draft manual garis panduan la21 ampang jaya 2015

20
Deraf MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA MANUAL : GARIS PANDUAN LOCAL AGENDA 21 AMPANG JAYA Nota : Sebarang ulasan/cadangan sila hubungi pegawai ini : Email : [email protected] [email protected]

Upload: duongquynh

Post on 31-Dec-2016

278 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Draft Manual Garis Panduan LA21 Ampang Jaya 2015

Deraf

MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA

MANUAL :

GARIS PANDUAN LOCAL AGENDA 21 AMPANG JAYA

Nota : Sebarang ulasan/cadangan sila hubungi pegawai ini :

Email : [email protected]

[email protected]

Page 2: Draft Manual Garis Panduan LA21 Ampang Jaya 2015

NO ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 TUJUAN MANUAL

2.0 LATAR BELAKANG

3.0 DEFINISI

4.0 CARTA BAHAGIAN AHLI JAWATANKUASA PROGRAM LA21

5.0 SUMBER KUASA

6.0 SKOP KERJA JAWATANKUASA KERJA LA21

7.0 PROSES KERJA

8.0 KONSEP PEMBANGUNAN MAMPAN

9.0 FUNGSI DAN TUJUAN PENUBUHAN LA21, MPAJ

10.0 STRUKTUR ORGANISASI LA21 MPAJ

11.0 SKOP KERJA JAWATANKUASA PEMANDU LA21, MPAJ

12.0 SKOP KERJA JAWATANKUASA KERJA LA21, MPAJ

13.0 PELAKSANAAN PROGRAM DAN AKTIVITI LA21, MPAJ

14.0 PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM

15.0 PENUTUP

KANDUNGAN

Page 3: Draft Manual Garis Panduan LA21 Ampang Jaya 2015

1.0 TUJUAN MANUAL

1.1 Sebagai rujukan dan panduan kepada warga MPAJ dan warga Ampang.

1.2 Menjadikan nilai-nilai pembangunan mampan ini sebagai satu agenda dalam

melaksanakan pembangunan sosial, ekonomi dan fizikal untuk penduduk Ampang.

1.3 Syarikat Pembuatan, Pembinaan, Perkhidamatan, Perdagangan dan lain-lain seperti

TNB dan IWK). Pelaksanaanya pula, ia diwujudkan untuk memandu pembangunan

Ampang ke arah tahap kualiti kehidupan yang sejahtera, di mana keperluan

kesejahteraan masyarakat, peluang pertumbuhan ekonomi dan kesihatan alam

sekitar diberi pertimbangam yang saksama.

1.4 Perlaksanaan Program Local Agenda 21 Ampang Jaya perlu dirancang dengan rapi

dan teliti. Memerlukan iltizam, komitmen, kepakaran dan perkongsian pintar antara

sektor awam, swasta dan semua golongan masyarakat. Semua pihak terutamanya

masyarakat setempat, perlu diberi peluang untuk memainkan peranan yang lebih

penting dalam memastikan kejayaan pelaksanaan program-program pembangunan

yang dirancang.

Page 4: Draft Manual Garis Panduan LA21 Ampang Jaya 2015

2.0 LATARBELAKANG

Garis Panduan ini disediakan bagi membantu Pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya untuk memandu hala

tuju perancangan pembangunan mampa di Ampang Jaya ke arah kemampanan dari aspek sosial, ekonomi

dan alam sekitar. Selain itu, untuk memastikan Majlis Perbandaran Ampang Jaya mempunyai rujukan yang

khusus kepada orang awam dan kakitangan MPAJ sendiri, Bagi menjalankan Program Local Agenda 21 ini,

garis panduan ini mengandungi perkara-perkara utama seperti tujuan, definisi, struktur organisasi, sumber

kuasa, proses kerja dan skop kerja.

2.1 DEFINISI

Dewan Bahasa mendefinisikan Mampan (mapan) sebagai kukuh mantap dan stabil. Suruhanjaya Dunia

mengenai Alam Sekitar dan Pembangunan mendefinisikan pembangunan-pembangunan mampan “

Pembangunan yang membolehkan generasi semasa memenuhi keperluannya tanpa mengkompromikan

kemampuan generasi mendatang memenuhi keperluan mereka” atau “development that mets the needs of

the present without compromising the ability of future generations to need their own need”.

