contoh rancangan perniagaan bagus

59
SURAT AKUAN Dengan ini saya mengakui bahawa segala maklumat yang ada di dalam Rancangan Perniagaan Fatira Bakery House ini adalah hak milik kami. Segala pengiraan yang dibuat adalah idea-idea yang dikeluarkan oleh kami sendiri. Segala maklumat yang diberikan adalah hak milik kami. Kami dari Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia mengakui Rancangan Perniagaan ini adalah yang pertama kami buat kerana mengambil subjek minor usahawan dalam subjek Pembangunan Perniagaan Baru semester ini. Sekian, Terima Kasih. Fatin Nabilah bt Mohamed D20121059852 Siti Hawa Bt Liman D20121058415 Siti Annirah bt Md Lazim D20121059853 Nur Farah Ain Bt Che Soh D20121058455 Husna Bt Abd Nasir D20121058453 Ainatul Shahira Bt Musa D20121058229 _______________ ________________ 1

Upload: 92-degrees

Post on 09-Aug-2015

597 views

Category:

Business


24 download

TRANSCRIPT

Page 1: contoh rancangan perniagaan bagus

SURAT AKUAN

Dengan ini saya mengakui bahawa segala maklumat yang ada di dalam Rancangan

Perniagaan Fatira Bakery House ini adalah hak milik kami. Segala pengiraan yang dibuat

adalah idea-idea yang dikeluarkan oleh kami sendiri. Segala maklumat yang diberikan adalah

hak milik kami.

Kami dari Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia mengakui Rancangan

Perniagaan ini adalah yang pertama kami buat kerana mengambil subjek minor usahawan

dalam subjek Pembangunan Perniagaan Baru semester ini.

Sekian, Terima Kasih.

Fatin Nabilah bt Mohamed D20121059852Siti Hawa Bt Liman D20121058415Siti Annirah bt Md Lazim D20121059853Nur Farah Ain Bt Che Soh D20121058455Husna Bt Abd Nasir D20121058453Ainatul Shahira Bt Musa D20121058229

_______________ ________________

1

Page 2: contoh rancangan perniagaan bagus

MUQADIMMAH

Perniagaan kek kurang diceburi terutama dalam kalangan orang Melayu. Jadi untuk

mengisi kekosongan atau kekurangan tersebut, kami telah mengambil inisiatif untuk

menambah bilangan orang Melayu menceburi perniagaan ini. Hal ini demikian kerana, di

bandar Temerloh khasnya dan di sekitar Taman Desa khususnya belum wujud kedai kek yang

mana pemiliknya orang Melayu.

Dengan usaha yang diambil ini, kami harap akan mendapat sambutan dan galakkan

dari masyarakat Melayu di sana di samping membuka peluang pekerjaan kepada mereka yang

berminat untuk belajar membuat kek, roti dan sebagainya. Kami juga berharap agar mendapat

pulangan yang lumayan serta mampu memberikan kepuasan kepada pelanggan untuk

mendapatkan kek, roti dan biskut dari sumber yang halal.

Ucapan terima kasih kami kepada pensyarah-pensyarah UPSI dan kepada mereka

yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam memberikan panduan,

sokongan, bimbingan dan galakan untuk menjayakan Rancangan Perniagaan ini.

Terima kasih juga diucapkan kepada orang sekeliling terutama ibu dan bapa kami

yang sentiasa memberi dorongan dan sokongan serta suntikan semangat untuk kami

mewujudkan kedai kek ini. Terakhir terima kasih kepada sahabat yang lain yang tidak jemu

memberikan tunjuk ajar dalam menyiapkan Rancangan Perniagaan ini.

2

Page 3: contoh rancangan perniagaan bagus

RINGKASAN EKSEKUTIF

Fatira Bakery House telah diterajui oleh kami berenam iaitu Fatin Nabilah Binti

Mohamed, Siti Hawa Binti Liman, Siti Annirah Binti Md Lazim, Nur Farah Ain Binti Che

Soh, Husna Binti Abd Nasir dan Ainatul Shahira. Nama yang digunakan adalah hasil

gabungan daripada keenam-enam nama kami di atas maka terciptalah “Fatira”. Fatira Bakery

House Enterprise telah didaftarkan pada 01 Mac 2014 dengan modal berbayar sebanyak RM

10,000.00 dan mempunyai ekuiti bumiputera 100 %. Fatira Bakery house adalah sebuah

perniagaan yang menjual kek, roti dan biskut serta kek untuk tempahan perkahwinan, hari

jadi dan atas permintaan yang lain. Malahan turut menyediakan perkhidmatan tempahan

untuk raya dan majlis-majlis jamuan kepada penduduk di sekitar Bandar Temerloh dan

Mentakab.

Memandangkan ia adalah satu-satunya kedai kek Melayu di kawasan Bandar

Temerloh dan Mentakab, keadaan pasaran adalah amat sengit. Objektif utama Fatira Bakery

House pada permulaan adalah untuk memenuhi keperluan pengguna Melayu. Keinginan

untuk membuka sebuah kedai kek di Temerloh berkobar-kobar setelah mengikuti kursus di

MEDEC. Selain itu, untuk mendapatkan keuntungan yang lumayan dan memberi kepuasan

dan pilihan kepada pelanggan.

Tujuan Rancangan Perniagaan ini di buat adalah untuk memohon pembiayaan

pinjaman dari agensi yang terlibat sebagai modal tambahan dan modal pusingan bagi

mengembangkan pasaran perniagaan ini. Fatira Bakery House mempunyai potensi yang besar

dalam usaha membekalkan makanan yang halal kepada penduduk sekitar sama ada Muslim

atau bukan Muslim. Malahan makanan tersebut dijamin selamat untuk dimakan dan mampu

memenuhi permintaan penduduk sekitar. Dalam perancangan jangka panjang pihak syarikat

merancang untuk membuka lebih dari satu cawangan kedai.

3

Page 4: contoh rancangan perniagaan bagus

1.0 PENGENALAN

Keinginan untuk membuka sebuah kedai kek di Temerloh berkobar-kobar setelah

mengikuti kursus di MEDEC. Kedai kek yang akan dibuka ini menawarkan perkhidmatan

kek, biskut, roti dan minuman untuk penduduk di sekitar bandar Temerloh dan Mentakab

serta tempahan untuk majlis-majlis jamuan.

Tujuan utama yang mendorong kami berkecimpung dalam perniagaan Fatira Bakery

House adalah untuk mendapat keuntungan yang lumayan serta dapat memberi kepuasan dan

pilihan kepada pelanggan setempat. Hal ini demikian kerana, perniagaan kek adalah amat

berkurangan diceburi terutama dalam kalangan orang Melayu. Jadi untuk mengisi

kekosongan atau kekurangan tersebut, kami telah mengambil inisiatif untuk menambah

bilangan orang Melayu menceburi perniagaan ini.

Fatira Bakery House merupakan sebuah perniagaan persendirian dan bukan sebuah

perniagaan perkongsian. Melalui pinjaman modal yang diberikan, Fatira Bakery house dapat

memulakan perniagaan dengan membeli pelbagai aset tetap dan pelbagai keperluan lain

untuk tujuan perniagaan.

