disiplin sejarah

15
SEJARAH SEBAGAI SATU DISIPLIN PENDAHULUAN Sejarah merupakan suatu disiplin ilmu yang tersendiri. Ia adalah suatu ilmu pengetahuan yang mempunyai prinsip atau kaedah-kaedahnya yang berbeza dengan disiplin ilmu yang lain. Namun, timbul pertikaian yang berterusan hingga kini di kalangan para sarjana di dunia ini kerana kesangsian mereka semata-mata terhadap kedudukan sejarah itu sebagai suatu disiplin ilmu yang yang tersendidri. Secakhususnya, sejarah ialah suatu ilmu pengetahuan yang cuba melihat masa lampau melalui masa kacamata masa kini. Inilah keistimewaan yang dimiliki oleh ilmu sejarah yang tidak ada pada ilmu-ilmu lain. Secara umumnya, sejarah merupakan penyelidikan terhadap peristiwa yang lalu. Rekod-rekod yang terdahulu diselidiki pula oleh para sejarawan untuk mengkaji sejarah dan peristiwa yang telah berlalu. Oleh itu segala rekod yang terdahulu serta peristiwa yang telah berlaku itu biasanya dianggap sebagai sejarah. Namun begitu terdapat juga golongan yang berpendapat sejarah tidak mempunyai kepentingan dan tidak mempunyai tujuan tertentu. Mereka menganggap sejarah sebagai peristiwa yang lampau yang turut disamakan dengan berita lapuk dan usang. Keadaan sedemikian berterusan sehingga kini terutama dikalangan golongan pascamoden yang merasakan sejarah tidak mempunyai makna yang jelas. Namaun begitu, ilmu sejarah merupakan ilmu yang penting dalam membentuk sesebuah masyarakat dan Negara

Upload: gee-zainurdin

Post on 31-Dec-2015

414 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: DISIPLIN SEJARAH

SEJARAH SEBAGAI SATU DISIPLIN

PENDAHULUAN

            Sejarah merupakan suatu disiplin ilmu yang tersendiri. Ia adalah suatu ilmu pengetahuan

yang mempunyai prinsip atau kaedah-kaedahnya yang berbeza dengan disiplin ilmu yang lain.

Namun, timbul   pertikaian yang berterusan hingga kini di kalangan para sarjana di dunia ini kerana

kesangsian mereka semata-mata terhadap  kedudukan sejarah itu sebagai suatu disiplin ilmu yang

yang tersendidri. Secakhususnya, sejarah ialah suatu ilmu pengetahuan yang cuba melihat masa

lampau melalui masa kacamata masa kini. Inilah keistimewaan yang dimiliki oleh ilmu sejarah yang

tidak ada pada ilmu-ilmu lain.

            Secara umumnya, sejarah merupakan penyelidikan terhadap peristiwa yang lalu. Rekod-

rekod yang terdahulu diselidiki pula oleh para sejarawan untuk mengkaji sejarah dan peristiwa yang

telah berlalu. Oleh itu segala rekod yang terdahulu serta peristiwa yang telah berlaku itu biasanya

dianggap sebagai sejarah.

            Namun begitu terdapat juga golongan yang berpendapat sejarah tidak mempunyai

kepentingan dan tidak mempunyai tujuan tertentu. Mereka menganggap sejarah sebagai peristiwa

yang lampau yang turut disamakan dengan berita lapuk dan usang. Keadaan sedemikian berterusan

sehingga kini terutama dikalangan golongan pascamoden yang merasakan sejarah tidak mempunyai

makna yang jelas. Namaun begitu, ilmu sejarah merupakan ilmu yang penting dalam membentuk

sesebuah masyarakat dan Negara

ISTILAH DAN PENGERTIAN SEJARAH

            Ilmu sejarah yang kita pelajari atau yang ada pada kita pada hari ini merupakan bidang ilmu

yang dibawa masuk dari peradaban barat dengan dilakukan beberapa perubahan dan pertambahan

supaya ia selaras dengan keadaan dan kehendak tempatan. Di barat juga pewujudan ilmu sejarah itu

sebagai suatu bidang pengajian ataupun disiplin yang tersendiri hanyalah bermula pada kira-kira

pertengahan kurun ke-19.

