cth refleksi persatuan.docx

11
Refleksi Kokorikulum Persatuan WAJ 3113 Kelab Sihat dan Cergas SKPJ Siti Salwa bt Samsudin "Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara". Tugasan projek WAJ 3113 Kokorikulum Persatuan semester 6 ini ialah merancang sebuah aktiviti Kelab dan Persatuan, di sekolah pelajar menjalankan sesi praktikum. Tujuan tugasan ini dijalankan adalah bagi menjadi kayu ukur sejauh mana aktiviti yang dirancang dan dijalankan dapat membantu merealisasikan hasrat FPK untuk mengahsilkan pelajar yang seimbang disamping penerapan nilai dan etika dalam diri pelajar. Bagi menjayakan tugasan ini, saya dan rakan praktikum dibawah Kelab Sihat dan Cergas telah merancang satu program iaitu Ceramah kesihatan di sekolah tersebut dengan memanggil seorang penceramah luar untuk menyampaikannya kepada ahli kelab dan persatuan tersebut. Sekolah telah dipilih sebagai lokasi program kerana ia merupakan lokasi yang sesuai untuk melaksanakan aktiviti persatuan ini disamping penerapan nilai murni kerana pembentukan diri seseorang kebanyakannya bermula daripada

Upload: salwa-samsudin

Post on 01-Jan-2016

365 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

CONTOH REFLEKSI YANG DITULIS UNTUK KELAB DAN PERSATUAN

TRANSCRIPT

Page 1: CTH REFLEKSI PERSATUAN.docx

Refleksi Kokorikulum Persatuan WAJ 3113Kelab Sihat dan Cergas SKPJ

Siti Salwa bt Samsudin

"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan

jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah

bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,

berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri

serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan

negara".

Tugasan projek WAJ 3113 Kokorikulum Persatuan semester 6 ini ialah

merancang sebuah aktiviti Kelab dan Persatuan, di sekolah pelajar menjalankan sesi

praktikum. Tujuan tugasan ini dijalankan adalah bagi menjadi kayu ukur sejauh

mana aktiviti yang dirancang dan dijalankan dapat membantu merealisasikan hasrat

FPK untuk mengahsilkan pelajar yang seimbang disamping penerapan nilai dan

etika dalam diri pelajar. Bagi menjayakan tugasan ini, saya dan rakan praktikum

dibawah Kelab Sihat dan Cergas telah merancang satu program iaitu Ceramah

kesihatan di sekolah tersebut dengan memanggil seorang penceramah luar untuk

menyampaikannya kepada ahli kelab dan persatuan tersebut. Sekolah telah dipilih

sebagai lokasi program kerana ia merupakan lokasi yang sesuai untuk

melaksanakan aktiviti persatuan ini disamping penerapan nilai murni kerana

pembentukan diri seseorang kebanyakannya bermula daripada bangku sekolah

seperti kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Program ini diadakan di

Sekolah Kebangsaan Petaling Jaya dalam sesi praktikum fasa 2 dan program ini

dijalankan dalam tempoh separuh hari iaitu ketika waktu kokorikulum.

Projek Persatuan ini melalui program yang kami namakan program

‘Pemakanan dan Gaya Hidup Sihat’ penting bagi meningkatkan tahap kesihatan

bukan sahaja dari segi jasmani malahan emosi, rohani, intelek dan sosial. Hal ini

dapat melahirkan insan yang seimbang selaras dengan Falsafah Pendidikan

Negara. Lantaran itu, aktiviti sebegini diharapkan dapat melahirkan warga Malaysia

yang lebih sihat dan cergas. Program ini mendedahkan tentang pemakanan dan

Page 2: CTH REFLEKSI PERSATUAN.docx

gaya hidup secara sihat yang perlu diamalkan dalam kehidupan seharian. Murid-

murid perlu tahu dengan gaya hidup secara hidup dan mengamalkan dalam

kehidupan seharian mereka. Ini secara tidak langsung dapat membentuk disiplin

tentang pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat.

