contoh soalan latihan pengajian perniagaan modular 1

2
Gerak Gempur 2 Bahagian A ( 50 markah ) JAWAB SEMUA SOALAN 1(a) Berikan dua perbezaan antara objektif memaksimumkan keuntungan syarikat dengan objektif memaksimumkan kekayaan pemegang saham. [4] (b) Huraikan dua pihak yang mempunyai kepentingan terhadap penyata kewangan. [4] (c) Bezakan antara penyata pendapatan dengan penyata aliran tunai. [6] (d) Jelaskan maksud unsur gharar, maisir, dan riba’. [6] (e) Jelaskan prinsip subrogarsi dan prinsip doktrin punca terdekat dalam insurans. [4] (f) Bezakan antara spesifikasi kerja dengan huraian kerja. [4] (g) Berikan tiga cabaran dalam pengurusan sumber manusia[6] (h) Jelaskan tiga kaedah dalam penilaian prestasi. [6] (i) Jelaskan tiga jenis ujian untuk memilih pekerja. [6] (j) Jelaskan empat ganjaran berbentuk kewangan. [4] Bahagian B ( 50 markah ) JAWAB SEMUA SOALAN 2( a ) Jelaskan tiga cara sesebuah syarikat mengekalkan hubungan yang harmonis dengan pekerja – pekerjanya. [6] ( b ) Encik Kumar telah bekerja di sebuah syarikat selama lapan tahun sebagai seorang kerani akaun. Dia seorang pekerja yang berdedikasi dan sentiasa menunjukkan rekod kerja yang baik. Kebolehan dan pengalamannya dalam bidang ini menyebabkan pengarah syarikat mengamil keputusan untuk menawarkan kenaikan pangkat kepadanya, iaitu sebagai pengurus kewangan. Ini bermakna Encik Kumar diberi gaji dengan gred jawatan yang lebih tinggi. Encik Kumar juga jelah dihantar ke ibu pejabat untuk menjalani program latihan tentang operasi kewangan syarikat selama enam bulan. Dia juga dikehendaki mempelajari sistem ERP yang terkini untuk mengendalikan maklumat perakaunan menggunakan komputer. Encik Kumar gembira kerana syarikat tersebut telah memberinya peluang untuk meningkatkan karier dan menghargai sumbangannya.

Upload: khairi-sulaiman

Post on 24-Apr-2015

124 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

Contoh Soalan Latihan Pengajian Perniagaan Modular 1

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh Soalan Latihan Pengajian Perniagaan Modular 1

Gerak Gempur 2

Bahagian A

( 50 markah )

JAWAB SEMUA SOALAN

1(a) Berikan dua perbezaan antara objektif memaksimumkan keuntungan syarikat dengan objektif memaksimumkan kekayaan pemegang saham. [4]

(b) Huraikan dua pihak yang mempunyai kepentingan terhadap penyata kewangan. [4]

(c) Bezakan antara penyata pendapatan dengan penyata aliran tunai. [6]

(d) Jelaskan maksud unsur gharar, maisir, dan riba’.[6]

(e) Jelaskan prinsip subrogarsi dan prinsip doktrin punca terdekat dalam insurans. [4]

(f) Bezakan antara spesifikasi kerja dengan huraian kerja. [4]

(g) Berikan tiga cabaran dalam pengurusan sumber manusia[6]

(h) Jelaskan tiga kaedah dalam penilaian prestasi. [6]

(i) Jelaskan tiga jenis ujian untuk memilih pekerja. [6]

(j) Jelaskan empat ganjaran berbentuk kewangan. [4]

Bahagian B

( 50 markah )

JAWAB SEMUA SOALAN

2( a ) Jelaskan tiga cara sesebuah syarikat mengekalkan hubungan yang harmonis dengan pekerja – pekerjanya. [6]

( b ) Encik Kumar telah bekerja di sebuah syarikat selama lapan tahun sebagai seorang kerani akaun. Dia seorang pekerja yang berdedikasi dan sentiasa menunjukkan rekod kerja yang baik. Kebolehan dan pengalamannya dalam bidang ini menyebabkan pengarah syarikat mengamil keputusan untuk menawarkan kenaikan pangkat kepadanya, iaitu sebagai pengurus kewangan. Ini bermakna Encik Kumar diberi gaji dengan gred jawatan yang lebih tinggi.

Encik Kumar juga jelah dihantar ke ibu pejabat untuk menjalani program latihan tentang operasi kewangan syarikat selama enam bulan. Dia juga dikehendaki mempelajari sistem ERP yang terkini untuk mengendalikan maklumat perakaunan menggunakan komputer. Encik Kumar gembira kerana syarikat tersebut telah memberinya peluang untuk meningkatkan karier dan menghargai sumbangannya.

(i) Mengapakah latihan yang diberikan kepada pekerja dikatakan membawa banyak faedah kepada sesebuah organisasi? [6]

(ii) Apakah pendapat anda tentang tindakan syarikat memberi kenaikan pangkat kepada Encik Kumar? [5]

(iii) Adakah anda setuju dengan keputusan syarikat untuk mengambil pekerja dari sumber dalaman? Berikan empat sebab untuk menyokong alasan anda. [9]

(iv) Terangkan tiga kriteria yang mungkin dipertimbangkan oleh syarikat tersebut dalam menentukan potensi Encik Kumar untuk kenaikan pangkat. [6]

(v) Jelaskan empat faktor yang dipertimbangkan dalam pemberian ganjaran oleh syarikat tersebut kepada pekerjanya. [8]

(vi) Jelaskan masalah–masalah dalam penilaian prestasi yang mungkin dialami oleh pengurus syarikat tersebut. [10]