-HADITH

    Takrif Pembahagian Ulumal-Hadith

    MartabatHadith dankedudukannya

    Hukum beramaldengan setiapjenis hadith.

  • (PQE 3102 ULUM AL-QURAN DAN ULUM AL-HADITH)

    2.4 Takrif dan beberapa istilah penting berkaitan dengannya.

    Di sini akan dijelaskan beberapa istilah penting dalam ulum hadith supaya

    para pelajar dapat memahami dan meneruskan pembacaan modul ini sehingga

    akhir tajuk.

    i. Hadith ialah sesuatu yang dihubungkan kepada Rasulullah saw selepasbaginda menjadi rasul sama ada perkataan, perbuatan atau persetujuan

    baginda.

    ii. As-Sunnah menurut Ulama Hadith ialah perkataan, perbuatan, persetujuan,sifat sama ada yang berkaitan dengan akhlak atau kejadian, perjalanan,

    peperangan nabi saw, juga sebagian daripada berita baginda sebelum

    menjadi rasul seperti baginda beribadat di Gua Hira.

    iii. Al-Khabar menurut Ulama Hadith ialah yang disandarkan kepada Rasulullahsaw yang disandarkan kepada sahabat dan yang disandarkan kepada tabiien.

    Ada juga yang mengatakan bahawa khabar ialah apa yang disandarkan

    kepada selain daripada baginda.

    iv. Al-Athar menurut Ulama Hadith sesuatu yang marfuk disandarkan kepadaRasulullah dan juga sesuatu yang mauquf yang disandarkan kepada sahabat.

    Namun UlamaKhurasan menamakan yang mauquf dengan athar dan yang

    marfuk dengan khabar.

    v. As-Sanad ialah untuk mengenal keadaan perawi-perawi yang terdapat dalamsanad itu sama ada sanad itu mempunyai perawi-perawi yang berhubung dari

    awal hingga ke akhir atau sama ada sanad itu aal (sanad yang lebih hampir

    kepada Rasulullah) atau sanad itu naazil (sanad yang lebih jauh daripada

    Rasulullah jika terdapat dua sanad dalam satu hadith) dan lain-lain.

  • (PQE 3102 ULUM AL-QURAN DAN ULUM AL-HADITH)

    vi. Al-Matan ialah lafaz-lafaz hadith yang daripadanya terbentuk makna. Adajuga pihak yang mentakrifkan matan ialah percakapan yang terdapat pada

    akhir sanad.

    vii. Al-Musnad juga dinamakan bagi kitab hadith yang disusun hadith-hadithnyamelalui apa yang diriwayatkan oleh sahabat yang tertentu. Misalnya hadith-

    hadith yang diriwayatkan oleh Saidina Abu Bakar disusun dalam satu tempat,

    selepas itu, hadith yang diriwayatkan oleh Saidina Umar dalam satu tempat

    yang lain, begitulah seterusnya oleh sahabat-sahabat yang lain.

    viii. Al-Musnid ialah orang yang meriwayatkan hadith dengan isnadnya.

    x. al-Muhaddtih ialah orang yang mahir dalam hadith sama ada hadith riwayatatau dirayah.

    xi. al-Hafiz ialah seorang muhadith yang banyak menghafaz dan banyakmengumpulkan jalan-jalan (thuruq) bagi sesuatu hadith.

    2.5 Martabat Hadis dan Hukum Beramal Dengannya

    Hadith jika dilihat dari sudut kesohihannya daripada Rasulullah saw dapat

    dibahagikan kepada dua jenis iaitu hadith yang diterima (maqbul) dan hadtih

    yang tidak diterima (mardud). Hadith yang diterima (maqbul) terbahagi kepada

    dua iaitu Hadith Sahih dan hadith Hasan. Untuk mengenali hadith tersebut dan

    dapat membandingbezakannya, pelajar perlu meneliti huraian bagi setiap jenis

    hadith tersebut.

