contoh lesson plan prinsip archimedes.docx

7
Tarikh: 4/3/2015 (Jumaat) Masa: 10.10 -11.20 pagi Kelas : 4 Abqar Bilangan pelajar: 14 orang pelajar Subjek: Fizik Topik : Prinsip Archimedes Objektif Pembelajaran: Pelajar akan diajar untuk: i. menyiasat hubungan antara berat air tersesar dan daya apung. Hasil Pembelajaran: Pelajar dapat untuk: i. menjelaskan daya apung. ii. mengaitkan daya apung dengan berat air tersesar. iii. menyatakan prinsip Archimedes iv. menghuraikan aplikasi Prinsip Archimedes Pengetahuan sedia ada: pengetahuan berkaitan ketumpatan, pecutan graviti, mengukur berat menggunakan neraca spring dan tuas. Nilai murni: Bekerjasama dan bersungguh-sungguh. Kemahiran Berfikir: Integrasi: Simulasi interaktif. Bahan Bantu Mengajar: Bahan media bercetak dan eletronik seperti grafik gambar dan video. Kaedah/Masa Kandungan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Nota Set Induksi (5 minit) Memperkenal kan Prinsip Archimedes dalam kehidupan 1. Guru menunjukkan beberapa contoh yang berkaitan Prinsip Archimedes menggunakan video Plastisin yang bulat diletakkan di dalam bekas air.

Upload: kamarul-arifin

Post on 13-Jul-2016

105 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Masih boleh ditambahbaik

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh lesson plan prinsip Archimedes.docx

Tarikh: 4/3/2015 (Jumaat)

Masa: 10.10 -11.20 pagi

Kelas : 4 Abqar

Bilangan pelajar: 14 orang pelajar

Subjek: Fizik

Topik : Prinsip Archimedes

Objektif Pembelajaran: Pelajar akan diajar untuk:

i. menyiasat hubungan antara berat air tersesar dan daya apung.

Hasil Pembelajaran: Pelajar dapat untuk:

i. menjelaskan daya apung.ii. mengaitkan daya apung dengan berat air tersesar.

iii. menyatakan prinsip Archimedesiv. menghuraikan aplikasi Prinsip Archimedes

Pengetahuan sedia ada: pengetahuan berkaitan ketumpatan, pecutan graviti, mengukur berat menggunakan neraca spring dan tuas.

Nilai murni: Bekerjasama dan bersungguh-sungguh.

Kemahiran Berfikir:

Integrasi: Simulasi interaktif.

Bahan Bantu Mengajar: Bahan media bercetak dan eletronik seperti grafik gambar dan video.

Kaedah/Masa Kandungan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Nota

Set Induksi(5 minit)

Memperkenalkan Prinsip Archimedes dalam kehidupan seharian.

1. Guru menunjukkan beberapa contoh yang berkaitan Prinsip Archimedes menggunakan video dan gambar daripada pelbagai sumber.

2. Guru menerangkan kepentingan Prinsip Archimedes.

3. Pelajar diberikan plastisin untuk membuktikan Prinsip Archimedes.

Plastisin yang bulat diletakkan di dalam bekas air. Pelajar membuat pemerhatian.

Plastisin dibentukkan seperti bot dan diletakkan semula ke dalam bekas. Pelajar membuat pemerhatian.

Teknik Penyoalan(10 minit)

Guru mengemukakan beberapa soalan

1. Guru bertanya pelajar, bagaimanakah objek boleh terapung tanpa tenggelam?

Ketumpatan, ρ = m/V

Page 2: Contoh lesson plan prinsip Archimedes.docx

berkaitan Prinsip Archimedes untuk mencetuskan kemahiran berfikir para pelajar.

Pelajar menyusun maklumat secara sistematik di dalam kerangka pemikiran untuk membina pengetahuan baru. (Teori konstruktivisme)

(Jawapan mungkin pelajar: Ketumpatan)

2. Guru seterusnya menguji dengan bertanya, bagaimanakah dengan kapal-kapal di laut yang di bina menggunakan bahan besi? (Jawapan mungkin pelajar: Terdapat daya luar yang bertindak ke atas objek selain daya pada arah bertentangan).

