definisimembaca-.docx

21
DEFINISI MEMBACA Membaca merupakan satu proses pembentukan dan pemberian makna menerusi interaksi antara pembaca dan maklumat yang dibaca. Membaca juga dapat ditakrifkan sebagai proses membina jambatan antara bahan yang dibaca dengan pengalaman serta latar belakang pembaca ( Anderson & Pearson, 1984 ). Kedua-dua aktiviti pembacaan iaitu, membaca dan memberi makna merupakan proses yang konstruktif serta saling berhubung kait antara satu sama lain. Pemahaman makna yang diperoleh oleh pembaca dalam proses ini berlangsung daripada pengetahuan latar yang dirangsang oleh perkataan, ayat , dan perenggan penulis dalam bahan yang dibacanya. Walaupun pembaca tidak perlu memahami setiap perkataan yang terkandung pada setiap ayat yang dibaca, tetapi pembaca perlu bijak menggunakan pelbagai petanda yang terdapat dalam bahan bacaan tersebut sebagai panduan bagi memahami maksud keseluruhan bahan yang dibaca. Proses ini dikenali sebagai proses menaakul atau meneka maksud berdasarkan petanda yang terdapat dalam bahan yang dibaca. Menaakul pula bermaksud membuat tekaan berasaskan sesuatu petanda yang dapat dijadikan panduan dalam proses meneka tersebut. TEORI MEMBACA 1. Teori Membaca secara automatik La Berger dan Samuel merupakan pengasas kepada teori ini. Teori ini menganggap wujudnya perkembangan dalam penguasaan

Upload: hanizs-shuhada

Post on 09-Apr-2016

219 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: definisimembaca-.docx

DEFINISI MEMBACA

Membaca merupakan satu proses pembentukan dan pemberian makna menerusi interaksi

antara pembaca dan maklumat yang dibaca. Membaca juga dapat ditakrifkan sebagai proses

membina jambatan antara bahan yang dibaca dengan pengalaman serta latar belakang pembaca

( Anderson & Pearson, 1984 ). Kedua-dua aktiviti pembacaan iaitu, membaca dan memberi

makna merupakan proses yang konstruktif serta saling berhubung kait antara satu sama lain.

Pemahaman makna yang diperoleh oleh pembaca dalam proses ini berlangsung daripada

pengetahuan latar yang dirangsang oleh perkataan, ayat , dan perenggan penulis dalam bahan

yang dibacanya. Walaupun pembaca tidak perlu memahami setiap perkataan yang terkandung

pada setiap ayat yang dibaca, tetapi pembaca perlu bijak menggunakan pelbagai petanda yang

terdapat dalam bahan bacaan tersebut sebagai panduan bagi memahami maksud keseluruhan

bahan yang dibaca. Proses ini dikenali sebagai proses menaakul atau meneka maksud

berdasarkan petanda yang terdapat dalam bahan yang dibaca. Menaakul pula bermaksud

membuat tekaan berasaskan sesuatu petanda yang dapat dijadikan panduan dalam proses meneka

tersebut.

TEORI MEMBACA

1. Teori Membaca secara automatik

La Berger dan Samuel merupakan pengasas kepada teori ini. Teori ini menganggap

wujudnya perkembangan dalam penguasaan kemahiran membaca secara automatik.

Antara lain, teori ini juga mengatakan bahawa wujudnya perbezaan antara proses bersifat

automatik dan proses kawalan ketika berlakunya pembacaan. Sub komponen dalam

kemahiran membaca seperti mengecam huruf dan seterusnya mengecam perkataan

dikuasai secara automatik melalui latihan. Oleh itu, sumber-sumber ini diperlukan bagi

membantu menguasai kemahiran asas membaca.

Selain itu, model ini juga meramalkan hubungan yang positif antara kemahiran

pemahaman membaca teks secara automatik secara dengan latihan yang dijalankan.

Pembaca yang mempunyai kemahiran membaca automatik lebih berupaya mengawal teks

serta mempunyai lebih sumber dan akan mudah memahami pembacaan. Oleh itu,

Page 2: definisimembaca-.docx

pembaca haruslah menekankan pengawalan eksekutif supaya dapat membantu pembaca

memahami teks dengan lebih berkesan.