Di awal perangkaan bagi menjalankan projek ini, saya sangat takut dan risau

untuk melaksanakannya tambahan pula saya tidak berpengalaman mengendalikan

projek yang besar di sekolah mahupun di maktab dengan berbekalkan tenaga dua

orang individu sahaja sebagai ‘main master’. Tanpa pengalaman dalam menjayakan

projek seperti ini, menambahkan lagi kebimbangan untuk merangka satu aktiviti

yang bersesuaian dengan kemahiran yang ingin diajar nanti. Walaubagaimanapun,

semangat saya tidak rapuh sama sekali. Berasaskan kepada pengetahuan yang

diperolehi semasa menjayakan aktiviti di maktab dan juga bimbingan dari guru

pembimbing di sekolah, kami cuba untuk merangka satu aktiviti yang dapat menarik

minat dan merangsang murid-murid untuk terlibat secara aktif dalam program yang

kami jalankan dan bukan itu sahaja, kami mahukan melalui program ini murid-murid

mempunyai pengetahuan yang betul untuk menjaga kesihatan.

Sebagai guru, saya tidak harus lemah semangat dan berputus asa. Bak kata

pepatah, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Kami tidak

mahu apa yang saya lakukan ini hanya sekadar melepaskan batuk di tangga.

Berpegang kepada prinsip itu, saya dan rakan cuba untuk membuat yang terbaik.

Saya turut membuat rujukan berdasarkan sumber lain dan bertanya kepada guru

pembimbing saya dan juga merupakan guru pembimbing Kelab dan Persatuan Sihat

dan Cergas, En Abdul Fattah bagi mendapatkan sumber dan idea yang lebih baik.

Saya bersyukur kerana mendapat beliau sebagai guru pembimbing dan penasihat

saya dalam aktiviti yang dirancangkan ini. Banyak ilmu yang dikongsi dan diberikan

tanpa lokek kepada saya. Semuanya akan saya gunakan sepanjang perjalanan saya

menjadi seorang pendidik.

Mengimbau kepada perancangan yang saya lakukan semasa menjayakan

program ini, saya tidak dapat nafikan pelbagai usaha yang saya dan rakan lakukan

untuk memanggil pelbagai pihak bagi bekerjasama dengan kami menjayakan

program ini. Terdapat beberapa pihak yang kami panggil dan kebanyakannya kami

menemui jawapan buntu, iaitu tidak dapat memberikan kerjasama. Saya dan rakan

Page 3: CTH REFLEKSI PERSATUAN.docx

juga hampir berputus asa untuk meneruskan rancangan aktiviti ini, namun setelah

kami mencuba untuk kali yang terakhir dengan En Mohd Firdaus bin Sagir, Jurulatih

Kesihatan dan juga merupakan pakar nutrisi, datang ke sekolah dengan bantuan

beberapa orang guru di SK Petaling Jaya, akhirnya kami berjaya mendapatkan

kerjasama daripada pihak beliau. Walaupun sedikit sebanyak kami mengenali

penceramah jemputan ini, namun ianya bukan senang untuk kami mendapatkan

beliau kerana masa dan jadual beliau diisi dengan pelbagai aktiviti harian beliau.

Kejayaan memanggil beliau ke sekolah bagaikan satu kejayaan yang besar bagi

kami kerana salah satu hasrat kami untuk murid-murid di SK Petaling Jaya dapat

dipenuhi. Hari ini saya akui kebenaran kata-kata En. Tahir Kamarulzaman, bekas

Ketua Jabatan HEP, ‘seseorang yang sanggup berusaha dua kali ganda dari orang

lain, pasti akan menemui apa yang dikehendaki’.

