contoh karangan(sukan)

5
Seorang sahabat karib anda berada di luar negara kerana melanjutkan pelajarannya. Sahabat anda itu telah menulis surat kepada anda untuk meminta penjelasan tentang usaha- usaha kerajaan untuk memartabatkan sukan negara. 7107, Jalan 18/11, Taman Seri Angsana, 75050 Melaka. 22 Jun 2005. Menemui sahabatku, saudari Maria yang kini berada di London. Selamat sejahtera kepada saudari. Saudari, Apa khabar sekarang? Saya berharap agar saudari dalam keadaan sihat sejahtera sentiasa. Saya di sini dalam keadaan yang sihat. Saya telah menerima surat saudari beberapa hari yang lepas.Melalui surat ini saya menyatakan tentang usaha- usaha yang sedang dilakukan oleh pelbagai pihak untuk memartabatkan sukan negara. Saudari, Usaha yang sedang dijalankan di peringkat sekolah-sekolah ialah semua pelajar diwajibkan melibatkan diri dalam aktiviti sukan dan permainan di sekolah. Sebagai contoh setiap pelajar diberi peluang untuk memilih permainan yang diminati oleh mereka. Pelajar juga dapat mempelajari teknik permainan yang betul. Maka pelajar berpeluang mewakili pertandingan yang dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri. Selain itu bakat pelajar dalam bidang sukan dapat dikenal pasti dan sekolah dapat mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang sukan. Oleh itu negara akan mempunyai ramai ahli sukan untuk memartabatkan sukan negara di mata dunia Saudari,

Upload: ainee-ahmad

Post on 04-Jul-2015

6.990 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: contoh karangan(sukan)

Seorang sahabat karib anda berada di luar negara kerana melanjutkan pelajarannya. Sahabat anda itu telah menulis surat kepada anda untuk meminta penjelasan tentang usaha-usaha kerajaan untuk memartabatkan sukan negara.

7107, Jalan 18/11,Taman Seri Angsana,75050 Melaka.

22 Jun 2005.

Menemui sahabatku, saudari Maria yang kini berada di London. Selamat sejahtera kepada saudari.

Saudari,

Apa khabar sekarang? Saya berharap agar saudari dalam keadaan sihat sejahtera sentiasa. Saya di sini dalam keadaan yang sihat. Saya telah menerima surat saudari beberapa hari yang lepas.Melalui surat ini saya menyatakan tentang usaha-usaha yang sedang dilakukan oleh pelbagai pihak untuk memartabatkan sukan negara.

Saudari,

Usaha yang sedang dijalankan di peringkat sekolah-sekolah ialah semua pelajar diwajibkan melibatkan diri dalam aktiviti sukan dan permainan di sekolah. Sebagai contoh setiap pelajar diberi peluang untuk memilih permainan yang diminati oleh mereka. Pelajar juga dapat mempelajari teknik permainan yang betul. Maka pelajar berpeluang mewakili pertandingan yang dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri. Selain itu bakat pelajar dalam bidang sukan dapat dikenal pasti dan sekolah dapat mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang sukan. Oleh itu negara akan mempunyai ramai ahli sukan untuk memartabatkan sukan negara di mata dunia

Saudari,

Usaha lain ialah kerajaan juga telah menyediakan lebih banyak kemudahan sukan dan kemudahan-kemudahan ini dibina untuk kemudahan penduduk luar bandar. Selain itu kerajaan sentiasa memantau kemudahan-kemudahan yang disediakan. Kesannya lebih ramai penduduk luar bandar melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sukan. Di samping itu kemudahan-kemudahan ini mampu mengurangkan gejala sosial dan kesihatan masyarakat akan lebih terjamin. Bak kata pepatah ‘Badan Cergas Otak Cerdas’ telah menjadi amalan rakyat Malaysia. Justeru, bidang sukan di semua negeri dapat dimartabatkan.

Page 2: contoh karangan(sukan)

Saudari,

Jurulatih juga memainkan peranan yang penting untuk membaiki mutu sukan negara. Sebagai contoh jurulatih yang berpengalaman dapat membantu atlit. Di samping itu kepakaran yang ada pada jurulatih harus diajar kepada para atlit. Oleh itu atlit akan memberi lebih tumpuan dalam bidang sukan yang diceburi dan para atlit dapat membaiki kelemahan diri masing-masing. Dengan demikian atlit mampu meraih pingat dalam setiap pertandingan. Seterusnya, negara dapat meningkatkan kegemilangan sukan negara.

