contoh tesis

17
BAB 1 PENGENALAN 1.1. Latar belakang kajian Dalam usaha Malaysia untuk menjadi negara maju pada tahun 2020, industri pembinaan menurut Sistem Binaan Terbuka (OBS) adalah merupakan satu syarat asas yang perlu di adaptasi sepenuhnya. Kaedah sistem terbuka ini diarah untuk digunakan seperti mana yang telah dinyatakan dalam Industrialised Building System (IBS) Roadmap 2003-2010, Construction Industry Master Pelan (CIMP) 2006-2015 dan kini adalah Surat Pekeliling Perbendaharaan BIL. 7 Tahun 2008. Kelebihan perlaksanaan sistem terbuka industri pembinaan ialah boleh membantu dalam kemampuan pembinaan, keperluan tenaga manusia yang rendah, masa pembinaan yang cepat, menambah baik kualiti, dan dalam jangka panjang mengurangkan kos pembinaan. Untuk menjayakan konsep sistem terbuka ini penggunaan kaedah rekabentuk Koordinasi Modular (KM) telah diperkenalkan dan disarankan oleh kerajaan dalam melaksanakan projek-projek di Malaysia. Roadmap IBS 2003-2010 telah diluluskan oleh Kabinet pada 29hb. Oktober 2003 adalah rangka kerja untuk sektor pembinaan di Malaysia bagi mencapai proses perindustrian sepenuhnya menjelang tahun 2020, dengan objektif jangka panjangnya untuk menjayakan konsep OBS. Antara lain sebab- sebab timbulnya roadmap ini adalah kerana terdapat halangan dan rintangan

Upload: abdul-malik-abdul-jaffar

Post on 11-Nov-2015

93 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

-contoh

TRANSCRIPT

  • BAB 1

    PENGENALAN

    1.1. Latar belakang kajian

    Dalam usaha Malaysia untuk menjadi negara maju pada tahun 2020,

    industri pembinaan menurut Sistem Binaan Terbuka (OBS) adalah merupakan

    satu syarat asas yang perlu di adaptasi sepenuhnya. Kaedah sistem terbuka ini

    diarah untuk digunakan seperti mana yang telah dinyatakan dalam Industrialised

    Building System (IBS) Roadmap 2003-2010, Construction Industry Master Pelan

    (CIMP) 2006-2015 dan kini adalah Surat Pekeliling Perbendaharaan BIL. 7

    Tahun 2008. Kelebihan perlaksanaan sistem terbuka industri pembinaan ialah

    boleh membantu dalam kemampuan pembinaan, keperluan tenaga manusia yang

    rendah, masa pembinaan yang cepat, menambah baik kualiti, dan dalam jangka

    panjang mengurangkan kos pembinaan.

    Untuk menjayakan konsep sistem terbuka ini penggunaan kaedah

    rekabentuk Koordinasi Modular (KM) telah diperkenalkan dan disarankan oleh

    kerajaan dalam melaksanakan projek-projek di Malaysia.

    Roadmap IBS 2003-2010 telah diluluskan oleh Kabinet pada 29hb.

    Oktober 2003 adalah rangka kerja untuk sektor pembinaan di Malaysia bagi

    mencapai proses perindustrian sepenuhnya menjelang tahun 2020, dengan

    objektif jangka panjangnya untuk menjayakan konsep OBS. Antara lain sebab-

    sebab timbulnya roadmap ini adalah kerana terdapat halangan dan rintangan

  • 2

    dalam mempercepatkan perlaksanaan IBS di Malaysia. Elemen utama yang

    melibatkan KM dalam Roadmap tersebut ialah:

    1. Melibatkan banyak kursus KM dalam program kursus CPD untuk

    arkitek, jurutera dan sebagainya.

    2. Memasukkan silibus KM dalam kursus senibina, kejuruteraan dan

    bangunan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

    3. Menguatkuasakan penggunaan Koordinasi Modular (KM) dalam

    rekabentuk oleh PBT melalui Undang-undang Kecil Bangunan Seragam

    (UBBL) mulai 2004.

