definisi perlembanggan malaysia

5
2.0 Definisi Perlembangaan Persekutuan Perlembangaan Persekutuan merupakan satu dokuman yang mengandungi semua susunan peraturan dan undang-undang dasar yang dianggap penting bagi pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara. Perlembagaan berperanan menentukan bidang kuasa pemerintahan, bentuk sesebuah kerajaan dan hak-hak rakyat. Perlembagaan ialah suatu kumpulan undang-undang dasar yang menentukan cara pemerintahan sesebuah negara itu dijalankan. Perlembagaan menerangkan kuasa-kuasa yang dipunyai oleh pelbagai anggota negara itu, hak-hak yang dipunyai oleh orang yang diperintah dan perhubungan antara yang memerintah dengan orang yang diperintah. Menurut Profesor Dicey (dalam Tun Mohd. Salleh Abas, 1997) beliau berpendapat bahawa undang-undang perlembagaan mengandungi dua prinsip sahaja, iaitu prinsip undang-undang dan kedaulatan parlimen. Sebagai undang-undang utama di sebuah negara, perlembagaan mengandungi pelbagai peruntukan, antara lain Badan Perundangan iaitu Badan pemerintah, Parlimen seperti Jemaah Menteri, mahkamah dan lain-lain. Perlembagaan juga mengandungi peruntukan- peruntukan lain seperti kebebasan asasi,kenegaraan, agama, bahasa kebangsaan dan sebagainya. Selain itu, Menurut Md. Bohari Ahmad (1997), perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi semua undang-undang asas negara. Jika undang-undang yang dikanunkan berlandaskan perlembagaan yang tidak dapat dijalankan atau hak yang dijanjikan di dalamnya tidak dapat ditunaikan, maka perlembagaan itu tidak bermakna. Perlembagaan wujud daripada kehendak keadaan semasa dan diasaskan atas kebolehan kerajaan untuk menjamin semua yang terkandung di

Upload: sharmilaa-selvam

Post on 15-Dec-2015

58 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

perlembagaan

TRANSCRIPT

Page 1: Definisi Perlembanggan Malaysia

2.0 Definisi Perlembangaan Persekutuan

Perlembangaan Persekutuan merupakan satu dokuman yang

mengandungi semua susunan peraturan dan undang-undang dasar yang

dianggap penting bagi pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara.

Perlembagaan berperanan menentukan bidang kuasa pemerintahan, bentuk

sesebuah kerajaan dan hak-hak rakyat.

Perlembagaan ialah suatu kumpulan undang-undang dasar yang

menentukan cara pemerintahan sesebuah negara itu dijalankan. Perlembagaan

menerangkan kuasa-kuasa yang dipunyai oleh pelbagai anggota negara itu, hak-

hak yang dipunyai oleh orang yang diperintah dan perhubungan antara yang

memerintah dengan orang yang diperintah.

Menurut Profesor Dicey (dalam Tun Mohd. Salleh Abas, 1997) beliau

berpendapat bahawa undang-undang perlembagaan mengandungi dua prinsip

sahaja, iaitu prinsip undang-undang dan kedaulatan parlimen. Sebagai undang-

undang utama di sebuah negara, perlembagaan mengandungi pelbagai

peruntukan, antara lain Badan Perundangan iaitu Badan pemerintah, Parlimen

seperti Jemaah Menteri, mahkamah dan lain-lain. Perlembagaan juga

mengandungi peruntukan-peruntukan lain seperti kebebasan asasi,kenegaraan,

agama, bahasa kebangsaan dan sebagainya.

Selain itu, Menurut Md. Bohari Ahmad (1997), perlembagaan

merupakan satu dokumen yang mengandungi semua undang-undang asas

negara. Jika undang-undang yang dikanunkan berlandaskan perlembagaan yang

tidak dapat dijalankan atau hak yang dijanjikan di dalamnya tidak dapat

ditunaikan, maka perlembagaan itu tidak bermakna. Perlembagaan wujud

daripada kehendak keadaan semasa dan diasaskan atas kebolehan kerajaan

untuk menjamin semua yang terkandung di dalam perlembagaan itu. Oleh itu,

perlembagaan mestilah dipegang teguh dan seimbang dengan hasrat orang

ramai. Yang nyata ialah perlembagaan bukan sahaja merupakan sebuah fikiran

atau syor, tetapi merupakan undang-undang agung negara.

Sejarah Perlembagaan Persekutuan Malaysia ialah Perlembagaan

Persekutuan Tanah Melayu. Berikutan Kemenangan Parti Perikatan dalam

Pilihanraya Persekutuan pertama pada tahun 1955, Tunku Abdul Rahman Putra

Page 2: Definisi Perlembanggan Malaysia

telah dipilih sebagai Ketua Menteri Pertama. Penggubalan Perlembagaan

Persekutuan Tanah Melayu merupakan langkah pertama ke arah membentuk

kerajaan sendiri selepas Britain bersetuju untuk memberikan kemerdekaan

kepada Tanah Melayu pada tahun 1956. Untuk tugas penggubalan

Perlembagaan, kerajaan British telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Kerja

yang terdiri daripada wakil Kerajaan British, penadihat Majlis Raja-Raja dan

Pemimpin-Pemimpin parti.

Bagi membentuk sebuah Negara Persekutuan yang berdaulat, Raja-Raja

Melayu dan umat Islam telah menunjukkan sikap toleransi yang amat tinggi

nilainya. Raja-Raja Melayu telah menyerahkan sebahagian besar daripada

kedaulatan mereka kepada Persekutuan dengan melantik seorang Yang di-

Pertuan Agong sebagai Ketua Negara Persekutuan. Sebahagian besar daripada

urusan pentadbiran pula diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan yang asalnya

merupakan bidang kuasa Raja-raja sebagai pemerintah negeri berkenaan.

