petua menjadi pelajar cemerlang

72
Petua Menjadi Pelajar Cemerlang Menurut Al-Quran altAnda inginkan petua-petua untuk menjadi pelajar cemerlang walau di mana sahaja anda berada? Apa kata kita renungkan kembali beberapa petua atau tips kejayaan yang telah Allah SWT titipkan di permulaan surah Al-Mu’minun, surah yang ke-23 di dalam lembaran Al-Quran. 01.Keyakinan, kepercayaan and keimanan kepada Allah SWT “Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman.” [23:1] Iman dan kejayaan disebut oleh Allah SWT dalam ayat yang sama. Maka imanlah faktor utama kejayaan. Dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan sikap positif yang bakal disebutkan dibawah. 02.Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati “iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya.” [23:2] Lakukan satu-satu perkara dalam satu-satu masa. Jangan mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari. Lakukan dengan sepenuh hati, bukan sambil lewa. 03.Prioriti. Mengutamakan apa yang utama. “dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perkataan yang tidak berguna).” [23:3] Kebiasaannya dalam menghadapi musim peperiksaan yang penuh tekanan, kita cenderung untuk berehat dan menenangkan minda dengan hiburan, menonton drama, bersembang di Facebook dan seumpanya sehinggakan selalu sahaja melebihi daripada masa rehat yang telah kita peruntukkan. Sebaik-baiknya kita mengoptimumkan penggunaan masa untuk belajar, dan mengisi masa rehat kita dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti membasuh, melipat atau menggosok baju, bersenam untuk melancarkan

Upload: cikgu-nik

Post on 07-May-2017

276 views

Category:

Documents


19 download

TRANSCRIPT

Page 1: Petua Menjadi Pelajar Cemerlang

Petua Menjadi Pelajar Cemerlang

Menurut Al-Quran

altAnda inginkan petua-petua untuk menjadi pelajar cemerlang walau di mana sahaja anda berada?

Apa kata kita renungkan kembali beberapa petua atau tips kejayaan yang telah Allah SWT titipkan di permulaan surah Al-Mu’minun, surah yang ke-23 di dalam lembaran Al-Quran.

01.Keyakinan, kepercayaan and keimanan kepada Allah SWT

“Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman.” [23:1]

Iman dan kejayaan disebut oleh Allah SWT dalam ayat yang sama. Maka imanlah faktor utama kejayaan. Dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan sikap positif yang bakal disebutkan dibawah.

02.Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati

“iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya.” [23:2]

Lakukan satu-satu perkara dalam satu-satu masa. Jangan mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari. Lakukan dengan sepenuh hati, bukan sambil lewa.

03.Prioriti. Mengutamakan apa yang utama.

“dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perkataan yang tidak berguna).” [23:3]

Kebiasaannya dalam menghadapi musim peperiksaan yang penuh tekanan, kita cenderung untuk berehat dan menenangkan minda dengan hiburan, menonton drama, bersembang di Facebook dan seumpanya sehinggakan selalu sahaja melebihi daripada masa rehat yang telah kita peruntukkan.

Sebaik-baiknya kita mengoptimumkan penggunaan masa untuk belajar, dan mengisi masa rehat kita dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti membasuh, melipat atau menggosok baju, bersenam untuk melancarkan perjalanan darah di dalam badan dan bermacam-macam lagi yang anda sendiri lebih sedia maklum.

Namun, sebaik-baiknya kita gunakan masa rehat itu untuk mengambil wudu’, melakukan solat sunat dan membaca Al-Quran. InsyaAllah apabila kita lebih rapat dengan Allah SWT, jiwa kita akan lebih tenang dan ia akan banyak membantu dalam usaha kita mengulangkaji pelajaran.

Kita dikehendaki menghindarkan diri dari perbuatan mengumpat pensyarah/guru kerana perkara-perkara sebegini tidak mendatangkan faedah kepada masa depan anda, tidak menambahkan markah untuk kertas peperiksaan yang bakal/telah diduduki, malah boleh mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah SWT.

Page 2: Petua Menjadi Pelajar Cemerlang

04.Prihatin sesama kita

“dan orang-orang yang menunaikan zakat.” [23:4]

Walaupun sedang berada di saat-saat genting, janganlah kita bersikap terlalu mementingkan diri, dan mengabaikan kawan-kawan yang lebih susah di sekeliling kita. Kongsilah apa yang termampu, samada ilmu, kertas-kertas soalan tahun lepas dan lain-lain. Sharing is caring.

05.Jaga hubungan antara lelaki dan perempuan

“dan orang-orang yang menjaga kehormatannya. kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau hamba yang mereka miliki, maka mereka (isteri dan hamba) dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari dibalik itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.” [23:5,6,7]

Janganlah kita menggunakan alasan belajar untuk melanggari batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi, misalnya dengan studi berdua-duan, kemudian pulang ke rumah berpimpin tangan, atau asal tertekan je mesti nak bergayut atau berchatting dengan kawan lelaki/perempuan anda.

Padahal Allah SWT kan sentiasa ada, sentiasa melindungi dan sentiasa menolong jika kita mencari dan meminta pada-Nya.

06.Jujur, amanah

” dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya.”[23:8]

Bukankah kita telah berjanji dengan pihak penaja dan ibu bapa kita untuk belajar bersungguh-sungguh? Lebih penting lagi, bukankah kita telah berjanji dengan Allah SWT untuk memanfaatkan peluang kehidupan sebagai seorang pelajar yang telah dipinjamkan-Nya kepada kita sebagai medan untuk kita mengutip ilmu, pengalaman dan pahala buat bekalan di akhirat sana?

Elakkan menipu ketika peperiksaan. Andai penjaga peperiksaan meminta kita berhenti menulis kerana masa sudah tamat, jangan pula kita terus menulis. Sebaliknya sebutlah “Bismillahi tawakkaltu ‘ala Allahi wala haula wala quwwata illa billahil ‘azim.”

07.Tepati waktu

“dan orang-orang yang memelihara solatnya.” [23:9]

Konsep yang boleh diambil dalam konteks kehidupan seorang pelajar Muslim ialah supaya sentiasa belajar dengan berdisiplin, menepati masa, tidak berlengah-lengah, menjaga kualiti dan produktiviti harian kita. Jika sebelum ini kita diingatkan supaya berhenti menulis apabila tamat masa peperiksaan, kita juga perlu memulakan perjuanganan kita dalam pelajaran dan peperiksaan seawal yang mungkin. Memelihara solat lima kali sehari setiap hari juga mengajar kita untuk tidak berputus asa atau berpatang arang di pertengahan jalan.

Namun janganlah kita hanya mengaplikasikan konsep-konsep ini untuk akademik semata-mata. Penekanan utama dalam ayat tersebut supaya kita menjaga hubungan kita dengan Allah SWT kerana kita akan kembali mengadap-Nya dengan amal-amal kita, bukan dengan berapa gulung ijazah yang

Page 3: Petua Menjadi Pelajar Cemerlang

berjaya kita perolehi. Belajar dan ijazah hanyalah alat untuk kita mencapai keredhaan Allah SWT dan merebut peluang mewarisi syurga-Nya.

” Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi. Iaitu yang akan mewarisi Syurga Firdaus. Mereka kekal didalamnya.” [23:10,11]

” ….Maka di antara manusia ada yang berdoa: ‘Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia.’ Dan tiadalah baginya bahagian di akhirat.”[2:200]

“Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka.” [2:201]

“Mereka itulah orang-orang yang mendapat bahagian dari apa yang mereka usahakan dan Allah sangat cepat perhitungannya.” [2:202]

- Artikel iluvislam.com

35 Petua Pelajar Cemerlang dari Dr Fadzilah Kamsah Jali 3:08 AM StudentsBerikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:kita ingat 10% apa yang dibacakita ingat 20% apa yang didengarkita ingat 50% apa yang didengar & dilihatkita ingat 70% apa yang dicakapkankita ingat 90% setelah dipraktikkanBelajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah)....Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya....Belajar dalam persekitaran kondusif.pastikan cahaya adalah terangkurangkan gangguan bunyitampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajartampal gambar-gambar yang menenangkan fikirankerusi dan meja menghadap kiblatjangan lupa untuk senyumTidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.Tahu teknik merangsang memori:memasukkan maklumat dalam memori (registration)menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)

Page 4: Petua Menjadi Pelajar Cemerlang

mengingat kembali (recall)menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)Sentiasa awal dan mendahului:persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.Mempunyai teknik membaca yang betul:duduk dengan tegak & bernafas dengan betulmemberikan tumpuan sepanuhnyamenggunakan jari telunjuk untuk membacamenyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaanSentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.Mengulang kaji apabila mulai terlupa.Tahu petua mengulang kaji:cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kitasiapkan semua 'bekalan' dengan sempurnaduduk tegak dikerusi yang selesabaca doa penerang hatibaca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betulfikir dan ingat kembali isi utamacatat/lakarsemak semula ketepatan maklumatulang sebut atau ceritakan pada orang lainbuat rumusanjawab soalantampal maklumat yang rumit di dindingbaca doa tanda kesyukuran selepas belajarTahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.Tahu petua-petua agar tidak lupa:jangan makan kepala ikanjangan makan organ dalamanjangan minum semasa makanjangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut

Page 5: Petua Menjadi Pelajar Cemerlang

jangan melihat kemaluanbanyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lainbanyakkan makan kismis, kurma dan madubanyakkan makan kekacangpakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaanjangan makan sehingga terlalu kenyangjangan kencing berdiriTahu kemahiran mengingat:tampal nota-nota penting di dindingtukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajahgunakan kaedah akronimreka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingatpecahkan maklumat kepada kumpulan kecilCekap mengatur jadual belajar:mempunyai jadual belajarpatuh kepada jadualbuat jadual yang boleh diikutiTidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).Pelbagaikan tempat belajar.Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak fahamMenjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.Ciri-ciri pelajar cemerlang:taat kepada Allahmendirikan sembahyangmenghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan merekahormati & sayangi gurubersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajarimembantu rakan yang memerlukanberdoa dan bersyukur kepada Allahsentiasa bertawakalmahir dalam setiap mata pelajaranKita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat. :)

Petua Menjadi Pelajar Cemerlang Menurut Al-Quran

Page 6: Petua Menjadi Pelajar Cemerlang

Kita renungkan kembali beberapa petua atau tips kejayaan yang telah Allah SWT titipkan di permulaan surah Al-Mu’minun, surah yang ke-23 di dalam lembaran Al-Quran.

Keyakinan, kepercayaan and keimanan kepada Allah SWT“Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman.” [23:1]

Iman dan kejayaan disebut oleh Allah SWT dalam ayat yang sama. Maka imanlah faktor utama kejayaan. Dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan sikap positif yang bakal disebutkan dibawah.

Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati“iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya.” [23:2]

Lakukan satu-satu perkara dalam satu-satu masa. Jangan mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari. Lakukan dengan sepenuh hati, bukan sambil lewa.

Prioriti. Mengutamakan apa yang utama.“dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perkataan yang tidak berguna).” [23:3]

Kebiasaannya dalam menghadapi musim peperiksaan yang penuh tekanan, kita cenderung untuk berehat dan menenangkan minda dengan hiburan, menonton drama, bersembang di Facebook dan seumpanya sehinggakan selalu sahaja melebihi daripada masa rehat yang telah kita peruntukkan.

Sebaik-baiknya kita mengoptimumkan penggunaan masa untuk belajar, dan mengisi masa rehat kita dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti membasuh, melipat atau menggosok baju, bersenam untuk melancarkan perjalanan darah di dalam badan dan bermacam-macam lagi yang anda sendiri lebih sedia maklum.

Namun, sebaik-baiknya kita gunakan masa rehat itu untuk mengambil wudu’, melakukan solat sunat dan membaca Al-Quran. InsyaAllah apabila kita lebih rapat dengan Allah SWT, jiwa kita akan lebih tenang dan ia akan banyak membantu dalam usaha kita mengulangkaji pelajaran.

Kita dikehendaki menghindarkan diri dari perbuatan mengumpat pensyarah/guru kerana perkara-perkara sebegini tidak mendatangkan faedah kepada masa depan anda, tidak menambahkan markah untuk kertas peperiksaan yang bakal/telah diduduki, malah boleh mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah SWT.

Prihatin sesama kita“dan orang-orang yang menunaikan zakat.” [23:4]

Walaupun sedang berada di saat-saat genting, janganlah kita bersikap terlalu mementingkan diri, dan mengabaikan kawan-kawan yang lebih susah di sekeliling kita. Kongsilah apa yang termampu, samada ilmu, kertas-kertas soalan tahun lepas dan lain-lain. Sharing is caring.

Jaga hubungan antara lelaki dan perempuan“dan orang-orang yang menjaga kehormatannya. kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau hamba yang mereka miliki, maka mereka (isteri dan hamba) dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari dibalik itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.” [23:5,6,7]

Page 7: Petua Menjadi Pelajar Cemerlang

Janganlah kita menggunakan alasan belajar untuk melanggari batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi, misalnya dengan studi berdua-duan, kemudian pulang ke rumah berpimpin tangan, atau asal tertekan je mesti nak bergayut atau berchatting dengan kawan lelaki/perempuan anda.

Padahal Allah SWT kan sentiasa ada, sentiasa melindungi dan sentiasa menolong jika kita mencari dan meminta pada-Nya.

Jujur, amanah” dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya.”[23:8]

Bukankah kita telah berjanji dengan pihak penaja dan ibu bapa kita untuk belajar bersungguh-sungguh? Lebih penting lagi, bukankah kita telah berjanji dengan Allah SWT untuk memanfaatkan peluang kehidupan sebagai seorang pelajar yang telah dipinjamkan-Nya kepada kita sebagai medan untuk kita mengutip ilmu, pengalaman dan pahala buat bekalan di akhirat sana?

Elakkan menipu ketika peperiksaan. Andai penjaga peperiksaan meminta kita berhenti menulis kerana masa sudah tamat, jangan pula kita terus menulis. Sebaliknya sebutlah “Bismillahi tawakkaltu ‘ala Allahi wala haula wala quwwata illa billahil ‘azim.”

Tepati waktu“dan orang-orang yang memelihara solatnya.” [23:9]

Konsep yang boleh diambil dalam konteks kehidupan seorang pelajar Muslim ialah supaya sentiasa belajar dengan berdisiplin, menepati masa, tidak berlengah-lengah, menjaga kualiti dan produktiviti harian kita. Jika sebelum ini kita diingatkan supaya berhenti menulis apabila tamat masa peperiksaan, kita juga perlu memulakan perjuanganan kita dalam pelajaran dan peperiksaan seawal yang mungkin. Memelihara solat lima kali sehari setiap hari juga mengajar kita untuk tidak berputus asa atau berpatang arang di pertengahan jalan.

Namun janganlah kita hanya mengaplikasikan konsep-konsep ini untuk akademik semata-mata. Penekanan utama dalam ayat tersebut supaya kita menjaga hubungan kita dengan Allah SWT kerana kita akan kembali mengadap-Nya dengan amal-amal kita, bukan dengan berapa gulung ijazah yang berjaya kita perolehi. Belajar dan ijazah hanyalah alat untuk kita mencapai keredhaan Allah SWT dan merebut peluang mewarisi syurga-Nya.

” Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi. Iaitu yang akan mewarisi Syurga Firdaus. Mereka kekal didalamnya.” [23:10,11]” …

.Maka di antara manusia ada yang berdoa: ‘Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia.’ Dan tiadalah baginya bahagian di akhirat.”[2:200]“Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka.” [2:201]“Mereka itulah orang-orang yang mendapat bahagian dari apa yang mereka usahakan dan Allah sangat cepat perhitungannya.” [2:202]Semoga artikel ini berguna untuk anda , penulis doakan anda berjaya mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan..

Page 8: Petua Menjadi Pelajar Cemerlang

33 Ciri Pelajar Cemerlang

15MAR1. Sentiasa yakin pada potensi diri sendiri untuk boleh menempah kejayaan dalam pendidikan.

2. Bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang menjadi harapan agama, bangsa, negara, keluarga dan masyarakat.

3. Memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasa mengikuti pengajaran guru.

4. Membuat persediaan awal apabila akan menghadapi peperiksaan tidak kira sama ada ujian bulanan, peperiksaan penggal atau peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM. @}>-`-,–}—-

5. Sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi sebarang bentuk ujian atau peperiksaan yang bakal diadakan oleh pihak sekolah (ujian bulanan, peperiksaan penggal) atau oleh pihak kementerian (peperiksaan yang sebenarnya).

6. Menyediakan keperluan peralatan belajar yang mencukupi seperti buku-buku rujukan, buku latihan, alat-alat tulis, nota-nota ringkas dan sebagainya lagi.

7. Menepati waktu belajar yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah seperti datang ke sekolah dalam waktu yang ditetapkan dan pulang hanya setelah dibenarkan. Ini akan melatih pelajar menjadi seorang yang berdisiplin. Apabila sikap disiplin telah tersemai dalam jiwa pelajar, maka mudahlah bagi pelajar untuk mendisiplinkan diri dalam pembelajaran.

8. Mendapatkan bantuan guru atau kawan-kawan sekelas yang lain apabila gagal mengikuti kelas di atas sebab-sebab tertentu. Misalnya apabila pelajar sakit dan tidak dapat hadir ke kelas, pelajar perlulah mendapatkan bantuan kawan-kawan untuk mendapatkan nota-nota pelajaran, atau mendapatkan penerangan guru bagi pelajaran yang telah tertinggal itu.

9. Sentiasa menghormati guru sama ada semasa guru sedang mengajar di dalam kelas atau sewaktu berada di luar kelas. Guru adalah sumber ilmu. Oleh itu sentiasalah menghormati guru yang memberikan kita ilmu.

10. Bersoal-jawab dengan guru untuk memahami pelajaran yang telah diajar. Malah ahli falsafah Yunani yang terkenal bernama Socrates pernah berkata ‘carilah ilmu pengetahuan dengan cara bersoal-jawab’.

11. Sering memberi pandangan dan pendapat dalam proses pembelajaran. Ini kerana dengan cara memberikan pandangan, rakan-rakan pelajar dan pelajar sendiri akan semakin memahami pelajaran tersebut. Amalan ini juga dapat melatih dan mengasah daya ketajaman pemikiran pelajar.

12. Sering berbincang dengan rakan-rakan tentang pelajaran yang telah dipelajari. Ini biasanya dilakukan dalam kelas-kelas perbincangan, kelas tambahan atau dalam kumpulan studi. Perbincangan akan memantapkan lagi kefahaman terhadap sesuatu pelajaran.

Page 9: Petua Menjadi Pelajar Cemerlang

13. Menyiapkan tugasan yang telah diberi oleh guru sama ada kerja dalam kelas atau kerja rumah, dalam tempoh yang ditetapkan oleh guru berkenaan. Pelajar yang berjaya adalah pelajar yang sering menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru mereka.

14. Mengadakan kumpulan perbincangan (study group) bersama rakan-rakan yang mempunyai visi dan agenda yang sama iaitu kejayaan dalam peperiksaan.

15. Menjadikan perpustakaan sekolah dan perpustakaan yang lain sebagai gedung ilmu pengetahuan untuk dikunjungi dan mendapatkan buku-buku untuk dipinjam.

16. Membaca akhbar atau majalah-majalah akademik untuk mendapatkan ilmu pengetahuan tambahan.

17. Menonton rancangan televisyen yang sesuai untuk mendapatkan pengetahuan seperti Rancangan Pendidikan, Berita dan lain-lain lagi.

18. Mengadakan ujian dan peperiksaan kendiri (sendiri) seperti dibuat dalam peperiksaan sebenarnya, untuk dijadikan sebagai pengukuhan pembelajaran. Pelajar juga perlu menganggapkan ujian dan peperiksaan yang diambil itu adalah ujian dan peperiksaan yang sebenarnya. Jika gagal bererti anda gagal dalam peperiksaan yang sebenar.

