definisi kanak

Upload: sharlynaryma

Post on 18-Oct-2015

94 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Definisi Kanak-kanak Bermasalah PembelajaranMenurut Smith (1996) kanak-kanak yangspecific difficultiesadalah mereka yang tidak mempunyai kecacatan pencaindera dan kerosakan organik yang nyata, mempunyai masalah kesukaran dalam pembelajaran satu atau lebih seperti membaca, menulis, mengeja dan matematik serta kanak-kanak ini tidak memberi tindak balas terhadap pengajaran yang normal.

Masalah pembelajaran didefinisikan sebagai masalah dalam satu atau lebih daripada proses asas psikologi melibatkan pemahaman atau penggunaan bahasa sama ada pertuturan atau penulisan di mana masalah yang dihadapi mengakibatkan kebolehan mendengar, berfikr, bertutur dan membaca yang tidak sempurna. Ini tidak termasuk mereka yang bermasalah pembelajaran akibat daripada ketidakupayaan penglihatan, pendengaran dan motor, kerencatan akal, gangguan emosi atau kekurangan dalam persekitaran, budaya atau ekonomi. (Individual with Disabilities Education Act (IDEA), 1997)

Selain itu,The National Joint Committee on Learning Disabilities (NJCLD), 1990Mentakrifkan masalah pembelajaran sebagai merujuk kepada satu kumpulan masalah yang pelbagai yang mengakibatkan kesukaran yang nyata mendengar, bertutur, membaca, menulis, membuat keputusan atau menyelesai masalah matematik. Masalah ini berpunca daripada ketidakfungsian sistem saraf pusat dan boleh berlaku pada bila-bila tahap umur. Masalah mengawal tingkah laku, persepsi dan interaksi sosial mungkin wujud bersama masalah pembelajaran tetapi ia sendiri tidak akan menyebabkan kepada berlakunya masalah pembelajaran. Masalah pembelajaran mungkin wujud seiring dengan ketidakupayaan lain seperti masalah sensori, kerencatan mental atau gangguan emosi.

Rajah 1 : Kanak-kanak kurang memberikan tumpuan terhadap pembelajaran

Secara kesimpulannya, pelajar bermasalah pembelajaran terdiri daripada mereka yang kurang kemampuan belajar disebabkan oleh masalah pemahaman, pertuturan, penulisan dan penyelesaian masalah matematik. Ini tidak termasuk masalah pembelajaran disebabkan oleh kerencatan mental, kurang upaya penglihatan, pendengaran, gangguan emosi dan tingkah laku.

2.2.1 Masalah PembelajaranMasalah pembelajaran diandai sebagai masalah neurologi. Ia tidak berkaitan dengan IQ seseorang kerana selalunya, IQ individu tersebut berada pada tahap normal. Kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran sering ditafsir sebagai malas, tidak memberi perhatian atau tidak berminat. Selain itu, Mereka mungkin menunjukkan sikap yang tidak matang, sukar memberi tumpuan dan mudah lupa. Oleh kerana mereka menunjukkan cirri-ciri yang sama seperti kecacatan yang lain, masalah mereka sukar dikenalpasti dan sering disalahtafsir.

Masalah pembelajaran berkaitan dengan cara otak menerima, memproses, menganalisis dan menyimpan maklumat. Ia merupakan kecelaruan dalam satu atau lebih daripada satu proses psikologi yang melibatkan kefahaman atau penggunaan bahasa, sama ada lisan atau bertulis. Kecelaruan ini boleh menjejaskan keupayaan mendengar, berfikir,bertutur, membaca, menulis,megeja ataupun mengira. Selain itu, masalah ini mungkin disebabkan oleh aphasia. Ia mengakibatkan kadar pembelajaran murid tersebut berbeza dengan murid yang tidak menghadapi masalah tersebut. Namun, masalah ini juga sering dikaitkan dengan masalah tingkah laku dan emosi.Antara masalah yang dikaitkan dengan masalah pembelajaran termasuk masalah pembelajaran akademik, masalah bahasa, ingatan, sosio-emosi, kemahiran motor dan koordinasi, metakognitif, kurang memberi perhatian dan hiperaktiviti.

2.3 Ciri-ciri Kanak-kanak Bermasalah PembelajaranMenurut Clements (1966) terdapat sepuluh ciri-ciri kanak-kanak bermasalah pembelajaran yang telah dikenalpasti iaitu :HiperaktifPerceptual impairmentEmosi yang tidak stabilDisorder of attentionImpulsivityDisorder of memory and thinkingMasalah pembelajaran yang spesifik dalam membaca, menulis, mengeja dan mengira.Disorder of speech and languageEquivocal neurological signs and electro encephalograhic irregulationSelain itu, Ciri-ciri pelajar bermasalah pembelajaran boleh dibahagikan kepada ciri kognitif, akademik, sosial dan emosi dan tingkah laku.2.3.1 Ciri KognitifPelajar bermasalah pembelajaran kebiasaannya lemah dalam pengamatan termasuklah tumpuan, perhatian, ingatan dan pemikiran atau pengolahan. Pelajar bermasalah pembelajaran menghadapi kesukaran dalam mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan baru atau sukar mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam situasi pembelajaran.

2.3.2 Ciri AkademikCiri akademik berlaku di kalangan pelajar masalah pembelajaran dalam masalah membaca, lisan, tulisan dan matematik. Ramai pelajar masalah pembelajaran menghadapi masalah membaca. Paling nyata ialah kesukaran memahami apa yang dibaca dan kesukaran mengenal pasti perkataan. Istilah yang sering dikaitkan dengan masalah membaca ialah disleksia.Selain membaca, pelajar bermasalah pembelajaran menghadapi kesukaran dalam lisan seperti fonologi, morfologi, susunan kata dalam ayat (syntax) dan pragmatik. Pelajar yang lemah dalam lisan gagal memahami perkataan yang di sampaikan sekaligus sukar melibatkan diri dalam perbualan atau interaksi dengan kawan dan sebagainya.Masalah kemahiran menulis di kalangan pelajar bermasalah pembelajaran ialah kesukaran memegang pen atau penselketika menulis dengan tangan, menulis huruf yang berlainan saiz, kelemahan dalam mengeja, tidak menggunakan tatabahasa yang betul, organisasi perenggan yang tidak teratur dan kurang menggunakan struktur ayat yang kompleks.Secara umum, pelajar kemahiran menulis pelajar bermasalah pembelajaran adalah lebih rendah berbanding dengan rakan sebaya mereka yang normal atau biasa. Bagaimana pun, kemahira menulis pelajar bermasalah pembelajaran boleh dipertingkatkan jika intervensi awal dilaksanakan dan kaedah mengajar yang teratur dan sistematik diperkenalkan.Bidang terakhir di mana pelajar bermasalah pembelajaran menghadapi kesukaran untuk belajar ialah matematik. Masalah ini juga boleh di istilahkan sebagai diskalkulia yang merujuk kepada ketidakupayaan dalam kemahiran matematik. Secara umumnya diskalkulia bermakna ketidakupayaan untuk mengira. Antara masalah matematik yang berlaku di kalangan pelajar bermasalah pembelajaran ialah tidak menguasai sepenuhnya dalam pengiraan asas seperti tambah, tolak, darab dan bahagi. Selain itu, pelajar bermasalah pembelajaran sukar membuat anggaran dan pengukuran seperti saiz, nilai, wang, jarak atau cecair.2.3.3 Ciri Sosial dan EmosiMemahami ciri sosial dan emosi pelajar bermasalah pembelajaran adalah sama penting dengan memahami ciri kognitif dan akademik mereka. Bagaimana pelajar bermasalah pembelajaran melihat diri mereka dan orang lain serta bagaimana mereka mahir dalam interaksi sosial secara signifikannya dapat mempengaruhi mereka berjaya dalam pembelajaran. Tambahan pula,kejayaan mereka dalam hidup bergantung kepada kemampuan mereka berinteraksi dengan orang lain secara berkesan.

Kemahiran Sosial yang LemahPelajar yang mempunyai kemahiran sosial yang lemah didapati sukar untuk mencari kawan, diketepikan oleh pelajar lain dan tidak kerap berinteraksi dengan guru. Mereka kurang mempunyai teman-teman dari kalangan kanak-kanak biasa disebabkan mereka tidak berupaya untuk mengetahui kenapa dan bagaimana untuk menjalin serta mengekalkan hubungan. Adakalanya pelajar bermasalah pembelajaran tidak mempunyai kemahiran untuk menolak tekanan rakan sebaya yang negatif serta tidak dapat mengenalpasti model rakan sebaya yang baik untuk ditiru.Akibatnya, harga-diri (self-esteem) mereka pun rendah yang mungkin disebabkan dengan kekecewaan usaha mereka berinteraksi dengan orang lain. Kadang kala hal ini menyebabkan mereka bertingkah laku negatif dan menyakiti orang lain.

2.3.4 MotivasiMotivasi merupakan keinginan untuk melibatkan diri dalam aktiviti. Kebanyakan pelajar bermasalah pembelajaran kurang bermotivasi untuk belajar. Apabila pelajar bermasalah pembelajaran berjaya dalam peperiksaan, mereka menganggap sebagai bernasib baik atau ujian senang, tetapi apabila gagal dalam ujian, mereka menganggap diri mereka bisu (dumb). Keadaan ini menunjukkan betapa lemahnya motivasi mereka.

2.3.5 Ciri Tingkah LakuSebahagian pelajar bermasalah pembelajaran mempunyai masalah sukar memberi tumpuan, mudah terganggu, terlalu aktif dan resah, tidak mengikut arahan dan sebagainya. Istilah yang sering digunakan dalam masalah ini di sebut masalah kurang tumpuan hiperaktiviti (ADHD). Masalah tingkah laku ini akan mengganggu kelas dan tidak menyenangkan bagi guru, ibu bapa dan pelajar lain. Masalah tingkah laku ini juga boleh mengganggu hubungan sosial dan memberi kesan negatif terhadap penilaian kendiri pelajar.

2.4 Klasifikasi Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran.Kecacatan seperti yang dialami oleh kanak -kanak spastik , buta , rencat akal dan pekak teruk mudah dikenal pasti untuk diberikan program intervensi awal. Tetapi , disfungsi perkembangan yang tidak ketara dan sudah dikenal pasti banyak berlaku di kalangan kanak -kanak yang menggalami masalah pembelajaran di sekolah.Sejak beberapa tahun kebelakangan , Kefahaman tentang masalah pembelajaran di kalangan kanak -kanak telah berkembang dengan pesatnya. Memang jelas bahawa masalah ini adalah kompleks dan psikososial. Pengalaman hidup seseorang kanak -kanak itu mempunyai pengaruh yang kuat terhadap perkembangan intelek dan perwatakannya.Ibu bapa dan guru-guru juga kadang kala membuat tanggapan -tanggapan yang mungkin kurang tepat terhadap kanak -kanak yang kurang maju dalam pelajarannya. Si anak dikatakan malas , tidak bermotivasi , bodoh atau asyik bermain sahaja. Terdapat pula sesetengah ibu bapa yang menyalahkan pihak guru dengan mengatakan bahawa guru kurang berpengalaman , teknik mengajar tidak berkesan , pilih kasih atau kurang memberikan perhatian kepada si anak. Ramai ibu bapa mendaftarkan anak -anak mereka untuk mengikuti kelas tambahan bagi meningkatkan kemajuan pelajaran mereka. Walaupun saya akui usaha -usaha ini boleh membantu memperbaiki prestasi akademik sebahagian besar kanak -kanak , tetapi masih ada lagi segolongan kanak -kanak yang memerlukan bantuan pembelajaran yang lebih khusus.

2.5 Punca-punca Masalah PembelajaranMercer (1997) menyatakan punca tentang berlakunyalearning difficultiessecara perubatannya berkaitan denganetiologies.Terdapat empat punca berlakukanlearning difficultiesiaitu :Acquired Trauma (Prenatal, Perinatal, Posnatal)Faktor Keturunan (Genetic/Hereditary Influence)Faktor persekitaranBiochemical AbnormalitiesSelain itu, punca-punca timbulnya masalah pembelajaran di kalangan kanak -kanak boleh dibahagikan kepada dua kategori :2.5.1. Punca BiologiPunca biologi merangkumi faktor faktor baka dan penyakit -penyakit yang menjejaskan fungsi otak dan urat saraf. Kekurangan oksigen sewaktu kelahiran (asphyxia), lembam lapisan otak (meningitis) dan sawan yang berpanjangan boleh menyebabkan disfungsi urat saraf (neurologi dysfunction).