2. Teori kecekapan Verbal

Teori ini diperkenalkan oleh Perfetti ( 1985, 1988 ). Teori ini menekankan kemahiran

membaca dengan meluaskan dengan memperluaskan proses pentafsiran kod. Selain

daripada ciri automatik dalam menguasai bahasa, aspek resolusi anafora, membuat

kenyataan atau cadangan secara bersepadu, aktiviti yang berkaitan dengan ingatan dan

strategi meta kognitif yang digunakan juga terlibat dalam penguasaan bahasa.

Menurut teori ini, setiap pembaca mempunyai profil yang tersendiri bagi tujuan

menguasai kecekapan verbal. Pembaca yang mempunyai efisien yang tinggi dalam

kecekapan verbal mempunyai perhatian yang banyak dan sumber ingatan bagi rujukan.

Teori ini juga membincangkan sejauh mana sesuatu sub komponen membaca berhubung

dengan pemahaman. Pembaca yang tidak cekap selalunya lebih mudah lupa perkara yang

sudah dibacanya. Tidak cekap dalam membaca juga disebabkan oleh skemata yang

terhad. Kekurangan pengetahuan lalu berkaitan dengan teks yang dibaca juga akan

menyukarkan pembaca memahami kandungan teks.

BELAJAR MEMBACA

Terdapat beberapa kaedah membaca yang boleh digunakan oleh guru dalam mengajar pelajar membaca. Guru boleh menggunakan salah satu atau merangkumkan lebih daripada satu kaedah berdasarkan kesesuaian objektif pengajaran yang ingin dicapai. Antara kaedah tersebut ialah :

1) Membaca bebas Pelajar membaca keseluruhan bahan yang mereka pilih daripada sekumpulan

bahan yang disediakan oleh guru Kaedah ini memerlukan sokongan guru yang paling minimum kerana kaedah ini

digunakan bagi pelajar yang mempunyai kebolehan membaca yang baik. Guru perlu memberi arahan awal supaya pelajar membuat persediaan sebelum

membaca seperti menyediakan soalan sebelum, ketika dan sesudah membaca buku tersebut.

2) Membaca secara berkoperatif Menggunakan kaedah membaca secara berpasangan sama ada berdua atau bertiga

Page 3: definisimembaca-.docx

Pelajar bergilir-gilir membaca sebahagian daripada bahan bacaan secara lantang kepada rakan dalam kumpulan tersebut dan berhenti seketika untuk membincangkan apa yang telah mereka baca

Berikut merupakan garis panduan yang boleh digunakan untuk menjalankan aktiviti membaca secara berkoperatif:i) Meninjau dan menaakulii) Membaca lantang dan senyapiii) Meringkas dan bertindak balas

3) Membaca dengan panduan guru Kaedah ini memerlukan guru untuk memberi panduan atau mengarahkan pelajar

melakukan pembacaan senyap dan seterusnya bertanya soalan atau membantu mereka membina soalan ketika membaca bahagian yang telah ditetapkan.

Guru juga boleh membantu pelajar membuat telahan terhadap bahan yang telah dibaca

Kaedah ini digunakan apabila pelajar memerlukan sokongan dalam membina makna daripada bahan, sama ada kerana tahap kesukaran bahan ataupun kemampuan pelajar yang rendah.

Kaedah ini amat berguna bagi mendidik pelajar membaca kerana guru dapat memberikan sokongan atau bantuan pada peringkat awal bacaan dan mengurangkan sokongan tersebut sedikit demi sedikit

4) Berkongsi membaca Berdasarkan prosedur ini, guru membaca lantang sesuatu cerita dan mengajak

kanak-kanak bersama-sama membaca apabila mereka berasa selesa dan bersedia Kanak-kanak diberi peluang untuk bertindak balas menerusi penulisan, lukisan,

drama, perbincangan dan sebagainya Kaedah ini memberi peluang kepada pelajar yang lebih mahir membaca menjadi

model kepada pelajar yang kurang mahir membaca5) Membaca lantang

Membaca lantang bahan tersebut dan membincangkan kandungan bahan bersama Dapat menjadikan pembaca lantang sebagai model pembaca yang sebenar Guru bertindak sebagai model yang dapat diikuti pelajar pada peringkat awal

bacaan Kaedah ini digunakan bagi bahan yang mengandungi terlalu banyak istilah,

konsep atau perkataan yang sukar. Setelah guru membacanya dengan lantang, pelajar perlu ikut membaca secara berkoperatif atau bebas.

Page 4: definisimembaca-.docx

MASALAH DALAM MEMBACA

APAKAH YANG MENYEBABKAN KETIDAKUPAYAAN MEMBACA ?

