contoh refleksi

9
Refleksi 1 Assalamualaikum kami ucapkan bagi pembuka kata refleksi tugasan projek kerja kursus berasaskan ilmu Bahasa Melayu 1 saya. kami Mohd Aidil B Othman dan Mohd Safuan B Che Othman sangat berbesar hati kerana tugasan yang diberikan telah berjaya saya sempurnakan. Semua ini tidak akan berlaku jika kawan-kawan, pensyarah dan ibu bapa saya tidak memberi galakan dan dorongan kepada kami untuk menyiapkan tugasan ini. Refleksi selepas menyelesaikan sangat menarik kerana kami tidak menyangka bahawa kami telah melakukannya dengan baik. Saya dan Safuan telah berjaya menyiapkan tugasan yang telah diberikan dan dihantar pada masanya. Namun terdapat juga beberapa masalah yang kami hadapi semasa melakukan tugasan. Antara masalahnya ialah untuk mencari bahan rujukan mengenai bentuk kata, frasa dan fungsi frasa. kami keliru antara bentuk kata yang terbahagi kepada empat iaitu kata ganda, kata majmuk, kata terbitan dan kata nama kerana hampir sama tetapi setelah di terangkan oleh Pn Idawati, kami akhirnya dapat membezakan antara kedua-duanya. kami juga menghadapi masalah untuk mencari pelbagai sumber rujukan untuk diisi dalam kerja projek saya. Tambahan pula kami sebelum ini tidak ada asas dalam matapelajaran ini. Saya terpaksa meneliti setiap bentuk kata yang terdapat dalam petikan dan menghuraikannya dengan gramatis. Nota-nota yang telah diberikan oleh Pn Idawati telah kami gunakan untuk dimasukkan di dalam kerja projek kami. Banyak perkara yang telah kami pelajari semasa melakukan tugasan ini. Antara perkara yang kami pelajari ialah bentuk kata, frasa, fungsi frasa, ayat aktif dan pasif serta maksud morfologi. Hal ini sangat berguna kepada kami kerana disamping dapat menyiapkan tugasan, kami juga boleh mengulangkaji pelajaran-pelajaran yang telah diajar pleh Pn Idawati untuk peperiksaan akhir pada hujung semesta nanti. Kami juga dapat mempelajari bagaimana untuk mengkaji sebuah cerpen. Pada mulanya kami berasa susah untuk membuatnya tetapi selepas diberikan tunjuk ajar oleh Pn idawati, kami berasa yakin untuk menyiapkan tugasan ini. Semasa menyiapkan tugasan ini juga, kami telah belajar untuk bekerjasama. Tugasan ini telah kami pecahkan untuk diberikan sama rata. Komitmen atau rasa tanggungjawab sangat perlu semasa melakukan kerja berkumpulan jika tidak, tugasan itu tidak akan berjaya disiapkan. Saya telah membuat tugasan mengenai kajian cerpen dan memcari bentuk kata setiap perkataan. Mohd Safuan pula membuat takrif morfologi, frasa dan fungsi frasa. Kami saling berkomunikasi untuk bertanyakan tentang tugasan yang dibuat. Kami juga tidak mempunyai masalah untuk berjumpa kerana bilik kami adalah di blok yang sama. Perpustakaan menjadi tempat untuk kami memperoleh bahan untuk dimasukkan di dalam tugasan yang diberikan. Kamus Tatabahasa Dewan ialah buku yang lengkap dan menjadi penduan utama kami dalam melakukan tugasan ini. Namun kami juga tetap menggunakan buku-buku tatabahasa lain agar isi-isi di dalam tugasan kami menjadi mantap. Selain itu, kami juga melayari internet untuk memperoleh maklumat, kami menggunakan internet kerana tidak mahu ketinggalan untuk mengunakan teknologi masa kini yang telah maju dan canggih. Pn Idawati juga telah memberikan bimbingan semasa di dalam kelas Bahasa Malayu agar kami tidak berlengah dan menangguhkan kerja Kerja Kursus Berdasarkan Ilmu ini. Jika beliau tidak melakukan perkara ini, nescaya kami tidak dapat menyiapkan tugasan itu dan akan melakukannya pada masa-masa akhir. Hal ini akan menyebabkan tugasan yang dihantar kurang berkualiti dan markah yang akan kami peroleh tidak