4

Page 5: contoh rancangan perniagaan bagus

2.0 TUJUAN PENYEDIAAN RANCANGAN PERNIAGAAN

1. Pelaksanaan Perniagaan Baru

Penyediaan rancangan perniagaan ini adalah untuk melaksanakan projek atau

perniagaan baru. Perniagaan ini dilaksanakan untuk mendapat keuntungan. Di

samping memberikan satu perkhidmatan dalam menyediakan keperluan pelanggan

dan memberi kepuasan kepada pelanggan.

2. Garis panduan menjalan perniagaan

Tujuan lain ialah untuk dijadikan sebagai garis panduan menjalankan perniagaan

bagi mendapatkan strategi-strategi yang berkesan seperti sumber rujukan.

Misalnya, rujukan bagi mendapatkan maklumat atau fakta, kaedah bagi mencapai

koordinasi dalam kalangan para pekerja dan aktiviti perniagaan dan sebagai

sebahagian daripada elemen dalam sistem kawalan. (ukuran pencapaian ataupun

piawaian prestasi yang dapat dinilai secara lebih objektif).

3. Pembentukan Strategi Perniagaan

Rancangan perniagaan yang baik mampu membantu perniagaan dalam mengenal

pasti kedudukan di pasaran dan seterusnya menjana strategi untuk jangka panjang

atau jangka pendek. Di samping memberikan kekuatan kepada perniagaan untuk

menghadapi persaingan yang wujud dalam persekitaran.

4. Peruntukan Penggunaan Sumber-Sumber

Peruntukan dan penggunaan sumber dapat dibuat berdasarkan strategi-strategi

yang dihasilkan oleh perniagaan berdasarkan kedudukan dan kapasiti yang sedia

ada serta ramalan bagi keperluan dan juga akan datang.

5

Page 6: contoh rancangan perniagaan bagus

3.0 LATAR BELAKANG PERNIAGAAN

Maklumat Am

Nama Syarikat : Fatira Bakery House

No. Pendaftaran : 746146-W

Tarikh Penubuhan : 3 Januari 2015

Jenis Syarikat : Private Limited

Modal Permulaan : RM 10,000.00

Nama Bank : RHB Bank

Jenis Akaun Perniagaan : Akaun Semasa

Lembaga Pengarah : Fatin Nabilah Bt Mohamed

Siti Hawa Bt Liman

Siti Annirah Bt Md Lazim

Nur Farah Ain Bt Che Soh

Husna Bt Abd Nasir

Ainatul Shahira Bt Musa

Alamat Perniagaan : NO 40, Jalan Jerantut 2800 Temerloh PahangDarul Makmur

No Telefon : 014-5281143

Pengurus : Fatin Nabilah bt Mohamed

Kegiatan Utama : Menjual kek, roti dan biskut

6

Page 7: contoh rancangan perniagaan bagus

4.0 LATAR BELAKANG PEMILIK

Nama Penuh : Fatin Nabilah Binti Mohamed

No. Kad Pengenalan : 920619-03-5242

Tarikh Lahir : 19 June 1992

Umur : 22 Tahun

Bangsa/ Agama : Melayu/ Islam

Warganegara : Malaysia

Jantina : Perempuan

Alamat Tetap : No 2 Lorong 9, Taman Malim Teres 35900 Tanjong

Malim,Perak.

No. Telefon : 014-5281143

Status : Belum Berkahwin

Jawatan : Pengurus Syarikat

Kelulusan Akademik : Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (UUM)

BBA (Hons.) Marketing(UM)

Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

7

Page 8: contoh rancangan perniagaan bagus

Kursus yang pernah dihadiri : Kursus asas membuat kek dan pastri, di Cake Corner,

Ampang Park, Kuala Lumpur.

Kursus Usahawan MEDEC UITM Shah Alam Selangor.

Kemahiran : Menyediakan kek perkahwinan (Aising Krim dan Sugar

Paste), Fasih Berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dan

Bahasa Inggeris.

Pengalaman : Jualan Langsung

Perniagaan yang pernah : Katering / Kek, Roti dan Pastri.

diceburi

8

Page 9: contoh rancangan perniagaan bagus

Nama Penuh : Siti Hawa Bt Liman

No. Kad Pengenalan : 930630-01-5119

Tarikh Lahir : 30/6/1993

Umur : 22 Tahun

Jantina : Perempuan

Warganegara : Malaysia

Bangsa/ Agama : Melayu/ Islam

Alamat Tetap : Bahtera Arked, Jalan 35900, Tanjung Malim Perak.

No. Telefon : 014 5475594

Status : Belum Berkahwin

Jawatan : Pengurus Sumber Manusia

Kelulusan Akademik : BBA (Hons.) Marketing (UUM)

Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)

Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia (UiTM)

Kursus yang pernah dihadiri : Kursus Pengurusan Perniagaan

Kursus Asas Keusahawanan MARA.

Kemahiran : Pastri , Roti Pizza dan Kek

Mahir dalam Pengurusan Sumber Manusia

Pengalaman : Jualan Langsung

Perniagaan yang pernah : Pastri, Roti dan Kek diceburi

9

Page 10: contoh rancangan perniagaan bagus

Nama Penuh : Siti Annirah Binti Md Lazim

No. Kad Pengenalan : 920218-02-5190

Tarikh Lahir : 18 Februari 1992

Umur : 23 Tahun

Jantina : Perempuan

Warganegara : Malaysia

Bangsa/ Agama : Melayu/ Islam

Alamat Tetap : Bahtera Arked 2, Blok B Taman Bahtera 35900 Ulu

Bernam Selangor

No. Telefon : 019-5407388

Status : Belum Berkahwin

Jawatan : Pengurus Pemasaran

Kelulusan Akademik : BBA (Hons.) Marketing (UITM)

PESijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)

Ijazah Sarjana Muda Pengurusan (UUM)

Kursus yang pernah dihadiri : Kursus Pengurusan Perniagaan

Kursus Asas Keusahawanan MARA.

Kemahiran : Pastri , Roti Pizza dan Kek

Mahir dalam Pengurusan Sumber Manusia

Pengalaman : Jualan Langsung

Perniagaan yang pernah : Pastri, Roti dan Kek diceburi

10

Page 11: contoh rancangan perniagaan bagus

Nama Penuh : Nur Farah Ain Bt Che Soh

No. Kad Pengenalan : 930629-01-6984

Tarikh Lahir : 29.6.1993

Umur : 22 Tahun

Jantina : Perempuan

Warganegara : Malaysia

Bangsa/ Agama : Melayu/ Islam

Alamat Tetap : 25-A Jalan Haji Ariffin, 86900 Endau, Johor.

No. Telefon : 0177676943

Status : Belum Berkahwin

Jawatan : Pengurus Kewangan

Kelulusan Akademik : Ijazah Sarjana Muda Akauntasi (UPM)

Kursus yang pernah dihadiri : Kursus Pengurusan Perniagaan

Kursus Asas Keusahawanan MARA.

