d) artikel zuri stress dalam kalangan guru pendidikan khas(medc)

14
Stress Dalam Kalangan Guru Pendidikan Khas (Stress Level Among Special Education Teacher) Rabayah Yahaya Mohd Zuri Ghani Rahimi Che Aman Aznan Che Ahmad Zainudin Mohd Isa Hairulnizam Ismail Aswati Hamzah Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti sains Malaysia, 11800,Pulau Pinang (Geran Universiti Penyelidikan 1001/PGURU/811128) Abstrak Kajian ini bertujuan mengenal pasti stress dalam kalangan guru-guru pendidikan khas Daerah Larut, Matang dan Selama, Perak. Seramai 100 responden telah terlibat dalam kajian ini. Sampel dipilih secara rawak meliputi guru pendidikan khas dari sekolah rendah integrasi pendidikan khas, yang berbeza dari segi jantina, umur, jawatan dan pengalaman mengajar. Instrumen bagi mengukur tahap stress ialah “Job Stressor Questionaire”. Instrumen bagi kajian ini mempunyai 19 item yang telah terjemahan daripada instrumen yang telah digunakan oleh Dual (1994) (dalam Sayeedah, 2005). Instrumen ini mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi iaitu 0.902 (Sayeedah, 2005). Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan tahap stress yang signifikan di antara gender (t=2.313, p=.005). Dapatan kajian ini juga menunjukkan terdapat perbezaan tahap stress guru yang signifikan berdasarkan kelayakan akademik (F=2.865, p=0.019). Ini menunjukkan wujud tahap stres perbezaan yang signifikan antara guru pendidikan khas lelaki dengan guru pendidikan

Upload: izam-samsudin

Post on 17-Nov-2015

17 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Stress

TRANSCRIPT

Stress dalam kalangan guru pendidikan khas

Stress Dalam Kalangan Guru Pendidikan Khas(Stress Level Among Special Education Teacher)

Rabayah Yahaya

Mohd Zuri Ghani

Rahimi Che AmanAznan Che Ahmad

Zainudin Mohd IsaHairulnizam Ismail

Aswati HamzahPusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti sains Malaysia, 11800,Pulau Pinang(Geran Universiti Penyelidikan 1001/PGURU/811128)Abstrak

Kajian ini bertujuan mengenal pasti stress dalam kalangan guru-guru pendidikan khas Daerah Larut, Matang dan Selama, Perak. Seramai 100 responden telah terlibat dalam kajian ini. Sampel dipilih secara rawak meliputi guru pendidikan khas dari sekolah rendah integrasi pendidikan khas, yang berbeza dari segi jantina, umur, jawatan dan pengalaman mengajar. Instrumen bagi mengukur tahap stress ialah Job Stressor Questionaire. Instrumen bagi kajian ini mempunyai 19 item yang telah terjemahan daripada instrumen yang telah digunakan oleh Dual (1994) (dalam Sayeedah, 2005). Instrumen ini mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi iaitu 0.902 (Sayeedah, 2005). Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan tahap stress yang signifikan di antara gender (t=2.313, p=.005). Dapatan kajian ini juga menunjukkan terdapat perbezaan tahap stress guru yang signifikan berdasarkan kelayakan akademik (F=2.865, p=0.019). Ini menunjukkan wujud tahap stres perbezaan yang signifikan antara guru pendidikan khas lelaki dengan guru pendidikan khas perempuan. Seterusnya guru yang memiliki kelulusan lebih rendah serta berjawatan lebih rendah didapati memiliki tahap stres yang lebih tinggi berbanding rakan mereka yang lebih tinggi kelayakan akademiknya dan berjawatan lebih tinggi. Kesimpulannya, gender dan kelayakan akademik memberi perbezaan kesan terhadap tahap stres guru pendidikan khas.Kata Kunci: Guru Pendidikan Khas, Stress, Gender dan PengalamanAbstractThis study aims to identify the stress level among special education teachers in three districts in Perak, Malaysia. A total of 100 respondents had participated in this study. Respondents of special education teachers were selected randomly. They differ in terms of gender, age, position, and years of teaching experience. The Job Stressor Questionaire has been used to measure the stress level of special education teachers. The has been translated form the the instrument that had been used by Dual (1994) (in Sayeedah, 2005) and it consists of 19 items. This instrument has a high reliability value of 0.902 (Sayeedah, 2005). The finding of this study showed that there was a significant difference in stress levels between gender (t = 2.313, p = 0.005). Finding also showed that there was a significant difference in stress level based on teachers' academic qualifications (F = 2865, p = 0019). In conclusion, there is a significant difference between the stress level male and female special education teachers. Results of this study also indicated that special education teachers with lower academic qualification and a lower position at school have a higher stress level compared to special education teachers with higher academic qualification and hold a higher position. As a conclusion, this study found that the stress level of the special education teachers are influenced by their gender and academic qualification.Keywords: Special Education Teachers, Stress level, Gender And Working