    2.5.1 Hadith Sahih

    Hadith Sahih ialah hadith yang mempunyai sanad yang berhubung daripada

    seorang yang lain sehingga akhir sanad melalui perawi-perawi yang adil dan

  • (PQE 3102 ULUM AL-QURAN DAN ULUM AL-HADITH)

    dhobit, tiada syaz dan tidak cacat (syaz). Apa yang dimaksudkan dengan syaz

    ialah suatu hadith yang diriwayatkan oleh seorang yang thiqah tetapi hadith ini

    bertentangan dengan hadith-hadith yang diriwayatkan oleh beberapa orang yang

    thiqah. Ilah pula ialah kecacatan yang terdapat dalam sesuatu hadith yang

    menjadikan hadith itu tidak boleh diterima.

    Bagi menentukan sesuatu hadith itu sahih atau tidak, hadith tersebut

    mestilah memenuhi syarat-syarat. Syarat-syarat tersebut merangkumi perawi,

    sanad dan matan hadith. Antara syarat-syarat hadith sahih ialah:

    a. Perawinya bersifat adil. Maksud adil ialah seseorang yang soleh, beriman,

    bertakwa, tidak melakukan dosa besar, menjauhi perkara merosakkan iman

    dan tidak mengikut mana-mana hadith yang bertentangan dengan syarak

    serta menjaga akhlak dan maruah diri.

    b. Dhabit atau penjagaannya baik. Maksudnya perawi mempunyai kekuatan

    ingatan, cerdik dan faham sama ada dalam bentuk hafalan atau tulisan.

    Perawi juga dapat menjaga tulisan -tulisannya daripada sebarang

    penambahan, pengurangan atau perubahan dengan sebab lupa atau cuai.

    c. Hadith diterima daripada perawi-perawi yang sama sifatnya. Jika ada di

    antara perawi yang tiada sifat-sifat yang boleh diterima, maka hadithnya

    ditolak.

    d. Sanadnya bersambung dari awal hingga akhir iaitu tidak terputuspada mana-

    mana tabaqat atau peringkat hingga sampai kepada Rasulullah saw.

    e. Tidak terdapat kejanggalan atau syaz. Menurut Imam Syafie hadith tersebut

    diriwayatkan oleh perawi yang thiqah tetapi menyalahi riwayat ramai.

  • (PQE 3102 ULUM AL-QURAN DAN ULUM AL-HADITH)

    f. Tidak terdapat sebarang kecacatan yang merosakkannya iaitu keadaan yang

    berupa kecacatan yang boleh menghalang sesebuah hadith itu untuk diakui

    sebagai hadith sahih.

    Semua yang disebutkan di atas merupakan syarat-syarat yang menjadikan

    sesuatu riwayat itu benar-benar sahih (sahih lizatihi). Bagaimanapun, terdapat

    satu kategori lain di mana riwayat berkenaan tidak memenuhi syarat-syarat

    tersebut sebagaimana sepatutnya. Namun kerana terdapat riwayat atau riwayat-

    riwayat lain di dalam nilai yang sama memperkukuhkannya, ia boleh disifatkan

    sebagai sahih lighirihi. Misalnya apabila suatu hadith hasan itu diriwayatkan

    melalui berbagai salsilah periwayatan, ia boleh bertukar menjadi hadith sahih.

    Bagi memperkukuhkan kefahaman, berikut diperjelaskan ciri-ciri lagi secara

    terperinci Hadith Sahih Lizatihi dan Hadith Sahih Lighairihi.

    2.5.1.1 Hadith Sahih Lizatihi

    Hadith ini asalnya sahih dan kesahihan itu sesuatu yang asal bukan

    disebabkan oleh faktor yang lain, Antara ciri-ciri hadith ini ialah perawi-perawinya

    thiqah (adil dan dhobit dan thabit pula pengambilan hadith daripada seorang

    perawi kepada gurunya iaitu bersambung antara setiap perawi. Hadith itu tidak

    mempunyai sebarang kecacatan yang boleh menjejaskan kesahihannya.

    Dengan kata lain, hadith ini mencukupi syarat bagi hadith sahih. Misalnya hadith:

    :

    : :

  • (PQE 3102 ULUM AL-QURAN DAN ULUM AL-HADITH)

    " : :

    "......