Page 5: Draft Manual Garis Panduan LA21 Ampang Jaya 2015

PENGERUSI

Yang Dipertua, MPAJ

TIMBALAN PENGERUSI

Timbalan YDP @ Setiausaha MPAJ

URUSETIA

Unit Pembangunan Mampan

Jabatan Perancang Bandar MPAJ

BENDAHARI

Pengarah Kewangan MPAJ

3.0 CARTA BAHAGIAN AHLI JAWATANKUASA PROGRAM LOCAL AGENDA 21

Page 6: Draft Manual Garis Panduan LA21 Ampang Jaya 2015

4.0 SUMBER KUASA

Sumber kuasa yang menjadi rujukan jabatan bagi pelaksanaan manual adalah seperti berikut :

• Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)

• Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172)

• Pekeliling/arahan daripada Yang Di Pertua/Setiausaha

5.0 SKOP KERJA JAWATANKUASA KERJA LOCAL AGENDA 21, MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA

6.1 Jawatankuasa-jawatankuasa ini adalah bertindak untuk menggerakkan serta melaksanakan sebarang

program yang berkaitan dengan skop dan pelan tindakan masing- masing .

6.2 Skop jawatankuasa Kerja LA21 yang telah ditetapkan adalah seperti di Jadual ,Jadual 2, dan Jadual 3.

6.0 PROSES KERJA

Program Local Agenda 21 diurus setia oleh Unit Pembangunan Mampan, Jabatan Perancang Bandar. Aktiviti

kemasyarakatan dilaksanakan mengikut pelan tindakan yang telah disediakan melalui perbincangan bersama

penduduk dan pihak berkepentingan iaitu :-

1. Jawatankuasa Kerja Pelan Tindakan 1 - Ampang Jaya Prihatin Alam Sekitar

2. Jawatankuasa Kerja Pelan Tindakan 2 - Rakyat Harmoni Ampang Jaya Sejahtera

3. Jawatankuasa Kerja Pelan Tindakan 3 - Ampang Jaya Bebas Sampah

4. Jawatankuasa Kerja Pelan Tindakan 4 - Ekonomi Dinamik Ampang Jaya Berdaya Saing

5. Jawatankuasa Kerja Pelan Tindakan 5 - Ampang Jaya Bandar Selamat & Bebas Halangan

Page 7: Draft Manual Garis Panduan LA21 Ampang Jaya 2015

MENYEDIAKAN WAWASAN MASYARAKAT BERSAMA PENDUDUK

PERKONGSIAN AKTIVITI DAN PROGRAM LA21

ANALISIS ISU/MASALAH BERSAMA MASYARAKAT DI DALAM

MESYUARAT / BENGKEL

MENGELUARKAN PELAN TINDAKAN PROGRAM KEMASYARAKATAN

MENGADAKAN AKTIVITI / PROGRAM LOCAL AGENDA 21 BERSAMA

MASYARAKAT, AGENSI KERAJAAN DAN AGENSI SWASTA

MEMBUAT PENILAIAN SETIAP AKTIVITI / PROGRAM YANG

DILAKSANAKAN MELALUI BANCIAN PENDUDUK

MENGELUARKAN LAPORAN TAHUNAN LOCAL AGENDA 21,

AMPANG JAYA

7.0 Carta Alir Tatacara Pelaksanaan Local Agenda 21 di kawasan

Majlis Perbandaran Ampang Jaya

MENGADAKAN PEMANTAUAN KE ATAS SETIAP AKTIVITI /PROGRAN

YANG DILAKSANAKAN

Page 8: Draft Manual Garis Panduan LA21 Ampang Jaya 2015

8.0 FUNGSI DAN TUJUAN PENUBUHAN LOCAL AGENDA 21 AMPANG JAYA

8.1 Pihak Berkuasa Tempatan (Majlis Perbandaran Ampang Jaya)

8.1.1 Menjadi agen perantara menyalur maklumat, dasar dan peraturan Majlis.

8.1.2 Menggalakkan penyertaan semua pihak dalam setiap aktiviti yang dianjurkan.

8.1.3 Memantau aktiviti / program yang dijalankan.

8.1.4 Membuat perancangan pembuangan sisa pepejal yang bersistem dan diuruskan oleh pihak yang

professional.

