contoh kerja kursus pengajian am (stpm)
TRANSCRIPT
960918-10-5614
PENGGUNAAN SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM PEMBUATAN COKLAT BAR KAVANA DI SEMENYIH, SELANGOR.
ABSTRAK.
Tujuan kajian dijalankan untuk mengenal pasti cara pembuatan Coklat Kavana Bar
melalui penggunaan sains dan tekonologi . Kajian ini mengemukakan beberapa objektif kajian
iaitu objektif kajian pertama untuk mengenal pasti penggunaan sains dan teknologi dalam
penghasilan coklat Kavana Bar berperisa Almond dan Mint oleh pengusahanya di
Semenyih,Selangor .Objektif kedua untuk mengkaji kesan penggunaan sains dan teknologi
kepada kualiti serta kuantiti dalam perusahaan coklat tersebut.. Kajian ini dijalankan di Taman
Industry Mega, Semenyih . Kaedah kajian yang digunakan ialah pemerhatian, soal selidik dan
temubual . Data dikumpul melalui kajian soal selidik yang melibatkan 30 orang responden yang
terlibat secara rawaknya . Responden dikehendaki menjawab satu set soal selidik yang berkaitan
dengan penggunaan sains dan teknologi dalam proses pembuatan coklat Kavana tersebut dan
kesan daripada penggunaan tersebut serta faktor produktivi coklat tersebut . Sebelum hasil
dapatan awal, pihak pengusaha telah menunjukkan semangat bekerjasama dan sikap tolong
menolong semasa saya ingin menjalani kajian ini . Hasil dapatan akhir pula mendapati coklat
merupakan salah satu makanan yang diminati dan dinikmati oleh semua lapisan masyarakat,.
Secara kesimpulan kecil , keproduktifan makanan sememangnya dipengaruhi oleh penggunaan
sains dan teknologi kini .
1
960918-10-5614
SENARAI ISI KANDUNGAN
Tajuk Halaman
Sinopsis 1
Senarai isi kandungan 2
Penghargaan 3
1.0 Pengenalan 4-5
2.0 Objektif kajian 6
3.0 Lokasi kajian
3.1 Peta 7-8
4.0 Kaedah kajian
4.1 Pemerhatian 10
4.2 Kaedah soal selidik 11
5.0 Dapatan kajian
5.1 Demograsi responden 12-13
5.2 Mengenal pasti penggunaan sains dan teknologi dalam
penghasilan coklat bar kavana berperisa almond dan
mint oleh pengusahanya
5.3 Mengkaji kesan penggunaan sains dan teknologi kepada
kualiti serta kuantiti dalam perusahaan Coklat Kavana
Bar Berperisa Almond dan Mint
.
6.0 Rumusan dan Kesimpulan 22
Rujukan 23
Lampiran 24-29
2
960918-10-5614
PENGHARGAAN
Dengan kurniaan-Nya dapat juga saya menyiapkan kerja kursus Pengajian Am kertas 4
(900/4) penggal 2 tahun 2015 yang bertajuk “Proses Pembuatan Coklat Kavana Bar berperisa
Almond Dan Mint dengan Penggunaan Sains & Teknologi Terkini ” dalam masa yang telah
ditetapkan oleh guru pembimbing iaitu Puan Jannah binti yang merupakan guru Pengajian Am di
sekolah saya.
Terlebih dahulu ingin saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih yang tidak
terhingga kepada Puan Hajah Kamilah Bt. Saleh yang merupakan pengetua cemerlang Sekolah
Menengah Kebangsaan Dato Mohd Said,Nilai kerana telah member keizinan kepada saya untuk
menyiapkan tugasan ini dengan sempurna dan teratur.
Seterusnya, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru mata pelajaran
Pengajian Am saya iaitu Puan Jannah kerana telah banyak meluangkan masa, memberikan
tunjuk ajar serta nasihat untuk membantu saya menyiapkan kajian ini, selain memberikan
semangat kepada saya untuk menjalankan tugasan ini dengan sebaik-baiknya.
Tidak dilupakan juga ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya iaitu
Encik Sambamoorthy Sannasy serta Ghita Vengadasu yang telah banyak berkorban untuk saya
dari segi tenaga, dorongan serta dari segi kewangan untuk memastikan kerja kursus ini supaya
berjalan dengan lancar.
Akhir sekali,di sini saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan serta
pihak-pihak yang terlibat secara langsung ataupun secara tidak langsung dalam membantu saya
menyiapkan kerja kursus Pengajian Am ini.
