edu 3073

34
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN 27200 KUALA LIPIS PAHANG DARUL MAKMUR TAJUK PROGRAM : PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) PENGAJIAN TAMIL NAMA PELAJAR : MAHES KUMARAN A/L KRISHNAN NO K/P : 920316-10- 5979 ANGKA GILIRAN : 2012111340093 TAJUK KURSUS DAN KOD : EDU3073 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK KUMPULAN / UNIT : 7 / 2015 AMBILAN JAN 2012 TARIKH MULA : 29 JANUARI 2015 TARIKH SERAH : 26 FEBRUARI 2015

Upload: thivenraj-ravichandran

Post on 16-Jan-2016

35 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Edu 3073

TRANSCRIPT

Page 1: Edu 3073

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

27200 KUALA LIPIS

PAHANG DARUL MAKMUR

TAJUK PROGRAM :PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDAPERGURUAN (PISMP) PENGAJIAN TAMIL

NAMA PELAJAR : MAHES KUMARAN A/L KRISHNANNO K/P : 920316-10-5979ANGKA GILIRAN : 2012111340093

TAJUK KURSUS DAN KOD :EDU3073BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

KUMPULAN / UNIT : 7 / 2015 AMBILAN JAN 2012

TARIKH MULA : 29 JANUARI 2015 TARIKH SERAH : 26 FEBRUARI 2015

JABATAN : JABATAN ILMU PENDIDIKAN

PENSYARAH : ENCIK. NOR SUHAIDY BIN RAMLI

Page 2: Edu 3073

INSTITUT PENDIDIKAN GURUKAMPUS TENGKU AMPUAN AFZANKUALA LIPIS, PAHANG

BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS

NAMA: MAHES KUMARAN A/L KRISHANAN ANGKA GILIRAN PELAJAR: 2012111340093

TAJUK TUGASAN: BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

PENSYARAH:

EN. NOR SUHAIDY BIN RAMLI

SUBJEK/KURSUS: EDU 3073

BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

TARIKH HANTAR: 26 FEBRUARI 2015 TARIKH TERIMA (Diisi oleh pensyarah)

Pengakuan PelajarSaya mengaku tugasan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan: ................................................. Tarikh: ................................................... ( )

Perincian Maklum Balas Tugasan

Pemeriksa Moderator (jika berkaitan)

Kekuatan: Kekuatan:

Aspek yang boleh diperbaki: Aspek yang boleh diperbaiki:

Tandatangan: Tarikh: Tandatangan: Tarikh:

Pengesahan Pelajar Terhadap Maklum Balas Yang Diberikan Pensyarah:

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuk dan fahami.

Catatan (jika ada)

Tandatangan Pelajar: Tarikh:

Page 3: Edu 3073

HALAMAN PENGAKUAN

“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

TANDATANGAN : . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

NAMA : MAHES KUMARAN A/L KRISHNAN

TARIKH : 26 FEBRUARI 2015

Page 4: Edu 3073

HALAMAN JUDUL

BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

(EDU 3073)

Nama Jabatan

ILMU PENDIDIKAN

Nama Institusi

Insitut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Tengku Ampuan Afzan

27200,Kuala Lipis Pahang

Page 5: Edu 3073

SENARAI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN HALAMAN

HALAMAN PENGAKUAN i

HALAMAN JUDUL ii

ISI KANDUNGAN iii

1.0 PENGHARGAAN 1

2.0 PENGENALAN 2

3.0 TUGASAN 1 3-11

4.0 TUGASAN 2 12-17

5.0 TUGASAN 3 18- 21

6.0 RUMUSAN 22

7.0 BIBLIOGRAFI 23

Page 6: Edu 3073

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu, kami ingin mengucapkan ribuan terimah kasih kepada

pensyarah saya iaitu EN. NOR SUHAIDY BIN RAMLI. Beliau telah banyak membantu

kami untuk menyiapkan kerja kursus pendek ini dengan sempurna. Semua penerangan

yang telah diberi oleh puan sangat jelas dan kami dapat memahami kehendak soalan

tersebut. Beliau juga membantu kami untuk mencari maklumat tentang kerja kursus ini.

