definisi kesihatan

33
Pengenalan Kamus English Oxford mendefinisikan kesihatan sebagai satu keadaan badan yang bebas dari sakit, kecederaan dan penyakit. Konsep kesihatan adalah luas dan cara kita medefinisikannya bergantung kepada persepsi individu, kepercayaan agama, nilai-nilai budaya, norma-norma masyarakat dan kedudukan sosial individu tertentu. Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) pula, kesihatan ialah satu tahap atau keadaan apabila seseorang individu itu mempunyai kesejahteraan yang sempurna dari segi fizikal, mental, sosial, dan bukan semata-mata bebas daripada penyakit atau tidak upaya. Kesihatan boleh dibahagikan kepada aspek-aspek seperti berikut : Kesihatan fizikal Kesihatan mental Kesihatan emosi Kesihatan sosial Kesihatan rohaniah Kesihatan seksual Selain kesihatan individu terdapat dua lagi dimensi kesihatan yang lebih luas yang mempengaruhi individu iaitu : Kesihatan Masyarakat iaitu hubungan antara kesihatan dan cara masyarakat disusun dan dibangunkan. Ini termasuklah keperluan prasarana asas untuk kesihatan. Kesihatan Persekitaran- bermaksud persekitaran fizikal di mana orang ramai tinggal dan ini termasuklah perkara-perkara seperti perumahan, pengangkutan, kemudahan sanitasi dan air bersih serta pelbagai jenis pencemaran. 1

Upload: kggan8678

Post on 03-Feb-2016

66 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Jenis dan aspek kesihatan

TRANSCRIPT

Page 1: Definisi Kesihatan

Pengenalan

Kamus English Oxford mendefinisikan kesihatan sebagai satu keadaan badan yang bebas dari sakit,

kecederaan dan penyakit. Konsep kesihatan adalah luas dan cara kita medefinisikannya bergantung

kepada persepsi individu, kepercayaan agama, nilai-nilai budaya, norma-norma masyarakat dan

kedudukan sosial individu tertentu. Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) pula, kesihatan

ialah satu tahap atau keadaan apabila seseorang individu itu mempunyai kesejahteraan yang

sempurna dari segi fizikal, mental, sosial, dan bukan semata-mata bebas daripada penyakit atau tidak

upaya. Kesihatan boleh dibahagikan kepada aspek-aspek seperti berikut :

Kesihatan fizikal

Kesihatan mental

Kesihatan emosi

Kesihatan sosial

Kesihatan rohaniah

Kesihatan seksual

Selain kesihatan individu terdapat dua lagi dimensi kesihatan yang lebih luas yang mempengaruhi

individu iaitu :

Kesihatan Masyarakat iaitu hubungan antara kesihatan dan cara masyarakat disusun dan

dibangunkan. Ini termasuklah keperluan prasarana asas untuk kesihatan.

Kesihatan Persekitaran- bermaksud persekitaran fizikal di mana orang ramai tinggal dan ini

termasuklah perkara-perkara seperti perumahan, pengangkutan, kemudahan sanitasi dan air

bersih serta pelbagai jenis pencemaran.

Petikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan “ …Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan

ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani (JERI)

…” Maksud yang tersurat dan tersirat dalam Falsafah Pendidikan Negara berhubungan aspek JERI

ini adalah berkaitan rapat dan menekankan betapa pentingnya pendidikan kesihatan di sekolah

baik di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah dalam negara kita ini.

Terdapat beberapa definisi mengenai apa yang dimaksudkan dengan Pendidikan Kesihatan ini.

Green (1980) menghuraikan pendidikan kesihatan adalah sebarang pengalaman pembelajaran yang

dibentuk bagi memudahkan adaptasi dan tingkah laku yang kondusif untuk kesihatan. Manakala

Mark & Wooley (1998) mendefinisikan pendidikan kesihatan sebagai sebarang pembelajaran di bilik

1

Page 2: Definisi Kesihatan

darjah yang menyediakan dimensi kesihatan fizikal, mental, emosi dan sosial selain

memperkembangkan pengetahuan, sikap dan kemahiran berkenaan dengan kesihatan.

Bahagian Pembangunan Kurikulum di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia dalam Buku Huraian

Sukatan Pendidikan Kesihatan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang terkini pula

menerangkan bahawa Pendidikan Kesihatan ialah disiplin ilmu yang membolehkan murid mendapat

pengalaman pembelajaran secara berterusan untuk membuat keputusan, meningkatkan literasi

kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat. Murid dididik supaya sentiasa bersedia menyesuaikan

diri dalam aspek fizikal, mental, emosi, sosial dan rohani. Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan

Kesihatan yang terancang dapat meningkatkan potensi individu ke tahap kesihatan. Huraian ini

adalah sejajar dengan maksud JERI dalam Falsafah Pendidikan Negara.

Kanak-kanak dan murid-murid serta pelajar dalam negara kita perlu diajar memelihara dan

meningkatkan tahap kesihatan diri. Tanggungjawab untuk menjaga kesihatan diri ini perlu disemai

dari kecil lagi. Kesihatan yang dimaksudkan di sini meliputi aspek pertumbuhan dan perkembangan

yang sihat dan seimbang dari segi fizikal, mental, emosi, sosial dan rohani. Dalam hal ini, mereka

perlu belajar berdikari dan hidup bersama dalam masyarakat majmuk negara kita ini. Mereka juga

perlu belajar berorientasikan kepada suasana alam sekeliling yang mencabar dewasa ini supaya

mereka dapat hidup dan sesuaikan diri dengan lebih yakin, gembira dan selamat.

