contoh loh2.1 peryataan profesional...... (1)

21
2.1 Penyataan Profesional (Sebelum Pengalaman Berasaskan Sekolah) Dalam Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) yang pertama ini, saya telah diberi tugasan untuk menjalankan aktiviti sepanjang satu minggu ini iaitu bermula dari 5 Mac 2012 hingga 9 Mac 2012 di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Kuo Kuang, Skudai Johor. Antara fokus utama aktiviti yang akan saya jalankan ialah: i. Mengkaji perkembangan kognitif murid-murid di sekolah rendah ini (umur 7-12 tahun). ii. Mengkaji implikasi transformasi kurikulum di sekolah iaitu pertukaran kurikulum dari Kurikulm Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) terhadap peranan yang dimainkan oleh guru di sekolah. iii. Mengkaji 4 aspek perbezaan ciri individu antara murid-murid pemulihan dan murid-murid normal dalam kelas KBSR. Tujuan saya menjalankan kajian-kajian di atas adalah untuk menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan dalam Kerja Kursus Pendek Perkembangan Kanak-kanak (EDU 3102), Kerja Kursus Pendek Falsafah dan Pendidkan di Malaysia (EDU 3101) dan juga Kerja Kursus Berasaskan Ilmu Pengenalan Kepada Pendidikan Pemulihan (PKP 3101). Dalam Kerja Kursus Pendek EDU 3102, saya dikehendaki menjalankan aktiviti dan membuat kritikan ke atas teori perkembangan kognitif Jean Piaget manakala dalam Keria Kursus Pendek EDU 3101, saya dikehendaki mengkaji kaitan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) serta implikasi KSSR terhadap peranan yang dimainkan oleh guru di sekolah. Manakala, dalam Kerja Kursus Berasaskan Ilmu PKP 3101 pula, saya dikehendaki menganalisiskan aspek-aspek perbezaan ciri individu antara murid pemulihan dan kanak-kanak normal dalam kelas KBSR. Oleh itu, hasil daripada kaiian-kajian yang akan difokuskan adalah amat berguna untuk saya dalam proses menyiapkan tugasan saya. Antara aktiviti yang akan dijalankan semasa PBS saya ialah:

Upload: jeevithra-significa-beleza

Post on 10-Sep-2015

230 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

h

TRANSCRIPT

2.1 Penyataan Profesional (Sebelum Pengalaman Berasaskan Sekolah)Dalam Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) yang pertama ini, saya telah diberi tugasan untuk menjalankan aktiviti sepanjang satu minggu ini iaitu bermula dari 5 Mac 2012 hingga 9 Mac 2012 di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Kuo Kuang, Skudai Johor.Antara fokus utama aktiviti yang akan saya jalankan ialah:i. Mengkaji perkembangan kognitif murid-murid di sekolah rendah ini (umur 7-12 tahun).ii. Mengkaji implikasi transformasi kurikulum di sekolah iaitu pertukaran kurikulum dari Kurikulm Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) terhadap peranan yang dimainkan oleh guru di sekolah.iii. Mengkaji 4 aspek perbezaan ciri individu antara murid-murid pemulihan dan murid-murid normal dalam kelas KBSR.Tujuan saya menjalankan kajian-kajian di atas adalah untuk menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan dalam Kerja Kursus Pendek Perkembangan Kanak-kanak (EDU 3102), Kerja Kursus Pendek Falsafah dan Pendidkan di Malaysia (EDU 3101) dan juga Kerja Kursus Berasaskan Ilmu Pengenalan Kepada Pendidikan Pemulihan (PKP 3101). Dalam Kerja Kursus Pendek EDU 3102, saya dikehendaki menjalankan aktiviti dan membuat kritikan ke atas teori perkembangan kognitif Jean Piaget manakala dalam Keria Kursus Pendek EDU 3101, saya dikehendaki mengkaji kaitan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) serta implikasi KSSR terhadap peranan yang dimainkan oleh guru di sekolah. Manakala, dalam Kerja Kursus Berasaskan Ilmu PKP 3101 pula, saya dikehendaki menganalisiskan aspek-aspek perbezaan ciri individu antara murid pemulihan dan kanak-kanak normal dalam kelas KBSR. Oleh itu, hasil daripada kaiian-kajian yang akan difokuskan adalah amat berguna untuk saya dalam proses menyiapkan tugasan saya.

Antara aktiviti yang akan dijalankan semasa PBS saya ialah:i. Pemerhatian proses pengaiaran dan pembelaiaran yang sedang dijalankan di dalam kelas. ii. Pemerhathn cara percakapan murid-murid di sekolah. iii. Sesi temubual dengan kakitangan sekolah seperti Guru Besar, Guru Penolong Kanan dan sebagainya.iv. Sesi temubual dan juga senarai semak serta ujian konservatif Piaget yang akan dijalankan pada waktu rehat ke atas murid-murid di sekolah.Antara instrumen yang akan saya gunakan pula ialah pemerhatian, temu bual, senarai semak dan juga soal selidik.