    2.5.1.2 Hadith Sahih Lighairihi

    Hadith yang asalnya tidak sahih tetapi disebabkan oleh faktor-faktor

    yang tertentu ia menjadi sahih. Pada asalnya, hadith ini ialah hadith hasan,

    tetapi disebabkan terdapat thoriq lain yang meriwayatkan hadith ini, maka

    martabat hadith ini meningkat menjadi sahih. Oleh itu, ia dinamakan sahih

    lighairihi. Misalnya hadith:

    :

    :

    .

    Dalam sanad hadith ini, terdapat Muhammad bin Amru, menurut ulama

    hadith meskipun beliau bersifat adil, namun ingatannya (dhobit), tidak cukup kuat.

    Oleh itu, hadith itu menurut sanad ini dihukumkan sebagai hasan.

    Walaubagaimanapun, hadith ini diriwayatkan melalui beberapa thuruq, iaitu

    terdapat thariq lain yang meriwayatkan daripada Abu Hurairah, juga thoriq yang

    meriwayatkan daripada Rasulullah selain Abu Hurairah. Oleh itu, hadith yang

    diriwayatkan ini yang pada asalnya hadith hasan, menjadi hadith lighairihi.

    2.5.2 Hadith Hassan

    Hadith Hasan ialah hadith yang diriwayatkan oleh seorang yang bersifat

    adil, tetapi tidak begitu kuat ingatannya. Sanadnya berurutan dan tidak terdapat

    kecacatan serta kejanggalan pada matannya. Sesuatu hadith itu diiktiraf hadis

    hasan apabila memenuhi lima perkara berikut iaitu:

  • (PQE 3102 ULUM AL-QURAN DAN ULUM AL-HADITH)

    a. Perawi setiap hadith itu mestilah berhubung antara satu sama lain.

    b. Perawi itu mestilah adil

    c. Perawi itu tidak mempunyai kekuatan ingatan yang sempurna. Misalnya

    hadith sahih memerlukan kekuatan menghafaz tidak kurang daripada

    95%. Oleh itu, hadith yang diriwayatkan oleh orang yang mempunyai

    kekuatan menghafaz hanya 85% sahaja adalah hasan. Manakala

    hadith yang diriwayatkan oleh orang yang memiliki kekuatan

    menghafaz kurang daripada jumlah tersebut adalah lemah (dhaif).

    d. Hadith itu tidak syaz.

    e. Hadith itu tidak mempunyai illah.

    Hadith Hasan terbahagi kepada dua martabat iaitu hasan lizatihi dan

    hasan lighairihi. Untuk memahami lebih lanjut lagi perbandingan antara hasan

    lizatihi dan hasan lighairihi, anda perlu meneliti dan memahami huraian jenis-

    jenis hadith hasan berikut:

    2.5.2.1 Hadith Hasan Lizatihi

    Hadith Hasan Lizatihi ialah hadith yang bersambung sanadnya dari

    awal hingga akhir, perawinya juga bersifat adil dan tidak terdapat cacat serta

    tidak syaz iaitu tidak janggal dari sudut matannya, Cuma ia kurang kuat sifat

    dhabitnya. Dalam konteks lain, Hadith Hasan Lizatihi juga dinamakan sahih

    lighairihi iaitu hadith yang mempunyai syarat penerimaan yang cukup, tetapi

    darjat dhabitnya kurang baik. Ia dinamakan Lizatihi kerana ia menjadi hasan

    dengan sendirinya iaitu memenuhi syarat khas pada hadis hasan, bukan sebab

    atau sesuatu natijah daripada luar.