Beliau juga meluangkan masa untuk membantu kami semasa menghadapi sebarang

masalah dalam kerja kursus ini.

Di samping itu, kami juga merakamkan ribuan terima kasih kepada ahli keluarga

kami. Walaupun berada berjauhan dengan mereka, mereka tetap memberi sokongan

dan dorongan yang sepenuh kepada saya. Mereka juga memberi semangat yang tinggi

untuk menghadapi cabaran dengan tabah.

Seterusnya, kami ingin berterima kasih kepada kawan-kawan lain iaitu

Wiswanathan, Prakash, Tinesh, Hemachandran dan Thiven Raj. Mereka telah banyak

membantu kami untuk menyelesaikan masalah yang kami hadapi tanpa jemu.

Sekali lagi, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak

yang telah membantu dan memberi sokongan kepada kami untuk menyiapkan kerja

kursus ini. Sekian, terima kasih.

Page 7: Edu 3073

PENGENALAN

Kaunseling adalah satu proses perhubungan menolong secara profesional

berdasarkan prinsip-prinsip psikologi yang dilaksanakanoleh kaunselor untuk

membantu klien meneroka, menganalisis, memahami diri dan mampu membuat

keputusan sendiri mengikut Kod Etika Kaunselor (Peraturan-Peraturan - Kelakuan dan

Tatatertib 1999 dan Akta Kaunselor 1998).

Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling merupakan perkhidmatan memberi

pertolongan dan bukannya memberi arahan atau membuat pilihan atau membuat

keputusan untuk individu tentang apa yang harus mereka lakukan. Ia juga bukan

bertujuan untuk mempengaruhi individu supaya menurut sesuatu idealisme, fahaman

atau sudut pandangan pegawai yang memberi perkhidmatan bimbingan dan

kaunseling. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling mengiktiraf wujudnya perbezaan

individu dan mengambil kira kewajipan serta tanggungjawab individu dalam mencapai

matlamat proses bimbingan dan kaunseling.

Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling juga bukan untuk mengambil alih

tanggungjawab seseorang individu dalam menyelesaikan masalahnya malah ia

merupakan proses kerjasama erat antara kaunselor dengan klien dan seluruh potensi

yang ada di organisasi dan masyarakat. Secara ideal, seluruh potensi harus

digabungkan agar bantuan dapat diterima secara maksimum oleh setiap individu yang

memerlukan. Perkhidmatan psikologi amat menitik beratkan etika kerahsiaan dalam

memberi perkhidmatan kepada individu atau kelompok.

Page 8: Edu 3073

TUGASAN 1

Kesesuaian suasana sesebuah bilik bimbingan dan

kaunseling bergantung kepada pelbagai aspek seperti

pengudaraan, susun atur perabot, ruang tamu, ruang

pentadbiran, kaunseling individu, kaunseling kelompok,

maklumat kerjaya, sudut terapi dan sebagainya. Seorang

guru bimbingan dan kaunseling tidak boleh menjalankan

sesebuah sesi kaunseling di bilik guru, kantin, di bawah

pokok ataupun di dalam kelas malah sesi kaunseling

mestilah dijalankan di sebuah bilik khas atau tempat khas.

Dengan adanya bilik khas, guru bimbingan dan kaunseling

TUGASAN A

Page 9: Edu 3073

boleh menjalankan tanggungjawabnya dengan baik dan berkesan tanpa sebarang

halangan.

Sebuah bilik bimbingan dan kaunseling mestilah kondusif, teraputik, selesa dan

menenangkan. Ini kerana klien-klien yang datang ke bilik bimbingan dan kaunseling

terdiri daripada murid-murid yang pelbagai latar belakang, situasi dan masalah. Oleh

itu, suasana sesebuah bilik bimbingan dan kaunseling memainkan peranan yang

sangat penting dalam memastikan bimbingan dan terapi yang dijalankan mencapai

objektif. Bilik bimbingan dan kaunseling yang kondusif juga dapat meyakinkan dan

mententeramkan diri pelajar ataupun klien yang datang.