Faktor fizikal1) PENGLIHATAN

Simptom/ tanda yang menyebabkan ketidakupayaan membaca: Juling Rabun dekat Rabun jauh Astigmatism Amblyopiks

2) PERSEPSI PENGLIHATANBerikut merupakan symptom pelajar yang mempunyai persepsi penglihatan yang bercelaru:

Perkara kelihatan seolah-olah satu percampuran huruf yang tidak bermakna. Contoh: musik menjadi msuki

Huruf atau perkataan menjadi terbalik. Contoh: huruf b menjadi d Jika jenis percetakan atau saiz huruf bertukar, pelajar tidak dapat mengenal

pasti huruf yang sebenar Satu perkataan kelihatan seperti imej cermin Pelajar tidak dapat membezakan suku kata

3) PENDENGARAN ( AUDITORI)Pelajar yang menghadapi masalah pendengaran yang teruk akan menghadapi masalah dalam belajar membaca. Antara masalah pendengaran yang biasanya berlaku ialah:

Masalah membezakan bunyi vocal dan konsonan Kerencatan pendengaran sementara- boleh dirawat dengan rawatan biasa

seperti pembersihan lubang telinga/ antibiotic Kerencatan kekal- perlu rawatan pakar, sama ada rawatan jangka panjang atau

rawatan kekal.4) PERTUTURAN

Masalah perturan: Kecelaruan bunyi bahasa Nada yang tidak menentu Pertuturan spastik

Punca:

Masalah emosi Kelewatan pertumbuhan Kurang pendengaran Pertumbuhan kerongkong tidak lengkap

Page 5: definisimembaca-.docx

Sumbing Kecederaan otak/ sebahagian otak

Faktor Neurologikal (berkaitan sistem saraf manusia)1) KEROSAKAN OTAK

Punca: Kecedaraan Penyakit Kesan bahan toksik pada otak Semulajadi sejak lahir

2) NEUROLOGI TIDAK BERFUNGSI Bahagian otak tidak dapat berkembang sepenuhnya Bahagian otak tertutup sebahagiannya sejak dilahirkan Hyperlexia – seorang yang lambat perkembangan bahasa dan akal

3) FAKTOR KETURUNAN Kembar seiras Latar belakang keluarga yang tidak tahu membaca Pengaruh persekitaran dalam keluarga

4) FAKTOR EMOSI Tekanan Rasa rendah diri Kecewa Malas Gangguan emosi

5) FAKTOR SOSIOEKONOMI Status sosioekonomi yang rendah menyebabkan kanak-kanak mempunyai

pencapaian dalam membaca yang rendah Keturunan kaum dan perbezaan budaya

Pemilihan bahan bacaan

Terdapat dua jenis bahan bacaan yang boleh dipilih oleh pelajar, antaranya:

i. Bahan yang sesuai dengan perkembangan pelajar.

ii. Bahan yang menarik minat pelajar.

i. Bahan yang sesuai dengan perkembangan pelajar.

Page 6: definisimembaca-.docx

Guru perlu mengambil perhatian terhadap beberapa unsur yang terdapat dalam setiap

bahan tersebut agar dapat menarik minat pelajar dan perlu memberi panduan terhadap

pemilihan bahan bacaan pelajar. Hal ini kerana, kadang-kala bahan yang dipilih oleh

pelajar telah terlalu lama digunakan dan mungkin tidak lagi terdapat di pasaran serta

kalau ada pun mungkin sudah tidak sesuai dengan perkembangan pelajar pada masa kini.

Manakala bagi pelajar di tahap satu pula, bahan yang menggunakan ayat yang berulang-

ulang adalah penting bagi memperkukuhkan pengamatan pelajar terhadap huruf bercetak

seperti dalam buku cerita.

Bahan bag kanak-kanak pula, memerlukan banyak penggunaan perkataan yang berirama

supaya mudah dibaca.

Bahan yang mempunyai keselarian dalam huruf, nombor, hari, hari bulan, dan nama

bulan juga akan dapat membantu pelajar.

ii. Bahan yang menarik minat pelajar

Peringkat rendah, buku yang terpilih perlulah dapat menarik minat pelajar berdasarkan

ilustrasi dan kandungan cerita yang menarik. Bahan yang mempunyai ilustrasi yang

menarik akan lebih diminati jika disertai dengan ilustrasi yang dapat memperkukuhkan

daya imaginasi pelajar yang membacanya.