Di zaman ledakan teknologi maklumat dan literasi komputer ini, kita tidak dapat meramalkan segala

cabaran dan dugaan yang akan mereka hadapi apabila dewasa kelak. Walau bagaimana pun kita

boleh membantu kanak-kanak dengan menyediakan mereka menghadapi cabaran dan masalah masa

depan dengan lebih yakin dan selamat. Antara masalah dan isu kesihatan yang perlu didedahkan

kepada mereka ialah masalah yang berkaitan dengan pemakanan, keselamatan, kebersihan,

kepenggunaan, sikap terhadap kesihatan dan amalan tertentu serta pendidikan kesihatan reproduktif

dan sosial (PEERS).

2

Page 3: Definisi Kesihatan

1.0 Kandungan Sukatan Pendidikan Kesihatan Tahap 2

Sukatan Pelajaran Pendidikan Kesihatan disusun mengikut tiga tunjang utama iaitu :

1.1 Kesihatan Diri dan Keluarga

Konsep tunjang ini adalah penjagaan asas kesihatan diri, keluarga dan masyarakat secara proses

berterusan.

Tumpuan diberi kepada kesihatan diri, seksualiti, kekeluargaan, perkahwinan dan keibubapaan.

1.2 Gaya Hidup Sihat

Konsep tunjang ini adalah pengalaman aktiviti kehidupan harian yang sihat dan menjauhi tingkah

laku berisiko secara berterusan.

Tumpuan diberi kepada penyelesaian konflik, pengurusan stres, kemahiran merancang,

pemakanan, penyalahgunaan bahan dan pencegahan penyakit.

1.3 Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran

Konsep tunjang ini adalah pemeliharaan kebersihan dan keselamatan persekitaran secara

berkesan untuk meningkatkan taraf kesihatan.

Tumpuan diberi kepada pencegahan penyakit berjangkit, keselamatan persekitaran dan

pertolongan cemas.

2.0 Kandungan Tajuk Dalam Setiap Tunjang

2.1 Kesihatan diri dan Keluarga

2.1.1 Kesihatan diri

2.1.2 Perasaan

2.1.3 Kekeluargaan

2.2 Gaya Hidup Sihat

2.2.1 Pemakanan

2.2.2 Pengurusan Konflik dan Tekanan atau Stress

2.2.3 Penyalahgunaan bahan

2.3 Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran

2.3.1 Keselamatan

2.3.2 Penyakit berjangkit

2.3.3 Pertolongan cemas

3

Page 4: Definisi Kesihatan

3. Huraian Konsep dan Tumpuan Tunjang Pembelajaran Pendidikan Kesihatan Tahun 4

3.1 Kesihatan Diri dan Keluarga

Tajuk : Perasaan

Perbezaan antara emosi dan perasaan harus difahami oleh kita. Secara ringkasnya ada sedikit

perbezaan antara dua perkara ini. Emosi ini akan muncul setelah kita melakukan sesuatu

tindakan dan ianya hanya akan muncul untuk buat seketika atau paling kurang hanya untuk

beberapa saat. Namun, perasaan akan timbul selepas daripada emosi. Kebiasaannya, perasaan

itu akan kekal buat jangka masa yang lebih panjang. Perasaan sebenarnya lebih berkaitan

rapat dengan refleksi daripada emosi.

3.1.1 Perbezaan Antara Emosi dan Perasaan

Dapatkan anda membezakan antara emosi dan perasaan berdasarkan Gambarajah 1 ?

Gambarajah 1 : Emosi atau Perasaan?

3.1.2 Pelbagai Jenis Perasaan

Gambarajah 2 : Pelbagai Jenis Perasaan Manusia

Gambarajah 2 di atas menunjukkan bermacam-macam perasaan yang ada di kalangan kita ini.

Kadang kala suka, kadang kala sedih. Kadang kala benci, kadang kala rindu. Kadang-kadang kita

4

Page 5: Definisi Kesihatan

sendiri pun tidak tahu bagaimana hendak tafsirkan apa sebenarnya perasaan yang sedang ada dalam

diri kita sekarang.

Sepatutnya kita sebagai manusia, perlu sentiasa bersyukur kerana kita dilahirkan sebagai seorang

manusia yang punya akal fikiran, hati dan perasaan. Hanya manusia sahaja yang dikurniakan

perasaan dalam hati mereka seperti perasaan sedih, benci, marah, suka, cinta, rindu dan sebagainya.

Jadi, jangan mengeluh sekiranya diri kita merasai kesusahan ataupun dirundung kesedihan kerana itu

adalah lumrah bagi setiap manusia. Kita tak dapat elakkan diri daripada perasaan sebegitu.

