definisi resis

Upload: bad

Post on 17-Jul-2015

1.161 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

HBAE 1403 - MENGGAMBAR

FAKULTI PENDIDIKAN, SASTERA DAN SAINS SOSIAL

NAMA PELAJAR NO. MATRIK NO. TEL PELAJAR NAMA IPG / PPW/ PPT

: BADARULHISHAM BIN SHAMSUDIN : 660830055187002 : 019-6233882 : INSTITUT PERGURUAN RAJA MELEWAR, SEREMBAN.

AMBILAN PROGRAM

: SEPTEMBER 2009 : SARJANA MUDA PENGAJARAN (DENGAN KEPUJIAN)

NAMA TUTOR MATA PELAJARAN

: : HBAE 1403 MENGGAMBAR

1

HBAE 1403 - MENGGAMBAR

Kandungan 1. Pengenalan 2. Definisi Resis 3. Teknik Penghasilan Resis

ms 2 3 5

4. Proses Penghasilan Batik Menggunakan Teknik Mencanting

10

5. Kepentingan Belajar Resis

14

6. Rujukan

16

2

HBAE 1403 - MENGGAMBAR

1. PENGENALAN Pendidikan Seni Visual menjurus kepada seni tampak dan tidak merujuk kepada seni lain seperti muzik, seni sastera, seni tari dan seni mempertahankan diri. Pendidikan Seni Visual sekolah rendah lebih menegaskan kegiatan dalam proses penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Apabila kita membicarakan soal perkembangan kanak-kanak dalam Pendidikan Seni Visual, kita tidak boleh lari daripada memperkatakan tentang psikologi perkembangan kanak-kanak itu sendiri. Pakar psikologi mengatakan bahawa perkembangan kanak-kanak itu dipengaruhi oleh dua faktor iaitu; faktor persekitaran dan faktor baka. Proses menggambar di peringkat kanak-kanak dikatakan sangat teratur dan sesuai dengan perkembangan tumbesarannya. Terdapat banyak kajian yang dijalankan bagi mengkaji perkembangan kanak-kanak dan pertumbuhan mereka. Kajian dan pengamatan kebanyakkan dilakukan melalui lukisan memandangkan lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak mempunyai hubung kait yang rapat dengan proses perkembangan tumbesaran. Penghasilan karya terutama lukisan oleh kanak-kanak mempunyai interpretasi yang berbeza dengan karya yang dihasilkan oleh orang dewasa. Bagi orang dewasa seni visual dikaitkan dengan kecantikan dan kesempurnaan, namun bagi kanak-kanak hasil karya yang dihasilkan bersifat luahan dan ekspresif. Kebanyakan pengkaji seni kanak-kanak menganggap hasil karya seni sebagai satu kaedah menarik untuk melihat cara mereka berfikir dan menyelami perasaan selain melihat dan menguji perkembangan kognitif mereka. Dikatakan bahawa karya seni kanak-kanak bersifat peribadi, tersendiri dan penuh kerahsiaan.

2. Definisi Resis Resis (resist) ialah teknik menghasilkan lukisan atau reka corak dengan menggunakan3

HBAE 1403 - MENGGAMBAR

bahan-bahan yang tidak bercampur antara satu sama lain seperti cat air dan cat minyak, cat air dan lilin dan sebagainya yang boleh dikatakan sebagai proses penolakan warna. Teknik ini dapat dilihat dengan jelas dalam proses penghasilan batik lukis atau batik canting.

Rajah 1: Resis Lilin yang digunakan dalam aktiviti resis menjadi pelindung kepada warna asal atau terdahulu yang terdapat pada permukaan kertas. Lilin dalam aktiviti resis bertindak sebagai alat untuk menghasilkan garisan di atas permukaan kertas. Dalam aktiviti resis, lilin akan berfungsi sebagai bahan penutup kawasan permukaan kertas atau kain. Lilin ini akan menyebabkan permukaan kertas atau kain tidak dapat diserap oleh warna yang disapu pada permukaannya. Resis boleh juga dijalankan dengan cara menggunakan tindihantindihan lilin dan menyapu warna daripada peringkat warna terang kepada peringkat warna gelap.

