edisi 7 - vol 1

10
20 Sembang-Sembang Espresso 2014 Meriah Oleh: Mohamad Naqiuddin Md Mansor, UiTM Kampus Puncak Alam ISU SEMASA Info Usahawan diterbitkan oleh MASMED, UiTM Terengganu. Sumbangan rencana daripada pembaca adalah dialu-alukan. Sumbangan boleh dihantar ke email : [email protected] Segala sumbangan yang dihantar, dak akan dikembalikan. Program Sembang-sembang Espresso di UiTM Puncak Alam berjaya mengumpulkan hampir 60 orang pelajar untuk mera- sai pengalaman menjadi seorang barista serta menjalani la- han asas pembuatan minuman kopi. Program yang ber- bentuk santai dan berilmiah ini telah diadakan pada 10 Mei 2014 bertempat di Kiosk KopieSatu UiTM Shah Alam, Kampus Puncak Alam (KPA). Program ini telah dirasmikan oleh Penasihat Kelab MyAgrosis UiTM KPA, Encik Mohamad Naqiuddin Md Mansor dan Dr Aida Azlina Ali. Menurut pengarah program, Cik Arnieta Aikni, program sem- bang-sembang espresso diadakan atas inisiaf ahli kelab un- tuk memperkenalkan kewujudan kelab dan memberi pendedahan dan informasi kepada para pelajar tentang biji kopi, pembuatan espresso dan minuman lain yang berasas- kan kopi. Barista merupakan panggilan kepada seseorang yang membuat dan menyajikan kopi kepada pelanggan. Manakala espresso merupakan minuman autenk yang di- perbuat dari serbuk kopi yang dikisar halus dan diekstrak menggunakan mesin air panas bertekanan nggi. Di awal program, taklimat mengenai kopi serta pengenalan latar belakang projek KopieSatu telah diterangkan oleh baris- ta jemputan iaitu En Najib Mukhtar. Kiosk KopieSatu meru- pakan salah satu projek kerjasama di antara pihak UiTM KPA dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) untuk mengalakkan para pelajar terlibat dalam bidang perni- agaan dan akvi keusahawanan. Sepanjang program berlangsung, akvi jualan produk be- rasaskan makanan seper tart, muffin, kek dan coklat turut diadakan oleh ahli kelab. Di akhir program para peserta diberi kesempatan untuk merasai sendiri minuman kopi yang telah mereka hasilkan. Program Sembang-sembang Espresso ini akan dijadikan akvi wajib kelab yang akan diteruskan pada masa hadapan dengan menfokuskan kepada lebih ramai penyertaan dan akvi yang lebih menarik. Hotel Bajet Peluang Perniagaan ?? Oleh: Wan Nazriah Wan Nawawi, UiTM Terengganu Perkembangan hotel bajet menjadi fenomena tersendiri dalam industri perhotelan. Pelbagai islah digunapakai samaada di dalam dan luar negara seper hostel, motel, inn, dan bed and breakfast. Pengelasan hotel dibuat mengikut peringkat perkhidmatan yang ditawarkan dan juga harga yang dipasarkan kepada pelanggan. Hotel bajet atau sinonim di panggil hotel ekonomi adalah hotel yang menawarkan perkhidmatan yang terhad seper bilik yang bersih besama kemudahan bilik mandi kepada pelanggan. Kemudahan yang disediakan adalah bergantung kepada nilai wang yang di bayar oleh pelanggan- more value for money”. Kebiasaannya hotel bajet dak menawarkan perkhidmatan makanan namun begitu, dengan permintaan pelanggan dan seiring dengan persaingan antara hotel bajet, sesetengah hotel bajet mula menambah nilai dengan memasukkan sarapan pagi dalam harga bilik yang di tawarkan dan menyediakan kiosk makanan ringan dan keperluan asas pelanggan seper berus gigi, UV loon dan sebagainya. Di Malaysia, hotel yang termasuk dalam kriteria hotel bajet atau ekonomi ini di kelaskan dalam pengelasan Orkid. Harga yang boleh ditawarkan kepada pelanggan adalah 60% - 80% lebih murah daripada hotel yang di kelaskan sebagai Bintang. Permilikan hotel bajet adalah secara milikan tunggal, iaitu hotel yang di bina mengikut kehendak pemilik dan dikelolakan oleh pemilik itu sendiri ataupun hotel bajet yang milikan rangkaian atau chain. Ev World hotel antara hotel bajet yang makin berkembang cawangannya. Bermula sekitar Lembah Klang pada tahun 2009, kini EV World mampu memiliki 8 cawangan di sekitar Kuala Lumpur dan Pahang. Perkembangan ini menunjukkan ada peningkatan permintaan terhadap hotel bajet di Malaysia. Merujuk kepada stask daripada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, hotel bajet yang berdaſtar dan di kelaskan sebagai Orkid meningkat daripada 725 hotel pada tahun 2012 kepada 799 hotel pada tahun 2013. Kementerian Pelancongan Malaysia juga menggalakkan rakyat malaysia untuk menceburi bidang perniagaan dalam industry perhotelan dengan menawarkan kursus untuk meningkatkan pengurusan hotel bajet kepada pengusaha, pemilik dan pengurus hotel bajet yang berminat. Antara tujuan kursus ini adalah untuk meningkatkan daya saing, kepimpinan dan pengetahuan pengusaha hotel bajet bagi meningkatkan kuali pengurusan, strategi pemasaran serta daya saing dalam industri premis penginapan kelas sederhana. Rujukan: 1. hp://www.motac.gov.my/bm/semakan/hotel-berdaſtar.html 2. hp://www.evhotel.com.my/index.php ISSN:1823-6421 EDISI 7 VOLUME 1 2015

Upload: lamthuan

Post on 12-Jan-2017

273 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Edisi 7 - Vol 1

20

Sembang-Sembang Espresso 2014 Meriah

Oleh:

Mohamad Naqiuddin Md Mansor, UiTM Kampus Puncak Alam

ISU SEMASA

Info Usahawan diterbitkan oleh MASMED, UiTM Terengganu. Sumbangan rencana daripada pembaca adalah dialu-alukan. Sumbangan boleh dihantar ke email : [email protected]

Segala sumbangan yang dihantar, tidak akan dikembalikan.

Program Sembang-sembang Espresso di UiTM Puncak Alam berjaya mengumpulkan hampir 60 orang pelajar untuk mera-sai pengalaman menjadi seorang barista serta menjalani lati-han asas pembuatan minuman kopi. Program yang ber-bentuk santai dan berilmiah ini telah diadakan pada 10 Mei 2014 bertempat di Kiosk KopieSatu UiTM Shah Alam, Kampus Puncak Alam (KPA). Program ini telah dirasmikan oleh Penasihat Kelab MyAgrosis UiTM KPA, Encik Mohamad Naqiuddin Md Mansor dan Dr Aida Azlina Ali. Menurut pengarah program, Cik Arnieta Aikni, program sem-bang-sembang espresso diadakan atas inisiatif ahli kelab un-tuk memperkenalkan kewujudan kelab dan memberi pendedahan dan informasi kepada para pelajar tentang biji kopi, pembuatan espresso dan minuman lain yang berasas-kan kopi. Barista merupakan panggilan kepada seseorang yang membuat dan menyajikan kopi kepada pelanggan. Manakala espresso merupakan minuman autentik yang di-perbuat dari serbuk kopi yang dikisar halus dan diekstrak menggunakan mesin air panas bertekanan tinggi. Di awal program, taklimat mengenai kopi serta pengenalan latar belakang projek KopieSatu telah diterangkan oleh baris-ta jemputan iaitu En Najib Mukhtar. Kiosk KopieSatu meru-pakan salah satu projek kerjasama di antara pihak UiTM KPA dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) untuk mengalakkan para pelajar terlibat dalam bidang perni-agaan dan aktiviti keusahawanan. Sepanjang program berlangsung, aktiviti jualan produk be-rasaskan makanan seperti tart, muffin, kek dan coklat turut diadakan oleh ahli kelab. Di akhir program para peserta diberi kesempatan untuk merasai sendiri minuman kopi yang telah mereka hasilkan. Program Sembang-sembang Espresso ini akan dijadikan aktiviti wajib kelab yang akan diteruskan pada masa hadapan dengan menfokuskan kepada lebih ramai penyertaan dan aktiviti yang lebih menarik.

Hotel Bajet Peluang Perniagaan ??

Oleh: Wan Nazriah Wan Nawawi, UiTM Terengganu

Perkembangan hotel bajet menjadi fenomena tersendiri dalam industri perhotelan. Pelbagai istilah digunapakai samaada di dalam dan luar negara seperti hostel, motel, inn, dan bed and breakfast. Pengelasan hotel dibuat mengikut peringkat perkhidmatan yang ditawarkan dan juga harga yang dipasarkan kepada pelanggan. Hotel bajet atau sinonim di panggil hotel ekonomi adalah hotel yang menawarkan perkhidmatan yang terhad seperti bilik yang bersih besama kemudahan bilik mandi kepada pelanggan. Kemudahan yang disediakan adalah bergantung kepada nilai wang yang di bayar oleh pelanggan- “more value for money”. Kebiasaannya hotel bajet tidak menawarkan perkhidmatan makanan namun begitu, dengan permintaan pelanggan dan seiring dengan persaingan antara hotel bajet, sesetengah hotel bajet mula menambah nilai dengan memasukkan sarapan pagi dalam harga bilik yang di tawarkan dan menyediakan kiosk makanan ringan dan keperluan asas pelanggan seperti berus gigi, UV lotion dan sebagainya. Di Malaysia, hotel yang termasuk dalam kriteria hotel bajet atau ekonomi ini di kelaskan dalam pengelasan Orkid. Harga yang boleh ditawarkan kepada pelanggan adalah 60% - 80% lebih murah daripada hotel yang di kelaskan sebagai Bintang.

Permilikan hotel bajet adalah secara milikan tunggal, iaitu hotel yang di bina mengikut kehendak pemilik dan dikelolakan oleh pemilik itu sendiri ataupun hotel bajet yang milikan rangkaian atau chain. Ev World hotel antara hotel bajet yang makin berkembang cawangannya. Bermula sekitar Lembah Klang pada tahun 2009, kini EV World mampu memiliki 8 cawangan di sekitar Kuala Lumpur dan Pahang. Perkembangan ini menunjukkan ada peningkatan permintaan terhadap hotel bajet di Malaysia. Merujuk kepada statistik daripada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, hotel bajet yang berdaftar dan di kelaskan sebagai Orkid meningkat daripada 725 hotel pada tahun 2012 kepada 799 hotel pada tahun 2013.

Kementerian Pelancongan Malaysia juga menggalakkan rakyat malaysia untuk menceburi bidang perniagaan dalam industry perhotelan dengan menawarkan kursus untuk meningkatkan pengurusan hotel bajet kepada pengusaha, pemilik dan pengurus hotel bajet yang berminat. Antara tujuan kursus ini adalah untuk meningkatkan daya saing, kepimpinan dan pengetahuan pengusaha hotel bajet bagi meningkatkan kualiti pengurusan, strategi pemasaran serta daya saing dalam industri premis penginapan kelas sederhana. Rujukan: 1. http://www.motac.gov.my/bm/semakan/hotel-berdaftar.html 2. http://www.evhotel.com.my/index.php

ISSN:1823 -6421 EDISI 7 VOLUME 1 2015

Page 2: Edisi 7 - Vol 1

2

Pemahaman GST Kepada Usahawan

Oleh: Mohamad Ridhuan Mat Dangi, UiTM Shah Alam

Dalam ucapan Bajet 2014 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, ada disebut tentang pengumuman kerajaan untuk melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) atau disebut juga sebagai GST (Goods and Services Tax) bermula 1 April 2015. Kesan dari pengumuman tersebut, ramai yang mengeluh dan tidak kurang juga kedengaran suara-suara sumbang yang menggambarkan rasa tidak bersetuju dengan pelaksanaan GST. Hal ini mungkin disebabkan ramai yang masih tidak jelas mengenai konsep GST itu sendiri. Sehingga kini, lebih 160 negara di dunia ini telah melaksanakan GST. Oleh kerana itu kerajaan berpendapat ia adalah sistem cukai yang terbukti berkesan, telus dan adil berikutan banyak negara telahpun turut mengaplikasikannya.