8.1.5 Menggalakkan pembangunan mampan bersepadu yang berasakan konsep pembinaan hijau.

8.1.6 Mempertingkatkan syarat kelulusan pembangunan dengan menggunapakai konsep EIA yang menyeluruh.

8.1.7 Memperkasakan pemantauan dalam pengurusan alam sekitar untuk mewujudkan satu persekitaran yang

sihat dan bersih.

8.1.8 Mewujudkan pelbagai kaedah kreatif untuk menyebarluaskan maklumat untuk menggalakkan penglibatan

semua pihak yang berkepentingan.

8.1.9 Menyediakan pelan tindakan strategi menyeluruh sebagai garis panduan yang khusus di semua peringkat

pelaksanaan oleh agensi pelaksana, badan swasta sebagai satu pasukan.

8.1.10 Bersama dengan orang awam dan sektor swasta sebagai satu pasukan.

Page 9: Draft Manual Garis Panduan LA21 Ampang Jaya 2015

8.2 Masyarakat ( Persatuan Penduduk / Orang Awam / Pertubuhan Bukan Kerajaan / NGO )

8.2.1 Berkongsi tanggungjawab merancang, mengurus, melaksana dan memantau pembangunan setempat

8.2.2 Masyarakat setempat bebas menyuarakan pandangan dan pendapat serta mengemukakan cadangan

dalam pelbagai perkara yang mempunyai kepentingan diperolehi dan pertimbangkan.

8.2.3 Keputusan mengenai pembangunan dibuat hanya selepas pandangan pelbagai pihak berkepentingan

diperolehi dan dipertimbangkan.

8.2.4 Pertemuan, perbincangan dan bengkel merupakan pemain utama dalam proses pembangunan

mampan.

8.2.5 Bersama dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan sektor swasa sebagai satu pasukan.

8.3 Sektor Swasta ( Syarikat pembuatan, Pembinaan, Perkhidmatan, Perdagangan dll seperti TNB / IWK dll )

8.3.1 Bersama-sama dengan kumpulan berkepentingan dalam proses membuat keputusan, merancang dan

melaksana pembangunan setempat.

8.3.2 Sektor swasta diberi peluang sepenuhnya dan digalak untuk melibatkan diri secara aktif dalam proses

membuat keputusan mengenai pembangunan di peringkat tempatan.

8.3.3 Pihak swasta digalakkan membiayai atau bersama-sama bertanggungjawab ke atas program / altiviti

yang telah dirancangkan.

8.3.4 Pihak media dan para ilmuan memperbanyakkan bahan penulisan atau rencana untuk mendidik dan

mewujudkan kesedaran awam akan peluang dan pentingnya penglibatan mereka dalam menangani isu-

isu setempat.

8.3.5 Bersama dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan orang awam sebagai satu pasukan.

Page 10: Draft Manual Garis Panduan LA21 Ampang Jaya 2015

BIL PERANAN DAN BIDANG TUGAS

1. Mesyuarat setiap 3 bulan sekali sekurang-kurangnya atau apabila perlu.

2. Memantau dan meluluskan semua jenis aktiviti yang mengikut prosedur serta didokumenkan dengan

jelas oleh setiap Jawatankuasa Kerja LA21.

3. Meluluskan peruntukan kewangan bagi setiap program dan aktiviti yang diranvang mengikut

pembahagian peruntukan.

4. Memberi perhatian kepada keperluan teknikal dari segi pengumpulan, pengurusan dan penjanaan semula

maklumat untuk melaksanakan program-program LA21.

5. Menjalinkan kerjasama antara kumpulan berkepentingan.

9.0 STRUKTUR ORGANISASI LOCAL AGENDA 21 (LA21),MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA

9.1 Struktur Organisasi LA21 , MPAJ terbahagi kepada dua peringkat iaitu Jawatankuasa Induk LA21 dan

Jawatankuasa Kerja LA21 seperti di Rajah 1 dan Rajah 2.

