contoh elemen 3 kerja kursus sejarah.doc

3
contoh elemen 3 kerja kursus sejarah Soalan : Bagaimana institusi pentadbiran tempatan dapat mengukuhkan integrasi nasional di negara kita ? Felcra Bukit Kepong yang ditubuhkan kira-kira 50 tahun dahulu telah mampu menjadi antara intitusi yang menyumbang ke arah pembangunan ekonomi melalui pengeluaran pertanian . Dalam nada yang sama semenjak penubuhannya intitusi ini juga turut mampu menjana dan melakukan peningkatan pendapatan kepada warga peserta Felcra . Walaupun matlamat utama penubuhan Felcra ialah bagi tujuan ekonomi , namun ia juga mampu berfungsi sebagai penjana integrasi nasional di negara kita melalui penubuhan , aktiviti dan gerak kerja yang dilakukan mahupun yang dilaksanakan di kawasan ini. Pelbagai kegiatan kemasyarakatan dan keagamaan mampu melahirkan sifat muhibah , bersatu padu antara anggota masyarakat yang saling berinteraksi dan mampu menjana sifat hormat menghormati antara satu sama lain.

Upload: min-hwa-teh

Post on 01-Oct-2015

232 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

contoh elemen 3 kerja kursus sejarah

contoh elemen 3 kerja kursus sejarah

Soalan : Bagaimana institusi pentadbiran tempatan dapat mengukuhkan integrasi nasional di negara kita ?Felcra Bukit Kepong yang ditubuhkan kira-kira 50 tahun dahulu telah mampu menjadi antara intitusi yang menyumbang ke arah pembangunan ekonomi melalui pengeluaran pertanian . Dalam nada yang sama semenjak penubuhannya intitusi ini juga turut mampu menjana dan melakukan peningkatan pendapatan kepada warga peserta Felcra .Walaupun matlamat utama penubuhan Felcra ialah bagi tujuan ekonomi , namun ia juga mampu berfungsi sebagai penjana integrasi nasional di negara kita melalui penubuhan , aktiviti dan gerak kerja yang dilakukan mahupun yang dilaksanakan di kawasan ini.Pelbagai kegiatan kemasyarakatan dan keagamaan mampu melahirkan sifat muhibah , bersatu padu antara anggota masyarakat yang saling berinteraksi dan mampu menjana sifat hormat menghormati antara satu sama lain.Para peserta yang terlibat dengan Felcra juga telah diberikan dengan sebidang tanah dan rumah untuk didiami . Para peserta yang datang daripada pelbagai latar belakang lokasi dan lokaliti telah hidup dalam keadaan bersatu padu dan harmoni . Keadaan ini boleh diibaratkan sebagai sebuah masyarakat bagai isi dengan kuku yang saling memerlukan antara satu sama lain. Anggota masyarakat di Felcra juga melakukan kerja kemasyarakatan seperti gotong-royong , sukan rakyat dan saling bekerja sama dalam pelbagai kegiatan keagamaan. Keadaan ini mampu melahirkan sebuah masyarakat yang saling bersefahaman dan bermuafakat.Pihak pengurusan Felcra pula melaksanakan tugas mereka dengan penuh bertanggungjawab , adil dan bertimbang rasa terhadap segala permasalahan peserta Felcra. Kebajikan dan nasib peserta tidak sesekali diabaikan. Para pengurusan sering menzahirkan nasihat agar semua peneroka rajin dan gigih dalam mengusahakan kawasan kebun masing-masing agar mampu memperoleh hasil yang lumayan terutama sekali apabila masalah kejatuhan harga komoditi seperti kelapa sawit melanda.Kita sebagai rakyat Malaysia sewajarnya menghargai jasa dan perjuangan tokoh-tokoh negara yang telah mewujudkan sebuah institusi yang mampu menyumbang pada proses perkembangan ekonomi negara .Ini menunjukkan bahawa kepimpinan negara ini peka kepada masalah dan isu tentang bangsa dan negara. Perancangan ekonomi yang terancang ini membolehkan kehidupan rakyat di negara kita dapat diperrtingkat seiring dengan kemajuan negara ini.