Perkara 162 Perlembagaan Persekutuan memberikan ruang dan hak

kepada pemerintah untuk menyesuaikan dan menyelaraskannya dengan

Perlembagaan Persekutuan. Selain itu, berdasarkan subseksyen 3(1) Akta

Undang-Undang Sivil 1956, mahkamah di negara ini dibenarkan untuk

mengubahsuai common law England dan kaedah-kaedah ekuiti mengikut

keizinan keadaan Negeri-Negeri, penduduknya dan juga keadaan tempatan.

Almarhum Prof. Ahmad Ibrahim dalam bukunya bertajuk “Pentadbiran Undang-

Undang Islam di Malaysia” menyatakan bahawa peruntukan tersebut sebenarnya

memberi ruang kepada hakim-hakim untuk merujuk kepada undang-undang

Islam dalam membuat pengubahsuaian tersebut. Namun, jarang-jarang sekali

pengubahsuaian itu dibuat untuk memastikan pemakaian undang-undang Islam

bagi orang Islam.

Terdapat banyak isu-isu yang berkaitan dengan Perlembangan

Persekutuan. Antarannya ialah, Pada Januari 1956, Tunku Abdul Rahman

mengetuai rombongan ke London untuk membincangkan soal penggubalan

Perlembagaan Persekutuan dan merundingkan tarikh kemerdekaan untuk

negara. Pada Mac 1956 satu Suruhanjaya Perlembagaan diketuai Lord Reid telah

ditubuhkan untuk merangka dan meneliti Perlembagaan Persekutuan Tanah

Melayu. Suruhanjaya tersebut telah mendapatkan pandangan parti-parti politik,

persatuan bukan politik dan individu tentang bentuk negara dan bangsa bagi

negara ini. Dalam proses runding cara itu, satu memorandum daripada parti

Page 3: Definisi Perlembanggan Malaysia

Perikatan telah mendapat keutamaan. Memorandum yang disebut sebagai

Pakatan Murni iaitu persetujuan secara bertolak ansur demi kepentingan

bersama serta persetujuan menghormati hak-hak orang lain, menyentuh lima

perkara utama iaitu kedudukan Raja-Raja Melayu, kedudukan agama islam,

kedudukan bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan kerakyatan

sama rata.Perlembagaan yang digubal Suruhanjaya Reid diiktiraf Jawatankuasa

Kerja sebagai Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu mulai tarikh

kemerdekaan negara iaitu pada 31 Ogos 1957.

Selain itu, Pada Januari 1 2012, Keceluparan pemimpin tertinggi Gereja

Nasional Evangelica Christian Fellowship (NECF) Rev Dr.Eu Hong Seng tiba-tiba

mempersoalkan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, menimbulkan

pertanyaan apakah motif sebenar tindakannya. Hong Seng mendakwa Perkara

153 adalah menyerupai membuli jika ianya hanya melindungi hak satu

kumpulan. Dia menyatakan perkara ini pada majlis minum teh Persekutuan

Kristian Malaysia ( CFM ) sempena Hari Krismas yang turut dihadiri Ketua

Pembangkang, Anwar Ibrahim.

Rakyat yang prihatin dengan keadaan politik Negara, tentu tertanya-tanya

apakah motif di sebalik kenyataan Hong Seng ini? Kenyataan tersebut terlalu

keterlaluan dan menampakkan kedangkalannya memahami Perlembagaan

secara menyeluruh. Kalau beliau seorang prihatin dan bukan dipengaruhi oleh

sentiment perkauman agama, dia tidak akan mengeluarkan kenyataan yang

merbahaya itu kerana Perkara 153 sebenarnya turut memberi kebenaran dan

perlindungan kepada penganut agama lain mengamalkan amalan masing-

masing tidak seperti Negara lain hatta Negara Barat sekalipun!

Agama bukan perkara yang boleh dipermain-mainkan untuk kepentingan

politik yang anda anuti kerana dalam konteks Negara ini, sentiment keagamaan

yang melampau akan membawa kesan negatif berpanjangan kepada rakyat dan

Negara.. Kepada Kementerian Dalam Negeri, isu seperti ini perlu ditangani

dengan segera dan jangan dibiarkan berlalu begitu sahaja kerana sebelum ini

terlalu banyak lagi isu perkauman dan rasis yang memerlukan perhatian dan

tindakan segera dari Menteri Dalam Negeri.

Tambahan lagi, di KUALA LUMPUR: Bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk

Mohd Noor Abdullah dijadualkan muncul dalam rancangan bual bicara Helo

Malaysia BernamaTV pukul 10 malam Rabu di saluran 502 Astro untuk

Page 4: Definisi Perlembanggan Malaysia

membincangkan isu-isu semasa berkaitan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Beliau, bergandingan dengan Presiden Persatuan Peguam-peguam Muslim

Malaysia (PPMM) Datuk Zainul Rijal, diwawancara perantara Dahlan Maamor

dalam rancangan satu jam itu mengenai tajuk "Falsafah Perlembagaan

Persekutuan Yang Menjamin Kesaksamaan dan Keadilan Bagi Semua Kaum di

Malaysia". Mohd Noor juga dijangka diminta mengulas kenyataannya sebelum ini

antara lain berhubung dengan kedudukan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK)

mengikut Perlembagaan yang mencetuskan polemik dalam kalangan ahli-ahli

politik baru-baru ini.