definisi peribahasa

32
Definisi Peribahasa Peribahasa ialah susunan kata- kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya. Manakala peribahasa tradisi pula merujuk kepada peribahasa yang digunakan dalam pertuturan seharian atau secara bercetak sebelum tarikh kemerdekaan. Peribahasa moden pula merujuk yang dicipta selepas tarikh tersebut. Peribahasa merupakan sebahagian daripada bahasa kiasan dalam budaya Melayu. Keindahan peribahasa merupakan sebahagian

Upload: nurin-shina

Post on 09-Nov-2015

213 views

Category:

Documents


14 download

DESCRIPTION

peribahasa

TRANSCRIPT

Definisi PeribahasaPeribahasa ialah susunan kata-kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya. Manakala peribahasa tradisi pula merujuk kepada peribahasa yang digunakan dalam pertuturan seharian atau secara bercetak sebelum tarikh kemerdekaan. Peribahasa moden pula merujuk yang dicipta selepas tarikh tersebut. Peribahasa merupakan sebahagian daripada bahasa kiasan dalam budaya Melayu. Keindahan peribahasa merupakan sebahagian daripada bahasa kiasan dalam budaya Melayu. Keindahan peribahasa merupakan cara sesuatu peribahasa itu digunakan yang membina minda.

Jenis-jenis Peribahasa

1.SIMPULAN BAHASA a)Maksud: Simpulan bahasaadalah kata-kata ringkas atau rangkaian perkataan yang dirumuskan dalam susunan tertentu yang membawa maksud tertentu.Contoh:1. Buah tangan Makna: hadiah yang dibawa ketika melawat seseorang Ayat: Terimalah kek lapis ini sebagai buah tangan saya dari Sarawak 2. Mulut tempayan Makna: orang yang tidak boleh menyimpan rahsia Ayat: Fatin tdak disukai oleh rakan-rakannya kerana diam seorang yang mulut tempayan 3. Kaki bangku Makna: Orang tidak boleh bermain bola Ayat: Aimal diejek oleh rakan-rakannya kerana dia seorang kaki bangku 4. Raja sehari Makna: pasangan pengantin baru Ayat: Aimal akan menjadi raja sehari dalam beberapa hari lagi. 5. Sagu hati Makna: hadiah yang diberikan kepada seseorang sebagai tanda penghargaanAyat: Penganjur menyediakan sagu hati kepada peserta yang kalah sebagai tanda penghargaan menyertai pertandingan tersebut.6. Kaki Ayam Makna: orang yang tidak memakai kasut Ayat: Alif bermain bola dengan kaki ayam7. Baik Hati Makna: suka menolong orang Ayat: Jefri baik hati menolong budak yang terjatuh itu. 8. Mabuk Gunung Makna: Mabuk ketika berada di tempat yang tinggi. Ayat: Rahmah mabuk gunung semasa mendaki Gunung Kinabalu.9. Cahaya Mata Makna: Anak Ayat: Puan Syirin mendapat seorang cahaya mata selepas dua tahun berkahwin. 10. Curi Tulang Makna: Pemalas Ayat: Orang lain sibuk bekerja tetapi dia curi tulang dengan tidur.

2. PerumpamaanPerumpamaan ialah susunan kat unyai maksud yang tersirat.Biasanya, perumpamaan akata yang indah, ringkas, dan kemas serta memp dimulai dengan kata bagai, ibarat, laksana, seperti, dan umpama. Contoh: 1. Bagai anjing dengan kucing Makna: Dua orang yang suka berkelahi Ayat: Perangai dua beradik itu bagai anjing dengan kucing, pantang berjumpa sahaja mereka mesti bertengkar 2. Seperti anai-anai berbaris Makna: Jumlah manusia yang sangat ramai dalam sesuatu majlis atau perhimpunan Ayat: Tetamu yang hadir dalam perhimpunan itu terlalu ramai seperti anai-anai berbaris

3. Bagai ayam berak kapur Makna: Kelihatan letih,lesu dan tidak bermaya Ayat: Ayah Afif kelihatan tidak bermaya selepas menghidap penyakit sakit jantung.Keadaanya bagai ayam berak kapur. 4. Seperti anjing berebut tulang Makna: Orang yang tamak dalam perebutan harta Ayat: Dua beradik itu bermusuh kerana tamak dan berebut harta seperti anjing berebut tulang