Saya telah melawat bilik bimbingan dan kaunseling yang terdapat di SJK(T)

Karak yang saya sedang membuat praktikum fasa III. Terdapat sebuah bilik yang telah

diwujudkan khas sebagai bilik bimbingan dan kaunseling yang mempunyai kemudahan

yang terhad sahaja. Walaupun bilik tersebut mempunyai kemudahan dan kelengkapan

yang agak kurang tetapi ianya berjalan dengan baik. Guru kaunselor menjalankan

tugasan dia dengan baik. Saya juga pernah temu bual dengan guru kaunselor iaitu

Puan Palaniammah tentang pelan bilik bimbingan dan kaunseling serta cara membuat

kaunseling dengan klien.

Melalui temubual dengan guru kaunselor serta memerhati bilik kaunseling, saya

telah melakar sebuah pelan bilik bimbingan dan kaunseling. Saya telah lampirkan

lakaran saya dalam tugasan ini. Saya telah membuat lakaran yang mengandungi

beberapa sub unit yang penting bagi membentuk sebuah bilik bimbingan dan

kaunseling di sebuah sekolah. Contohnnya ruang tamu, ruang pentadbiran, kaunseling

individu, kaunseling kelompok, maklumat kerjaya, sudut terapi dan sebagainya.

Page 10: Edu 3073

Ruang Tamu

Saya telah lakarkan ruang tamu di belakang pendaftaran. Ini kerana tetamu

atau klien yang datang daftar di kaunter pendaftaran dulu dan mereka akan tunggu di

ruang tamu untuk giliran mereka. Saya telah sediakan sofa dan meja di ruang tamu. Ia

dapat membantu untuk menghalang klien marah atau jemu jika lewat untuk kaunseling.

Selain itu, ia juga membantu klien bersedia dari segi mental untuk kaunseling. Di

samping itu, saya juga meletakkan papan notis di hadapan ruang tamu bagi tetamu

dapat maklumat terkini tentang maklumat dan aktiviti tentang bimbingan dan

kaunseling.

Ruang Pentadbiran

Saya telah lakarkan ruang pentadbiran juga di dalam lakaran saya. Saya

meletakkan ruang pentadbiran di tengah-tengah iaitu antara bilik kaunseling kelompok

dan bilik kaunseling individu. Ini sebab, memudahkan pergerakkan kaunselor serta

dapat memerhati pergerakkan klien semasa kaunselor tiada dalam kedua-dua bilik

tersebut. Selain itu, kaunselor juga perlu ada sebuah bilik sendirian untuk mereka

kerana mereka dapat menyimpan fail-fail klien secara sulit serta mereka juga boleh

Page 11: Edu 3073

rujuk buku tentang kaunseling jika terdapat sebarang kekeliruan dalam membuat

kaunseling. Saya juga meletakkan komputer di bucu bilik pentadbiran. Ia membantu

kaunselor untuk melayari laman jika keliru dengan terapi yang dibuat serta boleh

melaman web untuk menambah ilmu dan bimbingan dan kaunseling. Di ruang

pentadbiran juga boleh menyimpan fail-fail, urusan surat-menyurat dan sebagainya.

Kaunseling Individu

Saya juga ada lakarkan kaunseling individu dalam pelan bilik bimbingan dan

kaunseling. Saya memberi sebuah bilik khas untuk kaunseling individu sebab

memudahkan kaunselor bimbing dan kaunseling klien dengan persendirian. Ia dapat

membantu klien meluahkan perasaan dengan selesa serta mereka berasa selesa

sebab tiada orang memerhati atau mendengar perbualan mereka.

