pendidkan sivik dan kewarganegaraan tingkatan tiga

133
Laporan Khidmat Masyarakat SMJK Katholik Warisan Kepelbagaian Budaya Di Malaysia Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan Tiga Adat Resam Dan Makanan Kaum-kaum Tempatan Nama ahli kumpulan: Lim Ming Yee, Lee Xia Meen, Steffie Wong Li Pei, Samuel Goh Kean Hau, Tan Yee Qing, Low Wen Bin, Choo Jun Jie, Ho Chun Fai, Fong Ka Mun, Tan Yi Rong, Tan Shi Dong.

Upload: lee-xia-meen

Post on 05-Jul-2015

816 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pendidkan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan Tiga

Laporan Khidmat Masyarakat

SMJK KatholikWarisan Kepelbagaian Budaya Di Malaysia

Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan

Tingkatan Tiga

Adat Resam Dan Makanan Kaum-kaum TempatanNama ahli kumpulan: Lim Ming Yee, Lee Xia Meen, Steffie

Wong Li Pei, Samuel Goh Kean Hau, Tan Yee Qing, Low Wen Bin, Choo Jun Jie, Ho Chun Fai, Fong Ka Mun, Tan Yi Rong, Tan Shi Dong.

Kelas : 3A5Nama guru : Cik Toh Kim Yong

Page 2: Pendidkan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan Tiga

Kandungan

Page 3: Pendidkan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan Tiga

Adat Resam Dan Makanan Kaum-kaum Tempatan

Page 4: Pendidkan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan Tiga

Matlamat Projek

Untuk lebih memahami jenis-jenis makanan dan adat resam pelbagai kaum di Malaysia

Menggerakkan inisiatif remaja untuk bekerja secara berkumpulan dan bertanggungjawab antara satu sama lain

Meningkatkan tahap penghayatan warisan budaya dalam kalangan generasi muda.

Objektif Project

Mengumpulkan informasi tentang adat resam dan makanan masyarakat tempatan yang pelbagai kaum.

Memahami tentang adat resam dan makanan masyarakat tempatan supaya tidak pupus ditelan zaman

Mendedahkan generasi muda pada kekayaan warisan budaya masyarakat tempatan pelbagai kaum.

Page 5: Pendidkan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan Tiga

Senarai Ahli Mengikut Kumpulan

Kumpulan 1 : Steffie Wong, Tan Yee Qing, Low Wen BinKumpulan 2: Lim Ming YeeKumpulan 3: Lee Xia MeenKumpulan 4: Choo Jun Jie, Ho Chun FaiKumpulan 5: Fong Ka Mun, Tan Yi Rong, Tan Shi Dong, Samuel Goh

Pembahagian TugasTugasan KumpulanMengumpulkan Informasi Adat Resam Orang Melayu

Kumpulan 2

Mengumpulkan Informasi Adat Resam Orang Cina

Kumpulan 4

Mengumpulkan Informasi Adat Resam Orang India

Kumpulan 3

Mengumpulkan Informasi Adat Resam Kaum Lain-lain

Kumpulan 1

Mengumpulkan Informasi Makanan Tempatan dan mengambil and mengumpul gambar-gambar makanan

Kumpulan 5

Menggunting, menyusun dan menjilid bahagian Makanan

Tan Yi Rong

Menggunting, menyusun dan menjilid seluruh projek

Lee Xia Meen

Page 6: Pendidkan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan Tiga

Kaedah Pengumpulan

Jalankan temu bual dengan jiran-jiran dan rakan-rakan yang pelbagai kaum. Alat perakam suara digunakan semasa temu bual dijalankan. Keterangan yang dirakamkan ditaip dengan kemas.

Sesetengah bahan yang tidak dapat dipastikan dicari dari internet.

Pergi ke Mid Valley untuk makan dan mendapatkan pelbagai gambar makanan yang berbeza.

Pelaksanaan Projek

Mencari sumber rujukan. Penduduk yang lebih dewasa dirujuk kerana mereka lebih berpengalaman.

Memohon kerjasama dan kebenaran sumber rujukan untuk mengadakan sesi temu bual.

Menetapkan tarikh dan masa temu bual. Memastikan peralatan yang digunakan dalam temu bual

berfungsi dengan baik. Melaksanakan temu bual dan membuat rakaman Berkumpul di Mid Valley dan makan di pelbagai restoran

sambil mengambil gambar. Membuat semakan dan suntingan

Page 7: Pendidkan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan Tiga

Hasil Projek

Orang Melayu

Page 8: Pendidkan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan Tiga

Bangsa Melayu amat terkenal dengan sifat lemah lembut dan sopan santunnya. Kehidupan sehari-hari sangat dipengaruhi oleh persekitaran masyarakatnya. Dan kebiasaan ini telah menjadi amalan turun-temurun zaman-berzaman yang diwarisi dari nenek moyang mereka. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas, begitulah amalan-amalan tertentu ini tetap diamalkan walaupun arus kemodenan telah lama menyerapi kehidupan masyarakat Melayu di negara kita ini.

Setelah kedatangan Islam lebih 700 tahun yang lalu amalan-amalan tertentu di dalam kehidupan seharian ini telah disesuaikan dengan tuntutan dan saranan agama, mana-mana amalan yang bertentangan dengan ajaran agama Islam telah ditinggalkan serta tidak diamalkan lagi. Amalan ini juga dipanggil sebagai adat.

Pepatah melayu "Biar mati anak, jangan mati adat", merujuk kepada betapa pentingnya adat serta amalannya dalam masyarakat melayu. Terdapat banyak pepatah serta ungkapan yang merujuk kepada perlaksanaan sesuatu adat itu. Kebanyakkan adat adalah juga merupakan peraturan terhadap kehidupan sehari-harian, ia juga dipanggil ritual.

Berikut adalah beberapa rentetan adat resam Melayu yang pernah diamalkan dan ada yang masih diamalkan hingga ke hari ini:

MELENGGANG PERUT

Adat melenggang perut kebanyakannya lebih difahami masyarakat Melayu di selatan semenanjung manakala di sebelah utara semenanjung lebih dikenali dengan panggilan kirim perut. Adat ini ialah suatu adat yang dijalankan ke atas seorang isteri yang telah genap tujuh bulan hamil dan ia bertujuan untuk meletakkan kedudukan bayi di dalam perut di tempat yang sepatutnya, iaitu bahagian kepala di pintu rahim. Ini penting bagi memudahkan si ibu bersalin dan bayi tidak kelemasan di dalam perut. Maka pada masa itu, bidan akan dipanggil untuk memeriksa dan menentukan isteri yang hamil itu betul-betul telah genap tujuh bulan hamil atau belum cukup bulan lagi. Jika didapati sudah genap tujuh bulan isteri itu hamil, maka mulailah bidan itu diupah untuk melangsungkan adat melenggang perut ini. Kelengkapan yang mustahak perlu disiapkan untuk menjalankan adat ini. Antara kelengkapan tersebut disediakan adalah seperti berikut:

• Tujuh helai kain yang berlainan warna.

• Satu gantang beras.

• Sebiji buah kelapa.

• Beberapa urat benang.

• Satu batang damar.

Page 9: Pendidkan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan Tiga

• Sedikit minyak kelapa atau minyak urut.

• Beberapa batang lilin.

• Satu tepak sirih, yang lengkap dengan isinya.

• Pengeras wang sebanyak lima suku ($1.25) di dalam tepak itu.

Setelah semua barang tersebut disediakan, tok bidan akan menjalankan adat melenggang perut seperti berikut:

Mula-mula tok bidan membentangkan ketujuh-tujuh helai kain berwarna itu secara melintang sehelai demi sehelai. Ibu yang hamil itu akan dibaringkan di atas lapisan-lapisan kain tersebut. Kemudian, perut ibu itu akan diurut dengan minyak kelapa atau minyak urut secara perlahan-lahan.

Selepas itu, kelapa yang sudah dikupas tersebut akan diguling-gulingkan secara perlahan-lahan di atas perut ibu itu ke atas dan ke bawah sebanyak tujuh kali dan pada kali yang ketujuh itu, kelapa itu akan dilepas serta dibiarkan jatuh bergolek daripada perut ibu itu sambil diperhatikan oleh tok bidan itu. Tok bidan akan memerhatikan bagaimana kedudukan muka atau mata kelapa itu setelah berhenti bergolek. Jika mata kelapa itu menghala ke atas, ibu itu akan beroleh anak lelaki, dan jika ia menghala ke bawah, anak perempuan akan dilahirkan.

Setelah itu, sebelah tangan tok bidan akan memegang satu hujung kain lapisan atas sekali dan dengan tangannya yang sebelah lagi, dipegangnya hujung yang satu lagi. Kemudian kain itu diangkatnya sedikit sambil dilenggang-lenggangkan badan ibu itu. Dari sinilah terbitnya panggilan Lenggang Perut itu. Selepas itu, kain itu ditarik keluar daripada bawah badan ibu tersebut. Perbuatan ini akan dilakukan sehingga habis ketujuh-tujuh helai kain itu dikeluarkan dari bawah pinggang ibu tersebut. Kain yang di bawah sekali akan diberikan kepada tok bidan bersama-sama dengan kelapa, beras, damar, sirih pinang beserta dengan wang pengeras lima suku di dalam tepak sirih itu.

Biasanya, pada hari melenggang perut akan diadakan kenduri kecil-kecilan yang akan dihadiri oleh orang tua-tua dan kaum keluarga yang rapat. Pada masa kenduri itu berlangsung, si ibu yang akan melenggang perut itu akan dipakaikan dengan pakaian yang baru dan cantik.

MENYAMBUT KELAHIRAN

Anak adalah merupakan sesuatu yang amat bernilai bagi setiap pasangan yang telah mendirikan rumahtangga. Ini kerana di samping menceriakan suasana rumahtangga, anak merupakan zuriat penyambung keturunan bagi sesebuah keluarga.

Biasanya, seorang isteri akan mula menunjukkan tanda-tanda sedang mengandung apabila berasa loya dan sering muntah-muntah. Pada waktu begini, isteri biasanya lebih gemarkan

Page 10: Pendidkan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan Tiga

makanan yang masam untuk mengurangkan rasa mual seperti memakan mangga muda, mempelam mahupun asam atau jeruk. Bagi masyarakat Melayu, sebaik sahaja berita gembira tersebut diketahui, si isteri akan dijaga bagai menatang minyak yang penuh oleh suami dan ahli keluarganya yang lain, tambahan pula jika anak yang dikandung adalah anak sulung atau dipanggil bunting sulung. Pada waktu begini, si isteri biasanya akan mengalami perasaan pelik-pelik seperti mengidam. Mengidam ialah keadaan di mana seseorang terlalu berkeinginan untuk melakukan sesuatu atau makan sesuatu yang biasanya tidak pernah diminta sebelum ini. Permintaan isteri tersebut adalah perlu ditunaikan oleh suami walau apa jua rintangan dan halangan yang harus ditempuhi. Ini kerana dalam adat dan kepercayaan Melayu, sesuatu yang buruk akan menimpa ibu dan anaknya jika apa yang diidamkan tidak dapat dipenuhi.

Selain itu, kedua-dua suami isteri haruslah menjaga adab dan kelakuan mereka sepanjang tempoh isterinya mengandung. Ini adalah kerana dalam kepercayaan Melayu, wujud keadaan mengenan atau kecacatan kepada sifat fizikal bayi sekiranya salah seorang dari ibu bapanya melakukan penganiayaan terhadap haiwan atau sebagainya. Fenomena sumbing dikatakan salah satu contoh keadaan yang akan menimpa bayi sekiranya si suami pergi memancing ikan ketika isterinya sedang mengandung. Mulut bayi akan kelihatan seperti tertarik ke atas seolah-olah mulut ikan yang telah tersangkut pada pancing. Keadaan-keadaan lain yang turut dapat dijadikan contoh adalah seperti kulit yang bersisik seperti ular ataupun keadaan rupa paras yang seakan-akan rupa monyet.

Bukan itu sahaja, pasangan yang bakal menimang cahayamata juga dinasihatkan supaya sentiasa mengamalkan bacaan surah-surah yang terpilih dari Al-Quran, misalnya Surah Yusof dan Surah Muhammad. Surah Yusof diamalkan untuk memperolehi anak yang elok rupa parasnya dan Surah Muhammad diamalkan dengan harapan anak yang bakal lahir akan cerdik dan pandai serta mempunyai sifat terpuji.

Mengikut adat dan kepercayaan Melayu, barang-barang persiapan untuk menyambut kelahiran bayi seperti peralatan bayi, buaian, mandian dan pakaiannya tidak boleh disediakan selagi kandungan ibu belum mencukupi lima bulan. Ini kerana dikhuatiri sesuatu yang buruk akan menimpa bayi tersebut, seperti keguguran ataupun mengikut kepercayaan akan dicuri Orang Bunian.

Selain itu, perlakuan si ibu sepanjang tempoh mengandung akan turut mempengaruhi bayi apabila lahir kelak. Maka, orang tua-tua berpendapat bahawa ketika mengandung, si ibu perlulah sentiasa bermanis muka dan ringan tangan supaya anak yang bakal dilahirkan akan bersifat sedemikian setelah lahir.

Setelah genap sembilan bulan, kelahiran bayi akan disambut dalam suasana yang penuh kesyukuran dan kegembiraan oleh seisi keluarga. Selepas dibersihkan oleh bidan, sekiranya bayi tersebut lelaki, si bapa atau datuknya akan mengazankan di telinga kanannya, manakala bagi anak perempuan akan diiqamatkan di telinga kirinya. Ini adalah ritual yang pertama sekali dilakukan ketika menyambut kehadiran satu lagi insan di dalam dunia ini yang dilahirkan dalam adat Melayu. Kemudian, tali pusat akan dipotong bagi memisahkannya dari alam yang gelap di

Page 11: Pendidkan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan Tiga

perut ibu ke alam baru yang menantinya. Menurut sesetengah kepercayaan, bayi dikatakan menangis ketika dilahirkan kerana terkejut melihat keadaan alam yang penuh dosa. Ada pula yang mengatakan bayi tersebut ditakut-takutkan oleh hantu syaitan, dan tidak kurang juga ada yang mengatakan bayi tersebut menangis kerana takut dengan beban yang bakal dipikulnya dalam kehidupan kelak.

Setelah selesai dimandikan, si bapa akan berperanan menanam uri bayi seperti upacara pengkebumian jenazah. Ini kerana uri dianggap sebagai saudara kembar dan teman bayi sewaktu di dalam perut ibu. Ia perlu ditanam dengan sempurna supaya tidak datang mengganggu bayi. Di antara pantang larang menanam uri ialah uri tidak boleh ditanam di luar rumah kerana dipercayai anak tersebut apabila dewasa akan sukar dikawal perlakuannya. Ini juga bagi mengelakkan berlakunya penyalahgunaan oleh pihak tertentu yang ingin menjalankan upacara perbomohan atau pemujaan.

Kesemua adat dan upacara menerima kehadiran orang baru ini termasuk dalam salah satu jenis ritual iaitu dinamakan Rites of Initiation.

BERENDOI

Berendoi masih bergerak aktif hingga ke hari ini dan boleh ditonton kebanyakannya di negeri Perlis, Kedah, dan Perak. Di negeri Perak nyanyian berendoi ini menggunakan nama Dendang Siti Fatimah dan seni katanya berlainan dengan seni kata yang dibawa oleh kumpulan Berendoi di Perlis dan Kedah. Adat berendoi atau buai bayi ini dipersembahkan sebagai tanda keriangan atau kesyukuran menyambut kelahiran cahaya mata. Lagu-lagu Berendoi atau Dendang Siti Fatimah membawa seni kata yang memuji junjungan Nabi Muhammad s.a.w, menceritakan perihal susah payah ibu mengandung dan melahirkan anak dan juga nasihat-nasihat kepada kanak-kanak. Ada juga seni kata yang dicipta oleh kumpulan ini disesuaikan dengan keadaan semasa. Antara lagu yang dibawa dalam majlis berendoi ialah Tuhan Rabbul'alamin, Anak di dalam Buaian, Ayuhai Anak Cahaya Mata, Kebesaran Allah, dan Aduhai Anak Jangan Durhaka. Berikut ialah lagu Anak di dalam Buaian:

Ayuhai anak di dalam buaian, Pejamkan mata jangan tangiskan, Lagu Berendoi kami dendangkan, Di dalam majlis tanda kesyukuran.

Lamalah sudah kami menanti, Namun engkau tak kunjung tiba, Dengan takdir ilahi rabbi, Kini engkau sudah menjelma.

BERCUKUR JAMBUL

Page 12: Pendidkan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan Tiga

Selepas tujuh hari dari hari bersalin, lazimnya diadakan kenduri nasi kunyit, kerana itulah harinya adat mencukur kepala anak kecil itu dijalankan. Kelengkapan yang disediakan untuk adat mencukur ini adalah seperti berikut:

• Anak kecil atau bayi itu dipakaikan dengan pakaian yang cantik dan diletakkan dia di atas tilam kecil.

• Satu dulang berisi tiga biji mangkuk atau piring yang berisi air tepung tawar, beras kunyit dan bertih.

• Sebiji kelapa mumbang yang besar sedikit dipotong pada arah kepalanya dengan potongan berkelok-kelok siku-keluang dan dijadikan penutupnya daripada potongan itu. Air kelapa itu dibuang dan diisi ke dalamnya sedikit air sejuk, dan kelapa itu diletakkan di dalam sebiji batil semuat-muat kelapa itu sahaja. Biasanya, kelapa itu dihiasi dengan lilitan rantai emas atau perak dan dicucuk dengan tajuk-tajuk rekaan yang indah-indah rupanya.

Apabila kesemuanya sudah siap, maka bayi itu pun dibawa keluar dan dikelilingkan kepada tetamu-tetamu lelaki yang hadir dan setiap seorang daripada mereka dikehendaki menepuk sedikit tepung tawar, menebar sedikit beras kunyit dan bertih kepada bayi itu. Setelah perkara tersebut dilakukan, barulah tetamu-tetamu lelaki tadi menggunting sedikit sahaja rambut bayi itu dengan gunting yang telah disediakan. Lalu rambut yang digunting itu dimasukkan ke dalam kelapa yang telah diisi air. Bilangan orang yang menggunting rambut bayi itu hendaklah dalam bilangan yang ganjil, iaitu tiga, lima atau tujuh atau seumpamanya. Pada masa inilah anak itu diberi nama oleh si bapa. Nama yang diberi adalah nama yang indah dan memberi maksud yang baik. Setelah selesai adat bercukur dan memberi nama anak yang telah dilakukan oleh pihak lelaki, anak itu akan dibawa masuk ke dalam rumah itu dan hal seperti menggunting rambut anak itu dilakukan pula oleh pihak perempuan.

Setelah selesai kedua-dua pihak lelaki dan perempuan menjalankan perkara di atas, maka barulah kepala anak itu dicukur seluruhnya oleh tok bidan atau sesiapa yang mahir dengan kerja itu. Rambut anak yang telah dicukur itu dimasukkan semuanya ke dalam kelapa itu dan segala rantai dan tajuk-tajuk yang menghiasi kelapa itu dibuka dan dicabut. Kemudian kelapa itu biasanya akan ditanam di mana-mana di halaman rumah bersama-sama sepohon kelapa atau lain-lain seumpamanya sebagai peringatan masa anak itu dilahirkan pada masa hadapan kelak. Namun begitu, orang Melayu di bandar yang sudah moden sekarang tidak banyak lagi menjalankan adat ini, rata-rata orang Melayu kampung sahaja yang masih banyak dan gemar melakukan adat resam mencukur dan menamakan anak. Berkenaan dengan menamakan anak undang-undang kerajaan telah menetapkan bahawa anak yang baru dilahirkan perlulah diberi nama dalam tempoh 24 jam kerana dalam tempoh itu anak yang telah diberi nama itu dikehendaki didaftarkan di pejabat pendaftaran.

BERSUNAT

Page 13: Pendidkan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan Tiga

Bersunat atau khatan atau khitanan pada masa sekarang kurang dijalankan dengan mengadakan kenduri kendara secara besar-besaran seperti pada zaman dahulu. Walaubagaimanapun masih ada juga yang mengerjakannya dengan berkenduri kendara yang tidak kurang hebatnya. Apabila umur anak si ibu bapa Melayu telah masuk lebih kurang sepuluh atau dua belas tahun maka ibu bapa anak tersebut akan menetapkan hari untuk mereka mengadakan kenduri kendara menyunat anaknya itu. Lalu diberitahu atau dijemput dengan mulut atau dengan surat beberapa saudara-mara, sahabat-handai dan jiran-jiran sekampung. Sekiranya ingin mengadakan kenduri yang lebih besar maka dipanggillah ahli-ahli jemputan dengan lebih ramai lagi.

Bila sampai harinya, pada sebelah petang atau malamnya mulalah anak lelaki yang hendak disunat itu dimandikan, diandam dan dipakaikan dengan pakaian yang cantik seperti pakaian pengantin. Kemudian, anak lelaki yang ingin disunat itu dibawa duduk di atas kerusi dan ada juga yang membuat pelamin khas untuk budak itu duduk. Bahkan, ada juga yang suka mengarak budak itu seperti mengarak pengantin sebelum dia didudukkan di atas pelamin. Sesetengahnya pula jika budak yang hendak disunat itu telah khatam membaca Al-Quran maka disertakan pula adat menyunat itu dengan adat berkhatam Al-Quran, iaitu budak itu duduk bersila di atas tikar di belakang pelamin itu berhadapan dengan tetamu kehormat yang hadir dan membaca surah-surah penghabisan di dalam Al-Quran itu dengan suara yang kuat dan berlagu (jika dia telah dilatih mengaji dengan berlagu). Setelah selesai mengaji budak itu dipelawa duduk di atas pelamin dan bunga-bunga telur yang telah diperbuat khas dibahagikan kepada tetamu kehormat yang hadir seorang satu tangkai. Bagi guru yang mengajar budak itu, lazimnya si ibu bapa kepada anak yang ingin disunat itu akan menghadiahkan lengkap satu persalin pakaian. Pada akhir majlis itu budak itu disuruh mencium tangan dan bersalaman dengan tetamu-tetamu kehormat tersebut. Kemudiannya, jamuan pun diedarkan kepada sekalian yang hadir. Sesudah itu, majlis petang atau malam itu pun tamat. Pada pagi keesokan harinya, sebelum tok mudim (gelaran tukang sunat) tiba, beberapa benda untuk kegunaan tok mudim menyunat perlu disediakan seperti di bawah ini :-

• kain putih, panjang lima hasta.

• seekor ayam jantan.

• sebiji buyong air.

• sebatang pokok pisang.

• sirih pinang selengkapnya di dalam piring atau tepak.

• duit sebanyak RM3 atau lebih, bergantung seberapa banyak ibu bapa budak itu hendak sedekah kapada tok mudim itu.

Pada pagi itu, budak yang ingin disunat akan disuruh mandi sepuas-puasnya dan setelah itu air di dalam buyong yang telah dijampi oleh tok mudim akan dicedok dan disiram ke atas budak itu

Page 14: Pendidkan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan Tiga

sambil budak itu berdiri di atas tangga. Kemudian budak itu disuruh duduk berkangkang di atas batang pisang, dan tok mudim itu pun dengan pantas menyunatkannya. Sehabis sahaja dicantasnya maka dengan cepat tok mudim itu mengambil ayam jantan dan diacukannya kepala ayam jantan itu kepada kemaluan budak itu. Jika tengkok ayam itu kelihatan kembang ketika diacu-acukan, menandakan kononnya budak itu garang dan akan berbini banyak.

Kain putih, ayam jantan, tepak dengan isinya, buyong dan duit sedekah itu semuanya terpulang kepada tok mudim itu untuk mengambilnya. Tok Mudim itu akan datang melihat keadaan budak yang disunatnya itu selama tiga hari berturut-turut, setelah itu selesailah kerjanya.

Namun begitu, kebanyakan masyarakat Melayu sekarang lebih gemar menghantar anak lelaki mereka bersunat di hospital atau di klinik yang diyakini jauh lebih mudah, cepat sembuh dan selamat oleh doktor yang berkemahiran.

BERTINDIK

Adat resam bertindik dahulunya dilakukan dengan mengadakan kenduri kendara di mana tukang tindik cuma perlu menebuk kedua-dua cuping telinga anak perempuan yang berumur antara lima hingga sepuluh tahun dengan menggunakan sejenis daun. Adat bertindik ini sebenarnya dilakukan untuk meraikan anak perempuan yang dianggap akan meningkat remaja bagi mendidik mereka agar pandai berhias apabila meningkat dewasa kelak. Bagi keluarga Melayu zaman kini, ia merupakan suatu simbolik titik permulaan pemberian sesuatu yang berharga daripada ibu bapa kepada anak perempuan mereka yang berupa barang kemas.

Selain itu, adat bertindik juga dilakukan sempena mengingati peristiwa di zaman Rasulullah di mana seorang wanita telah cedera di telinganya semasa terlibat dalam peperangan. Untuk menutup kecederaan di telinganya, beliau telah meletakkan sesuatu di lubang tersebut sebagai perhiasan. Inilah yang dikatakan asal-usul adat bertindik di kalangan masyarakat Melayu. Akan tetapi, pada zaman sekarang ini, kerja tersebut tidak banyak lagi dilakukan walaupun oleh orang-orang melayu kampung. Pada masa sekarang, bertindik ini dilakukan sendiri dengan apa sahaja cara yang mudah, asalkan cuping telinga anak masing-masing dapat ditebuk dengan selamat. Tambahan pula di bandar-bandar dan pekan-pekan besar sekarang, pelbagai jenis subang dan anting-anting moden yang cantik-cantik boleh dibeli dengan murah. Malah ada juga anting-anting yang boleh dibeli dan dipakai di cuping telinga dengan hanya pakai ketap sahaja. Walaubagaimanapun, dalam zaman moden kini, perkara bertindik telinga tidak lagi menjadi suatu perkara yang perlu bagi setiap kanak-kanak perempuan.

BERKHATAM AL-QURAN

Dalam masyarakat Melayu, ilmu pengajian Al-Quran adalah amat ditekankan dalam kehidupan seharian. Anak-anak telah dididik dan diasuh untuk membaca Al-Quran semenjak kecil lagi. Bertitik tolak dari itu, maka muncullah pantun yang sehingga kini masih diamalkan oleh para ibu untuk mendodoikan anak mereka yang masih di dalam buaian.

Page 15: Pendidkan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan Tiga

Buai tinggi-tinggi, Sampai cucur atap, Belum tumbuh gigi, Sudah pandai baca kitab.

Bagi masyarakat Melayu zaman dahulu, mereka menghantar anak mereka untuk mempelajari Al-Quran di pondok-pondok agama atau di madrasah. Di sana , terdapat seorang guru agama yang akan mengajar anak-anak mereka membaca Al-Quran sehingga tamat. Bagi zaman kini, konsep yang sama masih digunakan, yang berbeza cuma cara ia dijalankan. Ada sesetengah ibu bapa yang mengajar sendiri anak mereka, dan ada juga yang menjemput ustaz atau guru agama datang ke rumah untuk mengajar anak mereka. Tidak kira bagaimanapun caranya, yang pasti, setelah tamat menghabiskan pengajian membaca Al-Quran atau dalam bahasa Arab dipanggil Khatam Al-Quran, satu kenduri kesyukuran akan dijalankan oleh ibu bapa dan kenduri ini akan dihadiri oleh semua ahli keluarga dan penduduk setempat.

Dalam kenduri tersebut, seorang guru akan dipanggil untuk menyemak bacaan anak-anak yang bakal khatam Al-Quran. Ayat-ayat Al-Quran dari surah-surah yang terakhir dalam Al-Quran bermula dari surah Ad-Dhuha sehingga surah An-Nas akan diperdengarkan kepada tetamu dan setelah tamat tuan guru tersebut akan membacakan doa khatam Al-Quran, menandakan kanak-kanak tersebut sudah diiktiraf tamat membaca Al-Quran. Namun begitu, ini tidak bererti mereka tidak perlu lagi membaca Al-Quran dalam kehidupan sehari-hari. Upacara ini sebenarnya menandakan bahawa kanak-kanak tersebut sudah tidak lagi memerlukan seorang guru untuk menyemak bacaan mereka setiap kali mereka membaca Al-Quran. Bermula dari hari tersebut, mereka hanya perlu membaca Al-Quran sendiri kerana mereka telah dianggap fasih dan mahir dalam membaca Al-Quran. Selepas tamat bacaan doa, para tetamu akan dijamu dengan makanan yang istimewa, bersesuaian dengan konsepnya iaitu mengadakan kenduri kesyukuran supaya rahmatnya dapat dirasai bersama di kalangan semua anggota masyarakat.

MENILIK ATAU MERISIK

Menilik atau merisik pada hakikatnya adalah adat yang memang baik dan berguna jika ia dijalankan bersesuaian dengan tujuannya, iaitu untuk memilih dan mengetahui latar belakang bakal menantu perempuan dalam sesebuah keluarga Melayu. Ini adalah untuk memastikan para ibu bapa tidak tersilap pilih dan dapat mencari yang terbaik untuk anak lelaki mereka.

Apabila ibu bapa seorang lelaki telah menetapkan fikiran mereka yang anak mereka itu sudah sampai masanya untuk berumahtangga dan patut dikahwinkan, mereka akan mencari dan memerhatikan beberapa orang daripada anak-anak dara yang mereka kenali, dan kemudian mereka memilih salah seorang di antara mereka yang dirasakan sesuai dan padan untuk dijadikan menantu. Mereka akan mula menyelidik tentang latar belakang anak dara tersebut melalui saudara-mara dan sahabat handai. Latar belakang bukan hanya bermaksud melibatkan hal keluarga anak dara tersebut, tetapi juga tingkah laku keperibadian dan kesucian anak dara itu. Ini kerana, faktor dara atau kesucian seseorang gadis amat dititikberatkan oleh masyarakat Melayu. Istilah sudah ditebuk tupai bukan sahaja akan memalukan seluruh keluarga lelaki,

Page 16: Pendidkan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan Tiga

malah di kalangan masyarakat Melayu, pihak lelaki dianggap dayus sekiranya mereka mengahwini anak dara yang sudah tidak mempunyai dara lagi. Sekiranya pihak perempuan merahsiakan hal ini dari pengetahuan pihak lelaki, pihak lelaki berhak menceraikan isterinya jika dia menyedari yang dia telah ditipu setelah melalui malam pertama. Ini kerana, sudah menjadi adat masyarakat Melayu menetapkan nilai mas kahwin dan hantaran yang berbeza bagi seorang anak dara dan seorang janda. Nilai bagi seorang janda adalah separuh daripada nilai seorang anak dara.

Selain itu, pilihan yang tepat adalah difikirkan perlu bukan sahaja terhadap diri anak dara terbabit, tetapi juga ibu bapanya. Ini adalah kerana orang-orang Melayu dahulu berpegang kuat kepada perbidalan Melayu "Kalau hendak meminang anak, 'pinang' ibu bapanya dahulu”.Anak dara yang biasanya menjadi rebutan dan pilihan utama adalah anak dara yang sudah khatam Al-Quran, fasih dalam bacaan dan mahir membaca Al-Quran dalam lagunya serta mempunyai sedikit sebanyak tentang pengetahuan dan hukum-hukum dalam agama Islam. Begitu juga mereka akan dinilai dari segi rupa paras yang elok dan beberapa kemahiran asas yang lain seperti menjahit, menekat dan memasak.

Dalam adat menilik atau merisik, selepas anak dara yang sesuai dipilih, biasanya wakil dari pihak lelaki akan datang ke rumah anak dara tersebut. Biasanya rombongan ini akan hanya disertai oleh ahli keluarga perempuan bagi pihak lelaki. Kedatangan ini bertujuan untuk berkenal-kenalan dengan keluarga pihak perempuan di samping melihat sendiri wajah dan tubuh badan anak dara tersebut. Kedatangan ini juga bertujuan untuk memastikan sama ada anak dara tersebut sudah dimiliki orang ataupun belum. Ada sesetengah rombongan yang hanya datang untuk melihat anak dara tersebut dan bersuai kenal dengan ahli keluarganya tanpa mengikat sebarang perjanjian atau memberi kata putus, namun ada juga yang terus mengikat janji persetujuan untuk menetapkan tarikh peminangan. Ini semua bergantung kepada pihak keluarga lelaki terbabit.