Untuk makluman, GST bukanlah satu sistem cukai yang baru tetapi ia adalah bagi menggantikan cukai penggunaan semasa iaitu cukai jualan dan perkhidmatan. Pelaksanaan GST adalah bertujuan untuk menyusun semula sistem percukaian negara supaya ia lebih berkesan, saksama, efisien dan telus serta dapat mengelakkan berlakunya cukai terselindung dan cukai bertindih. Sudah tiba masanya GST menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan bagi mengatasi kelemahan yang wujud seperti cukai berperingkat, bertindih, pemindahan harga dan nilai pindah, tiada pelepasan lengkap barang dieksport, menggalakkan integrasi, mengurangkan kerenah birokrasi pentadbiran, isu-isu klasifikasi dan lain-lain. Takrif GST seperti yang dilaporkan di laman web rasmi Cukai Barangan dan Perkhidmatan ialah cukai penggunaan yang dikenakan ke atas aktiviti nilai tambah pada setiap peringkat rangkaian pengedaran semua barang dan perkhidmatan, termasuk yang diimport melainkan yang dikecualikan oleh kerajaan. GST dikenakan ke atas bekalan barangan dan perkhidmatan di setiap peringkat rantaian bekalan daripada pembekal sehingga peringkat peruncit. Walaupun cukai ini dikenakan di setiap peringkat rantaian bekalan, elemen cukai tidak menjadi sebahagian daripada kos produk kerana cukai input boleh ditolak oleh perniagaan di langkah seterusnya dalam rantaian bekalan. Bagi golongan usahawan terutamanya yang terlibat dalam perusahaan Industri Kecil dan Sederhana (IKS), mereka tidak perlu bimbang dengan pelaksanaan GST. Ini kerana, menurut Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, kira-kira 70 peratus industri kecil dan sederhana (IKS) di negara ini akan diberikan pengecualian GST. Tambahan pula, hanya syarikat yang mencatatkan perolehan melebihi RM500,000 setahun sahaja yang akan dikenakan GST. Justeru itu, para usahawan dan peniaga kecil tidak terlalu terkesan dengan pelaksanaan GST ini. Tambahan pula, bukan semua barangan dan perkhidmatan dikenakan GST kerana barangan keperluan asas adalah dikecualikan. Oleh itu, usahawan dan peniaga juga diseru agar tidak mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barangan sewenang-wenangnya dengan menjadikan pelaksanaan GST sebagai alasan untuk menaikkan harga. Sesungguhnya pelaksanaan GST ini mendatangkan manfaat dan kesan yang positif terutamanya kepada pertumbuhan ekonomi negara dalam jangka masa panjang. Antara manfaat yang diperolehi daripada pelaksanaan GST ini kepada pengguna dan perniagaan adalah seperti meningkatkan taraf hidup, mengurangkan kos perniagaan, melestarikan pembangunan negara, menjamin keadilan dan kesaksamaan, meningkatkan daya saing global, mengurangkan kerenah birokrasi, menjamin harga yang adil kepada pengguna dan percukaian yang lebih telus. Oleh itu, usahawan dan peniaga tidak perlu melatah dan mengambil kira pelbagai momokan dan persepsi negatif berkenaan cadangan untuk melaksanakan GST. Untuk memahami lebih lanjut tentang GST, bolehlah melayari laman web rasmi cukai barangan dan perkhidmatan Malaysia di pautan berikut http://gst.customs.gov.my untuk pemahaman yang lebih jelas dan mendalam.

ISU SEMASA

19

Usahawan Muda Di Alaf Baru: Ilmu atau ModalPerniagaan? Oleh:

Mohamad Ridhuan Mat Dangi, UiTM Shah Alam dan Norulhuda Tajuddin, UiTM (Pahang) Ramai dalam kalangan kita sering mengungkapkan pelbagai pandangan dan tidak kurang juga pelbagai alasan yang dikemukan jika diajukan persoalan mengapa tidak memilihi bidang perniagaan atau keusahawanan sebagai kerjaya. Kebanyakan individu akan mengatakan ketiadaan modal adalah perkara utama yang menjadi kekangan untuk bergelar usahawan. Tidak dinafikan bahawa modal ataupun pembiayaan kewangan merupakan perkara pokok dalam penubuhan perniagaan. Ini kerana, modal dan kewangan adalah suntikan utama bagi memulakan sesebuah perniagaan kerana pelbagai perkara asas sememangya menuntut kepada keperluan kewangan.

Terdapat sesetengah individu, apabila bercakap mengenai perniagaan, mereka akan mula membayangkan untuk memulakan sebuah perniagaan yang besar, menjana keuntungan yang banyak dan hanya memerlukan modal yang sedikit. Ciri-ciri ini sudah tentu menjadi perkiraan oleh setiap usahawan, tetapi adakah ianya pasti dapat menjanjikan kelestarian dalam perniagaan? Tidak semestinya setiap perniagaan itu harus bermula dengan sesuatu yang besar. Ramai yang lupa bahawa, perkara yang besar itu bermula dengan sesuatu yang kecil dan sederhana. Begitu juga halnya dengan bidang keusahawanan. Terdapat beberapa perniagaan yang besar dan mampu berdiri teguh sehingga kini bermula dengan hanya sebuah perniagaan yang kecil.

Sebagai contoh, perniagaan restoran makanan segera KFC yang diusahakan oleh Harland Sanders bermula dengan menjual ayam goreng secara kecil-kecilan. Kini, usahanya telah membuahkan hasil dengan pencapaian yang mengagumkan dan seluruh dunia telah mengenali restoran makanan segera ini. Namun di sini, bukanlah kejayaan restoran tersebut yang menjadi perhatian, sebaliknya adalah usaha oleh perintisnya iaitu Kolonel Sanders. Beliau telah melakukan pelbagai pekerjaan termasuk memasak sebagai pekerjaan utama. Seawal usia 7 tahun, beliau sudah pandai memasak untuk keluarganya dan telah bekerja sebgai tukang masak pada usia 10 tahun. Beliau juga telah melakukan beberapa pekerjaan lain selepas itu termasuklah pembekal feri, penjual ban dan pembekal bengkel. Pada usia 40 tahun, beliau mula memasak untuk para pelancong di bengkelnya dan pada ketika inilah beliau menyempurnakan resepi rahsia ayam gorengnya dan menjadi terkenal hingga kini. Di sini, dapat dilihat bahawa, ilmu dan pengalaman memasak telah menjadikan beliau seorang usahawan dan ikon yang dikenali dunia. Dengan ilmu dan pengetahuan jugalah, Kolonel Sanders berjaya mencipta resepi rahsia yang menjadi hak milik eksklusifnya. Ilmu merupakan satu aspek yang sangat penting bagi seorang usahawan. Tanpa ilmu, seseorang akan sentiasa berada dalam kegelapan dan kekurangan serta tidak dapat melangkah ke hadapan. Memetik kata-kata Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah iaitu Datuk Sairin Karnodi dalam arkib Utusan Online, beliau berkata ramai usahawan yang gagal kerana tidak ada ilmu keusahawanan. Kajian yang dijalankan mendapati, 91% kegagalan perniagaan berpunca dari kelembapan pengurusan sama ada kelemahan mentadbir, masalah hubungan perseorangan, kecuaian dan penipuan. Justeru, adalah wajar bagi seseorang individu untuk memantapkan bukan sahaja ilmu keusahawanan, tetapi juga ilmu-ilmu lain yang berkaitan yang boleh membantu dan memimpin kita untuk bergerak maju ke hadapan. Berbalik kepada persoalan sama ada ilmu atau modal yang harus menjadi keutamaan bagi seseorang usahawan, ianya terserah kepada pendapat dan pegangan individu. Apa yang pasti adalah ilmu akan sentiasa kekal hingga ke akhir hayat serta memberi manfaat kepada diri dan masyarakat sekeliling.

TIPS USAHAWAN

Page 3: Edisi 7 - Vol 1

18

Pengalaman Hidup: Dimanakah Sempadan Untuk Sikap ‘Tidak Mengapa’?

Oleh:

Mohamad Ridhuan Mat Dangi dan Tuan Syed Iskandar Zulkarnain Sayd Idri, UiTM Shah Alam

Sikap bertolak ansur atau dalam bahasa Arab “tasaamuh” adalah salah satu keistimewaan bagi orang Melayu Islam. Apabila menangani sesuatu urusan, budaya memaafkan dan tidak mengapa sering kali di pamerkan orang Melayu. Dalam Islam juga sikap bertolak ansur menjadi tunjang dalam tindakan sesama manusia. Ingatkah kita bagaimana sikap tolak ansur pemerintahan Islam di Sepanyol yang suatu ketika dahulu menjadi faktor berkembangnya peradaban dan ekonomi Islam? Walaubagaimanapun, ada ketikanya bertolak unsur yang sepatutnya menjadi kekuatan kepada umat islam Melayu ini telah disalah amalkan hingga ianya mendatangkan kemudaratan.

Jom berkongsi pengalaman. Terdapat sebuah kedai menjual barangan bayi di sebuah bandar ‘J’. Kedai tersebut adalah satu-satunya kedai yang menawarkan produk dan barangan keperluan bayi bagi masyarakat sekitar. Tiadanya pesaing ketika itu menyebabkan kedai tersebut seolah-olah memonopoli pasaran. Penduduk sekitar gemar mendapatkan barangan di kedai tersebut berbanding ke bandar lain kerana kos yang tinggi. Jualan semakin rancak hasil sokongan masyarakat setempat. Namun yang mengejutkan ialah setelah hampir 2 tahun perniagaan tersebut berjalan, kini, ianya telah di tutup. Keadaan ini mendatangkan kebingungan. Apakah yang berlaku? Wang Perniagaan - Rupanya pemilik kedai tiada sumber kewangan yang lain selain dari kedai itu sahaja. Maka seringkali duit hasil perniagaan digunakan untuk menampung perbelanjaan peribadi seperti ansuran kereta, sekolah anak dan sebagainya. Pemilik merasakan tidak mengapa mengambil duit perniagaan untuk tempoh masa pendek dan merancang membayarnya kembali. ‘Bertolak ansur’ dari segi menggunakan duit perniagaan yang tanpa disedari boleh memberi kesan kepada aliran tunai dan modal pusingan. Alasannya ‘Tidak Mengapa’. Komitmen - Oleh kerana tiada pesaing langsung, maka pemilik merasakan bahawa pelanggan akan sentiasa ada, oleh itu beliau tidak bimbang jika memulakan perniagaan lewat atau mengambil cuti dan menutup kedai berhari-hari atas alasan peribadi. Alasannya ‘Tidak Mengapa’, tak ke mana pun pelanggan nanti. Kualiti Barangan - Oleh kerana terlalu percayakan pembekal, pemilik tidak memeriksa dengan teliti barangan yang dihantar. Adakalanya barang yang di hantar itu rosak atau berkualiti rendah. Kerana berpendapat barang yang rosak itu kosnya rendah, maka pemilik tidak berkira dan merekodkan kerugian tersebut sebagai belanja kerana baginya ia tidak menganggu perniagaan tanpa beliau sedari reputasi kedainya mula tercemar dan pelanggan mulai menjauh. Hutang - Sering kali yang menjadi pelanggan kedai ialah sahabat handai, saudara mara dan jiran. Maka, selalulah juga mereka membeli secara hutang dan ada antaranya yang tidak membayarnya atau berhutang terlalu lama sehingga terjejas aliran tunai. Oleh kerana kononnya mementingkan hubungan silaturahim dari hutang, maka pemilik mengambil sikap tidak mengapa dan bertolak ansur walaupun tidak kena pada tempatnya. Hubungan Dengan Pembekal - Kedai mempunyai beberapa pembekal yang berbeza. Oleh kerana tunai masuk yang semakin berkurangan dek kerana sikap ‘tidak mengapa’, seringkali pembayaran kepada pembekal lewat dari tarikh yang sepatutnya. Sikap tidak mengapa dan serius dalam menangani urusan aliran tunai menyebabkan pemilik kedai kehilangan kepercayaan daripada pembekal dan akibatnya keberadaan barangan di dalam kedai makin merosot dan menjadi kurang menarik. Kesimpulannya, pemilik kedai mempunyai sikap bertolak ansur dan tidak mengapa yang agak keterlaluan dan tidak kena tempatnya hinggakan menjerat diri. Dalam berniaga, ada ketikanya pemilik perlu mengambil sikap berkira dan teliti walaupun mungkin transaksi itu melibatkan saudara mara atau sahabat sendiri. Bangsa Melayu Islam boleh berjaya dalam perniagaan seandainya mereka dapat menetapkan di mana sempadannya untuk mereka bertolak ansur atau mula bersikap berkira dalam menguruskan perniagaan.