Semasa saya menjalankan kerja kursus Pengajian Am ini, saya telah menghadapi banyak
kesukaran dan cabaran dalam menyiapkan kajian, akan tetapi dengan berkat kesabaran dan doa
yang tidak putus kepada-Nya, dapat juga saya menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya.
3
960918-10-5614
1.0 PENGENALAN
Sweetkiss Makanan Perindustrian & Trading Sdn Bhd, popular disebut sebagai
Sweetkiss, adalah salah satu pengeluar konfeksi terkemuka di Malaysia. Dengan tumpuan khas
kepada coklat gula-gula, biskut dan produk snek daripada Sweetkiss, produknya direka khas
untuk memenuhi permintaan hari ini memenuhi dalam dan di banyak negara-negara lain di luar
daripada kawasan. Ditubuhkan pada bulan Ogos 1995, Sweetkiss kini terletak pada tanah 2 ekar,
dengan iringan adalah sebanyak 100,000 persegi kaki di Semenyih,Selangor . Pelbagai produk
makanan yang dihasilkan berjenama SWEETKISS dan ROYAL de Dolton kini merupakan nama
yang berpengaruh.
Pasukan pihak penguasha telah berjaya dicampur pengetahuan pasaran dan pengalaman
ke dalam keupayaan pengeluaran dan logistik. Dengan bersemangat tinggi dan komitmen
daripada pelaksanaan kerja berpasukan yang hebat, Sweetkiss mempunyai kemajuan pesat dalam
tempoh yang singkat tempoh dalam menguruskan rangkaian pengedaran meluas menembusi
seluruh negara, Thailand, Singapura, Brunei, Indonesia, Hong Kong, Vietnam, Chin, India,
Bangladesh, Afrika, dan Timur Tengah.
Koko atau nama saintifiknya Theobroma cacao dari keluarga "Sterculiaceae" adalah
berasal daripada bahasa Yunani yang membawa maksud makanan para dewa. Pokok
koko menghasilkan buah yang bijinya diambil untuk dibuat coklat dan minuman koko. Koko
mula diperkenalkan di negara ini pada tahun 1920 dan penanaman secara komersil bermula pada
1950. Koko berasal dari Lembah Amazon dan lain-lain kawasan Selatan
Tropika dan Amerika Tengah. Di Malaysia penanaman secara komersil apabila kaltivar Upper
Amazon didapati sesuai ditanam dinegara ini. Kawasan tanaman koko pertama sekali ditemui di
Melaka dalam tahun 1778. Selepas itu, penanaman koko mulai dijalankan di Stesen Pertanian
Serdang dan Pusat Penyelidikan Pertanian Silam, Sabah. Pengkomersialan koko berlaku di
antara tahun 1853 hingga 1959 di mana koko jenis Amelonado pertama kali ditanam di Jerangau,
Terengganu yang melibatkan kawasan seluas 403 hektar. Pokok koko adalah kecil dengan
ketinggian antara (4.5-7.5 m), merupakan pokok malar hijau dalam FamiliSterculiaceae, yang
4
960918-10-5614
berasal dari Amerika Selatan dan Amerika Tengah.Benih koko biasanya digunakan untuk
menghasilkan koko dan coklat.
Menurut Kamus Dewan, Sains didefinsikan sebagai suatu proses pengumpulan ilmu
atau maklumat dan penyusunannya. Perkataan sains datang daripada bahasa Latin, scinetia, yang
bermaksud mendapatkan ilmu atau maklumat . Dan seperti proses mendapatkan maklumat yang
lain, sains bermula dengan pengalaman, dan kemudiannya mendapatkan fakta dan peraturan
daripadanya.
Pada dasarnya,semua sains bertujuan untuk memahami dunia di sekliling kita.
Terdapat tiga komponen utama dalam setiap aktiviti sains iaitu Penghuraian,Mencari
Keseragam,danPembentukanTeoridanHukum.
Secara umumnya, teknologi boleh ditakrifkan sebagai "aplikasi pengetahuan sains
yang boleh memberi manfaat dan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi manusia dalam
kehidupan seharian.Dalam bidang teknologi dan kejuruteraan, umumnya sesuatu yang baru itu
dianggap lebih baik berbanding yang lama. Sebagai contoh, pemproses mikro Pentium 4
dianggap lebih pantas berbanding pemproses mikro Pentium 3 dan sebelumnya.