    Oleh itu kerajaan akan memastikan komponen IBS yang digunakan

    mematuhi piawaian Malaysia MS 1064. Penggunaan piawaian ini akan

    memastikan kualiti dan mengawal kos pembinaan dicapai. Oleh yang demikian

    adalah penting supaya rekabentuk KM diberi penekanan dalam usaha

    meningkatkan perindustrian di sektor pembinaan di negara ini.

    1.2. Mengenal Pasti Isu Kajian

    Koordinasi Modular (KM) telah diperkenalkan di negara ini sejak April

    1986 (CIDB, 2000). Usaha kerajaan untuk menggalakkan penggunaan

    rekabentuk KM sejak 24 tahun dahulu, masih kurang mendapat sambutan yang

    positif (CIDB, 2001) walaupun setelah beberapa langkah untuk mempromosikan

    kaedah tersebut dibuat oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia

    (CIDB). Penyediaan rekabentuk KM adalah berbeza daripada rekabentuk

    konvensional kerana ia perlu memenuhi kehendak spesifikasi piawai MS:1064,

    iaitu apabila bangunan perlu mematuhi ukuran dan peraturan tertentu yang telah

  • 3

    ditetapkan. Spesifikasi ini telah disediakan oleh SIRIM dan diwartakan pada

    Disember 1988.

    Sungguhpun begitu sehingga kini tiada kajian yang mendalam untuk

    mengkaji kenapa rekabentuk KM tersebut kurang mendapat sambutan. Persepsi

    yang menyatakan rekabentuk KM mengongkong kreativiti dan sukar

    dilaksanakan mungkin ada benarnya. Antara langkah untuk menggalakkan

    rekabentuk KM, pihak kerajaan terutamanya pihak Jabatan Kerja Raya (JKR)

    cuba untuk menerajui rekabentuk tersebut. Sehingga kini pihak JKR telah

    melaksanakan konsep KM ini ke atas beberapa projek seperti kuarters kerajaan,

    sekolah dan hospital. JKR adalah sebuah jabatan kerajaan yang terlibat secara

    langsung di dalam industri pembinaan khususnya untuk projek-projek kerajaan.

    Segala usaha dan perubahan yang dilaksanakan oleh organisasi pembinaan

    terbesar di Malaysia ini bakal mempengaruhi corak pembinaan masa depan

    secara meluas. Oleh yang demikian, arkitek JKR diarah untuk mengemukakan

    cadangan rekabentuk kuarters baru dengan menggunakan kaedah KM dan apabila

    sebilangan besar arkitek yang terlibat telah menimba pengalaman melalui

    penggunaan KM, mestilah ada satu kaedah pantau dan nilai (check and balance)

    bagi memastikan usaha ini terus berjaya. Tujuan kajian ini adalah sebagai

    mekanisme semakan (checking mechanism) untuk mengetahui isu dan masalah

    yang timbul apabila rekabentuk KM digunakan, serta cadangan pembaikan nya.

    Sehingga ini penyediaan rekabentuk KM dilaksanakan secara konvensional.

    Maksud rekabentuk KM konvensional adalah penyediaan rekabentuknya tidak

    menggunakan komputer dalam penyelesaian menurut kehendak KM. Proses

    rekabentuk secara konvensional ini adalah rumit dan tidak popular (CIDB, 2001).

    Ini adalah kerana pada peringkat awal, idea rekabentuk dan konsep tidak menurut

    sesuatu struktur yang jelas, di samping itu perekabentuk pula ingin merekabentuk

    dengan bebas tanpa konstrain ukuran atau peraturan yang tidak seharusnya

    menghalang kreativiti (Hui, 2003).

  • 4

    Untuk mengatasi masalah ini, adalah dipercayai penggunaan teknologi

    komputer boleh membantu dalam memperbaiki proses perlaksanaan rekabentuk

    KM dengan lebih efisien lagi. Masalah ini perlu diatasi di peringkat awal lagi

    dengan itu membolehkan masalah rekabentuk dan pematuhan kepada peraturan

    KM boleh ditangani dengan lebih baik. Proses yang rumit dalam memenuhi

    ukuran-ukuran KM dapat dipermudahkan dan kesilapan boleh dielakkan.

    Akhirnya hasil rekabentuk yang lebih baik dalam masa yang singkat dapat

    dicapai.

