definisi arca

14
DEFINISI ARCA Arca merupakan hasil seni berbentuk 3 dimensi ( 3D ). Arca berasal daripada perkataan sculpture yang beerti mengukir, memotong, menebuk atau melarik.Biasanya arca diletakkan di dalam suatu ruang DEFIINI ARCA

Upload: zur-aliff-aliff

Post on 15-Nov-2015

88 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

definisi plak xdi alatdan bahan

TRANSCRIPT

DEFIINI ARCA

DEFINISI ARCAArca merupakan hasil seni berbentuk 3 dimensi ( 3D ). Arca berasal daripada perkataan sculpture yang beerti mengukir, memotong, menebuk atau melarik.Biasanya arca diletakkan di dalam suatu ruang untuk tujuan pameran. Nilai estetiknyadapat dihayati dengan pancaindera. Permukaan arca boleh dipegang dan arca boleh dipandang dari pelbagai sudut pandangan. Arca juga terdapat dalam bentuk realistik atau bentuk abstrak. Banyak arca dicipta melalui tempahan untuk memperingati sesuatu peristiwa bersejarah, atau kehidupan seorang tokoh. Arca bertujuan sebagai seni awam yang dipamerkan di luar, tetapi kekadangnya juga dipamerkan di dalam bangunan awam untuk menegaskan sesuatu dengan cara yang lebih ketara daripada apa yang boleh ditekankan melalui penggunaan perkataan. Menjelang abad ke dua puluh, apabila seni mencapai dimensi baru, arca berubah kepada ciri abstrak dan membuka era baru dalam peradaban arca. Kategori arca bolehdibahagikan kepada dua iaitu arca estetik dan arca berfungsi.Ciri-Ciri Arca yang baik dan kreatif Arca yang kreatif dan baik haruslah dihasilkan menepati tema dan tajuk yang ingindi ketengahkan oleh pengkarya. Kebiasaannya pengkarya ingin berkongsi tema bersama dengan pengarca yang lain. Tema yang ingin diketengahkan seperti perkongsian maklumat, dokumentasi, lonjakan paradigma, cetusan emosi dan perasaan. Semua persoalan yang ingin diketengahkan haruslah ada pada arca yangdihasilkan dan mampu menonjolkan persoalan berkenaan melalui hasilan pengkarya. Bahan binaan arca juga haruslah sesuai dengan tujuan hasilan. Dalam pengkaryaan arca, asemblaj mewakili karya yang agak bebas dan pelbagai penggunaan bahan dan media. Maka dengan itu kesepaduan dalam pelbagai penggunaan bahan dan media dapat menjadikan sesuatu arca yang kreatif dan menepati ciri-ciri sebuah arca bersesuaian denga tema.Arca yang baik haruslah kukuh, kuat, selamat dan tahan lama. Sejarah arca membuktikan bahawa sebuah arca yang baik menggunakan alat dan bahan terdiri daripada kombinasi yang padat dan kukuh. Pengkarya arca akan dianggap dapat menghasilkan sebuah arca yang baik apabila berjaya mempelbagaikan bahan yang diadun atau dipasang dengan baik. Arca khususnya asemblaj mengadunkan pelbagai bahan lalu membentuk kesatuan komposisi yang artistik. Arca yang baik dan kreatif juga haruslah berjaya mengaplikasikan asas seni reka, estetika dan etika pengkaryaan. Objek akan digubah berdasarkan asas seni reka. Apabila asas seni reka ini diaplikasikan dengan baik dan betul, penampilan karya akan menjadi lebih terancang dan rapi. Akhir sekali yang paling penting dalam menhasilkan sebuah arca yang baik dankreatif ialah arca berkenaan haruslah bebas daripada ciplakan atau plagiat. Sebagai pengkarya yang memahami hakikat keaslian, ciplakan adalah satu kelemahan lebih-lebih lagi jika penghasilannya bertujuan komersial. Arca yang dihasilkan haruslahhanya satu dan tiada ditempat lain

Arca Asemblaj

Asemblaj adalah himpunan bahan-bahan yang disusun dan mempunyai daya estetik ataupun cara perletakan yang menimbulkan suatu makna. Walaupun pada kebiasaannya aktiviti ini dikaitkan pada himpunan bentuk-bentuk dua dimensi, ianya juga boleh di hasilkan dalam bentuk tiga dimensi. Penciptaan arca asemblaj termasyhur iaitu Bicycle Wheel ( karya asli telah hilang ) adalah penciptaan terawalnya dalam bidang seni tangan yang mana arca ini dibina menggunakan bahan-bahan yang terdapat di rumah.

Arca StabailStabail ialah satu binaan seperti mobail yang boleh bergerak tapi tidak terawang-awang kerana kedudukan kakinya sengaja boleh bergerak. Bahan atau bahagaian dicantum dengan tali/benang pada satu palang yang tidak boleh bergerak. Stabail tidak mempunyai sendi-sendi dimana bahan atau bahagian yang dicantum boleh bergerak secara terawang-awang Rekaan stabail boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti murid dengan menggunakan bahan-bahan yang ada dan mudah didapati. Stabail boleh digantung di dinding, tingkap , atau pintu siling.

CONTOH KARYA DAN TEKNIK

TEKNIK TIKBULAN TEKNIK LUAKAN

TEKNIK LUAKKAN TEKNIK TIMBULAN

TEKNIK TIMBULAN TEKNIK TIMBULAN

TEKNIK TIMBULAN TEKNIK TIMBULAN

TEKNIK LUAKAN TEKNIK LUAKAN

TEKNIK LUAKN TEKNIK LUAKN

SUMBER ILHAM

OLAHAN IDEA

PENGZAHIRAN IDEA

Saya telah memilih gasing kerana pada saya gasing ini adalah merupakan salah satu permainan tradisional yang paling saya minati. Gasing ini juga merupakan Salah satu aktiviti yang dilakukan dapat menghiburkan hati serta untuk menghilangkan kepenatan. Gasing bukan sahaja menjadi permainan dalam kalangan dewasa sahaja malah ia turut dimainkan oleh golongan kanak-kanak.Justeru gasing tergolong dalam banyak jenis, jadi saya telah mengambil keputusan untuk membuat gasing piring, kerana gasing ini mempunyai banyak keunikannya, dan juga gasing ini amat susah untuk di cari sekarang ini. Di atas ini adalah gambar yang telah saya pilih untuk menghasilkan sebuah arca stabail yang mana saya akan membuat gasing tersebut dengan menggunakan span keras yang berwarna hijau, seterusnya saya akan mewarnakannya dengan warna emas. Kerana bagi saya warna emas ini melambangkan harga sesuatu barang itu mahal, kerana bagi saya nilai gasing ini sangat mahal ianya di ukir dengan menggunakan tangan. Proses penghasilan ini saya akan tunjukkan di bawah ini.saya juga membuat tempat letak gasing. Ini pun saya akan tunjukkan dalam proses penghasilannya.

LAKARAN IDEA

PROSES PENGHASILAN