Perkembangan dalam bidang sains dan teknologi terutama dalam bidang sains dan
teknologi makanan pada hari ini berlaku dengan cukup pesat. Pelbagai teknologi terkini
digunakan bagi memastikan makanan yang terhasil adalah berkualiti tinggi. Keadaan ini
diperkuatkan lagi dengan gabungan pelbagai disiplin ilmu yang berkaitan dengan kejuruteraan,
biologi, kimia, mikrobiologi dan lain-lain sehingga dapat menghasilkan pelbagai jenis makanan
yang baru dan makanan yang sedia ada diperbaiki lagi kualitinya.
Bukan itu sahaja, peralatan teknologi juga turut berubah demi untuk membantu
pihak industri makanan. Kesemuanya bertujuan bagi memastikan makanan yang terhasil adalah
mencukupi untuk keperluan manusia, menjamin supaya manusia memperolehi nutrien yang baik
sehingga menghasilkan kesihatan yang baik dan membantu memanjangkan umur hayat manusia.
5
960918-10-5614
Kesimpulannya, sains dan teknologi memainkan peranan yang penting dalam
menggerakkan kemajuan pengeluaran makanan. Perbezaan yang ketara antara negara maju dan
negara sedang membangun memperlihatkan jurang yang begitu jauh dalam aspek pembangunan.
Manusia walau bagaimana pun terus menghasilkan teknologi baru dengan harapan dapat
mencipta sesuatu yang sempurna dan dapat memberi kebaikan secara keseluruhan kepada umat
manusia dan alam ini. Teknologi-teknologi ciptaan manusia tidak dapat dinafikan membantu
mengubah kehidupan manusia. .
Oleh itu, penduduk di negara sedang membangun perlu bekerja lebih keras lagi bagi
memastikan industri makanan terus berkembang. Hasil dari perkembangan ini dapat menampung
jumlah bekalan makanan kepada penduduk yang semakin tinggi peningkatannya di negara
sedang membangun. Perkara ini juga dapat meningkatkan prestasi ekonomi dan sdapat bertindak
sebagai negara pengeluar makanan.
6
960918-10-5614
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
Pengakaji menjalankan kajian ini berdasarkan kepada dua objektif iaitu :
1. Mengenal pasti penggunaan sains dan teknologi dalam penghasilan Coklat Kavana Bar
di Semenyih, Selangor.
2. Mengkaji kesan penggunaan sains dan teknologi kepada kualiti serta kuantiti dalam
perusahaan Coklat Kavana Bar Berperisa .
3.
7
960918-10-5614
3.0 LOKASI KAJIAN
3.1 Peta
Peta 1: Peta Negeri Selangor
SUMBER: LAMAN WEB RASMI http://www.selangor.gov.my/index.php/pages/view/122
Walaupun wujud beberapa pendapat mengenai asal usul nama Selangor, namun sejarah
membuktikan bahawa ia diambil sempena nama Sungai Selangor yang mengalir ke Selat Melaka
menerusi kawasan petempatan yang kini dikenali sebagai Kuala Selangor. Perkataan Selangor itu
sendiri tidak membawa sebarang makna yang jelas dalam bahasa Melayu dan pengkaji
beranggapan ia mungkin merupakan singkatan, gabungan atau perubahan yang berlaku terhadap
perkataan asal menerusi peredaran masa. Negeri Selangor Darul Ehsan terletak di bahagian
tengah pantai barat Semenanjung Malaysia dan bersempadan dengan Perak di sebelah utara,
Pahang di sebelah timur dan Negeri Sembilan di sebelah selatan.
8
960918-10-5614
Peta 2: Peta Daerah Semenyih, Selangor.
SUMBER : GOOGLE MAP.
Semenyih adalah sebuah pekan di Selangor, Malaysia, berjarak kira-kira 8 km arah
tenggara Kajang di sepanjang jalan Kajang-Seremban. Pekan ini mempunyai nama yang sama
dengan Sungai Semenyih yaitu sungai utama yang mengalir di sekitar Pekan Semenyih.
9
960918-10-5614
Peta 3 : Peta Lokasi Kajian .
SUMBER : GOOGLE MAP
Ini adalah peta ke Sweetkiss Food Industry Sdn. Bhd dari tempat keidaman saya. Jarak antara
tempat keidaman saya ke lokasi kajian saya kira – kira 21.2 kilometer . Masa yang diambil untuk
sampai ke lokasi tersebut kira – kira 20 minit dengan menggunakan kenderaan bermotor . .