Rajah 2 : Resis membentuk seekor ikan

4

HBAE 1403 - MENGGAMBAR

3. Teknik Penghasilan Resis Seorang guru Pendidikan Seni Visual yang kreatif yang berhasrat untuk menjalankan aktiviti resis di dalam kelasnya akan membuat persediaan awal sebelum sesuatu aktiviti itu berjalan. Beliau perlu memikirkan perkara-perkara asas seperti menyediakan alatan, media dan teknik yang bakal digunakan di dalam kelas. Apa yang menarik tentang resis ialah aktiviti ini memerlukan penerokaan, pengalaman dan pembacaan yang mendalam sebelum latihan amali dijalankan di dalam kelas. Tidak semua cara sesuai digunakan; terpulang kepada kreativiti guru memikirkan teknik mana yang paling sesuai mengikut tahap kognitif pelajar. Terdapat pelbagai teknik yang boleh dijalankan semasa di dalam kelas. Antaranya;

3.1 Teknik Krayon Resis

3.1.1 Tajuk: Hidupan Dalam Air. 3.1.2 Alat dan bahan: 1.Berus 2. Span 3.Krayon 4. Kertas lukisan 5. Air

3.1.3 Langkah- langkah Menghasilkan Taknik Krayon Resis: Langkah 1: Lukis rupa bentuk dan suasana hidupan dalam air seperti tumbuhan akuatik, ikan ranting kayu mati, batu dan sebagainya mengikut kreativiti sendiri menggunakan krayon. Elakkan daripada menutupi kesemua bahagian kertas lukisan tersebut dengan krayon.

5

HBAE 1403 - MENGGAMBAR

Rajah 3: Contoh hasilan teknik krayon resis Langkah 2: Sapukan warna air yang muda terlebih dahulu seperti warna hijau muda atau biru muda. Warna air akan menyerap pada permukaan yang tidak berwarna dan bahagian yang dilukis atau dilakar dengan krayon akan diresiskan. Langkah 3:Lukiskan lagi bentuk di atas pemukaan berwarna menggunakan krayon. Dicadangkan lebih baik menggunakan krayon daripada warna-warna lembut atau lilin putih. Langkah 4: Selepas itu, sapukan dengan warna air yang gelap untuk mendapatkan kesan kontra. Cara ini akan menjadikan hasilan resis lebih menarik. Langkah 5 : Gambar hidupan dalam air akan terhasil mengikut teknik krayon resis.

3.2 Teknik Resis Daripada Kertas Lilin 3.2.1 Tajuk / tema : Bangunan Tinggi. 3.2.2 Alatan / Bahan 1. kertas lilin / kertas stensil lilin. 2. kertas lukisan 3. pensel 4. warna 5. air 6. berus6

HBAE 1403 - MENGGAMBAR

7. bekas air.

3.2.3 Langkah-langkah Menghasilkan Teknik Resis Daripada Kertas Lilin Langkah 1: Ambil kertas lilin dan kertas lukisan. Letakkan kertas lilin di atas kertas lukisan. Langkah 2: Lukiskan bentuk bangunan tinggi yang dikehendaki pada kertas lilin tadi. Pelajar mesti memberi sedikit tekanan pada permukaan kertas lilin tersebut dengan menggunakan objek keras seperti pensel atau ranting kayu atau plastik khas jenis PVC. Tekan kuat pada kertas lilin semasa melukis bertujuan untuk memindahkan lilin pada kertas lukisan yang terdapat di bawah kertas lilin tadi. Langkah 3: Selepas selesai, alihkan kertas lilin tadi. Warnakan kertas lukisan yang mengandungi kesan lilin dengan menggunakan warna-warna lembut secara perlahan-lahan dan berhati-hati. Hasilnya, kesan lakaran garis-garis lilin yang ada pada kertas lukisan tadi akan kelihatan timbul dalam keadaan putih dan lutsinar.

Rajah 4: Garisan lakaran yang ditekan akan memberi kesan kepada persembahan.