Murid harus mengenal pasti pelbagai perasaan dan melahirkan kesyukuran di atas sesuatu kejayaan

seperti berjaya dalam peperiksaan mahupun mendapat kemenangan dalam sebarang pertandingan

yang diceburinya. Perasaan kekecewaan atas sesuatu kegagalan harus ditangani dengan berbagai

cara-cara tertentu seperti melalui perbincangan, bimbing nasihat oleh guru serta berkebolehan

meluahkan perasaan kecewa secara positif atau pemangkin kejayaan di masa akan datang. Murid

yang tersinggung atas perbuatan rakan atau orang lain perlu diluahkan perasaan tersebut untuk

mengelakkan sebarang kesan negatif dalam pergaulan dan kerjasama sesama mereka di masa akan

datang. Murid-murid perlu dibimbing dan diajar mengenali dan menyenaraikan pelbagai jenis

perasaan selain mengetahui cara meluahkan perasaan tersebut di samping berkebolehan mengawal

perasaan-perasaan yang negatif.

(a) Perasaan Gembira

Gambarajah 3 : Perasaan Gembira

Perasaan gembira dan ceria adalah apa yang kita rasa apabila kita suka tentang sesuatu atau bila kita

seronok membuat sesuatu. Gembira adalah satu perasaan yang penting dan perlu ada bagi seseorang

yang mempunyai akal yang waras. Ini adalah kerana selain daripada dapat mewujudkan kedamaian

di dalam diri sendiri perasaan gembira juga memberi impak dalam keharmonian masyarakat dan

negara lebih-lebih lagi kepada seorang yang bergelar murid atau pelajar.

Perasaan ini amat diperlukan oleh seorang murid untuk mencapai kejayaan. Ini adalah kerana pada

kebiasaannya murid akan merasa tertekan dengan kehidupannya sebagai murid misalnya apabila

mendapat sesuatu tugasan atau kerja rumah yang banyak dan perlu disiapkan oleh murid tersebut

dalam jangka masa yang singkat. Ini akan memberikan tekanan kepada murid tersebut. Oleh itu, di 5

Page 6: Definisi Kesihatan

saat inilah perasaan gembira perlu memainkan peranan bagi mengurangkan tekanan kepada murid

berkenaan.

Pada kebiasaannya murid yang belajar dalam keadaan yang riang dan gembira lebih menampakkan

kefahaman yang lebih berbanding dengan murid yang pasif. Ini adalah kerana murid tersebut akan

mengikuti apa yang diajarkan oleh guru dengan terperinci dan rasa seronok melakukannya.

(b) Perasaan Marah

Gambarajah 5 : Perasaan Marah

(i) Apakah itu marah?

Marah adalah sejenis emosi semula jadi yang biasanya bersifat NEGATIF

Marah boleh bersifat dari sedikit keresahan hingga menjadi ganas dan tidak terkawal

Marah secara umumnya boleh diterima masyarakat tetapi bukan marah yang tidak

terkawal

(ii) Kenapa anda merasa marah?

Anda terasa marah apabila tidak dapat mengawal atau menggubah sesuatu yang anda benci. Perasaan

benci mengakibatkan keresahan dan ini merupakan perasaan marah yang sederhana. Tuntutan atau

permintaan di luar batas kemampuan anda untuk melaksanakannya akan mencetus keadaan marah

yang lebih teruk. Contoh: Hadir lewat ke sekolah sudah amat meresahkan dan membimbangkan,

apatah lagi terkandas di dalam kesesakan jalan raya yang menyebabkan kelewatan hadir di sekolah

akan menambahkan lagi tahap kemarahan. Memburukkan lagi keadaan, bayangkanlah anda terlewat

untuk menduduki peperiksaan. Bagaimana cara anda menilai sesuatu keadaan yang menentukan

perasaan marah anda. Perasaan marah akan menjadi lebih teruk jika mempunyai anggapan negatif

dan tidak rasional.

6

Page 7: Definisi Kesihatan

(iii) Bagaimana anda meluahkannya?

Meluahkan perasaan marah anda dengan secara wajar (tegas, yakin dan terkawal) adalah cara yang

paling terbaik dan berkesan. Untuk melakukannya, anda perlu tahu bagaimana cara untuk meluahkan

apa yang anda rasai sejelasnya, apa kehendak anda dan bagaimana untuk memenuhinya tanpa

mencederakan orang lain. Bertindak tegas bukan bermaksud bersikap menolak atau terlalu menuntut;

ia bermaksud menghormati diri anda sendiri dan orang lain.

(c) Perasaan Takut

Gambarajah 6 : Jenis Perasaan T akut

Takut :- Rasa terancam, suatu motivasi ingin memastikan keselamatan diri dari aspek fizikal dan

psikologi. Merangsang kanak-kanak melahirkan fikiran dan perasaan takutnya, mencari jaminan

mendapat ketenangan dan ketenteraman.

Kebanyakan anak murid akan mempunyai perasaan takut terutamanya pada peringkat awal

kehidupannya. Perasaan takut adalah sebahagian daripada proses perkembangan normal manusia.

Perasaan takut akan menyebabkan manusia peka pada situasi-situasi yang berbahaya. Contohnya,

kebanyakan ibu bapa mahu anak mereka mempunyai perasaan takut anjing yang garang atau takut

bermain di tepi sungai. Bagaimanapun perasaan takut yang keterlaluan dan perasaan takut kepada

semua situasi akan menimbulkan masalah dalam kehidupan manusia. Perasaan takut pada kanak-

kanak jika dibiarkan berterusan akan member kesan negative kepada kehidupan dan persekolahan

kanak-kanak tersebut sehingga dia dewasa.

(i) Cara-cara Meluahkan Atau Mengatasi Perasaan Takut

Galakkan diri meluahkan perasaan takut seperti bercakap atau bercerita tentang

perasaan takut yang dialami.