Kemahiran : Pastri , Roti Pizza dan Kek

Mahir dalam Pengurusan Sumber Manusia

Pengalaman : Jualan Langsung

Perniagaan yang pernah : Pastri, Roti dan Kek diceburi

11

Page 12: contoh rancangan perniagaan bagus

Nama Penuh : Husna Bt Abd Nasir

No. Kad Pengenalan : 921012-01-5442

Tarikh Lahir : 12.10.1992

Umur : 23 Tahun

Jantina : Perempuan

Warganegara : Malaysia

Bangsa/ Agama : Melayu/ Islam

Alamat Tetap : 59 Jalan Mesra, Taman Sedili, 81910 Kota Tinggi,Johor

No. Telefon : 0137952518

Status : Berkahwin

Jawatan : Eksekutif Jualan

Kelulusan Akademik : Diploma Pengurusan Perniagaan (UiTM)

Kursus yang pernah dihadiri : Kursus Pengurusan Perniagaan

Kursus Asas Keusahawanan MARA.

Kemahiran : Pastri , Roti Pizza dan Kek

Mahir dalam Pengurusan Sumber Manusia

Pengalaman : Jualan Langsung

Perniagaan yang pernah : Pastri, Roti dan Kek

diceburi

12

Page 13: contoh rancangan perniagaan bagus

Nama Penuh : Ainatul Shahira Bt Musa

No. Kad Pengenalan : 921017-11-5370

Tarikh Lahir : 17.10.1992

Umur : 22 Tahun

Jantina : Perempuan

Warganegara : Malaysia

Bangsa/ Agama : Melayu/ Islam

Alamat Tetap : Kampung Teratak Batu 21600 Marang, Terngganu

No. Telefon : 013-4171119

Status : Belum Berkahwin

Jawatan : Pengurus Pentadbir

Kelulusan Akademik : Diploma Pengurusan Perniagaan (UiTM)

Ijazah Sarjana Muda Pertadbiran Perniagaan (UiTM)

Kursus yang pernah dihadiri : Sijil Kemahiran Bakeri dan Konfeksionari

Kemahiran : Membuat kek, roti dan pastri.

Pengalaman : Mengikuti program keusahawanan bagi kursus bakeri dan Konfeksionari

Perniagaan yang pernah : Memulakan perniagaan membuat kek dan pastri.

13

Page 14: contoh rancangan perniagaan bagus

5.0 RANCANGAN PENTADBIRAN

Pentadbiran memainkan peranan yang penting dalam perniagaan. Sekiranya pentadbiran

dilaksanakan dengan baik, maka perniagaan yang dijalankan akan berjalan dengan lancar

dan mampu berdaya saing. Pengurusan organisasi yang sistematik dan teliti adalah sangat

penting dalam perjalanan sesebuah perniagaan bagi membolehkan pihak pengurusan

menawarkan produk mereka dalam sesuatu pasaran. Rancangan organisasi merupakan

salah satu elemen yang sangat penting dalam pengendalian sesebuah perniagaan atau

organisasi tidak kira sama ada perniagaan itu berorientasikan perkhidmatan atau

barangan. Kepentingan organisasi ini meliputi proses perancangan objektif dan matlamat

perniagaan, kaedah untuk mencapai matlamat perniagaan, strategi yang boleh digunakan

oleh perniagaan, mengetahui bagaimana tindak balas terhadap pasaran, mengenali

pesaing yang ada di pasaran dan sebagainya.

5.1 Pengenalan Organisasi

Organisasi merupakan sebuah susunan yang teratur dan bersistematik dalam sesebuah

perkara. Menurut James D. Mooney organisasi adalah bentuk bagi setiap kesepakatan

manusia untuk mencapai tujuan bersama. Walau bagaimanapun, menurut Chester I. Bernard

organisasi merupakan suatu sistem aktiviti sama ada yang dilakukan oleh dua orang atau

lebih. Oleh itu, pengertian organisasi merujuk kepada sekelompok orang (dua atau lebih)

yang secara formal dipersatukan dalam suatu kerjasama untuk mencapai tujuan yang telah

ditetapkan. Manakala pengertian pengorganisasian adalah fungsi kedua dalam pengurusan

dan pengorganisasian yang didefinisikan sebagai proses kegiatan penyusunan struktur

organisasi sesuai dengan tujuan-tujuan, sumber-sumber, dan lingkungannya.

Pengertian struktur organisasi merujuk kepada susunan komponen-komponen iaitu

unit-unit kerja yang terdapat dalam organisasi tersebut. Struktur organisasi menunjukkan

adanya pembahagian kerja dan menunjukkan bagaimana fungsi-fungsi atau kegiatan-kegiatan

yang berbeza-beza tersebut dapat diintegrasikan. Selain itu, struktur organisasi juga

menunjukkan keistimewaan suatu pekerjaan, saluran perintah dan penyampaian laporan.

14

Page 15: contoh rancangan perniagaan bagus

Sehubungan itu, rancangan organisasi merupakan komponen utama dan menjadi

tulang belakang kepada sesebuah perniagaan yang harus diberi perhatian sebelum melihat

kepada fungsi-fungsi lain seperti pemasaran, pengurusan kewangan, pengurusan sumber

manusia, pembangunan dan penyelidikan dan sebagainya. Ia juga merupakan satu proses

yang berterusan dan tidak hanya digunakan semasa di awal proses penubuhan perniagaan

sahaja. Malahan, rancangan organisasi ini akan sentiasa diperbaiki dan diperbaharui dari

semasa ke semasa sekiranya perniagaan ingin sentiasa mengukuhkan kedudukannya dalam

pasaran.

Selain itu, keberkesanan rancangan organisasi adalah bergantung kepada kecekapan

seseorang pengurus. Hal ini kerana pengurus yang bertanggungjawab untuk merancang,

mengorganisasi, memimpin dan mengawal sesebuah perniagaan itu. Rancangan organisasi

perlu diurus dan dikendalikan secara sistematik supaya setiap pengurus dapat menggunakan

sumber-sumber yang ada dengan cekap, teratur dan berkesan. Oleh yang demikian, setiap

pengurus perlu mengetahui mengenai tugas-tugas mereka dengan baik agar perniagaan yang

dikendalikan oleh mereka sentiasa berada dalam keadaan yang sempurna.

5.1.2 Pengenalan organisasi Fatira Bakery House

Alamat Fatira Bakery House : No 40 Jalan Jerantut, 28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Bentuk Bangunan dan Kemudahan Insfrastruktur

Bangunan kedai adalah bangunan rumah kedai dua tingkat yang disewa dan terletak di Lot nombor 2.

Terletak di tengah-tengah antara Bandar Mentakab dan Temerloh dan berhampiran dengan taman perumahan dan hampir dengan perhentian bas menghala ke Jerantut.

Mempunyai kemudahan bekalan elektrik, air dan terdapat juga pondok telefon.

15

Page 16: contoh rancangan perniagaan bagus

Tempat letak kereta yang luas bagi memudahkan pelanggan meletak kenderaan.

5.2 Matlamat, Objektif Organisasi, Visi dan Misi, Logo Syarikat

Matlamat,objektif organisasi, visi dan misi serta logo syarikat dibawah menjadi panduan dan

pegangan Fatira Bakery dalam menjalankan aktiviti perniagaan seharian.