Program ini mendedahkan tentang pemakanan dan gaya hidup secara sihat

yang perlu diamalkan dalam kehidupan seharian. Murid-murid perlu tahu dengan

gaya hidup secara hidup dan mengamalkan dalam kehidupan seharian mereka. Ini

secara tidak langsung dapat membentuk disiplin tentang pengambilan makanan

yang seimbang dan berkhasiat. Hal ini penting bagi mempengaruhi perkembangan

potensi seseorang individu, kerana penjagaan pemakanan juga merupakan satu

faktor ynag menyumbang kepada perkembangan individu. Perkembangan potensi

individu dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan bermaksud setiap individu telah

pun dianugerahkan bakat, potensi dan kebolehan yang mungkin terpendam. Bakat,

potensi dan kebolehan ini sebenarnya dapat dicungkil, dipupuk atau dikembangkan

lagi bagi menyerlahkanya. Melalui interaksi sosial dengan orang lain atau pun

peredaran alam sekitar dapat menjelmakan bakat, potensi serta kebolehan

seseorang individu. Oleh sebab itu, setiap individu perlukan pendidikan kerana

pendidikan boleh memperkembangkan lagi bakat, potensi dan kebolehan mereka.

Maka disini, melalui pendedehan tenntang pemakanan dan gaya hidup yang sihat di

sekitar mereka, murid dapat mengembangkan lagi bakat dan potensi diri mereka.

Kerana tubuh yang sihat dapat membina minda yang sihat.

Saya turut bersyukur kerana masih diberikan peluang untuk memperbaiki

kesilapan yang telah dilakukan. Sepanjang menjalankan program ini guru penolong

kanan banyak membantu saya dan rakan dari segi pengurusan kerja dan input yang

Page 4: CTH REFLEKSI PERSATUAN.docx

ingin di sampaikan. Dari ini, tidak sia-sia kami melakukan projek Kelab dan

Persatuan ini kerana kami turut disuntik nilai dari sejak awal kami ingin

memulakannya. Kerjasama yang diberikan sekolah amat mengharukan kami

sepanjang saya berada di sekolah. Saya turut berharap agar menjadi guru yang

terbaik dalam menyebarkan ilmu kepada anak bangsa berdasarkan pengalaman

yang kami terima sepanjang berada disini. Dan seterusnya mendukung hasrat yang

dikehendaki Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Sebelum memulakan program ini, saya dan rakan membina satu soal selidik

pra kepada ahli Kelab Sihat dan Cergas bagi mendapatkan gambaran awal gaya

hidup dan pemakanan mereka. Ternyata dari soal selidik yang saya perolehi, boleh

dirumuskan murid-murid di SK Petaling Jaya kurang didikan kesihatan dari peringkat

awal. Ini kerana mereka merasakan penting untuk menjaga kesihatan namun hampir

keseluruhan dari mereka tidak tahu bagaimana untuk menjaga kesihatan. Hal ini

menjadikan saya lebih bersemangat untuk menjayakan program ini kerana saya

pasti dengan program ini murid dapat pengetahuan yang benar dan cara yang betul.

Sememangnya saya benar-benar ingin menjayakan misi kami bagi membantu

rakyat Malaysia bebas obesiti terutama jika dilihat Malaysia kini menjadi antara

Negara yang menerajui masalah obesiti. Satu berita dari Harian Metro bertarikh 02

Jun 2012 melaporkan seramai 16.8 juta rakyat Malaysia mengalami masalah

kegemukan akibat daripada pemakanan yang tidak seimbang. Pengarah Eksekutif

Institut National Diabetis Malaysia (Nadi), Datuk Profesor Mustaffa Embong (2012,

dalam Harian Metro 2012) berkata perkara ini perlu dipandang serius kerana

menyumbang kepada pelbagai masalah lain kepada rakyat dan kajian menunjukkan

bahawa 15 peratus daripada kanak-kanak berusia 12 hingga 19 tahun mempunyai

masalah berlebihan berat badan. Hal ini amat terbukti apabila melihat sebahagian

besar murid di SK Petaling Jaya kebanyakannya menghadapi masalah berat badan.