2.2 Laporan pelaksanaan aktiviti yang difokusProgram Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) pada kali ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada para guru pelatih untuk memahami peranan sekolah dalam usaha merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan di sarnping membiasakan diri dengan alam persekolahan dan memahami perspektif sebagai seorang guru. Di samping itu, kami juga diberi peluang untuk memahami dengan lebih mendalam tentang sistem pengurusan sekolah, peranan sekolah dan juga peranan guru melalui proses pemerhatian dan interaksi dengan pihak sekolah. Selain itu, melalui PBS kali ini, guru pelatih juga diberi pendekatan tentang tingkah laku murid, pengurusan sekolah dan pengurusan bilik darjah demi menyepadukan teori dan amalan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran.Sekolah pilihan saya ialah SJK (C) Kuo Kuang, Skudai Johor dan tempoh PBS kali ini bermula dari 5 Mac 2012 hingga 9 Mac 2012. Pelaksanaan aktiviti saya lebih bertumpu kepada pengkajian perkembangan kognitif murid-murid di sekolah rendah ini yang umurnya adalah di sekitar 7 hingga 12 tahun. Saya pun berfokus kepada kajian saya terhadap implikasi transformasi kurikulum di sekolah iaitu pertukaran kurikulum dari Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) terhadap peranan yang dimainkan oleh guru di sekolah. Selain itu, saya turut mengkaji aspek-aspek perbezaan ciri individu antara murid pemulihan dan kanak-kanak normal dalam kelas KBSR.Tambahan pula, saya turut membuat pemerhatian terhadap persekitaran dan iklim bilik darjah dalam latihan Pengalaman Berasaskan Sekolah ( PBS ) kali ini. Saya ingin memerhati pelan bilik darjah, bahan dan sumber bantu P&P yang dipamerkan di paparan bilik darjah dan sebagainya. Pada masa yang sama, saya juga akan memerhati cara guru menjalani proses P&P di dalam bilik darjah dan bagaimana mereka merealisasikan hasrat dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta menerapkan nilai-nilai murni ke dalam pengajaran dan pembelajaran. Bukan itu sahaja, saya juga menumpukan kajian saya terhadap disiplin dan sahsiah murid-murid.Setelah tamat PBS pada semeter ini, saya berharap saya akan dapat menyesuaikan diri dengan alam mengajar di sekolah dan juga sistem pengurusan sekolah. Selain itu, sapya berharap dengan pengalaman yang saya dapat dari tempoh masa PBS saya ini, saya dapat berinteraksi dengan baik dengan murid-murid, guru-guru serta kakitangan di sekolah ini. Saya turut berharap mereka dapat memberi kerjasama kepada saya dalam sesi temubual dan juga berinteraksi dengan mereka. Semoga maklumat yang diberi oleh mereka dapat memberi saya sedikit sebanyak pengalaman dan ilmu pengetahuan yang baharu dan berguna untuk karier saya pada masa akan datang.

3.0 lnstrumen Penqumpulan Data Berhubung Tugasan3.1 PemerhatianSepanjang tempoh menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Kuo Kuang, Skudai Johor, saya telah membuat pemerhatian saya ke atas empat elemen penting iaitu iklim dan suasana di sekolah pada waktu persekolahan, pengurusan guru-guru dalam aktiviti sekolah, prestasi serta perkembangan kognitif atau mental murid-murid di sekolah ini dan juga kemudahan-kemudahan di sekolah ini. Saya telah merekodkan pemerhatian-pemerhatian saya dengan mengambil gambar dan mencatatkan nota.Dalam elemen iklim dan suasana sekolah, saya telah memerhatikan komunikasi antara pihak sekolah dengan ibu bapa murid-murid dan juga murid-murid di sekolah ini terutamanya apabila murid-murid membuat kesalahan.Dalam elemen pengurusan guru-guru dalam menjalankan aktivit sekolah, saya cuba memerhatikan cara guru-guru sekolah ini membuat perancangan dan melaksanakan aktiviti yang hendak dijalankan. Selain itu, saya turut membuat pemerhatian ke atas cara mereka menjalankan proses pengajaran dan pembelaiaran (P&P) di dalam kelas supaya semua murid dapat mencapai objektif pembelajaran pada hari tersebut.lnstrumen pengumpulan data dalam aspek pemerhatian prestasi dan juga perkembangan kognitif murid-murid dalam kelas ini, saya telah membuat pemerhatian ke atas cara murid-murid di sekolah ini berinteraksi dengan guru-guru dan juga mereka. Selain itu, saya juga telah mencuba untuk mendekati mereka dan memerhatikan cara mereka berinteraksi dengan orang luar atau pelawat.Bagi peninjauan kemudahan sekolah, saya telah memerhatikan jenis kemudahan yang terdapat di sekitar sekolah, lokasi dan kesesuaian lokasi kemudahan-kemudahan serta penggunaan kernudahan-kemudahan yang telah disediakan di dalam sekolah ini.

