ebest oleh: hanita binti ladjaharun smk bandaraya … · telah menghasilkan modul efektif belajar...

16
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013) 90 EBeST Oleh: HANITA BINTI LADJAHARUN SMK BANDARAYA KOTA KINABALU, SABAH. ABSTRAK Kajian ini dijalankan bagi memupuk amalan membaca buku teks dan menghasilkan nota bergrafik bagi mata pelajaran Sejarah dalam kalangan pelajar tahap lemah iaitu Tingkatan Empat Daisy, Empat Everlasting dan Empat Fittonia. Kajian ini menggunakan Bahan Bantu Mengajar (BBM) iaitu bahan bercetak bergrafik yang telah diinovasikan oleh guru mata pelajaran. BBM yang diberi nama EBeST ini perlu diisi atau dilengkapkan oleh pelajar sebelum proses pengajaran dan pembelajaran. Ciri khas EBeST yang terdiri dari pengurusan grafik, kata kunci dan panduan muka surat akan mendorong dan memudahkan pelajar membaca buku teks dan membuat nota sebelum proses pembelajaran dalam pengajaran. Maklumat yang dikenal pasti dan diisi ke dalam EBeST membolehkan pelajar memiliki nota yang lengkap, padat dan menyeluruh. EBeST juga membolehkan pelajar mempunyai pengetahuan sedia ada tentang topik yang akan dipelajari. Situasi ini akan mendorong peglibatan pelajar yang lebih fokus dan aktif dalam proses pembelajaran dalam pengajaran. Hasil maklum balas menunjukkan selepas menggunakan EBeST selama dua bulan peratus pelajar membaca dan membuat nota sebelum proses pembelajaran dalam pengajaran mengalami peningkatan. Selain itu, kebanyakan respondend bersetuju bahawa EBeST menyuntik minat untuk belajar Sejarah, memudahkan belajar Sejarah, lebih rajin belajar Sejarah dan membolehkan pelajar mengaplikasikan pelbagai kemahiran berfikir. Ringkasnya, EBeST mendorong pelajar membaca buku teks dan memotivasikan pelajar untuk belajar mata pelajaran Sejarah. Kini, dengan pengenalan Open Book Test (OBT), isu Melindungi Masa Instruksional (MMI) dan jumlah pelajar yang semakin ramai dalam bilik darjah serta beban tugas guru semakin berat menjadikan EBeST semakin relevan. 1. Pengenalan Menurut Mok (2002), guru sebagai pengajar hendaklah merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran mengikut strategi yang sesuai, menyediakan bahan bantu mengajar untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Bahan bantu mengajar yang disediakan perlu memotivasikan pelajar-pelajar supaya bersedia untuk belajar. Oleh itu, Modul Efektif Belajar Sejarah (EBeST) mengambil kira segala yang disarankan oleh beliau. Ciri khas EBeST iaitu mengandungi pengurusan grafik kosong dengan kata kunci serta panduan muka surat yang disediakan menjadi panduan kepada pelajar untuk melengkapkan nota setelah membaca buku teks. Malah susunan yang disediakan membolehkan pelajar melihat sesuatu peristiwa secara holistik, berkaitan dan berkesinambungan. Penggunaan EBeST membolehkan pelajar menghasilkan nota yang ringkas, tepat dan padat. Situasi ini sudah

Upload: others

Post on 31-Aug-2019

20 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)  

90  

EBeST

Oleh:

HANITA BINTI LADJAHARUN SMK BANDARAYA KOTA KINABALU, SABAH.