5. Seperti bangau kasihkan kerbau Makna: Orang yang berkawan dengan seseorang kerana ada kepentingan. Ayat: Saya sangka kamu jujur tetapi rupanya kamu seperti bangau kasihkan kerbau.6. Bagai balak terendam Makna: Orang yang gemuk dan malas berjalan Ayat: Anak orang kaya yang berbadan besar itu bagai balak berendam kerana asyik duduk saja. 7. Seperti belangkas Makna: Dua orang yang terlalu rapat perhubungannya dan tidak boleh dipisahkan Ayat: Setelah lama berkenalan,Hafiz dan Amirah sudah menjadi seperti belangkas dan tidak boleh dipisahkan8. Seperti budak sapu hingus Makna: Orang yang mendapat malu dalam sesuatu majlis Ayat: Pertengkaran antara Amir dan Ahmad dalam majlis hari jadi amat memalukan seperti budak sapu hingus 9. Bagai bulan dipagar bintang Makna: Gadis yang cantik dikelilingi oleh gadis-gadis cantik yang lain. Ayat: Puteri yang jelita itu bagai bulan dipagar bintang apabia dikelilingi oleh dayang-dayang yang cantik. 10. Seperti cincin dan permata Makna: Pasangan yang amat sesuai dan sepadan Ayat: Pasangan kekasih itu amat sepadan seperti cincin dan permata

3. PepatahPepatah ialah susunan bahasa yang menjadi sebutan yang berkaitan dengan sesuatu peristiwa kehidupan masyarakat sehari-hari. Pepatah berasal daripada adat resam. Berfungsi sebagai pedoman dalam kehidupan bermasyarakat dan bentuknya berkerat-kerat atau berpatah-patah.Contoh:1. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing Makna: Bekerjasama dan tolong-menolong Ayat: Dalam kehidupan kita mestilah tolong-menolong bak peribahasa berat sama dipikul, ringan sama dijinjing agar sesuatu pekerjaan menjadi lebih mudah.

2. Sehari selembar benang, lama-lama jadi kain Makna: Sedikit demi sedikit, lama-lama berhasil juga Ayat: Ibu Siti memesan Siti supaya bersabar dalam melakukan sesuatu jika mahu mendapat hasil,ibarat sehari selembar benang,lama-lama jadi kain

3. Duduk sama rendah,berdiri sama tinggi Makna: Sama status atau setaraf Ayat: Kerajaan berusaha memajukan negara supaya duduk sama rendah,berdiri sama tinggi dengan negara maju

4. Bagaimana acuan begitulah kuihnya Makna: Tingkah laku dan perangai seseorang anak dipengaruhi oleh tingkah laku atau perangai ibu bapa. Ayat: Ibu bapa mestilah menujukkan perilaku yang baik terhadap anak-anak kerana perkara in akan mempengaruhi mereka.Bak kata pepatah bagaimana acuan begiulah kuihnya.5. Daun mengenalkan pohonnyaMakna: Daripada tingkah laku seseorang itu kita dapat mengenali peribadinyaAyat: Kita dapat mengagak bahawa dia gadis yang baikdaripada tutur katanya umpama daun mengenalkan pohonnya.

6. Harimau ditakuti kerana giginya Makna: Orang berpangkat ditakuti kerana kuasanya Ayat: Kami takut akan pengarah kerana harimau ditakuti kerana giginya. 7. Niat hati hendak memeluk gunung,sudah terpeluk biawak sial Makna: Kesenangan atau kemuliaan yang dikehendaki tetapi dapat kesusahan atau kehinaan. Ayat: Dia menggunakan tipu daya kerana niat hati hendak memeluk gunung,sudah terpeluk biawak sial. Ayat: Dia menggunakan tipu daya kerana niat hati hendak memeluk gunung,sudah terpeluk biawak sial.8. Pohon besar juga dinaikkan sakat Makna: Orang kaya juga bertambah kaya. Ayat: Dalam sistem ekonomi bebas ini pohon besar juga dinaikkan sakat

9. Nyamuk lepas pijat-pijat kena pirik Makna: Orang lain yang membuat kesalahan,orang lain pula yang mendapat padahnya. Ayat: Saya amat malang kerana nyamuk lepas pijat-pijat kena pirik. 10. Sudah bertongkat tempurung Makna: Orang yang sangat tua Ayat: Penagih dadah itu memaksa nenek yang sudah bertongkat tempurung menyerahkan rantai emasnya.

BIDALANBidalan ialah susunan bahasa yang berbentuk kiasan yang mempunyai erti selapis yang menggambarkan perbandingan. Bidalan juga merupakan ungkapan yang menjadi panduan nilai sosial, mengandungi teladan dan nasihat.Contoh:1. Jangan bawa resmi ayam, bertelur sebiji riuh sekampung

Maksud: Jangan membesar-besarkan kejayaan yang tak seberapa. Ayat:Kitajangan bawa resmi ayam, bertelur sebiji riuh sekampungseperti Pak Dollah yang mencanangkan sumbangannya sebanyakRM 50 itu kepada orang kampung.

2. Belakang parang diasah lagikan tajam Maksud: Jika berusaha dengan gigih pasti akan berjaya Ayat: Adi yang bebal itu akhirnya lulus juga dalam peperiksaan setelahdiajar dengan gigih oleh Cikgu Ana. Begitulahbelakang parang diasah lagikan tajam, inikan pula manusia.

3. Baik membawa resam ayam betina Makna: Untuk selamat dalam hidup,elok selalu merendah diri. Ayat: Baik membawa resam ayam betina ketika kamu merantau di negeri orang,pesan Haji Alias kepada cucunya. 4. Berhemat sebelum habis Makna: berhati-hati berbelanja agar tidak mendapat susah. Ayat: Setelah mendapat wang sagu hati itu saya nasihatkan kamu berhemat sebelum habis.