3.2 Senarai SemakSaya telah membuat senarai semak berdasarkan pelbagai aspek untuk menyemak sama ada sekolah memenuhi beberapa aspek tersebut. Aspek-aspek ini termasuklah disiplin murid, budaya sekolah, etika guru, prestasi ko-kurikulum dan isu-isu semasa. Kaedah ini dapat memudahkan saya menjalankan semakan ke atas perkara-perkara yang perlu dilaksanakan dengan sistematik dan tidak ketinggalan sesuatu bahagian kecil.Senarai semak bagi SJK (C) Kuo Kuang :BilPerkaraYaTidakCatatan

1.Disiplin

1.1 Mematuhi peraturan sekolah

1.2 Ketepatan masa

1.3 Memakai lencana sekolah

1.4 Berpakaian kemas

1.5 Berambut pendek (Murid Lelaki)

2. Kokurikulum

2.1 Kehadiran

2.2 Penglibatan dalam aktiviti

2.3 Kepimpinan (Guru Persatuan)

2.4 Sikap positif

2.5 lnovatif

3. Budaya sekolah

3.1 Penyayang

3.2 Berterima kasih

3.3 Menghonnati guru

3.4 Menghormati kawan

3.5 Keceriaan

4. Guru sebagai model (Etika Guru)

4.1 Menepati masa

4.2 Ketrampilan Diri yang Kemas

4.3 lntegriti

4.4 Berbudaya ilmu

4.5 Komunikasi berkesan

5. Isu-isu semasa

5. 1 Pembestarian pendidikan

5.2 Pendemokrasian pendidikan

5.3 Peningkatan profesionalisme

5.4 Pendidikan sepanjang hayat

5.5 Pelestarian alam sekitar

3.3 Temu BualSemasa menjalankan Program Pengaknan Berasaskan Sekolah (PBS) di SJK (C) Kuo Kuang, saya telah berkesempatan untuk menemuramah beberapa orang kakitangan di sekolah ini. Antaranya ialah Guru Penolong Kanan Petang, Encik Soh Lip Leong, Guru Bahasa Melayu, Puan Chan Choy Wan, salah seorang mentor saya iaitu, Puan Lai Shit Yeen dan juga Guru Bahasa Inggeris, Cikgu Normi binti Mohamad Amin. Tajuk-tajuk dan juga hasil perbincangan kami dapat diruiuk pada Lampiran A.3.4 Soal SelidikSaya telah memberi soal selidik kepada murid-murid SJK (C) Kuo Kuang. Soal selidik ini bertujuan menyelidik tentang perkembangan kognitif atau mental murid-murid di sekolah ini sama ada teori yang telah dihasilkan oleh Jean Piaget dapat digunakan. Penyelidikan ini merupakan salah satu tugasan yang diamanahkan dalam Kerja Kursus Pendek (KKP) EDU 3102 saya iaitu subjek Perkembangan Kanak-kanak.Dalam proses menyoal selidik murid-murid di sekolah ini, saya juga telah membuat beberapa ujian ke atas mereka. (Ujian-ujian konservatif Piaget yang telah dibuat boleh dirujuk pada Lampiran B).

4.0 KolaborasiDalam Program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) ini, saya telah melakukan sesi perbincangan atau temubual dengan beberapa orang kakitangan di sekolah ini. Berikut merupakan rumusan yang telah dibuat melalui temubual yang telah saya lakukan dalam masa seminggu ini. (Bukti untuk 4.1, 4.2, 4.3 rujuk Lampiran A, 4.5 rujuk Lampiran C)4.1 Perbincangan dengan Pengurusan SekolahAntara seorang kakitangan pengurusan sekolah yang telah saya temubual ialah Guru Penolong Kanan Petang (7 Mac 2012).. Antara isi perbincangan yang telah saya temu bual dengan Guru Penolong Kanan Petang sekolah ini ialah Pengalaman Guru Penolong Kanan Petang dalam Pengurusan Sekolah. Menurut beliau, murid-murid di sekolah sekarang ini sangat berbeza dengan murid-murid dahulu terutamanya dengan murid-murid pada zaman persekolahan beliau. Oleh itu, cara didikan yang disampaikan perlulah ditukar mengikut jenis-jenis murid yang dididik. Selain itu, beliau memberitahu bahawa untuk menjadi seorang guru yang baik, kita seharusnya mempunyai sifat empati yang tinggi untuk memahami anak-anak muridnya agar guru hubungan antara guru dengan anak-anak muridnya adalah rapat seperti satu keluarga. Bagi beliau, dia selalu menganggap murid-murid di sekolah adalah anaknya sendiri dan dia akan berusaha untuk mendidik mereka dengan baik. Di samping itu, beliau juga mendapati kadangkala kita boleh mendapat pengajaran atau kesedaran melalui tingkah laku murid-murid di sekolah. Hasrat beliau dalam bidang perguruan pula ialah beliau berharap hubungan erat antara pihak sekolah dengan ibu bapa pelajar dapat dikuatkan lagi supaya semua masalah dapat diselesaikan dengan lebih baik dan dengan lebih harmoni. lni adalah kerana pihak sekolah dengan ibu bapa sebenarnya memainkan peranan yang hampir sama iaitu mendidik anak-anak murid agar menjadi insan yang berguna di masa hadapan.