Kuatkan semangat.. Contohnya “saya tidak takut”, “tidak apa-apa di sini yang

boleh mencederakan saya”

Elakkan melakukan aktiviti yang boleh menakutkan. Contohnya, elakkan daripada

menonton cerita seram atau  membacakan buku cerita yang seram dalam waktu

yang tidak sesuai.

7

Page 8: Definisi Kesihatan

Jangan terlalu mengawal pergerakan diri kita. Sepatutnya kita perlu bersendirian

pada sesetengah keadaan untuk derianya secara sendiri tanpa bantuan sesiapa.

Lakukan pergerakan seperti melompat, bermain, memanjat selagi tidak

membahayakan dirinya sendiri.

Aktiviti riadah bersama kawan dapat menghilangkan perasaan takut pada sesuatu

benda. Lihat Gambarajah 7

Mendengar muzik juga boleh menghilangkan perasaan takut.

(d) Perasaan Malu

Gambarajah 9 : Perasaan Malu

Perasaan malu - Menjadikan murid menyedari kepentingan perilaku yang baik dan mengelak

daripada melakukan sesuatu yang dikatakan memalukan.Ini membantu mereka mengawal tingkah

laku mereka sendiri.

Perasaan malu yang negatif atau yang menghalang daripada kemajuan diri sendiri perlu dijauhi.

Sebagai contoh, seorang yang malu untuk membentangkan hasil kerja mereka di khalayak ramai,

malu untuk berkomunikasi dengan orang lain dan sebagainya.

i. Bagaimanakah cara untuk anda menghilangkan perasaan malu?

Pemikiran kita sendiri. Anda sepatutnya tidak terlalu memikirkan mengenai tanggapan orang

lain terhadap diri anda. Lakukan sesuatu dengan cara anda yang tersendiri. Pasti anda berjaya

mengawal situasi walaupun sebenarnya anda berasa malu.

8

Page 9: Definisi Kesihatan

Latihan- Untuk menghilangkan perasaan malu juga memerlukan latihan. Mulakan latihan

dengan cuba berkomunikasi dengan orang yang rapat dengan anda. Kemudian latih pula diri

anda untuk berkomunikasi dengan orang yang baru dikenali.

Tumpuan- Tumpukan perbualan yang sedang dilakukan dan bukannya memikirkan

mengenai diri sendiri. Orang lain lebih selesa sekiranya anda menjadi diri anda yang sebenar.

Bertanya soalan- Untuk mengekalkan sesuatu perbualan, anda perlu bertanyakan soalan.

Jangan berasa malu untuk bertanya. Ini adalah cara terbaik untuk mengelakkan anda daripada

terus membatu.

Imaginasi- Jangan cuba bayangkan apa yang orang lain fikir mengenai setiap kenyataan anda.

Biarkan mereka yang membuat keputusan sama ada bersetuju ataupun tidak.

Keyakinan- Bina keyakinan diri sendiri secara berperingkat.

Perwatakan- Cuba lakonkan seperti anda sebenarnya tidak berasa malu. Pasti lama-kelamaan

anda akan terbiasa dengan sesuatu situasi itu.

(e) Perasaan Kecewa

Gambarajah 10 : Jenis Perasaan Kecewa

Kecewa akan kita rasakan ketika tidak mendapatkan apa yang kita inginkan. Semakin tinggi harapan

dan besarnya pengorbanan yang sudah dilakukan akan menambah rasa kecewa. Perasaan kecewa

diluahkan dengan berbagai cara. Ada yang menangis menitikkan air mata atau berteriak sekeras-

kerasnya. Ada juga yang menyendiri dalam sepi. Bahkan ada yang menenggak minuman, pil atau

menghisap sesuatu yang bahaya seperti dadah yang akan merosakkan kesihatan diri sendiri. Perasaan

kecewa perlu di atas dengan sebaik-baiknya supaya tidak menghalang seseorang itu memajukan diri

mahupun melanjutkan pelajaran seterusnya. Gagal dalam satu peperiksaan bukan bererti gagal

segala-galanya. Kuatkan semangat, yakin pada diri sendiri nescaya akan berjaya satu masa nanti.

9

Page 10: Definisi Kesihatan

(i) Apakah cara untuk mengatasi kekecewaan?

Menumpukan perhatian kepada aktiviti lain yang lebih berfaedah.

Melupakan kekecewaan tersebut dan menanam tekad baru untuk tidak kecewa lagi.

Meluahkan perasaan kepada orang yang kita percayai.

Minta nasihat orang lain.

Cuba minta nasihat daripada orang lain yang kita hormati atau segani.

Jangan minta nasihat dari orang yang kita benci atau orang yang selalu sakitkan hati kita.

Dengan kata lain, jangan tambah penyakit. Tidak kiranya apa nasihatnya, namun biasanya

kesediaan orang lain itu memberi nasihat pun sudah cukup untuk melegakan perasaan kita.

10

Page 11: Definisi Kesihatan

3.2 Gaya Hidup Sihat

3.2.1 Makanan dan Pemakanan

Makanan ialah bahan yang menarik rasanya dan pada masa y ang sama boleh menghilangkan

rasa kelaparan.