5. Berjagung-jagung dahulu sementara menantikan padi masak Makna: Melakukan sesuatu yang berfaedah ketika menanti sesuatu yang lebih baik. Ayat: Amiran berjagung-jagung dahulu sementara menantikan padi masak dengan berjual di pasar malam sebelu kedainya siap. 6. Biar mati ditangkap harimau,jangan mati digigit anjing. Makna: Kalah pada orang atau pasukan yang kuat lebih baik daripada kalah pada orang atau pasukan yang lemah. Ayat: Kalah menang memang adat pertandingan tetapi biar mati ditangkap harimau,jangan mati digigit anjing.

7. Bukit sama didaki,lurah sama dituruni Makna: Susah sama susah,senang sama senang. Ayat: Inilah tanda orang bersahabat,bukit sama didaki,lurah sama dituruni;saya ikhlas membantu awak.

8. Daripada cempedak,baiklah nangka Makna: Antara tiada langsung dengan sedikit,lebih baik yang sedikit. Ayat: Saya sanggup menjadi buruh daripada menggangur kerana daripada cempedak,baiklah nangka.

9. Harapkan tin jaga biskut,tin memakan biskut Makna: orang yang diharapkan atau dipercayai tetapi merupakan orang yang khianat. Ayat: Saya terpaksa membuang Raju kerana dia harapkan tin jaga biskut,tin makan biskut dalam perniagaan saya.

10. Jangan dibangunkan kucing tidur Makna: Jangan dicari-cari bahaya atau jangan diganggu musuh yang diam Ayat: Dia menyatakan yang dia tidak akan mendakwa kamu,oleh itu jangan dibangunkan kucing tidur.

Kata-kata hikmatLidah Pendeta atau Kata-kata Hikmah atau Kata Kata Pujangga mengandungi pengajaran atau falsafah hidup. Ia juga merupakan kata-kata yang sudah menjadi seperti peraturan atau nasihat yang dapat dijadikan pedoman.Contoh:1. Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja Disanggah Maksud:Pemimpin yang adil akan dimuliakan oleh pengikutnya, sebaliknya pemimpinyang zalim akan digulingkan. Ayat:Hang Jebat sanggup menderhaka kepadaSultan Melaka kerana baginyarajaadil raja disembah,raja zalim raja disanggah.

2. BadanSihatOtakCerdas Maksud:Kesihatan yang baik membolehkan seseorang melahirkan idea yang bernas. Ayat:Kementerian Pelajaran Malaysia melancarkan Dasar 1 Murid 1 Sukan kerana memegang prinsipbadan sihat otak cerdas. 3. RosakBadanKerana Penyakit, RosakBangsaKeranaLaku Maksud:Penyakit boleh merosakkan tubuh sementara perlakuan yangjahat bolehmerosakkan nama baik bangsa dan negara. Ayat:Kita hendaklah mengamalkan gaya hidup sihat untuk menjamin kesejahteraankeranarosak badan kerana penyakit, rosak bangsa kerana laku.

4. MuafakatItuBerkat Maksud:Sikap bermusyawarah dan bekerjasama membawafaedah kepada semua. Ayat:Segala masalah dapat diselesaikansecara muafakat keranamuafakatmembawa berkat.

5. PanduCermatJiwaSelamat Maksud:Memandu kenderaan dengan berhati-hatiakan menyelamatkan nyawa. Ayat:Pandulah kenderaan anda dengan berhati-hati keranapandu cermat jiwaselamat.

6. MembacaJambatanIlmu Maksud:Amalan membaca dapat membantukita menambahkan pengetahuan. Ayat:Jika kita rajin membaca maka bertambahlah pengetahuan kita kerana membaca jambatan ilmu.

7. MasaItuEmas Maksud:Masa itusangatberharga Ayat:Janganlah kita membuang masa dengan sia-sia keranamasa itu emas.

8. Bersatu teguh,bercerai roboh Makna: Kita akan menjadi kuat sekiranya bersatu dan kita akan menjadi lemah jika kita bercerai- berai. Ayat: Masyarakat perlu bersatu untuk melahirkan negara yang aman dan damai dan bukannya bergaduh antara satu sama lain kerana bersatu teguh,bercerai roboh.

9. Ilmu itu pelita hidup Makna: Ilmu pengetahuan dapat memberi petunjuk dan panduan kepada kehidupan Ayat: Kita tidak harus jemu menuntut ilmu kerana ilmu itu pelita hidup. 10. Bahasa jiwa bangsa Makna: Bahasa itu semangat bangsa Ayat: Penduduk negara ini sangat megahmenggunakan bahasa kebangsaan mereka kerana bahasa jiwa bangsa.

Peribahasa

NAMA: NURIN QISTINA BT HARMAN SHAH

TINGKATAN: 3 AMANAH

GURU BAHASA:PN. MAGESHWARY R. VENGATAN