3.3 Teknik Resis Dengan Kain 3.3.1 Tajuk/Tema: Flora 3.3.2 Alatan/ Bahan 1.Lilin 2.Resin7

HBAE 1403 - MENGGAMBAR

3.Pewarna 4.Soda Ash 5.Sodium Silikat 6.Canting

3.3.3 Langkah-langkah Menghasilkan Teknik Resis Dengan Kain

Langkah 1:Kain putih direbus dengan serbuk sabun bertujuan untuk menghilangkan kanji dan seterusnya dijemur hingga kering. Langkah 2: Proses melakar motif atau corak ke atas kain perlu dilakukan secara berhati-hati untuk mendapatkan hasil lakaran yang cantik dan menarik. Kemudian kain yang telah dilakarkan bersama motif yang dipilih iaitu flora diregangkan pada pemidang kayu bertujuan bagi menyenangkan proses mencanting. Langkah 3: Panaskan campuran lilin hingga cair. Ceduk campuran lilin menggunakan canting. Sapukan muncung canting dengan kain perca bagi mengelakkan lilin cair menitik pada permukaan kain yang diregang tadi. Seterusnya proses mencanting mengikut motif flora dilakarkan pada permukaan kain tersebut. Langkah 5: Setelah siap mencanting, proses mewarna dilakukan dgn menggunakan berus lembut. Latar belakang kain diwarnakan menggunakan berus yg besar. Tunggu hingga kering. Langkah 6:Setelah kering, kain tersebut hendaklah disapu atau dicelup dengan pemati warna (sodium silikat) selama 8-12 jam bagi memastikan warna tidak luntur. Langkah 7: Setelah cukup masa, kain dibasuh dgn air panas yang dicampur dengan sedikit soda ash untuk menghilangkan kesan lilin dan soda ash. Langkah 8: Setelah bersih, jemur kain sehingga kering.

8

HBAE 1403 - MENGGAMBAR

3.4 Teknik Krayon Resis Batik. 3.4.1 Tajuk / tema : Haiwan dan Tumbuhan. 3.4.2 Alatan / Bahan : 1. Krayon. 2. Kertas manila. 3. Pensel. 4. Warna air. 5. Berus. 6. Kertas tisu.

Rajah 5 : Teknik krayon resis batik

3.4.3 Langkah-langkah Menghasilkan Teknik Krayon Resis Batik

Langkah 1 : Sediakan semua alatan dan kelengkapan seperti di atas. Langkah 2 : Hasilkan satu lakaran dengan pensel di atas kertas manila atau kertas lukisan tebal. Langkah 3 : Perhatikan semua garisan / lakaran yang telah dibuat di ataskertas manila tersebut dengan teliti. Lakarkan semula garisan / lakaran yang telah dibuat itu dengan krayon.

9

HBAE 1403 - MENGGAMBAR

Langkah 4 : Sediakan satu besen air biasa. Rendam seketika kertas manila tersebut dan renyukkan membentuk seperti bulatan. Langkah 5 : Bentangkan semula kertas yang telah direnyukkan tadi. Ratakan dan keringkan sisa basahan dengan menggunakan tisu lembut. Langkah 6 : Warnakan keseluruhan permukaan dengan warna air. Warna air akan diserap oleh bahagian kertas yang tidak berwarna dan akan diresiskan oleh krayon lilin. Ini akan menjadikan hasilannya menyerupai jaringan tidak terancang seperti sarang burung dan berserabut.

4. Proses Penghasilan Batik Menggunakan Teknik Mencanting. Batik adalah seni kraf tekstil tradisi Melayu yang masih unggul hingga ke saat ini, dan ianya berpotensi menembusi pasaran antarabangsa. Corak dan kombinasi warnanya yang tidak lekang dengan peredaran fesyen antarabangsa tanpa meninggalkan ciri tradisi tetap menjadi pilihan. Terdapat beberapa teknik menghasilkan batik. Antara teknik utama ialah Batik Blok, Batik Tulis, Batik Skrin dan Batik Perwarnaan Asli. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat batik; 1. Lilin 2. Minyak Tanah 3. Pewarna 4. Canting 5. Berus Lukisan 6. Berus 7. Soda 8. Silikat

10

HBAE 1403 - MENGGAMBAR

Batik canting digemari kerana mempunyai ciri mengikut kehendak semasa seperti warna yang eksklusif dan motifnya bebas. Langkah pertama proses penghasilan batik canting ialah membasuh kain dasar (kain putih) bertujuan untuk membuang kanji yang ada pada fabrik tersebut.

Rajah 6 : Proses 1 (Mencairkan lilin) Proses 1: Cairkan lilin dan minyak tanah pada kadar nisbah 50%-50% di dalam bekas yang dipanaskan. Biasanya pengusaha batik menggunakan periuk aluminium kerana ia cepat panas dan boleh menyimpan haba dengan lebih lama. Bahan campuran lilin dipanaskan dengan suhu sederhana dengan kadar lilin (60%) dan damar (40%) dengan sedikit minyak masak untuk melicinkan aliran lilin.

11

HBAE 1403 - MENGGAMBAR

Rajah 7 : Proses 2 (Mencerap lilin) Proses 2 : Lukis menggunakan campuran lilin ke atas fabrik putih. Fabrik yang boleh digunakan adalah dari jenis kain colton atau kain silk. Proses ini harus dilakukan dangan cepat dan tepat kerana lilin yang digunakan akan menjadi kering dengan cepat dan sukar diubah sekiranya telah dicanting pada fabrik. Bagi pengusaha yang baru sahaja belajar menggunakan canting, mereka digalakkan melukis dengan pensel dahulu untuk mendapatkan gambaran tentang corak yang dikehendaki.

