tugasan kbk 3073 mukhidi bin mohd ali d049840
TRANSCRIPT
-
7/29/2019 Tugasan Kbk 3073 Mukhidi Bin Mohd Ali d049840
1/27
1
SEMESTER 3 SESI 1 2012/2013
KBK 3073: MURID-MURID BERKEPERLUAN KHAS
PORTFOLIO TUGASAN 1
KUMPULAN
EL-A03 ( A121PJJ)
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. ID NO. TELEFON
MUKHIDI BIN MOHD ALI D2111049840 013-3442021
NAMA PENSYARAH : DR. ABDUL RAHIM BIN RAZALLI
TARIKH SERAH : 19 NOVEMBER 2012
PEMARKAHAN
1. ESEI ILMIAH
(a)
(b)
2. E-FORUM
JUMLAH
-
7/29/2019 Tugasan Kbk 3073 Mukhidi Bin Mohd Ali d049840
2/27
2
ISI KANDUNGAN Muka surat
1.0 PENDAHULUAN 3
2.0. Masalah pendengaran 4
2.1. Punca-punca kecacatan pendengaran 4
2.2.Ciri-ciri perkembangan fizikal, kognitif dan sosial bermasalah pendengaran 5
3.0. Masalah penglihatan 6
3.1.Punca-punca kecacatan penglihatan 6
3.2.Ciri-ciri perkembangan fizikal,kognitif dan sosial kanak-kanak cacat
Penglihatan 7
4.0. Masalah ADHD 7
4.1.Punca-punca kecacatan ADHD 8
4.2.Ciri-ciri perkembangan fizikal,kognitif dan sosial kanak-kanak ADHA 8
5.0. Masalah Fizikal 9
5.1.Punca-punca kecacatan Fizikal 10
5.2.Ciri-ciri perkembangan fizikal,kognitif dan sosial kecacatan fizikal 11
6.0. Penutup 11
-
7/29/2019 Tugasan Kbk 3073 Mukhidi Bin Mohd Ali d049840
3/27
3
1.0. ISI PENDAHULUAN
Falsafah Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan
insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan
menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli
masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
Sepertimana kita tahu pendidikan khas merupakan satu bentuk pendidikan khusus yang
diwujudkan untuk murid-murid berkeperluan khas seperti masalah penglihatan, masalah
pendengaran dan masalah pembelajaran. Kanak- kanak ini memang dilahirkan dengan
pelbagai kecacatan tetapi mempunyai pelbagai bakat dan kemahiran tersembunyi dalam diri
mereka. Potensi diri mereka ini harus dikembangkan supaya mereka dapat berdikari dan
menguruskan diri mereka tanpa bantuan orang lain. Hanya pendidikan dan pengalaman sahaja
yang akan dapat membentuk murid-murid khas yang memiliki bakat dan kemahiran yang tinggi.
Matlamat falsafah Pendidikan Khas ialah menyediakan perkembangan optimum kanak-kanak
dengan keperluankeperluan pendidikan khas agar dapat berfungsi sebagai individu yang
berkemahiran, berdikari, berhaluan, boleh merancang, mengurus kehidupan sendiri, boleh
menyedari potensi sendiri dan boleh menyesuaikan diri dalam masyarakat. Maka kumpulan
pelbagai displin harus berkolaborasi untuk memberi sumbangan tertentu kepada program
pendidikan khas ini untuk membolehkan murid-murid istimewa ini mencapai kejayaan dalam
kehidupan. Pendidikan untuk semua menegaskan tentang hak kanak-kanak untuk diberi
pendidikan tanpa mengira latar belakang sosial mahupun perkembangan intelek mereka. Murid
berkeperluan khas yang berada dalam program Pendidikan Khas di Malaysia terdiri daripada;
Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran (KKBP) merupakan mereka yang terdiri daripada
pelbagai kategori seperti Sindrom Down, Perkembangan Lewat, Autisme, Hiperaktif, Cerebral
Palsy, Epiletik, Masalah Emosi dan Masalah Pertuturan,Kanak-kanak Bermasalah Penglihatan
,Kanak-kanak Bermasalah Pendengarandan dan Kanak-kanak Bermaslah Fizikal. Untuk
memenuhi keperluan murid khas tersebut, beberapa program pengajaran dan pembelajaran
yang dibentuk adalah fleksibel selaras dengan peraturan-peraturan Pendidikan, Pendidikan
Khas 1997, yang menyatakan guru-guru boleh mengubah suai kaedah atau teknik pengajaran
atau pembelajaran , masa bagi aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi
mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas.
-
7/29/2019 Tugasan Kbk 3073 Mukhidi Bin Mohd Ali d049840
4/27
4
2.0 MASALAH PENDENGARAN
Masalah pendengaran kerap berlaku di dalam masyarakat kita, Masalah Pendengaran adalah
melibatkan ketidakupayaan untuk mendengar. Menurut Crulckshakn dan Johnson(1975),
kebolehan kanak-kanak menggunakan deria dengarnya dan juga bila kecacatan itu dialami.Hilang pendengaran adalah perkara biasa kepada manusia. Terdapat 3 jenis utama cacat
pendengaran iaitu Conductive' (Gangguan aliran bunyi) yang disebabkan masalah pada
bahagian tengah dan luar telinga. Biasanya memberi kesan yang sama kepada semua
gelombang bunyi dan tidak teruk.Sensorineural' (saraf deria) Disebabkan masalah pada
bahagian dalam telinga atau saraf 'auditory' .Bunyi yang diterima menjadi berubah kerana
gelombang menjadi tidak sama rata walaupun dengan penggunaan alat bantuan pendengaran
Mixed' (gabungan) Adalah kombinasi daripada jenis 'conductive' dan 'sensorineural' Kehilangan
pendengaran yang teruk juga dikenali sebagai pekak atau tuli. Ia adalah masalah yangmelibatkan komunikasi maslah bercakap atau memahami apa yang diperkatakan oleh orang
lain. Telinga luar, telinga tengah dan telinga dalam haruslah boleh berfungsi secara normal
untuk seseorang mendengar. Tiada sebarang jangkitan atau abnormality atau sebarang
gangguan , yang akan menjejaskan pendengaran dan kesan masalah ini bergantung pada
tahap yang dihadapi oleh seseorang individu.
2.1. PUNCA-PUNCA KECACATAN
Masalah pendengaran berpunca daripada faktor sebelum lahir, semasa lahir dan selepas lahir.
Ada dua punca sebelum lahir iaitu faktor genetic dan bukan baka. Faktor bukan baka adalah
disebabkan oleh jangkitan semasa hamil seperti rubella, meningitis, campak, caca, kencing
manis dan sebagainya. Pengambilan dadah ketika hamil juga boleh menyebabkan cacat atau
masalah pendengaran. Bagi ibu-ibu yang terlalu kerap hamil dan juga oksemia pada peringkat
akhir kehamilan adalah punca yang menyebabkan bermasalah pendengaran.
Semasa lahir , apabila kepala bayi terlalu lama berada di pintu rahim akan menyebabkan
tekanan yang kuat dibahagian telinga yang mengakibatkan kerosakan kepada telinga. Begitu
juga dengan bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan akan mengalami masalah pendengaran.
Kadangkala berlaku kecederaan di telinga semasa bayi dilahirkan atau disebabkan penyakit
homolisis yang disebabkan oleh rhesus.