    Majunya teknologi komputer kini, maka wujudlah beberapa perisian yang

    boleh membantu rekabentuk bangunan dengan lebih efisien dan produktif.

    Perisian itu dikenali sebagai aplikasi Building Information Modelling (BIM).

    Banyak kajian telah dilakukan untuk memperbaiki akan kemampuannya dan dari

    masa ke semasa, sentiasa dipertingkatkan. Walaupun aplikasi ini digunakan

    dalam bidang senibina, ia hanya digunakan secara umum dan tidak dimanfaatkan

    untuk tugas-tugas yang lebih khusus. Kebanyakannya ia digunakan terus Out of

    the Box tanpa mendalami dan menyelidiki kemampuan yang terdapat dalam

    perisian tersebut.

    Oleh itu, tesis ini ingin menyelidiki bagaimanakah perlaksanaan KM dapat

    dipermudah lagi dengan bantuan komputer terutamanya dengan penggunaan

    sistem bantuan rekabentuk yang boleh membantu memenuhi kehendak-kehendak

    rekabentuk KM.

    1.3. Kajian Awalan

    Satu kajian awalan mengenai kaedah KM telah dibuat bagi mengetahui

    pandangan dan pendapat umum arkitek serta jurutera mengenai kaedah KM.

    Seramai 16 orang arkitek dan 4 orang jurutera JKR telah mengambil bahagian

    dalam menjawab soalan-soalan tinjauan. Kajian ini dilakukan selepas mereka

    menghadiri satu kursus pengenalan mengenai KM. Mereka tergolong dari

  • 5

    pelbagai gred jawatan dan dari pelbagai cawangan di JKR. Soalan kajian adalah

    pada lampiran A.

    Hasil dari kajian awalan tersebut menunjukkan bahawa kebanyakan mereka

    (12 responden 60%) telah ada pendedahan dan telah memahami tentang konsep

    KM. Walau bagaimanapun kebanyakan mereka (14 responden 70%) mengakui

    kesukaran untuk memahami konsep KM. Punca kesukaran tersebut adalah terlalu

    banyak panduan yang perlu dirujuk (9 responden 45%), terlalu banyak

    terminologi (8 responden 40 %), alat pembelajaran seperti perisian CAD tidak

    digunakan (8 responden - 40 %) dan kurangnya bahan rujukan (6 responden

    30%).

    Mengenai penggunaan KM di dalam industri binaan, pada pendapat

    mereka masih lagi terdapatnya kurang sokongan dari pihak industri kerana belum

    ada banyak komponen binaan yang dibekalkan sekarang ini yang memenuhi

    konsep KM (15 responden 75%). Mereka berpendapat kelebihan menggunakan

    konsep ini adalah untuk menggalakkan penggunaan komponen modular (15

    responden 75%) dan mengelakkan pembaziran bahan binaan (12 responden

    60%). Selain dari itu, konsep ini boleh mempermudahkan rekabentuk dan proses

    dokumentasi (8 responden - 40 %), menggalakkan piawaian butiran dan

    penyambungan (8 responden - 40 %) serta merapatkan jurang komunikasi di

    antara semua disiplin (7 responden 58%). Di antara tanggapan mereka

    mengenai kaedah KM adalah;

    Dapat menyiapkan sesuatu projek dengan cepat dan menjimatkan.

    Sistem yang baik tetapi perlu mengambil masa untuk perlaksanaannya.

    Rekabentuk bangunan agak seragam (tiada variasi).

    Sistem ini baik digunakan di JKR yang mempunyai rekabentuk piawai.

  • 6

    Untuk mengatasi masalah KM, berikut adalah perkara-perkara yang telah

    dicadangkan:

    Mengadakan bengkel hands-on untuk Pegawai Pembantu Senibina dan

    Pelukis Pelan. Mewujudkan vendor sistem terbuka 'JKR' supaya

    kontraktor mudah dapatkan bekalan komponen.

    Memudahkan sistem drafting untuk pelukis pelan dalam melaksanakan

    lukisan rekabentuk KM.

    Permudahkan sistem sedia ada. Ini adalah kerana kaedah yang digunakan

    untuk melaksanakan rekabentuk KM adalah sukar diikuti.