Ada rombongan yang datang tanpa diberitahu dan ada juga yang datang setelah dimaklumkan terlebih dahulu kepada pihak perempuan. Pada fahaman dan kepercayaan orang tua-tua, apabila kedatangan menilik atau merisik itu dilakukan dengan tiba-tiba sahaja dan secara kebetulan pada waktu itu didapati anak dara tersebut sedang mandi atau mencuci pakaian, maka ia membawa suatu petanda yang baik, iaitu menunjukkan jodoh pertemuan yang sejuk. Ini kononnya membawa maksud bahawa jika kedua-duanya jadi diikat sebagai suami isteri, kehidupan mereka akan menjadi senang-lenang dan keadaan rumahtangga mereka akan sentiasa aman muafakat. Akan tetapi, sekiranya sewaktu rombongan datang, anak dara tersebut sedang memasak, maka ia membawa alamat kurang baik kerana dengan yang demikian, kononnya, membawa petanda panas, iaitu tidak begitu baik. Begitu juga dipercayai oleh orang tua-tua Melayu dahulu bahawa jika sewaktu di dalam perjalanan rombongan hendak pergi merisik anak dara berlaku sesuatu bencana seperti terdapat kayu di tengah-tengah jalan, iaitu sesuatu yang dianggap menggendalakan, maka ia juga dikatakan membawa petanda yang kurang baik terhadap jodoh tersebut. Namun begitu, bagi masyarakat Melayu moden kini, kepercayaan-kepercayaan sedemikian tidak lagi diamalkan dan dititikberatkan.

Page 17: Pendidkan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan Tiga

Malah, tidak mustahil dikatakan sebilangan besar masyarakat Melayu kini kurang memahami alamat-alamat dan petanda yang datang kepada mereka.

Setelah selesai adat menilik, rombongan tersebut akan pulang. Satu rundingan akan diadakan di antara ahli keluarga pihak lelaki yang melibatkan adik-beradik dan waris terdekat untuk mencari kata putus tentang hal tersebut. Mereka kemudiannya akan berbincang untuk menetapkan tarikh yang sesuai untuk menjalankan adat meminang dan pertunangan.

MEMINANG DAN BERTUNANG

Setelah kata persetujuan dicapai oleh keluarga di pihak lelaki, wakil dari pihak lelaki yang biasanya dipilih dari kalangan orang tua-tua akan diutuskan oleh ibu bapa lelaki tersebut untuk mewakili mereka meminang anak dara yang telah dipilih. Biasanya, ibu bapa kepada anak dara tersebut tidak akan memberi jawapan yang muktamad kepada pihak yang datang meminang kerana mengikut adat, mereka sepatutnya diberi tempoh untuk memberi jawapan atau dipanggil bertangguh. Ini kononnya kerana hendak berpakat dengan ahli-ahli keluarga dan waris yang rapat, walaupun sebenarnya mereka memang sudah bersedia untuk menerima pinangan itu. Sebenarnya, adat bertangguh ini mencerminkan budaya Melayu yang amat berhati-hati dalam menentukan jodoh dan menunjukkan kesopanan dalam setiap tingkahlaku. Sudah menjadi rutin dalam kehidupan seharian masyarakat Melayu untuk tidak tergopoh-gapah dalam mengendalikan apa sahaja dan adalah menjadi pegangan bahawa setiap hal yang dilaksanakan perlu dijalankan dengan rapi dan tersusun mengikut adat yang ditetapkan.

Setelah tamat tempoh yang diberikan, biasanya 2 hari, namun ada juga yang sampai seminggu, pihak perempuan akan menghantar rombongan yang dihadiri oleh orang tua-tua yang mewakili pihak mereka untuk memberikan jawapan. Sekiranya pinangan diterima, pada pertemuan itu mereka akan berbincang tentang segala syarat berkenaan mas kahwin dan hantaran perbelanjaan majlis perkahwinan. Tarikh yang sesuai juga akan dipilih untuk melangsungkan perkahwinan. Sekiranya perkahwinan itu agak lambat dijalankan, pihak lelaki biasanya akan Menghantar Tanda terlebih dahulu kepada pihak perempuan.

Konsep Menghantar Tanda adalah diertikan sebagai “putus cakap”. Ini bermaksud pinangan dari pihak lelaki sudah pun diterima oleh pihak perempuan. Oleh yang demikian, maka penghantaran tanda daripada lelaki kepada anak dara yang bakal dikahwininya akan dilakukan melalui upacara bertunang. Upacara ini membawa pengertian bahawa anak dara tersebut sudah pun dimiliki dan kini dipanggil tunangan orang. Tanda yang dihantar oleh lelaki tersebut mengikut adat lazimnya adalah sebentuk cincin sahaja, iaitu cincin berbatu intan atau berlian, besarnya mengikut citarasa dan kemampuan ibu bapa lelaki tersebut. Namun begitu, bagi masyarakat Melayu, selain cincin, beberapa barangan lain turut diberikan seperti sepasang kain dan selendang, selipar atau sepatu, kuih-muih, manisan, dan yang paling utama dan dianggap sakral, sirih junjung. Semua hantaran akan dihias dengan cantik dan menarik serta akan dibalas oleh pihak perempuan sebagai tanda setuju menerima pinangan. Jumlah hantaran yang dihantar oleh pihak lelaki akan dibuat dalam angka ganjil dan dibalas lebih oleh pihak perempuan, selalunya sebanyak dua dulang. Contohnya, jika pihak lelaki memberikan 7

Page 18: Pendidkan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan Tiga

hantaran dulang, biasanya pihak perempuan akan membalas 9 dulang. Hantaran dari pihak perempuan biasanya berupa sirih junjung, sepersalinan baju melayu, capal dan kuih-muih.

Sekiranya dalam tempoh menunggu diijabkabulkan, ikatan pertunangan diputuskan oleh pihak lelaki, maka cincin dan segala barang hantaran tidak boleh diminta semula dari pihak perempuan. Berbeza pula halnya jika ikatan pertunangan diputuskan oleh pihak perempuan. Jika ia diputuskan tanpa sebarang sebab yang dapat diterima umum, maka pihak perempuan hendaklah mengembalikan semula segala hantaran yang telah diberikan oleh pihak lelaki itu dalam nilai sekali ganda banyaknya atau harganya.

Selain dari adat pertunangan yang disebutkan di atas, terdapat 2 lagi cara pertunangan yang juga wujud dalam adat resam Melayu, iaitu :

• Pertunangan yang dilakukan oleh ibu bapa kedua-dua pihak sewaktu anak mereka masih kecil lagi, dan ini tidak memerlukan penghantaran tanda. Hal ini berlaku mungkin kerana ikatan persahabatan yang erat dan mesra di antara ibu bapa kedua belah pihak dan ikatan itu diharapkan dapat merapatkan lagi ikatan silaturrahim antara mereka. Pertunangan yang demikian biasanya dihormati dan dilangsungkan sehingga kedua-dua anak itu berkahwin.

• Pertunangan mengikut wasiat salah seorang daripada ibu bapa yang telah meninggal dunia di antara dua buah keluarga. Ini juga tidak memerlukan penghantaran tanda dan biasanya diakhiri dengan ikatan perkahwinan.

MAJLIS PERKAHWINAN PERKAHWINAN

Di antara kesemua adat resam orang Melayu, upacara atau aturan yang berhubung dengan perkara nikah kahwin adalah sesuatu yang amat diambil berat dan dianggap penting. Ia akan dijalankan secara besar-besaran dan melibatkan kesemua anggota masyarakat setempat yang dikenali sebagai penduduk sekampung serta seluruh sanak saudara. Oleh hal yang demikian, adat ini dikategorikan sebagai adat yang paling rumit dilaksanakan kerana memerlukan modal yang banyak untuk menjalankan kenduri kendara, majlis persandingan dan lain-lain upacara di samping memerlukan tenaga kerja yang ramai dan memakan masa yang panjang. Dalam adat nikah kahwin ini, bagi masyarakat Melayu, terdapat 3 fasa yang perlu dilalui sebelum sesebuah rumahtangga didirikan dan ia merupakan suatu adat yang perlu dipatuhi bagi melengkapkan sesuatu perkahwinan.

MENGHANTAR BELANJA DAN AKAD NIKAH

Mengikut adat resam, menghantar belanja biasanya dijalankan terlebih dahulu dan berasingan dengan upacara akad nikah, tetapi pada zaman sekarang, menghantar belanja selalu dijalankan bersama dengan akad nikah dengan tujuan menjimatkan masa dan perbelanjaan. Di antara barang-barang yang termasuk dalam kategori wajib bagi melengkapkan sesuatu hantaran adalah seperti berikut, dan hantaran tersebut akan turut sama diarak dengan mempelai sebelum bersanding.

Page 19: Pendidkan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan Tiga

• Wang mas kahwin dan belanja (ada yang menyerahkan wang mas kahwin tersebut terus ke tangan isteri selepas selesai upacara akad nikah) yang diletakkan di dalam dulang atau batil bertudung diperbuat daripada perak atau tembaga putih.

• Sebentuk cincin permata berbatu intan atau ber1ian yang diletakkan di dalam cembul atau kotak perak.

• 2 pasang kain dan sehelai baju dari jenis yang cukup baik dan berkualiti, dilipat di dalam talam perak atau tembaga putih bertudung.

• Beberapa jenis kuih juadah, yang setiap satunya diletak di dalam sebuah pinggan besar bertudung dan dihias beralaskan talam.

• Beberapa jenis buah-buahan yang segar disusun di dalam bekas atau talam ditudung.

• Tepak sirih atau puan perak atau tembaga putih yang diisi lengkap.

• Satu atau dua perecik atau perenjis air mawar dan dua kaki dian atan lilin.

Semua barang tersebut akan dibawa setiap satunya oleh seorang pemuda dan diarak daripada rumah mempelai itu ke rumah pengantin perempuan bersama-sama dengan mempelai yang sudah siap berpakaian lengkap Melayu asli atau pakaian haji iaitu berserban dan berjubah bagi memulakan upacara Majlis Akad Nikah. Mempelai dan rombongannya akan disambut oleh pihak pengantin perempuan dan mereka akan terus dibawa naik ke rumah. Semua barang hantaran akan diatur, biasanya di hadapan pelamin. Pelamin ialah suatu ruang yang telah disiapkan biasanya seminggu sebelum majlis perkahwinan berlangsung dan ia merupakan tempat di mana kedua-dua pengantin akan bersanding di hadapan semua tetamu.

Sebelum akad nikah dijalankan, wang belanja, sama ada dengan mas kahwinnya sekali atau tidak dan barang-barang hantaran, seperti cincin akan dihitung dan diperiksa oleh tuan kadi bersama dua orang yang dilantik sebagai saksinya bagi mewakili pihak perempuan. Sekiranya ia bukan majlis akad, bererti tuan kadi tidak hadir sama di majlis tersebut, wang dan barang-barang yang dihantar akan diterima oleh seorang wakil dari pihak perempuan beserta dua orang saksi yang dipilih dari kalangan tetamu yang hadir di majlis tersebut.

Setelah selesai adat penerimaan kesemua wang dan barang-barang tersebut, tepak sirih, talam bunga rampai dan perenjis air mawar akan ditinggalkan di ruang tamu, manakala barang-barang hantaran yang lain akan dibawa masuk ke dalam bilik pengantin. Mempelai kemudiannya akan diminta duduk di atas sebidang tikar sila khas yang dihias indah untuk upacara akad. Tuan kadi akan memulakan majlis dengan mendaftarkan nama mempelai itu terlebih dahulu, diikuti dengan menyatakan dan menyemak segala syarat-syarat yang dikehendaki dan akhir sekali membaca khutbah nikah dalam bahasa Arab. Setelah selesai khutbah nikah itu dibacakan, maka tuan kadi akan memanggil dua orang yang telah dipilih sebagai saksi di dalam buku daftar nikah untuk duduk berhampiran dengan mempelai. Tujuan

Page 20: Pendidkan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan Tiga

saksi dipanggil adalah untk mendengar dan menyaksikan pengakuan lafaz nikah daripada tuan kadi kepada mempelai. Lafaz tersebut perlulah dibalas dalam satu nafas serentak dengan penyudah sebutan lafaz nikahnya apabila tangan mempelai itu digoncang oleh tuan kadi.

Tuan kadi akan memegang tangan kanan mempelai itu dengan tangan kanannya, atau lebih mudah lagi dikatakan berjabat tangan kanan, lalu dimulakan akad dengan melafazkan kata seperti berikut: "Hai polan bin polan, aku nikahkan dikau dengan polan binti polan, yang telah memperwakili ia akan daku dengan mas kahwin sebanyak $.... (tunai atau hutang) dan belanjanya sebanyak $....”. Sebaik sahaja perkatan yang akhir itu habis dilafazkan, tuan kadi akan menggoncang tangan mempelai tersebut dan dengan serta-merta pada saat tersebut mempelai dikehendaki menjawab dalam satu nafas dengan terang, jelas dan betul serta boleh didengar oleh tuan kadi dan kedua-dua saksi. Jawapan lafaznya adalah seperti berikut : "Aku terima nikahnya polan binti polan dengan mas kahwin sebanyak $.....(tunai/hutang)”. Sekiranya mempelai tersebut menjawab dengan lambat, teragak-agak atau tidak terang, maka tuan kadi akan mengulangi sekali atau beberapa kali lagi lafaz akad tersebut sehingga dia dan kedua-dua saksinya berpuas hati dengan jawapan mempelai itu.

Setelah selesai, doa akan dibacakan oleh tuan kadi. Mempelai kemudiannya akan bangun bersalam-salaman bermula dengan tuan kadi, kemudian bapa rnertuanya, dan akhir sekali dengan tetamu yang hadir sebelum diarak pulang ke rumahnya. Bunga rampai dan sirih pinang yang dibawa oleh mempelai akan dibahagikan kepada tetamu yang hadir selepas jamuan diadakan manakala bekas-bekas kuih dan juadah serta buah-buahan yang diterima dari pihak lelaki akan dibalas oleh pihak perempuan dengan balasan yang berpatutan dan akan dibawa pulang oleh pihak lelaki ke rumah mempelai. Setelah mempelai berarak pulang, jamuan akan diadakan di rumah pengantin perempuan. Biasanya di majlis akad nikah, kenduri secara besar-besaran tidak diadakan. Pihak pengantin perempuan hanya mengadakan jamuan kuih-muih atau nasi tetapi jenis dan bilangan lauk-pauknya tidaklah sebanyak lauk-pauk sewaktu kenduri bersanding. Ini kerana biasanya majlis akad tidak dihadiri oleh ramai tetamu luar, melainkan saudara-mara dan ahli keluarga.

BERANDAM DAN BERASAH GIGI

Biasanya bagi masyarakat Melayu zaman dahulu, adalah menjadi adat untuk mengandamkan anak dara yang bakal dikahwinkan lebih kurang tiga hari sebelum majlis perkahwinan dilangsungkan. Anak dara tersebut akan diandam oleh tukang andam yang memang kerjanya mengambil upah menjadi emak pengantin dan beliaulah yang akan menguruskan semua kerja-kerja menyiapkan dan mengandam pengantin. Pengertian berandam itu ialah perempuan yang hendak dikahwinkan perlu dicukur dan diperelokkan bentuk bulu keningnya dan dicukur andam anak rambut di sepanjang dahinya. Kemudian, gigi anak dara itu akan diasah dengan sejenis batu pengasah gigi supaya saiz dan kedudukan gigi dapat disama ratakan. Semua ini dilakukan oleh orang tua-tua zaman dahulu dengan tujuan yang baik, iaitu untuk menambah kecantikan dan seri kepada anak dara tersebut.

Page 21: Pendidkan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan Tiga

Setelah selesai diandam dan diasah gigi, anak dara tersebut akan dimandikan serta disapukan bedak. Beliau akan dimandikan dengan air daun buah limau purut dan mak andam akan menjalankan upacara sintok langir yang mengikut kepercayaan, upacara tersebut akan membuang rasa takut, sial, malang dan malapetaka yang bakal mengganggu anak dara tersebut.

Apabila telah siap dimandikan, maka hujung kesepuluh-sepuluh jari tangan, di tengah-tengah kedua belah tapak tangan dan di sekeliling kedua belah kaki anak dara itu akan diinaikan. Upacara menepek inai ini dilakukan terlebih dahulu sebelum adat berinai di pelamin dijalankan.

BERINAI DI PELAMIN

Sungguhpun adat berinai di pelamin ini tidak lagi dijalankan oleh masyarakat sekarang, akan tetapi masih juga terdapat keluarga yang tetap mengamalkannya. Ini kerana adat menginai ini memerlukan perbelanjaan yang lebih besar dan agak rumit, maka hal ini menyebabkan upacara ini semakin dilupakan. Adat berinai di pelamin ini dilakukan dalam 3 peringkat. Pada kali pertama ia dinamakan berinai curi, pada kali kedua dinamakan berinai kecil dan pada kali ketiga dinamakan berinai besar.

Dalam kebanyakan negeri, biasanya adat berinai di pelamin ini dijalankan pada malam hari. Berbeza dengan negeri Johor, upacara ini dijalankan di sebelah petang.

Upacara berinai akan dijalankan sebelum upacara akad nikah dan bersanding. Dalam majlis tersebut, anak dara itu akan dipakaikan dengan pakaian yang indah-indah, iaitu pakaian pengantin, lalu dibawa duduk di atas pelamin yang terletak di ruang tamu. Anak dara itu akan duduk di hadapan sekumpulan kaum keluarga dan sahabat handai yang biasanya terdiri daripada kaum perempuan. Bagi upacara berinai curi dan berinai kecil, hanya pengantin perempuan sahaja yang akan duduk di atas pelamin dan diinaikan. Pengantin lelaki akan datang ke rumah pengantin perempuan untuk diinaikan pada upacara berinai besar. Dalam upacara tersebut, pengantin perempuan akan diinai terlebih dahulu di atas pelamin. Setelah selesai, pengantin perempuan akan dibawa masuk ke dalam bilik dan pengantin lelaki pula akan diinaikan di atas pelamin. Ringkasan cara menginai di atas pelamin itu adalah seperti berikut :

Di atas pelamin, di hadapan pengantin itu akan diletakkan sebuah pahar berkaki tinggi yang disusun dengan beberapa bekas dan piring, satu berisi beras kunyit, satu berisi bertih dan satu lagi berisi air tepung tawar yang lengkap dengan perenjisnya. Di tengah-tengah pahar itu diletakkan sebiji astakona kecil berisi inai yang sudah siap digiling halus. Pengantin akan diinaikan secara bergilir-gilir oleh ahli keluarga dan upacara akan dimulakan dengan ahli keluarga lelaki yang berpangkat tua-tua seperti datuk, bapa dan bapa saudara.

Mula-mula, sejemput beras kunyit akan diambil dari bekas yang di atas pahar tersebut dan dihamburkan ke kiri dan kanan pengantin. Kemudian, diikuti dengan sedikit bertih dan akhir sekali perenjis tepung tawar akan dicicahkan sedikit ke dalam bekas berisi air tepung tawar lalu ditepukkan sedikit ke atas belakang tangan pengantin yang berada di atas ribaan pengantin itu.

Page 22: Pendidkan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan Tiga

Akhir sekali, inai akan dicubit sedikit dari astakona inai dan dicalitkan di tapak tangan yang sudah beralas dengan daun sirih. Setelah selesai, emak pengantin akan menyusunkan jari kedua-dua tangan pengantin itu dan diangkatkan ke muka pengantin seperti orang menyembah. Dalam adat ini, bilangan orang lelaki yang hendak menginaikan pengantin mestilah ganjil, iatu tiga, lima atau tujuh orang. Setelah tamat diinaikan oleh orang lelaki, mereka akan keluar daripada majlis itu dan upacara diteruskan oleh orang perempuan dengan cara yang sama juga. Cara yang sama akan dilakukan dalam setiap majlis berinai tidak kira ianya majlis berinai curi, berinai kecil atau berinai besar. Apa yang berbeza hanyalah pengantin lelaki akan turut diinai dalam adat berinai besar.

BERSANDING

Sebelum majlis persandingan dijalankan, pelamin akan disiapkan terlebih dahulu. Pelamin adalah berbentuk seperti suatu singgahsana yang dilengkapi dengan bangku atau kaus atau dua buah kerusi yang dipanggil peterakna sebagai tempat duduk kedua-dua pengantin tersebut semasa bersanding. Pelamin diperbuat daripada kayu dan kertas tebal yang dibalut dan dihiasi dengan kertas-kertas bunga dan kain-kain sutera yang berwarna-warni. Biasanya bagi masa dahulu, terdapat pelbagai pelita kecil yang bermacam warna diletakkan di sekeliling bagi menambah keindahannya. Besar atau kecil, mahal atau murah, dan elok atau buruknya pelamin itu adalah bergantung kepada kemampuan tuan rumah dan kepandaian tukang pelamin tersebut. Ketinggian pelamin biasanya adalah dua atau tiga tingkat, dan setiap satu tingkat hanyalah lebih kurang satu kaki sahaja tingginya. Peterakna atau kaus tempat duduk pengantin semasa bersanding akan dibalut dengan kain sutera atau baldu berwarna-warni dan bertekat sulam yang indah. Peterakna itu diletakkan di tingkat yang atas sekali dan di hadapannya diletakkan satu pahar yang dipanggil oleh orang Melayu dengan nama astakona. Ia berisi nasi kunyit yang dihiasi dengan bunga-bunga telur bercelup merah dan di kemuncak gubahan nasi kunyit itu dicacakkan sejambak karangan bunga yang diperbuat daripada kertas perada dan manik jemeki yang berwarna-warni dan berkilauan.

Apabila sampai masa untuk kedua-dua pengantin itu disandingkan, maka perkara yang mula-mula sekali dilakukan ialah memakaikan pengantin perempuan, dan apabila pemakaian pengantin perempuan dimulakan, pihak mempelai akan diberi khabaran awal bagi memudahkan mereka bersiap untuk berangkat datang. Apabila pengantin perempuan sudah hampir siap atau sudah siap berpakaian, khabaran akhir akan dihantar kepada pihak mempelai dengan tujuan supaya mempelai itu boleh berangkat datang tepat pada masanya.

Setelah lengkap pengantin perempuan itu dipakaikan dengan pakaian Melayu asli yang serba indah, maka beliau pun dipimpin oleh emak pengantin bersama-sama dengan seorang budak perempuan sebagai pengapit yang turut dihias indah berjalan perlahan-lahan naik ke pelamin dan didudukkan di atas peterakna pelamin di sebelah kiri. Pengapit akan berdiri di kiri pengantin dengan satu kipas bertekat di tangannya dan berperanan mengipas pengantin itu secara periahan-lahan. Jika mengikut adat, pengantin perempuan itu hendaklah sentiasa duduk sepanjang berada di atas pelamin dengan kedua-dua matanya memandang ke bawah dan menundukkan kepala sedikit sebagai tanda malu dan sopan yang memang sinonim dengan

Page 23: Pendidkan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan Tiga

wanita Melayu. Biasanya, rombongan mempelai akan mula berarak keluar dari rumah menuju ke rumah pengantin perempuan betul-betul selepas pengantin perempuan dibawa duduk di atas pelamin. Namun begitu, sekiranya rumah mempelai terletak agak jauh maka mempelai itu akan dibawa keluar berarak sebelum pengantin perempuan itu diletakkan di atas pelamin supaya tidak menyakiti pengantin perempuan itu kerana terlalu lama duduk menunggu. Perkataan menyakiti dalam konteks ayat ini bermaksud pengantin perempuan akan berasa kurang selesa sepanjang persandingannya kerana pakaian yang dipakaikan kepadanya adalah pakaian khas pengantin yang terlalu sarat dengan perhiasan yang berat-berat dan kainnya diperbuat daripada jenis yang tebal, terutamanya perhiasan di kepala.

Pengantin lelaki yang juga sudah siap berpakaian selengkap pakaian cara Melayu asli iaitu bertengkolok, berbengkong dan berkeris, akan mula dibawa berarak dengan berjalan kaki. Pada zaman dahulu, di kampung-kampung terutamanya, bagi pengantin lelaki dari keluarga yang berpangkat atau yang berkemampuan, beliau akan diarak dengan didudukkan di atas usungan yang dipanggil tandu. Di antara adat dalam mengarak pengantin adalah seperti berikut:

Di hadapan sekali yang mengetuai rombongan tersebut adalah pasukan berebana, berkompang atau bermarhaban. Di belakang pasukan ini adalah orang yang membawa tepak sirih atau puan yang lengkap dengan isinya dan siap bertudungkan penudung yang diperbuat daripada perak atau tembaga putih berbentuk seperti kepala merak jantan. Pembawa tepak sirih itu akan diapit oleh dua orang yang membawa kaki dian yang sudah sedia terpasang dan di belakang ketiga-tiga pembawa hantaran itu adalah mempelai bersama pengapitnya. Sama seperti pengantin perempuan, pengapitnya akan turut disiapkan dalam pakaian yang indah dan biasanya terdiri dari kalangan pemuda yang belum berkahwin. Turut ada bersama ialah seorang lelaki yang berpangkat tua dalam keluarga di sisi mempelai. Di belakang pengantin mempelai adalah rombongan ahli keluarga dan sahabat handai bagi mewakili pihak lelaki. Pada masa dahulu, rombongan itu biasanya akan turut membawa beberapa batang penyuluh api minyak tanah atau andang, sambil mereka beramai-ramai berzikir dan bermarhaban berselang-seli dengan paluan kompang serta pukulan rebana. Biasanya, sekumpulan wakil kaum perempuan dari pihak mempelai akan tiba terlebih dahulu dari rombongan pengantin. Mereka akan disambut dengan taburan beras kunyit dan akan duduk menunggu di hadapan pelamin yang biasanya dibina di ruang tamu rumah.

Di hadapan halaman rumah pengantin pula adalah tempat untuk orang-orang lelaki berhimpun untuk menyambut ketibaan mempelai. Mereka turut bersedia dengan paluan kompang dan rebana, seorang pembawa tepak sirih yang tudungnya berbentuk seperti kepala merak betina, dan diikuti dengan dua orang pembawa dian. Marhaban dan zikir turut dialunkan bagi memeriahkan suasana. Apabila rombongan mempelai telah tiba, mereka akan berhenti pada jarak lebih kurang sepuluh ela dari rumah pengantin. Si pembawa tepak sirih mempelai akan membuka silat mencabar pembawa tepak sirih pengantin perempuan. Kedua-duanya akan mempersembahkan silat pengantin yang gayanya seperti merak mengigal. Oleh yang demikian, biasanya pembawa tepak sirih akan dipilih dari kalangan lelaki yang mahir dalam silat Melayu dan pertunjukan ini biasanya sangat dinantikan oleh semua yang hadir.

Page 24: Pendidkan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan Tiga

Pertunjukan silat akan dijalankan dalam masa beberapa minit. Sebagai penutup, mereka akan menemukan kedua-dua muncung merak yang menjadi tudung kepada kedua-dua tepak sirih itu dan akan disambut dengan sorak-sorai yang gemuruh daripada tetamu yang hadir. Mempelai kemudiannya akan dipimpin ke pintu rumah dan sebelum masuk, salah seorang wakilnya akan membacakan selawat sebanyak tiga kali dengan alunan yang sedap dan kuat sebagai tanda memberi selamat kepada mempelai sebelum masuk ke rumah. Pada tangga terbawah sekali di luar pintu masuk rumah akan dihamparkan dengan permaidani yang panjang sehingga ke tapak tingkat pelamin sebagai alas untuk mempelai berjalan.

Biasanya pada zaman dahulu, sebelum mempelai dibawa masuk melalui pintu hadapan, beliau akan disekat oleh sekumpulan pemuda yang ditugaskan untuk mengutip bayaran tebus pintu mengikut seperti yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Jika terdapat dua pintu untuk dilalui, maka mempelai dimestikan membayar dua kali sebelum dibenarkan masuk. Lain pula cerita di pelamin. Sekumpulan pemudi akan bersedia di pelamin, menyekat mempelai untuk duduk bersanding di sisi pengantin perempuan selagi mereka belum menerima bayaran harga tebus pelamin.

Setelah bayaran tebus diselesaikan maka mempelai akan dibawa naik sehingga ke hadapan peterakna untuk disandingkan di sebelah kanan pengantin perempuan. Akan tetapi sebelum itu, beliau sekali lagi terpaksa membayar bayaran tebus yang akhir, iaitu bayaran tebus kipas, yang pada masa itu sedang dipegang oleh emak pengantin bagi mendinding muka pengantin perempuan itu. Bayaran tebusan ini pun mesti disempurnakan, dan di antara ketiga-tiga bayaran tebus itu bayaran tebus kipas inilah yang termahal sekali. Setelah bayaran disempurnakan maka barulah emak pengantin membuka muka pengantin perempuan itu dan menyambut mempelai untuk didudukkan di sebelah kanan pengantin perempuan dan pengapit mempelai itu berdiri di sebelah kanan mempelai itu.

Kedua-dua pengantin akan duduk bersanding di hadapan kesemua tetamu dan keadaan inilah yang disinonimkan dengan istilah raja sehari. Hal ini kerana keadaan pengantin itu duduk di atas pelamin di hadapan kesemua tetamu adalah sama seperti situasi rakyat jelata yang sedang mengadap raja dan permaisurinya. Apa yang berbeza hanyalah mereka tidak dijunjung duli dan hanya menjadi tontonan.

Semasa bersanding, emak pengantin akan menjalankan adat bersuap-suapan di antara kedua-dua pengantin. Emak pengantin akan menjemput sedikit nasi kunyit daripada pahar astakona dan diletakkannya ke tangan pengantin perempuan. Dengan memegang nasi itu menggunakan dua jari, tangan pengantin perempuan akan diangkat oleh emak pengantin lalu disuapkan ke mulut mempelai itu. Setelah itu, giliran pengantin lelaki pula.

Setelah selesai adat bersuap-suapan, emak pengantin pun turun daripada pelamin dan sekelian sanak saudara dan sahabat handai pengantin lelaki yang belum naik melihat persandingan itu dijemput naik. Ini kerana adat persandingan adalah upacara terbesar dan paling disukai oleh masyarakat Melayu. Bunga telur yang dicucuk pada nasi kunyit di astakona tersebut akan

Page 25: Pendidkan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan Tiga

dicabut dan dibahagikan kepada tetamu perempuan yang hadir dalam majlis itu seorang sebiji atau sekadar yang mencukupi.

Setelah itu, kedua-dua pengantin dibawa oleh emak pengantin turun daripada pelamin berjalan perlahan-lahan dengan keadaan kedua-duanya berpimpin tangan dan jari kelengkeng mereka dikaitkan satu sama lain. Mereka dibawa terus masuk ke dalam bilik peraduan pengantin, yang sudah sedia disiapkan dan dihiasi dengan perhiasan yang cantik dan indah.

Di dalam bilik, kedua-dua pengantin akan duduk bersanding di atas tikar sila, yang bertekat dan bersulam dengan benang emas terletak di hadapan katil. Setelah kedua-duanya duduk, emak pengantin akan mengambil kedua belah tangan pengantin perempuan lalu dipersalamkannya dengan tangan mempelai itu sebagai tanda mula berkenalan di alam suami isteri. Inilah yang dikatakan orang Melayu zaman dahulu, adat berkahwin dahulu kemudian berkasih.

Emak pengantin akan keluar dari bilik serta menutup pintunya dan meninggalkan kedua-dua pengantin suami isteri itu bersendirian kira-kira sejam dua bagi memberi peluang kepada mereka untuk berkenalan. Selepas sejam, emak pengantin itu akan masuk semula dan membawa pengantin perempuan keluar dari bilik, manakala mempelai itu akan ditinggalkan bersendirian.

Pengantin perempuan itu tidak akan dibawa masuk semula ke dalam biliknya, melainkan jika persandingan itu selesai selepas maghrib. Pengantin perempuan hanya akan dibawa masuk ke bilik semula pada waktu makan malam untuk melayani suaminya makan atau makan bersama-samanya, dan selepas makan malam pengantin perempuan itu mengikut adat, masih tidak lagi dibenarkan duduk berdua dengan suaminya. Adat ini akan berlangsung selama dua hari dua malam selepas pengantin perempuan itu menjalani upacara bersanding di mana beliau akan disalinkan dengan pakaian yang indah-indah empat kali sehari iaitu pada makan pagi (futur), makan tengah hari, minum teh petang dan makan malam. Pada waktu melayan makan suaminya, pengantin perempuan digalakkan duduk lebih lama di dalam bilik bersama suaminya bagi memberikan mereka peluang bergurau senda dan bermesra.

Pada hari yang ketiga, atau ada juga pada hari yang keempat, tibalah masanya untuk pengantin suami isteri itu tidur bersama di waktu malam. Mengikut adat, selepas selesai makan malam bersama suaminya dan sebelum masuk tidur, pengantin perempuan akan dibawa keluar dari bilik pengantin oleh emak pengantin dan disalinkan dengan pakaian serba putih sama seperti cadar di katil pengantin yang sudah siap ditukar. Pada malam itu juga, akan diadakan persembahan bunyi-bunyian dan tarian seperti zapin atau yang seumpamanya, bagi meraikan malam persatuan hayat kedua-dua pengantin suami isteri itu.