Upload: ismail-hashim

Post on 10-Aug-2015

6.981 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh Refleksi

Refleksi 1

Assalamualaikum kami ucapkan bagi pembuka kata refleksi tugasan projek kerja kursus

berasaskan ilmu Bahasa Melayu 1 saya. kami Mohd Aidil B Othman dan Mohd Safuan B Che Othman

sangat berbesar hati kerana tugasan yang diberikan telah berjaya saya sempurnakan. Semua ini

tidak akan berlaku jika kawan-kawan, pensyarah dan ibu bapa saya tidak memberi galakan dan

dorongan kepada kami untuk menyiapkan tugasan ini.

Refleksi selepas menyelesaikan sangat menarik kerana kami tidak menyangka bahawa kami

telah melakukannya dengan baik. Saya dan Safuan telah berjaya menyiapkan tugasan yang telah

diberikan dan dihantar pada masanya. Namun terdapat juga beberapa masalah yang kami hadapi

semasa melakukan tugasan. Antara masalahnya ialah untuk mencari bahan rujukan mengenai bentuk

kata, frasa dan fungsi frasa. kami keliru antara bentuk kata yang terbahagi kepada empat iaitu kata

ganda, kata majmuk, kata terbitan dan kata nama kerana hampir sama tetapi setelah di terangkan

oleh Pn Idawati, kami akhirnya dapat membezakan antara kedua-duanya.

kami juga menghadapi masalah untuk mencari pelbagai sumber rujukan untuk diisi dalam

kerja projek saya. Tambahan pula kami sebelum ini tidak ada asas dalam matapelajaran ini. Saya

terpaksa meneliti setiap bentuk kata yang terdapat dalam petikan dan menghuraikannya dengan

gramatis. Nota-nota yang telah diberikan oleh Pn Idawati telah kami gunakan untuk dimasukkan di

dalam kerja projek kami.

Banyak perkara yang telah kami pelajari semasa melakukan tugasan ini. Antara perkara yang

kami pelajari ialah bentuk kata, frasa, fungsi frasa, ayat aktif dan pasif serta maksud morfologi. Hal ini

sangat berguna kepada kami kerana disamping dapat menyiapkan tugasan, kami juga boleh

mengulangkaji pelajaran-pelajaran yang telah diajar pleh Pn Idawati untuk peperiksaan akhir pada

hujung semesta nanti. Kami juga dapat mempelajari bagaimana untuk mengkaji sebuah cerpen. Pada

mulanya kami berasa susah untuk membuatnya tetapi selepas diberikan tunjuk ajar oleh Pn idawati,

kami berasa yakin untuk menyiapkan tugasan ini.

Semasa menyiapkan tugasan ini juga, kami telah belajar untuk bekerjasama. Tugasan ini

telah kami pecahkan untuk diberikan sama rata. Komitmen atau rasa tanggungjawab sangat perlu

semasa melakukan kerja berkumpulan jika tidak, tugasan itu tidak akan berjaya disiapkan. Saya telah

membuat tugasan mengenai kajian cerpen dan memcari bentuk kata setiap perkataan. Mohd Safuan

pula membuat takrif morfologi, frasa dan fungsi frasa. Kami saling berkomunikasi untuk

bertanyakan tentang tugasan yang dibuat. Kami juga tidak mempunyai masalah untuk berjumpa

kerana bilik kami adalah di blok yang sama.

Perpustakaan menjadi tempat untuk kami memperoleh bahan untuk dimasukkan di dalam

tugasan yang diberikan. Kamus Tatabahasa Dewan ialah buku yang lengkap dan menjadi penduan

utama kami dalam melakukan tugasan ini. Namun kami juga tetap menggunakan buku-buku

tatabahasa lain agar isi-isi di dalam tugasan kami menjadi mantap. Selain itu, kami juga melayari

internet untuk memperoleh maklumat, kami menggunakan internet kerana tidak mahu ketinggalan

untuk mengunakan teknologi masa kini yang telah maju dan canggih.