Makanan juga ialah bahan-bahan pepejal atau cecair yang apabila dimakan boleh

menyebabkan pertumbuhan badan, membekalkan tenaga dan mengawal proses perjalanan

badan dengan perkataan lain ianya mengawal kehidupan.

Pemakanan adalah sains nilai makan termasuk berbagai-bagai kumpulan makanan, makanan

berzat dan perseimbangan makanan.

3.2.2 Fungsi dan Jenis Makanan

(a) Makanan berfungsi untuk membekalkan tenaga kepada manusia untuk terus hidup

(b) Terdapat pelbagai jenis makanan untuk tubuh badan yang sihat dan cergas seperti karbohidrat,

protein, lemak, vitamin, garam mineral dan gentian. (Lihat Gambarajah 11)

Gambarajah 11 : Contoh-contoh Makanan

11

IKAN AISKRIMSAYUR SAWI

COKLATPISANGROTI

Page 12: Definisi Kesihatan

3.2.3 Pentingnya Makan Secara Sihat

Kesihatan itu merupakan kekayaan bagi manusia. Bahkan kata badan sihat, otak cerdas. Maka,

pemakanan seimbang adalah salah satu langkah yang berkesan untuk menjamin kesihatan. Dengan

itu, kita boleh merujukkan kepada piramid makanan yang merancang pengambilan jenis-jenis

makanan dan sukatan makanan yang sesuai untuk kita setiap hari. Makanan yang seimbang perlu

mempunyai 4 kumpulan nutrient seperti karbohidrat, protein, lemak dan vitamin yang terdapat

dalam paras-paras berbeza piramid makanan.

3.2.4 Piramid Makanan

Gambarajah 12 : Piramid Makanan Malaysia

Piramid makanan ialah satu panduan bagi pemilihan makanan untuk amalan pemakanan yang sihat.

Terdapat 4 paras atau kumpulan dalam piramid makanan. Rujuk Gambarajah 12

(a) Kumpulan 1 :

• Kumpulan makanan ini termasuk bijirin seperti nasi, gandum, pulut, oat, barli, jagung,

produk bijirin seperti mi, roti, kuih-muih, biskut, bijirin sarapan dan ubi-ubian termasuk ubi

kentang, ubi keledek, ubi kayu dan ubi keladi. Rujuk Gambarajah 13

• Makanan di dalam kumpulan ini kaya dengan sumber karbohidrat kompleks yang merupakan

sumber tenaga yang penting.12

lemak

protein

karbohidrat

vitamin

Page 13: Definisi Kesihatan

• Ia juga membekalkan vitamin, mineral, serat dan sedikit protein.

• Sajian makanan kita harus datang sebahagian besarnya dari kumpulan ini. Setiap hari kita

perlukan 4-8 sajian daripada kumpulan ini.

• Makanlah semua jenis makanan daripada kumpulan makanan ini dan utamakan makanan

tinggi serat seperti beras perang atau roti bijirin penuh.

Gambarajah 13: Jenis Makanan Yang Mengandungi Karbohidrat

(b) Kumpulan 2 : Buah-buahan dan sayur-sayuran (Makan banyak)

• Makanan daripada kumpulan ini adalah rendah kalori, lemak dan tidak mengandungi

kolesterol. Rujuk Gambarajah 14

• Ia membekalkan sebahagian besar vitamin, mineral, serat dan anti oksida yang diperlukan

oleh manusia untuk meningkatkan daya ketahanan badan daripada penyakit, menghindari

sembelit, melambatkan proses penuaan dan mengurangkan risiko penyakit jantung dan

kanser.

• Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah makanan yang amat penting dan perlu dimasukkan ke

dalam perancangan menu makanan sihat harian.

• Pilihlah pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran. Ambil sekurang-kurangnya 5 sajian

setiap hari iaitu 3 sajian sayur-sayuran dan 2 sajian buah-buahan.Paras2 ialah kumpulan serat

dan digalakkan untuk makan banyak. Ia merupakan sumber serat untuk membantu system

penghadaman dan mengelakkan sembelit. Contohnya, buah-buahan dan sayur-sayuran yang

segar.

13

ROTISANDWICH

MINASI

Page 14: Definisi Kesihatan

Gambarajah 14 : Jenis Makanan Yang Mengandungi Vitamin dan Serat

(c) Kumpulan 3 : Ikan, ayam, daging dan kekacang (Makan secara sederhana)

• Makanan daripada kumpulan ini merupakan sumber protein, vitamin B, zat besi, zink,

kalsium dan magnesium. Rujuk Gambarajah 15

• Ia merupakan sumber amino acid untuk pertubuhan sel dan tisu-tisu baru untuk badan.

• Makanlah makanan ini secara sederhana dan pilihlah makanan yang rendah lemak.

• Kekacang merupakan makanan yang baik untuk menggantikan sumber protein haiwan kerana

ia mempunyai kandungan lemak yang rendah.

• Contoh kekacang ialah seperti kacang soya dan hasil produknya, kacang merah serta kacang

dal. Jumlah sajian yang disyorkan ialah 2-3 sajian sehari.

Gambarajah 15 : Jenis Makan Yang Mengandungi Protein14

BUAH-BUAHAN DAN SAYUR-SAYURAN

TELUR

AYAMIKAN

SUSU

Page 15: Definisi Kesihatan

(d) Kumpulan 4 : Lemak, minyak, gula dan garam (Makan sedikit)

• Lemak, minyak, gula dan garam terletak pada aras 4 iaitu aras teratas dalam Piramid

Makanan Malaysia. Rujuk Gambarajah 16

• Kumpulan makanan ini perlu diambil dalam jumlah yang sedikit sahaja dalam pengambilan

makanan harian. Ia merupakan sumber tenaga yang tersimpan dalam badan.