Pada peringkat menengah, bahan dapat menarik minat pelajar pula merupakan bahan

yang mempunyai kualiti seni bahasa dan sastera yang bermutu tinggi. Bahan yang

berkualiti, sebagai contoh bahan kesusasteraan perlulah mempunyai susunan cerita yang

rapi, watak yang pelbagai dan sebagainya.

Guru juga berperanan dalam memilih atau menapis apakah bahan yang boleh

dibincangkan di dalam kelas dan pelajar juga akan memilih bahan yang mereka gemar

berdasarkan kemampuan dan minat mereka.

Pendekatan dalam pengajaran membaca.

Terdapat pelbagai pendekatan dalam pengajaran membaca antaranya:

i. Intertekstualiti

Page 7: definisimembaca-.docx

Pendekatan ini telah dibincangkan dan digunakan dalam mengatur strategi bagi

membantu pembaca memahami bahan bacaannya. Definisi yang dikemukakan oleh ahli

teori dan kritikan kesusasteraan seperti Kristeva(1969), Derrida (1972) dan Hartman

(1995), terhadap perkataan intertekstualiti adalah mudah tetapi memerlukan penghuraian

yang kompleks bagi menjelaskan maksud yang lengkap. Intertekstualiti ini terbahagi

kepada tiga iaitu:

a) Endogenous utama

Pembaca akan mencari petanda yang dapat membantu mereka memahami teks

dengan lebih mudah. Rujukan boleh dibuat secara songsang iaitu merujuk pada

bahagian tengah atau akhir teks bagi memahami maksud teks yang masih samar

pada bahagian awalnya.

b) Endogenous kedua

Rujukan antara bahan dalam mata pelajaran lain atau jenis bahan bacaan lain

seperti akhbar, majalah internet dan sebagainya merupakan sumber untuk

melakukan proses intertekstualiti ini. Pelajar juga kerap dilatih untuk merujuk

bahan berkaitan bagi mendapatkan kepastian terhadap maksud teks sedang

dibacanya, mendapatkan maklumat tambahan bagi menjelaskan, mencirikan dan

sebagainya dalam proses membaca.

c) Eksogenius

Tugas melakukan interstualiti tidak sukar tapi amat berat jika tidak mendapat

latihan yang kerap. Latihan juga harus dilakukan secara sedar iaitu mereka faham

bahawa mereka sedang melakukan sesuatu proses daripada kategori interksetualiti

yang dinyatakan. Kecekapan seseorang pelajar melakukan proses tersebut secara

sedar akan menambah keupayaannya untuk memahami bahan bacaan dan dapat

menggunakan bahan serta dapat menggunakan bahan lebih berkesan. Latihan

yang kerap juga menjadikan para pelajar lebih cekap dan mahir untuk membuat

intertekstualiti.

ii. Pendekatan Membaca Asas

Page 8: definisimembaca-.docx

Pendekatan ini meliputi aktiviti mengajar membaca yang biasanya pada situasi

membaca yang pelbagai seperti bagi tujuan rekreasi, mencari maklumat dan

bimbingan.

Penambahan perkara yang pernah diajar dalam pengajaran membaca akan dapat

membantu pelajar menguasai kemahiran membaca.

Pendekatan ini memandang serius tentang pola dan perbendaharaan kata kerana

guru perlu memikirkan cara untuk mencungkil kebolehan serta pengalaman yang

dimiliki oleh pelajar dalam peringkat penguasaan kemahiran dalam bahasa.

Prinsip pendekatan membaca asas:

1. Pengajaran meliputi perkembangan kemahiran.

2. Pengajaran perkembangan kemahiran

3. Membaca secara terarah yang terbahagi kepada lima iaitu motivasi,

persediaan latar belakang, menerapkan tujuan, membaca semula secara

senyap atau lisan dan tindak balas serta perluasan.

iii. Pendekatan membaca individu

Pendekatan ini memberi penekanan kepada tahap yang berbeza dalam bacaan individu.

Pendekatan ini juga mementingkan pemilihan bacaan oleh pelajar yang dapat dikaitkan

dengan minat, keperluan dan keupayaan untuk membaca.

Antara tujuan pendekatan ini adalah:

1. Dapat menarik minat pelajar dan menjadikan aktiviti membaca sebagai aktiviti

yang bernilai dalam kehidupan.