4.2 Perbincangan dengan MentorDalam PBS saya pada kali ini, saya telah diberi seorang mentor, iaitu Puan Lai Shit Yeen. Puan Lai merupakan seorang guru Bahasa Inggeris di sekolah ini. Manakala, semasa seorang guru Pemulihan telah berkandung, beliau pun menggantikan jawatan guru tersebut. Menurut beliau, pelajar lelaki adalah lebih hiperaktif dan tidak mahu membuat kerja sekolah manakala pelajar perempuan lebih rajin dan senyap. Beliau turut mengatakan bahawa ujian diagnostik telah digantikan kepada ujian linus. Buku-buku Program Linus juga digunakan untuk mengajar murid-murid pemulihan.4.3 Perbincangan dengan Guru-guru LainSemasa PBS saya, saya berpeluang untuk menemuramah seorang guru Bahasa Melayu, iaitu Puan Chan Choy Wan dan seorang guru Bahasa Inggeris, iaitu Cikgu Normi binti Mohamad Amin. Puan Chan merupakan salah seorang wakil guru yang pernah menyertai taklimat mengenai KSSR. Oleh itu, semua guru di sekolah ini menyuruh saya untuk menemuramah beliau unfuk maklumat yang lebih lengkap. Menurut beliau, KSSR ini telah digunakan oleh murid-murid Darjah 1 dan 2 dan sistem pendidikan yang baru ini sememangnya lebih mudah difahami oleh murid-murid sekolah rendah. lni adalah kerana berbanding dengan skop pelajaran KBSR, sistem pengajaran dan pembelaiaran KSSR adalah berperingkat dan peringkat ini adalah mengikut tahap kecekapan murid-murid dapat memahami isi pembelajaran. Oleh itu, murid-murid dapat menguasai ilmu-ilmu yang disampaikan oleh guru dengan lebih baik.Namun, menurut Cikgu Normi, lebih banyak kertas kerja yang perlu disediakan oleh guru mata pelaiaran. Contohnya, penyediaan bahan bantu mengajar yang baik dan kreatif untuk sesi pengajaran dan pembelajaran supaya murid-murid dapat menguasai skop pelajaran dengan lebih cepat dan mudah. Selain itu, setiap minggu, murid-murid akan diberikan satu ujian kecil untuk menguii tahap pemahaman mereka mengenai isi pembelajaran pada hari itu. Hasil keputusan ujian ini kemudiannya akan dimasukkan ke dalam satu fail, iaitu Fail PBS. Fail PBS ini akan disimpan selama 6 tahun sehingga murid-murid menamatkan pelajaran di sekolah rendah. Keputusan-keputusan di dalam Fail PBS ini akan mengandungi sebanyak 60% dalam Ujian UPSR.

4.4 lntenaksi dengan MuridSemasa PBS, saya telah berinteraksi dengan banyak murid dari pelbagai peringkat dan masing-masing mempunyai ragam mereka yang tersendiri. Melalui interaksi dengan mereka, saya dapati murid-murid di sekolah ini sememangnya telah berinteraksi dengan banyak benda di sekelllingnya tetapi mereka tidak tahu cara mengaplikasinya. Namun, interaksi dengan mereka adalah sangat seronok dan sedikit sebanyak telah memberi saya banyak ilmu pergetahuan yang penting dan bermanfaat. (Gambar-gambar berinteraksi dengan murid-murid oleh dilihat pada Lampiran C).

