contoh rancangan pelajaran sivik tingkatan 1
TRANSCRIPT
Rancangan Pelajaran
Subjek : Pendidikan Sivik dan Kenegaraan
Tingkatan : 1 Setia
Bilangan Pelajar : 30
Hari : Isnin
Tarikh : 13/6/2012
Masa : 9.20-10.30 a.m
Tajuk Topik : Unit 4 Bangga Terhadap Sekolah
Hasil Pembelajaran : Pada akhir pelajaran ini, pelajar dapat
1. Menerangkan maklumat tentang sekolah
2. Menjaga dan meningkatkan imej dan disiplin sekolah
3. Menunjukkan perasaan bangga terhadap sekolah
Isi pelajaran : Tanggungjawap terhadap sekolah, kepentingan peraturansekolah, budaya sekolah, semangat berpasukan
Alat bantuan mengajar: Buku teks, buku latihan dan papan putih
Pengetahuan sedia ada pelajar : Tiada
Nilai murni : Bertanggungjawap, kesedaran dan kerjasama
Set induksi : (5minit)
1. Guru bertanya kepada pelajar mengenai peraturan sekolah, pencapaian pelajar dan sumbangan mereka terhadap sekolah.
2. Guru menerangkan pelajar dan guru seharusnya menanamkan sifat cinta kepada sekolah, cinta kepada ilmu dan hormati kepada guru dan rakan sebaya.
3. Guru memberi penerangan kegagalan yang pasti bukan daripada keputusan akademik yang gagal, tetapi kegagalan dalam membentuk sikap mencintai ilmu dan menghormati guru, rakan sebaya dan sekolah.
Langkah Isi Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Catatan
Langkah 1(15minit)
Peraturan sekolah saya patuhi
Guru meminta pelajar membaca mengenai peraturan kehadiran ke sekolah pada buku teks m/s 47 , kemudian setelah pelajar selesai baca, guru bertanya apakah yang mereka dapat mengenai peraturan itu..
Guru menyoal pelajar mengenai kepentingan peraturan kehadiran ke sekolah, apakah kebaikan peraturan sekolah sekiranya dipatuhi, dan apakah keburukan apabila peraturan sekolah tidak dipatuhi.
Langkah 2(15minit)
Budaya sekolah
Guru menyenaraikan contoh budaya sekolah : Budaya sekolah berdisiplin, budaya sekolah dalam taman, budaya sekolah penyayang dan budah sekolah cemerlang kokurikulum.
Guru bertanya kepada pelajar apakah kepentingan amalan budaya sekolah, apakah budaya sekolah yang menjadi kebanggaan warga sekola dan jelaskan mengapa.
Langkah 3 (25minit)
Kami satu pasukan
Guru membuat aktiviti persembahan dengan membahagikan pelajar kelas kepada 5 orang 1 kumpulan, memberi watak setiap kumpulan dan berkaitan dengan isi pelajaran iaitu berkerjasama. Selepas pelajar berbincang mengenai watak tersebut, setiap kumpulan harus membuat persembahan selama 2 minit untuk setiap satu kumpulan.
Selepas selesai aktiviti ini, guru bertanya kepada pelajar apakah nilai yang mereka memperolehi daripada aktiviti ini, Nilai-nilai yang baik guru mempuji pelajar dan menasihati pelajar supaya mengembangkan lagi nilai yang baik itu, nilai yang kurang baik guru memberi amaran supaya pelajar dapat memperbaiki sikap mereka pada masa akan datang
Langkah 4 (10minit)
Latihan pengukuhan dan kesimpulan
Guru memberitahu pelajar mengenai kesimpulan yang mereka mempelajari pada kelas itu. Dan guru memberi latihan pengukuhan kepada pelajar.