Pakar kanak-kanak juga telah lama menyedari bahawa kandungan plumbum yang tinggi dalam darah (lead poisoning ) seseorang kanak -kanak boleh menyebabkan wujudnya masalah pembelajaran. Selain itu, banyak lagi bahan yang telah dikenal pasti sebagai punca masalah pembelajaran. Doktor dan ibu bapa perlulah peka terhadap hal ini supaya dapat mengurangkan risiko anak -anak terdedah kepada penggunaan bahan-bahan tersebut.2.5.2 Punca PsikososialPunca psikologi sering mewujudkan masalah pembelajaran. Pengaruh sekitaran yang tidak sihat , kurang rangsangan , kurang perhatian ibu bapa dan kemiskinan hidup akan menyebabkan kanak-kanak berkenaan mengalami masalah pembelajaran. Umumnya, unsur biologi berinteraksi dengan unsur psikososial. Oleh itu, setiap kanak-kanak yang menghadapi masalah ini perlu dirawat secara teliti dengan menggunakan pendekatan yang berasingan.Satu kajian untuk mengenal pasti dengan lebih terperincipunca -punca kegagalan dalam pelajaran telah dijalankan ke atas kanak-kanak dalam kelas pemulihan di tiga buah sekolah di selangor dan kuala Lumpur oleh LPPKN denagn kerjasama Kementerian Pendidikan pada tahun 1986. Antara punca-punca yang dikaenal pasti ialah kurang perhatian oleh ibu bapa dalam soal pelajaran anak-anak, kurang motivasi di kalangan kanak-kanakitu sendiri serta lambat memperoleh kemahiran membaca, menulis dan mengira.Ada juga kanak-kanak yang menghadapi masalah lambat menguasai bahasayang seterusnya menjejaskan proses menguasai kemahiran membaca. Sesetengah kanak-kank pula menghadapi masalah lemah pengamatan (perceptual weakness) dan lemah daya ingatan. Kurang keyakinan terhadap diri sendiri juga turut menimbulkan masalah pembelajaran. Kanak-kanak tersebut akan berasa takut untuk bercakap dan tidak gemar bergaul dengan rakan-rakan sebayanya.Ada satu kes yang melibatkan seorang kanak-kanak yang kurang baik daya penglihatannya. Akibatnya, dia kurang nampak papan hitam didalam kelas. Setelah dibawa kepada perhatian ibu bapanya, barulah cermin mata ditempah untuknya. Pretasinya disekolah juga meningkat. Ada juga kanak-kanak yang kurang daya pendengaran akibat cecair dalam telinga (serous otitis media) dan ini sudah tentu boleh menjejaskan pelajarannya. Dia perlukan rawatan untuk memperbaiki pendengarannya.Ada pula kanak-kanak yang kelihatan pucat dan sering mengantuk didalm kelas. Akibatnya, pretasi akademiknya merosot. Kanak-kanak yang terencat akal mundur dalam pelajarannya keranakebolehan berfikir, tumpuan perhatian, perkembangan bahasa, pengamatan dan keupayaannya memproses maklumat adalah lambat dibandingkan dengan kanak-kanak biasa yang sebaya dengannya.Kanak-kanak berusia lapan tahun yang mempunyai tahap intelek (IQ) setaraf dengan kanak-kanak lima tahun lazimnya masih sukar mengenal huruf. Kebolehannya sama ada dari segi penguasan bahasa, keupayaan menjalani aktiviti-aktiviti harian atau pun kemahiran sosial akan hanya setaraf dengan kanak-kanak yang berusia lima tahun. Oleh itu, dia akan mendapati sukar untuk mengikut kurikulum didalam darjah satu.Kita perlu mengasingkan kanak-kanak normal yang mengalami masalah pembelajaran dengan kanak-kanak terencat akal yangmengalami masalah yang sama. Ini boleh ditentukan melalui ujian IQ. Kanak-kanak mengalami masalah pembelajaran berbeza diantara satu dengan lain dari segi kekuatan dan kelemahan yan dimilikinya. Oleh itu, pendidikan khas yang diberikan pada seseorang kanak-kanak itu perlulah diindividukan berasaskan pada kekuatan dan kelemahan tersebut. Pelbagai corak difungsi perkembangan ditemui dikalangan kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran. Umpamanya, seorang kanak-kank yang berusia enam tahun yang sungguh cerdik sehingga boleh bermain dengan komputernya,melukis gambar roket dengan kemas dan membaca dengan baik mungkin mempunyai tumpuan perhatian yang singkat. Oleh itu,dia mungkin tidak membuat kerjanya dikelas kerana tidak menumpukan perhatian kepada arahan yang diberikan oleh gurunya. Sebaliknya, perhatiannya lebih tertumpu kepada perkara-perkara yang sangat diminatinya seperti permainan komputer dan lukisan.Kanak-kanak yang lemah ingatannya akan mengalami masalah pembelajaran.Dia mungkin menunjukkan kecekapan membuat bentuk rumah menggunakan alat permainan lego dan melukis gambar kereta atau binatang tetapi menghadapi kesulitan membaca dan menulis. Mengajarnya membaca dan menulis memerlukan kesabaran kerana perlu memberi penerangan berulang-ulang kali.2.6 Penilaian ke atas seorang kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran Pakar yang menilai kanak-kank yang mengalami masalah pembelajaranperlu mendapatkan riwayat yang terperinci dan mengambil perhatian terhadap kemungkinan berlakunyakerosakan otak seperti yang dialami oleh bayi yang dilahirkan dalam keadaan lemas (asphyxiated ), perdarahan dalam otak , penyakit meningtis , sawan yang berpanjangan dan sebagainya. Beliau juga perlu menyelidik sama ada kanak -kanak tersebut mempunyai adik - beradik lain yang terencat akal yang mungkin boleh dikaitkan dengan faktor baka.Pakar kanak-kanak telah lama mengetahui bahawa ada bahan -bahan makanan tertentu yang boleh menyebabkan perubahan pada tingkah laku kanak -kanak. Kanak -kanak mungkin menjadi lebih resah hiperaktif , lebih buas dan tidak boleh menumpukan perhatian. Oleh itu , penilaian tidak lengkap jika riwayat pemakanan kanak -kanak tersebut tidak diambil dengan teliti. Ini penting terutamanya jika pakar mengesyaki kemungkinan tingkah laku yang abnormal itu disebabkan oleh sesuatu bahan yang dimakan. Walau bagaimanapun , aspek ini tidak akan diulas dengan panjang lebar dalam bab ini.Sewaktu melakukan pemeriksaan fizikal , keadaan -keadaan seperti kurang daya penglihatan atau pendengaran, kekok tangan masalah sawan , gangguan pada urat saraf yang mungkin mengakibatkan dia tidak boleh bercakap dengan jelas dan lemah anggota tangan atau kakinya perlu juga dikenal pasti. Jika disyaki pendengarannya kurang jelas , ujian yang terperinci perlu dijalankan. penilaian psyho- educational penting untuk mengetahui kekuatan pembelajarannya pada masa itu. Jika kanak -kanak itu diasyaki menghidap sesuatu pemyakit , doktor akan menjalankan ujian -ujian yang sewajarnya.Kini, bilangan yang mahir dalam menjalankan penilaian terperinci keatas kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran bagi mengenal pasti unsur-unsur disfungsi perkembangan (elements of devefunctions ) masih kurang. Penilaian seperti ini perlu dijalankan untuk mengenal pasti ciri -ciri kekuatan dan kelemahan yang terdapat pada seseorang kanak -kanak itu. Maklumat -maklumat ini akan membolehkan pihak yang berkenaan memilih dan menjalankan strategi -strategi pendidikan yang khas dengan berkesan ke atas kanak -kanak tersebut. Cara rawatan atau latihan seharusnya berbeza diantara seorang kanak -kanak dengan yang lain.Kanak -kanak yang mengalami sejenis sawan yang dinamakan petit mal epilepsy sering tidak sedarkan diri beberapa ketika dan keadaan ini mungkin berlaku berpuluh -puluh kali dalam sehari. Ini sudah pasti akan mengganggu pelajarannya. Dia perlu diberikan ubat mencegah sawan. Kanak -kanak yang terlalu singkat tumpuan perhatiannya mungkin boleh dibantu dengan ubat - ubat stimulant tertentu dankaedah pengubahsuaian tingkah laku ( behavioural modification method ). Murid -murid yang lemah daya inggatan digalakkan menggariskan perkara -perkara utama atau key -points dalam sesuatu perenggan dan membacanya berulang -ulang kali supaya mudah diingat.2.7 Masalah Membaca Kadang kala , terdapat kanak -kanak yang boleh membaca tetapi tidak faham apa yang dibacanya. Ini mungkin kerana kurang tumpuan perhatian , tidak aktif membaca , tidak faham makna sesuatu perkataan dan sebagainya. Latihan -latihan tertentu perlu diberikan untuk meningkatkan kemahiran membaca kanak -kanak itu supaya dia dapat memahami apa yang dibacanya.

Ada beberapa cara untuk membantu murid -murid sekolah yang masih tidak boleh membaca. Kanak -kanak kurang motivasi untuk belajar mungkin dipengaruhi oleh suasana di rumahnya. Ibu bapanya mungkin kurang memberikan perhatian atau tiada siapa yang mendisplinkan atau menggalakannya mentelaah buku -buku pelajaranya. Keadaan ini perlu diperbaiki. Kanak -kanakini boleh mendapat manfaat daripada kaunseling dan bimbingan yang diberikan oleh guru -guru yang berpengalaman. Minat membaca amat penting ditanamkan dalam diri si anak itu sebelum dia bersedia untuk membaca. Membacakan buku-buku cerita atau menggunakan teknik flash -cards boleh mendatangkan minat membaca kepadak anak -kanak berkenaan. Melihat orang lain membaca atau melawat ke kedai -kedai buku juga digalakkan. Galakkan si anak mengeja dan menyebut perkataan tetapi jangan gunakan paksaan. Benarkan dia mencoteng dalam buku atau kertas -kertas kosong. Sesekali cabar dia meniru huruf atau perkataan. Layanilah dia jika dia bertanya sesuatu perkataan yang tertulis.Masalah membaca sering terdapat di kalangan kanak -kanak yang menggalami masalah pembelajaran. Ini boleh dibahagikan kepada dua ketogori , iaitu masalah mengenal huruf (decording ) dan masalah memahami apa yang dibacanya (reading comprehension). Keupayaan membaca dikalangan kanak-kank boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat. Peringkat pertama ialahperingkat dimana dia sendiri gemar menengok buku-buku yang mengandungi gambar-gambar menarik Lazimnya. Pada peringakt usia lima hingga enam tahun, dia sudah mula mengenai huruf secara merangkak-rangkak. Semakin lama, dia semakin cekap sehingga boleh mengeja sesuatu perkataan.Kebiasaanya, apabila berada dalam darjah dua atau tiga, dia sudah cekap membaca tanpa memikirkan dengan mendalam makna setiap ayat yang dibacanya. Ini berbeza dengan kanak-kanak dalam darjah lima keatas yang sudah mula berfikir tentang makna setiaap sesuatu yang dibacanya. Dia mula mempersoalkan kesahihan maklumat yang terdapat dalam buku-buku tersebut. Tumpuan perhatiannya lebih mendalam dan dia lebih menggunakan ingatannya sewaktu membaca. Pada peringkat ini, seseorang kanak-kanak yang lemah daya ingatannya atau singkat tumpuan perhatiannya sering menghadapi masalah memahami apa yang dibacanya. Ini kerana bahasa yang digunakan dalam buku-buku tersebut lebih kompleks dan memerlukan pengetahuan yang tersimpan dalam ingatan untuk memahami apa yang dibaca.Lazimnya, kanak-kanak yang berusia 12 tahun keatas sudah boleh membuat ringkasan terhadap sesuatu yang dibacanya. Kanak-kanak yang sudah pandai meringkaskan, menganalisa dan menyusun denagn kemasmaklumat-maklumat yang diperolehi daripada pembacaan akan dapat menunjukkan prestasi akademik yang baik. Sebaliknya, kanak-kanak yang lambat mengenal huruf dan lambat membaca akan mengalami masalah.Jika dia boleh membaca tetapi kurang memahami apa yang dibacanya, prestasi akademiknya juga akan turut terjejas.Kadangkala , terdapat kanak -kanak yang mengatakan dia faham isi kandungan sesuatu perenggan dalam buku yang dibacanya , tetapi apabila disoal , dia tidak dapat memberikan jawapan yang memuaskan. Keluhan seperti " saya fikirkan saya faham apa yang saya baca " sering kedengaran. Situasi seperti ini perlu dianalisa untuk mengetahui punca yang menyebabkan kanak-kanak ini tidak memahami apa yang dibaca. Kemudian tumpuan perhatiannya terlalu singkat atau dia tidak membaca secara aktif. Dia perlu digalakkan supaya sering bertanya pada dirinya apa yang hendak disampaikan oleh penulis. Kadang kala , si anak itu sendiri tidak faham apa yang dibaca kerana kelemahannya memahami bahasa yang digunakan. Sesuatu perkataan yang tidak difahami akan mengaburi konsep yang ingin disampaikan. Mungkin dia sukar memahami konsep yang cuba ditonjolkan oleh si penulis kerana terlalu kompleks. Oleh itu , dia memerlukan penjelasan gurunya. Kadangkala pula dia memang tidak ingat apa yang telah dibacanya dan mengulang membaca.