5.0 Ilmu/ Pengetahuan Baru Melalui5.1 PemerhatianPemerhatian dari pelbagai aspek telah saya buat mengenai SJK (C) Kuo Kuang. Antaranya termasuklah iklim atau suasana di sekolah pada waktu persekolahan, pengurusan guru-guru dalam menjalankan aktiviti-aktiviti sekolah, perbezaan ciri individu antara murid pemulihan dan kanak-kanak normal serta perkembangan kognirif dan mental murid-murid serta kemudahan-kemudahan di sekolah.Terlebih dahulu, sekolah ini mempunyai iklim atiau suasana di sekolah ini pada waktu persekolahan ini adalah sangat baik dan memuaskan. Sebaik sahaja saya tiba di sekolah ini, saya dapat mendengar suara-suara murid-murid di sekolah ini. Selain itu, semasa aktiviti sekolah dijalankan, contohnya Progaram Citra Bahasa Melaysia dijalankan, interaksi antara murid-murid dengan guru-guru dapat dilihat dengan jelas dan suasana itu sangat menyenangkan. Murid-murid dapat memberi kerjasama kepada aktiviti yang dijalankan.Persekitaran di kawasan sekolah sentiasa berada dalam keadaan yang bersih dan indah. lni memang merupakan hasil kerjasama antara pelbagai pihak sekolah sama ada guru-guru atau murid-murid. Semua pihak amat menghargai keselesaan yang dibekal oleh sekolah tersebut mahupun murid-murid darjah satu, mereka juga mengetahui tentang konsep "sekolah kita, tanggungjawab kita'. Oleh itu, tidak kira di dalam blok bilik darjah, taman-taman sekolah, tapak perhimpunan, kantin sekolah ataupun tandas sekolah keadaan tempat-tempat tersebut sentiasa temampak bersih dan kemas.Sekolah telah dilengkapi dengan perpustakaan, makmal Sains, bilik komputer, bilik Muzik dan kemudahan lain. Kemudahan tersebut banyak mendatangkan faedah kepada pelbagai pihak, terutamanya murid-murid. Mereka boleh menggunakan kemudahan yang dibekalkan unfuk membantu dalam pelajaran mereka. Misalnya, murid-murid boleh meminjam buku yang mereka suka untuk mencari membaca selain daripada apa yang dapat dari buku teks. Aktiviti amali juga boleh dijalankan di makmal Sains , bilik Kemahiran Hidup dan bilik Muzik untuk menambah kefahaman mereka terhadap teori yang dibelajari.Banyak aktiviti dan pertandingan diadakan untuk semua murid bagi mempertingkatkan prestasi dan minat mereka sama ada dalam kurikulum dan ko-kurikulum murid. Dalam hal ini, saya mengetahui kita sebagai seorang guru bukan sahaja bertanggungjawab dalam intelek murid, bahkan fizikal, emosi, rohani dan sosial murid. Kesemua aspek penting dalam membentuk seorang insan yang seimbang. Maka, murid akan tabah menghadapi cabaran dan mengawal emosi mereka dalam pelbagai masalah.Sikap kerja pihak sekolah yang positif juga boleh mengingati saya supaya sentiasa menjadi seorang guru yang bertanggungiawab, rajin, berhemah tinggi, dan lain-lain lagi. Di samping itu, kerjasama juga metilah diberi dari semasa ke samasa kerana sebagai seorarg guru, kebanyakan masa akan bersama-sama melaksanakan tugas yang diamanahkan dalam kumpulan. Bak kata pepatah "berat sama dipikul, ringan sama dijinjing", dengan mengadakan interaksi yang baik antara satu sama lain, sesuatu hgas akan dijalankan dengan lancar dan hasil kerja yang berkualiti dapat dihasilkan.5.2 Senarai SemakSetelah menjalankan Program PBS di SJK (C) Kuo Kuang selama 5 hari, satu senarai semak telah saya buat mengenai pelbagai aspek. Tujuannya ialah untuk menyemak sama ada sekolah memenuhi beberapa aspek termasuklah disiplin murid, budaya sekolah, etika guru, prestasi ko-kurikulum, dan isu-isu semasa.Terlebih dahulu, boleh dikatakan kebanyakan atau hampir semua murid di sekolah tersebut mempunyai disiplin diri yang baik. Mereka sentiasa mematuhi peraturan-praturan yang ditetapkan oleh sekolah. Selain itu, kes lewat datang ke sekolah juga kurang berlaku di antara murid-murid. Bagi imej kendiri, mereka berpakaian kemas dengan lencana sekolah dijahit depan dada. Rambut perempuan dikehendaki ikat dengan kemas jika panjang dan lelaki diwajib memotong rambut pendek.Sekolah telah mewajibkan semua murid melibatkan diri dalam aktiviti ko-kurikulum. Tujuannya adalah untuk mencungkil bakat murid-murid dalam bidang yang berlainan selain daripada pencapaian akademik. Selain itu, murid-murid juga berpeluang mempelajari ilmu pengetahuan yang berlebihan selain daripada buku teks seperti bantuan kecemasan, teknik mendirikan khemah dan sebagainya. Guru-guru penasihat memainkan peranan yang sangat penting dalam membantu mereka menjayakan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan.Sekolah merupakan tempat yang mendidik ilmu pengetahuan kepada generasi baru. Jadi, budaya sekolah mestilah sentiasa dalam keadaan yang terbaik dan terjaga. Misalnya, sikap hormat-menghormati antara guru-guru dengan murid-murid harus difokuskan dari semasa ke semasa. Untuk rnenjadi seorang guru yang digemari dan dihormati, beliau hendaklah menyayang dan sabar terhadap murid-muridnya. Tidak dapat dinafikan bahawa guru merupakan model bagi semua murid. Oleh itu, guru-guru juga wajib mendisiplinkan diri dengan berkelakuan baik dan menepati masa. "Beribawa, berintergriti. Keunggulan peribadi", boleh dikatakan bahawa sebagai seorang guru, kita mestilah menjaga disiplin dan ketrampilan diri setiap masa. Contohnya, jika seorang guru merokok di hadapan murid-muridnya, adakah mereka akan menghormati dan mendengar teguran guru tersebut yang langsung tidak menjaga imej diri?Aspek penyemakan yang terakhirnya ialah isu-isu semasa sekolah, iaitu mengandungi pembestarian pendidikan, pendemokrasian pendidikan, peningkatan profesionalisme, pendidikan sepanjang hayat, dan juga pelestarian alam sekitar. Ciri-ciri di atas ini akan menentukan sama ada sekolah tersebut dilingkungi dalam kategori cemerlang atau buruk. Pendek kata, semua aspek mestilah dijaga dengan baik agar sesebuah sekolah dapat menghasilkan generasi baru yang berkualiti dan berakhlak mulia.5.3 Temu bualBeberapa temu bual telah saya menjalankan semasa di SJK (C) Kuo Kuang. Antara yang saya letakkan ialah temu bual dengan Guru Penolong Kanan Petang, Mentor, guru-guru lain dan juga murid-murid. Melalui penemubual dengan mereka, saya telah memperolehi banyak maklumat yang saya inginkan. (Untuk maklumat lanjut sila rujuk 4.0 Kolaborasi).