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bagi memupuk amalan membaca buku teks dan menghasilkan nota bergrafik bagi mata pelajaran Sejarah dalam kalangan pelajar tahap lemah iaitu Tingkatan Empat Daisy, Empat Everlasting dan Empat Fittonia. Kajian ini menggunakan Bahan Bantu Mengajar (BBM) iaitu bahan bercetak bergrafik yang telah diinovasikan oleh guru mata pelajaran. BBM yang diberi nama EBeST ini perlu diisi atau dilengkapkan oleh pelajar sebelum proses pengajaran dan pembelajaran. Ciri khas EBeST yang terdiri dari pengurusan grafik, kata kunci dan panduan muka surat akan mendorong dan memudahkan pelajar membaca buku teks dan membuat nota sebelum proses pembelajaran dalam pengajaran. Maklumat yang dikenal pasti dan diisi ke dalam EBeST membolehkan pelajar memiliki nota yang lengkap, padat dan menyeluruh. EBeST juga membolehkan pelajar mempunyai pengetahuan sedia ada tentang topik yang akan dipelajari. Situasi ini akan mendorong peglibatan pelajar yang lebih fokus dan aktif dalam proses pembelajaran dalam pengajaran. Hasil maklum balas menunjukkan selepas menggunakan EBeST selama dua bulan peratus pelajar membaca dan membuat nota sebelum proses pembelajaran dalam pengajaran mengalami peningkatan. Selain itu, kebanyakan respondend bersetuju bahawa EBeST menyuntik minat untuk belajar Sejarah, memudahkan belajar Sejarah, lebih rajin belajar Sejarah dan membolehkan pelajar mengaplikasikan pelbagai kemahiran berfikir. Ringkasnya, EBeST mendorong pelajar membaca buku teks dan memotivasikan pelajar untuk belajar mata pelajaran Sejarah. Kini, dengan pengenalan Open Book Test (OBT), isu Melindungi Masa Instruksional (MMI) dan jumlah pelajar yang semakin ramai dalam bilik darjah serta beban tugas guru semakin berat menjadikan EBeST semakin relevan.

1. Pengenalan

Menurut Mok (2002), guru sebagai pengajar hendaklah merancang aktiviti

pengajaran dan pembelajaran mengikut strategi yang sesuai, menyediakan

bahan bantu mengajar untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan

pembelajaran. Bahan bantu mengajar yang disediakan perlu memotivasikan

pelajar-pelajar supaya bersedia untuk belajar. Oleh itu, Modul Efektif Belajar

Sejarah (EBeST) mengambil kira segala yang disarankan oleh beliau. Ciri khas EBeST

iaitu mengandungi pengurusan grafik kosong dengan kata kunci serta panduan muka surat

yang disediakan menjadi panduan kepada pelajar untuk melengkapkan nota setelah

membaca buku teks. Malah susunan yang disediakan membolehkan pelajar melihat sesuatu

peristiwa secara holistik, berkaitan dan berkesinambungan. Penggunaan EBeST

membolehkan pelajar menghasilkan nota yang ringkas, tepat dan padat. Situasi ini sudah

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)  

91  

tentu dapat mengukuhkan kefahaman dan mengurangkan rasa bosan belajar Sejarah

sekaligus memupuk minat terhadap mata pelajaran Sejarah. Keberkesanan penggunaan

BBM sebegini turut diakui oleh Marcia L. Rock (2004) yang menyarankan guru agar

menggunakan pelbagai bentuk pengursan grafik sebagai BBM yang efektif dalam

proses pembelajaran dalam pengajaran. Menurut Debra (2007), setiap individu

mengalami perkembangan kognitif yang berbeza-beza. Perkara ini dipersetujui oleh

Mary Mcmakin (2005) yang menyatakan kepelbagaian latar belakang dan

kemahiran pelajar dalam sesebuah sekolah kini semakin ketara. Tambahan pula

streaming kelas yang dijalankan tidak menjamin semua pelajar di bilik darjah

mempunyai tahap kefahaman yang sama. Oleh itu, kaedah pembelajaran

berbentuk pengurusan grafik ini akan dapat memenuhi keperluan bagi

kepelbagaian tahap pelajar walaupun dalam sesebuah kelas yang sama.

2. Isu Kajian

Pelajar tidak membawa dan membaca buku teks menjadikan proses pembelajaran dalam

pengajaran Sejarah berpusat kepada guru untuk memberi nota dan membuat penerangan.

Situasi ini menyebabkan pelajar menjadi pasif semasa proses pembelajaran. Pelajar juga

didapati tidak berupaya untuk menghasilkan nota secara berdikari. Pelajar tidak dapat

membezakan fakta-fakta penting untuk dicatat sebagai nota. Malah terdapat pelajar yang

menyalin semula ayat yang serupa daripada buku teks untuk menghasilkan nota. Ekoran itu

pelajar bosan atau tidak berminat dengan mata pelajaran Sejarah dan tidak memperlihatkan

usaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkan penguasaan mereka. Maka tidak hairanlah

terdapat pelajar menganggap mata pelajaran ini tidak penting atau tiada nilai komersial