    Penglibatan semua pihak dalam industri pembinaan. Kejayaan rekabentuk

    KM sangat bergantung kepada semua pihak termasuk pengilang,

    perunding, pengguna, kontraktor dan juga pihak kerajaan.

    Memerlukan penerangan dan contoh yang lebih terperinci. Sehingga kini

    tiada satu panduan yang lengkap dan jelas bagaimanakah kaedah KM ini

    dilaksanakan.

    Hanya lima responden yang telah melaksanakan kaedah KM pada projek

    mereka dan kebanyakan mereka (3 responden 60%) mempunyai masalah dalam

    penggunaan kaedah KM. Mereka (3 responden 60%) merasakan kaedah ini

    hanya boleh dilaksanakan pada projek tertentu sahaja. Mengenai hasil

    rekabentuk, mereka (4 responden 80%) merasakan ianya adalah agak

    mengongkong.

    Dari aspek penggunaan komputer, kebanyakan mereka iaitu 16 responden

    pernah menggunakan perisian CAD dalam rekabentuk. Di antara perisian-

    perisian yang digunakan adalah AutoCAD, ArchiCAD, Revit, Architectural

    Desktop (ADT). Mereka berpendapat penggunaan komputer boleh membantu

    dalam rekabentuk KM (3 sangat setuju 19%, 11 setuju 68%).

  • 7

    Dari responden yang pernah menggunakan komputer hanya lima responden

    menggunakan perisian CAD dalam rekabentuk KM. Mereka yang menjawab

    soalan sama ada perisian CAD itu membantu dan mudah digunakan untuk

    rekabentuk KM - seorang responden sangat setuju, tiga mengatakan setuju dan

    seorang kurang setuju. Mengenai masalah penggunaan perisian CAD ialah

    tiadanya pangkalan data mengenai komponen-komponen rekabentuk KM

    disertakan sekali di dalam perisian, butiran piawai tidak disimpan untuk dirujuk

    semula dan simbol-simbol rekabentuk KM tidak disertakan (3 responden 60% ).

    Mengenai kelebihan yang diperolehi dari penggunaan CAD dalam

    penyediaan rekabentuk KM mereka bersetuju iaitu;

    Lukisan butiran boleh disediakan dengan lebih mudah (3 responden).

    Perubahan rekabentuk dapat dilaksanakan dengan segera. Rekabentuk

    boleh disediakan lebih cepat. Kemudahan komputer dapat digunakan

    dengan sepenuhnya (2 responden 40%).

    Mengenai bagaimanakah perisian CAD dapat membantu dalam rekabentuk

    KM, mereka bersetuju menurut aturan seperti berikut;

    Panduan serta rujukan konsep KM seharusnya disertakan dalam perisian

    CAD (4 responden 80%).

    Komponen dan bahan-bahan yang telah memenuhi konsep KM dibekalkan

    di dalam perisian CAD (3 responden 60%).

    Contoh-contoh rekabentuk KM di sertakan dalam perisian CAD sebagai

    rujukan (3 responden 60%).

    Dari kajian awalan ini dapatlah dirumuskan bahawa penerimaan mereka

    tentang konsep KM adalah positif, walau bagaimanapun dalam melaksanakan

    KM mereka menghadapi pelbagai masalah yang mana di antaranya boleh dibantu

    sekiranya menggunakan komputer.

  • 8

    1.4. Tujuan dan Objektif Kajian

    Bagi menjayakan program IBS melalui OBS menurut matlamat Roadmap

    IBS 2003-2010, adalah penting terlebih dahulu supaya isu kerumitan dan masalah

    yang dihadapi oleh para arkitek dalam penyediaan rekabentuk KM diatasi.

    Rekabentuk KM akan lebih mudah dilaksanakan dengan menggunakan aplikasi

    BIM. Oleh yang demikian tujuan dan objektif utama kajian adalah untuk

    mencadangkan satu sistem bantuan rekabentuk berkomputer menurut kehendak

    KM berasaskan kepada aplikasi BIM.

    Untuk mencapai objektif di atas beberapa perkara berikut dikenal pasti,

    antaranya adalah;

    1. Mengkaji penggunaan komputer dalam industri binaan terutamanya

    dalam rekabentuk.