Page 12: Edu 3073

Kaunseling Kelompok

Dari pendapat-pendapat tokoh yang saya membuat kajian, boleh disimpulkan

bahawa kaunseling kolompok adalah upaya bantuan kepada individu dalam suasana

kelompok dengan jumlah anggota 4-8 anggota atau kaunseling untuk memecahkan

masalah. Matlamat Kaunseling Kelompok ialah untuk menolong setiap peserta

mengenali dan memahami diri masing-masing. Peserta dapat menerima diri sendiri dan

menganggap dirinya manusia berguna. Untuk membina kemahiran berfikir serta

kemahiran berkomunikasi di kalangan peserta. Untuk membina kepekaan terhadap

keperluan orang lain. Hasilnya bertanggungjawab terhadap kelakuan sendiri.

Menambah kebolehan mengatasi masalah, membuat keputusan dan mencapai tujuan

hidup dunia akhirat. Menolong peserta membina kemahiran mendengar secara empati

untuk membantu peserta memahami perasaan yang tersembunyi disebalik kata-kata

yang dikeluarkan. Membolehkan peserta menyatakan perasaannya dengan benar dan

tepat. Menolong peserta menentukan matlamat tertentu yang boleh diukur dan dilihat

melalui kelakuan mereka. Menolong peserta membina rasa dipunyai dan diterima oleh

orang lain. Menurut George dan Cristiani, 1981 (dalam Latipun, 2008 : 183)

mengatakan bahwa interaksi kelompok memiliki pengaruh positif untuk kehidupan

individual karena kelompok dapat di jadikan sebagai media terapiuti. Menurutnya

interaksi kelompok dapat meningkatkan pemahaman diri dan baik untuk perubahan

tingkah laku individu.

Maklumat Kerjaya

Page 13: Edu 3073

Saya juga telah melakarkan maklumat kerjaya dalam pelan bilik bimbingan dan

kaunseling. Ia akan membantu kaunselor, guru pembimbing serta guru-guru lain untuk

mengetahui tentang kaunseling serta cara menangani murid yang bermasalah. Dengan

ini, selain guru kaunseling guru-guru juga boleh membimbing murid jika menghadapi

sebarang masalah.

Sudut Terapi

Saya telah lakarkan terapi main dan terapi seni yang paling popular dalam bidang bimbingan dan kaunseling. Terapi seni bermaksud bantuan rawatan tanpa ubatan dan pembedahan dalam menyelesaikan permasalahan berkaitan cabang ilmu Pendidikan Seni Visual. Melalui ekspresi seni pelajar dapat memahami cara untuk mendedahkan keperluan dalaman dan konflik jiwa serta boleh memberi bantuan dalam pencarian resolusi. Penghasilan seni yang terbatas dan pelajar yang kekurangan ini mendapat nafas baru dalam memartabatkan lagi dunia seni melalui rekabentuk “seni luar”. ( Judith Peck ) Pelajar datang dari latar belakang yang berbeza samada dari segi genetik, keluarga , bangsa, persekitaran, tempat, budaya dan agama menjadikan terapi seni ini suatu keperluan demi merungkai kompleksiti tersebut daripada menjadi bertambah serius. Kegunaan dari terapi bermain adalah membantu anak yang memiliki masalah emosional, kecemasan kerana stress, tekanan atau depresi. Sehingga perasaan-perasaan tersebut boleh berkurang dan anak-anak diharapkan dapat mengatasi masalahnya sendiri. Seorang anak yang mampu mengatasi permasalahan emosinya diharapkan menjadi individu yang lebih berdikari, tahu kelemahan dan kelebihan sehingga mereka siap menghadapi masalah dalam kehidupan dengan sendirian.

Page 14: Edu 3073

TUGASAN B

TUGASAN 2

Page 15: Edu 3073

Menurut Patterson dan Eisenberg (1983) menyatakan bahawa kaunseling sebagai

satu proses pertemuan secara bersemuka di antara seorang kaunselor dengan kliennya

yang akhirnya membawa perubahan kepada klien tersebut. Setiap individu mempunyai

kebolehan dan keupayaan untuk memperkembangkan diri mereka. Berdasarkan

kepercayaan ini maka terapi dalam bimbingan dan kaunseling diwujudkan untuk

meneroka perkembangan tersebut. Terapi dalam bimbingan dan kaunseling bagi sistem

sekolah berdasarkan ciri-ciri seperti ia merupakan satu proses yang berterusan, bersifat

pendidikan, berdasarkan tingkah laku dan konsep kendiri serta peranan klien yang

mempunyai hak untuk memilih. Fokus utamanya berdasarkan prinsip-prinsip berikut

iaitu :