            Secara umumnya sejarah mempunyai banyak pengertian, sebagai contoh pengertian sejarah

dari pandangan timur, barat dan pandangan daripada sejarawan. Di dalam bahasa kita, sejarah itu,

secara penegertian kita yang terus, diertikan oleh Kamus Dewan sebagai sastera lama, asal-

usul(keturunan) salasilah, peristiwa yang benar-benar berlaku di waktu yang lampau, kisah riwayat,

tambo, dan ilmu sejarah iu ialah kajian atau pengetahuan mengenai peristiwa yang telah lalu.

Page 2: DISIPLIN SEJARAH

            Di dalam bahasa asing, khusunya di barat, perkataan sejarah itu disamakan dengan

perkataan  history (bahasa Inggeriss) yang pada asanya berasal daripada perkataan Yunani purba,

historia, yang bererti penyelidikan.

            Di alam Melayu pula, istilah sejarah yang disamaertikann dengan History dikatakan berasal

daripada perkataan Arab iaitu syajarah  yang bererti  pokok. Sestengah sejarawan seperti Drs.

T.Ibrahim Alfian dan Pyan Husayn mengatakan kemungkinan sejarah berasal daripada perkataan

Arab iaitu Syajaratun  yang bermaksud pohon atau pokok yang akhirnya membawa erti salasilah,

riwayat, keturunan, dan asal usul.

            Pengertian dan istilah sejarah juga dapat dirujuk daripada pandangan para sejarawan.

Terdapat banyak pandangan-pandangan daripada sejarawan. Pandangan mereka ini berbeza-beza

mengikut definisi dan tafsiran mereka tentang sejarah.

            Sebagai contoh pandangan daripada manusia yang digelar ‘bapa sejarah’ iaitu Herodatus.

Herodatus  merupakan orang yang pertama menggunakan perkataan sejarah atau historia dalam

karyanya iaitu Histories yang bermaksud penyelidikan atau penyiasatan terhadap segala peristiwa

silam mahupun sezaman. Beliau telah membuat pengkajian yang mendalam terhadap segala

peristiwa yang ditulisnya agar karyanya menjadi karya yang berasaskan peristiwa yang sebenarnya

berlaku.

 sejarawan yang bernama Leopold Von Ranke  merupakan ahli fikir sejarah dari Jerman

beliau telah menimbulkan suatu tradisi pensejarahan yang sangat kuat pengaruhnya pada bahagian

akhir kurun kesembilan belas sehinggalah bahagian-bahagian awal kurun yang kedua puluh ini.

Suatu teori pensejarahan beliau yang sangat mengkagumkan sejarawan sezamannya ialah bahawa

sejarah itu haruslah dikaji wie es eigentlich gewesen ataupun “seperti sebenarnya berlaku.”

Pandangan beliau ini dapat dirumuskan sejarah merupakan sesuatu yang peristiwa yang benar-

berlaku pada masa lalu dan tidak bercampur aduk dengan dongeng  serta khayalan yang tidak

berasas. Baginya sejarah haruslah dikaji dengan hati-hati kerana ia adalah peristiwa yang unik serta

mempunyai taraf yang sama antara satu sama lain atas hakikat bahawa setiap satunya adalah ciptaan

yang maha berkuasa belaka.

            Selain daripada pandangan Leopold von Ronke, terdapat sejarawan yang lain memberikan

pandangan dan tafsiran tentang sejarah. Menurut E.H. Carr, mengatakan sejarah itu satu proses

interaksinya yang berterusan di antara sejarawan dengan fakta-faktanya, suatu dialog yang tidak

putus-putus diantara sejarawan dengan fakta-faktanya, suatu dialog yang tidak putus-putus diantara

masa kini dengan masa lalu. Pandangan beliau ini dapat disimpulkan sejarah adalah perkara yang

berterusan dari zaman lampau. Sejarah adalah berkait dan tidak dapat lari dari pekara yang berlaku

ketika dahulu dan pada zaman sekarang. Menurut sejarawan Britain yang bernama R.G.