19. Menyediakan jadual waktu untuk merancang pembelajaran pelajar di luar sekolah. Minta nasihat guru atau abang-abang yang berpengalaman untuk mendapatkan corak jadual yang sesuai dan efektif. Jadual ini mestilah dipatuhi.

20. Mengikuti ceramah-ceramah motivasi yang diadakan untuk melahirkan semangat dan keyakinan diri.

21. Mengikuti seminar-seminar peperiksaan yang diadakan bagi memahami teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan.

22. Membeli buku-buku rujukan yang sesuai. Ini dapat memantapkan persediaan pelajar. Minta bantuan guru untuk mendapatkan senarai buku-buku rujukan pilihan untuk subjek-subjek tertentu. Ingat pepatah Inggeris, “Don’t judge the book by its cover.” Buku yang kelihatan cantik menawan tidak semestinya baik. Hanya guru yang lebih memahami kualiti sesuatu buku rujukan.

23. Mengikuti kelas-kelas tuisyen untuk menambahkan lagi pengalaman dan kecekapan pelajar dalam pelajaran.

24. Mengadakan lawatan ke pameran-pameran buku yang diadakan.

25. Menyertai pelbagai aktiviti sekolah secara aktif dalam kokurikulum. Badan yang cergas akan menghasilkan otak yang sihat. Otak yang sihat pla akan melahirkan pemikiran yang lancar.

26. Pelajar perlu sanggup menghadapi cabaran luaran yang hebat yang sering cuba mengganggu penumpuan pelajar pada pelajaran atau cuba mengurangkan minat pelajar untuk belajar. Antara cabaran luaran yang dimaksudkan itu adalah hiburan, aktiviti sukan yang berlebihan, amalan suka melepak dan membuang masa dan gangguan kawan-kawan yang suka mengajak pelajar melakukan perkara-perkara yang kurang berfaedah.

Page 10: Petua Menjadi Pelajar Cemerlang

27. Menjaga keselamatan diri dengan mengelakkan sebarang bentuk bahaya yang dapat mengancam tubuh fizikal pelajar. Misalnya, jangan bermain dengan api, elektrik atau mercun. Bayangkanlah jika pelajar kehilangan jari tangan kanan dalam kemalangan.

28. Menjaga kesihatan tubuh badan dengan cara menghindari sebarang bentuk penyakit. Jaga keseimbangan makanan. Jangan makan terlalu banyak ‘junk-food’. Hindari makan di gerai-gerai yang kotor atau membeli kueh-kueh yang terdedah tanpa ditutup. Jangan berjaga sepanjang malam. Ini boleh menjejaskan kesihatan.

29. Menjaga dan mengawal pemakanan dengan memakan makanan yang seimbang. Ini akan menjamin kesihatan badan yang baik dan otak yang dapat berfikir dengan lebih lancar. Pilih jenis makanan yang sesuai untuk minda dan kesihatan tubuh badan.

30. Jangan segan untuk menimba pengalaman daripada pelajar-pelajar yang telah berjaya dalam peperiksaan. Jadikan abang-abang dan kakak-kakak yang telah berjaya itu sebagai model atau contoh pelajar cemerlang. Perhatikan ciri dedikasi dan disiplin mereka dalam menghadapi peperiksaan. Pengalaman mereka yang telah berjaya itu sungguh berharga untuk pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan.

31. Bagi pelajar Islam, tunaikan sembahyang lima waktu seperti mana yang telah disyariatkan oleh agama. Bagi pelajar bukan Islam yang lain, lakukan amalan ibadat agama masing-masing.

32. Sentiasa berdoa dan mengharapkan pertolongan daripada Tuhan. Aspek kerohanian ini juga sama penting dengan aspek jasmani dan minda pelajar.

33. Berserah diri kepada Tuhan dan tidak putus asa jika gagal. Apabila menghadapi kegagalan, berusahalah lagi dengan menjadikan kegagalan itu sebagai iktibar dan panduan untuk lebih berjaya. Jadikan semua bentuk kegagalan sebagai pengukuh diri untuk mencari kejayaan yang lebih cemerlang.

21 Teknik Pembelajaran yang Betul dan Berkesan (UPSR/PMR/SPM)

27JULby AH Ramat

Suasana Pembelajaran Yang KondusifPelajar yang mengamalkan cara belajar yang betul akan lebih mudah mencapai kejayaan berbanding dengan pelajar yang belajar tanpa mengikut tatacara yang bersistem. Berikut ini disenaraikan dua puluh kaedah belajar yang berkesan untuk membantu pelajar berhadapan dunia peperiksaan.

Pertama – Tidak mensia-siakan biar pun seminitSeorang pelajar yang cemerlang menggunakan masa yang teruang, masa pertukaran kelas, masa menunggu kereta sewa, masa sebelum hidangan makanan. Mereka boleh membaca satu atau dua soalan objektif atau ulangkaji pelajaran yang telah mereka baca.

Kedua – Membawa buku ke mana sahaja mereka pergi

Page 11: Petua Menjadi Pelajar Cemerlang

Amalkan sikap membawa buku setiap ketika. Sikap ini bukan bermaksud kita mesti membaca buku tersebut. Kemungkinan diri anda tidak membaca apa-apa , tetapi ia memupuk jiwa bersungguh-sungguh dengan kewajipan terhadap pelajaran. Sikap ini membolehkan anda menyemai budaya belajar yang positif dan sikap bertanggungjawab terhadap pelajaran.

Ketiga – Gunakan masa awal pagiGunakan sepenuhnya masa awal pagi untuk mengulangkaji pelajaran yang anda lemah. Pupukan semangat belajar pada awal pagi biar pun anda tidak terasa mahu membaca. Usaha ini akan menyemai semangat yang kental terhadap pelajaran dan membolehkan anda mulakan hari tersebut dengan azam untuk berjaya.

Keempat – Buat nota ringkasPelajar yang cemerlang sentiasa membuat nota ringkas. Nota tersebut adalah untuk membolehkan anda merujuk kembali apa yang telah anda baca. Ia tidak menjamin ingatan anda tetapi ia meningkatkan kuasa ingatan anda. Dengan adanya nota ringkas, ulangkaji sehari sebelum peperiksaan menjadi lebih mudah.

Kelima – Mengikut jadual sepenuhnyaAturkan masa untuk setiap aktiviti yang anda hendak lakukan pada hari tersebut. Patuhi jadual belajar anda tanpa syarat. Jangan ikut perasaan. Biar pun anda tidak suka belajar pada sesuatu masa, buka sahaj buku dan membacanya. Jika anda mempunyai disiplin yang kuat terhadap hidup, anda tidak akan lalai terhadap tanggung-jawab belajar. Pastikan anda peruntukkan masa untuk setiap mata pelajaran pada setiap hari jika anda mahu mencapai kegemilangan dalam semua mata pelajaran.

Keenam – Mencuba soalan tahun laluPelajar cemerlang memperuntukkan masa untuk menjawa contoh soalan setiap hari. Ini akan membiasakan dirinya dengan corak soalan yang sering keluar dalam peperiksaan dan bagaimana menjawabnya. Pelajar yang hanya begitu kepada buku teks tidak akan lulus dengan cemerlang kerana mereka tidak biasa dengan corak soalan peperiksaan.

Ketujuh – Ulang sebanyak kali yang bolehSetiap fakta yang dibaca akan terus diulang sebanyak yang mampu. Tidak ada had ulangan yang akn dilakukan, Selagi ada masa, anda boleh mengulangi apa yang telah dibaca biar pun anda sudah faham atau sudah mengingatinya. Semakin banyak anda membaca, semakin tinggi keyakinan diri anda untuk lulus dengan cemerlang.

Kelapan – Sentiasa menanya kalau tidak fahamDekatkan diri dengan guru dan guna setiap kesempatan yang ada untuk menjawab kemusykilan anda. Biar pun anda sudah faham , anda masih boleh menanya. Ini akan menguatkan kefahaman dan ingatan anda. Anggapkan guru anda, kakak atau abang anda, kawan-kawan anda sebagai orang yang boleh membantu anda dalam hal ini.

Kesembilan : Berikan penumpuan pada pelajaran yang lemahJika anda lemah dalam bahasa Inggeris atau matematik, peruntukkan masa yang lebih untuk ulangkaji. Elakkan memilih mata pelajaran yang disukai dan abaikan mata pelajaran yang anda kurang suka. Buat tanda pada bahagian yang anda rasa perlu penumpuan lebih. Gunakan simbol dan lorekkan bahagian yang anda anggap penting. Jangan jadikan tidak faham, tidak ingat atau tidak pandai sebagai alasan untuk berhenti ulangkaji.

Page 12: Petua Menjadi Pelajar Cemerlang

Ke sepuluh : Mengunjungi perpustakaanRapatkan dengan kawan yang mahu belajar. Perhatikan bagaimana mereka belajar dan semarakkan jiwa yang kuat seperti mereka. Tukar pendapat antara satu sama lain. Berikan penemuan dan berkongsi soalan yang anda buat dengan mereka. Ini akan mengaktifan suasana tolong menolong dalam haluan memajukan pelajaran masing-masing.

Ke sebelas : Menjadi model dalam rumahJadikan diri anda sebagai contoh kepada adik-adik lain. Beritahu mereka “Jangan membuang masa dengan aktiviti-aktiviti yang tidak menyumbang kepada masa depan.” Semakin anda memberi galakan untuk mereka , semakin tinggi semangat anda untuk menjadi contoh kepada mereka. Apa yang anda serukan akan menjadi panduan dalam hidup anda sendiri.

Ke dua belas : Imbangkan masa kokorikulum dan akademikJika anda berada dalam tahun peperiksaan , jangan terlalu menumpukan perhatian pada kokorikulum kerana ini akan melalaikan diri dalam bidang akademik. Jika anda mahu berjaya dalam akademik, anda perlu mempunyai masa ulangkaji yang cukup di rumah. Masa ulangkaji untuk SPM ialah dalam lingkungan 5 jam ke 6 jam sehari. Jika masa minima tersebut tidak dipenuhi, anda mungkin perlu berjaga malam atau bangun pagi.

Ke tiga belas : Belajar mengikut rentak sendiri Jangan membandingkan diri dengan pelajar yang mantap dalam prestasi peperiksaan. Anda perlu mebgenal rentak sendiri dan pastikan anda mematuhi rentak tersebut. Jika anda seorang pelupa, pastikan anda mengatur masa ulangkaji kedua atau ketiga pada minggu-minggu yang akan datang. Jika anda perlukan bimbingan tambahan , dapatkan tuisyen.

Ke empat belas : Persiapan minda sebelum ulangkaji Lelapkan mata untuk beberapa minit dan wawasankan hidup anda kelak. Apa yang anda hendak capai. Apakah corak hidup yang anda hajatkan. Apakah yang hendak anda berikan kepada ahli keluarga serta ibu bapa anda sebagai tanda kasih sayang dan terima kasih. Adakah anda berhajat hendak mengharumkan nama keluarga dan negara anda ? Apakah kejayaan peringkat remaja yang membanggakan diri anda dan keluarga anda? Bila anda membaca buku, kaitkan dengan hidup anda. Anda bukan sekadar mahu lulus cemerlang dalam peperiksaan , anda mahukan hidup yang baik dan berkualiti.

Ke lima belas : Elakkan gangguan emosiSemua perkara yang merunsingkan dan mengganggu konsentrasi waktu belajar perlu diketepikan. Beritahu diri anda , “saya tidak relakan masa depan saya tergadai oleh okr yang remeh-temeh ini.” Sebaik pemikiran atau perasaan negatif timbul, tuliskan pada kertas . Layankan semua gangguan ini selepas peperiksaan. Anda boleh gunakan musik latar yang lembut untuk menjadikan suasana belajar lebih menyelerakan (jika sesuai).

Ke enam belas : Kurangkan kerja rumah tangga Jika anda pada tahun peperiksaan , maklumkan hajat anda untuk berjaya dan minta adik-adik anda menolong anda dalam beberapa aspek kerja rumah tangga. Amalkan sikap tolong menolong dalam keluarga. Bila masanya mereka yang menduduki peperiksaan SPM, sama-sama menolong dirinya. Budaya berkongsi beban kerja rumah tangga seperti mencuci kasut, menyapu lantai dan lain-lain akan memberi lebih masa untuk anda belajar.

Page 13: Petua Menjadi Pelajar Cemerlang

Ke tujuh belas : Rancangkan jadual ulangkaji setahunTetapkan ulangkaji anda sehingga bulan September. Sebulan sebelum peperiksaan , anda perlu siap ulangkaji. Pastikan setiap mukasurat dibaca, dan setiap soalan dijawab. Ini boleh dilakukan dengan membahagikan bilangan mukasurat buku dengan bilangan hari yang ada. Jika anda gagal mengulangkaji mukasurat berkenaan pada hari yang ditetapkanm pangkahkan dengan besar menggunakan pensil. Pastikan anda membaca mukasurat ini sebelum peperiksaan tiba. Tapi, sebelum anda membaca mukasurat yang terhutang, pastikan anda telah siap ulangkaji mukasurat yang ditetapkan untuk hari tersebut.

Ke lapan belas : Belajar menyesuikan diri dengan semua keadaanBiar pun rumah anda bising, panas atau kurang selesa; ia tidak menjadi penghalang untuk anda mengulangkaji. Kadang-kadang , kita perlu belajar menyesuikan diri dengan kekurangan yang ada. Semakin mencabar keadaan anda , semakin besar ujian ketahanan diri anda. Beritahu diri anda , “biar apa yang berlaku, saya tetap dapat menjalankan tugas saya kerana saya seorang yang tahan lasak.”

Ke sembilan beas : Berhati-hati dengan kawan yang tidak sehaluan dengan anda Jika anda mahu belajar tetapi rakan-rakan anda tidak suka belajar. Mereka cuba mempengaruhi anda dengan seribu satu jenis kegiatan yang hanya membuangkan masa anda. Berani berkata “tidak” dan menolak mereka dengan lembut. Jangan sekali-kali menjadi mangsa kepada mereka kononnya anda tidak mahu melukakan hati mereka. Jika anda mengikut rentak mereka, anda akan melukakan masa depan sendiri.

Ke dua puluh : Terus belajar biar pun tidak menampakkan kemajuanJangan mengukur prestasi anda kerana tidak menampakkan kemajuan yang nyata dalam keputusan peperiksaan sekolah. Setelah berbulan-bulan anda bertungkus-lumus, anda mungkin mahu kemajuan dalam keputusan sekolah. Sebenarnya, penilaian sekolah tidak menggambarkan anda pasti akan lulus atau gagal dalam peperiksaan akhir tahun. Teruskan usaha dan jangan berhenti.

Ke dua puluh satu : Terokai bakat dan minat andaSambil anda berjuang untuk peperiksaan SPM, peruntukkan masa juga untuk bidang yang anda hendak ceburi. Mungkin anda minat dengan bidang kedoktoran, baca majalah dan bahan rujukan am yang berkaitan dengan cita-cita anda tersebut. Gunakan bakat anda untuk berbakti kepada keluarga atau sekolah anda. Jika anda minat dalam bidang kejuruteraan, peruntukkan masa untuk belajar membaiki kereta atau anda juga boleh menolong kawan anda membaiki kereta mereka. Kegiatan sedemikian menjadikan makna pembelajaran lebih nyata. Anda tahu mengapa anda belajar kerana anda mempunyai hala tujuan yang nyata.

Kesimpulan Belajar adalah suatu seni. Jika anda tahu menguasai seni tersebut , anda boleh berjaya biar pun diri anda mempunyai beberapa kekurangan. Semoga lembaran ini menguatkan ikhtizam anda untuk mencapai prestasi yang lebih cemerlang dalam pelajaran.

KAEDAH PEMBELAJARAN YANG LEBIH BERKESAN

14MAR

Page 14: Petua Menjadi Pelajar Cemerlang

Teknik-teknik pembelajaran yang baik merupakan satu kaedah dalam usaha kita menghadapi pelajaran yang terbaik sebagai langkah untuk memperolehi kejayaan yang cemerlang di dalam bidang pembelajaran.

Pelajar perlu memahami bahawa tidak ada satu ‘formula’ yang mesti dan tepat bagi merumuskan satu kaedah yang paling baik untuk menghadapi pelajaran melainkan ia banyak bergantung kepada diri pelajar itu sendiri. Apa yang penting untuk dijelaskan ialah beberapa garis panduan yang besar sahaja dikenalpasti untuk dijadikan landasan bagi seseorang pelajar bergerak menghadapi peperiksaan.

FAKTOR-FAKTOR DORONGAN DALAM PEMBELAJARAN

Mengenal pasti wujudnya ‘motivasi dalaman’ atau faktor-faktor pendorong di dalam diri maing-masing, misalnya kemiskinan.Menginsafi akan kepentingan ilmu, tujuan ilmu dipelajari, untuk apa dan hendak ke mana ilmu yang dikumpulkan itu.Dorongan dari rasa tanggungjawab sebagai seorang pelajar.Menginsafi peranannya terhadap masyarakat pada masa hadapan.LANGKAH-LANGKAH PERSEDIAAN

Kesempurnaan kesediaan seseorang dari segi mental, fizikal dan rohani yang mampu mengahadapi peringkat pembelajaran yang baik.Persediaan mental yang baik ialah persediaan tumpuan fikiran yang sepenuhnya terhadap pelajaran. Pemikiran yang masih bercampur-aduk dengan perkara-perkara lain akan mengakibatkan kebuntuan untuk memberi perhatian yang serius kepada pelajaran. Seseorang pelajar hendaklah menghilangkan ingatannya kepada perkara yang lain, sebaliknya ingatan hendaklah ditumpukan kepada pelajaran sahaja.Berkhayal kepada perkara lain ialah penyakit yang paling besar bagi seseorang pelajar yang sedang menghadapi pelajarannya. Oleh itu, pelajar hendaklah mengelakkan diri daripada berkhayal semasa belajar.TEKNIK-TEKNIK PEMBELAJARAN

Suasana / Tempat Belajar – Elakkan suasana yang bising, banyak gangguan, tidak selesa dan sebagainyaMemilih Masa Yang Sesuai – Tidak semua waktu di dalam sehari boleh digunakan untuk menumpukan fikiran pada pelajaran.Setiap hari persekolahan, peruntukan sekurang-kurangnya 2 jam untuk menelaah/mengulangkaji pelajaran di samping menyelesaikan kerja-kerja yang diberikan oleh guru. Pada waktu cuti, 4 hingga 5 jam adalah memadai untuk menelaah pada waktu yang sesuai, iaitu pada waktu pagi dan malam.(ingat ! waktu belajar yang sesuai tidak sama antara semua individu)Menyediakan satu jadual kerja harian walaupun begitu, mungkin jadual tersebut tidak mampu diikuti sepenuhnya oleh pelajar.Pembaziran masa dengan perkara-perkara yang tidak ada hubungan dengan memperkukuhkan mutu pembelajaran baik secara formal atau informal haruslah dielakkan.Pembelajaran Di Sekolah – Pembelajaran di sekolah merupakan sumber yang penting serta yang paling baik untuk seseorang pelajar menghadapi pelajarannya, dan segala penumpuan yang maksimun haruslah diberikan serta tidak patut berlaku kecuaian, leka, nakal ketika berada di sekolah.Membaca, Memahami dan Menghafal – Teknik pembacaan yang baik ialah pembacaan yang menyeluruh bagi pusingan yang pertama. Isi dan istilah-istilah yang penting digariskan. Kalau perlu isi yang digariskan itu dicatat sebagai nota pendek atau ringkas.