• Gula adalah karbohidrat ringkas yang hanya membekal kalori tanpa nutrien lain.

• Gula yang terdapat secara semula jadi dalam buah-buahan dan dalam susu. Mengikut saranan

WHO, pengambilan gula yang disarankan adalah 50g sehari (10 sudu teh). Ini termasuk gula

tersembunyi dalam makanan.

• Garam ialah sejenis bahan yang memberi rasa masin dalam makanan.

• Pengambilan yang berlebihan dikaitkan dengan risiko tekanan darah tinggi.

Gambarajah 16 : Jenis Makanan Yang Mengandungi Lemak

3.2.5 Makanan Seimbang

Makanan seimbang merupakan makanan yang harus dimakan untuk memastikan tubuh badan

seseorang berfungsi dengan normal. Makanan seimbang seharusnya memberikan kita tenaga.

makanan yang mencukupi, karbohidrat, protein dan lemak secara optimum, kandungan fiber yang

mencukupi dan kandungan bahan galian, vitamin dan asid lemak. Makanan yang memberi tenaga

dapat membina badan, dan dapat menjauhi kita daripada mendapat penyakit. Amalan pemakanan

sihat adalah satu faktor yang penting ke arah kesihatan sekeluarga dan seharusnya dipupuk dari

rumah. Selain daripada menyelerakan dan mampu dibeli, makanan yang dikongsi bersama

sekeluarga mestilah berkhasiat dan sihat.

15

AISKRIM

COKLAT

KEK

KEJU

Page 16: Definisi Kesihatan

3.2.6 Kepentingan Makanan Seimbang

Memastikan kadar metabolisme yang seimbang

Kanak-kanak terutamanya amat memerlukan makanan yang seimbang bagi memastikan

mereka cukup zat dan mineral untuk metabolisme yang seimbang. Kanak-kanak wajar

diberikan hidangan yang menepati 7 kelas makanan agar mereka tidak mengalami

kekurangan zat makanan. Makanan seimbang dapat menjamin pertumbuhan kanak-kanak

yang sihat. Mereka tidak akan terlalu gemuk atau kurus

Mengekalkan kesihatan badan agar sentiasa cergas & bertenaga

Makanan seimbang akan dapat memberikan tenaga dan haba yang cukup kepada badan seseorang. Seseorang itu akan kelihatan ceria dan cergas untuk menjalani tugasan harian. Pengaliran darah yang lancar akan memastikan oksigen dapat dialirkan ke seluruh tubuh dengan baik. Tenaga yang cukup perlu untuk kehidupan yang aktif

Mengelakkan jangkitan penyakit

Pengambilan makanan yang seimbang juga mampu membina kekuatan terhadap jangkitan dan serangan penyakit. Antibodi yang dihasilkan mampu melawan penyakit. Keadaan badan yang cukup vitamin, garam mineral, kalsium, dan sebagainya akan melindungi daripada penyakit seperti skurvi, selesema dan rabun malam

Membolehkan pembinaan tisu-tisu baru

Makanan seimbang yang digambarkan oleh piramid makanan membolehkan pembinaan tisu-tisu baru bagi menggantikan tisu-tisu badan yang lama dan rosak. Hal ini memungkinkan luka akan cepat sembuh dan pembinaan tisu baru yang normal

Melambatkan proses penuaan

Golongan dewasa wajar mengambil makanan seimbang bagi memastikan tubuh badan sentiasa

mendapat vitamin yang cukup dan mengekalkan bentuk badan yang cantik dan kulit yang

sihat

Menjamin minda dan otak yang cerdas

Makanan seimbang mampu merangsang otak agar sentiasa cerdas. Pertumbuhan otak kanak-

kanak dan bayi amat penting untuk melahirkan individu yang pintar dan bijak. Pembinaan

molekul genetic dan DNA yang sihat akan menjamin pertumbuhan saraf-saraf otak yg baik.

16

Page 17: Definisi Kesihatan

3.3 Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran

Gambarajah 13: Contoh Rawatan Pertolongan Cemas

3.3.1 Apa Itu Pertolongan Cemas?

Pertolongan cemas ialah bantuan segera atau rawatan kecemasan awal yang diberikan untuk orang

yang tercedera sebelum mendapatkan bantuan atau perawat yang bertauliah. Ia biasanya terdiri dari

satu siri teknik yang boleh dilakukan oleh hampir semua orang dengan peralatan yang minimum.

(dipetik dari Wikipedia). Dengan lain perkataan pertolongan cemas bermaksud pertolongan yang

diberikan untuk membantu orang yang dalam kecemasan. Ia adalah langkah awal rawatan orang

yang tercedera, sementara mendapat rawatan yang lebih sempurna daripada doktor. Ia dilakukan

dengan serta merta tanpa peralatan yang lengkap. Setiap orang harus tahu menguruskannya. Bantuan

yang kita berikan ini mungkin boleh membantu menyelamatkan nyawa mangsa kemalangan.

Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk memberikan pertolongan cemas. Tiap-tiap cara

ini bergantung kepada keadaan kecederaan yang berlaku.