-
7/29/2019 Tugasan Kbk 3073 Mukhidi Bin Mohd Ali d049840
5/27
5
Ada juga kanak-kanak yang dilahirkan normal , tetapi menghadapi masalah pendengaran
selepas kelahiran yang mana apabila kanakkanak dijangkiti bacteria dan virus, kemalangan
yang mencederakan bahgian telinga, dan terdedah kepada bunyi kuat.
2.2. CIRI-CIRI PERKEMBANGAN FIZIKAL, KOGNITIF DAN SOSIAL
Kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran menyebabkan perkembangan fizikalnya
tidak banyak berbeza dengan kanak-kanak normal. Motor halus dan motor kasar kanak-kanak
ini sama seperti kanak-kanak normal. Pemeriksaan pendengaran secara menyeluruh bertujuan
untuk mengesan masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak ini.
Biasanya kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran kurang bertinda kbalas. Kanak-
kanak ini tidak bertindak balas terhadap bunyi. Kanak-kanak ini akan terus melakukan aktiviti
sehariannya dan kadang kala apabila nama mereka dipanggil,tiada respon diberikan. Kita perlu
menarik perhatian mereka dengan meminta mereka memandang kearah kita, barulah sesuatu
maklumat yang ingin disampaikan boleh diberi.
Apabila guru memberikan arahan kanak-kanak bermasalah pendengaran tidak melakukan apa
yang disuruh,kerana mereka tidak memahami apa yang diarahkan . Sikap suka mengelamun
dan kurang memberikan tumpuan ketika belajar adalah antara cirri-ciri yang ditonjolkan oleh
kanak-kanak ini.Kadangkala apbila mereka tidak faham apa yang diajar oleh guru , mereka
akan menjadi nakal dan tidak mempedulikan orang lain . Ada juga yang hanya bersikap
pasif,dan menyendiri.Mereka hanya duduk diam, menunggu apa yang orang lain buat, sebelum
melakukan sebarang tugas.
Kanak- kanak yang bermasalah pendengaran biasanya akan kerap memerhati dan melihat
isyarat visual, ekspresi muka dan gerakan tangan dan gerakan bibir . Mereka kurang
menggunakan deria pendengaran.
Ketika lahir pula biasanya kanak-kanak in dilahirkan sangat kecil dan berat badan kurang
daripada 1.5kg. Bayi yang mengalami cacat pendengaran biasanya tidak menangis ketika
dilahirkan dan agak lewat bertutur. Mereka banyak menggunakan isyarat jari dari bercakap.
-
7/29/2019 Tugasan Kbk 3073 Mukhidi Bin Mohd Ali d049840
6/27
6
3.0. MASALAH PENGLIHATAN
Dari segi pendidikan, Ia merupakan sekumpulan kanak-kanak yang memerlukan pendidikan
khas kerana masalah penglihatan. Kaedah penyampaian pembelajaran dan keperluan alat
bantu mengajar perlu diadaptasikan dengan keperluan kanak-kanak ini supaya dapat
mengoptimakan pembelajaran dan pencapaian mereka. Menurut The World Council For The
Welfare For The Blind dalam Hajah Hasnah ( 1988) tentang masalah penglihatan adalah seperti
berikut:
i. Tidak boleh melihat langsung
ii. Kebolehan melihat tidak boleh melihat 6/60 atau 20/200 iaitu dengan ujian Snellen
iii. Penglihatan yang terhad iaitu kurang 20%
Masalah Penglihatan juga melibatkan penilaian ketajaman penglihatan dan medan penglihatan
seseorang. Bacaan ketajaman penglihatan akan membezakan seseorang samada dia butu atau
kabur penglihatan.
3.1. PUNCAPUNCA MASALAH PENGLIHATAN
i. Penyakit
Penyakit dan kekurangan zat adalah merupakan punca utama masalah penglihatan. Menurut
anggaran WHO 2002, kebanyakan punca buta di seluruh dunia adalah berkaitan dengan
katarak, glaucoma, kemerosotan macula (AMD) berkait usia, trakoma, konjuktivitis dan
retinopati diabetic.
Lebih ramai penduduk di nagara membangun mengalami kecacatan penglihatan disebabkan
keadaan yang boleh dihalang berbanding dengan Negara-negara maju.Ketika usia 60 tahun
seringkali berlaku masalah penglihatan bagi semua bangsa , namun demikian kanak-kanak
miskin lebih cenderung mengalami masalah ini.
ii . Baka
iv. Komplikasi semasa hamil dan semasa kelahiran
v. Rubella Rubella adalah penyakit virus berjangkit seakan-akan cacar yang boleh
menyebabkan kecacatan kepada bayi jika ibu dijangkiti ketika usia kandungan
antara 1 hingga 3 bulan.
vi. Siflis
-
7/29/2019 Tugasan Kbk 3073 Mukhidi Bin Mohd Ali d049840
7/27
7
vii. Kecederaan
3.2. CIRI-CIRI PERKEMBANGAN FIZIKAL, KOGNITIF DAN SOSIAL
Antara cirri-ciri fizikal yang berkaiatan dengan perkembangan fizikal kanak-kanak ialah ; bebola
mata berputar, mata sensitive terhadap cahaya, bahagian tepi mata akan kelihatan merah,
kelopak mata bengkak, mata selalu berair, juling, terdapat bintik-bintik di tengah mata.
Dari segi kognitif pula daya pengamatan terhadap jisim amat lemah dan terbatas, dan kanak-
kanak akan sering keliru dengan huruf.
Ciri sosial pula akan kelihatan apabila kanak-kanak akan sering memusingkan kepala ke
sebelah arah ketika melihat objek, selalu mengerut atau mengecilkan mata, kerap mengerdip
mata, selalu terlanggar objek, menonton tv atau membaca dengan jarak yang dekat, kurang
keyakinan dan sering menyisihkan diri, selalu menutup sebelah mata, dan sering mencari-cari
yat atau baris ayat yang dibaca.
4.0 ADHD
ADHD merupakan satu kecelaruan tingkahlaku yang biasa terjadi dalam kalangan kanak-kanak.
Terdapat 3 jenis kepayahan:
i. Kurang tumpuan
ii. Hiperaktif
iii. Menurut kata hati ( Impulsiviti)
ADHD atau hyperaktif merupakan satu pola perilaku pada seorang kanak-kanak.Mohd Fadzil
Hj. Ibrahim, 2007 dalam rencananya menyatakan bahawa perilaku ini dilihat dengan sikap tidak
mahu diam, tidak member tumpuan, sukar untuk dikendali dan bertindak mengikut kehendak
hatinya. Menurut kamus Dewan edisi keempat tingkah laku hiperaktif merupakan sifat kanak-
kanak yang terlampau cergas pergerakannya yang menyebabkan kanak-kanak itu sukar
dikawal. Kanak-kanak ini memerlukan suatumasa perkembangan yang memerlukan proses
keseimbangan pergerakan dan manipulasi. Keseimbangan merujuk kepada kebolehan kanak-
kanak mengekalkan kedudukan badan mereka, relative kepada tindakan graviti manakala
-
7/29/2019 Tugasan Kbk 3073 Mukhidi Bin Mohd Ali d049840
8/27
8
pergerakan ialah aspek yang berkaitan dengan tingkahlaku kanak-kanak teang menghasikan
ketidakstabilan perubahan atau penyusutan dalam perubahan saraf tersebut.