Pada esok paginya, sebelum adat mandi-mandian atau berlimau dijalankan, emak pengantin akan bertemu dengan pengantin lelaki untuk memeriksa daripadanya tanda yang membuktikan isterinya itu masih lagi anak dara dan biasanya, suami atau mempelai itu akan menyerahkan sehelai sapu tangan putih yang mengandungi tanda yang dikehendaki itu kepada emak pengantin dan sapu tangan tersebut akan dibawa oleh emak pengantin lalu ditunjukkan kepada

Page 26: Pendidkan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan Tiga

ibu bapa pengantin lelaki. Setelah selesai semuanya adat mandi-mandian atau berlimau akan diadakan.

MANDI-MANDIAN ATAU BERLIMAU

Setelah sempurna kedua-dua pengantin suami isteri itu menunaikan satu daripada hikmah perkahwinan, maka akan diadakan sekali lagi persandingan di atas pelamin. Namun, pengantin tidak akan dipakaikan dengan pakaian pengantin dan persandingan ini hanya melibatkan sanak saudara sahaja. Setelah bersanding, kedua-duanya akan turun duduk di bangku yang terletak di tengah tengah rumah itu dan di-sinilah dijalankan upacara mandi-mandian dan bersintok limau sebagai menandakan persatuan antara kedua pengantin suami isteri itu telah sempurna dan selamat. Setelah kedua-duanya selesai dimandi dan disintok limaukan mengikut syarat, mereka pun dibawa oleh emak pengantin ke bilik peraduan pengantin dengan keadaan suami memimpin isterinya dengan memegang sehelai sapu tangan masuk ke bilik. Manakala di luar, sekalian hadirin yang ada akan menyiram air tersebut sesama mereka sambil bersuka ria. Air yang digunakan untuk upacara ini disediakan dalam pelbagai warna bagi menambah kecantikannya dan dianggap sakral bagi masyarakat Melayu.

Kain basahan yang dipakai oleh pengantin suami isteri itu mengikut adat tidak boleh diambil oleh mereka. Kain tersebut akan dijadikan hadiah pemberian kepada emak pengantin. Menurut adat Melayu, bukan sahaja kain basahan itu tidak boleh diambil semula oleh kedua pengantin itu malah mereka juga ditegah untuk memerah sendiri kain tersebut. Ini semua bertujuan untuk membuang rasa takut atau menolak bala daripada kedua-dua pengantin itu. Kain tersebut akan diambil dan disimpan oleh emak pengantin bagi membantu membuang dan menjauhkan bala.

SAMBUT-MENYAMBUT (BERTANDANG)

Pada petang hari upacara mandi-mandian itu dijalankan, kedua-dua pengantin suami isteri akan disambut ke rumah pengantin lelaki, iaitu ke rumah suaminya. Di kalangan sesetengah orang berada pada masa dahulu, adat menyambut ini akan dilakukan dengan secara besar-besaran juga, iaitu dengan mengarak kedua-dua pengantin itu dan disandingkan sekali lagi sambil diadakan jamuan kenduri-kendara. Mereka akan tinggal di rumah pengantin lelaki selama beberapa hari sebelum pulang semula ke rumah pengantin perempuan. Inilah penamat upacara nikah kahwin dalam masyarakat Melayu.

MEMINANG PEREMPUAN JANDA

Adat resam meminang janda adalah jauh lebih mudah dan ringkas berbanding meminang anak dara. Lelaki yang hendak meminang seseorang janda hanya perlu menjalankan risikan tentang diri janda tersebut dan apabila sudah dipersetujui oleh lelaki itu seorang perempuan tua akan dihantar untuk meminangnya. Janda itu akan memutuskan sendiri sama ada beliau bersetuju menerima pinangan tersebut atau tidak dan setelah dipersetujui, segala syarat dan mas kahwin akan ditetapkan. Di sesetengah kampung, mas kahwin dan belanja bagi seorang janda biasanya ditetapkan sama ada $51.00, $61.00 atau $101.00.

Page 27: Pendidkan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan Tiga

ADAT PERKAHWINAN JANDA

Kebanyakannya hanya menjalankan kerja yang wajib sahaja iaitu dengan mengadakan majlis akad dengan jamuan yang kecil dan setelah selesai kenduri kendara maka pada malam itu jugalah kedua suami isteri itu dipersatukan.

ADAT PERKAHWINAN JANDA BERHIAS

Cara perkahwinan janda berhias hanya dijalankan oleh ibu bapa janda tersebut kerana beberapa sebab, seperti :

• Anak mereka masih terlalu muda lagi umurnya.

• Tempoh perkahwinannya dahulu itu singkat.

• Ibu bapa itu tiada anak perempuan yang lain selain daripada anaknya yang janda itu.

• Kecantikan anaknya sangat terpuji.

• Ibu bapa itu orang berada.

Cara perkahwinan janda berhias adalah serupa sebagaimana yang dijalankan kepada perkahwinan anak dara. Yang berubah hanyalah tentang kecil besarnya majlis yang dijalankan itu dan bagi perkahwinan janda, upacara mandi-mandian tidak dijalankan.

BERSALIN

Setelah kandungan genap bilangan bulan dan harinya iaitu sembilan bulan sembilan hari pada perkiraan orang tua-tua zaman dahulu, dan saat untuk melahirkan pun sudah hampir maka segala kelengkapan seperti beras, kelapa dan damar, akan disediakan sama seperti ketika upacara melenggang perut dijalankan. Setelah selesai bersalin, beras, damar dan kelapa semuanya akan diberikan kepada tok bidan di samping wang sebanyak $5.00 jika anak sulung, $3.25 jika anak yang kedua, manakala anak yang ketiga bayarannya sama seperti anak sulung dan begitulah seterusnya.

Menurut kepercayaan orang tua-tua dahulu kala, ada sejenis hantu atau syaitan yang kononnya , suka datang pada masa perempuan bersalin kerana hendak memakan darah perempuan itu. Oleh sebab kepercayaan yang sedemikian, maka telah menjadi adat bagi masyarakat Melayu untuk menggantung secekak daun mengkuang yang berduri di bawah rumah, betul-betul pada tempat pembaringan ibu yang baru bersalin itu. Daun tersebut dipercayai dapat menjadi penghalang atau menegah hantu daripada datang menghampiri tempat itu. Begitu juga telah menjadi adat untuk mencalitkan pangkah dengan kapur yang disertai dengan jampi serapah di muka pintu bilik atau rumah tempat ibu yang baru bersalin tersebut tinggal. Bukan itu sahaja, di tengah-tengah dahi bayi yang baru lahir itu turut dicalitkan dengan tanda pangkah yang dibuat

Page 28: Pendidkan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan Tiga

daripada minyak yang telah dicampurkan dengan serbuk arang kayu dan dijampi. Ini semua dilakukan dengan harapan hendak menjauhkan bayi itu daripada dirasuk atau diganggu oleh hantu syaitan.

Apabila bayi tersebut berusia genap tujuh hari, kenduri secara kecil-kecilan akan diadakan sebagai tanda kesyukuran menerima ahli keluarga baru dan kedua-dua ibu dan anak berada dalam keadaan yang selamat.

BERPANTANG EMPAT PULUH EMPAT HARI

Selama empat puluh empat hari, dikira dari hari pertama bersalin, adalah diadatkan kepada ibu tersebut untung menjalani pantang. Ini bererti ibu tersebut ditegah daripada makan sebarangan mengikut kehendaknya atau membuat apa-apa jua kerja rumahtangga, walaupun bangun berjalan meninggalkan tempat tidurnya. Selepas tujuh hari barulah ibu tersebut dibenarkan berjalan sedikit-sedikit, itu pun hanya di dalam rumahnya sahaja. Pantang ini adalah dianggap suatu perkara yang penting sekalipun ibu tersebut merasakan yang dia sudah boleh membuat sebarang aktiviti seperti biasa dilakukan. Ketika dalam berpantang, ibu tersebut akan dikehendaki memakai stoking atau membalut kakinya dengan kain bagi mengelakkan angin memasuki badan. Di dahinya pula akan dilumurkan ubat yang bertujuan menarik angin keluar dari badan.

Berpantang bukan sahaja melibatkan pemakanan dan kesihatan diri ibu tersebut. Si suami juga tidak digalakkan untuk meniduri isterinya ketika si isteri sedang berpantang. Ini kerana dalam tempoh berpantang, si isteri akan berasa lemah badan dan sakit ketika bersalin masih belum hilang sepenuhnya. Selain itu, isteri juga akan mengalami darah nifas yang hanya keluar selepas bersalin dan keadaan ini menimbulkan rasa kurang selesa bagi isteri untuk didatangi suaminya.

Di antara ubat yang dipakai dan dimakan oleh ibu bersalin biasanya adalah ubat yang diberikan oleh tok bidannya sahaja. Selain daripada ubat yang dimakan dan dipakai, ibu tersebut juga akan menjalani kaedah bertungku (tuam) di perutnya sehari sekali selama tempoh pantangnya. Ada sesetengah bidan menggantikan kerja-kerja bertungku dengan berdiang. Ibu-ibu akan diberikan makanan yang boleh mendatangkan sumber darah di dalam badannya bagi menggantikan darah yang telah banyak hilang semasa bersalin, contohnya limpa dan hati. Makanan tersebut juga akan dimasak mengikut cara tertentu yang boleh membantu menghilangkan angin di dalam badan dan mengecutkan segala urat saraf yang telah mengembang. Ibu-ibu juga biasanya dinasihatkan memakan jamu yang dapat memulihkan semula tenaga dan memperbaiki tekstur dan bentuk tubuh badan mereka seperti sediakala.

Namun begitu, bagi masyarakat sekarang, bersalin di hospital adalah lebih selamat dan mudah. Walaubagaimanapun, pantang larang selepas bersalin akan tetap diamalkan dalam masyarakat Melayu untuk menjamin kesihatan ibu tersebut.

MANDI SELEPAS PANTANG

Page 29: Pendidkan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan Tiga

Selepas tamat tempoh berpantang, iaitu selepas empat puluh empat hari, maka pada hari yang keempat puluh lima akan diadakan kenduri kecil di antara ahli keluarga. Ibu tersebut akan dimandikan dengan air sintok limau serta dilangirkan sebagai syarat melepaskan pantang. Bermula dari hari tersebut, maka ibu itu bebas menjalankan kerja-kerja rumahtangga atau sebarang pekerjaan lain. Berpantang sebenarnya bertujuan bagi mengelakkan bentan yang bermaksud sakit yang akan timbul akibat daripada melanggar pantang. Antara gejala bentan ialah rasa sakit di ari-ari atau kemaluan, keluar nanah atau darah dari saluran peranakan ataupun berlakunya buasir. Adalah digalakkan bagi suami isteri untuk bersama setelah tamat upacara mandi selepas pantang kerana ini akan mengeratkan kemesraan di antara keduanya.

KEMATIAN

Setiap makhluk yang hidup pasti akan mati. Sesungguhnya kematian tetap akan menjemput insan untuk kembali kepada penciptaNya. Sekuat mana pun kita lari, sejauh mana pun kita cuba hindari, namun kematian akan tetap mengekori kita. Sampai waktunya dan ketikanya kita tetap akan pergi jua. Begitulah bagi kaum masyarakat Melayu, sama ada yang di kampung atau di pekan, langkah yang mula-mula sekali dilakukan oleh keluarga si mati ialah memberitahu kepada siak atau penjaga masjid kampung atau pekan itu supaya dituliskan di atas papan pemberi tahu masjid itu untuk pengetahuan orang-orang kampung tentang siapa yang mati, bila dan di mana dikebumi atau dikuburkan. Kemudian dihebohkan dengan mulut kepada kaum keluarga dan sahabat handai terdekat dan bagi sanak saudara yang tinggal jauh pula diberitahu melalui telefon atau telegram atau dengan surat . Adalah menjadi perkara mustahak untuk dihebohkan agar tidak ada sesiapa yang akan terkecil hati disebabkan tidak mengetahui akan kematian si mati.

Sekiranya si mati meninggal pada sebelah petang atau malam, biasanya waktu mengkebumikan mayat itu ditetapkan pada waktu tengah hari atau selewat-lewatnya pada waktu petang esoknya. Jika si mati meninggal pada waktu subuh atau pada waktu pagi maka masa mengkebumikannya akan dilakukan pada sebelah petang itu juga. Ini disebabkan kerana adalah menjadi tuntutan agama Islam supaya mayat itu dikebumikan dengan seberapa cepat yang mungkin. Pada sisi Islam adalah lebih afdal mayat dikebumikan di dalam tempoh enam jam selepas waktu hayatnya.

Mula-mula mayat itu diangkat daripada tempat ia meninggal dunia dan di-letakkan di tengah-tengah rumah di atas katil atau tilam beralas kain cadar yang bersih dan elok. Di atas mayat itu dipasang langit-langit daripada kain bagi menahan atau menyekat sebarang habuk atau kotoran daripada jatuh ke atas mayat itu. Kemudian kedua-dua tangan mayat itu dikiamkan ke dadanya dan mayat itu diselimut atau ditutup dari kepala litup hingga ke hujung kakinya dengan sehelai dua kain panjang. Menjadi adat masyarakat orang Melayu, sebuah kacip pinang akan diletakkan melintang di atas kain yang menutupi mayat itu, di tengah antara perut dengan dadanya. Tujuan ianya dibuat begitu, ialah kononnya untuk menegah mayat itu daripada dilangkah hantu atau syaitan. Di sebelah mayat itu diletakkan bara atau tempat perasap yang sentiasa berbara api dan dibakar di dalamnya sejenis serbuk harum. Apabila dibakar atau dipanggil oleh masyarakat Melayu "setanggi", atau kalau tidak setanggi maka dibakarlah serbuk kayu gaharu

Page 30: Pendidkan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan Tiga

dan bakaran ini diadakan berterusan selagi mayat itu ada di dalam rumah. Bahkan ada yang meneruskan bakaran tepak bara dengan gaharu atau setanggi itu setiap siang dan malam selama tiga hari.

Sementara menunggu alat-alat kelengkapan mandi, kapan dan keranda mayat itu disiapkan yang akan mengambil masa beberapa jam lamanya, maka sesiapa daripada kaum keluarga dan sahabat handai si mati itu yang ingin melihatnya bolehlah bergilir-gilir masuk melihat mayat dengan hanya menyingkap kain tudung muka mayat itu. Setiap orang perlulah cermat dan hormat ketika melihat mayat. Menjadi adat, selagi mayat itu masih berada di dalam rumah hendaklah ahli-ahli pelawat yang datang berkumpul menziarah dan juga jiran-jiran di sekeliling rumah mayat itu tidak membuat hingar bingar dan berbual-bual perkara yang tidak senonoh. Ini adalah diadatkan oleh adat resam Melayu dan dikehendaki oleh syariat Islam sebagai tanda menghormati insan yang telah pergi buat selama-lamanya dan menganggap setiap mayat itu akan masuk syurga. Begitu jugalah dikehendaki ketika mengiringi mayat di sepanjang jalan mayat itu diangkat dan diiringkan ke kuburnya, di mana bacaan surah al-fatihah disedekahkan sebagai hadiah kepada roh si mati.

Apabila tiba masanya mayat itu dimandikan, mayat itu pun diangkat dan dibawa ke tempat yang disediakan untuk dimandikan oleh tukang mandi perempuan, jika mayat itu perempuan, atau oleh tukang mandi lelaki, jika mayat itu lelaki. Memandikan mayat itu dilakukan dengan tertib dan sehabis bersih. Selesai memandikan mayat itu, tubuh badannya dilumur serata-ratanya dengan dua jenis serbuk atau kapur barus dan cendana. Di celah-celah pelipat dan lain-lain tempat yang mustahak diselitkan dengan kapas, kemudian barulah mayat itu diangkat dan dibawa ke tengah atau ke serambi rumah itu untuk dikapankan iaitu dipakaikan kain dan seluar daripada kain putih yang tidak berjahit. Setelah itu, dibungkus atau disarung mayat itu dengan kain putih yang juga tidak berjahit. Kedua-dua jenis pakaian yang dipakaikan ke atas mayat itulah yang dipanggil atau dinamakan kapan mayat. Mayat yang telah dibungkus itu tadi dililit dan diikat dengan beberapa ikatan dari kaki hingga ke leher kecuali di bahagian kepalanya dibiarkan tidak berikat untuk sementara waktu. Ini bertujuan pada masa itu diadatkan kaum keluarga si mati itu dipanggil untuk menaburkan sejemput daripada serbuk cendana yang memang sediakan, disekeliling kepala mayat itu, sebagai isyarat atau tanda penghormatan terakhir kepada si mati. Setelah selesai adat menabur cendana itu barulah kepala mayat itu dibungkus dan diikat. Kemudian dimasukkan mayat itu ke dalam sebuah peti yang dipanggil keranda yang diperbuat daripada kayu yang ringan. Di bawah keranda itu lantainya diregang tutup dengan sebidang kain putih yang dilekatkan disekeliling papan keranda itu dengan pin-pin lekap. Setelah itu, keranda itu pun diangkat dan diletakkan di atas usungan dan ditutup keranda itu dengan beberapa lapis kain panjang yang elok-elok. Kain lapis pada atas sekali, biasanya diletakkan kain yang bertulis ayat-ayat Al-Quran. Kemudian barulah dipikul dan diusung oleh orang ramai dengan bergilir-gilir dan berjalan secara perlahan-lahan ke masjid yang berhampiran dengan tanah perkuburannya untuk disembahyangkan jika mayat itu tidak disembahyangkan di rumahnya.

Setibanya di masjid, diturunkan keranda itu daripada usungannya lalu dibawa masuk ke dalam masjid dan diletakkan berhadapan dengan mihrab masjid itu dan kemudian tampillah sekalian

Page 31: Pendidkan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan Tiga

haji-haji, lebai-lebai dan juga orang yang mengiringi mayat itu tadi menyembahyangkan mayat itu. Selesai sembahyang mayat, biasanya diedarkan sedekah berupa wang atau benda contohnya seperti kain pelekat kepada mereka yang telah menyembahyangkan mayat itu tadi. Setelah itu, mayat itu pun dipikul kembali oleh beberapa orang untuk di bawa ke kubur yang telah siap sedia digali. Mayat dengan kerandanya itu pun dimasukkan ke dalam kubur itu. Sebelum ditimbus kubur itu, siak masjid atau sesiapa berkenaan akan turun ke dalam kubur membuka papan tutup keranda itu dan mengerengkan mayat itu serta dibukanya ikatan kapannya. Mayat itu disendal dengan kepal-kepal tanah yang kebanyakannya dikepal oleh keluarga si mati, dan setelah dibangkan di telinga mayat itu oleh siak maka barulah keranda itu ditutup dan kubur itu ditimbus dengan tanah.

Selesai kubur itu ditimbus, dipacakkan sebatang ranting pohon sebagai tanda untuk memacakkan batu nesan pada kemudian hari. Ada juga yang sudah sedia membawa dua batang batu nesan untuk dipacakkan pada masa itu juga. Siap sahaja kubur itu ditimbus, tampillah seorang haji, imam atau orang alim di tepi kubur itu dimana telah dibentang untuknya duduk sebidang di atas tikar sila atau tikar kecil. Di tepi kubur itu disediakan setalam bunga rampai atau pelbagai bunga changa dan disediakan juga satu atau dua balang air cendana. Di atas tikar sila itulah duduk tuan haji, lebai atau tuan alim membaca talkin dan bertahlil serta membaca doa untuk si mati itu. Ada juga dahulu, diadatkan orang yang membaca talkin itu dipayungkan walaupun hari tidak hujan atau cahaya matahari tidak memacar ke atasnya. Setelah selesai talkin, tahlil dan doa dibaca dan diaminkan oleh sekalian pengiring-pengiring mayat yang masih ditempat perkuburan itu, lalu air kedua-dua balang itu pun disiramkan ke atas kubur itu dari kepala sampai ke bahagian kakinya sehingga habis air di dalam balang itu. Kemudian bunga di dalam talam itu pun ditaburkan serata di atas kubur itu. Dengan demikian, selesaiah adat mengkebumikan mayat itu dan bersurailah sekalian yang hadir ditempat perkuburan itu. Ada juga yang sebelum bersurai, bertemu dan bersalaman dengan bapa atau waris si mati itu. Tok alim, tok imam atau tok lebai, pembaca talkin itu akan diberi bayaran wang sebanyak lebih kurang dua hingga lima ringgit, ada juga dihadiahkan tikar sila tempat dia duduk membaca talkin itu dan balang air yang telah dikosongkan. Selain itu, sesetengahnya menghadiahkan payung yang telah digunakan ketika memayungkan orang yang membaca talkin tadi.

Dari zaman-berzaman hingga ke sekarang ini telah dijadikan adat resam Melayu mengadakan kenduri arwah, pada hari-hari ketiga, ketujuh, keempat belas, keempat puluh dan keseratus kemudian selepas hari mati itu dan kadang kala setiap tahun mengadakan kenduri arwah sebagai tanda memperingati si mati sambil mensedekahkan doa-doa yang merupakan rezeki atau makanan mereka di hari akhirat.

Orang Cina Kelahiran Kaum Cina

Selepas Lahir

Page 32: Pendidkan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan Tiga

Adat-adat berikut diamalkan oleh masyarakat Cina selepas melahirkan bayi.

Berpantang

Wanita-wanita Cina yang baru melahirkan anak terpaksa berpantang selama empat puluh hari hari. Ibu tidak dibenarkan mandi air sejuk kerana dibimbangi masuk angin. Pusat bayi yang baru dilahirkan diikat dan dililit dengan sehelai kain pada perutnya. Ini bertujuan untuk mengelakkan perut bayi dimasuki angin dan untuk mengeringkan tali pusat. Pusat bayi yang tenggelam ke dalam adalah petanda bagi masyarakat Cina. Anak tersebut dipercayai akan menjalani kehidupan yang senang pada masa depan. Manakala pusat yang tersembul dikaitkan dengan hidup yang kurang baik. Bayi yang baru lahir selalu diperhatikan bentuk fizikalnya oleh orang-orang tua. Mereka akan mengaitkan telinga yang lebar dan tebal sebagai bakal menjalani kehidupan yang kaya. Masyarakat Cina mempercayai sekiranya terdapat lebih daripada satu pusar di atas kepala, bayi akan menjadi nakal dan tidak mendengar kata.

Dari segi pemakanan, masyarakat Cina menggunakan sejenis arak yang dibuat daripada beras yang diperam dalam masakan mereka. Arak tersebut dimasukkan bersama-sama ayam, halia dan lada, kemudiannya digoreng. Masakan panas dan pedas ini dipercayai dapat mengeluarkan angin daripada badan wanita yang bersalin disamping menguatkan semula tenaga.

Kenduri

Seperti masyarakat Melayu, masyarakat Cina juga turut mengadakan kenduri iaitu apabila bayi mencapai umur sebulan. Kuih khas yang berbentuk bulat berwarna merah dan kuning yang berintikan kacang dan tau su serta telur yang diwarnai merah kemudiannya diberikan kepada saudara-mara yang terdekat. Mereka yang mendapat kuih dan telur ini akan membalasnya dengan membawa hadiah berupa pakaian bayi dan pati ayam untuk ibu-ibu.

Mencukur Rambut

Seperti masyarakat Melayu, masyarakat Cina juga mengamalkan adat mencukur rambut Mereka mencukur rambut bayi kerana beranggapan rambut bayi yang dilahirkan adalah rambut sementara. Rambut yang tumbuh semasa dalam kandungan perlu dicukur untuk menumbuhi rambut baru. Adat ini sebagai pengiktirafan terhadap kelahiran orang baru ke dalam masyarakat.

Memberi Nama

Nama orang Cina terdiri dari 3 perkataan yang dimulai dengan nama keluarga. Patah kata kedua mewakili nama segenerasi di kalangan adik-beradik dan sanak-saudara. Nama ketiga pula merupakan nama bagi panggilan diri sendiri. Sistem nama yang baik perlu mengambil kira makna , unsur Yin dan Yang serta dibuat mengikut perhitungan matematik Cina. Terdapat lima aspek penting yang perlu diberi perhatian dalam memberi nama bayi yang baru lahir.

Nama yang diberi haruslah mengandungi maksud yang baik seperti lambang kekayaan, kemewahan dan kesejahteraan.

Page 33: Pendidkan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan Tiga

Bunyi nama mestilah sedap didengar.

Nama mestilah dibuat berdasarkan kiraan matematik iaitu angka yang terhasil tidak bertentangan dan seelok-eloknya sepadan.

Nama yang diberikan patut mempunyai timbangan unsur Yin dan Yang yang sama berat.

Nama mestilah mempunyai lima unsur iaitu emas, air, api, tanah dan kayu serta saling melengkapi.

Oleh yang demikian, nama seseorang bayi harus disusun secara seimbang yang mengandungi unsur Yin dan Yang. Kegagalan memberikan nama yang baik juga akan mempengaruhi perjalanan hidup seseorang, samada akan ditimpa kecelakaan atau mendapat kesejahteraan.

Kerumitan orang Cina memilih nama yang sesuai untuk seseorang bayi kadangkala menyebabkan mereka mengambil masa yang agak lama, khususnya bagi mereka yang masih terikat dengan adat yang terpaksa merujuk kepada kitab-kitab tertentu.

Upacara kematian Kaum CinaPengenalan

Masyarakat Cina begitu berpegang teguh kepada adat resam yang berkaitan dengan soal-soal kematian. Setiap adat yang dijalankan mempunyai maksud yang tersendiri. Berikut adalah penerangan mengenai adat resam masyarakat Cina berkaitan kematian.

Semasa Kematian

Apabila berlaku kematian, mayat akan dibersihkan dan dimandikan sebagai memberi penghormatan terakhir kepada si mati. Setelah dimandikan mayat disapu dengan minyak wangi dan disolek. Ia bertujuan untuk mengharumkan si mati terutama apabila berada di alam akhirat. Kemudiannya mayat tersebut dipakaikan dengan pakaian yang cantik. Lazimnya pakaian tersebut adalah pakaian yang dipakai ketika hari perkahwinan. Oleh itu adalah menjadi kewajipan masyarakat Cina menyimpan pakaian perkahwinan untuk dipakai sewaktu meninggal dunia. Si mati turut dipakaikan dengan aksesori yang lain terutamanya wanita. Kemudian mayat akan dimasukkan ke dalam keranda yang diperbuat daripada kayu yang diukir menarik. Bagi yang kaya, keranda diukir dengan bersalutkan logam. Ini adalah untuk menunjukkan kedudukan seseorang semasa hidupnya.

Penghormatan terakhir kepada si mati

Apabila berlaku kematian, ahli keluarga, saudara-mara dan sahabat handai dikehendaki menangis atau meratapi pemergian si mati. Tangisan ini perlu dilakukan dengan kuat apabila si mati diletakkan di ruang tamu sehinggalah diusung ke kawasan perkuburan ditanam. Lazimnya tangisan yang dilakukan perlu diselitkan dengan kata-kata yang menunjukkan si mati telah membuat jasa. Tangisan ,mengungkit keburukan si mati dilarang sama sekali. Jika ini berlaku, roh si mati tidak akan tenteram dan si mati akan tersiksa. Ada juga segelintir masyarakat Cina

Page 34: Pendidkan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan Tiga

yang melupuskan hutang piutang si mati dengan alasan untuk mententeramkan si mati agar tidak disoal di alam akhirat kelak. Tangisan ahli keluarga terutama ibu bapa atau saudara yang lebih tua lebih baik dan ini digalakkan dalam masyarakat Cina. Selain itu masyarakat Cina juga akan mengupah lebih ramai untuk menangisi si mati. Tangisan yang kuat terutama dalam perjalanan menuju ke kawasan perkuburan amat digalakkan. Tangisan ini seolah-olah menggambarkan kesedihan keluarga dan sahabat handai terhadap kematian itu. Tangisan akan berlanjutan sehingga mayat dikebumikan.

Seterusnya mayat akan dibawa ke jirat atau tanah perkuburan untuk dikebumikan. Pada zaman dahulu masyarakat Cina mengusung mayat dengan menggunakan pengusung yang diperbuat daripada kayu yang diukir menarik . lazimnya ukiran tersebut mengikut status si mati. Sekiranya si mati daripada golongan berada, ukiran lebih halus dan menarik berbanding golongan biasa. Namun pada zaman sekarang mayat yang telah diletakkan ke dalam keranda akan dimasukkan ke dalam lori kecil yang dikhaskan untuk menghantar mayat ke tanah perkuburan.

Penghormatan terakhir

Mayat diarak ke jirat

Ahli keluarga berarak ke jirat

Keranda dibawa dengan van

Semasa mengiring mayat dari rumah ke kawasan perkuburan, pelbagai jenis lagu akan mengiringinya. Lagu tersebut adalah berbentuk agama atau lagu-lagu tradisional masyarakat Cina sebagai lambang kesedihan atau takziah. Tidak kurang juga mereka mendendangkan lagu kegemaran si mati ketika hidup. Lazimnya pemuzik tersebut ditempah khas untuk mengiringi jenazah. Iringan muzik akan bermula dari rumah sehinggalah mayat dikebumikan. Biasanya iringan muzik tidak akan berhenti-henti supaya si mati dapat dihiburkan sehingga berada di alam akhirat.

Lazimnya pada hari tersebut, ahli keluarga si mati akan memakai baju berwarna hitam. Warna lain tidak digalakkan, apatah lagi warna merah yang dikatakan mempersenda si mati dan keluarganya. Baju yang berbunga juga dilarang dalam upacara kematian tersebut. Pakaian ahli keluarga si mati adalah seperti jubah hitam yang lengkap dengan topi. Kemudian mereka akan memakai baju jejaring yang diperbuat daripada jut atau sabut. Baju ini dipakai di bahagian luar baju hitam. Ketika mayat diusung dengan menggunakan lori khas, beberapa kertas yang disalut logam akan dicampak sepanjang sepanjang perjalanan. Mengikut kepercayaan masyarakat Cina cara ini adalah untuk memastikan roh boleh berjalan pulang ke rumah berpandukan kertas tersebut.

Perkahwinan kaum CinaMajlis Perkahwinan

Page 35: Pendidkan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan Tiga

Hari perkahwinan akan dilangsungkan setelah setahun bertunang atau mengikut tempoh yang dipersetujui oleh kedua belah pihak. Sebelum tiba hari perkahwinan sekiranya terdapat kematian di kalangan ahli keluarga bakal pengantin, perkahwinan itu mesti ditangguhkan pada tahun hadapan ataupun selama seratus hari. Adalah tidak manis mengadakan perkahwinan sewaktu orang lain sedang berkabung kesedihan. Pada hari perkahwinan tersebut pengantin perempuan dan lelaki dihias indah. Masyarakat Cina pada masa dahulu memakai pakaian pengantin yang diperbuat daripada kain sutera dan disulam benang emas. Kemudian setiap pakaian dihias dengan pelbagai aksesori. Baju pengantin sebaik-baiknya bewarna putih, merah atau kuning. Adalah dilarang memakai baju hitam, biru dan kelabu kerana dipercayai warna-warna tersebut melambangkan kematian dan kesedihan.

Perkahwinan

Masyarakat Cina

Seterusnya pengantin lelaki akan bertandang ke rumah pengantin perempuan dan pada masa itulah pengantin lelaki dan perempuan akan duduk bersama buat kali pertama. Mereka akan diiringi oleh pengiring masing-masing. Seterusnya pasangan pengantin akan didudukkan di atas pelamin yang telah disediakan di ruang tamu. Selepas acara bersanding, pasangan pengantin akan dibawa bertemu ahli keluarga masing-masing. Pengantin lelaki akan memperkenalkan keluarga dan sauadara maranya kepada isterinya dan ini begitulah sebaliknya di samping itu juga kedua pengantin akan meminta restu daripada keluarga mertua masing-masing. Dalam masyarakat Cina juga, upacara meminum teh sangat penting dan masih diamalkan. Ia merupakan tradisi masyarakat Cina yang mempunyai maksud yang tersendiri. Adat ini melambangkan penerimaan pasangan pengantin terutamanya si isteri dalam keluarga si suami di samping bertujuan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Dalam upacara ini pasangan pengantin akan memberi teh yang disediakan kepada saudara mara pihak lelaki. Walau bagaimanapun adat bersanding dan upacara minum teh ini sudah kurang diamalkan oleh masyarakat Cina hari ini.

Kemuncak upacara perkahwinan masyarakat Cina ialah pada sebelah malam iaitu jamuan makan. Jamuan makan ini diadakan secara besar-besaran samada di rumah, dewan, atau restoran. Tetamu-tetamu yang datang akan membawa ang-pau sebagai hadiah kepada pasangan pengantin. Pada masa yang sama kedua pengantin akan cuba mengenali dan beramah mesra dengan ahli keluarga kedua belah pihak. Akhir sekali, sebagai bukti perkahwinan, pasangan pengantin akan menandatangani dua pucuk surat perkahwinan iaitu Keat Foon Ching Su di hadapan beberapa orang saksi.