Oleh kerana masalah membaca merupakan sebab utama yang menyebabkan wujudnya masalah pembelajaran di kalangan kanak -kanak , ibu bapa perlulah berusaha menggalakan si anak membaca dari kecil lagi. Kanak -kanak berbeza antara satu sama lain dari segi kesedaran membaca. Ada yang lambat dan ada yang cepat. Ini ada kaitan dengan interaksi baka dan pengaruh psikososial seperti galakan yang diterimanya , peluang -peluang serta sumber -sumber bacaan yang terdapat di rumah serta motivasi si anak itu sendiri untuk membaca. Minat membaca juga dipengaruhi oleh orang sekelilingnya.2.8 Kanak-kanak Lembam (Slow Leaner)Kanak-kanak lembam dikenali sebagai kanak-kanak yang memerlukan pendidikan kelas pemulihan. Selalunya kanak-kanak ini dikenalpasti pada peringkat awal setelah mendapati tidak dapat menguasai kemahiran3M dalam pendidikan. Walubagaimanapun,adalah sukar untuk menyediakan garis pemisah yang jelas di peringkat awal perkembangan kanak-kanak antara kanak-kanak normal dengan kanak-kanak lembam kerana pemasalahan mereka tidak begitu ketara. Hanya selepas mereka memasuki alam persekolahan pemasalahan mereka dapat dikesan.Menurut Messe(2001),keupayaan intelektual kanak-kanak ini berada tahap sederhana iaitu pada tahap 85 atau lebih di dalam skor ujian saringan kecerdasan. Mereka juga mempunyai masalah dalam memberi perhatian,mengumpul atau memproses maklumat yang diterima di dalam ingatan mereka. Di samping itu, kanak-kanak lembam mudah hilang tumpuan, mudah membuat kesalahan akibat kecuaian,sukar untuk menyiapkan tugasan dan kepayahan membuat tugasan yang berturutan. Di dalam mata pelajaran matematik,mereka menunjukkan kesukaran dalam mengingati symbol-simbol yang digunakan dan mengingati turutan proses dalam penyelesaian matematik.Disebabkan masalah kurang tumpuan, sukar memproses maklumat, sukar menyiapkan tugasan dan lain-lain lagi menyebabkan mereka mempunyai masalah sosial-emosi.Tingkah laku kanak-kanak lembam sering mengganggu rakan-rakan.

3.0 Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran (Disleksia)

3.1 PengenalanPerkataan disleksia berasal daripada dua perkataan Greek iaitu dys yang bermaksud kesukaran dan lexia yang bermaksud perkataan. Maka ini memberi maksud kesukaran dengan perkataan bertulis. Disleksia didefinasikan ketidakupayaan memperoleh pengetahuan daripada proses pembelajaran akibat kesukaran mentafsir kod ayat.Kanak-kanak disleksia mempunyai masalah dalam bacaan,menulis dan mengeja (Sanders dan Myers.1996). Kategori disleksia terbahagi kepada tiga iaitu disleksia visual melibatkan deria penglihatan,disleksia melibatkan pendengaran dan disleksia visual auditori yang melibatkan penglihatan dan pendengaran iaitu:1.Disleksia visualDisleksia visual berkaitan dengan masalah kanak-kanak dalam menggunakan deria penglihatan. Walaupun kanak-kanak itu dapat melihat dengan baik tetapi ia tidak dapat membezakan apa yang dilihat ataupun mengintepretasi serta mengingatinya.

2.Disleksia auditoriDisleksia auditori berkaitan dengan masalah kanak-kanak dalam menggunakan deria pendengaran. Walaupun kanak-kanak itu dapat mendengar tetapi ia mengalami kesukaran dalam mendiskriminasikan bunyi, membezakan persamaan dan perbezaan antara bunyi, mengenalpasti bunyi bagi perkataan ataupun membahagikan perkataan dalam suku kata.

3.Disleksia visual-auditoriKanak-kanak dalam kategori ini berada pada tahap yang agak teruk kerana kedua-dua deria penglihatan dan pendengaran tidak dapat membantunya mengintepretasi apa yang dilihat dan didengar (Jamila 2005).

Perkembangan fizikal, mereka tidak berminat dalam pelajaran dan selalu dilabelkan sebagai pemalas dan bodoh. Pakaian yang dipakai sentiasa bersih tetapi tidak kemas dan butang baju sentiasa salah butang. Mereka juga mempunyai daya pengamatan, pendengaran dan penglihatan yang lemah. Kekeliruan juga timbul di mana mereka sukar untuk membezakan kiri dan kanan.

3.2 Ciri-ciri Kanak-kanak DisleksiaSemasa membaca pula, mereka sering berpura-pura membaca dan menunjukkan teks semasa membaca. Kekeliruan dalam perkataan juga timbul seperti di bawah;Keliru kedudukan perkataanPembalikan perkataanKeliru b.inggeris dengan b.melayuPenambahan hurufKependekan perkataanPembalikan huruf dalam perkataanDrake (1989) menyatakan bahawa masalah disleksia dirujuk kepada beberapa ciri, antaranya: kesukaran belajar berbahasa, ketidakseimbangan dan kebolehan intelektual, tidak lancar membaca sesuatu bahan bercetak, tidak dapat menulis dengan lancar dan tepat (kesukaran meniru tulisan dari papan hitam atau buku), mata menjadi penat setelah beberapa minit menumpu pada tulisan, dan tumpuan yang terhad (pendengaran dan pengamatan visual). Murid yang lemah dalam pembelajaran seperti mengalami disleksia perkembangan ialah kanak-kanak yang membaca kurang baik berbanding dengan kanak-kanak yang lebih muda darinya kerapkali ditempatkan ke dalam kelas pemulihan khas. Kelas pemulihan khas diwujudkan bagi mengatasi kegagalan menguasai kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.

Selain itu, Rosana (1998) menyatakan bahawa kanak-kanak disleksia dapat dikesan melalui 8 ciri iaitu:- kosa kata tulisan tidak seimbang dengan kosa kata lisan, lambat dalam tindakan berlisan, lemah dalam menyusun isi barangan, tahu pada sesuatu ketika dan lupa pada hari berikutnya, kurang kemahiran mengeja pada tahap yang sepatutnya, faham bahan pengajaean dalam kelas tetapi merosot dalam ujian, tidak tepat dalam bacaan dan tidak terancang.

3.3 Masalah Bahasa yang di hadapi Kanak-kanak DisleksiaDefinisi bahasa yang telah dibincangkan dalam tajuk 1 dengan jelas menyatakan bahawa bahasa adalah merupakan alat untuk manusia berkomunikasi. Oleh itu ketidakupayaan berbahasa akan menjejaskan keberkesanan komunikasi seseorang.

The National Information Center for Children and Youth with Disabilities (1996), USA telah mendefinisikan masalah bahasa sebagai;

adalah kelemahan dalam keupayaan untuk memahamidan/atau menggunakan perkataan-perkataan mengikut konteks,sama ada secara verbal dan bukan verbal. Di antara ciri masalahbahasa termasuklah penggunaan perkataan dan maknanya yangkurang sesuai, tidak upaya menyampaikan idea, bentuk tatabahasayang kurang sesuai, kurang perbendaharaan kata, dan tidakupaya mengikut arahan.

The American Speech-Language-Hearing Association (ASHA) (1982) telah memberikan definisi dan jenis masalah bahasa yang lebih perinci seperti berikut;

Masalah bahasa adalah kecacatan atau perkembanganpemahaman yang menyimpang atau kandungan bahasa ataupenggunaan dalam pertuturan, tulisan (atau kedua-duanya),atau sistem simbol yang lain. Masalah tersebut mungkin melibatkansatu atau gabungan mana-mana aspek bahasa berikut; (1) bentukbahasa (sistem fonologi, morfologi, dan sintaksis), (2) kandunganbahasa (sistem semantik), atau (3) fungsi bahasa dalamkomunikasi (sistem pragmatik).

3.3.1 Bentuk bahasa Fonologi adalah sistem bunyi bahasa dan peraturan linguistik yang menentukan kombinasi bunyi. Morfologi adalah peraturan linguistik yang menentukan struktur perkataan dan pembentukan perkataan daripada unsur makna yang asas (morfem). Sintaksis adalah peraturan linguistik yang menentukan susunan dan gabungan perkataan-perkataan bagi membentuk ayat dan hubungan di antara unsur dalam lingkungan ayat tersebut.

3.3.2 Kandungan BahasaSemantik adalah sistem psikolinguistik yang mencorak kandungan pertuturan, kehendak, dan makna perkataan dan ayat.

3.3.3 Fungsi BahasaPragmatik adalah sistem sosiolinguistik yang mencorak penggunaan bahasadalam komunikasi, yang mungkin disampaikan secara pergerakan ataupercakapan. Berdasarkan definisi masalah bahasa diatas, masalah-masalah yang dihadapi adalah seperti berikut:i)FonologiKanak-kanak dengan masalah fonologi berkemungkinan menghadapi masalah dalam bahasa lisan. Mereka kerap membuat kesalahan menggantikan bunyi dalam perkataan seperti nama untuk mama, blink untuk drink

ii)MorfologiKecelaruan yang melibatkan morfologi termasuklah penggunaan imbuhan yang luar biasa, struktur ayat yang salah, dan penggunaan tenses yang salah (bahasa Inggeris).

iii)SintaksisMasalah yang berkaitan sintaksis (ayat) pula melibatkan kesalahan tatabahasa yang boleh memberi kesan dalam menyusun dan menyampaikan pendapat yang kompleks.

iv)SemantikMasalah semantik dapat dilihat melalui perkembangan perbendaharaan kata yang lemah, menggunakan makna perkataan yang tidak sesuai, dan tidak berupaya memahami makna perkataan.

v)PragmatikMasalah berkaitan pragmatik melibatkan ketidakupayaan kanak-kanak memahami atau menggunakan bahasa dalam konteks atau perbualan dalam situasi yang berbeza.

3.3.4Punca Masalah BahasaAntara punca masalah bahasa adalah:i)Kelewatan BahasaAda kanak-kanak yang memperolehi bahasa lewat daripada kebiasaannya. Sesetengah kanak-kanak akan dapat menguasai bahasa walaupun agak lambat daripada yang lain, tetapi terdapat juga kanak-kanak yang tidak menunjukkan perubahan dan memerlukan intervensi awal untuk membantunya.

ii)AphasiaAphasia merujuk kepada masalah bahasa akibat daripada ketidakupayaan untuk membentuk, atau memperoleh semula, dan memberi makna kepada simbol-simbol arbitrari bahasa (Holland & Reinmuth, 1982). Aphasia berpunca daripada kerosakan otak. Bagi kanak-kanak kerosakan otak berpunca akibat kecederaan otak semasa lahir atau ketumbuhan (tumor) otak. Manakala bagi orang dewasa pula mungkin akibat daripada strok atau kecederaan akibat kemalangan.

iii)Gangguan proses auditori pusat (Central auditory processing disorders/CAPD).Semasa berkomunikasi, telinga dan otak akan menerima maklumat auditori (pendengaran) dan menterjemahkannya. Kanak-kanak yang mempunyai CAPD tidak mengalami masalah pendengaran (pekak), tetapi atas sebab tertentu otak tidak dapat menterjemah maklumat auditori yang diterima daripada telinga dengan baik.

Kanak-kanak masalah pembelajaran kebiasaannya menghadapi masalah bahasa yang serius. Masalah bahasa yang mereka hadapi lebih tertumpu kepada ketidakupayaan memperoleh dan menguasai bahasa penerimaan yang tepat, ketidakupayaan memproses bahasa dengan tepat, dan ketidakupayaan menguasai serta melahirkan bahasa pelahiran.

Masalah bahasa yang dihadapi oleh kanak-kanak masalah pembelajaran secara khusus adalah seperti berikut: Mengingat kembali perkataan Menyatakan perkara atau bentuk yang abstrak Memahami perkataan yang mempunyai pelbagai makna Menggunakan ayat yang betul dan lengkap Meminta penjelasan untuk mesej yang kurang difahami Menghasilkan mesej yang kompleks dari segi sintaksis Memaklumkan sesuatu maklumat kepada orang lainMempelbagaikan gaya berkomunikasi untuk menyesuaikannya dengan pendengar yang berbeza.

4.0 Kanak-kanak Sindrom Down4.1 PengenalanSindrom Down berpunca daripada masalah yang disebabkan daripada masalah berlebihan kromosom. Dalam kebanyakan kes ia melibatkan kepada kecacatan dalam pasangan kromosom ke-21. Menurut kajian, ia berlaku dalam setiap 800 kelahiran. Akibat daripada Sindrom Down ini termasuklah terencat akal, masalah ringan dan perturuan dan perkembangan motor yang lambat. Kanak-kanak Sindrom Down mempunyai tahap IQ yang rendah antara 30 hingga 80.