4.1. PUNCA-PUNCA ADHD
i . Faktor genetik
Antara kesan yang dikenalpasti adalah pembentukan saraf otak secara tidak normal dan
mengakibatkan ketidakseimbangan antara organ, darah dan saraf. Dalam banyak kes
klinikal,ketidakseimbangan ini diolah melalui factor genetik yang mengandungi bahan kimia
agen pembantu pembentukan sifat dalam otak.
ii. Pengambilan daah ataupun ubat yang berlebihan
iii. Ibu hamil yang mengambil ubat secara tidak teratur dan keterlaluan semasa hamil
boleh menyumbang kepada permasalahan ini.
iv. Ibu Kemalangan ketika mengandung.
v. Faktor kelahiran pramatang atau bayi yang dilahirkan tidak cukup berat serta
mengalami kecederaan pada otak semasa dalam kandungan juga dikatakan factor
atau punca kepada masalah hiperaktif.
4.2. CIRI-CIRI PERKEMBANGAN FIZIKAL, KOGNITIF DAN SOSIAL.
Secara amnya sikap yang sering ditunjukkan oleh kanak-kanak hiperaktif ialah mereka bias any
agak degil dan tidak mahu menurut arahan yang diberi.Apabila diminta melakukan sesuatu
perkara , mereka akan membantah. Mereka tidak mahu menurut peraturan terutama kanak-
kanak hiperaktif yang berada di sekolah. Ketika belajar pula kanak-kanak hiperaktif tidak
memberikan tumpuan kepada guru. Sikap lalai, tidak puas hati sering ditonjolkan. Kanak-kanak
ADHD sering tertekan, menghadapi masalah dalam pembelajaran dan hubungan social.
Perasaan takut dan risau, suka berpeluh dan mengalami masalah sakit perut atau cirit-birit.
Ciri-ciri fizikal yang ditonjolkan pula ialah suka menggoyang-goyangkan tangan dan kakinya
serta menggeliat dansentiasa resah di tempat duduknya. Sering meninggalkan kerusinya ketika
di dalam kelas. Suka berlari-lari atau memanjat-manjat denga berlebihan. Tidak duduk diam
dan banyak bercakap.
-
7/29/2019 Tugasan Kbk 3073 Mukhidi Bin Mohd Ali d049840
9/27
9
Bagi kanak-kanak yang mengalami kurang tumpuan ciri-ciri yang sering ditonjolkan adalah
seperti melakukan banyak kesilapan di dalam kerja sekolah, mempunyai banyak masalah untuk
mengatur aktiviti-aktivitinya, sering kehilangan barang di rumah dan di sekolah, tidak dapat
menyelesaikan tugasan yang diberi,tidak member tumpuan kepada orang yang bercakap
denganya, tidak berupaya mematuhi arahan, mengelakkan diri dari melakukan aktiviti yang
memerlukan konsentrasi dan fikiran, mudah hilang perhatian dan seorang yang pelupa.
Kanak-kanak hipeaktif pula sering menggoyang goyangkan tangan dan kakinya serta
menggeliat dan resah di tempat duduknya, meninggalkan kerusinya di kelas walaupun
sepatutnya ia duduk di situ, berlari-lari dan memanjat-manjat dengan berlebihan, bising waktu
bermain, sentiasa bergerak ke sana sini dan banyak bercakap.
Manakala kanak-kanak Impulsiviti (menurut kata hati) akan bertindak menjawab dengan
spontan walaupun soalan yang diajukan belum habis, tidak sabar menunggu giliran, dan kerap
mengganggu rakan lain semasa mereka bertutur atau bermain.
5.0. MASALAH FIZIKAL
Perkembangan fizikal boleh didefinisikan sebagai perubahan saiz fizikal, kadar pertumbuhan
bahagian-bahagian badan, fungsi anggota-anggota badan dan perawakan manusia (Woolfolk &
Margetts, 2007), semasa pembesaran kanak-kanak akan mengalami perubahan dalam
ketinggian berat badan menjadi lebih kuat dan dapat melibatkan diri dalam kegiatan fizikal yang
lebih kompleks. Di antara masalah yang dikategorikan sebagai kecacatan fizikal ialah seperti
celebral palsy, epilepsy, spina bifida, muscular dystrophy, limb deficiencies, asthma, diabetes
dan leukemia
Masalah kecacatan fizikal merujuk kepada kanak-kanak yang mengalami ketidakupayaan
fizikal, dan memerlukan pengubatan atau peralatan khas seperti pendakap atau kerusi roda. Ia
termasuk ketidak upayaan berbentuk neorologi yang melibatkan otak dan urat saraf yang rosak
serta kecacatan ortopedik yang melibatkan tulang, sendi dan otot.
-
7/29/2019 Tugasan Kbk 3073 Mukhidi Bin Mohd Ali d049840
10/27
10
5.1. PUNCA-PUNCA MASALAH FIZIKAL
Terdapat pelbagai jenis msalah fizikal, dan punca masalah ini adalah beerlainan antara satu
sama lain.
5.1.1 Spina Bifida / tulang belakang terpisah.
Punca kecacatan ini adalah sejak dilahirkan lagi, yang mana ianya berlaku di tiub
neural.Kecacatan ini bole berlaku pada sebahagian tulang belakang atau kadangkala di
keseluruhan tulang belakang yang tidak bersambung dengan sempurna yang mana
menyebabkan sarap tunjang terdedah.Keadaan ini sering berlaku di bulan pertama
kandungan.Biasanya ianya berlaku di bahgian bawah tulang belakang ,jarang berlaku di
bahagian atas dan adakalanya berlaku di otak. Penyebab utama berlakunya masalah dalam
kandungan ini ialah kerana kurang vitamin. Asid folik amat penting diambil oleh ibu
mengandung.Ini sering berlaku kepada ibu-ibu yang tidak merncang kandungan . Merka hanya
menyedarinya ketika kandungan sudah berusia 5 hingga 6 bulan., sedangkan ogan organ
sudah mula terbentuk. Amat penting untuk ibu-ibu merancang kehamilan.
Faktor persekitaran juga boleh menyumbang kepada kecacatan Spina Bifida. Persekitaran yang
tidak sihat seperti ibu hamil yang menghisap rokok, mengambil minuman beralkhohol serta
diabetis
5.1.2 Celebral Palsy atau Kurang Upaya Mengawal Pergerakan Otak.
Kanak-kanak ini mengalami kerosakn pada kawasan motor dalam otak yang mengakibatkan
kekurangan upayaan untuk melakukan pergerakan otot-otot dan tegak badan. Kecacatan ini
sering berlaku sebelum, semasa dan di peringkat awal kelahiran ketika bahagian otak
berkembang dengan pesat.
Punca berlaku sebelum kelahiran ialah kerana jangkitan dalam rahim, ibu mengalami darah
tinggi, kencing manis, kurang darah ketika mengandung dan pendarahan teruk dan kronik
ketika mengandung.
Semasa proses kelahiran pula adalah disebakan kelahiran tidak cukup bulan,lemas ketika
dilahirkan dan jangkitan semasa kelahiran .
-
7/29/2019 Tugasan Kbk 3073 Mukhidi Bin Mohd Ali d049840
11/27
11
Punca-punca penyebab selepas kelahiran pula ialah sebelum usia 3 tahun kanak-kanak
dijangkiti kuman di selaput otak (meningitis), deman kuning (jaundis) yang teruk, dan
kecederaan otak disebabkan oleh kemalangan, penderaan dan penganiayaan fizikal.