Semenyih merupakan sebuah kawasan yang pesat membangun dengan pelbagai jenis lagi
perindustrian yang lain selain daripada Sweetkiss Food Industry .
10
960918-10-5614
3.2 FOTO LOKASI KAJIAN .
3.2.1 : Foto Lokasi Kajian
11
960918-10-5614
SUMBER : LOKASI LAPANGAN 2015
Ini merupakan gambar lokasi kajian saya. “Sweetkiss Food Industry Sdn. Bhd ” ini terletak di
Semenyih , Selangor . Lokasinya terletak di Taman Mega , Jalan Mega B , bernombor 36 hingga
44. Berposkod 43500 , Semenyih ,Selangor. Sweetkiss Food Industry tidak jauh daripada pekan
Semenyih.
4.0 KAEDAH KAJIAN
12
960918-10-5614
Bahagian ini membincangkan metodologi yang digunakan semasa melakukan kajian tersebut .
Beberapa kaedah telah digunakan untuk mendapatkan maklumat dalam kajian ini.
Pelbagai kaedah ini digunakan untuk memastikan maklumat yang diperolehi adalah betul dan
tepat . Kaedah ini dijalankan dengan menggunakan gabungan kualitatif dan kuantitatif. Kaedah
kualitatif dijalankan dengan membuat pemerhatian serta sesi temubual bagi mendapatkan
suasana yang sebenar berkaitan kajian itu.Selain itu, melalui kaedah kuantitatif iaitu dengan
menyediakan borang soal selidik dapat mengumpul data serta menganalisis maklumat dengan
lebih jelas dengan menggunakan kaedah gundalan dan peratusan bagi mengira bilangan
responden yang disoal selidik.
4.1 KAEDAH PEMERHATIAN :
Melalui kaedah pemerhatian, saya telah mengetahui cara pembuatan coklat Kavana Bar
dengan penggunaan mesin yang canggih
Pada hari pertama, seawal jam 2.30 petang pada hari Jumaat bertarikh 26 Februari
2015. Sebaik-baik sahaja tiba di kilang tersebut, saya disambut dengan tangan terbuka oleh pengurus pemasaran dan promosi, Encik Soo Ming Lei. Encik Soo
telah membawa saya ke bilik mesyuarat.Di dalam bilik mesyuarat itu, saya diberi
sedikit penerangan sejarah penubuhan kilang coklat secara ringkas tapi jelas. Selepas
mendengar taklimat, rombongan saya ke pembuatan coklat pun bermula.
Program pascataklimat ialah memulakan lawatan ke bahagian memproses coklat. Saya
dibawa ke bahagian paling penting, yakni zon penyediaan. Di kawasan itu, saya diberi
pakaian berupa tudung kepala, penutup mulut, dan sarung tangan. Langkah penyediaan yang
bersih dan selamat adalah penting kata Encik Soo kerana pihak kilang amat mementingkan
soal kualiti coklat. Hal ini demikian kerana kebersihan menjamin mutu makanan yang
disediakan. Saya melihat sendiri biji koko panggang dikisar dengan sebuah mesin.Saya telah
melihat pelbagai jenis mesin yang digunakan dalam proses pembuatan coklat ini.
13
960918-10-5614
Selepas itu, koko yang lumat dimasak bersama gula dan susu yang diimport khas. Selepas
proses penyediaan selesai, coklat dalam bentuk cecair pekat yang berperisa almond dan mint
mencapai kepanasan seratus lima puluh darjah itu disalurkan ke paip besar yang menuju ke
bahagian pemprosesan coklat prapembungkusan. Di bahagian itu, saya dapat melihat pelbagai
jenis coklat berjaya diproses dengan mesin yang canggih. Mesin itu seterusnya menghantar
jongkong-jongkong coklat yang sudah siap diproses menuju ke peringkat pembungkusan
mengikut saiz dan perisa. Di bahagian ini, bilangan pekerja yang banyak diperlukan untuk
menyudahkan proses pembungkusan sehingga proses akhir, penyimpanan.
Sepanjang lawatan di bahagian penyediaan, saya telah mengemukakan soalan tentang
kepentingan penyediaan coklat dengan penggunaan sains dan teknologi. Sepanjang dua jam
lawatan, saya berpuas hati dengan penerangan yang disampaikan. Di bilik mesyuarat, saya diberi
taklimat multimedia berkaitan perancangan masa depan kilang coklat ini. Sememangnya ,
dengan penggunaan sains dn teknologi telah meningkatkan produktivi coklat tersebut . Coklat
Kavana Var ini yang berperisa Almond Dan Mint merupakan salah satu produk yang mendapat
sambutan yang tinggi .