Selain itu, kromosom adalah merupakan serat-serat khusus yang terdapat didalam setiap sel didalam badan manusia dimana terdapat bahan-bahan genetik yang menentukan sifat-sifat seseorang. Bayi normal dilahirkan dengan jumlah 46 kromosom (23 pasang) iaitu hanya sepasang kromosom 21 (2 kromosom 21). Sindrom Down yang kerap terjadi ialah disebabkan oleh kelebihan kromosom 21 dimana 3 kromosom 21 menjadikan jumlah kesemua kromosom ialah 47 kromosom. Keadaan ini boleh melibatkan kedua-dua jantina (lelaki dan perempuan).4.2 Ciri-ciri Kanak-kanak Sindrom DownKanak-kanak ini mempunyai ciri-ciri yang boleh dikenal pasti antaranya :Mulut sentiasa terbuka atau tidak tertutp rapat.Lidah yang tebal, kasar dan pendek serta cenderung untuk terjelir.Mata sentiasa berair dan merah serta terdapat lapisan kulit dalam mata.Mata sepet dan merah.Bebadan gempal dan pendek serta yang agak bongkok.Suka bermanja, bermain dan dapat bergaul dengan baik.Kepala lebih kecil daripada kebiasaan dan bahagian belakang kepala rata.Mulut kelihatan kecil dan bibir nipis.Bentuk leher lebih pendekKaki dan tanggan pendek, tapak kaki lebar dan jari kaki pendek.

Rajah2: Kanak-kanak sindrom DownMereka juga selalunya mengalami masalah kataraks mata, masalah jantung dan kecacatan usus. Sebelum ini, penghidap Sindrom Down kerap meningal dunia sebaik sahaja memasuki alam dewasa disebabkan oleh masalah-masalah yang dihadapi tetapi, kini dengan kemajuan perubatan mereka bole menjalani kehidupan yang sihat seperti individu normal. Kanak-kanak Sindrom Down memerlukan penjagaan yang lebih rapi. Disebabkan oleh keadaan fizikal muka yang rata, mereka cenderung mengalami masalah penafasan dan sukar untuk makan. Mereka juga lemah dalam koordinasi mata dan otot dan kurang upaya meneroka persekitaran. Walau bagaimanapun dengan sokongan ibubapa dan penjaga mereka boleh dibimbing dan diasuh untuk berdikari dan menguasai kemahiran.4.3 Membantu kanak-kanak Sindrom Down bertuturKebanyakan kanak-kanak Sindrom Down lambat bertutur. Mereka wajar dibantu pada usia awal. Antara langkah perlu diambil: Adakan kegiatan atau permainan bahasa yang dapat menarik perhatian mereka. Cuba dapatkan perhatian sebelum bercakap dengan mereka. Jangan terlalu banyak bertanya. Tunggu tindak-balas mereka dan beri mereka peluang menjawab. Guna ayat pendek dan bahasa mudah difahami. Sambil bertutur, buat aksi atau lakonan. Latihan berterusan. Pilih masa sesuai, terutama ketika mereka masih segar dan aktif. Tumpu kepada satu perkara. Beri masa, peluang dan latihan sebelum beralih kepada latihan baru. Guna setiap peluang, berinteraksi dengan mereka. Selalu beri tindak-balas kepada setiap percakapan mereka.

Cara terbaik kanak-kanak SD mempelajari perkara baru, melalui boneka.Pilih alat permainan sesuai tahap perkembangan kanak-kanak. Sedia bahan sampingan untuk permainan khayalan. Jangan terlalu memaksa mereka melakukan sesuatu. Boneka pilihan atau kesayangan, dapat dijadikan pendorong. Apabila kanak-kanak SD boleh bermain dengan alat permainan mudah, mereka boleh dibiarkan bermain sendirian. Jangan biar kanak-kanak SD bersendirian. Mereka perlu bergaul, memberi dan menerima tindak-balas daripada rakan.

4.4 Kaedah Intervensi untuk Kanak-kanak Sindrom Down Pelbagai kaedah intrvensi awal yang boleh diikiuti kanak-kanak yang mengalami sindrom down untuk meningkatkan potensi dan kefungsian mereka. Yang pertama terapi pertuturan. Lazimnya alat artikulasi kanak-kanak sindrom down perlu dipastikan tidak mempunyai masalah untuk menjalankan terapi pertuturan. Terapi ini dijalankan secara berperingkat-peringkat mengikut kemampuan kanak-kanak tersebut. Mereka akan diajar untuk mengeluarkan bunyi dari peti suara mengikut huruf-huruf yang mudah dengan melaksanakan aktiviti permainan bahasa yang menarik. Guru pula perlu menarik perhatian kanak-kanak Sindrom Down sebelum bercakap dan tidak terlalu banyak bertanya. Dalam aktiviti pengajaran pula, guru perlu sentiasa menggunakan ayat pendek dan bahasa yang mudah difahami. Hal ini penting untuk meransang kanak-kanak Sindrom Down untuk belajar. Pendekatan melalui aksi dan lakonan juga boleh membantu mengotimumkan proses pembelajaran. Selain itu, segala aktiviti yang dilaksanakan tidak boleh secara berterusan dan bergantung pada masa yang sesuai iaitu ketika mereka masih segar dan aktif. Guru juga perlu menumpukan satu pengajaran sahaja dalam satu-satu masa supaya murid diberi masa untuk memahami isi pengajaran tersebut. Peluang untuk berinteraksi dengan kanak-kanak Sindrom Down iuga perlu diaplikasikan dengan memberi tindak balas terhadap setiap percakapan mereka. Selain itu, terapi cara kerja merupakan satu kaedah yang digunakan untuk membantu kanak-kanak Sindrom Down. Kaedah ini digunakan dengan melatih kanak-kanak ini dari segi kemahiran pergerakan motor, pengurusan diri dan sebagainya. Kanak-kanak ini diajar cara-cara untuk makan, minum, melompat, belari, berjalan, mengesot, mengiring, memakai pakaian, meniarap, menyanyi, menari dan sebagainya. Latihan pergerakan motor kasar dan halus dilakukan berbeza. Pergerakan motor kasar dibuat dengan menggunakan alatan yang besar seperti penggunanan bola untuk melihat kemahiran mereka dalam membaling dan menangkap bola, bersukan, dan sebagainya. Pergerakan motor halus pula dilaksanakan dengan menggunakan alatan yanag halus dan kecil seperti memasukkan benang ke dalam jarum, menggunting kertas, membuat bahan kraftangan, melukis lukisan yang mudah, melorek dan menyusun bongkah dan sebaginya.5.0 Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran (Kerencatan Mental)5.1 PengenalanMasalah terencat akal menjadi satu isu yang perlu ditangani kerana murid yang mengalami masalah ini lambat menerima pengajaran di sekolah. Punca seseorang anak itu terencat akal boleh dikaitkan dengan faktor biologi (baka) dan persekitaran. Faktor baka banyak mempengaruhi prestasi intelek seseorang kanak-kanak berbanding dengan faktor persekitaran.Persatuan Kerencatan Akal Amerika (AAMR) mendefinisikan terencat akal sebagai satu ketidakupayaan yang dapat dilihat melalui fungsi intelek serta tingkah laku penyesuaian seperti komunikasi, penjagaan diri dan kemahiran sosial yang amat terhad.

Evans (1983) mendefinisikan kerencatan mental sebagai individu yang tidak dapat belajar secepat orang normal: tidak dapat menyimpan maklumat sebaik mereka yang normal dan tidak memahami dengan jelas serta sukar menggunakan maklumat yang diperlukan dalam sesuatu situasi kepada situasi yang lain. Persatuan Kerencatan Mental Amerika (AAMR) mendefinisikan terencat akal sebagai :

Subsequently subaverage general intellectual functioning, existing concurrently with deficit in adaptive behavior and manifested during the development mental period that adversely affects a childs educational performance.5.2 Ciri-ciri Kanak-kanak Kerencatan MentalMenurut Marilyn Friend (2005), ciri-ciri individu terencat akal ialah:5.2.1 Ciri kognitifa)IngatanKanak-kanak terencat akal mempunyai masalah ingatan seperti kerap terlupa perkara yang septutnya dilakukan atau lupa perkara baru yang dipelajari.b)GeneralisasiKanak-kanak terencat akal manghadapi masalah membuat generalisasi dalam akademik, tingkah laku dan interaksi sosial.c)MetakognisiSekiranya menghadapi sesuatu masalah dalam rutin harian, mereka sukar menyelesaikannyad)MotivasiMereka mengalami masalah yang rendah seperti tidak mahu meneruskan sesuatu tugasan dan mudah putus asa.e)BahasaKebanyakannya lewat dalam perkembangan bahasa seperti mangambil masa yang lama untuk memahami konsep mudah seperti atas, bawah, tepi dan sebaginya. Perolehan bahasa mereka kurang tepat daripada segi struktur dan kandungan.5.2.2 Ciri AkademikDalam proses pembelajaran kanak-kanak terencat akal biasanya perlu bekerja lebih keras, membuat latihan banyak, dan memerlukan masa yang lama berbanding murid-murid normal yang lain.5.2.3 Ciri sosial Kebiasannya mereka kurang diterima oleh rakan sebaya menyebabkan mereka berkelakukan tidak matang, tidak dapat menyesuaikan diri dalam situasi sosial dan mempunyai masalah menguasai kiu-kiu sosial halus sehingga aksi-aksi mereka sering disalah tafsir oleh murid-murid lain.5.2.4 Ciri tingkah laku tamabahan Terdapat sesetengah kanak-kanak terencat akal yang menunjukkan tingkah laku yang khusus seperti mahukan ganjaran tertentu, menarik rambut, mengigit atau tabiat suka mencederakan diri.Selain itu, kanak-kanak ini mempunyai ciri-ciri fizikal yang sama seperti kanak-kanak normal iaitu daripada segi pertumbuhan bahagian-bahagian badan walau bagaimanapun terdapat kekurangan dalam menggunakan motor halus. Kanak-kanak ini lambat menguasai kemahiran motor halus. Oleh itu, ibu bapa atau guru perlulah memantau perkembangan motor halus mereka.Kanak-kanak ini sukar menurut arahan dan tidak berupaya memilih aktiviti secara bersendirian. Mereka juga menghadapi masalah koordinasi mata dan tangan. Mereka mempelajari bahasa dan kemahiran dengan perlahan, tidak seperti kanak-kanak biasa. Paras rupa kanak-kanak ini seperti kanak-kanak biasa dan mereka biasanya dibenarkan masuk ke sekolah biasa.Kanak-kanak ini sering mempamerkan kepayahan untuk memberi tumpuan atau fokus kepada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, sukar menyiapkan tugasan dan mudah membuat kesalahan disebabkan kecuaian. Mereka juga sering menunjukkan tingkah laku yang sering mengganggu rakan. Di dalam hubungan sosial dengan rakan-rakan, mereka kurang diterima oleh rakan kerana tidak pandai menyesuaikan diri, kurang matang dan mempunyai masalah dalam menguasai klu-klu sosial yang halus sehingga mereka kerap menyalah tafsir aksi-aksi murid lain. Tingkah laku yang lain adalah menarik rambut, menggigit kuku, tabiat suka mencederakan diri dan meminta ganjaran apabila diminta untuk melakukan sesuatu contohnya jika enggan melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru akan memberikan sesuatu yang disukai murid untuk memujuknya mengikuti aktiviti (Jamila 2005).Kurikulum di sekolah digubal untuk kanak-kanak biasa dan merupakan cabaran bagi kanak-kanak dengan masalah terencat akal. Kebanyakan kanak-kanak ini gagal di sekolah kerana IQ mereka yang rendah iaitu antara 55/60 dan 85/90. IQ kanak-kanak normal adalah 90 ke atas. Namun begitu, kebanyakan kanak-kanak bermasalah terencat akal ringan boleh ke sekolah dan boleh mempelajari pelbagai kemahiran akademik seperti kemahiran voksional sosial untuk membantu menjadikan mereka sebagai individu yang produktif.5.3 Punca Kerencatan MentalPersatuan Kerencatan Mental Amerika (AAMR) telah mengklasifikasi sebab-sebabkerencatan akal kepada tiga kategori umum iaitu Pranatal (berlaku sebelum kelahiranbayi), Perinatal (berlaku semasa kelahiran bayi) dan Posnatal (berlaku selepaskelahiran bayi).Prenatal (sebelum kelahiran bayi)(a) Sindrom Down(Down Syndrome)Disebabkan oleh keabnormalan pada kromosom 1 yang sepatutnya hanyasepasang tetapi telah menjadi tiga. Lazimnya, ini menyebabkan kerencatan mentalsederhana tetapi juga boleh menyebabkan kerencatan teruk. Dianggarkan 1dariapada 1000 kelahiran bayi mengkin menhadapi sindrom down dan angka inimeningkat kepada 1:30 bagi wanita yang melahirkan bayi pada umur 45 tahun.(b) Sindrom Alkohol Janin (Fetal Alcohol Syndrome)Ibu yang hamil apabila meminum alkohol berlebihan mungkin melahirkan bayiterencat akal dan juga kerosakkan otak. Kesan alkohol dalam saluran darah ibumungkin disalurkan kepada janin. Kanak-kanak ini lazimnya, hiperaktif, mengalamigangguan tidur, lebih agresif dan menghadapi masalah pembelajaran. Kanak-kanak yang mengalami masalah ini adalah kecil berbanding dengan kanak-kanaknormal dan keadaan ini berterusan sepanjang hayat.(c) Sindrom Prader-Willi (Prader-Willi Syndrome)Sindrom ini wujud kerana kemusnahan sebahagian kromosom ke-15. Merekamempunyai selera makan yang tidak terhad sehingga ramai di antara mereka menjadi obesiti atau gemuk. Selera makanan yang tidak terkawal menyebabkanpelbagai masalah pembelajaran. Mereka mempunyai tangan serta kaki yang kecildan mereka adalah lebih pendek berbanding dengan kanak-kanak normal. Merekajuga didapati agresif, cepat marah dan bertindak tergesa-gesa serta keinginanmencederakan diri sendiri.(d) MikrorganismaTerdapat juga pelbagai jenis mikrorganisma yang mengancam perkembangan janindan menyebabkan keabnormalan yang kekal seperti kerencatan akal. Contohnya,ibu yang hamil yang menghadapi penyakit seperti rubella dan syphilisberkemungkinan tinggi untuk melahirkan bayi terencat akal.(e) KemiskinanIbu yang hamil daripada keluarga miskin mungkin melahirkan bayi yang kurangsihat kerana tidak mengambil makanan seimbang semasa mengandung. Kekurangan vitamin dan protein dalam pemakanan ibu boleh menyebabkankelahiran bayi kerencatan mentalPerinatal (Semasa kelahiran Bayi)(a) Pramatang(premature):Bayi yang dilahrikan dalam keadaan tidak cukup matangatau berat yang kurang daripada 2500 gram mempunyai risiko yang tinggi untukmengalami kerencatan mental. Usia kandungan adalah penting kerana ia akanmenentukan kematangan organ dalam janin yang sedang berkembang. Antarapunca kelahiran pramatang ialah pemakanan ibu yang tidak seimbang, penggunaandadah dan merokok.(b) Penyakit herpes simplex ialah sejenis penyakit yang berjangkit melalui hubunganseks. Ibu yang menghidap herpes simplex berkemungkinan tinggi melahirkan bayikerencatan mental.(c) Kekurangan oksigen semasa kelahiran juga boleh mencederakan otak seorang bayisehingga menyebabkannya kerencatan mental.Posnatal (Selepas Kelahiran Bayi)I. PenyakitEncephalitis disebabkan oleh sejenis virus yang menyerang otak dan jika tidak dirawatboleh menyebabkan kerencatan akal. Virus ini dibawa oleh nyamuk dan haiwan yangmenghidap rabies. Meningitis disebabkan oleh virus dan bacteria yang menyerang tisuotak dan tulang belakang. Jika tidak dirawat dengan segera, kerencata akal mungkinberlaku.II. PersekitaranKanak-kanak yang terdedahkan kepada logam berat seperti pelambum dan merkurimelalui makanan atau melalui pernafasan menghadapi pelbagai masalah pembelajarandan masalah emosi dan sebahagian mengalami kerencatan mental. Contohnya,keracunan pelambum berpunca daripada sesetengah cat rumah, paip air dan petrol.6.0 Kanak-kanak Bermasalah TingkahlakuMasalah tingkahlaku atau gangguan emosi yang serius merujuk kepada keadaan di mana ciri-ciri seperti bertingkahlaku ganas mahu pun pasif akan berlaku pada tempoh yang lama, pada darjat yang ketara dan keadaan ini akan menjejaskan prestasi pembelajaran kanak-kanak tersebut.