5.2. CIRI-CIRI PERKEMBANGAN FIZIKAL, KOGNITIF DAN SOSIAL
Masalah fizikal yang dihidapi oleh kanak-kanak akan meyebabkan perubahan perkembangan
fizikal, kognitif dan social kanak-kanak. Menurut (Hurlock, 1978). Ianya akan mempengaruhi
tingkahlaku kanak-kanak secara langsung dan tidak langsung (Hurlock, 1978). Keupayaan atau
kebolehan kanak-kanak bersaing dengan rakan sebaya dalam sukan dan permainan dapat
dilihat dengan ketara.Jika mereka tidak dapat bersaing, ini akan mengakibatkan mereka disisih
dari kumpulan rakan sebaya mereka. Berikutan dengan ini keyakinan diri juga akan menurun .
Kanak-kanak yang disisih daripada kumpulan sebaya akan menjejaskan perkembangan
personalitinya. Perkembangan psikomotor, struktur badan dan otak menjadi asas kepada
perkembangan kognitif dan emosi.Perkembangan fizikal kanak-kanak merupakan satu aspek
yang menekankan asas pertumbuhan dan pembesaran kanak-kanak.
Ciri-ciri kanak-kanak celebral palsy pula kanak-kanak kelihatan lembik, perkembangan
tumbesaran lewat, menggunakan sebelah tangan , masalah menyusu, kerap menangis,
meragam, merengek tanpa sebab ataupun terlalu diam dan kuran tindakbalas
rangsangan,sembelit dan cepat marah.
6.0. PENUTUP
Pencapaian intelek yang tinggi dan kemahiran yang sesuai adalah merupakan kehendak
masyarakat dan negara dalam corak kehidupan masa kini dan ianya merupakan tekanan
kepada setiap pasangan untuk mendapatkan zuriat yang berpotensi, berkemahiran tinggi dan
berkeupayaan untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang yang diceburi apabila mereka
dewasa kelak. Pelbagai perkhidmatan telah disediakan seperti Program Pendidikan Khas di
sekolah-sekolah yang dibuka oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, Program-program atau
Pusat Asuhan yang ditubuhkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Badan-Badan
Perseorangan atau NGO yang berdaftar dengan Kementerian berkaitan. Kanak-kanak yang
mengalami masalah pembelajaran disarankan untuk mendaftar kerana pelbagai keistimewaan
-
7/29/2019 Tugasan Kbk 3073 Mukhidi Bin Mohd Ali d049840
12/27
12
yang akan mereka perolehi seperti keistimewaan berdaftar percuma di sekolah-sekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia, bantuan orang kurang upaya, potongan tambang
pengangkutan awam, potongan sewaan penggunaa telefon dan berbagai keistimewaan lagi
disediakn oleh pihak kerajaan.
Pengalaman dari programprogram intervensi ke atas kanak-kanak cacat telah membolehkan
para professional memahami konsep by pass strategies iaitu strategi yang membantu kanak-
kanak ini mendapatkan kemahiran dengan menggunakan keupayaannya dengan menggunakan
bahasa isyarat,menggunakan Braille atau alat sokongan orthosis bagi kanak-kanak lemah
anggota kakinya. Ibubapa dan guru haruslah jagan membuat tanggapan terhadap kanak-kanak
yang kurang maju dalam pelajarannya sebagai malas, bodoh, tiada motivasi dan ayik bermain
sahaja. . Sebenarnya tanggungjwab untuk membantu kanak-kanak bermasalah pembelajran ini
bukan sahaja terletak di bahu professional dan guru-guru sahaja tetapi ibubapa juga adalah
perlu bekerjasama memberikan perhatian dan kometment bagi memastikan anak-anak dapat
mengikuti latihan-latihan khas di rumah.
-
7/29/2019 Tugasan Kbk 3073 Mukhidi Bin Mohd Ali d049840
13/27
13
RUJUKAN
Fakulti Pendidikan, Sastera dan Sains Sosial. (2006). Universiti Terbuka Malaysia.
Pengenalan Pendidikan Kanak-kanak Masalah Pembelajaran.
Jamila K.A. Mohamed.(2005). Pendidikan Khas Untuk Kanak-kanak Istimewa.Kuala
Lumpur. PTS Profesional.
Jabatan Pendidikan Khas, kementerian Pendidikan Malayisa (2003), Sukatan Pelajaran
Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendah & Menengah .
Kementerian Pelajaran Malaysia(2005). Buku Maklumat Pendidikan Khas. Kuala
Lumpur.
Julia Jantan/Siti Suhaila Samian. Politeknik Johor Bharu. (2007) Perkembangan dan
Ciri-ciri Kanak-Kanak Berkeprluan Khas.
www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt ...
http://http://www.authorstream.comwww.authorstream.com
http://en.wikipedia.org/wiki/Autismhttp://en.wikipedia.org/wiki/Autism
http://www.spe-ed.net/ld-bp.phphttp://www.spe-\
http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/kanak_contenthttp
http://www.slideshare.net/manjabeta/kanak-kanak-berkeperluan-khas
http://www.amaljaya.com/guru/PISMP/EDU%203102/Tajuk%2010_Kanak-
kanak%20Berkeperluan%20Khas.pdf
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dthttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dthttp://www.authorstream.com/http://www.authorstream.com/http://en.wikipedia.org/wiki/Autismhttp:/en.wikipedia.org/wiki/Autismhttp://en.wikipedia.org/wiki/Autismhttp:/en.wikipedia.org/wiki/Autismhttp://www.spe-ed.net/ld-bp.phphttp:/www.spe-/http:/www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/kanak_contenthttphttp://www.spe-ed.net/ld-bp.phphttp:/www.spe-/http:/www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/kanak_contenthttphttp://www.spe-ed.net/ld-bp.phphttp:/www.spe-/http:/www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/kanak_contenthttphttp://www.slideshare.net/manjabeta/kanak-kanak-berkeperluan-khashttp://www.slideshare.net/manjabeta/kanak-kanak-berkeperluan-khashttp://www.amaljaya.com/guru/PISMP/EDU%203102/Tajuk%2010_Kanak-kanak%20Berkeperluan%20Khas.pdfhttp://www.amaljaya.com/guru/PISMP/EDU%203102/Tajuk%2010_Kanak-kanak%20Berkeperluan%20Khas.pdfhttp://www.amaljaya.com/guru/PISMP/EDU%203102/Tajuk%2010_Kanak-kanak%20Berkeperluan%20Khas.pdfhttp://www.amaljaya.com/guru/PISMP/EDU%203102/Tajuk%2010_Kanak-kanak%20Berkeperluan%20Khas.pdfhttp://www.amaljaya.com/guru/PISMP/EDU%203102/Tajuk%2010_Kanak-kanak%20Berkeperluan%20Khas.pdfhttp://www.slideshare.net/manjabeta/kanak-kanak-berkeperluan-khashttp://www.spe-ed.net/ld-bp.phphttp:/www.spe-/http:/www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/kanak_contenthttphttp://www.spe-ed.net/ld-bp.phphttp:/www.spe-/http:/www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/kanak_contenthttphttp://en.wikipedia.org/wiki/Autismhttp:/en.wikipedia.org/wiki/Autismhttp://www.authorstream.com/http://www.authorstream.com/http://www.authorstream.com/http://www.authorstream.com/http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt -
7/29/2019 Tugasan Kbk 3073 Mukhidi Bin Mohd Ali d049840
14/27
14
SEMESTER 3 SESI 1 2012/2013
KBK 3073: MURID-MURID BERKEPERLUAN KHAS
PORTFOLIO TUGASAN 2
KUMPULAN
EL- A03 ( A121PJJ)
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. ID NO. TELEFON
MUKHIDI BIN MOHD ALI D2111049840 013-3442021
NAMA PENSYARAH : DR. ABDUL RAHIM BIN RAZALLI
TARIKH SERAH : 18 NOVEMBER 2012
-
7/29/2019 Tugasan Kbk 3073 Mukhidi Bin Mohd Ali d049840
15/27
15
ISI KANDUNGAN Muka surat
1.0. Pendahuluan 16
2.0. Model Perubatan 16
2.1. Fisiotrapi 18
2.1.1 Sejarah Terapi 19
2.1.2 Keperluan Terapi Fizikal Dalam Pendidikan Khas 19
2.1.3 Kepentinagn Terapi Fizikal. 19
3.0 Model Sosial 20
4.0. Komunikasi kanak-kanak Bermasah Pendengaran 20
5.0. Kaedah Komunikasi 21
5.1.1 Bacaan bibir 22
5.1.2 Pertuturan Kiu 22
5.1.3 Komunikasi Seluruh 23
5.1.4. Bahasa Isyarat Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM) 23
5.1.5. Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) 24
6.0. Kesimpulan 25
7.0. Penutup 26
RUJUKAN 27
-
7/29/2019 Tugasan Kbk 3073 Mukhidi Bin Mohd Ali d049840
16/27
16
1.0. PENDAHULUAN
Berdasarkan Kajian terdapat beberapa model teoritikal yang membincangkan tentang
pendidikan khas. Teori saintifik mengutamakan ramalan, serta penerangan bagi sesuatu
perkara yang dijadikan asas bagi sesuatu amalan. Kaedah pengajaran pendidikan khas dibinaberasaskan kepada model-model teoritikal yang dipilih. Setiap model mempunyai pandangan
yang tersendiri tentang pendidikan khas. Antara model- model tersebut ialah model perubatan,
model perkembangan, model behavioris, model kognitif, model humanistik dan model
ekologikal.
