Download - Contoh lesson plan prinsip Archimedes.docx
Tarikh: 4/3/2015 (Jumaat)
Masa: 10.10 -11.20 pagi
Kelas : 4 Abqar
Bilangan pelajar: 14 orang pelajar
Subjek: Fizik
Topik : Prinsip Archimedes
Objektif Pembelajaran: Pelajar akan diajar untuk:
i. menyiasat hubungan antara berat air tersesar dan daya apung.
Hasil Pembelajaran: Pelajar dapat untuk:
i. menjelaskan daya apung.ii. mengaitkan daya apung dengan berat air tersesar.
iii. menyatakan prinsip Archimedesiv. menghuraikan aplikasi Prinsip Archimedes
Pengetahuan sedia ada: pengetahuan berkaitan ketumpatan, pecutan graviti, mengukur berat menggunakan neraca spring dan tuas.
Nilai murni: Bekerjasama dan bersungguh-sungguh.
Kemahiran Berfikir:
Integrasi: Simulasi interaktif.
Bahan Bantu Mengajar: Bahan media bercetak dan eletronik seperti grafik gambar dan video.
Kaedah/Masa Kandungan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Nota
Set Induksi(5 minit)
Memperkenalkan Prinsip Archimedes dalam kehidupan seharian.
1. Guru menunjukkan beberapa contoh yang berkaitan Prinsip Archimedes menggunakan video dan gambar daripada pelbagai sumber.
2. Guru menerangkan kepentingan Prinsip Archimedes.
3. Pelajar diberikan plastisin untuk membuktikan Prinsip Archimedes.
Plastisin yang bulat diletakkan di dalam bekas air. Pelajar membuat pemerhatian.
Plastisin dibentukkan seperti bot dan diletakkan semula ke dalam bekas. Pelajar membuat pemerhatian.
Teknik Penyoalan(10 minit)
Guru mengemukakan beberapa soalan
1. Guru bertanya pelajar, bagaimanakah objek boleh terapung tanpa tenggelam?
Ketumpatan, ρ = m/V
berkaitan Prinsip Archimedes untuk mencetuskan kemahiran berfikir para pelajar.
Pelajar menyusun maklumat secara sistematik di dalam kerangka pemikiran untuk membina pengetahuan baru. (Teori konstruktivisme)
(Jawapan mungkin pelajar: Ketumpatan)
2. Guru seterusnya menguji dengan bertanya, bagaimanakah dengan kapal-kapal di laut yang di bina menggunakan bahan besi? (Jawapan mungkin pelajar: Terdapat daya luar yang bertindak ke atas objek selain daya pada arah bertentangan).
3. Guru meminta pelajar menamakan daya luar tersebut. (Jawapan pelajar: Daya tujah/ Daya keapungan)
4. Guru bertanya bagaimanakah daya tujah/ keapungan air dapat diukur?(Jawapan pelajar: Daya tujah dapat di ukur menggunakan neraca spring)
5. Guru bertanya mengapakah cecair melimpah keluar apabila objek direndamkan ke dalam cecair?(Jawapan pelajar: Bahagian cecair yang melimpah keluar adalah ruang yang dipenuhi oleh objek dalam cecair)
6. Guru bertanya mengapakah terdapat perbezaan berat objek, di udara lebih besar, di dalam air lebih ringan?(Jawapan pelajar: Terdapat daya keapungan air)
7. Guru mencetuskan perasaan ingin tahu dalam diri pelajar dengan menyatakan terdapat hubungkait diantara berat air tersesar dengan daya keapungan/kehilangan berat dalam air.
m – jisim objekV- Isipadu objek
Pengetahuan sedia ada: Daya paduan
Objek pegun/tidak bergerak apabila daya paduan terhadap objek adalah sifar.Fnet = 0
Pengalaman sedia ada pelajar:Mandi di kolam renang/ tub mandi hotel.
Guru menunjukkan gambar yang berkaitan.
Pelajar teruja untuk menjalankan eksperimen.
Eksperimen Tin Eureka 1. Peralatan dan radas Penekanan
Prinsip Archimedes.(Inkuri penemuan dengan bimbingan guru)(20 minit)
Pemberat 50g dan 100g
Benang Neraca Spring Neraca Tuas Bikar
disediakan oleh pelajar. 2. Pelajar melaksanakan
eksperimen untuk mengkaji hubungkait diantara berat air tersesar dengan daya keapungan.
Kehilangan berat = Berat sebenar – berat ketara
Kehilangan berat = Berat air yang tersesar
Teknik Penyoalan
1. Guru bertanya adakah kehilangan berat sama nilai dengan daya keapungan? (Ya)
2. Pelajar menghubungkaitkan daya keapungan dengan berat air tersesar.
Daya keapungan = Berat air tersesar
3. Guru bertanya bagaimanakah pelajar dapat menentukan jumlah air yang tersesar?(Pelajar menggunakan konsep ketumpatan dan jisim untuk menentukan isipadu bendalir)
Jisim,m = ρV
ρ – ketumpatan bendalirV – Isipadu bendalir tersesar
4. Pelajar mengubahsuai rumus untuk menentukan berat air tersesar bagi bendalir dengan ketumpatan berbeza-beza.
Berat air tersesar = mg = ρVg
terhadap: Berat sebenar
diukur di udara
Berat ketara diukur di dalam air
Berat air yang tersesar
Prinsip Archimedes menyatakan bahawa daya keapungan, FB bendalir adalah sama dengan berat air yang tersesar.
ρ – ketumpatan bendalirV – Isipadu bendalir tersesarg – pecutan graviti, 10 ms-2
5. Pelajar menyatakan Prinsip Archimedes.
Daya keapungan = Berat air tersesar = mg = ρVg
Kes 1
FB > mg Objek timbul di
permukaan cecair Ketumpatan objek <
ketumpatan cecair
Kes 2
FB = mg Objek pegun dibawah
permukaan cecair Ketumpatan objek =
ketumpatan cecair
Kes 3
FB < mg Objek tenggelam atau
turun dalam bendalir Ketumpatan objek >
ketumpatan cecair
Pelajar digalakkan membina peta i-Think untuk mengukuhkan kefahaman pelajar.
Menyelesaikan masalah yang melibatkan prinsip Archimedes.
Pelajar mencuba beberapa soalan dari Modul Fizik Tingkatan 4
Guru dan pelajar membincangkan jawapan bersama.
Refleksi(5 minit)
Pelajar diminta menghuraikan aplikasi Prinsip Archimedes seperti kapal selam, belon udara panas.
Aktiviti pengukuhan:Mini projek – Belon udara panas