serta tiada kaitan dengan kehidupan seharian lantaran tiada kefahaman tentang topik yang

dipelajari. Peruntukan tiga masa seminggu bagi mata pelajaran Sejarah sangat terhad jika

dibandingkan dengan sukatan yang perlu dihabiskan. Guru perlu menggunakan tiga masa

seminggu sebaik-baiknya dalam pengajaran. Jika guru menggunakan sebahagian dari masa

tersebut untuk meminta pelajar membaca buku teks sudah tentu sukatan bertambah sukar

dihabiskan. Malah amalan penulisan nota konvensional juga membebankan guru dari segi

penyemakan kerana guru kena membaca dengan teliti hasil nota setiap pelajar yang

berbeza-beza, menyulitkan dan mengambil masa yang panjang untuk disemak.

3. Refleksi Isu Kajian

Kajian yang telah saya jalankan terhadap amalan pelajar dalam mata pelajaran sejarah

menunjukkan bahawa 24% hingga 75% pelajar tidak membawa buku teks Sejarah semasa

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)  

92  

proses pembelajaran dalam pengajaran walaupun 100% pelajar mendapat kemudahan Skim

Pinjaman Buku Teks (SPBT). Malahan 70% hingga 96% pelajar tidak membaca topik yang

akan dipelajari. Hal ini menyebabkan proses pembelajaran dalam pengajaran akan berpusat

kepada guru yang banyak memberi penerangan dan pemberian nota. Selain itu, kaedah

pengajaran Sejarah dengan amalan nota konvensional sudah begitu membosankan dan

membebankan pelajar. Melalui kaedah ini pelajar tidak mampu menghasilkan nota yang baik

secara berdikari. Pelajar juga tidak dapat melihat sesuatu peristiwa yang dipelajari secara

holistik. Pada masa yang sama, mereka juga tidak dapat melihat perkaitan dan

kesinambungan peristiwa-peristiwa yang berlaku. Bilangan waktu yang diperuntukan

sebanyak tiga waktu seminggu adalah sangat terhad untuk menyelesaikan kandungan mata

pelajaran Sejarah yang meliputi topik yang luas. Oleh itu, guru perlu menilai dan

memperbaiki teknik pembelajaran dalam pengajaran yang digunakan dan menggunakan

BBM yang efektif. Lantaran itu, guru telah membelek semula Buku Rekod Mengajar Guru

(BRMG) dan membuat penilaian kendiri kearah penambahbaikan dalam pembelajaran dalam

pengajaran Sejarah. Guru juga membuat rujukan dari majalah dan buku yang berkaitan

untuk mendalami isu dan mencari inspirasi bagi jalan penyelesaian.

4. Objektif Kajian

Objektif khusus:

i. Memupuk amalan membaca buku teks Sejarah.

ii. Membolehkan pelajar menghasilkan nota yang padat, lengkap dan menyeluruh serta

mudah difahami

Objektif Umum

iii. Meyediakan BBM yang membolehkan pembelajaran Sejarah menjadi lebih mudah

iv. Meningkatkan penguasaan pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah.

v. Meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah.

vi. Menyediakan BBM yang sesuai dengan semua tahap pelajar.

vii. Memudahkan kerja guru dari aspek penyemakan hasil kerja pelajar.

5. Kumpulan Sasaran

Pelajar Tingkatan Empat Daisy, Empat Everlasting dan Empat Fittonia yang merupakan

pelajar tahap lemah. Pelajar tersebut merupakan kumpulan printis menggunakan EBeST.

6. Bahan dan Kos

Kos EbeST RM 8:00 senaskah.

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)  

93  

7. Bahan Bantu Mengajar EBeST

Pada tahun 2009, guru telah mula menghasilkan Modul Efektif Belajar Sejarah Tingkatan 4

(EBeST4) sebagai satu usaha penambahbaikan dalam proses pembelajaran dalam

pengajaran Sejarah Tingkatan Empat bagi sesi 2010. Reaksi positif dan cadangan daripada

pelajar telah mendorong guru untuk menghasilkan Modul Efektif Belajar Sejarah Tingkatan 5

(EBeST5) dan mula digunakan pada tahun 2011. Penggunaan EBeST juga diperluaskan

meliputi kelas cemerlang seperti Tingkatan Empat Alamanda. Pada tahun 2012 pula, guru

telah menghasilkan Modul Efektif Belajar Sejarah Tingkatan 1 (EBeST 1), Modul Efektif