Collingwood pula, menyatakan sejarah itu merupakan pemikiran.Benedetto Croce pula memberikan

Page 3: DISIPLIN SEJARAH

pengertian, bahawa sejarah itu adalah sejarah sezaman.Pandangan beliau ini dapat disimpulkan

bahawa sejarah itu adalah perkara yang merangkumi peristiwa yang berlaku pada masa dahulu dan

dikatkan dengan perkara yang terjadi sekarang.

 Rentetan daripada pandangan yang diberikan oleh Leopold von Ranke telah menyebabkan

kepada perkembangan ilmu pensejarahan itu, iaitu dengan munculnya pula beberapa orang

sejarawan yang merasakan bahawa penulisan sejarah yang saintifik, lengkap dan muktamad akan

dapat dilakukan dalam sedikit masa lagi. J.B.Burry merupakan sejarawan  yang penuh yakin

mengatakan bahawa sejarah itu sains, tidak kurang dan tidak lebih. Pandangan ini tidak dapat

dipersetujui oleh sesetengah sejarawan. Bagi mereka sejarah bukanlah sains dan tidak perlu

dianggap seperti demikian. Pandangan ini juga dianggap tidak munasabah dan tidak boleh

dilaksanakan. Antara sejarawan yang menentang pandangan bahawa sejarah itu adalah saintifik

ialan E.H.Carr, R.G.Collingwood dari Britain, Benedetto Croce dari Itali dan Charles A. Beard dari

Amerika.

            A.Marwick pula membahagikan makna sejarah kepada tiga tahap atau bahagian. Pertama,

sejarah merupakan konotasi tentang keseluruhan masa lalu manusia yang sebenarnya  telah berlaku.

Kedua konotasi terhadap percubaan manusia untuk menggambar dan mentafsirkan masa lalu.

Ketiga sejarah adalah suatu disiplin ilmu pengetahuan yang telah mantap atau sekurang-kurangnya

setanding dengan ilmu falsafah, matematik, sains dan ilmu-ilmu lain.        

            Terdapat juga sejarawan-sejarawan lain yang turut memberikan definisi dan pandangan

mereka tentang sejarah. Sebagai contoh R.Suntharalingam melalui bukunya yang bertajuk

pengenalan kepada sejarah, beliau menyatakan sejarah sebagai satu ilmu pengetahuan yang

mencakupi segala hal. Ini kerana sejarah merupakan sesuatu perkara yang telah berlaku yang boleh

dijadikan panduan atau landasan dalam semua aspek termasuk ekonomi social dan politik.

Sejarawan Indonesia yang bernama Sidi Ghazalba melihat tahap-tahap perubahan tenggapan

terhadap sejrah dan lantas makna istilah sejarah itu menerusi tahap-tahap perkembangan budaya

(Melayu/Indonesia) melalui proses akulturasi dengan Islam dan Barat dari sejak dari kurun ke-13

dan kurun ke-15. Seorang lagi sejarawan Indonesia yang bernama Sartono Kartodijo pula cuba

membahagikan pengertian sejarah kepada dua bahagian iaitu sejarah dalam erti kata yang subjektif

dan objektif. Pada pandangan beliau sejarah yang subjektif adalah suatu binaan peristiwa yang

disusun oleh penulis sebagai satu cerita atau harian. Manakala sejarah dalam erti kata yang objektif

menujukkan kepada kejadian atau peristiwa itu sendiri iaitu proses dalam keadaan yang sebenarnya

berlaku. DR.Radar Krishnan pula mendefinisikan sejarah sebagai ingatan oleh sesuatu bangsa dan

negara.

            Selain itu juga terdapat sejarawan barat yang lain turut memberi pandangan tentang

pengertian tentang sejarah, sebagai contoh A.L.Rowse memberi pengertian sejarah dari segi

Page 4: DISIPLIN SEJARAH

keseluruhan masa lalu bagi keseluruhan benda, peristiwa, alam, manusia, haiwan ataupun makhluk

secara amnya. R.O.Winstedt pula memberi pengertian, sejarah berasal daripada perkataan Arab.

Beliau mengertikan sejarah itu sebagai salasilah, tawarikh, atau babad. Menurut Henry Johnson

pula, sejarah adalah sesuatu perkara mendalam tentang kejadian yang telah berlaku.