Pada hari ini masyarakat Cina kurang mengamalkan adat perkahwinan secara tradisi sebaliknya menjalankan

Page 36: Pendidkan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan Tiga

perkahwinan secara sivil iaitu dengan mendaftarkan perkahwinan di gereja, terutamanya di kalangan mereka yang beragama Kristian.

Perayaan orang cinaTahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan. (Lihat Tarikh perayaan di bawah.)

Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.

Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei.

Tahun Baru Cina disambut di negara-negara dan wilayah-wilayah yang diduduki oleh ramai orang Cina, seperti Tanah Besar China, Hong Kong, Indonesia, Macau, Malaysia, Filipina, Singapura,[1] Taiwan, Thailand, dan juga di Pekan Cina di merata dunia. Tahun Baru Cina juga disetempatkan bangsa-bangsa yang kuat dipengaruhi dengan budaya Cina (termasuk memakai takwim qamari Cina), termasuk Korea (Seollal), Tibet dan Bhutan (Losar), Mongolia (Tsagaan Sar), Vietnam (Tết), dan Jepun hingga tahun 1873 (Oshogatsu).

Perayaan Kuih Bulan atau Perayaan Pertengahan Musim Luruh (Cina Ringkas: 中秋节; Cina Tradisional: 中秋節; pinyin: zhōngqiūjié) merupakan perayaan menyambut kemenangan orang Cina menumpaskan penjajah Mongol pada akhir Dinasti Yuan (1280 Sebelum Masihi - 1341 Masihi). Kuih bulan juga dikaitkan dengan Pesta Tanglung, namun ini adalah perayaan berbeza.

Perayaan Kuih Bulan disambut pada hari ke-15 pada bulan ke-8 pada kalendar Cina iaitu pada akhir bulan Ogos hingga akhir bulan September. Ia selalunya hampir dengan ekuinoks musim luruh. Pada waktu ini, bulan biasanya mengambang dan terang, menjadikannya waktu yang sesuai untuk meraikan hasil tuaian musim panas.

Perayaan Kuih Bulan merupakan salah satu perayaan terpenting selain Hari Tahun Baru Cina. Perayaan ini disambut dengan perarakan tanglung pada malam perayaan, selain dengan kuih bulan itu sendiri.

Page 37: Pendidkan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan Tiga

Kuih Bulan merupakan salah satu hidangan istimewa pada perayaan ini. Kuih Bulan diperbuat daripada adunan manis yang berinti kacang merah, atau adunan biji teratai, atau kuning telur masin. Menurut tradisi, pesanan untuk memberontak telah disebarkan melalui surat yang diletakkan di dalam Kuih Bulan yang akhirnya berjaya menjatuhkan Dinasti Mongol.

Perayaan Hantu ialah sebuah perayaan Cina yang disambut oleh orang Cina di merata dunia. Dalam kalendar Cina (kalendar lunisolar), Perayaan Hantu jatuh pada malam ke-14 bulan ke-7.

Mengikut adat resam Cina, hari ke-13 bulan ke-7 dalam kalendar qamari bergelar Hari Hantu dan bulan ketujuh secara amnya dianggap sebagai Bulan Hantu (鬼月), iaitu apabila hantu-hantu dan roh-roh, termasuklah para leluhur yang lama meninggal, keluar dari alam ghaib. Ketika perayaan Qingming ahli keluarga yang masih hidup memberi penghormatan kepada leluhur mereka manakala pada Hari Hantu yang meninggal menziarahi yang hidup. Pada hari ke-13 ketiga-tiga alam Syurga, Neraka dan fana dibuka dan pada masa ini penganut agama Tao dan Buddha melaksanakan upacara amal untuk mengubah dan membebaskan penderitaan orang yang meninggal. Ciri-ciri terpenting dalam Bulan Hantu ialah penyembahan nenek moyang, yang mana ketaatan para keturunan disambungkan kepada para leluhur walaupun selepas kematian mereka. Kegiatan yang dijalankan pada bulan ini termasuk menyediakan persembahan makanan secara ritual, pembakaran wang neraka dan bungkusan yang mendandungi kain untuk memberi penghormatan kepada roh-roh leluhur yang menziarah, iaitu melayan orang yang meninggal seolah-olah mereka masih hidup. Makanan dihidangkan dengan kerusi kosong bagi setiap ahli yang meninggal dalam keluarga. Keraian yang lain termasuk melepaskan perahu kertas kecil dan tanglung di atas air, yang menandakan tindakan membantu roh-roh sesat mencari jalan.

Perayaan Duan Wu atau Perayaan Perahu Naga ialah salah satu perayaan tradisional dalam masyarakat Cina. Ia merupakan hari cuti di Taiwan (Duānwǔ Jié), serta di Hong Kong dan Macau (Tuen Ng Jit). Mulai 2008, ia kembali menjadi hari cuti di Republik Rakyat China.

Terdapat beberapa teori mengenai asal usul perayaan ini. Yang paling terkenal ialah untuk mengingati seorang penyair masa dahulu yang bernama Qu Yuan. Beliau sanggup membunuh diri untuk menyelamatkan negaranya.

Aktiviti tradisi perayaan ini ialah memakan bak cang (Rou Zhong = dalam Bahasa Cina) dan berlumba perahu naga.

Perayaan Qingming (Cina Tradisional: 清明節, Cina Ringkas: 清明节, pinyin: qīng míng jié), juga dipanggil Pesta Ching Ming, Ceng Beng atau (diterjemah sebagai "Perayaan Jelas dan Terang"), merupakan perayaan Cina yang diadakan pada hari ke-104 selepas solstis musim sejuk (atau hari ke-15 selepas ekuinoks musim bunga), dan lazimnya diadakan sekitar 5 April dalam kalendar Gregorian (lihat kalendar Cina). Pada setiap tahun lompat pula, Qing Ming diadakan pada 4 April. Secara istilah astronomi, perayaan ini merupakan jieqi (lihat Qingming). Dalam jieqi, perayaan Qingming jatuh pada hari pertama jieqi ke-5, yang juga dipanggil Qingming. Namanya menandakan masa bagi orang ramai untuk keluar dari rumah dan menikmati

Page 38: Pendidkan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan Tiga

kehijauan musim bunga (踏青 Tàqīng, "memijakkan kaki di atas tanah kehijauan"), dan juga menziarahi kubur orang tersayang yang sudah meninggal. Perayaan Qingming dijadikan cuti umum di Republik China di Taiwan, dan juga di Hong Kong dan Macau namun bukan di tanah besar China.

pantang larang orang cinaPantang-larang sewaktu perayaan

[sunting] Tuah baik

Membuka pintu dan tingkap dianggap menjemput masuk tuah pada tahun baru. Membiarkan lampu menyala semalaman dipercayai menghalau hantu dan puaka pembawa

musibah yang mampu mempengaruhi nasib sekeluarga sepanjang tahun. Gula-gula dan manisan dimakan untuk "memaniskan" nasib sepanjang tahun bagi pemakannya. Pembersihan rumah di setiap sudut wajib dilangsungkan sebelum hari tahun baru agar mudah

menerima tuah bagi tahun yang menjelang. Ada orang yang percaya bahawa apa yang berlaku pada hari pertama mencerminkan peristiwa

yang akan berlangsung sepanjang tahun. Maka, orang Asia mengambil kesempatan untuk berjudi pada hari pertama ini bagi menaruh harapan untuk menambah kekayaan.

Memakai selipar baru yang dibeli sebelum tahun baru bermaksud memijak orang yang bergosip tentang pemakainya.

[sunting] Nasib Malang ("Tuah buruk")

Membeli kasut baru dianggap pembawa malang bagi sesetengah orang Cina kerana perkataan bahasa Kantonis bagi "kasut" sama bunyinya dengan perkataan "kasar" atau "sukar".

Membeli seluar baru juga dipandang sebagai pembawa malang kerana perkataan Kantonis bagi "seluar" sama bunyinya dengan "pahit". (Namun ada yang menganggapnya sebagai positif, kerana perkataan bagi "seluar" dalam dialek itu juga sama bunyinya dengan "kaya".)

Menggunting rambut juga ditegah kerana perkataan bagi rambut sama bunyinya dengan hasil. Maka menggunting rambut juga dipandang sebagai "memotong hasil dalam bahasa Kantonis".

Mencuci rambut juga dianggap sebagai mencuci keluar kekayaan (namun perihal kebersihan sering telah mengatasi tradisi ini.)

Menyapu lantai juga dilarang pada hari pertama kerana ini akan menyapu keluar tuah bagi tahun baru.

Perbualan mengenai kematian juga kurang sesuai bagi beberapa hari terawal Tahun Baru Cina kerana ini turut dianggap tidak bagus.

Membeli buku juga membawa malang kerana perkataan sesetengah dialek Cina bagi "buku" sebunyi dengan perkataan bagi "kalah".

Kepercayaan kaum cinaBuddhisme

Page 39: Pendidkan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan Tiga

Agama Buddha sudah menjadi bagian dari filosofi Cina selama hampir 2000 tahun. Meskipun Buddha bukanlah merupakan agama asli, melainkan pengaruh dari India, tetapi ajaran Buddha mempunyai pengaruh yang cukup berarti pada kehidupan orang Cina. Tema pokok ajaram agama Buddha adalah bagaimana menghindarkan manusia dari penderitaan (samsara). Kejahatan adalah pangkal penderitaan. Manusia yang lemah, tidak berpengetahuan (akan Buddhisme) akan sangat mudah terkena kejahatan dan sulit untuk membebaskan diri dari penderitaan.

Pendiri agama Buddha adalah Sidharta Gautama. Ia dilahirkan dari keluarga bangsawan di India. Sewaktu kecil, ayahnya menjauhkan Sidharta dari segala macam bentuk penderitaan dunia, sampai pada suatu hari secara tidak sengaja ia melihat orang-orang yang selama ini belum dilihatnya yaitu orang-orang tua, seorang yang sakit dan yang meninggal. Kenyataan tersebut membuatnya kemudian meninggalkan istana dan bertapa di bawah pohon bodhi. Setelah bertapa selama enam tahun akhirnya ia memperoleh pencerahan dengan menemukan obat penawar bagi penderitaan, jalan keluar dari lingkaran tanpa akhir yaitu melalui kelahiran kembali kepada suatu jalan menuju Nirwana. Jalan ini yang kemudian dikenal juga sebagai inti dari ajaran Buddha.

Buddhisme masuk ke Cina kira-kira abad 3 Masehi, pada masa pemerintahan dinasti Han. Buddhisme selanjutnya mengalami perkembangan sendiri di negara tersebut. Ajarannya di Cina mendapat pengaruh dari kepercayaan yang sudah ada sebelumnya yaitu Taoisme dan Konfusiansianisme. Hal yang paling kentara dari percampuran ini ialah dengan munculnya sekte Shan, yang juga muncul di Jepang dengan nama Zen yang merupakan Buddhisme India bercorak Taoisme Cina. Wujud dari agama ini adalah timbulnya versi-versi signifikan dari dewata-dewata buddha, seperti Avalokitecvara, Maitreya, dan sebagainya. Avalokitecvara berubah menjadi Dewi Welas Asih (Guan Yin atau Kwan Im). Dewi ini sangat populer sekali di kalangan orang Cina, tempat orang memohon pertolongan dalam kesukaran, memohon keturunannya, dan lain sebagainya. Kwan Im dalam penampilannya mempunyai 33 wujud, diantaranya yang paling populer adalah Kwan Im berbaju putih, Kwan Im membawa botol air suci, dan Kwan Im bertangan seribu. Dalam Avalokitecvara, Maitreya juga mempunyai wujud lain di Cina yaitu Mi le fo, seorang yang bertubuh gemuk dan raut muka yang selalu tertawa. Dewa ini dikenal sebagai dewa pengobatan.

Selain dewata-dewata Buddhis, di dalam sistem kepercayaan rakyat Cina mengenal tiga penggolongan utama dewata, yaitu:

1. Dewata penguasa alam semesta yang mempunyai wilayah kekuasaan di langit. Para dewata golongan ini dipimpin oleh dewata tertinggi yaitu Yu Huang Da Di, Yuan Shi Tian Sun, dan termasuk di dalamnya antara lain dewa-dewa bintang, dewa kilat, dan dewa angin.

2. Dewata penguasa bumi yang memiliki kekuasaan di bumi, walau sebetulnya mereka termasuk malaikat langit. Kekuasaan mereka adalah dunia dan manusia, termasuk akhirat. Mereka dikatakan sebagai para dewata yang menguasai Wu-Xing (lima unsur), yaitu:

kayu (dewa hutan, dewa kutub, dan lain sebagainya)

Page 40: Pendidkan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan Tiga

api (dewa api, dewa dapur) logam (dewata penguasa kekayaan dalam bumi) air (dewa sumur, dewa sungai, dewa laut, dewa hujan, dan lain sebagainya) tanah (dewa bumi, dewa gunung, penguasa akhirat, dewa pelindung kota, dan lain sebagainya)

3. Dewata penguasa manusia, yaitu para dewata yang mengurus soal-soal yang bersangkutan dengan kehidupan manusia seperti kelahiran, perjodohan, kematian, usia, rezeki, kekayaan, kepangkatan dan lain sebagainya. Termasuk dalam golongan dewata penguasa manusia ini adalah para dewata pelindung usaha pertokoan, dewata pengobatan, dewata pelindung, dan peternakan ulat sutra. Di samping itu, terdapat dewata-dewata kedaerahan yang menjadi pelindung masyarakat yang berasal dari daerah yang sama.

Orang IndiaMasyarakat India merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia dan juga salah satu kaum yang telah menyumbang ke arah pembentukan sebuah masyarakat majmuk di negara kita. Seperti masyarakat lain, masyarakat India juga kaya dengan ciri-ciri kebudayaan mereka dan masih mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga kini. Adat resam yang diamalkan oleh masyarakat India mempunyai banyak persamaan dengan kebudayaan masyarakat Melayu. Ini jelas terlihat dalam aspek kelahiran dan perkahwinan.

Perkahwinan

Peringkat pertama merupakan merisik. Dalam peringkat merisik, terdapat beberapa aspek perlu diberi perhatian seperti faktor etnik, sub etnik, kasta dan agama. Selain itu, faktor-faktor lain seperti status ekonomi dan status sosial merangkumi aspek seperti umur, tahap pendidikan, jenis pekerjaan, etika dan moral, rupa paras dan latar belakang keluarga juga turut diambil kira. Selalunya maklumat-maklumat ini diperolehi secara langsung dari pihak yang terlibat dan juga secara tidak langsung menerusi sahabat-handai dan saudara mara. Ada kalanya orang tengah yang dipanggil tirumana taraga akan membantu dalam kerja-kerja merisik. Tetapi kini peranan tersebut telah diambil alih oleh ejen-ejen perkahwinan yang berdaftar.

Selepas itu, kunjungan ke rumah pengantin dijalankan. Adat ini dilakukan selepas adat merisik dilakukan. Bakal pengantin lelaki akan mengunjungi bakal pengantin perempuan untuk melihat sendiri paras rupa dan perawakan calon isterinya. Adat ini dikenali sebagai pen paarttal atau dalam bahasa Melayu dipanggil sebagai melihat bakal isteri. Ketika itu wakil pihak lelaki perlu datang dalam jumlah ganjil walaupun bilangan tersebut ramai.

Buah tangan seperti kelapa, sirih, pinang, cendana, buah-buahan, bunyi-bunyian serta serbuk kumkum akan dibawa. Barang-barang ini dibawa sebagai tanda kedatangan mereka atas niat yang baik dan untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Pihak perempuan akan menerima hantaran tersebut sekiranya bersetuju. Jika tidak, mereka hanya melayan orang yang

Page 41: Pendidkan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan Tiga

datang sebagai tetamu dan tidak boleh mengambil barang-barang tersebut.

Bakal pengantin perempuan akan memakai sari dan dipertanggungjawabkan menghidang air minuman. Pada masa itu bakal pengantin lelaki berpeluang melihat pengantin perempuan dengan lebih dekat lagi. Oleh itu bakal pengantin perempuan perlu melayani para tetamu yang bertandang termasuklah bakal suami. Kemudian kunjungan ini dibalas oleh wakil perempuan. Kali ini pengantin perempuan tidak turut serta. Dalam masyarakat India, adat pen paarttal juga bertujuan untuk mengetahui latar belakang bakal pengantin lelaki.

Adat penyesuaian bakal pengantin yang dikenali sebagai Thairumanam Poruttam Paartal dijalankan terlebih dahulu, dalam ajaran Hindu tidak terdapat konsep perceraian. Terdapat 21 aspek perlu diambil kira untuk menentukan kesesuaian pasangan bakal

pengantin dengan cara tilikan dimanak Hindu. Diantara yang masih diamalkan oleh masyarakat Hindu iaitu

Tina poruttam/Natcattira poruttam, Kana poruttam, Mahentira poruttam, Pentiikka poruttam, Yooni

poruttam, Raasi poruttam, Raasiyaati paati poruttam, Vaiya poruttam, Racau poruttam dan Veetai poruttam.

Bakal pengantin lelaki seterusnya akan melafazkan ikat janji bagi menyatakan persetujuan untuk mengahwini bakal pengantin perempuan. Seterusnya perkahwinan tersebut akan diumumkan kepada orang ramai. Sebagai tanda ikatan, kedua-dua pengantin akan menukar sirih pinang yang dinamakan taambuulan marrutal. Kemudian mereka akan membincangkan mengenai hari perkahwinan dan tentang belanja untuk pengantin perempuan, kad jemputan dan sebagainya. Kemudian upacara niccayam akan dilakukan dan lazimnya akan dijalankan dengan bertukar-tukar kalungan bunga.

Ikat janji atau niccayam dilakukan selepas mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak. Wakil lelaki akan datang ke rumah pihak perempuan dalam jumlah bilangan yang ganjil dengan membawa beberapa barangan seperti kelapa, sirih pinang, bunga-bungaan, buah-buahan, cendana dan kumkum untuk diberikan kepada wakil perempuan.

Sebaik sahaja sampai ke rumah bakal pengantin perempuan, bapa kedua-dua belah pihak akan berbincang mengenai perkahwinan tersebut. Sekiranya bapa salah seorang bakal pengantin telah meninggal dunia, perbincangan akan diadakan dengan saudara-mara. Sekiranya kedua-dua belah pihak pengantin bersetuju, mereka akan mengikat janji.

Adat parisam terbahagi kepada dua iaitu parisam biasa atau udan parisam. Parisam biasa adalah pemberian hadiah yang dijalankan lebih awal daripada hari perkahwinan, manakala udan parisam adalah pemberian hadiah yang dilakukan pada hari yang sama di sebelah pagi

Page 42: Pendidkan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan Tiga

sebelum perkahwinan dilangsungkan. Dalam masyarakat India, parisam umpama sebuah majlis pertunangan. Adat pemberian parisam akan diadakan pada hari yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Pihak pengantin lelaki akan menyediakan beberapa jenis hantaran dalam jumlah ganjil. Hantaran ini perlu disediakan oleh wanita yang sudah bersuami sahaja dan mereka dipanggil cumanggali.

Parisam akan dibawa ke rumah pengantin perempuan diketuai oleh bakal pengantin lelaki dengan memakai pakaian tradisional masyarakat India. Pada masa yang sama alat muzik tradisional seperti naatasawaram dan meelam dimainkan. Pihak perempuan akan menyediakan buyung yang dikenali sebagai puurana kumbum yang diletakkan di ruang tamu. Lampu minyak yang dipanggil sebagai kuttu vilakku diletakkan bersebelahan puurana kumbum sebagai menunjukkan kurniaan tuhan.

Bagi memulakan adat tersebut, upacara sembahyang akan dilakukan terlebih dahulu. Kemudian bapa pengantin perempuan akan membawa parisam yang mengandungi sari dan diberi kepada anaknya. Pada masa yang sama pengantin perempuan menulis sesuatu dengan menggunakan kunyit sebagai meminta restu daripada tuhan. Setelah itu barulah pihak lelaki dan jemputan lain boleh melihat puurana kumbum dengan lebih dekat lagi. Pada hari tersebut, bakal pengantin perempuan memakai sari parisam dan dipimpin keluar oleh seorang wanita lain ke ruang tamu. Pada masa ini beberapa orang saudara-mara boleh mengalungkan kalungan bunga pada bakal pengantin perempuan. Ini dikenali sebagai orrai-maalai atau kalungan tunggal. Pengiring akan memberi kad jemputan kepada kedua-dua pihak pengantin.

Tiga upacara penting iaitu mengunjungi rumah pengantin (pen paartal), adat ikat janji (niccayam) dan pemberian hadiah (parisam) merupakan adat yang sering dilakukan oleh masyarakat India. Namun begitu ada di kalangan mereka yang tidak lagi melakukan upacara tersebut untuk mengelakkan pembaziran.

Kad jemputan memainkan peranan yang penting dalam perkahwinan masyarakat India. Kad jemputan ini dibuat berdasarkan almanak Hindu. Sekiranya terdapat kesilapan, bermakna perkahwinan tidak dapat dijalankan dengan lancar. Kad jemputan yang telah dicetak disapu dengan serbuk kunyit cair sebagai lambang keharmonian.

Beberapa keping kad jemputan dalam bilangan ganjil akan dibawa bersama ke kuil untuk dibawa bersembahyang (arccanai). Kad diletakkan di atas dulang bersama sirih, wang ringgit, kelapa, pinang dan sebagainya sebagai lambang kekayaan. Upacara ini dinamakan sebagai paanam paaku. Kemudian dulang akan dibawa ke rumah pengantin perempuan untuk diberi kepada pengantin lelaki dan begitulah sebaliknya. Pada masa yang sama sirih pinang akan diberikan sebagai tanda jemputan perkahwinan secara rasmi.

Thaali atau tjirumaangalyam merupakan lambang suci perkahwinan yang dikalungkan pada leher kedua-dua pengantin. Pada thaali itu diikat segumpal benang putih yang disapu dengan kunyit. Terdapat pelbagai jenis thaali yang digunakan oleh masyarakat India seperti lingath thaali, pottut thaali, tennant thaali dan sebagainya. Ini disebabkan terdapat pelbagai suku di

Page 43: Pendidkan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan Tiga

kalangan masyarakat India. Adat penyediaan thaali ini dilakukan tujuh atau sembilan hari sebelum hari perkahwinan. Pihak lelaki akan membawa emas, cendana, kumkum, sirih pinang, kelapa dan bayaran untuk pembuat thaali. Ini adalah untuk memastikan tukang thaali mengetahui hari yang sesuai untuk membuat thaali. Tiga hari sebelum perkahwinan, thaali akan diambil dan diletakkan di tempat sembahyang atas suruhan pembuat thaali. Pihak pengantin adalah dilarang untuk menawar perkhidmatan yang dilakukan oleh pembuat thaali.

Selepas itu upacara sembahyang dilakukan dan ini dinamakan sebagai thaalippadaiyal. Dalam upacara itu bubur manis dan nasi manis disediakan termasuklah dhoti dan sari untuk pasangan pengantin. Secara umumnya thaali tidak diwajibkan diperbuat daripada emas. Ini kerana thaali masih boleh dibuat daripada kunyit yang dikatakan lebih selamat dan tidak dicuri orang.

Adat Mukuurtta Kaal dilakukan lima hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan. Adat mukuurtta kaal ini diadakan pada hari yang baik mengikut firasat masyarakat India. Untuk menjalankan adat tersebut sebatang pokok yang masih muda dan lurus akan ditebang untuk dijadikan mukurtta kaal. Batang pokok tersebut berukuran dua atau tiga meter dan mempunyai lilitan batang antara 20 hingga 30 sentimeter.

Adat mendirikan mukuurtta kaal adalah sebagai menandakan perkahwinan akan dilangsungkan di rumah tersebut. Bahan-bahan lazim seperti sirih pinang, kum kum, kunyit dan sebagainya disediakan. Ahli-ahli keluarga pengantin akan bermohon pada Tuhan supaya perkahwinan dapat dilangsungkan tanpa gangguan. Batang kayu diambil dan dibersihkan serta dibuang kulitnya. Lima orang perempuan yang sudah berkahwin akan menyapukan kunyit cair dan kumkum pada batang kayu tersebut dari pangkal hingga hujung. Kemudian hujung kayu diikat dengan daun ara atau mangga menggunakan kain bewarna merah. Kayu akan dipacak sedalam setengah meter dan bahan-bahan tadi akan dimasukkan ke dalam lubang tersebut sebagai lambang kekayaan. Kemudian upacara sembahyang dilakukan oleh pengantin beserta lima orang perempuan tersebut. Sebanyak sembilan jenis bijirin ditabur pada batang kayu dan lampu minyak dinyalakan. Pada masa yang sama pengantin berikrar akan menjaga alam sekitar sebagai lambang persahabatan dengan alam sekitar. Kebiasaannya adat mendirikan mukuurtta kaal dilakukan di rumah pengantin lelaki.

Thirumanan bermaksud penyatuan atau ikatan suci melalui perkahwinan antara pasangan suami isteri agar kekal hingga ke akhir hayat. Terdapat tiga jenis perkahwinan dalam masyarakat India iaitu Vaitikat Thairumanam, Tamil Thairumanam dan Diya Thairumanam yang mana perkahwinan ini dijalankan adalah berlandaskan aspek suku kaum.

Majlis perkahwinan dimulakan dengan upacara niccayam (ikat janji) dengan memberi hadiah seperti pakaian dan lain-lain. Kad undangan disapu dengan air kunyit dibawa ke kuil dalam jumlah ganjil sebagai tanda rasmi undangan perkahwinan. Upacara Kanggenam iaitu menanam sebatang pokok yang lurus dan disapu dengan serbuk kunyit tiga hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan. Pengantin lelaki tidak dibenarkan keluar selama tiga hari sebelum hari perkahwinan.

Page 44: Pendidkan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan Tiga

Upacara perkahwinan dilakukan oleh Pedanda dengan berdoa supaya pengantin hidup bahagia hingga hari tua. Pedanda akan menabur sembilan jenis bijirin setelah selesai acara menyarung cincin. Pengantin lelaki akan mengalungkan thaali yang diperbuat daripada benang yang disapu dengan kunyit dan hujungnya diikat dengan seketul kunyit kepada pengantin perempuan hingga aras dada. Kedua mempelai memberi hormat kepada ibu bapa atau mertua dengan menukar dulang berisi buah-buahan dan menyapu debu suci pada dahi pengantin.

Antara adat yang dilakukan untuk menghormati dan mendapat restu termasuklah menyerah sebiji kelapa yang dilubangkan pada bahagian atasnya, menuang air susu ke dalamnya, memberi sirih, mencium tapak kaki ibu bapa (membasuh kaki ibu bapa), memberi hadiah dhoti (bapa mertua) serta sari (ibu mertua) dan wang. Biasanya pasangan pengantin akan bertukar-tukar kalungan bunga sebanyak tiga kali dan berkongsi minum air susu bercampur pisang di dalam sebiji gelas. Upacara ini menandakan pasangan ini secara rasmi telah menjadi suami isteri.

Beberapa faktor penting yang diambil kira sebelum upacara perkahwinan dilangsungkan untuk mendapat kebahagiaan hidup, antaranya seperti masa yang baik untuk melangsungkan perkahwinan, pengertian thaali, valatu kal, pemberian manisan, hadiah, penghormatan kepada pengantin lelaki, simbol pokok pisang, jamuan perkahwinan dan meroboh khemah perkahwinan.

Selepas Majlis Perkahwinan

Terdapat beberapa adat yang dijalankan oleh masyarakat India selepas berlangsungnya sesuatu perkahwinan. Antara adat tersebut ialah pengantin perempuan dikehendaki pergi ke rumah pengantin lelaki sebagai menghormati suami selepas mereka disahkan sebagai pasangan suami isteri. Kemudian pengantin lelaki pula dikehendaki pergi ke rumah pengantin perempuan selama tiga hari. Pada masa itu ibu bapa mertua akan menghormati kedua-dua pengantin dengan mengadakan jamuan.

Pada hari ketiga selepas perkahwinan, Khemah lazimnya akan dirobohkan. Sebelum khemah dirobohkan, ayam akan disembelih sebagai tanda menunjukkan tamatnya upacara perkahwinan. Namun amalan tersebut tidak lagi dilakukan pada masa kini. Hanya jamuan ringan sahaja yang diberikan kepada mereka yang merobohkan khemah perkahwinan.

Jamuan perkahwinan tidak ketinggalan diadakan selepas upacara perkahwinan dijalankan. Sekiranya perkahwinan dilakukan di kuil, sayur-sayuran akan dihidangkan kepada para tetamu. Sekiranya jamuan diadakan di dewan, makanan selain dari sayur-sayuran dihidangkan, kecuali daging kerana daging amat dilarang dalam agama Hindu. Jamuan tersebut akan turut disertai oleh saudara mara serta sahabat handai.

Sewaktu Mengandung

Page 45: Pendidkan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan Tiga

Adat Valaikaappu adalah adat yang dilakukan ketika kandungan sulung wanita hamil menjangkau usia tujuh hingga sembilan bulan. Wanita hamil tersebut akan dipakaikan sebentuk gelang tangan baru yang dikenali sebagai Suulkaappu. Suul bermaksud `kandungan ibu dan Kaappu pula bermaksud 'perlindungan'. Gelang ini dipakai bertujuan untuk melindungi bayi di dalam kandungan daripada kesukaran semasa bersalin.

Adat Valaikaappu diadakan pada hari dan masa yang baik menurut kalendar India. Upacara ini akan diadakan di rumah suami atau ibu bapa dan disertai oleh kaum wanita yang telah bersuami dan mempunyai anak yang dipanggil cumanggali.

Gelang tangan yang dipakaikan dalam upacara ini terdiri daripada beberapa jenis iaitu gelang kaca, pancalogam dan emas mengikut kemampuan masing-masing. Setelah anak dilahirkan, gelang tangan emas tersebut akan dileburkan untuk dibuat perhiasan bagi bayi tersebut dan akan dipakaikan pada hari pemberian nama.

Pada hari upacara dilakukan, hadiah kepada wanita hamil tersebut yang dikenali sebagai ciir diatur ke dalam dulang yang mempunyai bilangan ganjil. Hadiah ini termasuk barang kemas, sari, gelang tangan, serbuk kumkum, kunyit, buah-buahan, sirih pinang, sikat dan cermin serta pelbagai manisan. Hadiah di dalam dulang ini akan diletak di ruang tamu dan seterusnya upacara memandikan wanita hamil tersebut diadakan. Upacara ini juga dikenali sebagai mutugu niir (kulittal). Wanita hamil tersebut didudukkan di bilik mandi dan dimandikan dengan air seperti air susu, air kunyit, air kelapa muda, air mawar dan bunga-bungaan. Setelah mandi, wanita hamil tersebut akan dihias seperti pengantin dan seterusnya akan dikalungkan dengan kalungan bunga oleh suaminya.

Wanita hamil tersebut dipakaikan dengan sari perkahwinan atau sari baru yang dibeli oleh ibu bapanya dan didudukkan di ruang tamu. Seterusnya lampu minyak kuttu vilakku dihidupkan sebagai memohon restu Tuhan dan sebagai memulakan upacara. Berbagai makanan juga disediakan khas bagi wanita hamil tersebut seperti pelbagai jenis nasi, kuih muih, buah-buahan dan bunga-bungaan.

Adat ini dimulakan dengan upacara sembahyang. Para cumanggali akan memulakan upacara dengan menyapu krim cendana pada kedua belah tangan dan pipi wanita hamil, kumkum diletak di dahi dan gelang tangan dipakaikan. Makanan yang disediakan juga disuapkan kepada wanita hamil tersebut. Sebagai tanda terima kasih, wanita hamil akan menghadiahkan sirih pinang, kunyit, bunga dan beberapa gelang kepada cumanggali yang menjalankan upacara ini.

Page 46: Pendidkan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan Tiga

Seterusnya upacara aalatti dijalankan iaitu dengan menyediakan air kunyit yang dicampurkan kapur sirih dan diisi dalam sebuah dulang khas dan sirih diletakkan di tengah-tengahnya. Kapur barus dihidupkan di atas sirih tadi. Dulang diangkat oleh tiga orang cumanggali dan diputar mengikut arah jam dan dilambai sebanyak tiga kali di hadapan wanita hamil tersebut. Salah seorang cumanggali akan mencelup ibu jarinya ke dalam air aalatti dan menyapunya ke dahi wanita hamil itu. Setelah itu, isi dulang aalatti dibuang di hadapan pintu rumah.

Seterusnya wanita yang hamil itu akan memakan salah satu nasi yang disediakan. Nasi-nasi tersebut diletak di atas daun pisang berasingan dan seterusnya dibungkus dengan kain putih dan disimpul. Wanita hamil itu diminta membuka salah satu bungkusan yang diingini. Jika bungkusan yang dibuka adalah nasi manis, dipercayai anak yang bakal lahir adalah perempuan, sebaliknya pula adalah lelaki.