2. Mengembangkan kemahiran membaca yang luas dengan memilih kata yang

mudah.

3. Menambahkan keupayaan pelajar dalam memahami dan menilai keupayaan

membaca.

iv. Pendekatan Teknologikal

Pendekatan ini menekankan keupayaan untuk menghasilkan bahan pengajaran

yang berurutan dan dapat dilakukan semula pada masa yang lain. Selain itu,

Page 9: definisimembaca-.docx

pendekatan ini juga dapat dirasai oleh pancaindera serta diberikan bukti tentang

kebenarannya.

Objektif dalam sistem membaca:

1. Program berdasarkan kriteria

2. Membaca berdasarkan kecekapan

3. Sistem pengurusan kemahiran

4. Membaca berdasarkan perspektif diagnostik.

MASALAH DALAM MEMBACA DAN KESANNYA

MASALAH DALAM MEMBACA

Masalah dalam bacaan bukanlah satu isu baharu.  Namun demikian masalah ini tidak boleh dipinggirkan begitu sahaja.  Seluruh sistem pembelajaran murid akan lumpuh seandainya mereka menghadapi masalah dalam bacaan.  Masalah dalam bidang bacaan ini amat luas iaitu masalah dari aspek murid dan dari aspek bahan bacaan.  Masalah dari aspek murid boleh dilihat dari segi intelek,  psikologi,  fizikal dan persekitaran.  Faktor intelek murid mengambil kira aspek-aspek seperti kecerdasan,  kebolehan bahasa,  pengetahuan dan pengalaman sedia ada.  Faktor psikologi pula memperlihatkan pengaruh minat,  motivasi dan konsep kendiri.  Faktor fizikal pula memberi tumpuan kepada daya penglihatan dan daya pendengaran muri-murid.  Manakala faktor persekitaran berkaitan lokasi di mana murid itu berada iaitu sama ada di rumah atau di sekolah.          Selain faktor murid,  faktor bahan bacaan juga menjadi masalah dalam bidang bacaan.  Faktor bahan bacaan ini akan melihat sudut penyediaan bahan bacaan

Page 10: definisimembaca-.docx

itu sendiri misalnya aspek perbendaharaan kata,  panjang pendek ayat,  isi,  struktur cerita,  penggunaan dan organisasi bahan grafik.   Faktor-Faktor Masalah Membaca

        Kaedah Pengajaran GuruKaedah pengajaran guru merupakan salah satu punca berlakunya masalah membaca dalam kalangan murid. Masalah dalam kaedah pengajaran guru berpunca daripada tiga punca utama, iaitu kurang pengalaman, penggunaan kaedah pengajaran membaca secara beramai-ramai dan individu, dan tidak ada kaedah yang berkesan dalam pengajaran membaca.

        Faktor PersekitaranFaktor seterusnya yang dikenal pasti punca berlakunya masalah membaca dalam kalangan murid ialah persekitaran yang tidak kondusif. Terdapat tiga faktor persekitaran yang menyebabkan masalah ini berlaku, iaitu keluarga, sekolah, dan rakan.

                    i.            Persepsi ibu bapa juga begitu lebih mementingkan subjek seperti Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris mereka sanggup menghantar anak-anak mereka belajar (tuisyen) untuk subjek tersebut tetapi tidak pada bahasa Melayu yang mereka anggap mudah lulus dan kurang penting, tetapi sebaliknya anak-anak bukan Melayu pula (kebiasaannya orang Cina) pula yang menghantar anak-anak mereka belajar/tuisyen bahasa Melayu kerana subjek ini penting untuk mendapatkan biasiswa.

                  ii.            Faktor sekolah juga adalah penyumbang kepada masalah ini. Contohnya masalah membaca ini sepatutnya sudah selesai atau tidak lagi ada bagi murid darjah 6. Pada masa ini guru lebih fokus kepada murid untuk menghadapi peperiksaan UPSR, guru tidak lagi banyak menumpukan perhatian kepada mengajar membaca

Page 11: definisimembaca-.docx

murid-murid yang lemah ini, kerana bagi mereka murid darjah 6 ini mesti lulus peperiksaan UPSR ini nanti. Caranya saja ialah murid yang lemah ini diajar oleh guru-guru lain khusus untuk membaca sahaja. Sepatutnya mengatasi kelemahan membaca ini sudah bermula sejak murid itu dikenal pasti lemah membaca itulah. Kerana pada Darjah 1, 2 atau 3 mereka ini sepatutnya sudah mantap dengan kemahiran membaca. Jadi bila mereka berada di darjah 4, 5 dan 6 tumpuan guru hanya kepada pengajaran mata pelajaran seperti  Matematik, Sains, Geografi, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.