Rajah 8 : Proses 3 (Mewarna Fabrik) Proses 3: Dengan menggunakan berus lukisan, proses mewarnakan bahagian dalam border lukisan dilakukan. Air bersih digunakan untuk membuat bayang pada warna lukisan. Pemilihan warna adalah terbatas bergantung pada kretiviti pengusaha.

12

HBAE 1403 - MENGGAMBAR

Rajah 9 : Proses 4 (Menyapu sodium Silikat) Proses 4: Apabila warna telah kering sepenuhnya, sapukan sodium silicate diatas permukaan fabrik bagi memperbetulkan serta memperkemaskan warna dan biarkan selama 4 jam. Warna lukisan akan menjadi kekal dan tidak mudah luntur dengan mudah.

Rajah 10: Proses 5 (Membuang sisa lilin) Proses 5: Letakkan sedikit soda pada sebuah bekas berisi air mendidih dan rendamkan fabrik selama beberapa minit. Lilin kemudiannya akan tertanggal daripada fabrik.

13

HBAE 1403 - MENGGAMBAR

Rajah 11 : Proses 6 (Mengeringkan fabrik) Proses 6: Keringkan fabrik di bawah sinar matahari. Batik siap di proses.

5. Kepentingan Belajar Resis 5.1 Murid-murid akan dapat menyatakan pengalaman pembelajaran dalam bentuk visual apa yang diperhatikan di persekitaran dan seterusnya dapat melakar secara spontan untuk menghasilkan imej melalui teknik resis. 5.2 Murid-murid dapat mengetahui dan mengenal pasti alat, bahan, dan teknik dalam asas menggambar menggunakan teknik resis berdasarkan beberapa eksperimen. 5.3 murid boleh meneroka beberapa teknik yang berbeza dalam melukis dan membuat gambar menggunakan resis. Murid sudah boleh menggambar dengan menggunakan pelbagai bahan dan teknik melalui penerokaan. Seterusnya di peringkat analisis murid boleh memilih dan menggunakan alat, bahan, dan teknik yang sesuai dalam penghasilan gambar dan mempelbagaikan teknik resis. 5.4 murid dapat menghasilkan resis dengan menggunakan pelbagai alat, bahan dan teknik secara kreatif melalui penerokaan seterusnya dapat membuat pernyataan tentang hasil kerja sendiri dan rakan. Murid juga dijangka boleh membuat dokumentasi mudah dalam portfolio supaya dapat meluahkan perasaan dengan lebih jelas dan terperinci. Di sini murid dapat menghayati nilai-nilai estetik yang ada dalam sesuatu hasil kerja semasa menghasilkan resis. 5.5 Diharapkan murid dapat mengaplikasi elemen asas senireka (terdiri daripada unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip rekaan) yang sesuai dalam aktivitiresis mereka. Murid juga dapat mengetahui dan menggunakan bahasa seni visual (istilah) yang mudah untuk berinteraksi. 5.6 Murid menyedari wujudnya rupa asas yang ada di persekitaran mereka melalui teknik resis.

14

HBAE 1403 - MENGGAMBAR

5.7 Murid dapat menghasilkan gambar dengan memanipulasi bahan yang berasaskan air, minyak dan bahan kering. Akhirnya murid dapat menghasilkan gambar dengan menggunakan pelbagai bahan serta teknik setelah membuat pemerhatian melalui aplikasi teknik resis yang telah dipelajari

Rujukan

Abdullah Ng (2001). Corak dan Menggambar. Petaling Jaya. Fajar Bakti.

15

HBAE 1403 - MENGGAMBAR

Asiah Abu Samah (1998). Panduan Penyeliaan Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah dan Menengah, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Rancangan Pengajaran Tahunan, Mingguan dan Harian, Panduan Guru Pelatih.

Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia (2007). Pendidikan Seni Visual, Harapan dan Cabaran.

Helen Tan(2005). Pendidikan Seni Visual. Kuala Lumpur. Jaya Abadi Sdn. Bhd.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2000). Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual, Kuala Lumpur:Pusat Perkembangan Kurikulum.

Lee Shok Mee (1997). Seni Lukisan; Peranan Dalam Pembangunan dan Pembentukan Sahsiah. Kuala Lumpur. Sasbadi.

Mahamad Amran Kamsi (2000). Siri Pendidikan Visual : Petaling Jaya. Fajar Bakti.

16