            Sejarawan Islam yang terkenal juga iaitu Ibnu Khaldun juga turut menberikan

pandangannya tentang pengertian sejarah. Belaiau menyatakan bahawa sejarah itu merupakan

catatan tentang masyarakat manusia, atau peradaban dunia. Tentang perubahan yang telah berlaku

pada sifat-sifat masyarakat itu seperti kebiadaban, keramahan dan perasaan dan perasaan setia

kawan segolongan, tentang revolusi dan pemberontakan sesuatu golongan manusia terhadap

manusia lainnya dengan mengakibatkan terbentuknya kerajaan dan Negara. Bersama-sama rakyat

jelatanya yang mempunyai berbagai-bagai ilmu pengetahuan dan pertukangan dan pada umumnya

tentang semua perubahan bentuk yang dijalani oleh masyarakat itu menurut sifatnya. Selain itu,

Tagore juga turut memberikan buah fikirannya tentang pengertian sejarah. Beliau menyatakan,

hanya terdapat satu sahaja sejarah iaitu sejarah manusia.

KEPENTINGAN ILMU SEJARAH KEPADA MASYARAKAT

Kepentingan ilmu sejarah kepada masyarakat antaranya ialah sejarah sebagai sumber abstrak

dan nyata.Masa lalu merupakan sumber abstrak dan juga nyata bagi manusia untuk

menjalani kehidupan yang beerti lagi berkeyakinan. Sejarah dikatakan sebagai abstrak

kerana mustahil bagi seorang manusia menghidupkan kembali dari segi jasadnya peristiwa yang

telah berlaku. Kita mungkin pernah menyaksikannya,tetapi apabila kita mengingatnya kembali,kita

tidak dapat mengingatnya, apatah pula menghidupkan kembali keseluruhan peristiwa yang telah

kita saksikan itu.Sejarah juga merupakan sumber abstrak kerana setengah daripada kita gagal

memahaminya sungguhpun kita memerlukannya.Manakala sejarah dikatakan sebagai sumber yang

nyata kerana kita dapat membentuknya atau menggambarkannya kembali walaupun tidak

sepenuhya,walaupun ia tidak nyata seperti asalnya.Setiap kejadian yang cuba kita wujudkan

kembali,walau sekecil sekalipun sesuatu peristiwa itu,sebenarnya pernah berlaku pada kita ataupun

pada orang lain pada suatu ketika dahulu dan kesannya masih ada sama ada pada

tubuh,jiwa,mahupun,ingatan ataupun pada benda-benda yang lain.

Seterusnya,sejarah sebagai petunjuk kepada masyarakat. Hakikat ini mestilah dilihat dari

segi kesedaran setiap insan itu tentang segala pengalaman,kewarasan dan kekuatan azam serta cita-

citanya.Seseorang itu mestilah menyedari kenyataan kehidupannya dan kemudian bertindak untuk

mengatasinya. Tetapi tidak semua orang yang pernah gagal ataupun yang serba kekurangan dapat

dan mahu bangun menebus kembali kedaifan hidupnya. Sesetengahnya ada yang rela meragut

nyawanya sendiri akibat berlaku kegagalan dalam hidupnya seperti bankrap dalam perniagan

Page 5: DISIPLIN SEJARAH

ataupun gagal dalam percintaan. Namun pada amnya,setiap anggota masyarakat yang psikologinya

tidak dirosakkan oleh penekanan penjajahan ataupun sistem politik tradisi yang beku, akan

mempunyai daya usaha srta kekuatan untuk berjuang kembali demi menebus kembali kekurangan

dan juga kegagalannya pada masa yang lepas.Dalam hal ini,masa lalu itu merupakan petunjuk bagi

seseorang insan untuk mengendalikan masa yang sedang dihadapinya dengan penuh keyakinan atau

kekuatan.

Kepentingan ilmu sejarah kepada masyarakat juga adalah untuk meningkatkan ilmu

pengetahuan. Menurut R.G.Collingwood, tujuan asas mempelajari sejarah adalah untuk

mendapatkan pengetahuan diri manusia. Kita sebagai manusia seharusnya mengetahui akan diri kita

dan mengetahui keupayaan diri kita sendiri Jika kita lupa akan sejarah masa lalu dan tidak

menjadikannya sebagai pengetahuan kepada kita,maka kita akan lupa akan asal usul,adat

istiadat,tradisi,dan budaya bangsa kita sendiri. Sejarah sememangnya memberi pengetahuan kepada

kita akan segala aspek kehidupan sesuatu bangsa sehingga lahirnya semangat kekitaan.

