definisi pameran

5
Pameran berasal dari kata “pamer” yang bermaksud menunjukkan sesuatu yang dimiliki kepada orang lain untuk memperlihatkan kelebihan. Myers, B. (1985) dalam penulisannya yang berjudul “How to Look at Art” mentakrifkan pameran sebagai satu aktiviti yang melibatkan satu ruang (biasanya galeri ataupun dewan) dan mempamerkan hasil karya seni seperti; lukisan, catan, cetakan, arca, ukiran, gambar foto dan karya yang siap (finished artwork). Definisi Pameran

Upload: syue-hada

Post on 16-Jan-2016

153 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

definisi pameran

TRANSCRIPT

Page 1: definisi pameran

Pameran berasal dari kata “pamer” yang bermaksud menunjukkan sesuatu yang dimiliki kepada orang lain

untuk memperlihatkan kelebihan.

Myers, B. (1985) dalam penulisannya yang berjudul “How to Look at Art” mentakrifkan pameran sebagai

satu aktiviti yang melibatkan satu ruang (biasanya galeri ataupun dewan) dan mempamerkan hasil karya

seni seperti; lukisan, catan, cetakan, arca, ukiran, gambar foto dan karya yang siap (finished artwork).

Definisi Pameran

Page 2: definisi pameran

Manakala Preble, S dan Duane (1996) menjelaskan bahawa di Amerika pameran dikenali sebagai “exhibit”

(pamer), manakala di Perancis pula ianya dikenali sebagai “exposition atau show” (pameran). Berbeza pula di

United Kingdom mereka menamakan “exhibitions” itu sebagai pameran manakala individu yang terlibat di

dalam pameran itu digelar sebagai “exhibit”.

Pameran juga menyediakan aktiviti promosi yang dilakukan oleh pengkarya atau seniman, kumpulan,

organisasi, perkumpulan tertentu dalam bentuk memaparkan display product kepada audien atau

pembeli. Contohnya, “show”, “exhibition”, “ekspo”, “fair” dan “bazaar”.

Page 3: definisi pameran

Pameran seni merupakan kegiatan yang dilakukan oleh seniman untuk menyampaikan idea atau gagasannya

kepada publik melalui media karya seni.

Pengertian pameran adalah suatu kegiatan pengajian karya seni rupa untuk

dikomunikasikan sehingga dapat diapresiasioleh masyarakat luar.

Definisi Pameran Seni

Page 4: definisi pameran

Pameran seni menjadi platform untuk mempamerkan karya seni yang membolehkan guru pelatih (pengkarya)

menjadi media apresiasi seni.

Apresiasi adalah kegiatan meliputi pengamatan, penghayatan, penilaian dan penghargaan sebuah karya

seni.

Dengan pameran, pengkarya dapat melakukan pemerhatian dan penilaian. Penilaian ini dilakukan untuk membantu pengkarya membuat karya seni dengan lebih

baik.

Page 5: definisi pameran

Secara umumnya pameran itu adalah merujuk kepada satu tempat yang mempamerkan hasil-hasil karya seni

yang melibatkan individu yang tertentu ataupun kumpulan yang tertentu didalamnya.

Manakala tempat yang digunakan pula mempunyai kemudahan dan ianya senang bagi masyarakat setempat

untuk berkunjung serta melihat hasil karya yang dipamerkan itu.