definisi media
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
Definisi Media
• Media atau medium bermakna saluran komunikasi atau juga perantara. Maksud asal media merujuk kepada pembawa maklumat seperti filem, televisyen, radio, rakaman audio, gambar foto, bahan bercetak, komputer dan pengajar.
• Menurut Heinich (2002), media digunakan untuk membantu proses komunikasi.
• Reiser & Gagne (1983) mendefinisikan media sebagai sebarang cara fizikal yang membolehkan mesej pengajaran disampaikan.
• Menurut Kemp dan Semellie (1994), media pengajaran sebagai audio visual dan bahan-bahan yang berkaitan dengannya yang berfungsi dalam pelaksanaan sesuatu pengajaran.
• Menurut Heinich (2002), jika media membawa mesej tentang pengajaran, maka media digelar sebagai media pengajaran.
• Kesimpulannya, media pengajaran adalah segala sesuatu yang dapat digunakan untuk menyalurkan pesanan daripada pengirim kepada penerima sehingga dapat merangsang fikiran, perasaan, minat serta perhatian pelajar dan seterusnya terjadi proses pembelajaran.
Jenis-jenis Media
No Jenis Media Contoh
1 Media tayang kaku Transparensi, slaid, mikrofilem
2 Media tayang bergerak Pita video, CD dan filem
3 Bahan grafik Lukisan, poster, kartun, carta dan graf
4 Gambar Kaku Gambar foto, kad imbasan dan poskad
5 Bahan pameran 3 dimensi Model, boneka, diorama dan pupet
6 Papan pameran Papan kapur, papan putih, papan flanel
7 Media audio Pita kaset, CD dan komputer
8 Media cetak Modul, buku teks, surat khabar,
majalah