Selain itu,ilmu sejarah juga memberi pendidikan kepada masyarakat. Sejarah turut memberi

pendidikan kepada kita terutamanya pendidikan moral.Ini dapat dibuktikan melalui peristiwa-

peristiwa penting dalam sejarah melayu yang memberikan pendidikan moral kepada kita.

Misalnya,antara faktor kejatuhan kerajaan Singapura adalah akibat kezaliman rajanya yang telah

mengaibkan rakyatnya iaitu sikap Raja Iskandar (raja singapura) yang telah menjatuhi hukuman

yang mengaibkan di hadapan khalayak ramai terhadap gundik  kesayangannya setelah difitnah

berlaku curang oleh gundik-gundik yang lain yang cemburu kepadanya. Pembinaan moral dalam

kalangan masyarakat adalah penting kerana tanpa aspek ini akan melahirkan masyarakat yang

kurang matang dalam segala aspek kehidupan dan tidak mampu bersedia menghadapi dunia akan

datang.

Kepentingan ilmu sejarah juga untuk mematang minda dan diri manusia. Pembelajaran

sejarah berupaya mematang minda dan diri manusia kerana melalui pengkajian sejarah maka kita

akan dapat memperoleh ilmu pengetahuan dan maklumat.Dengan ilmu dan maklumat ini,maka

minda kita akan memproses dan menganalisis pertumbuhan mental dan perkembangan yang ada

hubungannya dengan persekitaran.Dengan kematangan minda,maka kita akan dapat meningkatkan

keyakinan diri setelah melihat keterlibatan dan sumbangan yang telah dicurahkan oleh tokoh-tokoh

sejarah yang bertindak sebagai ejen sejarah terutamanya mereka yang terlibat dalam proses

perkembangan tamadun dunia.Malahan sesuatu yang perlu dilakukan ialah kita perlu bersaing

dengan usaha yang telah dilakukan oleh tokoh-tokoh tersebut atau sekurang-kurangnya membuat

yang terbaik daripada sesuatu yang telah kita lakukan.

Ilmu sejarah juga turut memupuk semangat cintakan negara dalam kalangan masyarakat.

Sejarah Malaysia adalah unik dan mempunyai kedinamikan yang tersendiri. Sejak berkurun

Page 6: DISIPLIN SEJARAH

lamanya Malaysia telah membentuk identifikasi psikologi sendiri dan telah melalui beberapa

peristiwa penting yang membuktikan bahawa masyarakat Malaysia juga bertamadun serta mampu

melahirkan struktur politik,ekonomi,dan sosial yang kompleks. Pengalaman yang dilalui negara

memaparkan kronologi pahit manis bagaimana nenek moyang kita berjuang memartabatkan

bangsa,mendaulatkan negara dan menjana paradigma perubahan zaman masyarakat.Contohnya

peristiwa ketika mendapatkan kemerdekaan yang telah dilakukan oleh Tunku Abdul Rahman dan

beberapa tokoh yang lain. Malaysia telah melalui beberapa peringkat  zaman yang boleh

dikategorikan sebagai zaman prasejarah,zaman protosejarah,dan zaman sejarah yang merangkumi

zaman kerajaan Kesultanan Melayu  dan zaman kerajaan moden. Perkembangan pada setiap zaman

ini menunjukkan masyarakat Malaysia berjaya mengharungi pelbagai cabaran dan rintangan yang

mampu menyemarakkan semangat cintakan negara dalam kalangan warga Malaysia kini. Adalah

menjadi tanggungjawab seluruh warga Malaysia untuk mengetahui, memahami,dan menghayati,

perkembangan ini bagi mengenali diri,masyarakat,bangsa,dan negara.Kita bukan saja perlu

mengetahui ciri dan sifat masyarakat yang wujud,tetapi juga perlu memahami,sejarah latar belakang

perkembangan yang membentuk masyarakat kita.