Pn Idawati juga telah memberikan bimbingan semasa di dalam kelas Bahasa Malayu agar

kami tidak berlengah dan menangguhkan kerja Kerja Kursus Berdasarkan Ilmu ini. Jika beliau tidak

Page 2: Contoh Refleksi

melakukan perkara ini, nescaya kami tidak dapat menyiapkan tugasan itu dan akan melakukannya

pada masa-masa akhir. Hal ini akan menyebabkan tugasan yang dihantar kurang berkualiti dan

markah yang akan kami peroleh tidak memuaskan. Oleh itu, kami telah menggunakan segala peluang

yang di beri untuk menyiapkan tugasan ini secepat mungkin.

Pada mulanya ia nampak seperti susah untuk di siapkan. Namun berkat doa dan pertolongan

pensyarah kami telah berjaya melakukannya. Tugasan yang telah diberikan telah berjaya kami

siapkan tanpa berlengah. Akhirnya tugasan projek kerja kursus berasaskan ilmu Bahasa Melayu 1

saya yang diberikan telah berjaya kami siapkan. kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada

mereka yang telah membantu kami untuk menyiapkan tugasan ini terutamanya pensyarah kami iaitu

Pn Hjh Idawati Bte Moin.

REFLEKSI 2

Semasa melaksanakan tugasan kerja kursus pendek Perkembangan Kanak-Kanak ini, saya telah menerima banyak faedah yang berguna dan baik untuk diri saya sebagai bakal guru. Setelah membuat banyak rujukan dan perbincangan bersama rakan-rakan, saya mula lebih mengenali serta memahami tentang perkembangan kanak-kanak dari segi kognitif dan sebagainya yang sebelum ini saya tidak pernah didedahkan secara terperinci seperti ini.

Saya juga mula merasai kepentingan PKK ini terhadap diri saya kerana sebagai bakal guru, satu hari nanti semua ilmu ini pasti saya perlukan untuk melaksanakan tugas harian sebagai seorang guru yang begitu mencabar. Saya sebagai bakal guru yang akan mengajar dahulu di sekolah rendah pasti akan menghadapi pelbagai situasi yang mungkin saya tidak pernah pikirkan sebelum ini. Melalui pembelajaran PKK ini, sedikit sebanyak telah membantu saya dalam membuat persediaan dalam menghadapi dunia perguruan ini.

Melalui segala pengalaman dan ilmu-ilmu baru yang telah saya perolehi, dengan izin Allah s.w.t, saya akan praktikan sebaik mungkin nanti. Setelah saya banyak membuat pencarian maklumat, saya berharap ilmu ini akan terus bermanfaat kepada para pelajar. Saya juga mula sedar kepentingan subjek perkembangan kanak-kanak ini dimana dengan hanya betul-betul memahaminya barulah saya dapat melaksanakan tugas saya sebagai guru nanti dengan sebaik mungkin bagi melahirkan modal insan yang sempurna.

Selain itu, melalui proses menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini yang saya laksanakan bersama rakan-rakan telah membuatkan hubungan silaturrahim antara kami semakin rapat. Sikap toleransi dan bekerjasa sama pensyarah dan semua rakan-rakan juaga dapat di tingkatkan melaui proses menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini. Saya mula lebih mengenali sikap dan sahsiah rakan-rakan dan cara pengajaran pensyarah dan hal ini sekaligus mengukuhkan hubungan dua hala kami.

Tambahan pula, pengalaman berinteraksi bersama pensyarah dan rakan-rakan bagi melaksanakan tugasan ini membolehkan saya memperbaiki dan meningkatkan cara saya berkomunikasi. Hal ini sekaligus dapat melatih saya untuk berkomunikasi dengan baik dan membuat persediaan untuk menjadi seorang guru yang berkualiti. Selain itu, tunjuk ajar yang diberikan oleh para pensyarah dalam proses menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini membolehkan saya memperbaiki kelemahan yang terdapat pada diri saya dan tidak akan mengulanginya lagi pada masa hadapan.