Terdapat dua model kurang upaya yang berbeza iaitu model social (social model) dan model
perubatan (medical model). Model ialah satu rangkakerja bagi memahami maklumat. Kedua-
dua model ini adalah bertujuan mengenalpasti masalah dalam masyarakat, dan membantu
OKU dengan memenuhi keperluan mereka. Kaedah pengajaran pendidikan khas dibina
berasaskan kepada model-model teoritikal yang dipilih.
Prinsip kolaborasi dan penglibatan pelbagai pihak amat penting. Ibubapa, sekolah dan
masyarakat perlu bekerjasama bagi menyelesaikan sesuatu masalah dan kumpulan pelbagai
disiplin harus memainkan peranan penting. Menurut Golin dan Ducanis (1981) kumpulan
pelbagai disiplin adalah satu unit yang berfungsi yang terdiri daripada pelbagai individu yang
mempunyai kemahiran atau kepakaran dalam bidang tertentu. Kumpulan ini akan bergabung
tenaga untuk menyediakan perkhidmatan kepada kanak-kanak khas.
2.0. MODEL PERUBATAN
Menurut model perubatan bahawa semua masalah pembelajaran dan semua masalah tingkah
laku tidak normal adalah di sebabkan oleh masalah organik atau penyakit. Faktor alam sekitar
yang boleh mengancam sistem biologi manusia dikatakan turut menyumbang kepada masalah
yang dihadapi.
Model perubatan berpendapat bahawa adalah penting untuk melakukan diagnosis secara
komprehensif sebelum melakukan sebarang intervensi pendidikan ke atas seorang kanak-
kanak berkeperluan khas. Diagnosis dan prognosis perlu untuk memahami keadaan biologikal
serta keadaan fizikal yang turut merangkumi keadaan neurologikal kanak-kanak terbabit.
-
7/29/2019 Tugasan Kbk 3073 Mukhidi Bin Mohd Ali d049840
17/27
17
Mereka yang mengambil model ini akan menggunakan kaedah latihan proses atau process
trainning sebagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi kanak-kanak pendidikan khas.
Latihan proses memberikan tumpuan utama kepada latihan khusus untuk memupuk
rangsangan sensori dan untuk meningkatkan kecekapan pengurusan pengamatan.
Melalui model perubatan juga, kurang upaya membawa maksud sebagai masalah yang
dihadapi oleh seseorang individu. Jika berlaku atau terjejasnya penglihatan, pergerakan atau
pendengaran, ini bermaksud ketidakupayaan mereka. Model Perubatan juga kadangkala
dikenali sebagai personel tragedy model kerana pengalaman kesukaran yang dihadapi
disebabkan pengalaman atau bentuk anggota tubuh badan mereka.
Mengikut model perubatan individu itu sendiri adalah masalahnya, kecacatan individu perlu
diubati atau disembuhkan, individu tidak boleh membuat keputusan sendiri mengenai cara
kehidupan, ahli professional diperlukan untuk menjaga individu itu, Adalah mustahil untuk
individu OKU menyamai kedudukan seperti kanak-kanak normal.
Kanak-kanak berkeperluan dari perspektif perubatan dilihat sebagai mengalami kecacatan atau
terdiri daripada kanak-kanak kurang upaya. Pendekatan perubatan ialah bagi mengubati
kecacatan ini atau memulihkan mereka. Sebagai contoh , usaha untuk memulihkan kanak-
kanak pekak ialah dengan memulihkan pendengaran dan melatih mereka bertutur. Kanak-
kanak buta pula untuk memulihkan penglihatan mereka dengan menggunakan teknologi dan
perubatan terkini.
Di negara kita peranan pakar perubatan adalah amat penting dalam melaksanakan pendidikan
khas di Malaysia. Biasanya ahli perubatan akan menilai kanak-kanak berdasarkan ciri-ciri
perubatan. Pemuliharaan (rehabilitation) dilakukan dengan menggunakan pelbagai kaedah
perubatan dengan tujuan kecacatan yang dialami oleh kanak-kanak tidak bertambah teruk.
Biasanya ahli perubatan akan menilai kanak-kanak berasaskan kecacatan atau kekurangan
yang dimiliki berdasarkan ciri-ciri perubatan. Pakar perubatan menekankan kepada pemulihan
daripada kecacatan atau kekurangan. Sebab atau punca kecacatan atau kekurangan diberifokus utama dan cadangan untuk mengatasi kecacatan berkenaan diberikan.
Sebaliknya, pakar pendidikan khas bermatlamat memberi pendidikan sebaik mungkin, yang
bersesuaian dengan potensi yang ada pada murid berkeperluan khas dengan mengambil kira
bahawa kecacatan yang ada pada seseorang bukan penghalang kepada mereka untuk
-
7/29/2019 Tugasan Kbk 3073 Mukhidi Bin Mohd Ali d049840
18/27
18
mendapat dan berjaya dalam pendidikan. Kanak-kanak berkeperluan khas dilihat sebagai satu
golongan manusia yang memerlukan pendidikan yang sesuai dengan kebolehan mereka. Oleh
itu, kanak-kanak berkeperluan khas yang mempunyai ciri-ciri boleh mengurus diri sendiri dan
mempunyai keupayaan untuk menerima pendidikan (educable) seharusnya diterima untuk
bersekolah.