Disamping itu,kepentingan ilmu sejarah juga adalah mewujudkan masyarakat

majmuk.Kewujudan masyarakat majmuk di Malaysia berlaku sejak zaman awal lagi seperti mana

dalam kegiatan perdagangan yang berlaku di dalam kerajaan Kesultanan Melayu

Melaka.Perdagangan ini mengakibatkan munculnya petempatan-petempatan asing.

Kebiasaaanya,para pedagang luar berulang alik di antara petempatan di Kepulauan Melayu dengan

tempat asal masing-masing.Namun, ada juga yang menetap dan mendirikan rumahtangga dengan

wanita tempatan.Kuasa penjajah Portugis,Belanda,dan British tidak pernah menyekat kemasukkan

para imigran asing terutama dari negara China dan India ke Tanah Melayu untuk mengerjakan

kepentingan mereka di sector perlombongan dan perladangan.Kemasukkan para imigran asing ini

membawa satu dimensi baru dalam proses pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia.

Ilmu sejarah juga  memberi kepentingan sebagai warisan untuk generasi akan datang.  Setiap

perkara yang baik kita lakukan sudah pasti  kita mahu perkara itu diwarisi dan diperturunkan

kepada generasi akan datang. Begitu jugalah keadaanya dengan  sejarah. Setiap peristiwa yang telah

berlaku itu ada kebaikan dan keburukannya,maka generasi akan datang yang akan menentukan

kehidupan yang akan datang.Contoh yang terdekat dengan kita ialah adat masyarakat Melayu.Adat

ini masih lagi diamalkan walaupun terdapat perubahan serba sedikit  daripada yang asalnya.Jadi

boleh kita katakana bahawa adat tersebut diketahui melalui sejarahnya.Daripada persoalan

inilah,maka sejarah perlu dipelajari agar sesuatu yang dipusakai akan terus kekal diwarisi dan tidak

hilang daripada masyarakat zaman moden.Jika dilihat daripada pensejarahan melayu seperti Tuhfat

Page 7: DISIPLIN SEJARAH

al-Nafis,kita dapati karya ini merupakan salah satu hasil tinggalan zaman lampau yang dikarang

oleh Raja Ali Haji yang menceritakan sejarah masyarakat Melayu suatu masa dulu.

Seterusnya,ilmu sejarah juga adalah memberi pengajaran kepada masyarakat. Pendidikan

dan pengetahuan sejarah amat penting bagi setiap manusia. Ini kerana setiap perkara itu sama ada ia

merupakan suatu idea,penciptaan,ilmu yanh pelbagai disiplin dan sebagainya ada sejarahnya

tersendiri.Walau apapun pengetahuan sejarah itu seharusnya dijadikan sumber kesedaran kepada

masyarakat dalam memupuk semangat baru bagi memperbaiki segala kelemahan,menilai,kesilapan

yang telah dilakukan oleh masyarakat tradisi,memulihkan semula kekuatan moral dan mental bagi

kemajuan individu,masyarakat dan negara.Selain kita boleh mengetahui tentang sejarah yang telah

berlaku melalui pendedahan pengalaman masyarakat masa dahulu kala bagi memberi pemahaman

dan pengajaran kepada kita dalam menghadapi masalah masa sekarang dan akan dating.

KEPENTINGAN ILMU SEJARAH KEPADA NEGARA

            Sejarah merupakan ilmu dimana penggunaannya sangat meluas. Sejarah dapat dijadikan

sebagai panduan atau landasan kepada semua tingkah laku atau aspek-aspek yang mempengaruhi

kehidupan seharian. Melalui sejarah kita dapat tahu rentetan peristiwa yang berlaku yang boleh

dijadikan sebagai panduan dalam hidup. Sesebuah negara yang ingin mencapai kemajuan juga

seharusnya meggunakan sejarah sebagai panduan untuk mencapai status negara maju. Oleh yang

demikian, sejarah memang memainkan peranan yang penting dan besar dalam membina sesebuah

negara yang progresif dan produktif.

