definisi sintaksis

Upload: hidayah-musa

Post on 10-Jan-2016

23 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

SINTAKSIS

TRANSCRIPT

1.0 PENDAHULUAN Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, sintaksis didefinisikan sebagai pengetahuan (cabang ilmu linguistik dan peraturan) tentang susunan kata dalam ayat. Manakala menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis juga dapat ditakrifkan sebagai kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa. Jika ditinjau asal-usul perkataan sintaksis, kata ini berasal daripada perkataan Yunani, iaitu sun yang bererti dengan dan tattein yangberertimenempatkankata-kata secara bersama-sama untuk menjadi kelompok kata atau ayat. Kata suntattein ini kemudian menjadi istilah syntaxis dalam bahasa Belanda, dan synta dalam bahasa Inggeris. Sintaksis ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur,binaan,ataukonstruksi ayat(Nik Safiah Karim et al.,1993:317). Bagi Abdullah Hassan (1980:164), sintaksis merupakan istilah untuk mengkaji pembentukan ayat, iaitu bagaimana morfem dan kata disusun menjadi klausa dan ayat merupakan unit terbesar.contohnya : Budak itu baru pulang dari sekolah.Daripada contoh, binaan tersebut ialah ayat. Ayat tersebut mengandungi satu klausa yang terdiri daripada subjek iaitu budakitu, dan predikatnya baru pulang darisekolah. Dalamklausa tersebutpula mengandungi satuanyang disebut frasa,iaitu frasa budak itu, baru pulang dari sekolah.Dengan kata lain, ayat tersebut terdiri daripada konstituen frasa dan konstituen klausa. Daripada pelbagai definisi tersebut, dapat dirumuskan bahawa sintaksis sebagai kajian tentang bagaimana ayat-ayat dibentuk bermula dengan penyusunan perkataan untuk membentuk frasa, klausa, dan ayat. Dalam pembahasan sintaksis, yang dibincangkan ialah struktur frasa, klausa dan ayat. Hal ini bermakna bahawa satuan yang paling kecil dikaji dalam sintaksis ialah frasa, manakala satuan yang paling besar ialah ayat.

2.0 PROSES PEMBENTUKAN AYAT DAN FRASA DALAM BAHASA MELAYU

3.0 ANALISIS VIDEO 3.1Video

3.1.1 Transkripsi Video

Rafeah, pakai tali pinggang keledar.Ayat 1

Ayat 2Dahulu tidak perlu pakai pun.Ayat 2Hah? Mesti pakai ke?3