3. Guru meminta pelajar menamakan daya luar tersebut. (Jawapan pelajar: Daya tujah/ Daya keapungan)

4. Guru bertanya bagaimanakah daya tujah/ keapungan air dapat diukur?(Jawapan pelajar: Daya tujah dapat di ukur menggunakan neraca spring)

5. Guru bertanya mengapakah cecair melimpah keluar apabila objek direndamkan ke dalam cecair?(Jawapan pelajar: Bahagian cecair yang melimpah keluar adalah ruang yang dipenuhi oleh objek dalam cecair)

6. Guru bertanya mengapakah terdapat perbezaan berat objek, di udara lebih besar, di dalam air lebih ringan?(Jawapan pelajar: Terdapat daya keapungan air)

7. Guru mencetuskan perasaan ingin tahu dalam diri pelajar dengan menyatakan terdapat hubungkait diantara berat air tersesar dengan daya keapungan/kehilangan berat dalam air.

m – jisim objekV- Isipadu objek

Pengetahuan sedia ada: Daya paduan

Objek pegun/tidak bergerak apabila daya paduan terhadap objek adalah sifar.Fnet = 0

Pengalaman sedia ada pelajar:Mandi di kolam renang/ tub mandi hotel.

Guru menunjukkan gambar yang berkaitan.

Pelajar teruja untuk menjalankan eksperimen.

Eksperimen Tin Eureka 1. Peralatan dan radas Penekanan

Page 3: Contoh lesson plan prinsip Archimedes.docx

Prinsip Archimedes.(Inkuri penemuan dengan bimbingan guru)(20 minit)

Pemberat 50g dan 100g

Benang Neraca Spring Neraca Tuas Bikar

disediakan oleh pelajar. 2. Pelajar melaksanakan

eksperimen untuk mengkaji hubungkait diantara berat air tersesar dengan daya keapungan.

Kehilangan berat = Berat sebenar – berat ketara

Kehilangan berat = Berat air yang tersesar

Teknik Penyoalan

1. Guru bertanya adakah kehilangan berat sama nilai dengan daya keapungan? (Ya)

2. Pelajar menghubungkaitkan daya keapungan dengan berat air tersesar.

Daya keapungan = Berat air tersesar

3. Guru bertanya bagaimanakah pelajar dapat menentukan jumlah air yang tersesar?(Pelajar menggunakan konsep ketumpatan dan jisim untuk menentukan isipadu bendalir)

Jisim,m = ρV

ρ – ketumpatan bendalirV – Isipadu bendalir tersesar

4. Pelajar mengubahsuai rumus untuk menentukan berat air tersesar bagi bendalir dengan ketumpatan berbeza-beza.

Berat air tersesar = mg = ρVg

terhadap: Berat sebenar

diukur di udara

Berat ketara diukur di dalam air

Berat air yang tersesar

Prinsip Archimedes menyatakan bahawa daya keapungan, FB bendalir adalah sama dengan berat air yang tersesar.

Page 4: Contoh lesson plan prinsip Archimedes.docx

ρ – ketumpatan bendalirV – Isipadu bendalir tersesarg – pecutan graviti, 10 ms-2

5. Pelajar menyatakan Prinsip Archimedes.

Daya keapungan = Berat air tersesar = mg = ρVg

Kes 1

FB > mg Objek timbul di

permukaan cecair Ketumpatan objek <

ketumpatan cecair

Kes 2

FB = mg Objek pegun dibawah

permukaan cecair Ketumpatan objek =

ketumpatan cecair

Kes 3

FB < mg Objek tenggelam atau

turun dalam bendalir Ketumpatan objek >

ketumpatan cecair

Pelajar digalakkan membina peta i-Think untuk mengukuhkan kefahaman pelajar.

Menyelesaikan masalah yang melibatkan prinsip Archimedes.

Pelajar mencuba beberapa soalan dari Modul Fizik Tingkatan 4

Guru dan pelajar membincangkan jawapan bersama.

Refleksi(5 minit)

Pelajar diminta menghuraikan aplikasi Prinsip Archimedes seperti kapal selam, belon udara panas.

Aktiviti pengukuhan:Mini projek – Belon udara panas

Page 5: Contoh lesson plan prinsip Archimedes.docx