            Antara  kepentingan ilmu sejarah kepada negara ialah untuk pembangunan bangsa dan

negara. Salah satu tujuan pembelajaran ilmu sejarah adalah untuk mempertahankan kegemilangan

dan pencapaian yang pernah dicapai oleh sesebuah negara. Sebagai contoh, Malaysia pernah dijajah

oleh kuasa barat iaitu Portugis, Belanda dan British serta kuasa asing yang lain iaitu Jepun sebelum

Malaysia berjaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Ramai pejuang negara yang cintakan

tanah air telah terkorban untuk membebaskan negara ini daripada ancaman musuh sebelum

kemerdekaan dapat dikecapi. Secara tidak langsung, semangat cinta akan tanah air akan tersemat

didalam diri anak-anak muda Malaysia apabila mereka mengingati perjuangan para pejuang yang

banyak menaburkan jasa bagi memastikan negara kita bebas daripada ancaman penjajah.

            Selain itu, hubungan budaya yang lalu dengan budaya masyarakat hari ini perlu diberi

pemahaman yang mendalam bagi memastikan masyarakat hari ini dan hari depan dapat

dibangunkan dan dimajukan. Contohnya di Barat, untuk memperbaiki kehidupan masyarakat

mereka, sejarah telah dilihat daripada pelbagai sudut. Manakala bagi masyarakat Jepun pula,

mereka telah menjadikan peristiwa pengeboman bom atom di Hiroshima dan Nagasaki sebagai titik

tolak kepada kemajuan negara mereka pada hari ini. Buktinya negara Jepun telah menjadi salah

Page 8: DISIPLIN SEJARAH

sebuah negara maju yang terkemuka dan disegani oleh negara-negara lain pada masa kini. Seperti di

Malaysia, peristiwa 13 Mei telah menjadi pengajaran yang amat berguna kepada negara. Hikmah

daripada peristiwa tersebut, kerajaan telah bertindak membentuk Dasar Ekonomi Baru (DEB) bagi

membasmi gejala kemiskinan yang membelenggu majoriti masyarakat Melayu pada ketika itu.

Melalui gagasan DEB ini, kerajaan berharap taraf ekonomi masyarakat Melayu dapat ditingkatkan

supaya setaraf dengan bangsa-bangsa yang lain di negara ini dan seterusnya bangsa Melayu dapat

mencapai kemajuan.

            Seterusnya, kepentingan ilmu sejarah kepada negara ialah mewujudkan perpaduan

masyarakat. Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan peristiwa hitam yang telah berlaku di negara kita.

Pada tarikh ini, rusuhan kaum yang paling buruk dalam sejarah negara telah berlaku. Rusuhan ini

melibatkan dua kaum yang terbesar di Malaysia iaitu Melayu dan Cina. Peristiwa berdarah ini telah

menyebabkan banyak kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa. Banyak harta benda awam

turut musnah dan menyebabkan kerajaan menanggung kerugian dalam jumlah yang begitu besar.

Untuk mengawal kestabilan dan ketenteraman awam, pihak berkuasa telah bertindak

menguatkuasakan arahan perintah berkurung. Akibatnya masyarakat menghadapi masalah untuk

mencari rezeki dan interaksi antara kaum tidak bebas seperti dahulu.  Peristiwa ini telah mengajar

dan menuntut masyarakat dinegara ini agar mengekalkan perpaduan diantara kaum dinegara kita

yang tercinta ini. Masyarakat dinasihatkan supaya mengikis sikap “ethno-centric” atau perkauman

supaya kedamaian dan keamanan dapat dicapai dan peristiwa pahit tersebut tidak akan berulang lagi

pada masa yang akan datang.

            Amalan perkongsian kuasa di Malaysia telah menunjukkan bahawa perpaduan dapat dicapai

melalui kaedah ini. Sikap tolak ansur yang ditunjukkan oleh para pemimpin setiap kaum di Tanah

Melayu sebelum merdeka telah membawa kepada kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957. Parti

Perikatan iaitu gabungan tiga parti utama yang mewakili tiga kaum terbesar di Tanah Melayu iaitu

Melayu yang diwakili oleh Parti Umno, Cina diwakili oleh Parti MCA dan India yang diwakili oleh

