contoh soalan pemikiran masyarakat

Upload: orchid3

Post on 18-Oct-2015

63 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

stpm

TRANSCRIPT

Keindahan dan kemakmuran negeri

Medannya indah bukan kepalangRantaunya luas bagai dibentangTebingnya tinggi bagai dirautPasirnya serong bentuk tajiBatunya ada besar kecilYang kecil pelontar balamJikalau untung kene ke balamJikalau tidak kena ke tanah.Seumpama kundur dengan labuKecil pohon besar buahnyaNegerinya beruntung bandarayanya bertuah.Cari di darat boleh di daratCari di laut boleh di lautAyam itik penuh di rebanLembu kerbau penuh di tengah padangGajah badak penuh tengah hutanSejuk dingin seprti air ular cintamaniDi negeri Teluk Bidung Kota Lama.

Nyatakan pemikiran masyarakat melayu yang terdapat dalam puisi ini.

F1. Keindahan sesebuah negeriH1. Penulis menyatakan tentang keindahan negeri tersebut yang tiada tandingannya.P1. Keindahan sesebuah negeri merupakan tarikan utama bagi pengembara atau sesiapa sahaja. Negeri yang indah menjadi iadaman manusiaK1. Sekiranya sesebuah negeri itu tiada keindahan iaitu sentiasa berlaku pergaduhan maka, tiada sesiapalah yang mahu menetap di negeri itu.C1.Baris 1 5

F2. Kawasan negeri yang masih kaya dengan khazanah faunaH2. Penyajak menyatakan bahawa negeri tersebut masih mempunyai banyak kehidupan kehidupan lain selain manusia seperti haiwan liar dan haiwan ternakan.P2. Haiwan ternakan boleh dijadikan sebagai sumber makanan bagi rakyat. Dengan ini, negeri tersebut tidak akan mengalami masalah tidak cukup makan atau kebuluran.K2. Sekiranya negeri tersebut tidak ada haiwan ternakan, maka makanan untuk penduduknya terhad.C2. Baris 14 17