Secara keseluruhannya, tugasan kerja kursus pendek PKK ini telah memberikan banyak faedah kepada saya dan membuatkan saya lebih mencintai profesion yang mulia ini serta menambahkan lagi semangat saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan sanggup berkorban demi agama bangsa dan negara.

Page 3: Contoh Refleksi

Refleksi

Assalamualaikum saya ucapkan bagi pembuka kata refleksi tugasan Pertanian saya. Saya

Mohd Aidil Bin Othaman sangat berbesar hati kerana tugasan yang diberikan telah berjaya saya

sempurnakan. Semua ini tidak akan berlaku jika kawan-kawan, pensyarah dan ibu bapa saya tidak

memberi galakan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini.

Refleksi selepas menyelesaikan sangat menarik kerana saya tidak menyangka bahawa saya

telah melakukannya dengan baik. Saya dan Nur Diyana telah berjaya menyiapkan tugasan yang telah

diberikan dan dihantar pada masanya. Namun terdapat juga beberapa masalah yang saya hadapi

semasa melakukan tugasan. Antara masalahnya ialah untuk mencari bahan rujukan tajuk mengenai

tumbuhan hortikultur dan gambar tumbuhan. Selepas itu, saya terpaksa pula mencari maksud, ciri-ciri

dan kegunaan setiap pengelasan hortikultur untuk kerja kursus saya. Saya tidak tahu bagaimana

mahu memulakan tugasan ini kerana tidak begitu paham akan kehendak soalan tetapi setelah di

terangkan oleh En. Hussin B Ya’akob, saya akhirnya dapat membezakan antara kedua-duanya.

Saya juga menghadapi masalah untuk mencari pelbagai sumber rujukan untuk diisi dalam

tugasan saya. Tambahan pula saya sebelum ini tidak ada asas dalam matapelajaran ini. Nota-nota

yang telah diberikan oleh En. Hussin B Ya’akob telah saya gunakan untuk dimasukkan di dalam kerja

kursus saya saya. Beberapa contoh gambar yang saya telah perolehi daripada perpustakaan dan

telah saya cetak untuk memahami setiap pngelasan tumbuhan hortikultur.

Pada mulanya ia nampak seperti susah untuk di siapkan. Namun berkat doa dan pertolongan

pensyarah saya telah berjaya melakukannya. Tugasan yang telah diberikan telah berjaya saya

siapkan tanpa berlengah. Akhirnya tugasan Pertanian yang diberikan telah berjaya saya siapkan.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang telah membantu saya untuk

menyiapkan tugasan ini terutamanya pensyarah saya iaitu En. Hussin B Ya’akob.

Refleksi 3

Semasa melaksanakan tugasan kerja kursus pendek Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) ini, saya telah menerima banyak faedah yang berguna dan baik untuk diri saya sebagai bakal guru. Setelah membuat banyak rujukan dan perbincangan bersama rakan-rakan, saya mula lebih mengenali serta memahami tentang sejarah tamadun-tamadun asia dan islam secara terperinci lagi.

Saya juga mula merasai kepentingan matapelajaran TITAS ini terhadap diri saya kerana saya dapat belajar asal usul serta perkembangan tamadun agama saya sendiri.. Contohnya melalui pencarian maklumat berkaitan dengan TITAS dalam sub tajuk sumbangan tamadun, saya begitu teruja dalam meneliti dan membaca setiap ilmu yang bagi saya amat bernilai ini.

Melalui segala pengalaman dan ilmu-ilmu baru yang telah saya perolehi, dengan izin Allah s.w.t, saya akan praktikan sebaik mungkin dan akan saya turunkan ilmu ini kepada para pelajar nanti. Setelah saya banyak membuat pencarian maklumat, saya berharap ilmu ini akan terus bermanfaat kepada para pelajar.

Selain itu, melalui proses membuat tugasan kerja kursus pendek ini yang saya laksanakan bersama rakan-rakan telah membuatkan hubungan silaturrahim antara kami semakin rapat. Sikap toleransi, bekerjasa sama, dan disiplin antara pensyarah dan semua rakan-rakan juga dapat di tingkatkan melaui proses membuat tugasan kerja kursus pendek ini. Saya mula lebih mengenali sikap dan sahsiah rakan-rakan dan cara pengajaran pensyarah dan hal ini sekaligus mengukuhkan hubungan dua hala kami.