Page 15: Petua Menjadi Pelajar Cemerlang

Ambil perhatian kepada isi-isi yang penting dan hendaklah dibaca selalu. Kalau perlu setiap isi-isi itu hendaklah dihafal sedaya mungkin terutama apabila hampirnya waktu peperiksaan. (ingat ! hafalan tanpa pemahaman yang kukuh adalah sia-sia).Menyusun nota dengan teratur dan berkesan dan mempunyai ciri-ciri seperti :-Mengandungi semua maklumat pentingBersih dan mudah dibacaTerkumpul & Tersusun (di dalam fail/Buku Khas)Ringkas dan padatKesungguhan Belajar

Elakkan diri dari faktor-faktor yang boleh membosankan ketika membaca. Jangan sesekali membebankan diri dengan kerja-kerja sekolah yang terlampau banyak pada masa tertentu dan berehat panjang selepasnya.Kesungguhan belajar mestilah berterusan dari segi semangat belajar dan usaha dari awal hinggalah ke masa peperiksaan.Sentiasa meningkatkan semangat belajar dari masa ke semasa. Semakin hampir dengan tarikh peperiksaan semakin bersungguh-sungguh untuk belajar dan semakin berkeyakinan dalam menghadapi peperiksaan.Kesungguhan belajar mungkin boleh dibina melalui kerja-kerja secara berkumpulan. Yang pentingnya carilah teman/rakan belajar yang boleh anda manfaatkan pengetahuan dan kefahaman anda kepadanya dan sebaliknya.Yakinlah dengan kebolehan yang ada pada diri anda dan kesungguhan anda untuk belajar dan yakinlah dengan pertolongan Allah S.W.T.LUPAAN DAN INGATAN

Apakah sebabnya kita sering lupa ?

Kerana Gangguan – Membaca perkara-perkara lain selepas buku pelajaran menyebabkan soal peperiksaan luput dari ingatan.Tumpuan Perhatian – Tanpa perhatain yang sepenuhnya ketika membaca menyebabkan perkara tersebut tidak dapat kekal lama.Faktor Masa – Masa yang terlalu lama mungkin menyebabkan anda lupa akan apa yang telah dipelajari.INGATAN

Manusia lebih senang mengingati sesuatu jika :-

Minat – Tinggikan minat terhadap perkara yang dipelajari.Pilihan – Memilih isi-isi penting untuk diingati bagi peperiksaan.Ulangan – Sentiasa mengulangkaji, boleh dibuat melalui perbincangan secara berkumpulan, penulisan semula atau pembacaan yang kerap.Assasiasi – Membuat perkaitan dengan sesuatu perkara lain untuk ingatan.Tubi BelajarDi dalam proses pembelajaran terdapat peringkat seperti :-

1. Mendengar untuk pertama kali2. Memahami3. Menggunakannya4. Mencipta yang baru

Page 16: Petua Menjadi Pelajar Cemerlang

Jika anda membaca berulang kali, tentunya perkara tersebut akan dapat diingati di dalam satu jangkamasa yang lama.

10 Cara Mengatasi Masalah Malas

15MARNasihat Dari: Abg. Joe – Bijak Study

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!

Ada seorang parent mengadu kepada Abg. Joe tentang sifat anaknya yang pemalas. Malas belajar, malas buat kerja sekolah, malas buat ulangkaji, bahkan nak solat pun malas. Sifat malas memang penyakit yang sangat kronik dan sukar diubati. Kalau adik-adik ada sifat ini, bermakna adik-adik mempunyai satu masalah yang serius. Tapi jangan risau kerana sifat malas ini boleh diatasi. Cuba lihat tips-tips yang Abg. Joe kongsikan di bawah ini:

Amalkan doa mengelak diri dari malasIngat sasaran dan matlamat diri andaTeknik 10 Minit AjeBanyak membaca bahan motivasiSusun dan mudahkan jadual andaRehat dan tidur yang cukupBersenam dan beriadahBerkawan dengan orang yang positifAmalkan teknik pernafasanSuarakan moto andaAda satu doa dalam Al Ma’thurat yang bertujuan untuk menghindarkan diri kita dari sifat lemah dan malas. Abg. Joe cuba search doa tersebut dalam Google tapi setakat ini belum terjumpa lagi. Kalau adik-adik ada terjumpa, kongsi-kongsikanlah di sini.

Sebenarnya adik-adik, apabila kita berdoa kepada Allah (S.W.T), itu menunjukkan bahawa kita memang bersungguh-sungguh untuk berubah. Doa dan kesungguhan itulah yang akhirnya akan menggerakkan seluruh tubuh badan kita untuk berubah menjadi rajin.

Contohnya jika adik-adik rasa malas ke sekolah di waktu pagi, adik-adik akan terfikir bahawa selepas solat subuh tadi adik-adik baru sahaja berdoa supaya terhindar dari sifat malas. Jadi secara automatik, adik-adik akan membuang segala perasaan malas adik-adik.

CIRI-CIRI PELAJAR YANG GAGAL

15MARpemalas.jpg 1. Mempunyai sifat “malas” yang menjadi musuh utama kejayaan.

2. Tidak bermotivasi.

Page 17: Petua Menjadi Pelajar Cemerlang

3. Mempunyai tanggapan bahawa pelajaran belum tentu memberi jaminan masa depan.

4. Menjadikan seseorang yang telah gagal sebagai idola atau model.

5. Tidak bersedia menghadapi pembelajaran dalam bilik darjah.

6. Tiada perancangan untuk belajar dengan berkesan.

7. Terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya yang menjurus ke arah perkara-perjara yang tidak baik. :-(

8. Sentiasa menangguhkan masa untuk belajar hingga ke saat-saat akhir peperiksaan.

9. Datang lewat ke sekolah dan selalu ponteng sekolah.

10. Gagal menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru.

11. Berangan-angan dan sering bermain-main dalam bilik darjah.

12. Tidak mempunyai kelengkapan persekolahan yang lengkap untuk proses pembelajaran.

13. Sentiasa bermasalah, suka mencari masalah dan mendatangkan masalah di sekolah dan luar sekolah.

14. Melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak sihat seperti melepak dengan rakan-rakan di bandar-bandar, terlibat dengan kegiatan tidak bermoral

15. Menjadikan kemiskinan penghalang kepada usaha untuk berjaya dalam pendidikan.

16. Terlalu berserah pada nasib dan tidak mahu lagi berusaha untuk mengubah dirinya.

17. Lebih banyak bergantung kepada ibu, bapa, guru dan rakan-rakan untuk belajar. Tidak boleh berdikari.

18. Tidak ada perancangan masa untuk belajar seperti mengadakan jadual waktu.

19. Sentiasa beranggapan bahawa peperiksaan dalam kelas adalah tidak penting.

20. Tidak menggunakan sepenuhnya perpustakaan sebagai gedung untuk mencari dan menambahkan ilmu.

21. Tidak sanggup mengorbankan masa, tenaga, fikiran dan wang ringgit demi untuk pelajaran. Pelajar seperti ini lebih sanggup menghabiskan wang mereka untuk membeli majalah-majalah hiburan atau komik kegemaran mereka.

22. Tidak menghormati ibu, bapa, guru, orang tua dan rakan-rakan sekelas.

23. Mementingkan diri sendiri dalam apa sahaja yang dilakukan termasuklah pembelajaran.

24. Gagal menunaikan tanggungjawab kepada Allah.

Page 18: Petua Menjadi Pelajar Cemerlang

25. Menyalahkan nasib dan takdir jika berlaku sebarang masalah. Namun tidak pernah mahu menyalahkan diri sendiri.

26. Cepat putus asa dan kecewa apabila gagal.

Tips Menjadi Pelajar Cemerlang

Ads by H12 MediaSILA KLIK UNTUK BESARKAN

TERDAPAT beberapa amalan yang boleh dilakukan oleh pelajar untuk meningkatkan disiplin diri dalam mencapai kecemerlangan. Yang penting ialah pelajar perlu mempunyai tahap kecekalan, kesabaran dan komitmen yang tinggi. Tanamkan azam secukupnya dan lakukan perkara-perkara yang berikut:

1. Tentukan matlamat kerja dengan jelas dan `hiduplah' dengannya

Anda perlu menetapkan apakah kebolehan atau matlamat yang anda harapkan daripada sesuatu usaha yang sedang atau akan anda lakukan. Sebagai contoh, anda hendak meningkatkan keupayaan anda menulis karangan sepanjang 350 patah perkataan dalam setengah jam. Jadi, jangan berpeluk tubuh dan berlengah-lengah. Latih diri anda secukupnya supaya matlamat anda itu tercapai sebelum peperiksaan.

2. Menyediakan jadual harian yang praktikal dan mudah diikuti

Jadual yang anda sediakan mesti praktikal dan secocok dengan gaya hidup anda. Kemudian berikrarlah di depan jadual anda, dan pada diri sendiri bahawa anda akan patuh kepada jadual yang anda buat sendiri.

Jadual yang baik sebenarnya adalah bersifat anjal. Anjal bermakna, anda boleh mengubahsuainya, tetapi masih patuh kepada disiplin hidup berjadual. Anda mesti berazam memperbaharui tekad anda untuk menjadi manusia yang berguna setiap hari, setiap kali bangun daripada tidur.

3. Bertekad dan sabar

Pastikan apabila kita membuat sesuatu kerja, selesaikan. Bukan sekerat jalan sahaja.

4. Pengurusan masa

Menguruskan masa merupakan tugasan yang sukar dan mencabar, tetapi boleh dilakukan. Gunakanlah masa yang ada untuk melakukan kerja yang berfaedah. Jangan bertangguh. Tetapkan keutamaan tugasan, serta waktu yang paling sesuai untuk membuat sesuatu tugasan.

5. Istiqamah dengan jadual harian

Peganglah janji anda selepas berikrar untuk mematuhi jadual harian yang anda rancang.

6. Tidak mudah kecewa

Page 19: Petua Menjadi Pelajar Cemerlang

Jangan seret kekecewaan atau kegagalan silam sehingga menyukarkan perjalanan menuju kejayaan. Yang sudah biarkanlah ia berlalu.

7. Belajar daripada kejayaan dan kegagalan orang lain

Pepatah Melayu ada menyebut, yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan.

8. Berdoa

Selepas berusaha habis-habisan, kita bertawakal dan berserah kepada Allah s.w.t. Semoga usaha kita diberkati. Amalkan beberapa doa kejayaan.

9. Mementingkan kesenangan jangka panjang

Pelajar yang matang fikirannya akan memikirkan keuntungan jangka panjang. Abaikan dahulu keseronokan jangka pendek yang boleh menyebabkan kita menangis dan meratap kerana gagal dalam hidup.

10. Memikirkan pengorbanan keluarga

Ingatlah setiap sen yang dibekalkan oleh ibu atau bapa setiap pagi sebelum ke sekolah. setiap suap makanan yang kita jamah akan menjadi darah daging kita. Darah daging kita adalah hasil penat lelah ibu bapa kita. berilah mereka sedikit kegembiraan dengan lulus dalam peperiksaan.

11. Mencari rakan berdisiplin

Bijak mencari rakan adalah penting. Jangan sehingga kita diheret kekancah kegagalan oleh kawan-kawan yang tidak memikirkan masa depannya. Andak mungkin ketawa beramai-ramai, tetapi menangis seorang diri.

12. Sedikit tetapi berterusan

Biarlah hari ini anda hanya menjawab satu soalan, tetapi anda benar-benar faham dan menguasai soalan berkenaan. Fikirkan kualiti, bukan kuantiti.

BAGAIMANA MENJADI PELAJAR CEMERLANG

KAEDAH MENJADI PELAJAR CEMERLANG

Setiap pelajar ingin menjadi pelajar cemerlang dan sentiasa menanam cita-cita untuk menjadi yang terbaik. Dibawah menyenaraikan kaedah bagaimana untuk menjadi pelajar cemerlang. Marilah kita berkongsi ilmu yang diperolehi untuk membantu kita dalam mengapai cita-cita. Antara kaedah-kaedahnya ialah:

Page 20: Petua Menjadi Pelajar Cemerlang

BELAJAR DALAM PERSEKITARAN YANG KONDUSIF

Persekitaran memainkan peranan penting untuk menjadi pelajar cemerlang. Tempat yang selesa menjadikan proses pembelajaran juga lebih selesa. Antara ciri-ciri persekitaran belajar yang selesa ialah:

1.Tenang / damai

2.Sumber tenaga atau lampu yang mencukupi

3.Elakkan daripada gangguan bunyi bising

Misalnya mengulang kaji dalam bilik lampu yang terang, dapat membantu pelajar mengulang kaji dengan lebih selesa. Selain itu elakkan perkara- perkara yang mengganggu proses pembelajaran seperti radio, television dan sebagainya. Para pelajar juga tidak digalakkan mengulang kaji di atas katil kerana menyebabkan pelajar tersebut cepat mengantuk.

SENTIASA BERSEDIA

Persiapan awal seseorang pelajar dapat dilakukan hanya melalui cara pembelajaran yang konsisten. Pelajar perlu mengulang kaji secara konsisten untuk mengelakkan kesukaran menelaah ilmu pada kemudian hari. Oleh itu pelajar dapat memahami pelajarannya dengan lebih mudah, tenang serta tanpa sebarang tekanan apabila mereka mengamalkan teknik belajar secara konsisten. Cara pembelajaran disaat akhir mestilah dielakkan bagi memudahkan kita mengulangkaji dengan lebih tenang dan tidak merasa tertekan.

MENETUKAN MATLAMATSetiap pelajar hendaklah mempunyai matlamat utama. Fakta utama yang menjadi asas kea rah mencapai kejayaan ialah penentuan matlamat. Pelajar perlu mempunyai matlamat tersendiri dalam merencanakan kejayaan yang diingini. Tanpa matlamat, kecemerlangan tidak mungkin di kecapi oleh pelajar. Misalnya kejayaan Nur Amalina yang mencapai 17A dalam peperiksaan SPM pada tahun 2004. Beliau mempunyai matlamat yang jelas untuk mencapai kejayaan.

SENTIASA MELAKUKAN AMALAN KEROHANIANAmalan ini merupakan amalan yang dapat menstabilkan emosi. Amalan ini juga merupakan amalan yang paling berkesan dalam menstabilkan emosi dan keharmonian jiwa. Oleh itu untuk menjadi pelajar cemerlang, para pelajar seharusnya melibatkan diri dalam proses menjernihkan jiwa iaitu dengan melakukan amalan-amalan kerohanian. Antara amalan kerohanian yang dapat membantu para pelajar menemui kedamaian jiwa dan kestabilan emosi ialah melakukan solat hajat, berdoa, solat tahajud dan berzikir. Begitu juga dengan agama lain yang mempunyai amalan kerohanian yang tersendiri.

Page 21: Petua Menjadi Pelajar Cemerlang

MEMBUAT NOTA RINGKASUntuk menjadi pelajar cemerlang, para pelajar perlu membuat nota ringkas untuk memudahkan proses mengulang kaji apabila tiba musim peperiksaan. Dengan adanya nota ringkas tersebut, dapat membantu pelajar menjamin ingatan dan kuasa ingatan seseorang pelajar dalam masa yang singkat.Tambahkan warna-warna yang menarik dalam nota ringkas kerana otak lebih mudah mengingat jika mengunakan warna-warna.

MENGULANGKAJI DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH OUTPUT LEARNINGKaedah ini melatih otak supaya menggunakan maklumat yang terkumpul. Kaedah ini dapat dilakukan melalui pembacaan buku nota, melakar, menyebut perkataan yang difahami dan menjawab soalan. Kaedah ini sering digunakan oleh para pelajar untuk mencapai kecemerlangan yang lebih berkesan. Mencari kata kunci yang mudah diingati oleh pelajar sendiri.

Diatas merupakan kaedah untuk membantu kita dalam mengulangkaji dengan mudah.Kaedah-kaedah diatas boleh membantu kita dalam belajar dengan mudah. Pencapaian tidak tiba dengan mudah selagi kita tidak mencuba dan mengunakan tenaga yang ada untuk menjadi pelajar dan mengamalkan cara belajar yang berkesan.

Tips Menjadi Pelajar Cemerlangposted by nasikerabupetro at 5:24 amPerkongsian ilmu dan pesanan buat pelayar blog Skuad WaJA...(Baca : Ahli Skuad WaJA yang berumur 7 hingga 17 tahun. ;))

35 Petua Pelajar Cemerlang dari Dr Fadzilah Kamsah

Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:

1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:-1. kita ingat 10 % apayang dibaca-2. kita ingat 20% apa yang didengar-3. kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat-4. kita ingat 70% apa yang dicakapkan-5. kita ingat 90% setelah dipraktikkan3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).5. Belajar dalam persekitaran kondusif.

-1. pastikan cahaya adalah terang-2. kurangkan gangguan bunyi-3. tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar-4. tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran-5. kerusi dan meja menghadap kiblat-6. jangan lupa untuk senyum

Page 22: Petua Menjadi Pelajar Cemerlang

7. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.8. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.9. Tahu teknik merangsang memori:-1. memasukkan maklumat dalam memori (registration)-2. menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)-3. mengingat kembali (recall)-4. menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)10. Sentiasa awal dan mendahului:-1. persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.-2. pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.-3. belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.-4. untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.13. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.14. Mempunyai teknik membaca yang betul:-1. duduk dengan tegak & bernafas dengan betul-2. memberikan tumpuan sepanuhnya-3. menggunakan jari telunjuk untuk membaca-4. menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan16. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.17. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.18. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.19. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.20. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.21. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).22. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.23. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.24. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.25. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.26. Tahu petua mengulang kaji-1. cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita-2. siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna-3. duduk tegak dikerusi yang selesa-4. baca doa penerang hati-5. baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul-6. fikir dan ingat kembali isi utama-7. catat/lakar-8. semak semula ketepatan maklumat-9. ulang sebut atau ceritakan pada orang lain-10. buat rumusan-11. jawab soalan-12. tampal maklumat yang rumit di dinding

Page 23: Petua Menjadi Pelajar Cemerlang

-13. baca doa tanda kesyukuran selepas belajar28. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.29. Tahu petua-petua agar tidak lupa:-1. jangan makan kepala ikan-2. jangan makan organ dalaman-3. jangan minum semasa makan-4. jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut-5. jangan melihat kemaluan-6. jangan melihat buih-7. jangan membaca nama pada batu nisan-8. banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain-9. banyakkan makan kismis, kurma dan madu-10. banyakkan makan kekacang-11. pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan-12. jangan makan sehingga terlalu kenyang-13. jangan kencing berdiri31. Tahu kemahiran mengingat:-1. tampal nota-nota penting di dinding-2. tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah-3. gunakan kaedah akronim-4. reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat-5. pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil33. Cekap mengatur jadual belajar:-1. mempunyai jadual belajar-2. patuh kepada jadual-3. buat jadual yang boleh diikuti35. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.36. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.37. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.38. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.39. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).40. Pelbagaikan tempat belajar.41. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham42. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.43. Ciri-ciri pelajar cemerlang:-1. taat kepada Allah-2. mendirikan sembahyang-3. menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka-4. hormati & sayangi guru-5. bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.-6. suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari-7. membantu rakan yang memerlukan-8. berdoa dan bersyukur kepada Allah-9. sentiasa bertawakal

Page 24: Petua Menjadi Pelajar Cemerlang

-10. mahir dalam setiap mata pelajaran

Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat. :)

Rahsia 1: Matlamat dan Sasaran

Pelajar cemerlang mempunyai matlamat dan sasaran yang jelas. Mereka tahu apa tujuan mereka belajar. Mereka tahu berapa ’A’ yg mereka mahukan atau berapa peratus markah setiap subjek yg mereka mahukan. Mereka juga tahu bila besar nanti hendak ambil pengkhususan apa waktu di universiti, mahukan kerjaya yg bagaimana dan sbgainya.