        Faktor PsikologiMinat dan motivasi sangat berperanan dalam membina tabiat dan keupayaan membaca. Minat yang mendalam terhadap bahan bacaan memudahkan seseorang itu mengalami proses pembacaannya. Terdapat dua faktor yang berkaitan dengan psikologi, iaitu kurang minat belajar dan kurang mengambil perhatian semasa belajar. Faktor tidak minat membaca merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada wujudnya masalah membaca dalam kalangan murid. Tumpuan belajar daripada murid itu kurang, misalnya semasa pengajaran di bilik darjah murid-murid seperti ini kurang mengambil perhatian terhadap pengajaran yang disampaikan oleh guru. Perkara ini juga berkait rapat dengan sikap dan tabiat belajar murid berkenaan. Murid yangpandai membaca mempunyai sikap dan tabiat rajin belajar berbanding denganmurid yang lemah membaca ini.

        Faktor IndividuFaktor individu berkait rapat dengan kecerdasan dan kebolehan membaca. Murid-murid yang mempunyai kecerdasan yang tinggi selalunya berpeluang memahami dengan cepat bahan bacaan yang dibaca berbanding

Page 12: definisimembaca-.docx

murid yang lemah membaca. Faktor individu ialah faktor yang berkaitan dengan kecerdasan murid lemah dalam pembelajaran dan membaca. Murid-murid ini juga mempunyai ingatan yang lemah dan tidak dapat mengingat maklumat dan apa yang telah dipelajari dalam jangka masa yang panjang. Bagi sebilangan subjek guru, faktor kecerdasan murid atau individu adalah berkait rapat dengan kebolehan membaca mereka. Kecerdasan murid yang rendah menjadikan individu berkenaan tidak boleh mengingati apa yang dipelajari untuk jangka masa panjang dan menyebabkan murid-murid ini membuat tanggapan yang meleset dari apa yang telah dipelajari.

        Teks yang DigunakanSecara tradisi, variasi dalam pembacaan murid berpunca daripada jenis teks yang dibaca. Pengaruh teks terhadap pembaca adalah sangat kompleks. Teks yang mudah dan menarik memudahkan pembaca, membaca dan memahami isi kandungan teks tersebut. Sebaliknya, jika teks yang dibaca terlalu tinggi bahasanya, banyak teks,  tulisan yang kecil dan lain-lain boleh mengganggu pembacaan pembaca. Terdapat dua perkara utama yang berhubung kait dengan faktor teks, iaitu tidak menarik dan sukar difahami. Teks yang tidak menarik adalah berkaitan dengan isi kandungan atau bahan cerita yang sudah terlalu lama dan kurang sesuai dengan keadaan semasa murid. Cerita yang terdapat dalam teks berkenaan sudah lama, perlu diperbaharui dan disesuaikan dengan keadaan dan kehendak pada murid masa kini. Di samping itu, sebahagian kandungan teks bacaan tersebut terlalu panjang dan sukar difahami murid. Kandungan teks berkenaan kurang sesuai dengan kebolehan murid, terutama murid yang masih rendah tahap kemahiran membaca mereka.

        Masa Pengajaran

Page 13: definisimembaca-.docx

Faktor masa pengajaran bermaksud masa pengajaran membaca yang diperuntukkan terlalu singkat dan tidak mencukupi. Peruntukan masa pengajaran membaca yang terlalu singkat ini tidak banyak membantu murid tahap kecerdasan sederhana dan lemah untuk menguasai kemahiran membaca. Contohnya, bagi guru masa 30 minit itu tidak mencukupi, sepatutnya masa membaca itu biarlah mengambil masa yang panjang terutama bagi murid darjah 1, 2 dan 3 sebab membaca adalah asas. Jadi pada peringkat asas kemahiran membaca atau apa saja kemahiran perlu dikukuhkan terlebih dahulu sebelum mereka ini pergi lebih jauh lagi dengan mempelajari banyak mata pelajaran dan mempelajari bahasa Inggeris. Keadaan ini kurang diambil perhatian berat oleh pihak kementerian. Bila dilihat pada bebanan subjek darjah 1, 2 dan 3 terlampau banyak sehingga lapan mata pelajaran. Jadi tumpuan kanak-kanak untuk mengukuhkan kemahiran membaca dan lain-lain kemahiran itu terbatas disebabkan bebanan subjek yang banyak yang harus mereka kuasai.