Selesai upacara valaikaapu dijalankan, wanita hamil tersebut akan tinggal di rumah ibu bapanya selama sebulan selepas bersalin. Upacara valaikaappu ini masih diterima dan diamalkan masyarakat India tetapi disesuaikan mengikut faktor ekonomi, pendidikan dan struktur lapisan masyarakat.

Kelahiran

Waktu kelahiran adalah penting bagi masyarakat India dimana ia akan dicatat dengan tepat bagi menentukan bintang bayi mengikut almanak Hindu. Bintang bayi ini akan menentukan mental, fizikal dan rohani bayi sehingga dewasa.

Sebaik sahaja bayi dilahirkan, sami atau sesiapa sahaja yang berpengetahuan tinggi mengenai agama Hindu akan membisikkan Gayatri Mantiram iaitu sejenis mantera Tuhan di telinga bayi sebelum tali pusat dipotong. Namun begitu adat ini disesuaikan dengan hanya membisikkannya sebaik sahaja melihat bayi tersebut kerana perubatan moden tidak membenarkan sesiapa memasuki bilik bersalin.

Bisikan nama Tuhan pada telinga bayi adalah untuk membolehkan bayi tadi mendengar nama Tuhan sebelum mendengar apa-apa yang lain. Ia bertujuan untuk membawa rahmat kepada bayi tersebut.

Tali pusat yang dipotong akan ditanam bersama uri dan tembuni di sekitar kawasan rumah bersama duit tembaga, serbuk kunyit, garam dan pinang. Bahan-bahan ini dimasukkan bersama untuk mengelak dari dikorek oleh binatang liar dan tidak digunakan oleh ahli sihir.

Bayi yang baru dilahirkan juga akan disapu madu bercampur minyak sapi pada lidahnya. Di samping madu, air gula juga boleh digunakan. Minyak savvennai yang merupakan campuran minyak bijan, minyak lenga dan mambu juga kadangkala digunakan. Kegunaan minyak ini dipercayai boleh membawa kecantikan dan supaya bayi tidak diserang sebarang penyakit. Madu pula dikatakan dapat melembutkan lidah bayi dan memudahkan bayi bertutur.

Page 47: Pendidkan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan Tiga

Setitik minyak bijan yang dicampur dengan sedikit susu ibu dan disapu ke mulut bayi akan bertindak menjadi pelawas dalam sistem penghadaman dan membantu tumbesaran bayi tersebut.

Bayi yang dilahirkan di hospital akan dibawa pulang ke rumah pada hari ketiga, kelima, ketujuh dan sebagainya iaitu pada bilangan hari ganjil. Sebelum bayi dibawa masuk ke rumah upacara aalati dilakukan. Ia bertujuan untuk mengelakkan bala atau sebarang malapetaka dariapada berlaku.

Bagi upacara aalati ini, dulang yang mengandungi serbuk kunyit, kapur sirih yang dicairkan, arang, sirih dan kapur barus yang dinyalakan diangkat dan diputar tiga kali mengikut arah jam dan juga lawan jam. Dulang juga dilambai sebanyak tiga kali. Seterusnya para cumanggali akan mencelupkan ibu jarinya ke dalam dulang tersebut dan mencalitkan ke dahi ibu dan anak. Setelah ibu dan anak masuk ke dalam rumah, isi dulang aalati dibuang.

Apabila bayi dan ibu kembali ke rumah, mereka diasingkan dari ahli keluarga yang lain di sebuah bilik khas yang sentiasa dijaga kebersihannya. Bagi dua minggu pertama, orang luar dilarang melawat mereka kecuali untuk tujuan perubatan.

Jika proses bersalin secara pembedahan, ibu yang baru bersalin tidak dibenarkan mandi selama dua minggu atas sebab-sebab kesihatan akibat fizikal ibu yang lemah kerana pembedahan dan kesan kelahiran. Bagi ibu yang bersalin normal, si ibu akan mandi selang sehari selepas bersalin. Beberapa herba dan dedaun seperti aadatoodai dididihkan bersama air. Air tersebut digunakan untuk mandi. Rambut ibu akan dikeringkan dengan segera dengan asap kemenyan bagi mengelakkan sakit kepala, selsema dan juga untuk menyegarkan tubuh badan selepas bersalin.

Bayi pula kebiasaanya dimandikan pada waktu petang oleh seorang wanita yang berpengalaman. Mandian ini dilakukan dengan menyiram ke seluruh badan bayi dengan menggunakan air suam yang kadangkala dicampur dengan bahan-bahan herba. Ia bertujuan untuk mengelak penyakit sawan atau kuning. Susu juga digunakan sebagai bahan utama untuk melembutkan kulit bayi.

Ketika bayi dimandikan, urutan perlahan dilakukan pada tubuh bayi dan tulang belakang bayi supaya tidak bengkok. Bagi tujuan kecantikan, hidung, kening dan telinga turut diurut. Beberapa bahan seperti serbuk kunyit, minyak bijan, kas-kas dan kacang hijau yang ditumbuk digunakan sebagai pembersih badan bayi bertujuan untuk mengelakkan penyakit kulit dan melicinkan kulit bayi. Selesai dimandikan, bayi ditonggengkan dengan mengangkat kedua belah kaki sambil menepuk bahagian punggung untuk mengeluarkan kahak. Setelah itu bayi diasapkan dengan asap kemenyan, dan disapu dengan bedak yang diperbuat dari tepung beras supaya tidak dihinggapi ruam. Akhir sekali bayi akan dibedung dengan kain bertujuan untuk meluruskan anggota badan bayi.

Amalan mendodoi bayi merupakan upacara yang paling penting dalam masyarakat India. Upacara mendodoi ini juga dikenali sebagai taalaattu bermaksud penggoyangan lidah. Upacara dimulakan dengan ucapan aaraaro aariraro atau cerita-cerita nasihat. Ia bertujuan agar bayi

Page 48: Pendidkan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan Tiga

tersebut menjadi seorang yang berguna. Namun amalan ini semakin berkurangan dilakukan dan hanya diamalkan oleh generasi tua sahaja.

Sebaik sahaja bayi berusia enam belas hari, upacara pemberian nama dilakukan. Ia dilakukan dengan memasukkan bayi ke dalam buaian dan dikendalikan oleh ahli keluarga yang tertua yang arif tentang agama dan perkara yang berkaitan dengan dewa-dewa.

Upacara dimulakan dengan mengadakan upacara sembahyang sebagai tanda kesyukuran. Terdapat juga upacara memuja Dewi Pecciyamman dan Dewi Kaatteeri dilakukan oleh segelintir masyarakat India. Upacara pemujaan dilakukan dengan membersihkan sekeliling rumah dan memasang lampu minyak di keliling rumah. Bahan-bahan persembahan juga disediakan seperti kari ayam betina, telur rebus, ikan kering dan sebagainya. Bayi kemudiannya dimasukkan ke dalam buaian dan namanya diumumkan pada orang ramai. Saudara mara yang hadir akan memberi pelbagai hadiah dan upacara diakhiri dengan jamuan dan upacara sembahyang bagi mendoakan kesejahteraan bayi.

Nama-nama yang dipilih lazimnya berdasarkan almanak dengan mengikut tarikh kelahiran bayi. Nama-nama tokoh sejarawan, nenek moyang serta yang berkaitan dengan agama Hindu juga dipilih bagi bayi tersebut kerana nama yang dipilih ini akan mempengaruhi perwatakannya kelak.

Kematian

Bagi masyarakat India, mereka mempercayai konsep kelahiran semula, iaitu kematian adalah ibarat tidur dan mereka akan bangun selepas tidur. Sarjana India juga menyatakan kematian adalah perpisahan roh dan jasad, di mana jasad akan hancur, tetapi kembali ke alam barzakh . Dalam masyarakat India, mayat akan dibakar atau dikebumikan. Untuk melaksanakan upacara ini, pelbagai adat tertentu akan dilakukan.

Sekiranya seseorang itu telah meninggal dunia, mayat akan diletakkan di ruang tamu. Kepala mayat dihadapkan ke arah selatan dan sebuah lampu minyak atau kaamaatci amman vilakku dipasang dinyalakan. Kemudian sebiji kelapa terbelah dua dan sirih pinang diletakkan berhampiran si mati. Kemenyan dan kapur barus diasap sebagai simbol ketenangan jiwa si mati. Serbuk suci atau tiruniiru disapu pada dahi si mati sebelum disembahyang. Sepanjang mayat berada di dalam rumah, si mati perlu dijaga dengan sebaiknya. Kaki dan tangan mayat perlu diluruskan, ibu jari tangan dan kaki diikat dengan kain putih dan diletakkan ke dada. Mata dan mulut mayat juga perlu ditutup rapat. Setelah itu barulah si mati dibalut dengan menggunakan kain. kunyit disapu pada mata untuk membunuh kuman dan seterusnya duit syiling diletakkan di atas dahi. Sirih pinang ditumbuk dan dimasukkan ke dalam mulut dan lubang hidung akan disumbatkan dengan kapas. Air mawar direnjis dan mayat turut diasapkan dengan kemenyan yang dibakar supaya tidak berbau. Untuk menunjukkan kesedihan, gambar-gambar yang tergantung diterbalikkan dan barang-barang perhiasan dibawa keluar dari ruang tamu. Lagu-lagu suci seperti teevaaram, tiruvaasakam dan seumpamanya dinyanyikan serta diimainkan sehingga ke tanah perkuburan. Tujuannya agar roh si mati sentisa tenang dan aman.

Page 49: Pendidkan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan Tiga

Mayat akan dimandikan terlebih dahulu dan dibaringkan di atas katil di ruang tamu atau halaman rumah. Kaum lelaki yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan si mati sahaja boleh membawa air dalam jumlah yang ganjil. Air tersebut diperolehi dari sungai, perigi atau sumber-sumber air yang lain, kecuali air paip. Buyung yang berisi air akan ditutup dengan menggunakan kain dhoti untuk mengelakkan habuk memasuki air tersebut. Kaum wanita pula akan menyambut air tersebut yang digunakan untuk memandikan mayat. Sebelum dimandikan, minyak dan araippu digunakan untuk disapukan pada kepala sebagai mandian terakhir. Sapuan minyak ini dilakukan oleh ahli keluarga dan diikuti oleh saudara mara terdekat. Belakang tapak tangan digunakan untuk menyapu minyak ini dan bukannya menggunakan tapak tangan sebagaimana lazimnya. Mayat seterusnya dimandikan oleh orang yang telah berumur. Selepas dimandikan, si mati akan dipakaikan dengan pakaian baru iaitu sari bagi mayat perempuan dan dhoti bagi mayat lelaki. Mayat yang sudah dibersihkan itu akan diletakkan di ruang tamu sebagai langkah menghormati tetamu.

Thaali vaangutal merupakan upacara menanggalkan thaali semasa berlakunya sesebuah kematian dalam sesebuah keluarga. Thaali iaitu rantai suci perkahwinan hanya boleh ditanggal oleh seorang isteri setelah suamiya meninggal dunia. Dalam upacara tersebut, si isteri hendaklah duduk di sebelah si mati dan dijirus dengan sebuyung air semasa mayat suaminya dimandikan. Kemudian bunga akan dikalungkan pada leher balu dan kemudian bunga tersebut dikalungkan pada si mati. seterusnya seorang wanita yang sudah berusia dan mempunyai hubungan kekeluargaan akan memegang tangan si mati sambil mengalungkan kalungan bunga ke leher balu dan proses ini dilakukan sebanyak tiga kali. Balu tersebut dikehendaki meletakkan kalungan bunga ke dalam dulang yang berisi minyak, bunga dan susu yang dibawa oleh seorang perempuan lain. Ini dilakukan seolah-olah menunjukkan si suami membuangkan thaali dari leher balu. Thaali itu seterusnya akan dimasukkan ke dalam dulang dan disimpan dalam rumah.

Setelah dimandi dan dihias dengan cantik, mayat akan dimasukkan ke dalam keranda. Kapur barus dimasukkan bersama supaya mayat tidak berbau. Kemudian ke dalam mulut mayat akan dimasukkan sedikit makanan sebagai menandakan pemberian terakhir dan inilah yang dinamakan vaaikkarisi. Makanan yang akan dimasukkan ke dalam mulut mayat berupa beras yang diletakkan di dalam sebuah dulang dan diletakkan berhampiran kepala mayat. Sebelum dimasukkan ke dalam mulut mayat, beras akan diarak dari kiri ke kanan. Duit syiling yang diletakkan di dalam dulang yang sama dibalut dengan kain putih. Ini dilakukan oleh kaum perempuan sahaja. Upacara vaaikkarisi akan dilakukan oleh kaum lelaki di tanah perkuburan pula, justeru itu kaum perempuan amat dilarang turut serta ke tanah perkuburan. Sekiranya si mati mempunyai cucu atau cicit, mereka dikehendaki memegang neippantam. Neip bermaksud minyak sapi dan pantam adalah obor. Beberapa batang kayu kecil akan dibalut di bahagian hujung dengan menggunakan kain yang disapu dengan minyak sapi dan dinyalakan. Cucu atau cicit tersebut dikehendaki mengelilingi mayat mengikut lawan jam sebanyak tiga kali. Pada masa yang sama lagu-lagu suci dimainkan. Saudara mara yang terdekat akan memberi sari atau dhoti kepada si mati sebagai hadiah terakhir. Keranda akan ditutup dan diangkat untuk dibawa ke tanah perkuburan, pada masa yang sama ucapan tenna adudaiya shinanee pottri disebut beberapa kali sebagai menandakan upacara tersebut telah direstui oleh tuhan. Ahli-ahli

Page 50: Pendidkan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan Tiga

keluarga akan mengelilingi mayat mengikut lawan jam sebanyak tiga kali sebagai tanda penghormatan.

Kollic catti bermaksud periuk tanah liat yang mengandungi api. Periuk tersebut diangkat dengan menggunakan pelepah kelapa yang dibelah tiga di bahagian hujung dan diikat pada periuk. Kollic catti dibawa oleh ahli keluarga si mati samada anak ataupun bapa. Anak sulung melakukan untuk bapa yang telah meninggal dunia dan anak bongsu untuk ibu. Seseorang yang membawa kollic catti mengiringi mayat. Sebelum itu pembawa kollic catti dikehendaki mencukur rambut. Ini menunjukkan bahawa mereka akan hidup lebih bahagia seperti rambut yang baru tumbuh. Ada juga yang mencukur janggut atau misai sebagai menggantikan rambut. Pada masa yang sama sebuah nyiru diisikan dengan bahan-bahan seperti padi goreng, biji sawi dan bijan. Sepanjang perjalanan, bahan-bahan tersebut ditabur dan setiap bahan-bahan tadi mempunyai perlambangan yang tersendiri.

Mayat orang India akan diusung ke tanah perkuburan dengan menggunakan pengusung. Apabila tiba di tanah perkuburan, pengusung perlu membayar duit kepada penyelenggara sebagai upah mengorek liang lahad. Keranda akan digerakkan beberapa kali sebelum menghampiri liang lahad. Pergerakan dimulakan dengan dengan mengubah bahagaian kaki ke kubur dan kemudian bahagian kepala. Ini adalah seperti pergerakan bayi yang berada di dalam kandungan. Oleh itu si mati dipercayai berada di dalam perut Dewi Bumi. Kemudian keranda diletakkan bersebelahan dengan kubur bagi mayat yang dikebumikan atau diletakkan di atas kayu api unyuk dibakar. Duit syiling dimasukkan ke dalam dhoti dan diletakkan di antara kaki mayat, lalu diambil oleh pengurus kubur sebagai tanda keizinan mayat dikebumikan. Setelah itu upacara sembahyang dilakukan oleh semua yang berada di situ.

Pembawa Kollic catti atau buyung dikehendaki mengelilingi mayat sebanyak tiga kali menurut arah jam. Kemudian diikuti oleh pengurus mayat yang akan menebuk kollic catti dengan menyebut 'sorkam seer, kaiulaasam seer' berulang kali. pada pusingan ketiga, pembawa kollic catti berada di hadapan mayat dan duduk melutut tetapi tidak menghadap mayat. Kemudian tiga batang kayu yang menyala dibakar dan disusun ke tanah satu persatu. Upacara ini dilakukan untuk mengurangkan kesedihan keluarga si mati. Setelah mayat dikebumikan, satu bentuk manusia akan dilukis di atas kubur. Satu lubang akan dibuat di bahagian kepala dan susu akan dicurahkan pada lubang tersebut. Ada juga yang memasukkan bijirin ke lubang tersebut. Selesai upacara tersebut, semua yang hadir perlu ke rumah si mati untuk upacara penyempurnaan adat pengebumian sebelum balik ke rumah.

Selepas Kematian

Rumah perlu dibersihkan sebaik sahaja mayat dibawa ke kubur. lampu minyak dinyalakan dibekas tempat pembaringan mayat dan selepas itu ahli-ahli keluarga dikehendaki mandi untuk membersihkan diri selepas upacara pengebumian dijalankan. Makanan yang terdiri daripada sayur-sayuran atau haiwan yang tidak berdarah akan dihidangkan untuk ahli-ahli keluarga si mati. Sebaldi air akan diletakkan di hadapan rumah dan lampu minyak sentiasa dinyalakan. selain itu debu suci dan garam disertakan. Kemudian ahli-ahli keluarga dikehendaki menyentuh garam dan menyapu pada dahi sebelum masuk ke dalam rumah. Air yang berada di dalam baldi

Page 51: Pendidkan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan Tiga

digunakan untuk mencuci kaki dan selepas itu berakhirlah sudah upacara pengkebumi. Bagi mereka yang membawa kollic catti akan pulang ke rumah untuk melakukan upacara kollic catti. Pembawa kollic catti hendaklah mandi di sungai atau kolam dan kemudian barulah boleh masuk ke rumah. Ini adalah menunjukkan tamatnya upacara kollic catti.

Bagi mayat yang dibakar, abu mayat akan dikumpulkan keesokan harinya. Susu terlebih dahulu disiram pada abu mayat untuk menyejukkan bara api. Kemudian abu bahagian kepala dimasukkan ke dalam sebuah periuk , manakala abu yang lain dimasukkan ke dalam periuk yang berasingan. Abu yang telah dimasukkan ke dalam periuk akan disembahyangkan oleh ahli keluarga. Terdapat dua cara dalam pengurusan abu mayat di kalangan masyarakat India, iaitu samada abu mayat ditanam atau dimasukkan ke dalam kain kuning dan dilepaskan ke laut.

Masyarakat India seperti juga masyarakat lain akan berkabung selepas berlakunya sesebuah kematian. Tempoh mula berkabung samada lapan atau enam belas hari selepas kematian. sekiranya mereka berkabung selepas lapan hari kematian, saudara-mara dan sahabat-handai akan berkumpul di rumah si mati dengan membawa pelbagai jenis juadah tradisional termasuklah sayur-sayuran dan buah-buahan. Semua ini dibawa untuk dipersembahkan kepada si mati. Gambar atau potret si mati diletakkan di atas almari atau dinding dan kemudian dikalungkan dengan bunga yang menarik. Di sisi gambar tersebut pula dinyalakan lampu minyak dan bunga ditabur. Kemudian upacara sembahyang dimulakan dengan meminta Tuhan supaya melindungi si mati. pada masa yang sama nyanyian lagu-lagu suci dimainkan. setelah itu makanan dihidangkan kepada para tetamu.

Berkabung pada hari keenam belas pula dipanggil sebagai karumaati iaitu hari bersembahyang. Sebuah khemah yang lengkap dengan kerusi didirikan. Potret si mati dihias dengan cantik dan seorang pedanda dijemput untuk upacara sembahyang. Batu-bata diikat dengan benang dan dibalut dengan kain merah dan dimasukkan ke dalam periuk. Kemudian batu tersebut dibasahkan dengan air, susu, air kelapa muda dan air mawar. Upacara basahan batu-bata itu dinamakan sebagai kal niruttutal atau upacara mendirikan batu. Pada masa yang sama lagu-lagu suci dimainkan. Upacara sembahyang dilakukan sebanyak tiga kali. Setiap kali sembahyang, makanan dihidangkan kepada para tetamu. Sembahyang yang pertama dilakukan pada pukul sebelas malam. Sembahyang yang kedua dilakukan pada pukul dua belas malam dan yang ketiga pada awal pagi. Hari berikutnya pedanda mengambil rumput dan membuat bentuk seperti keranda. Rumput akan dibakar dan mentera serta doa dibaca, bertujuan agar roh si mati sentiasa dalam keadaan tenang dan aman. Selesai upacara bersembahyang, pedanda akan dibayar dengan upah berbentuk wang ringgit, sayur-sayuran dan buah-buahan. Dengan ini, berakhirlah upacara karumaati.

Perayaan

Hari Deepavali, Thaipusam, Ponggal, Vaigunda Ekadashi, Christmas, Onam, Hari Raya

Pantang Larang

Pantang larang ketika tetamu berkunjung ke rumah

Page 52: Pendidkan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan Tiga

Tuan rumah tidak boleh membenarkan tetamu yang pertama kali datang menziarahi melakukan kerja seperti membasuh pinggan. Ini kerana dipercayai akan membawa sial. Ini kerana tetamu sepatutnya dilayan oleh tuan rumah.

Pantang larang merisik -bakal pasangan akan saling membalas kunjungan ketika merisik. Tetapi ketika rombongan bakal pengantin perempuan, bakal pengantin perempuan dilarang ikut serta. Kerana dianggap tidak sopan.Pantang jangan bersiul waktu malam ular masuk.- Bising, mengangguJangan makan di tempat gelap, jika tidak makanan dikongsi bersama hantu.-takut-takut termakan benda lain atau bersepah.Jangan asah pensel di kedua-dua belah, dipercayai ibubapa akan sentiasa bergaduh.- nanti tercucuk ke mata atau tangan.Tidak digalakkan melawat bayi yang baru lahir- takut-takut mengganggu bayi tersebut dan menyebabkan dia terkejut.Pantang larang kematian- gambar si mati tidak boleh digantung secara formal tetapi terbalik.- barang perhiasan perlu dikeluarkan dari ruang tamu.- ahli keluarga perlu mengelilingi mayat sebanyak 3 kali lawan jam sebagai tanda penghormatan. - sedikit makanan berupa beras disuapkan sebagai pemberian terakhir.(Vaaikkarisi)

Masyarakat Kadazan

Masyarakat Kadazan merupakan penduduk majoriti negeri Sabah yang juga dikenali sebagai 'negeri di bawah bayu'. Masyarakat Kadazan dahulunya dikenali sebagai Orang Dusun dan mereka begitu berpegang teguh terhadap adat resam warisan nenek moyang mereka. Keunikan masyarakat ini terserlah

Page 53: Pendidkan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan Tiga

melalui kebudayaan dan adat resam yang diamalkan. Kebanyakan daripada amalan tersebut mengandungi unsur-unsur ritual dan animisme. Ini jelas terlihat melalui adat resam dan kepercayaan yang diamalkan dalam aspek kelahiran, perkahwinan dan kematian.

KELAHIRAN

Sewaktu Mengandung

Bidan merupakan orang yang bertanggungjawab terhadap kelahiran seorang anak. Tugas bidan meluas iaitu sejak bayi di dalam kandungan sehingga selamat dilahirkan.

Sejak di dalam kandungan lagi bidan memastikan keadaan bayi berada di dalam keadaan sihat. Apabila bayi dilahirkan, tugas bidan lebih berat. Bidan perlu memastikan bayi dalam keadaan sihat terutama jika seseorang itu beranak sulung.

Selepas Lahir

Adat menamakan anak dilakukan setelah bayi itu berumur lapan hari. Anak itu diberi nama sebanyak dua kali, iaitu nama sementara dan nama sebenar. Pemberian nama sementara mesti dibuat kerana kalau terlalai memberi nama sementara seberapa segera, roh jahat iaitu Rogon Gaiyoh dipercayai akan mendahului memberi nama dan atas sebab itu, dia berhak menuntut anak tersebut.

Upacara rasmi memberi nama sebenar dibuat pada hari kelapan di beranda rumah. Pada hari itu juga anak tersebut dibawa keluar rumah buat pertama kalinya. Keluarga, jiran dan orang kenamaan di seluruh kampung dijemput hadir untuk berbincang dan menentukan nama anak itu. Upacara ini disebut Madsapi atau Modsopik, lengkap dengan mentera dan tatacaranya. Nama-nama yang dicadangkan itu dikumpul dan dipilih. Pemilihan nama dibuat berdasarkan segala macam peristiwa yang berlaku ketika anak itu dilahirkan. Kadangkala nama itu diambil daripada nama salah seorang ahli keluarga mereka.

Setelah anak itu berusia kira-kira satu bulan, upacara turun tanah atau disebut Mintuhun atau Minuhun dilakukan.

Sebelum memijak tanah, tapak anak tersebut diconteng dengan arang kuali dengan satu garis lurus hingga ke atas dahinya. Setelah selesai, barulah kaki anak itu dipijakkan ke tanah. Ketika anak itu dibawa semula ke dalam rumah, ibunya akan membawa bersama sedikit rumput-rampai dari halaman rumah yang sudah dipijak oleh anaknya. Kemudian rumput itu dicampurkan ke dalam air mandian tersebut.

PERKAHWINAN

Kebanyakan orang Kadazan lazimnya berkahwin ketika umur mereka meningkat 16 tahun atau selepas 21 tahun. Ada juga yang berkahwin melalui perjanjian yang dipersetujui oleh ibu bapa kedua-dua pihak semasa mereka masih kecil lagi.

Page 54: Pendidkan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan Tiga

Sebelum sesuatu upacara perkahwinan dilangsungkan, keluarga kedua-dua pihak akan mengatur segala persiapan yang diperlukan. Dalam hal ini perkara yang diutamakan adalah tentang pemberian sebentuk cincin. Cincin ini menjadi tanda peminangan daripada pihak lelaki.

Sebelum peminangan dibuat, pihak lelaki melantik seorang tua yang bukan terdiri daripada keluarga terdekat lelaki berkenaan. Segala urusan merisik dan juga pinang-meminang ini mesti dibuat pada waktu pagi. Waktu petang dan malam tidak dibenarkan sama sekali. Wakil pihak lelaki pergi merisik kepada ibu bapa perempuan yang hendak dipinang atau pengganti ibu bapa jika ibu bapa perempuan itu sudah tiada.

Jika risikan yang terdahulu bertukar ke arah pertunangan, maka risikan yang kemudian itu terus dibatalkan. Tetapi jika gagal, risikan yang kemudian itu boleh diteruskan. Risikan ini dibuat berulang kali, peringkat demi peringkat dan adakalanya memakan masa sehingga berhari-hari, malah ada yang sampai berbulan-bulan. Ini disebabkan banyak perkara yang mesti diketahui dengan jelas oleh ibu bapa perempuan terhadap keluarga yang merisik anaknya. Antaranya ialah susunan keluarga, kemampuan, pekerjaan dan seumpamanya.

Apabila ibu bapa perempuan mendapati risikan itu boleh dipertimbangkan, mereka akan menentukan hari bagi wakil pihak lelaki datang membawa cincin pusaka (dibuat daripada tembaga). Cincin itu juga digelar 'cincin menanti mimpi'. Cincin itu mesti dibawa pada waktu pagi.

Apabila ibu bapa perempuan sudah menerima cincin itu, mereka mesti membersihkan diri pada hari itu juga. Mereka tidak boleh makan atau minum apa sahaja yang boleh memabukkan. Cincin itu diletakkan di bawah bantal ibu bapa perempuan itu. Pada malam tersebut mereka mesti berada dalam keadaan 'bersih', iaitu tidak mabuk. Pada malam itu, salah seorang daripada suami isteri itu atau kedua-duanya sekali akan mendapat mimpi. Adakalanya mereka berlainan mimpi, adakalanya hampir serupa dan adakalanya benar-benar serupa.

Hari berikutnya, ibu bapa perempuan tersebut memanggil semua keluarga terdekatnya bermesyuarat untuk membincangkan mimpi mereka. Jenis dan sifat mimpi diterangkan sejelas-jelasnya. Di dalam mesyuarat itulah mereka menganalisa baik dan buruknya mimpi itu.

Setelah selesai mesyuarat keluarga, ibu bapa perempuan memanggil wakil pihak lelaki untuk memberitahu tentang keputusan mimpi mereka. Ketika itu juga cincin yang digunakan untuk menanti mimpi dipulangkan. Wakil lelaki diberitahu sama ada boleh bertunang dengan membayar sugit kepanasan mimpi kerana mimpi buruk boleh dibaiki ataupun tidak boleh bertunang kerana mimpi buruk.

Jika mimpi baik, proses pertunangan diteruskan. Perundingan antara pihak lelaki dengan ibu bapa pihak perempuan hanya berkisar pada syarat-syarat hantaran perkahwinan, menentukan tarikh perkahwinan dan kadar besar atau lamanya pesta perkahwinan itu. Pertunangan yang telah ditetapkan tidak boleh diingkari. Jika tidak, pihak yang ingkar terpaksa membayar seluruh atau separuh hantaran yang sudah ditentukan ketika mengikat pertunangan dahulu. Bayaran ini dibuat di depan pengadilan adat.

Page 55: Pendidkan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan Tiga

Serendah-rendah darjat perkahwinan itu mesti dibuat dengan upacara adat, pemujaan agama, pesta bersukaria dan makan minum. Sesingkat-singkat pesta pula adalah antara dua atau tiga hari di rumah pengantin perempuan. Bagi mereka yang berkemampuan, majlis dibuat selama tujuh hingga empat belas hari. Walaupun perkahwinan pasangan suami isteri itu sudah sah di sisi agama dan kepercayaan, mereka masih belum boleh bersatu pada hari dan malam pertama. Paling cepat mereka hanya boleh bersatu pada malam kedua, malah ada yang mengambil masa selama seminggu atau dua minggu berikutnya. Kesemuanya ini bergantung kepada lamanya majlis perkahwinan itu diadakan.

Untuk membolehkan pengantin ni bersatu, satu upacara khas dibuat. Pasangan pengantin tersebut dikehendaki makan di dalam pinggan dan mangkuk yang sama. Upacara ini dihadiri oleh keluarga kedua-dua pihak. Ibu bapa pengantin lelaki tidak boleh sama sekali hadir di rumah pengantin perempuan sebelum pasangan itu bersatu.

Hantaran kahwin biasanya terdiri daripada pelbagai jenis makanan, alat untuk adat istiadat dan barang untuk memperteguhkan semangat. Barang hantaran untuk memperteguhkan semangat ini dikenali sebagai tasor. Tasor ialah tempat pinang yang diperbuat daripada tembaga atau perak. Tasor ini dibawa sendiri oleh pengantin pada hari perkahwinan. Alat untuk adat istiadat pula dinamakan 'tinokol' iaitu terdiri daripada canang, gong dan tajau (tempayan). Jumlahnya menurut darjat orang yang berkahwin itu. Barangan ini juga dibawa pada hari perkahwinan.

Jenis makanan pula ialah babi atau kerbau dan jumlahnya bergantung kepada kemampuan keluarga tersebut. Binatang tersebut diberikan kepada pihak perempuan dua atau tiga hari sebelum berlangsungnya hari perkahwinan. lni kerana binatang itu akan disembelih dan dimasak untuk upacara makan di rumah pengantin perempuan nanti. Sebuah tajau berisi tapai beras yang dinamakan lihing, mesti dibawa pada hari perkahwinan. Lihing ialah tapai yang sudah menjadi arak. Lihing diminum beramai-ramai dalam pesta kahwin di rumah pengantin perempuan.

Selain daripada empat hantaran yang menjadi asas bagi orang Kadazan, terdapat beberapa barangan lain yang turut dibawa untuk memperlengkap dan memperindahkan majlis hantaran itu. Ini terserah kepada janji yang dibuat semasa majlis pertunangan, juga berdasarkan kemampuan kedua-dua belah pihak. Serendah-rendah darjat perkahwinan itu mesti dibuat dengan upacara adat, pemujaan agama, pesta bersukaria dan makan minum. Sesingkat-singkat pesta pula adalah antara dua atau tiga hari di rumah pengantin perempuan. Bagi mereka yang berkemampuan, majlis dibuat selama tujuh hingga empat belas hari.

Majlis perkahwinan orang Kadazan memakan masa selama tiga hari. Perkara yang paling penting dalam upacara perkahwinan ialah miohon pinisi iaitu upacara menukar gumpalan nasi. Untuk memulakan upacara ini, pengantin lelaki dan perempuan duduk berhadapan di tengah-tengah bulatan gadis-gadis yang berpakaian tradisional berwarna hitam.