Matlamat

Menjadikan produk yang dipasarkan dikenali, digemari dan diminati oleh semua

golongan.

Memasarkan produk ke serata tempat.

Memasuki pasaran di luar negara.

Objektif Perniagaan

Menjadi sebuah perniagaan yang mampu memenuhi citarasa semasa

pelanggan.

Meningkatkan tahap jualan produk.

Mampu memberikan daya saing yang baik dalam pasaran.

Visi Syarikat

Menjadi perniagaan yang berdaya maju serta mampu meluaskan pasaran

keseluruh Malaysia dan di peringkat antarabangsa disamping produk yang

dipasarkan mampu memenuhi cita rasa pelanggan.

Misi Syarikat

Memberi perkhidmatan yang terbaik dan kepuasan kepada pelanggan di

samping memberikan harga yang berpatutan bagi memenuhi keperluan dan

kehendak pelanggan.

MOTO

‘Sekali cuba pasti ingin berkali-kali’

16

Page 17: contoh rancangan perniagaan bagus

Moto ini membawa maksud produk coklat dan cupcake yang dijual oleh syarikat

Fatira Bakery ini dapat menarik minat pelanggan untuk membelinya dan setia

kepada jenama ini kerana rasanya yang enak dan menepati citarasa pelanggan.

Logo Syarikat

Fatira merupakan gabungan nama pekongsi dalam bidang bakery ini. Selain itu, nama

syarikat kami ini mempunyai maksud yang tersendiri bagi melambangkan keperibadian setiap

ahli.

17

Page 18: contoh rancangan perniagaan bagus

5.3 PELAN LOKASI SYARIKAT

18

SUPER MARKET FATIRA BAKERY HOUSE

KEDAI

KE JERANTUT KE KEMUNING

KEDAI

PERUMAHAN TAMAN SRI SEMANTAN

Page 19: contoh rancangan perniagaan bagus

5.4 CARTA ORGANISASI FATIRA BAKERY HOUSE

19

Pengurus BesarFatin Nabila

Pengurus PentadbirNor Aina

Pengurus PemasaranSiti Annirah

Pengurus Sumber Manusia

Siti Hawa

Pengurus KewanganNur Farah

Eksekutif JualanHusna

Page 20: contoh rancangan perniagaan bagus

5.5 SENARAI TENAGA KERJA FATIRA BAKERY HOUSE

5.5.1 JAWATAN DAN SPESIFIKASI TUGAS

Jawatan Fungsi Dan Tanggungjawab

Pengurus Besar Syarikat Membuat perancangan, keputusan, memimpin,

mengawal, serta membuat pemantauan

Bertanggungjawab dalam memastikan matlamat

organisasi tercapai

Individu yang diamanahkan untuk mengurus

keseluruhan hal ehwal perniagaan

Pengurus Pentadbiran Bertanggungjawab dalam memilih dan melantik pekerja

Menguruskan pembayaran gaji, elaun, cuti

Mengendali hal ehwal pentadbiran, memastikan

rancangan pentadbiran berjalan dengan lancar

Memastikan temujanji organisasi sentiasa ditepati,

mencatat kualiti, menilai prestasi pekerja

Pengurus Pemasaran Bertanggungjawab sepenuhnya ke atas proses

memasarkan produk yang bermutu

Memastikan sasaran pelanggan dan citarasa pengguna

Membuat rangka promosi serta pengiklanan

Mengawal strategi-strategi pemasaran

Pengurus Kewangan Mengurus aliran keluar dan aliran masuk wang syarikat

Bertanggungjawab dalam menggunakan modal syarikat

dengan cekap dan telus

Memastikan kedudukan kewangan syarikat dalam

keadaan stabil

Pengurus Sumber

Manusia

Memberi perkhidmatan dan membantu pengurus lini

dalam pengurusan sumber manusia

Menyediakan khidmat nasihat kepada pengurus lini

yang berkaitan dengan sumber manusia

Mengawal aktiviti-aktiviti yang berhubung dengan

sumber manusia dalam organisasi dengan memastikan

20

Page 21: contoh rancangan perniagaan bagus

semua pengurus mematuhi peraturan-peraturan

organisasi

Eksekutif Jualan Bertanggungjawab dalam urusan pembelian barangan

Mengadakan sistem pembelian yang efisien dan telus

Memilih produk-produk pada harga yang berpatutan

dan pada kualiti yang tinggi

Menyediakan rekod jualan dan rekod pelanggan

sentiasa  dikemaskinikan untuk tujuan laporan dan

rujukan dan sebagainya

Pengurusan Sumber Manusia

Pengurusan adalah aspek terpenting dalam sesebuah organisasi dalam bidang perniagaan

kerana ianya melibatkan kerugian dan keuntungan. Sebelum seseorang pekerja itu diambil,

perniagaan telah menjalankan temuduga untuk memastikan mereka mempunyai kelayakan

yang diperlukan. Melalui sesi temuduga tersebut, kelayakan yang didapati seperti berikut:

JAWATAN KELAYAKAN

Pengurus Besar Syarikat BBA (Hons.) Marketing(UM)

Pengurus Pentadbiran Ijazah Sarjana Muda Pertadbiran Perniagaan

(UiTM)

Pengurus Pemasaran Ijazah Sarjana Muda Pengurusan (UUM)

Pengurus Pengeluaran Ijazah Sarjana Muda Pengurusan (UiTM)

Pengurus Kewangan Ijazah Sarjana Muda Akauntasi (UPM)

Pengurus Sumber Manusia Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber

Manusia (UiTM)

Eksekutif Jualan Diploma Pengurusan Perniagaan (UiTM)

Penolong Pengurus Pengeluaran Diploma Pengurusan Perniagaan (UiTM)

Gaji dan Ganjaran

21

Page 22: contoh rancangan perniagaan bagus

Ganjaran dan faedah lazimnya diberikan sebagai rangsangan prestasi pekerja untuk mereka

bersaing sesama sendiri dengan sihat. Contoh ganjaran ialah seperti gaji atau upah. Gaji asas

yang merangkumi gaji atau upah yang dibayar kepada pekerja sebagai tukaran kepada tugas

yang dilaksanakan mereka. Berikut ialah contoh gaji yang diberikan mengikut jawatan.

JAWATAN BIL PEKERJA GAJI

(RM)

JUMLAH

(RM)

Pengurus Besar Syarikat 1 1200 1200

Pengurus Kewangan 1 700 700

Pengurus Pentadbiran 1 700 700

Pengurus Pemasaran 1 700 700

Pengurus Sumber Manusia 1 700 700

Eksekutif Jualan 1 700 700

JUMLAH 6 4700

Insentif Pekerja

Insentif kepada pekerja merupakan salah satu perkara penting yang mesti diberikan oleh

pihak majikan terhadap para pekerjanya. Dengan adanya insentif ini, ia akan dapat menjamin

dan menjaga kebajikan dan keperluan para pekerja. Di samping itu, dengan insentif yang

diberikan, ianya secara tidak langsung dapat menaikkan lagi semangat serta motivasi kepada

para pekerja dalam menjalankan kerja yang telah diberikan. Insentif-insentif yang telah

diberikan adalah seperti berikut.