Kesan Masalah Membaca        i.            Gagal dalam Peperiksaan

Kegagalan murid membaca dengan baik seringkali dikaitkan dengan kegagalan dalam peperiksaan. Kegagalan dalam peperiksaan ini banyak dipengaruhi oleh kesukaran murid-murid untuk memahami isi kandungan pelajaran yang dipelajari disebabkan oleh kegagalan mereka membaca dengan baik. Senario yang wujud bila murid gagal dalam peperiksaan besar seperti UPSR, PMR,SPM ialah kita akan mendengar orang mengatakan murid atau pelajar itu gagal kerana faktor yang utama ialah lemah membaca. Memang diakui membaca adalah kunci utama dalam pembelajaran, tanpa ada kemahiran membaca memang pembelajaran murid akan menjadi pincang.

Page 14: definisimembaca-.docx

      ii.            Menjejaskan Pembelajaran Mata Pelajaran LainMurid yang menghadapi masalah membaca ini juga didapati berhadapan dengan masalah untuk menguasai mata pelajaran lain selain Bahasa Melayu. Akibat daripada kelemahan menguasai kemahiran membaca ini, pencapaian mereka terhadap mata pelajaran lain seperti Matematik, Bahasa Inggeris, Sains dan Geografi juga terjejas. Kegagalan menguasai kemahiran membaca di peringkat rendah sangat menyukarkan murid ini untuk meneruskan pelajaran. Sebagai contoh, murid-murid yang berada di Darjah 6 ini tumpuan mereka adalah menguasai semua mata pelajaran yang ada di peringkat ini, tetapi adalah malang bagi sebahagian kecil murid yang lemah kemahiran membaca, mereka tidak dapat menumpukan sepenuhnya terhadap semua mata pelajaran di peringkat ini kerana mereka bergelut dengan kelemahan untuk memahami isi pelajaran tersebut kerana mereka ini lemah menguasai membaca. Akibat dari ini juga banyak masa digunakan untuk membimbing murid yang lemah ini.

    iii.            Sukar Menghadapi PeperiksaanMurid yang lemah membaca nanti akan berhadapan dengan kesukaran menjawab soalan sebab kelemahan membaca mereka. Dengan sendiri apa yang diajarkan ataupun apa juga bentuk-bentuk latihan dan ujian murid yang lemah membaca ini akan terkandas. Misalnya dalam pelajaran pemahaman karangan jika mereka lemah membaca sudah tentu mereka ini tidak dapat menjawab dengan baik soalan kefahaman berkenaan. Ini kerana, dari segi bahasa murid berkenaan harus menguasai kemahiran membaca yang kukuh dahulu. Jika mereka ini lemah membaca maka sudah tentu mereka ini menghadapi kesukaran untuk menjawab sebarang soalan sama ada ujian atau peperiksaan sebab mereka tidak faham tentang isi soalan dan arahan ujian atau peperiksaan tersebut.

Page 15: definisimembaca-.docx

Sebab pengukuran kemajuan seseorang murid itu lebih banyak melalui ujian dan peperiksaan.

  iv.            Kesan PsikologiMinat dan motivasi sangat dominan dan berperanan dalam membina tabiat suka membaca. Di samping itu, dorongan dan pemupukan minat perlu ditanamkan oleh guru, ibu bapa serta komuniti setempat. Minat yang tinggi terhadap membaca membolehkan individu tersebut berjaya dalam kehidupannya. Kesan psikologi itu berkaitan dengan minat, semangat, emosi dan sikap murid. Murid yang lemah menguasai kemahiran membaca akan menghadapi berbagai-bagai impak psikologi.

    v.            Kedudukan Bilangan di Dalam KelasAntara impak yang jelas dan mudah dilihat ialah apabila keputusan peperiksaan dikeluarkan murid, yang bermasalah membaca selalu berada di kedudukan terkebelakang di dalam kelas. Murid bermasalah membaca ini seringkali mendapat nombor penghabisan. Punca berlakunya perkara ini adalah disebabkan mereka lemah dalam pelajaran. Kelemahan dalam pelajaran ini berpunca daripada tidak dapat menguasai kemahiran membaca dengan baik. 