Di hadapan mereka terletak seperiuk nasi dan kedua-dua pengantin akan menggenggam nasi dan periuk tersebut untuk dijadikan gumpalan sebesar telur ayam. Kemudian kedua-duanya akan bertukar-tukar gumpalan nasi itu, lalu dimakan. Upacara miohon pinisi merupakan nazar

Page 56: Pendidkan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan Tiga

perkahwinan menurut cara tradisional. Setelah upacara ini dilakukan, makanan dan minuman pun dihidangkan kepada para tetamu yang hadir. Gong dibunyikan semula, diikuti dengan pertunjukan tarian sumazau.

KEMATIAN

Bagi masyarakat Kadazan, mereka mempercayai kepada alamat akan mati yang dipanggil mogombiruoh. Perkara ini boleh diandaikan oleh dukun melalui mimpi, di mana ramalan akan diberi oleh dukun tersebut. Kesembuhan penyakit juga boleh diketahui melalui cara yang sama.

Apabila salah seorang di kalangan masyarakat Kadazan meninggal dunia, semua penduduk kampung akan diberitahu tentang kematian tersebut. Ini penting kerana setiap ahli masyarakat perlu bekerjasama supaya kesedihan tidak hanya dialami oleh keluarga si mati.

Setiap anggota masyarakat Kadazan tidak boleh melakukan apa-apa pekerjaan terutama apabila upacara pengkebumian dilakukan. Contohnya, pekerjaan menanam padi amat dilarang. Namun pantang larang itu hanya dikenakan kepada mereka yang tinggal di kawasan yang berhampiran sahaja, manakala masyarakat Kadazan yang tinggal berjauhan masih boleh melakukan pekerjaan.

Selepas seluruh badan dimandikan dan dilap, mayat tersebut akan dipakai dengan pakaian yang indah dan kemudian direnjiskan dengan air wangi. Mayat akan disimpan di rumah selama beberapa hari iaitu selama tiga, lima atau tujuh hari sebelum dikebumikan. Semasa mayat diletakkan di ruang tamu, mayat akan dijaga dengan baik supaya tidak ada binatang yang melangkahinya terutamanya kucing hitam. Masyarakat Kadazan percaya sekiranya kucing hitam yang melangkah, mayat akan bangun dan mengamuk sehingga boleh membunuh mereka yang berada di situ.

Tujuan berjaga adalah untuk mengawasi iblis atau jin yang menyerupai seekor burung besar yang digelar pendaatan. Mereka percaya burung itu hendak menerbangkan mayat. Untuk mengelak serangan burung itu, mereka menyangkut pakaian di sekeliling mayat. Burung itu akan menyangka pakaian tersebut adalah tubuh manusia.

Suasana di dalam rumah juga hendaklah sunyi. Sesiapa pun tidak dibenarkan bercakap kasar atau marah-marah. Hanya pukulan gong dan gendang sahaja yang kedengaran, yakni dipalu perlahan-lahan. lrama gendang itu disebut surabaya. Bunyi-bunyian itu hanya dipalu tiga kali dalam sehari iaitu semasa matahari terbit, matahari terbenam dan waktu tengah malam.

Moginupus adalah bahasa Kadazan yang bermaksud simpati terhadap si mati. Ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handai akan menangis sekuat hati sebagai menunjukkan simpati terhadap si mati. Mereka memukul harta benda seperti gong, tajau atau apa-apa sahaja yang terdapat di sekeliling rumah sebagai marah terhadap iblis atau jin yang telah menyebabkan kematian.

Page 57: Pendidkan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan Tiga

Pengebumian

Pada umumnya masyarakat Kadazan akan mengusung mayat dengan menggunakan keranda atau tajau. Oleh itu mayat dimasukkan ke dalam kain yang dibungkus terlebih dahulu dan diikat pada sebatang kayu untuk memudahkan orang ramai mengangkat mayat tersebut. Usungan mayat itu seringkali disertakan dengan paluan gong, gendang, letupan mercun atau senapang.

Apabila tiba di kubur, mayat itu dijampi oleh seorang tua yang dikhaskan menunggu di liang kubur. Liang itu disapu dengan daun pinang hijau untuk mengelakkan semangat orang ramai yang mengikut ke kubur itu tinggal di liang tersebut.

Kemudian mayat diletakkan di dalam liang dan sebatang kayu beringin dicacakkan di atas pusat mayat. Selepas itu barulah mayat dikambus dengan tanah. Tujuan berbuat demikian adalah untuk mengetahui sama ada si mati ingat pada keluarganya atau tidak.

Ahli keluarga si mati perlu menghantar makanan pada tiap-tiap petang selama tujuh hari berturut-turut. Mengikut kepercayaan masyarakat Kadazan, sebelum roh si mati berpindah ke tempat lain, roh itu masih memerlukan makanan daripada keluarganya yang masih hidup. Bahan makanan yang disediakan untuk si mati tidak boleh diusik oleh sesiapa. Jika diganggu juga seseorang itu akan dikenakan sugit atau denda sebanyak RM5 atau seekor ayam.

Mengikut kepercayaan masyarakat Kadazan, sekiranya masa pengkebumian dilakukan pada hari hujan, bermaksud si mati berada dalam kesedihan yang diibaratkan sebagai hujan yang turun itu adalah air mata si mati. Jika panas terik bermakna si mati mendapat kebahagiaan kelak.

Apabila balik ke rumah masing-masing, mereka tidak boleh terus naik ke rumah kerana dikehendaki mandi terlebih dahuhu. Semua pakaian ditanggalkan dan direndam sehingga keesokan hari. Barangan dipinjam untuk menguruskan hal si mati di rumah, apabila dikembalikan hendaklah dihadiahkan seekor ayam hitam atau putih kepada tuan barang. Harta benda yang ada di dalam rumah si mati mestilah dikemaskan dan dicuci sehingga bersih.

Selepas Kematian

Sekiranya berlaku kematian, majlis makan akan diadakan. Majlis ini mempunyai beberapa tahap iaitu:

Makan Tiga dan Tujuh Hari Makan Empat Puluh Hari Makan Seratus Hari Makan TigaTahun

Seperti agama lain, masyarakat Kadazan percaya tentang kejadian roh dan jasad yang bergabung dalam diri seseorang. Setelah seseorang itu mati bermakna perpisahan antara jasad dan roh berlaku. Dalam masyarakat Kadazan, mereka yang belum beragama percaya apabila mereka meninggal dunia, roh meneka akan berkunjung dan berehat di kemuncak gunung

Page 58: Pendidkan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan Tiga

Kinabalu untuk selamanya. Oleh itu, masyarakat Kadazan mempercayai gunung Kinabalu adalah tempat terakhir bagi kehidupan masyarakat mereka.

Masyarakat Iban

Masyarakat Iban merupakan golongan majoriti di negeri Sarawak. Terdapat pelbagai suku kaum masyarakat Iban seperti Balau, Sebuyau, Lemanak dan lain-lain. Masyarakat Iban masih kuat berpegang dengan identiti tradisi mereka di samping mengamalkan pelbagai jenis adat resam yang unik. Dari segi geografi, kebanyakan masyarakat Iban mendiami beberapa kawasan pedalaman yang tertumpu di tengah-tengah negeri Sarawak dan sebilangan kecilnya menetap di kawasan-kawasan bandar.

KELAHIRAN

Kaum Iban banyak mengamalkan pantang larang dan adat-adat tertentu dalam aspek kelahiran. Peranan bidan juga sangat penting semasa membuat persiapan menyambut kelahiran dan juga selepas bersalin.

Dalam tempoh tujuh bulan sewaktu mengandung, ibu dan suaminya dikenakan pelbagai pantang larang, antaranya ialah:

Mereka dilarang menggali parit di kawasan padi atau di mana-mana sahaja. Kedua suami isteri tidak boleh mengetuk telur menggunakan pisau atau kayu kerana dikhuatiri

bayi itu akan cacat penglihatan. Mereka tidak boleh menanam pokok pisang supaya bayi tidak berkepala besar.

Dalam masyarakat Iban, sebaik sahaja bayi dilahirkan, buluh yang dipanggil Pontong akan dipalu untuk memanggil jiran-jiran. Selain pontong, tembakan senapang turut digunakan.

Sejurus selepas bayi dilahirkan, tali pusatnya akan segera dipotong dan bayi akan dimandikan. Seterusnya bayi dibedung dengan kain Pua Kumbu atau selimut. Ketika bersalin, isteri akan dibantu oleh seorang bidan dan dia akan memastikan ibu dan bayi dalam keadaan baik dan teratur. Seterusnya badan ibu akan diurut oleh bidan bertujuan untuk menghilangkan rasa sengal-sengal badan akibat bersalin tadi. Selepas diurut, badan ibu akan diusap dengan ubat yang diperbuat daripada halia dan entemu yang dibalut dengan tekalung, sejenis kain yang dibuat daripada kulit kayu.

Page 59: Pendidkan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan Tiga

Adat-adat berikut diamalkan oleh kaum wanita Iban selepas bersalin termasuk ibu akan berpantang selama tiga puluh hari selepas melahirkan anak. Dalam tempoh berpantang itu, ibu akan diberi makan nasi dan ikan salai atau ikan kering yang kadang-kadang dicampur dengan pucuk paku dan buah pulur. Semua makanan tersebut perlu dicampurkan dengan halia atau air rebusan halia supaya dapat memanaskan badan.

Selepas bersalin, wanita Iban perlu menjalani satu amalan yang dipanggil berdiang atau bersalai, di mana ibu perlu duduk dekat dengan unggun api. Kayu yang digunakan untuk unggun api ini mestilah daripada jenis kayu yang baik. Kayu-kaya ini juga dikatakan mampu menyembuhkan penyakit ibu yang baru bersalin. Jika kayu yang digunakan untuk berdiang tersebut basah atau daripada jenis beracun, dibimbangi asapnya akan memudaratkan ibu dan bayi. Ibu perlu berdiang atau bersalai selama empat puluh satu hari. Dalam tempoh itu, ibu perlu menggariskan kapur pada tiang atau dinding rumah untuk menghitung hari kelahiran. Kesihatan ibu dianggap pulih seperti sediakala apabila selesai menjalani adat-adat ini.

Adat melihat matahari atau merasa garam dijalankan apabila bayi sudah tanggal pusat iaitu ketika bayi berusia empat hari. Bayi tersebut akan dibawa oleh nenek atau saudara perempuannya ke tanju atau luar anjung untuk melihat matahari sambil mulut bayi dirasakan dengan garam. Pada masa itu juga, doa dibacakan agar kesihatan bayi sentiasa terpelihara.

Kaum Iban begitu mementingkan adat memberi nama kepada anak-anak mereka yang baru lahir. Ini kerana, nama yang baik dan elok mempunyai kesan ke atas masa hadapan kanak-kanak tersebut. Lazimnya sebelum memberi nama yang rasmi, anak-anak kaum Iban akan diberi nama timangan. Bayi yang baru lahir itu seterusnya akan diberi nama sempena nama salah seorang daripada nenek moyangnya yang pernah berjasa dan handal. Tujuannya supaya bayi itu akan mewarisi jasa serta mengikut jejak langkah nenek moyangnya itu. Seterusnya upacara memilih nama akan dijalankan di mana kepalan nasi akan diletak di atas papan yang tertulis nama-nama yang dipilih itu. Kemudian seekor ayam akan dilepaskan untuk membuat pilihan dan ini dikenali sebagai Manok Tawai. Kepalan nasi yang dipatuk oleh ayam tersebut akan menjadi pilihan untuk menamakan bayi tersebut. Kemudian barulah nama itu dihebohkan kepada saudara mara yang terdekat.

Upacara mandi sungai dijalankan selepas bayi diberi nama. Ia dijalankan semasa bayi itu berumur satu bulan dan adat ini dijalankan bagi membiasakan bayi dengan air sungai. Permulaannya, jiran-jiran akan dimaklumkan untuk meraikan adat tersebut dengan meriah. Dua orang lelaki akan membawa seekor ayam dan panji-panji. Kebiasaannya mereka ini ditugaskan membaca mentera dan menetak air sungai. Dua orang perempuan pula akan mengiringi lelaki tersebut. Seorang akan membawa ancak dan seorang lagi mengendong bayi. Bayi tersebut dipakaikan kain pua belantan dan kumpulan itu akan diikuti pula oleh orang ramai. Ketika ini doa atau mentera dibaca meminta supaya bayi itu menjadi orang yang sempurna dan berguna. Sebaik sahaja mentera dibaca, dua orang lelaki tadi akan menetak air dan ayam disembelih. Nama bayi juga akan diumumkan ketika itu. Bagi bayi lelaki, sayap ayam akan diikat dengan benang merah yang digantung pada galah berayang. Manakala bagi bayi perempuan pula, benang tersebut digantung pada galah laletan.

Page 60: Pendidkan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan Tiga

Selepas bayi dimandikan, dia akan dibawa pulang sambil gendang dipalu. Bayi itu akan dipangku dan pemangku duduk di atas tawak atau gong yang diletakkan di tengah-tengah ruai. Kemudian, bayi dan pemangkunya diselimutkan dengan kain pua kumbu dan disiram dengan air rendaman batu penawar burung, cincin emas atau wang ringgit lama. Selepas upacara mandi selesai, tetamu-tetamu akan dijamu dengan air tuak dan makanan yang ringkas. Upacara ini diakhiri dengan kenduri mandi anak iaitu menjamu tetamu dan ahli rumah panjang dengan makanan yang lebih banyak.

Kanak-kanak lelaki kaum Iban akan berkhatan ketika berumur sepuluh tahun. Berkhatan lazimnya dilakukan secara senyap dan tidak disertai dengan kenduri. Kanak-kanak yang tidak berkhatan akan digelar sebagai lelaki kulup di kalangan kaum Iban.

PERKAHWINAN

Perkahwinan dalam masyarakat Iban agak unik kerana terdapat beberapa peraturan yang dilakukan sebelum seseorang itu layak menjadi suami isteri. Dalam masyarakat Iban, usia pengantin lelaki perlu melebihi dua puluh dua tahun. Ini disebabkan dalam usia yang sebegini, pihak lelaki telah bersedia untuk berkahwin. Bagi pihak si gadis pula, tiada umur khusus yang ditetapkan. Perkahwinan yang sempurna bagi masyarakat Iban ialah perkahwinan yang mematuhi kehendak adat. Pihak yang melanggar mana-mana adat perkahwinan dikehendaki membayar denda untuk mengelakkan pasangan suami isteri ditimpa kesusahan. Usaha mencari pasangan bergantung pada keadaan di rumah itu, kalau keluarga itu besar, anak-anak mereka lambat dikahwinkan. Sebaliknya, apabila anggota keluarga di rumah itu kecil, anak-anak mereka akan dikahwinkan secepat mungkin dengan harapan menantu dapat membantu keluarga membuat kerja-kerja tertentu. Terdapat beberapa peringkat tertentu dalam perkhawinan kaum Iban iaitu peringkat merisik, meminang, bertunang, majlis perkahwinan dan selepas majlis perkahwinan.

Dalam masyarakat Iban, perkahwinan biasanya ditentukan oleh pengantin lelaki. Sekiranya seorang teruna telah berkenan kepada seorang gadis, ibu bapanya atau wakil akan bertandang ke rumah gadis untuk merisik. Perjumpaan kedua belah pihak ini juga dikenali sebagai berbunga-bunga atau berjarum-jarum. Pada masa itu syarat-syarat perkahwinan akan ditentukan termasuklah berian dan sebagainya. Keluarga pihak lelaki akan menghantar rombongan meminang gadis jika hasil pertemuan itu menggalakkan.

Rombongan pihak lelaki biasanya tidak kurang daripada lima orang dan paling ramai dua puluh orang yang terdiri daripada orang-orang tua. Pada masa itu syarat-syarat perkahwinan akan ditentukan termasuklah berian atau mas kahwin serta lain-lain yang berkaitan. Setelah mencapai kata sepakat, ayah pihak lelaki menanggalkan lapit atau ikat pinggang perak atau sebilah pedang sebagai tanda pertunangan. Seterusnya kedua belah pihak akan berbincang tentang tarikh dan hari perkahwinan. Mulai saat itu, perempuan itu tidak boleh lagi menerima kunjungan teruna selain tunangnya. Dua atau tiga hari kemudian wakil pihak lelaki akan memaklumkan berita pertunangan tersebut kepada saudara-mara dan jiran tetangga.

Page 61: Pendidkan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan Tiga

Pelbagai persiapan akan dibuat untuk majlis perkahwinan yang bakal tiba. Bagi pihak keluarga lelaki mereka akan menyediakan perbelanjaan serta barang yang harus diberikan kepada keluarga perempuan. Keluarga perempuan juga membuat pelbagai persiapan termasuk memburu binatang untuk disembelih pada hari perkahwinan. Untuk mengundang tetamu, kedua-dua pihak melantik wakil masing-masing untuk menguruskan jemputan kahwin. Wakil itu membawa beberapa utas tali bersimpul yang menunjukkan berapa hari lagi perkahwinan dilangsungkan. Sekiranya tali itu mempunyai lima simpulan, bermakna perkahwinan itu akan berlangsung dalam masa lima hari lagi. Wakil khas akan meninggalkan tali bersimpul itu kepada tuai rumah atau ketua rumah panjang yang bertanggungjawab membuka simpulan tali itu setiap hari.

Pada hari perkahwinan, rombongan lelaki biasanya berarak ke rumah panjang pengantin perempuan dengan menaiki perahu yang dihiasi kain pua kumbu sekiranya pengantin melalui jalan sungai . Jika tidak, pengantin akan berjalan kaki mengikut jalan darat. Di sepanjang jalan, rombongan yang berpakaian menarik itu akan memukul gong. Sebaik sahaja sampai di hadapan rumah pengantin perempuan, tembakan meriam akan dilepaskan. Kemudian mereka mandi beramai-ramai di sungai sebelum memakai pakaian tradisional. Sampai di tangga rumah panjang, kepala rombongan pengantin lelaki dipelawa menyembelih seekor babi sebagai penghormatan dan pada masa itu juga tembakan senapang akan kedengaran secara balas-membalas. Di kepala tangga rumah itu pula, terdapat rangka yang berbentuk seperti kota. Ketua rombongan pengantin lelaki terlebih dahulu terpaksa membuka tiga buah kota iaitu di kepala tangga, di tengah rumah dan di hujung rumah.

Setelah itu, rombongan pihak lelaki di kalangan kaum wanita akan masuk ke bilik pengantin perempuan, manakala yang lelaki duduk di ruai. Mengikut adat tetamu perempuan hanya dapat masuk ke dalam bilik pengantin perempuan dengan menggunakan bahasa berirama untuk membuka pintu bilik yang dipalang dengan lembing dan ditutup oleh pua kumbu. Para tetamu seterusnya akan dijamu dengan sejenis arak iaitu tuak dan pelbagai jenis air seperti air haus, air dahaga dan air untung. Sambil itu mereka akan bergurau senda dan beramai-ramai menyanyikan lagu dan memukul gendang. Mereka juga akan berpusing di rumah selama tiga kali. Sesudah itu air minuman akan dihantar kepada setiap tetamu dan ini dinamakan air penyuci. Sekiranya perkahwinan berlangsung pada waktu siang, selepas makan tengahari barulah kedua-dua pihak berbincang tentang perihal pengantin dan susur galur mereka. Sekiranya dilangsungkan pada waktu malam, perbincangan dilakukan selepas tengah malam. Mereka akan berbincang dan golongan yang tertua akan melakarkan hubungan antara pengantin lelaki dan perempuan yang mempunyai hubungan kekeluargaan. Sebelum perbincangan diadakan, tuai rumah sekali lagi akan menghidangkan minuman keras yang dipanggil air perangsang kepada para tetamu.

Setelah mengetahui hubungkait kekeluargaan, denda akan dikenakan kepada mereka. Selepas itu barulah ibu bapa pengantin perempuan meminta berian. Terdapat nilai berian yang telah ditetapkan di kalangan masyarakat Iban. Pihak perempuan juga meminta bayaran memecah

Page 62: Pendidkan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan Tiga

tangga iaitu sebilah beliung, bayaran pembuka pintu iaitu sebatang lembing, bayaran pembuka kelambu iaitu sebilah pedang dan pemberian kecil yang lain. Pihak lelaki pula meminta pencuci kaki , sebuah tempayan, sepasang tempat menggantung gong, penolak haluan iaitu sebatang sumpitan, kajang perahu iaitu sehelai kain pua kumbu dan beberapa pemberian kecil lagi. Selepas menjelaskan segala berian, mereka menetapkan pula syarat berhubung dengan berian sekiranya berlaku perceraian. Permintaan tersebut akan hilang setelah berlakunya perceraian yang tidak nyata. Sekiranya perceraian disebabkan oleh pihak lelaki, si suami wajib membayar balik berian yang diterimanya dahulu dan tambahan sebanyak RM50 sebagai denda. Sekiranya berlaku percubaan untuk mencemarkan nama mana-mana pihak, pihak yang bertanggungjawab akan dikenakan denda yang lain.

Seterusnya upacara membelah pinang atau mengulang pinang akan dijalankan. Seorang perempuan akan membawa keluar tepak sirih dan kemudian membelah pinang tersebut . Pecahan pinang itu akan menentukan tempoh masa pengantin perempuan wajib tinggal di rumah suaminya. Kemudian seorang lemambang atau bomoh akan mengadakan upacara menidurkan anak dan mengejutkan anak itu semula dengan beberapa rangkap pantun. Seterusnya pinang tersebut akan diagihkan kepada tetamu dan diberi sarapan pagi. Upacara perkahwinan telah dianggap tamat dengan menjalankan adat ini sekiranya tiada kesalahan adat yang dilakukan oleh kedua belah pihak. Jika tidak pengantin baru akan mandi di sungai untuk membersihkan diri. Untuk adat ini juga mereka perlu memegang sehelai kain yang panjangnya tujuh ela supaya kesalahan semasa perkahwinan itu akan hilang pada setiap individu. Selepas mandi, mereka menyembelih seekor babi sebagai korban dan juga sebagai penebus dosa pengantin. Setelah menyucikan diri, pasangan pengantin akan memakai pakaian masing-masing untuk pergi ke rumah pengantin lelaki pula. Di sepanjang jalan, rombongan perlu kelihatan gembira kerana segala kesalahan telah dihapuskan. Seterusnya sambutan yang meriah diadakan pula di rumah pengantin lelaki.

Pada sebelah malamnya, kedua pengantin diiringi oleh pengapit masing-masing dan akan disandingkan di atas gong atau kerusi yang dialas kain tenun. Adat ini juga boleh disamakan dengan adat bersanding di kalangan masyarakat Melayu. Pasangan ini akan disaksikan oleh hadirin di rumah panjang tersebut. Seterusnya seseorang yang dipanggil tukang ganyang akan memulakan upacara. Ayam yang telah diikat kakinya kemudian dilepaskan dan mentera pun dibaca. Ayam yang telah disembelih itu akan diambil darahnya untuk disemah kepada pengantin. Istiadat ini akan diakhiri dengan jamuan makan dan minum.

Selepas mengadakan majlis di rumah pengantin lelaki, sekali lagi majlis diadakan di rumah pengantin perempuan. Sungguhpun mereka telah sah sebagai pasangan suami isteri, mereka tidak boleh tidur bersama. Si suami masih tidur di ruai iaitu di bilik tetamu. Sebarang bunyi-bunyian yang didengar sepanjang berada di situ akan mempunyai maksud yang tersendiri samada baik atau sebaliknya. Ada pasangan yang terpaksa dipisahkan buat sementara waktu kerana mendapat petanda buruk.

KEMATIAN

Page 63: Pendidkan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan Tiga

Orang Iban menguruskan mayat dengan penuh kemuliaan. Apabila ada kematian, semua saudara mara dan sahabat handai menghadirinya. Perkara pertama yang dilakukan sebaik sahaja mendapati seseorang itu mati ialah merapatkan mulutnya. Ini dilakukan oleh ahli keluarganya. Kemudian mayat dimandikan, disikat dan dikenakan pakaian yang sebaik-baiknya. Kedua-dua pintu rumah panjang juga perlu digalang dengan dua batang alu. Mereka percaya, jika perkara ini tidak dilakukan, hantu si mati akan membawa pulang roh si mati. Kemudia mayat diletakkan di tengagh-tengah rumah panjang dan dilingkungi dengan pua kumbu yang dipanggil sapat.

Semua barang yang mahu dibekalkan bersama-sama mayat disediakan. Barang-barang itu dianggap sebagai bekalan si mati di dunia keduanya kelak (dunia selepas mati). Mayat itu juga tidak boleh ditinggalkan bersendirian. Seterusnya, seorang wanita yang mahir ditugaskan membaca doa. Dengan doa itu, roh si mati dipercayai dapat dibawa ke syurga tanpa sebarang halangan. Doa itu akan dibaca berterusan sehinggalah mayat dibawa keluar dari rumah panjang. Sepanjang malam sebelum pengebumian dijalankan, orang tua-tua akan berbincang tentang jangkamasa berkabung dan berpantang. Apabila mayat itu dimasukkan ke dalam keranda, mayat itu disuakan makanan menggunakan pinggan. Kemudian pinggan itu dipecahkan dan dibuang ke tanah melalui celahan lantai. Mayat itu kemudiannya ditaburi beras supaya petara tidak menyiksa mayat itu. Keranda itu diperbuat daripada kayu yang baik oleh tukang mahir di kampung itu. Keranda itu biasanya dihias dengan ukiran yang mempunyai motif tradisional.

Setelah kawasan kubur ditetapkan, seekor ayam dikorbankan di atasnya. Darah ayam itu dikatakan sebagai persembahan kepada sempulang gana supaya menerima mayat itu. Ketika ini kaum wanita dilarang memasuki kawasan perkuburan. Lubang kubur digali tanpa menggunakan sebarang senjata tajam. Hanya tangan dan kayu sahaja yang boleh digunakan. Biasanya lubang itu sedalam tiga kaki sahaja kerana penggali kubur tidak boleh memasuki lubang itu.

Apabila sudah digali, daun atau rumput hijau dielakkan daripada memasuki lubang itu. Jika daun atau rumput itu turut terkubur, mereka percaya roh si mati akan mengganggu orang yang masih hidup. Sebuah pondok kayu dibina di atas kubur untuk melindungi kubur. Barang-barang tertentu kepunyaan si mati diletakkan di dalam pondok itu. Umpamanya, jika si mati seorang pahlawan, senjata kepunyaannya diletakkan di situ.

Masa berkabung bermula sebaik sahaja pengebumian selesai. Tempoh berkabung ialah tiga bulan bagi keluarga si mati dan sebulan bagi penghuni rumah panjang tersebut. Dalam tempoh itu unggun api dinyalakan di luar rumah selama tiga malam. Jika tidak, roh si mati akan pulang ke rumah dan mengganggu orang yang masih hidup. Mereka dilarang mengadakan sebarang majlis hiburan. Ahli keluarga si mati juga dilarang memakai barang kemas dan pakaian bewarna-warni.

Setelah tempoh berkabung tamat, seorang lelaki yang dihormati dijemput untuk menjalankan upacara ngetas ulit sebagai tanda tamat berkabung. Tidak beberapa lama kemudian upacara

Page 64: Pendidkan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan Tiga

bercerai bunga dijalankan supaya roh si mati berada di dalam keadaan aman. Manang atau dukun menyanyi sepanjang malam meminta supaya petara memisahkan roh si mati daripada roh orang yang masih hidup. Adalah dipercayai perpisahan tersebut akan berkekalan selepas gawai orang mati diselenggarakan.

Orang AsliMasyarakat Orang Asli merupakan komuniti kecil di Malaysia dan merupakan penduduk pribumi negara ini. Orang Asli merupakan masyarakat yang mempunyai beberapa suku kaum yang berbeza-beza. Secara rasminya masyarakat Orang asli dibahagi kepada tiga kumpulan yang terbesar iaitu Negrito, Senoi dan Melayu Asli. Suku Senoi dan Negrito pula diklasifikasikan kepada enam suku kecil. Suku Melayu Asli dipecahkan kepada tujuh suku kecil.

Oleh sebab terdapat pelbagai suku kaum dalam kalangan masyarakat Orang Asli, terdapat banyak perbezaan dari segi cara hidup dan pertuturan bahasa yang digunakan. Kebudayaan dan adat resam mereka juga berbeza dan mempunyai keunikan yang tersendiri. Adat resam berikut akan memperlihatkan adat resam yang diamalkan dalam kalangan masyarakat Orang Asli secara keseluruhan.

Adat Kelahiran

Bagi masyarakat Orang Asli, adat resam semasa hamil amat dititikberatkan, seperti juga adat-adat berkaitan aspek kehidupan yang lain. Terdapat sedikit persamaan antara adat resam masyarakat Orang Asli dengan adat resam masyarakat Melayu terutamanya adat kelahiran tertentu

Sewaktu Mengandung

Dalam kalangan masyarakat Orang Asli terutamanya suku kaum Melayu Asli, wanita yang mengandung akan menempah seorang bidan yang akan membantu wanita berkenaan ketika bersalin. Ketika kandungan berusia tujuh bulan, bidan yang dipilih itu perlu melakukan upacara melenggang perut. Upacara itu akan dijalankan oleh mak bidan yang akan menjampi wanita yang mengandung itu yang bertujuan untuk mengusir sebarang semangat jahat dan gangguan lain bagi menjamin keselamatan ibu serta bayi. Di samping itu, adat ini juga penting untuk menentukan kandungan berada dalam kedudukan yang betul agar memudahkan proses bersalin kelak. Lazimnya, adat ini akan disertai dengan sedikit jamuan.

Selain adat tersebut, terdapat beberapa perkara yang perlu dihindari oleh wanita mengandung dan berikut adalah beberapa pantang larang yang masih diamalkan oleh masyarakat Orang Asli.

Page 65: Pendidkan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan Tiga

Wanita mengandung tidak boleh mentertawakan binatang seperti monyet kerana dikhuatiri muka dan perlakuan bayi akan menyamai haiwan berkenaan. Mereka dilarang memakan ikan yang bewarna merah kerana dikhuatiri berlakunya tumpah darah ketika melahirkan bayi. Wanita mengandung juga dilarang bekerja pada waktu subuh dan maghrib kerana dikhuatiri bayi yang lahir akan kelihatan tidak bermaya kerana semangatnya telah terganggu. Mereka juga dilarang mengetuk paku pada kayu pada sebelah petang kerana dikhuatiri bayi atau ibu akan sakit atau mati.

Semasa bayi dilahirkan, tali pusatnya akan dipotong dengan menggunakan serpih buluh yang tajam dan bayi dimandikan dengan air suam. Seterusnya, uri bayi ditanam berdekatan rumahnya. Uri tersebut akan dicuci, digaul dengan serbuk kunyit, garam, lada putih, lengkuas, kemenyan dan arang sebelum ditanam ke dalam lubang setinggi satu kaki. Selama tujuh hari, lampu akan dipasang di tempat uri tersebut ditanam. Bagi masyarakat Orang Asli, mereka menganggap uri tersebut sebagai abang atau kakak kepada bayi itu dan justeru, ia hendaklah ditanam dengan sempurna.

Bayi akan diberi nama dengan kebenaran daripada ibu bapanya selepas selamat dilahirkan. Biasanya nama bayi diberi berdasarkan nama pokok, tumbuh-tumbuhan, ikan atau tempat yang dekat dengan bayi ketika lahir atau juga menurut nama peristiwa yang berlaku ketika bayi dilahirkan. Adakalanya nama yang diberi tidak sesuai dan bayi akan jatuh sakit. Jika ini berlaku, ibu bapa tadi akan 'menjualkan' bayinya kepada orang lain, iaitu ibu bapa barunya. Dipercayai penyakit bayi adalah disebabkan ketidaksesuaian antara bayi dan ibunya. Setelah bayaran dibuat kepada ibu bapa baru, ibu kandung akan pulang ke rumah. Namun, tidak lama selepas itu ibu bapa baru akan menyerahkan bayi tersebut kepada ibu bapa kandungnya kembali. Adakalanya nama bayi perlu diubah kerana tidak sesuai. Jamuan kecil-kecilan akan dibuat sempena pertukaran nama bayi tersebut. Kadang-kala pulut kuning akan diberi kepada jiran-jiran. Bidan pula akan menjalankan upacara pembersihan yang menyerupai adat menepung tawar dalam kalangan masyarakat Melayu supaya bayi berada dalam keadaan selamat dan sihat.

Biasanya tali pusat akan tanggal dalam tempoh seminggu selepas bayi dilahirkan. Sama seperti adat yang dilakukan oleh masyarakat Melayu, masyarakat Orang Asli juga akan menguruskan tali pusat tersebut dengan sebaik-baiknya. Ini dengan cara membungkusnya dengan kain putih bersama-sama sebiji atau tiga biji lada hitam. Kemudian, tali pusat itu digantung di atas api yang bertujuan untuk memelihara kesihatan bayi. Jika bayi itu sakit, tali pusat tadi akan direndam di dalam air dan diberi minuman kepada bayi supaya sembuh. Apabila bayi sudah pandai merangkak, tali pusat tadi akan diberikan kepadanya untuk dijadikan permainan. Sekiranya tali pusat tadi hilang, ini bermakna bayi akan bekerja di tempat yang jauh apabila dewasa nanti kerana kononnya tali pusat tersebut merupakan sebahagian daripada 'adik beradiknya'.