“GURU YANG PALING BAIK IALAH PENGALAMAN”… .oleh Allahyarham Syed Idris bin Syed Hassan Jamalullail…

TIPS USAHAWAN

3

Masa Depan Wang Global

Oleh: Nur Syuhada Binti Jasni dan Nurul Fatma Binti Aziz @ Awang, UiTM Puncak Alam

Bitcoin adalah mata wang yang berada dalam dunia kod komputer dan boleh dihantar di mana-mana di dunia tanpa bayaran bank dan pertukaran. Kod ini disimpan dalam pemacu keras atau telefon sehingga digunakan semula. Oleh kerana mata wang itu dalam bentuk kod, ia juga boleh hilang apabila kerosakan cakera keras atau diakses oleh orang lain yang berjaya membuka kunci kepada kod.

Status Tokyo Mount Gox yang bankrap baru-baru ini, menjadi sejarah terburuk untuk Bitcoin. Pada hari ini, kerajaan India mengeluarkankan amaran malah kerajaan China mengetatkan pengawasan ke atas mata wang Bitcoin. Negara Thailand secara terang-terangan mengharamkan mata wang Bitcoin. Bank Pusat Thailand mengumumkan bahawa Bitcoin adalah menyalahi undang-undang, malah transaksi dalam Bitcoin juga menyalahi undang-undang. Pada 2 Januari 2014, Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengeluarkan kenyataan awam, BNM tidak mengawal Bitcoin dan tidak menawarkan perlindungan dalam hal perdagangan Bitcoin. Walau bagaimanapun, setakat yang membimbangkan hari ini, kerajaan Malaysia masih membenarkan penggunaan Bitcoin dengan peringatan kepada orang ramai mengenai risiko menggunakan mata wang digital. Pihak BNM tidak mengatakan bahawa Bitcoin adalah haram atau diharamkan. Namun orang ramai harus sedar, Bitcoin yang tidak dilindungi oleh mana-mana badan kawal selia tidak seperti sistem perbankan di mana Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) yang melindungi sehingga RM250,000 setiap pendeposit di setiap bank ahli PIDM. Pengenalan Bitcoin akan menyebabkan pergerakan wang di luar negara lebih mudah untuk orang kaya. Ini akan mengancam kuasa untuk menghadkan kawalan ke atas pengenaan cukai dan juga pengawasan pergerakan aset negara. Kita boleh menjangkakan lebih besar manipulasi wang maya akan berlaku. Selain itu, terdapat juga isu-isu lain seperti simpan kira dan rekod. Tiada bukti dokumen yang jelas untuk urusniaga ini. Malah masih terdapat kekurangan dari segi dasar aduan pengguna dan pendedahan pengguna. Tiada pihak berkuasa boleh dirujuk dalam kes penipuan atau sistem yang rosak. Dari segi sistem itu sendiri, tidak ada kesinambungan perniagaan dan pemulihan perniagaan. Apa-apa kerosakan sistem tidak diduga boleh menyebabkan krisis yang besar kepada semua orang dalam rangkaian yang menggunakan mata wang Bitcoin ini. Apakah masa depan bagi Bitcoin? Agak sukar untuk meramalkan masa depan. Internet telah memotong lapisan rangkaian pengedaran buku dan filem yang membolehkan pengeluar untuk menjual terus kepada pengguna. Bitcoin telah merevolusikan dunia kewangan yang dulunya hanya bergantung kepada perkhidmatan pusat dipercayai untuk perdagangan. Walaubagaimanapun, bitcoin.org iaitu laman web sesawang rasmi Bitcoin menyatakan bahawa Bitcoin boleh menjadi tidak ber-nilai dan tidak menawarkan jaminan. Jadi, sebelum melibatkan dengan Bitcoin ini, tanya diri anda, adakah anda seorang pengambil risiko? Rujukan 1. What Can We Learn From Bitcoin. Sumber daripada http://www.accaglobal.com/ng/en/member/accounting-business/learn-bitcoin.html pada 5 September 2014 2. Nadarajah, P., Bitcoin: Boon or Bane (March/April 2014). Accountants Today

ISU SEMASA

Restoran Capital Nasi Dagang

Kelantan mula menerima

pembayaran Bitcoin dengan

menggunakan sebuah aplikasi khas,

dinamakan Bitcoin POS .

Page 4: Edisi 7 - Vol 1

4

Testimoni: Medium Menarik Pelanggan

Oleh: Norulhuda Tajuddin, UiTM Pahang dan Mohamad Ridhuan Mat Dan, UiTM Shah Alam

Saban hari ketika kita menjenguk ke laman social, pasti akan terbaca atau terlihat iklan produk kesihatan yang dijual secara atas talian. Lambakan produk kesihatan di laman Facebook contohnya; terdiri daripada makanan dan minuman kesihatan, krim kecantikan, alat solekan, pil kurus, makanan sunnah dan sebagainya. Satu persamaan yang didapati dari strategi pemasaran produk-produk ini adalah penggunaan testimoni pelanggan. Syarikat pengeluar ataupun agen-agen jualan mereka menggunakan maklumbalas daripada pelanggan yang biasanya menceritakan pengalaman positif mereka setelah menggunakan produk tersebut. Maklumbalas tersebut biasanya diambil dari “print screen” pesanan ringkas yang dihantar kepada peniaga. Terdapat juga sebahagianya diambil dari komen-komen Facebook yang ditulis pengguna. Testimoni ini biasanya disertakan dengan gambar-gambar yang menunjukkan keadaan sebelum dan selepas penggunaan produk. Seperti contoh gambar seorang pengguna yang gempal dan gambar beliau yang kembali langsing setelah menggunakan produk tersebut. Testimoni beserta gambar biasanya memberikan impak yang lebih besar memandangkan ianya memberikan gambaran yang lebih jelas dan lebih dipercayai kepada bakal pelanggan. Testimoni pelanggan sekarang diterima dan seolah- olah pengganti peranan “word-of-mouth communication (WOM)” yang biasanya memainkan peranan yang sangat penting bagi perniagaan tradisional. Bagi perniagaan atas talian, testimoni pelanggan dikenali sebagai electronic word of mouth atau “e-WOM” dimana ianya berupaya mempengaruhi dan memujuk pelanggan yang berpotensi untuk membeli produk tersebut. Sekiranya kita membeli di kedai fizikal sudah tentu bakal pelanggan boleh memegang, melihat, merasa, menghidu, dan mencuba produk yang ingin dibeli. Berbeza dengan aktiviti membeli-belah di atas talian memandangkan para pelanggan mempunyai kepercayaan yang rendah selain terdedah kepada pelbagai risiko penipuan. Justeru, testimoni pelanggan boleh dijadikan rujukan yang berguna. Beberapa ciri penting testimoni pelanggan dikenal pasti dalam mempengaruhi niat dan keputusan membeli. Antara adalah seperti berikut:

USAHAWAN & STRATEGI

1. Penyataan yang menceritakan kejayaan dan rasa seronok selepas menggunakan produk tersebut.

2. Gambar-gambar yang membuktikan keberkesanan penggunaan (gambar sebelum dan selepas)

3. Pengakuan pelanggan yang telah mengesyorkan produk tersebut kepada ahli keluarga atau rakan-rakan.

4. “Print screen” pesanan/tempahan sebenar dari pelanggan.

17

Lima (5) Kesilapan Biasa Dalam Penyediaan Rancangan Perniagaan

Oleh:

Sharifah Nurafizah Binti Syed Annuar, UiTM Sabah Penyediaan Rancangan Perniagaan merupakan salah satu tuntutan silibus bagi kebanyakkan subjek keusahawanan. Selain itu, terdapat kursus-kursus jangka pendek anjuran pelbagai pihak yang memberi pendedahan dalam penyediaan Rancangan Perniagaan. Akan tetapi, pelajar, peserta mahupun usahawan seringkali melakukan kesilapan berikut dalam penyediaan Rancangan Perniagaan (RP). 1. Tidak memahami perbezaan antara perniagaan perkongsian dan perniagaan sendirian berhad (Sdn. Bhd.).

Akibat tidak memahami perbezaan antara perniagaan perkongsian dan perniagaan sendirian berhad (Sdn. Bhd.), penyedia RP melakukan kesilapan dari segi perletakkan gaji dan pembahagian keuntungan. Terdapat juga penyedia RP untuk perniagaan sendirian berhad (Sdn. Bhd.) yang tidak mengambil kira faktor cukai.

2. Tidak membuat kajian atau tinjauan awal Apabila penyedia RP tidak membuat kajian atau tinjauan berkaitan dengan perniagaan yang hendak diceburi, maklumat tentang kos peralatan dan bahan dibuat secara telahan dan ini boleh menjejaskan kualiti RP yang disediakan. Penyedia RP yang membuat kajian atau tinjauan terlebih dahulu boleh mendapatkan banyak maklumat tentang keperluan penubuhan perniagaan yang diceburi seperti sijil menghadiri kursus pengendalian makanan dan pemeriksaan kesihatan serta lain-lain perkara.

3. Gagal untuk memahami sesebuah proses pengeluaran atau perkhidmatan Dalam penyediaan RP, seseorang itu haruslah memahami langkah-langkah untuk menghasilkan sesuatu produk/perkhidmatan. Ini membolehkan penyedia RP mengenalpasti apa yang diperlukan dalam menghasilkan sesebuah produk atau perkhidmatan. Contohnya perkakas atau mesin yang diperlukan, bahan-bahan mentah atau sampingan dan keperluan pekerja mahir.

4. Pengiraan kos tidak diambil kira dalam aktiviti pemasaran Ini selalu terjadi kepada penyedia RP yang beranggapan aktiviti pemasaran seperti pemberian sampel atau hadiah tidak perlu dikira kosnya dalam Rancangan Pemasaran. Tanggapan ini adalah salah kerana penyediaan sampel, hadiah atau pemberian diskaun juga boleh memberi kesan kepada bajet dalam Rancangan Pemasaran. Oleh itu, kos bagi aktiviti-aktiviti ini harus diambil kira. Selain itu, ada yang berhasrat untuk melakukan penghantaran produk secara percuma tetapi tidak sedar implikasi kos petrol kepada perniagaan. Penyedia RP seringkali terlupa untuk mengambil kira faktor ini di dalam Rancangan Pemasaran.

5. Ramalan Jualan yang tidak realisitik Dalam meramal jualan sesebuah produk atau perkhidmatan, penyedia RP seharusnya mengambil kira pelbagai faktor yang boleh memberi kesan kepada jualan perniagaan. Contohnya, bulan perayaan, bulan Ramadhan, musim hujan, cuti sekolah dan lain-lain. Bagi perniagaan berasaskan homestay, kebiasaannya pada musim cuti sekolah, jualan mereka akan meningkat dan kemungkinan bagi perniagaan pertanian, musim hujan boleh menyebabkan hasil mereka berkurangan dan menjejaskan jualan.

