contoh rancangan pelajaran harian.doc

14
CONTOH RANCANGAN PELAJARAN HARIAN (RPH) BAHASA MALAYSIA TAHUN 4 KSSR TEMA: PERPADUAN TEMA PERPADUAN TAHUN 4 TEKAD TAJUK RUMAH TERBUKA MASA 9.30 – 10.30 pagi STANDARD PEMBELAJRAN 2.4.2 Membaca dan memahami maklumat daripada bahan untuk menjana idea dengan betul. 2.4.3 Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat dengan tepat daripada pelbagai bahan untuk membuat penilaian dengan betul. 3.5.2 Mencatat maklumat yang betul mengikut urutan untuk membuat carta daripada pelbagai sumber. 5.1.1 Memahami dan menggunakan kata nama am konkrit dan penjodoh bilangan dengan betul mengikut konteks.

Upload: geetha

Post on 20-Dec-2015

247 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: CONTOH RANCANGAN PELAJARAN HARIAN.doc

CONTOH RANCANGAN PELAJARAN HARIAN (RPH) 

BAHASA MALAYSIA TAHUN 4 KSSR

TEMA: PERPADUAN

TEMA PERPADUAN

TAHUN 4 TEKAD

TAJUK RUMAH TERBUKA

MASA 9.30 – 10.30 pagi

STANDARD PEMBELAJRAN 2.4.2 Membaca dan memahami maklumat daripada bahan untuk menjana

idea dengan betul.

2.4.3 Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat dengan

tepat daripada pelbagai bahan untuk membuat penilaian dengan betul.

3.5.2 Mencatat maklumat yang betul mengikut urutan untuk membuat carta

daripada pelbagai sumber.

5.1.1 Memahami dan menggunakan kata nama am konkrit dan penjodoh

bilangan dengan betul mengikut konteks.

OBJEKTIF Pada akhir pelajaran, murid dapat

         Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat untuk

Page 2: CONTOH RANCANGAN PELAJARAN HARIAN.doc

menjana idea dengan betul.

         Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat dengan tepat

daripada pelbagai bahan untuk membuat penilaian dengan betul.

AKTIVITI 1. Set Iduksi - Klip video lagu “Suasana Hari Raya” versi Upin Ipin

2. Murid ditunjukkan dengan beberapa keping gambar tentang rumah terbuka

.

3. Murid menyatakan pengalaman sendiri ketika menghadiri rumah terbuka

.

4. Murid membaca petikan yang dipaparkan pada skrin dengan sebutan yang

jelas dan intonasi yang betul.

5.Murid membina jawapan daripada soalan yang dikemukan oleh guru

berdasarkan petikan yang dibaca.

6.Murid membetulkan struktur ayat dalam teks cara memasak.

7.Murid menghasilkan sebuah peta minda berdasarkan teks tentang cara

penyediaan rendang ayam.

8. Guru merumuskan pengajaran dan nilai murni ( menyatakan nilai yang

tersurat dan tersirat )

Page 3: CONTOH RANCANGAN PELAJARAN HARIAN.doc

Pemulihan

Murid menjawab soalan pemahaman berdasarkan teks

yang diberi.

Pengayaan

Murid menghasilkan peta minda berdasarkan petikan.

PENGISIAN KURIKULUM : Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan,  Pendidikan Kesihatan

Nilai  :     Bekerjasama, Kebersihan, Prihatin, Perpaduan

EMK :    TMK

KB     :    Menjana Idea, Mengecam, Menentukan Urutan

:     Bacaan mentalis, Membina peta minda, Membaca pantas

BAHAN BANTU BELAJAR LCD, benda  maujud, lembaran kerja, kamus

PENILAIAN PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

Murid dapat menjawab soalan pemahaman, menyusun struktur ayat dan

membina peta minda berdasarkan cara penyediaan resipi rendang ayam.

REFLEKSI

Page 4: CONTOH RANCANGAN PELAJARAN HARIAN.doc

1. Buku cerita di atas meja itu kepunyaan adik.

2. Gunalah duit ini untuk membeli buku latihan kamu.

3. Lelaki yang berkemeja biru itu abang saya.

4. Pasu bunga ini dibeli oleh ayah di Sarawak.

5. Suara burung merbuk itu sangat merdu.

Latihan Fokus

Bina Tiga Ayat Bagi Kedua-dua Kata Ganti Nama Tunjuk :

1. itu :: a.                .........................................................................................

              b.               ..........................................................................................

              c.               ...........................................................................................