    2.5.2.1 Hadith Lighairihi

  • (PQE 3102 ULUM AL-QURAN DAN ULUM AL-HADITH)

    Hadith Lighairihi adalah hadith yang tidak diketahui dengan jelas

    keadaan sanadnya dari sudut sifat dan kelayakan perawi, sama ada perawi itu

    kuat atau lemah. Walaubagaimanapun, perawi hadith Hasan Lighairihi bukanlah

    seorang perawi yang lupa, juga tidak banyak kesalahan yang dilakukannya

    dalam periwayatan hadith, ia juga tidak illah atau cacat, tidak dicela melakukan

    pemalsuan atau pembohongan pada hadis serta tidak sabit sebagai seorang

    yang fasiq. Justeru itu, Hadis Hasan Lighairihi ini disokong oleh riwayat lain

    yang muktabar dan sama dari sudut lafaz serta maknanya, sama ada melalui al-

    mutabi atau al-syahid. Dalam konteks lain, hasan lighairihi adalah hadis yang

    tidak jelas hal-hal sanadnya sama ada kuat atau lemah hafalan perawinya, tetapi

    tidak cuai, tidak banyak kesalahan dan tidak dituduh pembohong.

    KESIMPULANNYA

    Secara keseluruhannya, ulum hadith adalah perkara yang perlu dipelajari dan

    difahami oleh setiap umat Islam memandangkan hadith merupakan sumber

    rujukan dan panduan kedua selepas kitab al-Quran. Kepentingan hadith dalam

    kehidupan umat Islam tidak dapat dinafikan. Oleh itu, umat Islam perlu

    mengetahui ciri-ciri hadith yang dapat digunakan sebagai hujjah dan panduan

    dengan yang tidak.

    Tahniah, kerana anda telah berjaya menamatkan pembelajaranunit ini dengan jayanya!.

    TUGASAN

  • (PQE 3102 ULUM AL-QURAN DAN ULUM AL-HADITH)

    Tajuk 3 ULUM AL-QURAN DAN ULUM AL-HADITH

    3. HADITH QUDSI DAN HADITH PALSU

    2.1 Sinopsis

    Pelajar-pelajar yang dikasihi, topik ini akan membincangkan tajuk Hadith Qudsi

    dan Hadith Palsu. Fokus utama yang menjadi perbincangan kita ialah Hadith

    Qudsi. Perbincangan dalam sub tajuk ini merangkumi pengertian hadith Qudsi,

    tujuannya, sifat-sifat dan ciri-ciri perbezaannya dengan Al-Quran dan Hadith.

    1. Jelaskan persamaan maksud hadith, sunnah, khabar dan athar.2. Buatkan nota dalam bentuk grafik berkaitan Jenis-Jenis Hadith dan

    ciri-cirinya3. Jelaskan persamaan antara Hadith Sahih Lighairihi dan Hadith Hasan

    Lizatihi.

  • (PQE 3102 ULUM AL-QURAN DAN ULUM AL-HADITH)

    2.2 Hasil Pembelajaran

    3. Menjelaskan definisi dan tujuan Hadith Qudsi

    4. Menghuraikan sifat-sifat hadith Qudsi

    5. Meneliti dan menghuraikan perbezaan hadith Qudsi dengan Al-Quran

    dan Hadith Nabawi.

    2.3 Kerangka Konsep Tajuk

    HADITH QUDSI

    Definisi Tujuannya Sifat-sifatnya

    Perbezaan dengan Al-Quran dan Hadith

    Nabawi

  • (PQE 3102 ULUM AL-QURAN DAN ULUM AL-HADITH)

    2.4 Definisi Hadith Qudsi.

    Hadis Qudsi adalah perkataan-perkataan yang disabdakan Nabi saw.

    dengan mengatakan: Allah berfirman Nabi menyandarka perkataan itu

    kepada Allah beliau meriwayatkan dari Allah swt. Menurut M. Hasbi Ash

    Shiddieqy bahwa hadis Qudsi merupakan titah Tuhan yang disampaikan kepada

    Nabi di dalam mimpi atau dengan jalan ilham, lalu Nabi menerangkan apa yang

    dimimpikannya itu, dengan susunan perkataan beliau sendiri serta

    menyandarkan kepada Allah. Hadis Qudsi juga disebut hadis illahi dan hadis

    rabbani.