Kesilapan ini seharusnya diperbetulkan kerana kesannya adalah sangat signifikan kepada hasil akhir RP yang disediakan. Penyedia RP perlulah mencari ilmu supaya mampu menyediakan RP yang berkualiti. Dari muka surat 16… Dapatkah anda semua bayangkan dunia tanpa pengangkutan? Ini akan membawa maksud bahawa kesemua sistem barangan niaga dan manusia terutamanya tidak dapat digerakkan. Walaupun kadang kala tanpa sistem pengangkutan, aktiviti ekonomi masih boleh diteruskan, akan tetapi had kegiatan ekonomi tersebut hanyalah di sekitar kawasan yang berdekatan dan tidak mungkin ianya dapat dieksport ke luar negara untuk menjana ekonomi yang lebih berskala besar. Salah satu ciri pengangkutan yang baik ialah keselamatan. Dalam satu kajian yang dijalankan di bandar Kuala Lumpur pada tahun 2014 mendapati kesemua pengguna pengangkutan awam mahukan sistem pengangkutan yang selamat. Bukan itu sahaja, pengeluar serta pengedar mahupun pengguna barangan juga mahukan barangan yang dikeluarkan dan dibeli selamat sampai ke destinasi yang dituju untuk menjana perniagaan. Pengangkutan barangan dan manusia ini walaupun hanya dilihat kecil diatas permukaannya tetapi impaknya sangat besar terutamnya kepada pertumbuhan kasar negara. Oleh itu, sistem pengakutan negara harus diteliti bagi memastikan ekonomi negara terpelihara.

TIPS USAHAWAN

Page 5: Edisi 7 - Vol 1

16

Pengetahuan Perakaunan, Kelestarian Perniagaan

Oleh: Mohamad Ridhuan Mat Dangi dan Tuan Syed Iskandar Zulkarnain Sayd Idris, UiTM Shah Alam

Dalam sesebuah perniagaan, mencari keuntungan menjadi objektif dan matlamat utama. Setiap perniagaan menawarkan produk ataupun perkhidmatan dan pelanggan akan membayar untuk memperolehinya. Proses ini disebut sebagai jual beli atau urusniaga. Sesebuah perniagaan boleh diketahui mengalami sama ada keuntungan atau kerugian jika setiap urusniaga direkodkan. Rekod ini boleh dibuat dengan catatan melalui buku rekod atau secara elektronik dengan menggunakan perisian komputer. Adalah amat penting bagi sesebuah perniagaan untuk menguruskan aspek kewangan dengan efisien agar segala urusan perniagaan dapat berjalan dengan lancar dan sistematik. Rekod aktiviti kewangan bagi sesebuah organisasi perniagaan dapat dilakukan dengan menggunakan ilmu asas perakaunan. Ramai dalam kalangan usahawan yang mengfokuskan usaha ke arah memajukan perniagaan, memberikan segala tumpuan kepada pekerja, produk keluaran, perkhidmatan dan juga pemasaran tetapi tidak terlalu mengambil berat tentang pengurusan rekod kewangan agar lebih efisien. Usahawan tidak perlu menjadi pakar di dalam perakaunan tetapi cukup sekadar mengetahui proses catatan kewangan dan memahami penyata kewangan dalam perniagaannya dengan pengetahuan perakaunan. Ini kerana, hal untuk mengurus penyata kewangan boleh dilakukan oleh akauntan atau mereka yang mempunyai tauliah. Namun, amatlah digalakkan untuk para usahawan mempunyai ilmu perakaunan agar mereka dapat menilai operasi kewangan perniagaan agar setiap aliran tunai yang keluar masuk dapat dikawal selia bagi menjamin kekuatan pengurusan kewangan. Perakaunan adalah kunci kepada pengurusan kewangan dan pengurusan kewangan yang efektif dan efisien menjamin kejayaan sesebuah perniagaan. Melalui pengetahuan perakaunan, sesebuah perniagaan dapat mengenalpasti pendapatan atau hasil yang diperolehi daripada jualan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan, mengetahui jumlah pendapatan yang tertunggak, hutang yang perlu dilangsaikan, melakukan analisis perbandingan hasil pendapatan dan sebagainya. Bagi perniagaan kecil dan berskala sederhana, penguasaan ilmu perakaunan amat penting memandangkan untuk menggaji seorang akauntan yang bertauliah bagi tugas tersebut akan menambahkan beban kewangan dan kos operasi. Lain pula halnya jika sesebuah perniagaan itu dalam skala yang besar dan bertaraf korporat di mana terdapat jabatan perakaunan untuk menguruskan hal ehwal kewangan. Ilmu perakaunan juga dapat membantu perniagaan membuat keputusan yang tepat terutamanya jika ingin mengembangkan perniagaan ke tahap yang lebih tinggi. Sebagai contoh, untuk membuat pelaburan atau membesarkan perniagaan, seorang usahawan harus mengambil kira titik pulang modal, pulangan pelaburan dan risiko pelaburan. Hal ini juga penting untuk mendapatkan sumber pembiayaan kewangan. Oleh itu, pengetahuan dalam bidang perakaunan adalah amat perlu bagi membolehkan aktiviti seperti analisis penyata kewangan, analisis margin keuntungan, belanjawan serta modal yang diperlukan dapat dilakukan bagi membantu di dalam proses membuat keputusan yang tepat seterusnya menjamin kebolehupayaan perniagaan untuk jangka panjang. Sesungguhnya, ilmu perakaunan melestarikan perniagaan. Demi masa depan yang lebih cemerlang.

Sistem Pengangkutan Yang Selamat Pemangkin Ekonomi Dunia

Oleh: Rohana Sham, Muhammad Zaly Shah Muhamad Hussein dan Hairul Nizam Ismail, UiTM (Johor)

Di antara strategi penting dalam penjanaan ekonomi dunia pada hari ini adalah melalui sistem pengangkutan yang cekap. Gagalnya sebuah sistem pengangkutan di dalam sesebuah negara akan mengundang padah kepada kegagalan ekonomi. Ini kerana semua pergerakkan barangan yang telah diproses atau dikilangkan perlu melalui satu proses pemindahan dari tempat ianya disediakan kepada suatu tempat yang mempunyai permintaan pasaran terhadap barangan tersebut. Selain itu manusia juga perlu digerakkan dari kawasan tempat tinggal ke kawasan yang mempunyai pekerjaan untuk menjana ekonomi diri dan keluarga. Kegagalan untuk menyediakan penghubung itu akan mengakibatkan sesebuah perniagaan itu mengalami kerugian dan pergerakkan manusia terhenti. Jadi apakah yang dimaksudkan dengan penghubung itu? Jawapannya ialah sistem pengangkutan yang mampan,cekap dan selamat.

Bersambung di muka surat 17...

TIPS USAHAWAN

5

Keusahawanan Maklumat

Oleh: Dr. Dang Merduwati Hashim, UiTM Kampus Puncak Perdana

Keushawanan Maklumat bermaksud menjadikan maklumat sebagai produk atau asas perkhidmatan yang boleh menjana pendapatan. Industri maklumat adalah industri yang cukup besar untuk diterokai dan pulangannya amat lumayan. Antara komponen utama dalam industri maklumat adalah industri penerbitan, industri penyiaran dan perkhidmatan pemprosesan data. Industri penerbitan termasuklah penerbitan buku, akhbar dan majalah. Semua penerbitan ini dihasilkan dalam pelbagai bentuk seperti CD, penerbitan bercetak, e-buku, format perisian penerbitan. Keusahawanan maklumat masih kurang mendapat perhatian mahupun menarik minat para graduan. Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada kurangnya perhatian dalam industri maklumat. Antaranya adalah kerana kurang pendedahan kepada para graduan mengenai industri ini, tidak tahu bagaimana hendak bermula, tidak ada mentor atau modal dan bidang ini bukanlah bidang yang dipelajari serta pelbagai kekurangan lain. Satu contoh keusahwanan berasaskan maklumat yang ingin diketengahkan dalam artikel ini adalah penerbitan atau pembekalan pangkalan data dan sumber elektronik. Terdapat pelbagai pangkalan data dan sumber elektronik di setiap perpustakaan akademik seperti contoh di jadual 1. Pangkalan data dan sumber elektronik ini merupakan salah satu dari perkhidmatan yang disediakan dan ia adalah satu pelaburan yang sangat besar oleh organisasi . Ini menunjukkan besarnya penjanaan kewangan yang boleh diperolehi. Ketika ini, kita hanya menjadi menjadi pengguna dan bukannya penerbit mahupun pembekal pangkalan data dan sumber elektronik. Antara penerbit pangkalan data antarabangsa yang tersohor adalah Emerald dan Proquest. Kedua-dua penerbit pangkalan data gergasi ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Kewujudannya bukanlah sehari dua atau secara kebetulan. Ianya adalah perniagaan yang terancang dan pengusahanya pada ketika itu dapat melihat potensi besar keusahwanan maklumat ini. Keusahawanan ini perlu diceburi oleh anak-anak tempatan yang mungkin sebagai permulaan terlibat dalam urusan membekal, seterusnya menjadi pembekal dan akhirnya menjadi penerbit pangkalan data akademik dengan kandungan tempatan (local content). Di masa akan datang, berkat usaha gigih usahawan seperti ini dapat mencipta nama besar setaraf dengan Emerald mahupun Proquest. Jadual 1 - LIST OF SUBSCRIBED DATABASES BY CLUSTER/FACULTY SOCIAL SCIENCE & HUMANITIES (A-Z LIST)

Dari perspektif lain, keusahawanan maklumat ini boleh diaplikasikan ke dalam bidang pengurusan maklumat seperti pengurusan perpustakaan, pengurusan rekod, pengurusan pengetahuan dan pengurusan sistem maklumat tanpa tujuan menjana kewangan untuk organisasi. Ini berlaku apabila seorang profesional maklumat seperti pustakawan, pengurus rekod, pengurus pengetahuan mengambil inisiatif untuk menambah sumber kewangan yang telah diperuntukan untuk jabatannya. Antara caranya adalah dengan menyewakan kemudahan seperti ruang dan mengenakan sedikit caj untuk membuat salinan artikel atau dokumen. Kesimpulannya, keusahawanan maklumat terutamanya yang melibatkan penerbitan pangkalan data dan sumber elektronik yang mampu memberi pulangan lumayan ini masih tidak diterokai sepenuhnya oleh anak tempatan. Setakat ini, semua pangkalan data yang diguna pakai oleh Institut Pengajian Tinggi (IPT) adalah bukan produk atau jenama tempatan. Kini, setelah empat dekad berlalu, sudah tiba masanya, dengan sokongan dan bimbingan yang efektif, aspirasi melihat kewujudan beberapa nama besar anak tempatan dalam industri ini perlu direalisasikan Rujukan 1. http://library.uitm.edu.my/

USAHAWAN & STRATEGI

Page 6: Edisi 7 - Vol 1

6

Inovasi Pemasaran Dalam Perniagaan

Oleh: Mohamad Ridhuan Mat Dangi dan Tuan Syed Iskandar Zulkarnain Sayd Idris, UiTM Shah Alam