Pelajar cemerlang sentiasa tahu matlamat hidupnya. Mereka dpt gambarkan dgn jelas siapa mereka di penghujung kehidupan nanti. Stephen Convey dlm bukunya berjudul ’The 7 Habits’ ada menegaskan kepentingan memulakan kehidupan dari belakang. Maksudnya, utk berjaya kita mesti gambarkan apakah sumbangan kita kepada negara, agama, masyarakat, ibu bapa, dan diri kita sebelum kita menghembuskan nafas terakhir. Adakah kita mahu menjadi seseorang yang dikenang dan berjasa? Adakah kita mau meninggalkan nama yg baik atau sebaliknya?

Kalau anda tahu anda mahu akhiri kehidupan ini dgn kejayaan maka kejayaan yg bagaimanakah yg anda maksudkan? Tidak cukup dgn mengatakan aku mahu berjaya saja tetapi anda perlu ’detail’ kan dgn jelas matlamat anda itu.

Misalnya, dgn berkata aku mau menjadi menjadi seorang pelajar cemerlang dan berjasa itu merupakan satu matlamat yg kabur dan tidak merangsang jiwa. Sebaliknya dgn berkata aku mahu menjadi seorang Doktor Pakar Bedah lulusan luar negara dan bekerja di Hospital Pakar Pantai Puteri – ITU MERUPAKAN matlamat yg jelas dan mampu merangsang jiwa.

Kalau anda tau anda mahu jadi Doktor Pakar Bedah maka cuba fikirkan sekarang universiti mana yg anda mau belajar nanti?

Arrow Apa keputusan SPM yg patut anda perolehi? Anda tidak boleh menjadi seorang doktor sekiranya gagal dalam subjek Bahasa Inggeris atau Biologi. Oleh itu anda mesti pastikan anda peroleh keputusan yg baik dlm kedua-dua subjek ini.Arrow Begitu juga anda tidak boleh mendapat tempat ke universiti dgn mendapat A dlm dua subjek ini sahaja. Anda perlu dapatkan keputusan yg baik juga dalam subjek Bahasa Melayu, Mathematics, Chemistry dan Physics.Arrow Tahukah anda mereka yg mendapat tawaran ke matrikulasi prlu mndapat at least 12 aggregat untuk lima mata pelajaran penting iaitu Additional Mathematics, Modern Mathematics, Physics, Chemistry dan Biology?

Page 25: Petua Menjadi Pelajar Cemerlang

Setelah tahu matlamat anda, maka rangkalah sasaran peperiksaan anda sekarang. Misalnya, kalau sekarang markah Mathematics anda cuma 40% sahaja, maka letakkanlah satu sasaran yg lebih tinggi misalnya 80% selepas ini.

Dalam meletakkan sasaran jangan terlalu fikirkan sangat sama ada ia boleh dicapai atau tidak – sebaliknya fikirkan adakah anda benar-benar mahukannya atau tidak. Sebab jika anda mahukannya maka pasti sentiasa ada jalan untuk mengusahakannya. Kemahuan yg membara ini sentiasa memberikan anda tenaga tambahan dlm berusaha.

Fikirkan dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh mengenai 4 persoalan ini. Question Apa sbenarnya yg aku mahukan dlm hidup ini?Question Bila aku mahukannya – 1 tahun, 2 tahun, 5 tahun?Question Kenapa aku mahukannya?Question Bagaimana aku boleh mendapatkannya?

CONTOH MATLAMAT

Apa yg aku mahukan dalam peperiksaan?Arrow Aku nak 8A dalam PMR

Bila ia mahu dicapai?Arrow Peperiksaan percubaan dan peperiksaan sebenar PMR tahun 2010

Kenapa aku mesti mencapainya?Arrow Untuk membuktikan kpd kawan2 yg aku ada kebolehanArrow Untuk memenuhi hasrat ibu bapaArrow Sebab keluarga aku miskin dan aku nak bela nasib merekaArrow Sebab guru memperlekeh kemampuan aku

Bagaimana?Arrow Aku mesti belajar sekurang-kurangnya 3 jam sehariArrow Aku mesti melatih 20 soalan setiap hariArrow Kerja sekolah mesti siapArrow TV dan sembang-sembang kosong mesti dikurangkanArrow Pencapaian ujian bulanan mesti bagusArrow Aku mesti berkawan dgn mereka yg boleh bantu akuArrow Aku mesti ketepikan soal hati, perasaan dan cinta monyet

Rahsia 2: Percaya

Pelajar cemerlang percaya bahawa mereka boleh cemerlang.

Hanya faktor masa sahaja yg akan membuktikan segala usahanya. Mereka tidak pernah ragu-ragu dengan kemampuan mereka utk melakukan apa sahaja dan sanggup berkorban untuk berjaya.

Thomas Edison gagal lebih 10 000 kali sebelum berjaya mencipta mentol. Colonel Sanders pula gagal lebih 1000 kali sebelum berjaya mencipta resipi ayam goreng KFC. Adik beradik Wright terpaksa

Page 26: Petua Menjadi Pelajar Cemerlang

berdepan dgn pelbagai cemuhan masyarakat sebelum akhirnya berjaya mencipta kapal terbang. Apakah persamaan yg ada pada mereka yg telah berjaya ini?

Mereka percaya bahawa walau apa sekalipuncabaran dan halangan, kejayaan pasti akan menjelma.

Mereka percaya benar-benar tanpa sebarangkeraguan. Mereka sanggup menunggu saat kecemerlangan itu tiba walaupun terpaksamelakukannya ribuan kali. Alasannya cukup mudah – ANDA ADALAH INSAN TERHEBATYANG DICIPTA TUHAN. Buktinya dlm sehari:

Jantung anda berdegup 103 689 kali Darah anda berjalan 270 369 792 km Anda bernafas 23 040 kali Anda menyedut 12 meter padu udara Anda makan 1.5 kg makanan Anda minum 2.75 liter air Anda bercakap 25 800 hingga 30 000 patah perkataan Anda gerakkan otot-otot badan 750 kaliKuku anda tumbuh 0.000046 inci Rambut anda tumbuh 0.01714 inci Anda gerakkan 7 000 000 sel otakOtak anda boleh menyimpan lebih 125 500 000 000 000 maklumat

Rahsia 3: Tumpuan dalam kelas

Semua pelajar mahukan markah 100%, tetapi dari manakah datangnya markah 100% itu? Ia datang dari 3 sumber iaitu

kerja sekolah yang disiapkanulangkaji yg dilakukantumpuan dalam kelasWalaupun begitu, tumpuan dalam kelas adalah penyumbang terbesar dalam mencapai markah 100% ini. Sejak kecil anda disuruh beri tumpuan tetapi persoalannya bagaimanakah untuk memberi tumpuan sepenuhnya? Adakah dgn melihat dan mendengar 100% itu memadai untuk menjadi pelajar cemerlang? Sebenarnya dlm memberikan tumpuan anda perlu melakukan beberapa perkara yg sangat penting iaitu:

Jangan alih mataDengar dan fahamkanAwasi mindaAwasi diriBuat catatatan

Ramai pelajar sekadar duduk dlm kelas dan mendengar apa yg disampaikan oleh guru. Akibatnya ramai yg selepas kelas hanya mendapat 30% sahaja daripada apa yg guru ajarkan. Sebahagian besarnya anda

Page 27: Petua Menjadi Pelajar Cemerlang

lupa dan tidak faham. Sebab itulah penting untuk anda membuat catatan. Anda hendaklah mencatat perkara yg berikut:

Apa yg ditulis DAN dipapar oleh guru di papan putih atau projektorApa yg diucapkan secara lisan oleh guru. Ada kalanya guru tidak memaparkan atau menulis apayg mau disampaikannya. Sebaliknya dia menceritakannya secara lisan. Di sinilahpelajar perlu cekap memasang telinga dan mencatat apa sahaja maklumat pentingPerkara yg tidak faham. Tidak semua yg guru ajarkan itu kita faham. Tetapi masalahnya kebanyakan pelajar sekadar membiarkan saja apa yg mereka tak faham. Untuk menyedapkan hati mereka, mereka pujuk hati mereka, berkata ”tak apa, awal lagi, nanti aku bacalah”. Masalahnya, mereka tidak ambil apa-apa tindakan pun. Semakin hari, semakin banyak perkara yg mereka tak faham. Akibatnya, apabila keputusan pepeiksaan mereka jatuh, mereka akan cakap pelajaran tu susah, guru tak pandai mengajar, kawan-kawan kacau, dan macam-macam lagi. Hakikat sebenarnya ialah, mereka tidak selesaikan masalah tidak faham itu dari awal lagi.Soalan-soalan. Ada kalanya pelajar mempunyai soalan yg mahu ditanya tetapi tak sempatkerana guru sudah pun keluar. Ramai pelajar membiarkan saja soalan-soalan itudan akhirnya lupa. Apabila ada soalan, catatlah soalan itu..... supaya andaboleh bertanya kepada guru di lain masa.

Rahsia 4: Ada Strategi Belajar Yang Berkesan

Kalau teknik belajar anda betul tapi anda tiada strategi belajar belajar yg berkesan, maka pencapaian anda dalam peperiksaan adalah biasa-biasa saja. Strategi itu penting supaya anda boleh cemerlang.

Macam dalam sukan bola sepak atau badminton contohnya, seorang atlet yang mau kan kemenangan tidak hanya bergantung kepada kekuatannya semata-mata untuk menang dlm sukan tu, tapi dia juga perlukan strategi untuk mengalahkan lawannya.Contohnya dlm sukan badminton - jika lawannya adalah seorang yang bermain tangan kanan, maka atlet tersebut perlu sentiasa menghantar bulu tangkis ke sebelah kiri lawan supaya lawan menghadapikesukaran untuk mengambil bulu tangkis itu secara back hand return. OK – perkara tu tolak ke tepi. Apa yg penting di sini ialah, Belajar Mempunyai Strategi Tertentu~~

Strategi belajar terbahagi kpd 3 peringkat: 1. Persediaan Sebelum Kelas2. Dalam Kelas3. Selepas Kelas

Persediaan Sebelum Kelas

Sebelum kelas anda perlu baca dulu apa yg akan diajarkan oleh guru nanti. Memang ketika membaca itu mungkin banyak perkara yg anda keliru dan tidak faham. Jangan bimbang sebab semua pelajar akan berdepan dgn masalah itu. Tetapi apabila dlm kelas, setelah guru mengajarkan perkara tersebut, segala kekeliruan anda akan terungkai. Ketika itu anda akan bertindak balas secara aktif terhadap apa yg disampaikan oleh guru. Sekiranya anda tak membaca sebelum masuk ke kelas, anda akan bertindak balas secara pasif dan ini menjadikan anda berasa belajar itu bosan.

Page 28: Petua Menjadi Pelajar Cemerlang

Anda juga perlu imbas kembali apa yg telah diajarkan oleh guru sebelum ini. Dengan membuat sedikit ulangkaji, anda akan lebih bersedia dan dapat mengaitkan apa yg diajarkan dan apa yg telah anda pelajari sebelumnya.

Satu lagi perkara yg penting ialah siapkan semua kerja sekolah sebelum anda masuk ke kelas. Anda tak mahu emosi anda terganggu apabila guru menegur sikap anda. Ini akan membuatkan anda rasa malu dan rendah diri. Emosi yg terganggu ini juga akan membuatkan anda tidak menumpukan sepenuh perhatian dalam kelas.

Persediaan Dalam Kelas

Ketika guru mengajar, sebaik-baiknya duduk di barisan hadapan. Tetapi jika anda tak dapat duduk di barisan hadapan, itu bukan la alasan untuk anda tidak menumpukan perhatian semasa guru mengajar. Berikan tumpuan yg sebaiknya, tunjukkan minat yg mendalam terhadap apa yg guru ajarkan. Tanya diri anda dgn 7 soalan iaitu Apa? Siapa? Bila? Di mana? Kenapa? Bagaimana? dan Berapa? Soalan-soalan itu akan membuatkan anda berfikir secara kritis semasa guru mengajar dan ini akan meningkatkan lagi tumpuan dan minat anda. Libatkan diri secara aktif dalam kelas dan sentiasa berusaha untuk menarik perhatian guru dengan kesungguhan dan kerajinan anda. Jangan lupa membuat catatan seperti yg telah dibincangkan sebelum ini.afro

Selepas Kelas

Selepas kelas lakukan perkara berikut:

study Semak seimbas apa yg telah dipelajari kerana manusia biasa akan lupa 80% dripada apa yg telah dipelajari hanya dlm masa 24 jam.study Semak pemahaman dan nota anda sebab apa yg anda sangka faham itu belum tentu betulstudy Adakan perbincangan secara kumpulan. Oleh itu, masalah dapat diselesaikan dengan bantuan rakan-rakan yglainstudy Memperkayakan bahan melaui bacaan tambahan.

Rahsia 5: Fikir Positif

75% dripada fikiran kita adalah negatif. Sebab itu la ramai pelajar gagal utuk berubah sebab tanpa mereka sedari pemikiran negatif ini yg mengawal tindakan dan keputusan yg mereka buat. Manusia berfikir lebih dgn menggunakan gambaran-gambaran dan suara. Oleh itu anda mesti lazimkan minda anda agar sentiasa menghasilkan gambaran dan suara yg POSITIF.

Sebagai contoh apabila anda kata, ”Mulai hari ni bilik aku tidak berselerak lagi”, apa yg anda gambarkan dalam minda? Anda sebenarnya nampak bagaimana bilik anda berselerak, sedangkan anda tidak mahu begitu lagi. Adakah cara fikir sebegini positif? Tidak! Sebab apa yg kelihatan dan digambarkan oleh minda anda maka itulah nanti yg akan anda hasilkan. Oleh itu yg positifnya ialah dgn berkata ”Mulai hari ni bilik aku KEMAS”. Anda terus tergambar suasana yg kemas sekarang. Begitu juga dalam belajar anda perlu fikir yg anda rajin, anda boleh, anda berubah, anda hebat, anda berani. Bukan fikir anda tidak malas, anda tidak takut, anda tidak membuang masa.....

Page 29: Petua Menjadi Pelajar Cemerlang

Buang perkataan ’TIDAK’. Gunakan perkataan PASTI dan MESTI dlm percakapan anda sebab perkataan sebegini lebih bertenaga dan menyuntik kemahuan anda utk cemerlang.

Cikgu SenseiMBF Member (B)MBF Member (B)

Number of posts: 78Age: 27Location: Cheras / Tg MalimHumor: Teaching is not a mere profession. Teaching is responsibility, teaching requires knowledge n skills. Teaching is JIHAD FI SABILILLAHRegistration date: 25/11/2009

View user profile

Rahsia 6: Berkawan Dengan Rakan Yang Positif

Apabila anda salah pilih kawan maka salahlah haluan hidup anda. Kawan-kawan yg anda pilih mempengaruhi aktiviti, peribadi dan pemikiran anda. Kerana kawan, seorang pelajar yg lemah boleh berjaya, dan kerana kawan juga seorang pelajar yg pandai boleh gagal.

Tidak salah punyai ramai kenalan tetapi sebaiknya kawan yg rapat itu cukuplah sekadar beberapa orang sahaja. Berkawan dengan mereka yg punya matlamat dan mahu berjaya dlm pelajarannya.

Cari kawan yg menjaga agamanya sebab anda pasti tidak akan rugi jika berkawan dgn rakan sebegini.

Elakkan cinta monyet kerana apabila anda dewasa anda punyai masa yg cukup untuk menjalin hubungan yg serius tanpa menggadaikan masa depan anda sendiri.

Renungkan pepatah Arab ini:”Bersahabat dengan penjual minyak wangi nescaya bau wanginya akan terkena pada diri anda”

Rahsia 7: Mempunyai Kumpulan Belajar

Sesetengah pelajar tak mau belajar berkumpulan sebab katanya ia sekadar membuang masa. Mereka fikir kalau 2 jam masa belajar berkumpulan itu digunakan untuk belajar sendiri maka lebih banyak yang boleh mereka baca. Keadaan ini berlaku kerana anda tidak faham tujuan belajar berkumpulan dan bagaimana belajar berkumpulan dengan berkesan. Banyak perkara yg boleh anda lakukan secara kumpulan yg anda tak mampu lakukannya seorang diri. Sebab tu lah anda perlu tahu cara belajar berkumpulan yg berkesan.

Page 30: Petua Menjadi Pelajar Cemerlang

Berikut disediakan strategi belajar berkumpulan yg berkesan:

1. Pilih ahli dalam lingkungan 3 hingga 5 orang sahaja untuk satu kumpulan. Tiada gunanya mempunyai ahli kumpulan yg ramai tapi akhirnya terpaksa menaggung macam2 perangai. Pilih ahli yg betul-betul nak belajar. Mereka tidak semestinya begitu pandai, tapi yg penting adalah mempunyai kemahuan yg tinggi untuk belajar.Razz

2. Beri nama kpd kumpulan anda. Ini amat menyeronokkan.

3. Lantik seorang ketua yg disenangi semua.

4. Rancang awal-awal mengenai jadual belajar berkumpulan dan jugak bahan belajar. Sebaik-baiknya siapkan jadual belajar yg merangkumi tajuk-tajuk dan subjek yg mahu dibincangkan.

5. Setiap org MESTI BACA DULU TOPIK YG INGIN DIBINCANGKAN. Kemudian senaraikan setiap masalah yg tidak difahami dlm satu buku nota. Sewaktu belajar berkumpulan, fokuskan kepada penyelesaian masalah. Setiap pelajar nyatakan apa yg mereka tak faham dan bincangkan penyelesaiannya. Dengan cara ini semua pelajar berpuas hati sebab melalui perbincangan kumpulan, masalah sudah selesai. Jika penyelesaian masalah tidak dapat ditemui, buat satu temujanji dgn guru dan semua ahli sama-sama pergi berjumpa guru untuk dapatkan penjelasan.

6. Perlu juga untuk ahli kumpulan bersama-sama menjalani aktiviti luar. Ini untuk mengeratkan persahabatan dan memahami watak dan perangai masing-masing. Sebab dgn memahami rakanlah maka kita dpt bersahabat dgn baik. Razz

Rahsia 8: Pengurusan Masa yang Berkesan

Pengurusan masa yg berkesan adalah kunci kecemerlangan pelajar. Hari ini pelajar sibuk dengan pelbagai komitmen dan aktiviti – kurikulum atau ko-kurikulum. Mereka menghadiri kelas agama, tuisyen, sukan dan lain-lain. Kesannya, masa belajar terasa kurang sedangkan masa cuma ada 24 jam saja sehari. Tetapi ramai pelajar yg masih mampu mencapai kecemerlangan walaupun sibuk sebegini. Sebab itulah anda perlu tau bagaimana untuk memanfaatkan masa sepenuhnya.

Soalan yg selalu pelajar tanya – BILA MASA YG SESUAI UNTUK BELAJAR. Sebenarnya anda boleh belajar pada bila-bila masa saja sebab anda saja yg tau rutin harian anda dan masa yg paling sesuai untuk anda belajar. Tetapi kalau anda sendiri tak pasti pilihlah untuk tidur malam lebih awal dan bangun awal di keheningan pagi, kerana sewaktu sebelum Subuh keadaan lebih tenang dan nyaman, udara lebih segar, otak anda juga tengah segar. Emosi anda tak terganggu, gangguan dari luar juga tiada.

Berapa lama belajar?