    Sebenarnya perkataan al-Qudsi dari segi bahasa membawa makna suci

    atau keberkatan. Ia sesuai dengan kedudukannya yang datang daripada Allah

    dari sudut lafaz dan makna. Bagi pengertian dari segi istilah, pelbagai definisi

    dijelaskan. Antaranya:

    a. Setiap hadith yang dinisbahkan perkataannya kepada Allah swt

    b. Hadith Qudsi ialah yang mana lafaznya daripada nabi manakala maknanya

    daripada Allah manakala lafaznya digunakan oleh ulama salaf.

    c. Setengah ulama mengatakan hadith Qudsi ialah nabi bersabda apa yang

    diriwayatkan daripada Allah, manakala lafaznya digunakan oleh ulama salaf.

    d. Setengah pendapat lain mengatakan hadith Qudsi ialah firman Allah

    mengenai apa sahaja yang Nabi diriwayatkan, dan lafaznya daripada atau

    digunakan oleh ulama khalaf.

    e. Pendapat yang lebih tepat dan menyeluruh, hadith Qudsi ialah apa sahaja

    hadis yang mana maknanya tetap daripada Allah sama ada bentuk mimpi

    atau ilham, cuma lafaznyadaripada nabi.

  • (PQE 3102 ULUM AL-QURAN DAN ULUM AL-HADITH)

    f. Menurut pendapat al-Haitham, Hadith Qudsi ialah ucapan yang disandarkan

    kepada Allah dan ia dipindahkan kepada kita daripada Rasulullah saw melalui

    perkhabaran ahad.

    2.5 Tujuan-Tujuan Hadith Qudsi

    Hadith Qudsi merupakan sebahagian daripada khazanah sunnah

    Nabawiyah kerana perawi tertinggi yang memberitakan hadith-hadith Qudsi ialah

    Rasulullah saw sendiri. Walaupun ia tidak dianggap mukjizat seperti al-Quran,

    namun disebabkan hadith Qudsi dinisbahkan kepada Allah swt maka ia

    mendapat tempat yang tersendiri dalam menarik perhatian pendengar serta

    memberi kesan kepada naluri manusia. Hadith Qudsi dapat menumbuhkan sifat-

    sifat kehambaan ke dalam diri manusia, pembinaan jiwa, pembersihan

    kerohanian dan mempunyai tujuan-tujuan ketuhanan yang tersendiri.

    Walaupun hadith Qudsi tidak membawa apa-apa hukum taklifi sebenarnya

    ia mampu menggalakkan diri ke arah ketaatan dan menghalangnya daripada

    kemaksiatan serta mungkar. Seterusnya ia mampu membimbing diri untuk

    menghiasinya dengan akhlak yang mulia, mencari reda dan cinta Allah serta

    mengharap syurga dan takut neraka. Kesimpulannya hadith Qudsi berperanan

    sebagai sumber pengajaran, pendidikan dan bimbingan.

    Secara ringkasnya, hadith Qudsi boleh membawa kepercayaan kepada

    Allah swt dengan lebih meyakinkan kerana hadith Qudsi memperkatakan tentang

    kepercayaan aqidah yang sebenarnya mengenai Allah SWT, kekuasaannya,

    kebesarannya dan limpah rahmatnya. Hadith Qudsi juga memperkatakan

    kesempurnaan akhlak dan tindak-tanduk yang bersesuaian dengan aqidah.

    2.6 Sifat-Sifat Hadis Qudsi

  • (PQE 3102 ULUM AL-QURAN DAN ULUM AL-HADITH)

    Bagi membezakan Hadith Qudsi dan Hadith Nabawi serta

    membandingkannya dengan al-Quran, berikut adalah ciri-ciri hadith Qudsi.

    a. Maknanya daripada Allah dan lafaz daripada nabi.

    b. Tidak dikira ibadat orang yang membacanya, iaitu tidak sebagaimana al-

    Quran.

    c. Tidak disyaratkan penetapannya melalui Mutawatir.

    d. Diriwayatkan Hadith Qudsi disandarkan kepada Allah, tidak secara langsung.