Dalam sesebuah aktiviti perniagaan, pemasaran merupakan satu aspek penting kerana ia adalah proses peniaga dapat memasarkan produk keluaran mereka melalui promosi atau pengedaran barangan dan perkhidmatan. Strategi pemasaran yang efektif akan membolehkan produk-produk perniagaan dapat dijual dan dipasarkan dalam jumlah yang tinggi, sekali gus menjana keuntungan dalam skala yang lebih besar. Tetapi, jika aspek pemasaran produk tidak diambil berat dan dilakukan dengan cara yang tidak tepat, ia akan menjejaskan aktiviti jualan dan produk yang dipasarkan tidak dapat disasarkan kepada pengguna. Justeru, selain menghasilkan produk yang berkualiti, fokus seterusnya yang harus diberi keutamaan adalah pemasaran kerana ia memainkan peranan yang amat penting bagi menjamin peningkatan kuantiti jualan. Salah satu contoh strategi pemasaran adalah melalui pengiklanan. Terdapat pelbagai saluran yang boleh digunakan oleh para peniaga untuk mengiklankan produk-produk mereka. Ini termasuklah pengunaan media massa seperti radio dan televisyen. Pengiklanan boleh juga dibuat dengan menggunakan media cetak seperti surat khabar, edaran risalah, kain rentang dan sebagainya. Kaedah-kaedah seperti ini sebenarnya sudah lama dipraktikkan sejak dulu lagi sehinggakan ada sesetengah iklan berjaya memberikan kesan dan impak yang besar kepada pengguna. Ada ketikanya ia begitu diingati dan memberi kesan nostalgia. Pada era baru ini, aktiviti pemasaran seharusnya dijalankan dengan lebih berkesan dengan menyelitkan elemen-elemen yang segar, sejajar dengan perubahan masa dan kehendak pengguna daripada pelbagai golongan. Apa yang dimaksudkan adalah menggunakan kecanggihan teknologi dan memanfaatkan jaringan komunikasi menggunakan internet. Pengguna internet di seluruh dunia mencecah sehingga hampir dua bilion. Dengan capaian dan liputan meluas, peniaga dan usahawan seharusnya me-manfaatkan kelebihan penggunaan internet sebagai satu medium untuk memasarkan produk keluaran mereka. Para usahawan seharusnya bertindak bijak dan berfikiran kreatif serta inovatif agar strategi pemasaran yang dijalankan dapat menarik lebih ramai pengguna serta memberi kesan yang positif kepada perniagaan mereka. Sebagai contoh, penggunaan media sosial seperti ‘facebook’, ‘twitter’, ‘blog’, emel dan sebagainya dapat dijadikan sebagai satu medium pemasaran yang moden. Selain kos yang rendah, pemasaran yang dijalankan melalui internet lebih mudah kerana pengguna yang mempunyai capaian internet dapat mengakses kemudahan tersebut di mana-mana sahaja pada bila-bila masa. Bukan itu sahaja, usahawan juga harus berupaya untuk mencari pelbagai alternatif dan kaedah bagi merancang strategi pemasaran yang lebih berkesan. Dalam aktiviti pemasaran juga, peniaga seharusnya melengkapkan diri mereka dengan ilmu dan pengetahuan mengenai teknik-teknik pemasaran yang betul agar dapat dilakukan dengan lebih berkesan. Secara umumnya, konsep asas yang perlu ada dalam pemasaran perlulah berupaya untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna, dapat menyampaikan mesej yang berkesan terhadap barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan, dan mampu menyelesaikan permasalahan yang dialami pengguna melalui produk yang ditawarkan.

Projek Pemborongan Antarabangsa Siswazah: Satu Alternatif Untuk Mahasiswa Dalam Bidang Keusahawanan

Oleh:

Dr Law Kuan Kheng, Dr. Noor Zahirah Mohd Sidek, Dr. Mahazir Ismail, Dr. Siti Meriam Ali dan Rabitah Harun, UiTM Kedah Konsep Pemborongan Aktiviti pemborongan merupakan suatu bentuk perniagaan yang tidak asing lagi di Malaysia. Kebiasaannya, aktiviti pemborongan didominasi oleh usahawan yang mempunyai modal besar kerana keperluan membeli dengan kuantiti yang banyak. Namun, dengan bantuan daripada pelbagai institusi kewangan, aktiviti ini mampu dijalankan oleh usahawan bermodal sederhana. Situati begini telah menyumbang kepada pertambahan bilangan usahawan pemborongan dari semasa ke semasa dan terutamanya dalam kalangan bumiputera. Walau bagaimanapun, situasi ini agak berbeza dalam kalangan usahawan pelajar di institusi pengajian tinggi. Aktiviti pemborongan merupakan satu perkara yang agak baru bagi mereka. Sejajar dengan matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), di mana institusi pengajian tinggi (IPT) dikehendaki mengasimilasikan keusahawanan di dalam kurikulum dan ko-kurikulum mereka, aktiviti pemborongan dilihat berpotensi untuk membantu kerajaan dan IPTA dalam memenuhi objektif ini. Aktiviti pemborongan ini juga mampu membantu sasaran kementerian untuk melahirkan sekurang-kurangnya lima (5) peratus graduan usahawan selepas tamat pengajian.

Bersambung di muka surat 7...

USAHAWAN & STRATEGI

15

Keputusan Membeli: Apa Yang Pengaruhi Wanita Atau Lelaki

Oleh: Siti Farrah bt Shahwir, UiTM Johor

Wanita dan lelaki tetap mempunyai auranya yang tersendiri dalam mempengaruhi jualan sesuatu produk atau perkhidmatan. Tidak semestinya jika satu bidang perniagaan itu dipelopori oleh satu jantina tertentu, boleh menjamin kuasa pengaruh pembelian seorang pengguna.. Wanita apabila berniaga hakikatnya sentiasa bermulut manis dan petah berbicara dengan pelanggan. Memuji pelanggan adalah satu kemestian meskipun terpaksa berlaku tidak jujur! (tidak cantik dikatakan cantik!). Sebaliknya lelaki akan lebih menggunakan fakta bagi menguatkan kepercayaan kepada pelanggan walaupun fakta itu sendiri lebih kepada auta. Mari kita lihat jenis perniagaan apakah yang menggunakan daya penarik jantina bagi mempengaruhi pembelian pelanggan.

Perniagaan makanan.

Memulakan perniagaan dalam bidang makanan adalah sesuatu yang biasa. Namun begitu, secara umumnya kebanyakan pelanggan berpendapat walaupun bidang masakan adalah milik wanita namun jika perniagaan makanan, pelanggan lebih percaya air tangan lelaki berbanding wanita.Mengapa? Mungkin di sebabkan lelaki lebih pantas menyediakan masakan dan biasanya pelanggan percaya dengan stigma ”kalau lelaki yang masak mesti sedap”. Namun sebaliknya, daya penarik utama sesuatu kedai adalah wanita!. Pelanggan lebih mempercayai wanita dalam mengambil pesanan. Apatah lagi, jika ditugaskan menguruskan wang, wanita adalah calon yang sesuai. Mengapa ianya dikatakan wanita? Pelanggan wanita lebih selesa jika yang melayan adalah wanita. Tahukah anda, kebanyakan wanita akan memerhati kuku si pengambil pesanan samada terjaga atau tidak yang sedikit sebanyak member gambaran tahap kebersihan makanan yang dijual. Pastinya pelanggan juga akan memerhati samada persekitaran premis membenarkan pekerjanya (lelaki) merokok atau tidak.

Perniagaan pakaian, kain dan tudung.

Apabila menyentuh tentang pakaian dan kain, sudah tentu pemenangnya adalah wanita. Pelanggan lebih selesa apabila dilayani oleh wanita kerana pendapat penjual wanita adalah lebih di percayai berbanding lelaki melainkan lelaki tersebut bukan calang-calang orang. Jika yang tampil adalah pereka pakaian lelaki, maka pendapatnya lebih digunapakai. Dengan syarat, lelaki tersebut harus bermulut manis dan pandai mengambil hati dengan memuji pelanggan. Untuk yang menjual tudung ataupun pakaian muslimah, anda sebagai penjual juga harus mengenakan tudung dan pakaian yang dijual kerana anda adalah cermin dan model peragaan secara tidak langsung di mata pelanggan.

Perniagaan kosmetik dan penjagaan diri.

Kosmetik dan penjagaan diri berkait rapat dengan penampilan seseorang samada secara luaran mahupun dalaman. Secara logiknya, tentulah pelanggan wanita akan selesa dengan penjual wanita namun terdapat beberapa situasi wanita lebih me-nyenangi sekiranya penjual adalah lelaki. Itu mungkin pada kosmetik. Bagi penjagaan diri, pelanggan wanita lebih mudah berinteraksi dengan wanita tetapi bagi kosmetik yang menampakkan penampilan luar, wanita lebih selesa dilayani oleh penjual lelaki kerana pandangan atau komen mereka adalah sangat penting dan mudah mempengaruhi pembelian seseorang. Lihat sahaja, di pusat membeli belah Sogo, penjual barangan kosmetik dan minyak wangi adalah lelaki. Kenapa ya?. Ini kerana, apabila seseorang itu bergaya, selain untuk membina keyakinan diri dalam masa yang sama wanita juga ingin menarik perhatian kaum yang berlainan jantina. Namun bagi pelanggan lelaki, kebanyakannya cukup tidak gemar jika penjual yang melayan mereka adalah kaum sejenisnya.

Perniagaan yang melibatkan aspek teknikal.

Sudah tentu milik lelaki. Baik bakal pelanggan wanita atau lelaki, keyakinan bagi perniagaan yang melibatkan aspek teknikal adalah di dominasi oleh lelaki. Amat jarang perniagaan yang melibatkan teknikal di kuasai wanita. Sebarang kata-kata yang dituturkan oleh penjual lelaki adalah lebih mudah untuk dipercayai berbanding penjual wanita meskipun wanita tersebut mempunyai pengetahuan dalam bidang teknikal.

Secara kesimpulannya, penentuan atau keputusan pembelian pelanggan mempunyai kaitan rapat di antara faktor gender dan juga jenis pembelian, situasi dan niat pelanggan.

USAHAWAN & PELANGGAN

Page 7: Edisi 7 - Vol 1

14

Jom Berniaga Cara Rasulullah S.A.W

Oleh:

Nurulhasni bt Shaari @ Mat Saman, UiTM Johor Nabi Muhammad s.a.w merupakan seorang usahawan yang berjaya dan disegani. Baginda berjaya menguruskan perniagaan dengan baik di samping tugas Baginda sebagai pemimpin, pendakwah dan negarawan ulung. Siddiq (berkata benar), fathonah (cerdas), tablig (menyampaikan) dan amanah adalah akhlak dan keperibadian Rasulullah yang sangat mulia dan seharusnya diteladani dalam bermuamalah dan berniaga. Sejak kecil, Baginda didedahkan dengan ilmu perniagaan oleh bapa saudaranya Abu Talib dengan mengikuti beliau berniaga di Syam. Bermula dari situ, Baginda belajar tentang dunia perniagaan sehingga Baginda diberi kepercayaan untuk mengendalikan perniagaan tersebut. Ini terbukti bahawa perniagaan bukan satu perkara baru dalam Islam kerana Rasulullah s.a.w sendiri terlibat dalam bidang keusahawanan di awal usia. Islam sangat menuntut umatnya menjalankan perniagaan. Konsep berniaga dalam Islam bukan bertujuan untuk mengumpul harta kekayaan semata-mata, sebaliknya ia adalah untuk mendapat keredhaan dan keberkatan Allah S.W.T. Hasil dari perniagaan yang diredhai dan diberkati akan melipat gandakan kekayaan dan rezeki. Apa yang penting niat perlu diperbetulkan semasa memulakan perniagaan sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w :

“Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. (HR Bukhari dan Muslim.)

Di samping niat yang betul, para usahawan juga tidak seharusnya lalai akan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan sebagai hambaNya terutama mengeluarkan zakat selain solat, puasa, haji dan lain-lain. Biasa berlaku apabila Allah menguji peniaga dengan sedikit keuntungan, mereka mula rasa berat untuk menunaikan zakat dengan alasan harta yang disimpan akan habis sedangkan Allah berjanji dalam Al-Quran yang bermaksud:

“Mereka mengerjakan itu supaya Allah memberi balasan kepada mereka dengan yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan, dan supaya Allah menambah kurnia-Nya kepada mereka. Dan Allah memberi rezeki kepada siapa yang dikehendakinya tanpa batas (24:38)”

Oleh yang demikian, contohilah Rasulullah dalam berniaga dengan membetulkan niat kerana Allah. Tidak salah memgumpul dan memiliki harta kerana ia adalah dituntut dalam Islam. Cuma apa yang perlu diutamakan ialah soal bagaimana harta yang dimiliki itu akan dimanfaatkan dan digunakan di jalan Allah.

Hapuskan Rasuah! Pastikan Perniagaan Anda Berkat

Oleh:

Mohamad Ridhuan Mat Dangi, UiTM Shah Alam Perbuatan rasuah adalah salah di sisi undang-undang dan boleh dikenakan hukuman yang berat. Perbuatan rasuah melibatkan urusan untuk mendapatkan sesuatu dengan cara yang salah kerana perbuatan ini mengambil dan memakan harta dan hak orang lain. Rasuah juga dipandang sebagai perbuatan yang keji dan berdosa besar menurut pandangan Islam. Berdasarkan hadis di bawah, jelas sekali Islam melarang keras umatnya dari terlibat dengan gejala rasuah.