    2. Mengkaji mengenai kaedah KM serta platform aplikasi BIM

    3. Mengkaji kaedah rekabentuk KM yang dilaksanakan secara

    konvensional, seterusnya mencadangkan sistem rekabentuk berkomputer

    dengan menyediakan model perisian rekabentuk KM.

    1.5. Metodologi Kajian

    Untuk mencapai objektif kajian, metodologi kajian dirangka dan dibahagi

    kepada empat bahagian (Rujuk carta aliran 1-1) iaitu:

    Bahagian 1 : Kajian permulaan dengan mengenal pasti isu kajian.

  • 9

    Bahagian 2 : Mengetahui proses rekabentuk KM secara konvensional ke

    atas kuarters kerajaan.

    Bahagian 3 : Mencadangkan sistem bantuan rekabentuk KM berkomputer.

    Bahagian 4: Keputusan kajian dengan melaksanakan perbandingan kaedah

    sistem bantuan rekabentuk KM berkomputer dengan rekabentuk KM

    secara konvensional.

  • 10

    Berikut adalah carta aliran metodologi kajian:

    Carta aliran 1-1 Metodologi kajian menunjukkan peringkat-peringkat yang akan

    dilaksanakan.

    Bahagian 1Kajian Permulaan

    Kajian Literatur:ISU, KM dan aplikasi BIM.

    Kajian Permulaan:Kajian tinjauan, memilihkajian kes , membentukmetod kajian, pengenalankepada KM dan aplikasi BIM.

    Bahagian 2Temubual mengenaiproses rekabentuk KM secarakonvensional ke atas kuarterskerajaan.

    Bahagian 4Perbandingan dankeputusan kajian

    Penilaian dan kesimpulan:Sistem bantuan rekabentukKM berkomputer.

    Kajian Kes:Proses Rekabentuk KMtemubual, analisa lakaran

    Kesimpulan:Huraian analisa kajian.Merumuskan prosesrekabentuk KM secarakonvensional berdasarkankajian kes.

    Mencadangkan ciri-ciri sistem(senarai yang diinginkan).

    Membandingkan kaedahperlaksanaan rekabentukKM menggunakan sistembantuan berkomputerdengan secara konvensional.Penilaiaan perbandingantersebut.

    Laksana cadangan ke atasaplikasi BIM.

    Pemilihan platform aplikasiBIM yang sesuai.

    1.1

    1.2 2.1

    2.2

    3.1

    3.2

    3.3

    4.1

    Laksana dan analisa satucontoh proses rekabentuk KMdengan menggunakan sistembantuan rekabentuk KM.

    4.23.4

    Bahagian 3Mencadangkan satu sistembantuan rekabentukberkomputer menurutkehendak KM ke atas aplikasiBIM.

  • 11

    Berikut ini dihuraikan proses rekabentuk kajian berdasarkan kepada

    perkara-perkara berikut (sepertimana mengikut carta aliran 1.1);

    1.5.1. Kajian Permulaan

    Kajian tesis ini dimulakan iaitu dengan mengenal pasti isu kajian iaitu

    masalah melaksanakan rekabentuk KM dengan melakukan kajian literatur serta

    kajian awalan bagi mengetahui isu-isu perlaksanaan rekabentuk menurut kaedah

    KM.

    Kajian literatur lebih tertumpu pada:

    1. Penggunaan komputer secara umum dalam industri binaan terutamanya

    dalam rekabentuk awalan.

    2. Kaedah KM dalam industri binaan.

    3. Aplikasi BIM dalam rekabentuk bangunan khususnya rekabentuk KM.

    1.5.2. Menemubual Arkitek

    Tujuan temubual adalah untuk mengenal pasti proses serta masalah-

    masalah dalam melaksanakan rekabentuk KM. Mengadakan temubual dan

    menganalisa lakaran-lakaran projek kuarters bagi mengetahui teknik serta proses

    rekabentuk KM secara konvensional. Mengenalpasti dan merekodkan peralatan-

    peralatan atau perisian yang digunakan. Objektif perekabentuk perlu diselidiki di

    samping maklumat-maklumat yang diperlukan semasa rekabentuk. Seterusnya

    masalah-masalah yang dihadapi juga perlu diketahui dalam mendapatkan

    gambaran sebenar perlaksanaan rekabentuk KM tersebut. Keputusan temubual

  • 12

    tersebut dianalisa untuk dijadikan panduan bagi mencadangkan sistem bantuan

    rekabentuk berkomputer.