Harga diri individu adalah paling mutlak ;

Setiap individu adalah unik;

Sikap dan persepsi kendiri individu ialah asas dimana seorang individu

bertindak; 

Individu-individu bekerja untuk meningkatkan konsep kendiri mereka.Individu-

individu mempunyai kebolehan dalaman untuk belajar dan boleh dibantu untuk

membuat keputusan ke arah proses arah kendiri agar serasi dengan

persekitaran mereka.

Individu-individu memerlukan proses bantuan bimbingan daripada peringkat

perkembangan kanak-kanak kepada peringkat dewasa.

Menurut Abraham Maslow ( 1970 ), berpendapat bahawa seorang individu akan

memenuhi keperluan asas terlebih dahulu sebelum memenuhi keperluan skunder.  Jadi

dari situ, kita tahu keperluan asas dan keperluan keselamatan, kasih sayang dan

penghargaan kendiri manusia hendaklah dipenuhi sebelum manusia bersedia

menceburi diri dalam hierarki kesempurnaan kendiri, maklumat dan estetik.

Page 16: Edu 3073

1.0 Keperluan Hierarki Maslow

Jadi sebagai guru bimbingan atau guru harus memahami setakat mana

keperluan-keperluan pelajar telah berada barulah dapat membimbing dan memberi

nasihat kepada pelajar. Sebagai contohnya sebagai seorang guru dan kaunselor dia

harus sentiasa bersifat penyayang dan memupuk nilai motivasi pelajar melalui kem

motivasi supaya mereka lebih memahami diri, menerima diri dan seterusnya

menentukan arah hidup untuk diri sendiri. Guru juga boleh mengaplikasikan terapi-

terapi yang tertentu supaya murid-murid dapat menangani trauma dan stress mereka.

Terapi bermain ialah teknik di mana cara ekspresi kanak-kanak yang semula jadi

digunakan sebagai cara terapeutik bagi membantu kanak-kanak itu menangani trauma

dan stress. Terapi jenis ini telah digunakan dengan efektifnya dengan kanak-kanak

yang mempunyai tahap kefahaman dari 3 hingga 5 tahun. Terapi bermain merujuk

kepada sejenis psikoterapi dengan kanak-kanak dalam mana seseorang ahli terapi

menggunakan fantasi kanak-kanak dan makna simbolik permainannya sebagai medium

untuk memahami dan berkomunikasi dengan kanak-kanak itu. Menurut Persatuan

Terapi Bermain Malaysia pula, terapi bermain adalah salah satu penggunaan secara

sistematik model tereotikal untuk membentuk proses interpersonal.

Saya telah memilih salah satu video yang berkaitan dengan pelaksanaan terapi

kanak-kanak dalam internet. Tajuk video tersebut adalah “Working with Children in

Counselling”. Mandy Holowachuk MA, merupakan seorang kaunselor kanak-kanak dan

pakar psikologi kanak-kanak telah memberi penerangan tentang terapi bermain dalam

video tersebut.

Page 17: Edu 3073

Mandy Holowachuk MA Video Working with Children in Counselling

Dalam video tersebut, beliau mengatakan bahawa terapi bermain mengurangkan

masalah tingkah laku dan emosi yang menganggu cara kanak-kanak berfungsi secara

normal. Beliau mengatakan masalah tingkah laku atau emosi yang menganggu seperti

dibuli atau diasing oleh kawan.

Dalam video yang dimuat turun, kaunselor telah memberi peluang kepada klien

untuk melukis dan seterusnya menembak atau membaling bola terhadap gambar yang

dilukis dengan menggunakan pistol. Dalam video tersebut, klien atau murid tersebut

sangat seronok semasa memegang pistol dan membaling bola terhadap gambar yang

dilukis di hadapannya.