9.2 Peranan dan Bidang Tugas Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Kerja LA21.MPAJ adalah seperti di

Jadual 4, Jadual 5 dan Jadual 6.

10.0 SKOP KERJA JAWATANKUASA INDUK LOCAL AGENDA 21, AMPANG JAYA

10.1 Jawatankuasa Induk bertindak sebagai urusetia atau penyelaras untuk membantu Jawatankuasa Kerja LA21

MPAJ melaksanakan sebarang program yang berkaitan dengan skop dan pelan tindakan masing-masing

yang telah dikenalpasti.

10.2 Skop Jawatankuasa Induk LA21 yang telah ditetapkan adalah seperti di Jadual 7.

Jadual 1 : Peranan dan Bidang Tugas Jawatankuasa Induk

Page 11: Draft Manual Garis Panduan LA21 Ampang Jaya 2015

BIL PERANAN DAN BIDANG TUGAS

1. Setiap Jawatankuasa Kerja akan diwakili oleh Ahli Majlis yang bertindak sebagai Pengerusi sekaligus berperanan untuk menjadi

penghubung setiap pelaksanaan pelan tindakan yang dirancang di peringkat PBT disalurkan kepada masyarakat terutamanya di

Zon masing-masing.

2. Mengadakan satu mesyuarat Jawatankuasa Kerja yang kerap atau sekurang-kurangnya setiap satu bulan sekali atau apabila

perlu.

3. Merancang, memantau setiap program dan aktiviti untuk pembangunan yang mampan serta berkait rapat dengan setiap pelan

tindakan.

4. Memastikan penglibatan yang baik dari semua golongan masyarakat bagi setiap program dan aktiviti yang dirancang untuk

dilaksanakan.

5. Membantu pihak Jawatankuasa Induk untuk melaksana dan memantau sebarang program dan aktiviti.

6 Menyediakan laporan pelaksanaan program yang lengkap kepada pihak Urusetia JK Induk LA 21 Ampang Jaya; dan

7 Lain-lain peranan dan tugas yang bertanggungjawab dan ditentukan dari masa ke masa.

Jadual 2 : Peranan Dan Bidang Tugas JK Kerja Local Agenda 21 Ampang Jaya (Pengerusi)

BIL PERANAN DAN BIDANG TUGAS

1. Setiausaha Jawatankuasa Kerja dilantik dari Pegawai Dalaman MPAJ seperti Ketua Jabatan, Ketua Bahagian dan Ketua Unit.

2. Membantu Pengerusi Jawatankuasa Kerja dalam memberi input terhadap setiap pelan tindakan masing-masing. Pelan tindakan

yang dibuat perlulah menepati setiap skop Jawatankuasa Kerja itu sendiri sebagai contoh :

i. Menjadikan Tandas–tandas Awam di sekitar Kawasan Majlis Perbandaran Ampang Jaya bersih ( Jawatankuasa Kerja Alam

Sekitar )

ii. Mengurangkan gejala kurang sihat di kalangan masyarakat (Jawatankuasa Kerja Ekonomi dan Sosial )

3. Membantu Pengerusi Jawatankuasa Kerja untuk mencadangkan dan menyediakan program, projek dan aktiviti untuk meluluskan

pelaksanaan dan peruntukan kewangannya oleh Jawatankuasa Induk LA 21.

4. Membantu membuat pelaporan bagi setiap aktiviti dan program LA21 untuk diserahkan kepada pihak urusetia teknikal.

5. Bertanggungjawab dalam urusan teknikal.

6. Memberi sokongan maklumat dan kesetiausahaan.

Jadual 3 : Peranan Dan Bidang Tugas JK Kerja Local Agenda 21Ampang Jaya, ( Setiausaha )

Page 12: Draft Manual Garis Panduan LA21 Ampang Jaya 2015

BIL SKOP KERJA

1. Motivasi dan Kesedaran Awam

ii. Aktiviti pendidikan berteraskan pembangunan mampan.

ii. Mengadakan lawatan untuk berkongsi pengalaman.

iii. Mengadakan pameran untuk pemakluman orang awam.

