aneka petua

Download aneka petua

If you can't read please download the document

Upload: sue-cikngah

Post on 02-Jul-2015

2.986 views

Category:

Documents


24 download

TRANSCRIPT

PETUA KELEBIHAN GARAM. BERSIHKAN PASU HIASAN - Jika anda mempunyai pasu hiasan yg berbentuk tirus, pasti susah untuk membersihkan bahagian dlmnya. Caranya mudah saja. Ambil beberapa camca garam kasar, dicampur dgn air (anggaran satu mangkuk besar). Kacau hingga garam agak larut & masukkan ke dlm pasu tadi & goncang perlahan2. Buang air tadi & lihat hasilnya. JARI MENCENGKAM - Kalau jari kaki atau tangan anda dicengkam, kuku akan terasa bisa. Cuba tepek garam & juga kunyit di bahagian tersebut. Kemudian balut. Esoknya buka & cuci. Ulangi hingga sembuh. HILANGKAN GETAH BUAH2AN - Utk hilangkan tompok2 getah buah-buahan atau pokok, tumbuk sedikit garam. Kemudian campurkan dgn sedikit kapur sirih. Lumur pada bahagian pakaian yg bergetah itu. Biarkan ia selama 5 atau 10 minit. Kemudian jirus dgn air suam & cucilah spt biasa. PUTIHKAN GIGI - Campur sedikit garam halus pada ubat gigi yg hendak anda gosokkan pada gigi setiap pagi. Gigi akan kelihatan putih berseri. Selain itu, ianya juga dpt menghindarkan dpd penyakit gusi & mulut. TUMIT KAKI PECAH - Jika tumit kaki pecah, ambil garam halus & campurkan dgn air perahan limau kasturi/nipis. Kemudian sapukan larutan tersebut pada bhg tumit yg pecah. Amalkan selalu. ELAK POKOK DISERANG SEMUT - Biasanya pokok bunga & pokok hiasan lain akan menjadi sasaran semut. Cuba taburkan garam disekeliling batangnya. Dgn cara ini dpt menghindarkan dpd serangan semut tersebut. ELAK TELUR REBUS PECAH - Sewaktu anda sedang menjerang air rebusan telur, masukkan sedikit garam ke dlmnya. Kemudian masukkan telur berhati2 agar tidak

berlaga antara satu sama lain. Insya-allah telur yg sedang direbus tidak mudah pecah. MENGATASI JARI PECAH - Untuk mengatasi jari pecah, bancuh sedikit garam bersama santan kelapa. Apabila ia sebati, sapukan pd bahagian jari yg pecah. MEMBERSIHKAN BUNGA TIRUAN - Masukkkan bunga tiruan ke dlm plastik. Masukkan garam secukupnya. Goncangkan dgn kuat. Anda akan dapati warna garam akan berubah & bunga tiruan nampak berseri. Setelah itu, basuh pula dgn air bersih. MEMATIKAN IKAN KELI - Caranya mudah, masukkan garam kedlm bekas ikan keli & biarkan selama beberapa minit. Insya-allah ikan keli tersebut akan mati. KUKU KAKI CANTIK - Rendam kaki dgn air suam yg bercampur garam. Biarkan kaki kering dgn sendiri dan sapu minyak zaitun. Selamat Mencuba Tajamkan mata gunting Ambil daun bambu kira-kira 10 helai.Potonglah daun itu dengan gunting yang tumpul.Selepas itu cuba gunting kertas atau pakaian dan jika masih tumpul ulangi langkah sebelum ini.

Mencuci kotoran pada pakaian Pakaian yang kotor terkena dakwat maka dicuci dengan cuka atau air asam limau.Jika terkena minyak tanah pula kain itu diwap dahulu sebelum dicuci.Kotor yang terkena minyak pula maka maka dicuci dengan disapukan bedak dan biarkan bedak itu di situ selama beberapa minit kemudian baru basuh.Jika pakaian terkena darah maka dibilas dulu dengan air suam sebelum dibasuh.

Mempercepatkan Nangka Masak Dengan memotong bahagian tangkainya dan dimasukkan kayu bersih sepanjang 10cm di bahagian tangkai yang dipotong itu. Kemudian simpan atau peram buah nangka itu dalam tempoh beberapa hari dan pasti nangka itu mengeluarkan bau yang harum yang menandakan ia sudah cukup masak.

Menyegarkan bau teko yang disimpan lama

Dengan menaruh sedikit gula pasir ke dalam teko sebelum menyimpannya.Dengan cara yang sedemikian, teko tersebut akan berbau segar bila anda menggunakannya kembali.

Mencuci kerak periuk Menggunakan kulit ubi kentang.Cara membuatnya, rebus kulit kentang dengan kerak itu dalam tempoh beberapa minit, setelah air itu panas, kerak yang melekat di periuk akan tertanggal dengan sendirinya.

Menyimpan kelapa supaya tahan lama Sebelum kelapa itu disimpan, hendaklah disapu dengan serbuk garam halus merata pada kelapa tersebut.Hasilnya kelapa itu akan tahan lama, tidak mudah berbau busuk dan berlendir.

Pakaian anda terkena getah Bahagian yang terkena getah itu dibasuh dengan air dan direntangkan di udara.Di bawahnya di bakar belerang.Wap dari belerang itu akan menghilangkan getah yang melekat pada pakaian. Pakaian yang terkena kunyit dapat dibersihkan dengan menggosokan kapur sireh pada bahagian pakaian yang terkena kunyit tersebut.

Membersihkan termos Masukkan satu genggam tea ke dalam termos dan tuangkan air mendidih kira-kira setengah termos.Biarkan air itu dingin selama satu malam dan akan dapat melihat hasilnya.Jika tidak, ulangi kembali cara itu.

Melepaskan bungkus dodol Dodol biasanya dibungkus dengan kertas untuk mudah menceraikannya.Sebelum dibuka celuplah dodol yang terbungkus itu ke dalam air yang bersih dan pembungkus itu akan terbuka dengan sendirinya. Kalau dodol itu dibungkus dengan daun pisang, gunalah minyak goreng untuk membukanya.

Menyimpan perkakas supaya tidak mudah berkarat Semua perkakas yang hendak disimpan itu dicuci terlebih dahulu dan keringkan betul-betul.Kemudian sapu minyak kelapa merata dan terus dibungkus.Ia menyebabkan perkakas dapur tidak akan berkarat dan tetap bersih.

PETUA MENGAWAL GUGUP Ramai orang menganggap kegugupan (nervous atau stage fright) merupakan gejala yang paling besar sewaktu hendak berucap, apatah lagi ketika menghadapi audiens yang ramai bilangannya.Kegugupan ini akan lebih nyata kepada pengucappengucap yang tidak berpengalaman.Mereka akan kelihatan pucat,berpeluh,kaku, dan kadangkala menggeletar.Gejala ini jika dibiarkan akan menghilangkan konsentrasi pengucap terhadap isi kandungan ucapannya dan boleh menggagalkan terus sesuatu ucapan. Walaubagaimana pun,gejala kegugupan ini bukanlah suatu

penyakit yang berterusan dan tidak boleh di atasi.Ianya boleh dikawal dengan kaedah-kaedah berikut: i.Sedarilah bahawa kegugupan adalah perkara normal yang dihadapai oleh pengucap Semua pengucap yang normal sama ada berpengalaman atau tidak, tidak akan terlepas daripada merasai kegugupan sewaktu hendak mula berucap.Ini adalah suatu realiti yang tidak dapat disangkal.Malah pakar-pakar pidato barat berpendapat bahawa kegugupan adalah sesuatu yang baik.Bagi mereka ianya merupakan suatu petanda bahawa kita mengambil berat terhadap audiens dan isi bicara kita. Jadi kita perlu menyakinkan diri kita sendiri bahawa pada hakikatnya kegugupan adalah fenomena biasa yang dirasai oleh semua orang, samalah seperti rasa lapar atau mengantuk.Dengan cara ini secara psikologi, kita dapat meghilangkan kerunsingan apabila kita gugup dan dapat memberi lebih tumpuan kepada apa yang hendak kita ucapkan seterusnya. ii.Sebenarnya kita kelihatan lebih berkeyakinan daripada apa yang kita rasa Memang benar, keyakinan tidak dapat dibuat-buat dan pendengar mudah menilai sama ada kita yakin atau tidak dengan bicara kita.Tetapi kita perlu sedar bahawa keyakinan adalah perkara dalaman (internal) yang tidak seratus peratus dapat dibaca oleh audiens. Melainkan dengan perbuatan kita sendiri yang mengambarkan kita tidak yakin untuk berhujah. Umpamanya,perbuatan seperti mengaru kepala, merenung siling, memandang lantai dan sebagainya. Kita perlu faham bahawa kita akan kelihatan lebih berkeyakinan di mata audiens, daripada apa yang kita sendiri rasa.Malah kita akan kelihatan lebih yakin lagi sekiranya kita dapat menghindar perbuatan-perbuatan negatif yang boleh mengambarkan kegugupan kita. iii.Kegugupan boleh dikurangkan dengan pengalaman Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa pengalaman sahaja yang dapat mengurangkan kegugupan,ke paras yang optimum,yang tersembunyi di mata audiens.Semakin kerap seseorang itu berucap, semakin pandailah ia menyembunyikan kegugupan, dan semakin yakinlah ia berucap.Oleh itu rebutlah peluang untuk berhadapan dengan audiens atau berlatihlah berucap di hadapan kawan-kawan, ini juga boleh memberi pengalaman berucap. iv.Audiens hadir untuk mendengar ucapan yang berkesan, bukan untuk mencari kesilapan kita Satu lagi perkara untuk diingati ialah bahawa sebenarnya tiada audiens yang mengharapkan kegagalan ucapan kita.Mereka datang untuk mendengar buah bicara, di samping berkongsi pengetahuan dengan kita.Jadi sampaikanlah buah bicara kita sebaik mungkin dan jangan kecewakan mereka.Lazimnya audiens amat mudah memaafkan kesilapan-kesilapan kecil yang dilakukan oleh pengucap. v.Tumpukan lebih perhatian kepada isi ucapan daripada cara hendak mengucapnya Apabilla kita berasa gugup, fikirkan apakah idea-idea utama seterusnya yang telah kita gariskan untuk kita ucapkan.Jangan sekali-kali berhenti berucap dan menumpukan fikiran kepada gaya mana sesuatu isi itu hendak dilafazkan.Ini boleh menjadikan kita lebih gugup.Sebenarnya berucap itu sendiri merupakan satu kaedah untuk mengurangkan kegugupan.Jadi janganlah berhenti.Sebaliknya teruskan

ucapan sambil cuba menumpukan perhatian kepada idea-idea utama atau isi ucapan yang telah kita susunkan. vi.Buat persediaan yang secukupnya Inilah cara yang paling berkesan untuk mengawal gugup.Ramai yang bersetuju bahawa kegugupan berlaku kerana kurang persediaan.Oleh itu sebelum berucap, buatlah persediaan yang rapi dari segi isi,penyusunan isi,contoh-contoh atau petikan-petikan yang berkaitan dengan subjek dan peruntukan masa yang telah diberikan kepada kita.Jangan lupa berlatih, ini juga merupakan sebahagian dari persediaan. vii.Gunakan kaedah-kaedah untuk memusatkan tumpuan fikiran kepada ucapan Terdapat beberapa cara untuk memusatkan tumpuan fikiran kepada ucapan.Kaedah ini dilakukan sebelum berucap.Antara kaedahnya ialah bertafakur sejenak, menarik nafas panjang dan melepaskan perlahan-lahan atau membaca sepotong doa .Kaedah-kaeadah ini mungkin berfunsi kepada beberapa orang, tetapi bagi orang lain tidak.Akan tetapi kebanyakan pengucap bersetuju bahawa ketenangan dan pemusatan fikiran perlu untuk menjadikan ucapan lebih berkesan, berbanding dengan berucap secara tergopoh-gopoh dan dengan fikiran yang berkecamuk

Menahan Air Liur Anak Dari Meleleh Keluar Betapa sedihnya apabila melihat kanak-kanak yang mengalami air liur yang sentiasa keluar.Agak sukar juga mengubati penyakit ini.Menurut ubat tradisional, caranya cukup mudah.Bahan ubatnya boleh didapati di mana-mana.Beli atau petik labu yang telah tua, sebaik-baiknya yang mahu dijadikan benih.Ambil tangkainya yang dekat dengan buah iaitu bahagian tangkalnya.Potong nipis sebesar wang syiling 50 sen atau 20 sen.Bahagian atasnya ditebuk untuk membuat lubang yang kemudiannya dicucuk dengan benang hitam.Masukkan ke leher kanak-kanak itu untuk dijadikan rantai leher.Mudah-mudahan air liurnya akan berhenti dalam masa sebulan atau dua minggu.