Aktiviti ini memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada diri sendiri tanpa

menimbangkan apakah hasil aktiviti yang dilakukan. Dalam video ini, Mandy

Page 18: Edu 3073

Holowachuk, mengatakan main adalah penting kepada kanak-kanak untuk meluahkan

pendapat masing-masing. Ia memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memperolehi

perasaan dan mengawal keadaan yang dapat membantu kanak-kanak untuk berurusan

dengan realiti sebenar.

Seterusnya, kaunselor dalam video tersebut telah berinteraksi dengan murid

sambil bermain dengan klien beiliau. Beliau telah melukis 3 kotak yang ditulis perkataan

“SAD”, “ANGRY” dan “HAPPY” dan meminta murid untuk memberitahu kotak yang

mana dia akan memilih untuk membaling bola. Klien tersebut memberitahu bahawa dia

akan membaling bola kea rah kotak yang ditulis dengan perkataan “ HAPPY”. Dari sini,

kaunselor dapat mengendalikan masalah yang mengganggu dengan perkembangan

normal klien tersebut.

Menurut Carl Rogers, komunikasi membantu kita untuk menjalinkan hubungan

dan kepercayaan antara individu. Komunikasi adalah aspek yang sangat penting dalam

sesi kaunseling dengan kanak-kanak. Dalam video, Mandy Holowachuk telah

menunjukkan peranannya sebagai seorang kaunselor yang mempunyai kemahiran

berkomunikasi yang berkesan iaitu sebagai kaunselor harus bertutur dengan jelas,

tepat serta berperasaan empati. kaunselor telah berkomunikasi dengan cara yang baik

dan sopan. Beliau telah menggunakan nada suara yang rendah supaya kliennya berasa

selamat dan tidak takut kepada kaunselor tersebut. Beliau tidak menunjukkan rasa

terkejut atau cuba menengking, mengusik, mengutarakan idea tentang kelakuan yang

Page 19: Edu 3073

betul atau salah atau cuba memberitahu kliennya yang persepsi mereka tidak betul.

Selalunya, kanak-kanak berkomunikasi dengan pemikiran dan perasaan dalam cara

yang lebih natural melalui aktiviti bermain dibandingkan dengan melalui komunikasi

verbal. Semasa klien tersebut mula bemain, kaunselor mula mengenali tema dan pola

atau cara menggunakan alat-alat yang penting seperti pistol dalam video bagi klien

tersebut.

Dalam video ini juga, klien telah melupakan segala masalahnya dan

menumpukan sepenuh perhatian dalam permainan yang diberi oleh kaunselor. Secara

tidak langsung, ia membantu kanak-kanak menghilangkan perasaan esteem kendiri

yang rendah, kebimbangan berlebihan, perasaan tidak berupaya dan ketidakcekapan

yang berhubung dengan masalah pembelajaran serta pergelutan akademik mereka.

Persekitaran bilik dalam video tersebut juga memberi keselesaan kepada klien

bagi bermain dengan aman dan tenang. Suatu persekitaran patut diwujudkan seperti

yang ditunjukkan dalam video di mana kanak-kanak itu dapat mengetahui yang dia

boleh menonjolkan diri sendiri dalam persekitaran yang tidak mengancam. Klien dalam

video ini telah bermain dengan persekitaran yang kondusif.

Sebagai penambahbaikan yang ditunjukkan dalam video ini, kaunselor tersebut

boleh juga mempelbagaikan aktiviti permainan atau alat permainan supaya kaunselor

dapat menjadikan sesi kaunseling mereka bertambah seronok dan bermain selain

mengurangkan tekanan. Kaunselor boleh menggunakan terapi bermain dengan pasir

yang dikatakan sangat efektif pada murid yang bermasalah.