6.1 Ciri-ciri kanak-kanak bermasalah tingkahlakuAntara kriteria-kriteria untuk mengenal pasti kanak-kanak bermasalah tingkahlaku adalah:i.Ketidakbolehan dan ketidakupayaan pelajar yang tidak dapat dijelaskan dengan menggunakan faktor-faktor deria (sensori), kesihatan dan intelek.ii.Suasana yang kurang gembira dan penuh dengan kerisauan.iii. Tingkahlaku dan perasaan yang kurang sesuai dalam keadaan normal.iii.Sering menunjukkan gejalagejala fizikal atau perasaan takut yang ada kaitan dengan masalah peribadi dan sekolah.iv.Ketidakbolehan membina atau mengekalkan perhubungan dengan orang lain interpersonal relationships seperti dengan rakan sebaya, guru dan lain-lain.v.Keadaan ini termasuk kanak-kanak Schizophrenic yang tidak mengenal realiti dan masalah sosial akibat gangguan emosi yang teruk.

Rajah 3 : Kecelaruan Tingkahlaku

Faktor-faktor yang perlu diambil kira semasa menilai sama ada tingkahlaku itu normal atau tidak normal termasuk:kekerapan berlakunya tingkahlakukekuatan (untensity)tempoh (duration)kesesuaian dengan umur (age appropriateness)

Faktor-faktor penyebab berlakunya masalah tingkahlaku:i.Faktor Biologi:Genetik ialah unit-unit baka yang diwarisi oleh ibu bapa kepada anak-anak. Ia terkandung dalam kromosom sel manusia yang terdapat kuman mengandungi gen. Kerosakan gen ini akan membawa kepada masalah jiwa. Terdapat juga hormon dalam badan manusia iaitu adrenalina dan noradrelin yang boleh menyebabkan manusia sentiasa tegang dan tertekan.ii.Faktor Psikodinamik: Masalah berlaku disebabkan konflik dalaman diri yang wujud dalam bentuk tidak disedari seperti proses represi dan ingatan memilukan. Akibatnya berlaku tingkah laku seperti histeria, kesedihan, kerisauan dan kemurungan.iii.Faktor Pembelajaran: hasil dari pembelajaran yang tidak sesuai sama ada secara langsung atau tidak langsung akan menyebabkan fobia dan kemurungan.

6.2 Klasifikasi Masalah TingkahlakuMenurut DSMIV (Dragnostik + Statistikal Manual of Mental Disorders of the American Psychiatric Association) masalah tingkahlaku boleh diklasifikasikan mengikut senarai tingkahlaku, kriteria membuat diagnosis, kategori dan dirujuk oleh pakar-pakar psikiteris dan psikologis. Manakala menurut menurut Kerr & Nelson, masalah tingkahlaku dilihat sebagai:

i.Tingkahlaku yang mengganggui (Disruptive Behavior) iaitu tingkahlaku untuk mendapat perhatian orang lain, misalnya outofseat, merayau-rayau, mengejek, tidak mengikut arahan guru dan ibu bapa.ii.Tingkahlaku yang tidak sesuai dari segi sosial dan tingkahlaku kurang matang. Misalnya sering menangis, tantrums, terlalu bergantung kepada rakan. Juga, mungkin tidak faham apakah tingkahlaku yang sesuai untuk situasi tertentu seperti bercakap dengan guru besar seperti bercakap dengan kawan-kawan.iii.Menarik diri dari situasi sosial (withdrawal) iaitu individu yang terlalu segan dan takut melibatkan diri dalam situasi sosial. Misalnya sengaja mengelakkan diri daripada bermain atau berkomunikasi dengan kanak-kanak lain.iv.Tingkahlaku yang berulangan (stereo type beheviour) iaitu sesetengah kanak-kanak misalnya kanak-kanak autistik atau buta sering menunjukkan tingkahlaku seperti gerakan tangan dari depan mata rocking dan lainlain.v.Tingkahlaku yang agresif iaitu tingkahlaku di mana seseorang kanak-kanak selalu mencederakan orang lain atau merosakkan harta benda.

Achenbach & Edelbrock pula mengkategorikan tingkahlaku sebagai :Tingkahlaku externalizing ditujukan kepada orang lain dan persekitaran bersifat impulsive dan kurang pengawalan diri seperti agresif dan sering mengganggu orang lain. Individu ini sentiasa menonjol dengan permasalahan tingkahlaku sehingga menjejaskan pembelajaran dan perhubungan sosial. Contoh perlakuan tidak duduk di tempat duduk sendiri, menjerit, lari mengelilingi bilik darjah, mengganggu rakan, memukul, berkelahi atau bergaduh, tidak menghiraukan arahan guru ,mencuri, merosakan harta benda vendalisme, berbohong dan sering marah-marah.Tingkahlaku unternalising ditujukan kepada diri yang bersifat mengasingkan diri compulsive, selalu sedih, pemalu, berfokus kepada ketakutan dan fantasi . Keadaan sebegini mungkin tidak disedari oleh guru kerana tidak mengganggu namun tingkahlaku ini menjejaskan pembelajaran dan perhubungan sosial yang normal.

6.3Kaedah Menangani Kanak-kanak Bermasalah Tingkahlaku6.3.1 Peranan sistem kekeluargaanSecara umum, keluarga boleh dijelaskan dari segi penstrukturannya yang merentas budaya dan perubahan masa dengan adanya hubungan darah, kaitan psikologi, tinggal serumah atau berdekatan. Keluarga juga merupakan asas dalam proses sosialisasi individu. Ibubapa dan adik beradik merupakan unsure sosialisasi utama. Pengenalan awal sama ada seseorang itu dikasihi, diterima, berjaya atau sebaliknya terdapat dalam keluarga.

Keluarga adalah institusi pertama dalam masyarakat dan negara. Di situlah berkembangnya individu serta terbentuknya tahap-tahap awal pemasyarakatan. Oleh itu ia harus dipelihara dan dijaga kemurniannya mengikut syariat yang telah digariskan oleh Allah SWT. Cabaran keibubapaan ialah untuk membentuk komunikasi yang positif dan berkesan antara suami isteri dengan anak-anak dan ahli keluarga lain dari awal perkahwinan sehingga ke akhir hayat malah sehingga dibangkitkan pada kehidupan abadi dan ia hanya dapat dihadapi jika ibu bapa mempunyai pengetahuan, kemahiran, sikap dan emosi yang tulus dan peka.

Penghayatan keluarga adalah pemangkin ke arah meningkatkan kesedaran supaya kita menjalankan tanggungjawab dan memainkan peranan sebenar dalam keluarga. Ini bertujuan mengukuhkan institusi kekeluargaan kerana jika tiada perhatian sewajarnya, ia akan mengakibatkan wujudnya masalah-masalah sosial yang menghantui masyarakat ketika ini. Justeru ia perlu dimantapkan dengan penyediaan diri dalam memainkan peranan sebagai pemimpin rumahtangga, keluarga, bangsa, agama dan negara.

Adalah dipercayai bahawa kesulitan yang dialami oleh individu atau tingkahlaku bermasalah dapat dikesan dengan tepat dalam keluarga berkenaan. Dengan andaian ini juga ahli keluarga bermasalah boleh dibantu dalam situasi keluarga mereka. Contohnya, sepasang ibu bapa yang sering berbalah akan meninggalkan kesan emosi dan psikologi dalam perkembangan jiwa anak mereka. Anak mungkin akan didapati tidak dapat memberikan tumpuan kepada apa yang sedang dilakukan. Apabila diselidiki, anak mungkin menjawab bahawa ia takut kerana tumpuan terganggu oleh bunyi bising perbalahan ibu bapa. Jelas di sini, anak bermasalah kerana masalah yang ditimbulkan oleh ibu bapa.

Menjadi ibu bapa merupakan satu jawatan atau peranan terpenting dalam struktur keluarga. Jika sesuatu jawatan perlukan surat perlantikan maka surat lahir anak merupakan surat perlantikan itu. Tugas dan tanggungjawab menjadi ibu bapa amat berat dan tentunya akan memperolehi ganjaran. Tidak dalam bentuk kewangan tetapi ganjaran lain seperti sumber inspirasi, sumber kebanggaan dan sumber peribadi yang sukar dipenuhi oleh kejayaan lain. Hakikatnya , menjadi ibu bapa hari ini amat mencabar Johan Jaafar (Mingguan Malaysia,1997) menyatakan bahawa ibu bapa hari ini menghadapi persekitaran yang berbeza dari zaman mereka membesar di mana tiada internet, multimedia, permainan komputer dan 32 saluran TV.

6.3.2 Membina Kemahiran KeibubapaanAnak-anak yang terlalu dikongkong tidak dapat mengembangkan potensi diri mereka. Mereka perlu diberikan pendedahan dan kepercayaan untuk bertindak di bawah pengawasan kita. Kebengisan dan kekerasan juga merencatkan pengembangan potensi anak-anak. Jiwa mereka yang tertekan dipenuhi perasaan takut dan kecewa.

Justeru, kelembutan dan kemesraan adalah pendekatan yang amat penting bagi mendidik anakanak. Mengikut Imam Tirmidzi, nabi pernah bermain-main dengan cucu-cucu baginda, Hasan dan Husain, dengan membiarkan mereka menunggang di belakang baginda. Imam Bukhari meriwayatkan kisah seorang lelaki yang terkejut apabila melihat baginda mencium cucu baginda. Nabi bersabda kepadanya, Apa yang dapat aku lakukan jika Allah telah mencabut perasaan belas kasihan dari hatimu.