Belajar Sejarah Tingkatan 2 (EBeST 2) dan Modul Efektif Belajar Sejarah Tingkatan 3

(EBeST 3)

8. Pelaksanaan

8.1 Refleksi Guru

Pada penghujung tahun 2009 saya telah membuat refleksi kendiri berhubung dengan

pembelajaran dalam pengajaran Sejarah. Berdasarkan penulisan BRMG guru, kebanyakan

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)  

94  

kaedah yang dipilih ialah penerangan guru dan menyalin nota. Kaedah ini lebih

memudahkan guru mengajar dan menghabiskan sukatan mengikut masa ditetapkan. Dalam

penulisan refleksi, isu pelajar tidak membawa buku teks sering timbul dan menjadi punca

proses pengajaran dan pembelajaran tidak berjalan lancar. Hal ini disebabkan semua fakta

perlu dirujuk dari buku teks. Tambahan pula 100% soalan SPM adalah berdasarkan buku

teks. Lantaran itu saya mula memikirkan dan mendraf BBM yang akan mendorong pelajar

membaca buku teks, memudahkan pelajar menghasilkan nota dan mudah difahami. Maka

terhasilah EBeST.

.

8.2 Maklum Balas Pelajar

Seterusnya, saya telah membuat soal selidik pada awal sesi persekolahan (Jan 2010) untuk

mengetahui maklumat yang berkaitan dengan minat dan amalan pelajar terhadap mata

pelajaran Sejarah dalam kalangan pelajar tingkatan Empat Daisy, Empat Everlasting dan

Empat Fittonia. Hasilnya, memperlihatkan amalan dan minat pelajar tertumpu pada skor 2

iaitu jarang sekali dari segi membawa buku teks, membaca buku teks, membuat nota lebih

awal, mempunyai nota lengkap, kemas dan tersusun. Disamping itu, berdasarkan

pemerhatian saya, didapati pelajar tidak fokus semasa proses pengajaran dan pembelajaran

seperti berbual, membuat kerja mata pelajaran lain dan terdapat pelajar yang tidur.

Jadual 1: Analisis Item Maklum Balas 1 (Sebelum menggunakan EBeST)

Skor/

Amalan belajar…

1

(Tidak

pernah)

2

(Jarang

sekali)

3

(Kerap)

4

(Sangat

kerap)

% % % %

1 Setiap kali ada subjek sejarah saya membawa buku teks

0 32 34 34

2 Membaca topik berkaitan sebelum pembelajaran dalam pengajaran

41 51 8 0

3 Membuat nota lebih awal sebelum diajar 96 2 2 0

4 Mempunyai nota yang lengkap 13 22 51 13

5 Mempunyai nota tersusun dan kemas 11 31 49 8

6 Menghantar nota mengikut tarikh ditetapkan

5 39 30 26

Berdasarkan dapatan di atas, amalan membaca dalam kalangan pelajar sangat rendah.

Hanya 34% pelajar sangat kerap membawa buku teks dan 34% lagi kerap membawa buku

teks mengikut jadual. Manakala 32% pelajar mengaku jarang sekali membawa buku teks.

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)  

95  

Hanya 8% pelajar yang kerap membaca buku teks sebelum proses pengajaran dan

pembelajaran. Manakala 51% jarang sekali membaca dan 41% tidak pernah membaca buku

teks sebelum proses pengajaran dan pembelajaran. Amalan pembacaan ini sekaligus

mempengaruhi penghasilan nota pelajar. Hanya 2% pelajar kerap menghasilkan nota

sebelum proses pengajaran dan pembelajaran. Manakala 96% tidak pernah membuat nota

lebih awal dan 2% jarang sekali membuat nota. Situasi inilah yang menyebabkan pelajar

pasif dan guru lebih banyak membuat penerangan untuk menjayakan proses pengajaran

dan pembelajaran.