    Rasulullah sebagai orang yang menyampaikan berita dari Allah.

    e. Menggunakan lafaz, antaranya sebagaimana berikut:

    i.

    ii.

    f. Menyentuh perkara-perkara sunat dan kelebihannya sahaja.

    g. Kebanyakannya bersifat Ahad dan bertaraf zann.

    2.7 Perbezaan Hadith Qudsi dengan Hadith Nabawi

    Hadith Qudsi Hadith Nabawi

    Percakapan Allah swt yang

    diriwayatkan oleh Rasulullah saw.

    Maksudnya Rasulullah saw

    memindahkan firman Allah swt

    dengan

    Perkataannya keluar daripada Nabi

    tanpa dinisbahkan kepada Allah swt

  • (PQE 3102 ULUM AL-QURAN DAN ULUM AL-HADITH)

    Wahyu daripada Allah swt Segala yang disandarkan kepada

    Nabi baik berupa perkataan,

    perbuatan, sifat tubuh badan atau

    kelakuan, ketetapan dan perjalanan

    hidup Rasulullah saw

    Dari segi isnad, hadith Qudsi

    dinisbahkan kepada Rasulullah saw

    sebagai pencerita atau dinisbahkan

    kepada Allah swt sebagai orang yang

    berkata.

    Dari segi isnad, hadith Nabi

    dinisbahkan kepada Nabi sebagai

    orang yang bersabda

    Dari sudut isi, Hadith Qudsi ada

    perbezaan dengan Hadith Nabawi, di

    mana Hadith Qudsi membicarakan

    Dari sudut isi, hadith Nabawi

    membicarakan hal-hal yang berkaitan

    dengan kepentingan manusia dan

    negara, menerangkan hukum halal

    dan haram serta perkhabaran baik

    dan buruk.

    2.8 Perbezaan Antara al-Quran dan Hadith Qudsi.

    Al-Quran Hadith Qudsi

    Sumber hukum pertama dalam Islam Sumber hukum kedua selepas Al-

    Quran

    Mutawatir lafaz dan maknanya Ada yang mutawatir dan ada yang

    ahad

    Terpelihara daripada sebarang

    penyelewengan dan perubahan

    tidak dijamin terpelihara sepertimana

    al-Quran

    Diisyaratkan membaca al-Quran

    semasa menunaikan solat

    Tidak sah solat jika membaca hadith

    Diberi ganjaran sekiranya membaca

    al-Quran

    Tidak dijanjikan ganjaran pahala

    sekiranya membacanya.

  • (PQE 3102 ULUM AL-QURAN DAN ULUM AL-HADITH)

    Kesimpulannya:

    Secara keseluruhannya, hadith Qudsi adalah wahyu daripada Allah dalam

    bentuk maknanya tetapi lafaznya adalah daripada Rasulullah saw. Hadith Qudsi

    tidak sama berbanding dengan al-Quran walaubagaimanapun Hadith Qudsi

    boleh memperkukhkan aqidah kepada Allah dan meningkatkan kesempurnaan

    akhlak. Hadith Qudsi ini penting kerana ia menjadi sumber rujukan kedua

    selepas al-Quran. Firman Allah yang bermaksud:

    Wahai orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah S.W.T dan taatlah

    kamu kepada Rasulullah S.A.W dan kepada kepada ulil Amri (orang yang

    berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah

    (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu

    mengembalikannya kepada (kitab) Allah (al-Quran) dan (Sunnah) Rasulullah

    S.A.W.

    (Surah Al-Hasyr: 7)

    Tahniah, kerana anda telah berjaya menamatkan pembelajaranunit ini dengan jayanya!.

    1. Huraikan kepentingan Hadith Qudsi kepada umat Islam dari segikeimanan kepada Allah swt.

    2. Jelaskan ciri-ciri Hadith Qudsi yang membezakannya dengan HadithNabawi.

    TUGASAN

  • (PQE 3102 ULUM AL-QURAN DAN ULUM AL-HADITH)

    BIBLIOGRAFI

    Abdul Ghani Azmi Idris, (1999), Mengenal Al-Quran dan Asas-Asas Ulumul Quran,Kuala Lumpur:Al-Hidayah Publishers.