Susah Tidur Jika diserang sakit tidak dapat tidur lena pada setiap malam, memang merunsingkan.Badan akan terasa sakit-sakit dan lemah pada sebelah siang.Selalu menguap dan mengatuk.Dalam perkara ini dinasihatkan supaya mencari buah pala.Buah pala itu diparut secukupnya lalu dicampurkan dengan sedikit air.Kemudian ditekapkan pada bahagian ubun-ubun di kepala.Dengan izin Allah, orang yang mengalami hal ini akan tidur

Ulat Bulu Anda mungkin pernah terkena ulat bulu kan dan menyebabkan kulit badan kita bengkak-bengkak dan kemerah-merahan.Apa yang anda perlu lakukan ialah dengan ambil sepotong kunyit dan parut kunyit tersebut.Kemudian dicampurkan dengan kapur sireh dan air.Kemudian panaskan ramuan tadi dengan di atas api, dan setelah dingin maka sapukan ramuan tersebut pada bahagian yang bengkak itu. Lepas beberapa minit hilanglah bengkak tersebut.Kalau anda terkena sengatan lipan atau

lebah maka ambil asam jawa dan tumbuk serta sapukan pada bahagian yang terkena luka itu.Insya-Allah, kesakitan sengatan itu akan berkurangan.

Masalah Mandul Bagi mengatasi masalah mandul, amalkan setiap hari memakan taugeh (kacang cambah) mentah dan seminggu sekali cuba makan rojak nenas.Insya-Allah, dalam masa 5 bulan akan nampak hasilnya.

Tertusuk Duri Ambil getah betik dan bubuh ditempat tersebut.Insya Allah, pagi esoknya akan sembuh dan duri akan keluar dengan sendirinya.

Mencabut Gigi dengan Sendirinya Ambil tempurung kelapa yang masih basah (jangan yang sudah kering) dan letakkan di atas cawan, dan letakkan bara api di atas tempurung itu dan biarkan sehingga keluar minyak tempurung yang menitik ke dalam cawan, ambil kapas dan celupkan ke dalam minyak tersebut dan letakkan ke dalam gigi , juga minyak itu hendaklah dititik ke gigi tersebut.

Waktu-waktu dilarang tidur Awal-awal pagi selepas terbit matahari,selepas masuk waktu asar, dan tidur di bawah cahaya matahari walaupun terkena separuh daripada badan.

Bahaya tidur di siang hari Mendatangkan penyakit kulit,merosakkan warna kulit,melemahkan jantung,menambahkan tekanan perasaan yang meluap,melemahkan badan dan mengurangkan tenaga syahwat dan melemahkan kecerdasan akal

Larangan-larangan terhadap amalan perbuatan dan kebiasaan yang boleh merosakkan kesihatan tubuh badan Tidak boleh berjimak dalam keadaan terlalu lapar atau kenyang,mandi setelah selesai makan, memakan daging arbuk,berjimak dengan isteri yang tua,sentiada dalam keadaan keluh kesah dan berduka cita,berada dalam keadaan terlalu lapar,berjaga malam selain dari qiamullail

Faktor-faktor yang menguatkan tubuh badan Makan daging,suka menghidu bau-bauan yang sedap,banyak mandi bukan kerana jimak,pakai pakaian daripada kapas,mandi dalam keadaan perut tidak kenyang atau lapar dan makan makanan agak manis

Empat faktor yang boleh mendatangkan penyakit Banyak bercakap,banyak tidur,banyak makan,banyak jimak

Empat faktor yang boleh melemahkan badan Banyak jimak,sentiasa dalam keadaan keluh-kesah,banyak minum air yang bercampur dengan air liur kita sendiri dan banyak makan makanan masam

Faktor-faktor yang membawa kita menjadi pelupa Melihat benda-benda haram,bermain mata dengan perempuan,melancap,buang air kecil semasa menggosok gigi,minum air yang bercampur semut,tidak membaca alqur'an seharian,mengadu-domba dan mengumpat,terlalu fikirkan perempuan atau sebaliknya,bercinta-cintaan,terlalu berfikir yang bukan-bukan, dan sentiasa berada dalam keadaan kelu kesah dan berduka cita

Waktu-waktu yang dilarang minum air Selepas bersenam,selepas bersetubuh,selepas makan atau selepasnya,ketika sedang makan,selepas makan buah-buahan,selepas keluar bilik air, dan selepas terjaga dari tidur

LARANGAN DAN PERATURAN SELEPAS MAKAN Dilarang keras terus tidur selepas makan kerana mendatangkan keras hati, hendaklah berjalan selepas sekurang-kurangnya 40 langkah dan sebaik-baiknya hendaklah sembahyang selepasnya supaya makanan mudah hadam

SUPAYA AIR YANG DIMINUM MENDATANGKAN KESIHATAN UNTUK BADAN Minumlah 1 gelas air dengan 3 kali minum (teguk), jangan bernafas di dalam gelas semasa meminumnya dan jangan meniup air yang hendak diminumnya

WAKTU-WAKTU YANG DILARANG MEMINUM AIR Selepas bersenam, bersukan atau bekerja berat, selepas bersetubuh, selepas makan atau sebelumnya,ketika sedang makan, selepas makan buah-buahan, selepas keluar dari bilik mandi, dan ketika terjaga dari tidur

Cara Hapuskan Kelemumur Ambil beberapa biji buah mengkudu masak, basuh dan tumbuk sehingga hancur. Kemudian, disapu pada kepala sambil digosok-gosok. Amalkan seminggu dua (2) kali sebelum mandi.

Merawat Deman Campak Ambil beberapa helai daun pokok semambu yang segar dan tumbuk dengan sedikit beras sehingga lumat. Ambil daun yang telah lumat itu dan sapukan ke seluruh badan sehinggarasa miang berkurangan. (p/s : Ulang jika tidak cukup. Boleh dicampurkan sedikit air jika terlalu kering). (Utusan Malaysia)rlah sedemikian dari mula hingga akhirnya

Cara Putihkan Kulit Melecur Hiris ubi kentang nipis-nipis dan tampal pada bahagian kulit yang melecur. Lakukan setiap kali selepas mandi dan amalkan sehingga kulit mengelupas dan kulit baru akan tumbuh seperti sediakala.

Menormalkan Suhu Badan Anda dinasihatkan jangan minum minuman yang sejuk. Amalkan meminum air suam sekiranya dahaga.

Melicinkan Betis Ambil limau nipis dan dibelah empat, kemudian digosokkan pada muka anda atau betis hingga airnya kering (anda akan berasa pedih sedikit), tungguh hingga lima minit kemudian cuci muka atau betis anda dengan air suam. Cubalah beberapa kali dalam sebu lan.

Melebatkan Dan Mencantikkan Rambut Pokok pisang yang ditebang akan meninggalkan tunggul yang tertanam di dalam tanah. Lubangkan tunggul batang pisang ini. Biarkan semalaman. Keesokkan harinya lubang tunggul itu akan dipenuhi air yang amat sejuk. Sapukan air tersebut ke kepala anda setiap hari. InsyaAllah dalam masa yang tidak lama, rambut anda akan menjadi sihat dan berseri.

Masalah Batuk 1. Batuk dikalangan kanak-kanak sungguh mengganggu dan jika dibiarkan boleh memudaratkan. Cara menghentikannya, ambil 1/4 biji buah pala, 1/2 biji limau nipis dan secamca minyak kayu putih. Buah pala diparut, limau nipis diperah, ambil airnya sahaja. Parutan buah pala dan perahan limau dicampur dengan kulit kayu putih. Gosokkan ramuan tadi dengan lembut pada punggung dan dada anak. Lakukan tiga kali sehari hingga seminggu. Insya-Allah, ia akan pulih. 2. Jika anda mengalami batuk yang berterusan, ambil lapan helai daun pudina ( orang cina panggil bo ho ) dan rebus dengan beberapa ketul gula batu selama lima minit. Minum airnya beberapa kali agar batuk anda tidak berterusan. Setiap rebusan mesti menggunakan lapan helai daun pudi3.Bagi menghilangkan batuk berkahak yang berpanjangan, terutama pada kanak-kanak ambil gula melaka, pecahkan kecilkecil dan berikan pada anak anda dan makan seperti gula- gula. Lakukan beberapa kali hingga sembuh. 4. Bagi anda yang sering batuk-batuk, petua paling mudah untuk meredakannya dengan mengambil secamca besar madu lebah, lebih bauk dicampur sedikit air tetapi jangan terlalu cair. Kemudian, campur sedikit perahan limau nipis. Sebaiknya, ia diminum setiap malam sebelum tidur. Insya- Allah, mujarab. na.

Menegangkan Muka Bagi anda yang mengalami kedutan pada muka boleh lah mengambil sedikit kulit kayu manis, seketul kunyit hidup dan sedikit beras pulut. Campurkan kesemua bahan dan ditumbuk hingga halus. Kemudian sapukan pada muka dan leher sebelum

tidur. Lakukan dua kali seminggu. Insyaallah kedutan akan beransur hilang.

Memekatkan Sup Kadangkala ketika memasak sup, kita menggunakan terlalu banyak air hingga menyebabkan sup menjadi cair. Bagi memekatkan sup, masukkan sedikit kentang rebus yang dilecek.

Masalah Cirit-Birit Bagi mereka yang mengalami cirit-birit, bolehlah mengamalkan makan pucuk jambu batu. Caranya: rendam pucuk jambu batu itu di dalam air panas bersama sedikit garam untuk membersih kekotoran pada pucuk jambu itu. Setelah agak layu, bolehlah terus dimakan. Insyaallah perut tidak lagi sakit dan usus-usus berfungsi dengan baik semula.

Pulihkan Sakit Tekak Jika anda menghidap sakit tekak, anda perlu mendapatkan beberapa keping asam keping. Asam keping ini hendaklah dibakar hingga menjadi hangus. Setelah itu ditumbuk dan digaul dengan sedikit air sirih. Setelah itu sapukan pada bahagian tekak anda yang sakit. Insya Allah tekak anda akan sembuh seperti sediakala.

Masalah Keputihan 1.Sesetengah wanita mengalami masalah keputihan dan gatal. Cuba cara ini, ramas 12 helai daun sirih bersama seliter air suam. Tapis dan gunakan air itu untuk membasuh kemaluan anda, dimulakan dengan selawat. Selain menghilangkan gatal dam bau ia juga berupaya merapatkan kembali bahagian sulit. 2. Ambil secekak daun pegaga bersama akarnya sekali dan cuci bersih serta direbus didalam periuk. Setelah mendidih, angkat serta bubuh sedikit garam. Kemudian cuci kemaluan dengan air rebusan yang suam. Lakukan tiga kali seminggu. Keputihan dan gatal-gatal akan hilang.

Kencing Tidak Lawas 1. Jika anda mengalami kencing berdarah atau tidak lawas, ambil segenggam barli, basuh dan rebus hingga kembang. Masukkan sebuku garam. Apabila hendak minum campurkan sedikit gula. Amalkan setiap hari hingga penyakit anda sembuh. 2. Ambil lobak putih, dibersih dan diparut halus. Campurkan bersama beberapa ketul gula batu dan embunkan semalaman. Selawat tiga kali dan minum setiap pagi. Anda tidak lagi sukar membuang air kecil.

Ibu Hamil 1. Ibu yang sedang hamil biasanya akan mengalami masalah bengkak kaki. Ada petua yang boleh diamalkan untuk mengubatinya. Ambil sedikit jadam dan dicampur dengan sedikit air masak. Apabila sudah hancur dan pekat sapukan pada kaki dan betis selepas selawat tiga kali. Seelok-eloknya sapu sewaktu hendak tidur. Amalkan dan anda akan mendapat manfaatnya.

2. Untuk memudahkan anda sewaktu hendak bersalin, cuba petua ini. Setiap kali mandi dan membasuh rambut, hisaplah air yang mengalir dari hujung rambut anda sambil berselawat dan berdoa. Seeloknya diamalkan ketika hamil.

Masalah Sakit Kepala, Pening 1. Sakit kepala boleh dihilangkan dengan cara, ambil sebiji kecil bawang putih, hiris nipis dan tampal pada kiri dan kanan pelipis. Bawang tadi akan menyedut bisa pada kepala tadi dan biarkan semalaman. Hirisan bawang tadi akan tanggal sendiri apabila mengering dan sakit akan beransur hilang. Pelipis akan berwarna merah kehitaman, tetapi ia akan mengelupas dalam masa 2-3 hari. 2. Amalkan petua ini sekiranya kepala anda terasa pening. Ambil sebiji bawang merah yang besar dan lima biji bawang putih, hancurkan sehingga lumat dan campurkan secamca besar madu. Kemudian lumurkan pada kulit kepala dan urut lembut. Balut kepala dengan tuala suam. Biarkan semalaman dan pening akan hilang. 3. Ada cara yang paling mudah untuk menghilangkan sakit kepala. Ambil daun lemuni ( batang yang lembut sahaja ) lebih kurang sekilogram. Masukkan kedalam sarung bantal dan tidurlah menggunakan bantal tadi. Amalkan 2-3 hari dan anda pasti akan berasa segar serta ringan kepala.

Hidung Berdarah Sekiranya hidung anda berdarah, titiskan campuran cuka dan air mawar. Amalkan dan penyakit ini tidak akan berulang.