Dalam pelaksanaan pendidikan khas, tumpuan harus diberi kepada perkara-perkara berikut:
i. Penyampaian- contohnya ialah bahasa isyarat bagi kanak-kanak pekak dan huruf Braille
bagi pelajar buta.
ii. Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran-strategi pengajaran khusus yang sesuai dengan jenis
kurang upaya.
iii. Peralatan- Alat yang membantu proses pendidikan seperti alat bantuan pendengaran bagi
kanak-kanak pekak dan mesin Brailler bagi mereka yang buta.
iv. Bilangan Pelajar dalam Kelas - Bilangan pelajar dalam kelas pendidikan khas di Malaysia
ialah seramai antara lima hingga sepuluh orang murid sahaja.
v. Guru Pendidikan Khas Terlatih - Guru-guru harus dilatih khas untuk mengajar kanak-kanak
bermasalah pembelajaran atau kanak-kanak bermasalah penglihatan.
vi. Pengubahsuaian Kurikulum - Kandungan kurkulum diubah suai dengan mengambil kira
jenis kurang upaya yang diajar.
vii. Aktiviti Kokurikulum harus disesuaikan dengan jenis murid khas.
2.1. FISIOTERAPI
Bagi memulihkan fungsi fizikal dan pergerakan tubuh manusia rawatan menggunakan terapi
fizikal boleh digunakan termasuklah sebab-sebab faktor penuaan, kecederaan, penyakit atau
persekitaran. Fisioterapi dalam pendidikan khas dapat membantu kanak-kanak
mengembangkan motor kasar meliputi otot-otot besar dan motor halus untuk pelbagai fungsi
seperti berlari, melompat, berjalan mengangkat dan melempar bola, latihan teraputik,
rangsangan penyejukan dan pemanasan, terapi hidro, dan rangsangan menggunakan elektrik
dan cahaya
-
7/29/2019 Tugasan Kbk 3073 Mukhidi Bin Mohd Ali d049840
19/27
19
2.1.1 SEJARAH TERAPI
Hippocrates dan Hector telah mempelopori Terapi fizikal sejak tahun 460 Sebelum Masihi lagi.
Pada tahun 1894 empat orang jururawat bekerja sebagai sukarelawan dipusat Pertubuhan
Terapi. Sejak dari itu pusat terapi ditubuhkan secara formal di Universiti Otago di New Zealand
dan Amerika Syarikat pada tahun 1013, Portland (1914). Ianya merupakan satu kaedah urutan
dan hippoterapi.
Dalam tahun 1980an berlaku perubahan dalam sejarah terapi fizikal Freddy Kaltenborn telah
memperkenalkan computer rangsangan elektrik dan ultrasound. Menurut Auxter, Pyfer dan
Hueting(1998) masalah kecacatan fizikal tidak boleh dipulihkan dengan rawatan perubatan
sahaja. Pakar perubatan telah memperkenalkan program terapi fisio yang dapat
mengurangkan masalah yang dihadapi oleh kebanyakan individu dengan lebih berkesan.
2.1.2 KEPERLUAN TERAPI FIZIKAL DALAM PENDIDIKAN KHAS
Bagi kanak-kanak Pendidikan Khas terapai adalah amat penting. Terapi diperlukan sebagai
satu persedian untuk menghadapi pembelajaran dari aspek mental, fizikal, emosi dan
sosiolisasi. Kanak-kanak pendidikan khas memerlukan rangsangan untuk bergerakbalas
terhadap sesuatu kemahiran yang diajar. Selain daripada itu terapi fizikal juga mampu
merangsang pengaliran darah dan oksigen ke seluruh anggota badan. Konsep kendiri yang
lebih positif dapat dibina melalui terapi ini.
Ibubapa juga berpeluang untuk berbincang dan mengemukakan pendapat bersama ahli terapi
kerana melalui terapi juga keperluan kanak-kanak pendidikan khas mampu dibina ke arah
keseimbangan yang menyeluruh. Ibubapa pula berpeluang untuk mempelajari teknik-teknik
yang betul dan cara-cara alternative untuk berkomunikasi dengan anak-anak mereka.
2.1.3 KEPENTINGAN TERAPI FIZIKAL.
Melalaui terapi fizikal kemampuan otot-otot iaitu motor kasar dan motor halus termasuk
koordinasi antara keduanya dapat ditingkatkan. Terapi fizikal perlu dilakukan berulangkali
sehinggalah otot menjadi matang dan kanak-kanak dapat melakukan sendiri. Contohnya murid
dapat berjalan, berlari dan melompat dengan kaedah yang betul. Pemulihan bagi motor halus
juga amat penting.
-
7/29/2019 Tugasan Kbk 3073 Mukhidi Bin Mohd Ali d049840
20/27
20
Latihan imbangan merupakan latihan yang dijalankan bagi membentuk keseimbangan badan
seperti berjalan sebelah kaki, meniti di atas bangku dan sebagainya. Kemampuan otak kiri dan
otak kanan berfungsi dengan baik dapat ditingkatkan dengan koordinasi kedua motor ini.
Aktiviti seperti mencantum puzzle, menyambut bola pelbagai saiz dapat mematangkan kedua-
dua motor halus dan kasar dan ini dapat meningkatkan kefungsian mereka dalam kehidupan
seharian. Daya pengamatan kanak-kanak pemulihan khas dapat ditingkatkan kerana ini dapat
memberikan ketajaman pendengaran, penglihatan dan pemikiran supaya dapat berfungsi
dengan baik.
Selain daripada itu terapi fizikal juga dapat membina keupayaan diri dan keyakinan yang
tinggi.Kemampuan mereka perlu dipupuk supaya dapat bersaing dengan rakan sebaya yang
lain. Oleh itu merupakan satu keazaman yang tinggi dalam menjalani proses terapi untuk
membantu mereka membentuk kehidupan berdikari yang lebih baik.
Melaui terapi fizikal, kanak-kanak dapat bersosiolisasi dan berkomunikasi dengan baik bersama
rakan sebaya. Keyakinan diri dapat meningkatkan keupayaan berinteraksi dengan alatan dan
rakan semasa aktiviti terapi dijalankan. Oleh hal demikian secara tidak langsung berlaku
pembelajaran dalam kumpulan dan amalan kesabaran dan kerjasama dapat dipupuk di
kalangan mereka.
Melalui terapi fizikal juga tingkahlaku kanak-kanak pendidikan khas dapat diubah l. Sebagai
contoh kanak-kanak hiperaktif dan ADHD yang suka mengganggu akan sedikit demi sedikit
berubah apabila ganjaran sering diberikan semasa aktiviti dijalankan. Bandura dan Walters
mendapati bahawa banyak tingkahlaku dalam kehidupan sehari-harian dipelajari melalui contoh
dan teladan dan melalui bahasa.
3.0 MODEL SOSIAL
Model sosial dicipta pula telah dicpta sediri oleh orang kurang upaya hasil daripada tindakbalas
masyarakat terhadap mereka dan juga pengalaman kesihatan dan kebajikan yang menjadikan
mereka berasa tersisih dan ditindas.
Mengikut model sosial kecacatan bukan masalah individu. Individu tersebut tidak dapat
bersaing pada tahap yang sama sebab terlalu banyak halangan dan kekangan. Individu seperti
mereka perlu menyedari bahawa mereka juga adalah sebagai ahli masyarakat. Melalui
kerajaan serta agensinya mesti bertanggungjawab menghapuskan halangan-halangan tersebut.
Orang Kurang Upaya juga mempunyai hak yang sama seperti orang normal yang lain lain.