1. Kenaikan Gaji

Kenaikan gaji diberikan kepada pekerja yang menunjukkan kesungguhan dan kerajinan

dalam menjalankan kerja yang diberi. Pada awal permulaaan perniagaan, pihak syarikat tidak

bercadang untuk menaikkan lagi gaji para pekerjanya. Kenaikan gaji hanya akan bermula

setelah 2 tahun syarikat beroperasi. Ini kerana, dalam tempoh tersebut, keadaan kewangan

syarikat masih lagi belum stabil dan tidak memungkinkan pihak majikan menaikkan gaji

pekerjanya.

2. Kenaikan Pangkat

22

Page 23: contoh rancangan perniagaan bagus

Kenaikan pangkat juga merupakan salah satu daripada insentif yang diberikan kepada

pekerja. Tahap kerja pekerja akan dinilai dari semasa ke semasa dan mana-mana pekerja yang

berpotensi akan dinaikkan pangkatnya. Contohnya seorang pekerja biasa boleh dinaikkan

pangkatnya menjadi seorang penyelia (supervisor). Namun kenaikan pangkat adalah

bergantung kepada kekosongan yang terdapat pada sesuatu jawatan tersebut.

3. Bonus Tahunan

Bonus tahunan diberikan sekiranya pihak syarikat mendapat untung yang lebih dalam satu

tahun tempoh perniagaannya. Bonus tahunan selalunya dibayar dalam bentuk wang kepada

pekerja, contohnya setengah bulan gaji atau satu bulan gaji. Keuntungan yang banyak

membolehkan pekerja menikmati bonus tahunan yang lebih tinggi. Bonus tahunan juga boleh

merupakan percutian ke mana-mana destinasi yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat. Di

samping bonus dalam bentuk percutian dan wang, pihak syarikat juga turut memberikan

cenderahati berbentuk barangan kepada pekerjanya.

4. Perkhidmatan Kesihatan Dan Perubatan

Perkhidmatan ini adalah perkara yang sangat penting yang mesti diberikan oleh majikan

kepada pekerjanya. Bayaran perkhidmatan diberikan secara percuma kepada para pekerja

yang mengalami sebarang masalah kesihatan. Cuti bersalin diberikan kepada pekerja wanita

selama dua bulan serta pembayaran gaji adalah separuh daripada gaji bulanan dan cuti tanpa

gaji akan diberikan sekiranya mereka ingin melanjutkan tempoh percutian.

5. Cuti Tahunan

Kami telah memberikan cuti tahunan sebanyak 7 hari kepada pekerja yang telah berkhidmat

selama satu tahun, 14 hari kepada pekerja yang berkhidmat selama 2 tahun dan 21 hari pada

pekarja yang telah berkhidmat melebihi 2 tahun.

6.0 RANCANGAN PEMASARAN

23

Page 24: contoh rancangan perniagaan bagus

Perkhidmatan yang ditawarkan ialah perkhidmatan, kek perkahwinan, pertunangan, hari jadi

dan sebagainya yang lain bergantung pada permintaan pelanggan.

Keutamaan perkhidmatan ialah kepada penduduk di sekitar Bandar Mentakab, Temerloh, Jerantut dan Maran. Oleh sebab, “Fatira Bakery House” ini adalah satu-satunya kedai kek Melayu yang terdapat di kawasan ini.

Diharap ia akan menjadi tumpuan kepada seluruh penduduk di sekitar bandar ini. Pada masa yang sama, satu kelebihan pelanggan tidak perlu berasa was-was tentang halal dan haramnya.

Pembelian hanya boleh dibuat secara tunai termasuk semasa perkhidmatan tempahan.

Perkhidmatan bermula dari pukul 8.00 pagi sehingga pukul 8.00 malam.

Segala kualiti dikawal dan dijamin akan memberi kepuasan kepada setiap pelanggan yang datang mengunjungi ke Fatira Bakery House.

6.1 Perkhidmatan dan harga yang ditawarkan

Perniagaan kami akan menawarkan harga yang berpatutan kepada pengguna. Seperti

yang kita ketahui harga merupakan sejumlah wang yang dikenakan untuk sesuatu keluaran

atau perkhidmatan yang diberikan. Secara luasnya, harga adalah jumlah kesemua nilai yang

pengguna tukarkan bagi mendapatkan faedah memiliki atau menggunakan produk atau

perkhidmatan. Harga merupakan satu-satunya elemen campuran pemasaran yang

mengeluarkan hasil, sementara kesemua elemen lain merupakan kos. Harga juga adalah salah

satu elemen yang paling fleksibel dalam campuran pemasaran, kerana ianya mudah untuk

diubah mengikut kesesuaian pasaran. Antara faktor yang mempengaruhi perniagaan kami

dalam membuat penentuan harga ialah faktor dalaman dan faktor luaran.

6.2 Faktor Dalaman

24

Page 25: contoh rancangan perniagaan bagus

Bagi faktor dalaman kami menentukan harga berdasarkan objektif pemasaran dan juga

kos bahan mentah yang diproses.

1. Objektif Pemasaran

Setiap perniagaan mahupun sesebuah organisasi mempunyai objektif tersendiri, oleh itu

sebelum penetapan harga di lakukan, perniagaan Fatira Bakery House telah merangka

strategik terlebih dahulu. Strategi yang dibentuk perlulah berdasarkan objektif yang telah

ditetapkan oleh Perniagaan Fatira Bakery House. Objektif yang akan digunakan ialah

memaksimumkan keuntungan semasa, kepimpinan syer pasaran dan kepimpinan dalam

kualiti produk.

2. Kos Bahan Mentah

Bagi kos bahan mentah pula berdasarkan kos yang telah diproses termasuklah kos utiliti dan

kos sewa bangunan.

6.3 Faktor Luaran

Bagi faktor luaran pula, kami meletakkan harga pada keadaan pasaran dan permintaan,

persaingan dan persekitaran.

1) Pasaran dan Permintaan

Harga ditetapkan oleh perniagaan kami berdasarkan permintaan dari pihak pengguna.

Sekiranya permintaan tinggi, perniagaan akan meletakkan harga yang tinggi dalam pasaran

tetapi mematuhi etika perniagaan seperti dalam masa yang sama tidak akan menjejaskan

pesaing.

2) Persaingan

Harga dan tawaran pesaing dapat mempengaruhi keputusan penentuan harga perniagaan

kami. Apabila pengguna ingin membeli sesuatu produk, mereka akan mempertimbangkan

produk tersebut dengan produk-produk pesaing. Selain itu, perniagaan kami yang mempunyai

strategi harga tinggi dan margin tinggi akan menggalakkan ramai pengguna untuk datang ke

Perniagaan Fatira Bakery House.

25

Page 26: contoh rancangan perniagaan bagus

3) Persekitaran

Dalam menetapkan harga, syarikat perlu mengambil kira faktor persekitaran yang lain

seperti keadaan ekonomi, kesan harga kepada ahli pemasaran dan juga kerajaan. Keadaan

ekonomi yang meleset mempengaruhi keputusan penentuan harga kerana ia mempengaruhi

kedua-dua kos pengeluaran produk dan tanggapan pengguna ke atas harga dan nilai sesuatu

produk.