Malah murid tahun 1 juga tidak terlepas dari masalah ini. Saya berani berkata begini

kerana semasa menjalankan program sekolah iaitu program “Kem Bestari Solat”

seorang murid tidak dapat melakukan amali solat duduk di antara dua sujud kerana

fizikal yang menyukarkan pergerakannya. Saya berasa amat kesal melihat perkara

ini dan ibu bapa seharusnya peka tentang pemakanan anak-anak dan menerapkan

nilai menjaga kesihatan keluarga sejak dari awal. Menurut Dr Zulkifli Ismail (2007,

Page 5: CTH REFLEKSI PERSATUAN.docx

dalam Berita Harian Jun 2007), gaya hidup yang lebih kepada bersenang-lenang

seperti bemain komputer, menonton, bermian video, penurunan aktiviti fizikal dan

peningkatan pengambilan makanan yang berlemak dan berkalori tinggi juga

menyumbang kepada obesiti.

Sementara itu, dalam program yang dijalankan petang itu, kami telah

memanggil seorang jurulatih kesihatan (Personal Wellness Coach) dan juga

merupakan seorang pakar nutrisi yang semakin dikenali, iaitu En Mohd Firdaus bin

Sagir dari Wellnes Centre Shah Alam bagi membantu kami menyampaikan matlamat

Ceramah Pemakanan dan Gaya Hidup Sihat yang boleh diamalkan. Pada ceramah

ini saya libatkan guru-guru sekali memandangkan pihak pentadbiran sekolah

meminta kami menjalankannya secara menyeluruh bukan sahaja dengan kumpulan

murid yang berkenaan. Saya dan rakan amat berbesar hati kerana projek yang

dijalankan ini mendapat sambutan yang baik dari murid dan pihak pentadbiran

sekolah juga. Ternyata usaha untuk melahirkan modal insan yang seimbang dan

harmonis dari segi JERIS ini bukan sahaja dipandang serius oleh kami malah guru

besar juga.

Sepanjang ceramah ini, beliau menunjukkan sendiri testimoni beliau dari

seorang yang berlebihan berat badan sehingga menjadi seorang pakar nutrisi dan

jurulatih kesihatan. Perubahan yang dilakukan oleh beliau membuktikan setiap

individu mampu berubah jika benar-benar mengkehendakinya. Sepanjang beliau

bercerita mengenai latar belakang beliau, saya amat kagum kerana beliau tidak

pernah kenal erti kurus sejak kecil kerana beliau mempunyai masalah berat badan

sejak dari kecil. Ketika beliau menunjukkan gambar beliau, kesemua murid amat

terperanjat kerana berat beliau sebelum ini 150 kilo. Beliau memberikan pelbagai

kata peransang dan tips kepada guru dan murid untuk mengamalkan gaya hidup

sihat dengan mudah. Ternyata respon yang saya dapat dari guru-guru dan murid-

murid amat membina. Hasil dari pemerhatian saya, guru-guru sudah mula

menggayakan gaya hidup yang lebih sihat bermula dari pemakanan dengan

mengambil makanan yang berkalori rendah berbanding sebelum ini. Hasil

pemerhatian saya juga mendapati murid-murid sudah mula melakukan perubahan

positif dengan membawa air mineral kesekolah berbanding sebelum ini membawa

air manis ke sekolah. saya amat berpuas hati juga dengan ceramah yang diberikan

Page 6: CTH REFLEKSI PERSATUAN.docx

oleh En Mohd Firdaus kerana beliau bukan sahaja memberikan input malah

menunjukkan cara melukis pinggan sihat bersama murid-murid. Ternyata melalui

program atau aktiviti Kelab dan Persatuan yang dirancang ini mampu membentuk

nilai positif dan sayangi diri dalam kalangan warga sekolah.

Malah berdasarkan respon yang diberikan oleh murid yang mengikuti

ceramah tersebut, mereka berasa ianya satu perkara yang amat penting untuk

memiliki bentuk fizikal yang normal bagi memudahkan aktiviti mereka. Hal ini dapat

kami temui melalui respon murid tahun 4 ketika aktiviti sukantara di sekolah.