-
7/29/2019 Tugasan Kbk 3073 Mukhidi Bin Mohd Ali d049840
21/27
21
Perkara utama mengenai pendidikan khas berdasarkan Model sosial ialah:
i. Ia dihasilkan oleh Orang Kurang Upaya untuk mengatasi diskriminasi terhadap
golongan seperti mereka (OKU)
ii. Ia diwujudkan untuk melihat masalah perihal kecacatan (OKU) dari sudut sosial
dan bukan menganggap OKU itu sendiri sebagai masalah.
iii. Ia membolehkan kita mengenalpasti bidang-bidang yang memerlukan perubahan
dan khususnya mengenalpasti sikap negative, halangan fizikal dan juga komunikasi
sebagai bidang utama yang perlu diubahkan.
iv. Ia membolehkan semua OKU dari pelbagai kekurangan bekerjasama untuk
memperjuangkan perubahan dalam sikap masyarakat dan peningkatan akses dan
komunikasi.
v. Ia membolehkan OKU menyedari bahawa kedudukan mereka harus diberi perhatian
dari segi hak asasi manusia dan sebagai isu kesamarataan.
vi. Ia menganjak tumpuan dari apa yang boleh dilakukan oleh OKU kepada apa yang
boleh dilakukan oleh mereka sekiranya mendapat kerjasama dari pihak yang
berkenaan untuk mewujudkan kesamarataan.
4.0. KOMUNIKASI KANAK-KANAK BERMASALAH PENDENGARAN
Pelbagai strategi dan kaedah boleh digunakan bagi membantu kanak-kanak pendidikan khas.
Disini saya tertarik dan cuba untuk membincangkan berkaitan kaedah untuk berkomunikasi
dengan kanak-kanan bermasalah pendengaran.
Komunikasi amat penting bagi seseorang untuk mendapatkan maklumat dan idea. Menurut
Owen (1990), maklumat diterima dan saling memahami. Bahasa dan pertuturan digunakan
untuk berkomunikasi. Selain daripada itu intonasi, penekanan suara dan gaya pertuturan yang
boleh menggambarkan emosi dan sikap pertutur yang boleh ditafsirkan dengan berbagai
makna.
Gesture(tanda isyarat), gerak badan, eye contact dan ekspresi atau mimik muka boleh dijadikan
komunikasi. Julia Jantan dan Siti Suhaila Samian (2007), menyatakan masalah pendengaran
merupakan kehilangan seluruh atau sebahagian kemampuan mendengar daripada satu atau
kedua-dua belah telinga. Masalah utama kanak-kanak bermasalah pendengaran ialah sukar
bertutur, bahasa dan komunikasi secara lisan. Kanak-kanak ini kurang diberi peluang untuk
-
7/29/2019 Tugasan Kbk 3073 Mukhidi Bin Mohd Ali d049840
22/27
22
berkomunikasi dengan individu normal. Proses inilah antara penyebab proses perkembangan
bahasa, pencapaian akademik dan psikososial mereka terjejas.
Orang pekak harus menjalani kehidupan sehari-hari seperti manusia biasa. Dari aspek
pendidikan pelbagai kemudahan telah disediakan oleh kerajaan telah menyediakan kemudahan
seperti sekolah pendidikan khas, sekolah integrasi dan juga guru-guru yang boleh mengajar
bahasa isyarat ditempatkan di sana.
Ada beberapa faktor yang menyebabkan agar sistem komunikasi dua hala ini berjalan dengan
telus. Hubungan masyarakat dan hak berkomunikasi hanya terhad kepada yang mengetahui
bahasa isyarat sahaja dan bilangan jurubahasa juga amat kurang. Akibat daripada masalah ini
menyebabkan golongan pekak agak tersisih dari masyarakat normal dan mengakibatkan
kemerosotan jati diri, keciciran dalam aspek pendidikan, gagal mendapat hak untuk berurusan
dengan sektor awam. Akses maklumat tiada hak untuk menyuarakan pendapat dan hak bagi
memenuhi keperluan.
5.0. KAEDAH KOMUNIKASI
Terdapat lima kaedah komunikasi yang boleh digunakan dalam kalangan orang bermasalah
pendengaran :
5.1.1 Bacaan bibir
Kaedah komunkasi melalui bacaan bibir merupakan kaedah komunikasi dengan mengikut atau
memerhati bibir penutur termasuk memahami dan memerhati hingga ke otot muka dan gerak
badan penutur. Bacaan bibir adalah pertuturan tulin (pure oral) yang memberikan tekanan
kepada pengajaran dan pembelajaran bahasa melaui pertuturan secara sengaja.
Pendekatan bacaan bibir memerlukan murid-murid pekak bertutur sepertimana murid-murid
biasa. Raja Mariam Iskandar (1999). Antara kelebihan bacaan bibir , kanak-kanak pekak yang
ada sidikit pendengaran seharusnya digembleng kebolehan pendengaran mereka semaksimum
mungkin untuk menguasai bahasa pertuturan.
Menurut Saadiah Ahmad (2009), Kekurangan atau kelemahan yang didapati melalui bacaan
bibir ialah apabila penumpuan tidak dapat diberikan pada kualiti bunyi pertuturan itu sendiri
seperti bunyi yang tinggi atau rendah. Bacaan bibir juga memerlukan daya penglihatan yang
mana ianya memerlukan pencahayaan yang terang bagi mengamati wajah penutur. Menurut
-
7/29/2019 Tugasan Kbk 3073 Mukhidi Bin Mohd Ali d049840
23/27
23
Tan Chin Guan (1999). Inilah yang berlaku kepada kanak-kanak bermasalah pendengaran yang
mana komunikasi amat sukar berlaku dalam kehidupan masyarakat.
5.1.2 Pertuturan Kiu
Pertuturan kiu merupakan satu kaedah pergerakan tangan yang boleh membezakan bunyi-
bunyi apabila melihat pergerak bibir. Menurut Abdullah Yusoff et. All(2006). Penutur
menggunakan salah satu tangan mereka untuk membolehkan pembaca bibir mengecam
dengan jelas setiap sukukata yang dituturkan. Ini bermakan pertutur kiu memungkinkan
pembaca bibir membaca setiap perkataan dengan tepat.
Antara kelebihan pertutur kiu ialah kaedah pertuturan yang mempunyai tahap ketepatan yang
hampir sama dengan individu normal. Melalui pemerolehan bahasa yang hampir normal dapat
membawa kepada tahap kualiti hidup yang lebih baik bagi kanak-kanak bermasalah
pendengaran disebabkan oleh perkembangan emosi, sosial dan kognitif yang normal. Walau
bagaimanapun terdapat juga kekurangan yang mana penguasaan pertuturan kiu dikuasai oleh
mereka yang mempunyai saki baki pendengaran yang baik. Kebanyakan kanak-kanak ini tidak
menggunakan bahasa isyarat, keadaan ini meyebabkan mereka tidak dapat berkomunikasi
dengan kanak-kanak pekak yang lain.
Penguasaan bahasa melayu dapat dipelajari dengan baik dengan menggunakan sukukata dan
enam kedudukan vokal yang dapat membantu bunyi sukukata dengan jelas, namun
kesinambungan perlu dilaksanakan di rumah bersama keluarga masing-masing.
5.1.3 Komunikasi Seluruh
Dikenali juga dengan total communication. Ianya menggunakan keseluruhan bahasa iaitu
bahasa isyarat, mimik muka, pertuturan, bacaan bibir, ejaan jari, membaca dan menulis.
Komunikasi Seluruh merujuk kepada situasi yang mana guru menggunakan apa-apa sahaja
untuk membolehkan kanak-kanak memahami bahasa. Kaedah ini perlu dilaku seawall usia
supaya kanak-kanak berupaya menguasai bahasa dan dapat berkomunikasi dalam masyarakat
normal.
-
7/29/2019 Tugasan Kbk 3073 Mukhidi Bin Mohd Ali d049840
24/27
24
Antara kelebihan Komunikasi Seluruh menurut Raja Mariam raja Iskandar (1999). Kaedah
komunikasi seluruh menggunakan kaedah isyarat, gerak isyarat mewakili samada perkataan
yang lengkap atau lebih tepat lagi, morfem yang merupakan bahagian-bahagian perkataan
individu yang bermakna.