Tambahan pula, pengalaman berinteraksi bersama pensyarah dan rakan-rakan bagi melaksanakan tugasan ini membolehkan saya memperbaiki dan meningkatkan cara saya berkomunikasi. Hal ini sekaligus dapat melatih saya untuk berkomunikasi dengan baik dan membuat persediaan untuk menjadi seorang guru yang berkualiti. Selain itu, tunjuk ajar yang diberikan oleh para pensyarah

Page 4: Contoh Refleksi

dalam proses menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini membolehkan saya memperbaiki kelemahan yang terdapat pada diri saya dan tidak akan mengulanginya lagi pada masa hadapan.

Secara keseluruhannya, melalui proses membuat tugasan kerja kursus pendek TITAS ini telah memberikan banyak faedah kepada saya dan membuatkan saya lebih mencintai profesion yang mulia ini serta menambahkan lagi semangat saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan sanggup berkorban demi agama bangsa dan negara.

Refleksi 4

Melalui kerja kursus ini saya dapat memahami tentang permainan-permainan

kecil (invasion game) untuk murid-murid. Secara tidak langsung ianya dapat

mengajar saya dengan lebih mendalam serta terperinci mengenai tentang

pergerakan asas ini. Kami juga dapat berfikir dengan lebih kreatif dan kritis

selepas menyiapkan kerja kursus ini.

Saya mencari maklumat yang berkaitan di dalam internet, selain itu saya

juga tidak lupa untuk membuat rujukan di perpustakaan untuk mendapatkan

maklumat dengan lebih lanjut. Saya juga bersyukur kerana mempunyai rakan

sekelas yang begitu memahami serta banyak membantu dengan

menyumbangkan idea dan sokongan kepada kami.

Saya juga tidak segan untuk berjumpa dengan pensyarah pembimbing saya

iaitu Encik Yazid bin Deraman untuk mendapatkan maklumat dengan lebih

lanjut dan berbincang mengenai tugasan ini agar apa yang saya hasilkan

nanti bertepatan dengan kehendak soalan.

Setelah semua maklumat dipecahkan kepada bahagian-bahagian tertentu,

saya membuat kerja dengan begitu tekun dan sabar. Saya saling merujuk

antara satu sama lain untuk memantapkan lagi kerja kursus saya ini. Dengan

kerjasama pelbagai pihak, akhirnya siaplah kerja kursus ini dengan jayanya.

Akhir sekali, proses terakhir ialah menyemak semua hasil yang disiapkan

dengan teliti sebelum membukukan kerja kursus saya ini. Saya begitu

berpuas hati dengan hasil ini kerana berjaya menyiapkannya dengan lengkap

dan tepat pada masanya. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih

kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam proses

menyiapkan kerja kursus saya ini. Semoga dengan bantuan anda-anda

semua diberkati oleh Tuhan yang maha esa.

Page 5: Contoh Refleksi

REFLEKSI 5

Alhamdulillah, syukur kami ke hadrat Yang Maha Esa, kerana dengan limpah

kurnianya kami dapat menyiapkan tugasan ini walaupun dibatasi masa yang terhad

lantaran kesibukan tugas seharian.

Pada mulanya, apabila menerima tugasan bagi subjek PSK 3102 Pendidikan

Sivik dan Kewarganegaraan, kami agak keliru tentang kehendak soalan .Kami

berasa begitu bimbang dan tercabar untuk menyiapkan tugasan ini kerana

pengetahuan sedia ada kami tentang Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan

amatlah sedikit. Namun demikian, cabaran dan halangan ini tidak mematahkan

semangat kami untuk cuba menghasilkan tugasan yang terbaik, bermula dengan

mencari nota yang berkaitan melalui internet. Di sini kami dapat mencari empat teori

pembelajaran iaitu teori pembelajaran kognitif, konstruktivisme, rangsangan dan

sosial. Keempat-empat teori pembelajaran ini mempunyai kelebihan masing-masing

untuk diikuti di dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik

darjah.

