cth isu pemakanan

6
Status Semasa Isu Produk Makanan Dari Negara Taiwan Yang Tercemar Dengan Maleic Acid Penerangan KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA KENYATAAN AKHBAR KELAPAN TAJUK : STATUS SEMASA ISU PRODUK MAKANAN DARI NEGARA TAIWAN YANG TERCEMAR DENGAN MALEIC ACID Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini mengenai pemantauan makanan dari Taiwan yang tercemar dengan maleic acid. Terkini, pihak Food and Drug Administration (FDA) Taiwan telah mengambil tindakan menarik balik dan melupuskan semua produk makanan yang tercemar dengan maleic aciddari pasaran Taiwan. Di samping itu, semua pembekal makanan berasaskan kanji di Taiwan perlu mengemukakan surat akuan atau sijil analisa kepada penjual produk makanan keluaran syarikat mereka mengesahkan produk makanan mereka bebas maleic acid. Pemantauan berterusan juga dijalankan ke atas semua jenis makanan yang dihasilkan di Taiwan dan semua pengeksport produk makanan dikehendaki mematuhi keperluan negara pengimport termasuk mengemukakan sijil analisis untuk mengesahkan produk mereka bebas maleic acid. Sehubungan dengan itu, KKM akan menarik balik penggantungan import ke atas 23 produk makanan yang dilaporkan tercemar

Upload: vinoothini-manogaran

Post on 11-Jan-2016

47 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

isu

TRANSCRIPT

Page 1: Cth Isu Pemakanan

Status Semasa Isu Produk Makanan Dari Negara Taiwan Yang Tercemar Dengan Maleic Acid

Penerangan

 

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 

KENYATAAN AKHBAR KELAPAN 

 

TAJUK : STATUS SEMASA ISU PRODUK MAKANAN

DARI NEGARA TAIWAN YANG TERCEMAR

DENGAN MALEIC ACID 

 

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin

memaklumkan status terkini mengenai pemantauan

makanan dari Taiwan yang tercemar dengan maleic acid.

 

Terkini, pihak Food and Drug Administration (FDA) Taiwan telah

mengambil tindakan menarik balik dan melupuskan

semua produk makanan yang tercemar dengan maleic

aciddari pasaran Taiwan. Di samping itu, semua pembekal

makanan berasaskan kanji di Taiwan perlu

mengemukakan surat akuan atau sijil analisa kepada

penjual produk makanan keluaran syarikat mereka

mengesahkan produk makanan mereka bebas maleic acid.

Pemantauan berterusan juga dijalankan ke atas semua

jenis makanan yang dihasilkan di Taiwan dan semua

pengeksport produk makanan dikehendaki mematuhi

keperluan negara pengimport termasuk mengemukakan

sijil analisis untuk mengesahkan produk mereka

bebas maleic acid.

 

Sehubungan dengan itu, KKM akan menarik balik

penggantungan import ke atas 23 produk makanan yang

dilaporkan tercemar dengan maleic acid berkuatkuasa 1 Julai

2013.  Walau bagaimanapun, semua produk makanan

berasaskan kanji dari Taiwan termasuk 23 produk

berkaitan masih perlu mengemukakan sijil analisis

daripada makmal yang diiktiraf oleh FDA Taiwan

mengesahkan bahawa produk tersebut bebas dari maleic

Page 2: Cth Isu Pemakanan

acid.

 

Dalam pada itu, KKM masih meneruskan pemantauan ke

atas produk makanan Taiwan di pintu masuk serta yang

telah berada di pasaran tempatan. Orang ramai tidak

perlu khuatir akan keselamatan makanan yang diimport

dari Taiwan memandangkan kawalan telah dikenakan ke

atas makanan terbabit dari negara tersebut.

 

Sekiranya pengguna perlu maklumat lanjut, hubungi

Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM di

talian 03-88833652 / 88833653 atau laman

web http://fsq.moh.gov.my.

 

 

NORAINI BT. DATO’ MOHD. OTHMAN

Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan

Kementerian Kesihatan Malaysia

28 Jun 2013

 

Page 3: Cth Isu Pemakanan

TajukIsu Jus Oren Di Amerika Syarikat Yang Dikesan Mengandungi Residu Racun Kulat (Fungicide) Carbendazim

Penerangan

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

 

KENYATAAN AKHBAR

 

ISU JUS OREN DI AMERIKA SYARIKAT YANG DIKESAN MENGANDUNGI RESIDU

RACUN KULAT (FUNGICIDE) CARBENDAZIM

 

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil

maklum laporan daripada akhbarAssociated Press bertajuk “Coke

Fungicide Prompts Test of Minute Maid and Simply Orange Juices” pada 13

Januari 2012. Laporan tersebut adalah mengenai

tindakan pihak  Coca-Cola Co. di Atlanta, Amerika

Syarikat yang telah memaklumkan pihak berkuasa di

negara berkenaan mengenai pengesanan

residu Carbendazim, sejenis racun kulat (fungicide) dalam jus

oren keluaran syarikat berkenaan dan juga syarikat

pesaing pada paras 35 parts per billion (ppb).