Page 5: CONTOH RANCANGAN PELAJARAN HARIAN.doc

2. ini :: a.                ...........................................................................................

              b.               ...........................................................................................

              c.               ...........................................................................................

igunakan untuk menggantikan kata nama orang. kata ganti nama diri terbahagi kepada tiga jenis seperti yang berikut:

(a) Kata Ganti Nama Diri Pertama

(b) Kata Ganti Nama Diri Kedua

(c) Kata Ganti Nama Diri Ketiga

(a) Kata Ganti Nama Diri Pertama

digunakan untuk menggantikan nama diri orang yang bercakap atau merujuk kepada diri sendiri apabila bercakap dengan orang lain.

kata ganti nama diri pertama terbahagi kepada dua bentuk, iaitu bentuk tunggal dan bentuk jamak.

Page 6: CONTOH RANCANGAN PELAJARAN HARIAN.doc

KGND Pertama

Bentuk Penggunaan Ayat Butiran belanjawan

aku tunggal

Merujuk kepada diri sendiri apabila berhubung dengan orang yang rapat dan sama taraf, dan ketika berdoa kepada Tuhan.

1. "Kedatangan aku ke mari membawa hajat yang besar, Manisah," kata Ziana kepada rakan karibnya itu.

2. Ya Allah, aku memohon petunjuk-Mu," lafaz Pak Man dalam doanya.

saya tunggal

Merujuk kepada diri sendiri apabila bercakap dengan orang yang baru dikenali atau sesiapa sahaja dalam keadaan rasmi.

1. "Rumah saya tidak jauh dari sini," kata Rahim kepada orang tua yang bertanya kepadanya itu.

2. Saya berasa bertuah menjadi rakyat Malaysia.

beta tunggalDigunakan oleh raja, permaisuri, sultan dan kaum kerabat diraja apabila bertitah kepada rakyat.

"Berani awak mengingkari perintah beta , "titah baginda sultan dengan murkanya.

1. " Beta izinkan mamanda menteri berangkat sekarang juga, "titah Sultan Ali.

booties tunggal

Digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan sultan, permaisuri, raja dan kerabat diraja.

1. Kata Bendahara Melaka, " Patikmenjunjung perintah, tuanku. "

"Patik datang ke mari membawa hajat yang besar, tuanku," sembah Hang Kasturi kepada Sultan Mahmud.

daku tunggal Merujuk kepada diri sendiri dan hanya digunakan jika perkataan

1. Adakah engkau masih ingat akan daku?

Page 7: CONTOH RANCANGAN PELAJARAN HARIAN.doc

sebelumnya berakhir dengan huruf "n".

2. Oleh sebab tidak sependapat dengandaku, akhirnya kami berpisah juga.

hamba tunggalMerujuk kepada diri sendiri pada zaman dahulu.

1. "Hamba telah banyak melihat corak hidup manusia," kata pengembara itu kepada Engku Azlina.

2. "Jangan hamba dihina begini," rayu saudagar itu kepada Malim Kundang.

kami jamak

Merujuk kepada si penutur dan temannya apabila bercakap dengan pihak kedua.

1. " Kami akan menyertai kem motivasi di sekolah, "kata Ali dan Siti kepada ibu mereka.

2. Ami dan John memberitahu cikgu mereka,"Kami tidak tahu membuat projek itu."

kita jamakMerujuk kepada si penutur dan orang yang mendengarnya.

1. Bahasa Malaysia ialah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara kita.

2. "Jika kita bersatu, kita akan menjadi kuat," kata Eda kepada rakan-rakannya.

 

Kembali ke atas ...

 

Page 8: CONTOH RANCANGAN PELAJARAN HARIAN.doc

(b) Kata Ganti Nama Diri Kedua

digunakan untuk menggantikan nama diri orang kedua atau orang yang diajak bercakap. kata ganti nama diri kedua juga terbahagi kepada dua bentuk, iaitu bentuk tunggal dan bentuk jamak.

KGND Kedua

Bentuk Penggunaan Ayat Butiran belanjawan

awak tunggal

Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat, panggilan orang atasan kepada orang bawahan dan digunakan oleh suami dan isteri apabila bercakap.