Masalah dalam bacaan bukanlah satu isu baharu.  Namun demikian masalah ini tidak boleh dipinggirkan begitu sahaja.  Seluruh sistem pembelajaran murid akan lumpuh seandainya mereka menghadapi masalah dalam bacaan.  Masalah dalam bidang bacaan ini amat luas iaitu masalah dari aspek murid dan dari aspek bahan bacaan.  Masalah dari aspek murid boleh dilihat dari segi intelek,  psikologi,  fizikal dan persekitaran.  Faktor intelek murid mengambil kira aspek-aspek seperti kecerdasan,  kebolehan bahasa,  pengetahuan dan pengalaman sedia ada.  Faktor psikologi pula memperlihatkan pengaruh minat,  motivasi dan konsep kendiri.  Faktor fizikal pula memberi tumpuan kepada daya penglihatan dan daya pendengaran muri-murid.  Manakala faktor persekitaran berkaitan lokasi di mana murid itu berada iaitu sama ada di rumah atau di sekolah.

Page 16: definisimembaca-.docx

          Selain faktor murid,  faktor bahan bacaan juga menjadi masalah dalam bidang bacaan.  Faktor bahan bacaan ini akan melihat sudut penyediaan bahan bacaan itu sendiri misalnya aspek perbendaharaan kata,  panjang pendek ayat,  isi,  struktur cerita,  penggunaan dan organisasi bahan grafiMembaca merupakan satu kemahiran yang amat penting bagi memastikan murid terus dapat menimba ilmu. Tanpa menguasai kemahiran ini, sukarlah untuk seseorang murid meneruskan pengajiannya dalam dunia pendidikan. Kegagalan menguasai kemahiran asas membaca pada peringkat awal, terutamanya dalam kalangan murid Tahun Satu boleh mengakibatkan berlakunya ‘Defisit Akademik’ dan keadaan ini boleh berterusan dari sekolah rendah hinggalah ke sekolah menengah malah berterusan sehingga meninggalkan alam persekolahan. Pihak Kementerian Pelajaran (KPM) berusaha menghapuskan gejala ini dengan pelbagai kaedah dan menelan jutaan ringgit. Kegagalan dan kelambatan murid menguasai kemahiran membaca di peringkat rendah perlu dilihat dengan serius dan memerlukan kaedah-kaedah tertentu untuk mengatasinya. Gejala tidak boleh membaca dan tidak mahir membaca boleh memberikan kesan buruk kepada murid daripada segi akademik dan sosial. Misalnya, ketinggalan dalam bidang akademik atau pencapaian mereka rendah dalam mata pelajaran bahasa Melayu dan mata pelajaran-mata pelajaran yang lain akan menyebabkan mereka kurang berminat untuk belajar malah ada yang terus tidak suka ke sekolah. Ketinggalan menguasai kemahiran membaca mempengaruhi penguasaan dan pencapaian dalam mata-mata pelajaran lain

Membaca merupakan satu kemahiran yang amat penting bagi memastikan murid terus dapat menimba ilmu. Tanpa menguasai kemahiran ini, sukarlah untuk seseorang murid meneruskan pengajiannya dalam dunia pendidikan. Pihak Kementerian Pelajaran (KPM) berusaha menghapuskan gejala ini dengan pelbagai kaedah dan menelan jutaan ringgit. Kegagalan dan kelambatan murid menguasai kemahiran membaca di peringkat rendah perlu dilihat dengan serius dan memerlukan kaedah-kaedah tertentu untuk mengatasinya. Gejala tidak boleh membaca dan tidak mahir membaca boleh memberikan kesan buruk kepada murid daripada segi akademik dan sosial. Misalnya, ketinggalan dalam bidang akademik atau pencapaian mereka rendah dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dan mata pelajaran-mata pelajaran yang lain akan menyebabkan mereka kurang berminat untuk belajar malah ada yang terus tidak suka ke sekolah. Ketinggalan menguasai kemahiran membaca mempengaruhi penguasaan dan pencapaian dalam mata pelajaran lain. Faktor ini adalah  antara sebab yang telah mendorong saya untuk memilih isu kelemahan membaca sebagai fokus kajian tindakan Semester 8. Diharapkan kajian ini dapat membantu pelajar lulus dengan baik dalam peperiksaan Bahasa Malaysia dan secara tidak langsung menyumbang kepada peningkatan peratus murid lulus dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia sekolah.