5.4 Soal SelidikBeberapa soalan telah saya sediakan dalam soal selidik kepada murid-murid di SJK (C) Kuo Kuang. Soal selidik yang diberikan kepada mereka lebih kepada soalan-soalan general kerana kebanyakkan murid-murid di sekolah ini terutamanya murid-murid perempuan enggan menerima sesi soal jawab dari kami. (Soalan Soal Jawab boleh rujuk pada Lampiran B). Namun, melalui sesi soal jawab ini, saya dapati perkembangan kanak-kanak bagi setiap insan adalah sangat berlainan. Contohnya antara peringkat umur pra-operasi dengan peringkat operasi konkrit. Peringkat umur pra-operasi lebih mempunyai sifat ingin tahu yang kuat berbanding dengan murid peringkat operasi konkrit. Selain itu, perkernbangan kognitif bagi pelajar pada peringkat operasi konkrit tidak semestinya lebih baik berbarding dengan murid-murid pada peringkat umur pra-operasi. lni adalah kerana ada banyak murid-murid pada peringkat umur pra-operasi yang mampu berfikir secara logik dan rasional. Mereka pun mampu mengingat semula peristiwa yang sudah berlaku dan boleh membanding dua peristiwa yang sudah berlaku..

6.0 RefleksiPada 5 hingga 9 Mac 2012, saya telah menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kuo Kuang (SJKC Kuo Kuang). Pada hari pertama berada di SJKC Kuo Kuang merupakan hari yang paling mendebarkan diri saya kerana ini merupakan kali pertama saya menjalani PBS dan merupakan kali pertama saya menjejakkan kaki ke alam persekolahan setelah hampir 9 tahun saya meninggalkan alam persekolahan ini. Saya memanjatkan kesyukuran kerana melalui pemerhatian saya dan kajian saya dalam menyiapkan tugasan, saya telah banyak menimba pengalaman-pengalaman baru dalam mengharungi hidup ini. Di sana, saya mengikuti sepenuhnya kelas pendidikan pemulihan yang berjalan bagi menjalankan pemerhatian dan kajian terhadap tugasan ini. Masa yang ada digunakan sebaik mungkin bagi mengumpul maklumat yang berkaitan dengan kajian kes. Selain itu, saya telah diberikan tugas oleh guru pendidikan pemulihan untuk mengajar kelas pendidikan pemulihan. Ini adalah kerana guru tersebut perlu menggantikan kelas dengan guru yang tidak dapat hadir ke sekolah kerana ada program di luar sekolah. Saya berasa seronok kerana diberi peluang untuk memasuki kelas dan memudahkan saya dalam menyiapkan tugasan saya iaitu untuk mengumpul maklumat yang berkaitan dengan kajian kes. Di dalam kelas pendidikan pemulihan , saya mendapati setiap kanak-kanak mempunyai tingkah lakunya yang tersendiri. Hal ini dapat membuktikan bahawa prinsip perbezaan individu jelas wujud dalam semua manusia termasuk kanak-kanak pemulihan. Sikap dan perlakuan yang ditunjukkan oleh mereka berbeza. Semasa menjalankan pemerhatian, saya berpeluang belajar daripada guru-guru pendidikan pemulihan di sana berserta juga dengan pembantu dalam menjaga dan mengawal tingkah laku pelajar-pelajar pendidikan pemulihan. Saya berpeluang menyaksikan sendiri guru mengajar pelajar-pelajar pendidikan pemulihan secara lebih dekat. Apa yang dapat diperhatikan, guru-guru di sana amat mahir dalam mengawal dan menguruskan pelajar-pelajar pendidikan pemulihan.Pelajar-pelajar pendidikan penulihan mempunyai ragam dan karenah masing-masing yang kadang-kadang membuatkan kita seronok dan gembira memerhatikan telatah dan gelagat mereka. Sekiranya wujud sebarang tingkah laku negative di dalam kelas, guru-guru di sana sudah cekap dalam mengendalikannya. Saya secara terus berpeluang melihat guru tersebut menguruskan pelajar yang terlibat. Kaedah dan cara menguruskan tingkah laku bermasalah oleh para pelajar diperhatikan dengan teliti oleh saya. Menjadi guru pendidikan pemulihan bukanlah suatu tugas yang mudah. Saya telah memerhatikan guru-guru pendidikan pendidikan pemulihan di sana mempunyai sifat sabar yang cukup tinggi dalam mengendalikan kelas serta menguruskan pelajar-pelajar mereka. Teras utama dalam menguruskan pelajar-pelajar pendidikan pemulihan ialah kesabaran. Pengalaman dan ilmu yang ditimba akan disematkan dalam minda saya dan diingati supaya dapat menjadi guru pendidikan pemulihan yang berwibawa seperti mereka kelak.Selain itu, saya berpeluang mendekati pelajar-pelajar pendidikan pemulihan secara dekat dan berbual mesra dengan mereka. Setiap dari mereka mempunyai watak dan kerenah masing-masing. Mereka juga mempunyai kelemahan dan keistimewaan yang kadang-kadang cukup mengejutkan. Berinteraksi secara terus dengan mereka member saya peluang dalam menajamkan ilmu saya dalam bidang pendidikan pemulihan. Saya telah memerhati dan mengkaji sesuatu tingkah laku yang ditonjolkan oleh pelajar-pelajar. Ia juga member input tentang kesan dan impak sekiranya kita tidak membantu kanak-kanak pendidikan pemulihan dalam mengurus dan mengubah tingkah laku negative mereka. Hal ini sedikit sebangyak dipertanggungjawabkan ke atas guru pendidikan pemulihan. Jadi, sebagai seorang bakal guru pendidikan pemulihan kelak, saya perlu memahirkan diri saya dengan semula ilmu yang ada untuk membantu kanak-kanak pendidikan pemulihan. Hari-hari berada di sekolah ini begitu bermakna dalam hidup saya kerana begitu banyak perkara saya pelajari dan ini memberikan saya satu peluang untuk menjadi seorang guru yang berkaliber. Saya berharap pada PBS yang seterusnya saya akan dapat menimba lebih banyak ilmu pengetahuan tentang profesion keguruan ini bagi membuat persedian menjadi seorang guru yang terbaik.