Kesimpulannya, Sebagaimana yang telah dihuraikan, intervensi main merupakan

suatu teknik kanseling yang digunakan dalam sesi terapi. Terapi untuk kanak-kanak

Page 20: Edu 3073

adalah berlainan dengan remaja dan orang dewasa. Ini kerana kanak-kanak masih

kurang matang serta menghadapi masalah kekurangan perbendaharaan kata yang

cukup untuk menjelaskan gangguan mental dan emosi yang abstrak. Oleh itu,

kemahiran melaksanakan intervensi kanak-kanak melibatkan pelbagai jenis kemahiran

komunikasi. Antaranya ialah kemahiran bermain, bercerita, melukis, bermain alat muzik

dan menyanyi. Ini adalah kerana kanak-kanak mudah menggunakan media main,

cerita, lukisan dan alat muzik untuk menggambarkan pemikiran dan emosi secara

semulajadi. Melalui aktiviti-aktiviti bermain, bercerita, melukis dan bermain alat muzik,

terapis dapat menghayati dunia dalaman kanak-kanak dengan lebih tepat lagi,

mendianogsis punca gangguan mental dan emosi mereka dan seterusnya

menggunakan kemahiran pelaksanaan intervensi kaunseling untuk membimbing kanak-

kanak ke arah menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Page 21: Edu 3073

TUGASAN C

MAHESKUMARAN A/L KRISHNAN

PISMP PT SEMESTER 7

REFLEKSI

Page 22: Edu 3073

Terlebih dahulu syukur kepada Tuhan kerana dengan limpah kurnianya dapatlah

saya menyudahkan tugasan ini mengikut masa yang ditetapkan. Syukurlah setelah

berusaha siang dan malam, akhirnya selesai juga tugasan ini. Terima kasih juga

kepada pensyarah iaitu EN. NOR SUHAIDY BIN RAMLI yang telah banyak membantu

saya dalam proses menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang

banyak membantu saya dalam menyempurnakan tugasan ini. Semasa saya mendapat

tugasan kerja kursus pendek EDU 3073 iaitu Bimbingan dan Kaunseling saya berasa

kecewa dan tertekan. Ini adalah kerana saya kurang jelas dengan tajuk tugasan yang

diberi oleh pensyarah. Selepas itu, saya membaca dan cuba memahami konteks yang

terdapat dalam kertas tugasan yang diberi oleh pensyarah. Tetapi saya masih kurang

jelas dan tidak mendapat pandangan yang jelas tentang tajuk tugasan. Selepas

pensayarah menjelaskan tugasan dengan lebih terperinci, saya mula memahami tajuk

tugasan yang diberi dengan jelas dan secara mendalam. Kami menanya beberapa

soalan supaya mendapat gambaran yang jelas tentang tajuk tugasan. Pensyarah kami

begitu sabar menerangkan setiap soalan beserta dengan contoh.

Sebagai persediaan awal, saya mula mengumpul banyak bahan tentang bilik

kaunseling supaya menjadikannya sebagai rujukan. Saya mencari maklumat yang

berkaitan di dalam internet, selain itu saya juga tidak lupa untuk membuat rujukan di

perpustakaan untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut. Saya menghadapi

banyak cabaran semasa membuat tugasan ini. Saya dikehendaki membuat tugasan ini

semasa menjalani praktikum. Walaupun terdapat banyak kerja di sekolah dan

kesuntukan masa, saya tetap mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber. Saya

berjumpa dengan guru kaunseling Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Karak iaitu Puan

Palaniyammah. Saya berjumpa dengan beliau bagi mengumpul maklumat tentang bilik

kaunseling, program yang telah dirancang untuk bimbingan dan kaunseling dan lain-lain

lagi. Beliau berkongsi pengalamannya seperti pengalaman bekerja sebagai guru

Page 23: Edu 3073

bimbingan dan kaunseling selama 4 tahun. Saya mendapat pendedahan atau

pengetahuan yang baru daripada perbualan ini.