14
960918-10-5614
4.2 KAEDAH SOAL SELIDIK
Kaedah soal selidik dijalankan untuk mendapatkan maklumat dengan lebih tepat dan
betul. Dalam kaedah ini, borang soal selidik diperlukan untuk memudahkan lagi kajian yang
hendak dijalankan. Soalan dibentuk sebagai borang soal selidik yang sesuai dengan tajuk
yang dikaji dan dapat memenuhi objektif kajian. Borang itu hendaklah diedarkan secara
rawak kepada 30 orang responden di kawasan kajian, iaitu di penduduk sekitar Taman Mega
serta para pekerja kilang tersebut.
Sebanyak 30 borang soal selidik telah diedarkan berdasarkan dua objektif yang telah
dilakukan. Kesemua soalan hendaklah ditandakan betul pada soalan yang berkenaan sahaja.
Borang soal selidik telah diedarkan kepada 30 orang responden secara rawak . Kesemua
responden telah memberikan kerjasama yang baik dalam menyempurnakan urusan borang
soal selidik.
BIL. PERKARA Sangat
setuju
(5)
Setuju
(4)
Tidak pasti
(3)
Kurang setuju
(2)
Sangat tidak setuju
(1)
Borang soal selidik ini dianalisa menggunakan bilangan dan peratus untuk memudahkan
proses kajian. Data yang diambil daripada jadual akan dipersembahkan dalam dapatan kajian
menggunakan jadual, min dan carta pai.
15
960918-10-5614
4.3 KEADAH TEMU BUAL
Pengkaji telah menjalankan temu bual secara formal dengan pihak penguasha
syarikat tersebut. Temu bual dilaksanakan dengan pengkaji menyediakan lapan soalan yang
berkaitan dengan proses pembuatan Coklat Kavana Bar Berperisa Almond dan Mint untuk
maklumat serta response mengenai pengaruh sains dan teknologi dalam proses
makanan .Hasil daripada temu bual tersebut dicatat dan dibuat rumusan , serta dikaitkan
dengan data yang diperolehi melalui soal selidik dan akhirnya dibincangkan dalam bahagian
dapatan kajian .
16
960918-10-5614
5.0 DAPATAN KAJIAN
Bahagian ini menerangkan keputusan analisis data berdasarkan tindak balas responden terhadap makanan melalui pengaruh sains dan teknologi terkini. Dapatan kajian yang diperolehi melalui kajian ini adalah bilangan responden melalui persampelan responden yang terdiri penduduk Taman Mega dan yang dipilih atau diambil secara rawak .Hal ini bertujuan bagi mendapatkan perbezaan pendapat responden yang berlainan peringkat umur yang meminati Coklat Kavana Bar yang Berperisa Almond dan Mint .
5.1 DEMOGRAFI RESPONDEN
Dapatan kajian yang diperolehi melalui kajian ini adalah bilangan responden melalui
persampelan responden yang terdiri golongan belia yang berumur diantara 15-20, 21-30 , 31-40
dan 41-50 secara rawak.
Jadual 1 di bawah menunjukan bilangan responden mengikut umur golongan belia yang terlibat
JADUAL 1 : LATAR BELAKANG REPONDEN
Bil Perkara Kategori Bilangan Peratusan (%)
1. Umur
15-20 9 30
21-30 12 40
31-40 6 20
41-50 3 10
JUMLAH 30 100
2. Jantina
Lelaki 13 43
Perempuan 17 56
JUMLAH 30 100
SUMBER : KAJIAN LAPANGAN 2015
17
960918-10-5614
Rajah di bawah menunjukan peratus demografi responden mengikut umur.
30%
40%
20%
10%
Demografi Responden Berdasarkan Umur
15-20 21-30
31-40 41-50
PETUNJUK (U-MUR)
Rajah 1: Peratus Demografi Responden Mengikut Umur
Sumber: Kajian Lapangan 2015
Berdasarkan Rajah 1 menunjukkan demografi responden berdasarkan umur penduduk di Taman
Mega . Daripada 30 orang penduduk yang telah di soal selidik, seramai 9 orang responden
berumur 15 hingg 20 tahun bersamaan dengan 30% . Sementara itu , bagi yang umur antara 21
hingga 30 tahun adalah seramai 12 orang responden bersamaan 40% . Seterusnya, seramai 6
orang responden bersamaan dengan 20% bagi yang berumur antara 31 hingga 40 tahun. Akhir
sekali, responden yang berumur antara 41 hingga 50 tahun seramai 3 orang responden bersamaan
dengan 10%.