experience

Pendahuluan

Sayeedah (2005), telah menyatakan usaha-usaha awal mengenalpasti stress dalam kalangan guru telah mula dijalankan oleh Rudd dan Wiseman semenjak awal tahun 1962. Hasil kajian mereka telah mendapati bahawa wujudnya darjah perbezaan yang ketara dari segi tahap stres dalam kalangan guru-guru sekolah rendah dan sekolah menengah, pra sekolah dan sekolah rendah serta guru lelaki dan guru perempuan. Hasil kajian mereka merumuskan sembilan faktor yang menyebabkan stres dalam kalangan guru termasuklah gaji dan imbuhan, kelemahan hubungan sesama staf, kekurangan peralatan dan kemudahan, beban tugas, latihan perguruan, keadaan bilik darjah, rasa serba kekurangan, masa dan status profesiolisme perguruan dalam masyarakat.

Kajian Carlyle dan Woods (2004), dalam bukunya The Emotions Of Teacher Stress telah mengemukakan hasil kajian ke atas 11 guru lelaki dan 10 guru perempuan yang datang daripada 21 sekolah menengah di United Kingdom. Kaedah kualitatif dan sesi temubual telah diadakan sepanjang tahun 1996-1998. Kajian ini telah meninjau faktor dan kesan stres dalam kalangan guru. Hasil kajian menunjukkan guru di United Kingdom telah mengalami tahap burn out atau stres yang agak tinggi di sekolah. Antara faktor stres yang dapat dikesan ialah sistem kepimpinan dan komunikasi yang teruk, sistem autokratik dan gaya kepimpinan yang bersifat buli. Akibat daripada stres, mereka telah mengalami gangguan dari segi emosi dan fizikal seperti pening, sakit kepala, sakit badan, sakit mata, badan goncang, tidak berkeupayaan berfikir serta membuat keputusan dan sebagainya. Penyelidik bersetuju dengan pendapat Carlyle dan Woods (2004) yang menyatakan perlunya perkhidmatan kaunseling diberi kepada guru untuk mengurangkan stres. Adalah dirumuskan bahawa guru melihat perubahan pada diri mereka dari aspek pengurusan kecerdasan emosi (EQ) lebih mudah dilakukan berbanding dengan mengubah sistem dan struktur dalam organisasi sekolah.

Di Malaysia, satu kajian telah dijalankan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) iaitu oleh Faridah et. al (2001), untuk mengkaji tekanan dalam kalangan guru Pendidikan Khas, Sains dan Vokasional. Sejumlah 180 guru telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa guru Pendidikan Khas dan Vokasional mengalami tahap tekanan lebih tinggi daripada guru Sains. Keadaan ini disebabkan guru Pendidikan Khas menghadapi kumpulan pelajar yang pelbagai dan masalah tingkah laku yang mencabar di dalam kelas. Guru Vokasional pula didapati kurang keyakinan dan kerap gelisah mengajar pelajar-pelajar berpencapaian lebih rendah.

Kajian yang dijalankan oleh NUTP atau Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia, pada Ogos 2006 telah melaporkan bahawa daripada 9328 sampel yang dikaji, jumlah skor stres ialah 148.14 atau pada tahap sederhana. Faktor-faktor mempengaruhi stres adalah seperti berikut :

Jadual 1 : Faktor-faktor yang Mempengaruhi Stres dalam Kalangan Guru

BilFaktor-faktor MempengaruhiSampel Setuju (%)Tidak setuju (%)

1.Tekanan daripada ibu bapa /pelajar93288317

2.Beban tugas93287921

3.Kenaikan pangkat dan laluan kerjaya93287426

4.Ketidakadilan penilaian prestasi93287228

5.Minat93286040

6.Infrastruktur93286040

7.Lokasi sekolah93283266

(Sumber : NUTP, Ogos, 2006)

Menurut Marzita Abdullah (2004), beban tugas seorang guru hari ini bertambah kepada 130 peratus iaitu meliputi 70 peratus tugas pengajaran dan pembelajaran dan 60 peratus tugas pentadbiran. Manakala, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) Ismail Nihat dalam Marzita Abdullah (2004) telah menyatakan bahawa pertambahan beban tugas tersebut mungkin menyebabkan kualiti pengajaran dan pembelajaran guru semakin menurun. Guru tertekan dengan situasi tersebut menyebabkan mereka bekerja sekadar memenuhi tugas yang diarahkan. Pada dasarnya tugas seorang guru ialah 70 peratus melaksanakan P&P manakala 30 peratus adalah tugas-tugas sampingan di sekolah. Namun begitu pada masa ini guru-guru terpaksa membuat tugas tambahan termasuk tugas perkeranian yang di luar daripada bidang pendidikan.