4) Target jualan

Langkah pertama sebelum menentukan strategi jualan untuk produk ialah menetapkan

target jualan. Setiap aktiviti pemasaran dan penjualan perlu menetapkan target jualan. Target

ini akan menjadi acuan untuk penetapan rangkaian strategi jualan yang akan perniagaan kami

gunakan. Ini adalah antara langkah untuk mencapai target jualan bagi perniagaan kami:

a. Ramalan jualan: Perniagaan Fatira Bakery House membuat anggaran jualan

perniagaan dalam tempoh tertentu untuk mencapai target jualan

b. Syer pasaran: Jumlah % jualan yang bakal diperoleh oleh perniagaan kami

daripada potensi pasaran dengan mengambil kira jumlah perniagaan yang

bersaing.

c. Sasaran pasaran: Kumpulan pengguna yang akan menjadi bakal pelanggan

pelanggan kami merupakan sasaran pasaran bagi mencapai target jualan.

d. Saiz pasaran: Jumlah pembeli yang berpotensi dalam satu-satu kawasan

dagangan yang disasarkan oleh usahawan.

e. Bilangan pesaing: Bilangan pesaing ini adalah orang yang menjalankan

perniagaan di tempat yang sama dan akan menjejaskan jualan kita. Oleh itu,

perniagaan kami telah membuat analisis kekuatan dan kelemahan setiap

pesaing bagi memastikan jualan dapat dicapai seperti yang telah dirancang.

7.0 STRATEGI PEMASARAN

1. Menyediakan laman web uhp//wnm sya @com.my

26

Page 27: contoh rancangan perniagaan bagus

2. Menyediakan papan tanda di pintu masuk utama

3. Menyediakan kain rentang di tempat-tempat yang strategi

4. Memberi tumpuan terhadap penduduk-penduduk Bandar Mentakab dan sekitar Bandar

Temerloh.

Promosi

Promosi merupakan satu aktiviti untuk memberitahu kebaikan produk dan memujuk

pelanggan untuk membelinya. Promosi mempunyai empat elemen campuran operasi iaitu

pengiklanan, promosi jualan, perhubungan awam dan jualan peribadi. Tetapi di dalam

perbincangan ini hanya membincangkan dua topik iaitu pengiklanan dan juga promosi jualan.

Pengiklanan

Pengiklanan didefinisikan sebagai sebarang bentuk persembahan atau komunikasi

berbayar, bersifat tidak peribadi, yang ditujukan kepada kumpulan sasaran dengan tujuan

untuk mempromosi, memperkenal dan meningkatkan atau melariskan jualan sesuatu produk.

Objektif pengiklanan bagi perniagaan kami boleh dikelaskan mengikut tujuan utama, seperti:

(i) memberitahu

(ii) memujuk

(iii) mengingatkan

Pengiklanan Memberitahu

Digunakan secara intensif bagi keluaran baru yang ingin diperkenalkan, tujuannya

adalah untuk memberitahu pengguna tentang kewujudan sesuatu produk dan cuba untuk

membina permintaan utama. Contohnya kami membuat hari pembukaan perniagaan terbaru

kami dengan memberi muffin dan cupcake percuma kepada pengguna ataupun pelanggan.

Kami juga boleh menyebarkan pamplet kepada pengguna tentang kedudukan perniagaan dan

juga lokasi kami berada.

27

Page 28: contoh rancangan perniagaan bagus

Pengiklanan Peringatan

Pengiklanan peringatan penting untuk keluaran yang telah mencapai tahap matang. Ia

bertujuan untuk mengekalkan ingatan pengguna terhadap sesuatu produk atau perkhidmatan

yang ditawarkan oleh perniagaan kami. Pengguna diingatkan oleh perniagaan kami agar

membeli produk yang ditawarkan oleh kami. Contohnya Perniagaan Fatira Bakery House

mengingatkan pengguna tentang kelazatan muffin dan cupcake kek, roti dan biskut kami dan

juga keistimewaan produk yang dijamin halal bagi pengguna yang beragama islam. Misalnya,

semasa produk berada di dalam peringkat pengenalan, program pengiklanan mungkin lebih

memberikan penumpuan kepada memberitahu pengguna tentang kewujudan produk tersebut.

Promosi Jualan

Promosi jualan membawa maksud segala rangsangan secara langsung yang

menawarkan insentif ataupun nilai yang lebih ke atas keluaran melalui desakan jualan, agihan

keluaran kepada pengguna akhir dengan objektif untuk mewujudkan jualan segera. Perniagaan

Fatira Bakery House menggunakan promosi jualan yang dibentuk untuk merangsang pengguna

akhir agar membuat pembelian segera. Sebagai contoh membuat promosi dengan kadar hanya

yang lebih murah akan menarik minat mereka untuk mencuba kepelbagaian jenis kek, muffin,

cupcake, roti dan biskut yang telah disediakan oleh kami.

8.0 STRATEGI PRODUK

8.1 Produk

28

Page 29: contoh rancangan perniagaan bagus

Produk adalah sesuatu yang ditawarkan kepada pasaran yang mempunyai sifat-sifat

yang dapat menarik perhatian, dapat dimiliki, digunakan dan mempunyai faedah psikologi

serta faedah fizikal yang boleh memuaskan kehendak pengguna semasa melakukan

pertukaran. Secara ringkasnya, produk boleh dikatakan sebagai sesuatu yang ditawarkan di

pasaran oleh pengusaha dan mempunyai satu set ciri-ciri ketara (tangible) seperti warna,

berat, harga dan ciri-ciri tidak ketara (intangible) seperti kepuasan, kecekapan, keberkesanan

dan penyelesaian yang mana ciri-ciri tersebut diperlukan oleh pengguna.

8.2 Klasifikasi Produk

Produk pada amnya boleh dibahagikan kepada dua kelas besar berdasarkan kepada cara-cara

penggunaannya iaitu produk pengguna dan produk industri.

a) Produk Pengguna

Produk pengguna adalah produk yang dibeli oleh pengguna akhir untuk kegunaan

peribadi, ahli rumahnya atau keluarganya. Produk pengguna termasuklah produk mudah beli,

produk beli belah, produk istimewa dan produk tidak dicari. Produk ini berbeza dari segi cara

pengguna membelinya yang mana menyebabkan ia berbeza pula dari segi cara pemasaran.

b) Produk Mudah Beli

Produk mudah beli adalah produk dan perkhidmatan yang kerap dibeli oleh pengguna,

dibeli secara serta merta dan usaha perbandingan di dalam pembelian yang minimum. Di

antara ciri-ciri produk mudah beli adalah ia berharga murah dan contoh produk mudah beli

adalah seperti sabun, gula-gula, surat khabar,makanan segera dan ubat gigi. Produk mudah

beli dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu produk asasi, produk gerak hati dan produk

kecemasan. Bagi Perniagaan Fatira Bakery House, kami menawarkan pelbagai jenis muffin,

cupcakes, kek, roti dan biskut yang menarik dan mempunyai pelbagai aneka pilihan yang

mudah dibeli oleh pengguna. Dalam bahagian produk mudah beli bahagian yang berkaitan

dengan produk syarikat kami adalah produk asasi.

c) Produk asasi

29

Page 30: contoh rancangan perniagaan bagus

Produk yang dibeli secara berulang kali. Untuk pengetahuan, Perniagaan Fatira Bakery

House adalah sebuah perniagaan yang menawarkan pelbagai bakery yang menarik. Antara

contoh menu yang disediakan oleh syarikat kami ialah muffin coklat chip, muffin, Blueberry

muffin, Orange muffin, Pandan Almond muffin, Pandan Color Ball muffin, manakala bagi

cupcake pula kami ada cupcake coklat moist atau oreo, dan Cupcake ganache topping.