Adat Perkahwinan

Page 66: Pendidkan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan Tiga

Kebanyakan masyarakat Orang Asli berkahwin ketika usia masih muda. Bagi kaum lelaki, usia 18 tahun merupakan usia yang paling sesuai untuk mendirikan rumah tangga. Kaum perempuan pula ketika berusia 16 tahun dan hendaklah tidak lebih daripada usia kaum lelaki. Perkahwinan dilakukan oleh ibu bapa bakal pengantin, bermula daripada upacara merisik sehinggalah seseorang telah menjadi pasangan suami isteri secara sah. Oleh itu, jodoh ditentukan oleh ibu bapa.

Ada juga dalam kalangan masyarakat Orang Asli yang telah bertunang sejak kecil lagi. Kebiasaannya, pengantin lelaki dan perempuan mempunyai hubungan saudara seperti sepupu atau dua pupu atau mempunyai suku kaum yang sama. Adalah tidak menjadi kesalahan sekiranya bakal pengantin lelaki berkahwin dengan perempuan daripada suku lain. Namun, apa yang pasti bakal pengantin perempuan perlu mengikut suami, dengan kata lain bakal isteri perlu memasuki suku kaum suami.

Hari menghantar tanda atau menghantar cincin diketuai oleh seorang wakil ketua kampung untuk menetapkan hari meminang. Sebelum itu, kedua-dua belah pihak telah bertemu untuk mendapat persetujuan tentang hari penghantaran cincin tanda. Setelah itu, barulah penghantaran cincin tanda dilakukan. Biasanya, menghantar cincin tanda ini dilakukan oleh ibu bapa dan ahli keluarga yang lebih tua.

Pada masa yang ditetapkan, upacara meminang dijalankan oleh kedua-dua belah pihak yang diwakili oleh Tok Batin/ Jenang/Penghuhu/Jungkerah dan Penggawa sekiranya berlainan suku kaum. Mereka mengadakan perbincangan di sebuah rumah besar atau kini di balai raya. Apabila selesai upacara meminang, satu tarikh untuk hari melangsungkan perkahwinan ditetapkan iaitu kira-kira tujuh bulan, lapan bulan atau setahun daripada upacara meminang.

Upacara ini dimulakan dengan mengasah gigi kedua-dua mempelai yang bertujuan untuk membuang sial. Ini adalah penting supaya segala masalah yang dihadapi oleh bakal pengantin ketika bujang tidak dibawa selepas berkahwin. Ada juga yang menyatakan bahawa asah gigi ini adalah untuk membuktikan bahawa bakal pengantin telah benar-benar dewasa dan boleh memikul tanggungjawab masing-masing.

Sehari sebelum upacara persandingan dilakukan, pasangan pengantin dikehendaki melakukan upacara berinai. Jari kedua-dua pengantin akan dimerahkan dengan daun inai yang ditumbuk sehingga lumat. Upacara berinai ini dijalankan sehingga pagi. Pada masa yang sama, tari-menari sehingga pagi akan diadakan.

Pelamin diperbuat daripada anyaman daun kelapa atau rumbia, manakala tiang pula diperbuat daripada anak-anak kayu yang direka bentuk seperti rumah yang kecil. Pelamin ini dibuat di hadapan rumah pengantin. Sekiranya suku kaum yang mendiami rumah panjang, mereka akan bersanding di tengah-tengah ruang untuk dilihat oleh ahli keluarga yang lain.

Perkahwinan Orang Asli

Page 67: Pendidkan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan Tiga

Semasa upacara persandingan dilakukan, semua ahli keluarga akan menepung tawar pengantin dengan merenjis air mawar dan pulut sebagai merestui perkahwinan tersebut. Pakaian pengantin adalah sederhana. Kebanyakan pakaian pengantin memakai pakaian tradisional masing-masing. Pengantin akan dihias dengan pelbagai aksesori yang dibuat sendiri. Aksesori yang dipakai oleh pengantin perempuan ialah gelang, kalung yang diperbuat daripada manik-manik yang beraneka warna. Lilitan kepala pula diperbuat daripada daun-daun untuk mencantikkan lagi pasangan tersebut.

Pada hari persandingan, pelbagai juadah yang lazat disediakan oleh kedua-dua belah wakil. Makanan yang lazat itu kemudian diagihkan kepada para tetamu untuk dimakan bersama-sama. Selepas itu, upacara persandingan dijalankan dan diakhiri dengan upacara memandikan kedua-dua mempelai sebagai tanda mereka selamat dikahwinkan. Setelah itu, barulah pasangan itu layak digelar suami isteri.

Selepas Perkahwinan

Biasanya pengantin perempuan akan mendiami rumah pengantin lelaki beberapa hari sebelum pulang ke rumah pengantin perempuan. Kunjungan dari rumah pengantin lelaki dan perempuan adalah sebagai mendekatkan tali kekeluargaan antara saudara terdekat dan sahabat-handai pasangan tersebut lagi. Ini adalah penting supaya pasangan pengantin akan cepat mesra dengan keluarga kedua-dua belah pihak.

Adat Kematian

Masyarakat Orang Asli terdiri daripada pelbagai suku kaum. Justeru, adat serta kebudayaan antara suku kaum mereka juga berlainan.

Bagi suku Negrito dan Senoi, kematian yang dilakukan berlainan mengikut suku kaum sendiri. Lazimnya, masyararakat Orang Asli akan membersihkan si mati terlebih dahulu. Kemudian, si mati akan diletakkan di tengah-tengah rumah untuk dilihat oleh ahli saudara-mara. Sekiranya semasa hidupnya si mati menghisap rokok, bibir si mati akan dikepilkan dengan rokok sebagai tanda menghormati si mati. Begitu juga dengan mereka yang suka memakan sirih, akan diletakkan di bibir mereka.

Kemudian, ahli keluarga yang paling rapat akan menangis tetapi tangisan tersebut haruslah perlahan supaya tidak mengganggu si mati. Pada masa yang sama, ahli keluarga membaca beberapa mantera untuk dijadikan bekalan si mati. Ahli keluarga dilarang mengungkit keburukan si mati semasa hidup. Oleh itu mereka dikehendaki menceritakan kebaikan si mati sahaja. Dengan ini, roh si mati akan lebih tenteram di dunia akhirat kelak.

Ada juga dalam kalangan mereka yang mengenakan si mati dengan pakaian yang cantik terutama pakaian ketika perkahwinan. Bahkan ada pula yang mengenakan pakaian biasa

Page 68: Pendidkan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan Tiga

kepada si mati. Pemakaian baju yang menarik adalah sebagai penghormatan terakhir kepada si mati.

Pengebumian

Setelah itu si mati akan dibawa ke kawasan perkuburan. Kebanyakan mayat akan dikebumikan di kawasan yang khas. Bagi kebanyakan suku kaum yang mengamalkan kehidupan secara berpindah-randah, mayat mereka akan dikebumikan di kawasan petempatan mereka. Oleh itu, mereka akan berpindah ke kawasan lain kerana dipercayai si mati akan menjadi hantu dan akan mengacau ahli keluarga yang lain.

Suatu ketika dahulu suku Negrito mengebumikan mayat di kawasan tertentu seperti di bawah pokok besar, gua, batu besar atau diletakkan sebelah busut. Namun, amalan tersebut semakin berkurangan.

Masyarakat Murut

Kaum Murut menetap di pedalaman dan kawasan tenggara Sabah serta wilayah perbatasan antara Kalimantan dan Sarawak. Suku kaum Murut adalah suku kaum ketiga terbesar di Sabah.

Kepercayaan

Dahulu mereka mempercayai amalan animisme iaitu setiap batu, pokok, sungai, dan bukit mempunyai roh tersendiri. Menurut kepercayaan mereka, Aki Kopuno adalah kuasa ghaib yang mencipta segala-galanya yang berada di bumi, termasuk orang. Kini, kebanyakan suku kaum Murut majoritinya beragama Kristian.

Adat Istiadat

Terdapat adat istiadat kaum Murut yang masih kekal sehingga kini iaitu adat istiadat semasa upacara perkahwinan. Upacara perkahwinan orang Murut terutamanya Murut Tahol atau Tagal adalah sangat unik kerana upacara perkahwinan yang diamalkan penuh dengan adat dan berlangsung di rumah panjang dalam masa yang lama. Adat seperti tina’uh atau Bului dan ‘barian sampai mati’ masih diamalkan hingga kini. Adat ‘tina’uh’ adalah adat yang paling

Page 69: Pendidkan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan Tiga

tertinggi dalam adat istiadat perkahwinan kaum Murut Tahol atau Tagal. Adat tina’uh adalah adat hantaran mas kahwin atau barangan perkahwinan yang terakhir oleh pengantin lelaki kepada pengantin perempuan. Adat Tina’uh ini boleh dilakukan selepas 20 atau 30 tahun selepas perkahwinan mereka. Adat ini boleh juga dilakukan semasa perkahwinan berlangsung dan mengikut kemahuan serta kemampuan pihak pengantin lelaki. Semasa membuat adat tina’uh terdapat beberapa upacara yang perlu dilakukan. Adat ‘barian sampai mati’ juga adalah adat kaum Murut yang sangat unik dan menjadi adat turun-temurun dalam perkahwinan. Hanya Murut dari etnik Tahol saja pernah mengamalkan barian sampai mati, tetapi pada masa ini adat tersebut sudah tidak diamalkan akibat arus pemodenan yang berlaku kepada kaum Murut.

Tiada sebarang adat resam dan pantang larang khusus yang diamalkan oleh masyarakat Murut semasa mengandung dan bersalin. Hanya terdapat beberapa pantang larang yang diamalkan selepas bayi lahir iaitu dari segi pemberian nama. Bagi masyarakat Murut, nama tidak akan diberi dengan serta-merta untuk mengelakkan sebarang perkara buruk menimpa. Pemilihan nama amat dititikberatkan oleh masyarakat Murut kerana kebanyakan nama yang diberi adalah berdasarkan nama alam semula jadi atau disebabkan sesuatu peristiwa tertentu. Nama orang Murut juga berkemungkinan bertukar beberapa kali dan ini bergantung kepada keadaan yang berlaku di sekeliling mereka umpamanya jika seseorang itu kerap sakit atau ada orang meninggal dunia dan kebetulan nama mereka adalah sama.

Mengikut tradisi masyarakat Murut, anak-anak mereka berkahwin dalam usia yang masih muda iaitu sekitar 13 tahun bagi anak perempuan dan 15 hingga 18 tahun bagi anak lelaki. Ibu bapa bertanggungjawab dalam memilih pasangan hidup anak-anak mereka Dalam adat perkahwinan masyarakat Murut, sistem barian iaitu hantaran sampai mati atau barian kahwin seumur hidup diamalkan. Sistem ini dianggap sebagai tunjang adat bagi mengukuhkan tali persaudaraan antara ibu bapa dan anak perempuan yang telah berkahwin. Pada asasnya, adat perkahwinan masyarakat Murut merangkumi peringkat merisik, meminang, bertunang dan majlis perkahwinan.

Adat ini sama seperti adat merisik yang diamalkan oleh masyarakat lain. Ia bertujuan untuk memastikan perempuan yang dihajati oleh seseorang lelaki itu masih belum berpunya atau belum dirisik oleh orang lain. Ibu bapa pihak lelaki terlebih dahulu akan menyampaikan hasrat mereka kepada keluarga perempuan. Dalam hal ini, keluarga pihak perempuan akan memutuskan sama ada risikan itu diterima atau sebaliknya berdasarkan persetujuan anak perempuan mereka. Seterusnya, adat meminang dan bertunang pula akan menyusul.

Walaupun tidak dinyatakan adat meminang yang khusus, namum pada dasarnya adat meminang yang diamalkan oleh Masyarakat Murut menyerupai adat meminang yang dijalankan oleh masyarakat lain. Ini termasuklah dari segi penghantaran wakil sebagai meminang dan barangan tertentu yang dibawa semasa meminang.

Setelah kedua-dua pihak bersetuju dengan peminangan tersebut, adat pertunangan akan dijalankan. Upacara pertunangan biasanya berlangsung selama sepuluh hari. Semasa perbincangan dijalankan, beberapa orang saudara daripada pihak lelaki akan dijemput di

Page 70: Pendidkan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan Tiga

samping ketua kampungnya dan ketua kampung daripada pihak isteri sebagai saksi utama. Perbincangan akan berkisar tentang mas kahwin dan hal-hal lain berkaitan perkahwinan. Antara mas kahwin yang biasa diminta oleh ibu bapa pihak perempuan ialah dua ekor kerbau atau lembu, satu tajau jenis Tiluan, satu tajau jenis Minukul, satu tajau jenis Belayung, satu tajau jenis Malalair, sebuah gong dan sebatang sumpitan. Sebelum menjelang hari perkahwinan, kedua-dua pihak mula sibuk membuat persiapan. Kaum perempuan membuat pelbagai jenis kuih-muih. Umpamanya tapai daripada beras dan ubi kayu. Kaum lelaki pula ditugaskan pergi ke hutan untuk memburu rusa, khinzir, kijang atau pelanduk untuk dibuat jeruk ataupun disalai.

Masyarakat Murut juga mengamalkan pertunangan dalam rahim dan pertunangan semasa kecil. Konsepnya ialah bayi dalam kandungan ibu akan ditunangkan pada usia kandungan tersebut enam bulan. Apabila sudah besar, anak tersebut akan dikahwinkan dengan pasangannya.

Pertunangan semasa kecil pula ialah ketika kanak-kanak itu berusia dalam lingkungan lima atau enam tahun. Apabila mencapai usia matang barulah mereka dikahwinkan dengan pasangan yang telah ditetapkan tadi. Namun adat bertunang seperti ini tidak lagi diamalkan oleh masyarakat Murut pada hari ini. Sistem meminta 'barian' atau hantaran sampai mati berlaku untuk mengukuhkan pertalian antara keluarga kedua-dua belah pihak. Namun, adat ini biasanya disyaratkan hanya kepada kaum lelaki sahaja. Keluarga pihak perempuan berhak meminta atau mengambil sesuatu daripada harta atau milik anak menantu lelaki mereka. Adat ini perlu dipatuhi kerana semakin banyak harta yang diminta semakin rapatlah hubungan kekeluargaannya. Sekiranya adat ini diingkari, maka menantu lelaki tersebut akan menerima risiko yang berat iaitu boleh dipisahkan daripada isterinya atas arahan ketua adat.

Majlis perkahwinan lazimnya akan dijalankan dengan meriah dan penuh adat istiadat. Kelazimannya upacara perkahwinan dilangsungkan selama lima hari berturut-turut. Tiga hari yang pertama dijalankan di rumah pengantin perempuan manakala hari selebihnya dilangsungkan di rumah pengantin lelaki.

Pengantin perempuan akan memakai pakaian asli gadis Murut dan berhias cantik pada hari tersebut. Sekumpulan gadis yang dikenali sebagai tambuloi dipertanggungjawabkan untuk menghias pengantin perempuan. Setelah bersiap, pengantin perempuan duduk di dalam sebuah bilik khas yang ditabiri beberapa helai kain daripada jenis yang mahal. Seterusnya, ibu bapa pengantin lelaki akan masuk untuk membawa menantu mereka keluar. Tetapi sebelum itu, mereka perlu membayar

Page 71: Pendidkan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan Tiga

harga kain yang menabiri pintu bilik tersebut dengan nilai yang telah dibuat dengan ibu bapa pengantin perempuan dahulu. Setelah selesai, pengantin perempuan dibawa keluar dan dipersilakan menjamah seberapa banyak tapai yang disukainya. Kemudian, pengantin perempuan dibawa keluar dari rumahnya untuk dibawa ke rumah pengantin lelaki. Ketika itu, pukulan 'egal' iaitu pukulan gong besar dan gong kecil akan didendangkan. Pukulan istimewa ini dipalu untuk memberi semangat selamat jalan kepada pengantin perempuan. Pada masa inilah berlaku tangis-tangisan daripada pihak pengantin perempuan kerana sedih dengan perpisahan itu. Terdapat beberapa pantang larang yang perlu dijauhi ketika rombongan pengantin berangkat ke rumah pengantin lelaki.

Jika cuaca mendung, keberangkatan ke rumah pengantin lelaki perlu ditangguhkan sehingga cuaca cerah. Mereka percaya bahawa pengantin yang terkena air hujan pada hari perkahwinannya akan mudah dihidapi penyakit. Jika berlaku kematian secara tiba-tiba dalam kampung itu pada hari perkahwinan, keberangkatan tersebut terpaksa ditangguhkan sehingga esok. Jika diteruskan juga, mereka percaya salah seorang daripada pasangan itu akan mati. Sewaktu kedua-dua mempelai menuruni tangga dan meninggalkan rumah, mereka dilarang menoleh ke belakang. Kalau adat ini dilanggar, dipercayai salah seorang keluarga pihak perempuan akan dikahwini oleh keluarga pengantin lelaki. Amalan ini tidak digalakkan oleh kaum Murut. Jika melalui jalan sungai, pengantin mestilah diangkat. Jikalau terkena air, dipercayai anak sulung pasangan itu akan mati.

Apabila tiba di rumah pengantin lelaki, pengantin perempuan ditempatkan di sebuah bilik khas. Dia akan ditemani oleh beberapa orang gadis daripada pihak pengantin lelaki. Setelah mengetahui ketibaan pengantin perempuan, saudara mara dan sahabat handai pihak lelaki akan membawa pelbagai jenis buah tangan untuk pasangan pengantin. Pada malam harinya, kedua-dua pengantin itu dikehendaki makan bersama-sama dengan berlaukkan seekor ayam yang telah dimasak khas untuk mereka berdua. Ketika hendak tidur, si suami diwajibkan menyenangkan hati isterinya seperti berjenaka dan memberi hadiah tradisi seperti sumpitan.

Setelah genap seminggu berada di rumah suaminya, si isteri akan kembali ke rumah ibu bapanya untuk mengambil barang-barang kepunyaannya yang masih belum dibawa. Kunjungan dibuat atas persetujuan suami dan mentuanya. Ketibaan kedua-dua mempelai di rumah ibu bapa perempuan itu diraikan dengan majlis minum tapai. Kedua-dua pasangan itu dikehendaki pulang pada hari itu juga. Selang sebulan, pasangan itu akan kembali ke rumah ibu bapa perempuan dan sebagaimana biasa, lawatan itu akan diraikan dengan majlis minum tapai. Mereka akan berada di situ selama empat hari. Kemudian pasangan itu akan balik semula ke rumah ibu bapa lelaki untuk menetap di sana buat selama-lamanya.

Bagi masyarakat Murut, adat mengebumikan mayat dilakukan bergantung kepada punca kematian seseorang itu. Sesuatu kematian perlu diuruskan dengan tertib serta sempurna dengan mengikut adat-adat tertentu untuk mengelakkan daripada berlakunya sebarang bencana.

Jika berlaku sebarang kematian, keluarga si mati akan memukul 'gong' dengan pukulan yang tertentu. Sesiapa yang mendengar gong atau bunyi tersebut dengan serta-merta perlu berhenti

Page 72: Pendidkan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan Tiga

daripada melakukan pekerjaan yang sedang dibuatnya, umpamanya berburu, berladang atau menangkap ikan. Mengikut adatnya juga anak menantu dan ipar duai si mati perlu segera diberitahu oleh salah seorang daripada ahli rumah si mati dan jika tidak, seluruh penduduk kampung akan didenda. Dendanya berupa seekor khinzir dan ia perlu diberi kepada anak menantu dan ipar duai si mati tadi. Ahli rumah yang bertindak sebagai penghantar utusan tersebut juga perlu balik ke rumah pada hari yang sama dan jika tidak dipercayai dia akan ditimpa kecelakaan.

Mayat akan dimandi dan dipakaikan dengan baju yang bersih dan cantik. Ketika itu, ahli keluarga atau saudari si mati akan meratapi kematian tersebut sebagai tanda kesedihan. Mayat akan berada di rumah selama dua hari sebelum dimasukkan ke dalam tajau yang dipanggil bangkalan dalam kalangan masyarakat Murut. Tajau tersebut akan ditutup dengan kayu dan di atasnya dipasang lampu kecil yang bertujuan untuk menakutkan hantu syaitan. Tetamu yang datang menziarahi akan dijamu dengan minuman air tapai. Mereka juga dilarang berpakaian cantik atau menyanyi kerana ini melambangkan kegembiraan. Selepas mayat dimasukkan ke dalam tajau, tetamu dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. Penduduk kampung beserta keluarga akan berbincang untuk memilih hari dan masa yang sesuai untuk menghantar tajau ke rumah kubur. Sebelum itu, jamuan makan serta tari menari akan diadakan terlebih dahulu. Ini diadakan pada malam pertama mayat disimpan dalam tajau dan adat ini dipanggil mengalai.

Pada hari kedua, iaitu kira-kira jam 12.00 tengah malam pula, tajau mayat dibawa keluar dari bilik ke tengah-tengah hadirin. Pada ketika itu, keluarga dan sanak saudara akan sekali lagi bertangis-tangisan sambil mengelilingi tajau tersebut. Pada hari ketiga, kaum lelaki akan menuju ke tanah perkuburan beramai-ramai untuk membaiki rumah kubur sekiranya terdapat sebarang kerosakan. Terdapat pantang larang tertentu yang perlu diikuti semasa membaiki rumah kubur tersebut. Pada malam terakhirnya iaitu malam keempat, mereka akan bersuka-ria sebagai tanda menghormati malam terakhir mayat tersebut berada di rumahnya. Keesokannya pada awal pagi, tajau mayat akan diusung dengan menggunakan usungan kayu ke tanah perkuburan. Ketika itu, keluarga si mati, terutamanya kaum perempuan akan menangis kerana mereka percaya dengan berbuat demikian, roh si mati akan selamat sampai ke syurga di samping bertujuan mengucapkan selamat jalan kepada si mati.

Gong akan dibunyikan sepanjang perjalanan tajau mayat dihantar ke perkuburan. Tajau mayat tersebut akan dihiasi dengan manik-manik yang beraneka warna dan dipaku dengan kayu yang berukir indah. Makanan dan minuman tertentu akan dibawa bersama-sama untuk dinikmati selepas upacara menghantar tajau mayat selesai. Masyarakat Murut percaya bahawa roh si mati akan turut serta dalam majlis makan tersebut. Di sekeliling rumah atau pondok kuburan tersebut pula dicacakkan beberapa bendera yang bewarna-warni. Bagi sesiapa yang menghantar tajau mayat tersebut, mereka akan dikenakan pantang larang tertentu selama empat hari. Pantang larang juga tidak terkecuali bagi balu si mati di mana dia tidak boleh keluar rumah kecuali atas beberapa sebab-sebab tertentu dan dia juga perlu memotong rambutnya sehingga pendek.

Page 73: Pendidkan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan Tiga

Selepas empat hari tajau mayat dihantar ke perkuburan, ahli keluarga akan meletakkan tiga potongan bara di mana tajau mayat tersebut diletakkan di dalam rumah. Bara-bara tersebut akan dikawal apinya kerana bimbang api bara tersebut dapat ditiup oleh roh si mati kerana mereka percaya sekiranya api tersebut menyala, rumah tersebut akan ditimpa bencana. Oleh itu, untuk mengelakkan perkara ini, mereka perlu mengusir roh si mati dengan cara memukul rotan ke lantai atau dinding rumah kerana perbuatan ini dipercayai boleh mengejutkan roh si mati tersebut. Keesokannya, adat tolak bala diadakan sebagai tanda tamatnya pantang larang upacara kematian. Lazimnya, jamuan ringan akan dihidangkan dan tetamu akan membawa buah tangan berupa tajau dan gong untuk diberi kepada keluarga si mati. Tetamu-tetamu tersebut juga akan berada di rumah tersebut selama tiga hari tiga malam.

Masyarakat BajauMasyarakat Bajau merupakan masyarakat pribumi Sabah dan dari segi populasinya adalah kedua terbesar selepas kaum Kadazan. Terdapat pelbagai suku kaum dalam kalangan masyarakat Bajau seperti Ilanun, Sulu dan sebagainya. Kebanyakan masyarakat Bajau mendiami kawasan Samporna dan Kota Belud. Dari segi sejarahnya, kaum lelaki di kalangan masyarakat ini terkenal sebagai penunggang kuda yang mahir. Seperti masyarakat etnik Sabah yang lain, masyarakat Bajau juga terkenal dengan adat resam mereka yang pelbagai dan unik. Dalam kehidupan mereka, adat resam berkaitan kelahiran, perkahwinan dan kematian begitu dititikberatkan.

Adat Kelahiran

Dalam masyarakat Bajau, kehamilan dan kelahiran dilihat sebagi krisis hidup yang paling penting dalam edaran hidup seseorang dan dengan itu harus diberi perhatian yang sepenuhnya. Terdapat persamaan ketara dalam adat resam kelahiran antara masyarakat Bajau dengan masyarakat Melayu di Semenanjung. Ini kerana rata-rata masyarakat Bajau di Sabah beragama Islam.

Page 74: Pendidkan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan Tiga

Terdapat beberapa adat yang dijalankan oleh masyarakat Bajau ketika seseorang wanita itu mengandung, antaranya ialah berpantang, menempah bidan, menyediakan kelapa tua sebagai tanda kelahiran dan melenggang perut.

Untuk mengelakkan bahaya sewaktu mengandung, wanita tersebut perlu menjalani beberapa pantang larang tertentu. Ia bertujuan untuk menjaga keselamatan dirinya serta kandungan, di samping memudahkan proses kelahiran kelak. Antara pantang larang tersebut termasuklah: Wanita hamil tidak boleh berjalan malam kerana dikhuatiri akan diganggu oleh makhluk halus. Wanita hamil tidak boleh memakan semua jenis sotong kerana akan menyukarkan proses kelahiran kelak. Wanita hamil tidak boleh meminum atau mandi dengan air hujan yang jatuh dari bumbung kerana dibimbangi tembuni akan terus mati terutama bagi mereka yang mengandung sulung. Wanita hamil tidak boleh memarut kelapa dan menyentuh santan kerana dikhuatiri akan menghadapi kesulitan semasa bersalin.

Wanita hamil juga tidak boleh mengunjungi tempat berlakunya kematian kerana dikhuatiri anak dalam kandungan menjadi lemah dan terkena penyakit yang dikenali sebagai ketimbaluan. Di samping pantang-larang di atas, terdapat pantang-larang lain yang diamalkan.

Dalam masyarakat Bajau, bidan dikenali sebagai pengulin atau pandai. Setelah tujuh bulan hamil, wanita berkenaan akan menempah bidan dan satu majlis doa selamat akan diuruskan oleh bidan tersebut. Terdapat barangan tertentu yang perlu dihadiahkan kepada bidan dan mulai hari itu hingga hari ke 44 selepas kelahiran bayi, secara rasminya bidan bertanggungjawab menjaga wanita hamil tersebut.

Apabila sudah genap tujuh bulan mengandung, suatu tanda kelahiran akan disediakan iaitu sebiji kelapa tua yang baru tumbuh tunasnya dibalut dengan kain putih dan diletakkan ke dalam sebuah pasu tembaga. Kemudian, pasu tembaga beserta kandungannya sekali diletakkan di atas talam yang telah diisikan segantang padi. Kadang-kala diletakkan seutas rantai emas di atas kelapa tua itu yang akan menjadi milik anak yang akan diahirkan. Talam tersebut akan diletakkan di bahagian kepala tempat tidur orang yang hamil itu sehingga bayinya lahir.

Sebaik sahaja bayi dilahirkan, kelapa tua itu akan ditanam bersama-sama tembuni si ibu sebagai tanda kelahiran bayi yang berkenaan, sementara padi pula akan dimasak untuk menjamu si ibu dan para jemputan. Secara simboliknya, kelapa tua bertunas tersebut melambangkan bayi yang sedang berada dalam kandungan ibunya, sementara padi dan rantai emas pula melambangkan tenaga dan cahaya yang dapat menyuburkan tunas kelapa tersebut. Lazimnya tanda kelahiran ini diadakan untuk menyambut anak pertama walaupun masih boleh diadakan untuk anak-anak berikutnya.

Selain dari pantang larang dan adat-adat seperti di atas, wanita Bajau juga perlu melalui upacara melenggang perut atau dikenali sebagai maglenggang dalam kalangan masyarakat Bajau. Ia diadakan hanya jika seseorang wanita itu mengandung anak pertama dan upacara dijalankan ketika kandungan berusia tujuh bulan. Cara adat ini dijalankan hampir-hampir sama dengan upacara melenggang perut yang dijalankan oleh masyarakat Semenanjung Melayu.

Page 75: Pendidkan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan Tiga

Apabila sudah tiba masanya, bidan akan segera dipanggil dan beberapa peralatan tertentu disediakan. Adakalanya di bawah rumah tersebut, duri dan benda-benda tajam seperti besi atau parang diletakkan untuk mengelakkan atau menjauhkan gangguan makhluk halus terhadap si ibu dan bayi. Di samping itu terdapat beberapa adat lain yang dilakukan semasa menyambut kelahiran bayi tersebut iaitu adat potong tali pusat, azan, dan menanam tembuni.

Sewaktu hendak melahirkan anak, si ibu akan dibaringkan di atas tikar sementara bidan pula akan mengurut badannya serta membaca doa selamat agar proses kelahiran itu tidak mengalami sebarang kesulitan. Apabila bayi sudah dilahirkan, bidan akan memotong tali pusat bayi dan setelah itu mengikat pusat bayi dengan benang. Pemotongan tali pusat itu harus disertakan dengan saksinya yang terdiri daripada segantang beras, emas dan lilin yang akan dipasangkan. Bahan-bahan tersebut beserta sedikit wang dan kain putih sepanjang tujuh hasta akan diberi kepada bidan.

Bagi masyarakat Islam, mengazan dan mengqamatkan bayi yang baru lahir adalah disunatkan. Seperti yang telah dinyatakan, masyarakat Bajau rata-ratanya beragama Islam, justeru itu mereka akan melakukan perbuatan ini. Ia bukanlah suatu adat, tetapi lebih merupakan suatu upacara ritual. Setelah diikat pusatnya, bayi akan dimandikan dan beberapa minit kemudian diazankan (bagi anak lelaki) dan diqamatkan (bagi anak perempuan) di telinga bayi itu. Semasa azan diserukan, bayi itu diberi makan sedikit garam dan gula, dan selepas itu barulah dia boleh menyusu.

Pada hari kelahiran itu juga, tembuni ibu dicuci, dibungkus dengan kain putih dan diletakkan ke dalam tempurung. Tempurung itu pula akan ditanam bersama-sama kelapa tua yang telah disediakan di suatu tempat berdekatan dengan rumah si ibu untuk menandakan kelahiran anaknya. Penanaman tembuni lazimnya dilakukan oleh bidan sendiri. Beras yang telah disediakan bersama-sama kelapa tua ditumbuk sederhana halus dan dimasak untuk menjamu si ibu dan tetamunya. Di samping itu, tujuh biji telur direbus dan dimakan dengan nasi tadi.

Selepas bersalin, si ibu akan sekali lagi menjalani beberapa pantang larang dan adat-adat tertentu. Bagi bayi tersebut pula, terdapat beberapa upacara akan dijalankan mulai dari detik kelahirannya sehinggalah dia membesar.

Selepas kelahiran bayi, bidan akan memberi ubat kepada si ibu dan terus menjaga keadaan mereka berdua beranak sehingga hari ke-44. Untuk memulihkan kesihatan si ibu, bidan akan memandikan si ibu dan bayinya sambil membaca doa selamat. Ini dilakukan pada malam hari ketiga, ketujuh, kedua puluh dan ke-44. Selepas tamat tempoh berpantang, bidan secara rasminya menyerahkan tugasnya kepada suami dan keluarga wanita tersebut.

Terdapat beberapa pantang larang yang perlu diamalkan oleh seseorang wanita yang baru lepas bersalin. Antaranya ialah, si ibu tidak boleh makan sembarangan makanan. Selain bubur atau nasi tanpa lauk, si ibu perlu mengambil ubat yang dibuat daripada tumbuh-tumbuhan. Pemakanan perlu dikawal dan dijaga dengan rapi sewaktu tempoh berpantang ini. Selama tujuh hari selepas bersalin, si ibu juga tidak boleh minum air biasa. Air ubat yang dibuat daripada ramuan akar-akar kayu, dan herba akan diminum oleh si ibu untuk memulihkan kesihatan

Page 76: Pendidkan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan Tiga

selepas bersalin. Si ibu harus memakai sarung yang bewarna gelap, biasanya hitam kerana warna yang terang tidak baik untuk kesihatan mata bayinya. Si ibu tidak boleh keluar bersiar-siar sebelum hari ke-44 supaya dia tidak diserang angin sejuk. Dia juga perlu memakai bedak paus, iaitu sejenis bedak bewarna hitam atau putih yang disapukan di kedua-dua belah tangan dan kakinya untuk mengelakkan kesejukan.