CARA TIDUR YANG SEBAIK-BAIKNYA YANG DIAMALKAN OLEH RASULULLAH S.A.W Tidurlah di awal malam sesudah menunaikan sembahyang Isyak jam 10.00 atau 11.00 malam dengan keadaan berwudhuk Bangkitlah di awal separuh kedua malam jam 1.00 pagi atau 2.00 pagi untuk bersugi,berwudhuk, dan bersembahyang tahajjud.Kemudian tidurlah semula dan bangkitlah sebelum terbit fajar.Tidurlah DENGAN MENGIRINGKAN BADAN DI SEBELAH RUSUK KANAN, RUSUK KIRI DI BAHAGIAN ATAS, SUPAYA TETAP KEDUDUKAN MAKANAN DI DALAM USUS,CEPAT HADAM MAKANAN.Tidurlah sedemikian dari mula hingga akhirnya Mudah mengopek kerang Mudahkan mengopek kerang dengan mencampurkan sesudu minyak masak ke dalam air rebusan. Nescaya kerang akan tebuka sedikit dan memudahkan anda mengopeknya nanti.

Tauhu tahan lama Bagi mencegah tauhu yang kita beli dapat bertahan lama, cuci dengan air bersih. Tus kan tauhu sehingga ia kering dantuangkan air panas. Biarkan sehingga ia sejuk.

Memotong buah-buahan Sebelum memotong buah-buahan, pisau hendaklah disapu dengan limau nipis terlebih dahulu.

Dikatakan limau nipis mengelak potongan buah-buahan daripada menjadi lebam.

Hindari Kumbang Beras Hindari beras daripada kumbang beras dengan meletakkan 7 hingga 8 tangkai cili kering kedalam tempat menyimpan beras. Cili kering tersebut hendaklah ditimbus ke dalam beras tadi.

Masaalah Nasi Mentah Sekiranya nasi yang kita masak tidak cukup masak atau mentah, jangan risau kerana masaalah ini masih boleh diatasi. Caranya mudah saja. Anda hanya perlu isikan air panas kedalam sebiji mangkuk kecil yang tahan panas. Buatkan lekuk pada bahagian tengah nasi, kemudian masukkan mangkuk yang berisi air panas tadi. Tutup periuk rapat-rapat dan biarkannya diatas api yang perlahan beberapa minit sehingga nasi masak.

Lauk Terlebih Masin Kadangkala tanpa disengajakan, lauk yang kita masak menjadi terlalu masin dan ini menjadikan ianya kurang enak untuk dimakan. Untuk mengatasi masalah ini, mula-mula ambil sedikit daun pisang, cucikannya sehingga bersih. Kemudian masukkan kedalam masakkan itu tadi. Insyaallah rasa masin akan berkurangan.

Bubur kacang lebih enak Sebelum merebus kacang, elok digoreng tanpa minyak terlebih dahulu. Goreng sehingga agak garing sedikit dan berbau wangi. Matikan api. Selepas itu rendam dalam air lebih kurang 2 jam supaya ia cepat kembang dan lebih cepat masak nanti. Insya-Allah anda akan dapat bubur kacang yang lebih enak kerana bangkit bau wanginya, apatah lagi di tambah dengan durian sebagai perisa tambahan.

Hilangkan lemak ayam Basuh ayam dengan mengunakan air bersih kemudian buangkan air tersebut dan ambil tepung gamdum, sapukan pada ayam tersebut dengan sedikit air selepas tu bolehlah ia nya di bersih semula mengunakan air. Selepas itu barulah puan campurkan dengan apa sahaja bahan yang hendak dicampurkan sebelum memasakkannya...

Melembutkan cucur kodok Kalau anda inginkan cucur kodok anda lembut setelah dimasak, bancuhlah dengan air suam. Kemudian goreng seperti biasa. Cucur pasti lembut walaupun setelah sejuk.

Menghilangkan pahit peria Peria memang pahit. Untuk menghilangkan pahitnya, potong peria dan rendam didalam air berisi garam halus. Setelah lebih kurang 25 minit, sejatkan dan masaklah peria tadi mengikut resepi anda.

Mengelakkan Tauhu melekat dikuali Tauhu akan melekat jika digoreng. Taburkan garam halus pada permukaan atas dan bawah tauhu sebelum digoreng. Hasilnya, tauhu tidak melekat lagi.

Mudahkan mengupas kentang Basuh kentang terlebih dahulu, kemudian rebuslah kentang tersebut selama lebih kurang 5 minit atau sehingga hampir empuk. Sejukkan dan kemudian kupaslah kulitnya. Hasilnya kentang lebih cantik dan mudah mengupasnya.

Membersihkan siput sedut Jika anda menghadapi masaalah untuk membersihkan siput sedut, petua dibawah ini mungkin berguna bagi anda. Ambil sebekas hampas kelapa, gaulkan siput sedut yang masih hidup itu dan biarkan semalaman. Esoknya barulah anda mula mengerat bahagian hujung cengkerang siput itu sebelum dimasak. dengan demikian bau lumpur dari siput itu akan hilang, malah bertambah rasa lemaknya apabila dimasak. Mengharumkan dapur Pada kebiasannya pada bahagian dapuranda akan berbau yang kurang menyenangkan, terutamanya apabila anda menyiang ikan. Bagi mengatasi masalah ini,rebuslah beberapa keping kayu manis, bunga cengkih dan cuka biasa. Kemudian sembur atau lapkan air rebusan itu pada kabinet, jubin dan sekitar dapur. Ia berkesan bagi menghilangkan bau hanyir serta bau lain yang kurang menyenangkan

Membersihkan minyak gorengan Jika anda menghadapi masaalah kehitaman pada minyak gorengan, ambil beberapa keping asam keping dan masukkan kedalam kuali bersama bahan gorengan anda. Asam keping tadi akan menyerap kehitaman pada minyak gorengan anda, dan hasilnya anda dapat menggunakan minyak gorengan tadi beberapa kali.

Mengembalikan kesegaran sayur Jika anda menyimpan sayuran beberapa hari di dalam peti ais, kesegarannya akan hilang. Untuk mengembalikan kesegaran- nya, rendam sayuran tadi di dalam air yang dicampur sedikit cuka selama beberapa minit. Selain dari mengembalikan kesegaran sayuran itu, cuka juga bertindak menghilangkan kotoran pada sayur yand direndam tadi.

Sayuran kalau disimpan didalam peti ais beberapa hari, kesegarannya akan hilang. Untuk mengembalikan kesegarannya, rendam sayur tadi didalam air yang dicampur cuka selama beberapa minit. Selain mengembalikan kesegaran, cuka juga akan menghilangkan kotoran pada sayur. Mencuci kerang memang susah. Untuk itu, masukkan hampas kelapa bersama kerang didalam besen dan gaul bersama sedikit air. Setelah beberapa ketika, kerang akan bersih memutih.

Kalau anda inginkan cucur kodok anda lembut setelah dimasak, bancuhlah dengan air suam. Kemudian goreng seperti biasa. Cucur pasti lembut walaupun setelah sejuk. Peria memang pahit. Untuk menghilangkan pahitnya, potong peria dan rendam didalam air berisi garam halus. Setelah lebih kurang 25 minit, sejat dan masaklah peria tadi mengikut resepi anda. Ketika menggoreng ikan, perap ikan bersama asam gelugur. Kemudian goreng asam gelugur hingga hitam diikuti ikan. Hasilnya, ikan tidak melekat lagi. Tauhu akan melekat jika digoreng. Taburkan garam halus pada permukaan atas dan bawah tauhu sebelum digoreng. Hasilnya, tauhu tidak melekat lagi.Menghilangkan Karat Kepada Pakaian: Perahkan air limau nipis ke dalam bekas berisi satu sudu kecil garam halus.kacau hingga sebati dan sapukan kepada pakaian yang terkena karat. biarkan beberapa minit sebelum dibubuhkan sabun dan diberus seperti biasa. Hampas Teh Suburkan Tanaman: Taburkan hampas teh di sekeliling pokok hiasan di dalam pasu dan siramlah tanaman itu seperti biasa, dalam beberapa hari, tanaman anda akan menjadi lebih subur dan hijau. Mengatasi Sengal Tulang: Patahkan ranting pohon kemboja dan ambil getahnya. sapukan getah itu kepada sendi-sendi tulang, di bahagian tubuh anda yang mengalami sengal terutamanya pada sebelah pagi. Merawat Kulit Berkedut: Parutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkkan, lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. amalkan sehingga berkesan. Daun Puding Atasi Gatal Di Kepala: Bersihkan segengggam daun puding lalu dikisar lumat. lumurkan keseluruh kulit kepala. bungkus kepala dengan tual bersih selama satu jam. akhir sekali bilas rambut dengan air bersih. lakukan dua kali seminggu. Legakan Sakit Gigi: Celupkan seputik kapas ke dalam esen pisang dan tekankan atau sapukan kepada gigi yang sakit. Segarkan Mata: Sapukan minyak zaitun di sekeliling mata sebelum tidur.

Kunyit Atasi Hidung Bayi Tersumbat: Asahkan ibu kunyit kepada batu atau belakang pasu yang bersih, dan sapukan airnya secara nipis di sekeliling hidung bayi. awas! jangan biarkan air itu meleleh ke dalam hidung. Kulit Limau Hilangkan Bau Badan: Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. kemudian makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya. amalkan selalu. Mengurangkan Dengkur: Tumbuk lumat tujuh biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu panas. minumlah beberapa minit sebelum tidur. Cara Menghilangkan Ketuat: Sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya. titiskan getah itu kepada ketuat dan biarkan ianya kering sendiri. lakukan beberapa kali. ketuat akan mengering dan luruh sendiri. Menaikkan Seri Muka: Basuhkan muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ke tiga. bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit berlalu. amalkan selalu. Mengelakkan Nafas Berbau: Sangar hampas kelapa hingga kuning. amalkan mengunyah hampas kelapa itu. jika anda tidak sukakan rasanya, anda boleh saja meluahkannnya. minumlah air suam selalu. Limau Nipis Mewangikan Rambut: Potong dua biji limau nipis melintang. Kemudian gosokkan ke kulit kepala yang telah dibasahkan. gosok rata sehingga air limau meresap ke akar rambut. biarkan beberapa minit sebelum dibilas. Mengelakkan Cermin Kenderaan Kabur: Basahkan sehelai tuala kecil, tuangkan beberapa titis shampoo mandian ke atasnya. laplah bahagian luar dan dalam cermin kerderaan anda dengan menggunakan tuala tadi. Mengelak Keguguran Rambut: Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. sapukan ke kulit kepala seeloknya pada waktu malam. amalan ini juga dapat mencegah kelemomor. Ubati Bibir Yang Pecah: Bancuhkan air suam bersama gula merah dan sedikit asam jawa kemudian diminum beberapa kali.

Menghilangkan Kembong Perut. Ambil tiga helai daun mengkudu muda dan sapukan minyak kelapa. kemudian layurkan ke atas api selama dua minit. setelah itu, daun yang masih panas ditekapkan kepada perut. Atasi Tumit Pecah: Gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh. kemudian berus tumit kaki dengan berus lembut. amalkan sebelum mandi. Ubat Sakit Angin: Kupas seulas bawang putih yang sederhana besarnya. dan makan mentah-mentah. badan akan menjadi hangat dan angin akan keluar. rasa mual dan pening akan berakhir. Menghaluskan Kulit Muka: Didihkan susu segar atau pun susu tepong bercampur air. biarkan ia sejuk lalu disapukan kepada muka. biarkan kering lalu dibasuh dengan air bersih. Melembutkan Tapak Kaki: Ambil sedikit hampas kelapa dan campurkan dengan air perahan limau nipis. gosokkan tapak kaki dengan bancuhan itu berulangkali. amalkan sekurang kurangnya seminggu untuk mendapat hasilnya. Mengatasi Mabuk Perjalanan Jauh: Bancuh air didihan nasi bersama sedikit gula. minum ketika suam. amalkan selalu. Menghapuskan Urat Timbul Dikaki Sewaktu Mengandung: Belah beberapa ulas bawang putih lalu ditenyeh kepada urat yang mula timbul. amalkan selalu. Mencantikan Telur Rebus: Rebuskan telur sehingga tiga suku masak. masukkan kulit bawang merah kedalam air rebusan dan biarkan sehingga warnanya luntur. kemudian rebuskan kembali telur itu. Menghalau Semut: Masukkan beberapa batang kulit kayu manis dan bunga cengkih ke dalam bekas berisi gula. Mengelakkan Lipas: Ambil beberapa helai daun pandan dan letakkan di tempat kegemaran lipas seperti almari pakaian dan ceruk-ceruk dapur. apabila daun pandan itu sudah layu, gantikannya dengan daun-daun baru.