Menurut Saadiah Ahmad(2009) Kekurangan yang terdapat dalam komunikasi seluruh pula ialah
Bahasa Isyarat Komunkasi Seluruh telah digunakan oleh kanak-kanak pekak di Sekolah Kanak-
kanak pekak pulau Pinang sejak 1954. Komunikasi seluruh menghadapi masalah apabila
terdapat perkataan yang tidak mempunyai isyarat. Justeru daripada itu buku American Sign
Language digunakan. Namun, terdapat beberapa isyarat yang bertentangan dari segi agama
dan budaya Malaysia tidak sesuai digunapakai maka isyarat lain yang digunakan oleh kanak-
kanak pekak pada ketika itu digunapakai.
Guru-guru dan kanak-kanak bermasalah pendengaran perlu menguasai kod yang ditetapkan
untuk mewakili kata Bahasa Melayu. Komunikasi Seluruh juga menggambarkan kaedah
penggunaan pelbagai deria.
5.1.4. Bahasa Isyarat Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM)
Menurut Abdullah Yusoff (1996) KTBM adalah bahsa isyarat yang menggunakan seluruh
anggota termasuk mimik muka semas berkomunikasi. KTBN adalah menurut asas-asas dan
tatabahasa serta prinsip-prinsip Bahasa Melayu sebagaimana yang didengar, diperbualkan,
ditulis dan dibaca dan difahami. Penurunan KTBM ini ke dalam bahasa tulisan sedikitpun tidak
mengalami sebarang perbezaan dalam struktur dan semantik Bahasa Melayu, Kementerian
Pelajaran Malaysia(1985).
Menurut Saadiah Ahmad (2009), KTBM adalah satu bahagian daripada prinsip Komunikasi
Seluruh. KTBM membantu dalam tulisan dan pertuturan bagi membantu dalam menentukan
orang pekak dapat menggunakan Bahasa Melayu dengan betul. KTBM sangat penting untuk
memperkukuhkan pencapaian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Namun terdapat juga kekurangan KTBM, iaitu ia bukanlah sesuatu bahasa umum tetapi
merupakan salah satu cara komunikasi dalam tatabahasa Bahasa Melayu yang baku.
-
7/29/2019 Tugasan Kbk 3073 Mukhidi Bin Mohd Ali d049840
25/27
25
5.1.5. Bahasa Isyarat Malaysia(BIM)
BIM ialah bahasa yang tulen bagi orang pekak Malaysia. BIM diguna dan diterimapakai oleh
orang pekak secara meluas dan dibukukan oleh Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD)pada tahun 2000 yang mengandungi 1000 isyarat-isyarat yang digunakan oleh orang pekak
untuk tujuan komunikasi den penterjemahan .
Antara kelebihan BIM ialah pelbagai aktiviti dapat dilakukan oleh orang pekak seperti
berbincang berbagai isu, berinteraksi dengan keluarga, bergurau senda, memudahkan
komunikasi antara dua orang pekak dan memberi pemahaman yang baik.
Manakala kekurangannya pula ialah ianya tidak mempunya tatabahasa yang lengkap seperti
KTBM. Ini menimbulkan masalah apabila bahasa tulisan kanak-kanak pekak sukar difahami.
6.0. KESIMPULAN
Dalam dunia yang serba moden ini tiada masalah akan timbul bagi kanak-kanak pendidikan
khas terutamanya bagi kanak-kanak pekak. Pendedahan awal amat penting bagi mendapatkan
rawatan yang sepatutnya. Kanak-kanak juga perlu dimasukkan ke program Pendidikan Khas
Bermasalah Pendengar bagi intervensi awal. Kunci untuk menyampaikan ilmu kepada kanak-
kanak pekak ialah komunikasi, diantara murid, guru dan kawan-kawan. Kanak-kanak ini tidak
boleh dibiarkan berseorangan tanpa sesiapa di sekeliling memahaminya. Kerjasama, sokongan,
bimbingan dan galakan diantara ibu, bapa, keluarga, guru-guru dan mayarakat sekeliling kanak-
kanak pekak amat penting bagi memastikan komunikasi yang baik dan bermakna sentiasa
berlangsung bagi memastikan perkembangan diri kanak-kana kini.
-
7/29/2019 Tugasan Kbk 3073 Mukhidi Bin Mohd Ali d049840
26/27
26
7.0. PENUTUP
Messbauer, Pagliano & Verheul (2009) berpendapat terapi adalah bertujuan meningkatkan
potensi seseorang untuk memberikan tumpuan kepada kehendaknya sendiri dan melibatkan diri
pada rangsangan motivasi, dengan itu dapat meningkatkan komunikasi dan fungsi. Ransangandan motivasi ketika menjalankan terapi fizikal bukan sahaja tertumpu kepada kanak-kanak
tetapi juga terhadap guru dan ibubapa. Peranan yang penting dimainkan oleh ahli terapi bagi
meningkatkan keupayaan perkembangan kognitif, emosi dan tingkahlaku kanak-kanak. Terapi
dalam pendidikan khas merupakan aktiviti yang saling berkait dalam membentuk insani yang
bersepadu dan seimbang dari aspek jasmani , rohani, emosi intelek dan sosial. Semua pihak
perlu memberi peluang kepada kanak-kanak pendidikan khas agar mereka dapat menjadi insan
yang berguna kepada masyarakat dan Negara. Berdasarkan kedua-dua model yang
dibincangkan di atas terdapat perbezaan yang boleh dibuat perbandingan di antara modelsosial dan model perubatan. Model perubatan menyatakan bahawa individu tersebut adalah
masalah manakala model sosial pula menyatakan masyarakat adalah masalah
-
7/29/2019 Tugasan Kbk 3073 Mukhidi Bin Mohd Ali d049840
27/27
RUJUKAN
Abdullah Yusoff. (1996) Pemaparan Idea Dalam Karangan: Kajian Kes Terhadap Karangan
Pelajar Pekak (An Expression Of Idea In A Composition : A Case Study On A Deaf Student).
Jurnal Dewan Bahasa, 40: 4, 321-336.
Abdullah Yusoff. (1997) Pembentukan Bahasa Isyarat Di Kalangan Pelajar Pekak (The
Formation Of Sign Language Among Deaf Pupils). Kuala Lumpur : Fakulty Of Linguistic
University Malaya. (Unpblished M.A Tesis)
Abdullah Yusof, Safni Bari & Mohd Mokhtar Tahar (2007). Pengenalan Pendidikan Khas : Open
University Malaysia Kuala Lumpur.
Julia Jantan & Siti Suhaila Samian (2007). Perkembangan Dan Ciri-ciri Kanak-kanak
Berkeperluan Khas : Open University Malaysia Kuala Lumpur.
Kementerian Pendidikan Malaysia (1985). Komunikasi Seluruh Bahasa Melayu Kod
Tangan. Jilid 1, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia (1997). Bultein Pendidikan Khas: Jabatan Pendidikan
Khas.
Owen (1990). Language Disorders : A Functional Approach to Assessment and
Intervention. Boston :Allyn & Bacon
Paul, P. & Quigley, S (1994) Language And Deafness San Diego: Singular Publishing Group.
Persekutuan Orang Pekak Malaysia (2003). Bahasa Isyarat Malaysia : Persekutuan
Orang Pekak Malaysia Kuala Lumpur.