    Abdul Halim El-Muhammady, (1995), Islam dan Al-Hadith, Kuala Lumpur: AngkatanBelia Islam Malaysia.

    Abdul Hamid Muhammad Tahir, Fauziah Sani, (1987), Al-Hadith dan Mustolah Al-Hadith, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Abdul Karim Ali, Mohd Noor Deris, (2007), Pengajian Al-Sunnah, Kuala Lumpur:IntelMultimedia And Publication.

    Abdul Majid Jaafar, (2007), Isu-isu Dalam Tafsir dan Hadith, Kuala Lumpur:PustakaHaji Abdul Majid.

    Al-Qattan, Manna Khalil, (1976),:Mabahith Fi Ulum al-Quran, Beirut: Muassasah al-Risalah.

  • (PQE 3102 ULUM AL-QURAN DAN ULUM AL-HADITH)

    Budah @ Audah bin Mohsin, (1995), Ulum Al-Hadith, Kuala Lumpur: Dewan Bahasadan Pustaka.

    Jalal al-Din Abd. al-Rahman Ibn Abu Bakr, al-Suyuti:al-Itqan Fi Ulum al-Quran,Kaherah: Mustafa al-Halabi.

    Jalal al-Din Abd. al-Rahman Ibn Abu Bakr, al-Burhan Fi Ulum al-Quran, Kaherah:Mustafa al-Halabi.

    Joni Tamkin Borhan, Che Zarina Shaari, (1994), Ulum Al-Hadith, Kuala Lumpur:CahayaPantai, Sdn. Bhd.

    Mohd Napiah Abdullah, (1989), Ikhtisar Sejarah Perkembangan dan KaedahPenyusunan Hadith, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Noraini Abu, (2008), Al-Quran Mukjizat Yang Terbesar Nabi Muhammad S.A.W., KualaLumpur: Al-Hidayah Publishers.

    Rosmawati Ali @ Mat Zin, (1997), Pengantar Ulum Al-Quran, Kuala Lumpur: IlhamAbati Enterprise.

    Rosmawati Ali @ Mat Zin, (1997), Pengantar Ulum Hadis, Kuala Lumpur: Ilham AbatiEnterprise.

    Subhi Soleh, (1972), Mabahith Fi Ulum al-Quran, Beirut: Dar al-llm.

    Subhi Salleh, (1978), Kajian Al-Quran, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

  • (PQE 3102 ULUM AL-QURAN DAN ULUM AL-HADITH)

    PANEL PENULIS MODULPROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH

    (ULUM AL-QURAN DAN ULUM AL-HADITH)

    NAMA KELAYAKAN

    MOHD.NOR BIN JUSOH

    PENSYARAH

    [email protected]

    (KELULUSAN)

    M.A (Usuluddin), Universiti Malaya.B.A (Hons), UIAM.Diploma Syariah, Universiti Malaya.Diploma Perguruan, Lembah Pantai,KLSijil Khas (Bahasa Arab), Bangi.

    (PENGALAMAN KERJA)

    Di Sekolah :10 tahunPoliteknik : 07 tahunDi IPG : 05 tahun

  • (PQE 3102 ULUM AL-QURAN DAN ULUM AL-HADITH)

    NAMA KELAYAKAN

    MARIAH BINTI RABA-EE

    PENSYARAH

    [email protected].

    (KELULUSAN)

    M.A (Pendidikan), Universiti Malaya.B.A (Hons) Usuluddin, Universiti Malaya.Diploma Perguruan, MPI, Bangi.

    (PENGALAMAN KERJA)

    Di Sekolah :10 tahunDi IPG :03 tahun

    IKON

    Rehat

    Perbincangan

    Bahan Bacaan

  • (PQE 3102 ULUM AL-QURAN DAN ULUM AL-HADITH)

    Buku Rujukan

    Latihan

    Membuat Nota

    Senarai Semakan

    Layari Internet

    Panduan Pengguna

    Mengumpul Maklumat

    Tutorial

    Memikir

    Tamat