Apabila hubungan suami isteri serta anak-anak diselimuti kemesraan dan kesejahteraan, anak-anak bermotivasi tinggi dalam mengejar citacita mereka. Pengarang buku The Unmotivated Child mengutarakan teori yang dikenali sebagai The Attachment Theory untuk menjelaskan punca seseorang anak bermotivasi tinggi ataupun sebaliknya. Beliau berkata,

Bentuk ikatan, hubungan serta interaksi yang berlaku antara kanak-kanak Dengan ibu bapa serta orang lain pada peringkat awal pertumbuhannya menentukan sikapnya semasa menghadapi dunia dan kehidupan pada masa hadapan. Dalam konteks ini, ikatan yang kukuh lagi terjamin (secure base) memerlukan dua kriteria. Pertama kanak-kanak perlu berasa selamat serta sejahtera dan kedua mereka memerlukan sokongan dan rangsangan bagi menerokai kehidupan. Kanak-kanak yang mendapat kedua-dua ini membesar dengan penuh keyakinan di samping berkemampuan membantu orang lain. Sebaliknya, kanak-kanak yang tidak memperoleh kedua-dua ini membesar dengan seribu satu prasangka pada orang lain dan akhirnya menjadi kanak-kanak yang gagal dalam hidup.

6.3.3 Pendidikan Anak-anakTanggungjawab ibu bapa amat besar sekali dalam pendidikan anak-anak bermula sejak tahun kelahiran anak hingga dewasa. Cabaran yang akan ditempuh oleh anak-anak masa sekarang amat hebat dan mereka tidak akan dapat menghadapinya tanpa bantuan dan bimbingan ibu bapa melalui pendidikan yang berteraskan kepada Islam. Kaedah pendidikan Islam perlu diterapkan bagi mencegah mereka melakukan perkara yang salah dan terkutuk di sisi agama. Ibu bapa perlu memperkenalkan asas-asas keimanan dan membiasakan diri anak dengan prinsip-prinsip syariat dan asas pengajaran Islam dari segi akidah dan ibadah. (Abdullah Nasih Ulwan, 2000).

Di samping itu juga, pemikiran anak-anak perlu dibentuk dengan perkara-perkarabermanfaat daripada ilmu-ilmu syariat, pengetahuan ilmiah dan kesedaran pemikiran yang matang kerana kesihatan akal dan pemikiran anak-anak perlu dijaga dengan menjauhkan mereka daripada anasir yang boleh merosakkan akal seperti rokok, arak dan dadah, mendapatkan bahan-bahan lucah atau menonton filem-filem lucah yang boleh mendorong mereka untuk melakukan salah laku. Anak-anak yang terdidik dengan akhlak Islam tidak akan mudah terpengaruh dengan unsur-unsur yang bertentangan dengan etika akhlak Islam yang boleh merosakkan diri dan orang lain.

Rajah 4 : Kanak-kanak diberikan pendidikan yang sempurna

7.0 Kesimpulan

Noor Aini dan Nor Siti Rokiah (2010) mendapati guru-guru Pendidikan Khas telah berusaha untuk mengorganisasi keaksesan murid-murid bermasalah pembelajaran dalam pendidikan berlandaskan asas kesetaraan dengan orang upaya agar mereka tidak boleh dikecualikan daripada sistem pendidikan umum. Kajian ini mendapati murid-murid bermasalah pembelajaran teruk tanpa komunikasi boleh mendapat manfaat daripada sistem pelajaran yang diikuti jika mereka dapat berinteraksi menggunakan inventori perkataan berfungsi mengikut persekitaran. Noor Aini dan Nor Siti Rokiah (2010) mendapati murid-murid bermasalah pembelajaran teruk dapat belajar kemahiran bahasa dengan lebih baik jika guru Pendidikan Khas menggunakan pendekatan pengajaran yang berkesan seperti nyanyian dan secara bermain.

Selain itu, aktiviti sosial yang dapat membantu murid-murid bermasalah pembelajaran teruk tanpa komunikasi seperti memanggil nama kanak-kanak, bermain dengan mereka supaya mereka mampu memesan makanan, menggunakan tandas dengan betul dan menjalankan simulasi di bilik darjah. Bagi melaksanakan Program Kemahiran Bahasa, guru perlu diberi latihan dan panduan berkaitan prosedur penggunaan teknologi atau sekurang-kurangnya bahan berteknologi rendah dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

http://pendidikankesihatanremaja.blogspot.com/p/kanak-kanak-bermasalah-pembelajaran.htmlKanak-kanak bermasalah pembelajaran merupakan kanak-kanak yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar profesional klinikal sebagai mengalami kecacatan yang menganggu proses pembelajaran. Kecacatan yang dialami boleh diketegorikan mengikut tahap kefungsian kanak-kanak dalam kebolehan-kebolehan yang berikut:1. kebolehan kognitif2. tingkahlaku sosial / perkembangan sosial3. penguasaan bahsa lisan/pertuturan4. penguasaan membaca5. kemahiran perkembangan (developmental skills)6. kemahiran matematik

CIRI-CIRI KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARANTerdapat banyak ciri-ciri kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Antara ciri-ciri yang mungkin dapat menolong pakar-pakar diagnostik dan guru-guru dalam mengenalpasti dan mengajar kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran:a. Ciri-ciri fizikalBentuk badan dan ko-ordinasi motor kanak-kanak ini tidak banyak berbeza dengan kanak-kanak normal. Walaubagaimanapun kanak-kanak yang mempunyai rendah keupayaan mental yang disebabkan oleh faktor faktor organik adalah lebih kecil bentuk badan berbanding dengan kanak-kanak biasa.

b. Ciri-ciri intelekTerdapat kelewatan dalam perkembangan kematangan dan fungsi-fungsi intelek yang tertentu yang diperlukan dalam perkembangan di sekolah. Sebagai contohnya,mereka mempunyai rendah daya ingatan, kebolehan dalam bidang pengamatan dn perkonsepan dan kebolehan berbentuk kreatif. Kesediaan belajar dan keupayaan menerima pelajaran bagi kanak-kanak bermnasalah pembelajaran tidak sama dengan kanak-kanak biasa. Contohnya, mereka hanya dapat mempelajari apa yang dipelajari apa yang dipelajari oleh kanak-kanak biasa berumur 6 tahun pada peringkat umur 8 tahun atau lebih.

c. Ciri-ciri sosial dan peribadiMempunyai bidang perhatian yang singkat atau kurang tumpuan terhadap sesuatu. Mudah kecewa disebabkan pengalaman kegagalan yang berulang-ulang hasil daripada pengharapan masyarakat supaya mereka berfungsi sesuai dengan umur kronologi mereka. Sikap dan nilai mereka tidak selaras dengan tingkahlaku kanak-kanak biasa. Minat mereka adalah selaras dengan kanak-kanak yang mempunyai mental yang sama dengan mereka.

RASIONALKanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran berupaya untuk menerima pendidikan yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mereka secara menyeluruh. Hanya sekadar mereka kurang bertindakbalas kepada strategi pengajaran dan pembelajaran biasa. Oleh itu satu program khas perlu disediakan untuk memenuhi keperluan murid-murid ini mengambil kira aspek-aspek seperti masa, bahan, budaya, kelas, teknik mengajar, bantuan kepakaran dan penglibatan masyarakat.

MATLAMATKurikulum kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah bertujuan melengkapkan kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran dengan kemahiran-kemahiran yang tertentu bagi membantu mereka mencapai perkembangan yang menyeluruh. Perkembangan ini membantu mereka mencapai perkembangan yang menyeluruh. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial agar mereka boleh menjadi satu ahli masyarakat yang berguna dan berdikari.

OBJEKTIFSetiap orang kanak-kanak diberi peluang dan bimbingan yang seluas-luasnya untuk membolehkan mereka:1. Menguasai kemahiran komunikasi2. Menguasai kemahiran bergaul3. Mengetahui dan memperkembang perasaan ingin tahu mengenai hal diri dan alam sekeliling4. Menjaga kesihatan dan keselamatan diri5. Menguruskan hal-hal kehidupan seharian6. Mempunyai keyakinan diri dan konsep kendiri yang positif7. Melibatkan diri dalamkegiatan rekreasi8. Memahami keperluan perkembangan jasmani serta menguasai kemahiran motor9. Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni10. Mengembangkan potensi,bakat,dan daya kreatif serta intelek

SASARANMurid-murid terencat akal ringan yang:Telah disahkan oleh doktor pakar kanak-kanak yang bertauliahBoleh mengurus diri tanpa bantuan orang lainTiada kecacatan fizikal yang terukTiada mengalami masalah sikap/tingkahlaku luarbiasa seperti hyperaktif (sukar dikawal),ganas atau mental yang terukTiada mengalami sebarang penyakit dalaman seperti sawan,jantung dan lain-lain. (percubaan selama 3 bulan diberikan kepada murid-murid baru)

Terencat Akal

Diskalkulia, Disgraphia, Disleksia

AutismeBermasalah komunikasiSukakan rutinBerada di dunia sendiriEkolaliaCederakan diri sendiriKompulsif tanpa tahu kesanTidak suka bergaulTidak ada tentangan mataKerencatan bahasaMasalah kefahamanTidak suka disentuhBermasalah interaksi sosialPergerakan berulang-ulang

Palsi SerebrumKecacatan anggota tangan, kaki dan tubuh badanMasalah pergerakanMasalah posturKekejanganPergerakan tidak terkawalMasalah imbangan badanMasalah komunikasiMasalah motor halus/kasarMasalah tulisanMasalah perkembangan motor halus/kasar

Komunikasi, Pertuturan dan BahasaKecelaruan pertuturanKecelaruan bahasaKecelaruan suaraMasalah artikulasiMasalah kelancaran

Sindrome Down

Gangguan Penumpuan ADHDLambat menyiapkan tugasanMudah tergangguMasalah kosentrasiMasalah mengurus tugasanCepat lupaImpulsifMembuat tugasan lain tanpa menyiapkan tugasan terdahuluMemerlukan pengawasan yang lebihMasalah menunggu giliran

Hiper AktifTidak boleh duduk diamImpulsifTumpuan perhatian singkatSuka ganggu orang lainBermasalah Pembelajaran

Pintar cerdas dan BerbakatKeupayaan umum yang istimewaKebolehan aptitud, bakat dan kreativiti yang tinggiBermotivasi tinggi untuk belajar dan berjaya IQ tinggiMudah memahami pengajaran dan pembelajaranMenguasai hanya satu atau sesuatu kemahiran dengan mudah dan berkesan

DISLEKSIA

DefinisiPerkataan disleksia (dyslexia) adalah hasil gabuangan dua perkataan Greek iaitu Dys yang bermaksud kesukaran dan Lexis bermaksud perkataan atau dengan kata lain, kesukaran menggunakan perkataan. Istilah buta huruf juga digunakan untuk kategori ini. Seorang Profesor Berlin pada tahun 1887, merangkap seorang pakar perubatan dan ophalomotologist telah memperkenalkan perkataan Disleksia (Hammond dan Hugges, 1996:3)Disleksia ialah satu Disorder dalam kanak-kanak yang telah terima Pendidikan Biasa, tidak memperolehi kemahiran bahasa, bacaan, menulis dan ejaan yang setaraf intelek (World Federation Of Neurology, 1968)Selain itu terdapat juga beberapa perkataan lain yang berkaitan dengan Disleksia, diantaranya ialah;Dyscalculia (Diskalkulia) iaitu seorang disleksia yang bermasalah dalam pengiraan ataupun matematikDysgraphia (Disgrafia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam bahasaDyspraxia (Dispraksia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam ko-ordinasi moto-mata-tangan

APA ITU DISLEKSIADisleksia adalah satu masalah pembelajaran iaitu kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar dan bercakap di sebalik pengajaran yang cukup dan peluang budaya yang sempurna. Sebenarnya masalah ini bukanlah satu penyakit dan ia tidak memerlukan ubat untuk mengubatinya, sebaliknya dengan program pendidikan yang sesuai masalah ini dapat dikurangkan. Disleksia juga bukan disebabkan kecerdasan yang lemah serta penglihatan tetapi seseorang disleksia tidak mengecam sesuatu dalam keadaan terbalik. Ternyata sekali disleksia menghuraikan sesuatu kelainan dalam otak, selalunya ia adalah pemberian Tuhan yang terus berkembang dalam diri seseorang dengan cara yang berlainan.

