definisi istihalah

Upload: brohussein

Post on 10-Jul-2015

763 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Etimologi: dari akar kata yang bererti berubah. Manakala perkataan istihalah adalah kata terbitan ,, Ia seerti dengan perkataan atau Terminologi: perubahan sesuatu jisim daripada satu bahan menjadi bahan yang lain disebabkan berubahnya kriteria dan sifatnya.

Disiplin ilmu sains: tiada satu konsep yang sinonim dengan teori istihalah tetapi terdapat beberapa istilah lain yang mempunyai konotasi hampir sama iaitu: Transformation: menukar seluruh rupa atau watak sesuatu. Chemical decomposition: suatu keadaan penguraian atau proses pereputan. Misalnya penguraian air kepada hidrogendan oksigen

Keadaan Pertama: Mencukakan Arak Dengan Cara Memasukkan Agen Pengubah Ke Dalamnya

Tiada khilaf di kalangan ulama akan keharusan dan kesucian arak yang berubah menjadi cuka secara semula jadi. Ulama berbeza pendapat jika arak yang berubah menjadi cuka bukan melalui proses semula jadi; iaitu dengan cara memasukkan agen pengubah.

Pendapat Pertama: tidak harus Pendapat ini dipelopori oleh al-Syafiiyyah. AlZahiriyyah, Imam Malik dalam riwayat yang masyhur dan Imam Ahmad dalam satu riwayat.Dalil: Hadis direkodkan oleh Anas ibn Malik RA: Sesungguhnya Nabi SAW pernah ditanya tentang arak yang hendak diproses menjadi cuka. Baginda menjawab: Jangan! (HR Muslim)

Pendapat Kedua: Makruh Pandangan ini didokong oleh satu qaul dari kalangan ulama mazhab Maliki.Pendapat ketiga: Halal lagi Suci Pandangan ini dipegang oleh al-Hanafiyyah, al-bukhari, al-Thauri, al-Auzai, al-Qurtubi, Ibn Hajar dan selain mereka.

1.

2.

3. 4.

Dalil: Terdapat banyak dalil al-Quran dan Hadis yang menghalalkan sesuatu yang baik, antaranya: )157 : ( Arak yang diproses menjadi cuka juga termasuk dalam makna hadis: Qiyas dengan proses penyamakan (dibagh) kulit yang mana ia suci dan halal. Meraikan kaedah fiqh:

5. 6.

Kaedah Fiqh: Hadis Anas Ibn Malik bukan bertujuan untuk mengharamkan proses mencuka arak secara kekal, tetapi pengharaman tersebut adalah sadd zarai dan bersifat sementara di awal waktu pengaharaman arak, supaya orang arab dapat menjauhi arak secara total kerana arak telah menjadi adat kebiasaan mereka.

al-bahith berpandangan bahawa pendapat ketiga (proses mencuka arak suci dan halal)adalah arjah kerana syarak telah menetapkan sifat dan kriteria najis. Jika hilang sifat najis, maka status dan hakikat najis juga turut hilang. Kata Ulama al-Zahiri: Sesuatu yang haram apabila telah melalui proses istihalah lalu bertukar sifat dan namanya, maka terbatallah hukum asalnya

Keadaan Kedua: Proses Istihalah yang berlaku pada bahan selain arak.

Kasturi yang berubah drp darah kijang: Ulama sepakat bahawa ia suci walaupun berasal dari darah kerana illah untuk mensabitkannya sebagai najis telah tiada. Tahi yg berubah menjadi abu disebabkan dibakar: Abu tersebut adalah suci menurut jumhur fuqaha.

Bangkai, tikus seta khinzir yang jatuh ke dalam kolam garam kemudian terurai menjadi hablur garam maka ia suci. Minyak yg najis lalu berubah menjadi sabun adalah suci menurut al-Hanafiyyah.

Perhatian: Ulama berbeza pendapat tentang istihalah yang berlaku pada bahan selain arak:Al-Hanafiyyah, al-Malikiyyah dan Imam Ahmad (dlm 1 riwayat) melihat bahawa semua bahan najis yang melalui proses istihalah adalah suci

1.

2.

Al-Syafiiyyah, al-Hanabilah (dalam 1 pandangan) dan Abu Yusuf (Hanafi) berpendapat bahawa bahan-bahan najis tidak menjadi suci dengan proses istihalah kecuali arak (cuka), Darah (kasturi atau susu) yang berubah secara semula jadi

Pendapat yang rajih ialah istihalah (samada secara semulajadi atau tidak) memberi kesan kepada status sesuatu bahan samada ia halal, haram, suci atau najis kerana status sesuatu bahan ia bergantung pada hakikat dan kandungan barang tersebut. Jika illah terhapus, maka terhapuslah hukum. Jus buah adalah suci. Jika berubah menjadi arak maka haram. Jika arak tersebut bertukar menjadi cuka, maka ia kembali suci

Ia adalah salah satu jenis istihalah Jika najis termasuk dalam air atau apa saja cecair dan tidak meninggalkan kesan, dan zat najis tersebut hilang/larut dalam air dan hilang sifat najis itu. Maka telah sepakat ulama akan kesucian air tersebut.

1.

2.

Hadis Perigi: yang disebut padanya tempat membuang kotoran haid, daging anjing dan kotoran. Maka Nabi SAW: bersabda: Air tersebut suci dan tiada sesuatu pun yang menyebabkan ia berubah menjadi najis. Hadis al-Qullatain: Apabila air telah mencapai 2 kolah, ia tidak mengandungi kotoran. - berkata Ibn Taymiyyah: yang dimaksudkan dgn kotorn itu ada kemungkinan dan beliau menerangkan bahawa keadaan kotoran tersebut telah mengalami proses istihalah al-khabas yang mana ia tidak menajiskan air (majmuk fatawa)

Ibn taymiyyah menambah lagi: Jika arak yang menjadi ibu segala kejahatan apabila ia telah berubah identitinya, ia menjadi halal dengan kesepakatan ulama, maka najis selainnya lebih patut (qiyas awla) menjadi suci apabila telah berubah identitinya begitu juga sebaliknya, jika setitik air tejatuh dalam sebekas arak yang tidak mengubah identiti arak tersebut, maka ia dikira sebagai arak bukan lagi air.- Ibn Hazm

Berubahnya najis kepada abu setelah dibakar. Hukumnya suci menurut Hanafiyyah kecuali Abu Yusuf (Hanafi), Malikiyyah, Ibn Taymiyyah, alSyaukani. Contoh: Abu najis serta asapnya Wap Najis yang meruap ketika dimasak Tanah yang mengandungi yang menjadi keras setelah

dibakar Minyak yang bernajis yang menjadi molasses/gula merah setelah dibakar

Berubahnya najis kepada tanah ataupun bangkai yang terjatuh ke dalam perigi dan berubah menjadi tanah, maka statusnya suci di sisi Hanafiyyah. Apabila najis berubah disebabkan peredaran masa, dan berubah juga sifatnya hingga menjadi sesuatu yang lain, maka statusnya adalah suci. Al-Kasaniy, al-Badai al-Sanai

Contoh: Minyak yang mengandungi najis bertukar menjadi

sabun