Page 31: Petua Menjadi Pelajar Cemerlang

Biasanya kalau murid sekolah rendah, ulangkaji 2 jam sehari sudah mencukupi. Bagi pelajar sekolah menengah pula, jumlah masa perlu ditingkatkan kepada 3 – 5 jam sehari. Bagi pelajar universiti jumlah ulangkaji adalah 4 – 5 jam sehari. Jumlah ulangkaji ini bergantung kepada jumlah mata pelajaran yg anda ambil. Lebih banyak mata pelajarannya maka lebih banyaklah masa untuk ulangkaji. Tetapi jangan pulak salah faham, maksud 4 – 5 jam ni bukan la belajar secara berterusan. Anda mungkin belajar 1 jam di waktu Subuh, 1 jam di waktu petang dan 3 jam di waktu malam. Ini menjadikan jumlah masa belajar anda 5 jam sehari. Yang penting adalah bukan berapa lama belajar tapi berapa banyak yg anda belajar. Tak ada gunanya kalau anda belajar 3 jam tapi bahan yg anda pelajari itu boleh dihabiskan dalam masa 1 jam sahaja sekiranya anda benar-benar fokus.

Tahap konsentrasi atau tumpuan belajar adalah berbeza. Ada pelajar boleh tumpu selama 60 minit, ada pula yg hanya bertahan 20 minit. Jangan paksa diri anda. Sekiranya anda rasakan tumpuan anda mula terganggu, rehatlah seketika iaitu lebih kurang 5 minit. Selepas itu sambung semula belajar. Sebelum anda sambung belajar, imbas kembali apa yg telah anda baca sebelumnya. Kalau begitu, anda perlu tahu tahap konsentrasi anda. Jika anda hanya mampu fokus selama 20 minit, maka selepas 20 minit belajar ambil rehat selama 5 minit. Kemudian sambung semula 20 minit lagi, kemudian rehat 5 minit, kemudian sambung lagi 20 minit. Dengan ini cukuplah 1 jam tempoh anda belajar. Razz

Dalam satu sesi belajar, pelbagaikan aktiviti belajar supaya anda tidak jemu. Selang-selikan aktiviti membaca dgn membuat nota, menceritakan semula apa yg telah dipelajari, membuat peta konsep/ peta minda, menjawab soalan-soalan, lakar rajah dan sebgainya.

Jangan letakkan matlamat membaca yg terlalu besar. Misalnya, meletakkan matlamat utk membaca 100 muka surat dlm masa 1 jam adalah tidak realistik. Sebaliknya, matlamat untuk menghabiskan dan memahami 20 muka surat lebih munasabah dan boleh dicapai.

Sediakan jadual belajar atau perancangan mingguan tentang bahan-bahan yang mahu diulangkaji. Dengan adanya jadual belajar ini maka anda tahu berapa banyak bahan yang perlu dihabiskan setiap minggu bagi membolehkan anda bersedia sebelum peperiksaan.

Sediakan senarai tugas harian (”TO DO” lists) pada malam sebelumnya. Maknanya anda tahu apa yg mahu disiapkan esok hari. Tentukan tahap keutamaan dan kepentingan setiap butiran yg disenaraikan.

Rekodkan senarai itu dalam satu kertas bagi memantau tindakan anda menjayakan perancangan anda. Pangkah setiap tugas yg telah selesai dengan jayanya dalam senarai ”TO DO” lists anda.

Memberi ganjaran kepada diri anda setiap kali anda berjaya mencapai setiap perancangan yg telah anda senaraikan. Pelbagai bentuk ganjaran yg boleh dilakukan seperti bermain, berehat, menonton TV dan sebagainya.

Fokus sekurang-kurangnya 50% daripada masa belajar anda terhadap proses output iaitu proses memanggil semula maklumat.

Page 32: Petua Menjadi Pelajar Cemerlang

Rahsia 9: Konsisten atau Istiqamah

Pelajar berjaya adalah mereka yg bukannya rajin hari ni, tapi esoknya malas. Mad Hari ni punyalah rajin mengalahkan Nur Amalina Che Bakri tapi esoknya malas bukan main. Perasaan rajin dan malasnya turun naik macam roda.

Sebaliknya, pelajar yg betul-betul cemerlang adalah mereka yg konsisten atau istiqamah dalam belajar. Buat sedikit, tapi berterusan. Mereka dah meletakkan sasaran, misalnya nak habiskan 10 muka surat setiap hari; atau mahu menjawab 50 soalan setiap hari. Istiqamah membentuk tabiat dan tabiat pula membentuk peribadi.

Anda tentu pernah denga peribahasa ini – sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Peribahasa ini sebenarnya menekankan soal konsisten dalam berusaha. Adalah penting untuk pelajar ketahui bahawa otak kita memerlukan masa untuk memindahkan maklumat dari memori jangka pendek ke memori jangka panjang. Oleh itu apabila pelajar itu membuat ulangkaji dan pengulangan secara berterusan akhirnya sesuatu yg sukar dihafal akan menjadi mudah.

Dari mana datangnya keyakinan diri? Sebab ramai pelajar yg berkata bahawa mereka tak yakin untuk cemerlang dalam peperiksaan. Keyakinan datangnya daripada persediaan. Apabila anda konsisten melakukan latihan, maka keyakinan diri turut meningkat. Anda mesti uji kemampuan diri sebelum menduduki peperiksaan.

Arrow Adalah satu kesilapan apabila anda fikir anda telah pun bersedia tanpa terlebih dahulu mengukur kebolehan anda untuk cemerlang.

Arrow Dapatkan soalan-soalan tahun lepas dan jawab mengikut masa dan format seperti dalam peperiksaan sebenar.

Arrow Pastikan anda bukan sekadar membaca dan menghafal sahaja tetapi anda perlu konsisten melakukan proses pembelajaran output seperti menjawab soalan, menceritakan semula apa yg telah dibaca, berbincang, mengajar kawan dan membuat nota-nota output.

Rahsia 10: Agama Nombor 1

Bagi pelajar agama Islam, mereka faham hakikat hidup ini sebagai satu ibadah dan betapa pentingnya meminta guru menghalalkan setiap ilmu serta memohon restu guru dan ibu-bapa agar pelajaran mereka diberkati. Mereka juga menitikberatkan ibadah harian dan sentiasa berdoa agar hidup mereka sentiasa dalam rahmat Allah s.w.t.

Malah mereka yg mempunyai latar belakang agama yg kukuh biasanya mempunyai self-esteem yg tinggi. Mereka tak mudah mengalah dan putus asa, bersyukur dan reda. Hati mereka juga terang dan mudah faham serta mudah ingat apa yg dah dibaca. Pergantungan hidup mereka hanya kepada Tuhan dan mereka yakin apabila mereka berusaha Tuhan pasti memberi kejayaan.

Page 33: Petua Menjadi Pelajar Cemerlang

Kita mesti ingat, hak kita hanyalah berusaha dan hak Tuhan menentukan segalanya. Walau betapa kuat usaha kita, segalanya takkan membuahkan hasil kalau Tuhan tak izinkannya. Oleh itu, dekatkanlah diri kepada Tuhan agar apa yg diusahakan menjadi kenyataan. Malah Tuhan akan mempermudahkan jalan menuju kejayaan.

Bagi orang Islam, sentiasalah berzikir dan mengingati Tuhan. Pastikan anda baca Al-Quran setiap hari. Banyakkan buat solat hajat dan berdoa kepada Tuhan. Insya-Allah, kejayaan akan datang setelah anda berusaha dengan sebetulnya.

LANGKAH MENJADI PELAJAR CEMERLANG...!

Tidak dapat dinafikan bahawa setiap pelajar pasti mempunyai keinginan untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Kecemerlangan ini hanya akan dapat dicapai sekiranya pelajar-pelajar berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya. Kecemerlangan dalam peperiksaan bukanlah sesuatu yang sangat sukar untuk dicapai sekiranya pelajar itu sendiri mempunyai iltizam dan keazaman yang tinggi untuk mencapainya. Pelajar-pelajar tidak sepatutnya menganggap perkara ini sesuatu yang remeh atau mudah kerana keputusan peperiksaan mampu menjamin masa hadapan seseorang pelajar yang lebih gemilang. Oleh hal itu, pelajar-pelajar janganlah menyesal pada masa hadapan disebabkan tidak dapat memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan, jika asyik mengabaikan pelajaran, bak kata orang tua-tua, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna. Sebagai seorang pelajar, saya harus berusaha mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang sepatutnya saya lakukan untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan itu nanti?

Langkah yang pertama yang akan saya lakukan untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan adalah dengan sentiasa memberikan perhatian ketika guru sedang mengajar di bilik darjah. Apabila saya memberikan perhatian ketika seseorang guru sedang mengajar, sudah tentulah sesuatu pembelajaran tersebut akan cepat diserap masuk ke dalam minda saya. Bahkan seorang pakar psikologi pernah mengatakan bahawa lima puluh peratus kejayaan pelajar-pelajar disebabkan faktor memberikan sepenuh tumpuan ketika proses pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan. Saya juga akan terlibat secara aktif ketika proses pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan agar fikiran saya tidak mengelamun jauh semasa guru mengajar. Saya juga juga akan menyiapkan segala kerja rumah yang diberikan oleh guru-guru supaya saya akan lebih memahami sesuatu topik dan tidak ketinggalan dalam pelajaran. Saya juga akan bertanya kepada guru-guru sekiranya terdapat sesuatu topik atau tajuk yang kurang saya fahami kerana berdasarkan satu kajian yang telah dijalankan yang telah mendapati bahawa kebanyakan kecemerlangan pelajar-pelajar dalam peperiksaan disebabkan oleh pelajar-pelajar yang sentiasa mengemukakan soalan-soalan sekiranya terdapat sesuatu topik atau tajuk yang kurang difahami oleh mereka. Tegasnya, memberikan tumpuan ketika guru-guru sedang mengajar dan dengan menyiapkan segala kerja rumah merupakan salah satu langkah dalam mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan.

Selain itu, saya akan menguruskan masa dengan bijak dan berkualiti. Saya akan menyediakan jadual waktu belajar dan cuba mengikutinya dengan jujur sekiranya saya ingin mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Hal ini demikian kerana berdasarkan satu kajian, jadual waktu belajar dapat membantu para pelajar menguruskan masa secara berkualiti agar kita akan mempunyai masa yang mencukupi untuk mengulang kaji pelajaran dengan lebih menyeluruh dan bersiap sedia untuk menghadapi peperiksaan. Malah, jika saya mengikuti jadual waktu belajar yang telah saya tetapkan

Page 34: Petua Menjadi Pelajar Cemerlang

dengan jujur, pasti saya tidak akan menggelabah ketika peperiksaan menjelang tiba. Tambahan pula, kebanyakan pelajar yang berjaya biasanya terdiri daripada pelajar-pelajar yang telah membuat persiapan awal. Manakala, pelajar-pelajar yang tidak membuat persiapan awal kerana mereka terlalu leka membuang masa dan tidak berpegang kepada pepatah masa itu emas dan masa yang berlalu tidak akan kembali, maka mereka tidak dapat menghabiskan semua tajuk sebelum tiba peperiksaan. Jelasnya, pengurusan masa yang cekap akan membuatkan saya lebih bersedia menghadapi sesuatu peperiksaan.

Pada waktu yang sama, untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan, saya akan memperbanyak aktiviti mengulang kaji pelajaran secara berterusan. Ungkapan yang dipetik daripada bahasa Inggeris iaitu, 'practice makes perfect' sesusai dipraktikkan. Kalau ungkapan ini ditukarkan ke dalam bahasa Melayu, maka ungkapannya akan menjadi, “praktis asas kecemerlangan”. Kedua-dua ungkapan ini membawa maksud yang sama iaitu jikalau seorang itu membuat latihan yang banyak maka dia akan mencapai kecemerlangan dalam apa-apa jua bidang. saya akan membuat latihan bagi setiap mata pelajaran setelah selesai mengulang kaji sesuatu topik. Hal ini kerana saya akan lebih menguasai sesuatu topik dan secara tidak langsung saya akan biasa dengan jenis-jenis soalan yang akan ditanya dalam peperiksaan. Saya juga akan membuat ulang kaji secara berterusan bak kata pepatah sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain dan sedikit-sedikit , lama-lama jadi bukit. Saya akan belajar bersungguh-sungguh dan saya akan membuat ulang kaji secara berterusan untuk memastikan saya tidak akan ketinggalan dalam pelajaran dan terutamanya dalam mata pelajaran Sains. Tegasnya, saya akan membuat latihan yang banyak dan jika saya mengulang kaji pelajaran secara berterusan, pasti saya akan mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan nanti.

Seterusnya, saya akan mengikuti kelas tuisyen. Jika saya segan bertanyakan guru-guru di sekolah, bolehlah saya bertanya kepada guru-guru yang mengajar di kelas tuisyen tetapi saya juga perlulah menghapuskan perasaan segan bertanya kepada guru-guru di sekolah kerana bak kata pepatah malas berkayuh perahu hanyut, segan bertanya sesat jalan. Malahan, jika saya tidak memahami sesuatu topik yang diajar oleh guru-guru di pusat tuisyen, maka bolehlah saya bertanya kepada guru-guru yang mengajar di bilik darjah. Tambahan pula, jika terdapat sesuatu topik itu diajar dua kali, maka saya akan lebih mudah memahami dan saya juga akan lebih menguasai sesuatu topik itu. Contohnya, di sekolah diajar topik yang sama seperti yang telah diajar di pusat tuisyen terlebih dahulu, maka saya akan lebih faham. Di samping itu, saya juga boleh mengikuti program di sekolah kerana ini juga membantu saya untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Saya akan menyertai segala program yang telah dianjurkan oleh pihak sekolah seperti Minggu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, Teknik Menjawab Soalan-soalan dan lain-lain lagi. Sekiranya saya menyertai program-program yang dianjurkan oleh pihak sekolah, saya akan didedahkan dengan jenis-jenis soalan dan latihan yang kerap kali akan ditanya dalam peperiksaan. Jelasnya, penyertaan saya dalam program-program sekolah dan mengikuti kelas-kelas tuisyen juga merupakan langkah bagi saya untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan.

Langkah yang berikutnya ialah saya akan bersikap sabar, tabah dan tidak mudah berputus asa. Saya tidak akan cepat mengalah apabila saya gagal dalam sesuatu buat kali pertama dan kedua, malah saya akan terus berusaha bersungguh-sungguh untuk lulus dalam sesuatu perkara kerana saya berpegang pada prinsip, gagal sekali tidak bermakna gagal selama-lamanya. Saya juga akan tabah apabila terdapat apa-apa masalah atau cabaran yang saya hadapi. Seorang ternama pernah menyatakan bahawa jika seseorang itu berjaya dalam hidupnya, tentu dia telah menempuhi beberapa kali kegagalan kerana untuk mencapai sesuatu tentu ada kekangan dan halangan. Contohnya, jika saya gagal mendapat penyelesaian untuk sesuatu soalan, saya tidak akan putus asa, malah saya akan mencuba beberapa kali sehingga saya mendapat penyelesaiannya. Tegasnya, saya perlu bersikap sabar, tabah dalam

Page 35: Petua Menjadi Pelajar Cemerlang

menghadapi halangan dalam mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan dan saya tidak akan mudah berputus asa untuk memperoleh kecemerlangan dalam peperiksaan.

Akhir sekali, saya juga akan mematuhi segala nasihat kedua-dua orang ibu bapa saya dan saya juga akan sentiasa berdoa kepada Allah. Kata orang tua-tua, Allah hanya akan menolong dan memberkati hidup anak yang taat kepada ibu bapa, Kenyataan ini pasti benar kerana orang-orang tua mempunyai pengalaman yang luas. Saya akan sentiasa patuh akan nasihat dan tunjuk ajar ibu bapa kerana saya sedar bahawa syurga terletak di telapak kaki ibu. Malah, saya juga akan sentiasa berdoa kepada Allah supaya saya tidak akan jatuh sakit pada hari peperiksaan kerana manusia hanya mampu merancang, Allah yang menentukan segala-galanya. Jelasnya, untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan, saya perlulah mematuhi segala nasihat kedua-dua orang ibu bapa saya dan saya juga akan sentiasa berdoa dan bersyukur kepada Allah atas segala pemberian-Nya.

Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah saya simpulkan bahawa untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan, saya perlulah mengikuti langkah-langkah yang telah saya tulis dalam beberapa perenggan di atas. Saya perlu mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan agar masa depan saya lebih terjamin dan cemerlang. Justeru, saya akan belajar lebih berungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan, ibarat genggam bara api biar sampai jadi arang.

CARA-CARA MENJADI PELAJAR CEMERLANG

Setiap orang pasti meninginkan kecemerlangan dalam hidup. Begitu juga dengan seseorang pelajar. Sebagai seorang pelajar kecemerlangan dalam pelajaran merupakan matlamat yang ingin dicapai. Mereka sudah semestinya ingin mencapai keputusan cemerlang dalam setiap peperiksaan seperti UPSR, PMR, SPM dan juga STPM. Persoalannya, adakah kecemerlangan itu boleh datang dengan sendirinya? Beberapa perkara mesti dilakukan oleh seseorang pelajar itu jika dia mahu menjadi pelajar yang cemerlang.Memiliki Sikap Rajin Antara cara-cara menjadi pelajar cemerlang ialah pelajar mesti memiliki sikap rajin. Pelajar mesti rajin membaca buku di sekolah dan juga di rumah. Pelajar juga mesti rajin menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru dan mereka perlu bertanya kepada guru jika mereka tidak faham tentang sesuatu perkara atau topic. Apabila peperiksaan, pelajar mesti mengulang kaji pelajaran dengan legih bersungguh-sungguh lagi.Displin Diri Selain itu, pelajar juga mesti mempunyai displin diri yang tinggi. Pelajar mesti menepati masa dan menggunakan masa yang ada dengan sebaik mungkin. Oleh itu, sewajarnyalah pelajar mempunyai jadual belajar yang lengkap dan mereka mesti mematuhi jadual belaar tersebut. Pada masa lapang pula pelajar mesti melakukan aktiviti berfaedah seperti membaca bahan ilmiah dan melayari internet bagi menambahkan lagi pengetahuan mereka.Menghormati Ibu Bapa Dan Guru Jika pelajar ingin cemerlang dalam pelajaran, pelajar mestilah sentiasa menghormati ibu bapa dan guru-guru. Pelajar juga mesti mendengar nasihat ibu bapa dan guru-guru. Pelajar mesti menerima teguran ibu bapa dan guru-guru dengan fikiran yang terbuka dan positif. Pelajar juga mesti menyayangi ibu bapa dan guru-guru agar pelajar juga akan sentiasa disayangi dan diberkati.Aktif Dalam Kokurikulum

Page 36: Petua Menjadi Pelajar Cemerlang

Di samping itu, pelajar juga mesti aktif dalam aktiviti kokurikulum. Terdapat banyak faedah jika pelajar mengikuti aktiviti kokurikulum. Antara faedahnya ilah pelajar yang menyertai aktiviti kokurikulum akan menjadi cergas dan mereka juga dapat menambahkan pengetahuan serta pengalaman. Selain itu, terdapat pengetahuan dalam bidang kokurikulum yang dapat membantu pelajar semasa menjawab soalan peperiksaan.Menjaga Kesihatan Diri Pelajar yang cemerlang juga akan menjaga kesihatan diri. Sesungguhnya, kesihatan yang baik membolehkan pelajar menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajar. Dengan kesihatan yang baik juga, pelajar dapat mengulang kaji pelajaran dengan baik terutama ketika menjelang peperiksaan. Semasa hari peperiksaan pula, pelajar yang mempunyai kesihatan yang baik akan menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan baik. Sebagai kesimpulan, terdapat beberapa cara yang perlu dilakukan oleh pelajar untuk menjadi pelajar cemerlang. Ibu bapa perlu membantu anak-anak dalam menyediakan kemudhan belajar. Pada pendapat saya, pihak sekolah perlu mengadakan program-program motivasi agar mereka terdorong untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Pelajar pula mestilah membuat persediaan lebih awal dalam menghadapi peperiksaan agar mereka boleh menjadi pelajar yang cemerlang.