"Rasulullah S.A.W telah melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah dalam penetapan keputusan (pemerintahan, pentadbiran, kehakiman dll)" ( Hadis Riwayat At-Tirmidzi)

Mereka yang terlibat dalam kegiatan rasuah ini tidak kira sama ada pemberi mahupun penerima pasti akan mendapat balasan yang setimpal atas perbuatan mereka di akhirat kelak. Ini disandarkan kepada sebuah hadis yang bermaksud:

“Setiap daging yang tumbuh daripada sumber haram, maka akan dihumbankan dalam api neraka.” (Hadis riwayat Baihaqi dan Tirmidzi)

Berdasarkan kepada hadis-hadis di atas, jelas sekali menunjukkan bahawa perbuatan rasuah ini ditegah dan diharamkan dalam Islam. Terdapat banyak lagi dalil daripada sumber Al-Quran dan hadis yang merujuk kepada pengharaman perbuatan rasuah. Justeru, para peniaga dan usahawan khususnya golongan muslimin dan muslimat, adalah amat penting untuk memastikan setiap transaksi perniagaan adalah bebas daripada unsur-unsur rasuah. Seharusnya kita mencontohi bagaimana usahawan-usahawan Islam pada zaman dahulu yang menjalankan perniagaan dengan penuh ketaqwaan di jalan Allah S.W.T.. dengan mengamalkan prinsip kejujuran, keadilan, amanah, taat pada ajaran Islam dan bersikap dermawan. Ini dapat dilihat melalui keperibadian yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w serta para sahabat baginda seperti Sayyidina Abu Bakar, Sayyidina Umar Ibn Khattab, Sayyidina Uthman Affan dan Sayyidina Abdul Rahman bin ‘Auf dalam menjalankan perniagaan mereka sehingga menjadi usahawan yang berjaya dan disegani. Oleh itu, sewajarnya, sebagai usahawan Islam, penting untuk kita mengikuti segala ajaran Islam dan menjauhi segala larangan yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T agar apa yang diperolehi mendapat keberkatan dan keredhaannya. Lebih-lebih lagi, mencari yang halal adalah fardu bagi umat Islam.

ISLAM & KEUSAHAWANAN

7

Kenali Siapa Pelanggan Anda…

Oleh: Mohamad Ridhuan Mat Dangi dan Tuan Syed Iskandar Zulkarnain Sayd Idris, UiTM Shah Alam

Pelanggan adalah individu yang membeli atau menggunakan produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh perniagaan atau sebarang kegiatan ekonomi. Memang benar, pelanggan adalah nadi utama sesebuah perniagaan kerana tanpa pelanggan, maka tidak akan wujud urusniaga dan berkemungkinan menghadapi risiko kerugian yang besar. Sebagai usahawan, adalah penting untuk mengenali siapa pelanggan dan bakal pelanggan bagi produk dan perkhidmatan yang ditawarkan. Usahawan harus bijak menilai pelanggan dan memberikan perkhidmatan dan layanan terbaik agar mereka berpuas hati. Pelanggan terbahagi kepada beberapa kriteria tertentu yang perlu diambil berat oleh usahawan kerana setiap pelanggan mempunyai kehendak dan layanan yang berbeza mengikut kesesuaian.

Secara rawak, pelanggan terdiri daripada individu, keluarga atau sebuah organisasi. Pelanggan mempunyai kehendak dan keperluan yang berbeza dan berbagai mengikut masa, tempat, dan faktor- faktor lain. Antaranya ialah perbezaan umur. Pelanggan terdiri daripada golongan kanak-kanak, remaja, dewasa mahupun warga emas. Setiap peringkat umur memerlukan pendekatan yang berbeza, serta keperluan dan kehendak yang berlainan. Oleh itu, sebelum memulakan perniagaan, adalah amat penting untuk seseorang usahawan mengetahui golongan sasaran dan peringkat umur manakah yang akan menjadi pelanggan utama kepada perniagaan tersebut. Seorang usahawan juga boleh mengenal pasti jenis perniagaan yang sesuai berdasarkana majoriti populasi yang mendiami sesuatu kawasan. Sebagai contoh, jika sesuatu kawasan kediaman mempunyai majoriti penduduk yang sudah berkeluarga, antara perniagaan yang sesuai dijalankan adalah seperti perkhidmatan dobi, pusat asuhan, pusat tusyen, kedai runcit dan sebagainya. Faktor lain adalah jantina pelanggan. Pelanggan terdiri daripada lelaki dan perempuan, oleh itu, penghasilan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan juga perlu selaras dengan keperluan pelanggan yang berbeza jantina. Seterusnya adalah peringkat pendapatan yang terdiri daripada golongan yang berpendapatan tinggi, sederhana dan rendah. Usahawan harus mengambil kira faktor ini kerana ia menentukan kemampuan dan kuasa beli pelanggan. Oleh itu, proses untuk menentukan produk dan perkhidmatan yang diperlukan serta harga yang sesuai adalah amat penting. Lazimnya, sudah pasti setiap pelanggan akan menghargai usaha peniaga yang menawarkan produk mereka dengan harga yang berpatutan dan setimpal dengan nilainya. Faktor latar belakang pendidikan pelanggan juga memainkan peranan penting boleh mempengaruhi selera dan kehendak mereka terhadap sesuatu barangan dan perkhidmatan. Sesuatu produk dan perkhidmatan itu akan dinilai dan dilihat melalui pelbagai perspektif mengikut latar belakang pendidikan pelanggan. Selain faktor-faktor di atas, terdapat faktor-faktor lain yang harus dinilai oleh usahawan dalam mengenalpasti prospek pelanggan. Jika keperluan dan kepuasan hati pelanggan dapat dipenuhi, ia akan memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak iaitu pelanggan dan usahawan. Pelanggan yang berpuas hati berpotensi untuk menjadi pelanggan tetap di mana mereka akan datang berkali-kali dan sudah tentu memberi pendapat yang positif kepada pelanggan lain. Dari muka surat 6… Rasional - Wawasan 2020 mensasarkan Malaysia sebagai sebuah negara maju dengan pendapatan per kapita minima sebanyak RM17,700 menjelang tahun 2020. Bagi menrealisasikan sasaran ini pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak berwajib. Dengan situasi 2014, usaha berterusan yang efektif perlu dilaksanakan jika Malaysia mahu dikategorikan sebagai negara maju menjelang tahun 2020. Keadaan ekonomi dunia rata-rata menunjukkan penguncupan penglibatan kerajaan di dalam ekonomi negara. Kerajaan lebih bersifat sebagai ‘regulator’ kepada semua jenis transaksi ekonomi yang terbabit. Dalam dasar Model Ekonomi Baru yang dilancarkan oleh Perdana Menteri bersama dengan dasar-dasar lain seperti Economic Transformation Programme (ETP) dan Government Transformation Programme (GTP), penglibatan sektor swasta menjadi agenda utama kerajaan. Bilangan pekerja yang boleh digajikan oleh kerajaan adalah terhad. Oleh itu, sektor swastalah yang akan menampung kebanjiran tenaga buruh terutamanya graduan siswazah yang bilangannya semakin meningkat dari tahun ke tahun. Implikasi daripada Projek Pemborongan Antarabangsa Siswazah - Projek pemborongan memberi impak yang mendalam kepada pelajar melalui latihan amali yang diberikan serta pengalaman menjalan perniagaan yang dipelajari sepanjang program. Berdasarkan maklum balas daripada pelajar yang terlibat dalam aktiviti pemborongan, projek ini memberi faedah kepada mereka untuk mempelajari teknik dan kemahiran pemborongan di samping mencari keuntungan di dalam bidang perniagaan. Selain itu, pelajar-pelajar dapat menimba pengalaman berniaga dan proses tawar-menawar yang merupakan aspek yang penting dalam bidang keusahawanan. Kejayaan projek ini dapat melahirkan semangat dan minat mereka dalam membudayakan aktiviti keusahawanan selaras dengan agenda keusahawanan yang digalakkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan Universiti Teknologi MARA.

USAHAWAN & STRATEGI

Page 8: Edisi 7 - Vol 1

8

Kelainan Upaya Bukanlah Penghalang

Oleh: Zulaiha Ahmad, Hasyeilla Abd Mutalib dan Noraini Nasirun, UiTM Perlis

Golongan orang kelainan upaya (OKU) kini berupaya bersaing dalam bidang keusahawanan seiring usahawan lain. Berpegang kepada prinsip kecekalan dan semangat juang yang tinggi untuk mengharungi hidup, mereka telah menjadi usahawan yang berjaya.

Antara usahawan OKU yang berjaya ialah Mohd Khairi Othman, yang tidak mempunyai sepasang kaki. Kekurangan yang dialami beliau tidak membataskan semangatnya untuk berdikari dan menjadi usahawan akuakultur yang berjaya di Pahang. Berkat usaha gigihnya, beliau telah berjaya mengusahakan 18 sangkar ternakan ikan talapia dan ikan patin. Kebiasaannya, beliau akan menggunakan kerusi roda dari rumahnya sebelum menuruni anak tangga ke sangkar ikan dengan menggunakan kedua lengan dan pahanya. Beliau juga turut membersihkan kawasan sekitar sangkar ikannya, memberi ikan makan malahan ada kalanya beliau sendiri mengangkat guni berisi makanan ikan ke setiap sangkar.

Bagi Tengku Arman Harris Tengku Ismail pula, kecacatan pendengaran bukanlah halangan untuk membataskan dirinya untuk menjadi seorang ushawan. Tengku Arman Harris telah menerima anugerah Tokoh OKU Bahagian Ekonomi (2007) dan Tokoh OKU Keseluruhan (2005) dalam perusahaan batik sutera di Terengganu. Kebolehan Tengku Arman dalam mencanting, mewarna dan melukis batik tidak boleh dipertikaikan apabila hasil motifnya disifatkan sangat eksklusif, moden dan segar. Atas usaha gigihnya, beliau kini boleh berbangga kerana mampu memiliki dua buah kedai batik sutera di Subang Jaya.

Lee Thiam Wah merupakan pemilik rangkaian mini market 99 Speedmart. Beliau kini mempunyai lebih 200 buah cawangan mini market di seluruh Negara. Namum tiada siapa sangka beliau ada merupakan seorang OKU. Sejak kecil beliau lumpuh disebabkan oleh polio dan hilang fungsi kakinya. Akibat dari kesusuhan hdup kedua ibu bapa, Lee berusaha belajar sendiri dengan membaca buku yang dipinjam daripada jrannya dan membuat perniagaan sendiri kecil-kecilan. Ketika berumur 23 tahun, beliau berjaya menyimpan RM5000 dan wang itulah yang digunakan sebagai modal permulaan pernigaannya. Sementak dari itu, beliau berkerja keras untuk mengembangkan perniagaannya sehingga tertubuhnya 99 Speedmart Sdn. Bhd.

Bagi pemegang Tokoh OKU Melaka 2009, Atan, yang tidak pernah menganggap kecacatan membantutkan beliau dari meraih kejayaan dalam hidupnya. Atan dilahirkan di Tanjung Kling Melaka, hanya memiliki tangan kanan yang sempurna, tanpa kedua-dua kaki sehingga ke paras lutut, manakala tangan kirinya hanya paras siku. Kini beliau mempunyai dua pejabat guaman di Kuala Lumpur dan di Melaka. Beliau pernah memenangi anugerah Tokoh Maal Hijrah (Profesional) pada tahun 1997 dan 2008. Bidang keusahawan terbuka kepada semua golongan, OKU dan bukan OKU. Kepada golongan OKU yang ingin menyelami bidang keusahawanan, hendaklah sentiada berpegang kepada pepatah “dimana ada kemahuan, disitu ada jalan.” Semoga kisah-kisah tokoh OKU yang dipaparkan ini dapat memberi sumber inspirasi kepada semua usahawan untuk mencapai kejayaan di masa akan datang.

USAHAWAN & MOTIVASI

13

Adakah Benar Kita Berniaga Mengikut Syariat?

