contoh refleksi yang kurang menarik

2
REFLEKSI Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan izin kurnia-Nya dapat juga saya menyiapkan tugasan BSMM pada masa yang telah ditetapkan. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing saya iaitu Encik Ronald yang telah memberikan tunjuk ajar yang sangat berguna dan berharga kepada saya. Komitmen yang telah ditunjukkan oleh beliau dalam membimbing kami cukup memberikan saya inspirasi dan panduan untuk membuat tugasan yang diberikan dan untuk lebih maju di masa hadapan. Tidak lupa kepada rakan-rakan yang telah banyak membantu dalam membina tugasan powerpoint. Sesungguhnya tanpa bantuan daripada semua pihak, saya mungkin mempunyai masalah untuk menyiapkan tugasan ini. Masalah Dalam menyiapkan tugasan yang telah diberikan, saya tidak dapat lari daripada masalah yang timbul. Antara masalah utama yang saya hadapi ialah kekurangan bahan ilmiah rujukan untuk membuat tugasan saya. Namun, dengan bantuan daripada pensyarah pembimbing yang telah memberikan tunjuk ajar telah banyak membantu saya. Masalah yang dihadapi adalah lumrah dalam melaksanakan mana- mana tugasan ialah dalam pengurusan masa. Semasa mendapat soalan tugasan ini matapelajaran lain juga turut memberikan tugasan. Ini menyebabkan lambakan kerja. Oleh itu, saya mestilah bijak dalam menyelesaikan tugasan dengan membahagikan 9

Upload: mohd-amdih-saidi

Post on 16-Nov-2015

230 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

contoh REFLEKSI yang kurang menarik

TRANSCRIPT

REFLEKSIBersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan izin kurnia-Nya dapat juga saya menyiapkan tugasan BSMM pada masa yang telah ditetapkan. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing saya iaitu Encik Ronald yang telah memberikan tunjuk ajar yang sangat berguna dan berharga kepada saya. Komitmen yang telah ditunjukkan oleh beliau dalam membimbing kami cukup memberikan saya inspirasi dan panduan untuk membuat tugasan yang diberikan dan untuk lebih maju di masa hadapan. Tidak lupa kepada rakan-rakan yang telah banyak membantu dalam membina tugasan powerpoint. Sesungguhnya tanpa bantuan daripada semua pihak, saya mungkin mempunyai masalah untuk menyiapkan tugasan ini.

MasalahDalam menyiapkan tugasan yang telah diberikan, saya tidak dapat lari daripada masalah yang timbul. Antara masalah utama yang saya hadapi ialah kekurangan bahan ilmiah rujukan untuk membuat tugasan saya. Namun, dengan bantuan daripada pensyarah pembimbing yang telah memberikan tunjuk ajar telah banyak membantu saya. Masalah yang dihadapi adalah lumrah dalam melaksanakan mana-mana tugasan ialah dalam pengurusan masa. Semasa mendapat soalan tugasan ini matapelajaran lain juga turut memberikan tugasan. Ini menyebabkan lambakan kerja. Oleh itu, saya mestilah bijak dalam menyelesaikan tugasan dengan membahagikan masa. Masa yang terluang digunakan sebaik-baiknya dengan menyiapkan secara berperingkat tugasan ini. Bak kata pepatah, masa itu emas begitulah pentingnya masa bagi mana-mana pelajar di dunia ini.

DapatanAntara kelebihan atau kekuatan yang saya dapat perhatikan dalam menyiapkan tugasan ini ialah saya dapat sesuatu yang penting dalam bidang perguruan iaitu cara menghasilkan laporan khidmat masyarakat dan perancangannya. Perancangan khidmat masyarakat amat penting kerana ia merupakan langkah-langkah dan tertib yang perlu kita rancangkan untuk melakukan khidmat masyarakat.Sebelum saya mengundur diri, saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat dalam menyiapkan tugasan ini terutamanya pensyarah pembimbing yang banyak membantu saya. Saya dapat simpulkan, banyak perkara baru dan pengalaman yang berguna yang saya dapat daripada tugasan ini. Saya yakin dan percaya ilmu yang saya dapat daripada tugasan ini akan membantu saya mendukung tanggungjawab sebagai seorang guru kelak.

10