7.0 Laporan AkhirBermula dari 5 hingga 9 Mac 2012, saya telah menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) selama lima hari di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kuo Kuang di Batu 8 , Jalan Skudai, 81300 Skudai, Johor. Selama lima hari berada di dalam sekolah ini, saya telah mengalami pengalaman yang amat berharga dan bermakna. Aktiviti PBS telah memberi peluang kepada saya untuk memahami dengan lebih mendalam tentang keadaan sebenar di sekolah dan ciri-ciri menjadi seorang guru apabila berhadapan dengan sekumpulan pelajar.Hari ini merupakan hari pertama saya hadir ke Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kuo Kuang. Perasaan yang gementar dan gembira, saya telah memasuki pejabat Guru Penolang Kanan Petang SJK (C) Kuo Kuang, Encik Soh Lip Leong untuk membuat pendaftaran sebagai tanda permulaan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) saya selama satu minggu. Selepas membuat pendaftaran dengan Guru Penolang Kanan Petang, saya pun berjumpa dengan mentor saya.Setelah diberi mentor yang akan saya jumpai dalam masa minggu ini, saya pun memberitahu beliau bahawa saya mohon memasuki kelas beliau. Selepas itu, saya pun dibagikan tempat duduk dalam pejabat guru. Seterusnya, saya pun membuat persediaan untuk menghadiri kelas Puan Lai Shit Yeen di kelas pemulihan yang akan bermula pada pukul 2.00 petang. Suasana dalam kelas pemulihan adalah sangat ceria dan riang. Murid-murid dalam kelas ini dapat memberi response yang baik dan positif terhadap soalan-soalan yang dikemukkan oleh guru. Pelajar pula berasa sangat selesa untuk mengemukakan soalan kepada guru mata pelajaran. Antara aktiviti yang dijalankan pada proses pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu ini adalah sesi ulang kaji subtopik yang lepas, iaitu suku kata lama; pengajaran dan pembelajaran subtopik yang baru, iaitu kesusunan ayat. Pada permulaan proses P&P bermula, terdapat beberapa orang murid yang masih tidak dapat menangkap skop pelajaran pada hari ini. Namun, ada segelintir pelajar yang dapat menangkap skop pelajaran dengan pantas dan cekap. Melalui pemerhatian saya, murid lelaki biasanya lebih pantas dalam proses memahami skop pelajaran. lni mungkin disebabkan murid lelaki lebih beminat dengan mata pelajaran yang memerlukan daya kemahiran berfikir yang tinggi. Semasa sesi pengajaran dijalankan, beberapa orang murid lelaki meminta guru untuk mengemukakan beberapa soalan di papan hitam dan memilih murid-murid untuk menjawab soalan di hadapan kelas secara rawak. Selepas sesi soal jawab, guru mata pelajaran mengadakan sesi permainan dengan anak-anak muridnya. Response yang diberi oleh murid-murid adalah sangat positif dan suasana di kelas menjadi lebih riang dan ceria dan tidak membosankan.Pada waktu rehat, saya berpeluang untuk menjalankan ujian kepada 2 orang murid. Malangnya daripada 3 ujian yang saya dijalankan, seorang murid yang pada peringkat operasi konkrit hanya dapat menguasai 2 prinsip, iaitu prinsip identiti dan prinsip ganti rugi. Selepas itu, saya pun berjalan-jalan di sekeliling kawasan sekolah ini untuk melihat suasana di perserkitarannya. Walaupun sekolah ini pernah menjadi sekolah rendah saya pada suatu ketika dahulu, namun sekarang terdapat banyak perbezaan yang telah berlaku di dalam sekolah. Contohnya, kini lebih banyak taman-taman yang telah dibina di kawasan sekolah dan juga kemudahan-kemudahan baru yang lain.Pada 6 Mac 2012, pada waktu rehat pada hari ini, saya telah menjalankan ujian kepada 2 orang murid yang pada peringkat umur pra-operasi. Selepas 3 ujian yang saya dijalankan, saya berasa hairan dan mendapati mereka mampu berfikir secara logik dan rasional. Mereka pun mampu mengingat semula peristiwa yang sudah berlaku dan boleh membanding dua peristiwa yang sudah berlaku.Selepas waktu rehat, saya pun menemubual beberapa orang guru mengenai perubahan yang ada pada proses transformasi kurikulum dari KBSR ke KSSR. Seorang guru Bahasa Melayu telah menerima temuramah saya dan menurut beliau, beliau berpendapat bahawa proses transformasi yang berlaku sekarang dalam kurikulum sebenamya