18
960918-10-5614
Rajah di bawah menunjukan peratus demografi responden mengikut jantina.
43%
57%
Demografi Responden Berdasarkan Jantina
Lelaki Perempuan
PETUNJUK (JANTINA)
Rajah 2: Peratus Demografi Responden Mengikut Jantina
Sumber: Kajian Lapangan 2015
Berdasarkan Rajah 2 , menunjukkan demografi responden berdasarkan jantina penduduk
di Taman Mega. Daripada 30 orang penduduk yang telah disoal selidik , seramai 13
orang responden adalah jantina lelaki yang bersamaan dengan 43%. Sementara itu, bagi
jantina perempuan adalah seramai 17 responden yang bersamaan dengan 57% .
19
960918-10-5614
5.2 MENGENAL PASTI PENGGUNAAN SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM
PENGHASILAN COKLAT BAR KAVANA BERPERISA ALMOND DAN MINT OLEH
PENGUSAHANYA ( OBJEKTIF 1 )
Berdasarkan soal selidik yang diperoleh , data tealh dianalisis secara deskriptif menggunakan
peratusan . Analisis dapatan berkaitan dengan pengaruh sains dan teknologi dalam penghasilan
Coklat Bar Kavana berperisa almond dan mint ditunjukkan dalam Jadual 2.
JADUAL 2: ANALISIS PERATUSAN BAGI KEPUASAN RESPONDEN DALAM PERISA
YANG DIKELUARKAN OLEH PENGUSAHA MELALUI PENGGUNAAN SAINS DAN
TEKNOLOGI.
Bil Soalan Sangat Setuju Setuju Tidak Pasti Tidak Setuju
Sangat Tidak Setuju
Bil % Bil % Bil % Bil % Bil %
1 3 10 21 70 1 3.33 4 13.33 1 3.33Adakah anda
berpuashati dengan perisa tersebut ?
SUMBER : KAJIAN LAPANGAN 2015
Seramai 3 orang responden bersamaan dengan 10% sangat setuju bahawa mereka sendiri
berpuashati dengan perisa yang dikeluarkan .Manakala 21 orang setuju bersamaan dengan 70% ,
1 orang iaitu 3.33% tidak pasti dan 4 orang iaitu 13.33 tidak setuju , manakala 1 orang sangat
tidak setuju bersamaan dengan 3.33% . Majoriti responden setuju bahawa coklat pengeluar
SweetKiss Food Industry berjenama Coklat Bar Kavana memuaskan mereka dengan perisanya
yang begitu sedap iaitu seramai 24 orang (3 orang sangat setuju dan 21 orang setuju) atau
sejumlahnya ialah 80% .
20
960918-10-5614
Analisis dapatan berkaitan tentang kepuasan dalam pembungkusan coklat Bar Kavana tersebut
dalam Jadual 3.
JADUAL 3 : ANALISIS PERATUSAN BAGI KEPUASAN RESPONDEN DALAM
PEMBUNGKUSAN COKLAT YANG DIKELUARKAN OLEH PENGUSAHA MELALUI
PENGGUNAAN SAINS DAN TEKNOLOGI.
Bil Soalan Sangat Setuju Setuju Tidak Pasti Tidak Setuju
Sangat Tidak Setuju
Bil % Bil % Bil % Bil % Bil %
2
Adakah anda berpuashati dengan cara
pembungkusan coklat tersebut ?
0 0 21 70 6 20 0 0 3 10
SUMBER : KAJIAN LAPANGAN 2015
Seramai 21 orang responden bersamaan dengan 70% setuju dengan cara pembungkusan coklat
yang dikeluarkan oleh penguasha melalui penggunaan sains dan teknologi . Manakala , 6 orang
tidak pasti bersamaan dengan 20% , manakala 3 orang sangat tidak setuju bersamaan dengan
10% . Majoriti responden setuju dengan cara pembungkusan coklat yang dikeluarkan oleh
penguasha melalui penggunaan sains dan teknologi iaitu seramai 21 orang atau sejumlahnya
70%.