    1.5.3. Mencadangkan sistem bantuan rekabentuk KM berkomputer.

    Mencadangkan satu sistem bantuan rekabentuk KM berkomputer untuk

    memudahkan proses rekabentuk KM. Untuk menjelaskan bagaimana sistem

    rekabentuk KM berfungsi serta melihat kaedah perlaksanaannya maka

    penyesuaian telah dibuat ke atas perisian BIM sediada. Seterusnya adalah

    pemilihan platform aplikasi BIM yang sesuai akan dibuat bagi melaksanakan

    penyesuaian untuk menunjukkan simulasi sistem bantuan tersebut. Faktor

    pemilihan aplikasi BIM adalah di antara yang mudah digunakan dan tidak perlu

    menggunakan bahasa pengaturcaraan dan yang bersesuaian dengan kajian ini.

    Selain itu perisian tersebut mempunyai rangkaian yang luas dan bantuan

    sokongan yang baik. Aplikasi BIM tersebut hanya digunakan sebagai platform

    bagi mencadangkan satu sistem bantuan rekabentuk berkomputer menurut

    kehendak KM sahaja. Kriteria-kriteria sistem rekabentuk berkomputer adalah

    berasaskan dari keputusan temubual dengan arkitek serta dari kajian literatur.

    Setelah sistem ini dibangunkan, ianya akan dilaksanakan dengan menggunakan

    satu contoh rekabentuk KM sedia ada. Proses dan kelebihan sistem bantuan

    rekabentuk KM tersebut akan dikenal pasti setelah proses perbandingan

    rekabentuk dibuat.

  • 13

    1.5.4. Membandingkan perlaksanaan rekabentuk KM menggunakan sistem bantuan rekabentuk berkomputer dengan kaedah konvensional

    Di peringkat akhir kajian adalah membandingkan proses penyediaan

    rekabentuk KM secara konvensional1

    1.6. Skop dan Struktur Kajian

    dengan menggunakan sistem bantuan

    rekabentuk yang dicadangkan. Ia dibuat bagi menilai perbezaan kaedah

    perlaksanaan menggunakan sistem bantuan rekabentuk tersebut dalam

    melaksanakan rekabentuk KM. Ini adalah bertujuan untuk mengetahui perbezaan

    dan pembaharuan yang telah dicapai dalam proses melaksanakan rekabentuk.

    Penilaian juga dilakukan terhadap bagaimanakah prestasi sistem bantuan

    rekabentuk KM berkomputer tersebut dalam membantu rekabentuk KM.

    Akhirnya kesimpulan akan dibuat terhadap prestasi sistem bantuan rekabentuk

    KM berkomputer dalam membantu rekabentuk KM.

    Fokus kajian adalah tertumpu pada perlaksanaan rekabentuk KM dikawal

    proses rekabentuk, kerana di peringkat ini adalah fasa yang kritikal dalam

    rekabentuk.

    Dalam kajian ini aplikasi BIM digunakan sebagai platform bagi

    merekabentuk sistem bantuan rekabentuk KM. Aplikasi BIM yang dipilih adalah

    perisian Autodesk Revit kerana ianya mesra pengguna dan mempunyai

    rangkaian bantuan yang luas dan baik. Penyesuaian perisian hanya berdasarkan

    kepada kekuatan dan ciri-ciri yang telah disediakan oleh perisian berkenaan, tiada

    perisian tambahan digunakan dan tidak perlu pengetahuan atau mempelajari

    bahasa pengaturcaraan yang baru bagi tujuan untuk mengoptimumkan

    penggunaan perisian sedia ada.

    1 Maksud rekabentuk KM konvensional dalam kajian ini adalah penyediaan rekabentuk KM sedia ada, tidak menggunakan komputer dalam penyelesaian menurut kehendak KM.