Parti MIC telah ditubuhkan pada 1955 bagi menghadapi pilihanraya umum yang pertama pada

tahun 1955. Hasilnya parti Perikatan telah berjaya memenangi sebanyak 51 kerusi daripada 52

kerusi yang dipertandingkan. Selepas mereka berjaya membentuk kerajaan, beberapa pemimpin

Perikatan diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah berangkat ke London untuk

berunding dengan British bagi menuntut kemerdekaan. Akhirnya hasil usaha para pemimpin

tersebut Tanah Melayu berjaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Jika tiada perpaduan

yang terjalin antara kaum ketika itu, kemungkinan besar kemerdekaan tidak dapat dicapai dan

rusuhan antara kaum mungkin terjadi.

            Salah satu kepentingan ilmu sejarah kepada negara ialah sebagai warisan untuk generasi

akan datang. Antara contoh yang terdekat kepada negara kita ialah adat masyarakat Melayu seperti

Page 9: DISIPLIN SEJARAH

ziarah-menziarahi, yang muda menghormati orang tua, adat ketika berunding dan sebagainya.

Walaupun terdapat beberapa perubahan serba sedikit daripada yang asal, adat ini masih diamalkan

masyarakat pada hari ini. Bagaimana adat ini diketahui oleh masyarakat kini? Hal ini berlaku

kerana generasi muda masa kini mengetahuinya daripada sejarah adat itu sendiri. Oleh itu, bagi

memastikan sesuatu adat itu agar terus dipusakai dan diwarisi serta tidak luput daripada ingatan

masyarakat kini, sejarah adat itu perlu terus dipelajari.

                Seperti dalam Tuhfat al-Nafis, hasil nukilan Raja Ali Haji dan Raja Haji Ahmad, didapati

karya agung ini merupakan salah satu hasil tinggalan masyarakat zaman dahulu. Menurut salah

seorang pengarangnya iaitu Raja Ali Haji:

Perkara yang ingin disampaikan oleh Raja Ali Haji dalam petikan diatas ialah tentang kepentingan

daripada segi jurai keturunan dan juga cerita sejarah yang telah dikarangkan oleh beliau perlu

diteruskan oleh generasi selepas beliau. Jadi, bagi mengetahui warisan atau tinggalan serta

pengalaman yang dialami oleh manusia masa lampau, adalah penting bagi generasi masa kini

mempelajari sejarah.

KESIMPULAN

            Sejarah merupakan satu disiplin ilmu yang mempunyai prinsip-prinsip atau kaedah-

kaedahnya yang berbeza dengan disiplin ilmu yang lain. Pengertian dan definisi sejarah juga banyak

di pertikaikan sebagai contoh J.B. Burry yang mengatakan sejarah itu adalah sains tidak lebih dan

tidak kurang. Kenyataan beliau ini banyak ditentang oleh sejarawan yang lain kerana bagi mereka

kenyataan itu tidak munasabah dan sejarah tidak boleh dikaitkan dengan sains atau diterjemahkan

menggunakan teori sains. Selain itu juga terdapat sejarawan lain memberikan definisi atau

pengertian sejarah seperti Sidi Ghazalba, E.H. Carr, R.O. Winsteadt, Tagore, Jones, Leopold Von

Ranke dan ramai lagi. Walauapapun pendapat yang diberikan oleh para sejarawan ini berbeza-beza,

namun begitu pandangan mereka ini dapat disimpulkan bahawa sejarah adalah ilmu yang mengkaji

perkara-perkara di masa lampau dan dikaitkan dengan kehidupan masa kini.

            Sejarah juga dapat dijadikan sebagai panduan atau landasan kepada kehidupan seharian kita

pada hari ini. Hal ini kerana sejarah merupakan ilmu yang mengkaji peristiwa masa lampau yang

boleh dijadikan iktibar oleh masyarakat sekarang sebagai panduan hidup. Oleh yang demikian

sejarah juga banyak memainkan peranan dalam membentuk sesebuah negara dan masyarakat.

Sebagai contoh sejarah telah menceritakan tentang peristiwa hitam 13 Mei 1969, oleh itu rakyat

seharusnya menghayati ilmu sejarah itu sendiri supaya kedamaian masyarakat dan kemajuan negara

dapat dipertingkatkan.