21
960918-10-5614
Analisis dapatan berkaitan tentang cara pembuatan coklat bar Kavana tersebut melibatkan sains
dan teknologi dalam Jadual 4.
JADUAL 4 : ANALISIS PERATUSAN BAGI CARA PEMBUATAN COKLAT BAR
KAVANA DIPENGARUHI DENGAN PENGGUNAAN SAINS DAN TEKNOLOGI .
Bil Soalan Sangat Setuju Setuju Tidak Pasti Tidak Setuju
Sangat Tidak Setuju
Bil % Bil % Bil % Bil % Bil %
3
Adakah anda rasa cara pembuatan coklat Bar
Kavana tersebut melibatkan penggunaan
sains dan teknologi ?
26 86.67 3 10 1 3.33 0 0 0 0
SUMBER : KAJIAN LAPANGAN 2015
Seramai 26 orang responden bersamaan dengan 86.67% sangat setuju bahawa pengeluaran coklat
bar Kavana ini dipengaruhi oleh penggunaan sains dan teknologi .Manakala , 3 orang responden
setuju bersamaan dengan 10% , manakala 1 orang responden tidak pasti bersamaan dengan
3.33% . Majoritinya sangat setuju bahawa pengeluaran coklat bar Kavana ini dipengaruhi oleh
penggunaan sains dan teknologi iaitu seramai 29 orang responden (26 orang sangat setuju dan 3
orang setuju) atau sejumlahnya 96.67%.
22
960918-10-5614
JADUAL 5 : MENGENAL PASTI PENGGUNAAN SAINS DAN TEKNOLOGI
DALAM PENGHASILAN COKLAT BAR KAVANA ( OBJEKTIF 1 )
Bil Soalan Sangat SetujuBil%
SetujuBil%
Tidak PastiBil%
Tidak SetujuBil%
Sangat Tidak Setuju
Bil%
1 Adakah anda berpuashati dengan perisa tersebut ? 3(10) 21(70) 1(3.33) 4(13.33) 1(3.33)
2
Adakah anda berpuashati dengan cara
pembungkusan coklat tersebut ?
0(0) 21(70) 6(20) 0(0) 3(10)
3
Adakah anda rasa cara pembuatan coklat Bar
Kavana tersebut melibatkan penggunaan
sains dan teknologi ?
26(86.67) 3(10) 1(3.33) 0(0) 0(0)
Berdasarkan jadual 5 , jadual menunjukkan pengenal pasti penggunaan sains dan teknologi dalam penghasilan coklat bar kavana berperisa almond dan mint oleh pengusahanya.
23
960918-10-5614
GRAF 1 : ANALISIS MENUNJUKKAN PENGENAL PASTI PENGGUNAAN SAINS
DAN TEKNOLOGI DALAM PENGHASILAN COKLAT BAR KAVANA
0
500
1000
1500
2000
2500
sangat setuju
Setuju
Tidak pasti
Tidak setuju
Sangat tidak setuju
Faktor penggunaan sains dan teknologi
Peratusan / %
SUMBER : KAJIAN LAPANGAN 2015
Analisis menunjukkan pengenal pasti penggunaan sains dan teknologi dalam penghasilan
coklat bar kavana berperisa almond dan mint oleh pengusahanya dalam graf 1.
24
960918-10-5614
5.3 MENGKAJI KESAN PENGGUNAAN SAINS DAN TEKNOLOGI KEPADA
KUALITI SERTA KUANTITI DALAM PERUSAHAAN COKLAT KAVANA BAR
BERPERISA ALMOND DAN MINT ( OBJEKTIF 2 )
Berdasarkan soal selidik yang diperoleh , data telah dianalisis secara deskriptif menggunakan
peratusan. Analisis dapatan berkaitan dengan keproduktifan, masa dan kesihatan dalam
penggunaan sains dan teknologi coklat Bar Kavana ditunjukkan dalam Jadual 7.
JADUAL 7 : ANALISIS PERATUSAN BAGI KEPRODUKTIFAN , MASA DAN
KESIHATAN DALAM PENGGUNAAN SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM
PENGHASILAN COKLAT BAR KAVANA .
Bil Soalan Sangat Setuju Setuju Tidak Pasti Tidak Setuju
Sangat Tidak Setuju
Bil % Bil % Bil % Bil % Bil %
1
Adakah anda rasa dengan penggunaan sains dan
teknologi dapat meningkatkan produk
coklat tersebut ?