  • 14

    Rekabentuk yang dikaji adalah rekabentuk kuarters kerajaan dan setakat ini

    hanya pihak JKR yang menerajui dan mempromosikan rekabentuk KM dan

    projek kuarters yang dilaksanakan dengan menggunakan kaedah KM.

    Kajian ini tidak mengambil kira penggunaan komponen IBS. Ini adalah

    kerana konsep OBS tidak mementingkan ciri-ciri komponen sebaliknya

    penggunaan prinsip KM harus dipatuhi secara umumnya.

    1.7. Kaitan di antara IBS, OBS, KM dan Aplikasi BIM

    Untuk menuju ke arah negara maju berindustri dalam bidang pembinaan

    sistem secara IBS perlu dimajukan. Sistem IBS ini haruslah memenuhi konsep

    OBS untuk mendapat manfaat perlaksanaannya. Piawaian yang dilaksanakan

    untuk menjayakan konsep OBS di Malaysia adalah menggunakan piawaian

    MS:1064 iaitu kaedah KM. Tujuan utama perlaksanaan KM ialah untuk

    menambah produktiviti melalui pengurangan bahan terbuang dalam pengeluaran,

    pemasangan untuk memperbaiki kualiti dalam industri pembinaan dan

    menggalakkan sistem terbuka.

    Dengan konsep OBS, komponen bangunan dapat digunakan secara

    kombinasi komponen dalam pelbagai cara dan memberikan kebebasan kepada

    arkitek dalam merekabentuk. Penggunaan kaedah KM adalah penting dalam

    perlaksanaan IBS dalam piawaian komponen dan ukuran dalam mempercepatkan

    pemasangan dan mencapai pengulangan dan mampu mengurangkan kos (CIDB,

    Oktober Disember 2005).

    Untuk melaksanakan KM ini penggunaan teknologi maklumat dapat

    membantu dengan lebih mudah dan cekap dengan berupaya untuk mengawal

    koordinasi kedudukan komponen dan ukurannya. Dari segi pengurusan

    pangkalan data komponen dan katalog, boleh diurus dengan lebih baik lagi.

    Aplikasi BIM adalah teknologi terkini di dalam Senibina, Kejuruteraan dan

  • 15

    Pembinaan (AEC) yang perlu diberi penekanan untuk dimanfaatkan sepenuhnya

    di dalam membantu melaksanakan rekabentuk berasaskan KM.

    1.8. Kepentingan Kajian

    Menurut CIMP 2006-2015 ada dinyatakan strategi teras untuk

    memajukan industri pembinaan di Malaysia. Di antara teras-teras yang

    dinyatakan adalah mengenai kaedah penggunaan pembinaan yang baru. Teras 5,

    iaitu Inovasi melalui penyelidikan dan pembangunan serta adaptasi kaedah

    pembinaan yang baru. Di antara perkara yang dianjurkan di sini adalah

    penggunaan kaedah KM dalam rekabentuk. Manakala pada teras 6 pula,

    menggalakkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam industri

    binaan. Ianya adalah bertujuan untuk menggalakkan penggunaan perisian-

    perisian baru dalam mengatasi masalah pembinaan di Malaysia (CIMP 2006-

    2007).

    Kajian ini adalah penting khususnya bagi memajukan industri pembinaan

    di Malaysia melalui kaedah rekabentuk baru. Ia juga menggalakkan aplikasi BIM

    dan panduan kepada pembaikan perisian yang akan datang khususnya

    menyumbangkan kepada satu pembaharuan dalam penggunaan komputer di

    sektor pembinaan sepertimana yang dianjurkan oleh CIMP 2006-2007.

    Sehingga kini belum ada kajian yang mendalam dilaksanakan bagi melihat

    tentang masalah perlaksanaan rekabentuk KM. Oleh itu penyelidikan ini akan

    cuba menyelesaikan masalah-masalah perlaksanaan rekabentuk KM seterusnya

    menggalakkan rekabentuk KM seperti dinyatakan di dalam roadmap IBS 2003-

    2010.