8.3 Penggunaan Modul EBeST

Guru membuat penerangan awal berhubung cara menggunakan EBeST dan kelebihannya

kepada pelajar. EBeST boleh digunakan oleh pelajar untuk belajar secara individu,

berpasangan atau berkumpulan. EBeST perlu dilengkapkan oleh pelajar sebelum sesi

pembelajaran dalam pengajaran. Pelajar dikehendaki mengenalpasti, mengumpul dan

mengklasifikasi maklumat berdasarkan buku teks. Kata kunci dan rujukan muka surat yang

disediakan menjadi panduan kepada pelajar untuk mengenal pasti maklumat yang

diperlukan. Biasanya, di penghujung proses pembelajaran dalam pengajaran guru akan

memesan kepada pelajar untuk menyiapkan nota setakat yang diperlukan dalam proses

pembelajaran dalam pengajaran akan datang. Dalam sesi pembelajaran dalam pengajaran

guru akan meminta pelajar secara sukarela memberi laporan atau membuat penerangan.

Guru biasanya akan membuat ulasan dan penambahbaikan dari hasil laporan atau

penerangan pelajar untuk mengukuhkan kefahaman pelajar dan memberikan gambaran

yang menyeluruh. Hal ini disebabkan kebolehan pelajar dari segi membuat penerangan atau

pembentangan masih kurang memuaskan. Penyemakan dibuat setiap kali selesai satu bab.

Setiap nota akan diberi komen dan peneguhan berbentuk kata-kata atau stiker sebagai

penghargaan kepada pelajar kerana menghasilkan nota yang baik.

9. Dapatan Kajian dan Perbincangan

Jadual 2: Analisis Item Maklum Balas II (Selepas dua bulan menggunakan EBeST)

Skor/

Amalan belajar sejarah

1

(Tidak

pernah)

2

(Jarang

sekali)

3

(Kerap)

4

(Sangat

kerap)

% % % % 1 Setiap kali ada subjek sejarah saya

membawa buku teks 0 10 36 54

2 Membaca topik berkaitan sebelum 18 49 33 0

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)  

96  

P&P 3 Membuat nota lebih awal sebelum

diajar 11 46 30 13

4 Mempunyai nota yang lengkap 3 18 48 31 5 Mempunyai nota tersusun dan kemas 3 21 51 25 6 Menghantar nota mengikut tarikh

ditetapkan 2 8 38 52

Berdasarkan jadual di atas, catatan menunjukkan jumlah pelajar yang sangat kerap

membawa buku teks mengikut jadual meningkat sebanyak 20% iaitu menjadi 54%

berbanding hanya 34% sebelum menggunakan EBeST. Hanya 10% sahaja yang jarang

membawa buku iaitu penurunan sebanyak 22%. Seterusnya 33% pelajar kerap membaca

iaitu peningkatan sebanyak 25% berbanding sebelum ini hanya 8% sahaja. Manakala dari

segi membuat nota sebelum menggunakan EBeST 96% pelajar mengakui tidak pernah

membuat nota sebelum prosep pengajaran dan pembelajaran. Namun, selepas dua bulan

hanya 11% pelajar yang mengakui tidak membuat nota sebelum proses pengajaran dan

pengajaran. Seterusnya peratus pelajar memiliki nota yang lengkap juga menunjukkan

peningkatan. Sebelum ini hanya 13% pelajar yang sangat kerap memiliki nota yang lengkap

tetapi selepas menggunakan EBeST selama dua bulan berlaku peningkatan sebanyak 18%

menjadikan 31% keseluruhannya. Amalan membaca dan membuat nota lebih awal ini turut

mempengaruhi sikap pelajar dari segi penghantaran nota. Sebelum mengggnakan EBeST

hanya 30% kerap menghantar nota tetapi selepas menggunakan EBeST meningkat menjadi

38%. Hanya 26% pelajar sangat kerap menghantar nota sebelum menggunakan EBeST.

Sebaliknya selepas menggunakan EBeST ini 52% pelajar sangat kerap menghantar nota.

Secara keseluruhannya, kajian ini telah memperlihatkan peningkatan amalan dari semua

aspek. Sesungguhnya mengubah sikap dan budaya individu atau sekelompok masyarakat

bukanlah sesuatu yang mudah. Perubahan sikap pelajar iaitu lebih rajin membawa dan

membaca buku teks sangat membanggakan saya. Berdasarkan pemerhatian saya juga,

pelajar semakin aktif sepanjang proses pembelajaran dan pengajaran sejak EBeST

digunkan. Kebanyakan pelajar bersedia dengan nota setiap kali sesi pembelajaran dalam

pengajaran bermula, Terdapat juga pelajar yang telah menyiapkan nota jauh lebih awal

berbanding topik yang sedang dipelajari. Teradapat pelajar yang sudah menyiapkan nota

sehingga bab 9 walaupun sesi persekolahan baru bermula. Pelajar juga semakin berani dan

berkeyakinan membuat laporan bertulis dan penerangan di hadapan rakan dan guru. Pelajar

juga menggunakan EBeST untuk menjayakan pelbagai aktiviti seperti debat, forum,

temubual, bercerita dan lain-lain.