Persoalan KajianPersoalan kajian bagi kajian ini adalah seperti berikut:

i) Apakah tahap stres dalam kalangan guru pendidikan khas di daerah Larut, Matang dan Selama, Perak?

ii) Adakah terdapat perbezaan tahap stres guru pendidikan khas berdasarkan gender?

iii) Adakah terdapat perbezaan tahap stres guru pendidikan khas berdasarkan kelayakan akademik?

iv) Adakah terdapat perbezaan tahap stres guru pendidikan khas berdasarkan umur?

Hipotesis kajian

Hipotesis kajian adalah seperti berikut: i) Ho1: Tidak terdapat perbezaan tahap stres guru pendidikan khas berdasarkan gender

ii) Ho2:Tidak terdapat perbezaan tahap stres guru pendidikan khas berdasarkan kelayakan akademik

iii) Ho3:Tidak terdapat perbezaan tahap stres guru pendidikan khas

berdasarkan umur

Metodologi Kajian

Kajian ini adalah satu kajian yang berbentuk kuantitatif dan telah melibatkan 14 buah sekolah rendah pendidikan khas integrasi di daerah Larut, Matang dan Selama, Perak. Instrumen yang telah digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik Job Stressor Questionaire yang bertujuan mengukur tahap stress responden. Instrumen bagi kajian ini mempunyai 19 item yang telah terjemahan daripada instrumen yang telah digunakan oleh Dual (1994) (dalam Sayeedah, 2005). Instrumen ini mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi iaitu 0.902 (Sayeedah, 2005). Kajian ini telah melibatkan responden seramai 100 guru (72.99 peratus daripada 137 populasi). Responden telah dipilih secara rawak meliputi guru pendidikan khas dari sekolah rendah integrasi pendidkan khas, yang berbeza dari segi jantina, umur, jawatan dan pengalaman mengajar. Seterusnya ujian-t dan ANOVA telah digunakan bagi melihat kesignifikanan di antara setiap pembolehubah yang dikaji.Dapatan Kajian

Analisa Tahap Stres Guru Pendidikan Khas

Berdasarkan Jadual 2 di bawah, didapati secara majoritinya stress dalam kalangan guru-guru pendidikan khas di Daerah Larut, Matang dan Selama adalah rendah iaitu, seramai 78 responden atau 78.0 peratus mengalami tahap stres yang rendah. Seramai 16 responden atau 16.0 peratus pula mengalami tahap stres yang sederhana. Manakala hanya 6 orang responden atau 6.0 peratus sahaja yang mengalami tahap stres yang tinggi. Secara keseluruhan, jika dilihat berdasarkan nilai min bagi tahap stres guru pendidikan khas untuk keseluruhan skor responden ialah 1.81 dengan sisihan piawai 0.50 iaitu berada pada tahap stres yang rendah.

Jadual 2: Tahap Stres Guru Pendidikan Khas Berdasarkan Min

Tahap StresSkor MinFrekuensiPeratus

Rendah1.00 2.007878.0

Sederhana2.01 3.001616.0

Tinggi3.01 - 4.0066.0

Jumlah100100

Jadual 3: Skor Min dan Sisihan Piawai Tahap Stres Guru Pendidikan Khas

Tahap Bilangan RespondenMinSisihan Piawai

Stres Guru Pendidikan Khas1001.81.50

Rajah 1 :Tahap Stres Guru Pendidikan KhasPengujian Hipotisis

Bagi menguji hipotesis yang telah dikemukakan pula, pengkaji telah menggunakan ujian t untuk melihat sama ada terdapat perbezaan tahap stres guru pendidikan khas yang signifikan berdasarkan gender manakala ANOVA telah digunakan untuk melihat sama ada terdapat perbezaan tahap stres guru pendidikan khas yang signifikan berdasarkan kelayakan akademik.

Hipotesis 1Ho1: Tidak terdapat perbezaan tahap stres guru pendidikan khas yang signifikan

berdasarkan gender.

Jadual 4: Keputusan Ujian t Bagi Tahap Stres Berdasarkan Gender

JantinaNMinSisihan PiawaiTdfSignifikan-

2 hujung

Lelaki192.0388.657572.31398.004

Perempuan811.7511.44090

P