SIAPA YANG MENGALAMI DISLEKSIADisleksia melibatkan orang dari pelbagai latar belakang tanpa mengira umur, jantina atau bangsa. Disleksia biasanya boleh diperturunkan daripada ibu bapa kepada kanak-kanak. (Pengenalan Ke Dyslexia)

JENIS-JENIS DISLEKSIADisleksia boleh dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu;

Disleksia visual (penglihatan)Kesukaran utama yang dihadapi ialah untuk mengingat dan mengenal abjad serta konfugirasi perkataan. Simbol-simbol perkataan yang dicetak juga sukar untuk diterjemahkan. Kemungkinan untuk melihat abjad-abjad tertentu atau sebahagian perkataan adalah secara terbalik

Disleksia auditori (pendengaran)Kesukaran untuk mengingat bunyi abjad, menganalisis bunyi mengikut suku kata perkataan dan menyusun atau menggabungkan suku kata bagi menyembunyikan perkataan. Bunyi percakapan yang tuturkan secara halus juga tidak dapat dibezakan. Masalah untuk membezakan bunyi vokal dengan konsonan juga dihadapi oleh dislaksia auditori

Disleksia visual-auditoriKesukaran membaca yang amat teruk dan ini disebabkan oleh kelemahan untuk memproses tulisan secara visual dan audio

PUNCA-PUNCA DISLEKSIAMengikut Mercer, 1997; Hammond dan Hughes, 1996 dan Spaafford dan Grosser,1996, antara punca-punca disleksia ialah;

a)Keturunan atau genetikKebanyakan kes, terdapat beberapa ahli keluarga yang mengalami masalah-masalah yang sama. Kemungkinan punca ini boleh diwarisi yang membezakan adalah darjah keterukannya. Terdapat kajian yang dijalankan telah membuktikan disleksia desebabkan oleh kromosom 15, 1 dan 16 yang boleh diperturunkan secara turun-temurun

b)BiologiSejarah kanak-kanak disleksia biasanya adalah semasa dilahirkan tidak cukup bulan, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar. Faktor-faktor ini menjadi punca kelambatan atau ketidaksempurnaan perkembangan. Sebahagian daripada kerosakan otak yang menyebabkan kanak-kanak ini mengalami masalah belajar dan kerosalan ini minimumc)

c)KematanganTerdapat kanak-kanak yang lambat perkembangnya pada banagian tertentu dalam sisitem saraf. Pada kebiasannya kanak-kanak lelaki lambat matang daripada kanak-kanak permepuan. Kelewatan kematangan pada kank-kanak merupakan salah satu kemungkinan punca disleksia

CIRI-CIRI DISLEKSIA -Tanda bagi kanak-kank pra-sekolah-Kemahiran bertutur yang lambat dan sukar memahami arahan-Suka mengganti perkataan dan hiperaktif-Kemahiran motor kasar dan motor halus yang lemah-Serigkali terlupa nama benda-benda atau pelajaran yang dipelajari-Tidak merangkak semasa bayi-Suka mendengar bacaan tetapi tidak berminat membaca sendiri-Sifat ingin tahu tinggi, berminat terhadap pekara baru dan suka bertanya banyak soalan

Kanak-kanak Sekolah Rendah6 hingga 9 tahun-Kemahiran membaca, menulis dan mengeja yang lemah dan suka menterbalikkan perkataan, huruf dan nombor-Menggunakan jari untuk mengira dan membaca-Keliru dengan kiri dan kanan-Tulisan cermin atau terbalik-9 hingga 12 tahun-Kesilapan membaca, mengeja dan lemah dalam kefahaman-Mengambil masa yang panjang untuk menyiapkan latihan-Kesukaran menyalin maklumat dipapan putih atau buku teks-Sukar mengikuti arahan lisan yang panjang-Kelihatan tidak terurus semasa berada dirumah atau sekolah-Kurang keyakinan dan menghadapi masalah tekanan jiwa

Sekolah Menengah-Kesukaran membaca dan terkeliru dengan perkataan dan ejaan yang tidak konsisten-Kesukaran menulis karangan-Keliru dengan nombor-nombor dan arahan oral-Kesukaran mempelajari bahasa lain-Lemah dalam kefahaman dan tidak mempunyai ramai kawan-Jenis orang yang suka senyap-Bercakap dengan nada yang kuat atau menjerit daripada konsisten-Kurang kemahiran bersosial

MASALAH YANG DIHADAPI OLEH KANAK-KANK DISLEKSIAMasalah utama yang dihadapi kanak-kanak disleksia kebanyakanya adalah dalam proses pembelajaran. Permasalahan ini boleh dikelaskan kepada;

a)MengejaKelemahan mengeja akan menyebabkan kebolehan untuk menyampaikan pengetahuan yang diperolehi adalah terhad. Untuk tempoh jangka mas yang panjang kelemahan dalam proses mengeja akan memberi kesan terhadap kelemahan membaca. Timbulnya masalah ini adalah berpunca daripada masalah-masalah awalan seperti terdapatnya kekeliruan dalam mengenal pasti huruf-huruf seperti;m w y g j u n m nc e p q h n b dTerdapat juga kekeliruan dalam membunyikan huruf sepertit h f v

b)MembacaKesukaran ini menghadkan kebolehan kanak-kanak untuk mendapatkan maklumat daripada rujukan-rujukan yang berkaitan. Secara langsung ianya akan membuat kanak-kank merasa rendah diri dan tidak berkeyakinan. Mereka cenderung menterbalikkan perkataan seperti;Batu tuba Gula - laguSelain itu mereka juga melakukan pembalikkan dalam ayat. Contohnya seperti berikut;pada masa yang sama dapa masa yang masaKekeliruan perkataan antara Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris. Contohnya seperti berikut;Bahasa Inggeris dengan Bahasa MelayuJam jem cat - cat

c)MenulisKanak-kanak ini juga mengalami kesukaran untuk memindahkan maklumat ke atas kertas. Mereka jiga mengalami kesukaran untuk memegang pensel dan tidak dapat menulis mengikut garisan yang disediakan.Kanak-kanak ini juga cenderung menulis perkataan yang pelik-pelikBercakap dan mendengarTerdapat juga di antara mereka yang mengalami kesukaran untuk bertutur. Mereka juga kelihatan seperti tidak mendengar atau mempedulikkan. Hal ini berlaku disebabkan kelambatan dalam proses maklimat yang diperolehi. Mereka juga tidak melakukan atau menyusun sesuatu mengikut susunan.

d)NomborKanak-kanak ini juga menghadapi kesukaran dalam pembelajaran yang berkaitan dengan matematik mental. Terdapat kekeliruan terhadap tanda dan simbol dan suka menterbalikkan nombor yang sama. Contohnya seperti berikut;3 5 - 8 9 - 6i)Masalah fizikal, pengurusan diri dan sosialPakaian sentiasa tidak kemas tetapi tidak kotor dan pandai membutangkna baju, kidal dan pandai mengikat tali kasutKelihatan berminat dalam pelajaran tetapi dilabel pemalas dan kelihatan bodohSkop penglihatan yang terhad di mana keliru antara depan, belakang, kiri, kanan,, atas, bawah serta pengamatan yang lemah

LANGKAH MEMBANTU KANAK-KANAK DISLEKSIAa) Membawa berjumpa dengan pakar pisikologi pembelajaran atau psikologi klinikal pada peringkat awal bagi tujuan menanganinya.b)Membantu kanak-kanak memahami bahawa walaupun dia mungkin berbeza dalam banyak hal tetapi tetap disayangi.c)Menambah dan menggalakkan sebarang kemahiran istimewa bakat atau kebolehan semulajadid)Sentiasa sabar melayani karenah mereka yang mana biasanya kecewa dengan kegagalan yang berterusan.e)Membacakan cerita untuk anak-anak serta menjadi ahli persatuan sokongan ibu bapaf)Memberikan bantuan dan latihan pembelajaran sebelum memasuki tadika.g)Mengamalkan suasana kasih sayang serta bersikap prihatin dalam mengekalkan suasana harmonih)Membuat aktiviti berkeluarga serta memberi bimbingan dalam bidang akademiki)Memberi kebebasan yang terbatas serta nasihat untuk mengenal identiti sendirij)Mengamalkan konsep diri diberi ganjaran atau pujian contohnya bagus, pandai

