daya kreativiti kanaka

8
Daya kreativiti kanaka-kanak Daya kreatif paling jelas dapat dilihat pada kanak-kanak kerana bagi mereka segalanya adalah baru dan otak mereka yang kecil sentiasa cuba menggabungkan fikiran dan idea-idea, sambil meneroka dunia di sekeliling mereka.Bagaimanapun, jika ibu bapa ingin menanamkan daya kreatif ini dalam diri anak-anak, perkara penting yang perlu diketahui ialah perbezaan antara kreativiti dan kepintaran. Semua orang mempunyai potensi atau bakat kreatif semula jadi. Sebagai guru, ibu bapa atau penjaga, mereka boleh mempengaruhi kanak-kanak untuk meningkatkan daya kreatif . Tugas membesarkan anak-anak yang kreatif adalah lebih mudah daripada yang disangkakan. Tip-tip penting:- > Ibu bapa hanya perlu memberikan sedikit galakan dan peluang untuk mereka mendapat kebebasan untuk bertindak dan bersuara. > Ibu bapa boleh menyediakan pelbagai jenis bahan untuk mainan kreatif anak seperti alat-alat lukisan, pakaian lama, tanah liat dan doh mainan buatan sendiri, blok binaan atau kotak, dan sebagainya. Ibu juga boleh membacakan buku untuk anak-anak dan menggalakkan mereka membaca. Tunjukkan kepada mereka bahawa membaca adalah kegiatan yang menyeronokkan. > Sesetengah kanak-kanak memang gemar melukis dan mewarnakan lukisan. Mereka akan melakukannya tanpa disuruh. Tetapi kanak-kanak yang lebih penakut atau pemalu mungkin memerlukan idea untuk mendorong mereka memulakannya. > Ada kanak-kanak yang mungkin gemar melukis objek, orang atau haiwan yang mereka lihat. Ini adalah cara yang baik untuk meningkatkan kemahiran pemerhatian atau pengamatan mereka. > Jangan galakkan mereka melukis watak-watak kartun popular. Sebaik-baiknya, galakkan kanak-kanak mencipta atau melukis watak mereka sendiri. > Secara umum, elakkan aktiviti-aktiviti seni membabitkan langkah demi langkah yang membawakan hasil yang boleh diramalkan.

Upload: rahimah-abdullah

Post on 05-Apr-2018

232 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

8/2/2019 Daya kreativiti kanaka

http://slidepdf.com/reader/full/daya-kreativiti-kanaka 1/8

Daya kreativiti kanaka-kanak

Daya kreatif paling jelas dapat dilihat pada kanak-kanak kerana bagi mereka segalanya

adalah baru dan otak mereka yang kecil sentiasa cuba menggabungkan fikiran dan

idea-idea, sambil meneroka dunia di sekeliling mereka.Bagaimanapun, jika ibu bapa

ingin menanamkan daya kreatif ini dalam diri anak-anak, perkara penting yang perlu

diketahui ialah perbezaan antara kreativiti dan kepintaran. Semua orang mempunyai

potensi atau bakat kreatif semula jadi. Sebagai guru, ibu bapa atau penjaga, mereka

boleh mempengaruhi kanak-kanak untuk meningkatkan daya kreatif .

Tugas membesarkan anak-anak yang kreatif adalah lebih mudah daripada yang

disangkakan.

Tip-tip penting:-

> Ibu bapa hanya perlu memberikan sedikit galakan dan peluang untuk merekamendapat kebebasan untuk bertindak dan bersuara.

> Ibu bapa boleh menyediakan pelbagai jenis bahan untuk mainan kreatif anak seperti

alat-alat lukisan, pakaian lama, tanah liat dan doh mainan buatan sendiri, blok binaan

atau kotak, dan sebagainya.

Ibu juga boleh membacakan buku untuk anak-anak dan menggalakkan mereka

membaca. Tunjukkan kepada mereka bahawa membaca adalah kegiatan yang

menyeronokkan.

> Sesetengah kanak-kanak memang gemar melukis dan mewarnakan lukisan. Mereka

akan melakukannya tanpa disuruh. Tetapi kanak-kanak yang lebih penakut atau pemalu

mungkin memerlukan idea untuk mendorong mereka memulakannya.