Dalam menghasilkan tugasan ini, banyak ilmu dan pengetahuan tentang Pendidikan

Sivik dan Kewarganegaraan dapat kami kumpulkan dan kami perolehi maklumat-

maklumat tersebut melalui Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Sivik dan

Kewarganegaraan dan sumber internet.Akhirnya dengan usaha gigih yang kami

lakukan, banyak ilmu yang kami perolehi dan akan kami gunakan ilmu ini semasa

proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan di

sekolah nanti. Ilmu yang kami perolehi ini akan dapat membantu kami dalam

melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti di peringkat sekolah

atau peringkat yang lebih tinggi sekiranya kami diberi peluang untuk mengajar

subjek ini.

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan merupakan pelajaran yang menarik jika

guru pandai menggunakan teknik yang sesuai. Banyak perkara menarik boleh

dipelajari oleh murid-murid. Guru perlu menggunakan kepakarannya untuk

menyampaikan ilmu kepada murid-murid. Murid-murid perlu dilibatkan secara aktif

untuk mengambil bahagian di dalam proses pembelajaran di dalam kelas.

Untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan, lembaran kerja

juga perlu disediakan oleh guru di samping nota belajar. Lembaran kerja itu boleh

disiapkan oleh murid samada secara individu ataupun berkumpulan. Selain itu, guru

perlu menggunakan juga lima jenis penilaian yang difikirkan sesuai untuk menguji

Page 6: Contoh Refleksi

kefahaman murid-murid di akhir pengajaran pembelajaran. Penilaian ini amat

penting untuk menguji kefahaman murid terhadap perkara yang dipelajari.

Penggunaan BBM juga perlu diambil berat oleh guru untuk melancarkan proses

pengajaran di dalam kelas. BBM yang menarik perlu dibuat agar pengajaran menjadi

lebih menarik dan diminati oleh murid. Guru boleh menggunakan ICT untuk

membuat BBM yang canggih. Guru tidak boleh hanya menggunakan buku teks

sahaja kerana bahan dalam buku teks tidaklah lengkap.

Berbagai maklumat dan input yang berguna dapat kami perolehi melalui tugasan

yang diberikan ini .Sebagai seorang pendidik, ianya amat penting dan berguna

sekali dalam proses melahirkan murid yang bersemangat patriotik, boleh

bekerjasama dengan orang lain, mengapresiasi kepelbagaian budaya masyarakat

Malaysia, menyelesaikan konflik secara rundingan, menyayangi alam sekitar dan

menyumbang ke arah perpaduan dan pembangunan negara akan tercapai. Murid-

murid juga akan memperoleh pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan

kewarganegaraan untuk diaplikasikan dalam kehidupan harian mereka. Sebagai

guru, tugasan ini akan saya jadikan sebagai panduan untuk meningkatkan lagi

proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-

tinggi penghargaan kepada Tuan Haji Ab. Razak Bin Shafii yang telah banyak

membantu kumpulan kami dalam memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan

ini. Begitu juga dengan rakan seperjuangan yang tidak lokek berkongsi ilmu

sehinggalah tugasan ini dapat disiapkan.

Disediakan oleh,

……………………………………….

(MOHD RUSLEE B MOHD SALLEH)

650413-02-5367

Refleksi 6

CONTOH PENULISAN REFLEKSI YANG BERKESANTugasan Teknik Baikpulih dan Penyelenggaraan ini merupakan satu cabaran baru kepada saya. Ini disebabkan saya perlu mengambilnya sebagai pakej opsyen saya iaitu BM/KH/MU. Walaupun saya tidak mengambil opsyen ini sewaktu mendapatkan ijazah, saya pernah belajar mata pelajaran Kemahiran Hidup di sekolah menengah dahulu. Jadi saya tidaklah janggal sangat dengan mata pelajaran ini.Kumpulan saya mengambil tajuk Lampu Suluh. Saya ditugaskan untuk menyediakan bahan grafik dari internet yang akan dicantumkan dengan teks oleh ahli lain. Dari pencarian bahan-bahan di internet,