Oleh sebab kelahiran anak pertama dianggap sebagai peristiwa istimewa, maka ibu bapa akan mengadakan kenduri tambahan. Selepas kenduri, doa selamat dibacakan oleh bidan dan sebagai upah, bidan akan diberi tiga ela kain kain putih dan lima biji kelapa tua. Selain kenduri, ada kalanya pada hari yang sama diadakan juga upacara naik buai atau dipanggil pesakat nirundangan dalam kalangan masyarakat Bajau, di mana bayi berkenaan akan dinaikkan ke dalam buaiannya buat pertama kali. Upacara ini dijalankan secara besar-besaran dan dijalankan menyerupai upacara melenggang perut. Semasa upacara naik buai berlangsung, upacara berzanji diadakan selama satu jam setengah dan apabila tiba pada ayat-ayat tertentu yang menandakan masanya untuk menggunting rambut bayi, bayi akan didukung dan rambutnya akan digunting oleh mereka yang berzanji secara bergilir-gilir. Upacara ini biasanya diakhiri dengan jamuan makan yang dihadiri oleh sanak saudara dan jiran tetangga. Selain jamuan, tuan rumah juga akan memberi sedekah yang lazimnya berbentuk bunga telur yang dilekatkan dengan wang kepada tetamu yang hadir di majlis tersebut.

Umumnya, orang Bajau amat teliti tentang masa kelahiran anak mereka. Bayi yang dilahirkan pada bulan Safar dianggap kurang baik nasibnya kerana bulan Safar dianggap sebagai bulan yang tidak baik. Untuk mengelakkan kecelakaan dari menimpa si bayi, pada masa menyambut Maulud nabi, bayi akan dibawa ke masjid untuk ditimbang. Penimbangan bayi itu bukanlah bertujuan untuk mengetahui berat bayi sebaliknya merupakan satu usaha untuk meminta pertimbangan daripada Tuhan agar tidak diburukkan nasib bayi tersebut. Terdapat barangan tertentu yang digunakan dalam upacara ini, antaranya termasuklah sebatang penumbuk padi yang dijadikan batang penimbang. Batang penimbang itu akan dibalut dengan tujuh hasta kain putih.

Batu-batu timbang yang terdiri daripada benda-benda berikut: sebekas air, seikat kayu yang sederhana besarnya, seperiuk nasi dan tujuh biji kelapa muda. Bahagian batang penimbang itu akan diikatkan dengan tali kasar yang disangkutkan pada alang bumbung masjid supaya batang berada dalam keadaan tergantung. Pada satu hujung batang penimbang itu akan dipasangkan ayunan kanak-kanak yang hendak ditimbang sementara pada hujung yang satu lagi akan digantungkan batu-batu timbang. Batu-batu timbang yang terdiri daripada sebekas air, seperiuk nasi dan seikat kayu wajib digunakan. Hanya kelapa muda sahaja yang boleh ditambah atau dikurangkan bilangannya mengikut berat bayi itu. Apabila batu-batu timbang sudah seimbang beratnya dengan berat bayi, batang penimbang serta segala muatannya akan dipusingkan dan kemudian dilepaskan supaya ia berputar pada keadaan asalnya. Dengan itu, tamatlah upacara penimbangan dan bayi itu akan digunting rambutnya.

Sebagai orang Islam, anak-anak lelaki dan perempuan akan dikhatankan apabila sudah cukup umur. Lazimnya anak perempuan akan dikhatankan ketika berumur lima tahun sementara anak

Page 77: Pendidkan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan Tiga

lelaki pula dikhatankan ketika berumur 12 dan 15 tahun. Selepas berkhatan mereka akan dianggap sebagai orang Islam yang sebenarnya. Majlis berkhatan kanak-kanak lelaki lebih meriah berbanding upacara berkhatan bagi kanak-kanak perempuan. Upacara berkhatan biasanya diakhiri dengan satu jamuan di masjid atau di rumah kanak-kanak tersebut.

Adatnya tidak banyak bezanya daripada adat masyarakat Melayu. Sebelum perkahwinan berlangsung, upacara merisik terlebih dahulu dilakukan terhadap gadis yang menjadi calon. Caranya hampir sama dengan cara yang diamalkan oleh suku kaum yang lain iaitu dengan melantik wakil bagi menemui keluarga gadis. Setelah mendapat kepastian bahawa gadis itu belum ada apa-apa ikatan dan secocok dengan keinginan pihak lelaki tentang rupa paras, budi bahasa serta martabat keluarganya, barulah diikuti dengan upacara seruan yakni menyimpul tali pertunangan.

Upacara meminang dilakukan dalam satu majlis yang dinamakan seruan. Dalam majlis itu, pihak lelaki membawa sebentuk cincin, sepersalinan pakaian dan wang tunai sebanyak RM100.00 sebagai pengikat tali pertunangan. Masa pertunangan biasanya berlangsung selama setahun untuk membolehkan pihak lelaki membuat persediaan. Apabila tempoh yang ditentukan tiba, pihak lelaki menghantar semua barang yang dijanjikan dalam majlis seruan itu kepada pihak perempuan. Dalam majlis penyerahan barang-barang tersebut, tarikh perkahwinan ditentukan. Pihak keluarga perempuan menentukan jumlah kerbau yang akan dihadiahkan untuk majlis perkahwinan. Tujuh ekor bagi keluarga yang berada, tiga ekor bagi keluarga yang sederhana dan seekor bagi keluarga biasa. Mas kahwin dan hadiah lain seperti sepersalinan pakaian yang lengkap, sirih pinang, alat persolekan dan sebagainya akan diberikan dalam majlis perkahwinan nanti.

Pengantin Bajau

Majlis perkahwinan dibuat sebelum hari perkahwinan. Keluarga yang berada mengadakan majlis tujuh hari sebelumnya, tiga hari bagi keluarga sederhana dan sehari bagi keluarga miskin. Sepanjang hari tersebut, pada sebelah malamnya majlis titik diadakan yakni memainkan alat muzik yang terdiri daripada kulintangan, gong, bebandil dan gendang di tempat kediaman kedua-dua belah pihak. Kumpulan muzik ini mengandungi enam orang pemain yang diketuai oleh seorang wanita yang memainkan kulintangan, dua orang pemukul gendang, dua orang pemain gong dan seorang pemain bebandil. Majlis ini mungkin berlangsung hingga larut malam, kemudian diikuti dengan tarian tradisional yang dikenal sebagai runsai. Tarian ini memerlukan antara enam hingga lapan onang penari termasuk dua

Page 78: Pendidkan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan Tiga

orang wanita. Tarian ini menjadi bertambah meriah apabila diserikan dengan kalang iaitu pantun dua kerat yang dijual dan dibeli oleh penari lelaki dan perempuan.

Sehari sebelum hari perkahwinan, bakal pengantin lelaki dan perempuan akan didandan oleh beberapa orang mak andam. Dandanan ini termasuklah mandi bedak dengan ramuan bedak tepung beras yang bercampur bunga-bungaan pada sebelah malam. Pada hari perkahwinan, pengantin dihias dengan pakaian yang baru, selalunya berwarna kuning dan hijau yang diperbuat daripada sutera. Rambut pengantin perempuan dihiasi dengan 'serempak' iaitu sejenis mahkota.

Pengantin lelaki yang berpakaian serba kuning lengkap dengan tanjak dan bersenjatakan sebilah keris diusung dengan tandu oleh beberapa orang ahli keluarganya, atau menunggang kuda ketika menuju ke ke diaman pengantin perempuan dengan diiringi pukulan gong berirama tigad-tigad semasa melalui jalan yang dihias dengan bendera yang berwarna-warni.

Beberapa das tembakan dilepaskan sebagai tanda hormat dan alu-aluan akan ketibaan rombongan pengantin lelaki di halaman rumah pengantin perempuan. Pengantin lelaki yang turun dari tandu atau kudanya dijulang di atas bahu anggota rombongan atau didukung masuk ke rumah pengantin perempuan. Dia kemudiannya dipersilakan duduk di tempat yang dikhaskan untuknya dan bunyi gong pun diberhentikan. Di situ, pengantin lelaki menunggu majlis akad nikah.

Setelah tiba waktunya, pengantin lelaki mengambil wuduk dan majlis akad nikah dilangsungkan. Pengantin lelaki kemudian masuk ke bilik pengantin perempuan untuk upacara membatalkan air sembahyang. Pengantin lelaki dan rombongannya harus melalui beberapa lapis tabir yang dijadikan halangan sebelum masuk ke bilik pengantin perempuan. Setiap tabir itu hanya akan dibuka apabila dibayar sekitar RM1O hingga RM2O ataupun membaca sebuah pantun, syair dan nasyid empat kerat yang dilagukan. Setelah pengantin lelaki membatalkan air sembahyang dengan menyentuh dahi isterinya, kedua-dua mempelai itu disandingkan. Kemudian, kedua-dua pengantin keluar untuk bertemu dan bersalaman dengan tetamu.

Adat Kematian

Antara masyarakat Bajau dengan masyarakat Islam yang lain memang tidak banyak perbezaan dari segi menguruskan pengebumian kerana mereka sama-sama mengikuti peraturan agama Islam walaupun terdapat sedikit sebanyak pengaruh adat tempatan. Orang Bajau percaya bahawa seseorang yang telah meninggal dunia akan meneruskan hidupnya di alam baqa dan sekiranya tidak dikebumikan dengan betul, maka keluarga dan saudara mara telah berdosa kerana melupakan tanggung jawab mereka. Upacara kematian mereka dilakukan secara teliti

Page 79: Pendidkan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan Tiga

mengikut keperluan agama dan adat kerana melalui upacara inilah si mati dipercayai dapat menyesuaikan diri dengan keadaan hidup baru di akhirat.

Apabila seseorang itu meninggal dunia, doa akan dibaca dan mayatnya akan ditutup dengan kain. Pada masa itu, tawak-tawak patai atau pukulan gong akan dibunyikan sebagai tanda seseorang itu telah meninggal dunia. Mengikut adat Bajau, mereka mesti menangisi kematian tersebut kerana ia melambangkan kesedihan mereka. Seterusnya, mayat tersebut akan diuruskan sepenuhnya mengikut peraturan agama Islam seperti dimandi, dikafan dan disembahyangkan.

Selepas disembahyangkan, si mati akan dikebumikan. Apabila mayat sudah sedia untuk dibawa ke kubur, sekali lagi dibunyikan gong sebagai isyarat. Adat naja-naja iaitu berjalan berulang-alik di bawah keranda si mati oleh keluarga dan saudara mara terdekat akan dilakukan. Adat ini menyerupai adat masyarakat Melayu di Semenanjung Malaysia. Adakalanya bagi orang yang berpangkat tinggi, tembakan sebanyak tiga kali akan dibunyikan sebelum mayat mereka dikebumikan. Di samping itu, dua gong atau sulimbak akan dipalu dan setiap satunya akan dipalu sebanyak tiga kali. Pukulan dua gong ini lazimnya dikhaskan untuk orang yang berpangkat sahaja seperti panglima, maharaja, imam, bilal dan ahli agama yang lain. Bagi orang biasa yang tidak jelas pangkatnya, hanya sebuah gong dengan paluan sebanyak tiga kali sahaja dilakukan.

Apabila mayat hendak dikebumikan, adakalanya bersama-sama mayat tersebut disertakan beberapa biji buah pinang untuk mewakili anak cucu si mati yang masih kecil. Pinang tersebut dibungkus dalam sehelai kain putih yang sama dan diletakkan di sisi mayat. Tujuannya adalah supaya semangat mereka akan bersama si mati ke alam baqa. Seterusnya upacara keagamaan sepertimana yang dilakukan oleh masyarakat Islam lain akan diadakan.

Selepas kematian seseorang, terdapat beberapa adat tertentu dilakukan. Antaranya termasuklah mengadakan kenduri arwah, adat menjaga-jaga dan berpantang.

Selesai pengebumian, satu tempat tidur yang terdiri daripada tikar atau tilam beserta bantal akan dibentang untuk memperingati si mati. Bantal-bantal itu diletakkan di bahagian kepala dan kiri kanan tempat tidur itu. Segala pakaian si mati juga diletakkan di bahagian kepala tempat tidurnya. Setiap pagi dan petang, seorang imam akan menjaga tempat tidur tersebut serta membacakan doa untuk si mati.

Selain itu, tujuh hari berturut-turut diadakan kenduri arwah dan bacaan doa selamat secara kecil-kecilan kecuali pada hari ketujuh. Tujuannya adalah untuk mendoakan kesejahteraan roh di alam baqa. Kenduri lazimnya akan mengiringi acara doa selamat tersebut. Bilangan piring yang dihidangkan untuk ketujuh-tujuh hari adalah berbeza antara satu hari dengan hari yang lain, kerana ia juga menentukan bilangan ahli agama yang diajak untuk membacakan doa selamat tersebut. Lazimnya kenduri hari pertama disajikan tiga piring, pada hari kedua, lima piring dan pada hari ketiga, tujuh piring. Angka ganjil ini merupakan sesuatu yang sinonim dengan agama Islam. Kenduri hari ketujuh adalah yang paling besar dan istimewa sekali dan bilangan orang yang hadir juga adalah ramai berbanding hari-hari sebelumnya.

Page 80: Pendidkan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan Tiga

Biasanya dari hari pertama sehingga hari ketujuh selepas kematian, keluarga dan masyarakat setempat akan mengikuti beberapa pantang larang. Antaranya adalah seperti berikut: mereka tidak boleh memecahkan barang-barang seperti gelas, mangkuk dan lain-lain barangan kerana ini menunjukkan petanda yang tidak baik. Mereka tidak boleh membakar benda yang menjadi makanan, tidak boleh melakukan kerja-kerja seperti menjahit baju, bertukang atau menganyam dan tidak boleh bersin di rumah si mati kerana ada kemungkinan kematian akan berlaku di rumah orang yang bersin tadi. Dari hari pertama sehingga hari ketujuh, rumah si mati tidak boleh dicuci.

Selepas kenduri hari ketujuh pula, mereka akan mengadakan kenduri pada hari ke-20 dan pada hari ke-40. Selepas kematian seseorang kebanyakan masyarakat Bajau tidak mengadakan kenduri selepas hari ke-40, tetapi bagi yang mampu, kenduri arwah masih diadakan pada hari ke-100 dan pada hari ulangtahun kematian seseorang itu.

Page 81: Pendidkan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan Tiga

Jenis-jenis Makanan KAum MalaysiaMelayu – Nasi Lemak

Nasi lemak merupakan makanan kegemaran bagi orang Malaysia dan Singapura terutama sebagai sarapan pada waktu pagi. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya.

Nasi lemak biasanya dihidangkan dengan telur, timun, ikan bilis goreng dan sambal. Tetapi kini nasi lemak dijual dengan pelbagai lauk yang termasuk tetapi tidak terhad kepada daging, ayam, sotong, udang, limpa, dan hati (lembu). Kaum Cina tempatan juga ada yang memasak nasi lemak dengan lauk khinzir.

Perbandingan

-Asal Usul

Nasi lemak bukanlah satu makanan sarapan harian pada umumnya. Amalan pemakanan nasi lemak merupakan satu bekalan kepada pesawah-pesawah padi mahupun yang mengusahakan kebun seperti getah, kelapa sawit, sayur-sayuran dan lain-lain. Kebanyakan di Semenanjung Malaysia ,Selatan Thai, Brunei dan Singapura, bekalan Nasi Lemak sering dibekalkan, kerana ia mampu memberi tenaga kepada mereka ini yang membanting keringat.

-Kini

Pada masa kini, nasi lemak bukan sahaja dinikmati pada waktu pagi. Malahan, ia dinikmati pada waktu makan tengah hari dan malam. Oleh sebab itu, nasi lemak merupakan satu sajian makanan yang ringkas lalu dijadikan makanan pilihan warga kota yang sentiasa kesibukan. Harga yang murah juga mendorong makanan popular ini semakin mudah didapati di mana-

Page 82: Pendidkan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan Tiga

mana sahaja. Biasanya harga nasi lemak berada dalam linkungan Ringgit Malaysia 1 sehingga 6 sebungkus.

Melayu – Nasi Kerabu

Nasi Dagang merupakan hidangan istimewa yang terkenal di Terengganu dan Kelantan. Nasi dagang Terengganu biasanya diperbuat daripada campuran beras dan beras pulut dan dimasak bersama-sama santan kelapa.

Jenis Nasi Dagang

Nasi dagang Kelantan

Nasi dagang Kelantan biasanya bewarna merah kerana menggunakan campuran pulut hitam.

Nasi dagang Terengganu

Nasi dagang Terengganu dihidangkan dengan kuah nasi dagang yang dimasak dengan menggunakan rempah khas (berlainan dengan rempah kari biasa). Ikan yang digunakan biasanya ikan Aya Hitam (ikan tongkol) yang bersaiz besar, dipotong. Selain itu acar timun juga disediakan.

Nasi dagang dikatakan dikenali sedemikian kerana, hanya mempunyai satu lauk (tanpa acar timunnya). Mudah, bagaikan mereka yang dalam perdagangan tanpa penyediaan lauk-pauk yang banyak.

Komen

Samuel – Makanan ini enak dan senang dimakan daripada nasi kerabu kerana semua bahannya dimasak manakala nasi kerabu bahannya dimakan mentah.

Melayu – Nasi Kerabu

Page 83: Pendidkan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan Tiga

Nasi kerabu merupakan hidangan nasi yang asalnya berwarna kebiruan, dan biasanya dimakan dengan ikan kering atau ayam goreng, keropok, budu dan ulam-ulaman lain. Warna biru nasi terhasil daripada kelopak bunga telang yang digunakan dalam masakan. Kini, kesukaran menyediakan pewarnanya menyebabkan ia disediakan bersama nasi putih biasa atau warna nasi kerabu kuning yang dimasak dengan menggunakan kunyit.

Nasi kerabu amat popular di negeri pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu, dan sekarang ini ia boleh didapati di seluruh negara. Ia juga sering dimakan bersama solok lada.

Nasi kerabu juga enak dimakan bersama keropok goreng.

Komen

Samuel – Nasi Kerabu merupakan makanan yang unik serta pelik rasanya .

Melayu – Kuih-Kuih Tradisional Melayu

Kuih merupakan sejenis makanan berbentuk snek yang mudah dijumpai di Kepulauan Melayu. Kuih boleh dimakan pada bila-bila masa, dan sesetengah kuih hanya dibuat pada musim perayaan.

Jenis-jenis Kuih Melayu

Kuih keria Kuih keseri Ketupat Ketupat palas Kuih koci Kuih karas Kuih kasturi Kuih lopes Kuih nagasari Kuih apam tepung beras

Page 84: Pendidkan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan Tiga

Kuih bakar berlauk Kuih butir nangka Kuih cara Kuih cek mek molek

Komen

Samuel – Kuih-muih ini berbeza jenis and rasa.

Cina - Yu Sheng

“Yu Sheng” bermaksud "ikan mentah" dalam Bahasa Cina tetapi kerana kedengarannya seperti “ ” 余升 yang bererti peningkatan dalam kelimpahan, orang Cina di Singapura dan Malaysia, terutamanya pengusaha dan pekerja-pekerja suka makan hidangan ini semasa perayaan Tahun Baru Cina kerana ini adalah simbol kelimpahan, kemakmuran dan nasib baik. Hidangan ini biasanya disajikan sebagai makanan pembuka untuk meningkatkan nasib baik untuk tahun yang baru.

Bak kut teh

“Bak kut teh” berasal dari bandar Klang, Selangor, Malaysia. Maksud Bak Kut Teh adalah tulang daging dengan teh. Dia ditandai oleh 8 ramuan China untuk memasak daging sekurang-kurangnya 4 jam sampai daging babi menyerap sepenuhnya esensi. Daging babi yang lembut dan lazat serta disesuaikan dengan nasi atasnya dengan sos minyak bawang. Daging itu berminyak dan bertulang, dan biasanya disertai dengan seteko teh Cina untuk menyelesaikan minyak itu.

Penang lam-mee

Page 85: Pendidkan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan Tiga

Penang “lam-mee” adalah makanan tradisional nyonya. Mee ini juga dikenali sebagai “mee ulang tahun” yang bererti umur panjang dan biasanya disajikan semasa perayaan ulang. Mee ini berwarna kuning dan tersiram dengan air panas, beehoon, tauge disajikan dalam sup serta dihiasi dengan udang, hirisan daging babi, telur jalur goreng dan daun bawang. Keistimewaan dari hidangan ini terletak pada kuah di mana ia memberi anda perpaduan sempurna antara makanan laut dari udang dan manis dari rusuk babi. Mee ini biasanya dimakan bersama dengan sambal belacan.

Nasi ayam

Nasi ayam adalah masakan asal China yang sering dikaitkan dengan masakan Hainan, masakan Malaysia dan masakan Singapura. Nasi ayam ini dibuat dengan ayam “wengcheng” dan dihidangkan dengan nasi kental dengan. Ayam ini dikukus dan dimasak dengan sedikit pink yang tersisa di daging dekat dengan tulang. Sementara ayam yang dipotongkan akan disajikan dalam piring besar. Hidangan ini disertai dengan sambal yang terdiri daripada cabe, pati ayam, bawang putih dan halia.

Dong bo rou

 “Dong bo rou” berasal dari Huanggang. Berdasarkan “Su Exile Huanggang” pada tahun 1080, sebab daging babi tempatan lebih murah, supaya datanglah banyak kaedah untuk makan daging. Ayam babi itu didihkan dengan api perlahan sehingga bertukar menjadi warna merah. Hidangan ini dimasak sehingga lembut dan berlendir.

Page 86: Pendidkan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan Tiga

 Bakkwa

Terdapat pelbagai jenis daging, iaitu daging kering, daging babi kering, dendeng, daging kering, daging kuda, daging kelinci dan sebagainya. Bakkwa, umumnya dikenali sebagai daging BBQ, adalah tradisi makanan dari China Selatan. Makanan ini merupakan hirisan tipis daging yang diasinkan dengan gula, madu dan rempah-ratus. Daging asap yang tersisa untuk sejuk dan dibungkus dengan lapisan kertas lilin. Bakkwa sebagai produk makanan merupakan inovasi untuk memelihara daging dalam menanggapi keperluan makanan dalam menghadapi keterbatasan teknologi dan iklim. Inovasi ini menghasilkan teknik yang bekerja dan mencicipi baik pada masa yang sama.

Orang India - ROTI CANAI

Roti canai atau roti jenis leper yang berbentuk bulat ini, merupakan satu makanan kegemaran di Malaysia. Ia dimakan sebagai makanan pagi, tengahari, petang, dan malam. Sering kali dimakan bersama dengan teh tarik, atau teh ais.Biasanya dihidangkan dengan kuah dal atau parpu atau kari dengan sambal ikan bilis.

SEJARAH ROTI CANAI

Penggunaan perkataan canai dalam bahasa Melayu dibelakang roti adalah hasil dari tingkahlaku pencanai roti tersebut dalam meleperkan, menganginkan dan menebar doh roti. Ada juga menyatakan perkataan canai dibelakang roti ini asalnya dari jenis dal yang digunakan bersama roti ini, yakni "Channal". Pada versi yang lain, perkataan canai ini datangnya dari nama bandar Chennai, India disebabkan ramai pencanai roti ini kebanyakkan berasal dari sana pada ketika kebanjiran orang India di Malaysia. Roti canai di India dan Singapura, ia lebih dikenali sebagai roti pratha. Rupa roti pratha dengan roti canai adalah sama dan bentuknya masih lagi bulat.

Resepi

Bahan-bahan

1. 600 g tepung gandum2. 1 camca garam3. 1 camca gula halus4. 2 biji telur, dipukul

Page 87: Pendidkan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan Tiga

5. 125 ml susu segar6. 125-130 ml air7. 3-4 camb minyak8. 3-4 camb minyak sapi9. minyak/minyak sapi untuk menggoreng

Penyediaan

Gaulkan 3 bahan pertama, masukkan telur, susu dan air sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh. Uli selama 10 min hingga licin dan lembut. Jika terlalu keras, basahkan tangan dengan air kemudian uli lagi. Bahagikan 7 atau 8 bebola. Letak dalam mangkuk. Lumur dengan minyak dan minyak sapi. Tutup dengan tuala lembab, biar 6-8 jam (semalaman). Ambil sebiji, leperkan seberapa nipis yang boleh (stail tersendiri). Angkat hujungnya dan biar memanjang seperti tali kemudian buatkan bulatan. Leperkan agar lapisannya bercantum semua. Jika cara ini sukar, memadai dengan melipat 4 kemudian goreng dalam sedikit campuran minyak/minyak sapi.

Variasi

Roti Telur, dicampurkan dengan telur selepas doh roti ditebarkan. Roti Telur Bawang, dicampurkan dengan telur bersama penggunaan bawang merah

yang banyak. Roti Bom juga dipanggil roti boom, jenis roti canai yang dibuat bentuknya kecil dan lebih

tebal dari roti canai. Adunan doh dan cara penebaran dan canai, adalah sama dengan roti canai.

Roti Planta, dicampurkan dengan marjerin yang banyak. Penggunaan nama Planta dibelakang kerana ia adalah satu jenama marjerin yang popular di Malaysia, kerana penggunaanya oleh orang Malaysia.

Roti Petak, atau roti canai sebenarnya, penggunaan nama ini bukan secara umum, penggunaan ini digunakan segelintir oleh orang Malaysia kerana mahu roti canai yang baru dibuat dan dimasak. Kebanyakkan roti canai(berbentuk bulat), telah siap dimasak awal-awal dan akan dipanaskan semula bila dipesan.

Roti Banjir, adalah roti canai yang telah dipotong kecil-kecil, dan dicampurkan kuah dal atau kuah kari yang banyak. Sambal akan diletak sedikit.

SATAY

Sate (ejaan lama Satay) ialah sejenis makanan yang dicucuk dengan lidi. Secara khususnya, sate dibuat daripada kepingan daging yang dicucuk pada lidi kelapa / buluh dan dibakar menggunakan api arang kayu.

Sate dicipta oleh para pedagang jawa yang menjual daging bakar di pinggir jalan pada abad 19.

VARIASI

Page 88: Pendidkan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan Tiga

Terdapat beberapa jenis sate lain yang dijual, antaranya:

1. Sate arnab2. Sate perut3. Sate pedal4. Sate kerang5. Sate ikan6. Sate ampai-ampai

CARA-CARA UNTUK HIDANG SATAY

Kebanyakan orang Melayu tidak makan daging semata-mata. Oleh itu biasanya turut disertakan nasi dalam bentuk ketupat. Sate mudah dimakan di tepi-tepi jalan kerana dicucuk dengan lidi kelapa. Kuah sate disediakan daripada kacang yang ditumbuk lumat dan digaul serta dimasak dengan pelbagai herba. Bau yang wangi amat penting. Boleh juga didapati, sate dihidang dengan bawang merah dan timun, selain ketupat nasi atau nasi himpit.

SATEY AMPAI-AMPAI SATAY DALAM MALAYSIA

Di Malaysia, sate sering dikaitkan dengan sate Kajang. Di Bayan Baru, Pulau Pinang ada dijual sate Kajang. Begitu juga dengan di Ipoh, Muar dan Johor Bahru.

Sate bukan menu makanan Melayu semata-mata. Sate turut popular di negara-negara Asia Tenggara lain. Di benua Amerika Selatan iaitu di negara Guyana ada juga sate, tetapi saiznya lebih besar.

Kita sedia maklum ramai orang Indonesia dibawa oleh penjajah Belanda ke Guyana untuk menjadi buruh paksa di sana. Mungkin mereka inilah yang membawa budaya sate di benua Amerika Selatan.

SEJARAH SATAY DI MALAYSIA

Di Malaysia sate dipercayai diperkenalkan oleh Haji Tasmin bin Sakiban di pusat bandar Kajang sekitar tahun 1900. Beliau menjual dari rumah ke rumah dan di sepanjang jalan, beliau akan berhenti jika dipanggil. Jadi perniagaan beliau adalah jenis perniagaan bergerak ataupun peniaga kandar. Ini merujuk kepada dua bekas yang dikandar oleh peniaga. Gambaran

Page 89: Pendidkan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan Tiga

mengenai peniaga sate yang mengandar barang jualannya boleh dilihat di dalam filem Pontianak Gua Musang.

Anak saudara Haji Tasmin telah mengkomersilkan sate Kajang ini. Jika dahulu sate dimakan di tepi-tepi jalan dan gerai-gerai kecil, kini sate dijual dibangunan yang lebih mewah dan standard. Cara hidangan, lokasi, menu air, menu sate turut berubah sesuai dengan perubahan zaman.

Penerbangan Malaysia dan Singapore Airlines menjadikan sate sebagai menu pembuka selera untuk penumpang kelas Pertama dan kelas Bisnes masing-masing.

NASI DAUN PISANG

Di dalam nasi daun pisang, nasi dihidangkan di atas daun pisang bersama – sama dengan aneka sayur-sayuran, kari daging atau ikan, jeruk dan papadum. Selalunya, hanya kuah kari sahaja dihidangkan, dagingnya tidak dihidangkan. Kerana, nasi daun pisang ini merupakan makanan bagi vegetarian India. Secara tradisionalnya, ia dimakan dengan menggunakan tangan.

KEGUNAAN DAUN PISANG

Daun pisang digunakan kerana dipercayai, apabila nasi yang panas dihidangkan di atas daun pisang. Ia akan melepaskan lapisan atas daun pisang yang dapat membantu sistem penghadaman.

PROSES MENGHIDANGKAN NASI DAUN PISANG

1- Setelah di letak daun pisang, nasi putih yang panas pula diberikan.

2- Memberi sayur-sayuran ini diletakkan di dalam calung-calung besi. Kari juga turut dihidangkan begitu.

3- Lauk Pauk juga turut dihidangkan4- Cili kering bergaram dan papodum yang memberi sentuhan

terakhir untuk melengkapkan hidangan India yang digemari oleh berbagai lapisan masyarakat ini

Page 90: Pendidkan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan Tiga

Penghargaan

Kami menghadapi pelbagai cabaran untuk melaksanakan folio ini dengan baik. Walau bagaimanapun, kami dapat melaksanakannya dengan sempurna dan lancer atas bantuan dan kerjasama daripada pelbagai pihak. Oleh hal yang demikian, kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang telah membantu kami menjayakan folio ini.

Terlebih dahulu, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada guru mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewargangaraan kami, iaitu Cik Toh Kim Yong yang telah meluangkan masanya untuk memberi tunjuk ajar dan membimbing kami semasa melaksanakan Projek Sivik ini.

Sehubungan itu, ucapan terima kasih yang terhingga ini kami tujukan kepada ibu bapa dan ahli keluarga kami yang memberikan sokongan, dorongan, dan galakan sama ada dari segi kewangan, bahan-bahan atau sokongan moral.

Tidak ketinggalan juga ribuan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan kami yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan folio kami.

Page 91: Pendidkan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan Tiga

Akhir sekali, kami melahirkan rasa berbesar hati atas bantuan jiran-jiran kami yang berlainan kaum. Mereka telah bekerjasama sepenuhnya serta memberikan informasi yang amat berguna kepada kami.

Senarai Lampiran

Kos Bahan

Bil. Bahan KuantitiKos

seunit (RM)

Jumlah (RM)

1. Kertas A4 helai 5.002. Kertas Berwarna 2 helai 0.80 1.603. Kertas Transparent 2 helai 0.70 1.404. Penjilidan (Comb

Binding)- 2.00 2.00

5. Lingkaran (Comb) 1 lingkar

1.00 1.00

6. Dakwat Pencetakan 1 botol 6.00 6.00Jumlah Keseluruhan 17.00

Jumlah Keseluruhan: RM17.00

Jumlah yang dibayar oleh setiap pelajar: RM17.00÷11= RM1.55

Page 92: Pendidkan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan Tiga
Page 93: Pendidkan Sivik Dan Kewarganegaraan Tingkatan Tiga

Tempoh Pelaksanaan

Bil. Aktiviti Tempoh Masa1. Muka Depan 5 minit2. Kandungan 10 minit3. Matlamat/ Objektif Projek 35 minit4. Senarai Ahli dan Tugas 20 minit5. Kaedah Pelaksanaan 20 minit6. Hasil Projek 10 hari7. Refleksi 15 minit8. Penghargaan 20 minit9. Lampiran 2 hari

Jumlah Masa 12 hari 2 jam 5 minit