> Ada kanak-kanak yang mungkin gemar melukis objek, orang atau haiwan yang

mereka lihat. Ini adalah cara yang baik untuk meningkatkan kemahiran pemerhatian

atau pengamatan mereka.

> Jangan galakkan mereka melukis watak-watak kartun popular. Sebaik-baiknya,

galakkan kanak-kanak mencipta atau melukis watak mereka sendiri.

> Secara umum, elakkan aktiviti-aktiviti seni membabitkan langkah demi langkah yang

membawakan hasil yang boleh diramalkan.

8/2/2019 Daya kreativiti kanaka

http://slidepdf.com/reader/full/daya-kreativiti-kanaka 2/8

> Gunakan bahan-bahan berlainan untuk aktiviti-aktiviti lama. Sebagai contoh,

semburkan krim pencukur pada cermin tingkap atau ke atas meja dan biarkan mereka

melukis dengan jari.

> Atau, warnakan beras dengan menggunakan pewarna makanan dan biarkan mereka

cuba membuat koolam. Atau, izinkan mereka menggunakan selimut, kerusi dan kotakuntuk membuat istana.

> Galakkan mereka memikirkan sesuatu dengan sendiri. Ibu bapa seharusnya

menyokong idea atau ciptaan mereka - bukan mengkritik atau cuba membetulkan rupa

atau bentuk hasil kreatif mereka.

Hasil penyelidikan menunjukkan bahawa individu yang sangat kreatif biasanya lahirdaripada keluarga yang mengenakan terlalu sedikit peraturan penting tetapi bermakna.

Pakar pendidikan awal Itali, Loris Malaguzzi yang menulis dalam The Hundred

Languages of Children berkata, kreativiti lahir daripada pelbagai pengalaman.

Ia disertakan dengan pembangunan sumber peribadi yang mendapat sokongan,

termasuk kebebasan untuk meneroka luar daripada batas pengetahuan.

Dalam usaha untuk meningkatkan daya kreatif anak-anak, tugas ibu bapa ialah untuk

membantu mereka mendaki gunung mereka sendiri, setinggi yang terdaya. Tiada

sesiapa yang dapat melakukan lebih daripada itu.

Kreativiti Dan Kanak-kanak 

KREATIVITI DAN KANAK-KANAK

5.1KREATIVITILowenfeld (1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif.Penyataan ini disokong dengan sifat semula jadi kanakkanak yang gemarmeneroka, dan penuh dengan perasaan ingin tahu.

5.2 PENGERTIAN KREATIVITIKreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu “creare” yang membawa maksud

8/2/2019 Daya kreativiti kanaka

http://slidepdf.com/reader/full/daya-kreativiti-kanaka 3/8

“membuat”. Manakala daripada perkataan Greek pula “creare” bermaksud“memenuhi‟. Kamus Dewan, (2002) mentakrifkan kreativiti sebagai satukemampuan (kebolehan) mencipta daya kreatif, kekreatifan manakala kreatifpula sebagai mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan danmengembangkan sesuatu idea baru dan asli.

Kesimpulannya kreativiti adalah kebolehan dan kemampuan seseorangmenghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli. Ada juga pendapat yangmentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai penghasilan sesuatu yang tidak adasebelumnya.

5.3 PANDANGAN TOKOH-TOKOH SENI VISUAL MENGENAI KREATIVITIEllis Paul Torrance atau lebih dikenali sebagai Paul Torrance merupakanpenyelidik dan ahli akademik yang tersohor dalam bidang kreativiti. Kerja-kerjapenyelidikannya di dalam mendalami bidang ini telah berjaya mengembangkanbidang kreativiti dan beliau telah diiktiraf dengan gelaran Bapa Kreativiti.

June King McFee pula mentakrifkan kreativiti itu sebagai keupayaan seseorangmencipta sesuatu yang baru dan pada masa yang sama mampu untuk mengolahidea.