 

Menurut laporan tersebut, pati jus oren yang digunakan

dalam produk terlibat adalah dari Brazil. Carbendazim adalah

tidak dibenarkan dalam buah citrus (termasuk oren) dan

jus oren di Amerika Syarikat tetapi ia dibenarkan di Brazil

untuk mengawal kulat atau spora kulat dalam tanaman

buah oren.

 

Berpandukan penilaian risiko yang dijalankan oleh

pihak Environmental Protection Agency(EPA) Amerika Syarikat,

residu Carbendazim dalam jus oren sehingga paras 80 ppb

tidak memudaratkan kesihatan.

 

Page 4: Cth Isu Pemakanan

 

Berdasarkan Jadual Keenam Belas, Peraturan 41,

Peraturan-Peraturan Makanan 1985,Carbendazim tidak

dibenarkan dalam pati jus oren.

 

Melalui data import daripada Sistem Maklumat

Keselamatan Makanan Malaysia (Food Safety Information System of

Malaysia - FoSIM) pada tahun 2010 sehingga kini, tiada

buah oren dari Brazil yang diimport ke negara ini. Walau

bagaimanapun, sejumlah 2,775 tan metrik pati jus oren

bernilai kira-kira RM15 juta telah diimport dari Brazil ke

negara ini dalam tempoh berkenaan.

 

Sebagai langkah berjaga-jaga, KKM akan memantau 

semua pati jus oren yang diimport dari Brazil melalui

FoSIM bagi memastikan pematuhan terhadap Akta

Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

 

KKM ingin memaklumkan bahawa orang ramai tidak

perlu bimbang kerana aktiviti pemantauan dan

penguatkuasaan keselamatan makanan sentiasa

dijalankan bagi memastikan keselamatan pengguna

sentiasa terjamin.

 

 

Y.B. Datuk Rosnah Shirlin binti Haji Abdul Rashid Shirlin

Timbalan Menteri Kesihatan 

 

13 Januari 2012

Ditambah pada 15-01-2012 04:00:00

Page 5: Cth Isu Pemakanan

TajukIsu Penarikan Balik Produk Rumusan Bayi Enfamil Keluaran Syarikat Mead Johnson Di Amerika Syarikat

Penerangan

 

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

 

KENYATAAN AKHBAR

 

ISU PENARIKAN BALIK PRODUK RUMUSAN BAYI ENFAMIL KELUARAN SYARIKAT MEAD

JOHNSON DI AMERIKA SYARIKAT

 

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum laporan daripada laman

sesawang http://www.reuters.com dan http://www,thestar.com.my berkaitan kematian seorang bayi

di Missouri, Amerika Syarikat yang disyaki berpunca daripada pengambilan produk rumusan bayi

Enfamil keluaran syarikat Mead Johnson yang dicemari  dengan bakteriaCronobacter. Akibat

daripada kejadian ini, pasaraya Wal-Mart telah menarik balik produk terlibat dengan nombor lot

ZP1K7G ( tin 12.5-ounce ) daripada pasaran Amerika Syarikat.

 

Berdasarkan maklumbalas daripada pihak syarikat Mead Johnson Malaysia, produk terlibat tidak

diimport ke negara ini. Ini juga telah disahkan melalui maklumat yang diperolehi daripada Sistem

Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia (Food Safety Information System of Malaysia- FoSIM).

 

Walau bagaimanapun, sebagai langkah berjaga-jaga, KKM telah mengenakan tindakan

Pemeriksaan Tahap 5 (Tahan, Uji dan Lepas) di bawah FoSIM terhadap produk rumusan bayi

Enfamil dari negara Amerika Syarikat, sekiranya diimport.

 

Sehubungan dengan itu, pengguna tidak perlu khuatir akan isu ini memandangkan produk

rumusan bayi berkenaan tidak diimport ke Malaysia. Sekiranya pengguna merasa ragu-ragu

dengan status keselamatan sesuatu makanan yang terdapat di pasaran tempatan, pengguna

boleh membuat laporan kepada KKM melalui Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) atau Jabatan

Kesihatan Negeri (JKN) terdekat atau melalui laman web http://fsq.moh.gov.my/v3.

 

DATO' SRI DR. HASAN BIN ABDUL RAHMAN

KETUA PENGARAH KESIHATAN

Page 6: Cth Isu Pemakanan

23 Disember 2011

Ditambah pada 22-12-2011 04:00:00