Mengelakkan Sawang Atau Sarang Laba-Laba: Bersihkan tempat yang sering kedapatan sarang laba-laba. kemudian celupkan penyapu sawang ke dalam minyak tanah lalu lapkan tempat itu. Hilangkan Lebam Di bawah Mata: Sapukan bahagian lebam itu dengan air perahan limau nipis. lakukan beberapa kali. Menghilangkan Bau Mulut: Tumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkeh dan tiga ulas bawang putih. kemudian gosokkan kepada gigi dan berkumur hingga bersih. lakukannya tiga hari sekali. Merawat Sakit Lecur: Titiskan cecair spirit ke atas gelembung lecur. Meredakan Batuk: Rendamkan gula batu, getah anggur dan kembang semangkuk selama semalaman didalam jag berisi air masak. berikan minuman ini kepada orang yang batuk sekerap mungkin. Mengembalikan Seri Muka Selepas Bersalin: Rebus beberapa tangkai daun inai dan minum airnya tiga kali seminggu.seeloknya pada waktu pagi dan malam. Mencantikan Kulit Janin: Amalkan meminum air kelapa sewaktu mengandung agar anak yang bakal lahir nanti terhindar dari mendapat ruam lampin. Mengembalikan Kesegaran Kepala: Ramas tujuh biji limau nipis yang telah diputong melintang ke dalam bekas air suam. tapis air limau itu dan lumurkan kepada kepala selama sepuluh minit. kemudian barulah dibilas. lakukan diwaktu petang. Menghaluskan Kulit Muka: Bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepong ubi. kacau sehingga ia menjadi larutan pekat. pupurkan kepada muka yang telah dibersihkan. biarkan ia mengering lebih kurang limabelas minit. selepas itu barulah dibilas. Mencabut Kutu Babi: Petik daun sirih bersama tangkainya. dan titiskan getah sirih ke atas kutu babi. selepas itu ianya akan menjadi senang untuk dicabut Mari Hapuskan Kelemumur. Ambil beberapa biji buah mengkudu masak, basuh dan tumbuk sehingga hancur.

Kemudian, disapu pada kepala sambil digosok-gosok. Amalkan seminggu dua (2) kali sebelum mandi. Putihkan Kulit Melecur. Hiris ubi kentang nipis-nipis dan tampal pada bahagian kulit yang melecur. Lakukan setiap kali selepas mandi dan amalkan sehingga kulit mengelupas dan kulit baru akan tumbuh seperti sediakala. Pulihkan Bengkak Di Kaki. Ambil segenggam asam jawa dan kapur, ramas dengan sedikit air. Kemudian letakkan/sapukan pada kaki atau tangan yang terseliuh. Meredakan Batuk. Minum secamca besar madu lebah dicampur dengan limau nipis tiga (3) kali sehari. Pening Kepala: Potong 2 ulas bawang putih dan telan bersama sedikit air. sapu tempat yang sakit dengan minyak bawang putih. Lemah Otot: Ambil tiga ulas bawang putih dan hancurkan. kemudian minum bersama susu unta setiap hari selama sebulan bagi menguatkan otot yang lemah. Demam Selsema: Telan seulas bawang putih setiap kali selepas makan sebanyak tiga kali sehari. dan minum air perahan bawang putih dan limau serta berkumur air wap bawang putih. Susah Hadam: Rebus bawang merah bersama kulitnya. kemudian kupas bawang itu. bawang itu haruslah dihancurkan dan dicampurkan ke dalam madu asli dan dijadikan krim sapuan roti. amalkan selalu. Serangan Angin: Campurkan air perahan bawang merah setengah cawan bersama halba rebus setengah cawan. kemudian bancuhkan sedikit madu asli ke dalam bancuhan itu.kacau dan minum campuran itu setiap hari. Serangan Cacing: Amalkam meminum air rebusan bawang merah setiap hari. Gigi Putih Wajah yang cantik akan lebih kelihatan lebih menarik dengan secebis senyuman. Namun yang lebih manis lagi jika senyuman itu turut di iringi dengan gigi yang putih dan sihat. Sebelum kita mengosok gigi dengan menggunakan ubat gigi... gosoklah gigi dengan menggunakan SERBUK PENAIK atau lebih di kenali sebagai SODIUM

BIKARBONAT terlebih dahulu.Kumur dan gosoklah gigi dengan ubat gigi seperti biasa. Amalkan petua ini seminggu dua ke tiga kali. Haluskan Siku & Lutut ( kalau nak lebih berkesan gunalah kertas pasir disagat setiap malam sebelum tidur..ekekek ) Dalam aktiviti seharian, mungkin tanpa kamu sedari bahagian siku dan lutut menjadi tumpuan utama dalam pergerakan tubuh. Siku yang terawat dan lutut yang indah dapat menjadi daya penarik yang tersendiri, terutamanya jika kamu penggemar skirt pendek atau seluar pendek. Oleh itu, berikan sedikit perhatian pada dua bahagian ini. Mulailah merawatnya secara teratur!Tidak perlu dengan kosmetikyang mahal, melainkan cukup dengan menggunakan buah NENAS. Caranya mudah, parut buah nanas segar yang telah dicucibersih terlebih dahulu, lalu sapukanpada siku dan lututkamu. Gosokkan perlahan dan biarkan selama beberapa minit agar zat-zat semulajadinya dapat memberi kesan dengan baik. Jus dari nanas akan membuatkan lipatan-lipatan kulit pada siku dan lutut menjadi lembut kembali. Setelah itu bilas dengan air suam sehingga bersih sampai kulit tidak lagi terasa lekit. Gunakan tuala lembut untuk mengeringkannya, tidak dengan cara menggosok tetapi cukup ditekan-tekan saja. Selepas itu, letakkan 'baby oil' atau pelembap. Lakukan cara berkesan ini secara teratur dan nikmati hasilnya!! Lembut Rambut Alamak, rambut aku macam hantu MAK LAMPIR ni... nak pergi dating pulak tu... macamana ni ?" ANDA MENGALAMI MASALAH YANG SAMA.... JANGAN RISAU. Saya ada SATU rahsia yang ingin saya kongsikan bersama. Sebelum anda mencuci rambut anda, ada baiknya anda melumurkan sedikit minyak baby ke rambut anda, sebaiknya jika anda hendak mencuci rambut anda sebelah pagi elok anda melumurkan minyak baby pada sebelah malamnya. Tapi jika anda sesuntukan masa...lima minit sebelum pun boleh juga tapi hasilnya tidaklah seberapa. Selepas itu barulah anda menbasuh rambur anda seperti biasa.Apabila rambut anda sedah kering anda akan dapat rasa kelembutannya. Mewangikan Rambut Ambil beberapa biji limau nipis & hiris2kan. Kemudian gosokkan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit, kemudian barulah cuci hingga bersih. Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening & menyejukkan kepala. Kilatkan Cermin Mata Cermin mata selalu kabur warna kerana terkena peluh disekitar mata atau hidung. Cuba petua ini bagi mengatasi cermin mata anda jelas lebih lama. Cuci & gosokkan sedikit limau pada kacanya. Bilas bersih2 kemudian lap dengan kain bersih atau tisu. Hasilnya cermin mata lebih kuat & jelas lebih lama. Jemput-Jemput Menjadi Lembut

Untuk yg inginkan jemput2 menjadi lebih lembut & enak, cuba masukkan air perahan limau nipis (buang bijinya) ke dlm adunan tersebut. Hasilnya pasti memuaskan anda. Elakkan Kelemumur Limau nipis juga ubat kelemumur yg mujarab. Caranya potong limau nipis & tenyeh pada kulit kepala. Biarkan seberapa lama yg mungkin & bilas. Mencuci Barangan Perak Campurkan perahan air limau & garam ke dlm mangkuk yg berisi air & cucikan barang perak anda. Hasilnya barang perak akan berkilat. Segar Taugeh Taugeh akan menjadi segar w/pun berhari2 sekiranya anda mencampurkan perahan air limau nipis ke dlm air tempat anda merendamkan taugeh. Tetapi pastikan anda menukar airnya setiap hari. Limau Nipis Cantikkan Badan Sediakan segelas air suam & masukkan tiga sudu kecil daun teh & juga sebiji air perahan limau nipis. Biarkan semalaman. Minum setengah gelas di waktu pagi & setengah gelas lagi waktu petang. Amalkan 3 kali seminggu. Menghilangkan Kesan Bau Papan Pemotong Adakalanya kita menghadapi masalah utk menghilang bau hanyir pd papan pemotong. Ambil sebiji limau nipis & kemudian di potong dua. Sapukan limau tersebut pada permukaan papan pemotong. Hasilnya bau yg terdpt pada papan pemotong akan hilang Hilangkan Bau Kaki Sering didapati kaki kita berbau apabila memakai kasut sarung atau tertutup. Untuk mengatasinya, ambil limau nipis, potong2 & gosokkan pada kaki. Lakukan setiap ptg selepas menanggalkan kasut. Insya-allah bau kaki akan hilang. Hapuskan Kesan Karat Pada Pakaian Utk hilangkan kesan karat pd pakaian, amalkan cara ini. Ambil sedikit garam, perahan air limau nipis dan larutkan bersama air rendaman pakaian dan biarkan semalama n. Keesokkannya cucilah seperti biasa. Menghilangkan Bau Badan. Ambil beberapa batang pokok kantan yang segar. Potong batangnya pendek-pendek dan tumbuk sehingga lumat. Rebus sehingga mendidih dan air rebusan itu dijadikan air mandian. Merawat Demam Campak.

Ambil beberapa helai daun pokok semambu yang segar dan tumbuk dengan sedikit beras sehingga lumat. Ambil daun yang telah lumat itu dan sapukan ke seluruh badan sehinggarasa miang berkurangan. (p/s : Ulang jika tidak cukup. Boleh dicampurkan sedikit air jika terlalu kering). (Utusan Malaysia) Menormalkan Suhu Badan. Anda dinasihatkan jangan minum minuman yang sejuk. Amalkan meminum air suam sekiranya dahaga. Menghilangkan Panau. Ambil lengkuas sebesar ibu kaki, dibuang kulit arinya dan dicuci bersih. Kemudian tumbuk sehingga hancur lalu dibungkus dengan kain perca dan diikat kemas-kemas. Gosokkan pada kulit berpanau.

NASIHAT ORANG TUA-TUA MELAYU

Kita sering mendengar orang sesat di hutan.Pantang larangnya jangan sekali-kali kita atau salah seorang daripada kita bercakap besar seperti "aku tak akan sesat di dalam hutan".Sebaiknya setiap anggota mendiamkan diri dan jangan ambil sebarang benda atau tumbuhan yang ganjil semasa dalam perjalanan tersebut Penyakit sosial rumahtangga di zaman moden merupakan lemah tenaga batin.Ia amat berbeza dengan orang dahulu kala walaupun usia hampir 100 tahun mereka mampu beristeri muda yang boleh disebut cucu.Tetapi generasi hari ini, setahun berumahtangga pun isterinya masih dara lagi.Bagi memelihara tenaga kelakian jangan sekali-kali membasuh kemaluan selepas persetubuhan.Jauhkan membuang air kecil di dalam air Amalan menahan kencing boleh membawa bencana seperti karang batu, dan lemah buah pinggang. Sebaiknya amalkan membuang air kecil 4 jam sekali Mandi di laut atau sungai amat menyeronokkan terutama kanak-kanak.Mandi dengan cara membabi buta dengan perasaan terlalu gembiraboleh mendatangkan musibah yang tidak diduga.Bagi mengatasi musibah ini orang tua-tua juga ada pantang larangnya seperti pertama kali menjejakkan kaki di laut ataupun sungai jauhkan dari bermain-main di gigi air Sebagaimana kata orang tua-tua "Anak dara yang suka menyanyi di dapur sukar mendapat suami". Kedua anak dara yang suka termenung di atas tangga juga berat jodoh. Menerut pengalaman orang tua-tua sekiranya anda ingin mata anda sentiasa terang, jangan sekali- kali melihat kemaluan isteri Sesuatu yang kita sayangi janganlah terlalu menunjukkan kasih sayang yang teramat sangat Sekiranya anda mahu gigi anda tahan lama dan tidak mudah sakit jangan sesekali meludah semasa membuang air besar atau di tempat-tempat kotor.bagi menahan air liur keluar anda hanya perlu menutup mulut sambil mencekam gigi agak kuat Elakkan diri mengamal mandi di tengah malam yang boleh menyebabkan badan menjadi lemah dan luntur Membasuh atau mandi ketika badan terlalu panas, kesannya setiap penyakit yang ada dalam badan tidak dapat keluar Jangan melakukan perbuatan mencampak apa-apa barang terutamanya pakaian melalui tingkap rumah kerana menurut orang tua-tua amalan ini boleh memendekkan rezeki

Bernanah jari disebabkan jarum,duri, dan tulang ikan Ambil 3 sulur bawang merah lalu ditumbuk jangan sampai lumat.Kemudian bubuh 1 sudu besar minyak kelapa dan dibungkus dengan menggunakan daun pisang dan dipanaskan ke atas api.Apabila sudah agak panas, tampalkan ramuan tersebut pada tempat yang sakit dan dibalutkan dengan kain pembalut luka.Buatlah sebanyak 3 kali sehari.

Bau mulut Ambil beberapa helai daun sireh diramaskan ke dalam air dan berkumur.Buatlah selama beberapa hari.

Resdung Ambil isi terung kemal dan amalkan memakannya atau ambil daun kacang kayu kemudian jemur sehingga kering dan dibuat hisap seperti rokok.Boleh juga amalkan mencium bunga daun bawang merah sentiasa.