Saudari,

Bagi menghargai jasa para atlit ganjaran perlu diberikan kepada atlit yang mengharumkan nama negara. Misalnya atlit yang berjaya dalam bidang sukan diberi tempat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan mereka juga diberi sumbangan kewangan oleh badan-badan sukan serta pihak swasta. Kerajaan juga memperkenalkan skim pencen kepada atlit yang berjaya. Secara tidak langsung atlit yang berkualiti dapat dilahirkan dan masa depan atlit yang bersara lebih terjamin. Oleh yang demikian atlit akan lebih bersemangat untuk melibatkan diri secara aktif. Dengan ini imej sukan dapat dimartabatkan di mata rakyat negara ini.

Setakat inilah sahaja, warkah saya pada kali ini. Saya mendoakan semoga saudari berjaya di perantauan. Semoga berjumpa lagi di lain lembaran.

Sekian. Terima kasih.

Yang benar,Alifah

Page 3: contoh karangan(sukan)

Anda telah mewakili sekolah anda dalam pertandingan syarahan peringkat daerah. Tajuk syarahan ialah “Usaha-usaha Kerajaan Untuk Memartabatkan Sukan Negara”Tuliskan teks syarahan itu selengkapnya.

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, Yang Berbahagia Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Melaka Tengah, guru-guru, rakan-rakan pelajar ,serta hadirin sekalian. Selamat pagi dan selamat sejahtera. Pagi ini saya akan menyampaikan suatu syarahan yang bertajuk ‘ Usaha-usaha Kerajaan Untuk Memartabatkan Sukan Negara’.

Para hadirin yang saya hormati,

Usaha yang sedang dijalankan di peringkat sekolah-sekolah ialah semua pelajar diwajibkan melibatkan diri dalam aktiviti sukan dan permainan di sekolah. Sebagai contoh setiap pelajar diberi peluang untuk memilih permainan yang diminati oleh mereka. Pelajar juga dapat mempelajari teknik permainan yang betul. Maka pelajar berpeluang mewakili pertandingan yang dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri. Selain itu bakat pelajar dalam bidang sukan dapat dikenal pasti dan sekolah dapat mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang sukan. Oleh itu negara akan mempunyai ramai ahli sukan untuk memartabatkan sukan negara di mata dunia

Warga dewan yang saya muliakan,

Usaha lain ialah kerajaan juga telah menyediakan lebih banyak kemudahan sukan dan kemudahan-kemudahan ini dibina untuk kemudahan penduduk luar bandar. Selain itu kerajaan sentiasa memantau kemudahan-kemudahan yang disediakan. Kesannya lebih ramai penduduk luar bandar melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sukan. Di samping itu kemudahan-kemudahan ini mampu mengurangkan gejala sosial dan kesihatan masyarakat akan lebih terjamin. Bak kata pepatah ‘Badan Cergas Otak Cerdas’ telah menjadi amalan rakyat Malaysia. Justeru, bidang sukan di semua negeri dapat dimartabatkan.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Jurulatih juga memainkan peranan yang penting untuk membaiki mutu sukan negara. Sebagai contoh jurulatih yang berpengalaman dapat membantu atlit. Di samping itu kepakaran yang ada pada jurulatih harus diajar kepada para atlit. Oleh itu atlit akan memberi lebih tumpuan dalam bidang sukan yang diceburi dan para atlit dapat membaiki kelemahan diri masing-masing. Dengan demikian atlit mampu meraih pingat dalam setiap pertandingan. Seterusnya, negara dapat meningkatkan kegemilangan sukan negara.

Page 4: contoh karangan(sukan)

Bagi menghargai jasa para atlit ganjaran perlu diberikan kepada atlit yang mengharumkan nama negara. Misalnya atlit yang berjaya dalam bidang sukan diberi tempat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan mereka juga diberi sumbangan kewangan oleh badan-badan sukan serta pihak swasta. Kerajaan juga memperkenalkan skim pencen kepada atlit yang berjaya. Secara tidak langsung atlit yang berkualiti dapat dilahirkan dan masa depan atlit yang bersara lebih terjamin. Oleh yang demikian atlit akan lebih bersemangat untuk melibatkan diri secara aktif. Dengan ini imej sukan dapat dimartabatkan di mata rakyat negara ini.

Kesimpulannya kerjasama semua pihak amat diperlukan demi memartabatkan sukan negara. Majulah Sukan Untuk Negara.Akhir kata, sebelum saya mengundurkan diri, saya menyusun jari sepuluh jika kata-kata saya tadi menyinggung perasaan para hadirin.

Sekian. Terima kasih.