7 Perangkap Menuntut Ilmu1. Masih Mengenang Kegemilangan LaluRamai penuntut di kolej/universiti adalah pelajar-pelajar cemerlang di sekolah menengah. Ini memberi mereka rasa selamat yang palsu. Mereka mungkin telah menjadi pelajar kesayangan guru dan pelajar cemerlang dalam kelas mereka tetapi apa yang mereka tidak sedar ialah apabila mereka masuk ke kolej/universiti, mereka sedang belajar dengan 200 lagi pelajar cemerlang. Mereka juga tidak sedar bahawa mereka sedang mempelajari subjek yang keseluruhannya baru yang mana mereka perlu mendapat bimbingan untuk memperolehi ilmu pengetahuan. Oleh yang demikian, jika pendekatan mereka silap, sukar bagi mereka untuk memahami apa yang mereka sedang pelajari.

2. Kejutan Budaya

Penuntut yang masuk ke kolej/universiti akan mengalami perubahan yang mendadak dalam budaya hidup dan budaya belajar mereka yang mana kini mereka hidup berjauhan daripada ibu bapa mereka atau disiplin ketat sekolah berasrama. Oleh kerana kehadiran ke kuliah tidak diambil maka tidak ada sesiapa pun yang tahu jika seseorang itu ponteng kuliahnya. Di sekolah atau pusat matrikulasi, semua yang perlu dipelajari oleh pelajar diberi oleh guru atau tutor. Sebaliknya di kolej/universiti, pensyarah bertugas membekalkan prinsip-prinsip asas dan ilmu pengetahuan teras yang perlu diperluaskan oleh penuntut-penuntut sendiri dan berkeupayaan menggunakan ilmu yang diberi. Kejutan budaya yang mendadak ini menyebabkan ada penuntut-penuntut menghadapi kesukaran menyesuaikan diri mereka. Sekiranya keadaan ini tidak di tekankan kepada penuntut-penuntut dan menyediakan mereka bersedia terhadap kenyataan ini, kejutan budaya ini boleh menjejaskan prestasi mereka. Pendekatan pembelajaran berasaskan masalah yang digunakan di kolej/universiti adalah sesuatu yang baru dan ia menggunakan kaedah pembelajaran terarah pada penuntut dan ia adalah amat berbeza daripada kaedah belajar di sekolah. Situasi sebenar: Seorang penuntut yang baru masuk ke kolej/universiti diberi sebuah kereta dan telefon bimbit dan tinggal di pangsapuri bersama kawan-kawannya. Dengan budaya berkumpulan ini mereka keluar makan malam pada pukul 8 malam dan balik pada jam 10 malam, kemudian baru mula belajar. Mereka meneruskan rutin ini sehingga semua ahli dalam kumpulan ini

Page 37: Petua Menjadi Pelajar Cemerlang

gagal peperiksaan dalam peperiksaan tahun pertama. Selepas gagal percubaan mengulangi peperiksaan yang sama mereka terpaksa bertukar ke fakulti lain.

3. Memilih Atau Dipilih Oleh Rakan-rakan Yang ‘Salah’

Bercakap melalui pengalaman saya, saya dapati ramai pelajar yang cemerlang di sekolah tidak menunjukkan prestasi sebaik yang sepatutnya di universiti oleh kerana mereka bergaul dengan kumpulan rakan yang salah yang tidak tahu keutamaan dan matlamat penuntut kolej/universiti. Mereka suka dan teruja bertemu kawan-kawan baru dan menemui cara-cara baru menghabiskan masa berhibur sesama mereka terutama sekali apabila mereka mendapat banyak wang daripada ibu bapa kaya yang berfikir anak mereka akan mencapai prestasi yang baik jika mereka diberi segala-galanya.

4. Hilang Semangat

Ramai pelajar belajar bersungguh-sungguh untuk peperiksaan semata-mata untuk masuk universiti. Malangnya, haluan masa depan kerjaya mereka selepas masuk ke universiti tidak difikirkan dulu atau dibincangkan dengan kaunselor sekolah. Setelah bertungkus-lumus untuk masuk ke universiti, mereka hilang semangat dan hilang motivasi untuk belajar.

5. Dipaksa Oleh Ibu Bapa Untuk Mengambil Jurusan Tertentu

Contohnya, bidang perubatan. Ada juga penuntut-penuntut yang tidak berminat dalam jurusan perubatan tetapi masuk ke kolej/universiti kerana dipaksa oleh ibu bapa mereka. Subjek-subjek perubatan tidak boleh dipelajari jika seseornag itu tidak berminat. Melalui pengalaman saya, saya pernah melihat pelajar yang sudah masuk tahun empat berhenti kerana mereka tidak dapat meneruskan dan terpaksa memulakan pengajian di fakulti lain.

6. Belajar Bersendirian

Sewaktu menuntut di kolej/universiti, belajar dalam kumpulan adalah sangat penting. Tiga sebab utama kenapa ada penuntut-penuntut tidak belajar dalam kumpulan: Tidak mahu orang lain tahu tentang kejahilan mereka dalam subjek-subjek yang diambil. Takut berkongsi pengetahuan mereka dengan rakan-rakan yang lain yang mungkin memperolehi markah yang lebih tinggi daripada mereka. Tidak mahu berusaha lebih. Melalui pengalaman saya, ramai penuntut yang tidak mendapat prestasi baik adalah mereka yang tidak mempunyai kumpulan belajar dan hanya berpuas hati duduk di perpustakaan berjam-jam lamanya dan membaca buku. Apabila mereka tidak lulus dengan baik dalam peperiksaan, mereka menjadi murung kerana tidak ada tempat mengadu. Keadaan ini menyebabkan mereka patah semangat dan hilang dorongan untuk belajar. Akhirnya berlakulah lingkaran ganas sebab dan akibat dengan mengakibatkan bertambah lagi kehilangan semangat mereka. Sebaliknya penuntut-penuntut yang ada kumpulan belajar lulus dengan lebih baik dan jika ada di antara mereka yang lulus tidak sebegitu baik, rakan sekumpulan akan cuba membantu mereka sebab kelemahan setiap ahli telah didedahkan semasa sesi perbincangan.

7. Terlalu Bersaing dan Tidak Bekerjasama

Ini lazim berlaku dikalangan penuntut-penuntut perempuan. Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan mereka adalah pelajar cemerlang di sekolah menengah atau pusat matrikulasi. Akibatnya, mereka mahu kekal menjadi pelajar cemerlang dan menjadi terlalu bersemangat serta cuba mendapat sebanyak ilmu

Page 38: Petua Menjadi Pelajar Cemerlang

pengetahuan yang boleh, tanpa memberi pertimbangan kepada orang lain. Masalah ini dijelmakan dalam salah satu atau semua tingkah laku berikut:

- Berebut mendapat perhatian pensyarah.

- Bersikap mementingkan diri dan tidak rela berkongsi dengan orang lain nota- nota dan buku-buku yang baik yang diberi pelajar senior.

- Mengawal atau mendominasikan sesi makmal dan tidak beri peluang kepada orang lain menyertai membuat eksperimen Menyembunyikan fakta yang mereka telah pelajari.

Belajar di kolej/universiti diibaratkan seperti berperang. Kita tidak boleh melakukannya bersendirian. Kerja berkumpulan amat penting. Tidak ada siapa menjadi pesaing dan semua orang merupakan rakan seperjuangan. Semua ahli mesti berkongsi kelengkapan perang untuk memenangi peperangan dan memperolehi kejayaan bersama. Tidak ada kuota berapa orang patut dapat A di kolej/universiti. Hakikatnya, seorang rakan yang mendapat A tidak akan merampas peluang kita untuk mendapat A. Lebih banyak kita memberi, lebih banyak kita mendapat. Dengan kata lain, lebih banyak kita memberi ilmu pengetahuan kepada rakan-rakan kita, berkongsi nota dengan mereka, lebih banyak mereka akan berkongsi dengan kita. Dengan itu dua tambah dua jadi lima, ini yang kita panggil SINERGI.

Oleh PROF. DR. MUHAYA HJ MOHAMAD

POH: Rajin, usaha dan semangat untuk berjaya menjadi pendorong kepada calon yang menduduki Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) pada tahun ini mengukir nama sebagai pelajar cemerlang di seluruh negara.

Seorang pelajar Orang Asli, Shamien A/P Seliman, merupakan satu-satunya calon Orang Asli di negeri ini yang memperoleh keputusan cemerlang apabila mendapat keputusan 7A iaitu mendapat A bagi semua mata pelajaran yang diambilnya.

Berketurunan Semai dari Kampung Tembuh Hangat, Seri Iskandar, Shamien berkata walaupun perlu membantu bapanya berniaga di gerai makan, beliau tetap mencuri masa mengulang kaji pelajaran.

"Saya berada dalam kelas tercorot ketika di tingkatan satu dan tingkatan dua, tetapi ini tidak menjadi penghalang saya untuk berusaha gigih untuk berjaya.

"Saya banyak mengambil masa merujuk kepada rakan-rakan dari kelas lain selain belajar ketika di rumah, selain itu saya juga ada mengambil kelas tambahan yang diadakan oleh pelajar dari Universiti Teknologi Petronas (UTP) di kampung saya," katanya.

KUALA TERENGGANU: Kesusahan dan keperitan hidup tidak menjadi penghalang kepada Izzat Razman Mohd Azmi Ararwat dari Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud di sini untuk memperoleh keputusan 8A.

Menurut pelajar yang berasal dari Kampung Padang Luas Besut itu, melihat kepayahan yang terpaksa ditanggung ibunya sebagai seorang pengasuh kanak-kanak untuk menyara dan memberikan yang terbaik kepada mereka empat beradik menjadi kekuatan untuknya mengubah nasib keluarganya.

Page 39: Petua Menjadi Pelajar Cemerlang

"Ayah meninggal masa umur saya enam tahun dan selepas itu saya selalu melihat emak terpaksa bekerja keras untuk membesarkan kami. Namun itu bukanlah alasan untuk saya gagal dalam pelajaran bahkan kesusahan itulah yang mendorong saya untuk bersaing bersama rakan-rakan yang lain," katanya yang bercita-cita menjadi doktor gigi.

Ketika ditanya rahsia kejayaan anak bongsu daripada empat beradik ini menjelaskan dia hanya mengikuti kelas tambahan yang dibuat oleh pihak sekolah selain memberi tumpuan di dalam kelas dan mengulangkaji pelajaran.

Sementara itu Pengetua Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud Meriam Jusoh berkata seramai 88 daripada 104 calon itu berjaya memperoleh keputusan 8A dan ia sekaligus meletakkan sekolah itu sebagai sekolah terbaik di Terengganu.

BESUT: Sepasang pelajar kembar muncul antara pelajar cemerlang di daerah ini apabila mereka antara 171 calon yang memperoleh semua A dalam keputusan PMR.

Iman Zulaikha Kamarul Zaman dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Mahmud dan adiknya Iman Syuhada kedua-duanya perempuan antara 63 pelajar sekolahnya yang berjaya memperoleh 8A.

Ketika ditemui di majlis pengumuman keputusan di sekolahnya hari ini, Iman Zulaikha memberitahu beliau dan adiknya berasa bangga kerana usahanya belajar secara bersama sejak 6 bulan yang lalu telah membuahkan hasil pada hari ini.

"Kami sering membantu dalam pelajaran antara satu sama lain dan saya berharap kami berdua berjaya menjejakkan kaki ke menara gading," katanya dan menambah mereka bercita-cita mahu bergelar doktor.

GEORGE TOWN: Tiada apa yang menggembirakan lapan sekawan dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Jambul, apabila kejayaan memperoleh semua A dalam PMR dapat dikongsi bersama-sama.

Muhammad Amirul Mohamad Anwar, Nufail Azzfarhan Rozley dan Muhammad Ariff Abd Wahid yang mendapat 8A, manakala M.Hariharan, B.Ganesha, P.Kaveenesh, S.Arravinnath, P.Nivashen, masing-masing memperoleh 7A (mengambil tujuh mata pelajaran), bersorak kegembiraan apabila mengetahui kesemua mereka mendapat keputusan cemerlang.

"Kami selalu buat ulang kaji bersama-sama. Belajar secara berkumpulan ini memang membantu dan saya rasa lebih mudah dapat apabila kita belajar secara berkumpulan," kata P.Nivashen sambil disokong rakan-rakannya.

KUALA SELANGOR: Usaha tiga sahabat baik yang sering bergilir-gilir menjadi 'guru tuisyen' setiap kali mengulang kaji pelajaran membuahkan hasil apabila kesemua mereka mendapat keputusan cemerlang 8A dalam PMR.

Luqman Hakim Daim, Alif Asyraf Amin dan Mohamad Aiman Arif Mohamat Saat, pelajar Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor di sini masing-masing berperanan sebagai guru tuisyen bagi subjek tertentu ketika belajar bersama.

Page 40: Petua Menjadi Pelajar Cemerlang

"Masing-masing ada kekuatan dalam sesuatu subjek yang diambil, saya Geografi, Aiman lebih kuat dalam subjek Sains manakala Alif mahir Matematik, jadi kami saling membantu," kata Luqman Hakim yang ditemani dua rakannya itu ketika ditemui Bernama di sini.

Bagi Mohd Aiman Arif, belajar berkumpulan lebih berkesan kerana sesi perbincangan dan 'brain storming' dapat dilakukan sekiranya terdapat kekeliruan pada sesuatu subjek yang diambil.

Alif Asyraf pula berkata mereka akan mengunyah kismis ketika sesi perbincangan selain tidak mengambil organ dalaman sebagai makanan di samping bersarapan setiap hari sebelum ke kelas.

"Pastikan selalu meminta maaf daripada kedua ibu bapa dan guru, dan memohon restu mereka supaya kita lebih tenang dan ilmu yang dipelajari akan diberkati," kata Alif Asyraf yang turut gembira apabila sekolah itu muncul sekolah yang mencatat peratus lulus terbaik (lulus semua subjek) dengan 100 peratus calonnya lulus PMR.

Timbalan Pengarah Pelajaran Selangor Mohd Salleh Mohd Kassim berkata daripada 78,665 calon yang menduduki PMR di Selangor tahun ini, 6,739 mendapat keputusan semua A iaitu kurang 832 calon berbanding keputusan 2011.

KUCHING: Usaha gigih dengan menyediakan jadual waktu pembelajaran untuk persiapan PMR, membuahkan hasil bagi pelajar Sekolah Menengah Agama Agama Ahmad Zaidi Muhd Danial Putra.

Dia antara 63 pelajar cemerlang di sekolahnya yang memperoleh 9A bagi semua mata pelajaran yang diambilnya.

"Saya sediakan jadual waktu belajar bagi membolehkan saya belajar secara tersusun dan mempunyai masa untuk rehat dan berseronok selain mengambil kelas tambahan bagi memantapkan lagi pemahaman saya terutama bagi subjek English dan Bahasa Malaysia," katanya kepada Bernama di sini.

Bercita-cita bergelar saintis, Muhd Danial berkata dia berterima kasih kepada keluarganya yang memberi sokongan moral dan galakan agar cemerlang dalam pelajaran selain bimbingan guru-guru sekolahnya.

KUALA LUMPUR: Kegembiraan turut dikongsi pelajar Victoria Institution, Ahmad Imran Zainal Rashid, apabila diberitahu mendapat keputusan cemerlang.

Dia yang tidak pernah lulus peperiksaan matematik, terkejut apabila diberitahu mendapat keputusan 8A.

"Selepas ini saya akan memberi tumpuan di dalam kelas dan berharap akan menjadi pelajar yang lebih cemerlang," katanya.

Sementara itu, Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur (SMAKL) pula seramai 72 daripada 121 pelajarnya memperoleh 8A dan ke atas.

Apabila dihubungi Penolong Kanan SMAKL Mek Emas Abdullah memberitahu Bernama walaupun mencatatkan sedikit penurunan dalam keputusan PMR tahun ini, tetapi sekolah itu masih memperoleh

Page 41: Petua Menjadi Pelajar Cemerlang

kelulusan 100 peratus dan akan meneruskan tradisi untuk mendapatkan keputusan cemerlang PMR tahun depan.

- BERNAMA

Ciri-ciri pelajar cemerlang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Kali ni CF nak kongi ciri-ciri pelajar cemerlang :)

mempunyai sahsiah dan peribadi yang unggul- Seorang pelajar yang mempunyai peribadi yang unggul akan sentiasa menjaga hubungan baik sesama manusia tidak kira ketika bersama keluarga, guru mahupun rakan-rakan. Sebagai contoh, pelajar yang cemerlang sentiasa menghormati dan menyayangi guru mereka. Mereka juga sentiasa berlapang dada untuk membantu rakan-rakan dalam pelajaran. Sifat sombong dan angkuh tidak pernah wujud dalam kamus hidup seorang pelajar yang cemerlang. Mereka sentiasa mengamalkan sikap bermurah hati dan tidak pilih kasih dalam pergaulan dengan membeza-bezakan bangsa, agama dan prestasi akademik kerana menyedari bahawa setiap manusia adalah sama di sisi Allah. Sahsiah dan peribadi pelajar yang cemerlang yang unggul disenangi oleh orang di sekelilingnya kerana mereka tetap bergaul mesra kerana tidak bersikap seperti kera sumbang. Oleh itu, jelaslah bahawa pelajar cemerlang mempunyai sahsiah dan peribadi yang unggul

sentiasa mengikut ajaran agama- Setiap agama di dunia ini menganjurkan manusia melakukan kebaikan tidak kiralah agama Islam, Kristian, Hindu mahupun Buddha. Pelajar yang cemerlang sentiasa menjadikan agama sebagai panduan hidup. Agama menjadi landasan yang paling ampuh dalam membentuk diri pelajar yang cemerlang seperti kata seorang cendekiawan, permulaan hidup seseorang manusia adalah mengenal Tuhan dan agamanya. Pelajar yang cemerlang akan sentiasa mempunyai nawaitu yang suci dalam setiap tindakan yang dilakukan oleh mereka. Sebagai contoh, seorang pelajar Islam yang cemerlang sentiasa menunaikan tanggungjawabnya terhadap Allah iaitu dengan menunaikan solat serta sentiasa berdoa untuk mencapai kejayaan. Oleh itu, jelaslah bahawa agama menjadi pegangan pelajar yang cemerlang agar mereka tidak terpesong daripada matlamat sebenar hidup di dunia ini serta seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

menyedari hakikat bahawa masa itu emas dan tidak mensia-siakan setiap saat yang dimilikinya- sentiasa mengisi masa terluang dengan melakukan pelbagai aktiviti yang berfaedah seperti membaca buku, mengulang kaji pelajaran, dan beriadah. Mereka juga menyediakan jadual aktiviti harian yang fleksibel agar aktiviti yang mereka lakukan seimbang daripada aspek jasmani dan rohani. Penyediaan jadual aktiviti harian amat penting bagi memastikan pelajar tidak hanya menghabiskan masa selama 24 jam di meja belajar sahaja. Pelajar yang cemerlang juga sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuan mereka dengan membaca buku sekiranya mempunyai masa yang terluang. Hal ini demikian kerana, mereka menyedari melalui pembacaan, mereka akan dapat meluaskan horizon pemikiran mereka dan seterusnya menjadikan diri mereka seorang pelajar yang cemerlang. Mereka juga sentiasa menyiapkan setiap tugasan yang diberi dan tidak menangguhkannya. Mereka juga tidak mengamalkan sikap seperti pahat dengan penukul dalam proses menuntut ilmu. Oleh hal yang demikian, jelaslah kepada kita semua bahawa pelajar yang cemerlang sentiasa bijak dalam mengisi setiap saat dan minit dalam kehidupan mereka agar tidak berakhir dengan penyesalan.