Kunyit mengurangkan rabun mata Sediakan 20 helai daun sireh dan satu oz kunyit dan keduanya diparut.Letakkan di atas penapis dan tuangkan air panas dan diperah.Minum air yang sudah ditapis itu satu gelas pada setiap hari.

Perut masuk angin Setiap kali anda minum teh atau kopi masukkan daun delima yang sudah dipotong kecil-kecil. Amalkan selama 1 bulan.

Perut Memulas Ambil pucuk ciku secukupnya dan didihkan.Selepas air itu sejuk minumlah.

Telingga bernanah Ambil kunyit tua sebesar ibu jari kaki, diparut dan diambil airnya dan ditambahkan dengan satu sudu teh.Masukkan ke dalam telingga yang bernanah secara terus menerus selama 1 minggu.

Rambut Ubat Kaki Pecah Ambillah rambut yang gugur (rambut sendiri) satu genggam, kemudian rambut itu terus dibakar dan abunya dicampurkan dengan minyak kelapa.Waktu mahu tidur malam,bahagian kaki yang pecah itu dibersihkan terlebih dahulu.Kemudian sapukan minyak dari abu rambut itu dengan menggunakan kapas di bahagian kaki yang bengkak.Bila sudah disapu pakailah sarung kaki yang agak longgar supaya cadar tempat tidur tidak kotor.

Jerawat a.Masukkan sebungkus daun teh (masih hijau) ke dalam air yang mendidih.Kemudian wap air teh itu dihadapkan ke muka.Buatlah sentiasa sehingga jerawat di muka anda hilang. b.Kupaskan ubi kentang dan hiriskan nipis-nipis lalu segera ditampalkan pada muka dan biarkan

sehingga ubi kentang itu kering.Amalkan sedemikian setiap hari.

Rambut beruban Ambil biji buah betik daripada buah betik yang sudah masak sebanyak 2 sudu besar.Jemur biji betik itu sampai betul-betul kering.Kemudian digoreng sampai hangus (jangan guna minyak) serta disusuli dengan tumbuk biji itu sampai halus.Campur debu biji betik itu dengan minyak kelapa dan kacau sampai merata.Setelah rambut anda dicuci bersih, lumurkan ramuan itu pada bahagian kepala yang beruban, seelok-eloknya sewaktu hendak tidur.

Melebatkan tumbuh rambut Potong pokok pisang dan batang yang tertinggal itu dibuat lubang di atasnya seperti tempurung. Pagi-pagi esoknya bubuh bair yang betul-betul sejuk ke dalam lubang itu dan dibiarkan beberapa minit.Kemudian terus ambil air dari lubang itu dan digosokkan ke atas kepala yang botak.Buatlah sedemikian setiap hari.

Membuang tahi lalat hidup Ambil getah daun kemboja, bubuh pada tempat tersebut dan tampalkan dengan kapas.Buatlah sedemikian sehingga hilang.Begitu juga dengan caranya membuang ketaut kulit dan mengubat tapak kaki yang pecah-pecah.

Muka kasar dan berbintik-bintik hitam Cari buah mentimum, diparut dan diperah lalu diambil airnya.Gunakannya untuk mencuci muka anda sewaktu hendak tidur.Boleh juga tempel atau tampalkan hampas mentimum itu ke wajah anda.Pada sebelah petangnya, mandi dengan air suam dan cuci muka anda berkali-kali dengan air suam.

Menghilangkan kesan jerawat Basuh muka dengan air kelapa muda.Biarkan air itu di muka selama-lamanya 1 jam dan biar ia kering sendiri tanpa dilap.Kemudian cucilah dengan air sejuk.

Menghilangkan urat-urat yang timbul di kaki Ambil segengam kacang hijau lalu direbus tanpa gula dan jangan hancurkan.Makanlah pada waktu pagi dan malam.Selain itu setiap kali mahu tidur, angkatlah kaki ke atas setinggi mungkin dengan menyandarkan badan pada dinding dalam masa 10 minit.Selepas itu barulah tidur.

Daun petai cina ubat seri muka Cari daun petai cina yang masih muda dan ramas pada telapak tangan.Sapukanlah pada seluruh tubuh dan wajah anda sewaktu mandi.Kemudian tunggu beberapa saat baru dibersihkan dengan air yang bersih.Amalkan pada waktu mandi pagi dan petang selama lebih kurang 1 bulan.

Kudis buta

Cari 5 atau 6 helai daun jambu batu, giling hingga lumat.Ia kemudian dicampurkan dengan santan dari segengam kelapa parut perah.Kemudian dibungkus dalam kain jarang dan digosokkan pada kudis buta itu.

Bulu ketiak Cari ubi kunyit dan kapur sireh.Cabut semua bulu ketiak anda dan celupkan ibu kunyit itu ke dalam kapur sireh dan gosoklah pada ketiak anda sehingga rata dalam beberapa minit dan kemudian basuh.

Cacar air Ambil 5 helai daun jarak dan direbus lalu dimandikan kepada mereka yang mengalaminya.Air rebusan itu hendaklah agak panas sedikit namun bolehlah dilihat kepada pesakit itu sama ada kanak-kanak atau yang sudah dewasa.Gosok juga daun jarak yang sudah direbus itu pada badan pesakit.Lakukan selama 3 hari berturut-turut.

Menghilangkan bekas kurap di badan Bakar kulit kerang sebanyak 12 biji selama 20 minit.Bila kulit kerang itu terbakar jiruslah dengan air panas mendidih.Kulit kerang yang lumat ditumbuk dicampurkan dengan 1 sudu belerang kuning.Biarkan 2 ramuan itu sebati selama 1 jam dan campurkan pula dengan setengah cawan minyak tanah.Sapukan ramuan itu ke bekas kurap.

Menghilangkan bau ketiak Campurkan hampas tea dengan sedikit air garam sapukan pada ketiak dan biarkan beberapa minit kemudian basuh dengan air hangat atau air sejuk.Lakukan secara kerap setiap hari.

Ubat panau Daun gelenggang dicampurkan dengan kapur lalu digosok pada badan yang terkena panau itu.

Menghilangkan parut cacar air Ambil segengam beras dan dibersihkan.Ambil 5 helai daun asam jawa dan sebuku kunyit hidup ditumbuk halus bersama-sama beras tadi untuk dijadikan bedak.Pakailah ketika hendak tidur selama seminggu.

Gatal-gatal malam Ambil kelapa muda yang kulitnya masih hijau dan satu gelas madu asli, campurkan keduaduanya dan minum selama 3 hari berturut-turut.

Gatal-gatal pada kemaluan perempuan Ambil seikat daun sireh dan direbuskan dengan air biasa.Minum air tersebut setiap kali lepas kencing dan cucilah kemaluan anda dengan air tersebut.

Gatal Kulit Ramai di kalangan kita yang mengalami gatal-gatal di bahagian kemaluan terutamanya orang perempuan.Anda mungkin berasa malu hendak berjumpa dengan doktor.Sakit ini tidaklah teruk sangat tetapi mendatangkan rasa kurang senang kepada mereka yang menghidapinya.Sakit ini boleh diatasi dengan menggunakan daun sireh.Carilah sesikat daun sireh mengikut ukuran sendiri.Daun sireh itu direbus dalam periuk.Biarkanlah di atas dapur sehingga mendidih.Ambil 2 gelas air rebus daun sireh itu untuk diminum pada sebelah pagi dan petang.Sementara air yang lebih atau tinggal dalam periuk pula digunakan untuk mencuci setiap kali selepas membuang air kecil.Jika diamalkan dalam tempoh 2 minggu, rasa gatal itu akan hilang secara beransur-ansur.

Menghilangkan Bulu Ketiak Ada petua yang tersendiri untuk menghilangkan bulu ketiak daripada tumbuh.Caranya cukup mudah dan bahan-bahannya amat mudah didapati.Apa yang anda perlu cari adalah ibu kunyit dan kapur sireh.Bila ubi kunyit dan sireh telah diperolehi anda dikehendaki mencabut semua bulu ketiak anda.Selepas itu celupkan ubi kunyit ke dalam kapur sireh dan gosoklah pada ketiak anda sehingga rata dalam masa beberapa minit dan kemudian hendaklah dibasuh.Lakukan perkara ini dalam sehari mengikut suka hati anda.Pada gadis yang belum tumbuh bulu bolehlah mencuba cara ini, bagi menghalang bulu ketiak daripada tumbuh.

Sakit bahagian buah pinggang Ambil sepotong temu lawak yang panjangnya kira-kira 6 cm, kemudian dipotong dan dicuci.Setelah itu direbus dengan menggunakan air bersih kira-kira 4 setengah gelas minuman.Biarkan air itu tinggal kira-kira satu gelas. Bila sudah kering terus disaring dan diminum bersama-sama dengan madu lebah.Ubat itu harus diminum 3 kali sehari, setiap kali diminum kira-kira 3/4 gelas.

Sakit siplis Ambil lobak putih dalam sekati.Kemudian diparut halus-halus diperah dan diambil patinya.Amalkan berkali-kali segelas untuk 3 kali sehari. Amalkan memakan jering sebagai ulam, kerana zat jering dapat membantu menghilangkan penyakit siflis yang berjangkit itu.

Bisa-bisa tulang Dapatkan "akar sakit lelaki" sebanyak 3 atau 3 cekak dan direbus selama 2-3 jam kemudian disejukkan dan bolehlah diminum segelas sehari.

Lemah jantung dan darah tinggi Caranya adalah dengan mencari buah Mahagani yang terdapat merata tempat di semenanjung Malaysia.Buah Mahagani boleh dikunyah mentah-mentah.Sebaiknya makan seulas untuk tempoh seminggu.Insya-Allah,dalam masa 4 minggu anda mengamalkan nya penyakit anda boleh sembuh.

Kencing manis

Ambil sekati rebung buluh kuning, basuh bersih-bersih kemudian direbus dengan sekati kulit kerang yang baru.Cara merebus rebung buluh kuning ialah dengan menggunakan periuk tanah dengan memasukkan satu setengah liter air dengan api yang sederhana.Sesudah air rebusan tinggal 1/4 nahagian,angkat dan sejukkan. Anda boleh amalkan, minum setiap pagi untuk sekali sehari. Insya-allah, penyakit anda akan sembuh.Tiada pantang larang semasa mengamalkan ubat tradisional ini dan sudah ramai pengidap kencing manis sudah sembuh sesudah mencubanya.

Demam kuning Ambil segenggam daun daripada pohon dukung anak.Tumbuk sampai halus, kemudian tuangkan air masakke dalamnya dan campurkan dengan sedikit garam.Minum air tersebut pada waktu pagi dan petang.

Penyakit kuning Ambil daun sukun yang telah tua kemudian direbus sehingga airnya merah tua.Minum air tersebut 2 kali sehari sekurang-kurangnya untuk 3 hari.

Demam Berdarah a.Beri minum air kelapa muda yang bercampur dengan air limau nipis, panasnya akan turun segera b.Beri minum segera air perahan daun kangkong sebanyak 3 sudu besar dan basahkan kepala dengan air tersebut

Cara-cara mengurangkan demam a.Beri pesakit minum air yang banyak b.Menyejukkan kepalanya dengan bilasan air c.Mengurut permukaan badannya dan menyelimutkan badannya dengan kain yang tebal

Demam panas dan demam biasa serta doa penawarnya a.Beri minum air zam-zam dan lap badannya b.Boleh juga dilapkan badan dengan air batu dan bawa pesakit ke tepi sungai yang mengalir antara selepas terbit fajar dan sebelum matahari naik dan ucapkanlah: "Dengan nama Allah,wahai Allah,sembuhkanlah hambamu,dan benarlah rasulmu" Dan rendamlah dalam sungai itu seketika.Lakukan selama 3 hari berturut-turut dan jika masih tidak sembuh tambahkan 2 hari lagi.Insya-Allah, tempoh 7 hari tetap akan sembuh.

Pening Kepala Pening kepala disebabkan oleh makanan yang kurang hadam, terlalu banyak bekerja, mata terasa penat kerana terlalu banyak gas busuk dalam perut.Ambil daun sawi sebanyak 6 lebar digiling atau ditumbuk menjadi halus dan kemudian dicampurkan dengan sedikit

garam.Kemudian digosok-gosokkan pada dahi dan pelipis, gunakan cara ini satu atau 2 kali. Satu lagi cara yang anda boleh lakukan ialah dengan menggunakan daun kemangi, ambil 50 lebar daun kemangi yang kemudian dikunyah, bila telah lumat terus ditelan,selepas itu cepat-cepat meneguk air hangat segelas.Ubat cara ini boleh dilakukan 2 kali dalam sehari.

Ubat Kencing Batu Jagung isinya sedap dimakan.Tetapi tiadak banyak orang mengetahui bahawa teras jagung juga mempunyai khasiatnya yang tersendiri.Carilah teras dari 6 tongkol jagung, kemudian direbus dan dimasak dengan menggunakan 5 gelas air.Kemudian pesakit itu bolehlah meminumnya 3 kali sehari.Setiap kali minum adalah sebanyak 3/4 gelas.