Carl Rogers telah menggariskan lima faktor yang menjadi asas kepada individuyang sihat, yang dapat berfungsi dengan sepenuhnya dalam kehidupan. Kelima-lima faktor tersebut ialah keterbukaan kepada pengalaman, cuba menikmatikehidupan yang dialaminya, menghargai diri sendiri, mengamalkan kebebasandan akhirnya menjadi individu kreatif. Beliau percaya bahawa individu yangbebas dan mempunyai rasa tanggungjawab akan cuba menyumbang kepadainsan serta makhluk lain di persekitarannya.

Sumbangan ini boleh dinyatakan dalam bentuk kreativiti di dalam bidang seniataupun sains,Victor Lowenfeld - menjelaskan bahawa kreativiti seseorang murid itu bolehdiukur melalui empat omponen utama iaitu kelancaran,( secara spontan sertapantas )fleksibel, (mampu menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan dan situasikeaslian (mencari idea baru dan asli kepekaan. (Penggunaan deria pancainderaseperti melihat, merasa,mendengar, menghidu dan sentuhan digunakan secara sepenuhnya sebagiproses engamatan dan merekod.)

TAHAP PERKEMBANGAN KREATIVITI

5.4.1 Perkembangan Kreativiti Fisher(a) Peringkat RangsanganPemikiran kreatif dirangsang dengan apa, mengapa, siapa, bagaimana dansebagainya. Guru perlu merangsang minda pelajar dengan pelbagai soalankritikal.

8/2/2019 Daya kreativiti kanaka

http://slidepdf.com/reader/full/daya-kreativiti-kanaka 4/8

 (b) Peringkat PenerokaanPeringkat rangsangan telah berjaya merangsang murid untuk berusahamenjawab persoalan yang dikemukakan oleh guru atau permasalahan yangtimbul.

(c) Peringkat PerancanganPeringkat ini menggalakkan pemikiran kreatif untuk merancang dan memetakansemua aktiviti dan merekodkan segala kemungkinan.

Aktiviti pada peringkat ini akan dilakukan melalui 3 cara iaitu:• Perancangan secara verbal iaitu perancangan melalui perbincangan, pemerhatian, interaksi dan sebagainya.• Perancangan secara visual dilakukan melalui visual, graf, imej lukisan dansebagainya.

(d) Peringkat AktivitiPemikiran kreatif bermula dengan set idea. Justeru melahirkan pemikiran kreatifmelalui tindakan setelah merencana segala aktiviti.

Pada peringkat ini segala perancangan dibantu melalui persoalanpersoalanseperti „‟Bagaimana harus kita mengambil tindakan ke atas cadangan tersebut?‟‟  

(e) Kajian SemulaPeringkat ini menilai keberkesanan tindakan yang telah diambil bagi prosespenambahbaikan selain melihat pencapaian objektif kerja.

Murid-murid digesa untuk memberikan pendapat dan komen terhadap apa yangtelah dilalui sebagai satu bentuk refleksi diri.

Laura H. Chapman – 3 kaedah diperkenalkan :(a) Kaedah Penjanaan Idea (Inception of Idea)Di dalam menjana idea, pengkarya menetapkan objektif, haluan dan tujuanpenghasilan karya. guru dimestikan untuk membimbing pelajar dalammenetapkan hala tuju penghasilan karya selain menerangkan kaedah menjanaidea.

(b) Pengolahan dan Pemurniaan (Elaboration and Refinement)Proses pengolahan dan pemurnian idea dilakukan bagi mendapatkan kajianvisual yang lebih sistematik dan tersusun.

Proses ini digunakan oleh pengkarya bagi memastikan imej atau visual yanghendak dihasilkan atau dipilih bertepatan dengan tema dan objektif penghasilan.

(c) Kemahiran Menggunakan Bahan (Execution in a Medium)guru perlu membimbing murid melalui pengenalan terhadap bahan dan teknik

8/2/2019 Daya kreativiti kanaka

http://slidepdf.com/reader/full/daya-kreativiti-kanaka 5/8

penggunaan serta penghasilan. Guru perlu menjelaskan melalui demonstrasidan tunjuk cara supaya pemilihan bahan oleh murid mempunyai makna dan nilaitersendiri.