Oleh: Tuan Syed Iskandar Zulkarnain bin Sayd Idris dan Mohamad Ridhuan bin Mat Dangi, UiTM Shah Alam

Berniaga adalah satu perkerjaan yang digalakkan didalam Islam malah ia adalah Sunnah Nabi Muhamad S.A.W. kerana baginda telah mula berniaga sejak remaja lagi. Kisah Rasulullah S.A.W. membawa barang niaga Saidatina Khadijah dengan amanah dan setiap kali pulang pasti membawa keuntungan yang berganda sehingga baginda digelar peniaga yang berjaya sering didengari. Namun persoalannya, adakah amalan umat Islam Melayu dalam menjalankan perniagaan benar–benar mencerminkan iman dan taqwa kepada Allah S.W.T? Kami ingin berkongsi mengenai garis panduan Islam menegenai berniaga dan contoh amalan yang segolongan dari kita umat Islam. HENDAKLAH PERNIAGAAN YANG DIJALANKAN ITU TIDAK MENYEBABKAN KELALAIAN DARIPADA MENGINGATI ALLAH SWT Berikut adalah pendirian seorang penyanyi muslim apabila diajukan pertanyaan tentang perniagaan kelab malamnya di Perak. Artis tersebut menegaskan, masyarakat seharusnya berfikiran terbuka dan tidak mudah menjatuhkan hukum hanya kerana dia berstatus selebriti. “Saya bergiat dalam bidang hiburan dan tidak tahu cabang perniagaan lain melainkan cabang ini sahaja (membuka kelab malam). Takkan saya hendak jual nasi lemak yang saya tidak tahu caranya? Jadi apa salahnya saya jalankan perniagaan berasaskan hiburan? Jangan persoalkan mengenai hukum hakam hanya kerana saya seorang artis?” BOLEH KE GINI ? HENDAKLAH BERSIFAT JUJUR DI DALAM MENJALANKAN PERNIAGAAN Terdapat individu yang mengutamakan keuntungan lebih dari kepentingan agama dan seolah- olah tidak takut akan azab Allah S.W.T dengan membawa masuk produk bersumberkan haram kepada umat Islam dengan menawarkan harga yang murah dan menggunakan logo HALAL yang palsu.

BERTANGGUNG JAWAB DAN AMANAH ADALAH TUNTUTAN ISLAM DALAM BERNIAGA Sebagai seorang peniaga, kita menjalankan perniagaan bersama rakan kongsi dan pelanggan. Sememangnya urusan yang melibatkan wang tidak dapat dielakkan dalam urusniaga. Ujian dan dugaan dalam menunaikan tanggung jawab kerap kali diuji, tambahan lagi dengan permasalahan peribadi yang dihadapi. Mata kita kadangkala dikelabui dengan wang ringgit yang banyak walaupun kita tahu itu bukan harta atau hak kita. Berikut adalah keratan akhbar kes mengenai sepasang suami isteri Melayu muslim yang telah kecundang menahan nafsu apabila berhadapan dengan jumlah wang yang besar dan mereka telah didapati bersalah oleh mahkamah. Sebagaimana kita sedia maklum, perniagaan adalah salah satu cabang muamalah di dalam Islam. Dengan menjalankan perniagaan, ia dapat melatih individu dengan pelbagai sifat yang mulia serta dapat memberi ruang untuk seorang muslim membantu saudara seagamanya yang lain. Islam melarang kaedah yang haram untuk memperolehi pendapatan atau mengambil harta dan hak orang lain. Garis panduan yang disediakan oleh syariat Islam adalah untuk mengelakkan kezaliman di antara sesama manusia muka bumi. Jika kita benar- benar mengikuti saranan Islam, pasti semua yang terlibat dalam perniagaan akan mendapat manfaat masing- masing yang diredhai oleh Allah. Jom berusahalah untuk bertakwa dan beriman ketika berniaga.

ISLAM & KEUSAHAWANAN

Page 9: Edisi 7 - Vol 1

12

Konsep Produktiviti Menurut Dimensi Islam : Suatu Tinjauan

Oleh: Mohd Ab Malek bin Md Shah, UiTM Melaka

Secara dasarnya, antara resipi kejayaan sesebuah organisasi dalam menerajui legasi kecemerlangan yang berterusan adalah berkaitrapat dengan hasil daya usaha pekerja yang produktif secara kompetitif. Ini kerana, setiap pekerja yang produktif akan berusaha unuk melahirkan produk yang sempurna dan memuaskan hati para pelanggan. Jika ditinjau dari perspektif Islam, ia amat menitikberatkan peribadi ulung seseorang pekerja dalam usaha menyempurnakan sesuatu amanah yang telah dipertanggungjawabkan. Berikut dikongsikan beberapa potongan hadis dan kalam Allah SWT yang menekankan konsep produktiviti.

Firman Allah yang termaktub indah menerusi Surah al – Qasas ayat 77: “Berbuat baiklah kepada makhluk Allah sebagaimana Allah berbuat baik kepada kamu dengan kurniaan nikmat yang melim pah – ruah dan janganlah kamua melakukan kerosakan di atas muka bumi ini, sesungguhnya dalam menjaga hubungan Allah tidak suka kepada orang yang membuat kerosakan”.

Sejajar dengan itu, sebagai seorang Muslim yang sejati, kita turut dianjurkan untuk selalu membuat kebaikan sesama Muslim; termasuklah ke arah melestarikan hubungan erat antara majikan dan pekerja. Senada dengan seruan sabda Junjungan Besar tersebut, Islam amat menggalakkan umatnya agar menyemai dan seterusnya memperkasakan sifat mahmudah dalam jati diri seorang Muslim. “Sebaik – baik manusia adalah (mereka) yang paling bermanfaat bagi orang lain” (Amad dan disahihkan Al – Albani dalam As – Silsilah As – Shahihah)

Dalam usaha ke arah menzahirkan nilai – nilai produktiviti sesuatu organisasi, antara elemen signifikan yang menjadi teras utama adalah nilai kejujuran yang bersendikan amanah dan takwa kepadaNya. Ini dapat dilihat secara jelas dan tuntas menerusi personaliti Rasulullah sebagai teladan terbaik (uswatun hasanah) yang menghiasi peribadi unggul Baginda secara keseluruhan. Jika ditinjau dari konsep muamalah, terdapat sabda Rasululah SAW yang berbunyi:“Peniaga – peniaga yang amanah dan jujur akan dibangkitkan bersama – sama dengan para syuhada' pada Hari Kiamat kelak” (Ibnu Majah dan Al – Hakim)

Selain tu, nilai produktiviti yang dibajai dengan roh mahmudah perlu dipraktikkan oleh setiap Muslim seperti yang terakam indah menerusi sabda Baginda: “Jika Kiamat telah hampir sedangkan pada tangan salah seorang daripada kamu terdapat biji benih yang hendak ditanamnya; maka jika dia mampu hendaklah dia menanamnya” (Al – Bukhari dan Imam Ahmad)

Tambahan pula, nilai produktiviti merupakan suatu fitrah bagi penciptaan setiap insan di atasmuka ini; selaras dengan firman Allah dalam Surah Hud ayat 61: “Wahai kaumku! Sembahlah Allah yang tiada Tuhan lain bagi kamu selain daripadaNya. Sesungguhnya Dialah yang menjadikan kamu daripada bahan – bahan bumi serta mengkehendaki kamu untuk memakmurkannya”.

Pada sisi yang lain pula; jika ditinjau dari kemaslahatan (maqasid syariah) pula, Islam turut menyentuh konsep produktiviti sebagai antara matlamat syariat yang menjadi kewajipan secara total bagi tuntutan fardhu ‘ain setiap individu Muslim iaitu memelihara agama, nyawa, akal fikiran, harta benda serta keturunan. Oleh yang demikian, sifat produktif seseorang Muslim itu turut merupakan pemangkin dalam usaha menghasilkan sesuatu produk yang berkualiti dan berdaya saing. “Dan bagi tiap – tiap umat ada kiblatnya yang ia mengadap kepadanya. Maka berlumba – lumbalah kamu dalam berbuat kebajikan. Di mana sahaja kamu berada, pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian pada hari Kiamat. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu”. (Al- Baqarah:148)

Selain daripada itu, setiap amalan yang baik akan dihitung secara teliti oleh Allah dengan begitu teliti sekali; sepertimana yang telah dijelaskan oleh Allah menerusi Surah Al- Zalzalah ayat 7 iaitu: “Maka barangsiapa yang mengerjakan kebaikan sebesar zarah (biji sawi) sekalipun; ia tetap akan mendapat balasannya”.

Secara keseluruhannya, Islam amat memandang serius akan peri pentingnya setiap Muslim untuk bersikap produktif demi me-lahirkan sebuah ummah yang kompetitif dan berdaya saing, ke arah melahirkan legasi kecemerlangan berterusan. Justeru, dengan menjadikan Rasulullah sebagai ikon terbaik sepanjang zaman, adalah menjadi harapan agar setiap individu Muslim itu berusaha untuk memupuk subur dan seterusnya mempraktikkan tuntutan fardhu’ain tersebut demi survival ummah secara keseluruhan; merentasi kelestarian duniawi dan ukhrawi nan hakiki.

ISLAM & KEUSAHAWANAN

9

Usahawan Profesional Berjaya Anak Seorang Tukang Kayu

Oleh: Rafizan Abdul Razak, UiTM Negeri Sembilan

Tetuan Mahadi Redzuan dan Co. merupakan satu firma guaman milik bumiputera yang telah berjaya bersaing dengan firma-firma guaman yang lain di Kuala Lumpur. Firma guaman ini telah beroperasi selama hampir 14 tahun dan telah berkembang sehinggalah kini mempunyai 2 cawangan di Selangor dan juga Negeri Sembilan. En. Mahadi bin Muhammad merupakan pengasas firma guaman ini. Hanya berbekalkan modal RM 5,000 sumbangan dari 3 orang kenalan, beliau menubuhkan firmanya sendiri. Di awal penubuhannya, beliau telah mengendalikan pelbagai kes seperti penagihan hutang, soal kemalangan, in-dustri pembinaan, kecuaian, pelbagai bentuk pelaksanaan penghakiman, kebankrapan, perbankan, pertikaian kontrak dan kerap muncul di mahkamah rendah dan mahkamah tinggi bagi perkara-perkara yang dibicarakan untuk individu atau mewakili syarikat.

Beliau lahir dan dibesarkan dalam keluarga yang susah sebagai anak seorang tukang kayu. Namun, ia tidak menjadi penghalang untuk beliau menjadi seorang usahawan profesional yang berjaya. Malahan beliau gigih belajar sambil membantu ibunya menjual kuih-muih sehingga berjaya memperoleh kejayaan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dari Maktab Rendah Sains MARA Taiping. Beliau kemudian ditawarkan oleh MARA untuk menyambung pengajian dalam bidang undang-undang di bawah biasiswa Mara di University of Leeds, England dan lulus dengan kepujian ijazah undang-undang dari universiti pada Julai, 1997. Semasa belajar

di Leeds, beliau dipilih sebagai Presiden Pelajar Malaysian dan terlibat secara aktif dalam pelbagai aktiviti sosial dan kebudayaan yang dianjurkan masyarakat setempat. Sekembalinya ke Malaysia, beliau lulus peperiksaan amalan guaman pada Ogos 1998. Kini, En. Mahadi telah menjadi peguam selama hampir 14 tahun dan mempunyai 2 orang rakan kongsi serta 15 orang pekerja. Beliau mempunyai kemahiran dan pengalaman yang diperlukan dalam mengendalikan pelbagai perkara berhubung industri. Beliau juga seringkali berurusan di Mahkamah Perusahaan dan Mahkamah Tinggi untuk mengendalikan pelbagai kes-kes berkaitan dengan pertikaian perusahaan seperti salah laku, pemecatan konstruktif, perjanjian kolektif, pertikaian perdagangan, ketidakpatuhan, mahkamah buruh / pertikaian, pemberhentian kerja, dan menjadi panel guaman kepada syarikat besar seperti Airod, MISG dan Bank Rakyat . Lebih membanggakan, beliau merupakan satu-satunya peguam bumiputera yang berjaya memeca-hkan penguasaan bukan bumiputera dalam bidang Mahkamah Perusahaan di Malaysia. Antara rahsia kejayaan beliau adalah sen-tiasa berbuat baik kepada orang ibu bapa, tidak mudah berputus asa, berdedikasi dan tidak takut untuk bersaing dengan bukan bumiputera untuk sentiasa maju ke hadapan.