2.

Penyediaan Laporan.

i. Menyediakan garis panduan kepada semua jawatankuasa kerja sebagai panduan dalam memastikan program local agenda 21

dilaksanakan berterusan.

ii. Mengadakan bengkel untuk analisis program-program yang telah dijalankan untuk penambahbaikan.

Jadual 4 : Skop Kerja JK Induk Local Agenda 21 Majlis Perbandaran Ampang Jaya.

11.0 SKOP KERJA JAWATANKUASA KERJA LOCAL AGENDA 21, AMPANG JAYA

11.1 Jawatankuasa-jawatankuasa ini adalah bertindak untuk menggerakan serta melaksanakan sebarang program

yang berkaitan dengan skop dan pelan tindakan masing-masing.

11.2 Skop Jawatankuasa Kerja LA 21 yang telah ditetapkan adalah seperti di Jadual 5,Jadual 5, Jadual 6 dan

Jadual 7.

Page 13: Draft Manual Garis Panduan LA21 Ampang Jaya 2015

BIL PERKARA

1.

Pengwujudan Imej Daerah Hulu Langat, Gombak Dan Setapak

i. Pencerian fasad premis perniagaan.

ii. Lampu hiasan yang menonjolkan warisan.

iii. Pintu gerbang di setiap pintu masuk taman .

iv. Penyusunan semula gerai-gerai haram.

v. Menaiktaraf penyediaan perabut-perabut jalan seperti papan tanda nama jalan dan sebagainya.

2.

Mengatasi Banjir

i. Akitiviti gotong-royong dan pembersihan parit yang tersumbat.

ii. Sentiasa memastikan parit-parit di sekitar taman perumahan bebas daripada sampah sarap dan rumput terbiar.

3.

Lampu Jalan

i. Menyediakan lampu jalan ditempat yang sunyi seperti di lorong belakang rumah dan kedai.

ii. Pemantauan lampu jalan daripada rosak dan memastikan setiap jalan berfungsi lampu jalannya.

4. Kemudahan Orang Kurang Upaya

i. Menyediakan dan memperbanyakkan tempat letak kereta bagi Orang Kurang Upaya di kawasan-kawasan utama dan di pusat Bandar.

ii. Menyediakan „RAM‟ bagi kegunaan orang kurang upaya di kawasan tumpuan ramai ( Bank, Klinik, Pejabat Kerajaan dan lain-lain).

4.

Pencemaran

I. Bertindak proaktif seperti membuat pemantauan sebelum menerima sebarang aduan .

ii. Perketatkan lagi sistem pemantauan bagi semua aktiviti gunatanah di kawasan Majlis Perbandaran Ampang Jaya.

5.

Motivasi Dan Kesedaran Awam

i. Aktiviti pendidikan berteraskan kesihatan dan persekitaran.

ii Kempen dan pertandingan kebersihan.

iii Mengadakan lawatan untuk berkongsi pengalaman

.

Jadual 5 : Skop Kerja JK Kerja Local Agenda 21, Pelan Tindakan 1 (Ampang Jaya Prihatin Alam Sekitar)

Pengerusi : Ahli Majlis

Setiausaha : Pengarah Jab Kejuruteraan

Page 14: Draft Manual Garis Panduan LA21 Ampang Jaya 2015

BIL PERKARA

1.

Menangani Gejala Sosial Dan Vendalisme

i) Mengalakan kegiatan kemasyarakatan terhadap golongan remaja termasuk menyertai badan-badan NGO seperti RELA,

JPA .

ii) Menubuhkan jawatankuasa atau badan penguatkuasaan / pemerhati khusus terhadap remaja setiap taman. Gabungan

antara badan-badan NGO seperti Persatuan Penduduk, JKKP, Jawatankuasa Masjid, Rukun Tetangga.

iii) Mengalakan penubuhan „Rakan Cop‟ di setiap taman perumahan dan kawasan kampung.

iv) Mengadakan gotong-royong untuk membersihkan kawasan rumah yang terhalang dari penglihatan dan memantau

rumah kosong untuk menghindari berlakunya gejala-gejala social.