20 66.67 10 33.33 0 0 0 0 0 0
2
Adakah anda rasa dengan penggunaan sains dan
teknologi dapat menjimatkan masa ?
25 83.33 5 16.67 0 0 0 0 0 0
3
Adakah anda rasa bahawa penggunaan sains dan
teknologi dalam industri pemakanan boleh membawa kepada
penyakit atau memjejaskan kesihatan ?
0 0 0 0 1 3.33 8 26.67 21 70
SUMBER : KAJIAN LAPANGAN 2015
25
960918-10-5614
Berdasarkan Jadual 7 , seramai 20 responden bersamaan dengan 66.67% sangat setuju bahawa
dengan penggunaan sains dan teknologi dapat meningkatkan keproduktiviti coklat bar kavana .
Manakala 10 orang setuju bersamaan dengan 33.33% . Majoriti responden setuju bahawa dengan
penggunaan sains dan teknologi dapat meningkatkan keproduktiviti coklat bar kavana iaitu
seramai 30 orang ( 20 orang responden sangat setuju dan 10 orang setuju ) atau sejumlahnya
ialah 100%.
Selain itu , seramai 25 orang responden bersamaan dengan 83.33% sangat setuju bahawa dengan
penggunaan sains dan teknologi dapat menjimatkan masa dalam pengeluaran Coklat Bar Kavana.
Manakala , 5 orang responden setuju bersamaan dengan 16.67% . Majoriti responden setuju
bahawa dengan penggunaan sains dan teknologi dapat menjimatkan masa iaitu seraai 30 orang
( 25 orang responden sangat setuju dan 5 orang setuju ) atau sejumlahnya ialah 100%.
Keputusan peratusan untuk kesihat menunjukkan majoritinya tidak setuju . Seramai 1 orang
responden bersamaan 3.33% tidak pasti dalam penggunaan sains dan teknologi dalam industri
pemakanan yang boleh nemjurus kepada penyakit atau memjejaskan kesihatan . Manakala ,
seramai 8 orang responden bersamaan 26.67% tidak setuju dan seramai 21 orang responden
bersamaan dengan 70% sangat tidak setuju dengan pernyataan tersebut . Majoritinya , responden
tidak setuju dalam penggunaan sains dan teknologi dalam industri pemakanan yang boleh
nemjurus kepada penyakit atau memjejaskan kesihatan iaitu seramai 29 orang responden (8
orang responden tidak setuju dan 21 orang responden sangat tidak setuju ) atau sejumlahnya
96.67% .
26
960918-10-5614
JADUAL 8 : MENGKAJI KESAN PENGGUNAAN SAINS DAN TEKNOLOGI KEPADA
KUALITI SERTA KUANTITI DALAM PERUSAHAAN COKLAT KAVANA BAR
BERPERISA ALMOND DAN MINT ( OBJEKTIF 2 )
SUMBER : KAJIAN LAPANGAN 2015
27
Bil Soalan Sangat SetujuBil%
SetujuBil%
Tidak PastiBil%
Tidak SetujuBil%
Sangat Tidak Setuju
Bil%
1
Adakah anda rasa dengan penggunaan sains dan
teknologi dapat meningkatkan produk
coklat tersebut ?
20(66.67) 10(33.33) 0(0) 0(0) 0(0)
2
Adakah anda rasa dengan penggunaan sains dan
teknologi dapat menjimatkan masa ?
25(83.33) 5(16.67) 0(0) 0(0) 0(0)
3
Adakah anda rasa bahawa penggunaan sains dan
teknologi dalam industri pemakanan boleh membawa kepada
penyakit atau memjejaskan kesihatan ?
0(0) 0(0) 1(3.33) 8(26.67) 21(70)
960918-10-5614
GRAF 2 : ANALISA DALAM MENGKAJI KESAN PENGGUNAAN SAINS DAN TEKNOLOGI KEPADA KUALITI SERTA KUANTITI DALAM PERUSAHAAN COKLAT KAVANA BAR
Keproduktifan Menjimatkan Masa Menjejaskan Kesihatan0
500
1000
1500
2000
2500
Sangat setuju setujutidak pastitidak setujusangat tidak setuju
Kesan penggunaan
Peratusan (%)
SUMBER : KAJIAN LAPANGAN 2015
Analisa dalam mengkaji kesan penggunaan sains dan teknologi kepada kualiti serta kuantiti
dalam perusahaan coklat kavana bar dalam graf 2.
28
960918-10-5614
29