Ubi Kayu Ubat Sakit Gastrik Gastrik satu penyakit yang tidak disenangi oleh kebanyakan orang.Dalam perubatan tradisional orang-orang kita,bagi mengatasi sakit ini amat mudah,bahan-bahannya amat mudah diperolehi.Cara mengubat menurut orang tua-tua kita dahulu, ialah dengan mencari ubi kayu yang masih segar (masih muda).Dikupas kulitnya dan dicuci dengan bersih.Kemudian ubi kayu itu dipotong sepanjang 5 cm.Makanlah ubi kayu itu sehari 3 potong (1 potong = 5 cm) iaitu pada sebelah pagi, tengahari dan petang.Pada sebelah pagi sebelum makan ubi kayu tersebut makanlah nasi terlebih dahulu walaupun sedikit.Lakukan ini setiap hari kira-kira sampai 3 minggu atau sebulan.

Sakit Kepala Sakit kepala adalah berpunca dari saluran darah dan sel-sel saraf.Sel-sel saraf terdapat diseluruh badan.Apabila sel saraf ini dibangkitkan maka rasa sakit akan dialami.Kesakitan berlaku akibat kerosakan tisu.Bila banyak tisu rosak maka rasa sakitnya akan lebih teruk.Bagi mengubati sakit kepala seeloknya mengubati punca sakit terlebih dahulu.Sekiranya terlalu kerap mungkin menandakan sakit barah otak. i.Punca Dari Pakaian Pakaian yang tidak sesuai seperti terlalu ketat di bahagian pinggang boleh menyebabkan pening kepala, begitu juga dengan bauan atau minyak wangi yang keterlaluan ii.Punca Dari Cahaya Anda boleh mendapat sakit kepala sekiranya anda duduk bertentangan dengan sumber cahaya yang terang iii.Punca Dari Mata Mata yang kabur dan kelabu bila melihat sesuatu dengan merenung boleh menyebabkan sakit kepala, begitu juga dengan cermin mata yang tidak sesuai kuasanya dan cermin yang kotor boleh menyebabkan sakit kepala iv.Punca Dari Penyakit Penyakit-penyakit seperti barah, migrain, Denggi, kencing manis, dan sebagainya boleh menyebabkan sakit kepala. v.Punca Dari Kepala

Otak yang bercelaru dengan fikiran yang tak menentu juga boleh menyebabkan sakit kepala

Ubat sakit kepala i.Ambil segemgam daun turi (ia seperti daun petai dan digunakan dalam membuat nasi lemak), lada sebanyak 7 biji, bawang putih beberapa ulas, dan ditumbuk kesemua bahan tersebut dan kemudian selepas ia halus dicampurkan pula dengan 1 sudu cuka dan diperapkan.Bubuhlah dikening mata anda selepas itu dan Insya-Allah akan sembuh segera. atau ii.Ambil cuka nipah/cuka biasa/air asam jawa/air limau nipis sekadar 1 sudu teh lalu diminum.

Cirit-Birit Ramuannya;bawang merah,biji kopi, dan madu lebah asli.Bawang merah hendaklah dibersihkan dan dikupas (jangan membasuhkannya).Biji kopi dikisar halus.Campurkan bawang merah dan biji kopi yang dikisar dengan madu lalu dimakan semasa mengidap penyakit tersebut

Kencing Tidak Lawas Ramuannya;madu lebah,limau oren,madu dan air panas.Limau diperah dan diambil airnya dan dicampurkan dengan madu dan air panas lalu diminum apabila menghadapi masalah tersebut.Bawang merah hendaklah dipanaskan di atas api dan digosokkan di atas buah pinggang dan pundi kencing.

Menyembuhkan Luka Ramuannya;Kulit kayu manis dan madu lebah.Kulit kayu manis hendaklah ditumbuk dan kemudian dicampurkan dengan madu lebah.Bahagian luka hendaklah dibersihkan dengan air suam.Setelah kering, sapukanlah ramuan di atas bahagian yang luka itu.

Menyembuhkan sakit gigi Ramuannya;Tempurung kelapa,garam,bunga cengkih dan madu lebah.Tempurung dibakar hingga menjadi arang kemudian ditumbuk bersama-sama dengan garam dan dicampurkan dengan madu lebah.Ramuan ini hendaklah digunakan untuk menggosok gigi pada setiap hari.Bunga cengkih dapat menyembuhkan sakit pada gusi.Garam dapat menahan pengaliran darah.

Untuk mendapat anak Ramuannya;3 ulas bawang jantan,1 biji telor ayam kampung dan madu lebah secukupnya. Kesemua hendaklah dimakan pada setiap pagi sebagai sarapan.Sebelum itu, hendaklah meminum air suam yang telah disimpan semalaman sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.Bacalah selawat sebelum meminum air tersebut.

Jika terlekat tulang Celupkanlah jari ke dalam madu lebah.Dengan berselawat sebnyak 3 kali, masukkan jari ke dalam mulut dan hisapkanlah jari itu perlahan-lahan.Insya-allah ,tulang yang melekat itu akan keluar dengan mudah.

Untuk mengubati penyakit batu karang Ramuannya;madu lebah, dan jintan hitam.Tumbuk jintan hingga lumat kemudian campurkan jintan hitam ke dalamnya dan gaul sampai sebati.Campurkanlah ramuan ini ke dalam air hangat dan diminum.

Panawar racun dan sengatan binatang berbisa Ramuannya;madu lebah dan minyak sapi atau kambing.Gaulkan sehingga sebati,kemudian diminum.

Penawar jika dipatuk ular Ramuannya;bawang putih dan madu lebah.Bakar bawang putih, kemudian ditumbuk sehingga lumat lalu digaulkan dengan madu dan ditampalkan pada tempat yang terkena patukan.

Penawar gigitan anjing gila Ramuannya;daging siput dan madu lebah.Daging siput hendaklah dihancurkan kemudiannya dicampurkan dengan madu lebah.Ramuan ini hendaklah ditampalkan pada bahagian badan yang telah digigit oleh anjing gila tersebut.

Untuk merawati masalah batuk kering Ramuannya;1/2 cawan madu lebah dan 10 ulas bawang merah.Bawang merah ditumbuk hingga lumat kemudian diperah untuk diambil airnya.Air perahan ini dicampurkan dengan madu lebah dam sukatan yang sama banyak dan hendaklah diminum oleh pengidap penyakit tersebut.

Penawar sesak nafas Ramuannya;madu lebah dan lobak putih.Lobak putih hendaklah diparut.Lobak yang telah diparut diperah airnya dan kemudian dicampurkan dengan madu lebah lalu diminum dengan teratur setiap hari.

Penyakit gagap Madu yang dicampurkan dengan garam kemudian diletakkan di bawah lidah serta digosokkan ke atasnya, ia boleh mengubati penyakit kepada mereka yang mempunyai masalah di dalam percakapan.

Batuk Biasa Ramuannya;bawang putih dan madu.Bawang putih yang telah dibersihkan dari kulitnya perlu dihancurkan terlebih dahulu sehingga halus.Campurkan ia bersama dengan madu dan makanlah ia 4 kali sehari.Setiap kali makanberatnya sebanyak 100gm untuk sekali makan.Amalkan selama 3-7 hari.

Benjol dan luka yang teruk

Ramuannya;buah delima yang diambil bijinya dan madu.Tumbuk biji buah delima hingga lumat kemudian dicampurkan dengan sedikit madu.Sapukanlah pada bahagian tubuh yang benjol atau luka tersebut.

Mempercepatkan penumbuhan rambut Ramuannya;darah kambing dan madu.Ambil darah kambing dan madu, campurkan semua kembali dan letak atas kepala.Ia bukan sahaja mempercepatkan ketumbuhan rambut malah dapat melembut serta memanjangnya sekali.

Mata berselaput Bahan-bahannya;Buih laut dan madu.Ambil buih laut yang terdapat dipinggir laut (kekotoran yang disebabkan oleh garam yang terdapat di dalam laut), dan campurkannya bersama dengan madu,kemudian letakkan campuran tersebut di atas pelopak mata dan ulangi sehingga sembuh.

Penjagaan badan supaya sentiasa langsing Ramuan;halia,telor ayam kampung dan madu.Halia hendaklah ditumbuk halus, kemudian bubuhkanlah air ke dalamnya untuk mendapatkan airnya.Biarkanlah selama beberapa minit hingga pati halia itu mendap.Air halia itu hendaklah diminum dengan dicampurkan bersamasama dengan madu lebah.

Pelembap muka Ramuannya;kobis dan madu lebah Kobis dihancurkan dengan menggunakan mesin pengisar.Kemudian airnya hendaklah diperah keluar dan dicampurkan dengan madu lebah.Basuhkanlah kulit muka dengan ramuan ini, insya-allah kulit muka akan menjadi lembab dan segar.

Membersihkan Muka Ramuannya;sepotong betik yang masak,madu lebah,susu segar dan susu tepung.Kesemua bahanbahan di atas hendaklah digaul sehingga rata.Kemudian basuhlah muka dengannya dan biarkan ia bertempekan di muka untuk beberapa lama barulah dibasuh.Hasilnya kulit akan bertambah cerah,lembut dan kurang berminyak.

Deman Selsema Ramuannya;sepotong betik yang masak,madu lebah,susu segar dan susu tepung.Kesemua bahanbahan di atas hendaklah digaul sehingga rata.Kemudian basuhlah muka dengannya dan biarkan ia bertempekan di muka untuk beberapa lama barulah dibasuh.Hasilnya kulit akan bertambah cerah,lembut dan kurang berminyak.

KHASIAT

Khasiat buah betik ubat sedu Cincang sepohon buah pepaya yang sudah cukup masak, kemudian dicampur dengan satu sudu

air limau nipis serta 2 setengah sudu madu asli.Makan sedikit demi sedikit . Lakukan 2 kali sehari.Satu cara lagi ialah dengan mengasapkan lapan lembar daun sawi tanah dan terus dimakan 3 kali sehari.

Kopi halia ubat kembung Sediakan secawan kopi panas yang sudah ditaruh gula secukupnya.Halia pula dipotong nipis lalu dibakar, kemudian ditumbuk atau dihaluskan.Perah air halia ke dalam kopi dan tutup cawan kopi itu selama 15 minit supaya air halia itu sebati dengan air kopi.Minum air kopi masa masih panas-panas sedikit demi sedikit.Air ini juga boleh digunakan untuk mengubati orang yang selalu terasa badannya sejuk,orang yang selalu pening dan tidak sedap badan.

Khasiat dari akar kayu sengugut Ambil secekak akar kayu itu kemudian direbus di antara 2-3 jam.Selepas itu tapis air tersebut dan bila sudah sejuk diminum 3 gelas untuk 3 kali sehari.Amalkan selama 3-6 bulan dan anda akan beroleh cahaya mata.Insya-Allah.

Khasiat pucuk jambu Bagi wanita-wanita yang hamil dan muntah-muntah cuba petua ini.Ambil beberapa tangkai pucuk jambu batu. Bersihkan daun tersebut dan ditumbuk dengan sedikit garam.Bila sudah hancur atau lumat dicampurkan dengan segelas air suam, biarkan air itu hening.Lakukan amalan meminumnya selama 3 hari berturut-turut dan insya-allah anda tidak akan muntah-muntah lagi.

Khasiat daun pisang menghaluskan telapak tangan Bila anda memakan pisang, kulitnya jangan dibuang begitu juga kulit ubi kentang.Sebabnya, ia boleh digunakan untuk menggosokkan telapak tangan dan dicuci dengan air limau nipis.Hasilnya anda akan merasakan telapak tangan anda menjadi lembut.

Khasiat bunga raya masalah gugur rambut Cari daun bunga raya yang hijau beberapa helai dan dibersihkan lalu dimasukkan ke dalam baldi berisi air dan ramaslah daun itu sehingga keluar air hijau.Kemudian basuh rambut anda menggunakan air bunga raya tersebut.Biarkan selama beberapa minit (5 minit) dan baru boleh dibilas.

Khasiat daun jarak Ia mengubati penyakit perut kembung akibat masuk angin.Ambil daun ini 5-6 lembar.Panaskan di atas api hingga layu kemudian disapukan minyak kelapa dan terus ditempel pada perut dan pinggang anak anda.Supaya daun itu tidak jatuh, elok diikat dengan selendang.Insya-allah, penyakit itu akan sembuh dan anak anda akan dapat tidur lena kemudianya.

Khasiat dari akar kelapa Untuk sakit kulit iaitu gatal celah jari kaki, celah kangkang dan sebagainya.Penyakit ini boleh diubati dengan akar kelapa terutamanya akar kelapa gading.Potong akar itu kira-kira 2 atau 3 inci lalu direbus.Air rebus itu diminum segelas setiap pagi selama 1 minggu.

Khasiat dari ubi jalar Untuk luka akibat terkena benda tajam.Carilah sepertiga genggam ubi jalar atau ubi keledek dicuci bersih dan digiling halus.campur pula dengan sedikit air kapur sireh dan terus ditempelkan pada bahagian yang luka akibat terkena benda tajam tadi. Hasilnya luka itu akan kering dan terus sembuh.