Rahsia Usahawan Cina

Oleh: Dr. Goh Ying Soon, UiTM Terengganu

Rahsia usahawan Cina telah dikongsi oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin di Forum Ekonomi Cina Antarabangsa Keempat yang telah diadakan di Sydney, Australia. Rahsia ini

dikongsi melalui ucapan beliau di mana dinyatakan rahsia itu melalui lapan (8) kata, iaitu “勤俭,老实,信

义, 薄利 (Qínjiǎn lǎoshí xìnyì bólì), yang bermaksud: rajin, jujur, menegakkan yang adil, bertanggungjawab

dan memperolehi keuntungan yang tipis." Beliau juga telah mengiktiraf sumbangan ahli perniagaan Cina dalam perkembangan ekonomi Malaysia dan adalah amat jarang berlaku kepada ahli perniagaan Cina menggunakan taktik barat yang gemar melibatkan diri dalam "kepintaran kewangan" (Financial Wizardry).

Beliau juga menekankan perlunya untuk mengamalkan sikap yang rajin kerana kerajinan dapat menghasilkan usaha yang berterusan di mana ia seterusnya membantu kepada kejayaan dan kekayaan sesuatu perniagaan itu. Selain dari itu, bersikap jujur dan menegakkan keadilan dalam perniagaan amat perlu bagi mengelakkan daripada berlakunya perbuatan yang tidak baik dan mementingkan diri sendiri semata- mata hanya kerana mengejar kekayaan.

Konsep 薄利多销 (Bólì duō xiāo) juga merupakan satu konsep usahawan yang baik di mana kita mencari keuntungan dari

penjualan namun tidaklah mengambil kesempatan dengan mengambil keuntungan yang melampau sehingga membebankan pelanggan. Dengan ini, kita tidaklah semata- mata mencari kekayaan untuk diri sendiri dan ‘memiskinkan’ peniaga lain.

USAHAWAN & MOTIVASI

Page 10: Edisi 7 - Vol 1

10

Jangan MALU Jika Mahu Berniaga

Oleh: Mohamad Ridhuan Mat Dangi dan Tuan Syed Iskandar Zulkarnain Sayd Idris, UiTM Shah Alam

Sifat malu pada dasarnya adalah satu sikap yang positif. Malah agama Islam juga menekankan agar umatnya mempunyai sifat malu dalam diri. Ini kerana sifat malu adalah sifat yang mulia dan menjadi sebahagian dari iman. Dengan adanya sifat malu dalam diri seseorang, ia akan menimbulkan rasa keengganan untuk melakukan perkara yang tidak baik atau rendah nilai moralnya. Sungguhpun begitu, sifat malu harus kena pada tempatnya kerana jika di dalam bidang per-niagaan, seseorang haruslah menjadi berani dan tidak menzahirkan rasa malu untuk memu-lakan perniagaan. Sifat malu haruslah diletakkan di tempat yang betul dan tidak sepatutnya dibiarkan mengongkong dan menghalang seseorang untuk menyatakan kebenaran, membuat kebaikan dan memajukan diri. Kebanyakan orang mempunyai persepsi yang negatif untuk memulakan sesebuah perniagaan dengan menjadikan sifat malu sebagai penghalang. Lazimnya, alasan yang sering digunakan adalah malu untuk berjumpa pelanggan, malu jika perniagaan mengalami kegagalan, malu dengan hanya perniagaan yang kecil dan beribu lagi alasan digunakan yang menyekat potensi diri di dalam bidang keusahawanan. Sesetengahnya pula mempunyai minat yang mendalam untuk menceburi bidang perniagaan tetapi terpaksa membantutkan hasrat lantaran rasa malu yang tidak bertempat. Sifat malu adalah sifat semulajadi yang ada pada setiap insan, namun ia tidak harus menjadi alasan untuk menghalang diri kita dari mengecapi pencapaian dan kejayaan yang lebih besar. Tidakkah kita sedari bahawa ramai tokoh korporat dan jutawan di dunia ini adalah golongan usahawan dan ramai di antaran mereka menjadi ikon dalam perniagaan yang diceburi. Jadi, persoalannya, adakah kita harus malu untuk mencapai kejayaan dan menjadi sebahagian daripada orang-orang yang berjaya dalam perniagaan. Jadi, perasaan malu harus diubah supaya ianya tidak lagi dijadikan alasan untuk tidak menceburi bidang perniagaan. Individu yang ingin menjadi seorang usahawan tetapi mempunyai rasa malu haruslah mengubah tanggapan mereka dan menangani perasaan malu dengan sewajarnya. Langkah pertama adalah dengan merenung kembali keupayaan yang dapat dilakukan dan potensi yang akan wujud jika menceburi bidang perniagaan. Umum mengetahui sabda Rasulullah S.A.W. bahawa 9/10 rezeki itu datangya daripada perniagaan. Justeru, sabda Baginda seharusnya dijadikan azimat dan pembakar semangat bagi seseorang untuk mencapai kejayaan di dalam bidang perniagaan. Apatah lagi bidang perniagaan juga dianggap sebagai sunnah Rasulullah kerana Baginda juga adalah seorang peniaga. Jadi, bagi orang Islam, adalah tidak wajar untuk mereka merasa malu bagi memulakan perniagaan walau sekecil mana sekalipun kerana dengan berkat kesungguhan yang jitu, tentu akan berjaya dan mampu berkembang. Dengan aktiviti perniagaan juga, seseorang itu mampu mencapai penguasaan ekonomi yang lebih baik sama ada untuk meningatkan taraf kehidupan diri dan ahli keluarga mahupun menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara serta masyarakat. Oleh itu, tiada sebab untuk berasa malu dalam berniaga. Apa yang penting adalah sikap yang positif dan keazaman yang tinggi untuk berusaha melangkah jauh kerana tiada siapa yang akan mengubah hidup kita melainkan kita sendiri yang berusaha untuk mengubahnya.

Peristiwa Hijrah Pencetus Kejayaan Perniagaan

Oleh: Che Norzila Sulong, UiTM Terengganu

Terdapat satu paparan kisah dalam peristiwa hijrah yang ada kaitan dengan pengurusan perniagaan. Seorang sahabat Rasulullah SAW yang bernama Abdul Rahman bin Auf telah berhijrah bersama baginda dari kota Mekah ke Madinah. Apabila rombongan Rasulullah SAW sampai di Madinah, mereka telah dipersaudarakan dengan orang-orang Ansar yang berada di sana.

Bersambung di muka surat 9...

USAHAWAN & MOTIVASI

11

Berani Mengambil Risiko atau Rela di Zon Selamat?

Oleh: Mohamad Ridhuan Mat Dangi dan Tuan Syed Iskandar Zulkarnain Sayd Idris, UiTM Shah Alam

Salah satu ciri yang perlu ada pada seorang usahawan adalah berani menghadapi pelbagai risiko. Antara risiko utama dalam perniagaan yang sering menjadi tabu ialah kegagalan dan mengalami kerugian. Oleh itu, usahawan seharusnya bijak mengatur strategi untuk menghadapi dan menangani pelbagai kemungkinan risiko yang wujud. Harus diingat bahawa apa jua perniagaan sama ada kecil, sederhana ataupun besar terdapat risikonya yang tersendiri. Bidang perniagaan sesungguhya penuh dengan cabaran dan persaingan yang memerlukan seorang usahawan untuk berfikiran lebih cermat dan berhati-hati serta berupaya untuk bertindak segera

apabila berhadapan pelbagai kemungkinan. Ramai usahawan yang telah gagal dalam perniagaan kerana tidak memahami risiko dan tidak dapat menanganinya apabila sesuatu dugaan datang menimpa. Mahu atau tidak, risiko tetap akan hadir dan tidak dapat dielakkan. Apa yang perlu dilakukan oleh para usahawan adalah menguruskan dan meminimumkan risiko tersebut. Ramai di antara kita yang menjadikan risiko sebagai alasan untuk tidak menceburi bidang keusahawanan. Meskipun, ada di antaranya yang mempunyai minat dan kemampuan untuk terlibat dalam perniagaan, namun terpaksa membantutkan hasrat kerana tidak sanggup menghadapi sebarang risiko. Dilema seperti ini bukan sahaja dihadapi mereka yang baru hendak memulakan perniagaan, tetapi juga kepada para usahawan yang berpengalaman. Akibatnya, perniagaan yang diusahakan hanya berada pada satu tahap yang sama sahaja dan tidak mempunyai perancangan untuk dikembangkan. Situasi seperti ini biasa berlaku dalam kalangan usahawan yang tidak berpandangan jauh untuk mengembangkan perniagaan mereka dan lebih suka berada pada tahap yang selesa tanpa perlu memikirkan sebarang risiko tambahan. Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa bukan sahaja bidang perniagaan, tetapi apa sahaja perbuatan dan perlakuan yang kita lakukan setiap hari mempunyai risikonya tersendiri. Sebagai contoh, makan berlebihan akan mendatangkan risiko obesiti dan ketidakseimbangan kesihatan, menunggang motosikal lebih berisiko daripada menaiki kereta, bahkan berdiam diri tanpa berbuat apa-apa di rumah juga mungkin akan mendatangkan pelbagai risiko seperti kebakaran, kecurian dan pelbagai lagi kemungkinan. Di sini dapat dilihat bahawa segala apa yang kita lakukan termasuk rutin harian juga tidak terlepas dari sebarang risiko. Hakikatnya, apa yang berlaku adalah kerana sikap sesetengah dari kita yang terlalu negatif untuk menilai risiko yang bakal dihadapi. Hal ini mungkin terjadi kerana kurangnya kepercayaan terhadap diri sendiri, takut untuk melakukan kesilapan, tidak berani melakukan perubahan, takut gagal atau kekurangan sumber rujukan. Oleh itu, para peniaga dan usahawan seharusnya mengorak langkah untuk melakukan transformasi minda dan mengambil pelbagai inisitif untuk meningkatkan keupayaan diri dalam perniagaan yang diceburi. Ini termasuklah dengan menambah ilmu pengetahuan, sentiasa berfikiran positif, mencari pelu-ang yang ada di sebalik risiko dan menetapkan visi yang lebih tinggi agar pencapaian dalam bidang perniagaan dapat disasarkan lebih jauh ke hadapan. Dari muka surat 8… Rasulullah SAW telah mempersaudarakan Abdul Rahman bin Auf dengan Saad bin Abi Al Rabi. Saad sebagai seorang yang kaya telah menawarkan untuk berkongsi kekayaan bersama dengan Abdul Rahman bin Auf namun Abdul Rahman ini seorang yang gemar berdikari dan tidak ingin bergantung kepada orang lain. Beliau hanya meminta Saad supaya tunjukkan kepadanya lokasi sebenar pasar dan akhirnya lokasi pasar tersebut dapat dijejaki oleh Abdul Rahman . Justeru, berbekalkan sedikit modal yang dibawa dari Mekah, Abdul Rahman telah memulakan perniagaannya di pasar tersebut. Maka dengan kemahiran perniagaan yang dimilikinya, beliau memulakan langkah baru mencari rezeki di bumi Madinah. Perniagaannya semakin maju dari masa ke semasa berkat usaha gigihnya sehingga didapati perniagaan milik Yahudi menjadi semakin merosot. Beliau telah memecahkan monopoli orang Yahudi dalam perniagaan di pasar tersebut. Beberapa tahun kemudian beliau telah berjaya pula membina sebuah pasar yang diberi nama pasar al-Ansar. lni menyebabkan pasar orang Yahudi mengalami kerugian lantaran tidak dikunjungi pelanggan. Kemuncak perniagaan Abdul Rahman ialah berjaya menjadi seorang jutawan di mana limpahan kekayaan yang diperolehinya telah disalurkan untuk membantu umat lslam yang lain di samping dapat mengembangkan syiar lslam di persada dunia.

USAHAWAN & MOTIVASI