Page 7: Contoh Refleksi

saya dapati mudah untuk mendapatkan gambar alatan tangan tetapi sukar untuk mendapatkan gambar sebenar membaiki lampu suluh dan lukisan-lukisan yang diinginkan dalam tugasan ini. Saya pula tidak mempunyai pengalaman dalam program perisian grafik. Oleh itu saya telah meminta bantuan sepupu saya untuk menyiapkan lukisan tersebut. Gambar-gambar yang tidak ada di internet diambil dengan kamera pada handphone saya sebelum dipindahkan ke komputer.

Selain itu banyak kekangan yang saya lalui untuk menyiapkan tugasan ini, antaranya kelajuan talian internet, masa untuk berbincang dengan rakan sekumpulan dan tugasan yang bertimpa-timpa dari mata pelajaran lain. Selain itu perisian word yang tidak sama juga menyukarkan saya untuk membuka fail yang dikirim oleh rakan-rakan. Virus dari pen drive luar masih menjadi musuh utama dalam menyiapkan kerja dengan komputer saya.

Dengan siapnya tugasan ini ia memberikan saya satu dimensi baru mengenai mata pelajaran Teknik Baikpulih dan Penyelenggaran ini. Ia mejadikan saya seorang yang teliti dan mempunyai sikap menyelidik atas kerosakan sesuatu barangan mekanikal yang mudah. Sikap ingin membaiki juga dapat menjimatkan wang sekiranya diamalkan di luar sekolah. Sikap ini akan saya terapkan kepada pelajar sekolah apabila saya tamat belajar kelak.

MOHD ALI BIN JEMALIJabatan Kemahiran HidupInstitut Perguruan Temenggong Ibrahim,Johor Bahru.

REFLEKSI 7

Semasa menjalankan tugasan ini, kami membuat pemerhatian ke atas gajalagejala sosial dan masalah yang timbul dikalangan masyarakat kita dari segi punca atau faktor berlakunya perkara tersebut, implikasi dan pengawalan atau langkahlangkah yang diambil oleh kerajaan untuk membendung perkara daripada terus berlaku.

Kurang kesedaran sivik, hilang jati diri, tidak ada semangat cintakan negara adalah antara faktor-faktor yang menyebabkan rakyat Malaysia tidak mengenal asal usul bangsa dan tidak ada semangat patriotisme dalam diri mereka.

Dari segi penilaian kami, sudah sekian lama murid atau remaja tidak didedahkan dan diterapkan dengan nilai-nilai sivik dalam diri mereka secara langsung. Memang tidak dapat dinafikan nilai-nilai ini memang wujud disekitar mereka dan boleh ditunjukkan oleh orang yang lebih dewasa kepada mereka. Namun persoalannya seberapa banyakkah peratusan keberkesanannya itu. Berdasarkan isu-isu yang telah dikumpulkan maka kami menyimpulkan bahawa tahap keberkesanan untuk menerapkan amalan nilai-nilai ini daripada sekeliling adalah rendah.

Setelah selesai membuat kajian , kami membuat perbincangan dalam kumpulan bagi melengkapkan laporan. Setelah selesai melakukan tugasan ini, kami lebih menyedari tentang perlunya satu kurikulum khas untuk mengatasi masalah ini.Penggubalan kurikulum mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraa ini, memberi penekanan kepada nilai murni dan semangat patriotik bagi menyediakan murid untuk memainkan peranan dan tanggungjawab merekasebagai warganegara. Murid dididik untuk berfikir, berilmu pengetahuan luas beretika tinggi, hidup dalam semangat perpaduan dan berupaya menyelesaika masalah yang dihadapi dengan bijaksana. Diharapkan kurikulum ini dapat membentuk peribadi murid yang berkeyakinan dan tabah dalam mengatas segala rintangan dan cabaran hidup.

Sebagai kesimpulan, tugasan ini menyedarkan kami bahawa matapelajaran sivik dan kewarganegraan adalah sangat penting bagi membina sebuah masyarakat yang harmoni dan dapat hidup dalam keadaan bersatu padu.