Page 42: Petua Menjadi Pelajar Cemerlang

sentiasa memberikan tumpuan ketika guru sedang mengajar- perhatian dan tumpuan yang diberikan menjadi salah satu medium pembentukan pelajar yang cemerlang di samping meningkatkan pemahaman mengenai subjek yang dipelajari. Sebagai contoh, seseorang pelajar haruslah memberi sepenuh perhatian dan fokus ketika proses pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan. Mereka harus menghargai setiap detik waktu dalam proses tersebut kerana masa itu ibarat pedang, jika kita tidak memotongnya,maka ia akan memotong kita. Tumpuan dan perhatian pelajar di dalam kelas sahaja menjadi salah satu ciri pelajar cemerlang malahan dapat meningkatkan ilmu pengetahuan mereka dalam sesuatu subjek yang dipelajari. Tambahan lagi, sekiranya mereka menerapkan ciri yang berikut dalam diri mereka, mereka akan disenangi oleh para guru. Para guru akan berasa senang hati ketika mengajar seterusnya memberi keberkatan kepada pelajar tersebut untuk memperoleh kejayaan dalam pelajaran, peperiksaan bahkan dalam kerjaya mereka pada masa akan datang. Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa pelajar yang cemerlang sentiasa memberikan tumpuan semasa guru sedang megajar di dalam kelas.

mempunyai wawasan hidup- wawasan hidup diperlukan supaya mereka sentiasa dapat mencapai segala cita-cita dalam hidup mereka. Sebagai contoh, mereka yang cemerlang sentiasa mempunyai sasaran dalam peperiksaan dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya. Selain itu, wawasan hidup mampu mengajar mereka erti berdisiplin dan bertanggungjawab dalam hidup berikutan mereka akan lebih teliti dan kreatif dalam menyusun masa belajar dan melakukan aktiviti seharian. Wawasan hidup merupakan ciri dominan pada diri pelajar cemerlang kerana apabila mereka berwawasan, mereka sentiasa berusaha gigih kerana yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang. Pelajar yang mempunyai wawasan juga lebih mengetahui hala tuju kehidupan serta tidak mudah berputus asa dalam kehidupan mereka. Walaupun mereka mungkin menemui kegagalan dalam sesuatu perkara, mereka tidak akan mudah bersedih malahan menjadikan kegagalan tersebut sebagai batu loncatan untuk berusaha dengan lebih gigih pada masa hadapan. Wawasan hidup juga mampu menjauhkan diri daripada sifat menangguhkan kerja dalam kalangan pelajar cemerlang. Setiap pekerjaan haruslah dilakukan hingga selesai, bak kata peribahasa, alang-alang menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan. Sifat negatif tersebut tidak akan lagi menjadi penghalang kepada diri mereka dalam menempa kejayaan hidup. Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa pelajar yang berwawasan merupakan pelajar yang cemerlang

sentiasa aktif melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum- melalui aktiviti kokurikulum di sekolah, bakat dan kebolehan para pelajar akan terserlah dan dapat terus digilap untuk mencapai kejayaan. Tamsilannya, para pelajar akan sentiasa melibatkan diri dalam sebarang aktiviti yang diadakan oleh unit beruniform, serta kelab dan persatuan seperti berkawad dan berkhemah. Dalam konteks ini, para pelajar bukan sahaja dapat menyihatkan tubuh badan mereka malah turut dapat mencerdaskan otak mereka kerana otak yang cerdas lahir daripada badan yang cergas. Para pelajar juga haruslah menyertai sebarang pertandingan bagi mengenal pasti potensi diri sama ada melalui unit beruniform mahupun akademik. Contohnya, pelajar yang cemerlang akan menyertai pertandingan yang dapat menguji minda serta pemikiran mereka seperti pertandingan perbahasan, forum dan catur. Oleh hal yang demikian, setiap pelajar perlu bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang dan seimbang.

SIKAP PELAJAR CEMERLANGFebruary 7, 2012

Page 43: Petua Menjadi Pelajar Cemerlang

LEBIH 30 tahun yang lalu, iaitu pada tahun 1974, masyarakat Melayu digemparkan dengan lahirnya seorang anak Melayu yang mampu membaca akhbar pada usia tiga tahun. Hampir kesemua media membuat liputan. Hari ini, perkara sebegini bukanlah sesuatu yang mengagumkan lagi. Dengan adanya pelbagai kemudahan dan teknologi multimedia, ramai anak-anak yang dapat membaca pada usia sebegini.Tetapi pada 30 tahun yang lalu, pada awal 70-an pastilah kebolehan seperti ini dikira sebagai menakjub-kan. Lebih-lebih lagi anak Melayu ini hanyalah anak orang kampung dan tinggal di luar bandar. Prof. Diraja Ungku Aziz pernah membawa anak ini batik ke tempatnya bagi diberikan ujian IQ. Begitulah hebatnya anak yang bernama Mohd. Sohkeri Hadapi Aziz ini. Melihat kepada kebolehan dan kehebatan anak ini sudah sepatutnya hari ini beliau menjadi doktor pakar, jurutera profesional ataupun peguam.

Gambarajah 19.1: Mohd. Sohkeri Hadapi Aziz Tanggal 22 November 1997, masyarakat Melayu sekali lagi digemparkan. Kali ini oleh peristiwa seorang anak muda yang bekerja sebagai pembuat roti canai didakwa kerana memiliki enam bungkus kecil ganja. Beliau didakwa dibawah Seksyen Akta Dadah Berbahaya 1952 (pindaan 1983) dan dijatuhkan hukuman penjara selama 12 bulan. Apa kaitannya di antara dua cerita yang dinyatakan di sini? Kaitannya adalah inilah orangnya yang menjadi tajuk perbualan Iebih 30 tahun yang silam. Inilah dia Mohd. Sohkeri yang pernah dibanggakan dahulu. Beliau jauh sekali daripada dikatakan berjaya. Malah apa yang beliau lakukan hari ini Iangsung tidak menggambarkan kebolehan semasa kecil beliau. Rendahkah IQ lelaki ini? Tidak sama sekali. Tidak berkebolehankah lelaki ini? Jauh sama sekali. Silapnya adalah kerana dia tidak pernah terdedah kepada ilmu kecemerlangan diri dan pembentukan sikap pula tidak menguntungkan diri serta masa depannya. Dia mungkin menjadi mangsa keadaan ataupun salah dalam pergaulan. Namun satu perkara penting yang Sohkeri sendiri mahu nyatakan kepada bangsanya adalah, `sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya lagi’. Sekiranya perkara seperti ini berlaku kepada seorang individu, is juga berlaku, sedang berlaku dan akan terus berlaku kepada ramai lagi manusia lain. Berapa ramai lagi agaknya yang senasib beliau. Kita hanya mendengar cerita Mohd. Sohkeri. Bagaimana pula dengan begitu ramai yang mungkin semasa kecil cemerlang, kini tidak mampu meneruskan kecemerlangan ini. Ramai pelajar yang mendapat 5A dalam UPSR ataupun 8A dalam PMR, akhirnya kecundang dalam SPM. Persoalannya adakah mereka yang gagal dalam kehidupan hari ini selayaknya gagal? Ataupun mereka tidak tahu yang sebenarnya dalam diri mereka ada sebutir permata yang tinggi nilainya dan belum digilap. Punca utama kegagalan mereka ini bukannya kerana tidak berkebolehan. Bukan juga kerana dada peluang. Tetapi gagalnya mereka kerana sikap. Tidak ada ertinya IQ yang tinggi serta kebolehan yang luar biasa tetapi malas berusaha, suka bertangguh kerja, main-main dan mengambil mudah. Mereka ini berpenyakit tetapi tidak menyedarinya. Sekiranya AIDS dan JE dapat membunuh, penyakit sikap ini pula mampu membunuh harapan dan masa depan. BAGAIMANA SIKAP TERBENTUK?Sikap adalah sesuatu yang dipelajari melalui pengamatan, pendengaran dan pengalaman. Dengan kata lain, sikap adalah tindakan dan tingkah laku diri berlandaskan cara fikir seseorang individu. Dua orang yang mempunyai cara fikir yang berbeza bertindak balas secara berbeza pada sesuatu peristiwa ataupun

Page 44: Petua Menjadi Pelajar Cemerlang

persekitaran. Cara fikir mengubah tingkah laku seseorang dan mempengaruhi sikap seseorang. Cara fikir sebenarnya sesuatu yang dipelajari dan ditiru melalui sumber-sumber seperti: anaknya berkemungkinan juga demikian. Tetapi tidak pula semua anak berkelakuan serupa seperti bapa. Mungkin anal< yang lain pula cukup mengkagumi ibunya dan kebetulan pula ibu seorang yang penyabar. Sikap sabar ini mempengaruhi anak. Sikap panas baran bapa tidak ditiru oleh anak ini kerana dia dapat menilai sikap itu tidak nnenguntunglcan sesiapa. Sebaliknya, pengaruh ibu lebih besar Ice atas diri anak ini dalam pembentukan sikapnya. Jadi seorang anak membesar dengan meniru tingkah laku orang lain. Sikap-sikap negatifnya mungkin diperoleh daripada gabungan pelbagai sumber. Pemarah seperti ayah, boros seperti emak, malas seperti abang, pakaian seperti antis, buang masa seperti rakan-rakan dan sebagainya. Begitu juga dengan sikap positifnya juga ditiru dari orang lain. Berani seperti ayah, bercakap benar seperti emak, suka mencuba seperti abang, gigih seperti antis pujaan dan hormat ibu bapa seperti rakan. Satu kelemahan otak adalah is menerima segala maklumat yang dilihat, dirasa dan didengar, tanpa sekatan sama ada positif ataupun negatif. Apabila mesej yang sama diterinna berulang kali, sedikit sebanyak mula terbentuk kepercayaan dalam diri bahawa tidak salah bagi menerima pakai ataupun meniru cara orang lain. Keadaan ini berlaku di luar kesedaran seseorang. la berlaku dalam tempoh masa yang panjang sebelum menjadi lazim dalam pemikiran. Selepas is menjadi kebiasaan segala tindak balas kita menjadi spontan dan kerap kali tindakan kita di luar kawalan diri. Orang sekeliling iaitu ibu bapa, guru-guru, rakanrakan, idolaPengaruh media iaitu TV, radio, internetBahan bacaan iaitu novel, majalah, akhbar, buku buku.Persekitaran iaitu agama, bangsa, kebudayaanPeristiwa silam sama ada besar ataupun kecilPengalaman Oleh kerana itulah ada pepatah yang mengatakan `bapa borek anak rintik’. Sekiranya bapa jenis panas baran, salah seorang anaknya berkemungkinan juga demikian. Tetapi tidal< pula semua anak berkelakuan serupa seperti bapa. Mungkin anal< yang lain pula cukup mengkagumi ibunya dan kebetulan pula ibu seorang yang penyabar. Sikap sabar ini mempengaruhi anak. Sikap panas baran bapa tidak ditiru oleh anak ini kerana dia dapat menilai sikap itu tidak nnenguntunglcan sesiapa. Sebaliknya, pengaruh ibu lebih besar Ice atas diri anak ini dalam pembentukan sikapnya. Jadi seorang anak membesar dengan meniru tingkah laku orang lain. Sikap-sikap negatifnya mungkin diperoleh daripada gabungan pelbagai sumber. Pemarah seperti ayah, boros seperti emak, malas seperti abang, pakaian seperti antis, buang masa seperti rakan-rakan dan sebagainya. Begitu juga dengan sikap positifnya juga ditiru dari orang lain. Berani seperti ayah, bercakap benar seperti emak, suka mencuba seperti abang, gigih seperti antis pujaan dan hormat ibu bapa seperti rakan. Satu kelemahan otak adalah is menerima segala maklumat yang dilihat, dirasa dan didengar, tanpa sekatan sama ada positif ataupun negatif. Apabila mesej yang sama diterinna berulang kali, sedikit

Page 45: Petua Menjadi Pelajar Cemerlang

sebanyak mula terbentuk kepercayaan dalam diri bahawa tidal< salah bagi menerima pakai ataupun meniru cara orang lain. Keadaan ini berlaku di luar kesedaran seseorang. la berlaku dalam tempoh masa yang panjang sebelum menjadi lazim dalam pemikiran. Selepas is menjadi kebiasaan segala tindak balas kita menjadi spontan dan kerap kali tindakan kita di luar kawalan diri. DAPATKAH SIKAP DIUBAH?Sikap yang negatif dapat diubah kepada positif hampir serta merta. Misalnya anda membonceng motosikal rakan. Rakan anda membawa motosikal dengan laju dan tergopoh-gapah. Anda tumpang seronok. Akibatnya berlaku kemalangan dan rakan anda mati di tempat kejadian. Pada masa itu juga anda berkemungkinan besar mula mengubah sikap anda apabila membawa motosikal. Walaupun is berlaku hanya sekali dalam kehidupan, tetapi pengalaman itu cukup menyakitkan dan menyedihkan. la mengubah cara berfikir anda serta merta. Sikap anda juga berubah serta merta. Peristiwa mampu meng-ubah segalanya. Sebenarnya bagi berubah, anda tidak memerlukan masa yang panjang. Masa yang panjang sebenarnya bagi kita mengumpul maklumat dan membina keyakinan serta kepercayaan bahawa perubahan diri itu kemestian. Selepas anda membuat keputusan mengenai perlunya berubah, perubahan berlaku serta merta. Masa yang panjang ini sebenarnya dapat disingkatkan dengan syarat anda mendapatkan maklumat yang diperlukan bagi menyokong kepercayaan anda bagi berubah. Anda perlu mendapatkan maklumat dari orang yang dapat memberikannya kepada anda. Ramai yang tidak menyedari sikap ibarat pakaian yang dapat dipilih bagi disarungkan ke badan. Bagaimana mudahnya menukar pakaian begitu juga mudahnya mengubah sikap. Dengan syarat tahu rahsia dan kaedahnya. Bagi berubah sikap, setiap kepercayaan dan pegangan hidup yang negatif perlu digugat, dicabar, dibenci dan kemudiannya digantikan dengan alternatif yang baru. Proses ini lebih mudah dilakukan sekiranya dibantu oleh seseorang yang pakar dalam bidangnya. Perhatikan sejenak, adakah sikap anda selama ini membolehkan anda menggunakan sepenuhnya potensi diri yang ada dalam diri anda? Setiap kali guru memberikan markah ujian, cuba tanyakan kepada diri anda, adakah ini yang terbaik dapat anda lakukan? Sekiranya tidak, apa yang menghalang anda melakukan yang terbaik? Tiada yang menghalang kecuali diri anda sendiri. Sekiranya anda tidak mengubah sikap dan cara fikir anda sekarang, anda pasti mencapai hasil yang serupa dalam tempoh 5 hingga 10 tahun yang akan datang. Tiada perubahan Iangsung! Yang berubah mungkin lokasi, rakan-rakan dan fizikal luaran anda yang semakin dewasa tetapi dalamnya tetap sama. Sekiranya sekarang anda gagal di sekolah, 5 hingga 10 tahun akan datang anda bakal gagal pula di alam pekerjaan. Oleh kerana itulah anda perlu berubah, dan perubahan itu perlu dilakukan sekarang. Ingat, Tuhan menjelaskan dalam surah ar-Ra’ad ayat II yang bermaksud, “Sesungguhnya Tuhan tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.” 10 PETUA MEMBINA SIKAP POSITIF Petua 1: Jangkakan kejayaan Hukum minda mengatakan apa yang dijangkakan berkemungkinan besar akan berlaku. Oleh itu, daripada membuang masa menjangkakan kegagalan kenapa tidal< menjangkakan kejayaan? Sekiranya anda menjangkakan kejayaan, fokus anda pastinya hanya kepada cara bagi berjaya. Anda gambarkan hanya nikmat dan erti sebuah kejayaan. Secara tidak Iangsung anda menggarap sikap positif. Malangnya

Page 46: Petua Menjadi Pelajar Cemerlang

dalam kehidupan ini kita sering takutkan kegagalan. Cara fikir kita menjurus ke arah itu. Oleh itu yang tergambar di dalam pemikiran kita hanyalah halangan dan rintangan serta kepayahan. Dalam memburu kejayaan anda tidak boleh putus harapan. HARAPAN adalah satu anugerah yang cukup besar Tuhan berikan kepada manusia. Manusia biasanya membangun kepada tahap yang mereka jangkakan ataupun orang lain jangkakan pada mereka. Oleh itu jangkakan kejayaan dalam setiap usaha yang anda lakukan. Sekiranya anda perlu mengubah perancangan bagi mencapai sasaran, ubahlah. Pastikan juga anda bertindak balas secara positif pada perkaraperkara yang mungkin membantutkan kejayaan itu. Lihat diri anda sebagai seseorang yang pasti merealisasikan harapan yang digenggam. Apabila kita merasakan yang kita tidak mempunyai masa depan, tiada harapan bagi maju, tiada peluang bagi meningkatkan keupayaan is menjurus kita kepada satu sikap negatif iaitu sikap malas. Petua 2: Lakonkan watak orang cemerlang Tidak dapat dinafikan setiap manusia mempunyai kelemahan dan kekuatannya tersendiri. Bagi berjaya kita mesti mempunyai model ikutan yang boleh diteladani.Cuba lihat senario berikut, katakanlah anda sebagai seorang pelajar, dipilih berlakon dalam sebuah filem tempatan. Kisahnya berkisar kehidupan pelajar-pelajar sekolah dan anda dipilih sebagai pelakon utama. Bayarannya cukup lumayan iaitu RM 10,000 dan nama anda juga bakal dikenali ramai selepas filem ini ditayangkan. Anda dikehendaki melakonkan watak pelajar cemerlang. Syarat bagi anda kekal sebagai pelakon cuma dua iaitu, mestilah menjaga disiplin dan masa anda. Maknanya, apabila pergambaran bermula jam 5 petang, anda mesti berada di lokasi sebelum masa itu. Kedua pula, anda mesti menghayati watak pelajar cemerlang sepenuhnya. Sekiranya pengarah tidak berpuas hati dengan anda, dia gugurkan nama anda daripada senarai pelakon pada bila-bila masa. Pengarah tidak risau kerana anda hanyalah seorang pelakon baru. Sekiranya anda dibuang berpuluh orang lain memohon bagi berlakon. Sekiranya anda berada dalam situasi di atas, apa tindakan anda? Pastinya anda mula meneliti dan memahami plot filem itu bersungguh-sungguh. Anda mula menghafal skrip yang diberikan ayat demi ayat biarpun ketebalan skrip mencecah ratusan muka surat. Anda mula menjiwai dan menghayati watak pelajar cemerlang yang diberikan kepada anda. Anda tiru gaya, percakapan dan cara hidup mereka. Pendek kata anda mahu penonton lihat betapa realistiknya lakonan anda. Anda mahu dikenali selepas usaha anda ini. Anda mahukan ganjaran wang RM 10,000 yang dijanjikan kepada anda. Tidakkah anda terfikir betapa beruntungnya sekiranya anda lakonkan perkara yang serupa setiap hari dalam hidup anda. Kenapa mesti anda bersungguhsungguh dalam lakonan filem? Tidakkah anda sedar kita semuanya pelakon di pentas dunia ini. Kenapa tidak lakonkan watak orang cemerlang itu hari ini? Anggapkan seolah-olah anda berhadapan dengan kamera. Bertindaklah seolah-olah anda pelajar cemerlang di sekolah anda sekarang. Mula mengurus masa secara berkesan, melibatkan diri secara aktif, berperibadi mulia seolah-olah anda sememangnya cemerlang. Lakukannya setiap hari dan hasilnya nanti anda memperoleh apa yang diperoleh oleh pelajar cemerlang yang lain. Lebih malang lagi sekiranya anda tidak mahu menjadi pelakon itu hari ini, Tuhan pilih orang lain bagi menggantikan tempat anda. Orang lain yang berjaya. Mereka menjadi pemimpin, jurutera, ulama, peguam dan sebagainya. Orang lain yang dikenali dan nama mereka disebut-sebut sebagai orang yang membawa perubahan dalam masyarakat. Orang lain yang memperoleh pendapatan bukan sekadar RM 10,000 sebulan tetapi mungkin lebih lagi.