“Cikgu, saya mana boleh lompat tinggi saya gemuk lagi, nanti saya kurus macam abang Firdaus saya mesti boleh punya” - Muhd Qayyum, 4 Cekap

“Cikgu tengok nanti saya kurus saya boleh lari laju macam abang Firdaus tu”-Mohd Fauzan, 4 Amanah

Hal ini kerana mereka ingin mendapatkan keyakinan diri mereka semula

setelah mengetahui cara yang betul untuk menjaga kesihatan. Tidak dapat dinafikan

juga bentuk badan fizikal yang menarik dapat meningkatkan keyakinan diri

seseorang individu. Menurut Soar (2013), keyakinan diri ialah pengarauh minda

seseorang ianya meliputi cara seseorang berfikir dan perasaan mereka terhadap diri

mereka. Mereka yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi bermaksud mempunyai

sepenuh kepuasan pada diri, pasti dalam setiap tindakan dan mempunyai minda

yang positif tentang diri mereka. Soar (2013) turut menambah keyakinan diri yang

tinggi akan membawa seseorang individu ke tahap yang lebih tinggi dan sanggup

mengambil risiko untuk mencapai matlamat mereka. Ini juga yang saya lihat

berdasarkan situasi tersebut selepas ceramah yang diberikan oleh jurulatih

kesihatan tersebut. Murid-murid saya sangat bercita-cita tinggi dan mula

mempercayai kebolehan dalam diri mereka. Mereka tidak lagi memandang rendah

terhadap keyakinan diri sebaliknya mengambilnya sebagai cabaran untuk mencapai

matlamat mereka. Jika dibanding sebelum ini, mereka sememangnya tidak akan

berusaha untuk memperbaiki diri sendiri apatah lagi mahu melakukan perubahan.

Saya amat bersyukur nilai yang saya ingin sampaikan dapat diserap oleh murid-

murid. Tidak ada apa yang saya mahukan melainkan mereka menerima yang

sebaiknya dari program yang telah dijalankan.

Page 7: CTH REFLEKSI PERSATUAN.docx

Seorang ahli pemikir, Robert Kiyosaki ada mengeluarkan pepatah, “Knowing

you need to make a change isn’t enough. You’ve got to find the cuts to do it”. Beliau

amat memengaskan seseorang yang hanya tahu untuk berubah tidak cukup jika

perubahan itu tidak disertakan dengan usaha. Kata-kata beliau ini benar-benar

menepati dengan usaha yang ditunjukkan oleh murid-murid kerana mereka bukan

sahaja mahukan perubahan, tapi mereka sertakan dengan tindakan. Pada pendapat

saya secara peribadinya, biarlah perubahan yang ditunjukkan sedikit asalkan ianya

berterusan. Nilai yang diperolehi oleh mereka lebih bermakna berbanding

segalanya.

Kejayaan kami juga tidak akan mantap sekiranya saya dan rakan tidak di

bantu oleh guru pembimbing Kelab dan Persatuan dan rakan guru yang lainnya.

Saya benar-benar terharu dan berterima kasih kepada guru-guru yang sudi

meluangkan masa untuk membantu kami. Saya sedar setelah membuat

perbincangan, pertanyaan, dan pelbagai bimbingan bersama, akhirnya kami dapat

melaksanakan program ini. Walaupun penat kerana perlu memperbaiki pelbagai

kesilapan ditambah pula dengan pelbagai dugaan untuk menjemput orang luar ke

sekolah beberapa kali, tetapi saya sangat berpuas hati kerana titik peluh kami

seolah terbalas melihat perubahan yang berlaku pada murid-murid kami. Ianya

merupakan pengalaman yang paling manis saya lalui sepanjang menjayakan

program Kelab dan Persatuan ini. Malah saya tahu dan sedar semua ini adalah

untuk kebaikan saya sendiri pada masa depan.

Nilai-nilai murni seperti inilah perlu diterapkan dalam diri saya apabila menjadi

guru kelak. Kerana untuk mendidik manusia, saya perlu berkorban dan berusaha

gigih dan jangan pernah sama sekali berputus asa. Semoga dengan sempurnanya

tugasan ini, saya akan mengaplikasikan sepenuh pengalaman dan segala ilmu yang

penting agar dapat saya aplikasikan apabila saya sudah bergelar ‘guru’ kelak.