1. "Awak tidak boleh merokok di dalam pejabat," kata pengurus itu kepada keraninya.

2. "Bila awak mahu datang ke rumah saya?" tanya Salmah kepada sahabat karibnya.

kamu tunggalDigunakan oleh orang yang lebih tua atau dewasa dan ditujukan kepada anak, para pelajar dan sebagainya

1. "Kamu masih belum sihat lagi, Man?" Kudus bertanya.

2. "Mengapakah mata kamu merah, Amin?" Halim bertanya kepada adiknya.

engkau tunggalDigunakan untuk diri orang kedua yang rapat dan dengan Tuhan apabila berdoa.

1. "Apakah yang engkau lakukan ini? "Zuren bertanya kepada Ku Li.

2. Ya Allah, Engkaulah yang maha mengetahui.

dikau tunggal Digunakan dalam tulisan sebagai objek kepada kata sendi dan kata kerja transitif yang ejaannya berakhir dengan huruf "n".

1. Aku akan memperkenalkan dikau dengan kawan-kawanku yang lain.

Page 9: CONTOH RANCANGAN PELAJARAN HARIAN.doc

2. "Saya amat rindu akan dikau," kata Hasan kepada teman wanitanya.

tuanku tunggalDigunakan apabila bercakap dengan sultan, raja dan kerabat diraja; bermaksud "tuan yang mulia".

1. "Segala titah Tuanku utama Akan Patik, "ketawa Hang laiin.

2. "Patik ke mari bersama-sama dengan anak dan isteri, tuanku" sembah Tun Pepatih.

andatunggal /

jamak

Merujuk kepada diri orang yang kedua/ orang yang dilawan bercakap apabila tiada berhadapan dengan kita. Contohnya dalam siaran radio, televisyen atau dengan orang yang sebaya.

1. Anda dikehendaki membaca arahan dengan teliti sebelum menjawab soalan.

2. Jika anda berminat untuk menyertai syarikat kami, sila hubungi kami dengan segera.

kalian jamak

Merujuk kepada diri orang kedua atau orang yang dilawan bercakap yang bilangannya melebihi seorang/bilangan banyak.

1. Kalian diharap bertenang kerana para hakim sedang mengira markah.

2. "Apakah yang kalian buat di sini?" Husin bertanya kepada rakan-rakannya.

 

Kembali ke atas ...

 

(c) Kata Ganti Nama Diri Ketiga

Page 10: CONTOH RANCANGAN PELAJARAN HARIAN.doc

kata ganti nama diri ketiga ialah kata yang digunakan untuk menggantikan nama diri orang yang dicakapkan atau yang diperkatakan.

KGND Ketiga

Bentuk Penggunaan Ayat Butiran belanjawan

DIA / IA tunggal

Untuk menggantikan nama diri orang yang diceritakan/dicakapkan sama ada rakan sebaya atau orang yang lebih muda.

1. Dia berjanji akan berubah, tidak lagi bersikap malas seperti dahulu.

2. Ahmad terjatuh kerana ia ditolak oleh kawannya.

baru tunggal

Digunakan untuk menggantikan kata ganti dia/ia, nama binatang dan nama benda. Tidak boleh berdiri sendiri dan ditulis serangkai dengan perkataan yang mendahuluinya.

1. Munirah memanggil Masni sambil melambai padanya.

2. Burung itu tidak boleh terbang kerana sayapnya patah.

baginda tunggalUntuk menggantikan nama sultan, raja, kerabat diraja yang diperkatakan.

1. Sultan Samad menitahkan Perdana Menteri pergi mendapatkan anakanda baginda di Temasik.

2. Bagina Sultan jarang-jarang melawat ke sini.

beliau tunggal Digunakan untuk orang ketiga yang dihormati seperti ibu bapa, pemimpin dan guru.

1. Semua anak beliau belajar di luar negara.

2. Menteri Pelajaran tidak dapat hadir keranabeliau berada di luar

Page 11: CONTOH RANCANGAN PELAJARAN HARIAN.doc

negara.

mereka jamakUntuk menggantikan nama diri orang ketiga yang dicakapkan yang bilangannya melebihi seorang.

1. Rumah mereka ranap ditiup angin ribut.

2. Mereka bergotong-royong membersihkan kampung.