Calvin W. Taylor

(a) Kreativiti Bersifat EkspresifKreativiti bersifat ekspresif berlaku secara rawak dan bebas.Keadaan ini boleh dilihat melalui lukisan kanak-kanak yang dihasilkan secaraspontandan bebas mengikut kemampuan yang sesuai dengan perkembanganfizikal mereka yang belum stabil.Penghasilan lukisan pada peringkat ini banyak digambarkan melalui garisan dancontengan mudah.

(b) Kreativiti Melalui Penghasilanguru membantu murid untuk menambahbaik kemahiran sedia adakepada kaedah yang lebih sistematik dan tersusun.

(c) Kreativiti Bersifat InventifKreativiti bersifat inventif merujuk kepada keupayaan mencipta benda atau objekmelalui proses eksprimentasi. Peranan guru pada peringkat ini adalahmemberikan motivasi dan galakan supaya pelajar tidak cepat bosan dan putusasa.

(d) Kreativiti Bersifat InovatifPeringkat ini melibatkan modifikasi kepada konsep-konsep asas sedia adakepada idea baru yang lebih bermakna. pelajar mula bertindak luar dari kaedahkonvensional dan menghasilkan alternative bagi setiap perancangan.

(e) Kreativiti Bersifat EmergenIni merupakan bentuk kreativiti tertinggi di mana keseluruhan prinsipformal diterjemahkan dan muncul di dalam bentuk abstrak dan mudah. Sebagicontoh, figura manusia digambarkan tanpa menitikberatkan bentuk formal danbentuk asalnya oleh kanakkanak apabila melukis.

CIRI-CIRI KREATIVITI(a) Bersifat FleksibelSeseorang yang kreatif berupaya untuk menyesuaikan dirinya dalam pelbagaikeadaan dan situasi selain mempunyai keyakinan optimis.

(b) Sensitif dan PekaIndividu ini mempunyai daya sensitiviti yang tinggi terhadap keadaansekelilingnya termasuk gaya hidup, keperluan, persekitaran dan turut sensitifmenggunakan deria.

(c) Gagasan/Idea yang Asli dan TulenSeseorang yang dikategorikan sebagai kreatif sering kali mengutarakan idea dan

8/2/2019 Daya kreativiti kanaka

http://slidepdf.com/reader/full/daya-kreativiti-kanaka 6/8

gagasan yang asli. Ini bermakna, cetusan idea bukanlah hasil cedokan daripadamana-mana sumber. Idea mereka unik dan menarik, malah tidak stereotaip dan

 juga tidak kovensional. Mereka ini biasanya menghasilkan hasil kerja dan karyamengikut cetusan rasa. Hasil karya yang mereka hasilkan sering kali berbezadaripada yang biasa.

(d) Bersifat TerbukaMempunyai sifat keterbukaan di dalam menerima pandangan dan pendapatorang lain mengenai hasil karya dan kerja mereka. Mengamalkan sikap bebasserta demokratik.

(e) LogikMurid-murid peka dan sering berfikir secara logik dan rasional.Mereka tahu membezakan yang baik dan tidak baik. Selain menghargai masamereka juga sangat menghormati masa.

(f) Berfikiran BebasGolongan kreatif ini mempunyai daya pemikiran yang tidak terkongkong padasatusatu perkara sahaja. Golongan ini pandai dan bijak merancang agar projekdan perkara yang dirancang selamat dan berjalan lancar. Pada kebiasaannyamereka ini sangat berhati-hati dan bijak membuat keputusan.

5.6 STRATEGI MERANGSANG KREATIVITI

5.6.1 Kaedah Sumbangsaran (Brainstorming)(a) Kaedah PertamaElakkan membuat penilaian, terutama semasa proses awal sumbangsaran. Iniboleh membantutkan usaha murid untuk menyalurkan idea kerana khuatir ideayang diberikan tidak mampu dilaksanakan.

(b) Kedah KeduaElakkan pemilikan idea oleh kumpulan dan individu. Ini kerana apabila idea dansaranan dihakmilikkan oleh individu atau kumpulan ianya akan menyebabkanperasaan ego wujud lalu mengurangkan kerjasama di kalangan murid. Keadaanini biasanya mewujudkan suasana tegang kerana mereka cuba untukmempertahankan idea dan secara tidak langsung menyebabkan kesukaranuntuk memperbaiki idea tersebut.