adalah lebih mudah difahami oleh murid-murid kerana sistemnya yang ringkas dan berperingkat. Menurut guru Bahasa Melayu ini, beliau mendapati murid-muridnya dapat menguasai kemahiran dengan lebih cepat dan efektif berbanding dengan sukatan pelajaran yang sebelumnya, iaitu KBSR. Namun begitu, seorang guru Bahasa Inggeris menyatakan bahawa guru akan mempunyai kerja yang lebih banyak dalam penyediaan kertas kerja seperti Fail PBS iaitu fail prestasi murid-murid. Setiap minggu, murid-murid akan diberi satu ujian kecil yang berkaitan dengan tajuk yang dipelajari pada minggu itu dan markah ujian kecil ini akan dikumpul dan mengandungi sebanyak 60% untuk ujian pada Darjah 6 kelak. Dengan kata lain, Fail PBS adalah sangat penting kerana ia mengandungi sebanyak 60% dalam peperiksaan umum murid-murid pada Tahun 6.Hari ini (7 Mac 2012) seperti biasa, saya telah berjumpa dengan Guru Penolong Kanan Petang, iaitu Encik Soh Lip Leong. Tajuk temu bual yang telah ditujukan kepada Guru Penolong Kanan Petang pula ialah, Pengalaman dalam Pengurusan Sekolah. Menurut beliau, murid-murid di sekolah sekarang ini sangat berbeza dengan murid-murid dahulu terutamanya dengan murid-murid pada zaman persekolahan beliau. Oleh itu, cara didikan yang disampaikan perlulah ditukar mengikut jenis-jenis murid yang dididik. Selain itu, beliau memberitahu bahawa untuk menjadi seorang guru yang baik, kita seharusnya mempunyai sifat empati yang tinggi untuk memahami anak-anak muridnya agar guru hubungan antara guru dengan anak-anak muridnya adalah rapat seperti satu keluarga. Bagi beliau, dia selalu menganggap murid-murid di sekolah adalah anaknya sendiri dan dia akan berusaha untuk mendidik mereka dengan baik. Di samping itu, beliau juga mendapati kadangkala kita boleh mendapat pengajaran atau kesedaran melalui tingkah laku murid-murid di sekolah. Hasrat beliau dalam bidang perguruan pula ialah beliau berharap hubungan erat antara pihak sekolah dengan ibu bapa pelajar dapat dikuatkan lagi supaya semua masalah dapat diselesaikan dengan lebih baik dan dengan lebih harmoni. lni adalah kerana pihak sekolah dengan ibu bapa sebenarnya memainkan peranan yang hampir sama iaitu mendidik anak-anak murid agar menjadi insan yang berguna di masa hadapan.Selepas itu, seperti biasa, saya telah berinteraksi dengan murid-murid di sekolah ini pada waktu rehat untuk menguji tahap kognitif mereka. Keputusan yang telah saya perolehi masih sama seperti keputusan yang telah saya perolehi dua hari lepas, iaitu, murid-murid yang pada peringkat umur operasi konkrit tidak sepatutnya mempunyai perkembangan tahap kognitif yang baik berbanding dengan murid-murid yang pada peringkat umur pra-operasi.Pada 8 Mac 2012, seperti biasanya, saya telah berinteraksi dengan murid-murid di sekolah ini pada waktu rehat untuk mengkaji aspek perbezaan ciri individu murid pemulihan dan kanak-kanak normal. Saya mendapati murid pemulihan menghadapi masalah kekurangan keyakinan, kesukaran mengawal emosi, kesukaran berkomunikasi dengan rakan-rakan dan guru-guru, kecepatan mengurangkan minat dalam sesuatu perkara dan sebagainya.9 Mac 2A12, hari terakhir bagi PBS pertama saya. Selepas mengambil kedatangan di pejabat, saya dan rakan sebaya saya tunggu di pejabat guru besar untuk meminta tandatangan dalam borang kehadiran. Selepas itu, saya pergi ke kelas pemulihan yang diajar oleh Cikgu Lai Shit Yeen untuk meninjau proses P&P. Mata pelajaran yang kami perhatikan ialah subjek matematik. Pada mula-mulanya, cikgu tersebut memberi penjelasan sedikit tentang teknik untuk pengiraan matematik. Kemudian murid-murid diberikan kerja rumah untuk disiapkan dalam kelas. Semasa sesi membuat tugasan tersebut, saya berpeluang melibatkan diri dalam pengajaran dengan memberi penjelasan kepada mereka yang tidak erti jawab soalan- soalan dalam buku kerja.Akhir kata, sepanjang saya menjalankan PBS selama seminggu di SJK(C) Kuo Kuang, Skudai Johor, saya berasa amat gembira kerana dapat menjalankan tugasan-tugasan yang diperlukan dengan lancar di samping memperoleh pelbagai ilmu baru yang berguna untuk karier saya pada masa akan datang.