Produk yang kami tawarkan kepada pengguna dijamin halal.

8.3 Perkhidmatan yang disediakan

1. Memberi perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan setiap masa.

2. Sedia menerima tempahan dan menepati tempoh masa.

3. Muffin, cupcake, kek, roti dan biskut di buat dengan reka bentuk yang menarik dan rasa yang lazat. Malahan mengikut kehendak pelanggan.

4. Harga yang ditawarkan berpatutan dan sesuai dengan persekitaran kawasan tersebut.

5. Untuk keselesaan pelanggan, ruang makan disediakan makanan seperti HOT, FRESH FROM THE OVEN

8.4 SAIZ PASARAN DAN PESAING

Terdapat 2 buah kedai kek Ising yang bersaing dengan Fatira Bakery House.

Kedai-kedai tersebut ialah :

KEDAI KEK GRAPE FARM

Kedai ini telah beroperasi sejak bertahun-tahun dan kedai ini juga menjadi tumpuan sesetengah penduduk di Bandar Mentakab dan Temerloh.

Kejayaan mereka ialah, mereka berjaya membuka 3 buah cawangan yang kebanyakannya terdapat di bandar Mentakab dan Temerloh.

30

Page 31: contoh rancangan perniagaan bagus

KEDAI KEK T & T

Kedai kek ini juga agak popular di sekitar Bandar Temerloh & Mentakab.

Mereka telah membuka 3 cawangan di kawasan yang sama.

8.5 PESAING

31

Page 32: contoh rancangan perniagaan bagus

PESAING KEKUATAN KELEMAHAN

G.F

T & T

Terkenal

Ramai pelanggan tetap

Harga berpatutan

Layanan baik

Terkenal

Pelanggan tetap

Harga berpatutan

Layanan baik

Kurang bersih

Perkhidmatan kurang memuaskan

8.6 JADUAL RAMALAN JUALAN

32

Page 33: contoh rancangan perniagaan bagus

Bulan Anggaran1 30002 35003 42004 47005 49006 52257 53508 60009 620010 687011 701012 8000

Jumlah 64955

8.6.1 HURAIAN RAMALAN

Dalam ramalan jualan bulan pertama amat rendah memandangkan “Fatira Bakery House” baru beroperasi dan masih belum dikenali ramai.

Namun, perkhidmatan menjual kek, roti dan biskut dijangka meningkat pada bulan-bulan berikutnya.

Jenis kek, roti dan biskut masih belum dipelbagaikan pada permulaan operasi.

Permintaan pelanggan diramalkan meningkat berdasarkan pertambahan pemilihan kek, roti dan biskut

Semua jualan dalam bentuk tunai.

8.7 PERBELANJAAN PEMASARAN

33

Page 34: contoh rancangan perniagaan bagus

JENIS PERBELANJAAN JUMLAH(RM)

Aset Bukan Semasa

Papan tanda perniagaanPerabot

RM 200.00RM 2000.00

Lain-lain perbelanjaan

Kad perniagaanRisalahPetrol

RM 200.00RM 450.00RM 3000.00

9.0 PROSES OPERASI

34

Page 35: contoh rancangan perniagaan bagus

PROSES OPERASI CARTA ALIRAN

Sukat bahan

Adun

Peram

Bakar

Sejukkan

Hiasan

Bungkus

Stor

Jual

9.1 CARTA ALIRAN PROSES PENGELUARAN KEK

35

Page 36: contoh rancangan perniagaan bagus

1. Bahan mentah kering diterima daripada pembekal.

2. Bahan mentah basah diterima daripada pembekal.

3. Meneliti kualiti dan kuantiti barangan yang diterima.

4. Bahan diagih ikut keperluan.

5. Menyimpan sebahagian barang yang diterima.

6. Menimbang tepung, gula dan majerin.

7. Mengadun bahan-bahan kek.

8. Membakar kek.

9. Memeriksa bagi menjamin mutu.

10. Simpan untuk disejukkan.

11. Pembungkusan

12. Mempamer untuk dijual.

13. Menunggu penjualan selesai.

14. Mengemas barang-barang yang digunakan.

15. Persiapan untuk hari yang berikutnya.

16. Menyimpan dan mengemas.

9.2 CARTA ALIRAN PROSES PENGELUARAN ROTI

36

Page 37: contoh rancangan perniagaan bagus

1) Pengeluaran bahan yang telah disediakan.

2) Menimbang tepung dan bahan-bahan yang lain.

3) Mengadun tepung dan bahan lain untuk

membuat roti.

4) Memeram dan meyimpan sehingga doh

kembang.

5) Membakar roti.

6) Mengangkat roti dari oven.

7) Simpan untuk disejukkan.

8) Meneliti kualiti dan kuantiti doh.

9) Membungkus.

10) Pamer untuk jualan.

11) Mengemas dan mencuci peralatan.

12) Menyimpan segala peralatan yang telah

digunakan.

9.3 KADAR PENGELUARAN

37

Page 38: contoh rancangan perniagaan bagus

Bulan Bilangan Servis Jumlah (RM)

1 30x10 3000

2 35 3500

3 42 4200

4 47 4700

5 49 4900

6 52.25 5225

7 53.3 5330

8 60 6000

9 62 6200

10 68.7 68700

11 70.1 7010

12 80 8000

9.3.1 KEPERLUAN BAHAN (SEBULAN)

Jenis Bahan Kuantiti Harga / Unit (RM) Jumlah (RM)Tepung Gandum 50 kg RM 1.20 RM 60.00

38

100 / Unit

Page 39: contoh rancangan perniagaan bagus

Tepung Naik Sendiri 40 kg RM 2.70 RM 108.00Telur Ayam 100 biji RM 0.25 RM 25.00Mentega 50 kg RM 2.50 RM 125.00Serbuk Koko 30 botol RM 0.80 RM 24.00Soda Bikarbonat 30 botol RM 1.00 RM 30.00Susu Segar 50 kotak RM 1.80 RM 90.00Serbuk Penaik 50 botol RM 1.00 RM 50.00Susu Pekat 30 tin RM 2.40 RM 72.00Gula Halus 40 kg RM 1.40 RM 56.00Gula Kastor 40 kg RM 1.40 RM 56.00Gula Perang 40 kg RM 1.20 RM 48.00Esen Vanilla 50 botol RM 2.00 RM 100.00Biskut Oreo (Cupcake Oreo) 50 paket RM 2.00 RM 100.00Filling blueberry (Cupcake Blueberry) 10 tin RM 9.00 RM 90.00Chocolate Rice 50 kotak RM 1.20 RM 60.00Pewarna 30 botol RM 1.00 RM 30.00Minyak 2 kg RM 2.45 RM 4.90Minyak Jagung 550ml RM 5.59Garam 1 kg RM 1.20