Pertolongan Cemas biasanya melibatkan pengendalian rawatan bagi kecederaan ringan seperti luka,

pengsan, terseliuh, terbakar, patah, tercekik dan sebagainya.

3.3.2 Maksud Kecederaan Ringan

Kecederaan ringan bermaksud kecederaan yang tidak menggugat atau mengancam nyawa serta

merta kepada orang yang berkenaan. Kecederaan ringan yang biasa berlaku di sekolah adalah seperti

luka kecil, calar, lebam, terseliuh dan kecederaan lain yang tidak mengancam nyawa murid.

(a) Apa itu luka?

(i) Kecederaan pada tisu lembut biasanya dikenali sebagai luka.

(ii) Luka “tertutup” berlaku apabila kerosakan pada tisu lembut adalah di bawah permukaan kulit

seperti lebam.

(iii) Luka “terbuka” berlaku apabila permukaan kulit terkoyak.

17

Page 18: Definisi Kesihatan

(b) Luka Kecil

(i) Luka kecil biasanya mengeluarkan sedikit darah sahaja dan pendarahan boleh berhenti

dengan sendiri. Bantuan menghentikan darah boleh dilakukan dengan menekan secara

langsung pada tempat luka atau menekan arteri-arteri tertentu untuk beberapa minit.

Mengangkat ke atas bahagian yang luka juga merupakan salah satu kaedah untuk membantu

mengurangkan pendarahan.

(ii) Langkah yang baik ialah membasuh bahagian yang luka tersebut terlebih dahulu, kemudian

barulah disapukan ‘losyen antiseptik’. (Lihat Gambarajah 15) Bagi luka yang kecil,

‘kepingan plaster’ boleh digunakan dengan mudah. Bagi luka yang agak besar, perlulah

digunakan ‘kain kasa penyerap’ mengikut saiz yang sesuai.

(iii) Rawatan Luka-luka kecil

Rawatan bagi luka kecil lazimnya hanya memerlukan pembalutan kecil seperti plaster

sahaja. (Sila rujuk Gambarajah 14) Biarpun begitu rawatan perlu diberi untuk mengelakkan

risiko jangkitan kuman. Langkah-langkah rawatannya adalah seperti berikut:

Bersihkan tangan dengan sabun. Jangan sentuh luka dengan tangan kotor.

Cuci luka dari tempat luka ke arah keluar supaya kuman tidak masuk ke kawasan luka.

Keringkan perlahan-lahan dengan tisu atau tuala yang steril.

Lekatkan pembebat atau plaster mengikut saiz luka. Jangan bercakap atau batuk ke arah

tempat luka.

Gunakan pembalut untuk memegang pembebat.

Gambarajah 14 : Balutan Luka

Gambarajah 15: Cara Rawatan Luka Kecil

18

Page 19: Definisi Kesihatan

Terseliuh

(i) Tanda-tanda dan gejala

rasa kesakitan pada sendi itu

bengkak

lebam atau perubahan warna di bawah kulit sendi yang tercedera

(ii) Rawatan

letak beg ais pada sendi yang cedera tinggikan bahagian yang tercedera letakkan mangsa di dalam keadaan yang selesa ampu bahagian yang tercedera hantar ke hospital jika keadaan memerlukan

4.0 Program Kesihatan Sihat Sekolah

Perkhidmatan kesihatan sekolah adalah satu perkhidmatan yang diberikan oleh Kementerian

Kesihatan Malaysia khusus untuk murid-murid sekolah yang berada di sekolah-sekolah bantuan

kerajaan di seluruh Malaysia.

Pendidikan kesihatan di sekolah terbahagi kepada pendidikan kesihatan secara berkelompok dan

individu. Pendidikan kesihatan secara berkelompok adalah pendidikan kesihatan yang dijalankan

melalui kempen atau kem-kem kesihatan di sekolah. Murid-murid mendapat pengetahuan melalui

pameran kesihatan, ceramah-ceramah kesihatan dan tunjuk cara oleh anggota kesihatan. Pendidikan

kesihatan secara berkelompok memberi perhatian kepada masalah kesihatan atau mesej kesihatan

khusus untuk golongan murid sekolah secara umum. Contohnya kempen thalassemia untuk murid

sekolah, kempen 'tak nak' dan kempen gaya hidup sihat.

Pendidikan kesihatan individu pula merujuk kepada khidmat nasihat yang diberikan oleh anggota

kesihatan semasa sesi pemeriksaan kesihatan. Sesi pendidikan kesihatan individu lebih menjurus

kepada masalah kesihatan khusus yang dialami oleh murid seperti khidmat nasihat pemakanan,

khidmat nasihat bagi rawatan kudis buta, khidmat nasihat untuk rujukan ke klinik dan sebagainya.

4.1 Perkhidmatan kesihatan di sekolah boleh dibahagikan kepada tiga komponen utama.

Perkhidmatan Kesihatan Sekolah

Perkhidmatan Pergigian Sekolah

Perkhidmatan Alam Sekitar Sekolah

19

Page 20: Definisi Kesihatan

4.2 Faedah Program Kesihatan Sekolah

4.2.1 Mengesan kesihatan fizikal murid untuk mengesan masalah-masalah seperti obesiti,

ketajaman penglihatan, rabun warna, tulang rangka, jangkitan cacing, kudis buta, dan

masalah pendengaran.