CEREBRAL PALSY

CEREBRAL ialah OTAKPALSY bermaksud KURANG ATAU TIDAK UPAYA MENGAWAL PERGERAKAN OTOTKanak-kanak cerebal palsy mengalami (sebahagian besarnya) kerosakan pada kawasan motor dalam otak yang mengakibatkan kekurangupayaan untuk melakukan pergerakan otot-otot dan tegak badan. Kecacatan otak dan saraf otot ini lazimnya berlaku sebelum, semasa dan di peringkat awal bayi dilahirkan ketika bahagian otak berkembang dengan pesat.Sebelum Kelahiran1. Jangkitan dalam rahim2. ibu mengalami darah tinggi, kancing manis, kurang darah ketika mengandung3. pendarahan teruk dan kronik ketika mengandungSemasa Proses Kelahiran1. Kelahiran tidak cukup bulan2. kecederaan semasa lahir3. lemas semasa lahir4. jangkitan semasa lahirSelepas Kelahiran (sebelum berumur 3 tahun)1. meningitis (jangkitan kuman diselaput otak) demam kuning2. Jaundis yang teruk (kemicterus)3. Kecederaan otak disebabkan oleh kemalangan, penderaan dan penganiayaan fizikal.Seseorang kanak-kanak ceberal palsy dilahirkan bagi setiap 800 kelahiran tanpa mengira jantina, kaum, umur ibu atau latar belakang sosial.Punca-punca :1. kekurangan bekalan oksigen (anoxia) punca utama.2. perkembangan otak yang tidak normal.3. rembesan (intraeraneal bleeding).4. demam kuning.5. terhentak / terhempas / kejutan.6. serangan kuman / penyakit.Tanda-tanda :1. bayi kelihatan lembik2. lewat perkembangan3. menggunakan sebelah tangan (hand preference)4. masalah menyusu5. kerap menangis, meragam, merenggek, tanpa sebab ataupun terlalu diam dan kurang tindak balas rangsangan6. refleks primitive yabg kekal7. sembelit8. cepat marahPerkembangan kanak-kanak cerebral palsy1. bagi kanak-kanak yang menghidapi cerebral palsy biasanya kita dapati mereka akan lahir lebih awal berbanding dengan kanak-kanak normal yang lain. Selain daripada itu, kanak-kanak seperti ini sewaktu lahirnya jarang atau tidak menangis.UmurTahap Perkembangan0 10 bulan1. kanak-kanak ini pada peringkat awalnya sukar untuk melakukan pergerakan biasa bagi kanak-kanak normal seperti meniarap, duduk mengesot dan sebagainya.11 bulan1. mula merangkak, tetapi tidak mahu berjalan dan mereka biasanya akan berdiri di hujung jari ibu kaki sahaja seolah-olah bimbang untuk bertapak.1 3 tahun1. 1 tahun masih belum boleh berjalan / anggota tubuh lembik.2. Tabiat bertahan nafas atau breathulding spell berlaku di samping berlakunya kekejangan terhadap anggota badan sekiranya kanak-kanak tersebut menangis apabila kemahuannya tidak dituruti dan didapati mukanya bertukar menjadi warna biru. Apabila dia menarik nafasnya dan menangis, warna di mukanya kembali cerah semula.8 tahun1. Belum boleh bercakapAkibat daripada kerencatan ini boleh juga menimbulkan lain-lain kerencatan seperti :1. rencatan akal (kurang kecerdasan)2. kerencatan pertuturan3. rencatan penglihatan4. rencatan pendengaran5. sawan (epilepsy)6. kecacatan anggota7. kecacatan gigi8. masalah mengenai pernafasan9. masalah mangenai pemakanan10. masalah untuk buang air besar atau kecil.Jenis-Jenis Cerebral Palsy1) Spastic - Bahagian-bahagian otot anggota yang spastic manjadi tegang dan tidak mudah kendur semula. Pantulan yang terhasil adalah secara terserentak dan mengejut.2)Athetoid.- Bahagian-bahagian anggota bergerak tanpa dapat dikawal otot otak (ivoluntary movements). Akibatnya seseorang kanak-kanak athetoid menunjukkan gimik muka.3) Ataxia - Pada prinsipnya kanak-kanak ataxia ini tidak dapat duduk, berdiri dan berjalan. Kanak-kanak ini mengalami kesukaran untuk mengawal keseimbangan badan dan koordinasi otot, bergantung kepada kadar kepintasan yang dialaminya. Biasanya, jika kanak-kanak ini mampu berdiri dan berjalan sekalipun, kakinya akan berkeadaan terkangkang luas bagi membantu mendapat keseimbangan postur tersebut.1. Hypoytonik otot lembik.2. Campuran sifat-sifat di atas.Latihan dan pendidikan kepada kanak-kanak Cerebral Palsy.1. Kanak-kanak yang mengalami Cerebral Palsy mempunyai otak yang kurang berfungsi. Tetapi, sekiranya umur mereka lebih muda. Fungsi otak itu akan menjadi lebih baik. Iaitu walaupun mereka mempunyai otak yang kurang berfungsi, namun mereka boleh berkembang secara beransur-ansur. Oleh kerana itu, kita mesti memperkenalkan kanak-kanak Cerebral Palsy ini ke Fisio Terapist dan Occupational Terapist secepat mungkin.2. Kalau kanak-kanak tidak diberi latihan oleh Fisio Terapist, Occupational Terapist dan keluarga untuk jangka masa yang lama, kecacatan mereka akan bertambah teruk. Contohnya, sendi mereka akan menjadi lebih keras dan tulang belakang mereka akan menjadi bengkok.3. Oleh itu, kanak-kanak Cerebral Palsy mesti diberi latihan tiap-tiap hari oleh Fisio Terapist, Occupational Terapist dan keluarga di hospital atau di rumah.4. Jikalau, kanak-kanak yang mengalami Cerebral Palsy mempunyai terencat akal juga, mereka perlu diberi pendidikan khas oleh Guru Khas dan keluarga mereka.Jenis-jenis Masalah dan Tiga Bentuk Utama. Kecacatan warisan atau keturunan tidak berapa penting dalam kelumpuhan otak. Masalah utama secara langsung melibatkan otak. Tiada kecederaan yang berlaku secara langsung kepada anggota yang terlibat. Terdapat tiga bentuk utama kelumpuhan otak iaitu :1. Spasticity2. Athetosis3. AtaxiaMereka yang mengalami ketiga-tiga bentuk kelumpuhan otak di atas dikenali secara umum sebagai penyakit Cerebral Palsy atau spastic.Cortex atau Lapisan Luar OtakCortex atau lapisan luar otak terlibat dalam pemikiran, pengetahuan dan sensasi. Kanak-kanak yang mengalami spasticity menghadapi kawalan pergerakan yang tidak terkawal, kelemahan otot-otot dan seringkali mengalami gangguan dalam tumbesaran dan perkembangan. Kerosakan di bahagian cortex ini berlaku berpunca daripada keadaan spastic sebenarnya.Kerosakan bahagian luar otak boleh memberi kesan kepada kedua-dua bahagian anggota di sebelah bahagian tubuh, iaitu bahagian anggota bawah atau keempat-empat bahagian anggota badan.Basal GangliaBahagian ini terletak di bawah cortex iaitu di tengah-tengah otak. Basal ganglia dan serebelum membantu mengorganisasikan atau menyusun pergerakan dengan amat teratur, harmoni (bersantun) dan lebih ekonomikal. Gangguan di bahagian basal ganglia ini boleh menyebabkan berlakunya kecederaan yang dikenali sebagai Athetosis. Ciri utama yang dihadapi olah athetosis ialah pergerakan yang secara tidak disengajakan dan mengganggu pergerakan yang normal dalam tubuh manusia.SerebelumSerebelum ini terletak di bahagian asas atau dasar otak. Bahagian ini berperanan mentadbir fungsi tubuh manusia seperti koordinasi pergerakan, gaya dan keseimbangan. Serebelum dihubungkan dengan pangkal otak yang menghubungkan bahagian atas otak kepada saraf tulang belakang.Kanak-kanak spastic yang menghadapi Ataxia berpunca daripada kecederaan pada bahagian serebelum mengalami gaya melangkah yang tidak stabil dan kesukaran dalam mengimbang badan.Orang cacat spastic yang lebih mungkin sekali menghadapi lebih daripada satu kategori asas biajnosa dan pengklasan menggambarkan kesukaran yang amat sangat.Mengesan Kanak-kanak Spastik.Kanak-kanak spastic dapat dikesan dari simtom-simtom yang ditunjukkan :a)Kesukaran sewaktu makanKanak-kanak spastic akan mengalami kesukaran menghisap, menelan dan mengunyah makanan. Ini seringkali menyebabkan mereka muntah. Kanak-kanak juga akan serta merta menggigit makanan yang diletakkan di dalam mulut mereka dan akan sukar untuk dikeluarkan semula.b)Masalah pernafasanKanak-kanak akan mengalami kesukaran bernafas, pernafasan mereka menjadi kencang dan bising.c)Masalah tidur.Kanak-kanak juga mengalami kesukaran tidur, mereka kerap terjaga di waktu malam dan sering menangis.d)Masalah pertuturan.Kanak-kanak spastic tidak boleh mengeluarkan suara iaitu mereka tidak boleh memanggil ibu bapanya ataupun mengeluarkan babbling sound. Kanak-kanak juga tidak memahami apa yang dikatakan kepadanya.e)Masalah pendengaran.Kanak-kanak spastic hanya akan bertidak balas terhadap bunyi yang kuat ataupun tidak bertindak balas langsung terhadap bunyi.f)Masalah penglihatan.Sering kali kanak-kanak ini juling ataupun mengalami mistagmus iaitu pergerakan bola mata yang berterusan.g)Reaksi yang tidak normalKanak-kanak spastic sering akan menangis disebabkan bunyi, cahaya dan sentuhan. Kanak-kanak ini juga kadangkala tidur berlebihan (hipersomnia).Kemungkinan mengalami simtom-simtom terencat akal.Kanak-kanak spastic mungkin mengalami kerencatan akal jika didapati mereka tidak pernah tersenyum, tidak mengenali ibu bapanya, sentiasa tidur, tidak bertindak balas atau tidak berminat terhadap keadaan sekelilingnya.Program Kanak-kanak Spastik dalam Kelas Pendidikan Khas.Kelas khas ini diwujudkan sejak tahun 1992. Kelas ini meliputi pelbagai aspek yang bukan berkaitan dengan pelajaran. Kelas ini dinamakan kelas kemahiran yang menempatkan pelajar yang berumur antara 3 hingga 12 tahun. Kelas Pembangunan bagi pelajar berumur dua belas tahun ke atas serta Kelas Pendidikan Khas untuk kanak-kanak berumur sembilan tahun ke atas.Kanak-kanak dalam kedua-dua kelas Kemahiran dan Pembangunan diberikan latihan fizikal yang berkesan, pembentukkan pemikiran dan kedua-duanya sekali. Mereka ini didedahkan kepada komunikasi antara masyarakat.

Jenis-jenis Masalah Gangguan Belajar :Berikut adalah masalah-masalah spesifik yang dikategorikan sebagai masalah sukar belajar di kalangan kanak-kanak : Diskriminasi audio : Sukar membezakan antara bunyi pertuturan dan urutan bunyi ke dalam perkataan. Persepsi visual : Ketidakupayaan untuk mengesan butir-butir penting dan mengesan maksud kepada apa yang dilihatnya. Dyslexia : Masalah memproses pertuturan yang memberi kesan kepada pembacaan, penulisan dan ejaannya. Dysgraphia : Tidak berkemampuan belajar mengungkapkan fikiran secara bertulis dan grafik. Dyscalculia : Kesukaran dengan kemahiran matematik dan pengiraan. Dyspraxia (Apraxia) : Ketidakupayaan untuk menyelaras pergerakan badan yang sesuai.

Ibu bapa dan guru-guru juga kadang kala membuat tanggapan-tanggapan yang mungkin kurang tepat terhadap kanak-kanak yang kurang maju dalam pelajarannya. Si anak dikatakan malas, tidak bermotivasi , bodoh atau asyik bermain sahaja. Terdapat pula sesetengah ibu bapa yang menyalahkan pihak guru dengan mengatakan bahawa guru kurang berpengalaman, teknik mengajar tidak berkesan, pilih kasih atau kurang memberikan perhatian kepada si anak.

gambar hiasan

Ramai ibu bapa mendaftarkan anak-anak mereka untuk mengikuti kelas tambahan bagi meningkatkan kemajuan pelajaran mereka. Walaupun saya akui usaha-usaha ini boleh membantu memperbaiki prestasi akademik sebahagian besar kanak-kanak, tetapi masih ada lagi segolongan kanak -kanak yang memerlukan bantuan pembelajaran yang lebih khusus. Punca-punca timbulnya masalah pembelajaran di kalangan kanak-kanak boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu punca biologi dan punca psikososial.

gambar hiasan

Punca biologi merangkumi faktor-faktor baka dan penyakit -penyakit yang menjejaskan fungsi otak dan urat saraf. Kekurangan oksigen sewaktu kelahiran ( asphyxia ), lembam lapisan otak (meningitis ) dan sawan yang berpanjangan boleh menyebabkan disfungsi urat saraf ( neurologi dysfunction ). Pakar kanak-kanak juga telah lama menyedari bahawa kandungan plumbum yang tinggi dalam darah ( lead poisoning ) seseorang kanak-kanak boleh menyebabkan wujudnya masalah pembelajaran. Selain itu, banyak lagi bahan yang telah dikenal pasti sebagai punca masalah pembelajaran.

gambar hiasan

Doktor dan ibu bapa perlulah peka terhadap hal ini supaya dapat mengurangkan risiko anak-anak terdedah kepada penggunaan bahan-bahan tersebut. Punca psikologi sering mewujudkan masalah pembelajaran. Pengaruh sekitaran yang tidak sihat, kurang rangsangan, kurang perhatian ibu bapa dan kemiskinan hidup akan menyebabkan kanak-kanak berkenaan mengalami masalah pembelajaran. Umumnya, unsur biologi berinteraksi dengan unsur psikososial. Oleh itu, setiap kanak-kanak yang menghadapi masalah ini perlu dirawat secara teliti dengan menggunakan pendekatan yang berasingan.

gambar hiasan

Satu kajian untuk mengenal pasti dengan lebih terperinci punca-punca kegagalan dalam pelajaran telah dijalankan ke atas kanak-kanak dalam kelas pemulihan di tiga buah sekolah di selangor dan kuala Lumpur oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan pada tahun 1986. Antara punca-punca yang dikenal pasti ialah kurang perhatian oleh ibu bapa dalam soal pelajaran anak-anak, kurang motivasi di kalangan kanak-kanak itu sendiri serta lambat memperoleh kemahiran membaca, menulis dan mengira. Ada juga kanak-kanak yang menghadapi masalah lambat menguasai bahasa yang seterusnya menjejaskan proses menguasai kemahiran membaca.

gambar hiasan

Sesetengah kanak-kanak pula menghadapi masalah lemah pengamatan (perceptual weakness) dan lemah daya ingatan. Kurang keyakinan terhadap diri sendiri juga turut menimbulkan masalah pembelajaran. Kanak-kanak tersebut akan berasa takut untuk bercakap dan tidak gemar bergaul dengan rakan-rakan sebayanya. Apa yang menarik ialah kanak-kanak yang bermasalah ini menunjukkan kemajuan yang amat menggalakan apabila dinilai sekali lagi enam bulan kemudian.

gambar hiasan

Perkembangan yang positif ini adalah juga disebabkan oleh perhatian yang lebih oleh guru-guru terhadap kanak-kanak tersebut. Setelah mengenal pasti dengan lebih tepat kelemahan-kelemahan muridnya, guru dapat menggunakan kaedah-kaedah yang berkesan untuk membantu kanak-kanak itu membaca, menulis dan mengira dengan cepat. Ibu bapa juga turut memberikan perhatian yang lebih terhadap pelajaran anak mereka. Kanak-kanak itu sendiri akan lebih bermotivasi setelah mendapat perhatian, sokongan dan bimbingan daripada ibu bapa dan guru.

gambar hiasan

Kanak-kanak mengalami masalah pembelajaran berbeza diantara satu dengan lain dari segi kekuatan dan kelemahan yang dimilikinya. Oleh itu, pendidikan khas yang diberikan pada seseorang kanak-kanak itu perlulah diindividukan berasaskan pada kekuatan dan kelemahan tersebut. Pelbagai corak dan fungsi perkembangan ditemui di kalangan kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran.

gambar hiasan

Umpamannya, seorang kanak-kanak yang berusia enam tahun yang sungguh cerdik sehingga boleh bermain dengan komputernya, melukis gambar roket dengan kemas dan membaca dengan baik mungkin mempunyai tumpuan perhatian yang singkat. Oleh itu,dia mungkin tidak membuat kerjanya di kelas kerana tidak menumpukan perhatian kepada arahan yang diberikan oleh gurunya. Sebaliknya, perhatiannya lebih tertumpu kepada perkara-perkara yang sangat diminatinya seperti permainan komputer dan lukisan.

gambar hiasan

Kanak-kanak yang lemah ingatannya akan mengalami masalah pembelajaran. Dia mungkin menunjukkan kecekapan membuat bentuk rumah menggunakan alat permainan lego dan melukis gambar kereta atau binatang tetapi menghadapi kesulitan membaca dan menulis.

gambar hiasan

Guru atau ibu bapa yang mengajarnya membaca dan menulis memerlukan kesabaran kerana perlu memberi penerangan berulang-ulang kali. Dari itu, kanak-kank ini akan lebih cepat dapat menangani masalah permbelajaran ini. Pakar kanak-kanak telah lama mengetahui bahawa ada bahan-bahan makanan tertentu yang boleh menyebabkan perubahan pada tingkah laku kanak-kanak. Kanak-kanak mungkin menjadi lebih resah hiperaktif, lebih buas dan tidak boleh menumpukan perhatian. Oleh itu, penilaian tidak lengkap jika riwayat pemakanan kanak-kanak tersebut tidak diambil dengan teliti.

gambar hiasan

Ini