Jenis Bahan Kuantiti Harga / Unit (RM) Jumlah (RM)Pisang Masak (Muffin Pisang) 20 sikat RM 2.50 RM 50.00Strawberry(Muffin Strawberry) 1/2 kilo - RM 25.00Pandan emulco (Muffin pandan) 10 botol RM 2.30Strawberry emulco 10 botol RM 3.50Tepung RotiTepung JagungYis 30 paket RM 0.80Susu Tepung 2 kg RM 8.99Buah-Buahan Campuran 230 g RM 3.90Sosej (Roti sosej mini) 10 = 1 paket RM 4.00Instant coffee 10 paket RM 9.90Chocolate Chips 30 kotak RM 1.50Chopped Walnuts 10 paket RM 3.00

9.3.2 TENAGA PEKERJA

39

Page 40: contoh rancangan perniagaan bagus

Jawatan Bil.Pekerja Gaji/Upah Bulanan(RM)

KWSP(13%)(RM)

PERKESO(2%)(RM)

Jumlah(RM)

Pengurusi 1 1200.00 156.00 24.00 1380.00

Pekerja 5 700x5 91x5 14x5 4025.00

Jumlah 5405.00

9.3.3 MESIN DAN PERALATAN

Jenis Harga

Ketuhar RM 2500.00

Mesin Pengadun RM 3000.00

Peti Sejuk RM 2500.00

Hot Cupboard RM 3500.00

Plastik Pembungkus RM 500.00

Bekas Muffin dan ‘Cupcakes’ RM 650.00

JUMLAH RM12650.00

9.3.4 PERBELANJAAN OPERASI

Jenis Perbelanjaan Sebulan Setahun

40

Page 41: contoh rancangan perniagaan bagus

Perabot - RM 1000.00

Kelengkapan - RM 4000.00

Papan Tanda - RM 2000.00

Alatan Pejabat - RM 600.00

Kadar Bayaran RM 300.00 RM 3600.00

Sewa RM 250.00 RM 3000.00

Gaji Pengurus RM 1200.00 RM 14 400.00

Gaji Pekerja RM 3500 (700x5) RM 42 000.00

Alat Tulis RM 30.00 RM 600.00

Pendaftaran Perniagaan - RM 1300.00

Lesen Perniagaan - RM 1000.00

Risalah - RM 450.00

Petrol RM 250.00 RM 3000.00

Kad Perniagaan - RM 200.00

Jumlah RM 77150.00

41

STOR

OVEN

Page 42: contoh rancangan perniagaan bagus

SUSUN ATUR BAHAGIAN PENGELUARAN

10.0 RANCANGAN KEWANGAN

10.1 KOS PELAKSANAAN PROJEK

42

OVEN

Page 43: contoh rancangan perniagaan bagus

KOS PELAKSANAAN PROJEK

RM

Aset Bukan Semasa Alatan PejabatPerabot

KelengkapanPapan Tanda

RM 600.00RM 1000.00RM 4000.00RM 2000.00

Perbelanjaan Bulanan Kadar BayaranSewa

Alat TulisGaji Pengurus

Gaji Pekerja (3 orang)

RM 3600.00RM 3000.00RM 600.00

RM 14 400.00RM25 200.00

Lain-lain Perbelanjaan Kad PerniagaanPendaftaran Perniagaan

Lesen PerniagaanRisalahPetrol

RM 200.00RM 1300.00RM 1000.00RM 450.00RM 3000.00

JUMLAH RM60 350.00

10.2 SUMBER PEMBIAYAAN

SUMBER RMModal Persendirian

Tunai RM 70 000.00Jumlah RM 70 000.00

10.3 PENYATA PENDAPATAN

PENYATA PENDAPATAN BAGI TAHUN AKHIR 31 DIESEMBER

43

Page 44: contoh rancangan perniagaan bagus

RM RM

Hasil Hasil Perkhidmatan RM 64 935.00

Perbelanjaan Kad Perniagaan Petrol Risalah Gaji pengurus Gaji Pekerja Alat Tulis Pendaftaran Perniagaan Lesen Perniagaan Susut Nilai

- Papan Tanda Perniagaan- Alatan Pejabat- Perabot- Kelengkapan

Belanja Luar Jangka

RM 200.00RM 3000.00RM 450.00

RM 14 400.00RM 42000.00RM 600.00RM 1300.00RM 1000.00

RM 2400.00RM 600.00RM 1000.00RM 4000.00

RM 59 955.00

Untung Bersih RM 152 505.00

10.4 KUNCI KIRA-KIRA

KUNCI KIRA-KIRA PADA 31 DISEMBER

RM RM

44

Page 45: contoh rancangan perniagaan bagus

ASET BUKAN SEMASA

Alatan PejabatTolak : Peruntukan susut nilaiPapan Tanda perniagaanTolak : PSNPerabotTolak : PSNKelengkapanTolak : PSN

ASET SEMASA

Tunai di tanganTunai di bank

MODAL KERJA

EKUITI PEMILIK

ModalUntung Bersih

600.0060.002400.00240.001000.00100.004000.00400.00

4953.0060.000

64 953.00

9000.00140 255.00

540.00

2160.00

900.00

3600.007200.00

149 255.00

45

Page 46: contoh rancangan perniagaan bagus

11.0 RUMUSAN

Berdasarkan kepada Rancangan Perniagaan yang telah disiapkan, kami yakin dapat

mengendalikan Perniagaan Fatira Bakery House dengan cara yang lebih teratur dan cekap. Ini

dijangkakan Perniagaan Fatira Bakery House akan mendapat sambutan yang lebih baik

memandangkan kedudukan Perniagaan Fatira Bakery House terletak di kawasan yang

strategik kerana terletak di kawasan perumahan serta di kawasan bandar.

Perniagaan Fatira Bakery House juga akan sentiasa berusaha untuk memajukan diri

dari masa ke masa malah akan mempelbagaikan lagi jenis kek, roti dan biskut agar ia dapat

memenuhi permintaan dan kehendak pelanggan.

Akhir kata, kami bertekad untuk menjaga mutu perkhidmatan Perniagaan Fatira

Bakery House ini supaya pelanggan akan berasa selasa dan berpuas hati apabila mereka

berkunjung ke sini. Tambahan pula, Perniagaan Fatira Bakery House adalah satu-satunya

perniagaan yang dikendalikan oleh bangsa melayu yang terdapat di sekitar kawasan tersebut.

Oleh itu, kami tidak akan melepaskan peluang yang baik ini.

46

Page 47: contoh rancangan perniagaan bagus

LAMPIRAN

GAMBAR PRODUK

47