Khasiat buah mentimun Untuk wajah yang tumbuh bintik-bintik hitam bekas jerawat.Ambil buntut mentimum lalu parut sepanjang 3-4 inci.Ambil kunyit sebanyak 4 buku kira-kira sebesar ibu jari .Kunyit itu ditumbuk untuk diambil airnya.Kemudian air kunyit itu dicampurkan dalam mentimum yang sudah diparut itu.Kemudian sapukanlah ke muka tiap-tiap hari. Dengan izin allah, bintik-bintik hitam bekas jerawat itu akan hilang.

Khasiat buah betik ubat sedu Cincang sepohon buah pepaya yang sudah cukup masak, kemudian dicampur dengan satu sudu air limau nipis serta 2 setengah sudu madu asli.Makan sedikit demi sedikit . Lakukan 2 kali sehari.Satu cara lagi ialah dengan mengasapkan lapan lembar daun sawi tanah dan terus dimakan 3 kali sehari.

Kopi halia ubat kembung Sediakan secawan kopi panas yang sudah ditaruh gula secukupnya.Halia pula dipotong nipis lalu dibakar, kemudian ditumbuk atau dihaluskan.Perah air halia ke dalam kopi dan tutup cawan kopi itu selama 15 minit supaya air halia itu sebati dengan air kopi.Minum air kopi masa masih panas-panas sedikit demi sedikit.Air ini juga boleh digunakan untuk mengubati orang yang selalu terasa badannya sejuk,orang yang selalu pening dan tidak sedap badan.

Khasiat dari akar kayu sengugut Ambil secekak akar kayu itu kemudian direbus di antara 2-3 jam.Selepas itu tapis air tersebut dan bila sudah sejuk diminum 3 gelas untuk 3 kali sehari.Amalkan selama 3-6 bulan dan anda akan beroleh cahaya mata.Insya-Allah.

Khasiat pucuk jambu Bagi wanita-wanita yang hamil dan muntah-muntah cuba petua ini.Ambil beberapa tangkai pucuk jambu batu. Bersihkan daun tersebut dan ditumbuk dengan sedikit garam.Bila sudah hancur atau lumat dicampurkan dengan segelas air suam, biarkan air itu hening.Lakukan amalan meminumnya selama 3 hari berturut-turut dan insya-allah anda tidak akan muntah-muntah lagi.

Khasiat daun pisang menghaluskan telapak tangan Bila anda memakan pisang, kulitnya jangan dibuang begitu juga kulit ubi kentang.Sebabnya, ia boleh digunakan untuk menggosokkan telapak tangan dan dicuci dengan air limau nipis.Hasilnya anda akan merasakan telapak tangan anda menjadi lembut.

Khasiat bunga raya masalah gugur rambut

Cari daun bunga raya yang hijau beberapa helai dan dibersihkan lalu dimasukkan ke dalam baldi berisi air dan ramaslah daun itu sehingga keluar air hijau.Kemudian basuh rambut anda menggunakan air bunga raya tersebut.Biarkan selama beberapa minit (5 minit) dan baru boleh dibilas.

Khasiat daun jarak Ia mengubati penyakit perut kembung akibat masuk angin.Ambil daun ini 5-6 lembar.Panaskan di atas api hingga layu kemudian disapukan minyak kelapa dan terus ditempel pada perut dan pinggang anak anda.Supaya daun itu tidak jatuh, elok diikat dengan selendang.Insya-allah, penyakit itu akan sembuh dan anak anda akan dapat tidur lena kemudianya.

Khasiat dari akar kelapa Untuk sakit kulit iaitu gatal celah jari kaki, celah kangkang dan sebagainya.Penyakit ini boleh diubati dengan akar kelapa terutamanya akar kelapa gading.Potong akar itu kira-kira 2 atau 3 inci lalu direbus.Air rebus itu diminum segelas setiap pagi selama 1 minggu.

Khasiat dari ubi jalar Untuk luka akibat terkena benda tajam.Carilah sepertiga genggam ubi jalar atau ubi keledek dicuci bersih dan digiling halus.campur pula dengan sedikit air kapur sireh dan terus ditempelkan pada bahagian yang luka akibat terkena benda tajam tadi. Hasilnya luka itu akan kering dan terus sembuh.

Khasiat buah mentimun Untuk wajah yang tumbuh bintik-bintik hitam bekas jerawat.Ambil buntut mentimum lalu parut sepanjang 3-4 inci.Ambil kunyit sebanyak 4 buku kira-kira sebesar ibu jari .Kunyit itu ditumbuk untuk diambil airnya.Kemudian air kunyit itu dicampurkan dalam mentimum yang sudah diparut itu.Kemudian sapukanlah ke muka tiap-tiap hari. Dengan izin allah, bintik-bintik hitam bekas jerawat itu akan hilang.

Khasiat memakan belalang beras Jika dimasak secara kukus, ia dapat mengubati penyakit susah hendak kencing seperti dedas.Ia juga dapat mengubati penyakit buasir.Jika dimakan yang belum bersayap dengan dibakarnya dapat menghilangkan bisa racun kala jengking.Jika sentiasa memakan belalang ini maka dapat menguruskan badan. * Bernanah jari disebabkan jarum,duri, dan tulang ikan Ambil 3 sulur bawang merah lalu ditumbuk jangan sampai lumat.Kemudian bubuh 1 sudu besar minyak kelapa dan dibungkus dengan menggunakan daun pisang dan dipanaskan ke atas api.Apabila sudah agak panas, tampalkan ramuan tersebut pada tempat yang sakit dan dibalutkan dengan kain pembalut luka.Buatlah sebanyak 3 kali sehari. * Bau mulut Ambil beberapa helai daun sireh diramaskan ke dalam air dan berkumur.Buatlah selama beberapa hari.

* Resdung Ambil isi terung kemal dan amalkan memakannya atau ambil daun kacang kayu kemudian jemur sehingga kering dan dibuat hisap seperti rokok.Boleh juga amalkan mencium bunga daun bawang merah sentiasa. * Kunyit mengurangkan rabun mata Sediakan 20 helai daun sireh dan satu oz kunyit dan keduanya diparut.Letakkan di atas penapis dan tuangkan air panas dan diperah.Minum air yang sudah ditapis itu satu gelas pada setiap hari. * Perut masuk angin Setiap kali anda minum teh atau kopi masukkan daun delima yang sudah dipotong kecil-kecil. Amalkan selama 1 bulan. * Perut Memulas Ambil pucuk ciku secukupnya dan didihkan.Selepas air itu sejuk minumlah. * Telingga bernanah Ambil kunyit tua sebesar ibu jari kaki, diparut dan diambil airnya dan ditambahkan dengan satu sudu teh.Masukkan ke dalam telingga yang bernanah secara terus menerus selama 1 minggu. * Rambut Ubat Kaki Pecah Ambillah rambut yang gugur (rambut sendiri) satu genggam, kemudian rambut itu terus dibakar dan abunya dicampurkan dengan minyak kelapa.Waktu mahu tidur malam,bahagian kaki yang pecah itu dibersihkan terlebih dahulu.Kemudian sapukan minyak dari abu rambut itu dengan menggunakan kapas di bahagian kaki yang bengkak.Bila sudah disapu pakailah sarung kaki yang agak longgar supaya cadar tempat tidur tidak kotor. * Jerawat a.Masukkan sebungkus daun teh (masih hijau) ke dalam air yang mendidih.Kemudian wap air teh itu dihadapkan ke muka.Buatlah sentiasa sehingga jerawat di muka anda hilang. b.Kupaskan ubi kentang dan hiriskan nipis-nipis lalu segera ditampalkan pada muka dan biarkan sehingga ubi kentang itu kering.Amalkan sedemikian setiap hari. * Rambut beruban Ambil biji buah betik daripada buah betik yang sudah masak sebanyak 2 sudu besar.Jemur biji betik itu sampai betul-betul kering.Kemudian digoreng sampai hangus (jangan guna minyak) serta disusuli dengan tumbuk biji itu sampai halus.Campur debu biji betik itu dengan minyak kelapa dan kacau sampai merata.Setelah rambut anda dicuci bersih, lumurkan ramuan itu pada bahagian kepala yang beruban, seelok-eloknya sewaktu hendak tidur.

Anda merasakan anda sudah tua kerana sikap anda yg pelupa? Anda asyik lupa di mana kali akhir anda meletakkan sesuatu? Orang di sekeliling selalu marahkan anda kerana lupa tarikh penting, lupa letak barang, lupa makan ubat, lupa fakta2, lupa tutup kipas, lupa arah jalan, lupa nama orang dan macam-macam lagi. Sebenarnya, kita dapat meningkat daya ingatan atau mengurangkan risiko menjadi pelupa dgn mengamalkan tips-tips di bawah secara berterusan. Lebih baik jika kita mempraktikkan ketika usia masih muda supaya kelak di hari tua kita tidak menjadi terlalu pelupa. Antaranya ialah: Membaca Al-Quran Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik. Amalkan Tidur Yang Cukup 1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yg suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yg cukup. Badan perlu rehat. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat/data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yg baru. Oleh itu, amalkan tidur yg cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi. Mengawal Tekanan Tekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Anda tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik seperti bermeditasi, membaca Al-Quran, yoga, sauna, aromaterapi dan sebagainya. Berhati2 Dengan Pengambilan Vitamin atau Makanan Tambahan Sesetengah produk yg dijual di kaunter atau farmasi tidak sesuai dengan kita. Ada yg kononnya dapat meningkatkan daya ingatan. Tetapi sebaliknya ada yg memberi kesan sampingan. Oleh itu, lebih baik jika kita mendapatkan vitamin yg diperlukan oleh tubuh badan kita dengan pemakanan yg seimbang atau rujuk dahulu doktor yg bertauliah sebelum membeli makanan tambahan. Bersenam Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak.Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik.Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki. Elakkan Kemurungan Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda tidak ceria. Anda sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama-kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda tidak hirau dengan persekitaran anda. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan diri kepada Tuhan. Awasi Pengambilan Ubat Daya ingat mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan sebagainya. Jika anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan pengambilan ubat, konsultasi dengan doktor. Jgn mengambil ubat tanpa arahan doktor. Belajar Sesuatu yang Baru Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya Bahasa Jepun, kursus kemahiran jangka pendek, menjahit, atau menghadiri ceramah dan motivasi. Permainan

Bermain sesuatu permainan seperti board games dapat merangsang minda. Contohnya, catur, scrabble (Sahibba) dan Monopoli. Selain itu, teknologi sekarang lebih baik seperti permainan komputer dan Playstation. Pilihlah jenis permainan yg mencabar minda. Banyak Membaca Jadikan amalan membaca sebagai kegiatan harian. Membaca dapat meluaskan pengetahuan, mengembangkan minda dan menajam daya ingatan. Cuba ingat sedikit-sebanyak fakta yg terkandung di dalam bahan bacaan. Katakan Berulang Kali Untuk meningkat ingatan anda tentang sesuatu maklumat atau tarikh, katakan dengan kuat dan berulang kali sehingga anda benar-benar ingat akan maklumat tersebut. Fokus Daya ingatan dapat dilancarkan sekiranya anda sering fokus dalam sesuatu, contohnya matlamat hidup. Anda juga dapat belajar fokus dengan menumpukan fikiran anda pada sesuatu perkara dan mencatatkan apa yg anda fikirkan. Bermain Dengan Angka Asahkan minda anda dengan cuba bermain dengan angka seperti mengingati nombor telefon rakan-rakan. Selain itu, anda boleh menghubungkaitkan angka2 tersebut dengan sesuatu bagi meningkatkan daya ingatan.

Eliminate Food Odor with Charcoal My mother taught me a foolproof way to keep my refrigerator from smelling like leftover food: charcoal. I grab a few briquettes from the bag by the grill and put them in a bowl in the back of my refrigerator. The charcoal absorbs any odors, and I just change them every few months. Beats baking soda. Dosing the Flame After biting into a burning hot chili pepper, try dosing the flames with a sip of milk or a few bites of a dairy product. Using water or soda just opens the taste buds to keep it burning. Also, a sip of an alcoholic drink will lessen the burn, because the alcohol works with the natural protein of the pepper and neutralizes the enzyme casein that is released by the chili. Petua

TOMATO HAPUSKAN JERAGAT

AMBIL JUS TOMATO,CAMPURKAN DGN 2SUDU BESAR TEPUNG GANDUM DAN 12BIJI PUTIH TELUR.CAMPURKAN SEMUA BAHAN UTK DIJADIKAN MASKER.(NI BKN UTK SKALI PAKAI BLEH PKAI BEBERAPA KALI)MASKER TADI SAPU PADA WAJAH TGGU 15MIN LEPAS TU BILAS,PAKAI 3KALI SEMINGGU.MASKER YG LEBIH TADI BOLEH DISIMPAN DLM PETI SEJUK TP MAKE SURE DLM BEKAS YR BERTUTUP,BKN APE TKT ADE YG SANGKA MINUMAN.