4.2.2 Murid juga dapat imunisasi kesihatan seperti BCG, Difteria , titisan polio dan MMR. Ini

merupakan satu kesinambungan kepada imunisasi alam kanak-kanak.

4.2.3 Kesihatan Pergigian murid terjamin melalui berbagai program seperti ceramah kesihatan

pergigian, latihan memberus gigi di sekolah, kempen dan pameran kesihatan seperti

kesedaran mengamalkan diet yang seimbang, kepentingan memberus gigi, membuat

pemeriksaan pergigian berkala dan sebagainya.

4.2.4 Murid juga didedahkan dengan berbagai program mencegah dan membanteras penyakit

seperti demam denggi, kuku dan mulut.

4.2.5 Amalan pemakanan yang sihat dan seimbang berdasarkan piramid makanan Malaysia.

20

Page 21: Definisi Kesihatan

5.0 Penilaian Bertulis

5.1 Tunjang 1 : Kesihatan Diri dan Keluarga

5.1.1 Tajuk : Perasaan

Soalan Set 1

(a) Cuba berikan 5 jenis perasaan yang anda ada.

i. ………………………………………..

ii. ………………………………………..

iii. ………………………………………..

iv. ………………………………………..

v. ………………………………………..

(b) Terangkan cara mana perasaan tersebut dapat diluahkan.

i. ………………………………………………………………………………………………

ii. ………………………………………………………………………………………………

iii. ……………………………………………………………………………………………….

iv. ………………………………………………………………………………………………..

v. ………………………………………………………………………………………………..

Soalan Set 2 :

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan perasaan yang negatif?

…………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………….

(b) Bagaimana perasaan tersebut dapat dikawal?

…………………………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………………………..

21

Page 22: Definisi Kesihatan

5.2 Tunjang 2 : Gaya Hidup Sihat

5.2.1 Tajuk 1 : Pemakanan

Soalan Set 1 :

(a) Makanan dibahagikan kepada empat kelas utama. Nyatakan 4 kelas makanan tersebut.

i. ……………………………………

ii. ……………………………………

iii. ……………………………………

iv. ……………………………………

(b) Berikan 3 contoh makanan dalam setiap kelas makanan tersebut.

(i) …………………………………., ………………………………, ……………………….

(ii) …………………………………., ………………………………, ………………………..

(iii) …………………………………., ………………………………,

………………………..

(c) 4 jenis makanan tersebut disusun dalam bentuk yang dikenali sebagai piramid makanan. Cuba

nyatakan nama kumpulan yang terbawah dan teratas sekali.

i ……………………………………… ii ……………………………………

Soalan Set 2 :

(a) Apa yang dimaksudkan dengan makanan seimbang?

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

(b) Kenapa kita perlu mengambil makanan seimbang? Berikan 3 sebab.

(i) ……………………………………………………………………………………..

(ii) ……………………………………………………………………………………..

(iii) ……………………………………………………………………………………..

22

Page 23: Definisi Kesihatan

5.3 Tunjang 3 : Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran

5.3.1 Tajuk 3 : Pertolongan Cemas

Soalan Set 1 :

(a) Apa yang dimaksudkan dengan pertolongan cemas?

……………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………

(b) Cuba senaraikan 3 jenis kecederaan ringan yang biasa di rawat di sekolah.

(i) ………………...............

(ii) ………………………..

(iii) ………………………..

(c) Terangkan dengan ringkas bagaimana anda merawat kecederaan ringan luka di tangan.

…………………………………………………………………………………………………….

……………………………………………………………………………………………………..

Soalan Set 2 :

(a) Senaraikan 3 perkhidmatan kesihatan yang ada di sekolah anda.

(i) …………………………………………………………………………………

(ii) ………………………………………………………………………………….

(iii) ………………………………………………………………………………….

(b) Apakah jenis perkhidmatan yang diberikan? Beri 5 contoh yang sesuai.

(i) …………………………………………………………………………………….

(ii) ……………………………………………………………………………………..

(iii) ………………………………………………………………………………………

(iv) ……………………………………………………………………………………….

(v) …………………………………………………………………………………………

23

Page 24: Definisi Kesihatan

Rujukan :

1. HBHE1103 – Pengenalan Pendidikan Kesihatan

2. Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan Tahun 4

3. Sukatan Pelajaran Pendidikan Kesihatan. Pusat Perkembangan Kurikulum (1998) KPM

4. Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Kesihata Keluaran PKK, KPM Tahun 1,2 3.

5. Kamus Oxford Bahasa Inggeris

6. Marx, E., & Wooley, S.F. (Eds.). (1998). Health is academic: A Guide to Coordinated Health

Programs (p.4). New York, N.Y.: Teachers College Press.

7. http://hani939393.blogspot.com/2012/07/perasaan-atau-emosi.html

8. http://ceriadangembira.blogspot.com/2009/09/perasaan-gembira.html

9. http://forum.jobmarket.com.my/index.php?topic=191.0

10. http://www.xlupa.com/2012/03/cara-kawal-perasaan-marah.html

11. http://amirulasril.com/cara-atasi-kekecewaan/

12. http://ctmserver.kkr.gov.my/kaunseling/buletin.php

13. http://sjasfa.blogspot.com/2007/08/apakah-itu-pertolongan-cemas.html

24