Saya membanyakkan membaca tentang bilik bimbingan dan kaunseling yang

sesuai untuk klien supaya dapat membuat perbandingan dengan bilik kaunseling

sekolah yang saya menjalani praktikum. Melalui bacaan, saya mendapati bahawa bilik

kaunseling seharusnya sentiasa berada dalam suasana yang konduksif, teraputik,

selesa dan menyenangkan. Tambahan pula, suasana bilik bimbingan dan kaunseling

memainkan peranan yang cukup besar dalam memastikan bimbingan dan terapi yang

dijalankan mencapai objektif dan secara tidak langsung, membantu menyediakan klien

dalam keadaan tenang dalam menangani masalahnya dengan berkesan.

Saya juga mula merasai kepentingan matapelajaran bimbingan dan kaunseling

ini terhadap diri saya sebagai seorang bakal guru. Contohnya melalui pencarian

maklumat berkaitan dengan bimbingan dan kaunseling dalam sub tajuk peranan guru

biasa sebagai guru pembimbing saya begitu teruja dalam meneliti dan membaca setiap

ilmu yang bagi saya amat bernilai ini. Tambahan pula, pengalaman berinteraksi

bersama pensyarah dan rakan saya bagi melaksanakan tugasan ini membolehkan saya

memperbaiki dan meningkatkan cara saya berkomunikasi. Hal ini sekaligus dapat

melatih saya untuk berkomunikasi dengan baik dan membuat persediaan untuk menjadi

seorang guru yang berkualiti. Selain itu, tunjuk ajar yang diberikan oleh para pensyarah

dalam proses menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini membolehkan saya

memperbaiki kelemahan yang terdapat pada diri saya dan tidak akan mengulanginya

lagi pada masa hadapan.

Secara keseluruhannya, melalui proses membuat tugasan kerja kursus pendek

Bimbingan dan Kaunseling ini telah memberikan banyak faedah kepada saya dan

membuatkan saya lebih mencintai profesion yang mulia ini serta menambahkan lagi

semangat saya untuk menjadi seorang guru yang bertanggungjawab dan melahirkan

bangsa Malaysia yang bersemangat, tekun dan rasional. Saya begitu berpuas hati

dengan hasil ini kerana berjaya menyiapkannya dengan lengkap dan tepat pada

Page 24: Edu 3073

masanya. Sekali lagi saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah

saya kerana telah banyak membantu dalam proses menyiapkan kerja kursus saya ini.

Tidak lupa juga juga mengambl kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih

kepada guru-guru dan rakan-rakan saya telah memberi sokongan moral dan kata-kata

semangat. Sekian Terima Kasih.

BIBLIOGRAFI

Page 25: Edu 3073

Ibrahim Ahmad (2002). Perkhidmatan bmbingan dan kaunseling. Kuala

Lumpur : Percetakan Cergas (M) Sdn. Bhd.

Ida Hartina Ahmed Tharbe (2006). Memimpin kaunseling kelompok. Kuala

Lumpur : PTS Prifessinal Publishing Sdn. Bhd.

Kementerian pelajaran (1985). Kaunseling kelompok. Kuala Lumpur :

Pengarang.

Mahmood Nazar Mohamed (2005), Pengantar psikologi : Satu pengenalan

Asas kepada jiwa dan tingkah laku manusia. Kuala Lumpur : Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Mok Soon Sang (2010). Bimbingan dan Kaunseling kanak-kanak. Selangor :

Penerbitan Multimedia sdn. Bhd.

Sabariah Siron (2005). Teori kaunseling & psikoterapi. Pearson Malaysia Sdn.

Bhd. Petaling Jaya.

Maznah Baba & Zainol Madon (2003). Kaunseling individu. Kuala Lumpur :

Sanon PrintingCorporation.

http://binadiribinakerjaya.blogspot.com/2012/04/peranan-guru-kaunseling-di-

sekolah.html, diakses pada 02 Februari 2015

http://www.slideshare.net/herneyaqilah/9-bimbingan-dan-kaunseling diakses

pada 03 Februari 2015

http://alhakam-kaunseling.blogspot.com/2009/06/kaunseling-kelompok.html

diakses pada 03 Februari 2015

http://bimbingandankaunselingipg.blogspot.com/2010/01/kaunseling-individu-

kelompok.html, diakses pada 05 Februari 2015