    Kajian ini akan mencari kaedah yang akan memudahkan perlaksanaan

    rekabentuk KM dan membolehkan arkitek memberi perhatian yang lebih kepada

    rekabentuk daripada terbelenggu kepada konstrain ukuran dan peraturan. Ini

  • 16

    boleh menambahkan kualiti dan kuantiti rekabentuk serta prestasi hasil projek

    yang baik.

    Selain dari itu kepentingan kajian secara khusus adalah melibatkan

    organisasi berikut; (i) Kementerian Kerja Raya, (ii) Kementerian Perumahan dan

    Kerajaan, Tempatan, (iii) Badan Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), (iv)

    Firma Perunding Arkitek dan Jurutera Struktur, (v) Syarikat Kontraktor

    Bangunan. (vi) Ahli Akademik dan para pelajar (vii) Pengeluar atau pengilang

    komponen IBS dan akhirnya kerajaan Malaysia secara amnya.

    1.9. Organisasi Tesis

    Tesis ini mengandungi tujuh bab. Bab Satu adalah pengenalan dan latar

    belakang kepada keseluruhan kajian. Bab Dua adalah kajian terhadap

    penggunaan komputer secara umum dalam industri binaan, rekabentuk senibina

    dan akhirnya dalam melaksanakan KM. Bab Tiga menghuraikan kajian

    mengenai KM dan aplikasi BIM. Perkara-perkara yang akan dibentangkan

    adalah mengenai definisi KM dan aplikasi BIM tersebut, sejarah dan

    perkembangannya, objektif dan kelebihan, isu dan masalah yang di hadapi dan

    akhirnya kaitan di antara kedua-dua perkara tersebut. Bab Empat

    membincangkan hasil temubual dengan arkitek JKR mengenai proses rekabentuk

    awalan kuarters kerajaan yang menggunakan kaedah KM. Perbincangan adalah

    pada proses sebenar rekabentuk KM sedia ada oleh para arkitek JKR tersebut

    khususnya untuk mengetahui kesukaran yang dihadapi dalam proses rekabentuk

    tersebut. Bab Lima pula membincangkan proses rekabentuk dengan

    menggunakan sistem bantuan rekabentuk berkomputer menurut kehendak KM.

    Ia menerangkan cadangan sistem menurut senarai yang diinginkan dan pemilihan

    platform BIM yang digunakan untuk membangunkan sistem bantuan tersebut. Di

    sini juga dijelaskan bagaimana sistem bantuan rekabentuk KM berkomputer

    berfungsi serta menunjukkan kaedah perlaksanaannya dengan menerangkan

    bagaimana perisian komputer dapat mengatasi masalah-masalah rekabentuk KM

  • 17

    yang dilaksanakan secara konvensional. Bab Enam seterusnya membincangkan

    perbezaan di antara kedua-dua proses tersebut dengan mengambil satu contoh

    rekabentuk kuarters sebagai kajian kes perbandingan yang menggunakan kaedah

    Boundary. Kajian perbandingan ini khusus bagi menunjukkan perbezaan

    langkah-langkah yang diambil dari kedua-dua kaedah rekabentuk tersebut. Di

    akhir bab ini akan dinyatakan hasil keputusan dari kedua kaedah rekabentuk

    tersebut iaitu untuk menunjukkan bagaimana proses rekabentuk berkomputer

    dapat memperbaiki, meningkatkan mutu serta memudahkan rekabentuk KM.

    Bab terakhir iaitu Bab Tujuh adalah merumuskan hasil keseluruhan kajian tesis,

    pernyataan permasalahan serta cadangan kajian akan datang.

    1.10. Rumusan

    Pada kesimpulannya kajian ini cuba merungkaikan masalah rekabentuk KM

    dengan mencari jalan penyelesaiannya kepada menghasilkan sistem bantuan

    rekabentuk berkomputer menurut kehendak KM. Ia juga selaras dengan usaha

    kerajaan untuk menggalakkan penggunaan teknologi maklumat dalam industri

    pembinaan. Adalah diharapkan dengan adanya kemudahan penyediaan

    rekabentuk KM dalam aplikasi BIM, akan memudahkan lagi kerja-kerja

    rekabentuk, seterusnya menggalakkan rekabentuk KM seperti yang disarankan

    oleh Roadmap IBS 2003-2010 dan ke arah negara maju 2020.