2.

Penanaman Landskap , Keceriaan dan Pemeliharaan Alam Sekitar

i. Penanaman pokok-pokok dan juga penyediaan landskap kejur seperti perabot-perabot taman di taman awam .

ii. Kempen bumi hijau .

iii. Program „Satu Rumah Satu Pokok Herba‟

iv. Projek laman dapur dimana sayur-sayuran boleh ditanam (edible garden)

v. Gotong-royong

vi. Mempertingkatkan kawalan bagi pemeliharaan dan pemulihan kawasan air (water bodies) terutama sungai dan laut .

3.

Motivasi dan Kesedaran Awam

i. Mengadakan ceramah yang melibatkan ibu-bapa dan anak-anak muda bagi mengatasi masalah social,

ii. Menwujudkan garis panduan kepada murid sekolah dan belia merngenai peranan mereka kepada bangsa, agama dan

Negara.

iii. Memperbanyakan program ilmiah .

iv. Mengadakan lawatan untuk berkongsi pengalaman.

Jadual 6 : Skop Kerja JK Kerja Local Agenda 21 , Pelan Tindakan 2 (Rakyat Harmoni Ampang Jaya Sejahtera )

Pengerusi : Ahli Majlis

Setiausaha: Pengarah Jab.Belia dan Masyarakat

Page 15: Draft Manual Garis Panduan LA21 Ampang Jaya 2015

BIL PERKARA

1.

Kerja-kerja penyelenggaraan sampah.

i. Satu premis satu tong sampah.

ii. Penggunaan beg mesra alam.

iii. Kerja-kerja pengutipan sampah mengikut jadual dan kenderaan pungutan sampah mempunyai system licik yang

sempurna dan penyelenggaraan yang sistematik.

iv. Perancangan pembuangan sisa pepejal yang bersistem dan mendapat kerjasama dari pihak masyarakat umim.

2.

Sistem Saliran

i. Kebersihan longkang dari kawasan perumahan ke parit utaama / sungai.

ii. Penggunaan perangkap gris dan sisa makanan bagi restoran / gerai makanan.

iii. Sistem kunci air ( pengawalan semasa air pasang surut )

iv. Bengkel membaiki kereta dan motor hendaklah memastikan minyak pelincir dan gris tidak dibuang ke dalam longkang.

Jadual 7 :Skop Kerja JK Kerja Local Agenda 21 , Pelan Tindakan 3 (Ampang Jaya Bebas Sampah)

Pengerusi : Ahli Majlis

Setiausaha: Pengarah Jab.Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan

Page 16: Draft Manual Garis Panduan LA21 Ampang Jaya 2015

Jadual 8 :Skop Kerja JK Kerja Local Agenda 21 , Pelan Tindakan 4(Ekonomi Dinamik Ampang Jaya Berdaya saing)

Pengerusi : Ahli Majlis

Setiausaha: Pengarah Jab.Pelesenan

BIL PERKARA

1.

Program Menangani Kemiskinan Bandar

i. Sebagai Unit Penyelaras Di Peringkat Daerah bagi program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) di bawah

KPKT. Pendapatan RM 750.00 kebawah bagi seisi keluarga dan perkapita RM185.00.boleh memohon bantuan

KPKT melalui PBT.

ii. Membuat hebahan dan penerangan kepada semua penduduk melalui wakil jawatankuasa Perwakilan Penduduk

Mengikut Zon.

2.

Pembangunan Golangan Wanita, Golangan Orang Kurang Upaya (OKU),Ibu tunggal dan Golongan Belia

i. Mengukuhkan Mekanisme memajukan wanita khususnya ibu tunggal, kebajikan golongan OKU , kanak-kanak dan

golongan belia dengan melibatkan agensi-agensi luar dan juga NGO.

3. Kemudahan Kepada Peniaga

i. Mewujudkan pusat perniagaan dan bazaar setempat .