SELAMAT MENCUBA

PETUA LEBATKAN RAMBUT Saya pernah cuba petua ini dan rambut saya jadi lebat dan kilat. InsyaAllah jika rajin diamalkan akan menampakkan kesan. 1. Masak santan hingga menjadi minyak.. 2. Bakar beberapa biji buah keras hingga menjadi arang.tumbuk buah keras hingga hancur. 3. Campur buah keras dengan minyak tadi. 4. Sapukan kekulit kepala dan biarkan beberapa jam. 5. Selepas tu cuci macam biasa. 6. 2 atau 3 kali seminggu. 1. Saya menggunakan santan pekat + asam limau nipis yang diperahkan kedalam santan. 2. Lumurkan kekulit kepala dan biarkan10 - 20 minit. 3. Kemudian cuci dengan air. 4. Lebihan santan boleh disimpan dalam peti ais. 5. Buat seminggu 3 kali insyaallah ok. kalau rajin boleh cuba cara ni.. ambil kacang hijau. Rendam atau embunkan semalaman. Pastu ambil airnya dan sapu ke kepala. Amalkan selalu. Insyaallah kerana ia dapat menyejukkan kulit kepala dan untuk pengetahuan cik rifqah juga kadang kala kulit kepala kita panas juga salah satu sebab rambut kita gugur. Petua hari ini. Melentikkan Bulu Mata Ambil daun lidah buaya. Sebelum masuk tidur, sapukan lendirnya pada bulu mata. Amalkan selalu hingga bulu mata semakin lentik Selamat mencuba. Petua hari ini. MENURUNKAN DARAH TINGGI Minumlah air rebusan pokok Hempedu Bumi Pokok Cerita atau Minumlah air rebusan daun Pokok Ati-ati atau Makanlah biji buah Peria atau Makanlah pucuk Pokok Pala sebagai ulam atau Minumlah air rebusan Pokok Dukung Anak atau Minum air rebusan taugeh seminggu sekali. Air dan taugeh hendaklah sama nisbahnya atau Rebus daun pandan wangi secukupnya dengan dua gelas air. Biarkan hingga tinggal setengah gelas sahaja. Minum setiap pagi dan petang atau Makanlah 3 ulas bawang putih mentah. Jika tidak tahan baunya,bolehlah

direbus atau Parutkan kunyit sebesar ibu jari. Perah airnya dan tambah dua sudu madu. Minum ramuan ini setiap pagi dan petang. Selamat mencuba. Petua hari ini. Hilangkan Bau Hamis Daging Rebus daging sampai mendidih airnya. Biarkan terus sampai berbuih. Buangkan buih tersebut sedikit demi sedikit dengan menggunakan senduk sehingga buihnya habis. InsyaAllah dengan cara ini anda akan dapat mengurangkan kandungan kolestrol dan bau hamis daging.. Selamat mencuba. Petua hari ini. Menghilangkan Parut Petua 1 : Ambil biji asam jawa. Goring tanpa minyak lebih kurang 5 minit. Kemudian ambil dan goreskan pada batu atau permukaan yang kasar. Bila keluar serbuknya, titiskan air dan gosok pada parut. Insyaallah jika di amalkan ia akan dapat menghilangkan parut tersebut. Selamat mencuba. Memekatkan Sup Kadang-kadang kita terbubuh banyak air sehingga sup menjadi cair. Bagi memekatkan sup, masukkan sedikit kentang rebus yang dilecek. Selamat mencuba. Hilangkan Bau Nasi Hangit Nasi yang anda masak berbau hangit? Cuba petua ini. Ambil beberapa biji cili padi. Cucukkan hujungnya ke permukaan nasi tersebut dan tutup. Biarkan seketika sehingga cili padi tadi layu atau kelihatan agak lebam, barulah bau hangit tadi akan hilang. Selepas itu nasi itu bolehlah dimakan. Selamat mencuba. Petua hari ini. Mengelak Minyak Memercik Petua 1 : Masukkan sedikit garam kasar ke dalam minyak yang telah dipanaskan. Kemudian baru menggoreng. Petua 2 : Ketika memanaskan minyak masak, masukkan sekeping asam gelugur dan biarkan seketika. Keluarkan asam gelugur apabila hendak menggoreng. Petua 3. Pakai cermin mata hitam, pas tu selubung ngan selimut tebal, keluarkan mata je, kalau minyak merecik pun tak ape2, he he itu petua saya, tapi yang dua kat atas tu boleh le pakai. Selamat mencuba. Petua hari ini.

Cili Mesin Lebih Tahan Lama Petua 1 : Masukkan sedikit air asam jawa ke dalam cili kering yang telah dimesin. Kemudian simpankan di dalam bekas yang berpenutup di dalam peti ais. InsyaAllah cili tersebut akan tahan sehingga sebulan dari berkulat. Selamat mencuba. Petua hari ini. Ikan Digoreng Tidak Lekat Untuk memastikan ikan tidak melekat pada kuali ketika digoreng, anda harus pastikan minyak yang digunakan agak banyak dan membolehkan ikan tersebut tenggelam. Selain itu anda juga boleh memasukkan beberepa keping asam keping bersama ikan itu. Terbalikkan ikan bila anda yakin ia telah garing. Selamat mencuba. Petua hari ini. Menghilangkan Bau Peti Sejuk, bukan nak hilangkan peti sejuk tau! Petua : Spray ngan minyak wangieh.! Bukan ler, itu petua melawak jer. Yang berkesannya, letakkan arang di dalam peti sejuk untuk mengelak peti sejuk daripada berbau. Selamat mencuba. Nasi Lemak Cepat Masak Jika ingin nasi lemak cepat masak, masukkan sebatang garpu atau sudu ke dalam periuk nasi yang bakal di masak. Biarkan di dalam beras sehingga nasi masak. InsyaAllah nasi lemak cepat dimasak. Petua hari ini. Kalau nak hilangkan Lemak Ayam Gaul dan perapkan daging ayam dengan tepung gandum selama setengah jam, sebelum anda hendak memasaknya. Selamat mencuba. Tapi kalau nak hilangkan ayam, bukak aje pintu reban dia, esok hilang le, Petua hari ini. Hilangkan Kesan Kuning Cawan dan Teko Rendam teko atau cawan ke dalam air suam yang bercampur garam dan limau nipis selama lebih kurang lima belas minit. Anda akan dapati cawan dan teko itu bebas dari kesan teh dan kopi yang kelihatan berkarat itu. Selamat Mencuba Petua hari ini. Menghilang Tanda Hangus Pada Periuk Masukkan sedikit serbuk penaik (baking soda) bersama sedikit air. Biarkan beberapa jam. Kemudian bersihkan sedikit periuk seperti biasa.

Dengan cara ini, tanda hangus akan hilang dan periuk akan menjadi bersih kembali. Selamat Mencuba Di sini, disertakan beberapa petua berguna yang sering digunakan nenek moyang kita untuk merawat penyakit secara berkesan: - JIKA mahu menghilangkan parut lama atau kesan hitam di badan, ambil daun senduduk, ramas sehingga mengeluarkan air dan gosok daun itu ke seluruh anggota badan yang mempunyai parut. Daun senduduk juga boleh menghilangkan jerawat di muka dengan meramas sehingga mengeluarkan air dan dicampur dengan bedak sejuk. Elok di pakai pada waktu malam. - PENYAKIT resdung menimbulkan keadaan yang tidak selesa selain mengeluarkan bau kurang menyenangkan. Jadi, untuk menghilangkan masalah itu, cari daun siput babi yang berdaun lembut dan berwarna hijau. Selepas dicuci, ramas sehingga mengeluarkan air dan campurkan dengan bedak sejuk. Air daripada campuran itu sapukan di sekeliling hidung dan berselawat tiga kali, insyaAllah penyakit itu akan sembuh. - UNTUK membuang angin di badan, ambil halia sebesar ibu jari dan rebuskan dengan lima cawan air. Masukkan sedikit lada hitam dan bawang putih. Ambil secawan daripada rebusan itu dan campur dengan gula merah sebelum meminum. - HALIA juga berkhasiat untuk wanita yang ingin mengempiskan perut selepas bersalin. Tumbukkan halia bersama biji kawi dan buah pala kemudian rebus hingga hampir kering. Dengan mencampurkan sedikit minyak kelapa, sapukan pada perut lalu dibalut. Cara ini mengelak perut daripada masuk angin.

LULUR BADAN 1. Segengam beras direndam semalam. Basuh bersih dan dikisar halus bersama kunyit dan limau nipis & disimpan dlm fridge. (limau nipis kisar sekali dengan beras + kunyit hidup). bila you nak mandi, u gunakanlah. lumur satu badan dan gosok seperti biasa dan bilaslah dengan air. Rasa sejuk tu buat u feel fresh selepas penat bekerja.....

Untuk batuk 1) Jika mengalami batuk yang berterusan, ambil lapan helai daun pudina dan rebus dengan beberapa ketul gula batu selama 5 minit. Minum airnya beberapa kali agar batuk anda tidak berterusan. Setiap rebusan mesti menggunakan lapan helai daun pudina. (guna

1 cawan air bg lapan helai daun pudina bersama gula batu) 2) Untuk menghilangkan batuk berkahak yang berpanjangan, terutama pada kanak-kanak ambil gula melaka, pecahkan kecil2 dan berikan pada anak anda dan makan seperti gulagula. Lakukan beberapa kali sehingga sembuh. 3) Boleh cuba juga minum sesudu makan madu. Ini juga Diana pernah cuba. Untuk panas badan Diana selalu minum air barli yang telah direbus atau juga minum air badak, ini memang bagus untuk mengurankan panas badan amat mujarab. Air badak ini boleh dibeli di kedai sinseh, sekali minum 1 botol kecil tu rasanya macam air mineral water dan esok sure badan tak rasa panas lagi.untuk hilangkan batuk, hisap gula batu macam kita hisap gula-gula biasalah. batuk

petua 1. - rebus kismis kuning ..minum airnya. petua 2. - minum madu + limau petua 3 - minum air kembang semangkuk - boleh dptkan kat sengsei...basuh biji kembang semangkuk, rendam dlm air masak, dah kembang, buang biji dan kulit...campur gula batu. Petua Mencantikkan Kulit Muka 1) Tomato dan epal boleh digunakan untuk melicinkan kulit. Caranya, parut tomato dan epal yang cukup masak, kemudian gosokkan perlahan-lahan pada wajah dan leher. Gelatin pada tomato boleh menghilangkan parut. Biarkan selama 20 minit dan selepas itu cuci dengan air suam. Amalkan selalu untuk hasil yang memuaskan. 2) Serbuk kulit kayu manis yang dicampurkan dengan bedak sejuk dan sedikit air boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat. Caranya, sapu campuran tadi pada muka sebelum tidur. Jika diamalkan, jerawat akan hilang dann muka akan menjadi lebih licin. 3) Ambil kayu cendana dengan air dan asah pada batu. Kemudian sapukan pada jerawat dan hasilnya pasti memuaskan. 4) Kulit pisang emas boleh digunakan untuk menghilangkan parut jerawat. Caranya sapukann kulit pisang tadi pada bekas parut. Lakukan setiap hari hingga kesan itu hilang. 5) Ambil senggengam kacang hijau, kisar halus lalu dicampurkan sedikit kuning telur.

Kacau hingga rata ramuan tadi dan disapu pada muka perlahan-lahan. Setelah lebih kurang 15 minit, basuh muka dengan menggunakan air suam. Hasilnya kulit muka akan lebih cerah dan berseri. 6) Ambil segelas susu segar, sapu pada muka dan gosok-gosok hingga rata, melekit dan kering. Cuci dengan air suam dan lakukan dua kali seminggu. Anda akan mendapatkan kulit muka yang gebu dan licin.Berikut beberapa petua & khasiat Madu Lebah Petua 1 : Untuk Mendapatkan Anak Ramuannya 1- 3 Ulas Bawang Besar 2- 1 biji telur ayam kampung 3- Madu Lebah secukupnya Kesemua bahan tadi hendak dimakan pada setiap pagi sebagai sarapan, sebelum itu hendaklah meminum air suam yang telah disimpan semalaman, sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasullullah s.a.w. Bacalah selawat sebelum meminum air tersebut. Petua 2 -Untuk Mengatasi masalah serangan angin, biasa didalam perut 1- Madu Lebah 2 - Bawang Merah 3- Halba Bawang merah hendaklah ditumbuk sehingga lumat, kemudian airnya diperah . Halba hendaklah direbus hingga hancur dan lembik. kedua-dua dicampurkan dengan madu.Ramuan ini hendaklah diminum setiap pagi. Petua 3 - Untuk menstabilkan Tenaga Batin 1- Madu Lebah 2- Bawang Merah Madu lebah dan bawang merah itu direbus sehingga bau bawang merah itu hilang. Campuran itu hendaklah dimunum satu sudu makan tiap hari selepas makan. Jumlah madu dan bawang merah hendaklah dalam sukatan yang sama. penyakit ASMA. Obatnya adalah : Carilah kulit pohon asam jawa (yang buahnya besar2) ambil kulit yang bagian bawah yang berlumut (jangan yang muda) kira kira 2 atau 3 ons. Bersihkan dengan air dan JANGAN DIGOSOK agar lumutnya tidak hilang. (Jangan takut Insyaallah ini tidak mematikan). Ambil panic tuangkan air kira-kira 3 gelas. Kemudi