(c) Kaedah KetigaMenjelaskan kepada murid bahawa tidak menjadi kesalahan untuk meminjamidea dan cara sedia ada bagi tujuan penambahbaikan dalam proseskemudiannya.

(d) Kaedah KeempatMenggalakkan sumbangsaran idea yang luar biasa yang kadangkala tidakmasuk akal. Galakan sebegini akan merangsang murid untuk berfikir luar

8/2/2019 Daya kreativiti kanaka

http://slidepdf.com/reader/full/daya-kreativiti-kanaka 7/8

daripada kemampuan supaya murid mempunyai idea menarik, tidak bersifatkonvensional dan bersifat biasa sahaja.

Teori Perkembangan Kreativiti Paul Torranceproses memupuk dan mengembangkan kreativiti para pelajar.

(a) PenyoalanRangsangan melalui proses penyoalan melalui sesi kritikan seni.

(b) PenemuanProses penemuan merujuk kepada usaha untuk memberikan galakan danrangsangan oleh guru kepada murid bagi menggalakkan penemuan-penemuanterbaru melalui penyelidikan dan kajian.

(c) Pemerhatianproses pemerhatian tidak tertumpu hanya pada deria pengamatan semata-matamalahan proses pemerhatian turut melibatkan deria yang lain seperti deria

sentuhan, dan sebagainya.

(d) PercubaanPercubaan merujuk kepada usaha berterusan bagi mendapatkan hasil terbaik.Individu yang kreatif akan terus bereksperimentasi bagi mendapatkan kesan danhasil yang dikehendaki.

(e) PenerokaanPenerokaan atau eksplorasi merujuk kepada galakan untuk memanipulasipelbagai barangan dan alat yang terdapat di sekeliling.

(f) Memanipulasimurid mampu menggunakan objek dan bahan yang terdapat di sekeliling untukdijadikan hasilan seni. Dalam konteks pendidikan seni visual usaha ini mengajarpelajar supaya lebih berjimat dan mengelakkan pembaziran.

(g) Aktiviti/BermainKreativiti boleh dirangsang melalui aktiviti bermain. Bagi kanakkanak, masabermain merupakan masa yang penuh dengan keseronokan dan cabaran.Justeru, rangsangan perlu diwujudkan melalui permainan berbentuk akademik.Sebagai contoh, guru boleh menggalakkan aktiviti seperti membuat mural disekolah.

5.7 MENINGKATKAN MOTIVASIStrategi dan saranan yang boleh digunakan oleh guru bagi menyuburkan proseskreativiti.(a) Memilih Bahan dan AlatMurid seharusnya diberikan peluang untuk memilih bahan dan alatan yang bolehdigunakan untuk pelbagai aktiviti seni visual.

8/2/2019 Daya kreativiti kanaka

http://slidepdf.com/reader/full/daya-kreativiti-kanaka 8/8

(b) MasaRancang pelajaran dengan baik dan teratur supaya murid mempunyai masayang cukup untuk berfikir, membuat eksperimentasi, dan meneroka.

(c) Rangsangan

Pamerkan hasil karya murid sebagai satu bentuk sokongan berterusan. Pameranhasil karya murid boleh merangsang pelajar untuk menghasilkan banyak lagihasil karya seni visual.

(d) Pengajaran dan Pembelajaran FleksibelGuru pendidikan perlu fleksibel dalam proses pengajaran. Mereka seharusnyabersedia untuk mengubah cara mengajar mengikut minat idea dan cadangandaripada murid.

(e) Hormat-menghormatiGuru pendidikan seni visual perlu mempunyai sikap menghormati murid dan

menghargai sumbangan dan komitmen yang ditunjukkan

(f) Memberikan Galakan dan MotivasiElakkan daripada mengkritik keterlaluan sehingga pelajar patah semangat dantidak berminat untuk meneruskan penghasilan karya.

(g) PenghargaanGalakkan dan berikan penghargaan kepada murid di atas usaha dan komitmenyang mereka berikan di dalam kelas

5 C O M M E N T S :