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)  

97  

Kelebihan BBM ini turut diakui oleh pelajar. Antara komen mereka ialah:

i. Memudahkan mereka belajar

ii. Memudahkan pelajar mengingati fakta

iii. Memudahkan proses ulangkaji

iv. Mudah dibawa dan digunakan pada bila-bila masa

Pelajar juga mencadangkan agar:

i. Penggunaan EBeST diteruskan ke tingkatan lima

ii. EBeST diperluaskan dalam mata pelajaran lain

Jadual 3: Analisis Item Maklum Balas III (Selepas dua bulan menggunakan EBeST)

Skor/ ABM ini membolehkan saya…

1 (Tidak setuju)

2 (kurang setuju)

3 (Setuju)

4 (Sangat setuju)

% % % %1 Meminati subjek Sejarah 2 18 67 13 2 Mudah belajar Sejarah 0 16 66 18 3 Menguasai subjek Sejarah 2 36 52 10 4 Rajin belajar subjek Sejarah 0 33 57 10 5 Belajar Sendiri 10 18 51 21 6 Belajar berpasangan atau berkumpulan 3 15 48 34 7 Menguasai kemahiran mengenalpasti,

mengumpul, mengklasifikasikan dll.0 10 51 39

Berdasarkan dapatan di atas, 67% pelajar bersetuju dan 13% sangat setuju EBeST

menbolehkan mereka meminati subjek sejarah. Seterusnya 66% pelajar bersetuju dan 18%

sangat setuju EBeST memudahkan mereka belajar sejarah. Berikutnya, 52% pelajar

bersetuju EBeST membantu mereka menguasi subjek sejarah dan 10% pelajar pula

menyatakan sangat setuju. Seterusnya, 57% bersetuju EBeST membolehkan mereka rajin

belajar dan 10% lagi menyatakan sangat setuju. Seterusnya 51% setuju dan 39% sangat

setuju EBeST membolehkan mereka menguasai kemahiran pelbagai kemahiran berfikir.

Selain itu pelajar membuat komen tambahan iaitu EBeST memudahkan mengingati fakta,

memudahkan ulangkaji dan mudah dibawa dan digunakan. Berdasarkan dapatan ini, saya

mendapati pelajar sudah semakin bermotivasi dan berminat terhadap mata pelajaran

Sejarah. Pengajaran guru juga menjadi semakin mudah dan efektif serta tugas penyemakan

juga menjadi semakin mudah. Oleh itu, guru akan meneruskan dan menambah luas

penggunaan EBeST kerana keberkesanannya yang begitu terserlah. Keberkesanan EBeST

juga boleh dilihat melalui pencapaian pelajar Lima Daisy, Lima Everlasting dan Lima Fittonia

dalam peperiksaan SPM 2011.

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)  

98  

Jadual 4: Pencapian Pelajar Lima Daisy

PEPERIKSAAN A+ A A- B+ B C+ C D E G

PAT/T4 (2010) 0 0 0 0 0 1 0 1 14 25

SEM 2/T5 (2011) 0 1 0 0 0 1 3 6 8 20

SPM 2011 1 2 0 5 7 9 5 9 1 1

Jadual 5: Pencapian Pelajar Lima Everlasting

PEPERIKSAAN A+ A A- B+ B C+ C D E G

PAT/T4(2010) 0 0 0 0 0 0 0 3 8 35

SEM 2/T5 (2011) 0 0 0 0 0 0 1 3 4 30

SPM 2011 0 0 1 5 3 11 16 10 0 0

Jadual 6: Pencapaian Pelajar 5 Fittonia

PEPERIKSAAN A+ A A- B+ B C+ C D E G

PAT/T4(2010) 0 0 0 0 0 0 0 1 11 26

SEM 2/T5 (2011) 0 0 0 0 0 0 0 1 37

SPM 2011 0 1 0 0 2 2 9 9 11 7

11. Penutup

Tindakan yang telah dijalankan menunjukkan perubahan positif terhadap amalan dan minat

pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah. Pada pihak guru pula, tindakan ini juga telah

mengurangkan beban guru dari segi merancang dan menyediakan BBM kerana EBeST

boleh digunakan untuk semua tahap pelajar. Proses penyemakan hasil kerja pelajar juga

menjadi mudah dan cepat kerana guru hanya perlu membaca fakta-fakta ringkas yang

diperlukan sahaja. Oleh itu, penggunaan EBeST akan diteruskan dan guru akan terus

berusaha membuat penambahbaikan dan perubahan dari semasa ke semasa. Setakat ini,

EBeST telah dibentangkan dalam TEKNOPEN Peringkat Negeri Sabah 2012 dan

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Sejarah Peringkat Negeri Sabah 2012.

EBeST juga telah menyertai pameran peringkat kebangsaan iaitu sempena Himpunan

Guru Muda Satu Malaysia yang diadakan di negeri Sabah pada 23 Februari 2013.

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)  

99  

Rujukan

Buku Rekod Mengajar Guru sesi 2009

Buku Rekod Mengajar Guru sesi 2010

Mok Soon Sang, Ilmu Pendidikan Untuk KPLI, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd., Kuala Lumpur, 2002. Mary C. Mcmackin dan Nancy L. Witherell, Different Routes To The Same Destination: Drawing Conclusion With Tiered Graphic Organizers.2005. Debra McGregor, Developing Thinking Developing Learning: A Guide To Thinking Skill In Education. England.2007Marcia L. Rock, Graphic Organizers: Tool To Build Behavioral Literacy And Foster Emotionl Copentency, 2004.

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)  

100  

Lampiran Gambar

PELAJAR MEMBUAT KAJIAN PELAJAR MEMBUAT KAJIAN TEKS SECARA INDIVIDU SECARA BERPASANGAN

KAJIAN TEKS SECARA BERKUMPULAN

PELAJAR MEMBERI LAPORAN BERTULIS DAN LISAN

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)  

101  

PERBANDINGAN HASIL KERJA PELAJAR MELALUI AMALAN NOTA KONVENSIONAL DAN PENGGUNAAN EBeST

(TOPIK: KERAJAAN AGRARIA DAN KERAJAAN MARITIM)

Nota Konvensional ASPEK PERBANDINGAN EBeST

Tiga halaman Jumlah Halaman Satu halaman Pelajar tidak dapat melihat keseluruhan cerita dengan jelas yang ditulis dalam tiga halaman

Susunan Pelajar dapat melihat keseluruhan cerita dengan jelas dalam satu halaman

Berjela-jela, menyalin terus dari buku teks.

Kandungan Ringkas, padat dan tepat.

Memerlukan masa yang panjang, tenaga, dakwat dan kertas yang banyak untuk menulis

Penjimatan Jimat masa, tenaga dan dakwat untuk menulis.

Pelajar sukar membuat banding beza antara kerajaan

KBKK Pelajara boleh terus membanding beza antara dua kerajaan

Guru perlu membaca setiap ayat dan persembahan yang pelbagai.

Penyemakan Lebih mudah dan cepat kerana guru hanya perlu membaca catatan ringkas di ruang yang telah disediakan

Sukar difahami kerana berjela-jela sehingga meliputi tiga halaman.

Kefahaman Memudahkan kefahaman kerana pelajar dapat melihat keseluruhan cerita yang lengkap dan padat

Contoh nota dilampirkan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Contoh

h nota mengggunakan M

Seminar Pe

Modul EBe

Pendidikan Seja

102 

eST

arah dan Geoggrafi 2013 (UMMS, 29 – 30 OgOgos 2013) 

 

 

Contoh

h nota konvvensional

Seminar PePendidikan Seja

103 

arah dan Geoggrafi 2013 (UMMS, 29 – 30 OgOgos 2013) 

 

 

Seminar PePendidikan Seja

104 

arah dan Geoggrafi 2013 (UMMS, 29 – 30 OgOgos 2013) 

 

 

Seminar PePendidikan Seja

105 

arah dan Geoggrafi 2013 (UMMS, 29 – 30 OgOgos 2013)