Page 47: Petua Menjadi Pelajar Cemerlang

Anda tidak mempunyai pilihan lain. Bagi berjaya anda mesti mula berlakon hari ini. Hayati watak orang cemerlang. Berfikirlah, bercakaplah dan bertindaklah seperti mereka yang cemerlang. Lama kelamaan tabiat cemerlang sebati dengan kehidupan harian anda. la menjadi sikap baru anda. Anda mendapati mereka di sekeliling anda menyedari yang anda kini bersikap positif. Setiap kebaikan yang bakal anda peroleh hasil lakonan positif membuatkan anda tidak mahu lagi kembali kepada sikap negatif anda sebelum ini. Anda mula memikirkan bagi hidup dalam kelompok dan persekitaran baru. Anda mula selesa dengan tabiat baru. Apa tunggu lagi? Lakonkanlah watak orang cemerlang itu sekarang dengan memerhatikan model ikutan atau idola anda. Petua 3: Ubah Penampilan Diri Sikap positif terserlah melalui penampilan diri yang positif. Kita mudah mengenali mereka yang bersikap positif melalui percakapannya, pakaiannya, rambutnya, kasutnya, gayanya dan sebagainya. Tahukah anda sebenarnya kita mampu melakukan sebaliknya iaitu membina sikap positif melalui penampilan yang positif. Ambil contoh yang paling mudah, anda dijemput ke satu majlis pelancaran oleh seorang rakan. Anda mengenakanbaju biasa sahaja dengan berbaju kemeja lengan pendek dan berseluar kasual. Sampai sahaja di sana, anda lihat hampir kesemua mereka yang hadir lengkap berbaju batik ataupun berkot dan bertali leher. Apa perasaan anda? Saya yakin walau bagaimana positif pun sikap anda, anda pasti rasa bersalah dan rendah diri. Berbeza pula bentuk perasaan anda sekiranya anda hadir dengan pakaian yang rapi, segak, kemas dan bergaya. Anda pasti rasa penuh yakin dan positif. Begitulah besarnya pengaruh penampilan diri dalam membentuk sikap positif dan emosi anda. Cuba fikirkan sejenak bagaimana perasaan anda apabila anda mengenakan baju baru ke sekolah? Anda rasa lebih bersemangat dan yakin. Walau siapapun anda, sama ada sedar ataupun tidak anda tetap dinilai oleh manusia lain melalui penampilan diri. Oleh kerana itu permohonan bagi memasuki kepada satu-satu pekerjaan perlu melalui proses temu duga. Mereka mahu melihat calon-calon secara terus bukan sekadar bagi menguji kebijaksanaan seseorang pemohon. Tetapi juga bagi melihat penampilan diri yang melambangkan sikap dan peribadi seseorang. Petua 4: Berkawan dengan orang Berjaya Sekiranya anda memilih kawan yang positif, bergaul dengan mereka yang berjaya dan banyak berbincang mengenai apa yang mahu dicapai pada masa hadapan pastinya mempengaruhi pemikiran dan tindakan harian anda. Anda turut terdorong bagi mencapai kejayaan dalam hidup sepertimana mereka. Mereka yang gagal hanya mampu menceritakan kisah-kisah kegagalan mereka sedang mereka yang berjaya pula menceritakan kisah-kisah kejayaan mereka. Bagi berjaya anda perlu berkawan dengan mereka yang berjaya. Belajar daripada pengalaman dan pengetahuan mereka. Belajar mengenai cara mereka membentuk personaliti di kalangan masyarakat. Orang yang berjaya selalunya mempunyai personaliti dan karisma yang mengagumkan. Personaliti dan karisma ini bukan-nya semulajadi baliknya mereka berusaha membinanya. Sekiranya mereka boleh, anda juga boleh me lakukannya.

Page 48: Petua Menjadi Pelajar Cemerlang

Petua 5: Dalami ilmu kecemerlangan Semangat ada masanya naik dan ada masanya luntur. Ada masanya kita terlupa mengenai matlamat yang dikejatclisebabkan oleh pelbagai urusan dan aktiviti lain. Ada masanya juga diri terasa malas dan bosan. Semuanya ini adalah lumrah hidup seorang manusia. Bagi mengekalkan semangat dan membina sikap positif, anda perlulah sentiasa mendalami ilmu kecemerlangan diri. Anda boleh mendalaminya dengan banyak membaca buku-buku motivasi, berbincang dengan rakan-rakan mengenai perancangan anda serta menghadiri program dan ceramah motivasi. Anda juga perlu mendengar kasetkaset motivasi dan mendapatkan bahan-bahan daripada internet. Semakin bertambahnya ilmu kecemerlangan diri di dada semakin positif dan matang fikiran anda. Petua 6: Fokus kepada apa yang anda rnahukan Anda serirg mendengar sikap positif lahir daripada pemikiran yang positif. Namun begitu fahamkah anda apa yang dikatakan berfikir secara positif itu? Dalam hidup kita, kita hanya bertindak dan berusaha mengejar apa yang ada dalam fikiran kita. Apa yang terlintas, ternampak dan tergambar di fikiran. Maknanya bagi anda nivnjadi orang berjaya anda mesti gambarkan diri anda tebagai seorang yang berjaya. Anda mesti mampu inelihat apa yang mahu dilakukan mulai hari ini bagi menjadi orang berjaya. Fikirkan pula, positifkah anda apabila anda berkata:Mulai hari ini aku tidak malas lagi.Mulai hari ini aku tidak mahu tinggal solat lagi.Aku tidak maht’ main-main dalam kelas lagi.Aku tidak mahu lawan cakap ibu dan bapa lagi. Positifkah anda? Jawapannya adalah tidak! Hasrat anda memang balk tetapi fikiran anda negatif. Ini kerana anda fokus kepada apa yang anda tidak mahu. Anda tergambar bagaimana anda main-main dalam pekerjaan. Anda terbayang bagaimana anda melawan cakap ibu bapa, ketua dan sebagainya. Apabila ini yang tergambar, inilah juga yang terhasil. Anda menghasilkan sesuatu yang negatif sedangkan hasrat anda baik.Oleh kerana itu anda perlu mengubah gambaran minda anda kepada gambaran yang positif dengan mengubah ucapan anda seperti berikut:Mulai hari ini aku seorang yang rajin.Mulai hari ini aku solat lima waktu.Aku akan tumpu pada guru dalam kelas.Aku patuh cakap ibu dan bapa. Lihat, kata-kata di atas membawa maksud yang sama tetapi daripada sudut yang positif. Apa yang tergambar juga adalah gambaran yang positif. Sekiranya yang positif anda nampak, positiflah juga tindakannya nanti. Memanglah anda mungkin tidak berubah dengan hanya sekali, dua kali ataupun sepuluh kali berkata-kata secara positif. Tetapi sekiranya setiap hari dan beratus-ratus kali anda amalkan dalam hidup anda, satu hari nanti tanpa anda sedari anda menjadi orang yang positif. Oleh itu ingatlah, fokus kepada apa yang anda mahukan! Petua 7: Kejayaan silam membara diri

Page 49: Petua Menjadi Pelajar Cemerlang

Dalam hidup ini pasti ada sekali dua anda mencipta kejayaan sama ada kecil ataupun besar. Waktu kecil dulu mungkin anda pernah menewaskan rakan-rakan dalam permainan dan berbangga dengannya. Mungkin juga anda pernah dipuji atas pencapaiaan, kualiti kerja ataupun kerajinan anda. Mungkin anda pernah menerima anugerah sebagai pemenang dalam apa juga pertandingan. Mulai hari ini cuba ingatkan kembali sebanyak mungkin kenangan manis ini dan senaraikan dalam diari anda. Setiap kali anda rasa tertekan, negatif, malas, bosan dan sebagainya bacalah diari anda ini dan hayati semula saat-saat itu. Gambarkan dengan jelas apa yang berlaku pada masa itu. Rasakan apa yang anda rasakan pada masa itu. Semangat anda membara sekiranya anda melakukannya bersungguh-sungguh. Semangat bagi kekal cemerlang ini menjana sikap yang positif. Tidak kira betapa gagalnya anda rasa hidup ini namun pasti pernah sekurang-kurangnya sekali anda pernah dipuji atas kebaikan dan kejayaan silam. Lakukan perkara berikut, sediakan satu buku kecil bagi dijadikan jurnal dan senaraikan semua kejayaan anda sejak dari dahulu hingga ke hari ini. Sama ada kecil ataupun besar. Kemudian baca dan hayati apa yang anda tulis itu satu persatu. Gambarkan keadaan, rasakan perasaan anda dan dengar apa yang anda dengar pada masa itu. Lakukannya dengan penuh kesungguhan dan rasakan satu getaran perasaan yang positif yang mengalir dalam setiap urat nadi anda. Sentiasa kemas kini jurnal anda ini dengan kejayaan-kejayaan baru. la adalah sumber tenaga, keyakinan dan kekuatan anda. Anda mungkin tidak mengingati kesemuanya, tidak mengapa, ambil masa anda. Anda boleh tambah senarai kejayaan anda pada bila-bila masa sahaja. Satu tabiat yang baik, mulai hari ini rakamkan setiap peristiwa penting dalam hidup anda sama ada melalui gambar ataupun rakaman video. Setiap kali anda rasa tertekan, tidak dihargai dan putus asa, lihat kembali jurnal, gambar dan rakaman anda ini. Petua 8: Saranan diri positif Bagi kekal dalam sikap positif anda perlu menyarankan diri anda dengan motto yang merangsang jiwa dan fikiran. Anda juga boleh menggunakan petikan mutiara kata daripada ahli ilmu, petikan ayat-ayat Quran serta hadis. Dengan melazimkan hidup anda berpandukan motto dan petikan-petikan ini, memberikan anda kekuatan bagi menyahut cabaran dan mengatasi segala masalah. Anda juga boleh mencipta sendiri motto itu, misalnya:“Sekiranya orang lain boleh, aku juga BOLEH!”“Setiap kata-kata pasti akan dikota!”“I’m the best!”“I can do it!”Jadikan kata-kata ini sebagai sebahagian daripada hidup anda. Sarankan diri anda setiap hari dengan kata-kata ini hingga is menjadi lazim dalam minda anda. Petua 9: Soal diri dengan soalan positif Dalam sehari anda menyoal beribu-ribu soalan kepada diri anda. Daripada soalan yang mudah-mudah hinggalah kepada soalan-soalan yang membentuk peribadi dan masa depan anda. Anda mungkin bertanya soalan-soalan mudah seperti hari ini hendak pakai baju apa? Hendak makan di mana? Hendak keluar dengan siapa? Mahu balik pukul berapa? Dan sebagainya. Soalan-soalan ini tidak menjejaskan kehidupan dan peribadi anda. Tetapi ada masanya anda menyoal diri dengan soalan-soalan yang

Page 50: Petua Menjadi Pelajar Cemerlang

memberikan kesan pada hidup anda seperti, mahu ambil kursus apa? Mahu belajar berapa lama? Hendak rebut peluang ataupun tidak? Dan sebagainya. Petua 9: Soal diri dengan soalan positif Dalam sehari anda menyoal beribu-ribu soalan kepada diri anda. Daripada soalan yang mudah-mudah hinggalah kepada soalan-soalan yang membentuk peribadi dan masa depan anda. Anda mungkin bertanya soalan-soalan mudah seperti hari ini hendak pakai baju apa? Hendak makan di mana? Hendak keluar dengan siapa? Mahu balik pukul berapa? Dan sebagainya. Soalan-soalan ini tidak menjejaskan kehidupan dan peribadi anda. Tetapi ada masanya anda menyoal diri dengan soalan-soalan yang memberikan kesan pada hidup anda seperti, mahu ambil kursus apa? Mahu belajar berapa lama? Hendak rebut peluang ataupun tidak? Dan sebagainya. Orang berjaya menyoal diri dengan soalan-soalan yang dapat memajukan dirinya seperti:Apa hikmah di sebalik ujian Tuhan ini?Apa lagi yang boleh aku buat supaya is jadi lebih baik?Apa yang belum aku selesaikan lagi?Apakah setakat ini sahaja kemampuan diri yang dianugerahkan oleh Tuhan kepada aku?Apakah aku mahu menyerah kalah hanya dengan kegagalan sementara ini? Semua soalan ini menjadikan anda lebih positif pada apa yang berlaku. Soalan yang diajukan membina kekuatan dalaman anda. Semakin berkualiti soalan yang dibentuk semakin berkualitilah diri anda. Perbezaan antara seorang insan dengan insan yang lain adalah soalan lazim yang secara konsisten terbit di fikiran. Manusia lemah sering mengutuk dan mennperkecilkan dirinya sendiri. Mereka mungkin berkata:“Hendak buat macam mana, aku ini memang lemah.”“Buat berkali-kali pun gagal juga baik tak payah.”“Dah tahu diri to bodoh buat apa tunjuk pandai.” Soalan yang positif:Mengubah persepsi dan cara fikir anda.Mengubah fokus anda.Memberikan sumber kekuatan baru kepada anda. Petua 10: Dapatkan model ikutan Model ikutan adalah seseorang yang anda kagum dengan pencapaiannya dan mahu mengikuti jejak langkahnya. Dapatkan beberapa model ikutan terutamanya mereka yang berjaya dalam bidang yang anda mahu ceburi. Namun begitu sebagai orang Islam, model ikutan kita yang pertama pastilah Nabi Muhammad . Selain daripada Nabi Muhammad, yang lain semuanya ada kelemahan. Malahan kita tidak boleh nafikan ulama’ juga ada kelemahan. Oleh kerana itu pendapat ulama’ secara Oak lebih diterima pakai dalam Islam berbanding pendapat hanya seorang ulama’ sahaja.Selepas anda kenal pasti model ikutan anda, tuba dapatkan gambar mereka. Baca juga kisah hidup mereka. Pelajari bagaimana mereka merancang dan bertindak. Cari potongan kata-kata ucapan mereka yang dapat dijadikan panduan hidup. Selami falsafah hidup mereka dan lihat bagaimana mereka mengatasi setiap masalah yang datang dalam hidup mereka. Semakin besar kejayaan seseorang itu

Page 51: Petua Menjadi Pelajar Cemerlang

semakin besarlah cabaran serta masalah yang mereka hadapi. Kejayaan dan pengorbanan adalah dua perkara yang sering berada pada tempat yang sama. Kejayaan bukanlah apa yang kita miliki tetapi apa yang kita pelajari. Siapa kita di penghujung kehidupan ini jauh lebih penting berbanding apa yang kita peroleh pada masa itu. BEBERAPA JAWAPAN TUHAN MENGENAIMASALAH MANUSIA Bahan berikut dipetik daripada hebahan melalui e-mel yang tidak diketahui asal usul penulisnya. Namun begitu himpunan persoalan hidup dan jawapan Tuhan dalam Quran ini mampu memberikan kita kekuatan bagi menghadapi apa juga tekanan hidup. Soalan: Adakah aku sudah dikira beriman?Jawapan: “Apakah manusia itu mengira mereka dibiarkan saja merigatakan; “Kami beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami menguji orang-orang sebelum mereka, sesungguhnya Tuhan mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya mengetahui orang-orang yang berdusta.”(Surah al-Ankabut ayat 2 hingga 3) Soalan: Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idamkan?Jawapan: “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal is baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal is buruk bagimu, Tuhan mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui” (Surah al-Baqarah ayat 216) Soalan: Kenapa susah sangat ujian ini?Jawapan: “Tuhan tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Surah al-Baqarah ayat 286) Soalan: Aku rasa kecewa? Tertekan? Lemah semangat?Jawapan: “Janganlah kamu bersikap lemah, dan jangan pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya, sekiranya kamu orang-orang beriman.” (Surah ali-Imran ayat 139) Soalan: Bagaimana harus aku menghadapinya?Jawapan: “Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Tuhan supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).” (Surah ali-Imran ayat 200)“Dan mintalah pertolongan (kepada Tuhan) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orangorang yang khusyuk.” (Surah al-Baqarah ayat 45) Soalan: Apa yang aku dapat daripada semua ini?Jawapan: “Sesungguhnya Tuhan membeli daripada orangorang Mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga bagi mereka. (Surah at-Taubah ayat 111 ) Soalan: Kepada siapa aku berharap?Jawapan: “Cukuplah Tuhan bagiku, tidak ada Tuhan selain darinya. Hanya kepadanya aku bertawakal.” (Surah at-Taubah ayat 129)

Page 52: Petua Menjadi Pelajar Cemerlang

Soalan terakhir: Ah..aku tidak tahan! Aku dah bosan!!Jawapan: “…dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat serta pertolongan Tuhan. Sesungguhnya tidak berputus asa daripada rahmat dan pertolongan Tuhan itu melainkan kaum yang kafir.” (Surah Yusuf ayat 87) Renung dan redalah pada ketentuan Tuhan. Marilah kita bersikap positif pada kehidupan ini dan mendaki puncak kejayaan. BEBERAPA JAWAPAN TUHAN MENGENAI MASALAH MANUSIA Bahan berikut dipetik daripada hebahan melalui e-mel yang tidak diketahui asal usul penulisnya. Namun begitu himpunan persoalan hidup dan jawapan Tuhan dalam Quran ini mampu memberikan kita kekuatan bagi menghadapi apa juga tekanan hidup. Soalan: Adakah aku sudah dikira beriman?Jawapan: “Apakah manusia itu mengira mereka dibiarkan saja merigatakan; “Kami beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami menguji orang-orang sebelum mereka, sesungguhnya Tuhan mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya mengetahui orang-orang yang berdusta.”(Surah al-Ankabut ayat 2 hingga 3) Soalan: Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idamkan?Jawapan: “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal is baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal is buruk bagimu, Tuhan mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui” (Surah al-Baqarah ayat 216) Soalan: Kenapa susah sangat ujian ini?Jawapan: “Tuhan tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Surah al-Baqarah ayat 286) Soalan: Aku rasa kecewa? Tertekan? Lemah semangat?Jawapan: “Janganlah kamu bersikap lemah, dan jangan pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya, sekiranya kamu orang-orang beriman.” (Surah ali-Imran ayat 139) Soalan: Bagaimana harus aku menghadapinya?Jawapan: “Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Tuhan supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).” (Surah ali-Imran ayat 200)“Dan mintalah pertolongan (kepada Tuhan) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orangorang yang khusyuk.” (Surah al-Baqarah ayat 45) Soalan: Apa yang aku dapat daripada semua ini?Jawapan: “Sesungguhnya Tuhan membeli daripada orangorang Mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga bagi mereka. (Surah at-Taubah ayat 111 )

Page 53: Petua Menjadi Pelajar Cemerlang

Soalan: Kepada siapa aku berharap?Jawapan: “Cukuplah Tuhan bagiku, tidak ada Tuhan selain darinya. Hanya kepadanya aku bertawakal.”(Surah at-Taubah ayat 129) Soalan terakhir: Ah..aku tidak tahan! Aku dah bosan!!Jawapan: “…dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat serta pertolongan Tuhan. Sesungguhnya tidak berputus asa daripada rahmat dan pertolongan Tuhan itu melainkan kaum yang kafir.” (Surah Yusuf ayat 87) Renung dan redalah pada ketentuan Tuhan. Marilah kita bersikap positif pada kehidupan ini dan mendaki puncak kejayaan!