Page 17: Draft Manual Garis Panduan LA21 Ampang Jaya 2015

Jadual 9:Skop Kerja JK Kerja Local Agenda 21 , Pelan Tindakan 5(Ampang Jaya Bandar Selamat & Bebas Halangan)

Setiausaha: Pengarah Jab.Perancang Bandar

BIL PERKARA

1.

i. Mengenalpasti lokasi projek untuk pelaksanaan kawasan bandar selamat dan kemudahan OKU .

ii. Memantau dan melaporkan program agensi terlibat kawasan „hotspot‟ .

iii. Kerjasama dengan agensi terlibat seperti PDRM , AADK ,Imegresen

iv. Pengawasan dan pemerhatian pada waktu siang oleh kaum wanita .

Page 18: Draft Manual Garis Panduan LA21 Ampang Jaya 2015

13.0 PELAKSANAAN PROGRAM DAN AKTIVITI LOCAL AGENDA 21, AMPANG JAYA

13.1 Setiap program dan aktiviti perlulah berpandukan kepada pelan tindakan yang telah digariskan seperti di

Jadual 4 untuk Jawatankuasa Induk dan Jadual 5, Jadual 6 dan Jadual 7 untuk Jawatankuasa Kerja.

13.2 Aktiviti dan program perlu mendapat kelulusan Pengerusi Jawatankuasa Kerja LA21 dan Yang DiPertua

sebelum ia dilaksanakan.

13.3 Setiap Jawatankuasa Kerja perlu memberi perhatian kepada aktiviti dan program yang dipertingkatkan untuk

dilaksanakan. Ianya adalah merangkumi perkara-perkara berikut.

13.3.1 Perayaan yang menggalakkan penyertaan semua kaum seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina,

Deepavali dan Krismas.

13.3.2 Program sosial seperti gotong-royong, Majlis Tahlil, kenduri rakyat, program anak angkat dan sebagainya.

13.3.3 Program berbentuk pendidikan seperti penjagaan alam sekitar, taklimat pengindahan landskap,lawatan ke

tempat bersejarah/berteknologi tinggi, ceramah motivasi diri dan sebagainya.

14.0 PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM

14.1 Jika terdapat apa-apa pertikaian mengenai tafsiran, pengertian, maksud atau erti mana-mana perkara dalam

garis panduan ini atau perbahasan yang terkandung dalam perkara itu, mana tafsiran, pengertian, maksud

atau erti yang ditentukan dan ditetapkan oleh Jawatankuasa Induk Local Agenda 21 adalah muktamad.

14.2 Jika berlaku sesuatu akibat atau sesuatu keadaan di mana tidak ada kaedah kaedah tertentu dalam garis

panduan ini, tafsiran dalam Jawatankuasa Induk Local Agenda 21, bagi kepentingan semua pihak dan

menurut undang-undang dan acara yang berhubung dengan pertubuhan adalah muktamad.

14.3 Jawatankuasa Pemandu Local Agenda 21 boleh membuat kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan yang

tidak berlawanan dengan peruntukan-peruntukan garis panduan ini bagi melaksanakan yang berkesan akan

peruntukan-peruntukan garis panduan ini dan tujuan-tujuannya.

14. Jika terdapat kaedah tertentu dalam garis panduan ini atas segala hal yang berkaitan dengan pengurusan,

kaedah pengurusan yang piawai bagi pentadbiran sesuatu jabatan atau persatuan boleh digunakan.

Page 19: Draft Manual Garis Panduan LA21 Ampang Jaya 2015

15.0 PENUTUP

LA21 merupakan suatu program yang menekankan penglibatan tiga pihak iaitu PBT, Masyarakat dan sektor

swasta bekerjasama untuk merancang dan menguruskan kawasan persekitaran ke arah pembangunan mampan

dan kualiti hidup yang lebih tinggi.

Oleh kerana kebanyakan masalah dan penyelesaian yang ditangani oleh LA21 berakar umbi dalam kegiatan

tempatan, maka penyertaan dan kerjasama MPAJ (PBT) menjadi faktor penentu bagi mencapai matlamat ini .

Justeru itu, program /aktiviti LA21 dijangka dapat membantu dalam usaha pemantapan dan memberi

penambahbaikan bagi setiap pelaksanaan Program LA21 Ampang Jaya.

Page 20: Draft Manual Garis Panduan LA21 Ampang Jaya 2015