contoh latihan pengajian perniagaan modular 1

2
Gerak Gempur 4 Jawab SEMUA soalan. Bab 1 1. a) Terangkan peranan perniagaan kepada pengguna dan masyarakat. (6) b) Jelaskan lima kepentingan perniagaan kepada ekonomi negara. (5) b) Bezakan antara persekitaran umum dan persekitaran tugas. (4) c) Berikan tiga kebaikan perkongsian. (6) d) Nyatakan empat keburukan syarikat. (4) 2. a) Huraikan lima cabaran yang akan dihadapi oleh aktiviti perniagaan pada masa hadapan. (10) b) Jelaskan kepentingan untung kepada perniagaan. (5) c) Huraikan kepentingan faktor pengeluaran terhadap sesebuah perniagaan. (15) d) Encik Muizzuddin baru sahaja tamat belajar dari luar negara dalam bidang penternakan. Beliau mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang tersebut dan bercita – cita untuk menjadi penternak moden. Beliau bercadang menternak kambing baka baru yang diperoleh dari negara Australia tempat beliau belajar. Kemudahan dan pengetahuan yang dimiliki mendorong beliau untuk mengusahakan perniagaan dalam bidang ini. Beliau memiliki tanah yang luas dan sesuai untuk dijadikan tapak penternakan kambing. Encik Muizzuddin sedang menyediakan rancangan perniagaan untuk disertakan bersama – sama permohonan pinjaman di sebuah bank pertanian sebagai satu sumber pembiayaan bagi perniagaan tersebut. Oleh sebab beliau tidak mempunyai pengetahuan lengkap dalam perniagaan, beliau cuba mendapatkan bantuan daripada rakannya bagi mendapat pandangan tentang kesan perniagaan ekoran perkembangan persekitaran perniagaan yang tidak menentu, lebih – lebih lagi kenaikan harga petroleum dunia. Perniagaan yang diusahakan mengambil masa yang panjang, sudah tentu boleh memberikan kesan kepada perniagaan yang akan dijalankan.

Upload: khairi-sulaiman

Post on 25-Apr-2015

419 views

Category:

Documents


17 download

DESCRIPTION

Contoh Latihan Pengajian Perniagaan Modular 1

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh Latihan Pengajian Perniagaan Modular 1

Gerak Gempur 4

Jawab SEMUA soalan.

Bab 1

1. a) Terangkan peranan perniagaan kepada pengguna dan masyarakat. (6)

b) Jelaskan lima kepentingan perniagaan kepada ekonomi negara.(5)

b) Bezakan antara persekitaran umum dan persekitaran tugas.(4)

c) Berikan tiga kebaikan perkongsian. (6)

d) Nyatakan empat keburukan syarikat. (4)

2. a) Huraikan lima cabaran yang akan dihadapi oleh aktiviti perniagaan pada masa hadapan. (10)

b) Jelaskan kepentingan untung kepada perniagaan. (5)

c) Huraikan kepentingan faktor pengeluaran terhadap sesebuah perniagaan. (15)

d) Encik Muizzuddin baru sahaja tamat belajar dari luar negara dalam bidang penternakan. Beliau mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang tersebut dan bercita – cita untuk menjadi penternak moden. Beliau bercadang menternak kambing baka baru yang diperoleh dari negara Australia tempat beliau belajar. Kemudahan dan pengetahuan yang dimiliki mendorong beliau untuk mengusahakan perniagaan dalam bidang ini. Beliau memiliki tanah yang luas dan sesuai untuk dijadikan tapak

penternakan kambing. Encik Muizzuddin sedang menyediakan rancangan perniagaan untuk disertakan bersama – sama permohonan pinjaman di sebuah bank pertanian sebagai satu sumber pembiayaan bagi perniagaan tersebut. Oleh sebab beliau tidak mempunyai pengetahuan lengkap dalam perniagaan, beliau cuba mendapatkan bantuan daripada rakannya bagi mendapat pandangan tentang kesan perniagaan ekoran perkembangan persekitaran perniagaan yang tidak menentu, lebih – lebih lagi kenaikan harga petroleum dunia. Perniagaan yang diusahakan mengambil masa yang panjang, sudah tentu boleh memberikan kesan kepada perniagaan yang akan dijalankan.

i) Terangkan bagaimana persekitaran umum perniagaan boleh mempengaruhi perniagaan yang akan dijalankan oleh Encik Muizzuddin. (15)

ii) Huraikan proses perniagaan yang berlaku dalam perniagaan penternakan kambing yang dijalankan oleh Encik Muizzuddin. (10)

e) Berjaya Berhad ialah sebuah syarikat yang terlibat dalam perladangan tanaman herba untuk pasaran Malaysia dan luar negara. Antara pelanggan utamanya ialah Wawasan Sdn. Bhd. yang mengeluarkan pelbagai produk penjagaan kesihatan berasaskan tanaman herba untuk pasaran tempatan manakala Toko Jamu Balqis pula mengedarkan produk syarikat Wawasan Sdn. Bhd kepada orang ramai. Bandingkan ketiga – tiga entiti perniagaan di atas dari pelbagai aspek perundangan penubuhan, aktiviti dan tahapnya dalam perniagaan. (15)